skema pasca percubaan penggal 2 stpm 2014

22
942/ 2 STPM 2014 SULIT* 1 Nama: ........................................................................................ Tingkatan: ................................ GEOGRAFI KERTAS 2 (Dua jam) SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PURUN TRIANG, PAHANG PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENGGAL 2 STPM 942/2 SULIT*

Upload: asmawi-bin-abdullah

Post on 09-May-2017

347 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Skema Pasca Percubaan Penggal 2 STPM 2014

942/2 STPM 2014

SULIT* 1

Nama: ........................................................................................ Tingkatan: ................................

GEOGRAFI

KERTAS 2

(Dua jam)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PURUNTRIANG, PAHANG

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENGGAL 2

Kertas soalan ini terdiri daripada 12 halaman bercetak

STPM 942/2

SULIT*

Page 2: Skema Pasca Percubaan Penggal 2 STPM 2014

SULIT* 2

BAHAGIAN A: ALAM SEKITAR FIZIKAL[40 markah]

Jawab semua soalan.

1 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan siklon tropika?

Siklon tropika adalah ribut taufan yang bergerak secara berputar yang mempunyai kelajuan tinggi melebihi 120 km/jam. Ia terbentuk di perairan (lautan) tropika iaitu antara garis lintang (5˚ U dan S hingga 35˚U dan S).

[3]

(b) Bagaimanakah siklon tropika terbentuk?

Siklon Tropika terbentuk melalui aktiviti perolakan apabila suhu lautan meningkat. Iaitu:i) Perubahan suhu lautan yang mendadak. Akibat pemanasan yang tinggi dari haba matahari, arus lautan juga menjadi panas .Ini menyebabkan jisim udara yang panas mengembang lalu naik ke atas mewujudkan sel tekanan udara yang rendah di bawahnya. Berbanding dengan tekanan udara sekeliling yang masih lagi tinggi maka angin akan bertiup masuk dengan kencangnya ke kawasan tekanan udara rendah tersebut. ii) Daya putaran memusat. Di bantu oleh daya putaran memusat, maka pergerakan angin akan berputar, melingkari satu pusat yang dipanggil sebagai “mata siklon” yang terletak di tengah-tengah. Semakin ke pusat, tekanan menjadi semakin rendah dan angin semakin kencang bertiup. Keadaan udara di dalam mata siklon adalah tenang dan hujan tidak terbentuk.

[4]

(c) Mengapakah siklon tropika hanya berlaku di kawasan perairan tropika sahaja?

i) Perairan Tropika mendapat bekalan tenaga haba yang banyak dari matahari ekoran daripada lokasinya yang dekat dengan garisan khatulistiwa. Ini menyebabkan kawasan tropika amat pesat mengalami aktiviti perolakan apabila suhu lautan Tropika meningkat.ii) Kawasan perairan Tropika merupakan lokasi/zon pertemuan angin utama dunia (5˚ U dan S hingga 35˚U dan S) seperti angin timuran, angin baratan serta angin monson. Di zon pertemuan angin ini menyebabkan kekacauan atmosfera yang mendorong berlakunya ribut taufan atau siklon Tropika.

[4]

STPM 942/2

SULIT*

Page 3: Skema Pasca Percubaan Penggal 2 STPM 2014

SULIT* 3

(d) Jelaskan kesan siklon tropika terhadap aktiviti penduduk di zon pinggir pantai.

i) Aktiviti perikanan. Siklon Tropika menyebabkan angin kencang dan laut bergelora. Kesan luruan ribut/ombak akan merosakkan kapal-kapal nelayan dan nelayan sama sekali tidak boleh turun ke laut.

ii) Aktiviti pelancongan . Kesan luruan ribut/ombak boleh merosakkan infrastruktur pelancongan pantai seperti resort, chalet, kemudahan snorkling dll. Hujan lebat yang dibawa oleh siklon Tropika boleh menyebabkan banjir di kawasan pinggir pantai dan menenggelamkan kawasan pelancongan.

iii) Menjejaskan aktiviti pengangkutan dan telekumunikasi. Angin kencang (Langkisau kuat ) boleh menumbangkan pokok dan memutuskan talian elektrik yang boleh menyebabkab gangguan besar kepada penduduk. Sistem dan jaringan telekomunikasi seperti talian telefon juga turut rosak dan terputus.

[4]

STPM 942/2

SULIT*

Page 4: Skema Pasca Percubaan Penggal 2 STPM 2014

SULIT* 4

Jawab sama ada soalan 2 atau soalan 3.

2 (a) i. Mengapakah el-Nino sering berlaku di perairan tropika? [9]Terdapat beberapa sebab mengapa el-Nino sering berlaku di kawasan perairan Tropika iaitu:

1) Perairan Tropika mendapat bekalan tenaga haba yang banyak dari matahari ekoran daripada lokasinya yang dekat dengan garisan khatulistiwa. Di samping itu, kawasan ini juga menerima tenaga matahari dalam keadaan sudut tepat. Ini menyebabkan kawasan tropika amat pesat mengalami aktiviti perolakan apabila suhu lautannya iaitu lautan Pasifik meningkat dengan cepat.

