sertailah parti sosialis malaysia, · pdf fileamerika syarikat & eu diteruskan dan akan...

28

Upload: lythuy

Post on 09-Feb-2018

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sertailah Parti Sosialis Malaysia, · PDF fileAmerika Syarikat & EU diteruskan dan akan ditandatangani tidak lama lagi. ... Sistem pemerintahan kapitalis BN, mengutamakan keuntungan
Page 2: Sertailah Parti Sosialis Malaysia, · PDF fileAmerika Syarikat & EU diteruskan dan akan ditandatangani tidak lama lagi. ... Sistem pemerintahan kapitalis BN, mengutamakan keuntungan

Sertailah Parti Sosialis Malaysia, Jika anda ingin:

Kekayaan negara diagihkan secara adil

Menghapuskan amalan rasuah, salahguna kuasa, nepotisme & penyelewengan kuasa

Mendokong aspirasi kaum miskin dan tertindas

Bergiat aktif dalam perjuangan rakyat tanpa mengharapkan habuan atau faedah-faedah istimewa

Persamaan hak, pembangunan tulen dan demokrasi sejati

Menentang sebarang cubaan memecah-belahkan rakyat berlandaskan perkauman dan keagamaan

Diterbitkan oleh Parti Sosialis Malaysia 22A, Jalan Vivekananda, Brickfields, 50470, Kuala Lumpur, Malaysia. Tel: 03-22747791 Fax: 03-87374772 Email: [email protected] Dicetak oleh Jutaprint 2, Solok Sungei Pinang 3, Sg. Pinang, 11600 Penang.

Page 3: Sertailah Parti Sosialis Malaysia, · PDF fileAmerika Syarikat & EU diteruskan dan akan ditandatangani tidak lama lagi. ... Sistem pemerintahan kapitalis BN, mengutamakan keuntungan

3

Manifesto Pilihanraya Umum 13

KERAJAAN YANG PRO-RAKYAT

KEPENTINGAN RAKYAT didahulukan bukan kepentingan korporat. Keperluan asas rakyat seperti kesihatan, perumahan, pendidikan dan pengangkutan awam harus disediakan oleh kerajaan dan bukan diperniagakan oleh segelintir kapitalis.

DEMOKRASI TULEN diamalkan. Rakyat biasa, terlibat pada setiap peringkat perancangan & pelaksanaan program kerajaan.

PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR adalah tanggungjawab bersama kerajaan dan rakyat. Pembangunan mampan yang mengambil kira keseimbangan ekosistem menjaminkan kesejahteraan umat manusia. Eksploitasi sumber alam menggugat masa depan kita.

Udahlah tu! Tolak 56 Tahun UMNO-BN

Page 4: Sertailah Parti Sosialis Malaysia, · PDF fileAmerika Syarikat & EU diteruskan dan akan ditandatangani tidak lama lagi. ... Sistem pemerintahan kapitalis BN, mengutamakan keuntungan

Rakyat Dulu, Bukan Korporat / Kroni

4 Manifesto Pilihanraya Umum 13

Page 5: Sertailah Parti Sosialis Malaysia, · PDF fileAmerika Syarikat & EU diteruskan dan akan ditandatangani tidak lama lagi. ... Sistem pemerintahan kapitalis BN, mengutamakan keuntungan

Rakyat Dulu, Bukan Korporat / Kroni

JAMINAN KERJA, GAJI YANG MUNASABAH DAN ADIL SISTEM PENDIDIKAN DAN PERUBATAN AWAM YANG PERCUMA DAN BERKUALITI PILIHANRAYA KERAJAAN TEMPATAN DAN KAMPUNG PENGANGKUTAN AWAM MURAH DAN BERKESAN JAMINAN PERUMAHAN TETAP DAN SELESA BAGI GOLONGAN PENDAPATAN RENDAH PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR MELALUI PEMBANGUNAN MAMPAN YANG MENGUTAMAKAN KESEJAHTERAAN UMAT MANUSIA DAN KESEIMBANGAN EKOSISTEM

