sinopsis novel termodinamik

9
SINOPSIS: Formula Termodinamik (Obasiah Haji Usman) Formula Termodinamik (Obasiah Haji Usman) Sinopsis Keseluruhan Cerita Formula Termodinamik digambarkan dengan latar kampung yang dikelilingi sawah. Amir dan Asma mengimbau kenangan manis zaman kanak-kanak mereka yang selalu bermain di sawah bersama-sama Usama, Adnin dan Zaid. Asma anak kacukan Dusun dan Brunei, berjaya melanjutkan pelajarannya di maktab perguruan manakala Amir dan Usama ke Politeknik. Usamah di Perak dan Amir di Putatan. Mereka bertemu semula ketika Amir dan Usamah menghabiskan cuti semester di rumah nenek mereka yang tinggal bersebelahan dengan rumah Asma. Amir dan Usama telah merancang satu projek pengubahsuaian mesin rumput supaya berfungsi sebagai pemotong rumput dan mencangkul tanah. Amir menggunakan formula Termodinamik bagi memprogramkan mesin rumput terpakai dan projek ini dibantu oleh Profesor Othman dengan Formula Dua Hukum Popular bagi memastikan kejayaan. Sejak tersebar berita Amir dan rakan-rakannya mencipta mesin 2 dalam 1, Aswan berasa kurang senang dan ingin menyaingi mereka. Aswan bercadang untuk mencipta model yang sama, menggunakan mesin rumput yang panjang dan stor minyak petrolnya digantung di belakang dan di hujung pemotong rumput itu diwujudkan tangan robot. Namun begitu, semua nota telah hilang dan perkara tentang Formula Dua Hukum Popular Termodinamik tidak diketahuinya. Amir sangat risau akan kehilangan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik dan tiba-tiba sahaja storan formulanya hilang. Selain itu, Amir terkejut juga apabila didapati pencerobohan berlaku pada data syarikat ayahnya. Amir cuba menerangkan perkara yang berlaku kepada Syarikat Bahagia kepunyaan ayahnya tetapi gagal kerana ayahnya terlalu sibuk. Amir telah mengatur strategi untuk menangkap penjenayah. Akhirnya Aswan telah meminta maaf kepada Amir dan Usama kerana dialah yang mencuri Formula Termodinamik tersebut. Projek mesin 2 dalam 1 ciptaan Amir dan Usama telah memenangi Anugerah Saintis Muda dan mereka turut mendapat biasiswa kerajaan bagi melanjutkan pelajaran di luar negara. Sinopsis Bab 1 Amir dan Asma mengimbau kenangan manis zaman kanak-kanak mereka yang selalu bermain di sawah bersama-sama Usamah, Adnin dan Zaid. Asma adalah dua pupu Amir dan Usamah. Asma anak kacukan Dusun dan Brunei, berjaya melanjutkan pelajaran di maktab perguruan manakala Amir dan Usamah ke Politeknik. Usamah di Perak dan Amir di Putatan. Mereka bertemu semula ketika Amir dan Usamah menghabiskan cuti semester di rumah nenek mereka yang tinggal bersebelahan dengan rumah Asma. Amir mula berasa ada perasaan indah yang terbit di hatinya terhadap Asma tetapi Asma pula seperti menyimpan cerita yang sukar diungkapkan. Dalam masa yang sama Amir dan Usamah telah merancang satu projek

Upload: nurshafikha-jamaludin

Post on 27-Jan-2016

278 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

Novel tingkatan 1

TRANSCRIPT

Page 1: SINOPSIS Novel Termodinamik

SINOPSIS: Formula Termodinamik (Obasiah Haji Usman)

Formula Termodinamik (Obasiah Haji Usman)

Sinopsis Keseluruhan       Cerita Formula Termodinamik digambarkan dengan latar kampung yang dikelilingi sawah. Amir dan Asma mengimbau kenangan manis zaman kanak-kanak mereka yang selalu bermain di sawah bersama-sama Usama, Adnin dan Zaid. Asma anak kacukan Dusun dan Brunei, berjaya melanjutkan pelajarannya di maktab perguruan manakala Amir dan Usama ke Politeknik. Usamah di Perak dan Amir di Putatan.

