merenang gelora - · pdf filecontohnya, dialog antara jamil dengan badri dan dialog antara...

4
(xxxiii)

Upload: lenguyet

Post on 07-Feb-2018

248 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: MERENANG GELORA - · PDF fileContohnya, dialog antara Jamil dengan Badri dan dialog antara Nadira dengan Shahrul. (c) lmbas kembali. Contohnya, Jamil teringat akan perbualan ­ nya

(xxxiii)

Page 2: MERENANG GELORA - · PDF fileContohnya, dialog antara Jamil dengan Badri dan dialog antara Nadira dengan Shahrul. (c) lmbas kembali. Contohnya, Jamil teringat akan perbualan ­ nya

Inti Pati Bab Bab 1 : Tugas Baharu - Hari itu buat pertama kali Badri akan bertugas sebagai

pengawas sekolah. - Badri memulakan tugas dengan meronda di Blok C

bangunan sekolah. - Jamil menasihati Badri tentang risiko menjadi pengawas. - Kelas Badri menerima murid perempuan baru yang

bernama Siti Cahaya Nadira.

Bab 2: Api yang Mula Membara - Badri berasa hairan kerana banyak murid berjumpa dengan

Meng Kong pada waktu rehat. - Semasa di tandas, pakaian Badri basah kerana disimbah air

oleh seseorang yang tidak dapat dicam identitinya. - Badri terkejut apabila melihat Nadira membonceng motosikal

Shahrul. - Di rumah Pak Alang, Badri terkejut apabila melihat Nadira,

iaitu anak buah Mak Alang ada di situ.

Bab 3: Bermain Api - Badri berjaya m6{lgecamkan murid yang menyiramnya di

dalam tandas berdasarkan tanda lahir yang terdapat pada leher murid itu, iaitu Kumar.

- Kumar didapati bersalah kerana membawa telefon bimbit ke sekolah.

- Nadira meminta Badri tidak melaporkan perbuatannya kepada Mak Alang.

- Ketika turun dari bas, Badri mendapati ada sekeping nota daripada Siew Mei di dalam saku seluarnya.

- Siew Mei ingin berjumpa dengan Badri.

Bab 4: Duri dalam Daging - Kumar melahirkan rasa benci dan marahnya terhadap

Badri yang menangkapnya sehingga menyebabkan telefon bimbitnya dirampas oleh Cikgu Jailani.

- Badri telah merosakkan rancangan mereka menjual telefon bimbit dan kad prabayar di sekolah.

Bab 5: Pertemuan - Badri mengetahui perbuatan Jamil yang bekerjasama

dengan Meng Kong menjual kad prabayar. - Jamil semakin menjauhkan diri daripada Badri. - Siew Mei memberitahu Badri bahawa abangnya, Ah Meng

bekerja di kedai telefon bapa Meng Kong. - Ah Meng cuba mengumpulkan maklumat mencari pencuri

telefon dan kad prabayar di kedai tersebut. - Siew Mei ingin mendapatkan kerjasama daripada Badri bagi

mengelakkan abangnya dibuang kerja kerana kehilangan peralatan telefon itu.

- Badri sedaya upaya cuba menyelamatkan Nadira sebelum terlambat.

Bab 6: Kemuncak Dunia - Nadira ditegur oleh kakaknya, Nurul Ain kerana berpakaian

kurang sopan. - Nadira keluar bersiar-siar dengan Shahrul. - Nadira marah kepada Badri serta menuduh Badri cuba

mengambil tahu akan urusannya. - Nadira membonceng motosikal Shahrul bersama-sama dengan

kumpulan mat rempit yang merupakan rakan-rakan Shahrul. - Rakan Shahrul, Aziz berjaya meloloskan diri daripada

ditangkap polis semasa Shahrul membeli air. - Nadira marah terhadap Shahrul kerana ditinggalkan kese­

orangan dan dihantar pulang ke rumahnya oleh anggota polis.

Bab 7: Secarik 5inar - Jamil menceritakan kepada Badri tentang kisah Nadira. - Nadira memohon maaf daripada Badri kerana

keengganannya mendengar nasihat Badri.

Bab 8: Mengharung Badai - Meng Kong menuduh Jamil mencuri telefon bimbit di kedainya. - Ayah Meng Kong tidak membuat laporan polis atau

meminta sebarang ganti rugi. - Jamil insaf dan berhenti daripada menjual barangan milik

Meng Kong. - Siew Mei meminta Badri menasihati Nadira.

