sirah, ilmu sastera tersohor era ayyubiyah - ukm.my · pdf filegambaran sebuah cerita. dengan...

9
Sirah, Ilmu Sastera Tersohor Era Ayyubiyah SALMAH AHMAD 1 & KASEH ABU BAKAR 1 Abstrak Kajian ini tertumpu kepada penulisan dan perkembangan sirah yang merupakan salah satu jenis sastera yang berkembang luas pada era Ayyubiyah (567H-648H), kajian ini merangkumi pengertian sirah dan perbezaannya dengan sejarah dan tarajim. Serta memperkenalkan jeni-jenis sirah. Diikuti pula pembahasan kemunculan awal sirah dan perkembangannya dalam sastera Ayyubiyah dan ciri-cirinya dengan memberi tumpuan kepada sejarah ringkas Usamah bin Munqidh penulis sirah tersohor era tersebut serta kitab al-I’tibar hasil karangan beliau sebagai karya sirah paling terkenal pada Era Ayyubiyah. Kajian ini merupakan kajian kepustakaan, semua data yang dikumpul dianalisis dan dibahas secara kualitatif dengan menggunakan pendekatan sejarah sastera dan stilistik. Hasil kajian mendapati bahawa satera sirah bermula dengan kemunculan srah Rasulullah S.A.W. dan berakhir pada era Dinasti Ayyubiyah dengan gambaran kepada seseorang yang tersohor seperti para pemerintah kerajaan Ayyubiyah. Karya sirah al-I’tibar adalah sebagai karya sastera Arab klasik yang berjaya menyerlahkan kehidupan sosial masyarakat Syam dan Mesir pada Era Ayyubiyah dengan amat jelas. Kata Kunci: Sirah Dhatiyah, Sirah Ghayriyah, Sastera, Era Ayyubiyah Pengenalan Sirah” atau biografi adalah salah satu genre sastera Arab berbentuk prosa. Ia merupakan sebahagian daripada catatan sejarah dunia. Membahas perkembangan kehidupan manusia dan persekitarannya dari aspek politik dan sosial yang banyak mempengaruhi kehidupan mereka, serta kemampuan seseorang untuk ajar dalam aspek tersebut. Genre sastera ini telah wujud sejak era Jahiliah dan berkembang luas pada era Ayyubiyah. Perkataan “sirah” dari sudut bahasa memberi erti jalan, rupa bentuk dan menceritakan kesah-kesah yang dahulu (Ibn Manzur, t.thn, 3: 2169- 2170). Dari sudut istilah “ sirah” mempunyai pelbagai makna. Dalam pengertian umum “ sirah” ialah ungkapan penulis mengenai riwayat hidupnya atau riwayat hidup seseorang yang tersohor dan menunjukkan _________________________ 1 Pensyarah, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Upload: ngodang

Post on 06-Feb-2018

217 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sirah, Ilmu Sastera Tersohor Era Ayyubiyah - ukm.my · PDF filegambaran sebuah cerita. Dengan demikian, sirah dikenali sebagai sejarah ... segala yang berkaitan dengan peperangan Rasulullah

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 | 211

Sirah, Ilmu Sastera Tersohor Era Ayyubiyah

SALMAH AHMAD1 & KASEH ABU BAKAR1

Abstrak

Kajian ini tertumpu kepada penulisan dan perkembangan sirah yang merupakan salah

satu jenis sastera yang berkembang luas pada era Ayyubiyah (567H-648H), kajian ini

merangkumi pengertian sirah dan perbezaannya dengan sejarah dan tarajim. Serta

memperkenalkan jeni-jenis sirah. Diikuti pula pembahasan kemunculan awal sirah dan

perkembangannya dalam sastera Ayyubiyah dan ciri-cirinya dengan memberi tumpuan

kepada sejarah ringkas Usamah bin Munqidh penulis sirah tersohor era tersebut serta

kitab al-I’tibar hasil karangan beliau sebagai karya sirah paling terkenal pada Era

Ayyubiyah. Kajian ini merupakan kajian kepustakaan, semua data yang dikumpul

dianalisis dan dibahas secara kualitatif dengan menggunakan pendekatan sejarah sastera

dan stilistik. Hasil kajian mendapati bahawa satera sirah bermula dengan kemunculan

srah Rasulullah S.A.W. dan berakhir pada era Dinasti Ayyubiyah dengan gambaran

kepada seseorang yang tersohor seperti para pemerintah kerajaan Ayyubiyah. Karya

sirah al-I’tibar adalah sebagai karya sastera Arab klasik yang berjaya menyerlahkan

kehidupan sosial masyarakat Syam dan Mesir pada Era Ayyubiyah dengan amat jelas.

