sinopsis pekan lama ipoh

Upload: yusnaimar

Post on 12-Oct-2015

53 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

SINOPSIS

TRANSCRIPT

PEMBANGUNAN SEMULA KAWASAN PUSAT BANDAR DAN KAWASAN BERKEPENTINGAN WARISAN MENERUSI PELAN PENGURUSAN PEMELIHARAAN : KAJIAN KES, PEKAN LAMA IPOH.

YUSNAIM BIN ABDUL RANI2011404798

Centre of Studies Town and Regional PlanningFaculty of Architecture, Planning and SurveyingUniversiti Teknologi MaraShah Alam

September 2013

1.0 PengenalanPelan pengurusan pemeliharaan merupakan satu pelan komprehensif yang menjadi panduan bagi pembangunan sesuatu kawasan dan pemeliharaan aset warisan supaya ianya tidak terjejas dan hilang. Pelan ini adalah pra-syarat yang penting bertujuan untuk melindungi, memelihara, memulihara dan memantau warisan bandar yang menjadi sebahagian daripada salah satu khazanah negara.

Tanpa perancangan yang jitu, tekanan pembangunan akan menghakis nilai dan unsur warisan serta peninggalan sejarah yang ada. Menerusi pelan pengurusan pemeliharaan ini, ianya akan memberi impak yang positif kepada ekonomi menerusi cabang warisan yang mana ianya mengambilkira pelbagai aspek bagi menterjemahkan perancangan yang lebih efisyen dan berdaya mampan.

1.1 Kenyataan Masalah

Beberapa masalah telah dikenalpasti dan merangkumi aspek-aspek seperti berikut :a.Fizikalb.Ekonomic.Alam sekitard.Sosial; dane.Perundangan

Isu Fizikal

i. Kawasan Perniagaan Usang Di Kawasan Pusat BandarSebahagian kawasan pusat perdagangan utama di kawasan kajian terdiri daripada premis perniagaan lama yang berkeadaan usang dan terbiar. Kewujudan kawasan perniagaan usang tidak memberi pulangan ekonomi yang baik kepada penduduk dan menjejaskan imej perbandaran di kawasan tersebut.

ii. Identiti Bandar Ipoh sebagai Bandar Warisan semakin hilang dan bertukar menjadi kawasan tumpuan pembangunan.

Isu Ekonomi

i. Kekuatan Daya Tarikan Produk Pelancongan Semasa Yang Terbatas.

Kebanyakan produk pelancongan Bandaraya Ipoh yang dikenalpasti mempunyai daya tarikan yang khusus kepada golongan tertentu sahaja (bangunan-bangunan warisan dan bersejarah lebih tertumpu kepada kumpulan pelancong asing, tempat-tempat ibadat tertumpu kepada pelancong / pengunjung mengikut kepercayaan masing-masing, produk pelancongan yang lain seperti sukan, pendidikan, kesihatan hanya melibatkan kumpulan tertentu).

ii. Kemalapan Aktiviti Malam Di Kawasan Pusat Bandaraya Ipoh

Sebahagian besar premis perniagaan di kawasan pusat bandaraya Ipoh tidak beroperasi di waktu malam melainkan bagi perniagaan hotel, restoran dan pasar malam. Ketiadaan aktiviti perniagaan, aneka hiburan dan pelbagai program telah menyebabkan suasana kemalapan aktiviti malam di kawasan pusat bandaraya Ipoh terutama di kawasan bandar lama dan sebahagian bandar baru Ipoh.

Isu Alam Sekitar

i. Potensi Sungai Kinta serta guna tanah persekitarannya masih tidak dieksploitasi sepenuhi untuk dijadikan ianya sebagai sungai yang hidup dengan aktiviti sampingan social dan perniagaan (River of Life).

ii. Pemeliharaan haram burung walit di tengah bandar menimbulkan kacauganggu.

Isu Sosial

i. Kurang kesedaran (awareness) pihak awam dan swasta mengenai betapa pentingnya dan uniknya nilai warisan sesuatu kawasan.

ii. Tiada garis panduan pemuliharaan bangunan warisan yang lengkap, spesifik dan jelas untuk dijadikan panduan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mahupun pemilik-pemilik kawasan warisan dalam mengawal pembangunan.

