skema jawapan penggal 1

35
Panitia Sejarah SMK Narinang Kota Belud 2005 BAHAGIAN A SOALAN 1 Apakah yang dimaksudkan dengan zaman prasejarah dan bincangkan peranan serta pengaruh alam sekitar dalam membentuk corak kehidupan masyarakat pada zaman prasejarah PENGENALAN [3M] 1) Berdasarkan fakta sains, bumi terbentuk 4 600 juta tahun yag lampau dan kehidupan bermula pada 1000 juta tahun dahulu (kawasan dasar laut) & 400 juta tahun dahulu di darat 2) Secara keseluruhannya, tahap perkembangan manusia dapat dibahagikan kepada 2 peringkat iaitu Zaman Batu dan Zaman Logam. Kedua-dua zaman ini mempunyai tahap perkembangan yang berbeza 3) Berlaku evolusi yang berterusan dalam corak kehidupan manusia sehingga berlaku perubahan yang membawa kepada konsep kehidupan masyarakat bertamadun 4) Sejarah boleh diertikan sebagai peristiwa yang berlaku pada masa lampau yang memberi makna kepada kehidupan manusia pada hari ini secara perbandingannya, aktiviti merekod segala bentuk peristiwa / kejadian tidak berlaku pada zaman prasejarah HURAIAN ISI [20 M] Pengertian Prasejarah [ 5 markah ] 1) Penggunaan istilah prasejarah - Dipelopori oleh Tournal seorang kurator muzium di Perancis dalam tahun 1833 untuk mencatatkan perkembangan manusia sebelum wujudnya sistem tulisan - Diketengahkan oleh Daniel Wilson dalam tulisannya The Archeology of Prehistorie Annals of Scontland pada tahu 1851 2) Titik permulaan dikatakan bermula di Afrika sejak 3 juta tahun yang lampau walau bagaimanapun permulaannya adalah berbeza-beza antara satu kawasan dengan satu kawasan yang lain [di Amerika bermula 20 000 tahun dahulu ] 3) Kewujudan zaman prasejarah diketahui dan diperolehi melalui kajian arkeologi atau tinggalan 4) Zaman prasejarah merupakan zaman sebelum wujudnya rekod bertulis / masyarakat tidak mempunyai sistem tulisan dan tidak mempunyai kebolehan untuk merekod sesuatu kejadian 5) Zaman prasejarah dibahagikan kepada 3 tahap yang utama berdasarkan jenis, fungsi atau peralatan batu yang digunakan i) Zaman batu awal (Paleolitik) ii) Zaman batu pertengah (Mesolitik) iii) Zaman batu akhir (Neolitik) - Zaman Prasejarah berakhir selepas penemuan tulisan terawal dalam tamadun Mesopotamia [tulisan Cuneiform] lebih kuran 3400 S. M. Peranan serta pengaruh alam sekitar dalam membentuk corak kehidupan masyarakat pada zaman prasejarah [ 15 markah ] 1) Alam sekitar menentukan corak petempatan masyarakat

Upload: junaidi-mohamed

Post on 03-Oct-2015

427 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Sejarah Tamadun Dunia Sehingga Tahun 1800, Peperiksaan Penggal 1 Tingkatan 6 Atas, Sejarah Kertas 1

TRANSCRIPT

BAHAGIAN A

Panitia Sejarah SMK Narinang Kota Belud 2005

BAHAGIAN A

SOALAN 1 Apakah yang dimaksudkan dengan zaman prasejarah dan bincangkan peranan serta pengaruh alam sekitar dalam membentuk corak kehidupan masyarakat pada zaman prasejarah

PENGENALAN [3M]1) Berdasarkan fakta sains, bumi terbentuk 4 600 juta tahun yag lampau dan kehidupan bermula pada 1000 juta tahun dahulu (kawasan dasar laut) & 400 juta tahun dahulu di darat

2) Secara keseluruhannya, tahap perkembangan manusia dapat dibahagikan kepada 2 peringkat iaitu Zaman Batu dan Zaman Logam. Kedua-dua zaman ini mempunyai tahap perkembangan yang berbeza3) Berlaku evolusi yang berterusan dalam corak kehidupan manusia sehingga berlaku perubahan yang membawa kepada konsep kehidupan masyarakat bertamadun

4) Sejarah boleh diertikan sebagai peristiwa yang berlaku pada masa lampau yang memberi makna kepada kehidupan manusia pada hari ini secara perbandingannya, aktiviti merekod segala bentuk peristiwa / kejadian tidak berlaku pada zaman prasejarahHURAIAN ISI [20 M] Pengertian Prasejarah [ 5 markah ]1) Penggunaan istilah prasejarah Dipelopori oleh Tournal seorang kurator muzium di Perancis dalam tahun 1833 untuk mencatatkan perkembangan manusia sebelum wujudnya sistem tulisan

Diketengahkan oleh Daniel Wilson dalam tulisannya The Archeology of Prehistorie Annals of Scontland pada tahu 1851

2) Titik permulaan dikatakan bermula di Afrika sejak 3 juta tahun yang lampau walau bagaimanapun permulaannya adalah berbeza-beza antara satu kawasan dengan satu kawasan yang lain [di Amerika bermula 20 000 tahun dahulu ]3) Kewujudan zaman prasejarah diketahui dan diperolehi melalui kajian arkeologi atau tinggalan 4) Zaman prasejarah merupakan zaman sebelum wujudnya rekod bertulis / masyarakat tidak mempunyai sistem tulisan dan tidak mempunyai kebolehan untuk merekod sesuatu kejadian5) Zaman prasejarah dibahagikan kepada 3 tahap yang utama berdasarkan jenis, fungsi atau peralatan batu yang digunakan i) Zaman batu awal (Paleolitik)

ii) Zaman batu pertengah (Mesolitik)iii) Zaman batu akhir (Neolitik) Zaman Prasejarah berakhir selepas penemuan tulisan terawal dalam tamadun Mesopotamia [tulisan Cuneiform] lebih kuran 3400 S. M. Peranan serta pengaruh alam sekitar dalam membentuk corak kehidupan masyarakat pada zaman prasejarah [ 15 markah ]1) Alam sekitar menentukan corak petempatan masyarakat Bentuk muka bumi yang sering dilitupi oleh air batu / ais telah menyebabkan masyarakat prasejarah awal berpindah randah dari satu kawasan ke kawasan yang lain untuk mendapatkan sumber makanan aktiviti berburu binatang

Bentuk muka bumi berubah [pencairan air batu] pada zaman prasejarah akhir dan menyebabkan masyarakat mula membuka petempatan kekal wujud kampung-kampung / mempengaruhi proses urbanisasi2) Alam sekitar menentukan pemilihan lokasi petempatan masyarakat Persekitaran yang sejuk dipengaruhi oleh keadaan bentuk muka bumi masyarakat prasejarah awal terpaksa mencari perlindungan di dalam gua-gua yang dianggap selamat daripada keadaan cuaca yang sejuk Apabila muka bumi berubah pada zaman prasejarah akhir pencairan air batu membentuk kawasan tasik dan sungai, masyarakat mula bertumpu ke kawasan terbuka untuk membuka petempatan / kawasan lembah-lembah sungai yang subur mudah untuk mendapatkan bekalan air & sumber makanan 3) Kegiatan ekonomi dan keadaan persekitaran setempat Masyarakat prasejarah awal hanya berusaha memperolehi sumber makanan daripada sumber alam melalui kegiatan mencari hasil hutan dan memburu binatang dilakukan untuk tujuan sara diri

Apabila berlaku perubahan persekitaran- kegiatan ekonomi turut mengalami perubahan, masyarakat prasejarah akhir mula terlibat dalam aktiviti pertanian & penternakan [mengahasilkan bahan makanan sendiri] / aktiviti bercucuk tanam pada zaman neolitik mempengaruhi jumlah penduduk dan kejadian banjir yang mampu mengekalkan kesuburan tanah telah mempengaruhi aktiviti ekonomi yang dijalankan kawasan lembah sungai yang subur4) Perkembangan ekonomi dalam masyarakat berdasarkan lokasi / aktiviti perdagangan Pada zaman prasejarah akhir [Neolitik], perkembangan kawasan petmpatan di lembah-lembah sungai dan kawasan yang berhampiran dengan laut menjadi semakin ketara ini disebabkan keperluan dalam aspek perhubungan Keadaan persekitaran lembah sungai yang subur dan rata telah menggalakkan penghijrahan masyarakat di samping peningkatan dalam aktiviti tukaran barang / sistem barter [disebabkan oleh faktor suhu yang dipengaruhi oleh keadaan persekitaran ]5) Peralatan yang digunakan yang dipengaruhi oleh bekalan makanan Sifat masyarakat Paleolitik yang banyak bergantung kepada alam sekitar telah mempengaruhi peralatan yang digunakan dalam masyarakat penggunaan peralatan batu yang lebih mementingkan fungsi / peralatan tembikar [zaman Mesolitik] Perubahan persekitaran perubahan kegiatan ekonomi turut mempengaruhi perubahan dalam jenis dan fungsi peralatan yang digunakan oleh masyarakat prasejarah akhir [penciptaan peralatan batu yang lebih baik cangkul, tenggala, & bajak. Selain itu penciptaan roda, sistem pengairan, dan penggunaan perahu untuk berhubung dengan dunia luar]6) Kejadian alam dalam mempengaruhi aspek kepercayaan dan agama masyarakat

Kejadian petir dan kilat telah menyebabkan manusia prasejarah awal berfikir tentang kuasa ghaib kepercayaan animisme [proses awal dalam pembentukaan kepercayaan melukis gambar berbentuk manusia dan binatang di dinding-dinding gua]

Pada zaman prasejarah akhir perkembangan dalam aktiviti pertanian turut mempengaruhi aspek kepercayaan masyarakat kejadian kemarau danbanjir yang merosakkan tanaman menyebabbkan masyarakat mula melakukan aktiviti pemujaan

7) Penggunaan api dan pakaian disebabkan oleh keadaan suhu yang sejukPENUTUP [ 2 M ] 1) Berlaku evolusi dalam corak kehidupan masyarakat prasejarah selaras dengan perubahan persekitaran mereka2) Masyarakat prasejarah sebagai perintis kepada pembentukan ketamadunan & peradaban manusiaSOALAN 2Apakah yang dimaksudkan dengan konsep bandar dan pembandaran serta bincangkan faktor-faktor yang mendorong kemunculan bandar-bandar dalam Tamadun Mesopotamia, Mesir, dan India PENGENALAN

1) Aaaa

HURAIAN ISI

Konsep bandar dan pembandaran [ 5 markah ]

1) Aaa

Faktor-faktor yang mendorong kemunculan bandar dalam Tamadun Mesopotamia, Mesir, dan India

[ 15 markah ]

PENUTUP

SOALAN 3Bandingkan konsep ketuhanan dan keagamaan antara pandangan Islam dengan pandangan tamadun-tamadun awal manusia. PENGENALAN1) Definisi Tamadun kemajuan dan pencapaian sesuatu masyarakat dalam pelbagai bidang kehidupan. Merangkumi pencapaian dari aspek pembangunan material & pembangunan rohani.

