sinopsis

2
TAJUK NOVEL: ANAK PATUNG ADIK Sinopsis Novel Anak Patung Adik mengisahkan mengenai keinsafan seorang kanak-kanak iaitu ‘Adik’ yang mempunyai sikap yang pelik. Adik merupakan seorang murid tahun satu di sebuah sekolah. Walaupun telah berusia tujuh tahun, namun Adik suka bermain dengan anak patung. Sikapnya berbeza dengan kanak-kanak lain yang gemar bermain anak patung. Adik tidak pernah menyayangi anak-anak patungnya. Dia akan membuatkan anak patungnya menjadi punah ranah seperti tangan tercabut, kepala putus, kaki hilang dan pakaian koyak-rabak. Walaupun ditegur oleh ibu dan kakaknya mengenai sikap buruknya, namun adik tetap bersikap demikian. Di dalam biliknya juga penuh dengan serpihan anak-anak patung yang bersepah-sepah. Adik sangat manja dengan Abahnya. Seringkali Abah akan membelikan anak patung baru kepada adik. Namun begitu, setiap kali itu jugalah anak patung tersebut akan dirosakkan oleh adik. Konflik timbul apabila suatu hari Abah telah pergi berkursus. Adik telah mengikut Ibu pergi ke pasar untuk membeli barang. Ketika menunggu ibunya membeli barang, adik tertarik pada orang yang sedang menjual anak patung. Adik tertarik pada sebuah anak patung yang berwarna merah dan merayu ibunya untuk membelikan anak patung tersebut. Walaupun berbelah bahagi ibunya terpaksa juga membelikan anak patung tersebut kepada adik. Ibunya tahu anak patung itu juga akan rosak sama seperti anak-anak patung lain yang pernah dibeli. Apabila pulang ke rumah, adik telah memperlakukan pelbagai perkara terhadap anak patung itu seperti yang pernah dilakukannya pada anak- anak patung sebelum ini. Tanpa disangka anak patung yang dipukul oleh adik itu boleh bercakap dan mengugut akan memperlakukan adik sepertimana adik memukul mereka. Adik yang ketakutan telah membuang anak patung merah itu keluar rumah. Adik telah bermimpi anak patung

Upload: syuhaila-ibrahim

Post on 15-Nov-2015

10 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Anak patung adik

TRANSCRIPT

TAJUK NOVEL: ANAK PATUNG ADIKSinopsisNovel Anak Patung Adik mengisahkan mengenai keinsafan seorang kanak-kanak iaitu Adik yang mempunyai sikap yang pelik. Adik merupakan seorang murid tahun satu di sebuah sekolah. Walaupun telah berusia tujuh tahun, namun Adik suka bermain dengan anak patung. Sikapnya berbeza dengan kanak-kanak lain yang gemar bermain anak patung. Adik tidak pernah menyayangi anak-anak patungnya. Dia akan membuatkan anak patungnya menjadi punah ranah seperti tangan tercabut, kepala putus, kaki hilang dan pakaian koyak-rabak. Walaupun ditegur oleh ibu dan kakaknya mengenai sikap buruknya, namun adik tetap bersikap demikian. Di dalam biliknya juga penuh dengan serpihan anak-anak patung yang bersepah-sepah. Adik sangat manja dengan Abahnya. Seringkali Abah akan membelikan anak patung baru kepada adik. Namun begitu, setiap kali itu jugalah anak patung tersebut akan dirosakkan oleh adik. Konflik timbul apabila suatu hari Abah telah pergi berkursus. Adik telah mengikut Ibu pergi ke pasar untuk membeli barang. Ketika menunggu ibunya membeli barang, adik tertarik pada orang yang sedang menjual anak patung. Adik tertarik pada sebuah anak patung yang berwarna merah dan merayu ibunya untuk membelikan anak patung tersebut. Walaupun berbelah bahagi ibunya terpaksa juga membelikan anak patung tersebut kepada adik. Ibunya tahu anak patung itu juga akan rosak sama seperti anak-anak patung lain yang pernah dibeli. Apabila pulang ke rumah, adik telah memperlakukan pelbagai perkara terhadap anak patung itu seperti yang pernah dilakukannya pada anak-anak patung sebelum ini. Tanpa disangka anak patung yang dipukul oleh adik itu boleh bercakap dan mengugut akan memperlakukan adik sepertimana adik memukul mereka. Adik yang ketakutan telah membuang anak patung merah itu keluar rumah. Adik telah bermimpi anak patung merah itu kembali ke rumahnya dan membawanya bertemu dengan kesemua anak-anak patung yang cacat kerana telah dirosakkan oleh adik. Adik berasa insaf dan memohon maaf kepada kesemua anak-anak patung yang telah dirosakkannya. Adik berjanji akan menjadi budak yang baik. Sejak bermimpikan anak patung merah itu, adik sering dihantui rasa bersalah. Dia mencari cari anak patung merah itu di merata-rata tempat namun semuanya gagal. Akhirnya adik telah jatuh sakit. Ibunya telah memanggil Atuknya dari kampong untuk merawat adik. Atuk telah memujuk adik untuk membuang kesemua anak-anak patung yang rosak di dalam biliknya. Apabila Adik sudah sihat, adik tidak mahu lagi bermain dengan anak patung. Adik mahu menjadi budak yang besar dan menumpukan perhatian pada pelajarannya.