Kata Kunci: Sirah Dhatiyah, Sirah Ghayriyah, Sastera, Era Ayyubiyah

Pengenalan

“Sirah” atau biografi adalah salah satu genre sastera Arab berbentuk prosa. Ia

merupakan sebahagian daripada catatan sejarah dunia. Membahas

perkembangan kehidupan manusia dan persekitarannya dari aspek politik dan

sosial yang banyak mempengaruhi kehidupan mereka, serta kemampuan

seseorang untuk ajar dalam aspek tersebut. Genre sastera ini telah wujud sejak

era Jahiliah dan berkembang luas pada era Ayyubiyah.

Perkataan “sirah” dari sudut bahasa memberi erti jalan, rupa bentuk dan

menceritakan kesah-kesah yang dahulu (Ibn Manzur, t.thn, 3: 2169- 2170).

Dari sudut istilah “sirah” mempunyai pelbagai makna. Dalam

pengertian umum “sirah” ialah ungkapan penulis mengenai riwayat

hidupnya atau riwayat hidup seseorang yang tersohor dan menunjukkan

_________________________

1 Pensyarah, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Page 2: Sirah, Ilmu Sastera Tersohor Era Ayyubiyah - ukm.my · PDF filegambaran sebuah cerita. Dengan demikian, sirah dikenali sebagai sejarah ... segala yang berkaitan dengan peperangan Rasulullah

| Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 212

usaha-usaha yang dicapai dalam hidupnya atau dalam hidup seseorang yang

dibahasnya (al-Baghdadi, 2016: 191). Sirah menurut istilah sastera pula

ialah satu jenis genre sastera, melengkapi segala kajian sejarah, dan

menggambarkan perjalanan hidup seseorang serta peribadinya secara

terperinci (Shakir, 2002: 16). al-Maqdisi (1980: 547) pula menyatakan

bahawa “sirah” adalah jenis sastera yang menggabungkan kajian dan sejarah,

cerita yang menghiburkan, dan ia bertujuan untuk mengkaji kehidupan individu

serta memberi gambaran yang tepat mengenai keperibadiannya.

Dari pengertian yang lalu jelas menunjukkan bahawa “sirah” adalah

jenis sastera, menggambarkan sejarah perjalanan hidup seseorang sarjana

dan tersohor, disampaikan dengan ungkapan yang indah dan menghiburkan.

Sirah mempunyai kesamaan dengan istilah sejarah dan tarjamah. Sirah

juga telah mengalami perubahan dari kemunculannya pada abad kedua

Hijrah hingga berkembang luasa pada abad ke enam Hijrah pada Era

Ayyubiyah. Oleh itu, pembahasan di sini tertumpu pada perbezaan antara

sirah, sejarah dan tarjamah; serta perkembangan sirah hingga ke era

Kerajaan Ayyubiyah.

Perbezaan Antara Sirah, Sejarah dan Tarjamah

Pengertian “sirah” dalam penjelasan yang lalu jelas menunjukkan bahawa

sirah merupakan salah satu genre sastera yang menggambarkan sejarah

kehidupan seseorang, diungkap dengan gaya bahasa prosa dan memberi

gambaran sebuah cerita. Dengan demikian, sirah dikenali sebagai sejarah

dan juga tarjamah, kedua-duanya menurut Wahbah (1984: 205) adalah

sama.

Namun kebanyakan pendapat telah membezakan antara “sirah” dan

“tarjamah”. Antara mereka Abd al-Daim (1972: 31) dan Muhammad (t.th:

28). Kedua-duanya berpandangan bahawa “sirah” merupakan sejarah

kehidupan seseorang, dihuraikan secara panjang lebar. Manakala

“tarjamah” adalah kata tunggal kepada “tarajim” iaitu, sejarah kehidupan

seseorang yang dihuraikan secara ringkas, melengkapi kelahiran, kematian,

nama, gelaran, keturunan, guru-gurunya, dan kisah terpenting dalam hidup

seseorang itu, serta keindahan gaya bahasanya (al-Kattani, 1980. 3: 15).

