geografi stpm - skema peperiksaan percubaan penggal 1 2016

29
SKEMA JAWAPAN PERCUBAAN STPM PENGGAL 1 942/1 : GEOGRAFI 1 (6 RENDAH) BAHAGIAN A: ALAM SEKITAR FIZIKAL [40 markah] Soalan 1: a) Takrifkan maksud ekuinoks [ 3 Markah] Fenomena ekuinoks merujuk kepada [kedudukan [1] matahari tegak di Garisan Khatulistiwa ] pada [1] [21 Mac dan 23 September] setiap tahun yang menyebabkan [1] [tempoh siang dan malam adalah sama panjang] di kawasan khatulistiwa. b) Huraikan dua ciri yang terdapat di permukaan bumi semasa terjadinya ekuinoks [4 Markah ] is i Ciri di Permukaan Bumi Markah 1 Kejadian siang dan malam adalah sama di semua tempat di khatulistiwa dan di kedua-dua kutub menerima cahaya matahari 2 2 Suhu tinggi/cuaca panas di khatulistiwa - Pancaran matahari waktu tengah hari tepat/tegak di atas garisan khatulistiwa. Ini menyebabkan tenaga matahari maksimum diterima di kawasan berkenaan 2 Pemarkahan: 2 isi x 2 markah MAX 4 1

Upload: asmawi-bin-abdullah

Post on 11-Dec-2015

4.391 views

Category:

Documents


68 download

TRANSCRIPT

SKEMA JAWAPAN PERCUBAAN STPM PENGGAL 1

942/1 : GEOGRAFI 1 (6 RENDAH)

BAHAGIAN A: ALAM SEKITAR FIZIKAL[40 markah]

Soalan 1:

a) Takrifkan maksud ekuinoks [ 3 Markah]

Fenomena ekuinoks merujuk kepada [kedudukan [1] matahari tegak di Garisan Khatulistiwa ] pada [1][21 Mac dan 23 September] setiap tahun yang menyebabkan [1] [tempoh siang dan malam adalah sama panjang] di kawasan khatulistiwa.

b) Huraikan dua ciri yang terdapat di permukaan bumi  semasa terjadinya  ekuinoks [4 Markah ]

isi Ciri di Permukaan Bumi Markah

1 Kejadian siang dan malam adalah sama di semua tempat di khatulistiwa dan di kedua-dua kutub menerima cahaya matahari

2

2 Suhu tinggi/cuaca panas di khatulistiwa - Pancaran matahari waktu tengah hari tepat/tegak di atas garisan khatulistiwa. Ini menyebabkan tenaga matahari maksimum diterima di kawasan berkenaan

2

Pemarkahan: 2 isi x 2 markah MAX 4

c) Jelaskan pengaruh kejadian ekuinoks terhadap kehidupan manusia di bandar bandar besar di kawasan Khatulistiwa.

1

[ 4 Markah ]

isi Ciri di Permukaan Bumi Markah

1 Gangguan kesihatan – cuaca panas menambahkan kejadian stroke haba dan deman panas/dihidrasi air dalam badan yang cepat.

2

2 Gangguan aktiviti riadah – cuaca panas menyebabkan aktiviti di luar bangunan terhad seperti bersukan dan berjogging 2

3 Peningkatan kos hidup – penduduk bandar terpaksa berbelanja lebih untuk menyediakan kipas dan air cond/bil utiliti bertambah.

2

Pemarkahan: Mana-mana 2 isi x 2 markah MAX 4 d) Bagaimanakah aktiviti pertanian dan penternakan di kawasan iklim sederhana dunia dipengaruhi oleh kejadian empat musim? [ 4 Markah ]

isi Aktiviti Markah

1 Pertanian: Aktiviti membajak,menanam dan membaja dijalankan pada musim panas. Manakala aktiviti menuai dijalankan pada musim bunga/luruh. Pada musim sejuk aktiviti pertanian tergendala.

2

2 Penternakan: Aktiviti pindah ternak dilakukan. Pada musim panas, ternakan dipindahkan/dihalau ke kawasan tanah tinggi kerana rumput di kawasan tanah pamah akan kering dan kekurangan air. Manakala pada musim bunga dan luruh haiwan ternakan dibiarkan meragut di kawasan tanah pamah. Pada musim sejuk pula haiwan ternakan dikandang (feedlot)

2

Pemarkahan: 2 isi x 2 markah MAX 4

Soalan 2:

2

2 (a) Huraikan kepentingan tenaga suria terhadap proses-proses fizikal di permukaan bumi [ 12 Markah]

Kepentingan Huraian dan contoh Markah

1. Proses sejatan dan sejat peluhan.

Sejumlah tenaga suria (haba) yang cukup diperlukan untuk menyejatkan air di permukaan laut, tasik, sungai, kolam dll.

Mengikut R.J Chorley (1969) untuk memulakan sejatan di permukaan air ia memerlukan sejumlah 600 kalori tenaga haba bagi setiap 1 gram air pada suhu 0°C dan 540 kalori tenaga haba bagi setiap satu gram air pada suhu 100ºC.

Begitu juga dengan proses sejat-peluhan dari tumbuhan dan lembapan tanih. Tumbuhan memerlukan tenaga haba untuk melakukan proses transpirasi bagi membolehkan wap-wap air terbebas menerusi liang stomanya. Semakin tinggi tenaga haba suria maka kadar transpirasi semakin meningkat.

2

2. Proses fotosintesis dan rantaian makanan dalam ekosistem hutan.

Tumbuhan memerlukan tenaga suria untuk membuat makanannya sendiri melalui proses fotosintesis.