2) Latar belakang secara umum terdapat 4 tamadun awal manusia (Mesopotamia / Sumeria - Antara Sungai Tigris dan Euphrates, Mesir - Sungai Nil, Indus - Sungai Indus, Hwang Ho - Sungai Kuning ) kesemuanya muncul dan berkembang di kawasan lembah sungai yang subur. Walau bagaimanapun tamadun Islam dianggap unik kerana ia lahir dan berkembang di tempat yang terpencil dalam kawasan padang pasir yang panas dan kering kontang iaitu Hijaz.3) Agama merupakan keperluan utama dalam pembentukan dalam peningkatan tamadun, secara umumnya agama ialah kepercayaan atau ajaran yang dianuti oleh seseorang

4) Konsep ketuhanan dan agama secara umum - masyarakat dalam tamadun awal manusia mempercayai konsep politeisme dalam agama dan kepercayaan mereka. Manakala menurut pandangan Islam adalah berlandaskan kepada akidah dan menekankan aspek syariah dalam menentukan peraturan kehidupanHURAIAN ISI Konsep Ketuhanan Dan Keagamaan Menurut Pandangan Islam [10 markah]1) Terdapat dua ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.wDi Mekah - Ajaran berbentuk Tasyri Kulli (ajaran secara umum), yang menyentuh tentang Hablun Minallah iaitu hubungan antara hamba / manusia dengan Allah s.w.t. yang merangkumi akidah, keimanan, akhlak, dan peribadatan. Termaktub dalam al-Quran melalui surah-surah Makkiyah (93 surah) yang telah diwahyukan di Makkah

Di Madinah - Ajaran berbentuk Tasyri Juzi (ajaran secara khusus) yang menerangkan persoalan Hablum Mimannas iaitu hubungan antara individu, manusia dengan individu lain yang merangkumi aspek kenegaraan, ekonomi, kemasyarakatan, dan lain-lain. Termaktub dalam al-Quran melalui surah-surah Madaniyyah (21 surah) yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w di Madinah2) Aspek-aspek ajaran Islam

i) Aspek Akidah Konsep Tauhid iaitu mengesahkan Allah s.w.t sebagai Tuhan yang berhak disembah, memiliki sifat kesempurnaan, berkuasa mencipta alam semesta. Dengan sendirinya menolak segala ajaran anthropomorphisme, iaitu segalabentuk penyembahan berhala dan penyamaan tuhan dengan makhluknya Mempercayai enam rukun iman: beriman kepada Allah, kepada Malaikat, kitab-kitab Allah, para Rasul, hari kiamat, dan Qada dan Qadar yang ditentukan oleh Allah s.w.t Mempunyai tanggungjawab terhadap semua amalan diri. Mempercayai bahawa syurga adalah tempat kediaman di akhirat nanti bagi mereka yang mematuhi perintah Allah dan neraka adalah tempat manusia yang mengongkari perintah Allah

Perkara-perkara selepas mati: mempercayai adanya alam kubur, hari nisab, hari kiamat. Titian Siratul-Mustaqim, nikmat di dalam syurga dan lain-lain lagi. Di dalam ajaran Islam ini, umat Islam boleh terus beribadat kepada Allah dengan mendirikan sembahyang lima waktu sehari semalam dan semua bentuk penyembahan dilarang melakukannya melalui perantaraan

ii) Aspek Syariah

Ajaran ini membezakannya dengan ajaran-ajaran jahiliah kerana Islam membentuk cara hidup tersendiri melalui syariah-syariah yang merupakan undang-undang atau tatacara bagi manusia hidup sementara di bumi ini. Di dalam syariah, pelbagai bentuk peraturan yang diwahyukan oleh Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan hanya mengamalkannya sahaja yang menyelamatkan manusia dari kesesatan di dunia dan keberuntungan dai akhiratiii) Aspek Akhlak

Peraturan yang berhubung dengan akhlak yang menegah umat Islam khasnya dan umat manusia amnya supaya tidak melakukan kejahatan dan tidak berperikemanusian seperti merompak, mencuri, membunuh, menyakiti jiran, berzina, minum arak, berjudi, dan sebagainya Ajaran Islam juga menggalakkan manusia supaya berakhlak mulia, hormat menghormati, menjaga maruah, bekerjasama, amanah, menjalinkan silaturrahim, an tolong menolong

Dengan melaksanakan tiga aspek ajaran Islam tersebut sahaja, barulah umat Islam secara individu atau masyarakat boleh dianggap beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dengan sebenar-benar iman. Aspek ini telah membezakan keagamaan setiap penganut Islam dengan aspek keagamaan orang-orang jahiliah sebelum Islam Konsep Ketuhanan Dan Keagamaan Menurut Tamadun Awal Manusia [10 markah]1) Konsep Ketuhanan dan Agama Agama yang diamalkan adalah berkonsepkan politeisme iaitu menyembah banyak tuhan (berlaku dalam Tamadun Sumeria, Mesir, dan Indus) dan dewa dewi dipercayai boleh membawa kebaikan dan keburukan

Tuhan utama bagi masyarakat Sumeria ialah Anu (tuhan langit), Mesir ialah Amon-re (tuhan matahari) dan Osiris (tuhan sungai Nil). Bagi masyarakat Aryan dalam tamadun Indus pula mereka menyembah Mitra (tuhan matahari), Dyaus (tuhan langit), Agni (tuhan api), dan Indra (tuhan yang menjadi tuhan utama) Masyarakat Indus pula mempercayai bahawa tuhan mempunyai 3 fungsi iaitu Dewa Brahma (mencipta), Dewa Vishnu (memelihara), dan Dewa Siva (membinasa)

2) Menyembah Dewa Dewi

Dalam masyarakat Sumeria, mereka percaya bahawa setiap negara kota mempunyai dewa penaung (patron deity) dan mereka menyembah dewa-dewa tersebut yang dipercayai dapat melindungi kota-kota mereka

Bagi orang Mesir, mereka mempercayai seluruh alam dikuasai oleh dewa dewi yang akan menentukan hidup matinya sesuatu kehidupan memuja banyak semangat roh binatang seperti kucing dan binatang3) Upacara Pemujaan dan Pengorbanan

Menjalankan upacara keagamaan seperti pemujaan dan pengorbanan supaya tidak dilanda malapetaka. Bagi Orang Sumeria, upacara ini dilakukan di dalam kuil-kuilyang berbentuk menara yang dipanggil Ziggurat

Mengorbankan binatang dalam masyarakat Indus (kecuali lembu yang dianggap suci) Masyarakat Shang dalam Tamadun Hwang Ho menjalankan pengorbanan untuk tuhan-tuhan mereka bagi mengelakkan malapetaka

4) Menyembah Banyak Objek dan Alam sekitar

Masyarakat Shang mengamalkan agama menyembah banyak objek dan unsur-unsur alam semesta seperti bumi, sungai, angin, binatang, bulan, matahari, dan langit. Mempercayai bahawa tuhan Tien (tuhan langit0 yang paling berkuasa

Tuhan-tuhan mereka dikaitkan dengan kuasa terhadap malapetaka seperti kemarau, banjir, dan wabak penyakt Bagi mengelakkan malapetaka, pengorbanan perlu dilakukan supaya tuhan-tuhan mereka tidak marah

5) Kepercayaan Kehidupan Selepas Mati

Masyarakat Sumeria tidak memmpercayai kehidupan selepas mati oleh itu mereka tidak menghasilkan mumia atau makam yang kompleks

Bagi masyarakat Mesir, mereka mempercayai kehidupan selepas mati dan mereka telah membina piramid untuk tujuan menyimpan mayat yang telah dimumiakan. Piramid menjadi tempat bersemadi roh-roh mereka barangan seperti makanan, perabut, dan harta turut disemadikan bersama

Masyarakat Shang turut mempercayai kehidupan selepas mati dan mereka menanam raja-raja bersama barang seperti harta, manusia (tawanan perang, kaum keluarga, dan petani)

6) Memuja Roh Nenek Moyang

Hanya masyarakat Shang memuja roh nenek moyang mereka kerana mempercayai bahawa roh-roh tersebut mempunyai pengaruh yang kuat ke atas kehidupan mereka Percaya dengan penggunaan tulang-tulang nujum (oracle bones) untuk membuat ramalan terutamanya untuk mengetahui sesuatu yang berkaitan dengan roh nenek moyang mereka

PENUTUP1) Terdapat perbezaan yang amat ketara dalam konsep ketuhanan dan keagamaan antara pandangan Islam denga pandangan tamadun-tamadun awal manusia2) Agama merupakan pedoman utama untuk membimbing manusia ke arah kehidupan yang sempurna

SOALAN 4 Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada kelahiran konsep dan amalan negara kota dalam Tamadun Yunani dan huraikan perbezaan antara Negara Kota Athens dan Sparta

PENGENALAN1) Bentuk negara yang terawal dikenali sebagai negara kota dan ia telah wujud semenjak Zaman Neolitik lagi (melalui perkembangan petempatan-petempatan awal di kawasan lembah sungai)2) Negara kota boleh ditakrifkan sebagai sistem pemerintahan yang kuasa kedaulatan tertumpu kepada rakyat negara kota tersebut dan kuasa politik kerapkali dapat diperluaskan kepada tanah jajahan yang berada di sekitarnya. 3) Faktor yang membawa kepada kewujudan negara kota adalah berbeza-beza mengikut masa dan tempat kelahiran negara kota tersebut Athens & Sparta merupakan Negara Kota yang terpenting dalam Tamadun Yunani dan ia telah mencorakkan sejarah tamadun berkenaanHURAIAN ISI Faktor-faktor utama yang membawa kepada kelahiran negara kota di Yunani [10 M ]- Merangkumi Aspek Politik, Ekonomi, & Sosial

