sistem fail

25
SISTEM FAIL PENGURUSAN FAIL PENDAHULUAN Sistem fail merupakan satu cara, method atau kaedah yang mengandungi proses- proses mengklasifikasi, menyusun, menyimpan dan menyelenggara segala rekod, dokumen atau surat-menyurat di dalam fail dengan tujuan memberi kelancaran dan kelicinan urusan dan pentadbiran sesebuah organisasi termasuklah digunakan disekolah-sekolah. Walaupun sistem fail digunakan namun masalah-masalah yang sering timbul daripada perlaksanaan tersebut disekolah-sekolah ialah kesukaran mendapatkan fail atau mengambil tempoh masa yang lama untuk mendapatkannya. Selain itu penyimpanannya yang bercelaru dan tidak sitematik serta mendatangkan kesukaran pada kakitangan baru dalam memahami dan menguasai sistem fail tersebut. Ini terjadi disebabkan oleh kelemahan-kelemahan dalam mengklasifikasi, menyusun, menyimpan, dan menyelenggara sesuatu fail itu yang menjadikan ia tidak seragam dan kurang memuaskan. Ini boleh diatasi dengan mengambil kira empat perkara berikut iaitu pengelasan dan pendaftaran, penyelenggaraan, pengedaran, pemeliharaan dan keselamatan fail. LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMANTAPKAN SISTEM FAIL DISEKOLAH 1.Pengelasan dan pendaftaran fail Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian apabila membuka fail-fail baru ialah memberi nombor rujukan fail. Sebagai contoh, TBA3103/04/02/001. Mengikut prosedur, kod organisasi diletakkan dihadapan seperti contoh di atas TBA 3103 yang merupakan kod pendaftaran SK Maktab Perguruan Kuala Terengganu. Selepas kod organisasi, ia dituruti pula oleh kod perkara utama iaitu 04 yang mewakili perkara berkaitan dengan gerak kerja ko-kurikulum. Ini diikuti pula kod pecahan kepala atau sub subjek 02 yang merujuk kepada kelab dan persatuan. Manakala 001 yang terdapat di akhir nombor rujukan iaitu merupakan kod pecahan kecil yang terdapat di bawah sub subjek iaitu merujuk kepada fail Kelab Bahasa Melayu. . Tiap-tiap organisasi itu mempunyai cara berlainan dalam mengelaskan fail mereka mengikut keperluan dan kehendak tersendiri. Secara umumnya, terdapat empat sistem pengelasan fail yang utama iaitu sistem abjad, sistem nombor, sistem perkara dan sistem tempat atau kawasan. Bagi sistem abjad, setiap fail yang dibuka diberi abjad-abjad tertentu yang mengikut huruf awal nama atau tajuk fail seperti huruf K untuk kewangan. Menurut sistem nombor pula, fail- fail yang dibuka diberikan nombor-nombor yang mewakili perkara-perkara tertentu dan ia disusun mengikut nombor tanpa mengikut susunan perkara. Fail-fail yang dibuka mengikut perkara yang ditetapkan ialah menggunakan sistem perkara. Perkara-perkara yang dicatatkan bergantung kepada urusan yang

Upload: nanthini-ananthan

Post on 05-Feb-2016

56 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

fail

TRANSCRIPT

Page 1: Sistem Fail

SISTEM FAILPENGURUSAN FAIL PENDAHULUAN

Sistem fail merupakan satu cara, method atau kaedah yang mengandungi proses-proses mengklasifikasi, menyusun, menyimpan dan menyelenggara segala rekod, dokumen atau surat-menyurat di dalam fail dengan tujuan memberi kelancaran dan kelicinan urusan dan pentadbiran sesebuah organisasi termasuklah digunakan disekolah-sekolah.Walaupun sistem fail digunakan namun masalah-masalah yang sering timbul daripada perlaksanaan tersebut disekolah-sekolah ialah kesukaran mendapatkan fail atau mengambil tempoh masa yang lama untuk mendapatkannya.

Selain itu penyimpanannya yang bercelaru dan tidak sitematik serta mendatangkan kesukaran pada kakitangan baru dalam memahami dan menguasai sistem fail tersebut. Ini terjadi disebabkan oleh kelemahan-kelemahan dalam mengklasifikasi, menyusun, menyimpan, dan menyelenggara sesuatu fail itu yang menjadikan ia tidak seragam dan kurang memuaskan. Ini boleh diatasi dengan mengambil kira empat perkara berikut iaitu pengelasan dan pendaftaran, penyelenggaraan, pengedaran, pemeliharaan dan keselamatan fail.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMANTAPKAN SISTEM FAIL DISEKOLAH

