merenang gelora

25
Sinopsis Bab BAB 1 : TUGAS BAHARU Badri anak sulong daripada dua orang adik beradik mula bertugas sebagai seorang pengawas sekolah Adiknya bernama Badrul. Beliau seorang yang tegas dan berdisiplin. Bercita-cita ingin menjadi pemimpin pada masa hadapan. Jamil merupakan kawan baik kepada Badri, manakala Shahrul seorang murid yang nakal, Siti Cahaya Nadira seorang murid baharu yang cantik menjadi rebutan murid-murid lelaki di sekolah tersebut. Jamil dicabar oleh Badri dan sebaliknya untuk mendapatkan Siti Cahaya Nadira. BAB 2 : API YANG MULA MEMBARA Jamil mengajak Badri melepak di Mastika Mall tetapi ditolak. Mereka berbeza dari segi soal prinsip kehidupan. Meng Kong anak tauke kedai telefon selalu dikerumuni oleh murid-murid lain. Badri telah disimbah air semasa berada di dalam tandas. Peristiwa itu menjadi heboh di kantin. Nadira menyindirnya. Cikgu Jailani menyiasat kes tersebut. Badri dibenarkan balik ke rumah lebih awal kerana keadaan bajunya yang basah dan berbau. Selepas itu Badri pergi ke perpustakaan untuk menenangkan jiwa dan berjalan-jalan tetapi terserempat dengan Shahrul yang menunggang motosikal dengan Nadira. Badri telah pergi ke rumah Pak Alang dan agak terkejut kerana terserempat dengan Nadira di sana. Pak Alang memperkenalkan Nadira sebagai anak buahnya dari Kedah. BAB 3 : MAIN API

Upload: eza-shaznie

Post on 06-Aug-2015

661 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: MERENANG GELORA

Sinopsis Bab

BAB 1 : TUGAS BAHARU

Badri anak sulong daripada dua orang adik beradik mula bertugas sebagai seorang pengawas sekolah Adiknya bernama Badrul. Beliau seorang yang tegas dan berdisiplin. Bercita-cita ingin menjadi pemimpin pada masa hadapan. Jamil merupakan kawan baik kepada Badri, manakala Shahrul seorang murid yang nakal, Siti Cahaya Nadira seorang murid baharu yang cantik menjadi rebutan murid-murid lelaki di sekolah tersebut. Jamil dicabar oleh Badri dan sebaliknya untuk mendapatkan Siti Cahaya Nadira.

BAB 2 : API YANG MULA MEMBARA

Jamil mengajak Badri melepak di Mastika Mall tetapi ditolak. Mereka berbeza dari segi soal prinsip kehidupan. Meng Kong anak tauke kedai telefon selalu dikerumuni oleh murid-murid lain. Badri telah disimbah air semasa berada di dalam tandas. Peristiwa itu menjadi heboh di kantin. Nadira menyindirnya. Cikgu Jailani menyiasat kes tersebut. Badri dibenarkan balik ke rumah lebih awal kerana keadaan bajunya yang basah dan berbau. Selepas itu Badri pergi ke perpustakaan untuk menenangkan jiwa dan berjalan-jalan tetapi terserempat dengan Shahrul yang menunggang motosikal dengan Nadira. Badri telah pergi ke rumah Pak Alang dan agak terkejut kerana terserempat dengan Nadira di sana. Pak Alang memperkenalkan Nadira sebagai anak buahnya dari Kedah.

Page 2: MERENANG GELORA

BAB 3 : MAIN API

Badri dapat mengenali murid yang ada di dalam tandas semasa dia disimbah air berdasarkan tanda lahir yang terdapat di leher murid tersebut. Kumar ditangkap dan dibawa kepada Cikgu Jailani , iaitu guru disiplin. Kumar ditangkap kerana turut membawa telefon bimbit. Ah Chun dan Selva , rakan sekelas Badri yang menyuruh Kumar, Meng Kong dan Shahrul menjual kad prabayar kepada murid-murid di sekolahnya. Kumar telah memberitahu Jamil agar Badri tidak memerhatikan Meng Kong lagi. Nadira memberi amaran agar Badri tidak melaporkan apa-apa kepada Mak Alang. Badri digelar sebagai pelapor. Badri dimalukan dengan dijatuhkan apabila dirempuh dengan kuat oleh Bob dan disindir oleh Kumar serta ditertawakan oleh Nadira. Semasa di dalam bas, dia mendapat nota untuk datang ke pasar raya pada petang itu. Dia ke pasar raya itu dan bertemu dengan Siew Mei yang belum pernah dikenalinya sebelum ini.

BAB 4 : DURI DALAM DAGING

Kumar bertemu dengan Meng Kong dan Shahrul di pusat boling. Beliau bercerita dan meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap Badri kerana telah ditangkap oleh Badri dan telefonnya dirampas. Kumar masih berdendam dengan Badri.

BAB 5 : PERTEMUAN

Badri berjumpa dengan Jamil dan bertanya adakah dia juga terlibat dalam kegiatan menjual kad prabayar. Semua rahsia itu diceritakan oleh Siew Mei setelah diberitahu oleh abangnya yang bekerja di kedai telefon ayah Meng Kong, iaitu Encik Tan. Hal ini kerana kerap berlaku kehilangan kad prabayar dan telefon di kedai Encik Tan. Badri pula melakukan sesuatu untuk menyelamatkan Nadira dari terus berkawan dengan Shahrul. Kemungkinan Shahrul turut terlibat dengan aktiviti tidak bermoral.