1) Di Yunani, negara kota dikenali sebagai Polis yang bukan sahaja bermaksud suatu unit politik tetapi juga meliputi seluruh aspek kehidupan komuniti iaitu kegiatan politik, pengendalian aktiviti ekonomi, kegiatan sosial, perkembangan intelektual, dan budaya. Terdapat lebih daripada 150 negara kota dalam Tamadun Yunani setiap Polis mempunyai bentuk pemerintahan, cara hidup, pemikiran, dan kegiatan ekonomi2) Setiap negara kota berkembang daripada komuniti yang terdiri daripada golongan-golongan keluarga yang mengikut tradisi nenek moyang mereka Asas kelahiran daripada masyarakat perkampungan terbukti melalui pandangan Aristotle yang mentakrifkan negara kota sebagai unit politik yang terdiri daripada beberapa kampung dan keluarga yang mempunyai objektif dan cara hidup yang sama3) Proses perpaduan dalam komuniti dalam sesebuah negara kota merupakan kesan daripada keperluan perlindungan daripada serangan musuh / faktor keselamatan / konsep ketahanan dan pertahanan. Perkembangan tersebut mendorong kepada pembinaan kubu untuk mempertahankan bandar contohnya Athens yang didirikan di atas batu Athena yang kemudiannya dikenali sebagai Acropolis4) Perubahan strategi peperangan (phalanx) melahirkan nilai baru iaitu dari nilai individu kepada nilai tanggungjawab bersama bagi mempertingkatkan kepentingan dan kedudukan negara kota Negara Kota Sparta telah menenkankan konsep ketenteraan dalam semua aspek negara kota bagi meningkatkan semangat patriotisme5) Perkembangan pertanian eksport seperti tanaman zaiton dan anggur melahirkan golongan petani yang dapat melibatkan diri dalam hal penyertaan politik dan kehidupan sivik negara kota. Malahan penduduk di sesuatu wilayah berkumpul demi kepentingan pengurusan perdagangan yang lebih berkesan. Menurut Aristotle mereka dikatakan berkumpul dengan tujuan untuk mencapai perkembangan ekonomi yang efesien

6) Bentuk muka bumi / alam persekitaran di Semenanjung Yunani Pulau-pulau diLaut Aegean dan pengaruh Laut Mediterranean telah melahirkan semangat kebebasan di kalangan penduduk. Di Semenanjung Yunani, setiap negara kota terletak di satu lembah kecil dan perkembangan bandar adalah berasingan daripada bandar lain. Percantuman antara negara kota jarang berlaku kerana dorongan semangat kebebasan kesannya pertumbuhan sistem kepercayaan dan agama, adat-istiadat, sistem perundangan, struktur pemerintahan, dan instituti-institusi kerajaan yang amat khusus kepada satu negara kota sahaja.7) Kolonisasi & Imigrasi telah menyumbang kepada negara kota baru di Pulau Sicily, Selatan Itali, Persisiran Laut Hitam, dan Laut Agean Utara Pertumbuhan turut di warnai dengan semangat kebebasan

Perbezaan antara negara kota Athens dan Sparta [10 markah ]1) Athens

Terbentuk di Utara Yunani dan bermula sebagai sebuah kampung kecil bercorak agraria

Perubahan dalam corak pentadbiran bermula dengan monarki mutlak 1 200 800 SM sehinggalah pemerintahan demokrasi yang menjadi warisan negara kota Athens / sistem demokrasi @ pemerintahan oleh rakyat mencapai kegemilangannya pada zaman pemerintahan Pricles (495 429 SM) Hak dan kebebasan diberikan hanya kepada warganegara (lelaki yang dilahirkan di Athens dan berumur 18 tahun ke atas yang mempunyai harta dan bapanya juga adalah warganegara)

Umumnya pentadbiran dan pemerintahan di Athens berasaskan kepada doktrin pembahagian kuasa:

i) Dewan perhimpunan

Dianggotai oleh semua warganegara lelaki dewasa jawatan dalam dewan selama 6 bulan hingga 1 tahun Dewan bersidang sebanyak 3 bulan sekali & setiap ahli dewan boleh mengemukakan pandangan dan cadangan dasar kepada kerajaan

Dewan berfungsi untuk membahas dan membuat keputusan untuk berperang, membuat perjanjian damai, hal ehwal kewangan, percukaian, dan menyambut perwakilan asing

ii) Majlis

Badan yang bertanggungjawab melaksanakan keputusan Dewan Perhimpunan

500 ahli yang dipilih melalui pengundian dan mewakili setiap suku dibahagikan kepada 10 kumpulan yang dikenali sebagai prytany / wakil yang berlainan setiap tahun dan tidak wujud kerjasama antara anggota majlis

iii) Majistret dan Juri

Melaksanakan dasar-dasar yang telah dikemukan oleh majlis & semua pegawai perkhidmatan kerajaan menjadi ahli majistret (ketua dari golongan bawahan @ Patrician) Penduduk Athens menganggap berkhidmat untuk kerajaan sebagai satu penghormatan dan tanggungjawab yang suci Hak rakyat dilindungi oleh mahkamah awam / sistem juri yg dibayar gaji dan bilangan juri adalah ramai bagi mengelakkan rasuah

2) Sparta Terletak di wilayah Raconia yang terletak di Selatan Greek (Yunani)

Diperintah oleh dua ornag raja dan dibantu oleh lima orang pegawai yang dikenali sebagai Ephor / secara keseluruhannya, pemerintahan adalah bercirikan tentera menghadapi ancaman & pemberontakan daripada golongan helots (penduduk yang ramai dan mereka adalah tawanan perang yang dijadikan hamba di kawasan ladang / berasal dari negara kota Achae & Messenia yang ditawan oleh Sparta)

Masyarakat dilatih sebagai tentera dan mempertahankan hak dan kedaulatan negara (individu yang lahir dalam keadaan cacat dan kurang sempurna dianggap sebagai sial & dibunuh kanak-kanak dihantar ke sekolah-sekolah tentera) Pemerintahan totalitarian keputusan ditentukan oleh pihak tentera dan rakyat tidak berani mempersoalakan atau mengkritik tidakan kerajaan

Kegiatan perdagangan dihalang kerana kerajaan takut kemewahan dan kemakmuran akan menyebabkan rakyatnya menjadi lemah dan melupakan trasisi SpartaPENUTUP1) Perkembangan dan corak pemerintahan dalam sesebuah negara kota adalah berlainan di dalam Tamadun Yunani2) Apa sahaja huraian yang berkaitan (teknik rumusan)

SOALAN 5Bincangkan idea dan pemikiran Niccolo Machiavelli, Kautilya, dan Sun Tzu dalam aspek strategi peperangan.

PENGENALAN1) Ketahanan merujuk kepada keupayaan dan kebolehan serta kekuatan menanggung sesuatu kesukaran dan penderitaan, manakala pertahanan merujuk kepada langkah-langkah serta tindakan yang diambil untuk menjamin keselamatan serta kepentingan2) Aspek ketahanan dan pertahanan merupakan unsur universal yang didukung oleh kerajaan-kerajaan dalam tamadun awal manusia untuk menjamin keselamatan dan kewujudan tamadun berkenaan

3) Aspek peperangan menjadi agenda penting sebagai satu muslihat untuk mempertahankan diri, negara, dan masyarakat dengan membuat perancangan atau mengatur langkah

HURAIAN ISI1) Niccolo Machiavelli [ 6 7 M ] Latarbelakang & karya berkaitan berasal dari Italy lahir dalam tahun 1469M ( pernah menjadi diplomat 1498 -1512M). Meninggal dunia dalam tahun 1527M dan hasil karya hanya dicetak selepas tahun 1532M Penulisan bermatlamatkan untuk memulihkan imej Florence dan negara kota lain di Italy (Karya spt The Prince, The DiscourseUpon Living, & Art Of War ) Idea & Pemikirani) Memperkenalkan taktik penguasaan tampuk pemerintahan dan strategi peperangan secara sainstifik

ii) Persoalan tentang bagaimana seorang raja boleh mengekalkan kuasa dalam The Prince Matlamat seorang raja adalah untuk mengekalkan kuasa dan sekiranya kedudukan tergugat kerana pengikutnya tidak jujur, raja harus menghapuskannya demi kepentingan politik sendiri Dua cara pentadbiran undang-undang & Kekerasan dan ketenteraan (pentadbiran melalui undang-undang tidak mencukupi dan raja harus memberi penekanan kepada ketenteraan) Pandangan ini banyak mempengaruhi pembentukan negara bangsa di Eropah spt Sepanyol, England, dan Perancis. Berasaskan idea Michiavelli, raja menggunakan kekerasan terhadap gol bangsawan yang banyakmengancam mereka sebelum iniiii) Persoalan dalam buku Art Of War Undang-undang dan senjata yang baik penting untuk seorang raja Selain mentadbir seorang raja perlu ada prinsip ketenteraan

Pembentukkan tentera infantri, tentera yang berkhidmat semata-mata kerana gaji atau wang, dan pembentukan pasukan tambahan secara sukarela tidak digalakkan.

Pembinaan kubu turut ditolak kerana dianggap membawa kepada kemusnahan

Beliau menekankan bahawa seorang raja boleh berkuasa dengan menggunakan meriam, askar berkuda dan peralatan perang yang ringan dan mudah dibawa semasa peperangan2) Kautilya [ 6 7 ] Latar belakang & karya berkaitan Hidup pada zaman awal Dinasti Maurya di utara India dan telah menulis buku bertajuk Arthasastra (Science of Gain of Power)

Idea & Pemikirani) Karya beliau banyak mempengaruhi pahlawandan raja-raja Hindu spt: Raja Rajput dan Marathas. Karya beliau menjadikan peperangan sebagai seolah-olah ada kaitan dengan spiritual / peperangan dapat mengelak konsep hukum karma (reinkarnasi / kelahiran semula selepas mati) seperti yang disarankan dalam agama Hindu

ii) Karya beliau Arthasastra mengandungi hal ehwal ketatanegaraan, pentadbiran, diplomasi, peperangan, dan perkara-perkara lain. iii) 6 cara untuk mengekalkan hubungan di antara negara (kerajaan pusat) dengan negeri (wilayah) Keamanan

Peperangan

Teknik tunggu dan lihat untuk menyerang

Melancarkan serangan dahulu

Mengadakan pakatan dan persekutuan dengan musuh

Bersekutu / berbaik dengan satu pihak dan meneruskan peperangan dengan pihak yang lain

iv) 4 cara yang boleh digunkan oleh raja untuk mencapai kemenangan dalam peperangan

Memujuk dengan matlamat menawan hati Memujuk melalui rasuah

Memecahbelahkan perpaduan musuh

Melakukan serangan selepas 3 cara tersebut dilaksanakan

v) Beliau berpendapat bahawa seorang raja atau putera yang ingin berjaya mesti mengetahui tentang kekuatan dan kelemahan tenteranya, kelebihan dan kelemahan tentera musuh, dan akhir tahu menyerang dengan mengambil kesempatan atau bekesempatanvi) Kemahiran berkomplot (menghantar perisik, pelacur, merasuah pegawai musuh, merasuah tukang masak dan kalau boleh seluruh anggota istana untuk melemahkan musuh) dan tipu muslihat adalah lebih baik daripada menggunakan kegagahan dan kehandalan cara yang boleh digunakan apabila nampak tanda-tanda kekalahan.3) Sun Tzu [ 6 7 M ] Latar belakang & karya berkaitan Hidup pada zaman awal Tamadun China (Tamadun Hwang Ho) seorang Jeneral tentera dalam kerajaan Wu. Menghasilkan sebuah buku bertajuk Art of War atau seni peperangan. Buku yang menyentuh tentang taktik dan strategi peperangan yang mengandungi 13 bab dengan 6000 patah perkataan dan menjadi nadi dalam kecemerlangan kerajaan Wu. Karya beliau banyak mempengaruhi strategi peperangan di barat spt: Napoleon Bornaparte & adolf Hitler. Hasil penulisan yang dianggap sebagai paling ulung di benua Asia seperti Jepun dan Korea (Malahan Mao Tse Tung telah menggunankan strategi daripada karya beliau sehingga berjaya menjadikan China sebagai sebuah negara Komunis dalam tahun 1949) Karya beliau amat terkenal hingga ke hari ini dan telah diulang cetak ke dalam pelbagai bahasa kini karya tersebut diubahsuai dan digunakan dalam persaingan dunia perniagaan Idea & Pemikirani) Strategi berasaskan kepada 6 prinsip utama Mengenalpasti atau menganggarkan kekuatan sebelum menghadapi musuh

