kapitalis ada dua parti… pekerja dan anak muda perlu parti sendiri!

12
ISU KE - 14 JAN - FEB 2016 HARGA : RM 2 / SOLIDARITI : RM 3 ‘Gajah sama Gajah berjuang, Pelanduk mati di tengah- tengah’, inilah situasi politik parti pemerintah dan pembangkang, dan kesannya kepada rakyat biasa di negara ini. Sejak Pilihanraya Umum 2008, persaingan untuk kuasa pemerintahan antara BN dan Pakatan semakin sengit. Di tengah-tengah pertarungan kuasa ini, rakyat biasa terus dipinggirkan daripada manfaat pembangunan negara, dan terus ditindas dengan serangan demi serangan terhadap hak demokrasi dan sosial oleh kelas kapitalis. Dalam sistem pasaran bebas kapitalisme, dengan keadaan ekonomi negara dan global yang semakin tidak stabil, rakyat akan terus terhimpit. Isu-isu kos perumahaan tinggi, pembalakan tidak terkawal, gaji yang tidak adil untuk warga pekerja dan agenda kerakusan syarikat-syarikat nasional dan multinasional untuk keuntungan maksimum diteruskan. Budaya politik dominasi kuasa dan pendekatan politik tidak demokratik menjadi amalan parti-parti pemerintah dan pembangkang. Parti-parti ini yang mempunyai agenda masing-masing yang tidak berlandaskan keperluan dan hasrat rakyat biasa, mempraktikkan politik bagi mendominasikan rakyat untuk berkuasa, bukannya membebaskan rakyat daripada rantai-rantai penindasan. Mereka akan mempergunakan kesempitan rakyat akibat polisi-polisi pro-kapitalis untuk membawa slogan dan retorik populis bagi menarik sebanyak mungkin sokongan rakyat biasa dan anak muda untuk berkuasa. Tetapi, banyak pengalaman sebelum ini telah menunjukkan bahawa dengan hanya meletakkan slogan seperti ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ atau nama ‘Rakyat’ atau ‘Harapan’ dalam suatu parti atau pakatan, isu-isu asas rakyat tidak mampu diselesaikan. Pada tahun 2008, majoriti rakyat Amerika memilih Obama daripada Parti Demokrat yang menjanjjikan satu ‘Harapan’ sebagai presiden Amerika apabila kerajaan di bawah Parti Republik meranapkan ekonomi serta hak-hak sosial. Pertama kali dalam sejarah Amerika, seorang warga kulit hitam menjadi ketua negara, dan ini juga memberikan ‘Harapan’ kepada rakyat kulit hitam yang kebanyakannya miskin dan sering menghadapi penindasan polis. Tetapi 6 tahun Obama berkuasa, ‘Harapan’ hanya tinggal ‘Harapan’, manakala hak-hak warga pekerja dan anak muda terus dicabuli termasuk penindasan terhadap warga miskin kulit hitam semakin meningkat. Ini berlaku kerana kedua-dua parti Demokrat dan Republik adalah parti-parti suruhan kapitalis, dan tidak akan memihak kepada hasrat rakyat biasa. Solidariti Pekerja berpendirian bahawa dengan hanya menukar satu parti kepada parti yang lain atau satu pemimpin kepada pemimpin yang lain, masalah asas rakyat tidak mampu diselesaikan. Isu-isu seperti prasangka perkauman dan sentimen agama akan terus dipermainkan oleh parti-parti pemerintah dan pembangkang dengan mempergunakan kepincangan sosial dan ekonomi yang diwujudkan oleh kapitalisme di Malaysia. Hak sosial dan ekonomi yang saksama dan adil hanya boleh dibina dengan ekonomi terancang dengan kawalan dan pengurusan demokratik warga pekerja dan rakyat biasa. Untuk membina alternatif seperti ini, satu parti untuk mewakili hak dan hasrat rakyat biasa harus dibentuk dan dibina melalui gerakan-gerakan pekerja, anak muda dan rakyat biasa. KAPITALIS ADA DUA PARTI… PEKERJA DAN ANAK MUDA PERLU PARTI SENDIRI!

Upload: dangdan

Post on 01-Feb-2017

243 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: kapitalis ada dua parti… pekerja dan anak muda perlu parti sendiri!