Page 3: MERENANG GELORA

BAB 6 : KEMUNCAK DUNIA

Nadira dimarahi oleh Nurul Ain, iaitu kakaknya kerana berpakaian sendat untuk keluar pada Sabtu pagi. Nadira menunggu Shahrul dalam keadaan marah kerana selalu lewat, tetapi sering terpujuk oleh kata-kata manis Shahrul. Nadira marah kepada Badri kerana menegurnya berkawan dengan Shahrul. Nadira mengikut Shahrul bersiar-siar dengan menunggang motosikal. Shahrul bertemu dengan rakannya, mat motor yang selalu berlumba haram. Nadira tidak senang dengan Aziz iaitu salah seorang kawan dalam kumpulan mat motor Shahrul. Mereka telah diserbu oleh anggota polis tetapi Shahrul, Aziz dan rakan-rakannya dapat melarikan diri. Nadira terperangkap kerana ditinggalkan oleh Shahrul. Akhirnya, Nadira ditangkap dan dihantar pulang ke rumahnya oleh pihak polis. Pihak polis menerangkan bahawa Nadira telah berkawan dengan mat rempit yang diburu oleh pihak polis. Ada kalangan mereka yang terlibat dengan jenayah. Nadira dimarahi kakaknya.

BAB 7 : SECANTIK SINAR

Jamil menjauhi diri daripada Badri. Taufik kawan sekelas Badri ingin mengetahui masalahnya. Badri menyembunyikannya dan memarahinya kerana bersikap menjaga tepi kain orang lain. Taufik memberitahu kejadian yang menimpa Nadira dan Shahrul. Nadira telah ditangkap dan disoal oleh pihak polis. Hal ini telah diketahui oleh pengetua dan menyebabkan Nadira dipanggil untuk menceritakan situasi sebenar kejadian tersebut. Nadira berjumpa dengan badri di perpustakaan untuk meminta maaf atas kesalahannya terhadap Badri. Nadira menyatakan hasratnya ingin berkawan dengan Badri tetapi Badri serba salah dan malu. Pertemuan dengan Shahrul membuatkan Nadira amat marah kepada Shahrul. Badri dicabar oleh Shahrul.

BAB 8 : MENGHARUNG BADAI

Jamil menceritakan kepada Badri yang dia telah dituduh mencuri telefon bimbit di kedai ayah Meng Kong. Nasibnya baik kerana bapa Meng Kong tidak membuat laporan kepada pihak polis dan sekolah. Dia tidak dapat membela diri. Badri bersyukur kerana Jamil sudah insaf atas perbuatannya. Nadira masih berharap Badri tidak masuk campur urusan Meng Kong dan kawan-kawannya, tetapi Badri masih tekad menyelongkar kebenarannya. Siew Mei mengajak Badri berjumpa di bengkel dan menasihati Badri tentang pergaduhannya dengan Shahrul kerana Nadira. Siew Mei meminta Badri membimbing Nadira . Akhirnya Badri bertanya kepada Siew Mei mengapa dia mengambil berat tentangnya. Siew hanya menutup mulut dan lari tergesa-gesa kerana malu.

Page 4: MERENANG GELORA

BAB 9 : RAHSIA HAMPIR TERBONGKAR

Badri mengintip perbualan Kumar, Meng Kong dan Shahrul tentang rancangan mereka untuk terus menjual telefon bimbit dan kad prabayar ketika sedang berjoging di tasik. Mereka agak risau jika Jamil membongkar kegiatan mereka itu. Mereka telah disergah oleh Badri. Shahrul menyerang Badri tetapi dapat dielak kerana Badri mahir dalam ilmu persilatan.

BAB 10 : SEMARAK API

Shahrul tidak selesa tinggal di rumah teres walaupun sudah tiga tahun mendiaminya. Dia masih lagi rindu akan rumah lamanya yang besar dan mewah itu. Rakan-rakan Shahrul sering menganggapnya daripada golongan yang berada, namun sebaliknya. Dia telah dipanggil oleh Cikgu Jailani kerana menyerang Badri. Apabila Shahrul bertemu dengan Badri yang sedang makan bersama-sama Nadira, hatinya marah dan dia cuba mengungkit rancangan mereka dahulu untuk mengenakan Badri. Tujuannya adalah untuk memisahkan Badri dengan Nadira. Suatu hari, Shahrul dan Kumar memungut hutang daripada Amir yang membeli telefon tetapi dibayar separuh sahaja kerana emaknya tidak membenarkan dia membelinya dan meminta dipulangkan kembali. Apabila Amir memulangkan telefon itu kepada Shahrul, telefon tersebut telah jatuh dan dilihat oleh Cikgu Jailani. Amir dibawa ke bilik guru. Amir telah diugut oleh Shahrul dan Kumar agar tidak menceritakan hal sebenar kepada Cikgu Jailani, sebagai balasan hutang Amir akan dihapuskan. Amir telah berbohong kepada Cikgu Jailani untuk menutup rahsia daripada siapa dia membeli telefon itu agar hutangnya lupus.

BAB 11 : TERTANGKAP

Meng Kong ke kedai ayahnya untuk mendapatkan bekalan telefon di dalam stor tanpa menyedari stor tersebut telah dipasang dengan system CCTV. Dia berpura-pura menunggu Ah Meng. Telefon itu diserahkan kepada Kumar agar tidak dikesan oleh bapanya. Ah Meng telah memainkan semula rakaman CCTV tersebut dihadapan Encik Tan. Encik Tan telah melihat Meng Kong mengambil empat telefon bimbit dari stor itu. Apabila Meng Kong balik dia disuruh berjumpa dengan ayahnya. Ayahnya telah menunjukkan rakaman CCTV kepada Meng Kong lalu Meng Kong meminta maaf dan berharap dia dimaafkan tetapi ayahnya telah menghukumnya dengan menyuruhnya tinggal di asrama sekolah serta meminta maaf daripada pengetua sekolah iaitu Encik Baharom. Akhirnya, mereka bertiga, Shahrul, Meng Kong dan Kumar tertangkap dan dikenakan hukuman tiga sebatan setiap orang.

Page 5: MERENANG GELORA

Meng Kong ditempatkan di asrama. Badri meminta Taufik memerhatikan Meng Kong.