Mereka bertemu semula ketika Amir dan Usamah menghabiskan cuti semester di rumah nenek mereka yang tinggal bersebelahan dengan rumah Asma. Amir dan Usama telah merancang satu projek pengubahsuaian mesin rumput supaya berfungsi sebagai pemotong rumput dan mencangkul tanah. Amir menggunakan formula Termodinamik bagi memprogramkan mesin rumput terpakai dan projek ini dibantu oleh Profesor Othman dengan Formula Dua Hukum Popular bagi memastikan kejayaan. Sejak tersebar berita Amir dan rakan-rakannya mencipta mesin 2 dalam 1, Aswan berasa kurang senang dan ingin menyaingi mereka. Aswan bercadang untuk mencipta model yang sama, menggunakan mesin rumput yang panjang dan stor minyak petrolnya digantung di belakang dan di hujung pemotong rumput itu diwujudkan tangan robot.

Namun begitu, semua nota telah hilang dan perkara tentang Formula Dua Hukum Popular Termodinamik tidak diketahuinya. Amir sangat risau akan kehilangan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik dan tiba-tiba sahaja storan formulanya hilang. Selain itu, Amir terkejut juga apabila didapati pencerobohan berlaku pada data syarikat ayahnya. Amir cuba menerangkan perkara yang berlaku kepada Syarikat Bahagia kepunyaan ayahnya tetapi gagal kerana ayahnya terlalu sibuk. Amir telah mengatur strategi untuk menangkap penjenayah. Akhirnya Aswan telah meminta maaf kepada Amir dan Usama kerana dialah yang mencuri Formula Termodinamik tersebut. Projek mesin 2 dalam 1 ciptaan Amir dan Usama telah memenangi Anugerah Saintis Muda dan mereka turut mendapat biasiswa kerajaan bagi melanjutkan pelajaran di luar negara.

SinopsisBab 1

Amir dan Asma mengimbau kenangan manis zaman kanak-kanak mereka yang selalu bermain di sawah bersama-sama Usamah, Adnin dan Zaid. Asma adalah dua pupu Amir dan Usamah. Asma anak kacukan Dusun dan Brunei, berjaya melanjutkan pelajaran di maktab perguruan manakala Amir dan Usamah ke Politeknik. Usamah di Perak dan Amir di Putatan.

Page 2: SINOPSIS Novel Termodinamik

Mereka bertemu semula ketika Amir dan Usamah menghabiskan cuti semester di rumah nenek mereka yang tinggal bersebelahan dengan rumah Asma. Amir mula berasa ada perasaan indah yang terbit di hatinya terhadap Asma tetapi Asma pula seperti menyimpan cerita yang sukar diungkapkan. Dalam masa yang sama Amir dan Usamah telah merancang satu projek pengubahsuaian mesin rumput supaya berfungsi sebagai pemotong rumput dan mencangkul tanah.  Amir menggunakan formula Termodinamik bagi memprogramkan mesin rumput yang terpakai dan dibantu oleh Profesor Othman dengan Formula Dua Hukum Popular bagi memastikan kejayaan projek tersebut. 

Bab 2

Sejak tersebar berita Amir dan rakan-rakannya mencipta mesin 2 dalam 1, Aswan berasa kurang senang dan ingin menyaingi mereka. Dia juga mahu menebus kekecewaannya ketika di Politeknik dulu walaupun dia tahu dia tidak sehebat Amir dan Usamah. Dia mahu membuktikan yang dia tidak lemah, dia bijak dan handal serta mampu menyaingi Amir dan Usamah. Aswan bertekad akan menentang Amir dan Usamah. Dia tidak akan membiarkan kedua-dua sepupu itu menempa nama di Kampung Warisan. Aswan menyuarakan hasrat tersebut kepada kawan-kawan baiknya, Fikri dan Majibon. Aswan bercadang untuk mencipta model yang sama, menggunakan mesin rumput yang panjang dan stor minyak petrolnya digantung di belakang dan di hujung pemotong rumput itu diwujudkan tangan robot. Fikri dan Majibon agak kurang senang dengan hasrat dan tujuan Aswan yang ingin menyaingi Amir dan Usamah sehingga berlaku sedikit percanggahan prinsip di antara mereka dengan Aswan.  Bagi Fikri dan Majibon persaingan biarlah sihat dan tidak bermusuhan.  Namun begitu, Fikri dan Majibon tidak sampai hati untuk menghampakan Aswan.  Projek tersebut akan dijalankan dengan bantuan Fikri dan Majibon namun yang menjadi masalah ialah mereka tidak mempunyai formula. Fikri dan Majibon tidak pernah belajar bidang kejuruteraan, hanya Aswan seorang pernah belajar teori kejuruteraan waktu di Politeknik.  Namun begitu, semua nota-notanya telah hilang dan banyak perkara tentang Formula Dua Hukum Popular Termodinamik tidak diketahuinya. Walaupun dengan sedikit pengetahuan,  Aswan tetap yakin mampu menyaingi Amir dan Usamah kerana dia tidak mahu meminta bantu daripada Amir, Usamah dan Profesor Othman seperti yang disarankan oleh Fikri dan Majibon.