Perkara Utama Agenda Perjuangan PSM

Udahlah tu! Tolak 56 Tahun UMNO-BN

5

Page 6: Sertailah Parti Sosialis Malaysia, · PDF fileAmerika Syarikat & EU diteruskan dan akan ditandatangani tidak lama lagi. ... Sistem pemerintahan kapitalis BN, mengutamakan keuntungan

6 Manifesto Pilihanraya Umum 13

Pada pilihanraya 2008, rakyat Malaysia telah mengisytiharkan satu mesej yang berani dan jelas kepada Barisan Nasional yang memerintah negara kita sejak 1957. Buat pertama kali dalam sejarah pilihanraya, BN dikalahkan di lima buah negeri. Amaran kepada BN adalah sekiranya rakyat tidak berpuas hati dengan pemerintahan mereka, maka rakyat mampu dan berani menukarkan Kerajaan Persekutuan. Nampaknya mesej rakyat tidak dihiraukan oleh pihak BN. Kita dapat saksikan sejak pilihanraya 2008, kualiti hidup rakyat di bawah pemerintahan BN terus merosot.

Subsidi RM74 billion untuk rakyat ditarik balik, subsidi RM84 billion untuk korporat dikekalkan. Harga barang melambung tinggi.

Wang rakyat sebanyak RM 28 billion lesap melalui kontrak dan sebutharga yang berat sebelah. Nilai wang berjumlah wang 20 kali ganda besar berbanding bajet tahunan negeri Selangor!

Gaji minima RM900 yang diluluskan jauh lebih rendah daripada RM 1500 sebulan yang dituntut, dan gagal menyelesaikan kemiskinan di kalangan pekerja.

Pencapaian Kerajaan BN 2008 hingga kini

Page 7: Sertailah Parti Sosialis Malaysia, · PDF fileAmerika Syarikat & EU diteruskan dan akan ditandatangani tidak lama lagi. ... Sistem pemerintahan kapitalis BN, mengutamakan keuntungan

7

Udahlah tu! Tolak 56 Tahun UMNO-BN

Masih tidak ada tabung bantuan apabila pekerja dibuang kerja TAPI ada pula peruntukan wang untuk selamatkan korporat.

Pemindaan Akta Kerja 1955 memudahkan kaedah kerja kontrak yang menghakiskan lagi hak pekerja.

Perundingan FTA (Perjanjian Perdagangan Bebas) dengan Amerika Syarikat & EU diteruskan dan akan ditandatangani tidak lama lagi. Ianya akan menghancurkan industri tempatan & membebankan rakyat.

Rumah kos rendah masih sempit (650 kaki persegi) dan harganya dinaikkan dari RM25 ribu ke RM45 ribu. Kini pula rumah mampu beli dinaikkan pada RM99 ribu dan luar kemampuan mereka yang memerlukannya.

Rumah pangsa kos murah berkualiti rendah. Isu penyelenggaraan semakin teruk. Bantuan dana dari kerajaan untuk menyelenggaranya tidak mencukupi.

Industri yang mencemarkan alam sekitar dan menjejaskan kesihatan rakyat biasa seperti Lynas diberi lesen untuk beroperasi.

Page 8: Sertailah Parti Sosialis Malaysia, · PDF fileAmerika Syarikat & EU diteruskan dan akan ditandatangani tidak lama lagi. ... Sistem pemerintahan kapitalis BN, mengutamakan keuntungan

8 Manifesto Pilihanraya Umum 13

BN merampas balik negeri Perak daripada PR secara haram! Undi rakyat Perak untuk perubahan, tidak dihormati.

Video lucah sengaja ditayangkan untuk dikaitkan pemimpin PR, dan mengaibkan mereka.

Isu perkauman dan sentimen agama sempit dipergunakan untuk memecah-belahkan solidariti rakyat.

Dasar ekonomi terlalu bergantung kepada pelabur asing untuk membangunkan ekonomi Negara.

BN membelakangkan pengeluaran makanan tempatan, tetapi sangat bergantung pada import.