Antara Karya-karya “tarajim” yang terkenal ialah, Wafiyyat al-a’yan

hasil karangan Ibn Khallikan; al-Bidayah wa al-nuhayah karangan Ibn

Kathir; dan Mu’jam al-udaba’ hasil karya Yaqut al-Hamawi. Sebilangan

karyawan “tarajim” menghimpun nama-nama ulama yang terdiri daripada

pelbagai kepakaran seperti ulama, tafsir, hadith, fiqh, dan para sasterawan

termasuk penyair dan penulis, kemudian disenaraikan dalam sebuah buku,

mengikut tarikh mereka meninggal. Seperti al-Bidayah wa al-nuhayah dan

Wafiyyat al-a’yan. Selain itu, terdapat juga karya “tarajim” yang

menghimpun nama para ulama kurun pertama bersama ahli kurun kedua,

Page 3: Sirah, Ilmu Sastera Tersohor Era Ayyubiyah - ukm.my · PDF filegambaran sebuah cerita. Dengan demikian, sirah dikenali sebagai sejarah ... segala yang berkaitan dengan peperangan Rasulullah

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 | 213

ketiga, atau kurun keempat atau kelima atau berikutnya tanpa mengira

bangsa (Muhammad, t.th. 39). Seperti karya al-A’lam karangan al-Zirikli.

Bagi al- Hadidi (1996: 67) pula, beliau membezakan antara “sirah” dan

“sejarah” dengan pandangan bahawa “sirah” mampu merakam detik-detik

halus emosi manusia. Manakala “sejarah” merakam fakta dan ke jadian

sahaja, tidak ada peranan bagi emosi manusia, dan tidak meninggal apa-apa

kesan atau emosi bagi pembaca dan pendengar.

Jelas di sini bahawa sirah tercetus daripada sejarah, dan kedua-duanya

menggabungkan dengan realiti, namun “sirah” lebih hampir kepada jiwa

manusia dan menyentuh emosi para pembaca. Manakala sejarah hanya

merakam fakta dan kejadian semata-mata, tidak ada peranan bagi emosi

pembaca dan pendengar. Oleh itu, “sirah” disenaraikan sebagai salah satu

genre sastera Arab.

Jenis-Jenis Sirah

Terdapat dua jenis sirah pada era Dinasti Ayyubiyah. Iaitu:

i. Sirah Dhatiyah

Sirah dhatiyah ialah menggambarkan kisah hidup manusia mengikut

pandangan penulis sendiri (Sharaf, 1988: 27). Menurut Abd al-Daim (1972:

3) sirah dhatiyah ialah yang dibentuk oleh pengarang dalam imej koheren atau

saling berkait, dan tersusun dalam gaya bahasa sastera, mampu menyampaikan

sejarah peribadinya secara ringkas, penuh dengan pelbagai pengalaman. Gaya

sastera ini tertumpu pada keindahan persembahan, cantik pembahagian, lunak

ungkapan, endah isi kandungan, memberi nafas baru dan gerak geri dalam

menggambarkan kejadian-kejadian dan watak- watak, serta menggunakan

sedikit unsur khayal untuk menghubungkan bahagian-bahagian yang dibahas.

ii. Sirah Ghayriyah

Sirah ghayriyah telah muncul lebih awal daripada sirah dhatiyah, seiring

dengan kemunculan sejarah dan sastera Arab. Ketika tamadun manusia

muncul, maka munculah ramai orang yang tinggal di istana raja-raja dan

sultan-sultan. Mereka mula menulis segala kemajuan dan pembangunan yang

berlaku semasa pemerintahan para raja dan sultan itu. Maka tercatat karya-karya

sejarah yang menggambarkan kehidupan para sultan dan raja-raja, gambaran

peperangan dan para pejuang serta pembesar negara, semua ini dikenali sebagai

sirah ghayriyah.