BAB 12 : SUASANA BAHARU

Meng Kong mengikuti rutin jadual di asrama walaupun dia berasa kekok, tetapi atas keramahan Taufik dan Saiful, dia cuba menyesuaikan diri. Dia berasa lega kerana tiada orang bertanya sebab dia tinggal di asrama. Meng Kong mula belajar dan membuat kerja sekolahnya mengikut masa dan jadual. Dia menceritakan pengalamannya buat kali pertama dapat menyiapkan kerja rumah kepada Shahrul dan Kumar. Mereka tidak berpuas hati dengan perubahan Meng Kong yang tidak mahu menjual telefon lagi kerana Meng Kong takut dihantar untuk tinggal dengan datuknya yang garang. Shahrul dan Kumar masih mengajak Meng Kong meneruskan usahanya, tetapi Meng Kong tetap menolak. Berlaku pertengkaran antara mereka dan Badri datang meleraikan pertengkaran tersebut dengan membawa mereka berjumpa Cikgu Jailani. Mereka dirotan atas kesalahan tersebut.

BAB 13 : JIWA REMAJA

Badri bersiap-siap dengan kemas untuk keluar berjumpa dengan Nadira. Badri diusik oleh Badrul yang menyatakan abangnya mempunyai dua orang buah hati kepada emaknya. Nadira menelefon Badri dan bertanya tentang kelewatannya. Badri akhirnya datang untuk melihat pementasan teater tersebut. Nadira berasa cemburu apabila mengetahui hubungan Badri dengan Siew Mei. Nadira mengelamun semasa pementasan itu dan disedari oleh Badri. Setelah pulang ke rumah Badri dimaklumkan oleh Badrul bahawa Jamil datang mencarinya. Badri menelefon Jamil dan berbual-bual melalui telefon. Mereka berjanji untuk bertemu keesokan harinya namun apabila Badri pergi mencarinya tetapi dia tiada di rumah. Jamil hilang tanpa dapat dikesan walaupun dia telah bertanya kepada ibu bapa Jamil serta Taufik dan Kumar. Badri menemui Kumar yang sedang memasukkan rokok ke dalam beg Meng Kong atas arahan Shahrul supaya Meng Kong dibuang asrama. Kumar mengikut sahaja arahan Shahrul kerana takut dikasari oleh Sahrul.

BAB 14 : DI PERSIMPANGAN

Kumar insaf perbuatannya lalu mengelak diri daripada dihasut oleh Shahrul yang memyebabkan dia terikut-ikut dengan gaya mewah Sahrul. Shahrul tetap bertegas untuk memastikan Kumar masih mahu menjadi ahli kumpulannya dan tidak membocorkan rahsia mereka apabila Jamil dan Meng Kong tidak lagi terlibat dalam kumpulan mereka. Shahrul tetap memujuk Kumar mengikutnya untuk membalas dendam terhadap Badri.

Page 6: MERENANG GELORA

BAB 15 : KEHILANGAN YANG MISTERI

Kehilangan Jamil menjadi misteri. Walau bagaimanapun, Badri tidak dapat melupakan sahabatnya itu. Kini Badri sudah berkawan baik dengan Kumar. Badri dikejutkan dengan berita di akhbar yang dibaca oleh Siew Mei tentang kematian Amran iaitu kawan Jamil yang mati ditembak kerana terlibat dengan kes jenayah dan dadah. Badri risau sekiranya Jamil turut terlibat dalam kes jenayah tersebut.

BAB 16 : TERSAYAT PEDIH

Shahrul ketakutan mendengar berita kematian Amran dan mengurung diri serta mencari jalan untuk mendekati Nadira semula sebagai sahabat. Shahrul mula merasakan kehilangan rakan-rakannya dan mula bergaul dengan rakan-rakan yang lebih dewasa. Apabila melihat Badrul, Shahrul ingin membalas dendam terhadap Badri dengan mengupah Din memukul Badrul iaitu adik Badri. Din tidak mahu terlibat dan hal ini menyebabkan Shahrul marah lalu memecut motosikalnya menyebabkan dia terjatuh. Badrul dan kawan-kawannya menolong menghantar Shahrul ke hospital. Persahabatan Kumar dengan Badri menyebabkan Siew Mei tidak berpuas hati. Apabila berjumpa Badri, Kumar menceritakan niat sebenar Shahrul melalui maklumat yang diperoleh melalui Din tetapi Nadira curiga dengan kata-kata Kumar, sebaliknya Siew Mei tidak bersetuju dengan pendapat Nadira yang menyatakan Shahrul telah berubah.

BAB 17 : MANGSA FITNAH

Badri banyak menghabiskan masa mengulangkaji pelajaran dengan Kumar. Namun begitu Badri kesal dengan sikap Siew Mei yang tidak semesra sebelum ini. Kumar menyatakan ada perasaan cemburu antara Siew Mei dengan Nadira yang ingin merebut hati Badri. Untuk menghindari perasaan tersebut Badri lebih banyak menghabiskan masa mengulangkaji dengan Kumar. Badri telah difitnah membawa telefon bimbit ke sekolah apabila Cikgu Jailani menemui telefon tersebut di dalam begnya. Badri dibawa oleh Cikgu Jailani ke bilik disiplin. Taufik menyatakan Shahrul telah menyuruh Kumar melakukannya. Badri terkilan kerana Nadira tidak menyokongnya sebaliknya menyalahkannya juga. Berita negatif tersebut masih tersebar walaupun Cikgu Jailani mendapati Badri tidak bersalah. Badri juga disindir oleh Shahrul. Semua rakan menjauhkan diri daripadanya kecuali Siew Mei dan Taufik.

Page 7: MERENANG GELORA

BAB 18 : PENTAS SANDIWARA

Badri dan Taufik mendengar perbualan Shahrul dan Kumar. Mereka mendapati Shahrul telah mengarahkan Kumar meletakkan telefon bimbit ke dalam beg Badri tetapi Kumar tidak mematuhi arahan tersebut. Hal ini menyebabkan Shahrul berasa marah. Pertengkaran antara Shahrul dan Kumar telah dilihat oleh Lokman dan Badri. Mereka dibawa ke bilik pengawas oleh Lokman, iaitu ketua pengawas. Badri diberi semangat oleh Taufik dan Lokman berkenaan fitnah yang ditabur kepadanya.

