pengenalan kurikulum pendidikan islam sekolah rendah pim 3101

125
1 1.0 PENGENALAN Pendidikan dalam islam merupakan suatu yang amat penting.Islam amat mementingkan pendidikan sejak dari zaman Nabi Adam lagi.Pada zaman Nabi Muhammad,baginda menjadi pendidik untuk mendidik orang-orang islam dalam kehidupan seharian.Ini kerana,kemajuan dan kemuduran satu-satu bangsa itu bergantung kepada perkembangan ilmu.Oleh itu untuk memperkembangkan ilmu,perlu nya kepada pendidikan dalam satu-satu kaum itu.Mana-mana bangsa yang mendaulatkan ilmu,nescaya bangsa itu akan disegani dan dihormati oleh lawan mereka.Tujuan kita diciptakan tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada- Nya.Untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut,perlunya kita mengetahui apa yang perlu kita lakukan.Maknanya kita memerlukan ilmu pengetahuan untuk mempelajari ibadat-ibadat yang wajib kita lakukan.Oleh yang demikian pendidikan sangatlah penting dalam membentuk muslimin dan mukminin yang diredhai dan dirahmati oleh Allah S.W.T.. Selepas ini akan dibincangkan tentang kurikulum pendidikan islam pada zaman Rasulullah.Selain itu,termasuk juga kurikulum pendidikan pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin.Dan seterusnya kita akan mengetahui hubungkait antara kurikulum pendidikan islam pada zaman Rasulullah dan Khulafa’ al-Rasyidin dengan kurikulum pendidikan islam di Malaysia sebelum dan selepas

Upload: naazehh-isehaqq

Post on 31-Jul-2015

1.373 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

1

1.0 PENGENALAN

Pendidikan dalam islam merupakan suatu yang amat penting.Islam amat

mementingkan pendidikan sejak dari zaman Nabi Adam lagi.Pada zaman Nabi

Muhammad,baginda menjadi pendidik untuk mendidik orang-orang islam dalam

kehidupan seharian.Ini kerana,kemajuan dan kemuduran satu-satu bangsa itu

bergantung kepada perkembangan ilmu.Oleh itu untuk memperkembangkan ilmu,perlu

nya kepada pendidikan dalam satu-satu kaum itu.Mana-mana bangsa yang

mendaulatkan ilmu,nescaya bangsa itu akan disegani dan dihormati oleh lawan

mereka.Tujuan kita diciptakan tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menyembah

Allah dan beribadat kepada-Nya.Untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut,perlunya

kita mengetahui apa yang perlu kita lakukan.Maknanya kita memerlukan ilmu

pengetahuan untuk mempelajari ibadat-ibadat yang wajib kita lakukan.Oleh yang

demikian pendidikan sangatlah penting dalam membentuk muslimin dan mukminin yang

diredhai dan dirahmati oleh Allah S.W.T..

Selepas ini akan dibincangkan tentang kurikulum pendidikan islam pada zaman

Rasulullah.Selain itu,termasuk juga kurikulum pendidikan pada zaman Khulafa’ al-

Rasyidin.Dan seterusnya kita akan mengetahui hubungkait antara kurikulum pendidikan

islam pada zaman Rasulullah dan Khulafa’ al-Rasyidin dengan kurikulum pendidikan

islam di Malaysia sebelum dan selepas merdeka.Tujuannya adalah untuk mengetahui

kaitan tentang kedua-dua kurikulum tersebut.

Page 2: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

2

1.1 Kurikulum Pendidikan Islam pada Zaman Rasulullah

Amnya pendidikan islam pada zaman rasulullah serta para sahabat baginda bermula

sejak zaman penurunan al-Qur’an lagi.Selepas Nabi Muhammad S.A.W menerima

wahyu kenabian dan kerasulan menandakan bermulanya titik tolak kepada amanah

yang perlu baginda tunaikan iaitu sebagai penyampai,pengajar dan pendidik seterusnya

membimbing manusia kejalan yang benar.Dan itu bermaksud bermulanya proses

pendidikan Islam yang di jalankan oleh Rasulullah terhadap umat manusia khasnya

masyarakat arab di Mekah dan Madinah.Di utuskan Nabi Muhammad adalah untuk

memimpin masyarakat jahiliyyah yang pada ketika itu sangat jahil dan jauh tesesat.

Pendidikan Islam pada zaman Rasulullah bermatlamat untuk melahirkan insane yang

tunduk dan patuh kepada perintah Allah s.w.t dan menjauhi larangan melalui bimbingan

agama,akhlak,akal,emosi dan kemahiran.Selain itu menyeru serta membimbing

manusia kearah aqidah yang benar.Manusia perlu mngenal penciptanya(Mohammad

Yusoff 1986).Permulaan dakwah Rasulullah adalah dengan membetulkan aqidah dalam

masyarakat jahiliyyah.

Nabi Muhammad menerima wahyu yang menandakan permulaan pendidikan dalam

islam pada tahun 610M.Wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad ialah

surah Al-Alaq ayat 1-5.Ayat ini berkaitan dengan suruhan membaca yang bermaksud

islam amat mementingkan ilmu dan pendidikan.Rasulullah S.A.W juga merupakan

mahaguru yang menyampaikan pendidikan islam bermula di kota mekah dan diteruskan

di Madinah.

Antara isi yang terkandung dalam kurikulum pendidikan islam ialah dari segi akidah

yang man berkaitan dengan rukun iman yang mengesakan Allah dan melarang

mensyirikkannya dengan berhala dan sebagainya. Beriman kepada rasul-rasul

teramsuk Nabi Muhammad s.a.w. Beriman kepada kitab-kitab termasuk Al-Quran

wahyu daripada Allah s.w.t. Beriman kepada hari akhirat,manusia akan dihidupkan

semula untuk mendapat pembalasan baik atau sebaliknya.Selain itu dalam bidang

syariah seperti bersolat ,hanya Allah sahaja yang disembah. Konsep wajib,

Page 3: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

3

sunat ,halal, haram, harus dalam melaksanakan tanggungawab.Dan bidang akhlak

seperti

konsep amar maaruf seperti hormat-menghormati, tolong menolong, jujur,amanah,

berkata benar. Konsep nahi mungkar iaitu larangan berzina,berdusta dan membunuh

anak perempuan.

Stuktur Pendidikan Islam telah disusun oleh Rasulullah dalam beberapa stuktur.

Antaranya ialah pendidikan umum,khusus dan pendidikan institusi.Pendidikan Umum

dijalankan oleh Rasulullah atau para sahabat daripda khlulafa' al-Rasyidin.

Pelaksanaannya dilakukan dengan menyampaikan pidato selepas sembahyang fardhu

atau selepas sembahyang Jumaat. Kurikulumnya merangkumi bidang aqidah, syariat,

muamalat dan lain-lain. Bidang lain seperti lumba kuda, bermain pedang, berenang,

bergusti dan lumba lari.Pendidikan khusus pula ialah khusus ialah pengajaran yang

diberikan baginda kepada orang tertentu tanpa mengira masa atau tempat. Sahabat-

sahabat baginda seperti Ali bin Abi Talib, Abu Bakar Al-Siddiq, Abu Hurairah dan lain-

lain adalah antara orang yang sering mendapat pendidikan khusus berupa tunjuk ajar

secara langsung.Dan pendidikan Institusi pula berkisar tentang Intisari Pendidikan Islam

pada peringkat Madinah. Peringkat pertama adalah kanak-kanak. Mereka diajar

membaca dan menulis. Peringkat ke dua diajar tentang ilmu jasmani dan rohani.

Mereka adalah terdiri daripada Ahli Suffah dan perantau. Pengajian mereka ditanggung

oleh Baitul Mal. Pendidikan bentuk ini banyak melahirkan cendikiawan Islam pada masa

selanjutnya.

Pendidikan pada zaman Islam terbahagi kepada dua tempoh.Yang pertama ialah di

Mekah dan yang kedua di Madinah.Nabi Muhammad telah berdakwah selama 13 tahun

di kota Mekah dan 10 tahun di kota Madinah.Cara pendidikan pada kedua tempoh ini

berbeza kerana situasinya tidak sama.Di Mekah merupakan permulaan kepada

pengenalan islam itu namun di Madinah,permulaan kepada pembentukan satu sistem

pemerintahan islam yang menguasai dan mentadbir Madinah.

Page 4: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

4

Tempoh yang pertama ialah di Mekah. Perkara yang diajarkan berkisar pada ayat-

ayat Makiyyah sejumlah 93 surah dan petunjuk-petunjuknya yang dikenal dengan

sebutan sunnah dan hadith.Perkara yang diajarkan juga menerangkan tentang kajian

keagamaan yang menitikberatkan pada keimanan,ibadah dan akhlak.Terdapat

beberapa cara pelaksanaan system pendidikan di Mekah.Bermula dengan secara

senyap atau rahsia atau sirriyah.Cara ini ditujukan kepada kaum keluarga baginda san

sahabat terdekat pada mula-mula selepas Rasulullah menerima wahyu.Antara Orang

yang terlibat ialah Khadijah binti Khuwailid,Ali bin Abi Talib dan Abu Bakar as

Siddiq.Diadakan di rumah Arqam bin Abi Arqam berlansung selama tiga tahun.

Yang kedua secara terang-terangan.Berlansung selama 10 tahun dan ditujukan

kepada kaum kerabat seperti keluarga Abdul Mutalib dengan berceramah dirumah Ali

bin Abi Talib.Ada sebahagian ahli keluarga baginda yang menerima begitu juga ada

yang menentang seperti Abu Lahab.Dan yang terakhir,terbuka kepada orang ramai di

Bukit Safa.Nabi Muhammad mendidik dengan menunujukkan contoh teladan yang baik

beserta dengan akhlak yang mulia.Nabi tidak pernah berdusta dan menyampai dengan

hikmah,lemah lembut,sabar dan doa.

Mahmud Yunus ,1992 menyatakan bahawa menyatakan bahwa pembinaan

pendidikan islam pada masa Makkah meliputi pendidikan keagamaan iaitu hendaklah

membaca dengan nama Allah semata jangan dipersekutukan dengan nama

berhala.Kedua, pendidikan akliyah dan ilmiah iaitu mempelajari kejadian manusia dari

segumpal darah dan kejadian alam semesta.Ketiga, pendidikan akhlak dan budi

pekerti,iaitu Nabi Muhammad SAW mengajarkan kepada sahabatnya agar berakhlak

baik sesuai dengan ajaran tauhid.Dan pendidikan jasmani atau kesihatan iaitu

mementingkan kebersihan pakaian, badan dan tempat kediaman.

Page 5: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

5

Tempoh yang kedua ialah di Madinah. Perpindahan Rasulullah SAW. ke Madinah pada

tahun 622 Masihi, membawa perubahan dan pengertian yang besar terhadap

penyibaran dan kestabilan agama Islam. Kurikulum pendidikan peringkat ini bertukar

kepada memenuhi tuntutan perundangan dan perhubungan antarabangsa. Institusi

pendidikan Islam memilih masjid sebagai tempat menyampai ilmu, sistem halaqah

bermula di Masjid dan dilaksanakan oleh Rasulullah SAW. Fungsi masjid mengikut

termenologi Islam adalah sebagai markas bagi segala aktiviti agama dan masyarakat,

khususnya dalam hal-hal yang berhubung dengan aktiviti ibadat, pelajaran dan

pendidikan. Al-Abrasyi menyatakan Rasulullah SAW. menjadikan masjid Nabawi

sebagai tempat belajar mengenai urusan dunia dan agama disamping beribadat.

Situasi masjid lebih bebas dan sesuai sebagai tempat belajar. Rasulullah SAW. telah

mendirikan sebuah surau yang bersambung dengan masjid tersebut, dikenali sebagai

al-suffah. Merupakan sebagai sebuah sekolah yang membimbing pelajarnya dengan

lebih sistematik. Matapelajarannya termasuklah al-Quran. Asas agama (Aqidah,

syariah, akhlak) khat, sejarah, bahasa. Kurikulum yang diberi merangkumi pendidikan

rohani dan jasmani yang menjadi keperluan kepada individu dan masyarakat.

Struktur pendidikan Islam telah disusun oleh Rasulullah dalam beberapa bentuk iaitu

pendidikan umum,pendidikan khusus dan pendidikan institusi.

i. Pendidikan umum di jalankan oleh Rasulullah SAW. atau para sahabat daripada

Khulafa al-Rashidun. Perlaksanaannya dilakukan dengan penyampaian pidato selepas

sembahyang fardu atu selepas sembahyang jumaat. Kurikulumnya merangkumi bidang

aqidah, syariat, muamalat dan lain-lain. Bidang lain seperti menunggang kuda, bermain

pedang, berenang, bergusti dan lumba lari.

ii. Pendidikan khusus: pengajaran yang berbentuk khusus ialah pengajaran yang

diberikan oleh baginda kepada orang-orang yang tertentu tanpa mengira tempat

Page 6: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

6

atau masa. Sahabat-sahabat baginda seperti Ali bin Abi Talib, Abu Bakar as-

Siddiq, Abu Hurairah dan lain-lain adalah di antar orang yang sering mendapat

pendidikan khusus berupa tunjuk ajar secara langsung.

iii. Pendidikan Institusi: Merupakan intisari Pendidikan Islam pada peringkat

Madinah. Pendidikan bentuk ini banyak melahirkan cendiakawan Islam pada

masa selanjutnya.

Page 7: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

7

1.2 Kurikulum Pendidikan Zaman Khulafa’ al-Rasyidin

Khulafa’ al-Rasyidin merupakan para sahabat Nabi Muhammad S.A.W,yang

menyambung tugas baginda sebagai khalifah yang memerintah umat islam.Zaman ini

bermula selepas kewafatan Nabi Muhammad. Bermula pada tahun 11H/623M sehingga

40H/661M.Khalifah yang pertama dilantik ialah Saidina Abu Bakar.Seterusnya Saidina

Umar mengambil alih dan diteruskan oleh Saidina Uthman.Saidina Ali pula merupakan

khalifah islam yang ke empat.

Para Khulafa’ al-Rasyidin ialah orang-orang yang mewarisi risalah Rasulullah s.a.w..

Mereka menyambung usaha-usaha yang telah diatur dan disusun oleh baginda dengan

mengikut segala jejak langkah yang telah ditunjuk baginda semasa hidupnya (Zawawi

1984).

Khulafa’ al-Rasyidin bertindak sebagai Uli al-Amr memelihara kesetabilan dan

keselamatan negara bahkan memberi penekanan yang begitu intensif terhadap

perkembangan ilmu pengetahuan dan pendidikan Islam. Para sahabat telah

menumpukan perhatian mendidik disamping pada masa yang sama mentadbir negara.

Pusat pentadbiran Khulafa’ al-Rashidin masih lagi dibuat di Madinah sebagai lanjutan

pusat pentadbiran Nabi SAW. Pada zaman ini para sahabat nabi seperti Abdullah bin

Umar, Zaid bin Thabit dan lain-lain masih aktif menyambung perjuangan Rasulullah

SAW dalam bidang keilmuan Islam khasnya Fekah dan Tauhid. Bersumberkan al-

Quran dan ajaran sunnah Nabawi, para sahabat meneruskan proses pengajaran dan

pembelajaran kepada kaum muslimin.

Tahun-tahun pemerintahan khulafa’ al-Rashidin dipenuhi dengan pelbagai cabaran

seperti masalah arridah, ancaman Quraisy Makkah, Rom, Parsi, Yahudi dan kaum

Nasrani, bahkan juga ancaman dari dalam yang dibuat oleh kaum munafikin. Semua

Page 8: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

8

masalah itu dapat diatasi bahkan proses pendidikan Islam semakin berkembang luas ke

serata alam dalam pelbagai bidang serta lahir pula tokoh-tokoh ilmu yang terbilang

pada zamannya.

Tahun-tahun pemerintahan Khulafa al-Rasyidin merupakan perjuangan terus menerus

antara hak yang mereka bawa dan dakwahkan kebatilan yang mereka perangi dan

musuhi. Pada zaman khulafa al-Rasyidin seakan-akan kehidupan Rasulullah SAW itu

terulang kembali. Pendidikan islam masih tetap memantulkanAl-Qur’an dan Sunnah di

ibu kota khilafah di Makkah, di Madinah dan di berbagai negri lain yang ditaklukan oleh

orang-orang islam.(Hassan Langgulung,1988)

Para sahabat yang terdiri daripada Sayidina Abu Bakar, Omar, Uthman dan Ali adalah

orang yang mewarisi risalah Rasulullah SAW. Mereka bukan sahaja menyambung

usaha-usaha yang telah diatur oleh Rasulullah SAW bahkan melangkau lebih jauh lagi

ekoran pertambahan umat Islam dan keluasan wilayah Islam.

Sebagai contoh di zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq (11H – 13H) di samping

memelihara keutuhan negara dari berlakunya kehancuran, akibat tindakan liar orang-

orang munafik dan musuh-musuh Islam, beliau amat memberi perhatian berat terhadap

perkembangan ilmu pengetahuan. Beliau bukan sahaja menggalak umat Islam supaya

mempelajari dan menghayati al-Quran dan al-Sunnah bahkan bertindak mengumpul

dan menulis semula ayat-ayat al-Quran di dalam sebuah Mashaf. Dengan alasan kitab

suci al-Quran dapat diedarkan ke seluruh wilayah Islam yang terletak jauh dari wilayah

pentadbiran kerajaan Islam Madinah.

Manakala khalifah Umar al-Khattab memberi perhatian yang sama terhadap

perkembangan ilmu pengetahuan dan pendidikan Islam. Ahli-ahli sejarah menyatakan,

Page 9: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

9

seluruh Semenanjung Tanah Arab, Farsi, Sham dan Mesir menjadi wilayah kerajaan

Islam pada masa pemerintahannya. Dikatakan tidak terdapat sebuah desa pun yang

tidak didirikan masjid dan surau sebagai tempat ibadat di samping menjadi pusat

pelajaran dan pendidikan Islam. Beliau memberi penekanan yang serious terhadap

ilmu pengetahuan yang bersifat spiritual atau rohani kepada seluruh rakyat, di samping

menekankan ilmu pengetahuan yang berbentuk fizikal atau jasmani seperti berenang,

menunggang kuda memanah, matematik dan kemahiran berfikir (mantik). Galakan

tersebut dapat dilihat melalui perutusannya kepada gabenor-gabenor wilayah,

anataranya dengan menyebut: Ajarlah anak-anak kamu berenang, menunggang kuda

dan riwayat-riwayat yang baik dan syair-syair yang indah.

Begitu juga berlaku pada masa khalifah Uthman Ibn Affan, beliau menegaskan

mengenai pembukuan al-Quran dan penulisanNya, beliau telah melantik sahabat-

sahabat untuk menulis dan membukukan al-Quran. Dengan usaha beliau itu, dapat

menyelamatkan pembacaan al-Quran mengikut Rasm Uthmani.

Pendidikan pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin terbahagi kepada dua peringkat

pendidikan.Peringkat tersebut ialah peringkat formal dan tidak formal.Pendidikan formal

terbahagi kepada kuliah,pendidikan menengah rendah dan menengah tinggi.Antara

kurikulum yang ada dalam pendidikan formal ini adalah membaca,menulis,membaca al-

Qur’an,hafazan,fardu ain,sastera,sukan,tafsir,hadith dan fiqh.

Pendidikan tidak formal pula dilaksanakan di tempat awam,rumah para sahabat dan di

masjid.Kurikulum yang diajarkan adalah pendidikan aqidah,akhlak dan syariah.Inilah

peringkat pendidikan yang ada pada zaman khulafa’ al-Rasyidin.