2) Lembangan lautan Pasifik yang ada di perairan Tropika merupakan lembangan lautan yang paling luas di dunia. Oleh itu apabila berlaku perubahan suhu di lautan ia akan mempengaruhi suhu daratan dengan lebih cepat. Kenaikan suhu lautan Pasifik membolehkan proses pembuakan (termoklin) berlaku dengan giat. Ini mewujudkan tekanan udara rendah di laut, seterusnya melemah dan menghentikan tiupan angin timuran ke bahagian daratan. Kesannya bahagian daratan mengalami cuaca panas el-Nino, kadar hujan amat sedikit serta kelembapan udara yang rendah.

3) Kawasan perairan Tropika yang terletak antara (5˚ U dan S hingga 35˚U dan S) merupakan lokasi/zon laluan angin utama dunia seperti angin timuran dan angin baratan. Di zon laluan ini tiupan angin amat dipengaruhi oleh perubahan suhu dan tekanan. Apabila suhu lautan Pasifik menjadi tinggi, tekanan udaranya menjadi rendah. Ini menyebabkan pergerakan angin timuran menjadi lemah dan terhenti di laut yang menyebabkan kawasan daratan tidak menerima hujan.

ii. Jelaskan kesan el-Nino ke atas unsur-unsur cuaca. [8]1. Cuaca panas dan udara kering. Dalam tempoh El-Nino, cuaca menjadi

panas dan menyebabkan udara menjadi kering (dry air), lembapan tanih dan ystem akuifer tanah kekurangan air serta proses transpirasi tumbuhan berkurangan seterusnya mengurangkan peratus kelembapan udara. Kadar sejatan pula amat tinggi.

2. Hujan sedikit. Taburan hujan yang turun di bahagian daratan juga amat sedikit. Ini disebabkan oleh tiupan angin timuran menjadi lemah dan terhenti di lautan Pasifik. Oleh itu lembapan udara yang terbentuk di laut tidak diangkut ke bahagian daratan khususnya di barat Pasifik yang menyebabkan hujan adalah amat sedikit.

3. Kemarau panjang. Sepanjang El-Nino, cuaca panas, udara kering serta hujan sedikit akan menyebabkan kemarau. Kemarau merujuk kepada keadaan kekurangan air yang dialami di sesuatu tempat. Kemarau juga menunjukkan keadaan imbangan air negatif iaitu kadar sejatan melebihi daripada kerpasan (hujan) yang turun. Hal ini akan menyebabkan simpanan air di kawasan tadahan akan berkurangan dan seterusnya mengurangkan bekalan air kepada sungai, tasik, dan empangan.

4. Fenomena Jerebu. El Nino menyebabkankan berlakunya kebakaran hutan secara semula jadi sehingga membebaskan partikel-partikel terampai seperti debu, habuk, asap dan lain-lain ke atmosfera sehingga membentuk jerebu. Dalam keadaan udara kering (dry air), partikel-partikel tersebut terampai dan berlegar dalam ruang udara serta sukar untuk hilang. Tiupan

STPM 942/2

SULIT*

Page 5: Skema Pasca Percubaan Penggal 2 STPM 2014

SULIT* 5

angin sumatera telah memindahkan jerebu dari Indonesia ke Malaysia dan negara Asia Tenggara yang lain. Fenomena ini dikenali sebagai jerebu rentas sempadan.

iii. Bandingkan kesan el-Nino di antara kawasan Asia Tenggara dengan Amerika Selatan.

Akibat El-Nino, cuaca menjadi panas, suhu yang tinggi serta kadar hujan yang sedikit di alami oleh kawasan Asia Tenggara (bahagian barat lautan Pasifik) seperti Indonesia,Malaysia, Filipina dan negara-negara Asia Tenggara yang lain serta Australia. Di antara kesan yang terjadi ialah:

1. Kemarau. Kemarau merujuk kepada keadaan kekurangan air yang dialami di sesuatu tempat. Cuaca panas El-Nino menyebabkan udara menjadi kering (dry air), lembapan tanih dan sistem akuifer tanah kekurangan air serta proses transpirasi tumbuhan berkurangan seterusnya mengurangkan peratus kelembapan udara dan kebarangkalian untuk menurunkan hujan adalah amat tipis. Kemarau menjejaskan bekalan air kepada penduduk, menjejaskan kesihatan penduduk serta merosakkan tanaman khususnya padi sawah.

2. Jerebu. Cuaca panas El Nino juga menyebabkankan berlakunya kebakaran hutan secara semula jadi sehingga membebaskan partikel-partikel terampai seperti debu, habuk, asap dan lain-lain ke atmosfera sehingga membentuk jerebu. Dalam keadaan udara kering (dry air), partikel-partikel tersebut terampai dan berlegar dalam ruang udara serta sukar untuk hilang. Tiupan angin sumatera telah memindahkan jerebu dari Indonesia ke Malaysia dan negara Asia Tenggara yang lain. Fenomena ini dikenali sebagai jerebu rentas sempadan. Jerebu pula menjejaskan jarak penglihatan, resiko kemalangan, gangguan kesihatan penduduk dan sebagainya.