BAB 19 : CERITA BAHARU

Meng Kong berjumpa dengan Badri, Taufik dan Siew Mei di kantin. Mereka bersimpati dengan nasib Badri. Badri menyatakan bahawa Kumar tidak terlibat dalam hal tersebut. Mereka berbincang tentang sikap Shahrul yang tidak serik dengan kejadian yang telah berlaku kerana ibu bapanya tetap menyokongnya walaupun Cikgu Jailani pernah ke rumah Shahrul memberitahu sikap Shahrul kepadanya.

BAB 20 : HATI YANG TERLUKA

Hubungan Nadira dan Shahrul kembali mesra. Hal Ini menimbulkan sedikit rasa cemburu di hati Badri. Semasa mengelamun, Badri tersalah menyebut nama Nadira kepada Siew Mei menyebabkan Siew Mei agak berkecil hati. Doa Badri agar dia ditemukan dengan Nadira untuk mengetahui pandangan Nadira terhadapnya. Akhirnya dia bertemu dengan Nadira yang ditemani Shahrul di rumah Pak Alangnya. Badri menyatakan kesalahan Shahrul telah dikesan oleh Cikgu Jailani menyebabkan Shahrul berasa bimbang. Badri menyindir sikap Nadira.

Page 8: MERENANG GELORA

BAB 21 : HARAPAN

Shahrul terlibat dalam kemalangan selepas balik dari rumah Pak Alang Nadira. Shahrul menduduki SPM di hospital. Kesan daripada kemalangan tersebut, kaki Shahrul tempang sebelah. Badri meminta maaf kepada Siew Mei akan sikapnya tempoh hari. Badri menyatakan cita-citanya untuk berjaya dalam Sijil Pelajaran Malaysia bukan untuk mengejar cinta. Hal ini disokong oleh Siew Mei. Badri, Taufik dan Siew Mei sama-sama belajar untuk menduduki SPM dan berjaya menjawab soalan dengan baik. Selepas tamat peperiksaan, mereka sama-sama berbincang tentang cara untuk menghabiskan masa cuti mereka. Taufik akan mengikut Badri berkerja di resort bapa saudara Badri. Badri dan Siew Mei berjaya mendapat 9A dalam SPM. Taufik pula mendapat 7A. Selepas mendapat keputusan, Badri bergegas pergi membeli tiket untuk balik bekerja semula. Badri telah memohon kemasukan ke universiti.

BAB 22 : SENJA BELUM BERLABUH

Pertemuan semula antara Badri dengan Jamil berlaku di resort milik Jamil setelah masing-masing berjaya dalam kehidupan. Mereka mengimbau kembali kenangan lalu. Badri melanjutkan pelajaran di Ireland dalam bidang perubatan dan akan bertugas sebagai doktor di Hospital Besar Kuala Lumpur. Jamil melanjutkan pelajaran dalam bidang hotel dan pelancongan di UiTM. Taufik mendapat ijazah dalam bidang perniagaan. Jamil dan Taufik berkongsi membuka resort di Terengganu. Shahrul dan Kumar melanjutkan pelajaran di Politeknik dalam jurusan kemahiran memperbaiki kereta sehingga berjaya membuka beberapa cawangan bengkel kereta di Kuala Lumpur. Shahrul telah berkahwin dengan Nadira. Nadira berjaya membuka sebuah butik setelah memperoleh kelulusan diploma fesyen di UiTM. Siew Mei berjaya menjadi seorang doktor gigi. Badri dan rakan-rakannya berjaya merenang gelora dalam kehidupan mereka dan berharap berjaya merenang gelora yang akan mendatang.

Page 9: MERENANG GELORA

Biodata Pengarang

Ruslan Ngah, 41, lelaki tinggi lampai berkulit sawo matang ini cukup sinonim dengan penulisan novel remaja dan kanak-kanak malah pembabitannya bermula sejak zaman persekolahan melalui penghasilan cerpen.

Sehingga kini, dia telah mengarang hampir 100 novel kanak-kanak dan remaja, cerpen selain bahan bacaan berkonsepkan humor.Antara judul yang masih diingatinya seperti Yang Tercinta, Di Hujung Senja, Merenang Gelora dan Gelora di Hati Arini.

Walaupun telah menceburi bidang itu sejak 25 tahun lalu, perasaannya kembali berbunga pada tahun 2000 untuk menghasilkan sebuah karya yang lebih serius dan mampu memberi kesan mendalam kepada masyarakat khususnya buat remaja yang masih bersekolah.

Justeru, novel Merenang Gelora terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. (UP&D) antara hasil istimewanya apabila ia merungkai situasi sebenar yang berlaku di sekolah khasnya di persekitaran sekolah menengah.Beliau yang berasal dari Marang, Terengganu memberitahu, sekitar tahun 90-an, kepincangan pelajar jarang dihebohkan oleh pihak sekolah kerana bimbang nama baik sekolah terjejas walaupun keadaan itu benar-benar berlaku.Karya yang memenangi pertandingan novel remaja hadiah sastera Kumpulan Utusan pada tahun 2001 itu juga memaparkan keadaan di mana tidak semestinya seseorang yang baik dan rajin belajar akan memperoleh kejayaan kerana banyak individu rajin masih gagal. Jadi, kegagalan itu menjadi pemangkin bagi seseorang terus berusaha.

Beliau mula menulis semasa zaman persekolahan pada tahun 1985 ketika di tingkatan empat. Pada tahun 1986 pula beliau mula menulis cerpen dan kemudian pada tahun 1988 beliau menghasilkan novel pertama.

Ruslan yang kini bekerja di sebuah syarikat berkaitan pengiklanan dan pengurusan acara di ibu negara memberitahu, sepanjang bekerjasama dengan UP&D, mereka tidak pernah mengecewakan malah memintanya menghantar hasil karya terbaru untuk diterbitkan.