Tenaga suria juga penting dalam tumbesaran hutan semulajadi. Tenaga suria akan menghasilkan suhu dan hujan yang cukup untuk pertumbuhan dan tumbesaran pelbagai jenis spesis pokok.

2

3. Proses pertumbuhan plankton dan terumbu karang.

Tenaga suria yang cukup diperlukan untuk membolehkan plankton, zooplankton dan terumbu karang hidup dan membesar.

Ini kerana tenaga suria menentukan suhu air laut yang menjadi syarat utama tumbesaran terumbu karang.

2

4. Proses luluhawa batuan.

Dalam proses luluhawa fizikal tenaga suria (haba) diperlukan untuk meningkatkan dan menurunkan suhu mengikut perubahan siang dan malam. Perubahan tenaga haba ini akan menyebabkan batuan menjadi panas dan sejuk dan seterusnya pecah tersepai.

Begitu juga dengan luluhawa kimia, tenaga suria (haba) diperlukan untuk membolehkannya beroperasi. Mengikut prinsip Vant Hoff “syarat mula luluhawa kimia bertindak ialah pada suhu 10°C dan setiap kali suhu meningkat sebanyak 10ºC maka kadar tindakbalas kimia batuan akan turut meningkat 2 atau 3 kali ganda.

2

5. Proses pencairan dan hakisan glasier.

Litupan ais dan glaser akan mencair apabila menerima sinaran suria yang tinggi. Proses pencairan ini membolehkan tenaga haba diserap.

Pencairan glasier yang banyak menyebabkan kadar hakisannya akan berganda terutamanya pada

2

3

musim panas.

6. Proses pergerakan angin.

Tenaga suria akan mempengaruhi perbezaan suhu dalam atmosfera dan seterusnya kadar tiupan angin. Syarat yang membolehkan angin bertiup ialah mesti ada perbezaan tekanan udara.

Perbezaan tekanan udara ini wujud akibat perbezaan suhu atau tenaga haba di antara dua tempat.

Mengikut hukum Boyle, apabila suhu tinggi maka tekanan udara menjadi rendah dan apabila suhu rendah maka tekanan udara menjadi tinggi.

Angin akan bertiup dari tekanan tinggi ke tekanan rendah. Semakin besar perbezaan tekanan ini atau semakin besar perbezaan suhu maka angin akan bertukar menjadi ribut, taufan, tornado dan sebagainya.

2

7. Proses/Fenomena – El Nino dan La Nina.

Haba suria mempengaruhi peningkatan dan penurunan suhu permukaan laut (SST)

Proses thermoklin/pembuakan arus laut akan berlaku yang akan melemahkan tiupan angin dari laut. Cuaca menjadi lebih panas (El Nino).

Apabila suhu jatuh, cuaca menjadi lebih sejuk – fenomena La – Nina.

2

Pemarkahan: 6 isi x 2 markah = Maksima 12 Markah MAX 12

b). Bincangkan pengaruh tenaga suria terhadap aktiviti manusia di kawasan Tropika Lembab [ 13 Markah]

Pengaruh kepada aktiviti

manusia

Perbincangan dan contoh Markah

1. Aktiviti pertanian

Tenaga suria yang cukup - Menjamin tumbesaran tanaman – proses fotosistesis dengan sempurna. Pengeluaran bunga dan buah yang baik dan berkualiti

Membantu aktiviti penuaian hasil – seperti penuaian padi, menoreh getah dsb.

Tenaga suria yang cukup/terik menjamin proses pengeringan hasil pertanian dengan sempurna seperti pengeringan padi, koko, kopi, kelapa (kopra) dll.

2

2. Aktiviti pelancongan

Sinaran suria yang tinggi menjadi daya tarikan pelancong asing ke kawasan Tropika lembab untuk aktiviti berjemur, skuba dan snorkling.

Sinar suria amat mempengaruhi nilai suhu setempat dan seterusnya nilai suhu yang berbeza akan mempengaruhi aktiviti pelancongan. Contohnya di

2

4

Malaysia, kawasan seperti Cameron Highland, Bukit Fraser dan Genting Highland menjadi destinasi pelancong kerana suhunya yang sejuk.

3. Aktiviti perikanan

Tenaga suria amat penting mempengaruhi suhu air dan arus laut. Sinaran tenaga suria yang tidak berlebihan atau berkurangan menyebabkan suhu air laut menjadi sederhana.

Kawasan air laut yang bersuhu sederhana di sekitar 20°C merupakan kawasan yang kaya dengan sumber perikanan dan menjadi kawasan yang produktif dengan aktiviti perikanan.

Aktiviti penangkapan ikan banyak dilakukan pada musim panas berbanding dengan musim tengkujuh khususnya di pantai timur semenanjung.

2

4. Aktiviti industri kecil dan sederhana (IKS)

Tenaga suria amat penting dalam industri kecil dan sederhana seperti industri pengeringan ikan, pengeringan batik, pembuatan pasu dan lain-lain.

Produk IKS di atas perlu dikeringkan dalam cuaca panas. Kos pengeringan menjadi murah – tenaga percuma.

2

5. Aktiviti pembalakan.

Tenaga suria menjamin tumbesaran pokok balak dengan sempurna sehingga matang.

Aktiviti penebangan dan pengangkutan keluar kayu balak dilakukan pada musim panas kerana untuk mengelakkan jalan licin dan becak jika dilakukan pada musim hujan

2

6. Penjanaan tenaga alternatif

Pada masa ini tenaga suria menjadi sumber tenaga alternatif yang utama bagi menggantikan sumber petroleum dan gas asli terutamanya untuk kegunaan isi rumah.

Ini kerana sumber tenaga ini boleh dijana dengan mudah, murah, bersih, mesra alam dan tidak akan habis atau berterusan sepanjang masa selagi adanya matahari.

