skema penggal 2

9
1 SKEMA PEPERIKSAAN PERTENGAHAN PENGGAL 1 TINGKATAN 4 2015 BAHAGIAN A 4 soalan jawab semua (40 MARKAH) Soalan 1 [10 markah] (a) i) Berasal dari bahasa Yunani yang bermaksud “Tanah di antara dua Sungai” [1 markah] ii) Wilayah Mesopotamia terletak di antara sungai Tigris dan Sungai Euphrates [1 markah] (b) Kerajaan yang membentuk Tamadun Mesopotamia [2 markah] i. Kerajaan Sumeria 3500 2340 SM ii. Kerajaan Akkad 2371 2006 SM iii. Kerajaan Ur 2113 2006 SM iv. Kerajaan Babylon Awal atau Lama 2000 1530 SM v. Kerajaan Kassites 1530 1100 SM vi. Kerajaan Assyria 1100 0626 SM vii. Kerajaan Chaldea 0626 0539 SM (c) Bentuk sistem pemerintahan beraja di Mesopotamia Sistem Teokrasi [1 markah] (d) Sumbangan tamadun Mesopotamia [3 markah] i. Kod Undang-undang Hammurabi yang menjadi dasar perundangan tamadun Mesopotamia ii. Sistem tulisan cuneiform iii. Tradisi kesusasteraan Epik Gilgamesh iv. Perkembangan bidang astronomi pencerapan terhadap pergerakan bulan, bintang, dan matahari v. Perkembangan bidang ilmu matematik vi. Penciptaan kalendar berasaskan sistem solar 12 bulan setahun vii. Perkembangan bidang ilmu perubatan khusus untuk golongan tentera viii. Penciptaan roda penghasilan kereta kuda untuk peperangan ix. Penciptaan kincir air untuk tujuan pertanian x. Penggunaan kapal layar xi. Cara membuat batu bata dari tanah liat xii. Senibina pembinaan arca dan zigurat xiii. Empayar raja Sargon (sistem pemerintahan) xiv. Masyarakat yang berestetika xv. Isi lain yang berkaitan (e) Kemahiran masyarakat Mesopotamia [2 markah] i. Kemahiran menggubal undang-undang ii. Kemahiran membina bandar yang sistematik iii. Kemahiran mencipta tulisan iv. Kemahiran memperkembangkan ilmu astronomi v. Kemahiran mencipta kalendar vi. Kemahiran mengkatalog ubat-ubatan vii. Lain-lain isi yang berkaitan

Upload: junaidi-mohamed

Post on 27-Jan-2016

21 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Sejarah Tingkatan 4, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Peperiksaan Penggal Sejarah Tingkatan 4. Skema Jawapan Peperiksaan Sejarah

TRANSCRIPT

Page 1: SKEMA PENGGAL 2

1

SKEMA PEPERIKSAAN PERTENGAHAN PENGGAL 1 TINGKATAN 4 2015

BAHAGIAN A – 4 soalan jawab semua (40 MARKAH)

Soalan 1 [10 markah]

(a) i) Berasal dari bahasa Yunani yang bermaksud “Tanah di antara dua Sungai” [1 markah]

ii) Wilayah Mesopotamia terletak di antara sungai Tigris dan Sungai Euphrates [1 markah]

(b) Kerajaan yang membentuk Tamadun Mesopotamia [2 markah]

i. Kerajaan Sumeria 3500 – 2340 SM

ii. Kerajaan Akkad 2371 – 2006 SM

iii. Kerajaan Ur 2113 – 2006 SM

iv. Kerajaan Babylon Awal atau Lama 2000 – 1530 SM

v. Kerajaan Kassites 1530 – 1100 SM

vi. Kerajaan Assyria 1100 – 0626 SM

vii. Kerajaan Chaldea 0626 – 0539 SM

(c) Bentuk sistem pemerintahan beraja di Mesopotamia – Sistem Teokrasi [1 markah]