ISU KE - 14 JAN - FEB 2016 HARGA : RM 2 / SOLIDARITI : RM 3

‘Gajah sama Gajah berjuang, Pelanduk mati di tengah-tengah’, inilah situasi politik parti pemerintah dan pembangkang, dan kesannya kepada rakyat biasa di negara ini. Sejak Pilihanraya Umum 2008, persaingan untuk kuasa pemerintahan antara BN dan Pakatan semakin sengit. Di tengah-tengah pertarungan kuasa ini, rakyat biasa terus dipinggirkan daripada manfaat pembangunan negara, dan terus ditindas dengan serangan demi serangan terhadap hak demokrasi dan sosial oleh kelas kapitalis.Dalam sistem pasaran bebas kapitalisme, dengan keadaan ekonomi negara dan global yang semakin tidak stabil, rakyat akan terus terhimpit. Isu-isu kos perumahaan tinggi,

pembalakan tidak terkawal, gaji yang tidak adil untuk warga pekerja dan agenda kerakusan syarikat-syarikat nasional dan multinasional untuk keuntungan maksimum diteruskan. Budaya politik dominasi kuasa dan pendekatan politik tidak demokratik menjadi amalan parti-parti pemerintah dan pembangkang. Parti-parti ini yang mempunyai agenda masing-masing yang tidak berlandaskan keperluan dan hasrat rakyat biasa, mempraktikkan politik bagi mendominasikan rakyat untuk berkuasa, bukannya membebaskan rakyat daripada rantai-rantai penindasan. Mereka akan mempergunakan kesempitan rakyat akibat polisi-polisi pro-kapitalis untuk membawa slogan dan

retorik populis bagi menarik sebanyak mungkin sokongan rakyat biasa dan anak muda untuk berkuasa. Tetapi, banyak pengalaman sebelum ini telah menunjukkan bahawa dengan hanya meletakkan slogan seperti ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ atau nama ‘Rakyat’ atau ‘Harapan’ dalam suatu parti atau pakatan, isu-isu asas rakyat tidak mampu diselesaikan. Pada tahun 2008, majoriti rakyat Amerika memilih Obama daripada Parti Demokrat yang menjanjjikan satu ‘Harapan’ sebagai presiden Amerika apabila kerajaan di bawah Parti Republik meranapkan ekonomi serta hak-hak sosial. Pertama kali dalam sejarah Amerika, seorang warga kulit hitam menjadi ketua negara, dan ini

juga memberikan ‘Harapan’ kepada rakyat kulit hitam yang kebanyakannya miskin dan sering menghadapi penindasan polis. Tetapi 6 tahun Obama berkuasa, ‘Harapan’ hanya tinggal ‘Harapan’, manakala hak-hak warga pekerja dan anak muda terus dicabuli termasuk penindasan terhadap warga miskin kulit hitam semakin meningkat. Ini berlaku kerana kedua-dua parti Demokrat dan Republik adalah parti-parti suruhan kapitalis, dan tidak akan memihak kepada hasrat rakyat biasa. Solidariti Pekerja berpendirian bahawa dengan hanya menukar satu parti kepada parti yang lain atau satu pemimpin kepada pemimpin yang lain, masalah asas rakyat tidak mampu diselesaikan. Isu-isu seperti

prasangka perkauman dan sentimen agama akan terus dipermainkan oleh parti-parti pemerintah dan pembangkang dengan mempergunakan kepincangan sosial dan ekonomi yang diwujudkan oleh kapitalisme di Malaysia. Hak sosial dan ekonomi yang saksama dan adil hanya boleh dibina dengan ekonomi terancang dengan kawalan dan pengurusan demokratik warga pekerja dan rakyat biasa. Untuk membina alternatif seperti ini, satu parti untuk mewakili hak dan hasrat rakyat biasa harus dibentuk dan dibina melalui gerakan-gerakan pekerja, anak muda dan rakyat biasa.

KAPITALIS ADA DUA PARTI…PEKERJA DAN ANAK MUDA PERLU

PARTI SENDIRI!

Page 2: kapitalis ada dua parti… pekerja dan anak muda perlu parti sendiri!

2 SIDANG PENGARANG SOLIDARITI PEKERJA ISU KE - 14 JAN - FEB 2016

Tahun 2015 sudah sampai ke penghujungnya. Tahun ini banyak mencatatkan peristiwa penting yang memberi impak langsung kepada rakyat Malaysia keseluruhannya, khasnya rakyat kelas pekerja. Apa yang dapat dirasakan adalah, tahun ini merupakan tahun yang mencekik rakyat Malaysia disebabkan oleh keadaan ekonomi yang semakin merudum baik di peringkat global mahupun tempatan. Perkara itu diterukkan lagi dengan dasar kerajaan yang tidak berpihak kepada rakyat biasa. Tulisan ringkas ini hanya akan merangkumi peristiwa yang berlaku sepanjang tahun ini dari segi ekonomi dan politik.

