sistem kardiovaskular - upm edutrain … · web viewsel-sel kulit yang terlibat aktif dalam proses...
TRANSCRIPT
JABATAN SAINS BIOPERUBATAN FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATANUNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
TUGASAN
PENGENALAN FISIOLOGI MANUSIA (SBP3110)Sesi 2010/2011
TUGASAN
NAMA :
NO. MATRIK :
ARAHAN:
Tugasan ini mengandungi 13 unit dan 10 soalan bagi setiap unit.
Sila tulis jawapan anda diruangan yang disediakan.
Hantar tugasan anda ke:
“TUGASAN SBP 3110”Bahagian AkademikPusat Pendidikan LuarUniversiti Putra Malaysia43400 UPM SerdangSELANGOR DARUL EHSAN
Semua Tugasan MESTI sampai ke Pusat Pendidikan Luar 2 MINGGU SEBELUM tarikh peperiksaan akhir semester.
** Tugasan yang lewat akan DITOLAK 2 markah bagi setiap hari yang lewat.
UNIT 1: PENGENALAN KEPADA FISIOLOGI
1. Sistem badan yang menyumbang kepada penghantaran gas oksigen dan
nutrien-nutrien kepada sel-sel dan membawa gas karbon dioksida keluar
daripada sel-sel adalah sistem _____________
Padankan terminologi berikut dengan definisi atau penerangan yang betul:
A) Struktur kecil dalam sel
B) Struktur yang mengandungi beberapa jenis tisu
C) Struktur unit asas bagi semua hidupan
D) Sekumpulan organ yang mempunyai fungsi yang serupa
E) Sekumpulan sel yang mempunyai fungsi dan struktur yang sama
2. Sel ______________
3. Organ ______________
4. Sistem organ ______________
5. Organel ______________
6. Tisu ______________
7. Pundi hempedu, hati dan pankreas adalah sebahagian organ bagi sistem
_____________
8. ____________ adalah bahagian dalam sistem maklumbalas yang
menghantar maklumat berkenaan perubahan dalam persekitaran ke pusat
kawalan.
9. Kegagalan mengawal homestasis akan menyebabkan ________________
10. Contoh organ yang terdapat dalam kaviti toraks adalah ____________ dan
_____________
UNIT 2: STRUKTUR DAN FUNGSI SEL
1. Cecair yang mengelilingi setiap sel dalam badan dikenali sebagai cecair
_______________
2. _____________ adalah pengangkutan molekul dari kawasan yang
berkepekatan tinggi ke kawasan berkepekatan rendah.
Soalan berikut merujuk kepada gambarajah di atas:
Sel darah merah telah dimasukkan ke dalam 3 jenis larutan iaitu hipotonik, isotonic dan
hipertonik.
3. Apakah larutan “A”?
______________________
4. Apakah larutan “B”?
______________________
5. Apakah larutan “C”?
______________________
6. Namakan proses yang dialami sel darah merah dalam larutan “B”
Namakan organel sel yang mempunyai fungsi/penerangan berikut:
7. Menghasilkan ATP
_______________________
8. Mengandungi enzim hidrolisis
_______________________
9. Mengandungi kromosom
________________________
10. Sintesis protin
________________________
UNIT 3: SISTEM INTEGUMEN
1. Pigmen yang dihasilkan oleh sel khas dalam strata germinativum adalah
__________
2. Kelenjar mamari adalah modifikasi kelenjar _____________
3. Warna kemerahan pada seseorang yang berkulit cerah adalah disebabkan
oleh pigmen _____________ dalam sel darah merah.
4. Lapisan epidermis yang sentiasa membahagi bagi menghasilkan sel-sel
baru adalah lapisan ___________.
5. Lapisan epidermis yang terluar sekali adalah lapisan _____________.
6. Keratin terdapat dilapisan ____________ epidermis.
7. Kelenjar peluh yang bertanggungjawap mengawal suhu badan adalah
_________.
8. Kelenjar peluh ___________ menghasilkan rembesan yang mempunyai
bau.
9. Saluran darah di bawah kulit akan ___________, apabila suhu badan
menurun bagi menghalang kehilangan haba daripada badan.
10. Sel-sel kulit yang terlibat aktif dalam proses keimunan adalah ___________
UNIT 4: SISTEM OTOT
Padankan aksi atau struktur berikut dengan jenis otot yang bersesuaian
a) Otot rangka
b) Otot licin
c) Otot jantung
1. Pergerakan kaki semasa berjalan
__________________________
2. Degupan Jantung
__________________________
3. Pengecutan pundi kencing
__________________________
4. Peristalsis
__________________________
5. Persimpangan saraf-otot
__________________________
Soalan berikut adalah berasaskan kepada gambarajah persimpangan saraf-otot di bawah:-
6. Struktur “C” adalah ____________________
7. Neurotransmiter yang terdapat dalam struktur “C” adalah ________________
8. Struktur “A” adalah __________________________
9. Namakan enzim yang terdapat dalam struktur “D” _______________________
10. Namakan proses pembebasan neurotransmitter oleh struktur “C” kedalam
struktur “D” ________________________
UNIT 5: SISTEM SARAF
1. Sistem saraf boleh dibahagikan kepada 2 bahagian utama iaitu __________ dan
___________
Soalan 2 - 4 merujuk kepada gambarajah neuron diatas:
2. Fungsi struktur “A” adalah _________________________
3. Namakan struktur “B” _______________________________
4. Apakah kelebihan neuron yang mempunyai struktur “B” berbanding dengan
neuron yang tidak mempunyai struktur tersebut?