Bab 9: Rahsia Hampir Terbongkar - Ketika sedang berjoging di tasik, Badri ternampak Shahrul,

Kumar, dan Meng Kong sedang berbual-bual. - Badri mengintip untuk mengetahui topik perbualan mereka. - Kehadiran Badri menimbulkan rasa kurang senang Shahrul. - Shahrul menyerang Badri tetapi tewas kerana Badri mahir

bersilat.

Bab 1 O: Semarak Api - Shahrul berasa sakit hati melihat kemesraan antara Badri

dengan Nadira. - Amir menyatakan bahawa dia tidak mampu melangsaikan

bayaran telefon bimbit yang dibelinya - Cikgu Jailani menangkap Amir kerana membawa telefon

bimbit ke sekolah. - Meng Kong menganggap hutang Amir sudah langsai kerana

tidak membocorkan rahsia kegiatan penjualan telefon bimbit

Bab 11 : Tertangkap - Meng Kong pergi ke star di kedai ayahnya lalu mengambil

empat buah telefon bimbit. - Ah Meng membuat perangkap dengan memasang CCTV 1

tanpa disedari oleh Meng Kong. - Perbuatan Meng Kong terbongkar apabila Ah Meng

menunjukkan rakaman CCTV kepada Encik Tan. - Encik Tan mengarahkan Meng Kong tinggal di asrama ,

supaya dia dapat memberikan tumpuan terhadap pelajaran.

Bab 12: Suasana Baharu - Meng Kong mengalami suasana baru tinggal di asrama. - Taufik dan Saiful banyak menghulurkan pertolongan kepada

Meng Kong. - Meng Kong menyatakan bahawa dia tidak mahu terlibat

dengan Shahrul menjual telefon di sekolah. Namun, Shahrul berterusan mengugut Meng Kong.

Bab 13: Jiwa Remaja - Badri dan Nadira menyaksikan pementasan teater tetapi

Nadira tidak dapat menumpukan perhatian terhadap teater tersebut kerana memikirkan hubungan antara Badri dengan Siew Mei.

- Jamil meninggalkan pesanan telefon untuk bertemu dengan Badri kerana ada perkara penting untuk diberitahu.

- Keluarga Jamil enggan memberitahu Badri tempat Jamil berada.

- Semasa meronda di Tingkatan 5 Bestari, Badri melihat Kumar meletakkan sesuatu ke dalam beg sekolah Meng Kong.

- Setelah ditangkap, akhirnya Kumar menjelaskan bahawa Shahrul mengarahkannya berbuat demikian supaya Meng Kong dibuang asrama.

- Kumar akhirnya insaf dan tidak lagi mahu dipergunakan lagi oleh Shahrul.

(xxxiv)

Page 3: MERENANG GELORA - · PDF fileContohnya, dialog antara Jamil dengan Badri dan dialog antara Nadira dengan Shahrul. (c) lmbas kembali. Contohnya, Jamil teringat akan perbualan ­ nya

Bab 14: Di Persimpangan - Kumar sedar bahawa kemewahan yang ditabur oleh Shahrul

menyebabkan pelajarannya terganggu. - Shahrul tetap menagih sokongan daripada Kumar kerana

Jamil dan Meng Kong sudah menjauhkan diri daripadanya. - Sharul mahu Kumar membantunya membalas dendam

terhadap Sadri.

Bab 15: Kehilangan yang Misteri - Kehilangan Jamil masih menjadi misteri kerana Jamil

merupakan rakan karib Sadri. - Kumar pula semakin akrab dengan Sadri. - Siew Mei memberitahu Sadri bahawa Amran mati ditembak

polis kerana mengedarkan dadah. - Sadri gusar kerana Jamil pernah bersahabat dengan Amran

dan khuatir Jamil juga turut terlibat dengan kes itu.

Bab 16: Tersayat Pedih - Nadira tekad mahu memutuskan hubungan dengan Shahrul. - Shahrul meminta Din memukul Sadrul bagi melepaskan

dendamnya terhadap Sadri. - Motosi¥.al Shahrul terbabas ke dalam longkang. Sadrul dan

kawan-kawannya menghantar Shahrul ke hospital. - Siew Mei tidak menyenangi persahabatan antara Kumar

dengan Sadri. - Nadira menyampaikan hasrat Shahrul untuk berubah dan

meminta Sadri memaafkannya.

