sintaksis

10
B. Penganalisisan Penggunnaan Frasa dan Klausa. 1. Bulan depan daerah kami akan dikunjungi pemimpin parti tersebut. Ayat tersebut mempunyai satu subjek dan satu predikat. Subjeknya terdiri daripada frasa nama daerah kami. Frasa nama daerah kami terbina daripada kata nama daerah yang menjadi inti frasa sementara kami menjadi kata ganti nama diri pertama sebagai penerang. Walau bagaimanapun, subjek ayat ini tidak terletak pada awal ayat. Hal ini demikian kerana sebahagian predikat ayat diletakkan pada awal ayat sementara sebahagian lagi diletakkan pada akhir ayat. Subjek ayat wujud di tengah-tengah. Susunan kata seperti ayat ini dikenal sebagai susunan songsang terbahagi. Predikat ayat yang diletakkan pada awal ayat terdiri daripada frasa nama iaitu konstituen kata nama bulan dengan kata nama depan. Seterusnya, bahagian predikat ayat yang terletak pada akhir ayat tersebut terdiri daripada frasa kerja pasif yang berasal daripada kata kerja pasif dikunjungi. Dalam frasa kerja pasif tersebut, kata seni keterangan waktu akan diletakkan di hadapan kata kerja pasif dikunjungi dan disertai oleh frasa nama , iaitu konstituen pemimpin parti tersebut. Komponen frasa nama tersebut terbentuk daripada kata nama pemimpin, parti dan ditentukan menggunakan kata penentu tersebut. Ayat tersebut ialah ayat tranformasi daripada ayat bersusunan biasa yang berikut, iaitu: Pemimpin parti tersebut akan mengunjungi daerah kami bulan depan.

Upload: rick-ael

Post on 29-Dec-2015

13 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sintaksis

B. Penganalisisan Penggunnaan Frasa dan Klausa.

1. Bulan depan daerah kami akan dikunjungi pemimpin parti tersebut.

Ayat tersebut mempunyai satu subjek dan satu predikat. Subjeknya terdiri daripada

frasa nama daerah kami. Frasa nama daerah kami terbina daripada kata nama daerah

yang menjadi inti frasa sementara kami menjadi kata ganti nama diri pertama sebagai

penerang.

Walau bagaimanapun, subjek ayat ini tidak terletak pada awal ayat. Hal ini demikian

kerana sebahagian predikat ayat diletakkan pada awal ayat sementara sebahagian lagi

diletakkan pada akhir ayat. Subjek ayat wujud di tengah-tengah. Susunan kata seperti ayat

ini dikenal sebagai susunan songsang terbahagi.

Predikat ayat yang diletakkan pada awal ayat terdiri daripada frasa nama iaitu

konstituen kata nama bulan dengan kata nama depan.

Seterusnya, bahagian predikat ayat yang terletak pada akhir ayat tersebut terdiri

daripada frasa kerja pasif yang berasal daripada kata kerja pasif dikunjungi. Dalam frasa

kerja pasif tersebut, kata seni keterangan waktu akan diletakkan di hadapan kata kerja pasif

dikunjungi dan disertai oleh frasa nama , iaitu konstituen pemimpin parti tersebut.

Komponen frasa nama tersebut terbentuk daripada kata nama pemimpin, parti dan

ditentukan menggunakan kata penentu tersebut.

Ayat tersebut ialah ayat tranformasi daripada ayat bersusunan biasa yang berikut,

iaitu:

Pemimpin parti tersebut akan mengunjungi daerah kami bulan depan.

Page 2: Sintaksis

2. Hasil padinya berguni-guni di dalam kepuk itu.

Ayat tersebut mempunyai satu subjek dan satu predikat. Subjeknya terdiri daripada

frasa nama hasil padinya. Frasa nama hasil padinya terbina daripada kata nama hasil

yang menjadi inti frasa sementara kata padinya terdiri daripada kata nama padi dan kata

klitik nya yang menjadi singkatan kepada kata dia menjadi kata nama sebagai penerang.

Subjek ayat ini terletak pada awal ayat manakala predikat ayat pula terletak pada

akhir ayat. Susunan kata seperti ayat ini dikenal sebagai ayat aktif.

