sintaksis

36
BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU TAJUK TUGASAN : ANALISIS AYAT BAHASA MELAYU. 0

Upload: reduan-jamil

Post on 19-Dec-2015

50 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

sintaksis

TRANSCRIPT

Page 1: sintaksis

BML 3063

SINTAKSIS BAHASA MELAYU

TAJUK TUGASAN : ANALISIS AYAT BAHASA MELAYU.

0

Page 2: sintaksis

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah kerana dengan izin-Nya, tugasan ini dapat

disiapkan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan tugasan ini saya mendapat sokongan dan

bantuan daripada pelbagai pihak yang bersungguh-sungguh dalam membantu saya sehingga

berjaya.

Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan guru yang turut sama membantu

dari segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk memahami dan menyiapkan tugasan

yang diberikan mengikut had masa yang ditetapkan.

Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara

langsung ataupun tidak langsung sepanjang usaha saya menyiapkan tugasan ini.

Sekian, terima kasih.

1

Page 3: sintaksis

Kandungan

Perkara Muka surat

1.0 Pendahuluan 3

2.0 Tujuan 3

3.0 Bidang 3

4.0 Bahan 4

5.0 Kaedah 4

6.0 Konsep 5

7.0 Analisis 11

8.0 Penutup 13

Bibliografi 14

Lampiran I(a – d) 15

Lampiran II 29

2

Page 4: sintaksis

1.0 Pendahuluan

Analisis pembinaan ayat atau sintaksis merupakan proses pengkajian bagaimana

serangkai perkataan yang disusun menjadi frasa seterusnya membentuk klausa sebelum menjadi

sebuah ayat yang lengkap.  Ayat yang lengkap menghasilkan makna yang membolehkan

kelangsungan komunikasi di dalam sesebuah masyarakat. Aspek analisis sintaksis dilaksanakan

dengan melihat unsur-unsur sintaksis berpadu yang menjadi frasa dan ayat.  Binaan sintaksis

dianalisis dengan melihat bagaimana pola-pola sintaksis dikembangkan bersama fungsinya. 

2.0 Tujuan

Tujuan analisis ini adalah untuk menganalisis jenis binaan ayat sama ada dari ayat

tunggal, ayat majmuk dan memahami fungsi serta jenis-jenis pola tersebut. Agar mampu

meneguhkan ilmu linguistik yang merupakan satu cabang hukum tatabahasa yang akhinya akan

menentukan identiti bahasa itu sendiri. 

3.0 Bidang

Analisis ini memfokuskan kepada elemen sintaksis di dalam teks berdasarkan analisis

ayat tunggal, ayat majmuk dan subjenis yang terdapat di dalamnya. 

3

Page 5: sintaksis

4.0 Bahan

Teks diperolehi daripada Utusan Malaysia, rabu, bertarikh 26 nonember 2014 bertajuk

Diseksa nenek sendiri yang tersiar di ruangan Utusan Malaysia Mega.  Khalayaknya merupakan

pembaca yang tahu berbahasa Melayu.

5.0 Kaedah

Analisis akan dilaksanakan dengan menyaring keluar ayat-ayat tunggal dan ayat-ayat

majmuk dan mengenalpasti bentuknya dan melakukan analisis peratusan terhadap ayat-ayat

tersebut yang dijumpai di dalam teks analisis.  Ayat akan dicerakin dan direkodkan di dalam tiga

jadual seperti Jadual Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk,  Jadual Analisis Ayat Tunggal dan Jadual

Analisis Ayat Majmuk dan perincian subjenis serta peratusan masing-masing.

Analisis ini adalah bersifat kuantitatif di mana bahan telah diambil daripada surat khabar

Utusan Malaysia. Ayat akan dianalisis sepenuhnya terdapat dalam Lampiran 1. Analisis meliputi

empat jadual iaitu Jadual Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk, Jadual Analisis Ayat Tunggal, Jadual

Analisis Ayat Majmuk, dan Jadual Jenis Ayat. Perincian jenis dan subjenis serta peratusan

masing-masing juga dilakukan.

4

Page 6: sintaksis

6.0 Konsep

Ayat tunggal pada dasarnya ialah ayat yang mempunyai ciri yang sama dengan ayat

dasar.  Kedua-dua ayat mempunyai elemen satu klausa yang ketara iaitu satu subjek dan satu

predikat. Namun, ayat tunggal dibezakan dengan ayat dasar dengan kebolehannya menerima

kehadiran unsur keterangan pada bahagian subjek atau predikatnya.  Selain itu, ayat tunggal juga

boleh disongsangkan kedudukan subjek dan predikatnya.

Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani, Razali Ayob dan Zulkifli Osman(2006) 

menyebut ayat tunggal dan ayat dasar merupakan satu perkara yang sama sebab ia dibentuk

berdasarkan bilangan subjek dan predikat yang paling asas dan semestinya terdiri daripada satu

subjek dan satu predikat. 