Bab 17: Mangsa Fitnah - Sadri dan Kumar mengulang kaji pelajaran bersama-sama. - Semasa Cikgu Jailani sedang mengajar, tiba-tiba telefon

bimbit berbunyi. - Cikgu Jailani menemukan telefon tersebut di dalam beg Sadri. - Sadri dipandang serong oleh rakan-rakan yang lain. - Siew Mei dan Taufik yakin bahawa Sadri telah difitnah.

Bab 18: Pentas Sandiwara - Sadri dan Taufik mendengar pertengkaran antara Shahrul

dengan Kumar. - Kumar hilang kesabaran lalu mencekik kolar baju Shahrul. - Lokman, ketua pengawas memuji keberanian Sadri

menegakkan undang-undang di sekolah itu.

Bab 19: Cerita Baharu - Meng Kong menjelaskan bahawa Shahrul masih belum

insaf lagi. Namun, Sadri menyangkal sangkaan Meng Kong. - lbu bapa Shahrul kurang mengambil berat akan anak-anak

mereka kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing.

Bab 20: Hati yang Luka - Hubungan antara Shahrul dengan Nadira kembali terjalin. - Siew Mei terasa hati apabila Sadri tersilap memanggilnya

Nadira. - Taufik menasihati Sadri agar meminta maaf daripada Siew Mei. - Sadri bertemu dengan Nadira dan Shahrul di rumah Pak

Alang. Sadrul menyindir Sadri tentang kes membawa telefon bimbit ke sekolah.

- Sadri meminta Shahrul mengaku bahawa dialah orang yang bertanggungjawab menganiayai Sadri .

Bab 21 : Harapan - Sadri meminta maaf daripada Siew Mei tentang hal yang

berlaku tempoh hari. - Sadri, Taufik, dan Siew Mei berazam menjadi sahabat baik. - Taufik ingin mengikuti Sadri bekerja di resort milik bapa

saudara Sadri.

- Nadira memberitahu Sadri bahawa Shahrul mengaku meletakkan telefon bimbit itu ke dalam beg Sadri.

- Shahrul berharap agar Sadri sudi memaafkannya. - Keputusan peperiksaan SPM diumumkan. Sadri dan Siew

Mei memperoleh 9A mana kala Taufik memperoleh 7 A.

Bab 22: Senja Belum Berlabuh - Sadri melahirkan rasa bangganya kerana kawan-kawan

sekolahnya telah berjaya dalam kerjaya masing-masing. - Sadri kini merupakan doktor perubatan lulusan Ireland. - Jamil menceritakan rahsia kehilangannya selama ini. - Jamil menjadi rakan kongsi Taufik membangunkan resort itu. - Shahrul dan Kumar berkongsi membuka bengkel kereta di

Kuala Lumpur. - Nadira lulusan diploma UiTM membuka sebuah butik dan

berkahwin dengan Shahrul. - Meng Kong mengambil alih perniagaan ayahnya. - Siew Mei menjadi doktor gigi. - Sadri berpuas hati apabila rakan-rakannya berjaya menem-

puhi gelora kehidupan.

Tema Cabaran yang perlu dipikul oleh pengawas di sebuah sekolah menengah.

Persoalan (a) Sikap ibu bapa yang cuai dalam memberikan pendidikan

yang betul terhadap anak-anak. (b) Ketegasan dalam melaksanakan undang-undang. (c) Keprihatinan dalam mendidik anak-anak. (d) Kehidupan alam remaja yang menyalahi undang-undang. (e) Keinsafan akan kesalahan yang telah dilakukan. (f) Cubaan mempengaruhi orang lain agar memfitnah

seseorang.

Watak dan Perwatakan (a) Watak utama: Sadri. (b) Watak sampingan: Shahrul, Meng Kong, Kumar, Nadira,

Jamil, Siew Mei, Cikgu Jailani, Taufik, Sadrul, M~k Siti, Encik Tan, Ah Meng, Lokman, Amir, dan lain-lain.