Bab 3

Amir dan Usamah bertungkus lumus membuat pengubahsuaian bagi memastikan  projek mesin 2 dalam 1 mereka berjalan lancar. Mesin tersebut menggunakan kuasa 6 kw, kincir angin model SAMA, iaitu singkatan Sabah, Malaysia.  Mana-mana komponen yang tidak boleh dibuat

Page 3: SINOPSIS Novel Termodinamik

sendiri kerana kekurangan kelengkapan seperti membentuk mata pisau cangkul dihantar ke kedai besi untuk dibentuk.  Aswan, Fikri dan Majibon telah datang melihat projek mesin 2 dalam 1 yang diusahakan oleh pasangan sepupu itu.  Fikri dan Majibon sangat berminat dengan projek tersebut.  Mereka telah diberi penerangan terperinci tentang proses pengubahsuaian dan pengendalian mesin 2 dalam 1 oleh Amir , penuntut tahun akhir Diploma Kejuruteraan Am. Aswan lebih berminat melihat bilik operasi.

Bab 4

Setelah kerja-kerja pengubahsuaian mesin 2 dalam 1 siap, Zaid dan Adnin mengajak Amir dan Usamah pergi memancing di sawah untuk menenangkan fikiran.  Semasa memancing itulah Zaid dan Adnin telah bercerita tentang kecurian baja subsidi orang  Kampung Warisan dari stor dewan.  Zaid yakin bahawa Aswan dan rakan-rakannya yang telah mencuri baja tersebut.

Bab 5

Aswan sangat gembira kerana telah berjaya memperoleh formula yang diperlukan untuk melaksanakan projek impiannya, mencipta mesin menanam padi.  Mesin ini  amat relevan untuk masa depan yang dapat mengurangkan risiko generasi menjadi bongkok. Lakaran grafik yang telah disediakan oleh Aswan diperlihatkan kepada Fikri dan Majibon.  Aswan secara terperinci menerangkan cara projek itu akan dimulakan sehinggalah ke peringkat operasi. Bab 6

Amir sangat risau akan kehilangan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik.  Tiba-tiba sahaja storan data formulanya hilang. Dia berasa kesal kerana cuai dan tidak menyimpan storan dengan baik. Bertahun-tahun dia mengumpul data untuk menyiapkan formula tersebut dan dibantu oleh Profesor Othman.  Dia tidak tahu orang yang telah menceroboh masuk ke bilik operasi mereka. Bukan mudah untuk dia mengingati  formula tersebut.  Amir risau tidak dapat menunaikan janjinya kepada nenek  untuk membajak tapak semaian dengan mesin 2 dalam 1 tersebut.  Bab 7

Amir dan Usamah pulang ke Putatan.  Sampai sahaja di rumahnya, Amir terus ke pejabat persendirian ayahnya untuk mencari Formula Termodinamik dan melayari data Syarikat Bahagia.  Amir amat terkejut mendapati ada pencerobohan sedang berlaku pada data syarikat ayahnya.  Amir dan Usamah berusaha untuk menyekat pencerobohan tersebut dengan menerbit kod baru Adang Keselamatan Rahsia. 

Bab 8

Page 4: SINOPSIS Novel Termodinamik

Intan, ibu Amir amat terkejut apabila diberitahu oleh Amir tentang pencerobohan data Syarikat Bahagia.  Tetapi Amir tidak berpeluang untuk menceritakan peristiwa itu kepada ayahnya kerana dia berada di Manila atas urusan perniagaan.  Amir dan Usamah pulang semula ke Kampung Warisan.  Mereka sangat gembira melihat Asma, Zaid dan Adnin sedang menolong neneknya di tapak semaian.  Adnin sedang menolak mesin 2 dalam 1 untuk menyediakan tapak semaian. Neneknya tersenyum bangga.  Amir mewarisi kepintaran anaknya, Damit.