1.Pengelasan dan pendaftaran fail

Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian apabila membuka fail-fail baru ialah memberi nombor rujukan fail. Sebagai contoh, TBA3103/04/02/001. Mengikut prosedur, kod organisasi diletakkan dihadapan seperti contoh di atas TBA 3103 yang merupakan kod pendaftaran SK Maktab Perguruan Kuala Terengganu. Selepas kod organisasi, ia dituruti pula oleh kod perkara utama iaitu 04 yang mewakili perkara berkaitan dengan gerak kerja ko-kurikulum. Ini diikuti pula kod pecahan kepala atau sub subjek 02 yang merujuk kepada kelab dan persatuan. Manakala 001 yang terdapat di akhir nombor rujukan iaitu merupakan kod pecahan kecil yang terdapat di bawah sub subjek iaitu merujuk kepada fail Kelab Bahasa Melayu. .

Tiap-tiap organisasi itu mempunyai cara berlainan dalam mengelaskan fail mereka mengikut keperluan dan kehendak tersendiri. Secara umumnya, terdapat empat sistem pengelasan fail yang utama iaitu sistem abjad, sistem nombor, sistem perkara dan sistem tempat atau kawasan. Bagi sistem abjad, setiap fail yang dibuka diberi abjad-abjad tertentu yang mengikut huruf awal nama atau tajuk fail seperti huruf K untuk kewangan. Menurut sistem nombor pula, fail-fail yang dibuka diberikan nombor-nombor yang mewakili perkara-perkara tertentu dan ia disusun mengikut nombor tanpa mengikut susunan perkara. 

Fail-fail yang dibuka mengikut perkara yang ditetapkan ialah menggunakan sistem perkara. Perkara-perkara yang dicatatkan bergantung kepada urusan yang dijalankan oleh sesebuah organisasi. Sebagai contoh, untuk merujuk perkara yang berkaitan dengan pesanan dan pembelian maka fail yang perlu dicari ialah fail yang merujuk kepada perkara kewangan dan akaun. Bagi sistem tempat dan kawasan biasanya fail-fail dikelaskan mengikut tempat dan kawasan. Setiap fail yang dibuka dan akan dibuka haruslah diberi tajuk-tajuk yang bersesuaian, ringkas dan dapat membayangkan isi kandungannya.

2. Penyelenggaraan fail.

Tiga perkara yang perlu dipastikan dalam penyelenggaraan fail iaitu sampul kecil, kertas minit dan penutupan fail. Sampul kecil merupakan fail sementara dan tidak aktif yang digunakan apabila fail asal tidak ditemui. Apabila fail asal telah ditemui fail sementara

Page 2: Sistem Fail

hendaklah ditutup dan dimasukkan ke dalam fail asal. 

Kertas minit pula merupakan satu senarai surat yang masuk keluar dengan memberi nombor rujukan yang biasanya diletakkan dihadapan di dalam fail Warna dakwat merah digunakan untuk surat yang masuk manakala untuk surat keluar digunakan dakwat berwarna biru atau hitam. Sesuatu fail yang mengandungi 100 kandungan atau difikirkan terlalu tebal hendaklah ditutup dan dicatatkan dengan jilid I. Fail baru yang dibuka dijilidkan dengan jilid II disamping menggunakan nombor rujukan yang sama. Bagi nombor siri surat dimulakan dengan nombor baru.

3.Pengedaran fail

Setiap pergerakan fail hendaklah direkodkan dan melalui bahagian pendaftaran fail atau pembantu tadbir yang mengendalikan fail. Ia bertujuan supaya fail tersebut tidak hilang dan mudah didapati apabila diperlukan. Biasanya ia mengandungi maklumat tarikh, nama pemohon atau penerima fail dan butir pengedaran. Biasanya sistem doket yang merupakan borang am89 dan 89A digunakan untuk tujuan pendaftaran pengedaran yang melibatkan jabatan-jabatan kerajaan yang berhubung dengan orang ramai.

Bagi sistem pengedaran fail disekolah ada dua sistem yang dilihat bersesuaian diamalkan dipejabat sekolah iiati sistem kad, sistem buku dan sistem komputer. Untuk penggunaan sistem kad, terdapat tiga perkara penting yang dicatatkan iaitu nombor rujukan, tajuk dan tarikh fail itu dibuka. Sistem ini merupakan sistem yang paling sesuai digunakan, mudah dilaksanakan dan mudah disimpan. Sistem buku juga mudah digunakan dengan menyediakan satu buku yang mengandungi senarai fail dihalaman depan buku dan beberapa ruang digaris yang mengandungi bilangan, nombor fail, tajuk, nama pegawai, tarikh pinjaman, tarikh dikembalikan dan tandatangan.