Strategi dalam menjalankan peperangan

Strategi dalam menyusun dan mengatur unit-unit tentera secara menyeluruh

Strategi menyerang atau melaksanakan serangan

Strategi mewujudkan ruang kosong semasa peperangan dan mengelakkan ruang kosong pada masa tertentu

Strategi menggerakkan tentera secara menyeluruh

ii) Beliau berpendapat bahawa setiap peperangan yang dilancarkan harus mengutamakan kepentingan rakyat daripada perasaan marah terhadap musuh setiap pahlawan harus mengkaji dan menyelidik kesan perang kepada rakyat dari segi nyawa, dan nasib yang dialami selepas perangiii) Mengutamakan tanggungjawab moral dalam peperangan kerana perang boleh menentukan hidup atau matinya sesebuah masyarakat dan negara. Oleh kerana peperangan sering membawa kepada kemusnahan, maka pemimpin harus berusaha utk mendapatkan kemenangan dengan cepat daripada melanjutkan peperangan

iv) Strategi yang ditekankan mengutamakan kedamaian daripada kekerasan / menawan musuh adalah lebih baik daripada memusnahkan sebuah negara. Malahan beliau menekankan supaya setiap panglima perang mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang kekuatan tentera sendiri dan strategi yang digunakan oleh musuh

v) Taktik yang sarankan pihak lawan harus dilemahkan dan dipecah belahkan dari dalam sebelum melancarkan serangan (menghantar pengintip masuk ke dalam pertahanan musuh di semua peringkat). Pengintip boleh melemahkan musuh dengan cara memisahkan sekutunya melalui khabar angin, maklumat yang mengelirukan musuh, merasuah para pahlawan, dan menimbulkan keadaan huru-hara pengintip sebagai musuh dalam selimut / gunting dalam lipatanPENUTUP1) Apa sahaja yang berkaitan penggunaan teknik rumusan sendiri berdasarkan kehendak soalan dan penggunaan ayat sendiri oleh calon* Sekiranya soalan berbentuk perbandingan tokoh, fakta-fakta yang telah diberikan boleh

digunakan oleh calon untuk menjawab soalan

SOALAN 6Terangkan konsep sara diri, komersil, dan kapitalisme. Huraikan perubahan sistem ekonomi daripada sistem barter kepada sistem kapitalisme yang berlaku di Eropah.

PENGENALAN 1) Pengertian ekonomi - umumnya ekonomi dapat dirumuskan sebagai satu bidang ilmu yang bertujuan untuk mengkaji segala unsur yang terlibat dalam usaha untuk menghasilkan barangan atau perkhidmatan demi memenuhi keperluan manusia. 2) Perkembangan dalam aktiviti pertanian dan penternakan pada zaman Neolitilk telah menjadi asas dalam mewujudkan kegiatan ekonomi berasaskan kepada pengkhususan pekerjaan3) Sistem barter atau tukaran barang merupakan sistem ekonomi yang terawal dan perubahan berlaku apabila manusia mula mencipta mata wang yang akhirnya menggantikan sistem tukaran barang yang tidak begitu efisien/berkesan4) Sistem ekonomi manusia seterusnya mengalami perubahan yang amat ketara daripada sistem yang berkonsepkan sara diri kepada sistem ekonomi komersil dan seterusnya mewujudkan sistem ekonomi kapitalisHURAIAN ISI Konsep / Pengertian [ 6 M ]1) Sara Diri Merupakan sistem ekonomi yang terawal dan hanya untuk menyediakan keperluan asas untuk kehidupan seperti makanan dan minuman, pakaian, dan tempat tinggal melalui penerokaan sumber-sumber alam Ekonomi sara masyarakat meliputi aktiviti pertanian, penternakan, mengkap ikan, memburu binatang dan memungut hasil hutandan laut (merangkumi aktiviti ekonomi masyarakat dalam tamadun-tamadun awal manusia seperti Mesopotamia, Mesir Purba dll) Biasanya dijalankan oleh anggota keluarga dengan skala yang kecil dengan menggunakan peralatan yang ringkas seperti cangkul dan tajak hasil tanaman adalah bergantung kepada iklim dan bentuk muka bumi2) Komersil

Bermaksud pengeluaran hasil secara besar-besaran untuk tujuan perdagangan (aktiviti jual beli urusniaga barangan dan perkhidmatan Lahir akibat daripada pertambahan produktiviti dalam kegiatan ekonomi sara diri hasil daripada penggunaan peralatan yang berteknologi tinggi dan pengkhususan pekerjaan. Kesannya wujud lebihan dalam pengeluaran barangan melebihi keperluan masyarakat setempat Aktiviti tukaran barang barang / sistem barter telah berkembang menjadi kegiatan perdagangan dengan penciptaan roda dan kapal layar menggalakkan perdagangan antarabangsa

Dalam sistem ekonomi ini para pedagang mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda dan sistem ekonomi komersil melibatkan penggunaan jalan darat dan laut dalam tamadun awal manusia3) Kapitalis

Diertikan sebagai satu bentuk ekonomi bebas atau laissez faire yang bercirikan pemilikan harta atau perniagaan sendiri. Mempunyai satu matlamat iaitu mendapatkan keuntungan yang maksimum Sistem ekonomi ini dikuasai oleh golongan yang mempunyai modal yang besar (individu ataupun sebuah syarikat/swasta) dan terlibat dalam aktiviti perdagangan dan perniagaan. Sistem ekonomi kapitalis berkonsepkan perlindungan harta sendiri dan menggalakkan inisiatif individu Kemunculan golongan borjuis iaitu pedagang dan pemodal yang kaya raya dalam struktur sosial masyarakat di Eropah Perkembangan sistem perdagangan daripada sistem barter kepada sistem kapitalis yang berlaku di Eropah [ 12 M ]1) Perdagangan bermula apabila manusia mula keluar dari ekonomi sara diri. Mereka mula menukar barangan yang dihasilkan untuk mendapat barangan keperluan yang lain. Kegiatan pertukaran barang ini dikenali sebagai sistem barter2) Perdagangan sistem barter diamalkan secara meluas di Eropah sebelum kemunculan Tamadun Grace-Roman sistem ini mula berubah bila matawang mula diperkenalkan sebagai alat pengukur nilai ( digunakan secara meluas dalam abad ke 12 dan seterusnya). Tetapi kegiatan perdagangan berasaskan sistem barter masih diamalkan di Eropah sehingga abad ke 15 dan 16, khususnya di kawasan pendalaman3) Kemunculan semula bandar-bandar di Eropah, khususnya di Italy dalam abad ke 13 telah membawa perubahan yang besar kepada sistem / corak perdagangan di Eropah. Di kawasan bandar-bandar inilah munculnya golongan saudagar baru yang meluaskan kegiatan mereka ke seluruh Eropah muncul institusi perdagangan seperti bank, syarikat insuran, persatuan saudagar (bandar-bandar di Italy menjadi teras dalam sistem ekonomi kapitalis yang kemudiannyamenular ke seluruh Eropah)4) Saudagar-saudagar di Italy memperolehi kebebasan menjalankan kegiatan mereka pihak berkuasa tidak menghalang kebebasan para saudagar berurusniaga, mengumpul kekayaan, dan meluaskan kegiatan mereka5) Dengan bantuan institusi bank, para saudagar dapat menjalankan kegiatan denga lebih mudah contohnya bank memberi pinjaman modal, dan mengeluarkan bil-bil pertukaran saudagar. Syarikat insuran pula mengeluarkan jaminan ke atas modal saudagar-saudagar untuk mengurangkan risiko mereka (hubungan perdagangan menjadi lebih teratur dan licin)6) Kejatuhan wilayah-wilayah feudal dan kemunculan negara bangsa di Eropah dalam abad ke 14 dan 15 menggalakkan lagi perkembangan perdagangan apabila terhapusnya pelbagai bentuk halangan ke atas perdagangan yang telah diwujudkan oleh regim feudal sebelum ini

7) Berikutan kejatuhan fedualisme di Eropah, kegiatan perdagangan menjadi unsur penting dalam aktiviti ekonomi pihak pemerintah telah memberi galakkan dan perlindungan

8) Keseragaman dari aspek timbang dan sukat, peraturan dan undang-undang yang melindungi hak pemilik-pemilik komoditi dan modal. Terdapat juga institusi yang berfungsi dari segi menyediakan kemudahan kredit dan kewangan menjadi asas kepada perkembangan sistem perdaganagan di bawah ekonomi kapitalis Eropah

PENUTUP1) Terapat perbezaan yang ketara antara sistem ekonomi sara diri, komersil, dan kapitalis2) Perubahan berlaku secara berterusan dan dipengaruhi oleh pelbagai aspek dalam perkembanagan tamadun-tamadun di Eropah pada masa itu

3) Perubahan ekonomi di Eropah telah berjaya menjadikan negara seperti Perancis, England, dan Italy sebagai satu kuasa imperialisme baru dalam abad ke 17 dan 18

SOALAN 7Bincangkan objektif penubuhan institusi pendidikan seperti tempat ibadat, rumah guru, sekolah, kolej, dan universiti dalam tamadun awal manusia seperti tamadun Mesopotamia, Mesir, India, China, Yunani, dan Rom. PENGENALAN1) Konsep Pendidikan satu bidang yang melibatkan pelbagai proses dalam memberi dan memperolehi ilmu. Proses ini adalah berterusan 2) Dasar pendidikan berasaskan kepada kepentingan dan kehendak yang terdapat dalam sesebuah masyarakat ataupun negara - berbeza mengikut tempat, masa dan keperluan 3) Apabila pembentukan sesebuah masyarakat kian bertambah kompleks, pendidikan berbentuk formal mula mendapat tempat dan pelbagai institusi pendidikan mula ditubuhkan (contoh institusi berdasarkan kepada soalan)

4) Walaupun terdapat banyak perbezaan, tetapi terdapat beberapa objektif yang telah menjadi asas dalam mempengaruhi penubuhan-penubuhan institusi tersebutHURAIAN ISIObjektif Penubuhan Institusi Pendidikan Dalam Tamadun Awal Manusia