Penswastaan perkhidmatan awam & kemudahan asas – air, elekrik, hospital, pendidikan dll berterusan! Kos naik, kualiti turun dan rakyat menderita. Hanya kroni yang untung.

Page 9: Sertailah Parti Sosialis Malaysia, · PDF fileAmerika Syarikat & EU diteruskan dan akan ditandatangani tidak lama lagi. ... Sistem pemerintahan kapitalis BN, mengutamakan keuntungan

9

Udahlah tu! Tolak 56 Tahun UMNO-BN

Page 10: Sertailah Parti Sosialis Malaysia, · PDF fileAmerika Syarikat & EU diteruskan dan akan ditandatangani tidak lama lagi. ... Sistem pemerintahan kapitalis BN, mengutamakan keuntungan

10 Manifesto Pilihanraya Umum 13

Barisan Nasional Tidak Layak Memerintah Lagi!

Akibatnya, sistem ini memperkayakan kapitalis dan sengsarakan kehidupan rakyat. Jurang antara kaya dengan miskin semakin melebar. Rakyat dipecah-belahkan oleh isu kaum dan agama. Kadar jenayah meningkat. Alam sekitar sedia digadaikan dan dihancurkan demi kepentingan korporat.

Pemerintah hidup mewah, rakyat hidup menderita!

Sistem pemerintahan kapitalis BN, mengutamakan keuntungan untuk korporat. Tambahan pula, amalan dasar neo-liberal telah membuka dan menghambakan ekonomi kita kepada arus globalisasi. Kerajaan berlumba-lumba dengan negara lain untuk tarik pelaburan FDI (Foreign Direct Investment) dengan menawarkan gaji buruh yang murah sekali, undang-undang buruh amat longgar, dan m e n i a g a k a n s e k t o r perkhidmatan kemudahan asas seperti kesihatan dan pendidikan. Sistem kroni memastikan golongan elit politik hidup mewah hasil menganugerahkan kontrak dan lesen kepada diri sendiri & kroni.

Page 11: Sertailah Parti Sosialis Malaysia, · PDF fileAmerika Syarikat & EU diteruskan dan akan ditandatangani tidak lama lagi. ... Sistem pemerintahan kapitalis BN, mengutamakan keuntungan

11

Udahlah tu! Tolak 56 Tahun UMNO-BN

Dalam PRU 13, rakyat Malaysia secara kolektif berpeluang untuk melakukan perubahan di peringkat kerajaan persekutuan. Pada PRU 13, undilah PR di peringkat negeri dan persekutuan supaya PR menerajui kerajaan persekutuan. PR sedang mentadbirkan 4 buah negeri – Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor. Tindakan kerajaan-kerajaan negeri PR jauh lebih pro-rakyat berbanding dengan kerajaan negeri BN. Pengurusan kewangan jauh lebih efisyen dan berjaya mengurangkan pembaziran berbanding dengan BN. Di samping itu, semua kakitangan kerajaan Negeri Selangor dibayar gaji minima RM1500 sebulan dan ibu mendapat cuti bersalin selama 90 hari. Maka dalam PRU 13 ini, bersamalah kita memilih PR mentadbir kerajaan Persekutuan dan setiap negeri.

Tunjukkan kuasa rakyat dan tumbangkan BN pada pilihanr aya ini. Rakyatlah akan menentukan halatuju pembangunan Negara dan memastikan penyelewengan tidak berlaku.

Pastikan kuasa rakyat kuasa keramat. JOM UNDI UNTUK KERAJAAN PRO-RAKYAT!

UNDILAH PARTI SOSIALIS MALAYSIA DAN PAKATAN RAKYAT, TOLAK BN!

