skema trial sejarah penggal 3 2013

27
SKEMA JAWAPAN PERCUBAAN SEJARAH PENGGAL 3 STPM 2013 BAHAGIAN A 1. Huraikan peranan raja di Negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan British Pendahuluan Sebelum campur tangan British di Perak pada tahun 1874, Negeri-negeri Melayu diperintah oleh Raja-raja Melayu. Sultan dan raja menduduki heirarki tertinggi dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran negeri masing-masing. Selepas Islam bertapak, gelaran raja bertukar menjadi sultan dan dianggap sebagai ‘Amirul Mukminin’ atau pemimpin bagi orang mukmin. Kerajaan-kerajaan yang menerima warisan Kesultanan Melaka seperti Johor, Pahang, Perak dan Kedah mengekalkan gelaran sultan sehingga abad ke-19. Begitu juga Kelantan dan Terengganu. Negeri Sembilan menggunakan gelaran Yamtuan Besar manakala Perlis mengekalkan gelaran Raja. Namun demikian, semua Raja-raja Melayu ini mempunyai peranan luas dalam bidang politik, ekonomi dan sosial sehingga campur tangan Inggeris pada tahun 1874. Isi A. Politik 1. Ketua kerajaan Sultan berada pada kedudukan yang tertinggi dalam struktur pemerintahan dan pentadbiran negeri. Sultan bertindak sebagai ketua kerajaan. Sultan mempunyai kuasa mutlak dan hak sultan tidak boleh dipersoal. Rakyat tidak boleh membantah perintah sultan kerana dianggap mengengkari perintah Tuhan. Perintah sultan menjadi undang-undang. Oleh itu, perintah sultan wajib dipatuhi walaupun bertentangan dengan hukum manusia dan hukum agama. Sultan juga berkuasa menggubal undang-undang, menjatuhkan hukuman termasuk hukuman bunuh serta berhak mengampunkan pesalah. 2. Melantik pembesar Sultan berkuasa melantik sesiapa sahaja untuk memegang sebarang jawatan pembesar negeri. Baginda berhak melantik

Upload: noorjaafar

Post on 28-Dec-2015

868 views

Category:

Documents


21 download

DESCRIPTION

skema soalan peperiksaan sejarah Penggal 3

TRANSCRIPT

Page 1: SKEMA Trial Sejarah Penggal 3 2013

SKEMA JAWAPAN PERCUBAAN SEJARAH PENGGAL 3 STPM 2013

BAHAGIAN A

1. Huraikan peranan raja di Negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan British

Pendahuluan

Sebelum campur tangan British di Perak pada tahun 1874, Negeri-negeri Melayu diperintah oleh Raja-raja Melayu. Sultan dan raja menduduki heirarki tertinggi dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran negeri masing-masing. Selepas Islam bertapak, gelaran raja bertukar menjadi sultan dan dianggap sebagai ‘Amirul Mukminin’ atau pemimpin bagi orang mukmin. Kerajaan-kerajaan yang menerima warisan Kesultanan Melaka seperti Johor, Pahang, Perak dan Kedah mengekalkan gelaran sultan sehingga abad ke-19. Begitu juga Kelantan dan Terengganu. Negeri Sembilan menggunakan gelaran Yamtuan Besar manakala Perlis mengekalkan gelaran Raja. Namun demikian, semua Raja-raja Melayu ini mempunyai peranan luas dalam bidang politik, ekonomi dan sosial sehingga campur tangan Inggeris pada tahun 1874.

Isi

A. Politik

1. Ketua kerajaan

Sultan berada pada kedudukan yang tertinggi dalam struktur pemerintahan dan pentadbiran negeri. Sultan bertindak sebagai ketua kerajaan. Sultan mempunyai kuasa mutlak dan hak sultan tidak boleh dipersoal. Rakyat tidak boleh membantah perintah sultan kerana dianggap mengengkari perintah Tuhan. Perintah sultan menjadi undang-undang. Oleh itu, perintah sultan wajib dipatuhi walaupun bertentangan dengan hukum manusia dan hukum agama. Sultan juga berkuasa menggubal undang-undang, menjatuhkan hukuman termasuk hukuman bunuh serta berhak mengampunkan pesalah.

2. Melantik pembesar

Sultan berkuasa melantik sesiapa sahaja untuk memegang sebarang jawatan pembesar negeri. Baginda berhak melantik sesiapa sahaja untuk memegang jawatan Bendahara dan pembesar-pembesar yang lain. Baginda juga berhak melantik penggantinya sendiri, iaitu dalam kalangan putera-putera baginda.

Sehingga tahun 1874 di Perak, jawatan Bendahara dipegang oleh keluarga diraja. Jawatan Temenggong dijawat oleh pembesar daerah Kota Lama, Kuala Kangsar. Tiada ketetapan dibuat mengenai jawatan Orang Kaya Besar dan jawatan Menteri dipegang pembesar Larut. Pembesar Berlapan yang dilantik sultan ialah Maharaja Lela iaitu pembesar Pasir Salak, Laksamana pembesar Durian Sebatang, Sri Andika Raja pembesar Ulu Perak, Shahbandar pembesar Daerah Bandar di Hilir Perak, Panglima Kinta iaitu pembesar daerah Kinta, Panglima Bukit Gantang, Sri Agar DiRaja pembesar Kampong Gajah dan Imam Paduka Tuan, iaitu satu jawatan dalam pentadbiran agama Islam negeri. Sementara di Selangor pula beberapa jawatan pembesar yang dilantik oleh sultan ialah Penggawa Permatang, Penggawa Tua, Penghulu Aru dan Orang Kaya Kechil.

Page 2: SKEMA Trial Sejarah Penggal 3 2013

SKEMA JAWAPAN PERCUBAAN SEJARAH PENGGAL 3 STPM 2013

Sultan juga melantik pembesar-pembesar daerah menerusi sepucuk surat dan hadiah sebilah pedang sebagai lambang jawatannya. Di dalam surat tauliah itu dinyatakan nama daerah yang dikurniakan tetapi tidak ditentukan butir-butir sempadannya. Biasanya pembesar dipilih secara turun temurun dalam kalangan keluarga pembesar berkenaan. Sultan hanya akan campur tangan memilih pembesar yang baru dari keturunan lain sekiranya keturunan pembesar tadi ketiadaan waris.

3. Sultan menentukan hubungan diplomatik

Sultan lebih aktif dalam menjalin hubungan hal ehwal luar berbanding bertindak sebagai ketua perang. Perjanjian dengan kuasa-kuasa asing tidak sah jika tidak ditandatangani oleh sultan. Selain itu, ia juga memerlukan tandatangan 12 orang pembesar. Kebimbangan campur tangan Inggeris di Tanah Melayu menjadikan hubungan sultan dengan para pembesar kian rapat. Kehadiran British di Perak pada tahun 1874 membawa kepada perjumpaan-perjumpaan antara sultan dengan para pembesar.