4. Pemeliharaan dan keselamatan fail.

Fail-fail perlu dipelihara supaya kandungan di dalamnya tidak hilang, cicir, kebocoron maklumat atau koyak. Sekiranya koyak hendaklah diperbaiki. Selain itu, fail-fail hendaklah dipastikan selamat daripada hujan, banjir dan ancaman serangga. Untuk itu, pihak pengurusan perlu mengambil kira alat-alat yang sesuai untuk penyimpanan fail yang mana ia tidak mudah rosak, tidak mudah terbakar dan baik buatannya. Biasanya, fail-fail disimpan dalam kabinet yang diperbuat daripada logam.

Jenis-jenis fail yang sesuai digunakan untuk cabinet tersebut ialah jenis fail berlipat nipis dan ditebukkan lubang ditepi sebelah kiri dan digunakan bersama tali fail.Ia sesuai Ini akan menjimatkan kos dan memerlukan ruang yang paling minimum. Sekiranya ia disimpan di rak-rak terbuka seperti rak-rak buku, kebiasaannya fail berkulit keras digunakan bagi memudahkan pencarian yang mana nombor rujukan ditulis ditulang belakang fail.

Pihak pengurusan perlulah memlihara keselamatan kandungan fail, Fail-fail hendaklah dipastikan peringkat keselamatan. Fail-fail keselamatan hendaklah diasingkan daripada fail-fail terbuka. Untuk itu ia perlu disimpan dibilik sulit, terkawal, selamat dan berkunci. Hanya pegawai yang diberi kuasa dan kebenaran sahaja dibenarkan untuk melihat fail-fail ini.

PENUTUP

Sebagai rumusan, sistem fail yang baik dan berkesan boleh dilihat apabila sesuatu rekod atau dokumen itu mudah diperolehi dengan segera apabila ia diperlukan. Selain

Page 3: Sistem Fail

menggunakan ruang dan kos yang paling minimum, ia juga hendaklah mudah difahami, tidak mengelirukan dan mudah dikendalikan walaupun oleh kakitangan yang baru. Selain itu, sifat sistem fail itu tidak rigid dan boleh diubahsuai samada dengan tujuan membesarkan atau mengecilkan sistem fail tersebut mengikut situasi, keperluan dan kehendak sesebuah organisasi.

Penting bagi sesebuah organisasi itu memastikan tahap keselamatan fail daripada segala bentuk bencana alam, kebakaran, kekotoran dan usaha-usaha untuk mencerobohinya terutama fail-fail yang tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi. Segalanya boleh dicapai dengan memastikan lima perkara tadi iaitu pengelasan, pendaftaran dan penyelenggaraan, pengedaran, penyimpanan serta pemeliharaan dan keselamatan fail diberi perhatian sebaiknya

PRINSIP PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELINGposted Mar 11, 2010, 6:43 PM by aim samad   [ updated Mar 11, 2010, 6:52 PM ]

1.    Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah proses pendidikan yang terancang dan berterusan. Murid dididikatau dibimbing untuk mendapat dan mempelajari pengalaman, nilai, sikap, perlakuan dan kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat majmukdi Malaysia.

2.    Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk semua murid. Semua murid diberi peluang bagi  mendapat pertolongan tanpa mengira latar belakang, kaum, agama atau kepercayaan.

3.     Semua murid mempunyai hak untuk mendapatkan pertolongan apabila mereka memerlukannya. Pada ketikatertentu seorang murid mungkin memerlukan pertolongan, sokongan dan bimbingan dalam proses perkembangan dirinya.

4.     Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk melayan keperluan murid bag! perkembangan potensi dan kebolehan mereka. Program bimbingan dan kaunseling adalah untuk melayan_keperluan individu supaya berkembang dengan kadar optimummengikuttahap perkembangan dirinya.

5.     Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk menolong murid memahami dirinya dan orang lain dengan mendalam, menjelajah tujuan-tujuan hidupnya dan menolong memilih serta merancang hidupnya dengan berkesan.

6.     Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling berorientasikan masa sekarang dan masa depan. Usaha-Usaha bimbingan dan kaunseling ialah untuk menjadikan murid itu lebih tegas diri, pandai

Page 4: Sistem Fail

menyesuaikan diri dan memahami implikasi tindakannya sekurang-kurangnya dalam jangka masa panjang.

7.     Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menolong individu menyedari kelemahan diri dan memberi fokus kepada memperkukuhkan lagi kekuatan yang ada padanya melalui aktiviti-aktiviti perkembangan dan pencegahan.

8.     Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah tanggungjawab bersama. Dalam melaksanakan program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling, semua pihak di sekolah iaitu pentadbir, guru bimbingan dan kaunseling, guru-guru lain, ibu bapa dan murid patut bekerjasama dan saling berunding antara satu dengan lain.