Page 12: Sertailah Parti Sosialis Malaysia, · PDF fileAmerika Syarikat & EU diteruskan dan akan ditandatangani tidak lama lagi. ... Sistem pemerintahan kapitalis BN, mengutamakan keuntungan

12 Manifesto Pilihanraya Umum 13

Page 13: Sertailah Parti Sosialis Malaysia, · PDF fileAmerika Syarikat & EU diteruskan dan akan ditandatangani tidak lama lagi. ... Sistem pemerintahan kapitalis BN, mengutamakan keuntungan

13

Udahlah tu! Tolak 56 Tahun UMNO-BN

Page 14: Sertailah Parti Sosialis Malaysia, · PDF fileAmerika Syarikat & EU diteruskan dan akan ditandatangani tidak lama lagi. ... Sistem pemerintahan kapitalis BN, mengutamakan keuntungan

14 Manifesto Pilihanraya Umum 13

Manifesto Pilihanraya Umum 13 PSM Manifesto Pilihanraya Umum 13 PSM

Gaji minima RM1500

8 jam kerja dan OT (lebih masa) tidak boleh dipaksa

Pindaan Akta Kerja yang menghakis hak pekerja ditarik

balik

Hadkan kerja kontrak kepada kerja-kerja bersifat

bermusim, dan sementara sahaja

Mulakan skim pencen untuk pekerja tempatan di sektor

swasta. Sementara menunggu perlaksanaannya, berikan

pencen RM200 sebulan untuk warga emas yang tidak

terima pencen kerajaan

Pengiktirafan secara automatik kesatuan sekerja dan

mudahkan lagi prosedur menubuhkan kesatuan sekerja

(union)

Penubuhan Tabung Khas Bantuan Pekerja yang

diberhentikan kerja

Pekerja migran diberi hak yang sama seperti pekerja

tempatan.

Jamin Hak warga pekerja

Page 15: Sertailah Parti Sosialis Malaysia, · PDF fileAmerika Syarikat & EU diteruskan dan akan ditandatangani tidak lama lagi. ... Sistem pemerintahan kapitalis BN, mengutamakan keuntungan

15

Udahlah tu! Tolak 56 Tahun UMNO-BN

Manifesto Pilihanraya Umum 13 PSM Manifesto Pilihanraya Umum 13 PSM

Hentikan penswastaan hospital kerajaan dan perkhidmatan

sokongan kesihatan

Mantapkan Hospital Kerajaan dan kawal pertumbuhan Hospital

Swasta yang hanya bermotif keuntungan maksima

Perkhidmatan kemudahan awam, air, elektrik dibawa ke bawah

pengendalian rakyat.

Kawal kemerosotan kualiti

p e n d i d i k a n a k i b a t

p e r t u m b u h a n I n s t i t u s i

Pengajian Tinggi Swasta

Pemberian konsesi tol kepada

k o r p o r a t d i b u b a r k a n .

Miliknegarakan lebuhraya-

lebuhraya Negara

B a t a l k a n n i a t u n t u k

implementasi cukai Barangan

dan Perkhidmatan, GST

Hentikan FTA (Perjanjian Perdagangan Bebas)dengan Amerika

Syarikat & EU; lindungi industri tempatan dengan kekalkan tarif

impot.

Hentikan Penswastaan Perkhidmatan Awam

Page 16: Sertailah Parti Sosialis Malaysia, · PDF fileAmerika Syarikat & EU diteruskan dan akan ditandatangani tidak lama lagi. ... Sistem pemerintahan kapitalis BN, mengutamakan keuntungan

16 Manifesto Pilihanraya Umum 13

3. Perumahan Selesa Untuk Rakyat

Hentikan pengusiran paksa peneroka bandar & tawarkan perumahan

alternatif jika kawasan diperlukan untuk kegunaan awam

Harga rumah rakyat dikawal agar ianya benar-benar mampu dimiliki

oleh keluarga berpendapatan rendah. Kerajaan harus memberi

subsidi dan kekalkan harga jualan pada RM25, 000.

Kerajaan mengambilalih penyelenggaraan rumah pangsa kos rendah.

Penghuni flat kos rendah tidak boleh dibebankan dengan 2 cukai dan

hanya perlu bayar satu cukai penyelenggaran sahaja.

Dilarang pembinaan rumah pangsa jika ada tanah yang mencukupi

untuk pembinaan rumah teres. Pembinaan rumah rakyat model teres

1 atau 2 tingkat diutamakan.

Wujudkan sistem perumahan sewa beli untuk membantu golongan

pendapatan rendah memiliki rumah sendiri.