Predikat ayat terdiri daripada frasa nama iaitu konstituen kata bilangan himpunan

berguni-guni serta disertai oleh frasa sendi nama, iaitu konstituen di dalam kepuk itu.

Komponen frasa sendi tersebut terbentuk daripada kata sendi nama di dan dalam dan

objeknya ialah frasa nama yang terdiri daripada kata nama kepuk dan kata penentu, itu.

Ayat tersebut merupakan ayat asal atau ayat bersusunan biasa seperti yang berikut,

iaitu:

Hasil padinya berguni-guni di dalam kepuk itu.

Page 3: Sintaksis

3. Dengan segeranya kami laksanakan perintah yang kami terima itu.

Ayat tersebut mmpunyai satu subjek dan satu predikat. Subjeknya terdiri daripada

frasa nama perintah yang kami terima itu. Frasa nama perintah yang kami terima itu

terbina daripada kata nama perintah yang menjadi inti frasa sementara kami terima itu

menjadi frasa kerja sebagai keterangan yang menerima partikel yang dan disertai oleh kata

penentu itu.

Walau bagaimanapun, subjek ayat ini tidak terletak pada awal ayat. Hal ini demikian

kerana predikat ayat diletakkan pada awal ayat. Subjek ayat wujud di akhir ayat. Susunan

kata seperti ayat ini dikenal sebagai susunan songsang penuh.

Predikat ayat yang diletakkan pada awal ayat terdiri daripada frasa sendi iaitu

konstituen kata sendi dengan dengan kata adjektif segera dan kata kliik nya yang menjadi

singkatan kepada dia serta disertai oleh kata nama kami dan kata kerja laksanakan.

Ayat tersebut ialah ayat tranformasi daripada ayat bersusunan biasa yang berikut,

iaitu:

Perintah yang kami terima itu kami laksanakan dengan segeranya

Page 4: Sintaksis

4. Di seluruh negara orang sibuk memperkatakan kenaikan harga barangan.

Ayat tersebut mempunyai satu subjek dan satu predikat. Subjeknya terdiri daripada

frasa nama orang sibuk. Frasa nama orang sibuk terbina daripada kata nama orang yang

menjadi inti frasa sementara sibuk menjadi kata kerja sebagai keterangan.

Walau bagaimanapun, subjek ayat ini tidak terletak pada awal ayat. Hal ini demikian

kerana sebahagian predikat ayat diletakkan pada awal ayat sementara sebahagian lagi

diletakkan pada akhir ayat. Subjek ayat wujud di tengah-tengah. Susunan kata seperti ayat

ini dikenal sebagai susunan songsang terbahagi.

Predikat ayat yang diletakkan pada awal ayat terdiri daripada frasa sendi iaitu

konstituen kata sendi di dengan kata bilangan tidak tentu seluruh serta disertai oleh kata

nama negara.

Seterusnya, bahagian predikat ayat yang terletak pada akhir ayat tersebut terdiri

daripada frasa kerja transitif yang berasal daripada kata kerja transitif memperkatakan

disertai oleh frasa nama , iaitu konstituen kenaikan harga barangan. Komponen frasa

nama tersebut terbentuk daripada kata nama kenaikan, harga dan barangan.

Ayat tersebut ialah ayat tranformasi daripada ayat bersusunan biasa yang berikut,

iaitu:

Orang sibuk memperkatakan kenaikan harga barangan di seluruh negara.

Page 5: Sintaksis

5. Ke mana-mana sahaja pengedar dadah itu diburu polis.

Ayat tersebut mempunyai satu subjek dan satu predikat. Subjeknya terdiri daripada

frasa nama pengedar dadah itu. Frasa nama pengedar dadah itu terbina daripada kata

nama pengedar yang menjadi inti frasa sementara dadah menjadi kata nama sebagai objek

dan disertai dengan kata penentu itu.

Walau bagaimanapun, subjek ayat ini tidak terletak pada awal ayat. Hal ini demikian

kerana sebahagian predikat ayat diletakkan pada awal ayat sementara sebahagian lagi

diletakkan pada akhir ayat. Subjek ayat wujud di tengah-tengah. Susunan kata seperti ayat

ini dikenal sebagai ayat pasif susunan terbahagi.