(d) Sumbangan tamadun Mesopotamia [3 markah]

i. Kod Undang-undang Hammurabi yang menjadi dasar perundangan tamadun Mesopotamia

ii. Sistem tulisan cuneiform

iii. Tradisi kesusasteraan – Epik Gilgamesh

iv. Perkembangan bidang astronomi – pencerapan terhadap pergerakan bulan, bintang, dan

matahari

v. Perkembangan bidang ilmu matematik

vi. Penciptaan kalendar berasaskan sistem solar – 12 bulan setahun

vii. Perkembangan bidang ilmu perubatan – khusus untuk golongan tentera

viii. Penciptaan roda – penghasilan kereta kuda untuk peperangan

ix. Penciptaan kincir air untuk tujuan pertanian

x. Penggunaan kapal layar

xi. Cara membuat batu bata dari tanah liat

xii. Senibina – pembinaan arca dan zigurat

xiii. Empayar – raja Sargon (sistem pemerintahan)

xiv. Masyarakat yang berestetika

xv. Isi lain yang berkaitan

(e) Kemahiran masyarakat Mesopotamia [2 markah]

i. Kemahiran menggubal undang-undang

ii. Kemahiran membina bandar yang sistematik

iii. Kemahiran mencipta tulisan

iv. Kemahiran memperkembangkan ilmu astronomi

v. Kemahiran mencipta kalendar

vi. Kemahiran mengkatalog ubat-ubatan

vii. Lain-lain isi yang berkaitan

Page 2: SKEMA PENGGAL 2

2

2. Tamadun Hwang Ho merupakan antara tamadun terawal di dunia dan diperintah oleh beberapa dinasti

seperti berikut:

(a) Anyang

(b) i. Kezaliman pemerintah Shang

ii. Kebangkitan golongan hamba

iii. Kepercayaan kepada negara daripada tuhan

(c) dua ciri bandar dalam tamadun Hwang Ho.

i. Terletak di tanah Tinggi Sungai Huan

ii. Terdapat istana, kuil, dan pusat pentadbiran

iii. Golongan pembesar dan agama tinggal di kawasan bandar

iv. Dilengkapi dengan tembok untuk menghalang penceroboh

v. Dikelilingi oleh perkampungan yang didiami oleh golongan petani

(d) Langkah yang pemerintah Dinasti Chou untuk mendapatkan sokongan

i. Ikrar taat setia kepada pemerintah

ii. Pemberian hadiah seperti kereta kuda, senjata gangsa, hamba, dan binatang

iii. Diminta melindungi raja

iv. Memberikan bantuan tentera pada masa perang

v. Diberi hak sebagai ketua agama untuk menjalankan upacara pengorbanan

(e) Cara menunjukkan kesetiaan kepada negara?

i. Melafazkan ikrar taat setia

ii. Mematuhi undang-undang negara

iii. Mematuhi prinsip rukun negara

iv. Memelihara perpaduan dalam negara

v. Lain-lain isi yang berkaitan

Page 3: SKEMA PENGGAL 2

3

3. Pemerintahan dan pentadbiran dalam tamadun Yunani, Rom, India, dan China digambarkan melalui

idea-idea baru yang diperkenalkan untuk meningkatkan lagi keberkesanan sistem pemerintahan.

(a) Tiga bentuk pemerintahan yang pernah diamalkan di negara kota Athens.

i. Sistem beraja – Oligarki – Aristokrasi - Tirani / Ditaktor - Demokrasi

(b) Golongan bangsawan yang dikenali sebagai patrician

(c) Keamanan Rom – keamanan empayar Rom yang meliputi bangsa pelbagai benua (Asia, Afrika,

& Eropah) selama 200 tahun

(d) Berikan dua sumbangan maharaja Asoka dalam pemerintahannya di India selepas memenangi

Perang Kalinga dalam tahun 261 S. M.?

i. Menggunakan dasar yang lebih lembut dan terbuka dalam pentadbiran

ii. Penekanan terhadap agama Buddha – penghantaran mubaligh

iii. Tidak menggunakan kekuatan tentera

(e) Bagaimanakah jawatankuasa yang dikenali sebagai Hon Kao Tsu dalam tamadun China memilih

bakal pegawai-pegawai dalam sistem birokrasi awam kerajaan?