Page 10: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

10

Adapun pusat-pusat pendidikan pada masa Khulafa al-Rasyidin antara lain:

Makkah

Madinah

Basrah

Kuffah

Damsyik (Syam)

Mesir

Sistem pendidikan islam pada zaman khulafa al-Rasyidin dilakukan secara sendiri,tidak diurus oleh pemerintah, kecuali pada zaman Khalifah Umar bin al-khattab yang turut terlibat dalam sistem perlembagaan khuttab

Perkara pendidikan islam yang diajarkan pada zaman khalifah Al-Rasyidin sebelum masa Umar bin Khattab, untuk pendidikan asas:

Membaca dan menulis

Membaca dan menghafal Al-Qur’an

Asas-asas agama islam seperti wudhu’,solat,puasa dan lain-lain

Namun apabila Saidina Umar bin Khattab dilantik menjadi khalifah, ia mengarahkan kepada penduduk kota agar anak-anak diajarkan:

Berenang

Menunggang unta

Memanah

Membaca dan menghafal syair-syair yang mudah dan peribahasa.

Sedangkan kurikulum pendidikan pada tingkat menengah dan tinggi terdiri dari:

Al-qur’an dan tafsirnya

Hadits dan pengumpulannya

Fiqh (tasyri’)

Page 11: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

11

Zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq

Saidina Abu Bakar As-Siddiq merupakan khalifah pertama dalam Khulafa’ al-

Rasyidin.Beliau dilantik menjadi khalifah selepas kewafatan Nabi Muhammad

S.A.W.Saidina Abu Bakar juga merupakan ayah kepada Saidatina Aishah iaitu isteri

Nabi Muhammad.

Pola pendidikan pada zaman Abu Bakar masih lagi sama seperti pada zaman

Rasulullah.Tidak terdapat banyak perubahan kerana tempoh masa yang hampir dengan

zaman Rasulullah.

. Dari segi perkara pendidikan Islam terdiri dari pendidikan tauhid atau keimanan,

akhlak, ibadah, kesihatan, dan lain-lain. Menurut Ahmad Syalabi tempat untuk belajar

membaca menulis ini disebut dengan Kuttab. Kuttab merupakan lembaga pendidikan

yang dibentuk setelah masjid, seterusnya Asama Hasan Fahmi mengatakan

bahwa Kuttab didirikan oleh orang-orang Arab pada masa Abu Bakar dan pusat

pembelajaran pada masa ini adalah Madinah, sedangkan yang bertindak sebagai

tenaga pendidik adalah para sahabat rasul.(Shamsul Nizar,2008)

Sistem pendidikan islam pada zaman Abu Bakar terbahagi kepada empat peringkat

(Ahmad Mohd Salleh,2008)

Page 12: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

12

Peringkat pertama

Pengumpulan al-Qur’an.

Pada zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar,terdapat golongan al-Riddah,iaitu

golongan yang murtad,mengaku sebagai nabi dan enggan membayar zakat.

Saidina Abu Bakar berjuang untuk menghapuskan golongan ini dan mengerahkan

tentera yang antaranya terdiri daripada para sahabat untuk memerangi golongan ini.

Namun ia telah mengorbankan nyawa ramai para huffaz dan qari al-Qur’an.Kesyahidan

para huffaz ini telah membimbangkan Umar yang telah memberi cadangan supaya al-

Qur’an dikumpulkan.

Walau pada mulanya Abu Bakar tidak besetuju,namun akhirnya Abu Bakar bersetuju

dan mengarahkan Zaid Bin Tsabit untuk bertanggungjawab mengumpulkan al-Qur’an

dengan syarat-syarat tertentu.

Penyebaran Hadith

Masjid Nabawi digunakan untuk mendidik dan menyampaikan ajaran-ajaran islam

seperti al-Qur’an dan Hadith kepada orang-orang islam pada zaman tersebut.

Antara tokoh hadith ialah Saidatina Aisyah,Abu Hurairah,Abdullah bin Umar dan ramai

lagi.

Page 13: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

13

Terdapat ramai yang datang ke Madinah untuk menuntut ilmu terutama dalam bidang

hadith.

Peranan Institusi Masjid

Pada zaman ini,institusi masjid memainkan peranan yang penting dalam pendidikan.

Masjid merupakan pusat kepada semua aktiviti termasuklah

pentadbiran,pendidikan,dan juga kegiatan dakwah dan berperanan besar pada zaman

Abu Bakar.

Malah Saidina Abu Bakar sendiri yang kerap kali datang melawat dan meimarahkan

masjid serta menyampaikan ajaran islam.

Baginda juga turut menghantar guru seperti Zaid dan Abdullah bin Saad untuk

mengajar al-Qur’an dan hadith di masjid sekitar Madinah.

Gerakan Dakwah

Gerakan dakwah dijalankan secara giat pada zaman Abu Bakar untuk memantapkan

Akidah umat islam.

Sebelum orang bukan islam diperangi,mereka diberi pilihan untuk memilih 3 perkara

iaitu

Page 14: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

14

1.Memeluk Islam

2.Membayar jizyah unutk mendapat perlindungan

3.Perang apabila dicabar

Satu utusan telah di hantar ke Damsyiq(Syam) bersama 7500 orang tentera.

Utusan –utusan lain ialah ke Palestin, diketuai oleh Amr bin al-As, Syurahbil bin

Hasanah ke Jordan menerusi Perang Tabuk dan Abu Ubaydah bin al-Jarrah ke Hims.

Sebelum berperang,Saidina Abu Bakar sendiri memberi tazkirah dan menasihati

mereka supaya bertaqwa dan berjihad di jalan Allah.

Page 15: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

15

Zaman Khalifah Umar al-Khattab

Khalifah Umar al-Khattab merupakan khalifah kedua dalam sistem pemerintahan

khulafa’ al-Rasyidin.Beliau menggantikan Saidina Abu Bakar.Khalifah Umar di gelar al-

Farouq yang bermaksud pemisah antara haq dan batil.

Nama penuhnya ialah Umar b. Al-Khattab b. Naufal b. Abdul Uzza b. Rabah b. Abdullah

b. Qarth b. Razah b. Adiy b. Kaab. Di lahirkan pada tahun 583 M daripada Bani Adi iaitu

salah satu bani dalam kabilah Quraish yang dipandang mulia, megah, dan

berkedudukan tinggi.

Berkaitan dengan masalah pendidikan, khalifah Umar bin Khattab merupakan seorang

pendidik yang melakukan penyuluhan pendidikan di kota Madinah, beliau juga

menerapkan pendidikan di masjid-masjid dan pasar-pasar serta mengangkat dan

mengutus guru-guru untuk tiap-tiap daerah yang ditakluki , mereka bertugas

mengajarkan isi Al-qur’an dan ajaran Islam lainnya. Adapun kaedah yang mereka pakai

adalah guru duduk di halaman masjid sedangkan murid mengelilinginya.

Khalifah Saidina Umar Al-Khatabb memiliki ketinggian ilmu yang tinggi dan amat sukar

ditandingi oleh generasi selepasnya,terutamanya dalam bidang ilmu fikh dan sejarah.

Selain itu,Kahlifah Umar Al-Khatabb juga dikatakan memiliki 9/10 ilmu pengetahuan.

Pelaksanaan pendidikan di masa Khalifah Umar bin Kattab lebih maju,di sebabkan oleh

semasa Umar memerintah, Negara berada dalam keadaan stabil dan aman, ini

disebabkan disamping telah ditetapkannya masjid sebagai pusat pendidikan juga telah

tertubuhnya pusat-pusat pendidikan Islam di pelbagai kota dengan perkara yang

dikembangkan, baik dari segi ilmu bahasa, menulis, dan pokok ilmu-ilmu lainnya.

(Samsul Nizar,2008)

Page 16: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

16

Pendidikan ditadbir di bawah pengaturan gabenor yang berkuasa ketika itu,serta diiringi

kemajuan di pelbagai bidang, seperti jabatan pos, polis, baitulmal dan sebagainya.

Manakala sumber gaji para pendidik waktu itu diambil dari daerah yang ditakluki dan

dari baitulmal.

Khalifah Umar juga merupakan seorang khalifah yang sangat sukakan ilmu.Beliau

sangat menggalakkan rakyatnya supaya menuntut ilmu dan memberi sokongan yang

kuat kepada umat islam.

Manakala khalifah Umar al-Khattab juga sangat memberi perhatian terhadap

perkembangan ilmu pengetahuan dan pendidikan Islam.

Menurut ahli-ahli sejarah seluruh Semenanjung Tanah Arab, Farsi, Sham dan Mesir

menjadi wilayah kerajaan Islam pada masa pemerintahannya. Telah dikhabarkan

bahawa,semasa zaman Khalifah Umar,semua desa yang ada telah didirikan masjid dan

surau dan tiada satu pun desa atau kampong yang tidak terdapat masjid.Masjid juga

bukan sahaja berperanan sebagai tempat ibadat akan tetapi sebagai pusat pelajaran

dan pendidikan.

Beliau memberi penekanan yang serious terhadap ilmu pengetahuan yang bersifat

spiritual atau rohani kepada seluruh rakyat, di samping menekankan ilmu pengetahuan

yang berbentuk fizikal atau jasmani seperti berenang, menunggang kuda memanah,

matematik dan kemahiran berfikir (mantik).

Galakan tersebut dapat dilihat melalui perutusannya kepada gabenor-gabenor wilayah,

anataranya dengan menyebut: Ajarlah anak-anak kamu berenang, menunggang kuda

dan riwayat-riwayat yang baik dan syair-syair yang indah.

Page 17: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

17

Zaman Khalifah Uthman bin Affan

Khalifah Uthman merupakan khalifah ketiga dalam Khulafa’ al-Rasyidin.Khalifah

Uthman menggantikan Khalifah Umar al-Khattab sebagai khalifah memimpin orang

Islam.Majlis Syura’ dan orang ramai yang telah memilih dan mempersetujui Khalifah

Uthman sebagai khalifah ke tiga.

Pelaksanaan pendidikan Islam tidak jauh berbeza dengan zaman sebelumnya.

Pendidikan pada masa ini hanya meneruskan apa yang telah wujud dalam sistem

pendidikan sebelum ini, namun sedikit perubahan yang telah berlaku untuk mecorak

dan menambahbaik pendidikan islam pada zaman tersebut.

Khalifah Uthman juga menjadikan sistem pendidikan pada zaman sebelumnya contoh

dalam membentuk dasar bagi pendidikan pada zaman beliau dan memantapkan

pentadbiran.yang sedia ada.

Pada zaman Khalifah Umar para sahabat yang berpengaruh dan rapat dengan

Rasulullah tidak dibenarkan untuk pergi meninggalkan kota Madinah.Namun pada

zaman Khalifah Uthman,mereka semua ini telah diberi kelonggaran dan dibenarkan

untuk pergi keluar ke daerah-daerah yang mereka sukai.

Idea bernas ini sangat memberi impak terhadap perkembangan pendidikan di daerah-

daerah terutama di daerah yang dipilih oleh para sahabat yang pergi berdakwah disana.

Page 18: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

18

Namun pada zaman Khalifah Uthman berlaku satu perkara yang agak

menyedihkan.Terdapat beberapa peristiwa di mana ada di antara orang islam pada

zaman tersebut yang berselisih faham tentang cara bacaan al-Qur’an.

Ada ketika dimana pergaduhan sesama orang islam hampir berlaku.Perkara ini berlaku

keran wilayah islam pada ketika dan saat itu telah bertambah luas dan banyak

penduduk dari wilayah yang bukan berketurunan arab memeluk islam.Masing-masing

membaca al-Qur’an mengikut sebutan bangsa mereka sendiri yang mengakibatkan

rasa tidak puas hati dan salah faham bangsa yang lain yang menganggap mereka

membaca al-Qur’an dengan salah.

Perkara ini jika dibiarkan akan boleh mengakibatkan pertumpahan darah sesame

muslim.Khalifah Uthman yang mengetahui berita ini melalui Huzaifah Ibnu Yaman telah

mengambil tindakan pantas.Khalifah Uthman mengarahkan al-Qur’an yang ada pada

Hafsah binti Umar (r.a.) di salin semula sebanyak 6 salinan.

Semua salinan ini di salin dalam bahasa arab Madinah.Salinan al-Qur’an ini dihantar

setiap satunya ke wilayah-wilayah islam.Al-Qur’an yang dikumpulkan pada zaman

Khalifah Uthman di panggil Mashaf Uthmani yang masih diguna pakai oleh umat islam

pada masa kini.

Khalifah Uthman memberi sumbangan yang besar dalam islam umumnya dan bidang

perkembangan pendidikan khasnya melalui idea beliau.Khalifah Uthman telah

memudahkan kita membaca al-Qur’an dan kita dapat membaca bacaan al-Qur’an yang

betul dan sohih.

Page 19: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

19

Zaman Khalifah Ali bin Abi Talib

Khalifah Ali bin Talib merupakan khalifah yang keempat dari khulafa’ al-Rasyidin yakni

khalifah yang terakhir dalam Khulafa’ al-Rasyidin.Saidina Ali menggantikan Khalifah

Uthman sebagai khalifah selepas Khalifah Uthman wafat dibunuh.Khalifah Ali dilantik

menjadi khalifah melalui sistem bai’ah

Saidina Ali telah dibesarkan dan diasuh oleh Nabi Muhammad di rumahnya sendiri

sejak Saidina Ali kecil lagi. Nabi Muhammad mengambil Saidina Ali untuk dibela demi

membantu bapa saudaranya, Abu Talib yang mempunyai ramai anak tetapi miskin.

Namun pada zaman Saidina Ali telah terjadi begitu banyak kekacaun dan

pemberontakan malah sehingga mengakibatkan berlakunya pertumpahan darah dalam

kalangan orang islam.Ini berlakunya disebabkan masuk nya orang-orang Yahudi yang

membuat fitnah dan meracuni fikiran orang islam pada ketika itu.

Dengan masalah dah kekecohan yang berlaku pada ketika itu,maka kegiatan

pendidikan islam menjadi sedikit hambar dan menghadapi cabaran dan gangguan yang

berat dalam proses perkembangannya.

Ini kerana Saidina Ali tidak sempat untuk memikirkan masalah tentang pendidikan

disebabkan memberi perhatian terhadap masalah yang berlaku pada zaman

pemerintahan Saidina Ali.Oleh kerana pemerintahannya tidak stabil Saidina Ali terlebih

dahulu mengutamakan untuk mengembalikan keamanan dan kedamaian bagi seluruh

masyarakat islam.

Page 20: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

20

Tapi,walaupun begitu tetap juga berlaku sedikit perkembangan pendidikan pada zaman

Saidina Ali.Ini kerana terdapat golongan seperti Khawarij,Rawafidh,Syiah,Nasihibin dan

Ahli Sunnah yang menjadikan beliau sebagai pokok persolan dan perbahasan.

Selain itu juga Saidina Ali merupakan seorang khalifah yang amat mementingkan ilmu

pengetahuan.beliau amat menggalakkan umat islam agar sentiasa menuntut ilmu.

Khalifah Ali dianggap sebagai orang yang paling berilmu pengetahuan dikalangan para

sahabat.Malah pengetahuan Khalifah Saidina Ali tentang soalan berkaitan hukum

hakam amat sukar ditandingi.

Sebab itulah beliau pernah dilantik oleh Nabi Muhammad untuk menjadi kadi, penulis

wahyu dan setiausaha Baginda.Rasulullah pernah bersabda bahawa Saidina Ali adalah

‘pintu gerbang ilmu’.

Saidina Ali juga dianggap sebagai pengasas ilmu nahu. Beliau mengarahkan agar

tatabahasa Arab dibukukan.Dorongan utamanya menyebabkan ada usaha

membukukan ilmu tatabahasa Arab bertujuan untuk mempertahankan dan memelihara

bahasa Arab. Ia dibukukan untuk menolong orang bukan Arab yang telah memeluk

Islam mempelajarinya.

Beliau meneruskan aktiviti dan subjek pendidikan yang sedia ada sebelum ini dan

beliau juga telah membuat tindakan untuk memajukan pendidikan pada zaman

pemerintahan beliau.

Page 21: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

21

KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEBELUM MERDEKA

PENDAHULUAN

Penjajah barat menguasai sepenuhnya sistem pendidikan di Tanah Melayu sebelum

T.Corak pendidikan yang ada pada ketika itu berjalan seperti biasa dengan pengajaran

al-quran, tingkah laku, dan akhlak yang baik, pengetahuan kerohanian dan seni

mempertahankan diri. Ini termasuklah pelajaran awal dalam bidang kraftangan serta

perintis dalam bidang pertanian, perikanan dan perburuan.anah Melayu mencapai

kemerdekaan.Mereka yakni penjajah barat mengatur sistem pendidikan Tanah Melayu

mengikut kepentingan mereka sendiri.Mereka juga tidak menggalakkan kaum

Bumiputera menimba ilmu ke tahap yang lebih tinggi kerana takut mereka yang

mempunyai ilmu dalam kalangan bumiputera ini akan bangkit melawan mereka dan

menuntut kemerdekaan.

Pendidikan Islam

Sistem pendidikan islam di Malaysia bermula kira-kira 6 abad yang lalu selaras dengan

kedatangan Islam di kepulauan Melayu.Bermulanya pendidikan islam ini di masjid,surau

dan pondok.

Pendidikan Islam yang ada pada zaman sebelum merdeka adalah pendidikan yang

berbentuk tidak atau bukan formal.Pendidikan islam ini berkembang selari dengan

pengembangan agama islam di negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu dan

kepulauan Melayu pada abad ke 14.

Pedagang Arab dan India yang beragama Islam datang ke kawasan Asia Tenggara. Di

waktu itu wujudnya institusi pendidikan yang dinamakan ‘sekolah pondok’. Sekolah

pondok ini dibangunkan dan dimajukan bersama secara gotong royong di kalangan

masyarakat setempat.

Page 22: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

22

Institusi pondok telah menempuh zaman kegemilangannya awal abad ke 20(1906-

1945) setelah hampir setengah abad.Pondok memainkan peranan penting dalam

pendidikan zaman tersebut.

Pada abad ke 18 dan 19 di Terengganu, Kelantan dan Kedah yang paling banyak

sekolah pondok. Ramainya tokoh-tokoh agama muncul menyebarkan agama Islam di

Semenanjung Tanah Melayu. Sekolah pondok juga merebak di Semenanjung Tanah

Melayu termasuk Singapura.

Sekolah pondok ini juga ditubuhkan dan dikendalikan oleh ulama-ulama Islam yang

terkenal. Pelajar-pelajar menuntut di madrasah agama dan tinggal di pondok yang di

bina di sekelilingnya.

Menurut satu kajian yang dibuat oleh Dr. Haron Din dan Dr. Sobri Solomon pada tahun

1988,menyatakan bahawa Institusi Pendidikan Islam di Tanah Melayu telah melalui

empat tahap iaitu

1.Institusi rumah imam atau tok guru

2.Institusi pondok

3.Institusi madrasah

4.Sistem sekular

Istitusi rumah imam atau tok guru

Proses pengajaran ini berlangsung dirumah orang yang mempunyai ilmu pengetahuan

dan berkemampuan untuk mangajarkan ilmu kepada orang lain.

Page 23: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

23

Antara kurikulum yang diajarkan ialah perkara-perkara asas seperti membaca al-

Qur’an,perkara asas fardhu ain,jawi dan doa-doa. Masyarakat Melayu pada masa itu

turut memberi perhatian terhadap 3 perkara ini iaitu :

1) Mempelajari kitab-kitab usul ( zat, sifat, kekayaan dan kemulian Allah )

2) Mempelajari kitab-kitab feqah (hukum-hukum Islam, solat, puasa, haji )

3) Mempelajari pelbagai ilmu dan hikayat-hikayat yang mendatangkan pengajaran

dan menambahkan ilmu pengetahuan.

