sinopsis novel merenang gelora | bab 3: bermain api | peta alir

1
Peta Alir Sinopsis Novel Merenang Gelora Bab 3: Bermain Api Bahasa Melayu Komsas Badri agak hairan apabila mendapati murid-murid tidak lagi berkumpul untuk berjumpa Meng Kong pada waktu rehat. Biasanya mereka berkumpul di bawah pokok di tepi padang. Badri berselisish dengan seorang murid yang memandang Badri dalam ketakutan. Tiba- tiba Badri terlihat tanda lahir di leher murid itu. Rupa- rupanya, murid itulah yang berada di dalam tandas semasa Badri disimbah air tempoh hari. Kebetulan murid itu tidak memakai lencana. Badri membawa murid itu berjumpa dengan Cikgu Jailani. Murid itu bernama Kumar. Cikgu Jailani menjumpai telefon bimbit di dalam saku Kumar. Meng Kong, Kumar dan Shahrul adalah kawan tiga serangkai yang selalu menimbulkan kesulitan kepada murid-murid sekolah. Menurut Ah Chun, Meng Kong menjual kad prabayar dan telefon bimbit terpakai kepada murid-murid sekolah, tetapi dia tidak ada bukti. Jamil memberitahu Badri bahawa Kumar tidak mahu Badri memerhatikan Meng Kong. Nadira mengingatkan Badri supaya menjaga mulutnya. Nadira tidak mahu Badri menceritakan apa-apa tentang dirinya kepada Mak Alang. Semasa di perhentian bas, seorang murid lelaki bernama Bob dengan sengaja merempuh Badri. Rempuhan itu menyebabkan Badri tersungkur ke tanah. Badri menahan emosi marahnya. Dia berazam untuk terus membantu mereka supaya tidak terlajak jauh. Semasa hendak turun dari bas, Badri terasa ada sesuatu diselitkan di dalam saku seluarnya. Nota itu menghendaki Badri pergi ke sebuah pasar raya pada jam 4.00 petang hari itu. Badri pergi ke pasar raya itu seperti yang dikehendaki oleh orang yang menulis nota itu. Sampai di sana, Badri terlihat Siew Mei. Rupa-rupanya, Siew Mei ingin menyampaikan maklumat berkaitan dengan peristiwa Badri disimbah dengan air di dalam tandas sekolah tempoh hari.

Upload: nur-nashwa-alia-binti-khairudin

Post on 25-Jul-2015

153 views

Category:

Education


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sinopsis Novel Merenang Gelora | Bab 3: Bermain Api | Peta Alir

Peta Alir

Sinopsis Novel Merenang GeloraBab 3: Bermain Api

Bahasa MelayuKomsas

Badri agak hairan apabila mendapati murid-murid tidak lagi berkumpul untuk berjumpa Meng Kong pada waktu rehat. Biasanya mereka berkumpul di bawah pokok di tepi padang.

Badri berselisish dengan seorang murid yang memandang Badri dalam ketakutan. Tiba-tiba Badri terlihat tanda lahir di leher murid itu. Rupa-rupanya, murid itulah yang berada di dalam tandas semasa Badri disimbah air tempoh hari.

Kebetulan murid itu tidak memakai lencana. Badri membawa murid itu berjumpa dengan Cikgu Jailani. Murid itu bernama Kumar. Cikgu Jailani menjumpai telefon bimbit di dalam saku Kumar.

Meng Kong, Kumar dan Shahrul adalah kawan tiga serangkai yang selalu menimbulkan kesulitan kepada murid-murid sekolah.

Menurut Ah Chun, Meng Kong menjual kad prabayar dan telefon bimbit terpakai kepada murid-murid sekolah, tetapi dia tidak ada bukti. Jamil memberitahu Badri bahawa Kumar tidak mahu Badri memerhatikan Meng Kong.

Nadira mengingatkan Badri supaya menjaga mulutnya. Nadira tidak mahu Badri menceritakan apa-apa tentang dirinya kepada Mak Alang.

Semasa di perhentian bas, seorang murid lelaki bernama Bob dengan sengaja merempuh Badri. Rempuhan itu menyebabkan Badri tersungkur ke tanah. Badri menahan emosi marahnya.

Dia berazam untuk terus membantu mereka supaya tidak terlajak jauh. Semasa hendak turun dari bas, Badri terasa ada sesuatu diselitkan di dalam saku seluarnya.

Nota itu menghendaki Badri pergi ke sebuah pasar raya pada jam 4.00 petang hari itu. Badri pergi ke pasar raya itu seperti yang dikehendaki oleh orang yang menulis nota itu.

Sampai di sana, Badri terlihat Siew Mei. Rupa-rupanya, Siew Mei ingin menyampaikan maklumat berkaitan dengan peristiwa Badri disimbah dengan air di dalam tandas sekolah tempoh hari.