Bab 9

Amir bangga melihat semangat bergotong royong masih menjadi amalan penduduk Kampung Warisan.  Ramai penduduk kampung datang menolong menanam padi di sawah neneknya.  Usamah bersungut tentang mesin ciptaan Aswan yang belum disiapkan lagi, jika tidak bolehlah digunakan oleh orang kampung pada musim menanam kali ini.  Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan suasana hingar bingar.  Amir dan Usamah terperanjat melihat nenek jatuh ke dalam air paya.  Pak Cik Suib, ayah Asma mengangkat nenek ke batas sawah. Nenek tidak bersuara.  Amir dan Usamah berusaha memberi pertolongan kepada nenek.  Setelah sedar nenek dibawa pulang ke rumah.  Atas desakan Asma nenek kemudiannya dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Bab 10

Nenek menjalani pembedahan kecil pada buku lalinya untuk memastikan tidak ada pendarahan dan bagi mengelakkan jangkitan kuman ke anggota lain. Semua ahli keluarga Amir, ayah, ibu dan adik-adiknya serta Usamah turut berada di hospital menemani nenek.  Nenek sangat terharu dengan layanan dan kasih sayang daripada anak cucunya.

Bab 11

Aswan tidak lagi memberi fokus kepada projek mesin menanam padinya tetapi banyak masanya dihabiskan di hadapan komputer.  Dia tidak berpuas hati selagi pencariannya belum berhasil.  Aswan mencuba meramal beberapa nombor digital sehinggalah dapat ditembusi.  Maklumat yang ditemui beberapa hari lalu muncul semula.  Pengaliran data itu tidak dapat disekat lagi.  Aswan terpukau melihat jumlah aset syarikat tersebut.  Dia sangat teruja dan memperlihatkan data tersebut kepada Fikri dan Majibon. 

Page 5: SINOPSIS Novel Termodinamik

Aswan bercadang memindahkan wang sejumlah RM1.3 juta itu ke dalam akaunnya.   Majibon membantah keras hasrat Aswan itu atas prinsip agama melarang mengambil hak orang lain.  Aswan kemudiannya bercadang untuk mengambil RM10,000.00 sahaja sebagai modal menjalankan projek mereka.  Fikri pula menentang hasrat Aswan dan mengingatkan mereka perlu berpegang teguh pada etika kerja serta bersaing secara sihat. Dalam masa yang sama, Amir dapat mengesan pencerobohan dan data syarikat ayahnya dibocori lagi. Usamah berusaha keras mengesan kebocoran data tersebut dan cuba menyekatnya.  Akhirnya mereka bersepakat untuk  menyiasat perkara tersebut.

Bab 12

Amir cuba menerangkan peristiwa yang berlaku kepada Syarikat Bahagia kepada ayahnya tetapi gagal kerana ayahnya terlalu sibuk. Intan, ibu Amir telah menceritakan pencerobohan dan kebocoran maklumat syarikat mereka.  Pada masa yang sama Amir dan Usamah telah kembali semula ke Kampung Warisan. Nenek mereka telah beransur sihat dan akan keluar dari hospital.  Amir berasa bangga melihat mesin 2 dalam 1 ciptaan mereka digunakan oleh bapa Zaid dan orang-orang kampung untuk membajak tanah. Hasil ciptaan mereka telah dapat berbakti kepada orang kampung. Zaid dan Adnin pula telah melaporkan peristiwa yang telah dapat menjejak penjenayah  Kampung Warisan yang menyimpan barang-barang curi di sebuah pondok tidak jauh dari pangkalan. Amir telah mengatur strategi untuk memerangkap penjenayah itu.

Bab 13

Dua hari membuat persiapan dan mengatur strategi,  Amir dan rakan-rakannya bergerak selepas Isyak menuju ke pondok yang dinyatakan oleh Zaid.  Setengah jam perjalanan mereka sampai di pangkalan.  Dari situ mereka bergerak ke sebuah pondok dan bersembunyi  di tempat yang sukar dikesan oleh penjenayah. Dari situ mereka mengatur strategi untuk memerangkap penjenanyah tersebut. Akhirnya Lahop dan Oyong pemuda Kampung Warisan yang diupah menjaga pondok tersebut dapat diberkas dan dihantar ke balai polis.  Amir menemui CD yang menyimpan seribu rahsia yang sukar ditafsir.