________________________________________________________________
5. Motor neuron yang membawa arahan daripada sistem saraf pusat ke otot licin
dan jantung adalah bahagian sistem saraf ____________.
Bagi soalan berikut, padankan sel neuroglia dengan fungsinya:
a) Mempengaruhi fungsi “blood brain barrier”
b) Makrofaj dalam system saraf pusat
c) Menghasilkan cecair serebrospinal
d) Membentuk lapisan meilin dikeliling akson dalam system saraf pusat
e) Membentuk lapisan meilin dikeliling bahagian akson dalam sistem saraf pinggir.
6. Mikroglia _________________
7. Sel Schwann _________________
8. Oligodendrosit _________________
9. Astrosit _________________
10. Sel epindimal _________________
UNIT 6: ENDOKRINOLOGI
Soalan 1-4 merujuk kepada gambarajah di atas:
Nyatakan contoh satu (1) hormon yang dihasilkan oleh struktur
1. “A” ________________
2. “B” ________________
3. “C” ________________
4. “E” ________________
Apakah hormon yang mempunyai fungsi berikut:
5. Merangsang sintesis hormone-hormon tiroid ______________________
6. Meningkatkan perembesan adrenal korteks _______________________
7. Penghasilan susu _________________________
8. Merendahkan paras kalsium darah _____________________________
9. Hormon-hormon yang boleh merentasi plasma membran tanpa bergabung
dengan reseptor dikelaskan sebagai hormon _________________
10. Bahagian endokrin pada pankreas mengandungi sekumpulan sel yang dikenali
sebagai ________________ menghasilkan insulin.
.
UNIT 7: SISTEM KARDIOVASKULAR
Merujuk kepada gambarajah di atas, sel-sel tersebut dihasilkan melalui hematopoiesis:
1. Apakah sel “A” ______________________________
2. Apakah “B” ________________________________
3. Apakah fungsi utama sel “C” ________________________________________
4. Apakah fungsi utama sel “D” ________________________________________
5. Apakah fungsi utama sel “E” ________________________________________
Soalan berikut merujuk kepada gambarajah di atas.
6. Namakan bahagian “A”_________________, “B” ____________________, “C”
____________________ dan “D” ________________________.
Sila gunakan huruf yang terdapat dalam gambarajah bagi menjawab soalan berikut:
7. Bahagian ini mengepam darah ke lingkaran sistemik (systemic circuit)
_______________
8. Apabila darah melepasi injap bicuspid, ia memasuki bahagian ini
_____________
9. Darah meninggalkan bahagian ini apabila melepasi injap
tricuspid_____________
10. Bahagian ini mengepam darah ke lingkaran koronari (coronary circuit)
________
UNIT 8: SISTEM LIMFATIK DAN KEIMUNAN
Padankan ciri berkaitan dengan jenis keimmunan (soalan 1 – 7):
A) Keimmunan innate
B) Keimmunan berperantarakan antibodi
C) Keimmunan berperantarakan sel
D) Kedua-dua keimmunan berperantarakan antibodi dan sel
E) Keimmunan innate, berperantarakan antibody dan sel
1. Sel-sel yang menghasilkan keimunan ini adalah limfosit ___________
2. Antibodi dihasilkan _________
3. Sel B __________
4. Air mata dan air liur ___________
5. Penolakan organ (organ rejection) ____________
6. Histamin dihasilkan ___________
7. Neutrofil dan makrofaj __________
8. Sel T limfosit menjalani proses pematangan di_______________________
9. Sel B bertambah bilangannya dan membahagi menjadi sel _____________ di
nodus limfa.
10. Antibodi yang diperolehi oleh bayi melalui susu ibu adalah contoh keimunan
jenis ___________________________.
UNIT 9: SISTEM RESPIRASI
1. Fungsi sel alveolar jenis II adalah menghasilkan ____________
2. Komponen membran respiratori adalah _______________, _____________,
dan _______________
3. Karbon dioksida diangkut dalam hemoglobin dalam bentuk _____________.
4. Bronki bercabang membentuk stuktur yang lebih halus yang dikenali sebagai
__________.
5. Hukum __________ menerangkan hubungan diantara isipadu dan tekanan.
6. Apabila diafragma mengecut, isipadu rongga torak __________ dan tekanan
dalam paru-paru ___________.