Penggunaan tenaga suria telah banyak digunakan oleh negara-negara maju. Di kawasan Khatulistiwa sendiri khususnya Malaysia, tenaga suria amat berpotensi untuk dibangunkan kerana jumlah sinar suria yang diterima adalah begitu banyak dan sentiasa tinggi sepanjang tahun.

2

Pemarkahan: 6 isi x 2 markah = Maksima 12 Markah + 1 markah kepada penilaian/justifikasi/perbincangan

MAX 13

Soalan 3:

(a) i) Sejauhmanakah faktor batuan mempengaruhi keberkesanan proses geomorfologi di kawasan Tropika Lembab.

[13 Markah]

Isi Faktor Markah

5

Faktor-faktor batuan mempengaruhi proses geomorfologi di kawasan Tropika Lembab:1 Kekerasan batuan . Batuan lembut mudah terluluhawa, dihakis

dan diruntuhkan berbanding dengan batuan keras.2

2 Rekahan/ira. Batuan yang banyak rekahan menjadi garis kelemahan batuan. Batuan ini tidak stabil dan mudah dihakis dan diruntuhkan.

2

3 Komposisi kimia batuan – kelarutan mineral yang tinggi dan kadar tindakbalas yang tinggi dengan air dan asid menyebabkan batuan mudah terluluhawa dan tidak stabil.

2

Penilaian:Faktor-Faktor Lain yang mempengaruhi proses geomorfologi di kawasan Tropika lembab. Antaranya ialah: 1

4 Faktor iklim – suhu yang tinggi, hujan yang lebat dan kelembapan udara yang tinggi menjamin keaktifan tindakbalas kimia batuan dan menjamin proses pembasahan batuan sepanjang masa.

2

5 Faktor litupan tumbuhan semulajadi – kawasan hutan tebal mengaktifkan luluhawa kimia kerana mendapat bekalan humus yang banyak untuk membentuk asid humik di samping udara yang sentiasa lembab bagi menjamin pembasahan batuan. Namun begitu di kawasan hutan tebal mengurangkan kadar hakisan dan gerakan jisim.

2

6 Faktor manusia – manusia mempercepatkan lagi proses geomorfologi khususnya hakisan dan gerakan jisim apabila batuan terdedah melalui aktiviti penyahutanan, pemotongan dan perataan cerun bukit

2

Pemarkahan: 6 isi x 2 markah = 12 Markah + 1 markah penilaian (sejauhmana) = MAX 13 Markah

MAX 13

(ii) Jelaskan kepentingan batuan terhadap aktiviti manusia. [12 Markah ]

Kepentingan Penjelasan dan contoh Markah

1. Pertanian

Batuan riolit, setelah diluluhawakan secara kimia menghasilkan tanah laterit yang subur untuk tanaman getah dan kelapa sawit.

6

Batuan basalt,hasil mendapan lava gunung berapi juga subur untuk tanaman padi di lereng-lereng gunung berapi di Pulau Jawa Indonesia dan Filipina.

Batuan kapur yang mengandungi banyak fosfat pula boleh diproses menjadi baja urea untuk mengurangkan keasidan tanah.

2

2. Pelancongan

Batu kapur yang membentuk “pandang darat karst” menjadi daya tarikan pelancong seperti gua,stalaktit,stalagmit dsb.

Tonjolan batuan granit yang keras seperti tor pula menjadi tempat aktiviti sukan lasak (rock climbing)

2

3. Perlombongan batuan Granit - Perlombongan kuari dan

pecah batu untuk dijadikan batu kerikil. Batuan enapan seperti arang batu dan

lignit dilombong untuk menghasilkan sumber tenaga/bahan api fosil.

4. Pembinaan Batuan granit diproses menjadi batu

kerikil yang diguna sebagai bahan binaan bangunan dan jalanraya.

Batu kapur juga diproses menjadi simen yang diguna dalam konkrit bangunan dll

2

5. Perindustrian/perusahaan

Batu enapan seperti kaolin (tanah liat) menjadi bahan utama dalam perusahaan tembikar,pasu bunga,batu bata dll

Batuan metamorfosis khususnya batu marmar dijadikan produk dalam perusahaan membuat jubin,lantai dan dinding bangunan.

6. Hiasan/aksesori

Batuan metamorfosis yang bernilai tinggi seperti intan,berlian,delima,zamrud dan jed dijadikan sebagai perhiasan wanita.

Batu marmar/marble juga dijadikan hiasan dinding dan lantai bangunan seperti di masjid,bank,hotel dsb.

2

7. Sumber kajian

Batu enapan penting dalam bidang kajian fosil untuk menentukan umur batuan di sesuatu tempat.

Batuan igneus – seperti batu dan lava gunung boleh dijadikan sebagai sumber perubatan.

2

Pemarkahan: 6 isi x 2 markah = MAX 12 Markah MAX 12

7

(b) (i) Bincangkan pelbagai faktor yang mempangaruhi pengangkutan beban sungai. [ 13 Markah]

Faktor Perbincangan dan contoh Markah1. Bentuk dan saiz

beban Sungai. Bentuk dan saiz beban yang berlainan

memerlukan jumlah tenaga yang berlainan untuk diangkut.

Beban dalam bentuk larutan yang terdiri daripada kandungan mineral larut di dalam air, misalnya kalsium karbonat dan bahan-bahan toksik akan diangkut dalam bentuk larutan.

Beban dalam bentuk ampaian seperti daun, plastik, botol dan yang terdiri daripada kumin-kumin yang lebih halus dan ringan serta mempunyai daya graviti yang lebih rendah berbanding dengan air akan diangkut secara apungan.