Waktu pembelajaran biasanya diadakan selepas solat subuh dirumah imam atau tok

guru tersebut.Selain waktu subuh,pengajaran juga berlangsung pada waktu zohor dan

waktu solat maghrib.Kebanyakan pelajar yang belajar disitu berumur 6-10 tahun

Institusi pondok

Seperti mana yang telah diterangkan diatas sistem pendidikan pondok memainkan

peranan yang penting dalam proses perkembangan pendidikan pada zaman dahulu.

Pondok bermula oleh kerana terlalu ramai pelajar yang menyertai dan menghadiri

rumah imam atau tok guru.ini menyebabkan pengajaran terpaksa dialih ke

masjid.Namun ada juga pelajar yang datang dari jauh dan tiada tempat untuk

tinggal.Lalu timbullah idea untuk menubuhkan sekolah pondok.

Page 24: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

24

Sistem Pendidikan Islam dari Mesir, Madinah serta negara-negara Arab lainnya

dijadikan model dalam sistem Pendidikan Islam di Tanah Melayu. Pelajar-pelajar yang

tamat pengajiannya melalui sistem pondok telah melanjutkan pelajarannya ke negara-

negara Timur Tengah dan apabila balik menubuhkan pondok-pondok dan kemudiannya

menjadi sebagai sekolah Agama Arab atau Madrasah.

Terdapat juga yang masih meneruskan sistem pondok dan enggan menukar namanya

sebagai Sekolah Agama Arab . Contohnya Pengajian Pondok di Masjid al-Muhammadi,

di Kota Baharu telah berkembang menjadi Ma’ahad al-Muhamadi (1915), Maahad

Mahmud di Kedah asalnya Madrasah Al-Hamidiah (1936), Sekolah Menengah Agama

Arab Sungai Bakap, yang dahulunya Sekolah Pondok.

Antara kurikulum yang ada adalah Ilmu agama,Tata bahasa Arab,Fiqh,Tafsir,Mantiq,

Balaghah,Hadith.Tempoh masa belajar tidak terhad.Ia mengikut minat dan kemahuan

para pelajar.Umur para pelajar juga tidak ditetapkan tetapi pada kebiasaannya 10-15

tahun.

Institut Madrasah

Sistem Pendidikan Madrasah mulai diperkenalkan bagi menyaingi sekolah-sekolah

sekular. Kewujudannya mengekalkan ‘keislaman’ orang-orang Melayu terutamanya

pada waktu orang Melayu menyerah dari segala segi kepada pemerintahan Inggeris.

Page 25: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

25

Kebanyakkan golongan yang mengasaskan Madrasah terdiri daripada Kaum Muda

yang mendapat pendidikan di Mesir. Kalau diperhatikan terdapat perbezaan yang nyata

sistem pendidikan Madarasah dengan sistem pendidikan pondok terutama dari segi

sistem pembelajaran yang teratur.

Kurikulum yang ada dan dipelajari di madrasah adalah bahasa arab,matematik,geografi

dan kemahiran hidup.Pengajian di madrasah memiliki jadual waktu yang tetap.Para

pelajar juga terdiri daripada pelbagai peringkat umur.

Sistem Sekular

Pendidikan Islam di zaman penjajah di bawah kelolaan dan dibiayai oleh Majlis atau

Jabatan Agama Islam negeri masing-masing.Sementara itu,pihak penjajah

memperkenalkan pendidikan sekular yang mengakibatkan berlakunya penghakisan

secara langsung terhadap Pendidikan Islam.

Penghakisan Pendidikan Islam oleh penjajah khususnya di Tanah Melayu di buat

secara halus melalui pengenalan Pendidikan Sekular bermula sejak tahun 1816

dengan penubuhan Penang Free School. Kewujudan Sekolah Inggeris kurang

dirasakan oleh orang-orang Islam kerana Pendidikan Madrasah atau Sekolah Arab

masih kuat pengaruhnya.

Sekolah Inggeris yang ditadbirkan oleh mubaligh Kristian. Sekolah Melayu diproduk

oleh British berpandukan kepada Sistem Grama yang telah diubahsuai. Sekolah

Melayu yang ditaja oleh missionary bermatlamatkan sekular menghasilkan petani dan

nelayan yang boleh mengenal angka dan huruf.

Page 26: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

26

PENDIDIKAN ISLAM ZAMAN SELEPAS MERDEKA

Selepas merdeka kerajaan Tanah Melayu telah merancang untuk membina kembali

corak pendidikan Negara yang telah diruntuhkan oleh penjajah. Maka Resolusi

Pendidikan telah dibentuk. Hasilnya penubuhan satu Sistem Pendidikan Kebangsaan,

yang kemudian lahirlah pelbagai bentuk Laporan, Penyata, Ordinan, Akta dan

Jawatankuasa Pelajaran untuk memenuhi tujuan tersebut. Implikasi dari itu lahirlah

Pendidikan Islam dalam Dasar Pendidikan Negara.

Selama 400 tahun,pendidikan islam telah berjalan dan diteruskan semasa zaman

penjajah.Dan akhirnya wujud dan terhasillah Penyata Razak (1956) dan Penyata

Rahman Talib (1960).Dalam kedua-dua penyata tersebut,Pendidikan Islam telah

dibincangkan untuk diletakkan di dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. Akta Pelajaran

(1961), telah memasukkan mata pelajaran Agama Islam di dalam jadual

waktu.Peruntukan masa pada mulanya adalah sebanyak 120 minit seminggu.

Jawatankuasa khas telah dibentuk bagi menyusun dan melaksanakan Dasar Pelajaran

Kebangsaan pada bulan Ogos 1955. Dasar ini bertujuan menyatu padukan kaum-

kaum di Tanah Melayu di samping menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa

Kebangsaan serta mengkaji semula sistem pelajaran, termasuk Undang-undang

Pelajaran Tahun 1952 . Jawatankuasa Khas ini di pengerusikan oleh Datuk Abd.Razak

Hussin yang terkenal dengan Laporan / Penyata Razak pada tahun 1957 .

Dengan penguatkuasaan penyata tersebut lahirlah satu institusi baru yang beraliran

kebangsaan terkenal sebagai ‘ Sekolah Menengah Kebangsaan’. Institusi ini juga tidak

ketinggalan memberi peruntukan bagi mendaulatkan pelajaran Agama Islam. Dalam

konteks ini Jawatankuasa Pelajaran 1956 telah membuat cadangan seperti berikut ;

“ Kami cadangkan di dalam barang mana sekolah jika muridnya tidak kurang daripada 15 orang yang berugama Islam, pelajaran agama yang diberikan kepada mereka itu hendaklah dengan belanja kerajaan. Pelajaran dalam agama lain kepada murid-murid

Page 27: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

27

lain bolehlah juga diberi asalkan belanjanya tiada terbeban kepada kerajaan dan lagi tiada boleh barang siapa murid dikehendakki menghadiri pelajaran agama dengan tiada kebenaran ibubapanya.”

Dalam seksyen 49 Ordinan Pelajaran 1957 itu juga dinyatakan secara terperinci

kedudukan agama Islam di sekolah-sekolah :

i Di mana dalam sebuah sekolah bantuan kerajaan, didapati 15 orang

murid atau lebih yang beragama Islam, murid-murid itu hendaklah diajar

Agama Islam

ii Pelajaran Agama Islam hendaklah diajar sekurang-kurangnya dua jam

seminggu dalam waktu pengajaran am sekolah-sekolah

iii Guru-guru Agama yang mengajar Agama Islam hendaklah terdiri daripada

mereka yang dibenarkan oleh pihak berkuasa negeri

iv Lembaga Pengurus atau Pengelola Sekolah hendaklah membuat

persediaan yang sepatutnya bagi mengadakan pelajaran Agama Islam

dengan syarat Lembaga Pengurus atau Pengelola dua buah sekolah atau

lebih boleh membuat persediaan-persediaan bersama bagi pengajaran

tersebut kepada murid-murid yang beragama Islam dalam sekolah-

sekolah mereka

Matapelajaran Pengetahuan Agama Islam dicadangkan supaya dimasukkan kedalam

senarai matapelajaran untuk Sijil Rendah Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu .

Peruntukan khas tentang pelajaran agama Islam dalam Laporan tersebut merupakan

suatu langkah baru yang praktikal bagi menyusuli peruntukan khas tentang agama

Islam dalam Perlembagaan Persekuatuan Tanah Melayu. Dalam bahagian satu,

perkara 3 (1) perlembagaan tersebut ada menyebut :

Page 28: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

28

“ Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman damai di mana-mana bahagian Persekutuan.”

Dari segi kenyataan Ordinan Pelajaran 1957 memperkukuhkan kedudukan pelajaran

Agama Islam di sekolah bantuan kerajaan tetapi dari segi perlaksanaannya, Seksyen

49 itu menghadapi kesulitan. Oleh itu perlaksanaannya tidak dapat berjalan dengan

licin.

Walaupun secara tidak teratur pengajaran Agama Islam diperingkat sekolah rendah dan

menengah menurut syor penyata Razak, terdapat sedikit perubahan dan diberikan

perhatian oleh kerajaan.

Menurut Akta 1961 Seksyen 36 yang dikekal dan diguna pakai dalam Akta 1996 :

Guru Agama yang telah mendapat kebenaran layak dan bertanggungjawab mengajar

Agama Islam.Namun bilangan yang beragama Islam harus berjumlah 15 orang murid

atau lebih. Tempoh masa minimum yang diperuntukkan untuk mengajar matapelajaran

tersebut ialah dua jam seminggu. Mata pelajaran tersebut biasanya diajar pada waktu

persekolahan. Pengajaran pada waktu yang lain hanya akan dibenarkan dengan

mendapatkan kelulusan daripada Menteri Pelajaran.

Menurut seksyen 50 (1), pengajaran Agama Islam oleh guru yang diluluskan oleh

pihak berkuasa negeri akan dijalankan apabila terdapat 5 orang murid atau lebih yang

menganut Agama Islam.

Pengajaran dilakukan sekurang-kurangnya selama dua jam seminggu pada waktu

pengajaran biasa atau waktu lain yang ditetapkan oleh Menteri Pendidikan dalam hal

atau keadaan tertentu [ seksyen 50(2) ].

Page 29: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

29

Seksyen 51 pula menyatakan bahawa pengelola bagi sesebuah institusi pendidikan

bantuan kerajaan boleh mengadakan pengajaran agama selain Agama Islam tertakluk

kepada syarat aktiviti pengajaran tersebut tidak boleh dibiayai dengan wang yang

diperuntukkan oleh Parlimen [seksyen 51(a)]. Selain itu, mengikut [seksyen 51(b)]

tiada murid yang boleh mengikuti pengajaran agama selain agama yang dianutinya

kecuali dengan kebenaran bertulis ibubapanya.

Hasil daripada Pendidikan Islam (Pengetahuan Agama Islam) dalam dasar pendidikan

negara telah mewujudkan satu golongan pelajar yang kemudiannya mendesak supaya

matapelajaran agama ditambah dan diajar di maktab-maktab perguruan. Pelajaran

Agama Islam / Tamadun Islam juga perlu diajar di pusat-pusat pengajian tinggi.

Universiti Islam hendaklah diwujudkan dan mata pelajaran Agama Islam wajib diambil

dalam peperiksaan awam

Jika Akhir tahun 1980 an merupakan tahun-tahun reformasi dan penjelmaan kembali

Pendidikan Islam dalam sistem Pendidikan Negara. Falsafah Pendidikan Negara

dengan berani telah menjadikan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan sebagai

teras dan dasar penjurusan segala aktiviti pendidikan. Malah tidak keterlaluan

dikatakan Falasah Pendidikan Negara telah mendukung cita-cita dan hasrat falsafah

Pendidikann Islam. Bertolak dari Falsafah Pendidikan Negara, keseluruhan struktur

kurikulum Pendidikan Kebangsaan telah diubah suai agar setiap mata pelajaran sama-

sama mendokong cita-cita FPN dengan menerapkan nilai-nilai murni sejagat ( yang

mana keseluruhan nilai-nilai tersebut adalah nilai atau ajaran Islam). Malah dari segi

pendekatan pengajarannya, terdapat beberapa matapelajaran (Sains dan Geografi

umpamanya) telah diterapkan dengan Akidah dan Syariat Islamiah )

Page 30: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

30

Satu kajian yang dibuat oleh Lembaga Penasihat Penyelarasan Pembelajaran dan

Pendidikan Islam (LEPAI), melaporkan bahawa pada keseluruhannya Sekolah Agama

di negara ini terletak di bawah tanggungjawab pihak–pihak berkuasa yang berlainan.

Dari segi pentadbiran, Sekolah Agama di Malaysia selepas merdeka terbahagi kepada

tiga jenis iaitu :

Sekolah Agama Kementerian Pendidikan (SMKA)

Sekolah Agama Kerajaan Negeri (SAN)

Sekolah Agama Rakyat (SAR)

SMKA, terletak di bawah pengawasan Kementerian Pendidikan.SAN terletak di bawah

penguasaan dan kelolaan Majlis atau Jabatan Agama Islam Negeri manakala SAR

dikendalikan oleh rakyat dari segi pentadbiran, kewangan, pengurusan, sukatan

pelajaran dan lain-lain.

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kementerian Pendidikan (SMKA)

SMKA terletak di bawah pengawasan dan kelolaan.Kementerian Pendidikan. Sekolah-

sekolah ini hanya bermula di peringkat menengah sahaja iaitu mulai dari tingkatan

satu. Semua urusan dan keperluan SMKA ditadbirkan mengikut susunan tertentu

melalui Pejabat Pendidikan dari peringkat daerah hingga ke peringkat negeri dan

pusat.

Keputusan-keputusan utama dan dasar-dasar dibuat oleh kementerian. Di samping itu

terdapat pegawai-pegawai yang terlatih dan berpengalaman dalam bidang-bidang

tertentu telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan sekolah-sekolah ini.

Manankala pengetua sekolah-sekolah tersebut juga diberi latihan bukan sahaja dalam

bidang pengajaran dan pembelajaran tetapi juga dalam bidang pentadbiran dan

pengurusan.

Page 31: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

31

Sekolah Agama Kerajaan Negeri (SAN)

SAN terletak di bawah pengawasan dan kelolaan Majlis atau Jabatan Agama Islam

Negeri. Ada juga di bawah kelolaan badan-badan tertentu seperti Lembaga

Pendidikan Islam Melaka dan Yayasan Islam Kelantan Sekolah-sekolah ini ditadbir

oleh Kerajaan Negeri . Oleh yang demikian terdapat perbezaan di antara sekolah-

sekolah tersebut . Sejak tahun 1963 SAN telah menerima Sukatan Pelajaran

Kementerian Pendidikan dengan mengadakan peperiksaan SRP (1963) dan SPM

(1965), dan seterusnya Tingkatan Enam Aliran Agama (1968) untuk memasukki Fakulti

Pengajian Islam di UKM

Sekolah Agama Rakyat (SAR)

SAR dikendalikan oleh rakyat dari segi pentadbiran, kewangan, pengurusan, sukatan

pelajaran dan lain-lain. Pentadbirannya di bawah kelolaan Lembaga atau

Jawatankuasa sekolah masing-masing . Tidak ada sebuah badan berkuasa yang

mewakili kerajaan menjalankan peranan sebagai penentu dan mengawal perjalanan

sekolah-sekolah tersebut. SAR tertakluk kepada undang-undang pentadbiran Agama

Islam Majlis atau Jabatan Agama Islam Negeri. Oleh itu SAR digalakkan supaya

mendaftar dengan Majlis atau Jabatan Agma Islam Negeri . Pendaftaran ini bertujuan

memudahkan pihak kerajaan ( negeri dan pusat) menyalurkan apa-apa bantuan dan

nasihat. Walau bagaimanapun ada beberapa buah negeri yang menyerapkan

kurikulum pelajran agama dari negeri lain. Ini dilakukan kerana sijil yang dikeluarkan

oleh sekolah berkenaan telah diiktiraf oleh beberapa buah institusi pengajian agama

dari dalam dan luar negeri

Page 32: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

32

Hubungkait antara kurikulum pendidikan pada zaman Rasulullah,Khulafa’ al-Rasyidin

dengan kurikulum pendidikan islam di Malaysia zaman sebelum dan selepas merdeka.

Setelah dikaji dan diteliti serta diperhati,dapat dinyatakan disini bahawa terdapat

hubung kait diantara kurikulum pendidikan islam zaman Rasulullah,Khulafa’ al-Rasyidin

dengan kurikulum pendidikan islam di Malaysia zaman sebelum dan selepas merdeka.

Pertama,perkara yang diajar itu tidak berubah.Apa yang diajar oleh Nabi Muhammad

dan para sahabat pada zaman Baginda,begitu juga lah dengan apa yang diajar pada

zaman sebelum dan selepas merdeka di Malaysia.Ini kerana Islam mestilah

berpandukan apa yang Allah wahyukan kepada Nabi Muhammad.Maka apa yang

diajarkan dan dibawa oleh Rasulullah,dari semua aspek dan bidang seperti bidang

akidah,ibadat akhlak dan semua bidang dalam islam yang lain kekal sepanjang

zaman.Oleh itu kurikulum pendidikan pada zaman Rasulullah,Khulafa’ al-Rasyidin

dengan kurikulum pendidikan islam di Malaysia zaman sebelum dan selepas merdeka

adalah sama.

Seterusnya,pada zaman Rasulullah,proses pengajaran diadakan dirumah atau

masjid.Dan pada masa Khulafa’ al-Rasyidin pula terdapat khuttab yang menjadi tempat

pengajian.Begitu juga pada zaman sebelum merdeka dimana terdapat pengajian yang

dijalankan di rumah imam atau tok guru selain ada di masjid,pondok ataupun

madrasah.Manakala selepas merdeka pula proses pengajaran tertumpu di

sekolah.Kaitannya disini adalah pada pada zaman Rasulullah,Khulafa’ al-Rasyidin

dengan kurikulum pendidikan islam di Malaysia zaman sebelum dan selepas

merdeka,berlakunya proses pengajaran itu di satu tempat atau institusi walaupun hanya

dirumah.

Pada zaman Rasulullah,antara kaedah pengajaran yang digunakan adalah talaqqi

musyafahah.Begitu juga dalam kurikulum zaman sebelum dan selepas merdeka turut

terdapat kaedah talaqqi musyafahah dalam pengajaran.

Page 33: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

33

2.ANALISIS SUKATAN PELAJARAN DAN HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

Sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran merupakan dokumen rasmi yang

penting bagi seseorang guru Pendidikan Islam. Analisis sukatan pelajaran dan huraian

sukatan pelajaran merupakan satu dokumen yang tidak dapat dipisahkan dalam

pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran seseorang guru. Para pelajar akan dapat

menguasai dan mengaplikasikan aspek-aspek penting dalam organisasi kandungan

Pendidikan Islam KBSR.

Pendidikan Islam sekolah rendah ini merupakan satu subjek wajib yang perlu dipelajari

oleh setiap murid tahun satu hingga tahun enam.Pendidikan Islam sekolah rendah telah

menetapkan untuk memberi penekanan kepada kemahiran-kemahiran asas yang perlu

dikuasai oleh individu Muslim merangkumi aspek

keimanan,kemanusiaan,kemasyarakatan dan kenegaraan.Dan didalam pendidikan

islam pendidikan rendah ini terdapat beberapa dokumen seperti kutan pelajaran dan

huraian sukatan pelajaran yang akan kita bincangkan selepas ini dan disamping buku

teks dan buku panduan guru.

Tumpuan Khusus mata pelajaran Pendidikan Islam:

i. Pendidikan Asas Tilawah al-Quran

ii. Pembentukan Aqidah dan Bimbingan Asas Fardu Ain

iii. Pemupukan amalan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah yang dituntut oleh syariat

iv. Penerapan Adab yang berteraskan Akhlak Islamiah ke dalam diri murid.