Namun demikian, ada juga pembesar yang menentang sultan secara halus tidak hadir dalam pertemuan seumpama ini. Misalnya pada tahun 1875 pentadbir British telah bersusah payah untuk mendapatkan tandatangan pembesar-pembesar Perak yang tidak hadir di Pangkor dalam tahun 1874 untuk menandatangani persetiaan Melayu-Inggeris itu.

4. Sultan berperanan sebagai ketua pertahanan

Sultan menjadi ketua tentera bagi negeri masing-masing. Sekiranya berlaku peperangan, sultan akan mengetuai angkatan tentera bagi mempertahankan negara daripada serangan musuh atau menakluk negara lain. Baginda bertanggungjawab menjaga keamanan negara daripada ancaman luar. Sepanjang tempoh tahun 1830 an-1870an Negeri-negeri Melayu tidak terlibat dalam peperangan dengan pihak luar yang serius atau ancaman perang kecuali di Naning. Kedatangan British juga tidak menggunakan tentera yang besar, hanya menggunakan tentera Negeri-Negeri Selat sahaja.

Oleh yang demikian, peranan sultan sebagai ketua tentera tidak menonjol pada masa ini. Malah perang saudara yang berlaku antara tahun pertengahan abad ke-19 banyak melibatkan perang saudara antara pembesar-pembesar. Hanya di Pahang berlaku pemberontakan seorang pembesar tetapi sultan telah mengarahkan pembesar lain untuk menamatkan pemberontakan tersebut.

B. Ekonomi

Sultan berkuasa mutlak ke atas sumber ekonomi. Sultan mengambil bahagian dalam perniagaan dan mendapat keuntungan yang lumayan. Baginda berkuasa dalam soal perburuhan, hasil pertanian, perdagangan dan pemungut cukai. Sultan berperanan menyelaras sistem cukai dalam jajahan takluknya serta mempunyai hak mendapat hasil pungutan cukai negerinya. Contohnya, Sultan Abdul Samad menerima hasil cukai (bijih timah) daerah Kelang daripada Raja Mahadi. Sultan Pahang memperoleh cukai import yang dikenakan di muara Sungai Pahang berjumlah $50,000 setahun. Dari segi pertanian sultan berhak mengerahkan rakyat bertani. Baginda mewakilkan urusan itu kepada para pembesar negeri.

Sultan juga berkuasa melaksanakan sistem kerah. Melalui sistem ini rakyat dikerah melaksanakan sesuatu pekerjaan untuk sultan tanpa dibayar upah dalam tempoh masa yang

Page 3: SKEMA Trial Sejarah Penggal 3 2013

SKEMA JAWAPAN PERCUBAAN SEJARAH PENGGAL 3 STPM 2013

tertentu. Antara pekerjaan yang terlibat ialah membina istana, menjadi tentera,membina jalan, membina jambatan, membina benteng pertahanan, membersih sungai dan sebagainya. Golongan bangsawan dikecualikan daripada sistem ini. Orang biasa yang berstatus tinggi juga dikecualikan dari sistem ini. Contohnya di Kedah mereka yang dikecualikan dari sistem ini ialah golongan syed (keturunan nabi), golongan baik-baik seperti haji, lebai, penghulu, kakitangan masjid dan orang suruhan istana. Sistem ini menunjukkan perbezaan status sosial dalam kalangan rakyat.

C. Sosial

1. Lambang dan memelihara perpaduan negeri

Di Negeri-negeri Melayu pada abad ke-19 terdapat beberapa faktor yang membawa kepada perselisihan dan perpecahan. Di dalam sesebuah negeri, selain Negeri Sembilan terdapat pelbagai kebudayaan yang diamalkan oleh rakyatnya. Pembesar-pembesar daerah merupakan pusat kuasa tempatan. Tentangan sering berlaku dalam kalangan mereka dan mengganggu pentadbiran pusat. Malah mereka sering juga menentang sultan dan ada kalanya menentang pelaksanaan perintah raja di daerah mereka.

Namun demikian, untuk menjaga kepentingan perdagangan, pertahanan negeri dan ketenteraman dalam satu kawasan yang lebih luas dari sebuah daerah memaksa mereka tunduk kepada sultan. Mereka tidak bersedia untuk memusnahkan kesultanan itu sendiri, walaupun pertentangan dan perebutan takhta sering berlaku dalam kalangan pembesar. Mereka melihat tidak ada satu sistem lain sebaik sistem beraja yang diamalkan.

Kedudukan sultan sebagai lambang perpaduan diperkukuhkan dengan baginda diberi kekeramatan dan kuasa-kuasa sakti. Antaranya, baginda dikatakan berdarah putih, menggunakan lambang-lambang kebesaran seperti pakaian dan peralatan berwarna kuning, memiliki alat-alat muzik sendiri seperti nobat, nafiri, seruling dan terumpet. Alatan lain seperti kayu gamit, puan naga, taru, kemala, surat chiri, cop halilintar, ubor-ubor dan lain-lain.

Selain itu, terdapat juga senjata-senjata seperti pedang, tombak dan keris panjang serta penggunaan bahasa dalam atau bahasa istana yang dikhaskan untuk sultan dan kerabatnya. Semua hak-hak keistimewaan ini bertujuan untuk mengagung-agungkan seseorang sultan supaya rakyat taat setia kepada baginda. Sesiapa yang melanggar perintah sultan pula dikatakan akan mendapat tulah, seperti kemalangan dan kesengsaraan.

2. Ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu

Sultan juga bertindak sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu. Sultan dianggap sebagai khalifah Allah di bumi dan menjadi penaung kepada masyarakat Melayu. Sultan juga memainkan peranan penting untuk menyebarkan agama Islam di dalam negeri dan seluruh tanah jajahannya. Lantaran itulah istana memainkan peranan penting sebagai tempat penyebaran agama Islam di Tanah Melayu.

Hanya sedikit sahaja istiadat yang dihadiri oleh sultan sebagai pemimpin rakyat. Peranannya tidak begitu aktif. Upacara-upacara besar dalam masa pemerintahan baginda ialah hari pertabalan dan pemakaman. Pada masa ini pembesar dan rakyat jelata akan

Page 4: SKEMA Trial Sejarah Penggal 3 2013

SKEMA JAWAPAN PERCUBAAN SEJARAH PENGGAL 3 STPM 2013

berhimpun. Pada masa perayaan besar tahun Islam seperti Hari Raya Puasa, sultan akan mengadakan majlis jamuan.