Bab 14

Semalaman Amir tidak dapat tidur memikirkan CD yang ditemukan semasa operasi penangkapan dua orang pemuda di pondok berhampiran dengan pangkalan.  Amir dan Usamah berasa kehilangan Formula Termodinamik ada kaitan dengan CD tersebut.  Tiba-tiba ada e-mel masuk.  Orang yang tidak dikenali menghantar mesej meminta maaf.  Mereka kehairanan dan mengesyaki itulah orang yang telah mencuri formula

Page 6: SINOPSIS Novel Termodinamik

mereka. Mereka cuba bertanya tentang penghantar e-mel itu tetapi tiada jawapan.  Kemudian Zaid datang membawa berita bahawa Asma akan berkahwin.  Adnin pula menyusul dalam keadaan basah kuyup dan mengajak mereka membantu memindahkan orang kampung kerana air telah naik melepasi satu meter.Bab 15

Aswan , Fikri dan Majibon dibawa arus deras.  Mereka hanya berpaut pada sebatang kayu untuk menyelamatkan diri.  Aswan rasa menyesal tidak mendengar nasihat ibunya supaya tidak menghadiri majlis sambutan Krismas di rumah Majibon kerana cuaca buruk.  Dia juga mulai sedar mungkin itu adalah balasan Allah terhadap dosa-dosa yang telah dilakukannya.  Dalam suasana gelap malam mereka bertiga terus berpaut pada sebatang kayu sehinggalah diselamatkan oleh Amir dan rakan-rakannya.  Aswan telah meminta maaf kepada Amir dan Usamah serta mengaku dialah yang mencuri Formula Termodinamik dan penghantar e-mel. 

Bab 16

Projek mesin 2 dalam 1 ciptaan Amir dan Usamah telah  membolehkan mereka memenangi Anugerah Saintis Muda dan mereka turut mendapat biasiswa kerajaan bagi melanjutkan pelajaran di luar negara.   Pada hari keberangkatan, semua ahli keluarga berada di lapangan terbang.  Aswan, Fikri dan Majibon turut sama.  Asma datang mengucapkan tahniah kepada mereka berdua dengan menghulurkan sejambak mawar putih buat Usamah dan mawar merah buat Amir.

Tema

Novel ini membawa tema SAINS DAN TEKNOLOGI. Dua orang anak muda iaitu Amir dan Usamah yang berwawasan tinggi dan masih menuntut telah memanfaatkan ilmu yang dipelajari dengan melakukan inovasi terhadap mesin rumput terpakai.  Inovasi tersebut dinamakan mesin 2 dalam 1 yang berfungsi sebagai pemotong rumput dan boleh membajak tanah. Mesin 2 dalam 1 ini akhirnya telah digunakan secara meluas oleh penduduk Kampung Warisan.  Amir dan Usamah pula telah menerima Anugerah Saintis Muda.

Persoalan

Terdapat beberapa persoalan dalam novel ini, antaranya :i.   Tanggungjawab melakukan inovasi untuk  kepentingan masyarakat

Page 7: SINOPSIS Novel Termodinamik

     Contoh :  Amir dan Usamah berusaha melakukan pengubahsuaian terhadap mesin      rumput terpakai bagi memudahkan neneknya dan orang kampung membajak tanah      untuk pertanian.

ii.  Mengamalkan Etika      Contoh :  Fikri sangat berpegang teguh kepada etika kerja yang bersih iaitu      bersaing secara sihat dan tidak menganggap Amir dan Usamah sebagai musuh      dalam melaksanakan projek masing-masing.

iii.  Taat kepada ajaran agamaContoh :  Fikri menentang keras hasrat Aswan yang ingin memindahkan wang RM   1.3 juta milik syarikat  yang telah diceroboh ke dalam akaunnya.  Dia mengingatkan       Aswan bahawa agama melarang kita mengambil hak orang lain,  perbuatan yang       tidak bermoral.

iv.  Perniagaan dan Keusahawanan     Contoh :   Bapa Aswan seorang usahawan import eksport.