Pelbagai takrif diberi untuk sirah ghayriyah, antaranya, mencari kebenaran

yang mampu dicapai oleh manusia dalam hidupnya, dan mendedahkan bakat

serta rahsia genius seseorang itu, melalui suasana kehidupan dan peristiwa

Page 4: Sirah, Ilmu Sastera Tersohor Era Ayyubiyah - ukm.my · PDF filegambaran sebuah cerita. Dengan demikian, sirah dikenali sebagai sejarah ... segala yang berkaitan dengan peperangan Rasulullah

| Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 214

sekelilingnya, serta kesan yang di tinggal untuk generasi akan datang (al-Najjar,

1994: 14). Menurut Abd al-Daim sirah ghayriyah ialah kajian dan penulisan

yang memaparkan biografi seseorang yang terkenal.

Perbezaan antara kedua-dua sirah ini menunjukkan bahawa penulis sirah

dhatiyah merakam maklumat secara terus menerus, sedia dalam ingatannya.

Manakala penulis sirah ghayriyah menukilkan maklumat dari pelbagai sumber.

Hal ini tidak bererti sirah dhatiyah tidak ada sumber, bahkan menurut al-Hadidi

(1996: 102) penulis merujuk kepada sumber hanya sekadar mengingatkan

beliau kepada perkara itu lalu dikeluarkan dari lubuk fikirannya.

Kemunculan dan Perkembangan Sirah Hingga Era Ayyubiyah

Perkataan “sirah” muncul pertama kali dengan nama “sejarah riwayat

hidup” (al-Muhandis. 1979: 16). Objektif “sejarah” menurut Ibn Khaldun,

(2001: 13) adalah untuk mengambil teladan yang baik, mengelakkan diri

daripada perangkap, dan mengambil iktibar dengan kesilapan lalu.

“sejarah” dan” sirah” menurut Ibn al-Jawzi (2007: 3). pula dapat

menenangkan hati. Menghilangkan kesedihan, merangsang fikiran, ini dapat

dihayati dalam cerita sejarah para nabi seperti cerita nabi Nuh, Yusuf, Musa

dan Isa Alayhimussalam serta Nabi Muhammad S.A.W. dalam al-Qur’an,

penuh dengan pengajaran dan teladan bagai manusia sekalian.

Riwayat hidup Rasulullah S.A.W. yang dikenali dengan “Sirah

Nabawiyah” adalah catatan sirah yang pertama, dihasilkan oleh para

sejarawan abad kedua Hijrah. Menurut Abbas (1966: 13) sirah Rasulullah

S.A.W. ditulis berdasarkan dua keistimewaan. Pertama, riwayat hidup

baginda adalah sebahagian daripada perkara Sunat. Perkara sunat dan Hadis

adalah daripada sumber syariat Allah S.W.T. segala hukum diperoleh

daripada kedua-duanya. Oleh itu, perlu menjelaskannya dengan amat

terperinci, agar perbuatan dan kata-kata baginda menjadi syariat bagi

orang-orang Islam, dan ahli fatwa serta para pemerintah. Kedua, segala

sejarah peperangan dan pembunuhan yang berlaku pada zaman Jahiliah

diingati oleh orang Islam, maka para penulis sirah telah mengambil berat

segala yang berkaitan dengan peperangan Rasulullah S.A.W. dan

menggambarkan peranan peperangan itu hingga berakhir dengan

kemenangan orang-orang Islam.

Antara para penulis yang merakam sirah Nabi Muhammad S.A.W.

pada kurun kedua Hijrah menurut al-Buti (1980:19) Urwah bin Zubayr (m.

92H); Aban bin Uthman (m. 105H); Ibn Shihab al-Zuhri (m. 124H) namun

semua karya mereka ini telah hilang. Kemudian muncul Muhammad bin

Ishaq yang dikenali dengan Ibn Ishaq (m. 152H) mencatat segala kenyataan

yang sahih tentang sirah Rasulullah S.A.W. yang terdapat pada masa beliau.