Page 10: MERENANG GELORA

Tema

Tema novel ialah kegigihan dan tanggungjawab seorang remaja dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan dan terpaksa menempuh pelbagai cabaran dalam kehidupannya. Hal ini dibuktikan melalui watak Badri yang memegang jawatan

pengawas sekolah telah berusaha untuk membanteras kegiatan penjualan telefon bimbit dalam kalangan murid sekolah. Badri menghadapi cabaran apabila difitnah

oleh murid yang tidak berpuas hati dengan tindakan tegasnya. Akhirnya, Badri berjaya menbanteras gejala buruk tersebut dan berjaya membawa kejayaaan

kepada dirinya serta rakan yang lain.

Persoalan

1. Bertanggungjawab dalam menjalankan tugas yang diamanahkan- Contohnya, Badri menjalankan tugasnya sebagai pengawas sekolah yang dinamanahkan kepadanya dengan penuh bersemangat dan tanggungjawab dalam membantu pihak sekolah bagi memastikan disiplin murid-murid terkawal.

2. Kasih sayang dalam keluarga- contohnya, Badri sangat menyayangi ibu bapanya dan ingin membalas jasa mereka dengan belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya menjadi seorang doktor.

3. Permasalahan yang berlaku dalam kalangan pelajar- contohnya Meng Kong telah mencuri telefon bimbit dan kad pra bayar di kedai bapanya dan menjualnya kepada murid-murid sekolah dengan bersekongkol bersama-sama shahrul dan Kumar. Mereka sering mengugut pelajar sekolah yang enggan menyerahkan bayaran ansuran telefon bimbit.

4. Keikhlasan dalam persahabatan-contohnya Siew Mei dan Taufik mementingkan keikhlasan dalam persahabatan dan sentiasa memberi sokongan kepada Badri ketika Badri berhadapan dengan pelbagai dugaan.

Page 11: MERENANG GELORA

5. Kepentingan mempelajari ilmu mempertahankan diri- contohnya Badri rajin belajar silat dengan bapa saudaranya dan telah dapat mengalahkan Shahrul ketika Shahrul menyerangnya.

6. Sikap tanggungjawab bapa terhadap anak- contohnya, Encik Tan telah menemui pengetua untuk berbincang tentang anaknya, Meng Kong yang telah menjual telefon kepada pelajar sekolah. Beliau juga hadir dalam mesyuarat PIBG dan meminta maaf bagi pihak anaknya. Beliau juga telah bertindak menempatkan Meng Kong di asrama kerana mahu Meng Kong menumpukan perhatian dalam pelajaran.

7. Kerajinan dalam menuntut ilmu- contohnya Badri , Siew Mei dan Taufik menumpukan sepenuh perhatian dalam peperiksaan SPM.

8. Keperihatinan ibubapa demi masa depan anak- contohnya, Ibubapa Jamil membuat keputusan yang tepat dengan memindahkan Jamil dari sekolahnya di Semenanjung dan bersekolah di Sarawak untuk memastikan Jamil tidak tersalah memilih kawan sehingga menjejaskan masa depannya.

9. Keinsafan melakukan kesalahan, contohnya, Jamil, Kumar dan Shahrul akhirnya sedar akan kesilapan masing-masing dan kembali ke pangkal jalan sehingga masing-masing akhirnya berjaya dalam kehidupan.

Page 12: MERENANG GELORA

Watak Utama

BADRI

- Pelajar sekolah berusia 17 tahun

- Anak pegawai kerajaan dan suri rumah

- Mempunyai adik bernama Badrul

- Seorang pengawas di sekolah

- Tegas dan berpegang pada prinsip :

Badri menjalankan tugasnya dengan tegas dan berpegang kepada prinsip bahawa amanah yang dipikul harus dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

- Berani :

Dia tidak takut untuk menyiasat aktiviti Shahrul dan kawan-kawannya demi memastikan salah laku pelajar dapat dibanteras. Malah dia berani berhadapan dengan dengan Shahrul yang menyerangnya.

- Rajin :

Dia sentiasa mengulangkaji pelajaran serta rajin membaca buku di perpustakaan.

- Setia kawan :

Dia tidak mahu sahabatnya Jail tersalah pilih jalan hidup lalu menasihatinya untuk kembali ke pangkal jalan.

- Pemalu :

Dia tidak gemar berkawan dengan perempuan, tapi selepas Siew Mei dan Nadira muncul, dia tidak menolak persahabatan dari mereka.

Page 13: MERENANG GELORA

Watak Sampingan

SHAHRUL

- Anak seorang ahli perniagaan

- Hidup serba sederhana setelah perniagaan bapanya mengalami masalah

- Menjual telefon bimbit yang dicuri

- Rakan kepada Meng Kong dan Kumar

- Meminati Nadira

- Pengedar najis dadah

- Terlibat dalam lumba haram

- Suka berfoya-foya dan sering menghasut rakan :

Dia menghasut Meng Kong mencuri telefon bimbit di kedai bapanya serta menghasut Kumar mengenakan Meng Kong hingga di buang asrama.

- Pandai berpura-pura dan tidak bertimbang rasa :

Dia sanggup mengupah rakannya Din untuk memukul Badrul hanya kerana mahu membalas dendam pada Badri.

NADIRA

- Seorang pelajar yang baru pindah

- Anak buah mak alang

- Seorang yang lemah lembut dan berfikiran terbuka

- Ego dan sombong :

Dia tidak mendengar nasihat Badri yang menghalangnya berkawan dengan Shahrul.

- Mudah terpengaruh :

Dia sering bersama Shahrul yang suka berfoya-foya.

Page 14: MERENANG GELORA

- Mudah menyesal akan kesilapannya :

Nadira segera mencari Badri untuk meminta maaf kerana tidak percaya pada Badri.

- Mudah mempercayai fitnah :

Dia pecaya akan fitnah Badri membawa telefon ke sekolah dan ini menyebabkan dia membenci Badri.

SIEW MEI

- Seorang gadis berbangsa Cina dan belajar satu kelas dengan Badri

- Seorang yang rajin :

Rajin mengulangkaji pelajaran menjelang SPM dan berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.

- Pelajar yang pintar :

Dia telah berjaya menjadi seorang doktor gigi.

- Berfikiran terbuka dan matang :

Dia berbincang dengan Badri tentang kepentingan dalam hidup.