Abdullah Hassan di dalam buku Linguistik Am (2007)  mendefinisikan ayat dasar oleh

para ilmuwan bahasa seperti Arbak Othman dan Asmah Hj Omar serta penggarisan konsep ayat

dasar oleh Tatabahasa Dewan. Arbak Othman membahagikan ayat dasar kepada beberapa

bahagian seperti di bawah:

a)      Subjek nama    +          predikat nama (FN + FN)

b)      Subjek nama    +          predikat sifat    (FN + FAdj)

c)      Subjek nama    +          predikat kopula (FN + FPemeri)

d)     Subjek nama    +          predikat rangkai kata depan (FN + FSn)

e)      Subjek nama    +          predikat kata kerja tak transitif  (FN + FKttr)

f)      Subjek nama    +          predikat kata kerja transitif     (FN + Ftr)

5

Page 7: sintaksis

Asmah Hj Omar pula menulis di dalam Nahu Melayu Mutakhir edisi ke-4 meringkaskan

ayat dasar kepada dua pola sahaja iaitu:

a)      Frasa benda     + frasa benda

b)      Frasa benda     +  frasa karyaan

Sementara Tatabahasa Dewan 1981 menggariskan pola ayat dasar iaitu:

a)      Frasa nama      +          frasa nama

b)      Frasa nama      +          frasa adjektif

c)      Frasa nama      +          frasa kerja

d)     Frasa nama      +          frasa sendi nama

Manakala ayat majmuk pula merupakan rangkuman ayat-ayat tunggal sehingga

menghasilkan ayat-ayat baru yang terdiri daripada dua atau lebih klausa.  Secara umumnya, ayat

majmuk merupakan gabungan dua ayat tunggal yang lengkap dan disatukan menjadi sebuah ayat

yang bermakna.  Jika ayat tunggal mempunyai satu klausa iaitu satu predikat dan satu subjek

maka ayat majmuk mempunyai lebih daripada dua klausa sekurang-kurangnya.

Za’aba atau Zainal Abidin bin Ahmad (2000: 279)  memakai istilah ayat berlapis, ayat

berkait dan ayat bercampur untuk sebagai definisi ayat majmuk.  Asmah Hj Omar (1973 : 58) 

pula menyatakan ayat majmuk sebagai klausa kompleks yang terbahagi kepada dua iaitu klausa

kompleks yang terbentuk daripada penggabungan dan pelapisan.  Beliau kemudian

membahagikannya sebagai klausa kompleks tak setara dan klausa kompleks setara.

Abdullah Hassan (1993 : 201)  telah memecahkan ayat majmuk kepada dua iaitu ayat

majmuk setara dan ayat majmuk bertingkat.    Sementara Arbak Othman (1989 : 172)

membahagikan ayat majmuk kepada ayat berlapis dan ayat berkait.  Bagaimanapun dirumuskan

6

Page 8: sintaksis

oleh Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani, Razali Ayob dan Zulkifli Osman (2006) juga

dipersetujui oleh Nik Safiah Karim bahawa ayat majmuk dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:

1. Ayat Majmuk Gabungan

Ayat majmuk gabungan ialah pencantuman dua ayat atau lebih dengan susunan tertentu

sehingga terbentuknya satu ayat yang baharu.  Ayat-ayat ini dihubungkan dengan penggunaan

kata hubung tertuntu ataupun hanya dengan tanda koma.  Ayat-ayat yang tercantum itu perlulah

mempunyai kedudukan yang setara iaitu kedua-duanya boleh berdiri sendiri.  Secara ringkasnya,

ayat majmuk gabungan merupakan gabungan dua ayat tunggal yang lengkap klausanya dengan

menggunakan kata hubung yang tertentu.

Bagi melengkapkan makna ayat majmuk gabungan sehingga menjadi ayat yang gramatis,

penggunaan kata hubung yang menjunjung makna yang tepat digunakan.  Jadual di bawah

menunjukkan makna dan contoh kata hubung sebagai alternatif kepada penggunaan parataksis di

dalam ayat.

Makna                     Contoh Kata Hubung

Penjumlahan …dan, serta, juga,

Pilihan …atau

Urutan …lalu, lantas, terus

Penambahan …dan, serta, tambahan pula

Penyertaan …sambil, serta, seraya

Pertentangan …tetapi, namun, melainkan

Peluasan …tambahan pula, dan, serta

7

Page 9: sintaksis

Namun terdapat kelonggaran di dalam penghasilan ayat majmuk gabungan iaitu

seandainya ia melibatkan dua unsur  yang sama di dalam pembinaan ayat tersebut maka unsur

yang sama digugurkan dan sekiranya unsur yang berbeza digunakan maka unsur yang sedia ada

tidak dibuang.  Tetapi, ia masih juga tertakluk keadaan hubungan semantik dan makna yang

logik dalam membentuk ayat yang gramatis dan saling berkait. 

2. Ayat Majmuk Pancangan

Nik Safiah Karim (2008) menyatakan ayat majmuk pancangan merupakan ayat yang

mengandungi satu ayat induk yang bergabung dengan satu atau lebih ayat kecil lain yang

dipancangan kepada ayat induk.  Ayat kecil ini dapat menjadi sebahagian daripada ayat induk. 

Abdullah Hassan (2008) mendefinisikan ayat majmuk pancangan berlaku apabila kedapatan dua

atau lebih klausa tak setara.  Ini kerana ayat majmuk pancangan terdiri daripada klausa utama

dan klausa  bukan utama.  Klausa bukan utama ini akan diserap masuk ke dalam klausa utama.