Kesimpulan

Kesimpulannya, sultan memainkan peranan yang cukup besar sama ada dalam bidang politik, ekonomi mahupun sosial. Peranan Sultan jelas dominan di Negeri-negeri Melayu sehingga pengenalan sistem Residen pada tahun 1874 di Perak, seterusnya Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Perlaksanaan sistem Residan telah menjejaskan kedudukan dan kuasa sultan dari sudut politik, ekonomi dan sosial. Kuasa sultan kini hanya terhad dalam bidang agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja, sementara semua kuasanya yang lain dibolot oleh Residen Inggeris. Dominasi Inggeris terhadap kuasa Sultan kemudiannya telah mencetuskan konflik kuasa diikuti dengan penentangan dalam kalangan pembesar dan orang tempatan di Tanah Melayu.

Page 5: SKEMA Trial Sejarah Penggal 3 2013

SKEMA JAWAPAN PERCUBAAN SEJARAH PENGGAL 3 STPM 2013

2. Bincangkan sebab-sebab tercetusnya kebangkitan menentang British di Perak pada tahun 1875.

a) PENDAHULUAN

- Sistem Residen mula diperkenalkan di Perak setelah Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874. - Sistem ini telah mendapat tentangan dari rakyat tempatan apabila banyak pembaharuan-pembaharuan yang dilaksanakan melanggar adat resam dan menggugat pemerintahan tradisonal tempatan dan perkara yang paling penting ianya telah menimbulkan perasaan tidak puas pemerintah di negeri tersebut- Residen pertama di Perak ialah J.W.W Birch.- Pelantikan beliau sebagai Residen telah ditentang hebat oleh masyarakat ehingga membawa kepada pembunuhan beliau di Pasir Salak.

FAKTOR PENENTANGAN DI PERAK

1. Campurtangan J.W.W Birch dalam adat resam orang Melayu.

- Sistem pengutan cukai diubah dan diletakkan dibawah kawalannya. Seorang Pegawai British dilantik untuk memungut cukai yang digelar Majistret atau Pemungut Cukai. Birch telah mengambilalih hak pungutan cukai pembesar-pembesar Melayu. Birch telah campur tangan dalam adat istiadat Melayu tanpa disedari. - Beliau juga tidak tahu pembayaran cukai adalah untuk menunjukkan tanda taat setia. - Birch juga telah menghapuskan amalan perhambaan tetapi beliau telah memberi perlindungan kepada hamba-hamba yang melarikan diri ke rumahnya terutama hamba perempuan. Ianya melanggar adat Melayu. Malah memarahi Sultan yang meminta supaya hambanya dikembalikan dan tidak mahu membayar ganti rugi.

2. PERASAAN TIDAK PUAS HATI PEMBESAR

- Perlantikan J.W.W Birch sebagai Residen setelah 10 bulan Perjanjian Pangkor ditandatangani dan pengenalan pelbagai pembaharuan di Perak menyebabkan Raja Abdullah tidak puas hati kerana beliau mengenepikan sultan dalam banyak perkara - Birch telah membatalkan hak pungutan cukai Raja Abdullah dan pembesar-pembesar Perak tanpa gantirugi yang memuaskan. - Pembatalan pajakan Sultan Abdullah kepada Lee Cheng Tee saudagar Singapura iaitu konsesi atau hak memungut cukai kastam di Hilir Sg Perak selama 10 tahun bernilai RM26 000 setahun. Raja Abdullah tidak diberi gantirugi yang setimpal - Raja Ismail dan pembesar di Hulu Perak tidak mengiktiraf Raja Abdullah sebagai sultan Perak dan enggan menyerahkan alat-alat kebesaran untuk tujuan pertabalan sultan kepada Raja Abdullah - Penghapusan system perhambaan terutama hamba berhutang oleh Birch juga menimbulkan kemarahan pembesar - Ngah Ibrahim pula tidak puas hati dengan kedudukannya sebagai Pembesar Larut kerana tidak dapat bertindak dengan bebas seperti dahulu dan terpaksa mematuhi nasihat Penolong Residen iaitu Kapten Speedy

Page 6: SKEMA Trial Sejarah Penggal 3 2013

SKEMA JAWAPAN PERCUBAAN SEJARAH PENGGAL 3 STPM 2013

- Perasaan tidak puas hati ini menyebabkan Raja Abdullah dan pembesar-pembesar enggan bekerjasama dengan Birch dan telah bersatu untuk menentangnya

3. KELEMAHAN PEMERINTAHAN RAJA ABDULLAH

- Sultan tidak mentadbir Perak dengan baik dan banyak berhutang hingga terpaksa menjual daerah Krian untuk membayar hutang - Untuk membayar hutang baginda terpaksa memajakkan hak memungut cukai di Kuala Sg Perak kepada Lee Cheng Tee - Sultan juga tidak dapat mengawal pembesar-pembesar dengan baik dan banyak mempunyai musuh. Terdapat pembesar yang tidak puas dengan perlantikan baginda sebagai sultan dan terdapat juga pembesar yang masih memungut cukai dengan nilai yang tinggi di daerah masing-masing

4. KELEMAHAN KEPERIBADIAN BIRCH

- Tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas tentang adat resam dan adat istiadat Melayu pengalaman berkhidmat di Sri Lanka tidak dapat digunakan kerana budaya yang berbeza - Beliau juga tidak fasih berbahasa Melayu dan sukar untuk berhubung dengan masyarakat tempatan - Beliau juga sombong dan menganggap dirinya bijak dalam pentadbiran dan ingin membuat pembaharuan dengan cepat dan tergesa-gesa sehinggan mengenepikan perasaan sultan dan pembesar Melayu - Beliau juga bersikap biadap dan kurang diplomasi ditunjukkannya apabila beliau membakar rumah Ngah Ibrahim dan Tengku Panglima Besar kerana masih memungut cukai.