Page 5: Sirah, Ilmu Sastera Tersohor Era Ayyubiyah - ukm.my · PDF filegambaran sebuah cerita. Dengan demikian, sirah dikenali sebagai sejarah ... segala yang berkaitan dengan peperangan Rasulullah

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 | 215

Namun catatannya tidak berlandaskan al-isnad, yakni tidak disandarakan

kisah Rasulullah S.A.W. itu kepada perawinya. Hal ini menurut Abbas

(1996: 16) telah menimbulkan kemarahan aliran Madinah al-Munawwarah

yang diketuai oleh Anas bin Malik. Walaupun begitu beliau telah

melakukan pembaharuan dalam penyusunan sirah, dan menjadi sumber

yang pertama bagi orang Islam mengenali riwayat hidup Rasulullah S.A.W.

Segala maklumat yang disampaikan oleh Ibn Ishaq mengenai

Rasulullah S.A.W, al-Buti menyatakan (1980: 19) ia telah dikumpul oleh

Ibn Hisham dalam karyanya yang dikenali dengan nama sirah Ibn Hisham.

Jelas menunjukkan bahawa penulisan sirah Rasulullah S.A.W. yang

dirakam pertama kali oleh Ibn Ishaq pada kurun kedua Hijrah telah

dijadikan sumber asas kepada sirah baginda. Selain itu, menjadi unsur-

unsur penting yang perlu ada pada cerita sejarah Rasulullah S.A.W.(Abbas,

1966: 18).

Penulisan sirah terus berkembang pada kurun ketiga Hijrah. Namun

rakaman sirah telah bertukar daripada gambaran sirah Rasulullah S.A.W.

kepada sirah seseorang yang lain daripada baginda. Hal ini terserlah pada

karya yang bertajuk Sirat Ahmad bin Tolon, dihasilkan oleh Ahmad bin

Yusuf Ibn al-Dayah seorang penulis dari Miser pada kurun ketiga Hijrah.

Sirah ini menurut Muhammad (t.th: 27) telah disampaikan kisahnya dengan

riwayat sanad ahli sejarah seperti mana meriwayatkan hadis.

Karya Sirat Ahmad bin Tolon berterusan tersebar hingga muncul

Abdullah al-Balwa, seorang sejarawan pada kurun keempat Hijra yang tidak

senang dengan gaya penulisan sirah tersebut, menurut pandangan beliau

bahawa pengaranya setelah menjelaskan sesuatu kisah ia terus berlalu,

kemudian ia kembali semula kepada perkara yang sebelumnya. Pengarang

juga mencampur aduk kisah sejarahnya. Oleh itu, al-Balwa menyusun

semula dengan gaya bahasanya tersendiri yang dikira sesuai bagi

pandangannya untuk tulisan sirah (Muhammad, t.th: 27).

Pada kurun ke lima Anasr al-‘Atbi (m.427H) telah menghasilkan karya

mengenai Sultan Mahmud al-Ghaznawi, yang diberi nama “al-Yamini”

nisbah kepada Yamin al-Dawlah iaitu gelaran bagi Sultan Mahmud

penyebar Islam di India. Karya ini merakam kisah hidup Sultan Mahmud

dan ayah baginda Sultan Sabaktakin, serta segala kejadian yang berlaku

pada era baginda.

Pada kurun keenam. Munculnya Era Ayyubiyah (567H-648H). Sirah

kembali merakam kesah hidup para sahabat dan tabi’in dengan gaya

penyampaian sanad sejarah. Menurut Muhammad (t.th: 29-30) antara karya

sirah pada kurun ini ialah Manaqib Amir al-Mu’minin Umar bin al-Khattab

r.a. Dan Sirah wa manaqib Umar bin Abd al-Aziz. Diikuti sirah Manaqib al-

Imam Ahmad bin Hanbal. Semua sirah ini dihasilkan oleh Ibn al-Jawzi

(m.597H) seorang sejarawan bermazhab Hanbli.

Pada kurun ketujuh, Era Ayyubiyah, terurakaman sirah para tabi’in

yang masyhur daripada kalangan ulama Islam. Antaranya Manaqib al-Imam

Page 6: Sirah, Ilmu Sastera Tersohor Era Ayyubiyah - ukm.my · PDF filegambaran sebuah cerita. Dengan demikian, sirah dikenali sebagai sejarah ... segala yang berkaitan dengan peperangan Rasulullah

| Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 216

al-Shafi’I, karangan Fakhr al-Din al-Razi (m.606H). Selain itu, ahli

sejarawan era ini turut juga merakamkan sirah para raja, sultan dan ketua-

ketua negara. Ibn Shaddad (m. 632H) membawa sirah Salah al-Din al-

Ayyubi dalam tajuk al-Nawdir al-Sultaniyah wa al-mahasin al-Yusufiyah.