Page 34: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

34

Keempat-empat bidang ini hendaklah disampaikan dengan berkesan. Pendidikan Islam

ini dapat menyumbang ke arah pembentukan muslim mukmin yang berilmu, beriman,

beradab, berakhlak mulia, berketrampilan, bertanggungjawab, beramal salih dan

bertakwa

Matlamat pendidikan islam

Matlamat pendidikan islam adalah untuk menghasilkan muslim yang berilmu, beriman,

berketrampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-

Sunnah supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertaqwa dan menyumbang ke

arah mempertingkat tamadun bangsa dan negara.

Objektif pendidikan islam

Setelah mengikuti kurikulum Pendidikan Islam sekolah rendah, murid dapat :

1. Membaca surah-surah terpilih dari juzu’ Amma dengan betul dan fasih bagi

memupuk minat membaca al-Quran dan menjadi amalan harian.

2. Menghafaz ayat lazim yang terpilih untuk bacaan dalam solat dan ibadat harian.

3. Memahami maksud beberapa surah yang dipelajari dan menghayati

pengajarannya kearah meyakini al-Quran sebagai rujukan petunjuk Allah.

4. Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan

benteng keagamaan.

Page 35: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

35

5. Mengamalkan ibadat-ibadat asas dalam fardu ain serta memahami fardu kifayah

sebagai tuntutan kewajipan umat Islam.

6. Memahami dan mengambil iktibar daripada sirah Rasulullah SAW sebagai asas

perkembangan tamadun manusia.

7. Mengamalkan adab dan menghayati nilai-nilai akhlak dalam kehidupan

seharian.

8. Membaca dan menulis jawi sebagai kecintaan terhadap warisan budaya

bangsa.

Organisasi Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah

Dibahagikan kepada empat bidang iaitu

• Bidang Asuhan Tilawah al-Quran

• Bidang Pelajaran Jawi

• Bidang Asas Ulum Syariyah

• Bidang Asas Akhlak Islamiah

Bil. BIDANG OBJEKTIF TUMPUAN

1 Asuhan TilawahAl-Quran

1. Membaca Surah–surah terpilih daripada juzuk Amma dengan betul dan fasih bagi memupuk minat membaca Al-Quran.

1. Membaca ayat-ayat al-Quraan dengan Betul dan fasih.

2. Menghafaz ayat-

Page 36: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

36

Bil. BIDANG OBJEKTIF TUMPUAN

2. Menghafaz ayat-ayat lazim yang terpilih untuk bacaan dalam solat dan ibadah harian.

3. Memahami maksud beberapa surah yang dipelajari ddengan menghayati beberapa surah sebagai rujukan petunjuk Allah.

ayat tertentu dengan betul dan fasih

3. Memahami pengertian surah-surah tertentu daripada Juzuk Amma (Juzuk 30 ) dan menghayati pengajarannya.

2 Asas Ulum As-Syariah

1. Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan benting keagmaan

2. Mengamalkan ibadah-ibadah asas Fardu Ain s erta memahami Fardu Kifayah sebagai tuntutan kewajipan umat Islam

3. Memahami dan mengambil Iktibar dengan sirah Rasulullah S.A.W. sebagai asas perkembangan tamadun manusia,

1. Penekanan akidah,pembentukan sikap dan tanggungjawab terhadap Allah

2. Pengetahuan mengenai peraturan ibadah yang ditentukan oleh Allah Taala dan melaksanakannya

3. Percontohan dan pengambilan iktibar dari Sirah Rasulullah S. A..W

4. Implikasi Akidah,Ibadah dan Sirah dari segi tanggungjawab terhadap diri, keluarga,masyarakat dan Negara.

3. Asas Akhlak Islamiah

Mengamal adab dan menghayati nilai-nilai

1. Kepatuhan terhadap perturan dan cara

Page 37: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

37

Bil. BIDANG OBJEKTIF TUMPUAN

akhlak dalam kehidupan seharian

hidup Muslim dalam

hubungan dengan Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W

2. Kepatuhan terhadap peraturan dan tatacara

perhubungan manusia dengan diri, keluarga, alam sekitar,masyarakat dan Negara

4. Pelajaran Jawi Membaca dan menulis jawi serta mencintainya sebagai warisan budaya bangsa.

1. Menulis tulisan jawi dengan baik

2. Membaca jawi dengan lancar

3. Menghayati seni tulisan jawi.

Huraian sukatan pelajaran pendidikan islam

Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) merupakan satu daripada dokumen utama

kurikulum Pendidikan Islam. Dalam dokumen Huraian Sukatan Pelajaran (HSP)

khususnya dimuatkan maklumat mengenai keperluan kurikulum Pendidikan Islam.

Berikut ini dihuraikan konsep HSP , struktur HSP, organisasi isi, bahan, kaedah

pengajaran dan pembelajaran serta keperluan penilaian Pendidikan Islam. Bahagian

Page 38: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

38

“ Pengenalan HSP Pendidikan Islam ” merupakan satu bahagian yang penting daripada

dokumen HSP ini. Ia menerangkan bagaimana kandungan Pendidikan Islam perlu

dikembangkan dan disempurnakan kepada murid.

Ia satu dokumen yang memperkembangkan dan memperjelaskan maksud dan kehendak Sukatan Pelajaran.

Fungsi utama Huraian Sukatan Pelajaran ialah untuk:

Menentukan skop sukatan

Panduan guru dalam menyediakan isi pelajaran dan pemilihan aktiviti pembelajaran

Kegunaan penyedia buku teks dan bahan pembelajaran bagi memilih dan membina isi kandungan aktiviti pembelajaran, soalan penilaian dan kerja lanjutan

Kegunaan pembinaan soalan ujian dan penaksiran samada berbentuk formatif atau sumatif

Page 39: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

39

Organisasi Huraian Sukatan Pelajaran

Huraian sukatan pelajaran mempunyai format tertentu dan diselaras bagi semua mata pelajaran.Kandungan Huraian sukatan dipersembahkan dalam bentuk lajur.

Bidang Pembelajaran

Hasil Pembelajaran Cadangan Pengalaman Pembelajaran

Aras 1 :

Aras 2 :

Aras 3 :

Keterangan lajur

Lajur Kandungan dalam Lajur

Lajur Bidang Pembelajaran Mengandungi tajuk-tajuk seperti dalam kandungan sukatan pelajaran.

Lajur Hasil Pembelajaran Berkaitan dengan hasil pembelajaran yang mesti dicapai oleh murid.

Page 40: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

40

Mengandungi kenyataan atau keterangan mengenai kesan atau hasil dari proses pembelajran yang dialami oleh murid, samada kesan berbentuk dalaman (implisit) atau luaran ( eksplisit).

Hasil pembelajaran yang mesti dicapai bagi setiap tajuk telah dibahagikan kepada 3 aras iaitu aras 1, aras 2 dan aras 3 bertujuan untuk memenuhi keperluan tiga golongan prestasi murid.

Aras 1 :

Aras ini bertujuan memenuhi keperluan golongan murid berpencapaian rendah. Ia merupakan aras yang paling rendah atau paling mudah yang mesti dikuasai oleh keseluruhan murid. Bimbingan dan dorongan dengan aktiviti yang sewajarnya perlu diberi untuk mencapai penguasaan hasil pembelajaran aras ini, iaitu tahap yang paling minima.

Aras 2 :

Aras sederhana atau pertengahan yang perlu dikuasai oleh murid yang mempunyai aras kebolehan yang sederhana. 60% - 70% daripada keseluruhan murid dalam kelas sepatutnya menguasai tahap ini .

Page 41: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

41

Aras 3 :

Aras paling tinggi. Ia perlu dikuasai oleh murid-murid pencapaian tinggi. Selalunya 15 % - 20% murid yang diajar boleh menguasai aras ini

Lajur Cadangan Pengalaman Pembelajaran

Memuatkan cadangan strategi, kaedah, teknik, aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru untuk mencapai hasil pembelajaran yang baik.

Cadangan kepada guru tentang pengalaman pembelajaran yang akan dialami oleh murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Tumpuan mata pelajaran Pendidikan Islam

1.Asuhan tilawah al-Qur’an

Bacaan :

i. Mengenal huruf-huruf hijaiyyah tunggal, bersambung dan berbaris fathah, kasrah,dhammah, tanwin, sukun dan syaddah.

ii. Membaca kalimah dan potongan ayat

Page 42: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

42

iii. Membaca kalimah dan ayat-ayat pendek pelbagai baris

iv. Membaca surah-surah dengan betul dan fasih :

v. Membaca potongan ayat-ayat dari surah-surah tertentu yang mengandungi tanda bacaan mad dan waqaf

vi. Membaca ayat-ayat pendek mengandungi nun sakinah dan tanwin

vii. Membaca potongan ayat-ayat dari surah-surah tertentu yang mengandungi mim syaddah, nun syaddah dan mim sakinah

viii.Membaca potongan ayat-ayat daripada surah-surah tertentu yang mengandungi bacaan qalqalah.

Berikut surah-surah yang dicadangkan;

Bil Surah Bil Surah Bil Surah

1 Al-Fatihah 11 Al-Fil 21 Al-Tin

2 An-Nas 12 Al-Humazah 22 Al-syarh

3 Al-Falaq 13 Al-‘Asr 23 Al-Dhuha

4 Al-Ikhlas 14 Al-Takathur 24 Al-Lail

5 Al-Masad 15 Al-Qari’ah 25 Al-Syams

6 Al-Nasr 16 Al-Adiyat 26 Al-Balad

7 Al-Kafirun 17 Al-Zalzalah 27 Al-Fajr

Page 43: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

43

8 Al-Kawthar 18 Al-Bayyinah 28 Al-Ghasiyyah

9 Al-Ma’un 19 Al;-Qadr 29 Al-A’la

10 Al-Quraisy 20 Al-‘Alaq 30 Al-Tariq

Hafazan :

Menghafaz surah-surah berikut :

a. Al-Fatihah l. Al-Takathur

b. An-Nas m. Al-Qari’ah

c. Al-Falaq n. Al-Adiyat

d. Al-Ikhlas o. Al-Zalzalah

e. Al-Kafirun p. Al-Bayyinah

f. Al-Kawthar q. Al;-Qadr

g. Al-Ma’un r. Al-‘Alaq

h. Al-Quraisy s. Al-Tin

i. Al-Fil t. Al-syarh

j. Al-Humazah u. Al-Dhuha

k. Al-‘Asr

Page 44: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

44

Kefahaman :

Pengertian Al-QuraanKelebihan membaca Al-QuraanSejarah ringkas al-QuraanMemahami surah-surah berikut secara umum

Surah Al-Fatuhah ayat 1 - 7 Surah al-Nas ayat 1-6 Surah al-Falaq ayat 1-5 Surah al-Ikhlas Surah al-Kawthar Surah al-Ma’un ayat 1-7 Surah al-Qadr ayat 1-5 Surah al-Dhuha ayat 1-11

2.Bidang asas ulum syariah

i. Akidah

ii. Ibadah

iii. Akhlak

Tajuk-tajuk Akidah ialah:

Pengertian Rukun Iman Beriman Kepada Allah Beriman Kepada Maliakat Beriman Kepada Rasul Beriman kepada Kitab-Kitab Beriman kepada Hari Akhirat Beriman kepada Qadak dan Qadar Pengertian Rukun IslamSifat wajib Allah Nama-nama Allah (Asma al-Husna ) yang berikut: Pengertian Dosa dan pahala Pengertian Syirik. Sam’iyyat : Pengertian Perkara-perkara sam’iyyat

Page 45: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

45

Ibadah

o Konsep Ibadaho Pengertiano Jenis-jeniso Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah o Jenis-jenis hukumo Bersuci :

Pengertian Tanggungjawab bersuci Istinjak Bersuci dari najis Bersuci dari hadas Tayammum

o Solat:

Pengertian Solat Fardu Bacaan dalam solat serta terjemahannya

- Takratul Ihram- Surah AlFatihah- iii.Doa Iftitah- Ketika Ruku’- Ketika Iktidal- Ketika Sujud- Ketika duduk antara dua sujud- Tahyatul awal dan akhir- Doa Qunut.

Pelakuan Solat (Rukun Fi’li) dan hikmahnya Perkara-perkara yang membatal solat Rukun-rukun Syarat-syarat wajib Syarat-syarat sah Sunat Ab’adh dan Hai’ah. Azan dan Iqamah Solat berjamaah Solat Jumaat Ibadah puasa Solat Hari Raya Aidil fitri dan Aidiladha Solat Jenazah

Page 46: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

46

Sirah :

Tanda-tanda kenabian Tentangan terhadap Rasulullah

Salasilah keturunan Nabi Israk dan Mikraj

Penyusuan dan Pemelihraan Nabi

Perjanjian Aqabah

Nabi dibesarkan dan dididik nilai murni

Hijrah kemadinah

Kematian bapa dan ibu Nabi Pembinaan Masjid pertama

Kematian Datuk Persaudaraan Muhajirin dan Ansar

Pemeliharaan Nabi oleh bapa saudara

Pembentukan Negara Madinah

Pekerjaan Nabi( Semasa Kecil & Dewasa

Mempertahankan Madinah

Pekhawinan Nabi Piagam Madinah

Peritiwa Hajarul al-Aswad Perjanjian Hudaibiah

Peristiwa di Gua Hira’ Pembukaan Kota Mekah

Mukjizat Al-Quraan Perkembangan Islam Zaman Rasul

Dakwah Rasulullah (sulit dan terang)

Haji Wida’

Hijrah ke Habsyah Kewafatan Rasulullah S.A.W.

Pembesar Mekah terima Rasulullah

Page 47: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

47

3.Bidang adab dan akhlak islamiyyah

a. Adab dalam Kehidupan Harian

Dalam bahagian ini anda akan didedahkan mengenai perkara

berikut :

Adab Makan Minum Adab berkenderaan

Adab Qada Hajat Adab masuk dan keluar rumah

Adab tidur dan bangun

tidur

Adab menghidang makan dan

minuman

Adab mandi dan bersugi Adab berjalan

Adab berwuduk Adab bertanya

Adab berpakaian Adab mengurus diri

b. Adab terhadap Ibu Bapa dan Keluarga

I. Adab bercakap dengan ibu bapaII. Adab menolong ibu bapa

III. Adab bergaul dengan keluarga

c. Adab dalam kehidupan Bersosial

Adab bergaul dengan rakan

Adab berkumpul

Adab di masjid dan surau

Adab berjual beli

Page 48: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

48

Adab bercakap dengan rakan

Adab bekerja

Adab melayan tetamu

Adab menziarah jiran

Adab menziarah orang sakit

Adab ketika bermaian

Adab menziarah rakan

Adab terhadap tempat dan harta benda awam

Adab menziarah orang tua

Adab kecintaan kepada Negara

Adab dengan orang tua

Adab menjaga kebersihan sungai dan alam sekitar

Adab menziarah jenazah kubur

Adab rehlah

Adab makan di majlis keramaian

Adab manusia dan makhluk lain

Adab berjiran Adab dengan pemimpin

d. Adab Menuntut Ilmu

i. Adab bercakap dengan guruii. Adab ke sekolahiii. Adab Belajariv. Adab semasa di sekolahv. Adab berhujahvi. Adab menolong guruvii. Adab menjaga harta benda sekolah

Page 49: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

49

e. Adab dengan Al-Quraan

i.Adab membawa dan menyimpan Al-Quraanii.Adab membaca Al-Quraan

4.Pelajaran Jawi

f. Mengenal , menyebut dan menulis huruf jawi tunggalg. Mengenal , menyebut dan menulis huruf jawi sambungh. Mengenal , menyebut dan menulis suku kata terbukai. Mengenal , menyebut dan menulis suku kata tertutupj. Membaca dan menulis rangkai kata dan ayatk. Mengenal , membaca dan menulis perkataan pinjamanl. Mengenal , membaca dan menulis perkataan berimbuhan dan

ayat pendekm. Menggunakan tanda bacan. Membaca pelbagai jenis teks bacaano. Menulis pelbagai jenis teksp. Mengenal dan menulis khat Nasakh dan Rik’ah.

Analisis :

Tahun : 1

Matapelajaran : Pendidikan Islam tahun 1 Akidah

Page 50: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

50

TAJUK KEBAIKAN KELEMAHAN PENAMBAHBAIKAN

-RUKUN IMAN 1.Sukatan ini

memang perlu

diajar pada tahun

satu kerana ia

merupakan asas

akidah islam dan

isinya juga

berpadanan

dengan tahap

pemikiran pelajar.

1.Sukatan ini

terlalu ringkas dan

murid tidak dapat

menghayati

isinya.Murid hanya

mampu menyebut

dan menulis sahaja

tanpa mampu

untuk

memahaminya

kerana isi terlalu

ringkas

Sukatan ini perlulah

membuat penambah

baikkan terutama

pada bahagian

aktiviti supaya murid

lebih memahami

maksud yang

sebenar.Skop

perbincangan boleh

diluaskan lagi tetapi

biarlah berpadanan

dengan pemikiran

tahun 1..

Tahun : 2

Matapelajaran : Pendidikan Islam tahun 2 tilawah Al-Quran

TAJUK KEBAIKAN KELEMAHAN PENAMBAHBAIKAN

Page 51: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

51

-Membaca surah

dengan betul dan

fasih

1. Surah Al-Masad

2. Surah Al Ansar

3.Surah Al Kafirun

4. Surah Al Kausar

5 .Surah Al Maa’un

6 .Surah Al

Quraisyh

7.Surah Al Fil

Pelajar dapat

membaca surah-

surah tersebut

dengan betul dan

fasih

Sukatan ini tidak

menjamin semua

pelajar untuk

mampu betul-betul

mampu untuk

membaca surah-

surah tersebut

bukan sahaja betul

dan fasih tetapi

bertajwid.

Perlu lebih

penekanan terhadap

tajwid dan

memastikan murid

betul-betul mampu

membaca sendiri

dan tidak mengikut

guru sahaja.

Page 52: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

52

Tahun : 3

Matapelajaran : Pendidikan Islam Ibadah

TAJUK KEBAIKAN KELEMAHAN PENAMBAHBAIKAN

Ibadah

wajib,sunat,makruh,da

n haram

1.Pelajar dapat

mengetahui serba

sedikit tentang adanya

Ibadah yang

mempunyai hukum

seperti

wajib,sunat,makruh,da

n haram

1.Pelajar masih lagi

keliru dan tidak dapat

mengetahui tentang

Ibadah yang

mempunyai hukum

seperti

wajib,sunat,makruh,da

n haram ini dan ada

yang tidak dapat

membezakannya

kerana kekurangan

contoh dan

penerangan dalam

sukatan

1.Bolehla ditambah

dalam sukatan contoh

yang lebih mudah

difahami dan

penerangan yang

diberikan hendaklah

betul-betul dapat

difahami murid.

Page 53: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

53

Tahun : 4

Matapelajaran : Pendidikan Islam Adab dan Akhlak Islamiyah

TAJUK KEBAIKAN KELEMAHAN PENAMBAHBAIKAN

Adab Berjalan 1.Dapat

menyatakan Adab

ketika berjalan

Pelajar tidak dapat

untuk

mempraktikkan

adab berjalan

dalam kehidupan

seharian kerana

hanya belajar teori

sahaja dalam

sukatan yang ada

pada hari ini.Ini

menyebabkan

pelajar kurang

faham akan

kepentingan adab

berjalan ini.

Aktiviti dan praktikal

perlu lebih

banyak.Akan tetapi

peranan guru sangat

penting dalam

member contoh dan

teladan kepada

pelajar

Page 54: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

54

Tahun : 5

Matapelajaran : Pendidikan Islam tahun 5 Jawi

TAJUK KEBAIKAN KELEMAHAN PENAMBAHBAIKAN

Membina dan

menulis pelbagai

jenis ayat.