9.     Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, memerlukan pemahaman yang mendalam dan menyeluruh mengenai murid.Segala maklumat mengenai murid adalah perlu untuk membolehkan guru bimbingan dan kaunseling memahami murid secara menyeluruhsupaya dapat memberi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang berkesan.

10. Setiap individu berbeza dari segi gaya, ketangkasan dan dorongan untuk belajar. Secara amnya cara belajar seseorang itu berbeza mengikut:

10.1     Orientasi Deria

Melalui deria sentuhan, penghiduan, penglihatan, pendengaran dan rasa.

10.2     Gerak Balas (Response)

Ada individu lebih selesa belajar secara bersendirian, dalam kelompok atau melalui pemerhatian sahaja.

10.3     Corak Pemikiran

Cara individu mengumpul dan memproses maklumat untuk mencapai tujuan tertentu.

11.   Pembentukan individu dipengaruhi oleh keseluruhan pengalaman dalam alarm persekitarannya. Misalnya seorang murid yang dibesarkan di luar bandar, akan dapat dikesan sebagai berasal

Page 5: Sistem Fail

dari luar bandar, demikian juga sebaliknya. Oleh itu, bimbingan dan kaunseling boleh merupakan intervensi untuk mengurangkan perbezaan, tetapi ini bergantung kepada nilai, jangka masa dan di peringkat mana khidmat itu dimulakan. Bimbingan dan kaunseling dijalankan supaya individu berkemampuan menyesuaikan diri.

12. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk pengetahuan dan kesepaduan psikofizikal murid.lni bermakna murid tidak boleh dilihat sebagai hanya manusia kognitif. la harus dilihat sebagai individu yang mempunyai perasaan, sikap, mental dan rohani. Sebarang aktiviti dan program bimbingan adalah untuk mewujudkan kesepaduan ini.

13. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling hendaklah dijalankan berdasarkan etika kaunseling. Mematuhi etika adalah untuk tujuan memelihara kebajikan murid.

PPDa SECARA AM  

 LATARBELAKANG PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH 

 Pada 8hb Februari 1983, Jawatankuasa Kabinet Antidadah telah mengisytiharkan 

”Dadah Musuh Utama Negara”. 

Page 6: Sistem Fail

Dalam hal ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah diberi tanggungjawab untuk merancang 

dan melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah. Sasaran utama program ini ialah kepada murid, guru, kakitangan sekolah dan ibu

bapa. 

Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah dilaksanakan secara bersepadu melalui empat strategi utama iaitu Pengurusan dan Kepimpinan, Kokurikulum dan

Pembentukan Sahsiah.  

  MANDAT 

Mandat adalah apa yang disuruh atau diarah oleh pihak yang bertanggungjawab dan “stakeholder” . 

Mandat juga merupakan tauliah atau punca kuasa kepada organisasi dalam membuat keputusan  

dan menjalankan sesuatu tindakan.  Mandat yang menjadi rujukan pendidikan pada hari ini ialah 

Akta Pendidikan. Surat Perkeliling dan Perkeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam. 

Berikut adalah beberapa contoh mandat yang berkuatkuasa dan perlu dipatuhi oleh pihak sekolah                   dalam membina strategi dan menjalankan tugasnya.

 1. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 3 / 2004 - Memperkasakan Pendidikan Pencegahan Dadah di Sekolah.2. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 6 / 2006-Menangani masalah kesihatan. 3. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 2 / 1979-Laporan murid-murid dalam keadaan risiko                                                                     Penyalahgunaan Dadah yang memerlukan pertolongan. 4. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 8 / 1986-Penyalahgunaan inhalan 5. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 4 / 1997-Hukuman ke atas murid menghisap rokok. 6. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 3 / 2004-Langkah-langkah keberkesanan Disiplin Sekolah. 7. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 1 / 1995-Program Mencegah dan Membasmi kegiatan penagih dadah                                                                    di agensi kerajaan.

Page 7: Sistem Fail

 8. Surat Pekeliling Perkhidmatan bil 310 / 1984-Peraturan dan tindakan ke atas pegawai dan kakitangan                                                                                   kerajaan yang terlibat dengan penagihan dadah. 9. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 8 / 1983-Mengenakan hukuman biasa murid-murid yang melakukan                                                                     perbuatan salahlaku yang tidak dinyatakan dalam                                                                     peraturan pelajaran. 10. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 1 / 1983-Garis panduan kempen anti merokok di sekolah. 11. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 7 / 1995-Petikan dari akta dadah berbahaya.12. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 7 / 1975-Garis panduan untuk mengenai / mengecam orang yang                                                                      menggunakan atau menyalahgunakan dadah.13. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 6A / 1975-Disiplin murid-murid menghisap rokok

   MATLAMAT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

        Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, 

         kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa akan 

         bahaya dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah agar

         mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran 

                                                  ”Sekolah Bebas Dadah 2012”.