Beban dasar yang pejal, berat, tumpat dan termendap di dasar sungai seperti batu tongkol, kerikil dan pasir akan diangkut secara golekan, seretan dan saltasi (lompatan).

3

2. Perbezaan halaju arus sungai

Halaju arus menentukan cara sesuatu jenis beban sungai diangkut. Halaju yang tinggi diperlukan untuk mengangkut beban dasar secara seretan/golekan

Halaju yang rendah diperlukan mengangkut beban secara apungan/ampaian berbanding dengan halaju yang diperlukan untuk mengangkut beban pasir bersaiz sederhana secara saltasi.

Analisis Hjulstrom dan Sundborg (1956) “Untuk mengangkut beban dasar yang bersaiz 70 mm halaju sebanyak 270 cm/saat diperlukan. Bagi mengangkut bijian pasir yang sederhana saiz, halaju yang diperlukan adalah sebanyak 15–17 cm/saat”. Namun, bagi mengangkut kelodak yang bersa

3

3. Jenis aliran sungai

Aliran laminar merupakan aliran yang perlahan, berlapis-lapis, mengalir di bahagian alur yang lurus, dan mempunyai halaju yang rendah dan keupayaan mengangkut beban sungai adalah rendah.

Aliran turbulens (berpusar). Aliran ini berhalaju tinggi dan berpusar. Hal ini membolehkannya mengangkut kesemua jenis beban sama ada beban dasar yang berat, beban saltasi, beban

3

8

4. Faktor isi padu air sungai

Isi padu air sungai mempengaruhi pembentukan aliran laminar dan tubulens. Ketika banjir, isi padu air sungai bertambah. Keadaan ni membuatkan aliran laminar bertukar kepada aliran tubulens (pusaran). Justeru, sungai juga mempunyai tenaga potensi yang tinggi ketika banjir. Hal ini juga membolehkannya mengangkut sebarang bentuk beban di dalam alur.

Sebaliknya, isi padu air sungai yang sedikit pada musim kemarau menyebabkan tenaga poten

3

5. Aktiviti manusia. • Aktiviti manusia boleh menambahkan beban sungai untuk diangkut. Misalnya aktiviti penyahutanan akan menambahkan beban kelodak dan lumpur di dalam sungai yang menyebabkan kadar pengangkutan bertambah.

• Aktiviti pembuangan sampah sarap, plastik, botol dll akan menambahkan beban ampaian di dalam sungai yang menyebabkan kadar pengangkutan sungai secara apungan bertamba

3

Pemarkahan: 4 isi x 3 markah = MAX 12 Markah + 1 Markah penilaian/justifikasi/perbincangan

MAX 13

(ii) Jelaskan kepentingan bentuk muka bumi hasil pemendapan sungai kepada aktiviti manusia. [ 12 Markah ]

Kepentingan Penjelasan dan contoh Markah1. Kawasan

pertanian Kelodak dan bahan muatan sungai yang

dimendapkan di bahagian hilir membentuk dataran lanar dan delta yang subur untuk pertanian. Dataran lanar dan delta terdiri daripada tanah aluvium yang subur untuk tanaman padi sawah, sayur-sayuran, dan tanaman kontang.

Kegiatan pertanian diusahakan secara besar-besaran kerana kawasan berkenaan rata dan luas memudahkan penggunaan jentera.

3

9

2. Kawasan petempatan/tapakbina rumah.

Kawasan dataran yang merupakan kawasan yang luas dan rata memudahkan pembinaan petempatan.

Keadaan tersebut juga memudahkan pembinaan jalan perhubungan seperti jalan raya, landasan kereta api dan lapangan terbang (tahap kesampaian yang tinggi).

Kedudukan tetambak yang lebih tinggi dari aras sungai pula menjadi tempat tumpuan penduduk untuk membina petempatan. Hal ini demikian kerana, kawasan tetambak kurang risiko banjir semasa isi padu air sungai bertambah semasa hujan lebat.

3

3. Lokasi aktiviti akuakultur

Kawasan tasik ladam dan kawasan likuan terpenggal dijadikan kolam akuakultur. Pelbagai spesies ikan air tawar diternak secara komersial seperti ikan tilapia, baung, patin, dan lampan.

Pemendapan telah menyebabkan arus di muara sungai menjadi perlahan. Keadaan tersebut sesuai untuk pembinaan sangkar ikan bagi marin kultur. Antara spesies ikan yang diternak ialah ikan siakap, udang harimau, dan udang galah

3

4. Kawasan rekreasi/pelancongan

Muara sungai yang mempunyai pulau-pulau pasir dan pola saliran yang berselirat ditumbuhi pokok nipah. Kawasan tersebut sesuai dijadikan kawasan rekreasi kerana menjadi habitat hidupan akuatik.

Antara aktiviti yang dapat dijalankan di kawasan tersebut seperti memancing ikan dan udang galah, menangkap ketam, serta memungut lokan.

Di pulau-pulau pasir, beting pasir dan dataran yang lapang sesuai diadakan permainan layang-layang

3

Pemarkahan: 4 isi x 3 markah = MAX 12 Markah MAX 12

BAHAGIAN B: ALAM SEKITAR MANUSIA[40 markah]

Soalan 4:

(a) Berdasarkan rajah 1, ulaskan mengenai struktur umur penduduk Malaysia pada tahun 2000 hingga 2010.

10

Struktur umur penduduk Malaysia menunjukkan [ 1 ]

kadar kelahiran yang rendah (0 hingga 4 tahun yang mengecil),

[ 1 ]golongan muda (10 hingga 29 tahun) yang ramai dan

[ 1 ] jangka hayat penduduk yang meningkat/golongan tua bertambah [60 tahun ke atas).