Pelajar akan dapat

membina dan

menulis tulisan jawi

dan sesuai dengan

tahap mereka

Sukatan ini tidak

banyak membantu

pelajar dalam

mengukuhkan

kemahiran menulis

jawi mereka.

Sukatan pelajaran

harus ditambah baik

dengan menambah

aktiviti dan latihan

supaya pelajar lebih

mahir.

Page 55: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

55

Tahun : 6

Matapelajaran : Pendidikan Islam Ibadah

TAJUK KEBAIKAN KELEMAHAN PENAMBAHBAIKAN

-Ibadah puasa

ramadhan

1.Sukatan ini

membolehkan

pelajar mengetahui

tentang ibadah

puasa dibulan

ramadhan.

1.Pelajar hanya

mengetahui puasa

dibulan ramadhan

tetapi tidak dapat

menghayatinya.Pelajar

juga tidak mengetahui

kelebihan dan

kebaikan puasa

kepada diri mereka

sendiri dan amalan –

amalan lain yang

sangat di tuntut dalam

bulan ramadhan

kerana tiada

penekanan dalam

sukatan

1.Menambah isi

dalam sukatan

supaya pelajar

mengetahui dan

dapat menghayati

ibadah puasa di

bulan ramadhan.

Page 56: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

56

3.Menganalisis buku teks dan buku panduan guru

1.Buku Teks

Konsep Buku Teks

Buku teks Pendidikan Islam yang terbaru kini dan digunakan disekolah dibina

berdasarkan semakan semula KBSR.Isi kandungan memenuhi dan menepati kehendak

sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran.

Buku teks ditampilkan sebagai agen perubahan yang berkemampuan untuk membantu

memberikan prospek baru dalam penerokaan, penguasaan kemahiran baru dan terkini,

progresif, dinamik dan seimbang bagi para pelajar sekolah

Buku teks merupakan satu bentuk penulisan yang terkandung fakta

didalamnya,pengetahuan dan pelbagai maklumat lain yang benar bagi membantu

membentuk minda pelajar.Buku teks menggunakan ilustrasi yang menarik beserta

dengan bahasa yang ringkas dan padat bagi merangsang minda pelajar dan membantu

murid untuk lebih memahami dan menghayati isi pelajaran.

Kandungan Buku Teks :

I. Buku teks telah digubal oleh panel penulisan yang telah dilantik.

II. Buku Teks mengandungi dua jilid iaitu jilid satu untuk ‘ Asuhan Tilawah Al

Quran’ dan ‘Pelajaran Jawi’ dan jilid dua “Bidang Asas Ulum Syariyyah” dan

“Adab dan Akhlak Islamiah’

III. Setiap tajuk pelajaran telah disediakan dengan isi pelajaran yang lengkap.

Page 57: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

57

IV. Bagi setiap isi pelajaran telah ditentukan hasil pembelajaran dan aras

pembelajaran seperti yang telah ditetapkan dalam Huraian Sukatan Pelajaran.

V. Isi kandungan buku teks dilengkapkan dengan grafik-grafik yang menarik

perhatian murid-murid .

VI. Di akhir setiap topik dicadangkan aktiviti susulan dan latihan untuk penilaian.

VII. Setiap tajuk juga disediakan dengan aktiviti gerak minda, penghayatan dan info islam.

Keberkesanan Buku Teks :

1. Buku teks boleh membantu murid-murid membuat persediaan belajar.

2. Membangkitkan minat murid untuk membaca dengan ilustrasi yang menarik.

3. Buku teks juga sebagai bahan rujukan murid-murid di sekolah dan di rumah

ketika membuat ulangkaji.

4. Buku teks juga menjadi panduan awal kepada murid dalam proses pengajaran

dan pembelajaran.

5. Buku teks juga memberikan kemudahan kepada guru untuk membuat aktiviti dan

latihan.

Rumusan

Buku teks sangat berguna dalam semua mata pelajaran yang ada di dalam sistem

pendidikan di negara ini.Ia sebagai sumber rujukan utama bagi para pendidik.Begitu

juga bagi buku teks Pendidikan Islam.Buku teks ini sangat membantu bagi

memudahkan pelajar memahami pelajaran Pendidikan Islam ini.Namun,masih lagi

terdapat ruang yang kecil yang boleh ditambah baik.Antaranya adalah isi yang

Page 58: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

58

terlalu ringkas dalam sebilangan kecil tajuk.Ini menyebabkan murid tidak dapat

memahami sepenuhnya perkara dalam tajuk tersebut.Keseluruhannya,buku teks

merupakan satu elemen yang sangat penting dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

Analisis Buku Panduan Guru

Buku Panduan Guru (BPG) ialah sebuah buku yang digunakan sebagai suber rujukan

kepada guru untuk melaksanakan pengajaran denagn baik dan mudah. BPG dapat

membantu guru untuk menjalankan pengajaran matapelajaran dengan lebih infension

dan bermutu serta dapat memberi pemahaman yang lebih mendalam kepada pelajar.

Fungsi Buku Panduan Guru

Wujud pembelajaran yang berkesan dan suasana bilik darjah yang

mengembirakan .

Penglibatan murid secara aktif

Strategi pengajaran yang merangsangkan perbincangan dan penerokaan

Suasana pembelajaran koperatif di mana murid berpeluang melihat diri

mereka sebagai murid yang berkebolehan

Kemahiran Berfikir

Pengajaran Berasaskan kajian Masa Depan (KMD)

Pembelajaran secara konstruktivisme

Pembelajaran secara kontekstual

Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran

Kandungan Buku Panduan Guru

Panduan mengendalikan setiap bab.

Hasil pembelajaran.

Page 59: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

59

Kangkah aktiviti bagi setiap aktiviti.

Panduan jawapan.

Set induksi.

Keberkesanan Penggunaan Buku Panduan Guru

1. Membantu guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan

lebih berkesan dalam bilik darjah.

2. Sebagai garis panduan yang terarah bagi guru untuk melaksanakan pengajaran

dan pembelajaran.

3. Buku Panduan Guru juga menyediakan contoh-contoh aktiviti dan latihan yang

sesuai yang boleh membantu guru di dalam kelas.

Rumusan

Buku panduan guru ini boleh diibaratkan sebagai buku teks untuk guru.Ia sangat

membantu dalam memberi contoh dan tunjuk ajar kepada para pendidik di Malaysia

sekelian.Kementerian Pendidikan menghasilkan buku panduan guru ini adalah sebagai

satu strategi bagi memastikan kurikulum berjalan dengan cara yang terbaik dan

terkini.Keseimpulannya para guru perlu menjadikan buku panduan ini sebagai panduan

dan rujukan utama dalam mereka menjayakan proses pembelajaran dan pengajaran

mereka.

Page 60: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

60

Menganalisis pelaksanaan Pendidikan Islam 6 Bulan Pertama dan Model-Model

Program J-QAF.

Program 6 Bulan Pertama

Takrif

Program 6 Bulan Pertama ialah program yang menumpukan kepada penguasaan

kemahiran membaca al-Quran pada enam bulan pertama Tahun Satu.

Matlamat

3.1 Murid dapat menguasai kemahiran bacaan al-Quran dengan kaedah Iqra’.

3.2 Murid dapat membaca al-Quran dengan lancar dan bertajwid.

3.3 Murid dapat menghabiskan bacaan al-Quran sebanyak 30 juzuk.

Kumpulan Sasaran

Semua murid yang beragama Islam Tahun Satu Sekolah Rendah.

Strategi Pelaksanaan

Tempoh Pelaksanaan

Murid Tahun Satu akan mengikuti aktiviti Model 6 Bulan Khatam al-Quran

selama 6 bulan pertama setiap tahun (Januari hingga Jun). Bagi 6 bulan

berikutnya mereka akan mengikuti kurikulum Pendidikan Islam berdasarkan

sukatan pelajaran sedia ada.

Peruntukan Waktu

Pengajaran dan pembelajaran di Tahun Satu berfokus kepada penguasaan kemahiran

membaca al-Quran selama 6 bulan (18minggu Pengajaran dan Pembelajaran) mulai

Januari hinggaJun dengan peruntukan masa empat kali seminggu. Dua waktu

selebihnya digunakan untuk Pemulihan Jawi.

Page 61: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

61

Pada enam bulan berikutnya mulai Julai hingga Disember peruntukan waktu Asuhan

Tilawah al-Quran ialah tiga waktu,Ulum Syariah dua waktu dan Jawi satu waktu.

Proses Pengajaran dan Pembelajaran.

i. Murid Tahun 1 pada enam bulan pertama hendaklah menggunakan buku Iqra’ 1

hingga 6dengan berdasarkan Agihan Bacaan Iqra’ Model 6 Bulan Khatam al-Quran

ii. Proses P&P model ini bermula dengan penentuan tahap pencapaian murid melalui

satu ujian ringkas untuk tujuan diagnostik.

iii. Ujian ini boleh dilakukan dengan menggunakan instrumen yang disediakan oleh

pihak sekolah

iv. Berdasarkan hasil ujian guru membahagikan murid kepada beberapa kelompok

mengikut tahap kebolehan masing-masing. Bagi murid yang belum membaca Iqra’

dimulakan dengan Iqra’ 1 manakala murid yang telah membaca Iqra’ dan

menguasainya mereka menyambung bacaan pada buku Iqra’ yang seterusnya. Murid-

murid yang telah menguasai bacaan al-Quran boleh meneruskan dengan aktiviti

bacaan al-Quran model 6 bulan khatam al-Quran. Murid yang telah khatam akan

mengulangi bacaan untuk tujuan peningkatan mutu bacaan al-Quran.

v. Pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara individu menggunakan pendekatan

talaqqi dan musyfahah.

vi. Proses talaqqi dan musyafahah dalam kelas dikendalikan oleh Guru Pendidikan

Islam (GPI) dan 3 orang guru j-QAF.Proses ini dilakukan secaralangsung oleh guru

untuk setiap murid. Guru hendaklah menetapkan sasaran minima lima minit masa

bacaan untuk setiap murid bagi setiap waktu P&P. Bagi kelas yang ramai murid

sasaran ini sukar dicapai, oleh itu guru boleh meminta dua orang murid yang

berkebolehan membaca secara serentak.

Page 62: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

62

vii. Penilaian hendaklah dilakukan pada setiap bulan pengajaran dijalankan. Laporan

penilaian Iqra’ hendaklah dilengkapkan dengan menggunakan borang penilaian al-

Quran seperti yang digunakandalam Pelaksanaan Program Jawi dan al-Quran Enam

Bulan Pertama Tahun Satu 2005.

viii. Penilaian khatam al-Quran hendaklah dijalankan dengan berpandukan kepada

agihan markah yang ditetapkan

ix. Jika terdapat murid yang tidak mencapai tahap yang diharapkan dalam tempoh

tersebut,pemulihan mesti dijalankan agar tidak ada pelajar yang tercicir.

x. Selepas tamat tempoh 6 bulan satu lagi bentuk penilaian keseluruhan hendaklah

dibuat bagi mengenalpasti semua pelajar dapat membaca al-Quran dengan baik.

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Khatam Al-Quran Model 6 Bulan menekankan penggunaan kaedah talaqqi dan

musyafahah. Kaedah ini dilaksanakan melalui proses berikut:

Murid mendengar bacaan contoh dari guru, kaset contoh bacaan,CD atau lain-

lain.

Murid membaca dengan bimbingan guru PI, guru j-QAF atau murid turus.

Guru PI, guru j-QAF atau murid turus membetulkan bacaan murid.

Guru PI, guru j-QAF atau murid turus mengesahkan bacaan murid dengan

memberikan pujian.

Penilaian

Penilaian bacaan Iqra’ perlu dilakukan pada setiap 3 bulan kepada murid bagi

mengesahkan murid tersebut benar-benar menguasai bacaan yang direkodkan oleh

guru PI dan guru j-QAF. Laporan penilaian hendaklah dilengkapkan dengan

menggunakan borang penilaian al-Quran seperti yang digunakan dalam Pelaksanaan

Page 63: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

63

Program Jawi dan al-Quran Enam Bulan Pertama Tahun Satu 2005. Laporan penilaian

yang dilengkapkan ini hendaklah difailkan untuk simpanan dan dihantar ke pihak

yangbertanggungjawab seperti berikut:

i.Sekolah kepada Pejabat Pendidikan Daerah/Gabungan (PPD/PPG pada setiap bulan

Julai dan Okt).

ii. PPD kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN pada setiap bulan Julai dan Okt).

iii. JPN kepada Bahagian Pendidikan Islam (BPI, BPK dua kali setahun iaitu Julai dan

Oktober).

Penilaian menyeluruh bagi model 6 bulan khatam al-Quran hendaklah dilakukan pada

Julai dan Oktober bagi menentukan tahap pencapaian bacaan al-Quran setiap individu.

Laporan analisa pencapaian murid hendaklah menggunakan borang yang disediakan

dan dihantar ke JPN pada bulan Julai dan Oktober. Pihak JPN akan menghantar

laporan analisa tersebut ke BPI, BPK pada Julai dan Oktober. Penilaian hendaklah

menggunakan ayat bacaan semasa murid. Penilaian ini hendaklah berdasarkan

panduan berikut:

Agihan markah

i. Jumlah ayat : 60 markah

ii. Kualiti bacaan : 40 markah

Markah jumlah ayat dikira berdasarkan jumlah ayat tertinggi yang di baca

oleh murid iaitu :

ayat tertinggi X 60 =

Jumlah ayat keseluruhan

Page 64: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

64

Rumusan

Program enam bulan pertama ini sebenarnya satu program penting kerana

membolehkan pelajar untuk mengenali dan berkebolehan untuk membaca al-Qur’an

dengan fasih dan lancar serta bertajwid.Namun,guru perlulah memastikan bahawa

murid betul-betul boleh membaca al-Qur’an dan Iqra’ dengan sendiri sahaja dan

bukannya baca ikut guru.

J-QAF

Program j-QAF adalah satu program yang memantapkan lagi sistem pengajaran

dan pembelajaran pendidikan islam. Program ini juga bertujuan untuk memberi

penekanan yang mendalam berdasarkan beberapa bidang antaranya Jawi, Al-Quran,

Arab dan Fardhu Ain. Program ini hasil cetusan ilham daripada bekas perdana menteri

Malaysia yang kelima iaitu Tun Abdullah B. Ahmad Badawi.

Oleh itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengadakan beberapa

mesyuarat dan bengkel seterusnya mengadakan seminar Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab

dan Fardhu Ain. Program j-QAF telah dilaksanakan secara uji kaji dalam projek rintis

selama 3 bulan bermula pada April 2004 dan berakhir pada Julai 2004. Bermula pada

tahun 2005, program j-QAF telah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat setelah

mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri.

Program ini memperkasakan dan memantapkan lagi pendidikan islam di

sekolah-sekolah. Selain itu, murid-murid akan dapat mengukuhkan lagi ilmu

pengetahuan dan mendapat tunjuk ajar yang sepatutnya oleh guru-guru yang terlatih.

Page 65: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

65

Melalui program ini juga, murid-murid akan didedahkan dengan aktiviti ko-kurikulum

serta kurikulum yang bersesuaian.

KONSEP PROGRAM j-QAF

Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam (PI)

melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu

Ain yang dilaksanakan di peringkat persekolah rendah. Pelaksanaan program ini

menggunakan kurikulum serta model dan modulnya yang tersendiri. Tenaga guru yang

khusus digunakan untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan

dan penghayatan murid. Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu sedia

ada.

OBJEKTIF-OBJEKTIF PROGRAM j-QAF

Antara objektif atau matlamat program ini ialah, semua murid islam sekolah rendah

akan dapat :

i. Menguasai bacaan dan tulisan Jawi.

ii. Khatam al-Quran.

iii. Menguasai asas Bahasa Arab Komunikasi.

iv. Memantapkan dan menghayati amalan fardu ain.

KEPENTINGAN PROGRAM j-QAF

Program j-QAF menjadi lebih penting sebagai suatu usaha ke arah

memperkasakan PI yang sedia ada supaya semua bidang dalam PI iaitu bidang

Tilawah al-Quran, Akidah, Ibadah, Sirah Nabawi, Akhlak dan Jawi lebih berkesan dan

dapat dihayati dan diamalkan dalam kehidupan.

Page 66: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

66

Kepentingan Pemulihan Jawi

Jawi adalah salah satu daripada kompenen pendidikan islam dan mula

dilaksanakan pada tahun 2003 dengan pendekatan pengajaran 2 waktu seminggu pada

6 bulan pertama di tahun Satu. Laporan pemantauan telah menyatakan bahawa

penguasaan bacaaan jawi dalam pendidikan islam semata-mata masih belum

mencukupi dan berkesan.

Oleh itu pemulihan Jawi dalam j-QAF menjadi keutamaan khasnya kepada murid

tercicir supaya semua murid boleh menguasai Jawi setelah diberi bimbingan secara

berterusan. Pengukuhan terhadap jawi juga perlu dilakukan dari semasa ke semasa.

Oleh itu, murid dapat membaca dan menggunakan tulisan jawi dengan betul dan lancar.

Kepentingan Khatam al-Quran

Al-Quran pula telah diajar sebagai sebahagian Pendidikan Islam dalam

bidang Asuhan Tilawah al-Quran pada masa ini. Namun ia tidak menekankan

pembelajaran sehingga khatam al-Quran kerana ia memerlukan bimbingan

berterusan daripada para ustaz dan ustazah. Oleh itu, Pendidikan Islam pada

masa ini hanya mengutamakan kepada kebolehan membaca sahaja

manakala aspek khatam tidak ditekankan di sekolah tetapi menyerahkannya

kepada Masyarakat. Justeru, murid dapat membaca dan menguasai al-quran

pada peringkat rendah lagi seterusnya boleh mengamalkan dalam

kehidupan seharian mereka.

Kepentingan Bahasa Arab

Status Bahasa Arab Sekolah Rendah pada masa ini sebagai mata

pelajaran dan bahasa tambahan. Ia diajar di sekolah-sekolah rendah secara

berpilih dan terhad. Tidak semua murid berpeluang memmuridinya.

Page 67: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

67

Kepentingan Fardhu Ain

Ramai ibu bapa masih belum berpuas hati dengan tahap pencapaian

dan penguasaan anak-anak mereka terhadap amalan fardu ain terutama

dalam hal ibadah mendirikan solat. Berdasarkan pemerhatian ini, salah satu

pendekatan yang perlu dipraktikkan ialah dengan mengadakan kelas-kelas

fardhu ain, amali solat dan sebagainya.

MODEL-MODEL PENGAJARAN & PEMBELAJARAN DAN KOKURIKULUM j-QAF.

Setelah diteliti dan dikaji, maka beberapa model telah dikenalpasti untuk dilaksanakan

di sekolah-sekolah rendah bermula pada tahun 2005. Antara model-model yang telah

dipilih dan digunakan ialah :

• Model Tasmek Khatam Al-Quran.

• Model Kelas Pemulihan Jawi.

• Model 6 Bulan Khatam Al-Quran.

• Model Bestari Solat (Kokurikulum).

• Model Perluasan Pelaksanaan Bahasa Arab Komunikasi.

Model Kelas Pemulihan Jawi.

Model Kelas Pemulihan Jawi adalah salah satu model yang telah dipilih untuk

program j-QAF. Guru khas yang telah dilantik akan menjalankan tugas bagi setiap sesi

pengajaran dan pembelajaran pada waktu yang telah ditetapkan menggunakan modul

yang telah disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Setiap sekolah perlu

menjalankan aktiviti pengukuhan di peringkat sekolah dengan menyediakan bahan-

bahan bacaan tambahan yang bersesuaian serta mempertingkatkan penggunaan

Page 68: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

68

kemudahan ICT sedia ada. Selain itu, guru perlu membuat pemantauan dan

memastikan setiap murid dapat menguasai jawi dari semasa ke semasa.