Bencana ekonomi tahun ini diawali pada bulan Februari ketika skandal

mega rasuah 1MDB didedahkan oleh portal berita Sarawak Report dan diulang siar oleh media antarabangsa Wall Street Journal. Semenjak itu, polemik mengenainya berterusan sepanjang tahun ini dan tidak ada tanda menunjukkan kes ini dapat diselesaikan dalam masa terdekat. Terbongkarnya skandal yang melibatkan orang paling berkuasa di Malaysia menggoncangkan poliitik negara ini ternyata juga melibatkan penyelewengan dana Tabung Haji.

Tidak lama setelah terbongkarnya skandal itu, kerajaan BN tetap melaksanakan GST berkuatkuasa mulai 1 April, walaupun telah ditentang keras oleh rakyat. Cukai sebanyak 6% dikenakan kepada setiap individu tanpa mengira status

ekonomi mereka. Beban itu dirasakan setiap kali berbelanja. Sebahagian besar barang keperluan harian dikenakan cukai ini. Maka pada 1 Mei, bertepatan dengan peringatan Hari Pekerja Sedunia, ribuan rakyat Malaysia turun berdemonstrasi menolak GST.

Beban ekonomi yang ditanggung rakyat kerana GST bertambah berat dengan keadaan ekonomi yang semakin merudum. Nilai tukar matawang Ringgit mengalami penurunan yang drastik dari RM3.4 menjadi

RM4.5 berbanding Dolar Amerika hanya dalam masa beberapa bulan, menyebabkan keadaan ekonomi semakin merudum.

Di tengah situasi itu, Perdana Menteri Najib Razak mengakui pernah menerima wang sejumlah RM2.6 bilion ke akaun bank peribadi beliau dari sumber yang tidak dinamakan. Spekulasi menjangkakan wang ini ada kaitannya dengan skandal 1MDB yang tengah hangat diperkatakan. Pengakuan Najib ini mendapat reaksi keras dari dalam partinya sendiri yang membuat beliau terpaksa merombak kabinet dengan menggugurkan timbalannya, Muhyidin Yasin dan beberapa menteri lain.

Sedangkan di pihak lain, Pakatan Rakyat juga berkubur selepas berlakunya perpecahan dalaman di dalam PAS dan juga pertelingkahan pemimpin parti itu dengan parti DAP dalam banyak perkara. Walaupun usaha untuk menggantikannya dengan satu pakatan baru yang dinamakan Pakatan Harapan sudah dilakukan, tetapi sama ada ia boleh memenuhi harapan rakyat untuk menjadikan taraf hidup rakyat lebih selesa nampaknya masih jauh dari harapan.

Tahun ini juga menyaksikan perhimpunan BERSIH 4 yang diadakan selama dua hari menjelang sambutan Hari Kemerdekaan. Perhimpunan ini dihadiri oleh ratusan ribu rakyat yang tidak berpuas hati dengan situasi politik dan ekonomi semasa di Malaysia. Walaupun dianggap berjaya oleh penganjurnya dari jumlah peserta, tetapi perhimpunan ini tidak berjaya mencapai tuntutannya supaya Najib undur.

Justeru kerajaan di bawah pentadbiran Najib semakin menekan rakyat dengan dasar-dasar ekonomi yang membebankan. Dalam keadaan rakyat biasa semakin terhimpit, kerajaan menaikkan bayaran tol pada bulan September dan juga tambang

pengangkutan komuter di bulan Oktober. Sedangkan harga barangan mengalami kenaikan sepanjang tahun. Kerajaan juga telah menyetujui untuk menandatangani perjanjian TPPA yang akan membuka seluas-luasnya pintu negara ini kepada pasaran bebas. Ini bermakna kerajaan tidak akan memiliki kuasa lagi untuk mengawal harga jenis barangan tertentu yang mekanismenya diserahkan sepenuhnya ke pasaran. Contoh yang selalu diberikan berkenaan ini adalah tidak tersedianya lagi ubat murah yang disubsidi kerajaan.