- Sensitif :

Dia mudah merajuk apabila dia tidak diberi perhatian oleh Badri.

KUMAR

- Seorang pelajar berbangsa India yang bersekolah bersama Badri

- Berkawan rapat dengan Shahrul dan Meng Kong

- Menjalankan urusan jual beli telefon bimbit

- Mengingkari peraturan sekolah :

Kumar bekerjasama dengan Shahrul dan Meng Kong menjual kad prabayar dan telefon bimbit sehingga ditangkap oleh Cikgu Jailani.

- Pendendam :

Page 15: MERENANG GELORA

Dia mengenakan Badri kerana Badri menyebabkan dia tertangkap.

- Seorang yang rajin belajar :

Setelah insaf, dia sering ke rumah Badri untuk mengulangkaji pelajaran.

- Mudah terpengaruh :

Dia terpengaruh dengan Shahrul yang mengajarnya menikmati kemewahan dengan menjual telefon bimbit dan kad prabayar.

- Penyayang :

Dia amat menyayangi ibu bapanya dan tidak mahu ibu bapanya kecewa lalu dia mengabil tindakan kembali ke pangkal jalan.

MENG KONG

- Seorang lelaki berbangsa Cina dan bersekolah sama dengan Badri

- Berkawan baik dengan Shahrul dan Kumar

- Sering mencuri kad prabayar dan telefon bimbit

- Seorang yang tidak bertanggungjawab :

Meng Kong sanggup mencuri telefon bimbit serta kad pra bayar dari kedai bapanya.

- Tidak akur dengan peraturan sekolah :

Meng Kong sanggup melanggar peraturan sekolah dengan menjual telefon bimbit secara ansuran di sekolah .

- Mudah insaf :

Dia mula berubah setelah tinggal di asrama dan menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan tidak bergaul lagi dengan Kumar dan Shahrul.

JAMIL

- Kawan rapat Badri dan bersekolah di sekolah yang sama

- Anak seorang penjual nasi lemak

- Tidak tetap pendirian :

Page 16: MERENANG GELORA

Jamil tidak menyokong usaha Badri membanteras penjualan telefon bimbit walaupun dia berkawan dengan Badri.

- Anak yang suka menolong ibu bapa :

Dia kerap membantu ibunya menjual nasi lemak di gerai ibunya.

- Patuh akan arahan ibu bapa :

Jamil berpindah dan bersekolah di Sarawak atas permintaan keluarganya.

- Seorang yang mudah insaf :

Dia insaf atas perbuatannya bersekongkol dengan Shahrul.

Page 17: MERENANG GELORA

Latar

1. LATAR MASA

Pada waktu pagi : Badri bersiap untuk ke sekolah pada awal pagi.

Pada waktu rehat : Badri telah dijirus air sewaktu berada di tandas kerana telah menyebabkan urusan penjualan telefon tergendala.

Pada waktu tengah hari : Siew Mei telah memasukkan sekeping nota kecil di dala poket Badri untuk menemui Badri pada waktu petang.

Pada waktu petang : Badri tidak menyangka nota kecil dipoketnya diberi oleh seorang perempuan.Siew Mei ingin memberi maklumat mengenai penjualan kad prabayar dan telefon bimbit kepada Badri.

Pada waktu malam : Nadira berasa malu dan takut ketika anggota polis menghantarnya ke rumah setelah Shahrul dan rakan-rakan pelumba motosikal yang lain lari diserbu polis.

2. LATAR TEMPAT

Di kawasan sekolah : Kebanyakan peristiwa berlaku di sekolah bersesuaian dengan tema novel ini di mana usaha Badri membantu pihak sekolah membanteras salahlaku di sekolah.

Di dalam tandas : Badri disimbah air kerana menggagalkan penjualan telefon bimbit oleh Shahrul.

Di rumah Badri : adik Badri mengusik abangnya ketika berpakaian pengawas pertama kalinya.

Di pusat boling : Shahrul, Kumar, Meng Kong dan Jamil menghabiskan masa berfoya-foya.

Di kedai telefon milik Encik Tan : Meng Kong sentiasa ke kedai ayahnya untuk mencuri telefon bimbit dan kad prabayar.

Di bilik pengawas : Lokman telah membawa Shahrul dan Kumar untuk disoal siasat.

Page 18: MERENANG GELORA

Di sebuah resort milik Taufiq dan Jamil : Badri telah berjumpa rakan-rakannya itu serta mengenang semula zaman persekolahan mereka.

3. LATAR MASYARAKAT

Latar masyarakat pelajar sekolah yang belajar di sebuah sekolah menengah, contohnya Badri, Jamil, Taufik , Nadira, siew Mei, Shahrul, Kumar dan rakan-rakannya di tingkatan lima dan bakal menduduki SPM.

Masyarakat pelajar yang terlibat dengan salah laku disiplin sekolah, contohnya Shahrul, Meng Kong dan Kumar.

Masyarakat yang terlibat dengan dengan aktiviti haram seperti kegiatan lumba motosikal haram, dan pengedaran najis dadah dalam kalangan masyarakat, contohnya Shahrul berkawan baik dan Amran yang akhirnya mati di tangan polis kerana terlibat dengan najis dadah.

Latar masyarakat yang menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, contohnya Cikgu Jailani telah menjalankan tugas sebagai guru disiplin dan telah membuktikan Badri tidak bersalah dalam tuduhan membawa telefon bimbit ke sekolah.

Latar masyarakat yang terdiri daripada golongan muda yang mementingkan gaya hidup moden dan mahu hidup mewah, contohnya Shahrul dan Nadira sentiasa mahu hidup mewah dan melakukan apa sahaja untuk mencapainya.

Latar masyarakat pelajar yang gigih berusaha untuk mencapai kejayaan, contoh Badri, Siew Mei, Tauifik dan Jamil mewakili golongan pelajar yang ingin berjaya di dalam pelajaran.