Predikat ayat yang diletakkan pada awal ayat terdiri daripada frasa sendi iaitu

konstituen kata sendi ke dengan kata bilangan tidak tentu mana-mana serta disertai oleh

kata tugas sahaja.

Seterusnya, bahagian predikat ayat yang terletak pada akhir ayat tersebut terdiri

daripada frasa kerja pasif yang berasal daripada kata kerja pasif diburu disertai oleh frasa

nama , iaitu polis. Komponen frasa nama tersebut terbentuk daripada kata nama polis.

Ayat tersebut ialah ayat tranformasi daripada ayat bersusunan biasa yang berikut,

iaitu:

Polis terus memburu pengedar dadah itu ke mana-mana sahaja.

Page 6: Sintaksis

6. Saya jelaskan kepadanya bahawa pemimpin itu tidak amanah terhadap rakyatnya.

Ayat tersebut mempunyai lebih daripada satu subjek. Oleh sebab itu, ayat tersebut

tergolong dalam jenis ayat majmuk.

Subjek utama bagi ayat tersebut terdiri daripada frasa nama, iaitu konstituen

pemimpin itu tidak amanah terhadap rakyatnya. Pemimpin itu ialah kata nama sebagai

inti frasa sementara kata nafi tidak diletakkan di hadapan kata adjektif amanah serta

disertai kata sendi terhadap dan kata nama rakyatnya berfungsi sebagai penerang kepada

inti frasa.

Predikat ayat ini ialah frasa kerja pasif yang terdiri daripada kata nama saya dan

diikuti kata kerja pasif jelaskan serta disertai oleh kata sendi kepada dan kata klitik nya

yang menjadi singkatan kepada dia. Ayat ini sebenarnya berasal daripada dua ayat tunggal

yang berikut, iaitu;

i. Saya jelaskan kepadanya (sesuatu).

ii. Pemimpin itu tidak amanah terhadap rakyatnya.

Kedua-dua ayat tersebut digabungkan dengan menggunakan kata hubung bahawa

sementara kata sesuatu digugurkan kerana kata sesuatu sudah merujuk kepada

pemimpin itu tidak amanah terhadap rakyatnya.

Konstituen bahawa pemimpin itu tidak amanah terhadap rakyatnya dikenal

sebagai klausa tak bebas kerana tidak dapat berdiri sendiri sebagai ayat yang lengkap tetapi

berfungsi sebagai subjek kepada ayat tersebut. Bahawa pemimpin itu tidak amanah

terhadap rakyatnya disebut sebagai klausa kerana terdiri daripada sekelompok kata yang

ada subjek dan predikat ayat. Subjek ayat bagi klausa tersebut ialah frasa nama pemimpin

itu sementara predikat ayatnya ialah frasa adjektif yang terdiri daripada kata nafi tidak dan

disertai oleh kata adjektif amanah dan diikuti kata sendi nama terhadap rakyatnya sebagai

keterangannya. Oleh sebab klausa ini wujud pada subjek ayat, maka klausa ini dikenal

sebagai klausa subjek.

Ayat tersebut dapat dipasifkan seperti yang berikut, iaitu:

Bahawa pemimpin itu tidak amanah terhadap rakyatnya saya jelaskan kepadanya.

Page 7: Sintaksis

7. Kawasan kediamannya itu bagaimana keadaannya.

Ayat tersebut mempunyai lebih daripada satu subjek. Oleh sebab itu, ayat tersebut

tergolong dalam jenis ayat majmuk.

Subjek utama bagi ayat tersebut terdiri daripada frasa nama, iaitu konstituen

kawasan kediamannya itu. Kawasan ialah kata nama yang menjadi inti frasa manakala

kata kediamannya terdiri daripada kata nama kediaman dan kata klitik nya yang menjadi

singkatan kepada kata dia berfungsi sebagai penerang dan disertai oleh kata penentu itu.

Predikat ayat ini ialah frasa

Page 8: Sintaksis

8. Penduduk di situ berpendapat bahawa kediaman mereka tidak selamat.

Page 9: Sintaksis

9. Pihak polis menerangkan bahawa pendatang asing itu telah melarikan diri.

Page 10: Sintaksis

10. Kakitangan pejabat itu mendapat pengesahan bahawa pengarah baharu itu bukan orang

tempatan.