(b) Mengapakah kadar penuaan penduduk Malaysia semakin meningkat? [4 Markah] Bil Sebab-Sebab kadar penuaan penduduk Malaysia bertambah Markah

1 Peingkatan kemudahan kesihatan dan perubatan moden – hospital dan tenaga pakar yang mampu merawat pelbagai penyakit merbahaya seperti darah tinggi,kencing manis dan jantung.

2

2 Amalan pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat. Hasil daripada kempen yang berterusan yang menyebabkan kesedaran penjagaan kesihatan semakin bertambah, seperti amalan bersenam,diet pemakanan seimbang dll

2

3 Peningkatan kualiti hidup – Peningkatan pendapatan perkapita yang menyebabkan penduduk mampu memperolehi kemudahan rawatan yang lebih baik seperti di hospital pakar swasta dsb

2

Pemarkahan: (Mana-mana 2 isi x 2 markah = MAX 4m – mesti ada huraian untuk layak 2 markah bagi setiap isi) MAX 4

(c) Huraikan dua impak sosial akibat proses penuaan penduduk di Malaysia. [4 Markah]

Bil Impak sosial akibat proses penuaan penduduk Markah1 Beban kerajaan bertambah untuk menyediakan rumah

kebajikan,bayaran pencen,perubatan percuma dll. 22 Nisbah tanggungan golongan dewasa akan bertambah – berkaitan

dengan penjagaan kesihatan dan kebajikan golongan tua. 23 Komposisi tenaga kerja tidak seimbang – umur persaraan

dilanjutkan/kadar pengganguran boleh meningkat. 24 Kesan positif. Golongan profesional meningkat – kepakaran dan

pengalaman yang tinggi dapat memajukan sektor ekonomi perkhidmatan dan kepakaran.

2

Pemarkahan: (Mana-mana 2 isi x 2 markah = MAX 4m – mesti ada huraian untuk layak 2 markah bagi setiap isi) MAX 4

11

(d) Jelaskan faktor yang mempengaruhi penurunan kadar kelahiran penduduk Malaysia antara tahun 2000 hingga kini. [4 Markah ]

Bil Faktor Yang Mempengaruhi Penurunan Kadar Kelahiran Markah1 Tahap umur perkahwinan semakin lambat – mementingkan

pelajaran menyebabkan kadar fertiliti/kesuburan menurun. 2

2 Kos hidup tinggi/tidak mampu menyara keluarga yang ramai. Khususnya kos pendidikan, kesihatan dan keperluan harian.Setiap keluarga hanya mampu memiliki saiz keluarga yang kecil.

2

3 Wanita berkerjaya semakin bertambah/mementingkan gaya hidup moden yang tidak gemar kepada saiz keluarga yang besar. 2

Pemarkahan: (Mana-mana 2 isi x 2 markah = MAX 4m – mesti ada huraian untuk layak 2 markah bagi setiap isi) MAX 4

Soalan Esei

Soalan 5.

Skema Pemarkahan:

a) Berdasarkan kepada sebuah negara yang telah anda kaji, sejauhmanakah faktor fizikal mempengaruhi ketidakseimbangan taburan penduduk di dalam negara berkenaan. [15 Markah ] Negara yang dikaji = Malaysia = [1 Markah]

Isi Utama Huraian dan contoh Markah Faktor Fizikal Yang Mempengaruhi ketidakseimbangan taburan penduduk di Malaysia:

1. Saiz negeri

Saiz negeri menentukan kepadatan penduduk

Negeri luas – kepadatan rendah seperti Pahang dan Sarawak

Negeri kecil – kepadatan tinggi seperti WP

2

12

Kuala Lumpur, Perlis, Pulau Pinang, Melaka.

2. Bentuk muka bumi dan kesuburan tanih.

Kawasan bergunung ganang, berbukit bukau,berhutan tebal dan berlurah – menghalang tumpuan penduduk.

Kawasan pamah, datar dan rata menjadi tumpuan penduduk.

Kawasan tanah subur – tanah aluvium dan laterit menjadi tumpuan penduduk kerana boleh menjalankan aktiviti pertanian.

2

3. Taburan sumber alam/semulajadi.

Dikaitkan dengan sejarah penerokaan sumber mineral. Contohnya negeri yang kaya dengan bijih timah menjadi tumpuan penduduk.

Kawasan yang kaya dengan sumber pertanian dan perikanan seperti lembah sungai dan dataran pantai menjadi tumpuan penduduk.

2

Selain daripada faktor fizikal, terdapat faktor-faktor lain yang mempengaruhi ketidakseimbangan taburan penduduk di Malaysia. Iaitu:

4. Sejarah pembangunan dan dasar kerajaan.

Dasar penjajah dan tumpuan kerajaan pada awal kemerdekaan di negeri pantai barat semenanjung.

Agehan penduduk ke kawasan kurang padat menerusi rancangan pembangunan tanah seperti FELDA.

Penyelelerakkan industri ke luar bandar dan pembangunan in situ

Pembandaran kawasan luar bandar. Pembangunan koridor ekonomi

2

5. Faktor ekonomi (Dualisme ekonomi)

Ekonomi moden seperti perindustrian dan perkhidmatan berkembang pesat di bandar – mengalami migrasi masuk kerana tarikan pekerjaan.

Ekonomi pertanian di luar bandar – mengalami migrasi ke luar.

2

6. Faktor pembandaran (Urbanisasi)

Kadar urbanisasi yang tidak seimbang antara kawasan/wilayah dan negeri.

Tarikan kemudahan pembandaran yang lengkap dan moden.

Kewujudan bandar baru yang moden. Proses migrasi masuk ke bandar

2

7. Faktor sosial

Kemudahan pendidikan Kemudahan kesihatan Tarikan hiburan Perubahan sikap dan gaya hidup glamour Proses migrasi masuk ke bandar.