Pencapaian dalam peperiksaan awam kerajaan

(f) Sekiranya anda adalah seorang pemerintah, nyatakan idea-idea baru yang boleh anda berikan

untuk meningkatkan kehidupan bertamadun masyarakat negara kita pada hari ini?

i. Menggunakan teknologi yang terkini dalam pemerintahan

ii. Pengurusan sumber asli negara dengan sistematik

iii. Meningkatkan penguasaan golongan muda terhadap agama

iv. Mengukuhkan sistem pertahanan negara - Mana-mana isi yang berkaitan

4. Peningkatan penting dalam tamadun manusia.

(a) Tujuan utama pendidikan dalam masyarakat negara kota di Yunani berikut?

i. Athens: Melahirkan manusia yang seimbang pencapaian rohani dan jasmani

ii. Sparta: Melahirkan warganegara tentera yang sempurna, gagah, dan setia kepada negara kota

(b) Dua manfaat yang diperolehi t melalui kewujudan pusat-pusat pendidikan empayar Rom?

i. Kelahiran jurutera yang dapat membina sistem pengairan, bangunan, dan jalan raya

ii. Melahirkan ahli falsafah

iii. Melahirkan sejarawan yang menulis tentang kegemilangan Rom

(c) Dua universiti yang wujud melalui perkembangan sistem pendidikan dalam tamadun India.

i. Universiti Taxila – Abad pertama masihi

ii. Universiti Nalanda – Abad ke-5 Masihi

(d) Matlamat pendidikan dalam masyarakat tamadun China?

Lulus peperiksaan awam kerajaan – menjadi pegawai kerajaan

(e) Sebagai seorang pelajar, berikan tiga peranan anda untuk meningkatkan sistem pendidikan negera

kita pada hari ini.

i. Meningkatkan kemahiran sendiri mengikut bidang yang diminati

ii. Menggunakan peralatan ICT dalam proses pembelajaran kendiri

iii. Berusaha berkongsi ilmu dan pengetahuan dengan rakan sebaya

iv. Berusaha meningkatkan pengetahuan melalui pembacaan

v. Mana-mana isi yang berkaitan

Page 4: SKEMA PENGGAL 2

4

BAHAGIAN B (60 markah)

Jawab 3 soalan daripada pilihan yang berikut

SOALAN 5

(a) Nyatakan pengertian tamadun [4 markah]

1) Perkataan tamadun berasal daripada

i. Bahasa Arab: Perkataan Mudun dan Madain bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan

bandar

ii. Bahasa Inggeris: Perkataan Civilization berasal dari perkataan Greek iaitu Civitas yang

bermaksud bandar

iii. Bahasa Melayu: Perkataan Peradaban bermaksud kebudayaan dan kemajuan

2) Tamadun ialah tahap kemajuan yang dicapai oleh sesuatu bangsa atau masyarakat dalam

aspek kebendaan, keagamaan, ekonomi, politik, dan sosial

3) Sekumpulan manusia atau komuniti yang mengamalkan cara hidup bermasyarakat dalam

komuniti yang tetap, aman, dan tersusun

4) Peningkatan taraf hidup sesebuah masyarakat dalam pelbagai aspek tertentu

(b) Jelaskan konsep tamadun menurut pandangan Islam dan menurut pandangan Barat [3 markah]