Ada tiga jenis ayat majmuk pancangan iaitu:

2.1 Ayat Majmuk Pancangan Relatif

Ayat Majmuk Pancangan Relatif disebut dengan kata penghubung yang (Nik

SafiahKarim et. Al. 2008) .   Abdullah Hassan (2008) menekankan ayat relatif ini boleh

dikesan apabila terdapat kelahiran klausa yang menerangkan kata nama sama ada kata

nama tersebut berfungsi sebagai subjek, predikat, objek atau keterangan ayat.  Klausa

relatif hanya menerangkan frasa nama dan tidak berkait dengan unsur lain di dalam ayat

serta dihubungkan dengan kata ganti nama hubung relatif yang (Abdullah Hassan, Seri

Lanang Jaya Rohani, Razali Ayob, Zulkifli Osman (2006 : 58)

8

Page 10: sintaksis

Unsur penerangan kata nama ini dibantu oleh empat jenis peluasan yang dipanggil

peluasan frasa nama oleh klausa relatif yang boleh berlaku kepada empat bahagian ayat

iatu:

a)      Peluasan subjek

b)      Peluasan predikat

c)      Peluasan objek

d)     Peluasan keterangan

2.2. Ayat Majmuk Pancangan Komplemen

Ayat majmuk jenis ini dikenali dengan kehadiran klausa komplemen dan klausa ini

dipancangkan kepada klausa utama untuk menjadikan klausa tersebut lengkap (Abdullah

Hassan, 2008).  Ia terbentuk dengan dua kata hubung komplemen bahasa Melayu iaitu

bahawa dan untuk.  Nik Safiah Karim menetapkan pula kata hubung komplemen bahawa

hanya dapat digunakan pada bahagian subjek atau predikat ayat namun kata hubung

komplemen untuk hanya digunakan pada bahagian subjek sahaja.  Ayat komplemen juga

terbahagi kepada tiga jenis iaitu :

a)      Ayat komplemen frasa nama – dapat digunakan dalam dua posisi iaitu subjek dan

predikat

b)      Ayat komplemen frasa kerja

c)      Ayat komplemen frasa adjektif

2.3 Ayat Majmuk Pancangan Keterangan

Ayat majmuk jenis ini nyata kelihatan apabila terdapat satu ayat induk tergabung dengan

satu atau lebih ayat kecil yang dipancangkan ke dalam ayat induk.  Ayat kecil ini pula

9

Page 11: sintaksis

bertugas sebagai keterangan kepada predikat.  Umumnya, frasa kerja digunakan di dalam

predikat tersebut dan terdapat huraian lanjut oleh ayat kecil atau  huraian oleh klausa

keterangan. Kata hubung keterangan berfungsi menggabungkan kedua-dua ayat induk

dan ayat kecil ini untuk membina ayat majmuk pancangan keterangan.  Nik Safiah Karim

et. al (2008) menggariskan sembilan jenis ayat majmuk keterangan yang beserta contoh-

contohnya.

Kata Keterangan                                       Contoh

Musabab Kerana,

Akibat Hingga, sehingga

Syarat Sekiranya, andai kata, jikalau, kalau

Waktu Sejak, setelah, sewaktu, sementara

Pertentangan Biarpun, walaupun, kendatipun, sedangkan,

Harapan Supaya, agar, semoga

Cara Dengan

3. Ayat Majmuk Campuran 

Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani, Razali Ayob dan Zulkifli Osman (2006)

menekankan ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis

ayat.  Ia terjadi apabila ayat tunggal digabungkan dengan ayat majmuk atau campuran ayat

majmuk gabungan dengan ayat majmuk campuran.  Nama lainnya ialah ayat kompleks.  Ahmad

Khair Mohd Nor (2003) menyatakan ayat majmuk campuran adalah apabila terdapat sekurang-

10

Page 12: sintaksis

kurangnya tiga klausa yang dijalinkan bersama-sama yang melibatkan campuran antara ayat

majmuk setara dengan ayat majmuk tidak setara. 

7.0 Analisis

Hasil analisis ditunjukkan sepenuhnya dalam beberapa jadual yang dilampirkan.  Analisis

tersebut telah mengekstrak ayat tunggal dan ayat majmuk serta subjenisnya di dalam teks

tersebut.  Sebagai pengitlakan daripada analisis ini didapati terdapat sejumlah 14 (100%) ayat

tunggal dan 36 ayat majmuk (100%).  Contoh-contoh ayat tunggul dan ayat majmuk tersebut

adalah seperti berikut:

Ayat Tunggal

1. Begitu terkesan di jiwanya mengingatkan peristiwa silam yang menghiris jiwa

2. Akhirnya kedua-duanya telah diijabkabulkan.

3. Ibunya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ayat Majmuk

1. Susah hendak mempercayai dalam peradaban manusia yang semakin maju seperti

sekarang,masih berlaku kisah membabitkan kebencian yang amat mendalam sehingga

sanggup menyeksa darah daging sendiri.

2. Ingatkan kisah seperti ini hanya berlaku dalam filem 50-an dahulu,mengenai

penyeksaan ibu tiri terhadap anak tiri,mentua terhadap menantu,kekejaman yang tidak

tercapai dek akal memikirkannya.

3. Perbualan santai bersama seorang peragawati yang ditemubual bagi satu ruangan di

MEGA baru-baru ini,berubah kepada perbualan yang diiringi dengan juraian air mata.