2

8. Faktor pengangkutan dan perhubungan.

Sistem pengangkutan dan jaringan pengangkutan yang berbeza antara wilayah/negeri/kawasan.

Darjah ketersampaian dan mobiliti yang berbeza antara wilayah/negeri/kawasan.

Tekomunikasi dan penyebaran maklumat

2

13

yang berbeza antara wilayah/negeri/kawasan.

Pemarkahan: 7 isi x 2 Markah = 14 Markah + 1 markah pilihan negara = MAX 15

MAX 15

b) Jelaskan kesan tumpuan dan kepadatan penduduk terhadap sumber alam di sesebuah kawasan. [10 Markah ]

Isi Utama Huraian Kesan dan Contoh Markah

(1) Tekanan terhadap sumber alam khususnya sumber tanah;

Persaingan guna tanah untuk petempatan, perindustrian,pembandaran,infrastruktur,pertanian dan sebagainya meningkat.

Kesannya saiz tanah secara relatifnya menjadi semakin sempit,

Ruang tanah menjadi padat dan tepu bina.Harga tanah semakin mahal.

2

(2) Kepupusan atau kehabisan sumber alam;

Kehabisan sumber yang tidak boleh diperbaharui seperti sumber mineral: bijih timah, bijih besi, emas dan lain-lain.

Kepupusan sumber hutan – sumber kepelbagaian biologi iaitu fauna dan flora.

Kepupusan sumber marin . Tanih tandus – kemerosotan kualiti (tanih

menjadi semakin tidak subur)

2

(3) Pencemaran sumber alam;

Pencemaran udara – jerebu. Pencemaran air. Pencemaran sampah sarap. Pencemaran bau dan bunyi. Pencemaran sisa toksid yang berbahaya.

2

(4) Kerosakan dan kemusnahan sumber alam;

Tanah – hakisan, tanah runtuh dan tanah mendap.

Air – kemusnahan kawasan tadahan, banjir- banjir kilat dan banjir lumpur.

Ekosistem – kerosakan ekosistem daratan dan akuatik, kemusnahan habitat dan rantaian makanan.

2

(5) Kesan positif. Pembangunan sumber alam meningkat;

Sumber tidak terbiar membazir seperti sumber tanah dimajukan sepenuhnya.

Tenaga kerja/buruh yang cukup untuk menjana dan membangunkan sumber alam.

Permintaan terhadap sumber bertambah – pasaran sumber luas.

Produk sumber alam boleh dipelbagaikan.

2

Pemarkahan: 5 isi x 2 Markah = MAX 10 Markah MAX 10

14

Soalan 3:

(a) (i) Bagaimanakah proses transformasi desa di Malaysia berlaku? [ 10 Markah ]

Proses transformasi desa di Malaysia berlaku melalui:

Proses/cara Huraian Markah

1. Perindustrian Desa

Penyelerakan dan penyebaran industri ke desa -dibina kilang pemerosesan dan perbuatan di desa

Memajukan Industri kecil dan sederhana (IKS) di desa

Projek desa wawasan – 1 kampung 1 produk Zon industri bebas cukai di kawasan luar bandar

2

2. Pembandaran desa

Mewujudkan bandar baru di kawasan desa bagi mengimbangi pembangunan diantara bandar dengan - luar bandar/desa.

Membandarkan pekan - pekan yang berpotensi – Contoh Maran, Pahang, Permaisuri, Setiu Terengganu dll

Menaiktaraf bandar kecil menjadi bandar sederhana – contoh Temerloh, Pahang.

Mewujudkan bandar industri di kawasan luar bandar contoh ; Bandar Baru Nilai, Bandar Baru Kertih

2

3. Program pembangunan in-situ (Infrastruktur fizikal)

Pembangunan fizikal desa - kemudahan asas desa seperti bekalan air,elektrik, rangkaian pengangkutan (jalan raya, jambatan, jalan keretapi), Perumahan rakyat termiskin (PPRT) dll.

Infrastruktur pertanian seperti pengairan kawasan penanaman padi - MADA, KADA. Infrastruktur perikanan jeti pendaratan LKIM dll)

2

4. Program pembangunan pertanian bersepadu (IADP)

Pakej pembangunan bersifat kesepaduan antara sumber,tenaga, modal dan agensi.

Program pembangunan tanah pertanian, kepelbagaian tanaman, tanaman berkelompok/mini estet, program penanaman semula dll

Kesepaduan dan keselarasan fungsi agensi - RISDA, FAMA, LPP, MARDEC, MARDI

Di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk meningkatkan hasil pertanian, memodenkan sektor pertanian, membaiki perkhidmatan pertanian

Contoh IADP kawasan integrasi pertanian Johor Barat, Pahang Barat,Negeri Sembilan Timur,

2

15

Tanjung Karang dll

5. Rancangan pembangunan wilayah (RPW)

Strategi penjanaan sumber alam dan pembangunan tanah baru pada tahun 1970-an

Contoh KETENGAH, JENGKA, KESEDAR, KEJORA, KEDA, PERDA & DARA,

Koridor pembangunan wilayah yang baru membangunkan sumber pertumbuhan baru seperti wilayah ECER, NCER, Wilayah Iskandar Malaysia, SCORE, SDC.

2

6. Menubuhkan Pusat Pertumbuhan Desa (PPD)

Pusat pertumbuhan desa (PPD). Memajukan mukim dan pekan sebagai pusat pertumbuhan mikro kepada desa sekitarnya.

PPD berfungsi sebagai pusat pengumpul dan pengedar, pusat-pusat perkhidmatan sosio ekonomi setempat, pusat pentadbiran mukim/kampung dll secara mikro.