5. PENGENALAN CUKAI BAHARU

- Berapa peraturan baru telah diperkenalkan dan menimbulkan kemarahan rakyat. - Beliau memperkenalkan cukai bot dan padi - Contohnya cukai terhadap perahu yang digunakan untuk menangkap ikan dikenakan cukai sebanyak 50 sen, cukai perahu dagang dikenakan cukai sebanyak satu ringgit - Penduduk diwajibkan membeli lesen untuk membawa senjata, memotong kayu dan mengambil daun nipah - Beliau juga memperkenalkan undang-undang awam dan jenayah bagi mempastikan peraturan baru dipatuhi

6. TINDAKAN GABENOR NEGERI-NEGERI SELAT

- Sir William Jervois telah dilantik sebagai Gabenor NNS pada Mei. 1875 bagi menggantikan Andrew Clarke. Beliau membuat keputusan mengambil alih pentadbiran Perak melalui perlantikan pegawai British atas nama sultan - Sultan dan pembesar diberi pencen kerana penyerahan kuasa pentadbiran - Pada 11 September,1875 beliau mendesak Raja Ismail supaya menyerahkan alat kebesaran Diraja Perak kepada beliau tetapi ditolak. - Jervois juga memaksa Raja Abdullah menyerahkan kuasa pentadbiran Perak kepada British dan akhirnya terpaksa menandatangani pengistiharan pentadbiran Perak kepada

Page 7: SKEMA Trial Sejarah Penggal 3 2013

SKEMA JAWAPAN PERCUBAAN SEJARAH PENGGAL 3 STPM 2013

British pada 2 Oktober 1875 kerana diugut akan dibuang negeri dan tempatnya akan diserahkan kepada Raja Yusuf

KESIMPULANPembesar-pembesar Perak yang terlibat dalam pembunuhan Birch akhirnya ditangkap setelah mereka menyerah diri. Ramai antara mereka yang dihukum gantung dan dibuang negeri, diasingkan di Pulau Seychelles di Lautan Hindi termasuklah Sultan Abdullah.Pertembungan yang berlaku antara masyarakat tempatan dengan British di Perak adalah disebabkan oleh kelemahan British memahami adat tempatan dan bertindak terburu-buru apabila melaksanakan pelbagai perubahan dan peraturan baru. Penentangan masyarakat di Perak telah memberi pengajaran kepada British lebih berhati-hati semasa melakukan perubahan baru

Page 8: SKEMA Trial Sejarah Penggal 3 2013

SKEMA JAWAPAN PERCUBAAN SEJARAH PENGGAL 3 STPM 2013

3. Bincangkan sumbangan Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein dalam pembangunan sosioekonomi luar Bandar.

A) PENDAHULUAN

1. Tun Abdul Razak lebih dikenali sebagai Bapa Pembangunan Malaysia kerana sumbangan beliau dalam pembangunan luar Bandar dan masyarakat luar Bandar melalui Dasar Ekonomi Baru.

2. Tun Abdul Razak dilahirkan pada 11 Mac 1022 di Pulau Keladi, Pekan, Pahang.3. Mendapat pendidikan rendah di sekolah Melayu Kg Jambu, Langgar dan seterusnya

melanjutkan pelajaran ke Kolej Melayu Kuala Kangsar sehingga tamat pada tahun 1937.

4. Tun Abdul Razak dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia Kedua pada 22 September 1070 sewaktu negara dilanda masalah perpaduan kaum dan kemiskinan.

5. Selama tempoh enam tahun menjawat tersebut, beliau banyak menyumbanh kepada Negara dalam aspek politik, ekonomi dan social.

B) ISI-ISI PENTING.

1. Pembangunan Luar Bandar - Semasa Tun Abdul Razak mengetuai Kementerian Pembangunan dan Luar

Bandar, beliau telah melancarkan skim Rancangan Tanah Lembaga Kemajuan Tanaha Persekutuan (FELDA) yang bertujuan untuk membangunkan kawasan luar Bandar di bawah program Rancangan Malaya Pertama.

- Di bawah penyeliaan Tun, Kementerian Pembangunan dan Luar Bandar telah mewujudkan Bilik Gerakan Negara di Kuala Lumpur untuk mnyelaraskan kegiatan pembangunan pada peringkat negeri, daerah dan kampung.

- Pembukaan tanah oleh FELDA membawa kemunculan projek pertanian seperti Segi Tiga Jengka, Johor Tenggara dan Pahang Tenggara untuk penanaman kelapa sawit.

- Antara projek terawal yang dilaksanakan oleh FELDA ialah pembukaan rancangan tanah Lembah Bilut (1957) yang meliputi kawasan seluas 22 batu persegi melibatkan perbelanjaan sebanyak $2.5 juta. Melalui rancangan ini setiap peserta diberi tanah seluas tujuh ekar bagi tanaman getah dan tiga ekar tanah dusun. Hari ini FELDA telah menjadi sebuah organisasi raksasa dengan pembukaan lebih setengah juta hektar tanah dan lebih daripada setengah juta orang mendapat manfaat dari FELDA.

- Melalui projek ini, kerajaan mengharapkan kemiskinan dalam kalangan penduduk luar Bandar dapat dikurangkan.

- Tun Abdul Razak juga telah merangka satu dasar pembangunan menyeluruh yang meliputi seluruh Negara yang dikenali sebagai “Buku Merah” bertujuan untuk

Page 9: SKEMA Trial Sejarah Penggal 3 2013

SKEMA JAWAPAN PERCUBAAN SEJARAH PENGGAL 3 STPM 2013

mengawasi kemajuan projek-projek pembanguan yang dilaksanakan di setiap daerah.

- Pada tahun 1965, FELCRA ditubuhkan untuk membantu FELDA melaksanakan pembangunan ekonomi di kawasan luar Bandar.

- Bank Bumiputera ditubuhkan untuk membantu pengusaha Melayu memperoleh pinjaman dengan faedah yang rendah.

2. Menyediakan Asas Infrastruktur.- Tun Abdul Razak juga bertanggungjawab menyediakan kemudahan infrastruktur

untuk pembangunan di kawasan luar Bandar.- Hampir ½ juta ekar tanah diperuntukkan untuk tanaman padi, kelapa dan tanaman

lain bagi diusahakan oleh penduduk di kawasan luar Bandar.- Antara kemudahan yang disediakan seperti projek perairan pertanian, sekolah,

jambatan, bekalan air, elektrik. Klinik, balai raya dan lain-lain. - Buta huruf di kalangan orang dewasa dihapuskan dengan penubuhan kelas

Pelajaran Dewasa. Menerusi kelas ini, dalam tempoh 10 tahun dari tahun 1960-1970 lebih tiga juta orang dewasa yang buta huruf di seluruh Negara dapat dicelikkan.

- Pembukaan jalan-jalan baru seperti jalan raya Persekutuan dan negeri serta jambatan-jambatan telah diperbaiki. Contohnya Jalanraya Kuala Lumpur-Kuantan, Ajil-Jerangau di Terengganu dan lain-lain.

- Penyediaan pelbagai kemudahan ini telah menyumbang dalam meningkatkan taraf hidup penduduk di seluruh Negara.

3. Melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) .- Semasa menjadi Perdana Menteri, Tun Abdul Razak telah melancarkan Dasar

Ekonomi Baru pada tahun 1971 bertujuan untuk mengurangkan jurang ekonomi antara kaum.

- DEB menekankan keseimbangan antara pembangunan social dan pembangunan ekonomi melalui cara berikut iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat.