11

Page 13: sintaksis

Daripada contoh ayat yang ditunjukkan di atas,  terdapat pelbagai jenis ayat majmuk dan

subjenisnya seperti ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan relatif dan ayat majmuk

campuran. Jadual Analisis Ayat Majmuk berpandukan tiga jenis ayat majmuk iaitu ayat majmuk

gabungan, ayat majmuk pancangan dan ayat majmuk campuran.  Hasil yang didapati ialah

Analisisi Ayat Majmuk menunjukkan kehadiran 17 (47.2%)  ayat majmuk gabungan, ayat

majmuk pancangan relatif sebanyak 2 (5.6%), ayat majmuk pancangan komplemen 4 (11.1%),

ayat majmuk pancangan keterangan 9 (25%) manakala kehadiran ayat majmuk campuran 4

(11.1%). Sebagai contoh ditunjukkan di bawah :

Contoh ayat majmuk gabungan ialah :

1. Perbualan santai bersama seorang peragawati yang ditemubual bagi satu ruangan di

MEGA baru-baru ini,berubah kepada perbualan yang diiringi dengan juraian air mata.

Contoh ayat majmuk pancangan relatif ialah :

1. Abang menyuruh kami tidak mengambil belanja sekolah supaya kami dapat makan nasi

di rumah kerana duit tersebut tidak cukup pun untuk membeli sebungkus nasi lemak.

Contoh ayat majmuk pancangan komplemen ialah :

1. Kata Ariza,setelah berkahwin,baru ibunya tahu bahawa bapanya adalah seorang kaki

perempuan dan asyik bertukar teman wanita seperti lelaki bujang.

Contoh ayat majmuk pancangan keterangan ialah :

12

Page 14: sintaksis

1. Ingatkan kisah seperti ini hanya berlaku dalam filem 50-an dahulu,mengenai penyeksaan

ibu tiri terhadap anak tiri,mentua terhadap menantu,kekejaman yang tidak tercapai dek

akal memikirkannya.

Contoh ayat majmuk pancangan campuran ialah :

1. Susah hendak mempercayai dalam peradaban manusia yang semakin maju seperti

sekarang,masih berlaku kisah membabitkan kebencian yang amat mendalam sehingga

sanggup menyeksa darah daging sendiri.

Penutup

Hasil daripada analisis didapati kajian dan perbandingan ini menemukan beberapa jenis

ayat majmuk dan ayat tunggal di dalam teks ini.  Analisis ini memberi kefahaman mengenai

variasi ayat-ayat majmuk di dalam bahasa Melayu yang memungkinkan penggunaan bahasa

yang lebih tuntas dan bersistem.

Analisis ini hanya mempunyai dua tujuan iaitu bagi menganalisis dan membuat

perbandingan. Didalam analisis ini penggunaan ayat majmuk lebih kerap berbanding ayat

tunggal. Begitu juga dapat dilihat dalam tulisan di media cetak penggunaan ayat majmuk lebih

banyak daripada ayat tunggal. Saya mencadangkan agra analisis lanjutan dilakukan dapat

dijalankan sama ada dengan menambahkan teks yang sama genre atau genre yang lain yang lebih

khusus misalnya, ayat tunggal, ayat majmuk atau jenis ayat sahaja.

Bibliografi

13

Page 15: sintaksis

Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani, Razali Ayob dan Zulkifli Osman (2006).  Sintaksis

Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS Professional

Publishing Sdn Bhd.

Abdullah Hassan, (2002). Tatabahasa Bahasa Melayu, Morfologi dan Sintaksis. Pahang : PTS

Publications & Distributer Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan, (2008). Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: PTS

Professional Publishing Sdn Bhd.

Asmah Haji Omar (2008).  Nahu Kemas Kini. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn

Bhd.

Abdullah Hassan, (2007).  Linguistik Am, Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. 

Selangor: PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

Ayat Majmuk, Abdul Ghalib Yunus – Munsyi Dewan Rabu 31 Mac 2010 diperolehi pada 14

April 2013 daripada agy7500.blogspot.com/2010/03/siri-370-binaan-ayat.

Utusan Malaysia, rabu, bertarikh 26 nonember 2014 Diseksa Nenek Sendiri

Lampiran I(a)

14

Page 16: sintaksis

Analisis Sepenuhnya

Jadual Analisis AT dan AM

BilA

Senarai Ayat AT AM JA

1 Susah hendak mempercayai dalam peradaban manusia yang semakin maju seperti sekarang,masih berlaku kisah membabitkan kebencian yang amat mendalam sehingga sanggup menyeksa darah daging sendiri.

0 1 1

2 Ingatkan kisah seperti ini hanya berlaku dalam filem 50-an dahulu,mengenai penyeksaan ibu tiri terhadap anak tiri,mentua terhadap menantu,kekejaman yang tidak tercapai dek akal memikirkannya.

0 1 1

3 Perbualan santai bersama seorang peragawati yang ditemubual bagi satu ruangan di MEGA baru-baru ini,berubah kepada perbualan yang diiringi dengan juraian air mata.