Page 19: MERENANG GELORA

Plot

PERMULAAN

Badri mula dilantik sebagai pengawas sekolah dan bertekad untuk menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab. Sebagai pengawas Badri terpaksa berhadapan dengan pelbagai karenah murid. Masalah disiplin yang sedang berleluasa di sekolahnya ialah penjualan telefon bimbit dan kad prabayar. Meng Kong mencuri telefon bimbit dan kad prabayar di kedai bapanya dan menjualnya kepada murid-murid di sekolah dan bayaran duit dibuat secara ansuran. Hal ini menyebabkan para pelajar menghabiskan duit keperluan sekolah untuk membayar ansuran telefon bimbit.

PERKEMBANGAN

Kegiatan Meng Kong dibantu oleh Shahrul, Jamil, dan Kumar. Meng Kong berbuat demikian keranadihasut oleh Shahrul yang memujuk mereka untuk mencari kemewahan dengan cara yang mudah. Pembabitan Jamil dengan kumpulan Shahrul amat mengejutkan Badri kerana Jamil merupakan sahabat baiknya sejak dahulu lagi. Badri pula mengetahui perkara itu daripada Siew Mei. Apabila Badri menasihati Jamil supaya segera insaf, Jamil berasa amat malu. Sejak itu, hubungan mereka renggang kerana jamil cuba menjauhi Badri. Akhirnya Jamil insaf dan dihantar ke Sarawak . Pemergiannya dirahsiakan oleh keluarganya demi keselamatannya. Nadira mula berbaik dengan Badri setelah ditinggalkan Shahrul pada malam polis menyerbu kumpulan pelumba motosikal haram. Shahrul sangat benci pada Badri kerana dia berbaik dengan Nadira.

PERUMITAN

Kegiatan Meng Kong terbongkar apabila Ah Meng , abang Siew Mei memasang CCTV di stor kedai Encik Tan. Encik Tan merasa kecewa dan mengambil keputusan menghantar Meng Kong ke asrama. Sejak itu, Meng Kong mula berubah dan rajin belajar. Kumar pula insaf setelah ditangkap oleh Badri ketika memasukkan dua kotak rokok ke dalam beg Meng Kong. Shahrul mencederakan adik Badri, Badrul. Shahrul kemalangan, Badrul enghantarnya ke hospital. Shahrul masih tidak berubah. Siew Mei membantu usaha Badri membanteras penjualan telefon bimbit di sekolah. Shahrul tidak berpuas hati. Dia menganiayai Badri dengan meletakkan telefon bimbit

Page 20: MERENANG GELORA

di dalam beg Badri. Cikgu Jailani menemui telefon tersebut, beliau menjalankan penyiasatan . Akhirnya terbukti Badri tidak bersalah. Semua cabaran dihadapi Badri

dengan tenang, Akhirnya Shahrul ditangkap polis kerana terbabit dalam kegiatan lumba haram.

KEMUNCAK

Keputusan peperiksaan SPM akhirnya diumumkan. Badri dan siew Mei memperolehi keputusan cemerlang dengan memperolehi 8A. Taufiq pula mendapat 7A. Badri gembira kerana berjaya menggembirakan keluarganya. Mereka ingin melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Nadira meminta taufiq menyampaikan salam kepada Badri atas kejayaannya dan Siew Mei yang berjaya dengan cemerlang. Badri dan Taufiq bekerja sambilan di Terengganu sebelum meneruskan pengajian mereka ke universiti.

PELERAIAN

Badri bercuti di sebuah resort di terengganu dan resort itu milik Jamil dan Taufiq. Melalui Jamil dan Taufiq, Badri mengetahui cerita rakan-rakannya yang lain. Badri menamatkan pelajaran dalam bidang perubatan. Siew Mei menjadi doktor gigi, Shahrul dan Kumar pula membuka bengkel kenderaan. Nadira telah membuka butik dan berkahwin dengan Shahrul. Badri diusik oleh Taufiq dan Jamil mengenai hubungannya dengan Siew Mei.

Page 21: MERENANG GELORA

Teknik Penceritaan

1. TEKNIK PEMERIAN - Menjelaskan kepada pembaca tentang latar, gambaran ataupun pendirian wataak dalam membincangkan sesuatu isu. Contoh, Nadira berpakaian cantik. Wajahnya disolek rapi. Nurul Ain terkejut melihat perubahan adiknya yang semakin keterlaluan kebelakangan ini. (hal:74)

2. TEKNIK DIALOG - Digunakan untuk melahirkan watak tentang sesuatu isu, contohnya, “Engkau nak ke mana?” tanya Jamil apabila melihat Badri seperti berlalu dari situ setelah meletakkan beg di meja. (hal:6)

3. TEKNIK IMBAS KEMBALI - Diguna untuk imbas kembali peristiwa yang dialami watak, contohnya Nadira teringat kepada Badri yang meburuk-burukkan Shahrul. Mengingatkan Badri, sakit hati Nadira kembali membara. (Hal:78)

4. TEKNIK MONOLOG - Untuk mengembangkan watak sedang berkata dengan diri sendiri untuk meluahkan rasa gembira atau duka. Contoh, Badri harus diberitahu tentang berita ini! Hati Siew Mei berbisik. (hal:185)

5. TEKNIK KONFLIK - Bermaksud pertentangan antara dua pihak . Teknik konflik merupakan pertentangan fizikal, fikiran, moral dan emosi. Contoh, ‘Mengapa engkau diam, Mil? ......................Jadi engkau turut bersubahat menjual barang curi,’ kata Badri. (hal:68)

6. TEKNIK KEJUTAN - Perubahan secara tiba-tiba dalam urutan plot, contohnya, ‘Tiba-tiba telefon itu berbunyi lagi. Cikgu Jailani berhenti sambil tunduk memeriksa beg Badri.(hal:204)

Page 22: MERENANG GELORA

7. TEKNIK SASPENS - Teknik yang menyebabkan pembaca tertanya-tanya peristiwa yang bakal berlaku, contohnya, ‘Aku tak ke mana-mana Badri...... (hal:255)

Gaya Bahasa

1. PENGGUNAAN PERIBAHASA - Dah sampai masanya kau balas budi aku supaya tidak dianggap seperti kacang lupakan kulit. (hal:182)