Sejarawan Muhammad bin Ahmad al-Nisawi (m.639H) mencatat sirah salah

seorang raja Dawlah Khuarizmiyah yang bernama al-Sultan Jalal al-Din

Mnakabarti (Muammad, t.th: 30).

Jelas dari pembahasan yang lalu, bahawa sirah telah melalui beberapa

perkembangan dari kurun kedua Hijrah hingga ke Dinasti Ayyubiyah pada

kurun ketujuh.

Gambaran Sirah dalam Sastera Ayyubiyah

Pemerintahan Dinasti Ayyubiyah pada Kurun keenam dan ketujuh Hijrah

merupakan kurun kemunculan ramai ulama, penulis dan sasterawan

berbanding kurun-kurun sebelumnya, disebabkan oleh suasana politik pada

masa itu. Tercetusnya peperangan Salib pada kurun pertama Dinasti ini

telah membawa kepada perpecahan, perbalahan dan kerosakan alam semula

jadi lalu memberi pengaruh yang buruk kepada Umat Islam, hingga tercapai

kemenangan di tangan Salah al-Din al-Ayyubi pada pertengahan kurun

keenam Hijrah.

Suasana politik, Dinasti Ayyubiyah telah menyemarakkan emosi dan

perasaan para sasterawan, lalu mereka menyusun karya sirah merakam

kemenangan tentera Islam dan orang-orang yang menentang musuh, serta

memuji para sultan dan ketua-ketua tentera dalam gaya bahasa prosa.

Antara mereka Ibn Shaddad dan karyanya al-Nawadir al-sultaniyah wa al-

mahasin al-Yusufiyah; Ibn Khallikan menghasilkan Wafiyyat al-a’yan dan

Ibn Munqidh menghasilkan kitab al-I’tibar. Segala peristiwa kemenangan

tentera Islam dan pemimpin Salah al-Din telah diabadikan dalam karya

mereka. Selain itu, sirah turut merakam pelbagai pembahasan, sejarah,

ekonomi, sosial, pemikiran dan peperangan serta alat-alat senjata (al-

Rabadi, 1988: 108-109).

Dua bentuk sirah telah digabungkan pada era Dinasti Ayyubiyah, iaitu,

sirah ungkapan peribadi yang dikenali sebagai dhati dan sirah yang

diungkap dari hasil catatan lain yang dikenali sebagai mawdu’i. Gabungan

dua bentuk sirah ini menurut al-Rabadi (1988:104) menambah jelas lagi

gambaran kejadian dan pemikiran yang disampaikan.

Dari sudut gaya bahasa pula, karya sirah pada era Ayyubiyah menurut

Nayzak (2003: 124-125) telah menggabungkan antara gaya bahasa, lama

yang diwarisi dari era sebelum ini dan baru yang dihasilkan di era ini dari

pelbagai sudut, bentuk, isi kandungan, uslub dan menjauhi segala

keindahan yang direka-reka, dan yang didatangkan dengan bersusah payah.

Page 7: Sirah, Ilmu Sastera Tersohor Era Ayyubiyah - ukm.my · PDF filegambaran sebuah cerita. Dengan demikian, sirah dikenali sebagai sejarah ... segala yang berkaitan dengan peperangan Rasulullah

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 | 217

Era Dinasti Ayyubiyah telah menyaksikan banyak pertikaian yang

berkisar samaada di kalangan tentera atau di kalangan pemimpin dan konflik

mereka untuk memerintah, menyebabkan beberapa penulis menggambarkan

riwayat hidup mereka dan segala peristiwa yang dialami, serta pertikaian

dalaman dan luaran era itu. Seperti Imarat al-Yamani dan Usamah bin Munqiz.

Kedua-dua mereka telah merakam segala peristiwa yang berlaku di Sham dan

Mesir serta menyampaikan sirah Salah al-Din al-Ayyubi ketika mengembalikan

Bayt al-Maqdis dan membebaskannya dari cengkaman orang- orang Salib (Ibn

Shaddad. 2002: 150-156).