Sadri (a) Anak sulung Mak Siti. (b) Mempunyai adik lelaki bernama Sadrul. (c) Murid Tingkatan Lima. (d) Memikul tanggungjawab sebagai pengawas. (e) Sentiasa mematuhi disiplin di sekolah. (f) Sijak membahagikan masa. (g) Tidak mudah mengaku kalah. (h) Serpendirian tegas dan berani. (i) Pemaaf. G) Mahir bersilat.

Shahrul (a) Murid kelas Tingkatan 5 Cergas. (b) Rakan karib Meng Kong dan Kumar. (c) Terlibat dengan aktiviti lumba motosikal haram. (d) Sijak memperalat orang lain untuk tujuan jahatnya. (e) Pendendam. (f) Serlagak dan sombong serta bersikap degil. (g) lnsaf akan kesalahannya. (h) Melanjutkan pelajaran ke politeknik dan mengambil

kursus kemahiran membaiki kereta. (i) Membuka bengkel kereta bersama Kumar setelah

menamatkan pengajian.

(xxxv)

Page 4: MERENANG GELORA - · PDF fileContohnya, dialog antara Jamil dengan Badri dan dialog antara Nadira dengan Shahrul. (c) lmbas kembali. Contohnya, Jamil teringat akan perbualan ­ nya

Plot Binaan Plot (a) Permulaan - Badri memikul tanggungjawab sebagai

pengawas sekolah. Di sekolah, Jamil merupakan sahabat Badri. Shahrul pula murid yang banyak melakukan kesalahan disiplin, manakala Nadira murid perempuan yang mendapat perhatian murid lelaki.

(b) Perkembangan - Ketegasan Badri tidak disenangi oleh segelintir murid yang bermasalah disiplin. Badri telah disiram ketika berada di dalam tandas. Jamil pula mula menjauhkan diri daripada Badri kerana dia juga terlibat dalam kegiatan menjual telefon bimbit secara haram di sekolah. Kegiatan Meng Kong yang mencuri telefon bimbit di kedai ayahnya terbongkar hasil pemasangan CGV oleh Ah Meng. Ayah Meng Kong, Encik Tan menghantar Meng Kong tinggal di asrama agar dia dapat memberikan tumpuan terhadap pelajaran. Nadira pada awalnya terperdaya oleh kata-kata Shahrul, mula sedar bahawa Shahrul banyak terlibat dalam kegiatan yang menyalahi undang-undang.

(c) Klimaks- Badr-4 dianiayai setelah telefon bimbit di dalam beg sekolahnya ditemukan ketika Cikgu Jailani sedang mengaJar. Sejak penstiwa itu, Badri disisihkan oleh rakan­rakannya. Badri dituduh mengambil kesempatan memiliki telefon bimbit yang dirampas untuk kegunaan sendiri.

(d) Pel era ian - Badri dan rakan-rakannya membawa haluan masing-masing setelah menamatkan persekolahan. Badri doktor lepasan Ireland. Jamil dan Taufik menjadi rakan kongsi membuka resort di Terengganu. Shahrul dan Kumar pula membuka bengkel kereta. Shahrul telah berkahwin dengan Nadira. Siew Mei menjadi doktor gigi. Harapan Badri ialah agar dia rakan-rakannya mampu merenangi gelora pada masa depan.

Teknik Plot (a) Pemerian. Contohnya, pengarang memerihalkan keadaan

Badri yang berpakaian pengawas pada hari pertama persekolahan di Tingkatan Lima.

(b) Dialog. Contohnya, dialog antara Jamil dengan Badri dan dialog antara Nadira dengan Shahrul.

(c) lmbas kembali. Contohnya, Jamil teringat akan perbualan­nya dengan Badri tentang Badri yang menanyakan pen­dapatnya yang berkaitan dengan pengawas di sekolah.

(d) Monolog dalaman. Contohnya, ketika mendengar leteran kakaknya, Nadira berfikir bahawa kakaknya itu sesuai tlnggal sebumbung dengan Badri.

(e) Saspens. Contohnya, pembaca ingin tahu siapakah sebenarnya yang menganiayai Badri dengan memasukkan telefon bimbit ke dalam beg sekolahnya.

La tar Latar Tempat (a) Di Blok C di sekolah. (b) Di kantin. (c) Di tandas lelaki. (d) Di rumah Pak Alang. (e) Di perpustakaan.