1) Aspek Keagamaan Pendidikan berteraskan kepada keperluan masyarakat dalam aspek keagamaan ini adalah antara objektif utama yang mewujudkan institusi pendidikan pada peringkat awal

Dalam Tamadun Mesir, pendidikan diletakkan di bawah pengawalan pihak kerajaan dan golongan paderi-paderi para pelajar dididik untuk menjawat jawatan dalam bidang perkeranian dan perkhidmatan keagamaan ( Objektif yang serupa dalam Tamadun Mesopotamia di mana kegiatan intelektual dan pendidikan berpusat di perpustakaan yang terdapat di dalam kuil-kuil / Ziggurat )

Dalam Tamadun India, agama ialah punca utama kepada aktiviti termasuk pemikiran, falsafah, perundangan, politik, dan pendidikan. Pendidikan formal untuk golongan kasta atasan seperti Brahmin berasaskan kepada pengkajian Kitab Veda. Dalam zaman Gupta, wujud pusat-pusat pengajian agama Buddha seperti Vikramasila dan Jagaddala. Ajaran Hindu diajar di tempat kediaman guru yang dikenali sebagai Pathasala di India Baratdan Tols di Bengal manakala di peringkat kampungterdapat Agrahara iaitu tempat paderi-paderi Brahmin mengajar kitab suci Hindu2) Politik Dan Pentadbiran

Berkait rapat dengan aspek pengendalian hal politik dan kerajaan demi kepentingan pentadbiran dan birokrasi. Ia melibatkan proses penyertaan warganegara dalam proses pentadbiran kerajaan, semangat kebangsaan, ketaatan kepada raja / pemerintah, dan aspek pertahanan negara Pendidikan menjadi asas utama dalam melahirkan pegawai-pegawai kerajaan yang akan berkhidmat dengan kerajaan demi mengekalkan keharmonian masyarakat dan rasa taat setia kepada raja dan negara Dalam Tamadun China ( zaman pemerintahan Dinasti Han dan Tang ), fahaman Confucius telah menjadi ideologi politik & asas kurikulum pendidikan melahirkan golongan gentry (bangsawan) yang akan menyokong & memperkuatkan kedudukan Maharaja

Perlantikan pegawai-pegawai kerajaan adalah berasaskan satu sistem peperiksaan (sistem peperiksaan awam yang tertua di dunia) bertujuan melahirkan pegawai yang akan mengisi jawatan dalam pentadbiran dan menjalinkan hubungan persaudaraan dan sifat kekeluargaan demi kepentingan masyarakat China pada masa itu3) Semangat Kenegaraan / Semangat Patriotisme

Tujuan yang jelas dalam sistem pendidikan di Yunani selaras dengan perkembangan sistem demokrasi yang memuncak pada zaman pemeirntahan Pericles Athens - bertujuan untuk melahirkan warganegara yang dapat memberi sumbangan kepada kemajuan dan pembangunan negara, matlamat utama juga adalah untuk melahirkan warganegara yang seimbang pencapaiannya dalam aspek rohani dan jasmani.

Hubungan yang erat antara warganegara dengan Acropolis dipupuk melalui pendidikan supaya mereka hidup untuk kepentingan negara kota menggalakkan kewujudan sekolah-sekolah falsafah di Athens, Thebes, dan Corinth

Secara langsung muncul golongan pendidik profesional yang dipanggil sebagai Sophists yang dapat memenuhi aspirasi-aspirasi warganegara Athens terutamanya untuk menjadi negarawan-negarawan yang berkesan

2 disiplin utama ditekankan dalam pendidikan iaitu dialectic dan rhetoric yang akan menjadi seseorang individu lebih bijak penubuhan sebuah institusi oleh Plato iaitu Academy untuk memupuk segolongan minoriti yang benar-benar berkemampuan mengendalikan hal-hal politik iaitu konsep Philosopher Kings4) Keselamatan Negara / Pertahanan

Negara kota Sparta di Tamadun Yunani, keselamatan negara menjadi keutamaan melalui penubuhan institusi-institusi pendidikan. Pendidikan bercorak ketenteraan menekankan setiap kanak-kanak Sparta dikenakan latihan tentera serta disiplin yang ketat dan hidup diberek-berek tentera serta terpisah daripada ibu bapa. Latihan ketenteraan menjadi asas dalam kurikulum sistem pendidikan untuk melahirkan sifat ketenteraan dan disiplin untuk pertahanan mereka daripada ancaman golongan Helots Sistem pendidikan adalah bertujuan untuk melahirkan sebuah kerajaan orang-orang Sparta tulen untuk mengawal rapat orang tawanan (Helots) yang dijadikan hamba Golongan hamba (Helots) mempunyai jumlah yang sangat ramai jika dibandingkan dengan penduduk Sparta tulen dan mereka khuatir sekiranya golongan hamba akan mengancam mereka dan melakukan pemberontakan

Pendidikan di Sparta dibentuk berdasarkan aspirasi negara kota bagi melahirkan individu yang kuat dari segi fizikal dan mental, patuh kepada undang-undang, cintakan negara, dan sanggup mempertahankan negara5) Membasmi Buta Huruf Di Kalangan Masyarakat

Rujuk dalam Tamadun India / Mesir Purba

6) Manusia Dan Masyarakat Pada akhir zaman pertengahan di Eropah, fokus utama dalam sistem pendidikan mulai tertumpu kepada manusia dan aspek-aspek penting yang berkaitan. Pendidikan bercorak teologi dan agama Kristian tidak lagi diterima Corak kehidupan masyarakat telah berubah, perdagangan dan kehidupan di bandar telah menjadi lebih signifikan. Kuasa ekonomi dan politik tidak lagi terletak di tangan golongan feudal (tuan-tuan tanah) dan gereja, tetapi telah diambil alih oleh golongan borjuis yang hidup dengan kaya raya di kawasan bandar Penggunaan bahasa-bahasa tempatan telah mengambil alih kepentingan bahasa Latin dalam sistem pendidikan baru yang memfokuskan kepada kepentingan manusi, dan masyarakat antara bidang yang mnejadi kajian utama dalam bidang pendidikan ialah bidang sosiologi dan antropologi7) Aspek ekonomi dan Perdagangan

PENUTUP Objektif yang pelbagai disebabkan oleh kepentingan yang berbeza-beza setiap masyarakat dalam setiap tamadun Peningkatan dalam aspek pendidikan telah melahirkan ramai golongan cendiakawan yang menjadi nadi dalam kemajuan sesebuah tamadun

SOALAN 8Apakah yang anda faham dengan konsep dan pengertian ilmu? Huraikan perkembangan ilmu masyarakat tamadun Mesopotamia, Mesir, dan India dalam aspek perundangan.

PENGENALAN1) L/belakang setiap tamadun Tamadun Mesopotamia Tamadun yang terawal di dunia & terbentuk di antara Sungai Tigris dan Euphrates sejak 3500 SM berkembang dari petempatan awal masyarakat Neolitik sehinggalah menjadi pusat tamadun Perkataan Mesopotamia berasal daripada bahasa Yunani bermaksud tanah di antara 2 sungai / terdiri daripada banyak kerajaan dari kerajaan Sumeria dalam tahun 3500 SM hinggalah kerajaan Chaldean dalam tahun 539 SM

Dikuasai oleh pelbagai suku kaum dan ini telah menjadikan sebagai tamadun yang amat kompleks

Tamadun Mesir

Tamadun yang terletak di tebing Sungai Nil yang terdiri daripada 2 batang sungai (Sungai Nil Biru & sungai Nil Putih) dianggap sebagai hadiah daripada Sungai Nil / kawasan dataran lanar yang subur dan sesuai untuk aktiviti pertanian

Berkembang dari petempatan Neolitik antara 10 000 hingga 5000 SM / wilayah persekitaran delta Sungai Nil kemudiannya menjadi pusat tamadun

Kegemilangan tamdun Mesir berlaku dalam zaman empayar (1570 1085 SM)

Tamadun India

Selepas kejatuhan tamadun Indus kedatangan orang Aryan (zaman Vedik kemunculan agama Hindu) zaman yang amat penting kerana berlaku proses kemajuan dalam aspek ekonomi, politik, dan kerohanian dalam masyarakat

Dinasti Maurya telah berjaya menyatukan seluruh India mencapai kegemilangan pada zaman Asoka

2) Huraian yang ringkas terhadap latarbelakang setiap tamadun dan calon digalakkan mengaitkannya dengan kehendak soalan menggunakan ayat sendiriHURAIAN ISI1) Konsep & pengertian ilmu [ 5 M ] Ilmu merujuk kepada pengetahuan atau kepandaian dalam berbagai-bagai perkara Intelektual pula merujuk kepada golongan terpelajar, cerdik pandai, dan cendikawan yang mempunyai kemampuan yang tinggi untuk berfikir / menggunakan akal

Konsep ilmu tidaklah begitu jelas pada peringkat awal kewujudan tamadun manusia hanya menonjol selepas zaman Yunani & berasaskan pemikiran ahli falsafah sepeti Socrates, Aristotle, & Plato (Yunani), Mencius (China), Zeno (Rom) Sumber ilmu

i) Sudut Agama - Sesuatu ilmu bersumberkan tuhan (cth: Dalam zaman empayar

Rom)

Usaha untuk mencari ilmu dan kebenaran tentang sesuatu memerlukan pegangan yang kuat terhadap keimanan

ii) Sudut Sekular - Ilmu diperolehi dengan berfikir secara rasional serta membuktikan segala fakta yang diperolehi

Golongan sekular menegaskan bahawa ilmu tidak seharusnya

dipengaruhi oleh sebarang kepercayaan @ tuntutan agama kerana

ilmu yang lahir melalui cara tersebut tidak dapat dibuktikan2) Perkembangan ilmu dalam aspek perundangan Tamadun Mesopotamia, Mesir, & India [ 15 M ] Perkembangan ilmu selaras dengan kepentingan dan peningkatan dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat dalam setiap Tamadun, ia berkait rapat dengan corak pemerintahan dan pentadbiran Dalam Tamadun Mesopotamia [ 5 M ] Kod Undang-undang Hammurabi ( undang-undang yang tertua di dunia digubal oleh Raja Hammurabi iaitu pemerintah kerajaan Babylon yang ke-6 & ia merangkumi undang-undang sivil, undang-undang jenayah, serta membincangkan hubungan di antara rakyat)

Dipahat pada tiang yang berbentuk bulatan supaya dapat diketahui isi kandungannya oleh setiap lapisan masyarakat mengandungi 282 artikel, bahagian pendahuluan menunjukkan penghormatan terhadap dewa-dewa & setiap artikel meliputi semua aspek kehidupan Hukuman dikenakan adalah setimpal dengan kesalahan & berasaskan kepada 3 prinsip

i) Hukuman & denda berbeza berdasarkan status sosial seseorang

ii) Prinsip pembalasan bagi mereka yang mempunyai status sosial yang sama

iii) Orang perseorangan harus membuat aduan sendiri di mahkamah kerana tiada pendakwa