Isu Perundangan

i. Penyebaran Akta Warisan yang lemah, justeru kurang difahami oleh orang awam. PBT juga didapati tidak menguatkuasa Akta Warisan.

ii. Tiada penyelarasan dari segi bidang kuasa dan perundangan yang berkaitan dengan warisan. Ini menyukarkan PBT untuk memulihara elemen-elemen warisan di Bandar Ipoh.

iii. Tiada garis panduan untuk meroboh bangunan warisan dan cadangan pembangunan baru di tapak asal.

1.2 Tujuan dan Objektif Kajian

1.2.1 Tujuan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk mewujudkan Pelan Pengurusan Pemuliharaan yang efisyen untuk Pekan Ipoh selaras dengan fungsinya sebagai tarikan pelancongan bernilai sejarah.

1.2.2 Objektif Kajian

Beberapa objektif telah dirangka bagi mencapai matlamat kajian. Antaranya :

i. Mengoptimumkan penggunaan tanah kawasan Pekan Ipoh dengan mewujudkan perancangan yang dapat mempertingkatkan imej Pekan Ipoh sebagai bandar warisan secara menyeluruh.

ii. Mewujudkan reka bentuk bandar yang menggabungkan pembangunan dan pemuliharaan bangunan warisan secara seimbang

iii. Meningkatkan tarikan Pekan Ipoh yang berteraskan warisan dan mempelbagaikan aktiviti sokongannya bagi komersial dan pelancongan.

iv. Mewujudkan satu sistem pengurusan dan pelaksanaan yang menjurus ke arah penyediaan pelan pengurusan pemuliharaan.

Tujuan dan objektif kajian ditetapkan bagi memandu dan memahami kajian yang dijalankan supaya pemahaman kajian lebih jelas dan teliti.

1.3 Skop Kajian

Bagi mencapai tujuan dan objektif kajian, berikut merupakan beberapa skop kajian yang telah dibentuk :

i. Mengkaji dan menganalisis isu-isu prospek berkaitan dengan guna tanah;ii. Mengenal pasti kawasan yang memerlukan pembangunan semula;iii. Mengenal pasti kawasan pengekalan dan pemuliharaan;iv. Mengenalpasti aktiviti/suasana bangunan di waktu malam;v. Mengenal pasti kepentingan kawasan kajian sebagai salah satu kawasan warisan yang mempunyai nilai sejarah yang tinggi;vi. Mengenal pasti program pelancongan sedia ada;vii. Mengkaji kadar pengunjung produk pelancongan; danviii. Merangka kriteria atau komponen yang menjurus kepada penyediaan pelan pengurusan pemuliharaan.

Skop kajian adalah medium bagi mencapai tujuan dan objektif kajian dan juga sebagai asas kepada kajian yang dilakukan supaya kajian dapat dilakukan dengan lebih teliti dan lengkap.

1.4 Kaedah KajianKaedah kajian bagi kajian ini adalah seperti huraian berikut:

Terdapat dua kategori kaedah pengumpulan data iaitu data primer dan data sekunder.

i. Pengumpulan Data Primer

a. Kaedah Pemerhatian

Kaedah pemerhatian digunakan untuk mendapatkan maklumat terhadap keadaan sebenar di kawasan kajian. Maklumat dikumpul melalui visual dan juga proses pendengaran. Ia direkod secara sistematik dan dan merangkumi ruang lingkungan yang luas dan pengamatan merangkumi semua aspek yang terdapat di kawasan kajian.

b. Kaedah Temubual Secara Bersemuka (Expert Interview)

Temuduga secara bersemuka dilakukan kepada Pegawai dalam bidang warisan, Pihak Berkuasa Tempatan dan NGO untuk mengetahui dengan lebih jelas keadaan di kawasan kajian melalui pengalaman dan teori yang secara tidak langsung membantu dalam menjayakan kajian ini. Teknik yang digunakan bagi memperoleh data adalah melalui pertemuan dan interaksi dua hala bagi menjawab borang soal selidik yang disediakan. Borang soal selidik ini menggunakan teknik-teknik soal selidik iaitu soalan terbuka dan juga kaedah pengkodan.

ii. Pengumpulan Data Sekunder

Data sekunder adalah data yang telah dikumpulkan dan diterbitkan oleh agensi-agensi atau orang perseorangan. Ia berfungsi sebagai data kedua bagi melengkapkan data-data untuk kajian dan juga kerja-kerja pengumpulan data. Data sekunder diperoleh daripada dua sumber yang utama iaitu sumber dalaman dan sumber luaran. Sumber dalaman merupakan dokumen yang diperoleh dari jabatan dan agensi manakala sumber luaran merupakan dokumen yang diperoleh dari media elektronik dan media cetak seperti laporan tahunan ekonomi, buku-buku, majalah, akhbar-akhbar, penyelidik persendirian, internet, risalah dan brosur.