  

  RASIONAL

 Masalah penggunaan dadah yang berleluasa hari ini bukan sahaja melibatkan orang dewasa tetapi 

       menular kepada golongan remaja. Kejadian ini menjadi lebih genting disebabkan

pengeluaran pelbagai 

        jenis dadah tiruan yang semakin bertambah. Keadaan ini meyebabkan murid kita sentiasa

terdedah 

                     dan berada dalam keadaan berisiko untuk turut terlibat. Menyedari hakikat ini, 

                   Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan 

Page 8: Sistem Fail

                       Program Pencegahan Dadah di sekolah secara sistematik dan berkesan

JENIS-JENIS PERKHIDMATAN B&K

• 1. PERKHIDMATAN KAUNSELING

• a). Kaunseling individu atau kelompok.• - pencapaian akademik yang tidak memuaskan.• - rujukan yang dilakukan oleh guru-guru dan ibu bapa atau orang lain.• - kerjaya, pelajaran, dan peribadi. • - tidak turut serta dalam ko-kurikulum.

Page 9: Sistem Fail

• - masalah disiplin seperti ponteng, budaya berpeleseran, merokok, bertumbuk, dan menggunakan dadah atau bahan inhalen

• b). Kaunseling keluarga• - jika perlu dan jika guru bimbingan dan kaunseling boleh mengendalikannya .

• c). Kaunseling tunjuk ajar• - guru bimbingan dan kaunseling mengadakan kelas untuk mengajar perkara-perkara berkait dengan penilaian diri, penjelasan nilai, kemahiran-kemahiran berkomunikasi, menghadapi masalah, membuat keputusan, dan menghindar diri dari tercebur dalam pengguaan dadah dan inhalen.

• 2. PERKHIDMATAN BIMBINGAN• - Bimbingan kelompok dan pengajaran iaitu bimbingan perkembangan yang mengandungi aktiviti terancang dan tersusun

• 3. PERKHIDMATAN INVENTORI INDIVIDU DAN REKOD PELAJAR.• - sistem fail• - rekod• - dokumentasi

• 4. PERKHIDMATAN MEMBERI MAKLUMAT.• - pendidikan pencegahan dadah• - latihan dan kerjaya• - sosial dan peribadi

• 5. PERKHIDMATAN PENEMPATAN• - membantu memilih aktiviti ko-kurikulum.- penempatan pekerjaan• - penempatan IPT dan IPTS

• 6. PERKHIDMATAN MENCEGAH PENGGUNAAN DADAH• - memberi bimbingan dan kaunseling penyalahgunaan dadah• - membuat penilaian dan memberi maklum balas tentang program pencegahan penggunaan dadah.

• 7. PERKHIDMATAN RUNDINGCARA DAN RUJUKAN• - membantu bekas pelajar• - membantu dan berunding dengan pihak pentadbir dan staf sekolah

Page 10: Sistem Fail

• - membantu ibu bapa atau penjaga tentang kebajikan pelajar• - membuat rujukan

• 8. PERKHIDMATAN KONFERENS DENGAN IBU BAPA• - memberi peluang kepada ibu bapa atau penjaga berbincang dengan guru bimbingan dan kaunseling sekolah tentang pendidikan, sosial, peribadi, dan perkembangan kerjaya anak-anak mereka.

• 9. PERKHIDMATAN PENYELARASAN RESOS• - menyelaras aktiviti kebajikan pelajar dengan agensi luar• - merancang dan berusaha untuk memperkenalkan aktiviti-aktiviti B & K kepada komuniti luar.

• 10. PERKHIDMATAN PENILAIAN• - membuat penilaian aktiviti bimbingan • - menilai model atau modul bimbingan sebelum dilaksanakan di sekolah

Proses bimbingan kaunseling 

Proses B & K• Permulaan : bersedia dan memulakan perhubungan

• Penjelasan :menyatakan masalah dan kesedihan serta sebab-sebab mendapatkan pertolongan

• Menstrukturkan : membuat kontrak dan struktur

• Membina perhubungan

• Penerokaan : meneroka masalah, merumus matlamat, merancang strategi, mengutip fakta, melahirkan perasaan yang lebih dalam, mempelajari kemahiran baru

• Pengukuhan : meneroka alternatif, menjelajah perasaan, mengamal kemahiran-kemahiran baru

• Perancangan : membuat pelan tindakan dengan menggunakan strategi untuk selesai konflik, mengurangkan perasaan yang menyayat hati, mengukuhkan kemahiran

• Penamatan : menilai hasil-hasil dan menamatkan perhubungan

Kemahiran B&K:

Page 11: Sistem Fail

Kemahiran mendengar :

• Memberi perhatian : kontek mata, jarak, cara duduk, gerak geri, berbahasa• Memparafrasa : menyatakan kembali mesej dengan cara yang mudah• Menjelaskan : menyusun semula, meringkaskan• Memeriksa persepsi : minta maklum balas tentang ketepatan pendengaran dan pemahaman anda.