Latar Masa

(f) Di kedai telefon Encik Tan. (g) Di tepi tasik. (h) Di bilik pengawas. (i) Di asrama lelaki. G) Di resort di tepi pantai.

(a) Pada waktu pagi. (c) Pada waktu petang. (b) Pada hari Sabtu dan Ahad. (d) Pada waktu rehat.

Latar Masyarakat (a) Masyarakat yang mengambil berat tentang anak-anak. (b) Masyarakat yang memiliki keperibadian mulia.

(c) Masyarakat yang kerap melanggar disiplin. (d) Masyarakat yang berusaha menegakkan undang-undang

dan men1ngkatkan tahap disiplin sekolah. (e) Masyarakat yang berani mempertahankan kebenaran. (f) Masyarakat yang sedar akan kesilapan.

Gaya Bahasa (a) Personifikasi. Contohnya, ketakutan menerpa do/am hatinya;

matanya tajam menikam wajah Taufik; penyesalan hinggap dt hatt Nadtra; perasaan motu menye/imuti diri Badri.

(b) Simile. Contohnya, go rang macam singa; dia terasa seperti hendak meraung; kejadian itu bagai mimpi ngen yang susah di/upokonnyo.

(c) Repetisi. Contohnya, "Aku tok bermoksud begitu, Toufik. Aku tak pernah gilokon Nodira. Aku tak pernah juga bermaksud untuk menyakitkon hoti Siew Mei".

(d) Peribahasa. Contohnya, lepas tongan; buah hati; memulangkan paku buah keras; mengadu untung; terlajak perohu bo/eh diundur, terlajak koto im!ah padahnya.

(e) S1nkope. Contohnya, "Apo tengok-tengok? Tak puos hoti? Bob, pengawas baharu tak puos hati dengan engkou. Dto nak puku/ engkou tu. Jago Bob! Lori Bob!':

(f) Hiperbola. Contohnya, dengon kemorahan yang meng­gunung; senbu penyesolan bertokhto do/om sanubori Bodri; toufon moho besor yang menguji kesoboran mereko.

(g) Metafora. Contohnya, lemboh hino. (h) Bahasa lnggeris. Contohnya, race; best; enjoy; Focebook.

Nilai (a) Kerajinan. Contohnya, Badri rajin ke perpustakaan untuk

menelaah pelajaran. (b) Bertanggungjawab. Contohnya, Badri menjalankan

tanggungjawabnya sebagai pengawas dan melaporkan kesalahan disiplin murid-murid kepada Cikgu Jailani.

(c) Keberanian. Contohnya, Badri berani melawan Shahrul dan tidak sekali-kali menyerah kalah.

(d) Amanah. Contohnya, Badri mahu mempertahankan kebenaran dan yang lebih penting dia mahu melaksanakan amanah yang diberikan oleh pihak sekolah dengan baik.

(e) Pemaaf. Contohnya, Badri memaafkan Nadira yang telah berbuat salah terhadapnya.

(f) Bijaksana. Contohnya, Ah Meng memasang cav di dalam stor kedai telefon untuk memerangkap Meng Kong yang sering mencuri telefon di situ.

(g) Rasional. Contohnya, Encik Tan berjumpa dengan Cikgu Jailan1 dan pengetua sekolah untuk meminta maaf atas kelakuan Meng Kong yang banyak melanggar disiplin sekolah.

(h) Keadilan. Contohnya, Cikgu Jailani adil dengan tetap menjalankan siasatan terhadap Sadri walaupun Badri merupakan pengawas sekolah.

(i) Kesyukuran. Contohnya, Badri bersyukur apabila mendapat 9A dalam peperiksaan SPM.

Pengajaran (a) Kita hendaklah rajin berusaha agar berjaya. (b) K1ta perlu menjalankan tugas dengan berdedikasi. (c) K1ta perlulah memiliki keberanian menegakkan kc'::enaran. (d) Kita perlulah memiliki kebijaksanaan untuk menyelesaikan

sesuatu masalah. (e) Kita perlulah bermuafakat dalam menghadapi masalah. (f) Kita perlulah menegakkan undang-undang. (g) Kita perlulah menjaga nama baik keluarga. (h) K1ta perlulah berhati-hati dalam membuat keputusan. (i) K1ta Janganlah suka menganiayai orang.

(xxxvi)