Tamadun Mesir [ 5 M ] Tidak wujud perkembangan yang jelas dalam aspek perundangan kerana masyarakat Mesir lebih menekankan perkembangan ilmu dalam aspek astronomi, perubatan, dan seni bina

Aspek perundangan hanya berteraskan kepada kedudukan pemerintah iaitu Firaun yang berkuasa / pemerintah tertinggi - mempunyai kuasa mutlak dan dianggap suci

Firaun menjadi ketua pendeta, pemilik tanah, ketua hakim, dan ketua pahlawan. Oleh kerana jawatan firaun diwarisi secara turun temurun perbezaan dalam aspek perundangan yang diterapkan adalah berbeza-beza

Tamadun India [ 5 M ] Aspek perundangan amat dititikberatkan bagi memastikan kelicinan pentadbiran kerajaan

Kitab Dharna Sastra dianggap sebagai undang-undang tertua dalam Tamadun India mengandungi tata cara dan undang-undang pentadbiran dalam kerajaan. Dikatakan undang-undang berasaskan kitab tersebut dihasilkan antara abad ke-6 hingga ke-2 SM Raja bertanggungjawab menjaga memelihara kedaulatan dan kesucian undang-undang disamping peranan golongan Brahmin Hukuman berdasarkan kesalahan yang dilakukan Pada zaman Dinasti Maurya, undang-undang telah diukir pada tiang batu dan diletakkan di tepi-tepi jalan untuk pengetahuan umum beraunsurkan agama Buddha terutamanya semasa pemerintahan Asoka (dikenali sebagai Tiang Asoka)

PENUTUP1) Perkembangan dalam aspek perundangan ketiga-tiga tamadun menunjukkan perbezaan yang amat ketara kerana banyak faktor lain yang menjadi asas dalam mewujudkan undang-undang2) Walau bagaimanapun, aspek perundangan yang telah ditekan oleh pemerintah bertujuan untuk membawa keharmonian / melicinkan pentadbirna negara

3) Ia turut menjadi rujukan masyarakat seterusnya bagi mewujudkan undang-undang yang lebih sistematik dalam kehidupan masyarakat semasa

BAHAGIAN B

SOALAN 9Apakah yang anda faham dengan konsep jahiliah dan bincangkan ciri-ciri masyarakat Arab Jahiliah PENGENALAN1) Kehidupan dalam sebuah masyarakat mencerminkan perkembangan ketamadunan manusia dalam pelbagai aspek kehidupan (merangkumi aspek politik, ekonomi, dan sosial)2) Walaupun terdapat percanggahan dalam memberikan definisi terhadap ketamadunan manusia, secara umumnya ia merangkumi peningkatan dalam aspek rohaniah (spiritual) dan lahiriah (material) kedua-duanya haruslah bergerak secara seiringanHURAIAN ISI Konsep Jahiliah [ 5 M ] Istilah berkaitan

i) Jahiliah berasal daripada bahasa Arab Kata akar jahala bermaksud jahil dan tidak mengetahui / bodoh dan sesatii) Kata terbitan jahlun atau jahalatun yang membawa maksud yang sama Ciri-ciri zaman jahiliah berdasarkan al-Quran

i) Tidak mempunyai kitab suci sebagai petunjuk

ii) Tidak mempunyai peradaban atau tamadun

iii) Masyarakat yang tidak berakhlak, angkuh, dan sombong

iv) Masyarakat yang jahil kerana tidak boleh membaca dan menulis

v) Masyarakat yang tidak patuh dan tunduk kepada syariat Allah swt serta tidak menggesakannya

Jangka masa berdasarkan kronologi dalam sejarah zaman selepas keruntuhan empangan Maarib dalam Tamadun Saba [300 M] sehinggalah turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. [610 M] Defenisi berkaitan

i) Sejarawan Islam zaman yang penuh dengan kegelapan, kejahilan, dan kebodohan dalam ilmu pengetahuan keranatidak tahu membaca dan menulisii) P. K. Hitti masyarakat Arab jahiliah hanya jahil dalam aspek kepercayaan dan keagamaan, tetapi maju dalam aspek ilmu pengetahuan / pendapat yang kurang tepat Masyarakat yang meninggalkan ajaran yangtelah dibawa oleh nabi dan rasul sebelum Nabi Muhammad s.a.w. seperti Nabi Hud, Nabi Ibrahim, dan Nabi Ismail menyebabkan mereka sesat dan lupa nilai-nilai kemanusian Ciri-ciri masyarakat Arab Jahiliah [ 15 M ]

1) Kepercayaan & agama

Tidak mempunyai pegangan agama yang jelas [5 kategori utama-Wathani, Majusi, Nasrani, Yahudi, Hanif (samawi)] pengaruh asing menjadi pendorong kepada penyebaran agama

Kepercayaan animisme & kepercayaan khurafat

2) Politik / pemerintahan dan pentadbiran negara Tiada kerajaan yang mempunyai struktur pemerintahan yang sistematik dan teratur (kesan daripada pengaruh Rom dan Parsi)

Sistem Kabilah / kesukuan (golongan Hadari mempunyai struktur politik yang lebih stabil berbanding golongan Badwi)

3) Struktur ekonomi Keadaan geografi / bentuk muka bumi & ketidakstabilan politik menghalang masyarakat Arab jahiliah mencapai kemajuan terutamanya golongan badwi

Pertanian di kawasan Wadi (kemerosotan selepas keruntuhan empangan Maarib)

Aktiviti perdagangan kurang menguntungkan kerana penguasaan Rom & Parsi

Aktivit merompak menjadi sumber ekonomi terutamanya golongan badwi

Riba dan penindasan dalam aktiviti perniagaan / dilakukan oleh golongan kaya terhadap golongan miskin

4) Sistem / struktur sosial dalam masyarakat Kabilah menjadi asas dalam satu unit sosial yang mengawal sistem pentabdiran masyarakat semangat assabiyah sebagai penyatuan (berasaskan darah & keturunan)

Peperangan

Kedudukan wanita & hamba (golongan miskin) status yang amat rendah dlm masyarakat

5) Pencapaian dalam aspek ilmu pengetahuan Ketandusan akhlak & kesesatan akidah menjadikan masyarakat Arab jahiliah sebagai masyarakat yang jahil (cetek ilmu pengetahuan) berasaskan tempat tinggal

Ilmu berbentuk lisan / teknik hafalan (menurut al-Baladhuri 17 orang sahaja yang pandai membaca & menulis)

Kemahiran dalam aspek kesusasteraan hanya utk tujuan keseronokan semata-mata

6) Aspek ketahanan & pertahanan / ketenteraan - peperanganPENUTUP1) Masyarakat Arab Jahiliah Kemunculan Tamadun Islam / wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w.

2) Teknik rumusan lebih sesuai berdasarkan soalan dan hujah yang telah diberikan oleh calonSOALAN 10Perjanjian Aqabah mempunyai hubungan yang rapat dengan peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah. Jelaskan bagaimana perjanjian tersebut merintis jalan kepada penghijrahan umat Islam ke Madinah.

PENGENALAN1) Masalah yang dihadapi oleh Nabi Muhammad s.a.w & umat Islam di Makkah 2) Langkah untuk menyelesaikan masalah HURAIAN ISI1) L/belakang Kota Makkah & Madinah + Dakwah Nabi terhadap masyarakat Madinah (Semasa musim Haji)

2) Perjanjian Aqabah I & Perjanjian Aqabah II

3) Peristiwa Hijrah

PENUTUP1) Kesan-kesan peristiwa Hijrah PENGENALAN1) Pelbagai cara telah dilakukan oleh pihak Quraisy Makkah untuk menentang dakwah Islamiah yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w walau bagaimana pun Nabi Muhammad s.a.w tetap tabah meneruskan usaha dakwah

2) Antara cara lain yang telah digunakan oleh Nabi Muhammad dalam strategi menyebarkan Islam ialah telah membenarkan orang Islam Makkah berhijrah dan mendapatkan perlindungan ke Habsyah & menyebarkan seruan Islam ke Taif 3) Walau bagaimanapun peristiwa hijrah ke Madinah dalam tahun 622 M adalah merupakan perintis kepada kewujudan dan perkembangan Tamadun Islam selepas itu

HURAIAN ISIBagaimana Perjanjian Aqabah merintis jalan kepada penghijrahan umat Islam Nabi menyebarkan Islam semasa musim Haji [ 6 M ]1) Kota Madinah terletak di bahagian utara Makkah (sejauh 320 km & sejak kecil lagi Nabi Muhammad sering menziarahi pusara bapanya di Madinah) Kota Madinah merupakan kota yang penting dalam kegiatan perdagangan masyarakat Arab dan ia telah dipilih sebagai lokasi hijrah kerana kesesuaiannya dari aspek agama, moral masyarakat tempatan, dan keadaan sosioekonominya2) Nabi Muhammad sering menemui jemaah Haji dari luar Kota Makkah untuk menyebarkan dakwah Islamiah 2 orang tokoh yang ditemui (Suwayd bin Samit & Iyas bin Muadh) kedua-dua tokoh tersebut telah memeluk Islam dan menyebarkan Islam ke Madinah3) Tidak lama selepas itu, rombongan dari kaum khazraj datang untuk menunaikan fardhu Haji Nabi berjumpa denga mereka di Bukit Aqabah & menerangkan tentang agama Islam (rombongan tersebut memberitahu Nabi Muhammad s.a.w bahawa masyarakat Madinah berpecah belah dan berharap supaya nabi dapat menyatukan mereka)

Perjanjian Aqabah I dan II dimeterai [ 7 M ]1) Pada musim haji berikutnya, (dalam tahun 621 masihi) sekumpulan orang Arab Madinah menemui Nabi Muhammad s.a.w sekali lagi (12 orang terdiri daripada 10 org kaum khazraj & 2 org kaum Aus) 2) Perjanjian Aqabah Pertama (Dikenali sebagai Baiat al-Nisa yakni perjanjian damai) telah ditandatangani di Bukit Aqabah. Antara syarat perjanjian ialah suku Aus dan Khazraj hendaklah beriman kepada Allah dan Rasul, berjanji akan membantu perjuangan Nabi Muhammad s.a.w, dan tidak akan melakukan amalan jahiliah (mencuri, minum arak, dan membunuh bayi perempuan) Musab bin Umayr telah dihantar ke Madinah utk menyebarkan Islam dan mengajar mereka ayat-ayat al-Quran Misi tersebut mencapai kejayaan yang besar3) Dalam tahun 622 M (rombongan yang terdiri daripada 73 orang termasuk 2 orang wanita dari Madinah datang semula bilangan kaum Khazraj lebih banyak). Perjanjian Aqabah Kedua ditandatangani di tempat yang sama / perjanjian ini dikenali juga sebagai perjanjian peperangan kerana menyentuh tentang hal-hal peperangan. 4) Selepas mendengar penerangan Nabi Muhammad s.a.w mereka telah membaiah dengan berjabat tangan dengan baginda

5) Antara syarat: (Suku Aus dan Khazraj memeluk Islam dan mengukuhkan lagi taat setia kepada Nabi Muhammad s.a.w., Suku Aus & Khazraj menjemput Nabi dan umat Islam Makkah behijrah ke Madinah, Suku Aus & Khazraj dengan sukarela akan menyediakan tempat tinggal dan menjanjikan keselamatan nabi & umat Islam, dan menyatakan kesedian mempertahankan Islam) Nabi Muhammad s.a.w kemudiannya melantik 12 orang Naqib (ketua) (9 org dari suku Khazraj & 3 org dari suku Aus) utk menyebarkan Islam di Madinah Peristiwa Hijrah berlaku [ 7 M ]1) Pengertian Hijrah Berasal dari bahasa Arab hajara yang bermaksud berpindah

Hijrah merujuk kepada perpindahan umat Islam dari Makkah ke Madinah dalam usaha utk memelihara agama Islam dan sebagai strategi baru menyebarkan Islam

2) Bagaimana Hijrah berlaku?