v.   Kasih sayang nenek terhadap anak cucunya     Contoh :  Nenek sentiasa menyokong usaha Amir dan  Usamah dalam menjayakan       Projek mesin 2 dalam 1 dan nenek juga banyak mengajar serta mendidik mereka.       Walaupun baru saja menjalani pembedahan, nenek sudah teringat hendak      membuat kuih bahulu kegemaran bapa Usamah.  Nenek juga berjanji untuk        membuat kuih jala  untuk Amir.

vi. Tanggungjawab terhadap seorang sahabat     Contoh:  Zaid, Amir, Usamah dan Adnin telah menyelamatkan Aswan, Fikri dan Majibon daripada mati lemas dalam kejadian banjir di kampung mereka.

vii. Mengamalkan budaya ilmu      Contoh:  Amir dan Usamah telah mempraktikkan ilmu yang dipelajari di politeknik        untuk menghasilkan projek mesin 2 dalam 1 bagi membajak tanah pertanian untuk

Page 8: SINOPSIS Novel Termodinamik

      kegunaan orang kampung dan tidak lokek berkongsi ilmu dengan orang lain (ingin membantu Aswan dalam projek mesin menanam padi).   

LATAR NOVEL FORMULA TERMODINAMIK

LATAR

LATAR TEMPAT

Di Kampung Warisan, Papar, Sabah- tempat Amir, Usamah, Aswan, Fitri, dan Majibon dilahirkan dan dibesarkan.

Di bilik pembedahan- tempat nenek Amir menjalani pembedahan kecil di buku lalinya.

Di Kampung Pimping,- tempat rombongan bapa Aswan untuk membincangkan persiapan majlis perkahwinan Asma dan Asman.

Di sawah padi- tempat Amir, Usamah, dan Asma berlari - lari.

Di dalam bilik- tempat Amir menghadap komputer dan berkomunikasi dengan Profesor Othman di skrin komputer.

Di tepi sungai- tempat Amir, Usamah, dan Asma memancing ikan.

Di atas tangga, rumah Amir- tempat Amir termenung dan memikirkan kehilangan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik.

Di Pejabat Persendirian Damit Syarikat Bahagia-Putatan- tempat Amir menyiasat penjenayah siber yang cuba membocorkan maklumat Syarikat Bahagia.

Di rumah Majibon- tempat sambutan majlis Hari Krismas diadakan.

LATAR MASA  

Malam sambutan Hari Krismas, iaitu semasa berlakunya kejadian air bah yang sangat dasyat sehingga hampir meragut nyawa Aswan, Majibon, dan Fikri.

Selepas waktu isyak, iaitu Amir dan rakan- rakannya bersiap- siap untuk memulakan misi memerangkap dan menangkap pejenayah siber.

Page 9: SINOPSIS Novel Termodinamik

Pada pukul 12.00 tengah malam, iaitu Amir dan Usamah tiba di rumah dan terus ke pejabat persendirian Damit. Mereka meneliti komputer ayah Amir dan mendapati ada orang yang berusaha untuk memindahkan storan data Syarikat Bahagia. 

Pada suatu pagi, iaitu hujan lebat mencurah - curah, air naik sehingga satu meter, dan semua penduduk kampung dipindahkan ke balai raya.

LATAR MASYARAKAT 

Masyarakat yang berpendidikan tinggi. Contohnya, Asma menuntut maktab perguruan, manakala Amir dan Usamah pula merupakan penuntut politeknik serta bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Masyarakat yang masih mengamalkan sikap bergotong-royong.Contohnya, orang kampung bergotong-royong untuk menyiapkan sawah milik nenek Amir.

Masyarakat yang masih mempunyai sifat iri hati dan hasad  dengki apabila melihat kejayaan Amir dan Usamah mengubah suai mesin rumput.

Masyarakat golongan muda yang mengamalkan semangat kerjasama. Contohnya, Adin yang sedang menunggu keputusan SPM mengajak Amir dan Usamah untuk membantu mangsa banjir yang telah pindah di kampung mereka.

Masyarakat yang suka mengambil kesempatan dan mementingkan diri sendiri. Contohnya, Aswan telah mencuri pemacu pena [pen drive] milik Amiryang mengandungi Formula Termodinamik demi kepentingan.