Mewajibkan majikan ladang melaksanakan skim perumahan milik

sendiri untuk pekerja ladang dalam jangka masa 2 tahun apabila

ladang dibangunkan.

Lot kediaman di Kampung Baru Cina harus diberi hak milik kekal

dengan harga premium yang munasabah.

Perumahan Selesa Untuk Rakyat

Manifesto Pilihanraya Umum 13 PSM Manifesto Pilihanraya Umum 13 PSM

Page 17: Sertailah Parti Sosialis Malaysia, · PDF fileAmerika Syarikat & EU diteruskan dan akan ditandatangani tidak lama lagi. ... Sistem pemerintahan kapitalis BN, mengutamakan keuntungan

17

Udahlah tu! Tolak 56 Tahun UMNO-BN

Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysian (SPRM) distruktur semula agar

bebas daripada arahan eksekutif dan Peguam Negara.

Pulihkan semula Pilihanraya Kerajaan Tempatan.

Semua Ahli Parlimen, ADUN dan Ahli Majlis Tempatan harus

mengisytiharkan harta mereka setiap tahun

Wakil Rakyat dilarang melibatkan diri dalam sebarang projek kerajaan

untuk mengelakkan konflik kepentingan.

Gubal Akta Kebebasan Maklumat yang membolehkan rakyat memperoleh

maklumat tentang isu-isu awam.

Hentikan Politik Kaum Dan Agama

Hapuskan Rasuah Dan Salahguna Kuasa

Laksanakan program-program yang membantu keluarga-keluarga yang

berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan tanpa

mengira kaum.

Perluaskan penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan

supaya rakyat marhein berbilang kaum dapat berkongsi pandangan.

Jamin hak pendidikan bahasa ibunda setiap kaum secara bebas dan tanpa

sekatan.

Menjamin hak setiap rakyat kebebasan beragama, berdasarkan

Perlembagaan Persekutuan agar mempraktikkan agama sendiri mengikut

hasrat mereka.

Menggubal Akta Keterangkuman Sosial untuk menangani penyisihan serius

dalam masyarakat Malaysia.

Manifesto Pilihanraya Umum 13 PSM Manifesto Pilihanraya Umum 13 PSM

Page 18: Sertailah Parti Sosialis Malaysia, · PDF fileAmerika Syarikat & EU diteruskan dan akan ditandatangani tidak lama lagi. ... Sistem pemerintahan kapitalis BN, mengutamakan keuntungan

18 Manifesto Pilihanraya Umum 13

Galakkan dan sokong industri pengeluaran makanan

tempatan demi mewujudkan ‘jaminan makanan’ (food

security)

Kurangkan kebergantungan pada pihak korporat di negara

lain untuk bekalan makanan asas.

Memberikan hak milik tanah kepada semua peneroka

pertanian yang sahih demi mempertingkatkan bekalan

sayur dan buah-buahan tempatan.

Memberi sokongan konstruktif dan melindungi nelayan

kecil serta melindungi industri perikanan daripada

pencemaran laut dan amalan pihak perikanan korporat

yang mengancam bekalan ikan.

Sediakan padang ragut dengan kemudahan asas untuk

penternak kecil dan sederhana.

Jamin Pengeluaran Makanan Tempatan

Manifesto Pilihanraya Umum 13 PSM Manifesto Pilihanraya Umum 13 PSM

Page 19: Sertailah Parti Sosialis Malaysia, · PDF fileAmerika Syarikat & EU diteruskan dan akan ditandatangani tidak lama lagi. ... Sistem pemerintahan kapitalis BN, mengutamakan keuntungan

19

Udahlah tu! Tolak 56 Tahun UMNO-BN

Iktirafkan Tanah Adat Orang Asal dan memberikan geran

tanah di atas nama komuniti kampung itu.

Hentikan segala projek pembalakan di kawasan orang asal.

Bekalkan semua perkhidmatan dan kemudahan asas untuk

kampung orang asal seperti sekolah, klinik, jalanraya, bekalan

air dan elektrik

Membantu mereka mengambil alih semua projek

perladangan yang sedang berlaku di kawasan mereka.