- Melalui dasar ini penglibatan orang Melayu dan Bumiputera dalam bidang perniagaan telah dipertingkatkan dengan sokongan dan bantuan daripada kerajaan.

- Gerakan Buku Hijau dilancarkan ketika Negara menghadapi inflasi kewangan untuk menggiat jentera kerajaan melibatkan rakyat dalam rancangan penggunaan tanah, tanaman jangka pendek, pekebunan kelompok, ternakan dan pemeliharaan ikan air tawar.

4. Rancangan Pembangunan Malaysia Lima Tahun-Rancangan Malaysia Kedua merupakan rancangan pembangunan lima tahun pertama di bawah DEB.

Page 10: SKEMA Trial Sejarah Penggal 3 2013

SKEMA JAWAPAN PERCUBAAN SEJARAH PENGGAL 3 STPM 2013

-Tumpuannya kepada membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dengan menambahkan pendapatan dan menyediakan peluang pekerjaan bagi merapatkan jurang ekonomi serta menghapuskan identiti kaum kaum mengikut fungsi ekonomi.- Beberapa agensi ditubuhkan untuk membantu penduduk di kawasan luar Bandar terutamanya golongan petani dan nelayan.- Antaranya penubuhan Lembaga Beras dan Padi Negara untuk menstabilkan harga padi.- Penubuhan Kemajuan Ikan Malaysia untuk membangunkan dan memodenkan industry perikanan serta meningkatkan taraf hidup nelayan.- Penubuhan RISDA (Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah) untuk membantu dari segi penyelidikan dan penanaman semula getah.- Penubuhan Lembaga Pertubuhan Peladang untuk menggalakkan dan membantu petani melibatkan diri dalam koperasi.

5. Memperkukuhkan Perpaduan Kaum Melalui Pendidikan- Langkah pertama Tun Abdul Razak sebagai Menteri Pelajaran adalah merombak

sistem pelajaran penjajah yang mengamalkan dasar pecah dan perintah. Beliau mendapati sekolah-sekolah Melayu serta sekolah-sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak diberi sebarang kelebihan. Hasil usaha Tun Abdul Razak, melalui Penyata Razak 1956, beliau berjaya mensepadukan sistem pelajaran untuk membina bangsa yang bersatu padu, Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan yang menjadi bahasa pengantar utama dan kurikulum seragam yang bercorak kebangsaan.

- Penyata Razak telah meletakkan asas bagi sistem pendidkan kebangsaan hari ini.- Tun Abdul Razak juga telah merangka Rukun Negara yang mempunyai lima

prinsip pada 31 Ogos 1970. Rukun Negara merupakan ideologi kebangsaan yang mengandungi hasrat murni ke arah membentuk sebuah masyarakat dan negara Malaysia yang demokratik, adil, saksama, liberal dan progresif.

Kesimpulan

Tun Abdul Razak semasa hayat beliau telah banyak mencurahkan tenaga dan usianya kepada perjuangan menegakkan kedaulatan negara, kesejahteraan rakyat dan keamanan dunia. Jasanya yang tidak ternilai ini diharapkan dapat dicontohi serta diteladani oleh semua pemimpin-pemimpin dan juga seluruh rakyat Malaysia.

Tun Abdul Razak meninggal dunia pada 14 Januari 1976 di London kerana penyakit leukemia. Jenazah Allahyarham Tun Abdul Razak telah disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara.

Page 11: SKEMA Trial Sejarah Penggal 3 2013

SKEMA JAWAPAN PERCUBAAN SEJARAH PENGGAL 3 STPM 2013

4. JELASKAN AKTIVITI EKONOMI YANG DIJALANKAN OLEH MASYARAKATTEMPATAN DI VIETNAM SEBELUM PELUASAN KUASA BARAT

PENDAHULUAN

- Sebelum peluasan kuasa Barat, Vietnam sudah mempunyai sistem ekonomi tersendiri, iaitu sistem ekonomi sara diri dan komersil- Kedua-dua sistem ekonomi ini dipengaruhi oleh sosiobudaya dan politik setempat di mana pola perhubungan antara golongan pemerintah dengan golongan yang diperintah mencorakkan ekonomi tempatan dan luaran- Sistem ekonomi sara diri merujuk kepada aktiviti yang hanya dijalankan untuk menampung keperluan harian. Lebihan yang ada akan diperdagangkan atau ditukarkan dengan keperluan asas yang lain. Sebaliknya, sistem ekonomi komersil bukan sahaja bertujuan untuk memenuhi keperluan keluarga tetapi juga diperlukan sebagai asas dalam pertukaran atau penjualan barangan.- Sistem ekonomi sara diri di Vietnam tertumpu kepada aktiviti pertanian manakala sitem ekonomi komersil pula tertumpu kepada aktiviti perdagangan

ISI JAWAPAN

A. AKTIVITI EKONOMI SARA DIRI 1. PERTANIAN

1.1 PENANAMAN Padi merupakan tanaman utama yang diusahakan oleh masyarakat tempatan di Vietnam kerana nasi menjadi makanan utama mereka. Pelbagai jenis padi yang berbeza ditanam mengikut iklim dan jenis tanah. Terdapat sekurang-kurangnya 300 jenis padi ditanam di lembah sungai Vietnam Utara. Kesuburan padi bergantung kepada jenis tanah dan sumber pengairan yang digunakan (Petani di Vietnam menggunakan sistem tali air untuk mengairi kawasan tanah kering). Padi ditanam di dua lokasi utama di Vietnam iaitu di Lembah Sg.Mekong (kerana mempunyai tanah yang rendah, rata serta tanah lanar yang subur kesan daripada limpahan lumpur Sg.Mekong, tetapi hanya mengusahakan tanaman padi sekali setahun kerana sistem tali airnya yang kurang baik / bergantung kepada hujan) dan Lembah Sg.Merah di Vietnam Utara ( tanaman padi 2 kali setahun). Padi ditanam di atas

Selain padi, tanaman lain yang diusahakan oleh masyarakat tempatan di Vietnam ialah ubi keledek, jagung, kacang, buah-buahan (sebagai tanaman luar musim kering di sawah padi) yang tertumpu di kawasan Cochin-China dan Annam serta teh yang banyak ditanam di Tengah Tonking dan Utara Annam.

Di Vietnam, aktiviti penanaman dijalankan di atas tanah milik bersama / milik komunal dengan menggunakan peralatan primitif serta najis binatang dan najis manusia sebagai baja . Petani Vietnam juga turut mengamalkan pertanian pindah.

1.2 PERIKANAN Kegiatan perikanan dilakukan secara kecil-kecilan di Lembah Sg.Mekong dan sungai-sungai lain yang dijalankan secara beriringan dengan kegitan pertanian lain.