0 1 1

4 Begitu terkesan di jiwanya mengingatkan peristiwa silam yang menghiris jiwa.

1 0 1

5 Jika tidak,masakan dia mampu mengalirkan air mata sehingga bagaikan tidak disekat lagi.

0 1 1

6 Cerita Ariza (bukan nama sebenar), dia merupakan anak keempat daripada lima beradik.

1 0 1

7 Berasal dari sebuah negeri di selatan tanah air,bapanya merupakan pesara kerajaan sementara ibunya adalah suri rumah.

0 1 1

8 Mengikut cerita ibunya,mereka berkahwin kerana nenek sebelah ibu begitu berkenan dengan bapa untuk dijadikan menantu.

0 1 1

9 Akhirnya kedua-duanya telah diijabkabulkan. 1 0 1

10 Ibunya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

1 0 1

11 Pada masa itu iaitu sekitar tahun 80-an, dengan kelulusan tersebut mudah mencari pekerjaan.

0 1 1

12 Bagaimanapun,desakan nenek yang mahu ibu berkahwin tidak mampu untuk dibantah.

0 1 1

13 Kata Ariza,setelah berkahwin,baru ibunya tahu 0 1 1

15

Page 17: sintaksis

bahawa bapanya adalah seorang kaki perempuan dan asyik bertukar teman wanita seperti lelaki bujang.

14 Lebih teruk pantang ditanya ibunya akan teruk dipukul.

1 0 1

15 Kami adik beradik sudah biasa melihat ibu dipukul. 1 0 1

16 Ibu merupakan seorang penyabar. 1 0 1

17 Mungkin dia terpaksa bersabar kerana memikirkan dia sendiri tidak bekerja dan anak-anak sudah ramai

0 1 1

18 Walaupun sudah mempunyai lima orang anak,perangai bapa tidak pernah berubah.

0 1 1

19 Malah ada perempuan yang sanggup datang ke rumah mencari bapa dan ada juga yang menelefon ibu memberitahu mengenai hubungannya dengan bapa saya

0 1 1

20 Ibu saya makan hati. 1 0 1

21 Dia sedih namun tiada apa yang boleh dilakukan kerana jika buka mulut sahaja dia akan dipukul tidak kira walau di depan anak.

0 1 1

22 Sudahlah begitu,ibu langsung tidak dibenarkan balik ke kampung untuk berjumpa nenek walaupun nenek sedang sakit

0 1 1

23 Satu hari kerana tidak tahan lagi teringatkan nenek yang sakit tenat,ibu pulang ke kampung bersama kami semua.

0 1 1

24 Mengetahui perkara ini,bapa terus menyusul ibu dan memarahi ibu di depan saudara-mara dan jiran tetangga di rumah nenek.

0 1 1

25 Di situ juga bapa menceraikan ibu 1 0 1

26 Seminggu selepas itu,nenek meninggal dunia. 1 0 1

27 Ibu bertambah sedih kerana kehilangan orang yang paling disayangi dan tempat mengadu

0 1 1

28 Sambungnya,bagaimanapun dua bulan selepas itu,bapanya datang menjemput ibunya dan ingin rujuk.

0 1 1

29 Ibunya menerima setelah dipujuk oleh saudara-mara.

0 1 1

30 Ingatkan selepas itu perangai bapa akan berubah,sebaliknya dia tetap dengan perangai lama.

0 1 1

31 Bapanya langsung tidak memikirkan dosa akan 0 1 1

16

Page 18: sintaksis

perbuatannya atau berasa kasihan terhadap isteri dan anak-anak.

32 Ujar Ariza lagi,bapa jarang pulang ke rumah dan ibulah yang membesarkan anak-anak sendirian dengan perbelanjaan yang sedikit untuk membeli makanan atau belanja sekolah anak-anak.

0 1 1

33 Tiba-tiba ibu jatuh sakit. 1 0 1

34 Sakit yang teruk sekali. 1 0 1

35 Hatinya membengkak dan organ peranakan seperti dihiris buluh tajam.

0 1 1

36 Ibu pergi ke hospital dan doktor mengatakan ibunya dihinggapi penyakit kelamin.

0 1 1

37 Kasihan ibu, kerana perbuatan bapa yang kaki perempuan menyebabkab ibu yang menanggung azab.

0 1 1

38 Ibu mendapatkan rawatan dan terpaksa tinggal beberapa bulan di hospital.

0 1 1

39 Oleh kerana tiada siapa yang boleh menjaga kami,maka kami adik beradik telah dihantar tinggal dengan nenek sebelah bapa.

0 1 1

40 Di sinilah bermula kisah kami adik beradik diseksa oleh nenek dan makcik serta pakcik kami (adik beradik bapa).

0 1 1

41 Kakak sulung saya ketika berumur sembilan tahun dan abang lapan tahun.

0 1 1

42 Saya pula baharu berumur enam tahun dan adik bongsu dua tahun.

0 1 1

43 Setiap hari kakak dipaksa masak nasi,sementara saya,abang dan adik turut dipaksa membuat kerja rumah yang lain seperti menyapu sampah di laman,membasuh dan melipat baju.

0 1 1

44 Belanja sekolah hanya diberi 20 sen sahaja. 1 0 1

45 Jika telah diberi belanja sekolah kami tidak dibenarkan makan nasi di rumah.

1 0 1

46 Abang menyuruh kami tidak mengambil belanja sekolah supaya kami dapat makan nasi di rumah kerana duit tersebut tidak cukup pun untuk membeli sebungkus nasi lemak.