Memimpin :

• Memimpin secara tak langsung: apakah yang ingin anda bincangkan?• Memimpin secara langsung : ceritakanlah lagi mengenai hubungan anda dengan ayah.• Memberi fokus : menumpukan perbincangan kepada perkara yang difikirkan berfaedah• Menyoal : soalan-soalan terbuka, soalan-soalan berkaitan perasaan, soalan ke arah penjelasan bukannya meminta maklumat.

Refleksi

• Isi : pernyataan semula idea-idea penting• Pengalaman : memberi perhatian kepada gerak geri tubuh• Perasaan : memberi fokus kepada perasaan

Merumuskan

• Beri perhatian kepada tema dan nada emosi• Susunkan idea dan perasaan-perasaan penting• Jangan tambah idea baru• Minta juga klien merumuskan

Konfran• Menghurai perasaan• Menyatakan perasaan• Memberi maklum balas• Mengulang• Mengait

Mentafsir• Perhatikan mesej-mesej asas• Parafrasakan mesej ini• Tambahkan kefahaman anda tentang mesej yang tersirat ini.

Page 12: Sistem Fail

• Dapatkan tindak balas dari klien untuk membantu membuat tafsiran• Matlamat ialah untuk membantu klien membuat tafsirannya sendiri

 

Peranan Guru Biasa Dalam Bimbingan dan Kaunseling

• mengumpul maklumat tentang murid-murid. • mengenal pasti murid-murid yang bermasalah.• membekalkan maklumat dan maklumbalas kepada guru pembimbing berkenaan keperluan dan keberkesanan program bimbingan.• memberi bimbingan permulaan kepada murid.• biasakan murid-murid dengan perkidmatan bimbingan yang disediakan oleh pihak sekolah.• menyediakan sokongan dan bantuan untuk program bimbingan di sekolah.• sentiasa mengemaskini rekod murid-murid dalam bilik darjah.• membentuk perhubungan yang baik dengan murid-murid.• sentiasa sensitif dan memahami kehendak murid-murid.• bantu murid-murid membentuk nilai-nilai dan sikap yang positif.• merujuk murid-murid yang bermasalah serius kepada pakar / guru kaunseling.

 

 

Tingkah Laku Bermasalah

Tingkahlaku yang tidak diingini dalam sekolah.

Tiga jenis tingkahlaku bermasalah:

1. Tingkahlaku bermasalah minor: ganggu guru, tidak buta kerja rumah, bercakap pendidikan waktu tidak sesuai dll.

2. Tingkahlaku bermasalah major: sering mengganggu aktiviti kelas, mencabar guru, enggan mematuhi arahan,brtengkah, suka membuli, mencuri, merosakkan harta sekolah.

Page 13: Sistem Fail

3. Tingkahlaku bermasalah kronik: tingkahlaku berterusan dan sukar berubah: perlakuan anti sosial, anti peraturan sekolah, tingkahlaku destruktif, merampas barangan orang lain, ponteng, pengasingan diri, bergaduh dan tingkahlaku samseng, vandalisme dll.

 

Tingkah laku kurang sihat

Biasanya tingkah laku terlalu aktif atau terlalu pasif

 

Tingkah laku bermasala

Positif

? Tingkah laku ingin tahu (tersangat) ? Cepat belajar? Pintar cerdas? Proaktif Negatif

? Tingkah laku destruktif? Tingkah laku disruptif? Tingkah laku bergantung? Bimbang Hiperaktif? Murung? Pengunduran diri/ Pengasingan diri

Cara Medngenalpasti Murid-Murid Yang Bermasalah Tingkah Laku

1. KAEDAH BERASASKAN UJIAN

a. Ujian psikologi – mengenalpasti masalah gangguan emosi, seperti ujian EQ, ujian personaliti dll.b. ujian Diagnosik – ujian untuk mengenalpasti komponen-komponen masalah tingkahlaku tertentu.

2. KAEDAH BUKAN UJIAN

Page 14: Sistem Fail

a. pemerhatian – memerhati dan merekod tingkahlaku bermasalah secara sistematik.b. temuduga – menemuduga ibubapa, rakan dan guru-guru untuk mengenalpasti masalah murid tertentu.c. kaedah penyelidikan – melakukan kajian tindakan tentang maslaah dan cara mengatasinya.