1) Konsep tamadun menurut pandangan Islam

i. Mestilah merangkumi pembangunan dalam aspek lahiriah dan rohaniah – pembangunan

kedua-dua aspek ditekankan sebagai kayu ukur utama

ii. Menurut pandangan Syed Naquib al-Attas, “ tamadun ialah pencapaian tahap tatasusila yang

tinggi kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat

iii. Pandangan tersebut turut disokong oleh sarjana barat seperti Richard Sullivan yang mengakui

bahawa unsur rohaniah amat penting dalam konsep tamadun

2) Konsep tamadun menurut pandangan Barat [ 3 markah]

i. Bagi masyarakat barat tamadun dikaitkan dengan pencapaian atau pembangunan lahiriah

terutamanya dalam aspek kebudayaan seperti penulisan, undang-undang, kesenian, dan

pembandaran

ii. Sarjana seperti

a. Gordon Childe – “pencapaian lahiriah merupakan kayu ukur kemajuan tamadun dalam

sesebuah masyarakat

b. Darcy Riberio dan R. A. Buchanan – menolak unsur rohaniah dan hanya menekankan

kepentingan dan pembangunan lahiriah

(c) Bincangkan ciri-ciri sebuah masyarakat yang bertamadun [10 markah]

1) Manusia mula hidup secara menetap – kewujudan petempatan kekal

2) Wujudnya struktur sosial yang teratur dalam masyarakat – kehidupan yang berorganisasi

3) Adanya satu sistem pemerintahan yang sistematik

4) Pengkhususan pekerjaan berlaku – terutamanya dalam bidang ekonomi

5) Agama dan kepercayaan menjadi asas dan pegangan masyarakat

6) Bahasa dan sistem tulisan dicipta

7) Sains dan teknologi digunakan untuk memudahkan kehidupan

8) Kehidupan di bandar – wujudnya negara kota kesan daripada petempatan kekal

*** Jawapan calon perlu dikaitkan dengan corak masyarakat berdasarkan contoh tamadun

tertentu / yang dipilih oleh calon

Page 5: SKEMA PENGGAL 2

5

6. Tamadun Mesir Purba dianggap “anugerah daripada Sungai Nil” yang menyebabkan bumi Mesir

menjadi subur dan seterusnya membentuk tamadun yang mengagumkan.

a. Huraikan struktur pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Mesir Purba [6 markah]

F1 Pemerintah tertinggi digelar firaun

F2 Firaun menjadi ketua pemerintah

F3 Firaun menjadi ketua pendeta, ketua hakim, dan ketua pahlawan

F4 Firaun dibantu oleh golongan bangsawan, rahib dan jurutulis

F5 Mengiktiraf golongan wanita sebagai pemerintah

F6 Firaun Hatsh berjaya membina terusan dan sistem pengairan

F7 Golongan bangsawan menjalankan pentadbiran, menjaga keamanan dan menguruskan

pengagihan bekalan makanan

F8 Golongan bangsawan terdiri daripada pegawai, penasihat dan gabenor wilayah

F9 Rahib mengurus hal ehwal keagamaan

F10 Jurutulis membantu pentadbiran dengan menulis rekod kerajaan

b. Jelaskan perkembangan sistem kepercayaan masyarakat Mesir Purba [6 markah]

F1 Percaya kepada konsep politeisme

F2 Setiap tuhan dikaitkan dengna unsur alam seperti Re (Tuhan Matahari), Ra-Atum (Tuhan

Langit) dan Amun (Tuhan Angin)

F3 Percaya kepada kehidupan selepas mati

F4 Mayat disimpan dan dijaga dengan teliti

F5 Makam mayat dipenuhi dengan peralatan serta keperluan kehidupan selepas mati

F6 Solekan mayat dan alat kebesaran yang ditanam menentukan status mayat

c. Apakah sumbangan tamadun Mesir Purba yang boleh dicontohi untuk

memajukan negara kita? [8 markah]

F1 Seni bina piramid

F2 Teknik pembinaan bangunan menggunakan batu bata

F3 Penyimpanan rekod menggunakan kertas

F4 Tulisan yang cantik, halus dan penuh seni / hieroglif

F5 Memulakan pendidikan di peringkat umur yang rendah

F6 Sistem pendidikan diurus oleh rumah ibadat

F7 Sistem pendidikan bertujuan melahirkan pegawai kerajaan terlatih

F8 Pengajaran ilmu geometri, matematik, dan sains dalam pendidikan

F9 Memumiakan mayat

F10 Menguasai teknik pembedahan

F11 Pengawalan banjir menggunakan ilmu matemtik

F12 Memperkenalkan kalendar 365 hari dalam setahun

F13 Penyimpanan rekod khazanah bangsa

Page 6: SKEMA PENGGAL 2

6

7. Era kecemerlangan tamadun Indus berlaku antara tahun 2500 – 1800 S. M.

a. Nyatakan pembentukan tamadun tersebut [6 markah]