2. BAHASA INGGERIS - ‘……………bila kau nak ikut race ini?’ (Hal:85)

3. PERSONAFIKASI- Sifat manusia diberi kepada sesuatu benda bukan hidup, contoh, Badri tidak mahu menyulam sebarang masalah dalam persekolahannya. (hal:15)

4. SIMILE- Bermaksud perbandingan secara terus dengan menggunakan perkataan seperti, bagai, bak, laksana, macam dan sebagainya, contohnya, ..dia terasa seperti hendak meraung. (hal:87)

5. HIPERBOLA - Bermaksud menggambarkan sesuatu secara berlebihan, contoh, ..kemarahan yang menggunung. (hal;82)

Page 23: MERENANG GELORA

Nilai Murni

1) Bertanggungjawab : Badri melaksanakan tugas sebagai pengawas sekolah dan sanggup berhadapan dengan pelbagai cabaran demi memastikan tugasnya dapat dilaksanakan walaupun diugut atau difitnah oleh musuh.

2) Keberanian : Badri begitu berani menyiasat aktiviti Meng Kong, Kumar, Shahrul sewaktu mereka berbincang di taman dan Badri berjaya mengalahkan mereka kerana dia mahir bersilat.

3) Kesyukuran : Badri bersyukur masih ada rakan yang menyebelahinya walaupun dia difitnah.

4) Setia kawan : Siew Mei dan Taufiq masih setia berkawan dengan Badri, walaupun Badri menghadapi tuduhan membawa telefon ke sekolah.

5) Kesabaran : Badri sentiasa bersabar menghadapi cabaran sebagai pengawas sekolah walaupun terpaksa menghadapi pelbagai dugaan seperti diugut dan difitnah.

6) Kasih sayang : Badri amat menyayangi keluarganya, sebab itu dia menumpukan perhatian kepada pelajaran dengan harapan dapat membahagiakan keluarganya.

Page 24: MERENANG GELORA

7) Kerjasama : pengawas sekolah saling bekerjasama membantu pihak sekolah dalam membanteras salah laku di sekolah.

Pengajaran

1) Kita haruslah tabah menghadapipelbagai cabaran dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan, contohnya Badri tabah menghadapi pelbagai cabaran dalam menjalankan tugasnya sebagai pengawas sekolah. Badri pernah diugut, disimbah air malah pernah difitnah membawa telefon bimbit ke sekolah. Namun, dia tabah menghadapi semua cabaran itu.

2) Kita perlulah menasihati rakan kita yang tersalah memilih jalan hidup, contohnya Badri menasihati Jamil agar kembali ke pangkal jalan setelah terlibat dengan aktiviti menjual telefon bimbit dan kad prabayar curi. Badri juga menasihati Nadira agar tiddak meneruskan persahabatannya dengan Sharul yang terlibat dengan kumpulan lumba haram.

3) Kita hendaklah saling membantu dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan, contohnya Badri dan Taufiq sentiasa bekerjasama ketika menjalankan tugas sebagai pengawas dengan penuh tanggungjawab. Mereka sentiasa menyalurkan maklumat mengenai salah laku pelajar kepada Cikgu Jailani.

4) Kita mesti menghormati kedua-dua ibu bapa dan tidak melukakan hati mereka, contohnya Jamil, dan Kumar insaf akan kesilapan mereka yang terlibat dengan masalah disiplin lantas berusaha untuk berubah.

Page 25: MERENANG GELORA

Mereka tidak mahu hati kedua-dua ibu bapa mereka terluka akan kesilapan yang mereka lakukan.

5) Kita mesti berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan, contohnya Badri, Siew Mei, dan Taufiq berusaha gigih untuk berjaya dalam pelajaran. Seterusnya semua pihak perlu saling bekerjasama dalam membanteras aktiviti yang tidak sihat di kalangan pelajar, contohnya Encik Tan sebagai wakil ibubapa telah mewmberikan kerjasama kepada pihak sekolah untuk mengatasi masalah penjualan telefon bimbit.

6) Kita sewajarnya menjalinkan hubungan yang baik sesama manusia tanpa mengira bangsa, kaum atau agama seperti persahabatan di antara Badri, Siew Mei, juga Kumar, Shahrul, Meng Kong.

7) Kita harus bersyukur dengan nikmat dan anugerah yang diberi tuhan, contohnya Badri gembira akhirnya dia dan rakan-rakan berjaya dalam kehidupan mereka.

Page 26: MERENANG GELORA

Sinopsis

Mengisahkan tentang kenangan hidup Badri bersama-sama kawan-kawannya pada zaman persekolahan. Badri watak utama dalam novel ini berusaha untuk membantu kawan-kawannya yang terlibat dalam masalah disiplin sekolah untuk keluar daripada permasalahan ini.

Badri murid tingkatan lima dilantik menjadi pengawas sekolah. Di sinilah bermulanya beliau bekerjasama dengan guru-guru untuk mengatasi masalah disiplin di sekolah.

Meng Kong, Kumar dan Shahrul merumitkan lagi permasalahan ini apabila mereka bukan sahaja menjual kad prabayar tetapi juga telefon bimbit kepada murid sekolah itu. Mereka menjual telefon bimbit secara ansuran. Ini menimbulkan masalah kerana murid kerap meminta belanja sekolah yang lebih daripada ibu bapa.

Kegiatan Meng Kong, Kumar dan Shahrul akhirnya tertumpas apabila Meng Kong tertangkap di kedai ayahnya sendiri. Hal ini menambahkan lagi sakit hati Shahrul dan Kumar terhadap Badri.Kumar pula akhirnya insaf apabila dia tertangkap ketika memasukkan kotak rokok ke dalam beg Meng Kong. Ini menyebabkan Shahrul berseorangan.

Dendam dan iri hati Shahrul terhadap Badri semakin bertambah apabila Nadira murid perempuan yang agak menarik di sekolah itu, yang sebelum ini menjadi kawan rapatnya berpaling arah ke Badri.

Walaupun menerima pelbagai tekanan semasa menjalankan tugasnya sebagai pengawas, Badri tetap tidak berputus asa.