Dalam tempoh yang sama, kawasan Amerika Selatan ( timur lautan Pasifik) yang meliputi negara-negara seperti Ecuador,Chile,Peru,Brazil,Argentina dan Mexico pula menerima pengaruh tiupan angin kencang dan hujan lebat terutama di pesisir pantainya. Fenomena di kawasan ini dikenali sebagai La-Nina Di antara kesannya ialah:

3. Banjir. La Nina membawa hujan lebat luar biasa, kawasan rendah di pesisir pantai akan mengalami banjir yang besar. Ini kerana awan lembab yang terbentuk di laut akan di bawa oleh angin baratan dan akan melepaskannya sebagai hujan lebat. Sekiranya daya tampung saliran seperti sungai,paya, parit dan longkang tidak mampu menampung curahan hujan yang lebat, maka banjir akan berlaku. Banjir akan memusnahkan kawasan kediaman dan infrastruktur penduduk, memusnahkan kawasan pertanian dan juga resiko kehilangan nyawa kepada penduduk di kawasan Amerika Selatan.

4. Ribut/taufan. Selain banjir, tiupan angin yang kencang dari bahagian timur lautan Pasifik juga boleh menghasilkan ribut/taufan sekiranya angin tersebut bergerak secara berpusar melebihi 120 km sejam. Semasa La-Nina ribut taufan mudah berlaku. Taufan akan memusnahkan infrasturktur fizikal kawasan pinggir pantai disamping Hakisan dan tanah runtuh mudah berlaku.

Kesimpulannya semasa El-Nino, kawasan Asia Tenggara mengalami cuaca panas dan kemarau manakala kawasan Amerika Selatan mengalami banjir dan

[8]

STPM 942/2

SULIT*

Page 6: Skema Pasca Percubaan Penggal 2 STPM 2014

SULIT* 6

taufan.

ATAU

(b) i. Peningkatan suhu di bandar adalah dipengaruhi oleh aktiviti manusia. Bincangkan.

[13]

Aktiviti manusia sememangnya boleh meningkatkan suhu di bandar sehingga terjadinya pulau haba. Namun begitu terdapat juga aktiviti manusia yang boleh menurunkan suhu di bandar. Di antara aktiviti manusia yang menyebabkan suhu di bandar meningkat ialah:1) Pembinaan bangunan konkrit dan jalan bertar yang menyerap dan menyimpan haba matahari pada waktu siang dan membebaskannya pada waktu malam sebagai haba pendam. Pada masa yang sama bangunan-bangunan tinggi juga menyekat pengaliran keluar haba ke atmosfera pada waktu malam. Ini menambahkan lagi kadar simpanan dan pengaliran haba dalam atmosfera bandar seterusnya menggalakkan kejadian pulau haba.2) Pengurangan kawasan hijau dalam bandar disebabkan aktiviti penebangan pokok untuk digantikan dengan bangunan konkrit. Ini mengurangkan peratus kelembapan udara dalam bandar. Proses transpirasi (pepeluhan) tumbuhan tidak berlaku untuk membebaskan wap-wap air ke udara. Kesannya peratus kelembapan udara menjadi rendah, dan udara menjadi kering (dry air) yang seterusnya menggalakkan lagi peningkatan suhu di bandar.3) Aktiviti pengangkutan dan perindustrian yang banyak membebaskan gas-gas rumah hijau ke atmosfera bandar seperti karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dll. Gas-gas ini bersifat lutsinar kepada bahangan matahari tetapi legap kepada bahangan bumi – ini menyebabkan kesan rumah hijau apabila bahangan bumi terperangkap oleh gas-gas pencemar berkenaan dan seterusnya suhu di bandar akan meningkat.4) Pertambahan penduduk bandar. Kepadatan/kesesakan penduduk dalam bandar akan menambahkan sumber haba dalam bandar menerusi metabolisme badan manusia. Dianggarkan seorang manusia mengeluarkan haba pada kadar 100 - 300 watt bergantung kepada jenis kerja yang dilakukannya. Pertambahan haba oleh manusia ini akan menambahkan lagi jumlah tenaga haba yang tersimpan dalam bandar.Namun begitu, tidak semua aktiviti manusia di dalam bandar boleh meningkatkan suhu. Terdapat pelbagai aktiviti manusia yang boleh merendahkan suhu di dalam bandar daripada terus mengalami pulau haba. Antaranya ialah:5) Aktiviti penghijauan bandar (menanam pokok). Pihak berkuasa tempatan (PBT) banyak menanam pokok-pokok peneduh di kawasan rezab dalam bandar, di bahu jalan dan juga di laluan jalan kaki. Di samping itu pemilik bangunan juga menamam pokok-pokok sebagai hiasan landskapnya. Aktiviti ini akan menambahkan kelembapan udara melalui proses transpirasi tumbuhan dan ia mampu menurunkan suhu di dalam bandar.

6) Aktiviti menambahkan kawasan badan air dalam bandar seperti tasik/kolam buatan manusia dan juga taman tema air misalnya Taman Tasik Titiwangsa di Kuala Lumpur dan juga Taman air Sunway Lagoon. Kewujudan badan-badan air mampu menyejukkan udara melalui proses sejatan di permukaan,