Membina kapasiti mereka untuk mengambil alih projek-

projek ini.

Memberi Orang Asal kuasa penuh untuk memilih Tok Batin/

Tuai Rumah/Ketua Kampung mereka secara demokratik.

Pastikan penglibatan Orang Asal dalam semua proses

penentuan polisi, pembangunan, perancangan dan agihan

bantuan kepada komuniti mereka.

Menghormati cara hidup Orang Asal termasuk hak mereka

untuk mengamal adat istiadat dan agama mereka sendiri.

Iktiraf Masyarakat Orang Asal (Sabah, Sarawak & Semenanjung Malaysia)

Manifesto Pilihanraya Umum 13 PSM Manifesto Pilihanraya Umum 13 PSM

Page 20: Sertailah Parti Sosialis Malaysia, · PDF fileAmerika Syarikat & EU diteruskan dan akan ditandatangani tidak lama lagi. ... Sistem pemerintahan kapitalis BN, mengutamakan keuntungan

20 Manifesto Pilihanraya Umum 13

Lindungi Alam Sekitar

Segala projek pembangunan mesti diluluskan dengan prasyarat

ketat bagi menghalang kesan buruk terhadap alam sekitar

Gazetkan semua kawasan lapang hijau, zon penampan dan

hutan semulajadi agar ianya tidak dirampas dan ditukarmilik

untuk tujuan pembangunan dengan sewenang-wenangnya.

Khususnya, kawasan tadahan air perlu dilindungi.

Projek pembangunan setempat hanya dilaksanakan dengan

persetujuan penduduk sekitar.

Kajian impak alam sekitar (EIA) secara telus dan bebas daripada

pengaruh pihak pemaju. Pakar melaksanakan kajian EIA harus

dipilih dan diupah oleh Kerajaan sendiri dan bukan oleh

Pemaju.

Perancangan serius perlu dijalankan. Pengangkutan awam yang

efisien dan murah mesti disediakan untuk mengurangkan

penggunaan kenderaan persendirian.

Implementasikan sistem yang menyeluruh untuk kitar semula

sampah.

Kaji secara serius penggunaan sumber kuasa alternatif dan

batalkan cadangan menggunakan kuasa nuclear.

Batalkan projek Lynas.

Manifesto Pilihanraya Umum 13 PSM Manifesto Pilihanraya Umum 13 PSM

Page 21: Sertailah Parti Sosialis Malaysia, · PDF fileAmerika Syarikat & EU diteruskan dan akan ditandatangani tidak lama lagi. ... Sistem pemerintahan kapitalis BN, mengutamakan keuntungan

21

Udahlah tu! Tolak 56 Tahun UMNO-BN

Menjamin hak asasi manusia semua orang tanpa mengira

keturunan, suku kaum, gender dan seksualiti

Mansuhkan semua akta zalim

Menjamin kebebasan media

Menjamin pilihanraya yang bersih dan adil

Mempertahankan kebebasan kehakiman. Buat reformasi

terhadap sistem kehakiman supaya perlantikan dan kenaikan

pangkat hakim bebas daripada pengaruh politik

Mantapkan Institusi Demokrasi

Manifesto Pilihanraya Umum 13 PSM Manifesto Pilihanraya Umum 13 PSM

Page 22: Sertailah Parti Sosialis Malaysia, · PDF fileAmerika Syarikat & EU diteruskan dan akan ditandatangani tidak lama lagi. ... Sistem pemerintahan kapitalis BN, mengutamakan keuntungan

*Parti Sosialis Malaysia (PSM) melihat Pakatan Rakyat (PR) sebagai rakan

seperjuangan dalam menewaskan musuh utama, iaitu UMNO-Barisan

Nasional (BN) dalam PRU 13. PSM akan bekerjasama dengan semua parti

pembangkang, NGO dan kumpulan masyarakat yang lain dalam melawan

pemerintahan UMNO-BN yang berlanjutan selama 56 tahun.