0 1 1

47 Mengenai kakak,dia pernah diseksa nenek kerana nasi yang dimasak hangus.

0 1 1

17

Page 19: sintaksis

48 Dia yang baru berusia sembilan tahun sudah dikerah masak nasi hampir setiap hari sedangkan makcik saya yang berumur 17 tahun langsung tidak jejak dapur.

0 1 1

49 Malah makcik boleh pergi berjumpa kawan-kawannya dan pergi berjalan-jalan.

0 1 1

50 Dijadikan cerita,selepas menjerang nasi,kakak terleka kerana melihat kanak-kanak lain sedang bermain di halaman rumah.

0 1 1

Jumlah Ayat: 50 AT:14 (0.00%)

JA: 14 (0.00%)

AM:36(100.00% ) AT+AM=50 (100.00%)

JA: 36 (100.00%) JA: 50 (100.00%)

Lampiran I(b)

Jadual Analisis AT

AT AT AT AT

18

Page 20: sintaksis

BilA

Senarai Ayat 1 2 3 4

1 Begitu terkesan di jiwanya mengingatkan peristiwa silam yang menghiris jiwa.

1

2 Cerita Ariza (bukan nama sebenar), dia merupakan anak keempat daripada lima beradik.

1

3 Akhirnya kedua-duanya telah diijabkabulkan. 14 Ibunya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia

(SPM).1

5 Lebih teruk pantang ditanya ibunya akan teruk dipukul.

1

6 Kami adik beradik sudah biasa melihat ibu dipukul.

1

7 Ibu merupakan seorang penyabar. 18 Ibu saya makan hati. 19 Di situ juga bapa menceraikan ibu 110 Seminggu selepas itu,nenek meninggal dunia. 111 Tiba-tiba ibu jatuh sakit. 112 Sakit yang teruk sekali. 113 Belanja sekolah hanya diberi 20 sen sahaja. 114 Jika telah diberi belanja sekolah kami tidak

dibenarkan makan nasi di rumah.1

AT

1 : 2 (14.3%)

2 : 3 (21.4%)

3 : 7 (50%)

4 : 2 (14.3%)

Jumlah Jenis Pembinaan AT: 14 (100%)

Lampiran I(c)

Jadual Analisis AM

19

Page 21: sintaksis

BilA

Senarai AyatAM

1AM2.1

AM2.2

AM2.3

AM3

1 Susah hendak mempercayai dalam peradaban manusia yang semakin maju seperti sekarang,masih berlaku kisah membabitkan kebencian yang amat mendalam sehingga sanggup menyeksa darah daging sendiri.

1

2 Ingatkan kisah seperti ini hanya berlaku dalam filem 50-an dahulu,mengenai penyeksaan ibu tiri terhadap anak tiri,mentua terhadap menantu,kekejaman yang tidak tercapai dek akal memikirkannya.

1

3 Perbualan santai bersama seorang peragawati yang ditemubual bagi satu ruangan di MEGA baru-baru ini,berubah kepada perbualan yang diiringi dengan juraian air mata.

1

4 Jika tidak,masakan dia mampu mengalirkan air mata sehingga bagaikan tidak disekat lagi.

1

5 Berasal dari sebuah negeri di selatan tanah air,bapanya merupakan pesara kerajaan sementara ibunya adalah suri rumah.

1

6 Mengikut cerita ibunya,mereka berkahwin kerana nenek sebelah ibu begitu berkenan dengan bapa untuk dijadikan menantu.

1

7 Pada masa itu iaitu sekitar tahun 80-an, dengan kelulusan tersebut mudah mencari pekerjaan.

1

8 Bagaimanapun,desakan nenek yang mahu ibu berkahwin tidak mampu untuk dibantah.

1

9 Kata Ariza,setelah berkahwin,baru ibunya tahu bahawa bapanya adalah seorang kaki perempuan dan asyik bertukar teman wanita seperti lelaki bujang.

1

10 Mungkin dia terpaksa bersabar kerana memikirkan dia sendiri tidak bekerja dan anak-anak sudah ramai

1

11 Walaupun sudah mempunyai lima orang anak,perangai bapa tidak pernah berubah.

1

12 Malah ada perempuan yang sanggup datang ke rumah mencari bapa dan ada juga yang menelefon ibu memberitahu mengenai hubungannya dengan bapa saya

1

13 Dia sedih namun tiada apa yang boleh dilakukan kerana jika buka mulut sahaja dia akan dipukul tidak kira walau di depan anak.

1

14 Sudahlah begitu,ibu langsung tidak dibenarkan balik ke kampung untuk berjumpa nenek walaupun nenek sedang

1

20

Page 22: sintaksis

sakit15 Satu hari kerana tidak tahan lagi teringatkan nenek yang

sakit tenat,ibu pulang ke kampung bersama kami semua.1

16 Mengetahui perkara ini,bapa terus menyusul ibu dan memarahi ibu di depan saudara-mara dan jiran tetangga di rumah nenek.