STPM 942/2

SULIT*

Page 7: Skema Pasca Percubaan Penggal 2 STPM 2014

SULIT* 7

menambahkan kelembapan udara dan adakalanya mampu menurunkan hujan.7) Aktiviti manusia seperti penggunaan pengangkutan awam contohnya LRT dan komuter, melaksanakan kempen berkongsi kereta, kempen penjimatan tenaga seperti kempen EARTH HOURS juga boleh mengurangkan peningkatan suhu di bandar. Ini kerana aktiviti ini mampu mengurangkan fenomena kesan rumah hijau apabila kadar perlepasan gas-gas rumah hijau ke atmosfera bandar boleh dikurangkan.Kesimpulannya terdapat dua kesan daripada aktiviti manusia di bandar. Ada aktiviti yang boleh meningkatkan suhu dan juga ada aktiviti yang boleh menurunkan suhu di dalam bandar. Apa yang jelas pada masa kini, aktiviti manusia yang boleh menigkatkan suhu lebih besar berbanding dengan aktiviti manusia yang boleh menurunkan suhu.

ii. Cadangkan langkah untuk mengurangkan peningkatan suhu di bandar. [12]Langkah yang terbaik untuk mengurangkan peningkatan suhu di bandar ialah dengan menggabungkan langkah perundangan, langkah pengurusan dan kempen serta pendidikan alam sekitar.

1. Langkah perundangan. Melaksanakan Akta Kualiti Alam Sekililing 1974 seperti : Peraturan

Udara Bersih 1978, Peraturan Pelepasan Asap Daripada Enjin Diesel 1996, Akta dan kawalan pembakaran terbuka dan lain-lain.

Justeru agensi pelaksana seperti Jabatan Alam Sekitar, JPJ, Pihak berkuasa Tempatan (PBT) mestilah menjalankan pemantauan dan pemeriksaan yang lebih kerap untuk memastikan akta di atas dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.

Seterusnya Hukuman seperti denda/kompaun, menyitar premis, membatalkan lesen operasi, penjara dll mesti dilaksanakan dengan tegas dan adil kepada mana-mana individu atau syarikat yang didapati membebaskan bahan pencemar ke udara tanpa kawalan.

Langkah Pengurusan Strategik yang meliputi:

2) Mewujudkan kawasan hijau dalam bandar atau program penghijauan bandar dengan menanam pokok-pokok peneduh di kawasan rezab bandar seperti rezab jalan,rezab bangunan dan lain-lain. Pokok-pokok peneduh ini mampu mengekalkan udara lembab disamping menyederhanakan suhu sekitar.

3) Membina lebih banyak kawasan badan air dalam bandar yang mampu bertindak sebagai pulau sejuk bandar seperti kawasan taman tema air, tasik reakreasi dll.Contohnya Taman Tasik Titiwangsa dan Sunway Lagoon.

4) Penggunaan sumber tenaga gantian yang bersih dan mesra alam seperti tenaga elektrik hidro, tenaga solar, biomass dll dalam aktiviti pengangkutan,perindustrian dan penggunaan isi rumah dalam bandar bagi menggantikan sumber tenaga fosil yang terbukti banyak membebaskan gas-gas rumah hijau.

5) Mengurangkan penggunaan peralatan yang banyak membebaskan kloroflourokarbon (CFC) seperti alat pendingin hawa, peti sejuk, alat-alat semburan dan sebagainya yang boleh menipiskan lapisan ozon seterusnya mempengaruhi kemasukan bahangan matahari ke bumi tanpa halangan.

STPM 942/2

SULIT*

Page 8: Skema Pasca Percubaan Penggal 2 STPM 2014

SULIT* 8

Sebaliknya menggunakan peralatan yang telah disahkan bersifat “Mesra alam” (Environmental friendly).

6) Penggunaan petroleum tanpa plumbum. Perlepasan asap dari industri dan kenderaan biasanya dikawal dengan menggunakan petroleum dengan kandungan sulfur rendah. Selain itu melarang aktiviti pembakaran terbuka sebaliknya menggalakkan aktiviti 3R.

7. Kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar

Kempen penjimatan tenaga seperti kempen Earth Hours oleh penduduk bandar. Mengurangkan penggunaan tenaga yang berlebihan. Sekiranya tidak perlu, elakkan pembaziran tenaga. Penggunaan tenaga yang tidak cekap akan melepaskan lebih banyak gas-gas rumah hijau.

Kempen menggunakan sistem pengangkutan awam seperti LRT, ERL, Komuter dan juga kempen berkongsi kereta.Termasuk juga kempen penggunaan basikal di dalam bandar dan mewujudkan zon khusus dalam bandar yang tidak boleh dimasuki oleh kenderaan diesel seperti lori, bas, truck dll.

Pendidikan alam sekitar pula menerusi matapelajaran Geografi di peringkat sekolah dan IPT disamping memperkukuhkan peranan badan bukan kerajaan NGO.

3 (a) Terangkan maksud air tanih [5]Air tanih merujuk air yang berada di bawah permukaan tanah di dalam kerak bumi clan terhasil daripada air hujan yang meresap melalui ruang rongga tanah serta disimpan di dalam zon tepu di bawah tanah. Air tanih merupakan sumber utama bekalan air tawar dunia dan sumber air bagi sungai yang mengalir di permukaan bumi.

(b) Terangkan tiga faktor yang boleh mempengaruhi kandungan air tanih. [10]Faktor-faktor yang mempengaruhi kandungan air tanih. Iklim merupakan faktor terpenting yang mempengaruhi kandungan air tanih.

Hal ini berlaku kerana unsur iklim, terutamanya hujai merupakan punca bekalan air tanih. Kawasan yang menerima jumlah air hujat yang banyak lazimnya mempunyai kandungan air tanih yang banyak. Zon tepunya hanya berada beberapa meter sahaja dari )permukaan bumi. Contohnya, kawasan beriklim Khatulistiwa seperti Malaysia mempunyai jumlah hujan tahunan yang tinggi dan banyak, iaitu melebihi 2030 mm setahun.