Page 12: SKEMA Trial Sejarah Penggal 3 2013

SKEMA JAWAPAN PERCUBAAN SEJARAH PENGGAL 3 STPM 2013

Penangkapan ikan air tawar adalah penting bagi ekonomi sara diri dan dijalankan pada sepanjang tahun.

B. AKTIVITI EKONOMI KOMERSIL

1. PERTANIAN Oleh kerana padi merupakan tanaman terpenting di Vietnam, maka tidak hairanlah jika Vietnam menjadi antara pengeluar utama beras dunia. Beras menyumbang sebanyak 65% daripada jumlah nilai eksport dan meliputi 5/6 daripada jumlah kawasan penanaman di Vietnam. Ini bermakna, lebihan hasil sara diri diperdagangkan dengan negara-negara lain.2. PERUSAHAAN Masyarakat kampung Vietnam turut melibatkan diri dalam perusahaan membuat tembikar, tenunan, menganyam dan bertukang . Mereka lebih suka melakukan perusahaan pertukangan kerana mendapat lebih pengiktirafan berbanding dengan bercucuk tanam, dikecualikan daripada sistem kerahan dan pembayaran cukai. Walau bagaimanapun, mereka perlu menyerahkan hasil pertukangan mereka kepada maharaja sebagai ganti pembayaran cukai

3. PERLOMBONGAN Masyarakat Vietnam turut menjalankan aktiviti perlombongan. Aktiviti perlombongan utama ialah arang batu yang dilombong di Quang Yen.

4. PERIKANAN Aktiviti perikanan dijalankan di Tasik Tonle Sap. Hasil tangkapan akan dikeringkan, disalai atau dijeruk untuk dieksport atau diperdagangkan. Ikan-ikan tersebut akan dibawa keluar ke Dataran Mekong melalui jalan Snoc Thou atau dataran lumpur dengan menggunakan perahu.

5. PERDAGANGAN Kegiatan perdagangan amat terhad, hanya dijalankan di kawasan daratan dan bukit di pedalaman. Kegiatan yang dijalankan adalah dalam bentuk pertukaran barangan. Misalnya, kayu dan buluh diperdagangkan untuk mendapatkan barangan seperti kicap ikan, ikan kering, garam dan kapur. Vietnam menjalinkan hubungan perdagangan yang agak terhad dengan Siam dan China. Antara barang dagangan Siam dan Annam ialah hasil pengeluaran seperti rempah, besi, lada gula dan barangan mewah. Perniagaan arak (daripada beras) turut dijalankan oleh penanam padi.

Page 13: SKEMA Trial Sejarah Penggal 3 2013

SKEMA JAWAPAN PERCUBAAN SEJARAH PENGGAL 3 STPM 2013

5. BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MENCETUSKAN PERANG JAWADI INDONESIA ANTARA TAHUN-TAHUN 1825 – 1830

PENDAHULUAN

1. Perang yang berlaku di Jawa Tengah ini juga dikenali sebagai Perang Dipo Negoro kerana ia dilancarkan oleh seorang putera diraja Jogjakarta bernama Dipo Negoro.2. Sebelum berlakunya Perang Jawa, Pulau Jawa pernah satu ketika dahulu dijajah oleh Inggeris apabila meletusnya Perang Napoleon (melalui Perjanjian Surat-surat Kew antara Inggeris dengan Belanda)3. Raffles telah dilantik sebagai Laftenan Gabenor Inggeris di Pulau Jawa. Banyak perubahan yang telah dilakukan oleh Raffles sama ada dari segi politik mahupun dari segi ekonomi dan sosial.5. Apabila Perang Napoleon tamat, seperti yang terdapat dalam surat-surat Kew, semua tanah jajahan Belanda di Timur termasuk Pulau Jawa dikembalikan kepada Belanda.6. Raja William iaitu raja Belanda ketika itu telah melantik Baron Van der Capellan sebagai Gebenor Jeneral Belanda di Indonesia7. Untuk memulihkan imej Belanda dan mengatasi masalah hutang Belanda, Capellan telah mengadakan pelbagai pembaharuan tetapi malangnya usaha beliau mendapat tentangan penduduk tempatan dan akhirnya mencetuskan peperangan yang dikenali sebagai Perang Jawa atau Perang Dipo Negoro.8. Perang ini melibatkan golongan bangsawan dan petani yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran Belanda di Pulau Jawa.9. Perang Jawa meletus akibat daripada beberapa faktor ekonomi, politik, dan social / agama.

ISI JAWAPAN

A. FAKTOR EKONOMI

1. Pembatalan Kontrak Sewa Tanah - Sistem kontrak sewa tanah telah lama dipraktikkan antara tuan tanah Indonesia dengan orang-orang Eropah dan Cina. Menurut sistem ini, penyewa akan membayar wang pendahuluan kepada tuan tanah dan mereka ini diberikan hak bukan sahaja menggunakan tanah tetapi juga diberi hak menguasai petani-petani.Keadaan ini menyebabkan petani diperas sementara tuan-tuan tanah mendapat banyak faedah daripada sistem ini. Apabila Van Der Capellan menjadi gabenor, beliau telah membatalkan kontrak sewa tanah ini berkuatkuasa mulai 1.1.1820 kerana berpendapat sistem ini merupakan satu bentuk penindasan ke atas masyarakat tempatan. Pembatalan ini menimbulkan kemarahan dan perasaan tidak puas hati dalam kalangan bangsawan dan para petani terutamanya di daerah Jogjakarta dan Surakarta. Pembatalan sistem ini sebenarnya telah menyebabkan kehilangan sumber pendapatan di kalangan bangsawan sementara para penyewa pula telah menuntut balik bayaran pendahuluan yang diberikan kepada tuan-tuan tanah.sedangkan tuan-tuan tanah membelanjakan kesemua wang tersebut dan menghadapi masalah membayar balik. Sebagai langkah terakhir, tuan tanah terpaksa mengerah para petani bekerja keras untuk mendapatkan hasil yang lebih untuk menjelaskan hutang kepada penyewa tanah. Langkah ini menyebabkan para petani tidak mempunyai masa untuk mengusahakan tanaman mereka sendiri. Keadaan ini menyebabkan petani tidak puas hati dengan dasar baru Belanda

Page 14: SKEMA Trial Sejarah Penggal 3 2013

SKEMA JAWAPAN PERCUBAAN SEJARAH PENGGAL 3 STPM 2013

ini. Oleh yang demikian, timbul perasaan tidak puas hati dalam kalangan pembesar tempatan dan petani lalu bangkit melancarkan Perang Jawa pada 1825