1

17 Ibu bertambah sedih kerana kehilangan orang yang paling disayangi dan tempat mengadu

1

18 Sambungnya,bagaimanapun dua bulan selepas itu,bapanya datang menjemput ibunya dan ingin rujuk.

1

19 Ibunya menerima setelah dipujuk oleh saudara-mara. 120 Ingatkan selepas itu perangai bapa akan

berubah,sebaliknya dia tetap dengan perangai lama.1

21 Bapanya langsung tidak memikirkan dosa akan perbuatannya atau berasa kasihan terhadap isteri dan anak-anak.

1

22 Ujar Ariza lagi,bapa jarang pulang ke rumah dan ibulah yang membesarkan anak-anak sendirian dengan perbelanjaan yang sedikit untuk membeli makanan atau belanja sekolah anak-anak.

1

23 Hatinya membengkak dan organ peranakan seperti dihiris buluh tajam.

1

24 Ibu pergi ke hospital dan doktor mengatakan ibunya dihinggapi penyakit kelamin.

1

25 Kasihan ibu, kerana perbuatan bapa yang kaki perempuan menyebabkab ibu yang menanggung azab.

1

26 Ibu mendapatkan rawatan dan terpaksa tinggal beberapa bulan di hospital.

1

27 Oleh kerana tiada siapa yang boleh menjaga kami,maka kami adik beradik telah dihantar tinggal dengan nenek sebelah bapa.

1

28 Di sinilah bermula kisah kami adik beradik diseksa oleh nenek dan makcik serta pakcik kami (adik beradik bapa).

1

29 Kakak sulung saya ketika berumur sembilan tahun dan abang lapan tahun.

1

30 Saya pula baharu berumur enam tahun dan adik bongsu dua tahun.

1

31 Setiap hari kakak dipaksa masak nasi,sementara saya,abang dan adik turut dipaksa membuat kerja rumah yang lain seperti menyapu sampah di laman,membasuh dan melipat baju.

1

32 Abang menyuruh kami tidak mengambil belanja sekolah 1

21

Page 23: sintaksis

supaya kami dapat makan nasi di rumah kerana duit tersebut tidak cukup pun untuk membeli sebungkus nasi lemak.

33 Mengenai kakak,dia pernah diseksa nenek kerana nasi yang dimasak hangus.

1

34 Dia yang baru berusia sembilan tahun sudah dikerah masak nasi hampir setiap hari sedangkan makcik saya yang berumur 17 tahun langsung tidak jejak dapur.

1

35 Malah makcik boleh pergi berjumpa kawan-kawannya dan pergi berjalan-jalan.

1

36 Dijadikan cerita,selepas menjerang nasi,kakak terleka kerana melihat kanak-kanak lain sedang bermain di halaman rumah.

1

JA

1 : 17 (47.2%)

2.1: 2 (5.6%)

2.2: 4 (11.1%)

2.3: 9 (25%)

3 : 4 (11.1%)

Jumlah Jenis Pembinaan AM: 36 (100.00%)

Lampiran I(d)

Jadual Analisis JA

22

Page 24: sintaksis

BilA

Senarai Ayat JA1 2 3 4

1 Susah hendak mempercayai dalam peradaban manusia yang semakin maju seperti sekarang,masih berlaku kisah membabitkan kebencian yang amat mendalam sehingga sanggup menyeksa darah daging sendiri.

1

2 Ingatkan kisah seperti ini hanya berlaku dalam filem 50-an dahulu,mengenai penyeksaan ibu tiri terhadap anak tiri,mentua terhadap menantu,kekejaman yang tidak tercapai dek akal memikirkannya.

1

3 Perbualan santai bersama seorang peragawati yang ditemubual bagi satu ruangan di MEGA baru-baru ini,berubah kepada perbualan yang diiringi dengan juraian air mata.

1

4 Begitu terkesan di jiwanya mengingatkan peristiwa silam yang menghiris jiwa.

1

5 Jika tidak,masakan dia mampu mengalirkan air mata sehingga bagaikan tidak disekat lagi.

1

6 Cerita Ariza (bukan nama sebenar), dia merupakan anak keempat daripada lima beradik.

1

7 Berasal dari sebuah negeri di selatan tanah air,bapanya merupakan pesara kerajaan sementara ibunya adalah suri rumah.

1

8 Mengikut cerita ibunya,mereka berkahwin kerana nenek sebelah ibu begitu berkenan dengan bapa untuk dijadikan menantu.

1

9 Akhirnya kedua-duanya telah diijabkabulkan. 1

10 Ibunya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

1

11 Pada masa itu iaitu sekitar tahun 80-an, dengan kelulusan tersebut mudah mencari pekerjaan.

1

12 Bagaimanapun,desakan nenek yang mahu ibu berkahwin tidak mampu untuk dibantah.

1

13 Kata Ariza,setelah berkahwin,baru ibunya tahu bahawa bapanya adalah seorang kaki perempuan dan asyik bertukar teman wanita seperti lelaki bujang.

1

14 Lebih teruk pantang ditanya ibunya akan teruk dipukul.

1

23

Page 25: sintaksis

15 Kami adik beradik sudah biasa melihat ibu dipukul. 1

16 Ibu merupakan seorang penyabar. 1

17 Mungkin dia terpaksa bersabar kerana memikirkan dia sendiri tidak bekerja dan anak-anak sudah ramai

1

18 Walaupun sudah mempunyai lima orang anak,perangai bapa tidak pernah berubah.

1

19 Malah ada perempuan yang sanggup datang ke rumah mencari bapa dan ada juga yang menelefon ibu memberitahu mengenai hubungannya dengan bapa saya

1

20 Ibu saya makan hati. 1

21 Dia sedih namun tiada apa yang boleh dilakukan kerana jika buka mulut sahaja dia akan dipukul tidak kira walau di depan anak.