Antara jabatan dan agensi yang terlibat dalam pengumpulan data sekunder adalah Majlis Bandaraya Ipoh, Jabatan Warisan dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Negeri Perak.

1.5 Kepentingan Kajian

Kepentingan kajian ini secara keseluruhannya adalah untuk mengkaji pembangunan pusat bandar dalam aspek warisan nilai sejarah dari segi potensi ekonomi dan mengekalkan status bandar warisan serta peninggalan sejarah bagi Pusat Bandar Ipoh. Kajian memfokuskan terhadap aspek perundangan yang perlu diselaraskan dan dititikberatkan bagi menjamin status bangunan warisan agar fasad bangunannya tidak diubah sewenangnya.

Kajian ini juga akan merangka kriteria atau komponen yang menjurus kepada penyediaan pelan pengurusan pemuliharaan bagi membentuk sebuah kawasan pusat bandar yang bercirikan warisan sekaligus dapat berdiri seiring dengan bandar warisan yang lain. 1.6 Carta Alir KajianFifth StageFourth StageThird StageSecond StageCadangan dan Rumusan

Pelan Pengurusan Pemuliharaan Mengenalpasti kawasan yang berpotensi untuk dikekalkan sebagai bangunan warisan Mewujudkan reka bentuk bandar yang menggabungkan pembangunan dan pemuliharaan bangunan warisan secara seimbang

Menentukan tujuan dan objektif kajianFirst StageMengenalapasti TajukMengenalapasti isu dan masalah

Pengumpulan DataData Primer Kaedah Pemerhatian Kajian Lapangan Soal selidik profesional berkenaan isu yang berkaitan dengan kajian.Data Sekunder Laporan Rancangan Pembangunan Jurnal, Artikel dan majalah Laman sesawangAnalisisAssessment analysisAnalisis DokumenISSUES AND FINDINGSKajian LiteraturFifth Stage

1.7Jadual KerjaTUGASANOctober 2013October 2013November 2013November 2013Disember 2013Disember 2013To be register and submit in next semester

Bab 1 Kajian awalanPenyediaan pendahuluan kajiani. Penyataan isu dan masalahii. Penetapan matlamat, objektif dan skopiii. Pendekatan kajianiv. Kepentingan kajian

Penyemakkan bab 1-kajian awalan kajian akhir Oleh penyelia

Bab 2 Kajian teoritikalKajian ilmiah yang berkaitan kajian akhiri. Pengumpulan maklumatii. Mengenalpasti jenis dan sumber dataiii. Perolehan data-data sekunderiv. Penyediaan kajian lapangan (borang soal selidik, borang inventori dan senarai semak)

Penyemakkan bab 2-kajian teoritikal dan draf borang soal selidik kajian akhir Oleh penyelia

Bab 3 Latarbelakang kajianLatarbelakang kajian dan kawasan kajiani. Penyediaan maklumat dan data berkaitan kajian dan kawasan kajianii. Pengumpulan data-data primer iii. Menjalankan kajian lapangan

Penyemakkan bab 3 latarbelakang kajian dan kawasan kajian akhir Oleh penyelia

Bab 4 analisis dan penemuanAnalisis data dan penemuan kajiani. Penyusunan dan penapisan data-data yang diperolehii. Memasukkan dan menganalisis dataiii. Menterjemah data-data yang diperolehiv. Mengariskan penemuan analisis

Penyemakkan bab 4 analisis dan penemuan kajian akhir Oleh penyelia

Bab 5 cadangan dan kesimpulanCadangan dan kesimpulan kajian akhiri. Pembentukkan cadangan berdasarkan penemuan kajianii. Kesimpulan keseluruhan kajian akhir

Penyemakkan bab 5 cadangan dan kesimpulan kajian akhir Oleh penyelia

Penyerahan keseluruhan bab kajian akhir untuk penyemakkan oleh penyelia

Penyerahan kajian akhir Kepada Koordinator Kajian Akhir.

Penilaian kajian akhir

Perjumpaan kajian akhir (keputusan)

Pembetulan kajian akhir

Penyerahan Akhir Kajian Akhir.kepada koordinator

Jadual 1.1 : Jadual Kerja Kajian