sejarah peperangan uhud

14
SEJARAH PEPERANGAN UHUD Bukit uhud sangat sinonim dengan umat Islam.sesiapa yang pernah membaca sejarahnya pasti hati nuraninya akan terpaut dengan kehebatannya, kerana Rasulullah s.a.w pernah bersabda” sesungguhnya uhud adalah gunung yang sangat mencintai kita,dan kitapun mencintainya- (Shahih Muslim).Riwayat lain, ketika Nabi,Abu Bakar,Umar dan Usman mendaki Uhud dan menggongcangkan mereka.Nabi berkata “Diam kamu Uhud, sesungguhnya di atasmu terdapat Nabi,Shaqid,(Sebutan Rasulullah kepada Abu Bakar)dan dua orang Shahid”(Shahih Bukhari). Uhud terletak kira-kira 4 kilometer dari Masjid Nabawi,Madinah. Melihat bukit Uhud yang berwarna ungu, terbentang memanjang dengan, latar belakanglangit biru,seolah-olah bergembira menyambut kedatangan ribuan para penziarah setiap hari, terutama di musim Haji. Mengigatkan kami bahawa lokasi inilah Rasulullah s.a.w pernah menyusun strategi yang sangat mengagumkan. Lereng Uhud dijadikan sebagai benteng pertahanan dari belakang. Sayap kanan dikendalikan Oleh Munzir bin Umar, manakala sayap kiri dipimpin oleh Zubair bin Awwam. Untuk menghindari serangan musuh dari arah yang berlawana, baginda menempatkan sekitar lima puluh orang pasukan pemanah yang dipimpin oleh Abdullah bin Zubair. Di atas bukit Rumat, yang jaraknya sekitar 150 kilometer dari pasukan kaum muslimin yang berada di garis depan.

Upload: rohaya-che-ismail

Post on 03-Jul-2015

423 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: SEJARAH PEPERANGAN UHUD

SEJARAH PEPERANGAN UHUD

Bukit uhud sangat sinonim dengan umat Islam.sesiapa yang pernah membaca sejarahnya

pasti hati nuraninya akan terpaut dengan kehebatannya, kerana Rasulullah s.a.w pernah

bersabda” sesungguhnya uhud adalah gunung yang sangat mencintai kita,dan kitapun

mencintainya- (Shahih Muslim).Riwayat lain, ketika Nabi,Abu Bakar,Umar dan Usman mendaki

Uhud dan menggongcangkan mereka.Nabi berkata “Diam kamu Uhud, sesungguhnya di atasmu

terdapat Nabi,Shaqid,(Sebutan Rasulullah kepada Abu Bakar)dan dua orang Shahid”(Shahih

Bukhari).

Uhud terletak kira-kira 4 kilometer dari Masjid Nabawi,Madinah. Melihat bukit Uhud

yang berwarna ungu, terbentang memanjang dengan, latar belakanglangit biru,seolah-olah

bergembira menyambut kedatangan ribuan para penziarah setiap hari, terutama di musim Haji.

Mengigatkan kami bahawa lokasi inilah Rasulullah s.a.w pernah menyusun strategi yang sangat

mengagumkan. Lereng Uhud dijadikan sebagai benteng pertahanan dari belakang. Sayap kanan

dikendalikan Oleh Munzir bin Umar, manakala sayap kiri dipimpin oleh Zubair bin Awwam.

Untuk menghindari serangan musuh dari arah yang berlawana, baginda menempatkan sekitar

lima puluh orang pasukan pemanah yang dipimpin oleh Abdullah bin Zubair. Di atas bukit

Rumat, yang jaraknya sekitar 150 kilometer dari pasukan kaum muslimin yang berada di garis

depan.

Bukit Rumat tidaklah setinggi mana. Menurut kajian, para jemaah haji yang terdiri dari

orang turki memenuhi segenap ruang di puncak bukit. Kelihatan mereka nampak sangat

berbangga dapat menjejak kaki di bukit yang bersejarah itu. Sementara jemaah haji yang datang

dari malaysia hanya memerhatikan dari bawah sahaja. Pada hari tersebut, cuaca kelihatan sangat

sejuk, walaupun matahari terang benderang. Kami tidak pasti musim apa Rasulullah s.a.w

berperang. Ketika Iklim sejuk atau Panas, dan sekiranya di musim panas kami dapat bayangkan

betapa peritnya tentera muslimin mengharungi peperangan dalam cuaca kering dan berdebu.

Page 2: SEJARAH PEPERANGAN UHUD

Sebelum itu, Rasulullah s.a.w mengigatkan pasukan pemanah yang mengambil kedudukan di

Bukit Rumat,agar tidak meninggalkan tempat tersebut, biar dalam situasi dan kondisi apa

sekalipun.