3. KAEDAH KAJIAN

a. kajian kes – mengkaji kes-kes tertentu untuk mengetahui lanjut tentang masalah, punca dan cara mengatasinya.b. kajian dokumen – mengenalpasti masalah murid melalui dokumen seperti rekod kemajuan, laporan disiplin, kehadiran dll.c. kajian rentasan – mengkaji sukumpulan murid-murid yang dapat mewakili semua murid, untuk mengenalpasti norma-norma tingkahlaku kumpulan tersebut.d. kajian menegak (longitudinal) – mengikuti perkembangan murid-murid untuk jangka masa panjang.

Teknik Menguruskan Tingkahlaku Bermasalah

a. Teknik menggunakan alat pengukuran personel – menggunakan kaedah fizikal seperti mimik muka, gerak badan positif, galakkan, senyuman ekspresi muka untuk mengurangkan tingkahlaku bermasalah.

b. teknik pencegahan –

mencegah tingkahlaku bermasalah dengan cara

• mengwujudkan persekitaran kondusif dalam bilik darjah, • patuh rutin bilik darjah, • membentuk peraturan yang sesuai dan boleh diterima murid-murid, • menjadi model tingkahlaku dalam kelas, • menggalakkan tingkahlaku positif dalam bilik darjah.

c. teknik pembetulan - membetulkan tingkahlaku bermasalah dengan cara• menggunakan hukuman yang sesuai dan telah dipersetujui murid-murid.• menghentikan tingkahlaku bermasalah dengan menukar tempat duduk murid-murid bermasalah tingkahlaku.• jelaskan hak-hak murid-murid dldm bilik darjah supaya mereka jelas dengan tanggungjawan diri sendiri.• aplikasi alat pengukuran personal seperti ekspresi wajah untuk tingkahlaku bermasalah.

Page 15: Sistem Fail

• membimbing perlakuan tidak baik ke arah positif dengan memberi pujian kepada tingkahlaku yang positif.

Tingkah Laku Destruktif

? Tingkah laku destruktif - 10 hingga 14 tahun yang bersikap terlalu agresif.

? Tingkah laku destruktif boleh dipelajari.

Jenis-jenis Tingkah laku destruktif:? Permusuhan nyata, ? Vandalisme: merosakkan kerusi, meja, peralatan, telefon awam ? Aktiviti kumpulan liar, ? Amalan tumbuk-menumbuk, ? Mengugut, ? Mencalar kereta atau moto¬sikal guru, ? Menconteng dan melukis lakaran lucah pada dinding bangunan sekolah.

Punca:? Dipelajari daripada individu yang berhampiran? Dipelajari daripada sikap masyarakat? Dipelajari daripada televisyen, movie

Bagaimana Mengurangkan Tingkah laku Merosakkan (Destruktif)

1 Beri perhatian kepada tingkah laku tersebut. Cari punca masalahnya.

2 Elakkan hukuman secara fizikal terhadap pelajar

3 Mengasingkan pelajar tersebut, tidak membenarkan ia mengambil bahagian untuk se¬mentara waktu.

4 jika pelajar perlu dihukum, terangkan sebab hukuman dijalankan. “Awak tidak boleh… “ perlu ditukar kepada "Oleh kerana awak …, awak di…”.5 Ajar pelajar menyalurkan perasaan marah ke¬pads sesuatu yang membina. Misalnya, membawa buku-buku latihan ke bilik guru, membuat tugas membersihkan kelas.

6 Selalu menanamkan nilai murni dalam pelajar.

Page 16: Sistem Fail

7 membenarkan pelajar yang marah meluahkan perasaannya. Membimbing pelajar untuk menyedari kesan buruk akibat tindakannya. “apakah akibat jika kamu bergaduh…”

8 Tunjukkan sikap mengambil berat dan ingin ambil tahu tentang tingkah laku negatif pelajar berkenaan.

9 Sediakan suasana yang menyokong dan bukannya menghukum.

10 Bantu pelajar menikmati kejayaan-kejayaan kecil di dalam bilik darjah - menanamkan perasaan di¬hargai dalam diri pelajar berkenaan.

11 Cuba kenal pasti punca masalah berkenaan. jalankan analisis ke atas tiiigkah laku yang negatif itu dan cuba memahami secara mendalam faktor-fakto yang menyebabkannnya.

12 Kaji rangkaian peristiwa yang menyebabkan tingkah laku yang agresif itu.

13 Pastikan pelajar yang menunjukkan tingkah laku yang agresif tidak akan mendapat sebarang ganjaran.

Tingkah Laku Disruptif

Tingkah laku disruptif - menjejaskan kelicinan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran.

Jenis-jenis tingkah laku disruptif:? Tingkah laku hiperaktif? kebisingan? pergerakan pelajar yang tidak perlu? mengganggu rakan sedarjah? gelak ketawa yang amat kuat? kelakuan agresif fizikal seperti tolak-menolak atau tumbuk menumbuk dalam kelas.? Bimbang? Murung ? Pengunduran diri? Pengasingan diri

Punca:1 Kaedah pengajaran guru yang kurang menarik.