*Di Parlimen, Dewan Undangan Negeri dan Majlis Kerajaan Tempatan –

wakil-wakil PSM mengambil posisi menyokong PR (PR friendly parti) dan

mengambil posisi bebas jika ada posisi yang bercanggah dengan dasar

perjuangan PSM.

*Walaupun ada perbezaan ideologi antara PSM dan PR sepertimana

terdapat perbezaan fahaman antara komponen-komponen PR yang

sedia ada, namun PSM dapat bekerjasama dalam isu-isu kepentingan

bersama.

*PSM juga terlibat dalam kempen bersama PR dan mempunyai jaringan

dengan parti-parti lain dalam pelbagai gabungan seperti dalam isu

Pengswastaan Hospital Awam, Kempen Menentang GST, Gabungan

Hubungan

PSM & PR

22 Manifesto Pilihanraya Umum 13

Page 23: Sertailah Parti Sosialis Malaysia, · PDF fileAmerika Syarikat & EU diteruskan dan akan ditandatangani tidak lama lagi. ... Sistem pemerintahan kapitalis BN, mengutamakan keuntungan

23

Udahlah tu! Tolak 56 Tahun UMNO-BN

Membantah FTA, Gerakan Mansuhkan ISA, Gabungan Protes Menentang

Kenaikan Harga Minyak dan sebagainya.

*Kerjasama antara PSM dengan parti pembangkang utama seperti DAP,

PAS dan PKR sudah terjalin lebih sepuluh tahun dan hubungan antara

pemimpin dan ahli-ahli parti juga adalah baik.

*PSM membuat pakatan pilihanraya dengan PR bagi memastikan:

1. PSM menyokong semua calon PR

2. PSM sedia menggunakan logo bersama PR jika ada, sempena PRU

13, dan jika tiada, akan menggunakan logo parti PSM, iaitu

gengaman tangan

3. PSM menerima/menyokong Manifesto PR dan buku jingga di

samping mengeluarkan manifesto sendiri

4. Sekiranya gabungan pilihanraya tidak dapat dilaksanakan atas

sebab yang tidak dapat dielakkan, maka PSM akan menyokong

calon-calon PR di semua kawasan kecuali kawasan yang

dipertandingkan oleh PSM.

Page 24: Sertailah Parti Sosialis Malaysia, · PDF fileAmerika Syarikat & EU diteruskan dan akan ditandatangani tidak lama lagi. ... Sistem pemerintahan kapitalis BN, mengutamakan keuntungan

Membuka Pusat Khidmat Rakyat untuk menerima &

bertindak segera dalam membantu pengadu.

Melawat kawasan yang menghadapi kecemasan

secepat mungkin.

Menubuh Jawatankuasa Penduduk di setiap

kawasan yang menghadapi masalah, bekerja dan

bersama penduduk demi mengatasi masalah

mereka.

Memulakan proses mewujudkan Majlis

Perundingan Rakyat (MPR - gabungan semua

Jawatankuasa Penduduk/sektor) di kawasan DUN/

Janji

Calon PSM

Jika calon PSM menang di kawasan DUN/Parlimen anda,

beliau akan:

24 Manifesto Pilihanraya Umum 13

Page 25: Sertailah Parti Sosialis Malaysia, · PDF fileAmerika Syarikat & EU diteruskan dan akan ditandatangani tidak lama lagi. ... Sistem pemerintahan kapitalis BN, mengutamakan keuntungan

25

Udahlah tu! Tolak 56 Tahun UMNO-BN

Parlimen. Majlis Perundingan Rakyat akan bersidang

sekurang-kurangnya 3 kali setahun.

Mengisytiharkan harta wakil rakyat setiap tahun sekali

Menerbitkan buletin setiap 4 bulan untuk

memaklumkan aktiviti dan isu yang diperjuangkan

oleh wakil rakyat.

Bertindak sebagai Wakil Rakyat sepenuh masa. Tidak

akan memegang apajua jawatan dalam mana-mana

badan korporat.

Akan sentiasa transparen dan telus menjalankan

tanggungjawab.

