sejarah kewujudan pekan cina

4
Sejarah kewujudan pekan cina Pekan Cina Kedai-kedai tradisional yang terdapat di sepanjang Jalan Pekan Melayu dan Pekan Cina merupakan bangunan-bangunan terawal yang dibina di bandar Alor Setar. Bangunan ini merupakan bangunan perniagaan yang menjalankan aktiviti borongan dan sebagainya. Kebanyakan kedai-kedai yang terdapat di kawasan ini telah dibina pada abad ke-18, yang mana bangunan tersebut terdiri daripada 2 tingkat. Pada keseluruhannya reka bentuk bangunan-bangunan di sini lebih bercirikan seni bina Roman. Ini dilihat dari kewujudan pelbagai jenis tiang yang terdapat di sesetengah kedai yang telah menonjolkan ukiran-ukiran yang menarik.Pekan cina juga adalah majorirti penduduknya berbangsa Cina.

Upload: yahya-omar

Post on 30-Jun-2015

672 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah kewujudan pekan cina

Sejarah kewujudan pekan cina

Pekan Cina

Kedai-kedai tradisional yang terdapat di sepanjang Jalan Pekan Melayu dan Pekan Cina merupakan bangunan-bangunan terawal yang dibina di bandar Alor Setar. Bangunan ini merupakan bangunan perniagaan yang menjalankan aktiviti borongan dan sebagainya. Kebanyakan kedai-kedai yang terdapat di kawasan ini telah dibina pada abad ke-18, yang mana bangunan tersebut terdiri daripada 2 tingkat. Pada keseluruhannya reka bentuk bangunan-bangunan di sini lebih bercirikan seni bina Roman. Ini dilihat dari kewujudan pelbagai jenis tiang yang terdapat di sesetengah kedai yang telah menonjolkan ukiran-ukiran yang menarik.Pekan cina juga adalah majorirti penduduknya berbangsa Cina.

Deretan kedai-kedai yang terdapat di Pekan Cina yang merupakan bangunan awal dibina di Alor Setar. Telah mula dibina pada abad ke-18. kini suasana Pekan Cina telah berubah dengan

suasana jalan raya yang semakin sibuk oleh kenderaan-kenderaan moden.

Page 2: Sejarah kewujudan pekan cina

Pekan cina pada masa kini.

Pekan cina pada masa kini.

Page 3: Sejarah kewujudan pekan cina

matlamat

Kerajaan Negeri Kedah sentiasa mengamalkan polisi terbuka untuk semua rakyat tanpa mengira kaum, agama dan bangsa sejajar dengan cogan kata “Kedah Sejahtera”.  Pekan Cina suatu masa dahulu merupakan tempat yang unik bagi masyarakat Alor Setar khususnya. Pekan Cina yang terletak sebelah-menyebelah dengan Pekan Melayu menjadi simbolik keharmonian kaum sejak dahulu lagi.

Menurutnya, Pekan Cina yang terletak di persisiran Tanjung Chali mempunyai potensi untuk dipertingkatkan menjadi satu tapak pelancongan  yang menarik di Kedah, suasana yang meriah seperti malam ini patut dijadikan titik permulaan untuk mengembalikan  kegemilangan Pekan Cina dan yang suram ketika ini.

“Segala aktiviti yang bercirikan kebudayaan, kesenian dan warisan akan dilangsungkan di kawasan ini demi mengimbau nostalgia serta membolehkan generasi muda terus menghayati sejarah Pekan Cina dan Pekan Melayu yang menjadi titik permulaan perkembangan Bandar Alor Setar,” katanya.

Beliau menjelaskan, Kerajaan Negeri Kedah akan berusaha untuk menghidupkan semula kawasan ini. Selain itu, kerajaan negeri akan menerima segala cadangan dan kerjasama untuk meningkatkan kawasan ini menjadi tumpuan orang ramai serta pelancong.

Menurutnya, beliau mahu lihat rakyat yang berada di bawah pimpinannya hidup aman damai dan saling menghormati antara satu sama lain kerana perkara ini adalah penting untuk semua rakyat mencapai nikmat yang dapat dimiliki hasil daripada semangat harmoni dan kerjasama yang ditunjukkan.

Selain itu juga, pihak kerajaan peka dengan kehendak masyarakat Cina melalui pelbagai saluran khususnya melalui Dewan Perhimpunan Cina Kedah yang merupakan NGO terbesar yang mewakili kaum Cina di negeri ini.

kerajaan negeri telah menyalurkan peruntukkan wang dan memberi kerjasama kepada pihak Dewan Perhimpunan Cina Kedah untuk penganjuran acara-acara besar yang dapat memberi kebaikan kepada segenap lapisan masyarakat,” katanya.

Objektif

Page 4: Sejarah kewujudan pekan cina

Dalam era permodenan yang dihambat dengan pelbagai kemajuan, Malaysia masih mampu mengekalkan bangunan-bangunan bersejarah sebagai warisan budaya yang unggul. Di kota raya Kuala

Lumpur sahaja, tersergam indah bangunan Sultan Abdul Samad yang menjadi mercu tanda kebanggaan penduduknya. Kerajaan turut mengorak langkah untuk mengekalkan bangunan-bangunan bersejarah ini

bagi memastikan bangunan tersebut terus utuh sebagai bangunan yang bakal menjadi kebanggaan generasi akan datang.

pihak kerajaan ialah mengorak langkah bagi mewartakan bangunan bersejarah ini sebagai satu warisan kebangsaan yang perlu dipelihara. malaksanakan usaha bagi mengindahkan kawasan persekitaran

bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita dengan lanskap yang menarik. kerajaan turut bertindak memperkenalkan bangunan warisan tersebut kepada pelancong dari seluruh dunia.

kewujudan bangunan bersejarah di negara kita yang wujud sejak abad ke dua puluh lagi, mengambarkan kepelbagaian corak hidup masyarakat dahulu kala. Justeru, usaha untuk mengekalkan bangunan

tersebut bagi tatapan generasi akan datang adalah amat perlu dilaksanakan demi kesinambungan budaya masyarakat kita. Budaya silam adalah cerminan masyarakat kita hari ini kerana budaya

menunjukkan bangsa. Lantas, tanggungjawab kita adalah perlunya memberi kerjasama kepada pihak yang terbabit agar usaha memelihara dan memulihara bangunan bersejarah tersebut akan terus kekal

padu dan berpanjangan.