Litupan tumbuhan di permukaan bumi juga dikaitkan dengan jumlah air tanih. Dengan adanya tumbuh-tumbuhan, kadar resapan air hujan ke dalam tanah akan meningkat. Cegatan silara tumbuhan yang padat daft berbentuk kanopi boleh menghalang air hujan daripada jatuh terns ke lantai hutan. Pintasan oleh akar tumbuhan mampu memperlahan kadar larian air di permukaan dan membenarkan lebih banyak air meresap ke dalam tanah. Oleh itu, kawasan yang mempunyai jumlah tumbuh-tumbuhan yang banyak akan mempunyai jumlah air tanih yang banyak.

Kecerunan permukaan bumi juga boleh mempengaruhi kandungan air tanih. Kadar resapan air hujan di permukaan bumi yang landai adalah tinggi disebabkan pengaliran air permukaan yang perlahan. Oleh itu, jumlah air

STPM 942/2

SULIT*

Page 9: Skema Pasca Percubaan Penggal 2 STPM 2014

SULIT* 9

tanih di kawasan landai adalah lebih tinggi berbanding dengan kawasan curam.

Jenis tanih turut mempengaruhi jumlah air tanih. Hal ini berlaku kerana kadar serapan air tanih bergantung pada jenis tanih yang terdapat di sesuatu kawasan. Bagi tanah berpasir dan tanah gambut, kadar keporosannya yang tinggi membenarkan lebih banyak air meresap ke dalam tanah bagi membentuk air tanih. Sebaliknya, tanah liat yang mempunyai ruang rongga yang kecil mengehadkan kadar resapan air ke dalam tanah dan mengurangkan kandungan air tanih.

Tindakan manusia juga mempengaruhi kandungan air tanih. Aktiviti manusia seperti pertanian, pembalakan dan perlombongan menyebabkan banyak tumbuh-tumbuhan di permukaan bumi musnah. Tanpa tumbuhtumbuhan, kadar resapan air hujan ke dalam tanah menurun dan mengurangkan kandungan air tanih.

(c) Sumber air tanih memberi sumbangan penting kepada manusia. Bincangkan. [10]Kepentingan sumber air kepada aktiviti manusia. Aktiviti pertanian amat memerlukan sumber air. Air mempengaruhi proses

pertumbuhan sesuatu tanaman. Contohnya, penanaman padi memerlukan bekalan air yang banyak. Jumlah takungan air yang banyak membolehkan padi tumbuh dengan subur dan mengeluarkan hasil padi yang bermutu serta berkualiti. Tanpa air, padi ticlak boleh tumbuh dengan baik dan akan coati. Begitu juga dengan tanaman lain yang memerlukan air untuk tumbuh dengan sihat.

Kepentingan air juga dapat dilihat dalam kegiatan perlombongan. Contohnya, jumlah air yang banyak d iperl ukan untuk melombong bijih timah yang menggunakan gam kelikir. Hal ini berlaku kerana air diperlukan untuk mengepam clan meruntuhkan kawasan bukit yang mempunyai bekalan bijih timah bagi mendapatkan bijih timah tersebut. Air yang banyak juga diperlukan semasa kerja mengasingkan bijih timah daripada bahan sampingan yang lain seperti tahi bijih (amang).

Sumher air yang banyak dapat melancarkan kegiatan perindustrian. Hal ini berlaku kerana air merupakan komponen utama dalam proses pembuatan sesuatu produk, terutamanya bagi industri berasaskan air seperti industri membuat minuman dan industrii membuat kertas. Dalam industri membuat minuman, air merupakan komponen utama untuk menghasilkan minuman dalam tin dan minuman dalam kotak Dalam industri membuat kertas pula, air diperlukan untuk menghancurkan kayu alak dan melunturkan warna kayu balak sebelum digunakan untuk menghasilkan kertas putih. Malah air juga digunakan untuk menyejukkan jentera atau mesin kilang bagi mengekalkan tahap produktiviti yang tinggi.

Selain bergantung pada sumber ikan taut clan sungai, manusia turut menjalankan kegiatan menternak ikan pada hari ini. Kegiatan penternakan ikan juga memerlukan jumlah air y ng banyak. Takungan air dalam kolam membolehkan penternakan ikan dalam kolam dijalankan. Contoh ikan yang diternak ialah ikan keli, ikan lampam, dan ikan tilapia. Tanga bekalan air yang mencukupi, penternakan ikan di dalam kolam sukar dijalankan dengan baik dan berkesan.

Kegiatan domestik yang dijalankan oleh manusia di rumah juga melibatkan penggunaan air yang banyak. Contohnya, air sebagai sumber minuman, mandi

STPM 942/2

SULIT*

Page 10: Skema Pasca Percubaan Penggal 2 STPM 2014

SULIT* 10

dan membasuh kain. Bekalan air yang mencukupi membolehkan manusia hidup dengan selesai dan sejahtera dalam lingkungan masyarakatnya. Air j uga diperlukan untuk menyediakan makanan harian bagi menampung keperluan harian manusia.