Objektif

Murid yang keciciran dalam jawi akan dipulihkan dengan sekurang-

kurangnya dapat mengenal, menyebut, menulis huruf- huruf tunggal, serta

membaca suku kata terbuka dan perkataan-perkataan mudah yang dibina

daripada suku kata tersebut.

Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran modul ini ialah murid-murid Tahun 1 yang tidak dapat melepasi ujian

khas sepertimana lampiran iaitu tidak mengenal huruf tunggal atau suku kata terbuka.

Matlamat

Memastikan semua murid islam menguasai bacaan dan tulisan jawi serta memupuk

semangat cintakan warisan budaya bangsa.

Strategi Pelaksanaan

1. Memastikan Unit j-QAF di bawah Panitia Pendidikan Islam dan dipengerusikan

oleh Guru Besar.

2. Jawatankuasa Pelaksana bermesyuarat bagi memutuskan perkara berikut:

Mengenalpasti murid-murid yang belum menguasai melalui ujian khas

atau maklumat daripada guru yang mengajar. Jumlah murid bagi satu

kelas pemulihan hendaklah di antara 6 hingga 10 orang.

Penyediaan tempat yang sesuai bagi pelaksanaan kelas pemulihan jawi.

Penyediaan bahan bantu mengajar.

3. Melaksanakan Kelas Pemulihan Jawi mengikut agihan kemahiran dan kaedah

pengajaran dan pembelajaran yang telah ditentukan.

4. Proses pengajaran dan pembelajaran akan menekankan kaedah permainan dan

nyanyian yang menyeronokkan.

Page 69: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

69

5. Membuat penilaian dan merekodkan pencapaian murid setiap kali kelas

dilaksanakan.

6. Menjalankan Ujian Pengesanan sebelum murid mengikuti kelas Jawi sedia ada.

Murid kelas biasa yang gagal dalam ujian pengesanan akan di masukkan ke Kelas

Pemulihan Jawi.

Penilaian

1. Guru hendaklah melaksanakan penilaian setiap kali kelas dijalankan.

2. Penilaian tersebut hendaklahberdasarkan beberapa aspek antaranya ialah

menguji kemahiran mengenal, membaca dan menulis huruf-huruf dan suku kata-

suku kata dan rangkai kata yang mengikut format yang telah disediakan.

3. Hasil penilaian mestilah direkodkan ke dalam Borang Khas Penilaian Kelas

Pemulihan Jawi yang telah disediakan.

Agihan Tugas

1) Guru Besar Bertanggungjawab:

Mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Kelas Pemulihan Jawi.

Memastikan Kelas Pemulihan Jawi Ini Dapat Dilaksanakan Dengan Sempurna.

Memantau Perlaksanaan Model Kelas Pemulihan Jawi.

Menubuhkan jawatankuasa pelaksana peringkat sekolah.

2) Ketua Panitia Pendidikan Islam bertanggungjawab:

Bekerjasama dengan guru Kelas Pemulihan Jawi j-QAF dan guru-guru

Pendidikan Islam menyediakan keperluan pelaksanaan Kelas Pemulihan Jawi.

Menyemak laporan yang dibuat oleh guru mata muridan dan guru Kelas

Pemulihan Jawi j-QAF.

Merupakan setiausaha jawatan kuasa pelaksana peringkat sekolah.

3) Guru Mata Pelajaran bertanggungjawab:

Page 70: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

70

Menjalankan ujian khas untuk memilih murid yang akan mengikuti Kelas

Pemulihan Jawi.

Meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran seperti biasa di dalam kelas.

4) Guru Pemulihan bertanggungjawab:

Melaksanakan Kelas Pemulihan Jawi mengikut agihan kemahiran yang

ditetapkan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan

mantap.

Menjalankan kerja-kerja khusus bagi murid-murid yang lemah atau yang lambat

dan yang terpilih dari tahun 1– 6. Keutamaan di tumpukan kepada murid-murid

tahap satu (tahun 1,2,3).

Membantu guru lain dalam merancang dan menyediakan aktiviti dan bahan

pengajaran dan pembelajaran.

Melaksanakan penilaian berterusan terhadap kelas pemulihan jawi berdasarkan

maklumat-maklumat berikut:

Kemajuan murid

Latar belakang murid

Laporan kesihatan murid

Melaporkan perjalanan kelas dan hasil penilaian kepada ketua panitia dan

seterusnya merekodkan penilaian terhadap murid-murid.

ANALISIS

Dari hasil pemerhatian saya,Model Kelas Pemulihan Jawi ini merupakan satu

usaha yang sangat bagus dan dipuji kerana dalam keadaan sekarang ini

ramai orang melayu sudah tidak mengenali lagi tulisan jawi ini.

Dengan adanya model ini,para murid sekelian mampu untuk belajar dan

mengetahui dan menguasai tulisan jawi.Bagi pelajar yang ketinggalan

Page 71: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

71

pula,model ini sangat berkesan dan berguna bagi mereka supaya mereka

dapat juga menguasai tulisan jawi ini.

Model ini haruslah diteruskan dan dilaksanakan serta ditambahbaik sentiasa

bagi memastikan model ini berjalan dengan lancar.

Model Tasmek Khatam Al-Quran

Model Tasmik pula dilaksanakan di luar waktu persekolahan normal mengikut

kesesuaian, keupayaan murid dan waktu guru tasmik yang terdiri daripada guru j-QAF,

GPI, guru-guru mata pelajaran lain yang berkemampuan. Guru tasmik tersebut

hendaklah dilantik secara rasmi oleh pihak sekolah.

Objektif

Murid dapat membaca al Quran dengan bertajwid. Murid dapat mengkhatamkan

bacaan al-Quran 30 juzuk.

Kumpulan Sasaran

Semua murid beragama Islam Tahun Satu hingga Tahun Enam sekolah rendah.

Strategi Pelaksanaan

1. Murid hanya menggunakan al-quran rasm uthmani

2. Setiap murid mempunyai guru pembimbing

3. Guru pembimbing akan membimbing dan merekod bacaan setiap kali tasmik

4. Setiap murid memiliki buku rekod bacaan al-quran

5. Guru j-QAF & GPI akan menilai dan mengesahkan bacaan murid sekali

seminggu.

Page 72: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

72

6. Murid yang cemerlang boleh meneruskan bacaan tanpa terikat dengan

agihan juzuk yang dicadangkan.

Penilaian

1) Penilaian penguasaan bacaan murid secara ringkas dilakukan secara

mingguan.

2) Penilaian penguasaan bacaan murid secara menyeluruh dilakukan di akhir

tahun.

Agihan Tugas

1. Tugas terbahagi kepada Ketua Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral,

Penolong Pengarah Kurikulum, Penyelia Pendidikan Islam Negeri, Pegawai dan

Penyelia Pelajaran Daerah dimana bertanggungjawab memastikan program j-

QAF berjalan seperti yang dijadualkan.

2. Guru Besar bertanggungjawab :

Menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana peringkat sekolah

Mengadakan mesyuarat penyelarasan pelaksanaan program j-QAF

Mengeluarkan surat pelantikan kepada guru pembimbing

Memberi taklimat kepada guru pembimbing murid yang terlibat

Memastikan program j-QAF ini dapat dilaksanakan dengan sempurna

Memantau perlaksanaan Model Tasmik dan mengesahkan laporan yang

dibuat oleh guru dan dihantar ke JPN.

Laporan pencapaian murid dibuat menggunakan borang Analisa

Pencapaian Murid yang disedikan oleh JAPIM.

3. Ketua Panitia Pendidikan Islam bertanggungjawab

Bertindak sebagai setiausaha jawatankuasa pelaksana peringkat sekolah

Mengadakan mesyuarat dan perbincangan bagi mencari Guru tasmik

Bekerjasama dengan Guru Pendidikan Islam menyediakan keperluan

pelaksanaan program j-QAF

Menyemak laporan yang dibuat oleh guru mata pelajaran.

Page 73: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

73

4. Guru j-QAF bertanggungjawab

Mengumpul data guru tasmik al-Quran

Menentukan guru tasmik untuk semua murid yang terlibat dengan projek

ini

Menjadi penilai serta membuat pengesahan dalam rekod bacaan.

ANALISIS

Model tasmek khatam al-quran merupakan salah satu daripada model yang telah

dipilih dan dilaksanakan di sekolah-sekolah. Model ini merupakan satu nafas baru

kepada murid untuk mempelajari dan membaca al-Qur’an.

Waktu sekolah biasa memang tidak mencukupi untuk murid betul-betul pandai

membaca al-Qur’an.Dengan adanya program ini,maka ia sangat membantu dalam

mengukuhkan lagi kemahiran murid membaca al-Qur’an.

Dengan bertasmek dengan guru yang berkelayakan pula,murid akan jadi lebih faseh

dan baik dalam bacaan.Oleh itu,model ini bertepatan dengan keadaan sekarang

dimana ramai orang tidak pandai membaca al-Qur’an

Page 74: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

74

Model Perluasan Bahasa Arab Komunikasi

Model pelaksanaan Bahasa Arab Komunikasi (BAK) yang sedang dilaksanakan secara

terhad pada masa ini di sekolah-sekolah kebangsaan akan diperluaskan

pelaksanaannya di semua sekolah. Status mata pelajaran ini adalah wajib bagi semua

murid yang menganut agama Islam dan sebagai mata pelajaran pilihan untuk murid

bukan Islam dibolehkan mengambil BAK sekiranya tidak mengambil mata pelajaran

bahasa Cina Komunikasi dan bahasa Tamil Komunikasi. Peruntukan waktu adalah 60

minit seminggu dan diajar oleh guru Bahasa Arab yang dilantik khusus.

Objektif

Antara objektif yang telah digariskan oleh modul ini ialah murid-murid dapat :

1. Mendengar bunyi huruf, perkataan dan ayat bahasa Arab serta memahaminya

2. Menyebut dengan betul huruf, perkataan dan ayat bahasa Arab

3. Bertutur dalam bahasa Arab berdasarkan situasi tertentu dan memahaminya

4. Membaca dengan betul dan memahami perkataan dan ayat bahasa Arab

5. Menulis dengan betul, perkataan dan ayat bahasa Arab serta memahaminya

6. Menulis petikan berdasarkan situasi tertentu menggunakan ayat-ayat mudah dan

memahaminya.

Kumpulan Sasaran

Pelaksanaan Model Perluasan Pelaksanaan Bahasa Arab Komunikasi bermula pada

tahun 2005 melibatkan murid tahun 1 di seribu dua ratus dua puluh satu (1,221) buah

sekolah terpilih dan akan diperluaskan ke semua sekolah kebangsaan seluruh negara.

Matlamat

Pengajaran dan pembelajaran bahasa arab komunikasi di peringkat rendah

bermatlamat menanam minat mempelajari bahasa arab bagi menguasai kemahiran

berbahasa di samping membolehkan murid berkomunikasi dengan mudah.

Page 75: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

75

Strategi Pelaksanaan

1. Model perluasan pelaksanaan Bahasa Arab Komunikasi menggunakan

peruntukan masa sedia ada Bahasa Arab Komunikasi di sekolah kebangsaan

iaitu 60 minit seminggu (30 minit x 2 waktu).

2. Masa yang diperuntukkan mestilah berdasarkan dalam jadual waktu rasmi

persekolahan.

3. Model ini dilaksanakan berpandukan kepada sepuluh (10) unit / topik yang

terkandung dalam Pakej Buku Teks Bahasa Arab Komunikasi Tahun 1 Edisi

2004.

4. Senarai unit / topik yang dinyatakan dalam Pakej Buku Teks di atas adalah

seperti berikut :

a. Unit / Topik Pertama : وسهال أهال

b. Unit / Topik Kedua : أسرتي أحب

c. Unit / Topik Ketiga : السليم جسمي

d. Unit / Topik Keempat : الفصل إلى هيا

e. Unit / Topik Kelima : مدرستي أجمل ما

f. Unit / Topik Keenam : جنتي بيتي

g. Unit / Topik Ketujuh : النظيف المطعم

h. Unit / Topik Kelapan : جميل ثوبي

i. Unit / Topik Kesembilan : الملعب إلى تعال

j. Unit / Topik Kesepuluh : الصالة إلى هيا

4. Pelaksanaan setiap unit / topik mencakupi aktiviti-aktiviti yang terkandung dalam

Buku Teks dan Buku Latihan dan Aktiviti Murid

5. Guru Bahasa Arab hendaklah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan

kadar satu unit / topik untuk satu bulan.

Page 76: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

76

Agihan Tugas

1. Penolong Pengarah j-QAF Negeri dan Penyelia Pendidikan Islam Daerah

bertanggungjawab:

Memberi taklimat pelaksanaan model ; dan

Memantau pelaksanaan model.

2. Guru Besar bertanggungjawab:

Memastikan program dapat dilaksanakan dengan sempurna

Meneliti dan mengemukakan laporan pelaksanaan model kepada Pejabat

Pelajaran Daerah dan Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral,

Jabatan Pelajaran Negeri.

3. Ketua Panitia Pendidikan Islam bertanggungjawab:

Mengadakan mesyuarat penyelarasan pelaksanaan model

Bekerjasama dengan semua pihak di sekolah bagi menjayakan

pelaksanaan model

Menyediakan dan menyerahkan laporan pelaksanaan model kepada Guru

Besar.

4. Guru Bahasa Arab bertanggungjawab

Menggunakan Buku Teks, Buku Latihan, Aktiviti Murid, Buku Panduan

Guru Bahasa Arab Komunikasi serta bahan bantu mengajar yang

disediakan untuk pengajaran dan pembelajaran dalam kelas

Merancang aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan

bermakna

Mempelbagaikan aktiviti komunikatif untuk menarik minat murid

Memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid

Membuat penilaian dengan menggunakan instrumen yang disediakan

Merekodkan hasil penilaian yang dilakukan selepas proses pengajaran

dan pembelajaran

Melaporkan perjalanan kelas dan hasil penilaian kepada Ketua Panitia.

Penilaian

Page 77: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

77

1) Penilaian ialah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.

Penilaian merupakan aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi

menentukan pencapaian berdasarkan objektif dan hasil pembelajaran yang

ditetapkan. Guru perlu menjalankan 3 penilaian iaitu penilaian sikap, penilaian

lisan dan penilaian tulisan. Walaubagaimanapun penilaian yang perlu dilaporkan

kepada JAPIM untuk tahap satu (Tahun 1 hingga Tahun 3) ialah penilaian lisan

sahaja.

2) Penilaian Bahasa Arab Komunikasi di peringkat sekolah dilaksanakan

mengikut format Penilaian Kendalian Sekolah (PKS). Penilaian

Kendalian Sekolah mempunyai prinsip-prinsip berikut :

Bersifat formatif

Mengesan perkembangan individu secara menyeluruh (intelek,

emosi, rohani dan jasmani)

Bersistem dan berterusan

Menggunakan pelbagai kaedah (pemerhatian, lisan dan

penulisan)

Berasaskan kriteria

Dikendalikan oleh guru

Membolehkan tindakan susulan.

Page 78: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

78

ANALISIS

Model perluasan Bahasa Arab Komunikasi adalah satu model yang mengajarkan

bahasa arab komunikasi kepada murid-murid sekolah rendah.Dengan ini membolehkan

murid dapat mengetahui dan mempelajari bahasa arab selain bahasa melayu dan

bahasa inggeris.

Dengan itu,keupayaan dan pengetahuan murid akan bertambah.Lagipun mempelajari

bahasa arab akan mendapat banyak kebaikan.Ini kerana bahasa arab merupkan salah

satu bahasa antarabangsa.

Model ini memberi penambahan ilmu yang berguna kepada murid.Diharap kan agar

model ini dapat diwajibkan kepada semua sekolah tidak lama lagi agar semua

mendapat manfaat dari model ini.

Model 6 Bulan Khatam Al-Quran

Model 6 Bulan dilaksanakan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dengan

menggunakan peruntukan waktu PI sedia ada. Model ini akan menggunakan

pendekatan talaqi dan musyafahah (iaitu satu kaedah pembelajaran secara bersemuka

dengan guru bagi mendengar, membetul kesalahan dan menyebut semula dengan baik

dan lancar). Murid yang belum menguasai bacaan al-Quran dibimbing dengan kaedah

IQRA’, sementara yang telah menguasainya diteruskan menggunakan model khatam

al-Quran modul 6 bulan.

Page 79: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

79

Objektif

1. Murid dapat menguasai kemahiran bacaan al-Quran dengan kaedah Iqra’.

2. Murid dapat membaca al-Quran dengan lancar dan bertajwid.

3. Murid dapat menghabiskan bacaan al-Quran sebanyak 30 juzuk.

4. Murid dapat menghabiskan surah-surah yang ditetapkan.

Kumpulan Sasaran

Semua murid yang beragama Islam Tahun Satu hingga Tahun Enam sekolah rendah.

Strategi Pelaksanaan

1. Tempoh Pelaksanaan

o Murid Tahun Satu dan Tahun Enam akan mengikuti aktiviti Model 6 Bulan

Khatam Al-Quran selama 6 bulan pertama setiap tahun (Januari hingga Jun).

Bagi 6 bulan berikutnya mereka akan mengikuti kurikulum Pendidikan Islam

berdasarkan sukatan pelajaran sedia ada.

2. Peruntukan Waktu

o Pengajaran dan pembelajaran di Tahun Satu berfokus kepada penguasaan

kemahiran membaca al-Quran selama 6 bulan (18 minggu Pengajaran dan

Pembelajaran) mulai Januari hingga Jun dengan peruntukan masa empat kali

seminggu. Dua waktu selebihnya digunakan untuk Pemulihan Jawi. Pada

enam bulan berikutnya mulai Julai hingga Disember peruntukan waktu

Asuhan Tilawah Al-Quran ialah tiga waktu, Ulum Syariah dua waktu dan Jawi

satu waktu.

Page 80: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

80

3. Peruntukan Waktu Tahun Dua

o Semua murid membaca al-quran menggunakan mashaf rasm uthmani. Guru

j-QAF dan GPI akan membimbing murid dengan menggunakan kaedah

(talaqqi musyafahah). Setiap bacaan akan direkod oleh guru dan modul P&P

model enam bulan pertama menjadi rujukan guru. Seterusnya, kaedah iqra’

akan digunakan untuk murid yang tidak menguasai bacaan al-quran.

Agihan Tugas

1. Ketua Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral, Penolong Pengarah

Kurikulum, Penyelia Pendidikan Islam Negeri, Pegawai j-QAF dan Penyelia

Pelajaran Daerah bertanggungjawab memastikan program j-QAF berjalan seperti

yang dijadualkan

2. Guru Besar bertanggungjawab

Mengadakan mesyuarat penyelarasan pelaksanaan program j-QAF

Memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan sempurna

Memantau pelaksanaan program

Mengesahkan laporan yang dibuat oleh guru dan dihantar ke Jabatan

Pelajaran Negeri. Laporan pencapaian murid dibuat menggunakan borang

Analisa Pencapaian Murid.

3. Ketua Panitia Pendidikan Islam bertanggungjawab

Bertindak sebagai setiausaha jawatankuasa pelaksana peringkat sekolah

Mengadakan mesyuarat dan perbincangan pelaksanaan program j-QAF

Bekerjasama dengan Guru j-QAF menyediakan keperluan pelaksanaan

program j-QAF

Menyemak laporan.

4. Guru Pendidikan Islam bertanggungjawab

Membimbing guru j-QAF dalam melaksanakan P & P

Penyelarasan P & P dalam bilik darjah

Page 81: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

81

Memastikan setiap murid memiliki Buku Rekod Bacaan Al- Quran

bersama guru j-QAF membuat pengesahan bacaan setiap murid

seminggu sekali dalam Buku Rekod Bacaan Al-Quran.