Wakil rakyat sentiasa bersama rakyat biasa

memperjuangkan isu rakyat.

Akan hidup secara sederhana dan tidak mengamalkan

hidup mewah.

Page 26: Sertailah Parti Sosialis Malaysia, · PDF fileAmerika Syarikat & EU diteruskan dan akan ditandatangani tidak lama lagi. ... Sistem pemerintahan kapitalis BN, mengutamakan keuntungan

Kami meminta rakyat mendapatkan pengakuan hitam putih segala

janji yang termaktub dalam Manifesto PSM.

Saya, _______________________________, calon PSM bagi

kawasan Parlimen/DUN ____________________________ berikrar

dan membuat pengakuan bahawa saya akan berusaha dan

mengambil segala langkah bagi menunaikan janji-janji seperti

dalam manifesto PRU 13 PSM.

Pengakuan janji-janji dalam

Manifesto PSM PRU 13

Tandatangan Calon ………………………………….. Nama: KP: Konstituensi:

Tandatangan Wakil ………………………………….. Nama: KP: Konstituensi:

Tandatangan Saksi ………………………………….. Nama: KP:

26 Manifesto Pilihanraya Umum 13

Page 27: Sertailah Parti Sosialis Malaysia, · PDF fileAmerika Syarikat & EU diteruskan dan akan ditandatangani tidak lama lagi. ... Sistem pemerintahan kapitalis BN, mengutamakan keuntungan

Selangor Pusat Khidmat PSM Cawangan Kota Damansara No. A-12-1, Blok A, Bistari De'Kota, Jalan Teknologi 3/9, Seksyen 3, Kota Damansara, Petaling Jaya, 47810 Selangor Tel: 012-398 7573 Email: [email protected] Web: www.kotadamansara.net Pusat Khidmat PSM Cawangan Kajang No. 8, Tingkat 2, Jalan Balakong, Batu 11, Jalan Cheras, Kajang, 43000 Selangor

Tel: 012-3762023, 016-3733692 Email: [email protected]

Pusat Khidmat PSM Cawangan Semenyih Shop No 12, Bandar Rinching, Jalan 5/12, 43500 Semenyih, Selangor

Tel: 016-2578330, 012-2822404 Web: psmsemenyih.blogspot.com

CDC No. 72B, Taman Sri Langat, Jalan Reko, 43000 Kajang, Selangor

Tel/Fax: 03-87377066 Email: [email protected]

Pahang Pusat Khidmat PSM Cawangan Cameron Highlands 65B, Persiaran Camellia 3, Juta Villa, 39000 Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang

Tel: 019-5696964, 016-5172760 Email: [email protected]

Web: psmcameron.blogspot.com

Perak Pusat Khidmat PSM Cawangan Sungai Siput 20, Taman Orkid, 31100 Sungai Siput, Perak

Tel: 05-5972484 Web: parlisosialis.blogspot.com

Pusat Khidmat PSM Cawangan Bercham 26A Tingkat Jaya 1, Taman Tasek Jaya, 31400 Ipoh, Perak

Tel/Fax: 05-5484369 Pusat Khidmat PSM Cawangan Jelapang 29A Jalan Besar, 30020 Jelapang, Ipoh, Perak

Tel: 016-5587144 Web: psmjelapang.blogspot.com

Pusat Khidmat PSM Cawangan Chemor 53B, Jalan Besar, 31200 Chemor, Perak Pusat Khidmat PSM Cawangan Buntong 871B, Jalan Klian Intan 30100 Buntong, Ipoh, Perak

Negeri Sembilan Pusat Khidmat PSM Cawangan Seremban 1273, Tingkat 2, Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan

Tel: 012-2702624, 016-6606410

Johor Cawangan Nusa Jaya Tel: 012-7540597

Penang Cawangan PSM Bayan Baru Tel: 019-5669518, 016-2290460

Hubungi Kami

Page 28: Sertailah Parti Sosialis Malaysia, · PDF fileAmerika Syarikat & EU diteruskan dan akan ditandatangani tidak lama lagi. ... Sistem pemerintahan kapitalis BN, mengutamakan keuntungan