STPM 942/2

SULIT*

Page 11: Skema Pasca Percubaan Penggal 2 STPM 2014

SULIT* 11

BAHAGIAN B: ALAM SEKITAR MANUSIA[40 markah]

Jawab semua soalan.

4 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan sektor ekonomi sekunder?

Sektor sekunder adalah sektor ekonomi lanjutan daripada sektor primer. Ia lebih bersifat pemerosesan dan pembuatan. Sektor sekunder banyak menggunakan keluaran (output) sektor primer sebagai bahan mentahnya untuk diproses menjadi barangan separa siap . Contoh sektor ekonomi sekunder ialah: industri pemprosesan, industri pembuatan, industri pembinaan dan juga industri penjanaan tenaga.

[3]

(b) Jelaskan kepentingan sektor ekonomi sekunder terhadap pembangunan ekonomi Malaysia.

i) Menyumbang kepada KDNK dan pendapatan eksport Negara. Contohnya sektor pembuatan menjadi jentera pertumbuhan kedua ekonomi Malaysia selepas sektor perkhidmatan. Pada tahun 2010 ia menyumbang sebanyak 32.4% kepada KDNK negara. Pada tahun 2010 juga sektor pembuatan menjadi penyumbang utama kepada pendapatan eksport negara iaitu sebanyak 85.2%.

ii) Menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk Malaysia, sekaligus kadar pengganguran berkurangan dan gunatenaga penuh. Misalnya pada tahun 2010, sektor sekunder (perkilangan) telah memberikan pekerjaan kepada 3.6 juta penduduk Malaysia. Ini mewakili 30% daripada jumlah pekerjaan dalam negara.

iii) Kesan pengganda iaitu memajukan sektor ekonomi lain yang berkaitan. Misalnya sektor pemprosesan kelapa sawit membantu sektor perladangan kelapa sawit. Kemajuan aktiviti pembinaan (sektor sekunder) seperti pembinaan bangunan dan infrastruktur turut memajukan aktiviti perlombongan (sektor primer) seperti perlombongan kuari, pasir, batu kapur untuk penghasilan simen. Ini kerana kuari, pasir dan simen menjadi bahan asas dalam industri pembinaan.

[6]

STPM 942/2

SULIT*

Page 12: Skema Pasca Percubaan Penggal 2 STPM 2014

SULIT* 12

(c) Cadangkan langkah untuk mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar fizikal akibat aktiviti pembinaan di Malaysia.

i) Langkah perundangan. Mengharamkan aktiviti pembinaan bangunan seperti rumah kediaman di kawasan bercerun curam yang berisiko tinggi. Penilaian EIA mestilah dipatuhi sepenuhnya oleh pemaju projek perumahan. Hukuman yang tegas seperti denda/kompaun yang tinggi, membatalkan lesen operasi mestilah dilaksanakan kepada pemaju yang engkar.

ii) Langkah kestrukturan seperti membina benteng konkrit, gabion, sistem longkang yang teratur di kawasan kaki cerun yang telah di potong untuk dibina jalanraya, lebuhraya dan bangunan. Ia bertujuan untuk mengelakkan kesan hakisan dan tanah runtuh akibat ketidakstabilan cerun apabila ia dipotong dan diteres untuk dijadikan tapakbina bangunan.

iii) Kaedah penyuburan cerun dengan cara menanam rumput dan pokok buluh di kawasan bercerun yang telah dipotong/diteres untuk dibina lebuhraya dan perumahan. Tanaman rumput dan buluh mampu mengelakkan hakisan larian air permukaan sekaligus menguatkan struktur cerun.

[6]

STPM 942/2

SULIT*

Page 13: Skema Pasca Percubaan Penggal 2 STPM 2014

SULIT* 13

Jawab sama ada soalan 5 atau soalan 6

5 (a) Pilih sebuah negara dan jelaskan :i. masalah yang dihadapi oleh perikanan pinggir pantai.

Negara yang dipilih ialah Malaysia. Di antara masalah yang dihadapi oleh perikanan pinggir pantai di Malaysia ialah:

1) Masalah kekurangan modal. Ia berlaku dalam kalangan nelayan pinggir pantai yang di belenggu kemiskinan. Keupayaan modal yang terhad menyebabkan nelayan pinggir pantai tidak mampu untuk memiliki bot-bot besar, pukat dan peralatan tangkapan moden dan sebagainya. Ini menyebabkan hasil tangkapan mereka adalah sedikit.

2) Masalah pasaran. Masalah ini berkait dengan kebergantungan nelayan pinggir pantai dengan orang tengah yang menjerat para nelayan dengan sistem hutang yang berpanjangan. Nelayan tidak dapat menikmati hasil tangkapan secara sepenuhnya kerana terpaksa menjual kepada orang tengah (peraih) dengan harga yang murah. Oleh sebab itu, pendapatan yang peroleh para nelayan sedikit dan nelayan kekal dibelenggu kemiskinan.

3) Kekurangan teknologi. Masalah ini berkait dengan kekurangan modal yang menghalang nelayan untuk memiliki teknologi dan kelengkapan tangkapan moden. Kebanyakan nelayan pinggir pantai masih menggunakan teknologi tradisional seperti pukat tangkul, bubu, pancing, dan bitol. Teknologi ini jelas tidak mampu untuk meningkatkan hasil tangkapan nelayan. Selain itu taraf pendidikan dan kemahiran yang rendah juga menyebabkan nelayan tidak dapat mengendalikan bot-bot yang besar, alat ecosonar, dan sistem telekomunikasi.

ii. kesan yang ditimbulkan oleh perikanan pinggir pantai.