2

7. Pusat Transformasi Desa (RTC)

Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) pula menyediakan perkhidmatan bersepadu kepada penduduk desa.

RTC melibatkan kolaborasi pelbagai agensi kerajaan dan swasta menyediakan perkhidmatan membangunkan penduduk desa.

Agensi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Dalam Negeri mempunyai pejabat di RTC bagi memudahkan penduduk desa mendapatkan perkhidmatannya.

Begitu juga beberapa agensi kewangan dan insuran beroperasi di premis yang sama seperti TEKUN, Agrobank, Bank Simpanan Nasional, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM).

Pihak swasta juga memainkan peranan di RTC. Contoh Pasaraya Hypermarket borong beroperasi di premis RTC Gopeng. Pengusaha berkenaan bekerjasama dengan usahawan tani sedia ada bagi mengedar hasil pertanian keseluruh rangkaian pasarannya di Malaysia.

Contoh RTC kini ialah di Tunjong Kelantan dan RTC Gopeng, Perak.

2

Pemarkahan: 5 isi x 2 markah = MAX 10 MAX 10

(ii) Bincangkan kesan transformasi desa terhadap alam sekitar dan pendudk di desa. [15 Markah ]

16

Kesan Huraian Markah

Kesan Negatif Transformasi Desa Ke atas Alam Sekitar Fizikal Desa :

1 Pencemaran air

Pembuangan / penyaliran sisa kumbahan dan najis ternakan ke dalam sungai, tasik, dan paya – tercemar dengan bakteria e-coli.

Pembuangan sisa domestik / isi rumah ke dalam longkang, parit atau sungai berdekatan – tercemar dengan sisa pepejal

Pembuangan sisa industri IKS seperti sisa pemprosesan dan pembuatan – tercemar dengan bahan toksid, kandungan BOD meningkat.

Penyaliran baja kimia dan racun serangga dalam pertanian – nilai keasidan (pH) sumber air meningkat.

2

2 Pencemaran udara

Akibat pembakaran terbuka kawasan pertanian.

Asap kilang memproses kelapa sawit / getah.

Asap dari kawasan pelupusan sampah.

2

3 Pencemaran bau dan bunyi

Bau busuk dari sisa longgokan sampah dan air sampah (Leachate), sisa makanan dari gerai / warung / restoran/ pasar malam / pasar tani yang ada di kawasan pusat pertumbuhan desa.

Bau busuk dari ladang ternakan ayam, ladang khinzir dll.

Bunyi bising dari janakuasa kilang yang beroperasi.

2

4 Hakisan tanih dan gerakan jisim.

Akibat aktiviti pertanian di kawasan cerun, tanpa teres, tanpa tanamam tutup bumi / sungkupan.

Hakisan larian air permukaan.

Cerun tidak stabil – mengalami gerakan jisim, kesotan tanih.

2

5 Gangguan hidrologi setempat.

Penebangan hutan sekitar mengurangkan susupan dan simpanan air tanah.

Larian air permukaan meningkat.

Sejat peluhan berkurangan.

Meningkatkan kejadian banjir lumpur.

2

6 Gangguan ekologi

Hutan sekitar ditebang untuk pertanian dan paya ditimbus untuk petempatan.

Ekosistem hutan terjejas – kepelbagaian spesis flora dan fauna.

2

17

setempat. Habitat musnah.

Kesan Positif Transformasi Desa Ke Atas Penduduk Desa: Markah

7 Mengurangkan kemiskinan – taraf hidup meningkat.

Sektor ekonomi desa berkembang mewujudkan banyak peluang pekerjaan – pengangguran berkurangan.

Pendapatan perkapita bertambah.

Kemiskinan berkurangan – taraf hidup meningkat.

2

8 Saiz pasaran dan kuasa beli.

Jumlah penduduk desa bertambah – saiz pasaran bertambah besar.

Tabungan dan kuasa beli bertambah ekoran daripada pertambahan pendapatan.

2

9 Taraf kesihatan meningkat.

Wujudnya kemudahan klinik desa / poliklinik dan kemudahan perubatan moden.

Wabak penyakit boleh dibendung.

Kelahiran bertambah – kematian menurun.2

10 Taraf pendidikan meningkat.

Akses kepada pendidikan seperti sekolah dan pusat-pusat kemahiran.

Kadar keciciran dan kadar buta huruf berkurangan.

Kadar celik ICT bertambah.

2

11 Berlaku pembauran inovasi

Penembusan jalur lebar semakin luas melalui projek Internet desa dan pemberian ’net book 1 Malaysia’.

Inovasi dan idea baru berkembang lebih cepat.

Mewujudkan masyarakat desa bermaklumat.

2

12 Ketersampaian bertambah

Jaringan pengangkutan yang lebih cekap – jalanraya dan jalan keretapi.

Pergerakan penduduk, barangan dan perkhidmatan ke bandar berhampiran menjadi lebih mudah dan cepat.

2

13 Kualiti hidup bertambah baik

Kemampuan memiliki barangan dan perkhidmatan moden bertambah.

Penduduk lebih sihat dan persekitaran lebih kondusif dengan adanya taman permainan, kemudahan sukan, rekreasi dll.

2

Pemarkahan: 7 isi x 2 markah = MAX 14 Markah + 1 Markah perbincangan (ada positif dan negatif) = 1 markah .

MAX 15

18

ATAU

(b) (i) Jelaskan ciri-ciri utama bandaraya global [12 Markah] Ciri utama bandaraya global ialah:

Huraian dan Contoh Markah

1. Ciri Penduduk.

Penduduknya melebihi 10 juta orang Dikenali sebagai (megacity). Menjadi tumpuan penduduk negara maju. Taburan penduduknya padat dan tepubina Mengalami penduduk optimun seperti Tokyo

2

2. Ciri Ekonomi

Ekonomi bersifat global – di peringkat kuarterner dan kuiner.