Usamah bin Munqidh Penulis Sirah Dinasti Ayyubiyah

Usamah bin Munqidh adalah seorang ahli sejarah dan politik serta penulis sirah

Dinasti Ayyubiyah. Ia datang dari keluarga ternama dan mulia. Di lahirkan pada

tahun 488H di bandar Shayzar di Sirya (al-Hamawi, 1936. 5: 195). Ayahnya

bernama Murshid bin Ali, seorang yang berilmu, zuhud dan sasterawan.

Baginda mengutamakan didikan Agam Islam dalam keluarganya. Usamah

terserlah dalam ilmu nahu yang dipelajarinya dari Shaykh Abu Abdullah al-

Tulaytili di Tarabulus selama lebih kurang sepuluh tahun. Apabila tentera Salib

menawan negeri tersebut ayahnya serta bapa saudaranya mengarah beliau

berpindah ke Shayzar, tidak berapa lama beliau berpindah ke Damsyik dan

meninggal dunia pada tahun 589H (Ibn Munqidh,1999: 208).

Sirah al-I’tibar Karya Sastera Terpenting Dinasti Ayyubiyah

Kitab sirah “al-I’tibar” menurut kenyataan Ibn Munqidh (1999: 163) telah

dihasilkan ketika usia beliau mencapai 90 tahun. Terdapat beberapa sebab yang

mendorong Ibn munqidh menyusun sirah beliau ini. Antaranya:

i. Timbul rasa berdosa atas perbuatannya yang lalu. Seperti kenyataan beliau

dalam sirahnya:

“berapa banyak musibah yang ku temui, aku mengharungi segala ketakutan dan bahaya, ku

mengadap yang gagah berkuda. Ku bunuh segala singa, ku pukul dengan pedang, ku hunus

dengan tombak, ku mencedera dengan panah. Aku dan ajal dalam pemeliharaan hingga ku

mencapai usia semblan puluh”.

Jelas menunjukkan Ibn Munqidh mengembalikan segala kenangan yang

penuh dengan pengalaman supaya mengambil iktibar darinya.

Page 8: Sirah, Ilmu Sastera Tersohor Era Ayyubiyah - ukm.my · PDF filegambaran sebuah cerita. Dengan demikian, sirah dikenali sebagai sejarah ... segala yang berkaitan dengan peperangan Rasulullah

| Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 218

ii. Menulak secara tidal langsung pendapat dialektik (jadaliyah) yang dialami

oleh penulis dalam hidupnya.

iii. Rasa terhibur semasa menulis sirah dhatiyah. Dengan mengembalikan

segala kenangan, sama ada yang manis mahupun yang pahit yang

dialaminya.

iv. Didorong oleh rasa ingin menulis pelbagai sejarah hidup beliau yang

dialami, dilihat, dan difahami beliau. Supaya menjadi panduan kepada

yang lain (al-Saqarat, 2011: 9).

Dari huraian yang lalu, jelas menunjukkan bahawa perkembangan

sirah pada era Dinasti Ayyubiyah didorong oleh keadaan politik, ekonomi,

sosial, pendidikan, pergolakan dalam negeri dan serangan serta peperangan

tentera Salib ke atas negara-negara Islam.

Kesimpulan

“Sirah” adalah salah satu genre sastera Arab berbentuk prosa. Ia merupakan

sebahagian daripada catatan sejarah. “Sirah” membahas sejarah perjalanan

hidup seseorang ilmuan dan tersohor, dari aspek politik, ekonomi, sosial dan

pendidikan, disampaikan dengan ungkapan yang indah dan menghiburkan.

Sirah berbeza daripada tarajim, sejarah Sirah Islam mula muncul pada abad

kedua Hijrah dan terus berkembang hingga sempurna pada abad keenam era

Dinasti Ayyubiyah. Usamah bin Munqidh adalah pengembang sirah dhatiyah

pada era itu.

Rujukan

Abbas, Ihsan. 1966. Fan al-Sirah. Beirut: Dar sadir.