Selain daripada menghadapi masalah, nelayan pinggir pantai juga menimbulkan kesan negatif. Antaranya ialah:

1 Kepupusan sumber perikanan. Kepupusan sumber perikanan berpunca daripada tangkapan berlebihan ikan secara berterusan. Ada sesetengah nelayan pinggir pantai menggunakan kaedah menuba, mengebom dan renjatan elektrik selain daripada mengunakan pukat yang diharamkan seperti pukat harimau dan pukat tunda di kawasan pinggir pantai. Kaedah ini mengakibatkan habitat akuatik musnah terutama di kawasan pesisir pantai yang menjadi lokasi pembiakan ikan. Keadaan ini diburukkan lagi dengan kemusnahan kawasan hutan bakau yang juga merupakan tempat pembiakan hidupan akuatik.

2 Pencemaran air laut. Pencemaran air laut berlaku khususnya di sekitar pelabuhan perikanan berpunca daripada pembuangan bahan-bahan cemar seperti sisa-sisa ikan, dan air pembersihan bot nelayan. Air laut juga dicemari oleh sisa-sisa domestik yang dibuang dari petempatan nelayan. Terdapat juga bot-bot nelayan yang sudah rosak dan tidak dapat digunakan dibiarkan tersadai dan reput di tepi pelabuhan atau muara sungai.

3 Kemusnahan ekosistem paya bakau. Aktiviti perikanan pinggir pantai pada

[7]

[6]

STPM 942/2

SULIT*

Page 14: Skema Pasca Percubaan Penggal 2 STPM 2014

SULIT* 14

masa ini diperluaskan kepada ternakan marinkultur di kawasan muara dan paya bakau sebagai pendapatan sampingan kepada nelayan. Pembinaan kolam-kolam ternakan ikan melibatkan kerja-kerja penebangan dan pembersihan kawasan hutan bakau dan nipah di zon pinggir pantai. Aktiviti penyahhutanan ini menyebabkan ekosistem di kawasan tersebut terjejas. Tindakan ini juga memusnahkan habitat pelbagai jenis hidupan (ketam nipah, ikan, lokan, kerang, burung, dan haiwan primat) dan menjejaskan rantaian makanan. Keadaan ini sekaligus mengurangkan kadar populasi asal hutan bakau berkenaan. Sebagai contohnya, seperti yang berlaku di Sabak Bernam, Selangor.

(b) Nilaikan program yang dijalankan untuk memajukan sektor perikanan di Malaysia. [12]

1. Pembangunan infrastruktur menerusi LKIM. Menyedia dan memperbaiki kemudahan pendaratan ikan di pelabuhan perikanan, menyediakan tempat penyimpanan ikan,kilang air batu dll. Sebagai contohnya, komplek pendaratan ikan di Tok Bali, Kelantan, Cendering, Terengganu, Kuala Sedili, Johor, dan Batu Maung, Pulau Pinang. Langkah ini amat berkesan dan berjaya membantu nelayan mendaratkan ikan dan seterusnya menjual ikan terus kepada LKIM tanpa dibelenggu oleh orang tengah.

2. Mewujudkan persatuan nelayan dan koperasi nelayan (NEKMAT) melalui Skim Permodenan Nelayan Berkelompok yang diwujudkan pada tahun 2006. Skim ini menggabungkan nelayan –nelayan pantai yang berselerak untuk diurus tadbir di bawah satu persatuan supaya pengaruh orang tengah dapat dihapuskan. Skim ini memperkenalkan kaedah pembelian bot besar melalui gabungan berkelompok persatuan atau koperasi di sesuatu kawasan. Skim ini amat berjaya kerana ia membolehkan nelayan tempatan berdaya saing dan tidak dibelenggu dengan kemiskinan. Antara faedah skim tersebut ialah nelayan tempatan yang menggunakan bot kecil akan bergabung menjalankan aktiviti penangkapan ikan secara meluas dan mendatangkan keuntungan berlipat kali ganda. 3. Bantuan modal. Kerajaan menambahkan keupayaan modal kepada nelayan menerusi kemudahan kredit, pinjaman, bantuan, dan subsidi bagi memajukan sektor perikanan negara. Nelayan yang dibelenggu kemiskinan diberikan subsidi untuk membeli enjin, bot, pukat, minyak diesel dan sebagainya. Langkah ini bertujuan untuk mengurangkan beban yang ditanggung oleh nelayan. Bantuan modal membeli Bot telah Berjaya memberi peluang kepada nelayan untuk memiliki bot-bot yang lebih besar dan lebih baik berbanding secara sewa-beli bagi membolehkan mereka menangkap ikan di laut dalam. Namun begitu skim subsidi diesel kurang berkesan akibat penyelewengan nelayan sendiri yang menjual diesel kepada orang lain.4. Menyediakan sistem pemasaran berpusat bagi menghapuskan pengaruh orang tengah. Misalnya hasil tangkapan dijual terus kepada LKIM atau kepada koperasi nelayan. Selain itu tempat-tempat penjualan ikan juga disediakan di pesisir pantai untuk membolehkan nelayan-nelayan kecil menjual terus hasil tangkapan mereka kepada pengguna. Contohnya di pesisir pantai Terengganu. Langkah ini juga berjaya meningkatkan pendapatan nelayan kerana mereka boleh menjual dengan harga yang lebih mahal serta terkawal. Keuntungan nelayan tidak dikaut oleh orang tengah/peraih.