Rancangan Hijrah mendapat sokongan daripada masyarakat Madinah / terbukti melalui kesanggupan dan usaha berterusan mereka sebelum termeterainya perjanjian Aqabah sehinggalah kedatangan Nabi Muhammad s.a.w Hijrah berlaku secara berperingkat-peringkat (Abu Salamah bin Abdul al-Asad dari bani Makhzum adalah orang yang pertama sekali berjirah pd 16 Julai 622 M / 1 Muharram 1 Hijrah) diikuti oleh orang Islam yang lain Hijrah berlaku secara berperingkat-peringkat (individu / kumpulan @ rombongan), walaupun ada di antara orang Islam ditangkap oleh Quraisy Makkah semasa sedang berhijrah, tetapi ia tidak memberikan kesan kepada proses hijrah tersebut Nabi Muhammad s.a.w berhijrah secara rahsia bersama sahabat rapat baginda iaitu Saidina Abu Bakar Al-Siddiq pada 12 September 622 M / 1 Rabiulawal 1 Hijrah selepas mendapat wahyu tentang rancangan Quraisy Makkah utk membunuh baginda surah al-Anfal ayat 30. (Nabi terpaksa bersembunyi di Gua Thur utk mengelakkan ancaman kaum Quraisy) Nabi Muhammad tiba di Madinah pada 20 September 622 M / 12 Rabiulawal 1 H disambut dengan dengan meriah oleh penduduk Madinah kemudiannya dilantiksebagai pemimpin Kota Madinah

PENUTUP1) Perjanjian Aqabah 1&2 mempunyai kaitan / menjadi perintis & faktor kepada Hijrah 2) Kejayaan peristiwa hijrah telah mewujudkan negara Islam yang pertama iaitu Negara Islam Madinah dan ia menjadi tapak / asas kepada kegemilangan tamadun Islam selepas itu

SOALAN 11Apakah yang dimaksudkan dengan konsep ummah pada zaman Nabi Muhammad s.a.w di Madinah dan bincangkan bagaimana baginda menyelesaikan masalah-masalah yang timbul pada masa itu. PENGENALAN 1) Selepas dilantik menjadi Nabi dan Rasul, Nabi Muhammad s.a.w telah melaksanakan kewajipan dakwah kepada seluruh masyarakat Quraisy Makkah, tetapi seruan Islamiah tersebut mendapat tentangan yang sangat hebat daripada penduduk Makkah

2) Hijrah ke Madinah telah dilakukan bagi mengatasi masalah penentangan musyrikin Makkah dan sebagai satu strategi bagi menyelamatkan keimanan pengikut baginda (orang yang memeluk Islam pada peringkat awal) dan secara tidak langsung mengukuhkan kedudukan umat Islam pada masa itu

3) Latar belakang masyarakat Madinah & tindakan awal Nabi Muhammad s.a.w Madinah telah dipilih sebagai lokasi untuk berhijrah kerana kesesuaiannya sama ada dari segi agama, moral, dan sosioekonomi masyarakanya. Baginda telah dilantik sebagai pemimpin Madinah dan langkah pertama yang diambil untuk membentuk negara Islam Madinah ialah melalui penyatuan masyarakat - konsep UmmahHURAIAN ISI Konsep ummah dan proses pembentukannya [ 6 markah ]1) Pengertian Ummah beerti masyarakat atau umat manusia yang tidak dibataskan oleh bangsa, warna kulit, dan sempadan geografi. Dalam konteks ummah pada zaman Nabi Muhammad s.a.w di Madinah, ia tidak terhad kepada umat Islam sahaja. Ia merangkumi semua masyarakat Madinah pada masa itu termasuk golongan Arab yang bukan Islam + Golongan Yahudi yang menerima Piagam Madinah2) Penyingkiran golongan Yahudi - Apabila Yahudi enggan mematuhi piagam dan dikeluarkan dari Madinah, maka mereka bukan lagi ummah Nabi Muhammad s.a.w. Dengan ini ummah yang dimaksudkan ialah golongan yang mematuhi undang-undang negara Islam yang dibentuk oleh Nabi Muhammad s.a.w sewaktu baginda berada di Madinah3) Proses pembentukkan Ummah bermula di Makkah Apabila berlaku pertambahan jumlah individu yang memeluk agama Islam maka proses pembentukkan ummah Nabi Muhammad s.a.w telah bermula (Umat Islam pada peringkat awal ini terdiri daripada pelbagai suku kaum dan lapisan masyarakat / termasuk golongan kaya & miskin)4) Di Madinah ummah Islamiah wujud dalam dua bentuk iaitu Muhajirin (Umat Islam yang telah mengikut Nabi Muhammad s.a.w dari Makkah) dan Ansar (Penduduk Madinah dari suku Aus dan Khazraj yang memeluk Islam)5) Langkah pertama yang diambil oleh baginda ialah dengan menyatukan golongan Muhajirin dan Ansar melalui persaudaraan Islam (melenyapkan konsep assabiyah yang telah menjdai tunjang masyarakat Jahiliah) ia telah memperkuatkan ummah Islamiah / masyarakat yang bersatu, tolong menolong dan bergiat bersama dalam bidang politik, ekonomi, dan sosial bagi mempertahankan kedaulatan negara Islam Madinah Masalah yang timbul dan cara penyelesaian [ 12 M ]1) Masalah Dan Penyelesaian Terhadap Golongan Muhajirin Muhajirin merupakan golongan yang pertama memeluk agama Islam - berjumlah kira-kira 150 orang dan terdiri daripada keturunan Quraisy dari Bani Hasyim, Adi, Taym, dan Umayyah. Terpaksa meninggalkan kampung halaman, harta, dan sanak saudara - kehilangan harta benda dan ramai di antara saudara mara mereka dibunuh, diseksa atau dipenjara di Makkah Bagi menyelesaikan masalah tersebut, Nabi Muhammad s.a.w telah mempersaudarakan mereka dengan kaum Ansar berdasarkan konsep persaudaraan Islam (ukhwah Islamiah)

Hasil persaudaraan ini, kaum Ansar dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh mereka konsep saling membantu sebagai satu ummah (contoh yang dilakukan ialah melalui pertolongan yang diberikan dalam aspek perniagaan dan pertanian) 2) Masalah Dan Penyelesaian Terhadap Golongan Ansar

Ansar merupakan golongan dari suku Aus dan Khazraj yang telah memeluk Islam dan membantu Nabi Muhammad s.a.w sebelum dan selepas hijrah (dikenali sebagai as-sabiqun al-awwalun)-berjumlah kira-kira 500 orang berdasarkan jumlah yang menyambut kedatangan Nabi Muhammad s.a.w Masalah yang dihadapi ialah ketiadaan pemimpin yang berwibawa, kesan semangat assabiyah yang mencetuskan Peperangan Buath, menghadapi masalah ekonomi ekoran daripada tindakan monopoli golongan Yahudi Menyelesaikan pertelagahan suku Aus dan Khazraj melalui dan persaudaraan Islam dengan mempersaudarakan mereka sebagai kaum Ansar tidak dibezakan berdasarkan suku Dipersaudarakan dengan golongan Muhajirin berdasarkan ikatan kepercayaan dan akidah bukannya semangat assabiyah Secara tidak langsung keimanan mereka meningkat dan mereka telah banyak membantu menyelesaikan masalah kaum Muhajirin berdasarkan konsep al-ummah 3) Masalah Dan Penyelesaian Terhadap Kaum Yahudi

Dikatakan berasal dari Palestin dan telah melarikan diri ke Semenanjung Tanah Arab seperti Khaibar, Wadi al-Qura, dan Madinah selepas pemimpin Rom memeluk agama Nasrani yang di bawa oleh Nabi Isa a.s. Terdiri daripada 20 suku yang tinggal di Madinah (3 yang paling terkenal iaitu Bani Qainuqa yang mula-mula sampai ke Madinah dan paling berpengaruh, Bani Nadir, dan Bani Quraizah). Menguasai kegiatan ekonomi Kota Madinah dan terpisah daripada masyarakat Arab Nabi Muhammad s.a.w telah bertindak secara diplomasi di peringkat permulaan seperti mengikut berkiblatkan Baitul Maqdis sebelum berkiblatkan Kaabah dan berpuasa pada hari Asyura seperti yang diamalkan oleh kaum Yahudi timbul pelbagai masalah dan mereka disingkirkan selepas mengingkari Piagam Madinah

Nabi Muhammad s.a.w tegas dengan memerangi & seterusnya menyingkirkan kaum Yahudi

i) Bani Qainuqa - mengingkari piagam apabila tidak bekerjasama dan memperkecilkan kemenangan orang Islam dalam Perang Badar

ii) Bani Nadir - telah melakukan komplot / percubaan membunuh baginda

iii) Bani Quraizah - cuba menghubungi kaum Yahudi di luar Madinah dan telah memihak kepada Musyrikin Quraisy bagi memerangi umat Islam Madinah

dalam Perang Khandak

Penyingkiran kaum Yahudi kerana mengingkari Piagam Madinah telah mengukuhkan kedudukan negara Islam Madinah

4) Masalah Dan Penyelesaian Terhadap Golongan Munafik

Sekumpulan orang yang berpura-pura memeluk Islam tetapi dalam hati mereka berniat untuk memusnahkan Islam dikenali sebagai al-Munafiqun. Sejarah mereka bermula sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w tiba di Madinah dan telah menimbulkan masalah terutamanya semasa Perang Uhud, Perang Khandak, dan Perang Tabuk