1

22 Sudahlah begitu,ibu langsung tidak dibenarkan balik ke kampung untuk berjumpa nenek walaupun nenek sedang sakit

1

23 Satu hari kerana tidak tahan lagi teringatkan nenek yang sakit tenat,ibu pulang ke kampung bersama kami semua.

1

24 Mengetahui perkara ini,bapa terus menyusul ibu dan memarahi ibu di depan saudara-mara dan jiran tetangga di rumah nenek.

1

25 Di situ juga bapa menceraikan ibu 1

26 Seminggu selepas itu,nenek meninggal dunia. 1

27 Ibu bertambah sedih kerana kehilangan orang yang paling disayangi dan tempat mengadu

1

28 Sambungnya,bagaimanapun dua bulan selepas itu,bapanya datang menjemput ibunya dan ingin rujuk.

1

29 Ibunya menerima setelah dipujuk oleh saudara-mara.

1

30 Ingatkan selepas itu perangai bapa akan berubah,sebaliknya dia tetap dengan perangai lama.

1

31 Bapanya langsung tidak memikirkan dosa akan perbuatannya atau berasa kasihan terhadap isteri dan anak-anak.

1

32 Ujar Ariza lagi,bapa jarang pulang ke rumah dan ibulah yang membesarkan anak-anak sendirian dengan perbelanjaan yang sedikit untuk membeli makanan atau belanja sekolah anak-anak.

1

24

Page 26: sintaksis

33 Tiba-tiba ibu jatuh sakit. 1

34 Sakit yang teruk sekali. 1

35 Hatinya membengkak dan organ peranakan seperti dihiris buluh tajam.

1

36 Ibu pergi ke hospital dan doktor mengatakan ibunya dihinggapi penyakit kelamin.

1

37 Kasihan ibu, kerana perbuatan bapa yang kaki perempuan menyebabkab ibu yang menanggung azab.

1

38 Ibu mendapatkan rawatan dan terpaksa tinggal beberapa bulan di hospital.

1

39 Oleh kerana tiada siapa yang boleh menjaga kami,maka kami adik beradik telah dihantar tinggal dengan nenek sebelah bapa.

1

40 Di sinilah bermula kisah kami adik beradik diseksa oleh nenek dan makcik serta pakcik kami (adik beradik bapa).

1

41 Kakak sulung saya ketika berumur sembilan tahun dan abang lapan tahun.

1

42 Saya pula baharu berumur enam tahun dan adik bongsu dua tahun.

1

43 Setiap hari kakak dipaksa masak nasi,sementara saya,abang dan adik turut dipaksa membuat kerja rumah yang lain seperti menyapu sampah di laman,membasuh dan melipat baju.

1

44 Belanja sekolah hanya diberi 20 sen sahaja. 1

45 Jika telah diberi belanja sekolah kami tidak dibenarkan makan nasi di rumah.

1

46 Abang menyuruh kami tidak mengambil belanja sekolah supaya kami dapat makan nasi di rumah kerana duit tersebut tidak cukup pun untuk membeli sebungkus nasi lemak.

1

47 Mengenai kakak,dia pernah diseksa nenek kerana nasi yang dimasak hangus.

1

48 Dia yang baru berusia sembilan tahun sudah dikerah masak nasi hampir setiap hari sedangkan makcik saya yang berumur 17 tahun langsung tidak jejak dapur.

1

49 Malah makcik boleh pergi berjumpa kawan-kawannya dan pergi berjalan-jalan.

1

25

Page 27: sintaksis

50 Dijadikan cerita,selepas menjerang nasi,kakak terleka kerana melihat kanak-kanak lain sedang bermain di halaman rumah.

1

JA

1 : 50 (100%)

Jumlah JA1: 50 (100%)

2 : 0 (0.00%)

3 : 0 (0.00%)

4: 0 (0.00%)

Jumlah JA: 50 (100.00%)

Singkatan dan Kod Analisis

Bil=Bilangan

26

Page 28: sintaksis

A= Ayat

AT= Ayat Tunggal

AT1= Ayat Tunggal FN+FN

AT2= Ayat Tunggal FN+FK

AT3= Ayat Tunggal FN+FA

AT4= Ayat Tunggal FN+FS

AM=Ayat Majmuk

AM1=Ayat Majmuk Gabungan

AM2=Ayat Majmuk Pancangan

AM2.1= Ayat Majmuk Pancangan Relatif

AM2.2= Ayat Majmuk Pancangan Komplemen

AM2.3= Ayat Majmuk Pancangan Keterangan

AM3= Ayat Majmuk Campuran

JA= Jenis Ayat

JA1= Jenis Ayat Penyata

JA2= Jenis Ayat Tanya

JA3= Jenis Ayat Perintah

27

Page 29: sintaksis

JA4= Jenis Ayat Seruan

Lampiran II(Bahan)

28

Page 30: sintaksis

29