5. Guru j-QAF

Bersama guru Pendidikan Islam membahagikan murid-murid kepada

beberapa kelompok mengikut tahap penguasaan bacaan

Membantu dan membimbing murid secara individu

Mencatat bacaan murid dalam Buku Rekod Bacaan Al-Quran mengikut

kelompok masing-masing

Mengenalpasti kelemahan murid dan membuat catatan dalam Buku

Rekod Mengajar

Membuat laporan pencapaian murid sebanyak dua kali setahun iaitu pada

bulan Jun dan Oktober.

Penilaian

i) Penilaian Iqra’

1. Penilaian bacaan Iqra’ perlu dilakukan pada setiap 3 bulan kepada murid bagi

mengesahkan murid tersebut benar-benar menguasai bacaan yang direkodkan

oleh guru PI dan guru j-QAF.

2. Laporan penilaian yang dilengkapkan ini hendaklah difailkan untuk simpanan dan

dihantar ke pihak yang bertanggungjawab seperti berikut:

- Sekolah kepada Pejabat Pendidikan Daerah/Gabungan (PPD/PPG

pada setiap bulan Julai dan Oktober).

- PPD kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN pada setiap bulan

Julai dan Oktober).

- JPN kepada Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM dua kali

setahun iaitu Julai dan Oktober)

3. Penilaian hendaklah menggunakan ayat bacaan semasa murid. Penilaian ini

hendaklah berdasarkan panduan berikut:

Page 82: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

82

Agihan Markah :

Jumlah ayat : 60 markah

Kualiti bacaan : 40 markah

Markah jumlah ayat dikira berdasarkan jumlah ayat tertinggi yang di baca oleh

murid iaitu : ayat tertinggi X 60 = Jumlah ayat keseluruhan

ii) Penilaian Khatam Al-Quran

Laporan penilaian khatam al-quran hendaklah menggunakan boring analisa

pencapaian yang disediakan dan dihantar kepada pihak yang bertanggungjawab

seperti berikut :

Sekolah kepada Pejabat Pendidikan Daerah/Gabungan (PPD/PPG pada

setiap bulan Julai dan Oktober).

PPD kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN pada setiap bulan Julai

dan Oktober).

JPN kepada Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM dua kali

setahun iaitu Julai dan Oktober)

ANALISIS

Page 83: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

83

Model Enam Bulan Khatam Qur’an ini merupakan satu model yang mensasarkan

murid-murid dapat khatam al-Qur’an dalam masa enam bulan.Ia bermula pada bulan

Januari hingga Jun.

Kebaikan model ini adalah murid-murid yang terlibat dapat khatam al-Qur’an dalam

tempoh masa yang singkat.Murid juga akan lebih mengenali dan lebih mahir dalam

membaca al-Qur’an.

Bagi pelajar yang kurang cemerlang,mereka tidaklah ketinggalan dengan rakan-rakan

mereka yang lain kerana terdapat kaedah dan latihan yang diberikan supaya semua

pelajar dapat membaca al-Qur’an dengan baik.

Model Bestari Solat ( Ko-Kurikulum )

Model Bestari Solat adalah model kokurikulum yang dilaksanakan di luar jadual waktu

persekolahan. Pelaksanaannya selama dua hari tanpa bermalam dengan kekerapan 4

kali setahun. Ia dikategorikan sebagai aktiviti kokurikulum PI dan dimasukkan dalam

takwim sekolah. Pelaksanaannya juga memerlukan kerjasama semua pihak terutama

penglibatan PIBG, guru-guru sedia ada di sekolah dan tidak semata-mata diserahkan

kepada guru pendidikan Islam.

Objektif

Murid-murid akan :

Page 84: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

84

1. Dapat berwuduk dengan sempurna.

2. Dapat mengetahui bilangan rakaat solat-solat fardhu.

3. Dapat melaksanakan semua perbuatan serta bacaan dalam solat dengan betul

dan lancar.

4. Boleh solat dengan sempurna bersendirian atau berjamaah.

Kumpulan Sasaran

Murid-murid tahun satu.

Strategi Pelaksanaan

1. Taklimat hendaklah disampaikan kepada semua yang terlibat.

2. Aktiviti berbentuk latih tubi.

3. Dilaksanakan empat kali setahun selama 2 hari setiap kem tanpa bermalam.

4. Dicadangkan setiap kem 60 murid dan bahagikan kepada 10 kumpulan.

5. Menetapkan tempat dan masa untuk diadakan kem

6. Menetapkan jadual aktiviti diselaraskan

7. Menentukan fasilitator

8. Menentukan bilangan murid yang akan mengikuti kem

Agihan Tugas

1. PP. j-QAF, JPN Dan Penyelia Pendidikan Daerah/Gabungan bertanggungjawab :

Memberi taklimat perlaksanaan kem.

Memantau pelaksanaan kem.

Menghantar laporan ke japim menggunakan borang yang disediakan.

2. Guru Besar bertanggungjawab :

Memastikan program ini dilaksanakan dengan sempurna.

Meneliti dan mengemukakan laporan pelaksanaan kepada PPD dan JPN.

Penilaian

Page 85: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

85

1. Menentukan tahap kebolehan murid menunaikan solat.

2. Mencatatkan tahap pencapaian murid setiap kem diadakan.

3. Pencapaian murid hendaklah direkodkan.

4. Pelajar gagal menguasai solat selepas diadakan hendaklah diambil tindakan

susulan JPN hendaklah menghantar laporan perlaksanaan kem bestari solat

kepada JAPIM.

ANALISIS

Diantara semua model,model ini merupakan yang paling penting kerana melibatkan

fardhu ain.Solat adalah ibadat yang utama.Solat juga merupakan tiang ugama.Solat

juga mampu untuk mencegah kemungkaran.

Oleh itu adala penting untuk kita melaksanakan model ini dengan sebetulnya.Ramai

orang pada hari ini tidak bersolat dan tidak tahu cara bersolat.Dengan itu,tujuan model

ini adalah untuk mengajar murid-murid supaya murid-murid tersebut tahu,pandai dan

mempraktikkan solat sentiasa.

Model ini patut dipuji kerana satu usaha yang murni dan betul-betul dapat memberi

seribu kebaikan kepada murid-murid sekelian.Dan sepatutnya program ini ditambah

lebih banyak masa dan waktu agar lebih memberi kesan dan manfaat pada murid.

PENULISAN ILMIAH

Page 86: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

86

Pendidikan merupakan satu aspek yang penting di dalam kehidupan setiap individu. Pendidikan bermula sejak seorang itu dilahirkan sehinggalah ia menemui ajalnya. Pendidikan bagi manusia meliputi aspek jasmani,rohani, akal dan sosial. “Manusia mendidik anaknya supaya badannya sihat dan kuat, akalnya waras dan cerdas, rohaninya luhur dan berbudi pekerti tinggi, tahu bermasyarakat dan menyesuaikan diri dalam kelompoknya” (Musa bin Daia,1986).

Di antara pendidikan yang paling penting bagi setiap manusia ialah pendidikan Islam.”Pendidikan Islam adalah pendidikan yang melatih kepekaan para peserta didik sedemikian rupa sehingga sikap hidup dan perilaku, juga keputusan dan pendekatannya kepada semua jenis pengetahuan dikuasai oleh perasaan mendalam nilai-nilai etika dan spiritual Islam. Mereka dilatih dan mentalnya didisiplinkan, sehingga mereka mencari pengetahuan tidak sekadar untuk memuaskan keingin-tahuan intelektual atau hanya untuk keuntungan dunia material belaka, tetapi juga untuk mengembangkan diri sebagai makhluk rasional dan saleh yang kelak dapat memberikan kesejahteraan fisik, moral dan spiritual bagi keluarga, masyarakat dan umat manusia”(Syed Sajjad Husain & Syed Ali Ashraf , 2000)

Dalam konteks negara Malaysia, pihak kerajaan amat mementingkan pendidikan Islam. Pendidikan Islam mula diberikan kepada kanak-kanak sejak mereka berada di peringkat prasekolah hinggalah ke universiti. Untuk menanamkan ajaran-ajaran Islam di kalangan pelajar-pelajar dengan lebih berkesan, maka satu kurikulum yang lengkap,kemas dan tersusun rapi serta berkesinambungan amatlah diperlukan.

KURIKULUM

Definisi Kurikulum

Pengetahuan terus berkembang dan pendidikan semakin kompleks untuk memenuhi keperluan masyarakat dan negara. Kemajuan yang sentiasa dicapai dalam bidang pendidikan telah menyebabkan berubahnya konsep pendidikan dalam sebuah negara dari semasa ke semasa. Bagi mengimbangi perubahan konsep pendidikan, maka apa yang berlaku di dalam proses pendidikan juga perlu diubah agar pelajar dapat mengikuti perkembangan ilmu pengetahuan.

Dalam ertikata lain berubahlah kurikulum bagi setiap sekolah, maktab, universiti dan pusat pengajian tinggi lainnya. Selaras dengan perkembangan ini, maka definisi kurikulum juga turut berubah.

Berbagai-bagai definisi kurikulum telah dikemukakan oleh para pendidik, tokoh-tokoh ilmuan dan para sarjana dari berbagai bangsa. Ada pengertian yang sangat luas dan sebaliknya terdapat pengertian yang sempit. Perkataan kurikulum berasal dari

Page 87: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

87

bahasa Latin yang luas digunakan oleh bangsa Yunani. ’Curriculum’ dalam bahasa Latin bermaksud ‘Luang tempat pembelajaran berlaku’ (Sharifah Alwiah Alsagoff,1986).

Walaupun terdapat berbagai-bagai definisi untuk kurikulum, namun hampir semua makna, atau pengertian kurikulum dari definisi-definisi itu akan kembali ke pengertian asal, iaitu satu rancangan pengajian (Sharifah Alwiah Alsagoff,1986).

Di dalam kamus bahasa Arab kurikulum (Manhaj) sering didefinisikan sebagai jalan yang terang, atau jalan terang yang dilalui oleh manusia pada berbagai bidang kehidupannya. Seterusnya,Prof. Dr. Omar Al-Syaibani (1991) menjelaskan kurikulum (manhaj) dimaksudkan sebagai jalan terang yang dilalui oleh pendidik atau guru dengan orang-orang yang dididik atau dilatihnya untuk mengembangkan pengetahuan, keterampilan, dan sikap mereka.

Sementara itu Wiles dan Bondi (1993) memberikan definisi kurikulum sebagai:

“It is the range of experiences,both indirect and directed,concerned in unfolding the abilities of the individual,or it is a series of consciously directed training experiences that the school use for completing and perfecting the individual”

Menurut Zuharani (1983), ”Kurikulum adalah semua pengetahuan, kegiatan-kegiatan atau pengalaman belajar yang diatur dengan kaedah yang sistematik, yang diterima anak untuk mencapai suatu tujuan”.

Sementara itu Kementerian Pelajaran Malaysia (1984) menjelaskan ”Kurikulum bermaksud segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah ataupun institusi pelajaran untuk mencapai matlamat pendidikan”.

Seterusnya, Pg. Dr. Hj. Abu Bakar(2008) menjelaskan:

”Kurikulum adalah maklumat dan ilmu pengetahuan yang diajar oleh guru atau yang dipelajari oleh pelajar di sekolah atau lain-lain institusi pendidikan, dalam bentuk mata pelajaran yang terdapat dalam buku teks dalam setiap tahap pendidikannya”.

Ini bermakna kurikulum itu ialah segala pengalaman yang diperolehi oleh pelajar di sekolah yang mempunyai pengaruh yang baik terhadap kelakuan anak di bawah bimbingan guru bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan.

Akhirnya dapatlah diambil kesimpulan bahawa kurikulum bukan hanya meliputi mata pelajaran dan pengalaman yang berlaku dalam kelas, malah ia meliputi semua

Page 88: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

88

pengalaman, aktiviti, suasana dan pengaruh yang diberikan kepada pelajar atau yang mereka kerjakan atau yang mereka jumpai di sekolah atau yang dikelolakan oleh sekolah. Ini termasuklah , semua kegiatan, pengalaman budaya, seni, sukan dan sosial yang dikerjakan oleh pelajar di luar jadual waktu dan di luar bilik darjah yang dikelolakan oleh pihak sekolah.

BAB II: PENDIDIKAN ISLAM

2.1 Pendahuluan

Pendidikan Islam mempunyai sejarah yang panjang seiring dengan kedatangan Islam itu sendiri (Dr.Gamal Zakaria,2002). Pendidikan Islam berterusan seumur hidup, secara formal dan tidak formal. Ini bererti pendidikan yang berasaskan nilai-nilai Islamiah tidak hanya menghadkan pengajaran akademik dalam bilik darjah. Bimbingan dan asuhan yang dilakukan oleh para pendidik diusahakan setiap masa secara ikhlas bertujuan menjadikan individu beriman dan bertakwa (Kamarudin Hj.Kachar,1989).

2.2 Definisi Pendidikan Islam

Istilah “Pendidikan Islam” merupakan rangkai kata yang membawa makna yang sangat luas. Dalam ungkapan ini sendiri telah tersirat konsep, falsafah dan matlamatnya. Ini agak berbeza dengan kefahaman umum masyarakat hari ini yang menganggap pendidikan Islam itu ialah Mata Pelajaran Agama Islam atau Pengetahuan Agama Islam di sekolah(Mohd Yusuf Ahmad, 2004).

Untuk memberikan pengertian pendidikan Islam yang sempurna, terlebih dahulu kita menjelaskan makna kata ‘pendidikan’ dan ‘Islam’. Menurut Al-Attas,Hassan Langgulung dan Burlian Somad maksud pendidikan itu ialah perubahan dalaman dan perubahan tingkah laku (Mohd Yusuf Ahmad, 2004). Apabila disebut pendidikan Islam ia menjadi lebih khusus dan bermaksud pendidikan yang berteraskan syariat Islam yang berpandukan Al-Quran dan Al-Hadis, dan perubahan yang dikehendaki pula ialah perubahan rohani, akhlak dan tingkah laku menurut Islam.

Dalam bahasa Inggeris istilah pendidikan disebut education. Manakala dalam bahasa Arab pengertian kata pendidikan, sering digunakan pada beberapa istilah, antaranya “ta’lim” ( ( التعليم , tarbiyah ( ) التربية dan ta’dib ) . التاديب) Namun demikian, ketiga kata tersebut memiliki makna tersendiri dalam menunjuk atau menerangkan pengertian pendidikan (Dr. Samsul Nizar,M.A: 2001).

Kata at-ta’lim merujuk kepada pengajaran yang bersifat pemberian atau penyampaian pengertian, pengetahuan, dan keterampilan. Kata at-tarbiyah membawa

Page 89: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

89

erti mengasuh, mendidik, dan memelihara. Sementara Kata at-ta’dib dapat diertikan sebagai proses mendidik yang memfokuskan kepada pembinaan dan penyempurnaan akhlak atau budi pekerti pelajar. Pendidikan adalah ‘latihan atau ajaran’ (Dr.Teuku Iskandar,1986). Sementara itu menurut al-Quran, Islam ialah penyerahan diri dan kepatuhan sesuai dengan firman Allah swt dalam Surah Ali ‘Imran ayat 83:

واليه وكرها طوعا واالرض السموت فى من اسلم وله يبغون الله دين افغير يرجعون

“Maka apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah, padahal kepada-Nyalah berserah diri segala apa yang di langit dan di bumi,baik dengan

suka maupun terpaksa dan hanya kepada Allahlah mereka dikembalikan”

Ini menunjukkan kepada kita bahawa, pendidikan Islam merupakan usaha-usaha pembentukan anak-anak sesuai dengan ajaran Islam, maka dengan itu melalui pendidikan Islam akan dapat menyerapi dan menyedari hal-hal yang sebenar atau hakikat-hakikat baik dalam ajaran dan amalan Islam, atau apa yang terkandung dalam akidahnya, ibadatnya, sistem akhlaknya dan juga ajaran syariatnya yang dilihat dari segi hukum-hukumnya yang zahir. Ahli-ahli fikir Islam berpendapat bahawa dengan menyedari hal-hal ini semua manusia akan mencapai kebahagiaan dalam dunia dan akhirat (Dr. Haron Din & Dr. Sobri Salamon, 1988)

Lebih jauh lagi, pendidikan Islam ialah satu ‘kesatuan’ yang terdiri daripada dua aspek yang bersepadu. Yang pertama ialah bahawa sebahagian daripada ajaran Islam dan undang-undang serta moral hendaklah diajar dengan begitu rupa untuk membolehkan pelajar memahami, setakat yang memadai, asas-asas Islam. Aspek yang kedua ialah untuk melatih pemikiran pelajar dengan cara yang saintifik dan rasional supaya dia dapat menyelaraskan perilakunya dengan moral, undang-undang dan keimanannya terhadap Islam (Muhammad Hamid Al-Afendi & Nabi Ahmed Baloch, 1992) .

Menurut Mohd Kamal Hasan, pendidikan Islam menyatukan semua ilmu pengetahuan di bawah authority dan pengendalian Al-Quran dan Sunnah yang merupakan teras dalam sistem pendidikan dan kebudayaan Islam seluruhnya. Akidah Islam menjadi pusat bagi semua ilmu serta sifatnya integrated. Menurut beliau pendidikan Islam itu bolah dibahagi dua, iaitu formal dan informal (Mohd Yusuf Ahmad,2004).

Akhirnya, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa tiada makna yang tepat bagi pendidikan Islam namun dapat difahami oleh semua orang bahawa pendidikan Islam adalah satu usaha untuk mengembangkan fitrah manusia sesuai dengan ajaran agama Islam berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah yang akhirnya akan mewujudkan satu

Page 90: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

90

masyarakat yang bertamadun tinggi, penuh rahmat dan kebahagiaan serta mendapat keredaan Allah.

2.3 Dasar Pendidikan Islam

Dasar adalah tempat bermula sesuatu aktiviti manusia. Maka ketika menetapkan dasar sesuatu perkara, khasnya dasar pendidikan Islam, setiap individu akan menjadikan pandangan hidup dan hukum-hukum dasar agamanya sebagai panduan. Pendidikan Islam adalah satu aktiviti manusia yang mempunyai dasar-dasar tertentu. Adapun dasar pendidikan Islam ialah al-Quran,Hadith (As-Sunnah) dan Ijtihad para ulama.

2.4 Tujuan Pendidikan Islam

Tujuan adalah dasar yang hendak dicapai dalam semua kegiatan manusia.Tujuan berfungsi untuk mengarahkan, mengendalikan dan mengembangkan sesuatu kegiatan. Oleh sebab itu setiap tujuan hendaklah dirumuskan dengan tegas dan jelas. Dengan adanya tujuan semua aktiviti dan pergerakan manusia akan menjadi terarah dan bermakna.

Kefahaman kita mengenai tujuan hidup di dunia adalah penting untuk menetapkan tujuan pendidikan Islam kerana setiap didikan yang diterima oleh manusia adalah untuk mencapai tujuan hidup tersebut.

Menurut Islam, manusia diturunkan ke bumi oleh Allah swt adalah sebagai seorang khalifah yang mempunyai tugas untuk:

i.Memakmurkan bumi demi kebahagiaan hidup seperti firmannya dalam Surah Faathir ayat 39:

االرض في لف خال جعلكم ي لذ ا هو

Ertinya: “Dia-lah (Allah) yang menjadikan kamu khalifah-khalifah di muka bumi”

ii.Berbakti kepada Allah swt seperti firmannya dalam Surah Adz-Dzaariyaat ayat 56:

االليعبدون واالنس الجن خلقت ما و

Ertinya: “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku”

Daripada keterangan di atas dapatlah dirumuskan bahawa, “tujuan sejati pendidikan Islam adalah menghasilkan orang-orang yang beriman dan juga berpengetahuan, yang

Page 91: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

91

satu sama lain saling menompang. Islam tidak memandang bahawa pencarian pengetahuan adalah demi pengetahuan sendiri tanpa merujuk pada cita-cita spiritual yang harus dicapai manusia, tetapi untuk mewujudkan sebanyak mungkin kemaslahatan bagi umat manusia. Pengetahuan yang diceraikan dari agama bukan hanya membuat pengetahuan menjadi bias, bahkan akan menjadikannya sebagai kejahilan jenis modern. Islam menganggap orang yang tidak beriman kepada Allah swt sebagai orang yang tidak berpengetahuan. Orang semacam ini, betapapun luas pengetahuannya, hanya akan mempunyai pandangan yang tidak lengkap mengenai jagat raya” (Syed Sajjad Husain & Syed Ali Ashraf,2000).