2. Pengenaan Pelbagai Jenis Cukai Yang Membebankan Para petani juga tidak puas hati kerana dikenakan pelbagai jenis cukai yang tinggi. Contohnya di Kediri terdapat 35 jenis cukai yang dikenakan ke atas penduduk tempatan. Antaranya; cukai tanah, cukai sempadan, cukai garam serta cukai membawa bayi. Orang Jawa yang melalui tanah kerajaan untuk ke ladang mereka dikenakan bayaran tol dan dikenakan cukai sempadan apabila mereka membawa hasil dari kawasan mereka ke kawasan kerajaan. Kemarahan meningkat apabila kuasa mengutip cukai diserahkan kepada orang Cina yang mengenakan cukai yang lebih tinggi daripada kadar yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

3. Kegiatan Peminjam Wang dan Orang Tengah Cina Perasaan anti Cina semakin memuncak apabila orang Cina yang menjadi peminjam wang dan orang tengah dalam urusan perniagaan mengenakan kadar faedah yang tinggi ke atas pinjaman-pinjaman yang diberi kepada para petani dan penduduk tempatan

B. FAKTOR POLITIK

1. Keengganan Belanda Melantik Dipo Negoro Sebagai Pemerintah Jogjakarta Dipo Negoro atau Pangeran Anta Wiria adalah putera sulung Sultan Hamengkubuwono III yg memerintah Jogjakarta (1810-1814). Setelah kemangkatan ayahandanya, beliau tidak dilantik sebagai sultan sebaliknya adiknya Djarot yang berketurunan gahara ditabalkan menjadi raja oleh Raffles yang memerintah Jawa pada masa itu. Tindakan ini telah ditentang oleh Dipo Negoro tetapi Raffles berjaya mententeramkan keadaan dengan memujuk dan menjanjikan takhta selepas kemangkatan Djarot kelak. Apabila Djarot mangkat pada tahun 1822, Jawa pada masa itu diperintah oleh Belanda di bawah Gabenor Baron Van der Cappelan.Baron Van der Cappelen tidak menunaikan janjin yang dibuat oleh Raffles, sebaliknya beliau telah melantik anak Djarot yang baru berusia dua tahun sebagai raja. Dipo Negoro menjadi sangat marah kerana sudah dua kali beliau diketepikan daripada takhta, lalu melancarkan Perang Jawa menentang Belanda

C. FAKTOR SOSIAL

1. Keengganan Belanda Mengiktiraf Depo Negoro Sebagai Pemimpin Orang / Agama Islam Dipo Negoro adalah seorang Islam yang alim. Ketokohannya sebagai pemimpin agama disanjung tinggi oleh masyarakat tempatan. Menurut kepercayaan tradisional orang Jawa, Dipo Negoro dianggap sebagai Ratu Adil yang akan membela nasib dan menyelamatkan mereka daripada segala penindasan dan cengkaman penjajah. Tetapi malangnya kedudukian Dipo Negoro sebagai pemimpin agama Islam tidak diiktiraf oleh Belanda. Keengganan Belanda ini telah sekali lagi menaikkan kemarahan Dipo Negoro, lalu melancarkan Perang Jawa menentang Belanda

Page 15: SKEMA Trial Sejarah Penggal 3 2013

SKEMA JAWAPAN PERCUBAAN SEJARAH PENGGAL 3 STPM 2013

2. Tindakan Belanda Membina Jalan Raya Melaui Tanah Perkuburan Islam Kemarahan Dipo Negoro sampai ke kemuncak apabila Dipo Negoro berasa terhina apabila kerajaan Belanda berkeras ingin membina jalan raya di Jogjakarta melalui perkuburan orang Islam yang di dalamnya terdapat makam moyangnya. Beliau bukan sahaja berasa terhina malah berpendapat tindakan Belanda sebagai penghinaan terhadap keluarga dan juga mencabul kesucian agama Islam. Pada tahun 1825, apabila Belanda membuat keputusan membina jalan raya tersebut, Dipo Negoro lalu mengistiharkan perang Jihad terhadap Belanda. Masyarakat tempatan di Jogjakarta telah memberi sokongan kepada Dipo Negoro. Beliau disertai Sentot dan Mangku Bumi.

KESIMPULAN

Tindakan Belanda mengenepikan kepentingan pemerintah dan masyarakat tempatan di Indonesia telah mengundang kemarahan dan perasaan tidak puas hati pelbagai pihak. Ketidakpuasan hati ini bertambah ekoran sikap orang Cina yang menindas masyarakat setempat dari segi kutipan cukai. Kemarahan dan ketidakpuasan hati terhadap Belanda dan orang Cina bergabung sehingga mencetuskan Perang Jawa selama 5 tahun (1825 – 1823). Walaupun memngalami kegagalan tetapi ia telah berjaya melahirkan gerakan nasionalisme pada jangka masa panjang.

Page 16: SKEMA Trial Sejarah Penggal 3 2013

SKEMA JAWAPAN PERCUBAAN SEJARAH PENGGAL 3 STPM 2013

6. SEJAUH MANAKAH PENGARUH AGAMA MEMAINKAN PERANAN PENTING DALAM KEMUNCULAN GERAKAN NASIONALISME DI MYANMAR PADA ABAD KE-20?

PENDAHULUAN- Gerakan nasionalisme merujuk kepada perjuangan menentang penjajah bagi mendapatkan kemerdekaan.- Abad ke-19 menyaksikan berlakunya imperialisme kuasa-kuasa Barat ke atas beberapa buah negara di Asia Tenggara, termasuk Burma.- Semangat perjuangan para nasionalis di Asia Tenggara khususnya di Burma dibangkitkan dengan lebih bersifat massa oleh pelbagai faktor- Memang tidak dapat dinafikan bahawa pengaruh agama telah memainkan peranan penting dalam kemunculan gerakan nasionalisme di Myanmar pada awal abad ke-20

ISI JAWAPAN

A. FAKTOR PENGARUH AGAMA

1. Peranan Golongan Agama (PONGYI)

Perkembangan awal gerakan nasionalisme di Burma adalah berlandaskan agama dan dfiterajui oleh golongan agama. Perjuangan golongan agama, terutamanya golongan Pongyi (sami-sami Buddsha) begitu menyemarak disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah penyingkiran peranan ketua hieraki agama (Thatnabaing) dalam urusan agama yang menyebabkan pengaruh Sangha (komuniti sami-sami Buddha) semakin lemah dan sekolah-sekolah agama Buddha diletakkan di bawah pentadbiran British. Hal ini menyebabkan golongan Pongyi tidak berpuas hati dan bertindak atas pertimbangan sendiri. Selain itu, penyerapan nilai dan teknologi Barat yang telah merosakkan pengaruh agama Buddha dalam masyarakat Myanmar serta terhapusnya peranan istana sebagai penaung dan pusat pengembangan agama Buddha (apabila Raja Thibaw dibuang negeri ke India) turut menyemarakkan perjuangan golongan agama (Pongyi) untuk melancarkan gerakan nasionalisme menentang penjajahan British di Burma.