Peperangan bermula secara kecilan di sekitar bendera pasukan quraisy, kemudian

pertempuran menjadi bertambah sengit. Para Sahabat Rasulullah s.a.w terus mengasak

pertahanan musuh. Mayat-mayat pasukan Quraisy jatuh bergelimpangan. Kaum muslimin

hampir memenangi peperangan.

Sayangnya, pasukan pemanah yang ditempatkan di atas Bukit Rumat lupa pesanan nabi.

Saat musuh tunggang langgang,mereka melihat rampasan peperangan dalam jumlah yang sangat

besar. Tanpa disedari mereka turun dari bukit dengan tujuan mahu memungut harta rampasan

yang berselerakan.

Dengan tak dapat menahan air liur melihat rampasan perang itu, sesama satu sama lain mereka

berkata:

"Kenapa kita masih tinggal disini juga dengan tidak ada apa-apa. Tuhan telah menghancurkan

musuh kita. Mereka, saudara-saudara kita itu, sudah merebut markas musuh. Kesanalah juga

kita, ikut mengambil rampasan itu."

Yang seorang lagi tentu menjawab:

"Bukankah Rasulullah s.a.w sudah berpesan jangan meninggalkan tempat kita ini? Sekalipun

kami diserang janganlah kami dibantu."

Yang pertama berkata lagi:

" Rasulullah s.a.w tidak menghendaki kita tinggal disini terus-menerus, setelah Tuhan

menghancurkan kaum musyrik itu."

Page 3: SEJARAH PEPERANGAN UHUD

Lalu mereka berselisih. Ketika itu juga tampil Abdullah bin Jubair berpidato agar jangan

mereka itu melanggar perintah Rasulullah s.a.w. Tetapi mereka sebahagian besar tidak patuh.

Mereka berangkat juga. Yang masih tinggal hanya beberapa orang saja, tidak sampai sepuluh

orang. Seperti kesibukan Muslimin yang lain, mereka yang ikut bergegas itu pun sibuk pula

dengan harta rampasan. Kesempatan itu tidak disia-siakan oleh musuh. Pasukan Quraisy yang

dipimpin oleh Khalid bin’ I-Walid yang bertugas sebagai komandan kavaleri Mekah pasukannya

dikerahkan ke tempat pasukan pemanah, dan mereka inipun berhasil dikeluarkan dari sana.

Khalid bin’ I-Walid mengambil kesempatan yang sememangnya bersiap-siap untuk melarikan

diri, telah berpatah balik, lalu telah berhasil menghancurkan pasukan pemanah, kemudian dengan

pantas menyerbu lembah Uhud, menyerang pasukan infanterikaum muslimin.

Tindakan ini tidak disedari oleh pihak Muslimin. Mereka sangat sibuk untuk

memperhatikan soal itu atau soal apapun, kerana sedang menghadapi harta rampasan perang

yang mereka rampas habis-habisan itu, sehingga tiada seorangpun yang membiarkan apa saja

yang dapat mereka ambil. Sementara mereka sedang dalam keadaan serupa itu, tiba-tiba Khalid

bin'l-Walid berseru sekuat-kuatnya, dan sekaligus pihak Quraisypun mengerti, bahawa ia telah

dapat membalikkan anak buahnya ke belakang tentara Muslimin.

Mereka yang tadinya sudah terpukul mundur sekarang kembali lagi maju dan mendera

Muslimin dengan pukulan maut yang hebat sekali. Di sinilah giliran bencana itu berbalik. Setiap

Muslim telah melemparkan kembali hasil renggutan yang sudah ada di tangan itu, dan kembali

pula mereka mencabut pedang hendak bertempur lagi. Padahal perkara sebegini tidak harus

terjadi sekiranya pasukan pemanah tidak mengingkari arahan Nabi, keadaan seperti berikut tidak

akan terjadi.

Page 4: SEJARAH PEPERANGAN UHUD

Di medan Perang Uhud, kaum muslimin mengalami kerugian yang besar. Beberapa

Pahlawan Islam seperti Hamzah bin Abdul Muthalib, Haszahalah,Mushb bin Umair dan

beberapa sahabat lainnyagugur sebagai syuhadah.Bahkan Rasulullah s.a.w sendiri mengalami

luka di beberapa bahagian tubuhnya.

Syaidina Hamzah bin Abdul Muthalib, yang juga merupakan bapa saudara Nabi,di

makamkam di Uhud. Perkuburan Beliau tidak pernah sunyi daripada dikunjungi oleh umat Islam

daripada seluruh belahan dunia, terutamanya pada musim haji.