7. Kebanyakkan oksigen yang meresap masuk kedalam darah diangkut ke sel-sel
dalam bentuk ______________.
8. Enzim yang bertanggungjawap dalam memangkinkan pembentukkan asid
karbonik adalah ______________.
9. Struktur yang menghalang makanan dari memasuki saluran pernafasan adalah
_______________
10. Peningkatan rangsangan simpatetik keatas bronkiol akan menyebabkan
rintangan saluran pernafasan _____________ (meningkat/berkurangan).
UNIT 10: FISIOLOGI PENCERNAAN
1. Manusia dewasa mempunyai __________ batang gigi.
2. Makanan dalam mulut yang lembut dan lembek hasil daripada tindakan
mekanikal gigi menghancurkan makanan tersebut dinamakan ____________
3. Kelenjar parotid adalah kelenjar liur yang merembeskan air liur yang kaya
dengan komponen _______________
4. _____________ adalah enzim yang bertanggungjawab mencernakan
kompleks karbohidrat dalam mulut.
5. Enzim dalam air liur mencernakan kanji kepada ________________
6. Enzim amilase akan memangkinkan proses penukaran _________ kepada
_____________
7. Peranan utama garam hempedu ialah untuk membauri ___________
supaya proses pencernaan ke atasnya dapat dilaksanakan dengan lebih
berkesan.
8. Rembesan jus pancreas ke dalam lumen duodenum dirangsangkan oleh
enzim __________ dan ____________
9. Pembentukan lipoprotein untuk mengangkut kolesterol dalam darah berlaku
di dalam _______________
10. Proses penyingkiran najis daripada rectum dinamakan ________________
UNIT 11: SISTEM URINARI
1. Unit berfungsi bagi ginjal ialah ________________
2. Berikan satu fungsi ginjal yang anda tahu:
_____________________________________________________
3. Saluran darah yang membawa masuk darah ke dalam korpusel renal ialah
____________________
4. Darah akan mengalami _______________ apabila ia melintasi glomerulus.
5. Proses penurasan darah di glomerulus berlaku disebabkan oleh perbezaan
_______________ di dalam saluran darah dengan lumen glomerulus.
6. _______________ merujuk kepada pertembungan di antara Lengkaran
Tubul Distal dengan arteriol aferen dan arteriol eferen.
7. Cecair yang terhasil daripada penurasan darah di kapilari glomerulus
dikenali sebagai ____________________
8. ______________ berfungsi sebagai stor menyimpan air kencing.
9. Air kencing yang normal daripada individu yang normal tidak sepatutnya
mengandungi ___________________
10. Proses penyingkiran urin dinamakan _____________________
UNIT 12: FISIOLOGI PEMBIAKAN
1. Kitaran haid terbahagi kepada kitaran ____________ dan ___________
2. Tanda pertama baligh bagi seorang lelaki ialah ______________
3. Badan polar kedua di hasilkan semasa ____________
4. Fasa emisi dikawal oleh sistem persarafan _____________manakala fasa
ejakulasi dikawal oleh sistem persarafan________________
5. Lapisan zona pelusida menjadi keras dan kehilangan reseptor untuk bercantum
dengan sperma-sperma lain selepas persenyawaan berlaku. Fenomena ini
dipanggil______________________________________
6. Membran akrosom luar mempunyai reseptor pada _____ dan membran
akrosom dalam mempunyai reseptor pada_______
7. Dalam masa beberapa hari selepas kelahiran, kelenjar mamari akan
menghasilkan cecair yang dikenali sebagai _____________
8. Puerperium atau tahap pos-natum adalah selama ____________
9. _____________ adalah hormon yang merangsang pengecutan uterus.
10. Keupayaan kefertilan wanita bermula semasa ________dan berakhir dengan
____________
UNIT 13: PENGAWALATURAN SUHU BADAN
1. Mekanisma homeostatik pengawalaturan suhu badan dikenali sebagai
_____________.
2. Suhu badan dibahagikan kepada 2 jenis iaitu ______________ dan
___________.
3. Kehilangan haba daripada badan melalui sentuhan fizikal antara 2 permukaan
adalah ___________.
4. Pusat kawalan suhu badan terletak di ___________.
5. Peningkatan suhu persekitaran melebihi suhu badan akan menyebabkan
_________ salur darah.
6. _________ adalah cara yang paling berkesan untuk meningkatkan suhu badan.
7. Peningkatan haba melalui peningkatan metabolisma dalam sel-sel badan
dikenali sebagai __________.
8. Keadaan dimana suhu badan meningkat melebihi suhu normal dikenali sebagai
_________.
9. Demam dibahagikan kepada _________ fasa.
-
10. Keadaan dimana suhu badan berada dibawah paras suhu normal dikenali
sebagai ______________.
--- SELAMAT MENCUBA ---