F1 Terletak di kawasan lembah sungai Indus

F2 Dikenali sebagai tamadun Harrappa

F3 Terletak di bahagian Barat Laut India

F4 Penduduk nomad membentuk petempatan kekal di sepanjang sungai Indus

F5 Mereka menjalankan pertanian

F6 Membawa kepada pertambahan penduduk

F7 Penduduk membina kampung dan berkembang menjadi bandar

F8 Muncul dua bandar utama iaitu Mohenjo-Daro dan Harrappa (dikenali sebagai bandar

terancang)

F9 Wujud sistem petadbiran yang sistematik

F10 Wujud organisasi sosial dalam masyarakat

b. Apakah keistimewaan bandar-bandar yang terdapat dalam tamadun Indus

yang boleh dicontohi? [10 markah]

F1 Bandar dikelilingi oleh tembok

F2 Terbahagi kepada dua bahagian

F3 Bahagian utama – pusat pentadbiran, keagamaan, tempat mandi awam, tempat

penyimpanan hasil pertanian

F4 Bahagian kedua – kawasan perumahan

F5 Disusun berasaskan blok-blok berbentuk segi empat

F6 Dipisahkan oleh satu rangkaian jalan raya yang lurus dan bersambung antara satu sama lain

F7 Setiap bandar mempunyai sistem kumbahan yang terancang

F8 Bandar-bandar dihubungi dengan sungai yang menjadi jalan perhubungan

F9 Menggunakan batu bata daripada tanah liat yang melalui proses pembakarandengan suhu

yang tinggi untuk membina rumah

F10 Teratur dan sistematik

F11 Mana-mana isi yang berkaitan dan munasabah

c. Apakah pengajaran sikap daripada masyarakat tamadun Indus yang boleh

dijadikan iktibar generasi pada hari ini? [4 markah]

F1 Menenerima pendangan dan bertukar pendapat dengan pihak lain

F2 Pertukaran teknologi dan ilmu

F3 Meningkatkan hubungan antarabangsa

F4 Menjamin keamanan dan keselamatan tamadun

F5 Mana-mana isi yang berkaitan

Page 7: SKEMA PENGGAL 2

7

8. Tamadun Hwang Ho telah muncul di sekitar lembah Sungai Hwang Ho yang

juga dikenali sebagai Sungai Kuning.

a. Jelaskan ciri-ciri penting Tamadun Hwang Ho [8 markah]

F1 Golongan hamba dijadikan korban dalam upacara keagamaan

F2 Bandar Anyang dilengkapi dengan tembok untuk menghalang pencerobohan

F3 Pembesar diberikan hak untuk bertindak sebagai ketua agama dalam upacara korban

F4 Sistem pemerintahan Dinasti Shang berbentuk pemerintahan beraja dan pengganti raja

dilantik daripada kalangan saudara lelaki yang lebih muda atau anak lelaki

F5 Masyarakat percaya kuasa raja merupakan mandat daripada tuhan dan raja-raja Shang tidak

perlu mendapat pengesahan politik

F6 Mengamalkan banyak kepercayaan termasuk animisme dan politeisme

F7 Menyembah tuhan syurga (Shang-Ti) dan tuhan bumi (Tu) dan penyembahan terhadap

sungai, bukit dan gunung

F8 Jumpaan tulang binatang dan kulit kura-kura di Anyang (kemahiran dalam teknologi

makanan)

F9 Golongan artisan mereka cipta pelbagai barangan tembaga seperti bekas minuman dan

makanan, senjata dan barangan tembikar

F10 Rekahan pada tulang “oracle” menimbulkan idea untuk mencipta tulisan ideogram

b. Nyatakan sumbangan-sumbangan penting tamadun Hwang Ho

terhadap peradaban manusia. [8 markah]