STPM 942/2

SULIT*

Page 15: Skema Pasca Percubaan Penggal 2 STPM 2014

SULIT* 15

5. Memajukan akuakultur sebagai pendapatan sampingan nelayan. Kerajaan menggalakkan nelayan agar mengusahakan ternakan akuakultur sama ada di kawasan air tawar atau air payau. Hal ini demikian kerana perikanan akuakultur mula berkembang sebagai subsektor utama dalam sektor perikanan. Untuk membangunkannya, kerajaan menyediakan bantuan modal, subsidi, dan khidmat nasihat yang berterusan khususnya melalui LKIM. Kerajaan juga bersedia untuk mengeksport hasil-hasil akuakultur ke pasaran luar negara yang sudah pastinya menghasilkan pendapatan yang lumayan kepada nelayan yang mengusahakannya. Pada masa ini program ini amat berjaya kerana ia mendapat bantuan sepenuhnya dari kerajaan. Malah konsep industri akuakultur juga diperluaskan dan digabungkan dengan sektor pelancongan dan dinamakan akuapelancongan. Sumber pendapatan nelayan pantai telah dipelbagaikan.

6 (a) Terangkan maksud globalisasi ekonomi. [3]Globalisasi ekonomi merujuk keadaan saling kebergantungan antara negara di seluruh dunia dari segi bahan, modal, buruh, pasaran dan teknologi dalam proses pengeluaran sesuatu aktiviti ekonomi.

(b) Huraikan ciri saling kebergantungan antara Malaysia dengan negara lain di dunia. [12]Ciri-ciri saling kebergantungan antara Malaysia dengan negara lain di dunia. Pergantungan Malaysia pada modal asing bagi menggerakkan pertumbuhan

ekonomi negara. Sumikan modal asing membolehkan industri di dalam negara berkembang pesat dan seterusnya mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat, mengurangkan pengangguran dan meningkatkan taraf hidup penduduk.

Pergantungan Malaysia pada pasaran asing memberikan peluang kepada produk negara kita untuk menembusi pasaran negara maju. Negara akan memperoleh keuntungan melalui pengukuhan rangkaian pasaran, persaingan sihat, harga barangan yang lebih stabil. dan sebagainya. Contohnya, produk penyaman udara negara amat bergantung pada permintaan pasaran negara-negara Arab di Timor I engah.

Pergantungan Malaysia pada teknologi dan kepakaran asing. Kemasukan teknologi moden clan pemindahan kepakaran dari negara maju seperti Jepun clan Amerika Syarikiv ke negara ini membolehkan rakyat tempatan mempelajari kaedah pengendalian teknologi melalui latihan lanjutan dan usaha sama.

Pergantungan negara lain terhadap pasaran Malaysia. Selain memperluas pasaran harang dan perkhidmatan tempatan ke negara lain, negara Kesatuan Eropah clan Amerika Syarikat turut memasarkan produk mereka ke iegara kite.

Pergantungan Malaysia pada buruh asing. Kekurangan buruh dan tenaga pakar dalam bidang tertentu di negara ini ditampung oleh negara lain yang mengalami lebihan tenaga buruh. Contohnya, Malaysia banyak bergantung pada buruh dari Indonesia dalam sektor perladangan clan pembinaan.

Pergan ungan Malaysia pada bahan mentah dan sumber makanan .dari luar negara. Malaysia bergantung pada somber bahan mentah, somber tenaga dan sumber makanan daripada negara tertentu. Contohnya, Malaysia bergantung kepada Thailand untuk inendapatkan bekalan bergs, ikan clan sayur-sayuran

STPM 942/2

SULIT*

Page 16: Skema Pasca Percubaan Penggal 2 STPM 2014

SULIT* 16

bagi menampung kekurangan surnber makanan di dalam negara.

(c) Bincangkan langkah-langkah yang boleh diambil oleh Malaysia bagi memastikan negara menikmati manfaat berterusan daripada globalisasi ekonomi. [10]Langkah langkah yang boleh diambil oleh Malaysia bagi memastikan negara menikmati manfaat berterusan daripada globalisasi ekonomi Sentiasa menjaga keamanan dan kestabilan politik negara bagi meningkatkan

kemasukan pelabur asing. Berusaha membangunkan infrastruktur dan kemudahan asas bagi menyokong

pertumbuhan pelbagai sektor ekonomi. Melaksanakan program pembangunan di setiap negeri, wilayah dan kawasan

bagi mengurangkan jurang pendapatan antara negeri wilayah clan kawasan. Bekerjasama dengan negara ASEAN dan APEC melalui pemeteraian

perjanjian perdagangan bebas clan perjanjian due hale. Membangunkan kawasan pertumbuhan negara-negara ASEAN secara

berterusan seperti Kawasan Segi Tiga Pertumbuhan IMT-GT, IMS-G dan BIMP-EAGA.

Mengutamakan kemerdekaan dan kedaulatan negara dalam semua aspek hubungan luar.

STPM 942/2

SULIT*