Golongan Pongyi merasa terpanggil untuk memulihkan semula pengaruh mereka dan menegakkan semula agama Buddha dalam masyarakat Myanmar. Sekitar tahun 1921-1929, golongan Pongyi menguasai perjuangan nasionalis apabila mereka berjuang melaui Majlis Umum Sangha Sametggi (GCSS). Peranan Pongyi adalah amat penting kerana nasionalis-nasionalis Burma bergantung kepada sokongan Pongyi yang telah berjaya menawan sokongan masyarakat luar Bandar.

Page 17: SKEMA Trial Sejarah Penggal 3 2013

SKEMA JAWAPAN PERCUBAAN SEJARAH PENGGAL 3 STPM 2013

2. Peranan Young Men Buddhist Association (YMBA)

YMBA diasaskan oleh sekumpulan peguam muda dari Universiti Rangoon iaitu U Ba Pe, U Ba Dun dan U Saw. Pada peringkat awal, kegiatan YMBA tertumpu kepada soal agama, pelajaran, pembaharuan sosial, kesusasteraan dan kebudayaan. Unsur agama jelas dilihat dalam perjuangan mereka menerusi slogan “Buddha Penyelamat Kita Dan Raja”. YMBA mula aktif pada 1917 apabila pucuk pimpinannya diambil alih oleh pemimipin nasionalis yang berfahaman lebih radikal seperti U Thein Maung, U Chit Hliang dan U Ba Pe. YMBA kembali membangkitkan ‘isu kasut’ yang enggan dipatuhi oleh pegawai-pegawai Inggeris. Untuk mendapat sokongan lebih meluas agar tuntutan mereka (berkaitan isu kasut) menjadi lebih berkesan, YMBA mula melebarkan sayapnya ke kawasan luar bandar. Hasilnya, pada 1920, YMBA berjaya mendapat sokongan 6000 buah persatuan peringkat kampung. Perkembangan pesat YMBA telah memberi kekuatan kepada persatuan ini hingga menyebabkan beberapa tuntutan utama YMBA terpaksa dilayan oleh Inggeris, termasuklah isu kasut. British bukan sahaja mengistiharkan larangan memakai kasut di dalam kuil, malah mula bersikap bertolak ansur dengan golongan agama.

B. FAKTOR-FAKTOR LAIN

3. Peranan Bahasa Dan Kesusasteraan Penubuhan sekolah-sekolah Inggeris yang mengutamakan penggunaan B.Inggeris dan pendidikan secular telah menyebabkan penggunaan bahasa Myanmar menjadi kurang penting. Justeru, Dobama Asiayone di bawah pimpinan golongan Thakin telah berusaha menyatukan penduduk Burma dengan slogan “Myanmar negara kita, Kesusasteraan Burma adalah kesusasteraan kita” untuk membangkitkan perasaan cinta akan kebudayaan dan tradisi tempatan.

4. Peranan Kewartawanan

Kegiatan kewartawanan turut memainkan peranan dalam kemunculan gerakan nasionalisme di Myanmar pada abad ke-20. Konboungset (1905) dan Sejarah Istana Kaca (1908) diterbitkan untuk mempopularkan pengkajian sejarah Myanmar. Akhbar Thuriya turut diterbitkan dan digunakan oleh YMBA untuk menyebarkan idea dan pandangan nasionalis mereka. Golongan Pongyi turut menerbitkan akhbar Wunthanu bagi menyebarkan idea nasionalis mereka.

5. Peranan Pendidikan

Inggeris telah memperkenalkan pendidikan sekular dan pendidikan mubaligh. Sekolah-sekolah Inggeris dan sekolah-sekolah kerajaan turut ditubuhkan dengan banyaknya. Bantuan kewangan diberikan kepada sekolah-sekolah mubaligh yang ditubuhkan oleh mubaligh Roman Katholik dan Persatuan Mengembangfkan Pengajaran Kitab Agama Buddha. Sistem pendidikan dirombak semula dan Maktab Rangoon ditubuhkan ((1884) untuk menyediakan pelajar mengambuil ijazah luar university Calcutta.

Kesan daripada perkembangan pendidikan yang begitu pesat, maka lahirlah golongan intelektual berpendidikan Inggeris di Myanmar. Golongan terpelajar ini

Page 18: SKEMA Trial Sejarah Penggal 3 2013

SKEMA JAWAPAN PERCUBAAN SEJARAH PENGGAL 3 STPM 2013

kemudiannya menjadi pemimpin gerakan nasionalisme di Myanmar dan berjaya mendapatkan kemerdekaan pada 1948.

6. Peranan Golongan Intelektual

Pada peringkat awal, golongan intelektual di Burma memperjuangkan kemajuan sosioekonomi masyarakat pribumi serta memulihkan kebudayaan dan kedudukan agama Buddha. Mereka juga bertindak melindungi kepentingan penduduk Myanmar apabila British enggan memasukkan Myanmar dalam pembaharuan Montagu Chelmsford (menuntut taraf berkerajaan sendiri) atas alasan Myanmar belum bersedia untuk mentadbir sendiri. Seterusnya, golongan ini turut mendesak Inggeris supaya menguatkuasakan Pindaan Akta Universiti pada 1924 untuk menaikkan taraf pendidikan di universiti Ranggon. Perjuangan golongan intelektual membuahkan hasil apabila Myanmar memperoleh kemerdekaan daripada British pada 1948

7. Peranan Pengaruh Luar

7.1 Pengaruh Gerakan Kongres India di bawah pimpinan Mahatma Ghandi member inspirasi kepada nasionalis Myanmar apabila gerakan rakyat bersifat ‘penentangan awam’ tanpa kekerasan menimbulkan perasaan kagum dalam kalangan nasionalis Myanmar

7.2 Perang Dunia 1 (1914-1918) 7.3 Revolusi Rusia (1917)

KESIMPULAN- Tidak dapat dinafikan bahawa kemunculan gerakan nasionalisme di Myanmar didorong oleh faktor agama. Namun demikian, terdapat juga faktor-faktor lain yang turut memainkan peranan dalam kemunculkan GN di Myanmar pada abad ke-20.

Page 19: SKEMA Trial Sejarah Penggal 3 2013

SKEMA JAWAPAN PERCUBAAN SEJARAH PENGGAL 3 STPM 2013