Menjadi penentu kepada keputusan ekonomi dunia (ciri unggul) seperti bandaraya New York yang menjadi Pusat Perdagangan Dunia WTC (World Trade Centre).

Menjadi Pusat kewangan dunia/Transaksi kewangan dunia, ibu pejabat bank dan firma kewangan antarabangsa beroperasi di sini

Pusat pelaburan, pasaran modal/saham global

2

3. Ciri Sosial Menjadi pusat Persidangan Dunia – Persidangan G8, Kesatuan Ekonomi Eropah (EC), Pusat fesyen dunia.

Pusat NGO (badan bukan kerajaan) dunia. Infrastruktur bertaraf global seperti pusat pendidikan

dunia – Universiti tersohor, pusat hiburan dunia dll.

2

4. Ciri Kualiti hidup

Ciri sosial termaju dengan memiliki kualiti hidup yang tinggi – pendapatan perkapita dan taraf hidup yang tinggi.

Masyarakat kosmopolitan – gaya hidup antarabangsa yang mementingkan status, kecekapan pengurusan masa, sangat bergantung kepada penggunaan teknologi tinggi dll.

2

19

5. Ciri Teknologi

Memiliki teknologi termaju dan menjadi Pusat R&D global – teknologi ICT, robotik, aeroangkasa dll.

Menjadi Pusat Maklumat - Info dan infrasturuktur bertaraf global seperti lembah silikon di Amerika Syarikat.

Bandar yang mengawal penyebaran teknologi ke negara lain.

2

6. Ciri Fizikal Bandar.

Bandar terancang - bangunan padat dan tepubina. Bangunan bertingkat dan berkembang secara vertikal.

Landskap bandar – terdiri daripada mercu tanda global seperti WTC, Pejabat PBB dll.

Nilai ruang/harga tanah yang sangat mahal.

2

Pemarkahan: 6 isi x 2 markah = MAX 12 MAX 12

(ii) Bincangkan kesan pembandaran yang pesat terhadap alam sekitar manusia di bandar. [13 Markah ] Proses pembandaran telah menyebabkan kesan negatif dan positif terhadap alam sekitar manusia di Bandar. Antaranya ialah:

Kesan negatif ke atas alam sekitar manusia akibat proses pembandaran. Markah

1 Fenomena setinggan

Masalah kekurangan perumahan kos rendah dan sederhana. Nilai hartanah sangat mahal.

Penduduk miskin tidak mampu memiliki atau menyewanya. Terpaksa tinggal di petempatan setinggan.

2

2 Kesesakan Kesesakan lalu lintas – traffic jam - melambatkan

perjalanan – merugikan masa. Risiko kemalangan jalan raya meningkat.

Kesesakan bangunan – padat dan tepu bina seperti perumahan flat.

2

3 Kemiskinan bandar

Masalah pengangguran dan kemiskinan bandar meningkat – akibat persaingan kerja yang pesat.

Peluang perkerjaan terhad – relatif dengan penduduk bandar yang ramai dan kekurangan kelulusan/kemahiran.

Persaingan kerja dengan warga asing.

2

20

Wujud golongan miskin tegar dalam bandar.

4 Kos hidup yang tinggi

Peningkatan harga barang keperluan tidak sepadan dengan peningkatan pendapatan.

Kos pengangkutan meningkat – ekoran kenaikan harga minyak dan juga kenaikan kadar tol.

Kos perkhidmatan juga meningkat seperti perkhidmatan kesihatan dan pendidikan, utiliti dan perkhidmatan bandaran yang dikenakan kepada penduduk

Belanja isi rumah, kediaman, makanan, pengangkutan, dll

2

5 Masalah sosial bertambah

Masalah sosial / keselamatan - kadar jenayah yang tinggi, maksiat, pelacuran, penyalahgunaan dadah, dll kerana kos dan tekanan hidup yang tinggi di bandar.

Nilai murni sosial merosot – dipengaruhi oleh budaya luar yang liar (disko, pub dsb), ikatan kekeluargaan yang longgar – keruntuhan nilai moral spt gejala LGBT, pengkid, dll.

Perebakan penyakit di kawasan tertentu seperti kawasan setinggan (slum area). Persekitaran setinggan yang kotor – memudahkan berlakunya penularan penyakit berjangkit seperti denggi, H1N1, taun dll.

2

Kesan Positif Proses Pembanadran Terhadap Alam Sekitar Manusia di Bandar

6 Saiz pasaran bertambah

Apabila penduduk bandar bertambah – saiz pasaran barangan dan perkhidmatan menjadi semakin besar.

Kuasa beli penduduk juga betambah – melalui peningkatan pendapatan perkapita, menyebabkan produk tempatan boleh dijual.

2

7 Perkembangan ekonomi moden yang pesat

Sektor perindustrian, perniagaan dan perkhidmatan berkembang maju kerana adanya bekalan tenaga kerja yang ramai dari jumlah penduduk bandar yang bertambah.

Sektor pembinaan – perumahan dan ruang perniagaan juga berkembang pesat.

2

8 Peningkatan kualiti hidup

Tahap pendidikan penduduk bertambah maju kerana di bandar menawarkan pengajian hingga peringkat tertier – di IPTA dan IPTS.

Tahap kesihatan penduduk juga bertambah kerana di bandar adanya kemudahan rawatan – hospital pakar,

2

21

klinik dan poliklinik.

Pemarkahan: 6 isi x 2 markah = 12 + 1 markah perbicangan/justifikasi = 1 markah = MAX 13.

MAX 13

Skema Jawapan Tamat

22