F1 Mempengaruhi sistem pemerintahan Cina kuno

F2 Sistem pemerintahan monarki diteruskan sehingga ke zaman Dinasti Ching

F3 Perubahan gelaran raja kepada maharaja

F4 Konsep anak dari syurga dan mandat dari syurga dikaitkan dengan maharaja

F5 Amalan putaran dinasti diteruskan

F6 Pembinaan sistem pengairan

F7 Pengairan kawasan pertanian untuk mengelak banjir

F8 Kemajuan dalam teknologi pembajakan

F9 Penciptaan cangkul dan sabit

F10 Penggunaan batas untuk tujuan penanaman

F11 Penggunaan alatan besi untuk tujuan pertanian menggantikan alatan kayu

F12 Penciptaan barang-barang tembikar seperti bekas makanan dan minuman

F13 Teknologi gangsa seperti senjata, perisai hiasan pada kereta kuda dan peralatan keagamaan

c. Berdasarkan kegemilangan tamadun Hwang Ho, bagaimanakah kita

dapat meningkatkan perkembangan ekonomi negara dengan pesat? [4 markah]

F1 Bersikap inovatif

F2 Berusaha membaiki / meningkatkan kehidupan sedia ada

F3 Mewujudkan keamanan negara

F4 Mewujudkan sistem pemerintahan yang kuat / adil

F5 Mempunyai corak sistem pemerintahan yang sistematik

F6 Memilih pemerintah yang berwibawa

F7 Mementingkan perkembangan pendidikan negara

F8 Mana-mana isi yang munasabah

Page 8: SKEMA PENGGAL 2

8

9. Tamadun Yunani telah berkembang di Semenanjung Greece dan pulau-pulau disekitarnya yang

dikelilingi oleh laut Aegean dan Laut Mediterranean. Ia bermula dengan pembentukkan petempatan

manusia yang dikenali sebagai polis.

(a) Nyatakan ciri negara kota yang terdapat dalam tamadun Yunani. [4 markah]

1. Walaupun terdapat banyak negara kota dalam tamadun Yunani tetapi yang paling menonjol

ialah Athens, Sparta, dan Corinth – Lokasi terletak berhampiran dengan laut Mediterranean

2. Setiap negara kota adalah unit yang bebas dan mempunyai sistem undang-undang dan corak

pemerintahan tersendiri selain turut memiliki beberapa tuhan

3. Masyarakat dalam setiap negara kota sentiasa bersatu padu dan mempunyai unit tentera

sendiri – peperangan sering berlaku antara negara kota tersebut dan setiap negara kota akan

bersatu sekiranya menerima serangan dari luar (cthnya semasa serangan tentera Parsi)

4. Jumlah penduduk yang berbeza – Cthnya: Athens 40 000 orang & Aegina 3 000 orang

5. Setiap warganegara menumpahkan taat setia kepada negara kota dan sanggup

mempertahankannya dari serangan musuh

6. Masyarakat dalam setiap negara kota inginkan kebebasan dan tidak suka dikongkong –

buktinya melalui kepelbagaian corak pemerintahan negara kota

7. Setiap negara kota mempunyai

i. Acropolis iaitu pusat pentadbiran atau ibu kota yang mempunyai tembok-tembok

pertahanan, rumah ibadat, bangunan kerajaan, dan kuil Parthenon

ii. Agora iaitu pusat kegiatan ekonomi seperti pasar-pasar dan tempat pertemuan rakyat

untuk bermesyuarat

iii. Kawasan pertanian di luar kota untuk membekalkan makanan kepada penduduk kota

(b) Bagaimanakah sistem pemerintahan demokrasi dilaksanakan di Athens? [6 markah]