Menyokong Nabi Muhammad s.a.w demi kepentingan sendiri dan akan memihak musuh apabila mendapati musuh Islam lebih kuat sering enggan menyertai peperangan

Pemimpin utama adalah Abdullah bin Ubay bin Sahul dan jumlah sebenarnya tidak diketahui kerana mereka berada bersama orang Islam. Nabi Muhammad s.a.w tidak melakukan apa-apa tindakan atau hukuman bagi mengelakkan tuduhan membunuh sesama Islam oleh pihak musuh

Nabi Muhammad s.a.w. sentiasa memerhati gerak geri mereka serta memberi peringatan kepada para sahabat supaya tidak diperangkap oleh musuh-musuh dalam selimut tersebut

5) Penggubalan Piagam Madinah

Penggubalannya dilakukan sebagai panduan bagi membentuk negara Islam yang berdaulat dan ia telah dirangka berdasarkan norma-norma masyarakat Madinah dan bimbingan wahyu

Merupakan undang-undang bertulis yang merangkumi hubungan di antara orang Islam sesama Islam dan hubungan orang Islam dengan orang bukan Islam (Yahudi). Merangkumi 47 fasal dan dibahagikan kepada 2 bahagian ditulis pada tahun pertama dan kedua hijrah

Piagam Madinah banyak membantu Nabi Muhammad s.a.w. dalam usaha baginda mewujudkan peraturan tatanegara bagi menyelesaikan segala masalah yang timbul dalam negara Islam MadinahPENUTUP1) Sebagai sebuah negara Islam yang pertama, timbul pelbagai masalah dalam usaha Nabi Muhammad s.a.w untuk menegakkan kedaulatan dan kestabilan negara Islam Madinah pada peringkat awalnya disebabkan kepelbagaian masyarakat dan tekanan daripada musyrikin Makkah2) Walau bagaimanapun akhirnya baginda berjaya membuktikan bahawa Nabi Muhammad s.a.w merupakan seorang pemimpin yang berwibawa bukan hanya sebagai Nabi dan Rasul tetapi sebagai seorang pemimpin negara.

3) Madinah telah menjadi tapak atau asas yang kukuh sebagai titik permulaan kepada pembentukan empayar Islam

4) Mana-mana penutup lain yang bersesuain dengan soalan

SOALAN 12Piagam Madinah merupakan piagam bertulis yang pertama di dunia. Bincangkan kandungan dan kepentingan piagam tersebut terhadap sistem pemerintahan negara Islam Madinah semasa pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w.

PENGENALAN 1) Semasa ketibaan Nabi Muhammad s.a.w ke Madinah, terdapat 2 golongan penduduk terbesar iaitu masyarakat Arab dan Yahudi

2) Pelbagai masalah timbul

Masyarakat Arab dari suku Aus dan Khazraj sentiasa berselisih faham sejak zaman berzaman (peperangan Buath pada 619M)

Golongan Muhajirin yang berhijrah bersama-sama Nabi Muhammad s.a.w. pula terlalu miskin

Masyarakat Yahudi mengamalkan sikap bermusuhan dan mengkhianati Nabi Muhammad s.a.w. dengan pengikut-pengikut baginda

Orang munafik sentiasa mencari jalan untuk menjatuhkan umat Islam (musuh dalam selimut)

Musyrikin Makkah sentiasa membuat pelbagai usaha untuk menghancurkan Islam

3) Nabi Muhammad s.a.w. telah membuat perjanjian dengan seluruh penduduk Madinah untuk menyelesaikan masalah yang timbul pada masa itu

HURAIAN ISI Huraian tentang kandungan Piagam Madinah [ 10 M ]1) Piagam Madinah berbeza daripada peraturan-peraturan bertulis lain sebelum itu kerana ia ditulis oleh seorang pemimpin dan ia telah diterima pakai oleh masyarakat Madinah. Ia menjadi undang-undang tertinggi selain al-Quran. Ia berlainan daripada

The Constitution of Athens (hanya evolusi dalam amalan perlembagaan Yunani)

Dokumen Shuking oleh Confucius (Buku teks untuk anak-anak raja dalam Tamadun China)

Dokumen Artha Sastera (Buku teks pembelajaran anak-anak raja pada zaman Maurya di India)

2) Piagam Madinah dirangka oleh Nabi Muhammad s.a.w. berdasarkan bimbingan wahyu dan norma-norma masyarakat Madinah pada masa itu. Ia telah ditulis pada tahun pertama dan kedua Hijrah iaitu sebelum dan selepas Perang Badar. Menyentuh tentang berbagai-bagai persoalan seperti hak dan kewajipan pemerintah dan orang yang diperintah, perundangan, pentadbiran, susunan pertahanan, kedudukan ketua negara, layanan terhadap orang bukan Islam, dan jaminan kerakyatan atau ummah3) Ia mengandungi 47 fasal dan dibahagikan kepada 2 bahagian utama Bahagian 1 mengandungi 23 fasal yang menyentuh hubungan dan tanggungjawab orang Islam sesama Islam

Bahagian 2 mengandungi 24 fasal membabitkan kaum Yahudi dan tanggungjawab mereka terhadap negara Islam Madinah

4) Secara umumnya, kandungan Piagam Madinah dapat diringkaskan seperti berikuti) Aspek Politik / Pentadbiran & Pemerintahan Madinah Nabi Muhammad s.a.w dilantik sebagai pemimpin Madinah

Baginda adalah sebagai hakim yang menyelesaikan masalah yang timbul antara orang Islam dengan orang bukan Islam

iii) Sosial

Masyarakat Madinah dianggap sebagai satu ummah dan mempunyai tanggungjawab yang sama terhadap negara

Masyarakat Madinah tidak boleh bermusuhan sesama sendiri

iv) Ekonomi

Kerjasama antara semua lapisan masyarakat adalah dituntut demi memajukan ekonomi negara Islam Madinah pada masa itu

Unsur penipuan dan riba yang diamalkan sejak zaman jahiliah dihapuskan

v) Agama / adat

Kebebasan beragama [masyarakat Madinah bebas mengamalkan agama masing-masing]

Adat dalam masyarakat / suku tertentu adalah bebas diamalkan selagi ia tidak bertentangan dengan dengan agama Islam

vi) Perundangan

Undang-undang Islam diguna pakai secara menyeluruh dalam kehidupan masyarakat Madinah

Peraturan kekeluargaan dalam sesuatu kabilah di Madinah pada masa itu boleh diamalkan selagi ia tidak bertentangan dengan agama Islam

vii) Pertahanan / Keselamatan

Semua anggota masyarakat yang ada di Madinah mempunyai tanggungjawab / dikehendaki mempertahankan negara Islam Madinah dari ancaman luar

viii) Kedudukan Kaum Yahudi

Keselamatan orang bukan Islam (khususnya Yahudi) adalah terjamin selagi mereka mematuhi Piagam Madinah

Kepentingan Piagam Madinah

1) Terbentuknya sebuah kerajaan Islam yang kuat dan utuh2) Nabi Muhammad s.a.w diiktiraf / diakui sebagai pemerintah tertinggi dalam negara Islam Madinah

3) Proses penyebaran agama Islam dapat ditingkatkan tanpa ada gangguan

4) Konsep persamaan dan keadilan kepada semua penduduk

5) Masyarakat Madinah dapat disatupadukan sebagai satu ummah tanpa mengira bangsa dan agama

6) Perpaduan umat Islam (golongan Muhajirin + Ansar) menjadi semakin kukuh7) Keselamatan negara Madinah terjamin melalui tanggungjawab setiap penduduk Madinah terhadap pertahanan / ancaman luar

8) Pemerintahan bercorak musyawarah dapat dipratikkan

PENUTUP1) Tindakan Nabi Muhammad s.a.w menggubal Piagam Madinah sebelum wujudnya sebuah negara Islam yang betul-betul kukuh dan diiktiraf menunjukkan baginda merupakan seorang pemimpin yang berkaliber dan berpandangan jauh2) Melalui Piagam Madinah, kehidupan yang lebih harmonis dan sistematik dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat dapat diperolehi corak pentadbiran Madinah berasaskan piagam ini telah telah menjadi rujukan negara-negara Islam di duni pada hari ini

SOALAN 13Bandingkan sistem khalifah dengan sistem pemerintahan dalam tamadun-tamadun awal duniaPENGENALAN1) Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w 2) Masalah dalam pemilihan pengganti baginda tiada calon3) Maksud dan pengertian khalifah secara umum (khalifah jawatan yang diwujudkan selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w vs Khilafah institusi pemerintahan yang menggantikan kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w)HURAIAN ISI1) Hukum menegakkan sistem khalifah wajib

2) Pelaksanaan sistem khalifah dalam perkembangan Tamadun Islam

3) Cara-cara pemilihan dan perlantikan khalifah

4) Syarat-syarat perlantikan khalifah

5) Prinsip dan keistimewaan sistem khalifah

6) Bidang kuasa & pentadbiran khalifah

PENUTUP1) Teknik rumusan / huraian fakta yang berkaitan Kesinambungan sistem khalifah dalam perkembangan Tamadun Islam Permasalahan yang timbul

SOALAN 14Zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab boleh dianggap sebagai zaman keemasan pemerintahan Khulafa al-Rasyidin, bincangkanPENGENALAN 1) peperangan semasa zaman Nabi Muhammad s.a.w. dapat dibahagikan kepada 2 bahagian

HURAIAN ISI1) Perjanjian dengan pihak ketigaPENUTUP1) Teknik rumusan huraian berdasarkan kepada keseluruhan esei2) Taktik & strategi dalam peperangan amat penting dalam usaha mempertahankan agama, bangsa, dan negara. Kejayaan dalam peperangan bukan didasari oleh kekuatan fizikal semata-mata.

SOALAN 15

Bincangkan dasar-dasar pentadbiran Muhyidin Muhammad Aurangzeb dalam struktur kerajaan Islam Moghul di IndiaPENGENALAN1) Definisi zakatHURAIAN ISI Dasar-dasar pentadbiran1) Mendatangkan kesyukuran dan penyuburan pahala2) Mensucikan jiwa

3) Memperolehi keberkatan

PENUTUP1) Pelaksanaan zakat pada zaman khalifah Umar bin al-Khattab telah diteruskan oleh khalifah yang

SOALAN 16Bincangkan sistem perundangan dalam Kesultanan Melayu Melaka dan sejauhmanakah sistem tersebut dipengaruhi oleh agama IslamPENGENALAN 11) Pendidikan Islam telah ditakrifkan dengan pelbagai istilah2) Pendapat tokoh ilmuan Islam

HURAIAN ISI Sistem Perundangan Dalam Kesultanan Melayu Melaka

1) aaa

Pengaruh Agama Islam Dalam Sistem Perundangan Melaka

1) Matlamat dan prinsip pendidikan IslamPENUTUP1) Tamadun Islam

PAGE