Ketika peperangan Uhud, terdapat sejumlah nama sahabat yang belum mendapat hidayah

Allah SWT. Di antaranya, Abu Sufyan bin harb, Khalid bin’ I-Walid,Ikrimah bin Abu Jahal,

Hindun binti Utbah, serta wahsyi.

Wahsyi, merupakan seorang hamba dan beliaulah yang membunuh Hamzah bin Abdul

muthalib. Ketika mana cahaya Allah menyinari hati mereka,susuk-susuk tersebut telah

mempersembahkan pengorbanan yang cemerlang dan gemilangbagi menegakkan agama Allah.

Khalid bin’ I-Walid dan Ikrimah bin Abu Jahal akhirnya menjadi panglima perang Islam yang

tersohor dan disegani.Jasa-jasa beliau terhadap perkembangan Islam sangat besar.

Sementara Wahsyi, mula dibenci Rasulullah s.a.w lantaran membunuh bapa saudara

kesayangannya. Dia memeluk Islam ketika perang Taif, kemudian dia berusaha menebus

kesalahan masa lampaunya dendan membunuh Musailamah Al-Kadzab, seorang nabi palsu dari

Yaman. Wahsyi menyertai peperangan tanpa kepentingan apa-apa selain daripada ingin merdeka

dari tuannya.Beliau dijanjikan, seandainya beliau berjaya membunuh Hamzah bin Abdul

Muthalib akan dimerdekakan.Selepas peristiwa itu beliau dimerdekakan oleh tuannya,Jubair bin

muthm.

Page 5: SEJARAH PEPERANGAN UHUD

Blog Sejarah Nabi Muhammad SAW ditujukan untuk menyebarluaskan buku “Sejarah Hidup

Muhammad”, karya Dr. Muhammad Husain Haekal

Keempat, mereka yang yang dahulunya memusuhi umat islam, setelah bertaubat hendaklah

diberi peluang kepadanya membetulkan kembali kesilapan masa lalu.

Dalam sejarah pertarungan antara kebenaran melawan kebatilan, orang-orang seperti

Wahsyi itu ramai sekali. Demi kemerdekaan diri, demi ringgit, bahkan demi sehelai kain

pelikatatau sarung, mereka boleh di cucuk hidung. Boleh diarah melakukan itu dan ini. Akan

tetapi lebih teruk lagi kelemahan itu dijual dengan harga yang murah kepada segelintir orang

yang diketahuinya memusuhi agamanya sendiri yakni agama Islam.

Selain Wahsyi nama seperti Abu Amir Al-Fasiq, iaitu seorang agen atau pengkianat. Ia

merupakan pemimpin kaum Aus pada masa jahiliah. Ketika Islam datang, ia terdesak lalu

mengaku keislamannya. Saat menjelang perang uhud meletus, ia menjadi orang pertama

mendatangi kaum muslimin. Dia berseru kepada kaumnya dan memperkenalkan diri kepada

mereka serayau berkata Wahai kaunm Aus, saya adalah Abu Amir Kaumnya menjawab

“Semoga Allah tidak member kesenangan kepadamu wahai fasik”. Mendengar jawapan itu ia

berkata” setelah ku tinggalkan kaummu ditimpa keburukan”.

Page 6: SEJARAH PEPERANGAN UHUD

Abu Amir Al- fasiq memang tidak berhasil kecundangkan kaum muslimin, tetapi orang

seperti ini berpeluang.mengkucir kacirkan kaum muslimin.Terutama bila ia melibatkan wang

yang banyak.

Selebihnya adalah wanita. Hadirnya indun dalam medan Uhud member impak yang lebih

terutamanya di kalangan wanita. Peranannya luar biasa. Sambil mengelilingi pasukan Musyrikin

dengan gendang dipalu bertalu-talu. Suara mereka riuh rendah, membangkitkan semangat perang

kaum lelaki. Yang tidak dapat dilupakan ialah wanita yang bernama Hindun itu mencungkil hati

Syaidina Hamzah, lalu dikunyah dan di muntahkannya.

Kehancuran kadang-kadang datang dari hati yang lemah. Kerana itulah harus di

perhatikan.

LAMPIRAN

Page 7: SEJARAH PEPERANGAN UHUD

Bukit Uhud Sekarang

Page 8: SEJARAH PEPERANGAN UHUD

Bukit Uhud dahulu

Page 9: SEJARAH PEPERANGAN UHUD
Page 10: SEJARAH PEPERANGAN UHUD

Dari kisah tersebut, ada Pemandangan makam Saidina Hamzah dan para sahabat yang

gugur syahid ketika Perang Uhud diambil dari kemuncak Bukit Rumat.

Page 11: SEJARAH PEPERANGAN UHUD
Page 12: SEJARAH PEPERANGAN UHUD