F1 Terdapat Dewan Perhimpunan dan Dewan Majlis

F2 Berbentuk penyertaan langsung daripada rakyat

F3 Semua warganegara lelaki berpeluang menjadi ahli Dewan Perhimpunan

F4 Tempoh menjadi ahli Dewan antara 6 bulan hingga setahun

F5 Dewan Perhimpunan bersidang 3 kali sebulan

F6 Setiap ahli Dewan Perhimpunan boleh mengemukakan cadangan tentang dasar kerajaan

F7 Segala keperluan Dewan Perhimpunan dikendalikan oleh Majlis

F8 Ahli Majlis, Majistret dan Juri dilantik oleh Dewan Perhimpunan

F9 Dewan Perhimpunan berkuasa penuh terhadap Majlis, Majistret dan Juri

(c) Jelaskan pelaksanaan sistem pemerintahan di Sparta, Yunani. [4 markah]

F1 Sistem pemerintahan tentera diamalkan

F2 Sistem pertahanan diberikan perhatian penting

F3 Anak lelaki dari awal dilatih menjadi askar yang baik

F4 Melaksanakan sistem latihan ketenteraan untuk anak lelaki

F5 Sparta berjaya melahirkan tentera yang bersemangat patriotik dan handal

(d) Huraikan kepentingan sistem demokrasi yang diamalkan di negara kita. [6 markah]

F1 Rakyat terlibat dalam memilih / membentuk kerajaan

F2 Rakyat boleh bersuara / mengemukan pandangan

F3 Pemimpin tidak berkuasa mutlak

F4 Menjamin hak asasi rakyat

F5 Tidak bersifat kejam

F6 Meningkatkan perkembangan ekonomi

F7 Mana-mana isi berkaitan

Page 9: SKEMA PENGGAL 2

9

10. Peraturan dan undang-undang sangat penting untuk mengawal tingkah laku

manusia. Oleh itu, wujud pelbagai undang-undang pada tamadun awal dunia.

a. Terangkan perkembangan undang-undang bertulis di tamadun Rom. [6 markah]

F1 Undang-undang terawal muncul pada Zaman Republik

F2 Undang-undang pertama ialah Hukum Kanun 12

F3 Hukum Kanun 12 dipahat di pada kayu

F4 Hukum Kanun 12 yang dipahat di kayu dikenali sebagai Papan Dua Belas

F5 Papan Dua Belas diletak di tempat awam untuk tatapan orang ramai

F6 Maharaja Justinian telah mengumpul, menyatukan dan membukukan undang-undang Rom

yang banyak dan rumit

F7 Terdapat hakim-hakim yang mahir dalam undang-undang di Rom

F8 Usaha Maharaja Justinian melahirkan Kod Undang-undang Rom

F9 Kod undang-undang Rom dikenali sebagai Undang-undang Justinian

F10 Intipati Undang-undang Justinian masih kekal hingga kini

b. Nyatakan prinsip undang-undang yang diamalkan dalam tamadun China. [10 markah]

F1 Berasaskan falsafah legalisme

F2 2 prinsip utama iaitu hukuman berat dan bersifat kolektif

F3 Menggunakan undang-undang yang tegas dan kukuh untuk mengawal tingkah laku

manusia

F4 Tidak harus wujud belas kasihan dalam menjalankan undang-undang

F5 Undang-undang dan penguatkuasanya harus dipelihara dalam apa jua keadaan

F6 Undang-undang digunakan untuk membendung tindakan liar manusia

F7 Raja memiliki kuasa yang utuh

F8 Prinsip undang-undang Dinasti Chin dan Dinasti Han turut dilaksanakan

F9 Undang-undang Dinasti Chin yang berasaskan falsafah legalisme diperkenalkan oleh Han

Fei Tzu

F10 Raja memiliki budi pekerti yang baik

F11 Raja perlu menjaga keharmonian manusia dan masyarakat

c. Apakah kepentingan undang-undang kepada sesebuah negara? [4 markah]

F1 Mengekalkan kedaulatan negara

F2 Mengawal tingkah laku manusia dalam masyarakat

F3 Patuh kepada undang-undang

F4 Melicinkan pentadbiran negara

F5 Mewujudkan keamanan negara

F6 Mana-mana isi yang berkaitan