Abd al-Daim, Yahya Ibrahim. 1972. Al-Tarjama al-Dhatiyah fi al-adab al-Arabi

al-hadith. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-Adabi.

al-Baghdadi, Abd al-Majid. 2016. Fan al-sirah al-dhatiyyah wa anwa’uha fi al-

adab al-Arabi. Dalam Majallah Al-Qism Al-Arabi. Lahore – Pakistan: University

of the Punjab. Bil. 23. 2016.

al-Buti, Muhammad Sa’id Ramadan. 1980. Fiqh al-sirah. Damsyik: Dar al-Fikr.

al-Hadidi, Abd al-Latif. 1996. Fan al-sirah bayna al-dhatiyyah wa al-ghayriyyah fi

daw’ al-naqd al-hadith. Al-Qaherah: Dar al-Sa’adah li al-Tiba’ah.

Ibn Khaldun, Abd al-Rahman. 2001. Muqaddimt Ibn Khaldun. Beirut: Dar al-Fikr.

Ibn al-Jawzi, Abd al-Rahman bin Ali. 2007: 3. Shudhur al-uqud, t.ngr. Markaz

Najibawayh li al-makhtutat muqaddimah.

Ibn Shaddad, Baha’ al-Din Yusuf. 2002. Al-Nawadir al-sultaniyah wa al-Mahasin al-

Yusufiyah. Sirya: Dar al-Awa’il li al-Nashr.

Ibn Manzur, Muhammad bin Mukram. t.thn. Lisan al-Arab. Al-Qaherah: Dar al-Ma’arif

Page 9: Sirah, Ilmu Sastera Tersohor Era Ayyubiyah - ukm.my · PDF filegambaran sebuah cerita. Dengan demikian, sirah dikenali sebagai sejarah ... segala yang berkaitan dengan peperangan Rasulullah

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 | 219

Ibn Munqidh, Usamah bin Murshid.1999. Kitab al-I’tibar. Makkah al-Mukarramah:

Maktabat Abbas bin Ahmad al-Baz.

al-Kattani, Muhammad. 1980. Dirasat al-mu’llafat al-jadidah. Moroco: Dar al-

Thaqafah.

al-Maqdisi, Anis. 1980. Al-Funun al-adabiyah wa a’lamuha fi al-nahdah al-

Arabiyah al-hadithah. Beirut: Dar al-I’lm li al-Malayin.

Muhammad, Abd al-Ghani Hasan Lata. T.th. Al-Tarajim wa al-siyar. Cet.3. al-

Qaherah: Dar al-Ma’arif.

al-Muhandis. Kamil & Majdi Wahbah. 1979. Mu’jam al-mustalahat al-Arabiyah fi

al-lughah wa al-adab. Beirut: Maktabat Lubnan).

al-Najjar, Husin Fawzi. 1994. Al-Tarikh wa al-siyar. Al-Qherah: al-Dar al-Misriyyah.

Nayzak, As’ad. 2003. Al-Sirah al-dhatiyah fi al-adab al-Arabi al-qadim. Mesir:

Dar al-Hilal.

al-Rabadi, Sa’id. 1988. Mazahir tatawur al-nathr fi al-usur al-mutatabi’ah.

Damsyik: Matba’at al-Mashriq li al-Nashr.

Shakir, Tahani Abd al-Fattah. 2002. Al-Sirah al-Dhatiyyah fi al-adab al-Arabi.

Jordan: al-Mu’ssasah al-Arabiyyah li al-Dirasat wa al-Nashr.

Sharaf, Abd Aziz. 1988. Adab al-sirah al-dhatiyah. Mesir: al-Sharikah al-Misriyah

al-Alamiyah li al-Nashr.

al-Saqarat, Bara’ Mahmud. 2011. Kitab al-I’tibar li Usamah bin Munqidh dirasah

tahliliyah. Tesis Sarjan, Universiti Mu’tah.

al-Hamawi, Yaqut. 1936. Mu’jam al-Udaba’. Tahqiq: Ahmad Rifa’I. al-Qaherah: Dar

al-Ma’mun.

Wahbah, 1984. Majdi, Kamil al-Muhandis. Mu’jam al-mustalahat al-Arabiyyah fi

al-Lughah wa al-adab. Cet. 2. Beirut: Maktabat Lubnan.