Sementara itu menurut Sayid Sabiq (1981) ,tujuan pendidikan Islam ialah agar jiwa seseorang dapat terdidik secara sempurna. Agar seseorang dapat menunaikan kewajipan-kewajipannya kerana Allah. Dapat berusaha untuk kepentingan keluargannya, kepentingan masyarakatnya, serta dapat berkata jujur, dan berpihak kepada yang benar serta mahu menyebarkan benih-benih kebaikan pada manusia. Apabila seseorang mempunyai sifat-sifat seperti itu, bererti ia telah mencapai tingkat orang-orang salih sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah, iaitu orang-orang yang berpegang teguh pada agamanya.

Pendidikan Islam juga bertujuan untuk mencapai keseimbangan pertumbuhan dari peribadi manusia secara menyeluruh melalui latihan-latihan kejiwaan, akal fikiran, kecerdasan, perasaan dan pancaindera. Oleh kerana itu pendidikan Islam harus mengembangkan seluruh aspek kehidupan manusia, baik spiritual, intelektual, imaginasi (fantasi), jasmani, keilmiahannya, bahasanya, baik secara individual maupun kelompok, dan mendorong aspek-aspek tersebut kearah kebaikan dan pencapaian kesempurnaan hidup ( Abdul Raof Dalip, 1990).

Sementara itu, menurut hasil Kongres Pendidikan Islam Sedunia Tahun 1980 di Islamabad, menyebutkan bahawa pendidikan Islam haruslah bertujuan mencapai pertumbuhan keperibadian manusia yang menyeluruh, secara seimbang melalui latihan jiwa, intelek, diri manusia yang rasional, perasaan dan indera. Kerana itu, pendidikan harus mencapai pertumbuhan manusia dalam segala aspeknya; spiritual, intelektual, imajinatif, fisik, ilmiah dan bahasa secara individual maupun kolektif. Mendorong semua aspek kearah kebaikan dan mencapai kesempurnaan. Tujuan akhirnya adalah dengan perwujudan ketundukan yang sempurna kepada Allah, baik secara peribadi, komunitas, maupun seluruh umat manusia (Dr. Samsul Nizar,M.A, 2001)

Akhirnya dapatlah diambil kesimpulan bahawa tujuan pendidikan Islam itu tidak statik. Ia sering mengalami perubahan mengikut kepentingan dan perkembangan masyarakat di mana pendidikan itu dilaksanakan. Walaupun begitu sebagai umat Islam

Page 92: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

92

kita mestilah berpegang teguh dan terus merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah dalam melaksanakan tujuan pendidikan Islam.

2.5 Matlamat Pendidikan Islam

Pendidikan Islam mempunyai beberapa matlamat tertentu. Di antara matlamat-matlamatnya adalah jelas untuk melahirkan insan yang budiman, beriman, bertakwa dan salih. Pendidikan Islam nyata sekali menuju ke arah perkembangan tingkahlaku yang sihat. Ekoran daripada matlamat murni ini berkembanglah manusia yang menyedari hakikat lahirnya sebagai hamba Allah swt yang menurut perintahnya, yang beramanah dan bertanggungjawab (Kamarudin Hj. Kacar,1989).

Menurut Dr. Abdur Rosyad Syuhudi(1990) di antara matlamat pendidikan Islam itu ialah untuk mengenal diri manusia itu sendiri, untuk mengenal tugas dan tanggungjawab manusia, untuk menyusun struktur masyarakat, untuk membentuk akhlak yang mulia di kalangan manusia, untuk menjaga kepentingan agama dan kehidupan serta untuk memberikan kepentingan jasmani dan rohani.

Ustaz Abdul Raof Dalip (1990) ada menyatakan beberapa matlamat pendidikan Islam. Antaranya ialah untuk mentauhidkan diri kepada Allah,untuk pembentukan akhlak yang mulia, menyedarkan manusia mengenai keperluan ilmu pengetahuan, menyedarkan manusia mengenai peranannya sebagai Khalifah, untuk pembentukan insan soleh, untuk pembentukan akhlak atau syahsiah Islamiah di dalam diri manusia, untuk mempersiapkan manusia bagi kehidupan di dunia dan di akhirat, untuk memberi perhatian serta menjaga kemanfaatan individu dan masyarakat, dan akhir sekali untuk penyediaan tenaga mahir dan profesion dalam berbagai bidang kehidupan.

Ghazali Darussalam (2004) di dalam buku ‘Pedagogi Pendidikan Islam’ ada menyebutkan beberapa pendapat sarjana dan ilmuan mengenai matlamat pendidikan Islam. Antaranya, Prof. Dr. Mohd. Athiyah Al-Abrasyi menjelaskan matlamat pendidikan Islam adalah;

“Pendidikan hendaklah menyediakan seseorang itu sehingga ia dapat hidup dengan sempurna, bahagia, cintakan negara, kuat jasmaninya, sempurna akhlaknya, teratur pendidikannya, halus dan murni perasaannya, cekap dalam kerjanya, berkerjasama dengan orang lain, baik bahasanya, tulisannya dan lisannya serta tangannya dapat membuat sesuatu pekerjaan itu dengan baik.”

Daripada keterangan di atas maka jelaslah bahawa tujuan dan matlamat pendidikan Islam itu tidak jauh berbeza malah hampir sama. Sebagai rumusan kita lihat petikan berikut;

Page 93: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

93

“Al-Qabisi, berpendapat bahawa tujuan pendidikan adalah untuk mengetahui ajaran agama baik secara ilmiah maupun secara amaliah. Ini kerana dia termasuk ulama ahli fiqih dan tokoh dari ulama ahli sunnah wal jama’ah. Sedangkan Ibnu Maskawih berpendapat bahawa tujuan pendidikan ialah tercapainya kebajikan,kebenaran dan keindahan. Ikhwan As-Safa, cenderung berpendapat bahawa tujuan pendidikan itu adalah mengembangkan faham filsafat dan akidah politik yang mereka anut. Al-Ghazali, berpendapat bahawa tujuan pendidikan itu adalah melatih para pelajar untuk mencapai makrifat kepada Allah melalui jalan tasawuf iaitu dengan mujahadah dan riyadhah.

BAB III: KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM

3.1 Definisi Kurikulum Pendidikan Islam

Kurikulum pendidikan Islam adalah bahan-bahan pendidikan Islam berupa kegiatan, pengetahuan dan pengalaman yang dengan sengaja dan sistematis diberikan kepada anak didik dalam rangka mencapai tujuan pendidikan Islam. Atau dengan kata lain kurikulum pendidikan Islam adalah semua aktiviti, pengetahuan dan pengalaman yang dengan sengaja dan secara sistematis diberikan oleh pendidik kepada anak didik dalam rangka tujuan pendidikan Islam (H.syamsul Bahri Tanrere, 1993).

Berdasarkan keterangan di atas, maka kurikulum pendidikan Islam itu merupakan satu komponen pendidikan agama berupa alat untuk mencapai tujuan. Ini bermakna untuk mencapai tujuan pendidikan agama (pendidikan Islam) diperlukan adanya kurikulum yang sesuai dengan tujuan pendidikan Islam dan bersesuaian pula dengan tingkat usia, tingkat perkembangan kejiwaan anak dan kemampuan pelajar.

3.2 Perkara Pokok Dalam Kurikulum Pendidikan Islam

Kurikulum pendidikan Islam meliputi tiga perkara iaitu masalah keimanan (aqidah), masalah keislaman (syariah) dan masalah ihsan (akhlak). Bahagian aqidah menyentuh hal-hal yang bersifat iktikad (kepercayaan). Termasuklah mengenai iman setiap manusia dengan Allah,Malaikat,Kitab-kitab, Rasul-rasul, Hari Qiamat dan Qada dan Qadar Allah swt.

Bahagian syariah meliputi segala hal yang berkaitan dengan amal perbuatan manusia dalam kehidupan sehari-hari yang berpandukan kepada peraturan hukum Allah dalam mengatur hubungan manusia dengan Allah dan antara sesama manusia.

Page 94: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

94

Bahagian akhlak merupakan suatu amalan yang bersifat melengkapkan kedua perkara di atas dan mengajar serta mendidik manusia mengenai cara pergaulan dalam kehidupan bermasyarakat.

Ketiga-tiga ajaran pokok tersebut di atas akhirnya dibentuk menjadi Rukun Iman,Rukun Islam dan Akhlak. Dari ketiga bentuk ini pula lahirlah beberapa hukum agama, berupa ilmu tauhid, ilmu fiqeh dan ilmu akhlak. Selanjutnya ketiga kelompok ilmu agama ini kemudian dilengkapi dengan pembahasan dasar hukum Islam, iaitu al-Quran dan al-Hadis serta ditambah lagi dengan sejarah Islam.

Sementara itu menurut Dr. Hj. Maimun Aqsa, perkara yang perlu didahulukan dalam kurikulum pendidikan Islam ialah al-Quran, Hadis dan juga Bahasa Arab. Kedua ialah bidang ilmu yang meliputi kajian tentang manusia sebagai individu dan juga sebagai anggota masyarakat. Menurut istilah moden hari ini, bidang ini dikenali sebagai kemanusiaan (al-ulum al-insaniyyah). Bidang-bidangnya termasuklah psikologi, sosiologi, sejarah, ekonomi dan lain-lain. Ketiga bidang ilmu mengenai alam tabie atau sains natural ( al-ulum al-Kauniyyah), yang meliputi bidang-bidang seperti astronomi, biologi dan lain-lain.

Ruang lingkup materi pendidikan Islam sebenarnya ada terkandung di dalam al-Quran seperti yang pernah dicontohkan oleh Luqman ketika mendidik anaknya. Bagi Negara Malaysia Keluasan ruang lingkup pendidikan Islam tertakluk kepada pihak Kementerian Pendidikan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jabatan Perkembangan Kurikulum, tingkat kelas, tujuan dan tingkat kemampuan pelajar. Bagi sekolah Arab dan agama khas tentunya mempunyai pembahasan yang lebih luas dan lebih terperinci berbanding sekolah umum. Begitu juga terdapat perbezaan yang jelas di antara peringkat rendah, menengah dan peringkat tinggi dan universiti.

Sedangkan mengenai sistem pengajaran dan teknik penyampaian adalah terserah kepada kebijakan guru melalui pengalamannya dengan cara memperhatikan bahan yang tersedia,waktu serta jadual yang sudah ditetapkan oleh pihak tertentu.

“Bagi pengajian tinggi, Pengajaran Agama Islam hendaklah dijadikan suatu mata pelajaran khas yang juga merupakan suatu pengajian yang mendalam mengenai sesuatu hukum dan difahamkan maksud-maksud pengajaran Agama Islam itu supaya mereka dapat mengamalkan pengajaran itu menjadi sebagai suatu cara hidup dan menjadi panduan semasa mempelajari ilmu-ilmu yang lain terutama sekali ilmu Sains” (Hj.Mohd. Jamil Al-SufrI, 1982)

Bagi merumuskan maksud prinsip-prinsip kurikulum pendidikan Islam kita lihat pandangan Prof. Mohd. Athiyah (Tajul Ariffin Noordin, 1990). Beliau menjelaskan;

Page 95: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

95

“Pendidikan moden sekarang ini memerlukan pendidikan Islam. Iaitu pendidikan idealis yang bersifat kerohanian, moral dan keagamaan. Ini membuatkan kita belajar untuk ilmu dan kelazatan ilmiah. Dengan demikian kita terlepas daripada keruntuhan, kejahatan dan kemiskinan, penjajahan dan keangkaramurkaan, serta peperangan-peperangan dengan segala bencana yang ditimbulkannya. Demi untuk mendapat bersama menikmati suatu kehidupan yang abadi hidup bersama saling bantu-membantu dan dalam suasana demokrasi dan bahagia”

3.3 Penyusunan Kurikulum Pendidikan Islam

Di antara perkara yang paling penting di dalam pembentukan setiap kurikulum, tidak terkecuali kurikulum pendidikan Islam, ialah penyusunannya. Untuk penyusunan yang rapi dan berkesan, kerjasama antara pihak sekolah dan pihak penggubal kurikulum amatlah diperlukan. Penyusunan tersebut hendaklah menitikberatkan kesesuaiannya menurut kemampuan pelajar.

Penyusunan kurikulum yang tepat akan membawa manusia semakin hampir kepada Allah. Seterusnya akan melahirkan genarasi manusia “para sahabat” yang intelek, berilmu, beriman dan baramal. Kurikulum yang disusun hendaklah berkesinambungan dari peringkat rendah hinggalah ke peringkat menengah berterusan ke peringkat universiti bersesuai dengan kehendak dan keperluanNegara.

Selanjutnya, oleh kerana matlamat kurikulum dan pendidikan Islam untuk melahirkan individu yang sempurna, samaada dari segi rohani mahupun jasmani, mata pelajaran dalam kurikulum itu hendaklah bersifat sepadu. Dengan kata lain mata pelajaran dalam kurikulum pendidikan Islam tidaklah terbatas kepada ilmu-ilmu yang berbentuk teoritis sahaja, baik bersifat naqli mahupun aqli tetapi juga berbentuk praktis, seperti pendidikan jasmani,latihan ketenteraan, teknik, pertukangan, pertanian dan perniagaan. Kurikulum yang semata-mata membekalkan pelajaran yang berbentuk spiritual boleh menyulitkan sesuatu institusi pengajian khususnya dari segi pembangunan material ( Hj. Abdullah Ishak, 1989)

BAB V: PENUTUP

4.1 Kesimpulan

Berdasarkan kepada rencana yang ditulis ini maka dapatlah penulis membuat beberapa kesimpulan seperti berikut:

i. Pendidikan Islam mencelup keperibadian Muslim dengan celupan yang khas yang membezakan dari bentuk-bentuk pendidikan yang lain. (Hassan Langgulung,1979). Pernyataan di atas memberi gambaran kepada kita

Page 96: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

96

bahawa pendidikan Islam merupakan faktor utama yang paling penting untuk membentuk ketinggian peribadi setiap Muslim. Pendidikan Islam mempunyai tujuan-tujuan dan matlamat-matlamat tertentu yang semata-mata untuk mewujudkan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat dan seterusnya untuk memperolehi keredaan Allah s.w.t.

ii. Skop pendidikan Islam terlalu luas. Ia merangkumi syariah, adabiah, riadhah, akliah dan seluruh penghidupan manusia,perbuatan, tingkahlaku dan amalan. Untuk menghayati skop pendidikan Islam ini, maka setiap individu Muslim haruslah memahami terlebih dahulu asas-asas dan konsep yang bertunjangkan akidah Islamiah. Kemudian diikuti dengan akliah ilmu pengetahuan, akhlak dan kesihatan. Pendidikan Islam itu memerlukan amalan dan penghayatan sebab seseorang itu tidak boleh mengamalkan sesuatu perkara tanpa memahaminya terlebih dahulu, khasnya asas-asas pendidikan Islam, seperti mengenal Allah, memahami rukun-rukun iman dan rukun-rukun Islam dan sebagainya (Ustaz Abdul Raof Dalip, 1990).

Jelasnya,di dalam pendidikan Islam terkumpul empat bidang utama iaitu pendidikan jiwa, pembersihan rohani, pembentukan akal fikiran yang sihat serta kecergasan tubuh badan.

iii. Kurikulum Pendidikan Islam “bertujuan menanamkan kepercayaan dalam pemikiran dan hati genarasi muda, pemulihan akhlak dan membangunkan jiwa rohani. Ia juga bertujuan untuk memperoleh pengetahuan secara berterusan, gabungan pengetahuan dan kerja, kepercayaan dan akhlak dan penerapan amalan teori dalam hidup” (Muhammad Hamid Al-Afendi & Nabi Ahmed Baloch, 1992)

iv. Dalam konteks Negara Malaysia pihak kerajaan pernah menegaskan tentang kepentingan penyusunan kurikulum secara teliti. Penekanan ini dibuat dengan tujuan untuk melahirkan penuntut-penuntut yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya:

Manakala dibidang pendidikan khususnya pendidikan agama (Islam) pihak kerajaan tetap mengutamakan pendidikan Islam agar rakyat dan penduduk Negara Malaysia yang berugama Islam dapat menghayati Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap. Dengan itu negara Islam akan tetap wujud dan bangsa Melayu yang mendaulatkan raja akan terus gemilang yang berpegang kepada konsep Melayu Islam Beraja yang sewajibnya dikekalkan sepanjang zaman

Akhir kata kurikulum pendidikan Islam di Malaysia mampu untuk menjana modal insan

terbaik yang memenuhi kriteria ulul albab seperti yang pernah dilaungkan oleh bekas

Perdana Menteri Malaysia yang ke 5,Tun Abdullah Ahmad Badawi.Namun,perkara ini

Page 97: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

97

memerluka kerjasama semua pihak bagi melaksanakan dan merealisasikan harapan

untuk memacu bidang pendidikan terutama Pendidikan Islam bagi membentuk pelajar

menjadi seorang hamba Allah yang taat.

Page 98: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

98

Draf Cadangan PenambahbaikanKurikulum Pendidikan Islam di Malaysia

Kurikulum pendidikan di Malaysia terutama kurikulum Pendidikan Islam boleh di anggap

terbaik.Ini kerana dalam kurikulum ini bukan sahaja menumpukan kepada akademik

tetapi juga seimbang dari aspek lain.Ini berteraskan dengan prinsip JERI dalam falsafah

pendidikan kebangsaan.Namun ruang untuk penambahbaikan tidak boleh ditutup.Ini

bagi memastikan kurikulum ini berterusan memberi manfaat kepada para pelajar dan

guru.

Tiada kelemahan besar dalam sistem kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia sekarang

ini.Walaupun begitu,satu masalah yang boleh kita lihat disini adalah guru atau pendidik

terpaksa memikul beban yang berat.

Guru sekarang bukan hanya bertindak sebagai guru namun banyak lagi kerja yang

perlu dilakukan oleh seorang guru selain mengajar.Ini menyebabkan guru tidak dapat

memberikan penumpuan sepenuhnya kepada perkembangan pelajar.

Ini menyebabkan murid agak ketinggalan dan guru pula yang dipersoalkan atas prestasi

murid tersebut.Ramai guru yang mengalami tekanan kerana terlalu banyak kerja

terutama yang bukan dalam bidang perguruan atau melibatkan proses pembelajaran

dan pengajaran.

Selain itu,satu lagi masalah ialah guru tidak pandai atau tiada kepakaran untuk menarik

minat pelajar dalam kelas.Ini menyebabkan murid tiada minat untuk belajar.Guru hanya

membaca buku teks sahaja dan tiada aktiviti lain.

Page 99: PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH PIM 3101

99

Oleh itu,sedikit penambahbaikan perlu dibuat untuk mengatasi masalah ini.Yang

pertama ringankan tugas guru dan hanya tumpukan kepada peranan guru untuk

mendidik murid sehingga menjadi manusia yang berguna sahaja.Dan yang

kedua,berikan contoh aktiviti kepada guru bagi memudahkan guru melaksanakannyan

didalam kelas.

Sedikit sahaja penambaikan ini yang perlu dibuat kerana secara

keseluruhannya,kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia boleh dianggap terbaik dan

memenuhi kehendak yang ditetapkan.