Page 17: Sistem Fail

2 Keadaan fizikal yang kurang sesuai - bilik darjah yang mengandungi terlalu ramai pelajar.

3 Suasana sosioemosi yang kurang sihat - terdapat klik-klik (kumpulan-kumpulan kecil yang tertutup).4 Terdapat pelajar yang kurang sihat - tidak dapat menumpukan perhatian terhadap peng¬ajaran guru.

5 Sifat guru yang kurang tegas - menggalakkan timbulnya tingkah laku bermasalah.

6 Arahan yang kurang jelas - menimbul¬kan kekeliruan di kalangan pelajar

Cara-cara Mengatasi Tingkah Laku Disruptif

1 Ketika memberi tugasan, pastikan arshan yang diberikan jelas - memudahkan pelajar melaksana¬kan tugasan yang diberi.

2 Terangkan objektif setiap tugasan. Kefahaman tentang objektif akan memotivasikan pelajar ke arah pencapaianaya.

3 Pastikan tugasan yang diberi mencukupi dan mencabar.

4 Pastikan peraturan-peraturan bilik darjah mudah dan teratur.

5 Guru tidak boleh bersifat pilih kasih.

6 Elak daripada mengutuk pelajar di depan pelajar lain.

7 Elakkan daripada menghukum seluruh kelas jika hanya beberapa pelajar yang melaku salah.

8 Jangan menyindir – ia menimbulkan keinginan membalas dendam pelajar.

9 Jangan menengkin atau berleter. Suasana yang tegang tidak menggalakkan pengajaran dan pembelajaran.

10 Beri pujian jika pelajar melakukan sesuatu yang baik.

11 Dengar masalah pelajar, amalkan pengajaran yang lebih humanistik

Page 18: Sistem Fail

12 Bersikap tegas dan adil ketika menguatkuasakan peraturan kelas.

13 Beri peluang untuk pelajar meluahkan perasaan mereka – pelajar yang puas hati ialah pelajar yang sihat dan produktif.

Tingkah laku bermasalah positif

? Tingkah laku ingin tahu (tersangat) ? Cepat belajar? Pintar cerdas? Proaktif Punca:

? Pelajar bertindak segera sebelum memdapat arahan – contoh, melakukan eksperimen

? Pelajar ingin menunjukkan kepandaian

Cara menangani tingkah laku bermasalah positif

1. Merancang projek individu yang lebih mencabar kepada pelajar tersebut

2. Sediakan aktiviti pengayaan? menegak – kesukaran tinggi? mendatar – banyak soalan pada kesukaran yang sama

3. Pelajar digalakkan membuat bacaan atau penulisan tambahan

4. Galakkan pelajar terlibat diri dalam hobi-hobi kreatif dan menarik

5. Meminta pelajar ini membantu rakan-rakan yang lembab, di bawah bimbingan guru kelas

6. Tekankan kepentingan mematuhi peraturan kelas.

7. Beri tanggungjawab tambahan kepada pelajar-pelajar ini.

Implikasi tingkah laku bermasalah dalam pembelajaran

? Guru perlu menyedari keadaan dalam bilik darjah

Page 19: Sistem Fail

? Guru perlu lebih memahami masalah dan keperluan pelajar

? Guru perlu membina kemahiran sosial dan komunikasi pelajar yang lebih berkesan? Guru perlu menggunakan cara yang sesuai untuk menangani tingkah laku bermasalah yang pelbagai

? Guru perlu membantu membina keyakinan diri pelajar ke arah sikap yang lebih sihat

? Guru perlu membina suasana bilik darjah yang lebih sihat ke arah mengwujudkan keharmonian kelas

Tugasan

Cari keratan akhbar – 3 contoh 1. Tingkah laku bermasalah Destruktif2. Tingkah laku bermasalah Disruptif3. Tingkah laku bermasalah positif

Bincangkan kesan dan tindakan yang perlu diambil untuk menanganinya.

Implikasi Tingkahlaku Bermasalah Ke Atas Proses Pengajaran & Pembelajaran

• Tingkahlaku bermasalah boleh ditangani dengan menggunakan kaedah yang betul.

• Guru perlu mengenalpasti masalah tingkahlaku supaya boelh menggunakan keadah modifikasi tingkahlaku yang sesuai.

• Guru perlu menyediakan proses pengajaran & pembelajaran yang sesuai dengan kesediaan pelajar

• Guru perlu menyediakan persekitaran kondusif untuk belajar.

• Menanam sikap / nilai positif dalam diri murid-murid

• Memupuk semangat bertanggungjawab dan berpasukan dalam kelas.