Keputusan kerajaan menandatangani TPPA akan menjadikan nasib rakyat biasa akan semakin tertekan pada tahun-tahun yang akan datang. Sebagai penawarnya, kerajaan hanya akan menaikkan gaji minima sebanyak RM 1000 di semenanjung dan RM900 di Sabah dan Sarawak bermula Julai tahun 2016. Belum lagi dilaksanakan, rancangan tersebut sudah mendapat protes daripada persatuan majikan. Dengan agenda kapitalis terus diperkasakan, pada tahun 2016 juga warga pekerja dijangka akan terus dianiaya dengan pelbagai tekanan ekonomi dan sosial. Kelas pekerja tidak mempunyai pilihan lain salain untuk bersatu dan berjuang demi hak dan keperluan mereka.

Tahun 2015: Hak Rakyat Biasa Terus Dipinggirkan ! Kamal

Solidariti Pekerja mengutuk penahanan tanpa diberikan hak ikat jamin ke atas beberapa anak muda dan aktivis seperti Khalid Ismath baru-baru ini. Solidariti Pekerja menyokong hak rakyat dan anak muda untuk meluahkan pandangan, berdemonstrasi atau membuat protes yang merupakan hak asasi kemanusian, dan membantah undang-undang, dan akta seperti akta hasutan dan akta Komunikasi dan Multimedia yang jelas bercanggah dengan hak demokrasi. Kami juga mengutuk penahanan beberapa pemimpin pembangkang, aktivis, pensyarah, peguam, kartunis dan lain-lain sebelum ini di bawah akta hasutan semata-mata untuk memberhentikan penentangan atau percanggahan pandangan terhadap kerajaan.

Kebebasan hak bersuara adalah salah satu hak demokrasi yang

patut dijamin. Tetapi ini bukan praktik sebenar di beberapa buah negara termasuk di Malaysia yang mengaku demokratik, tetapi mencabuli hak bersuara semata-mata untuk mempertahankan kuasa. Di Malaysia selama ini Akta Dalam Negeri (ISA) dipergunakan untuk menahan aktivis, sosialis, pemimpin kesatuan sekerja, pemimpin pelajar dan lain-lain untuk mencantas suara tidak puas hati ke atas kerajaan pemerintah. Operasi Lalang pada akhir 1987 dipergunakan oleh Mahathir untuk menahan pemimpin-pemimpin parti pembangkang dan aktivis sosial. Kini Mahathir menentang Najib tetapi agenda anti-demokrasi yang dimulakan oleh Mahathir diteruskan dan diperkasakan oleh kerajaan Najib dengan akta Hasutan, SOSMA, POTA, akta Komunikasi dan Multimedia, Majlis Keselamatan Negara

(NSC) dan lain-lain walaupun ISA sudah tiada wujud lagi. Ini menunjukkan dengan hanya menukar pemimpin atau parti pemerintah sahaja tidak cukup untuk melebarkan ruang demokrasi berlandaskan hasrat majoriti anak muda dan rakyat biasa. Ini kerana pemimpin dan parti ini akan terus mempertahankan kemahuan golongan minoriti 1 peratus iaitu golongan kaya raya dan kapitalis, dan mengabaikan hasrat 99 peratus rakyat biasa dalam kerangka kapitalisme.Pemimpin seperti Mahathir dan Najib yang diperlukan oleh kapitalisme untuk mempertahankan agenda-agenda sistem pasaran bebas seperti gaji yang rendah, penindasan di tempat kerja, harga rumah yang melambung tinggi,

kenaikan barang, GST, TPPA dan lain-lain yang ditentukan secara tidak demokratik semata-mata untuk memastikan pasaran dan keuntungan syarikat-syarikat perniagaan dan pelabur yang besar terus dilindungi. Agenda anti-demokrasi dan kapitalisme adalah seperti ‘darah dan daging’ yang saling bergandingan untuk mencabul keperluan dan demokrasi

pekerja, anak muda dan rakyat biasa. Justeru itu, perjuangan hak-hak demokrasi harus dikaitkan dengan perjuangan terhadap hak ekonomi, sosial dan politik untuk satu perubahan yang memihak kepada rakyat biasa, iaitu pembinaan alternatif kepada sistem kapitalisme.

Pencabulan Hak Bersuara Ravi

Page 3: kapitalis ada dua parti… pekerja dan anak muda perlu parti sendiri!

SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -14 JAN - FEB 2016 ANALISA EKONOMI 3

Ketika rakyat sedang mengharungi peningkatan kos hidup, persetujuan kenaikan kadar tol di antara 20 sen hingga RM4.70 oleh kerajaan kepada Syarikat-syarikat pengoperasi tol, adalah satu lagi tamparan hebat kepada warga pekerja dan rakyat biasa yang merupakan pengguna terbesar lebuhraya-lebuhraya di Lembah Kelang. Manakala PLUS pula dijangka membuat peningkatan kadar tol di tahun 2016. Rakyat melihat tindakan tersebut amat tidak rasional dan tidak bermoral ketika rakyat ditekan dengan GST dan kenaikan harga barangan,dan perkhidmatan. Tambahan pula, kenaikan kadar tol syarikat-syarikat pengoperasi tol adalah di bawah pengawasan kerajaan, dan mereka mampu menghalang kenaikan kadar jika ‘rakyat diutamakan, dan didahulukan’.

Apa hubungan di antara kerajaan dan Syarikat-syarikat pengoperasi tol ?

Kebanyakan syarikat-syarikat pengoperasi tol mempunyai kaitan dengan kapitalis-kapitalis nasional dan GLC (syarikat-syarikat berhubung-kait dengan kerajaan). Dengan hubungan rapat dengan kerajaan, mereka telah mendapat tawaran untuk menerajui projek-projek lebuhraya. Kerajaan pula mempergunakan keperluan rakyat untuk kemudahan untuk menjustifikasikan projek-projek yang dilancarkan. Tetapi matlamat utama syarikat-syarikat pengoperasi tol adalah untuk mendapatkan keuntungan dengan melabur dalam pembinaan lebuhraya. Mereka biasanya akan mendapatkan dana atau modal daripada bank-bank tertentu untuk melancarkan projek-projek lebuhraya tersebut dengan matlamat untuk mendapatkan

keuntungan selepas lebuhraya beroperasi sepenuhnya.Kerajaan juga memberikan jaminan ‘keuntungan’ kepada syarikat-syarikat ini melalui perjanjian konsesi, dan juga memastikan pembayaran subsidi untuk menyeleraskan kadar tol supaya mengurangkan kesan kepada pendapatan syarikat-syarikat ini. Keuntungan di sini bermaksud adalah lebihan selepas pembayaran pinjaman kepada bank, pembayaran gaji kepada pekerja, kerja-kerja penyelengaraan dan kos-kos yang lain. Keuntungan tersebut akan dipergunakan untuk membayar dividen kepada pemegang-pemegang saham dalam syarikat-syarikat tersebut selain dipergunakan untuk memperkembangkan pelaburan mereka. Pemegang-pemegang saham yang besar biasanya adalah syarikat-syarikat tertentu, GLC atau individu-individu kaya. Ini termasuk dua anak syarikat kepunyaan kerajaan Selangor yang merupakan pemegang saham dalam lebuhraya LDP dan Kesas. Pendek kata, pembinaan, perlaksanaan, pengurusan dan pengoperasian lebuhraya mempergunakan sistem pasaran bebas sebagai landasan untuk memaksimumkan keuntungan.

Mengapa kerajaan tidak mampu mengawal desakan syarikat-syarikat pengoperasi tol ?

Kerajaan Malaysia juga mengharapkan kepada sistem pasaran bebas untuk melancarkan pelaburan, ekspot dan juga aktiviti ekonomi domestik yang juga penting untuk meningkatkan pendapatan negara. Tetapi, pada masa ini dengan keadaan pasaran bebas dunia yang terumbang-ambing dan tidak tentu arah,

ekonomi Malaysia juga sudah merasai impaknya. Jadi dengan pendapatan yang berkurangan, dan langkah untuk mengurangkan defisit (hutang) kerajaan supaya meyakinkan kapitalis antarabangsa, kerajaan telah melancarkan pemotongan atau pengurangan subsidi, ini termasuk subsidi tol kepada syarikat-syarikat pengoperasi tol.Syarikat-syarikat pengoperasi tol pula mengatakan kenaikan tersebut tidak dilaksanakan untuk sekian lama, dan jika kerajaan mengurangkan bayaran pampasan atau subsidi, maka mereka akan melaksanakan kenaikan kadar tol. Data menunjukkan bahawa, pada tahun 2013, 27 antara 28 lebuhraya mendaftarkan peningkatan trafik antara 0.3% hingga 46.7%, dan hampir semua menjana keuntungan. Tetapi menurut jurucakap syarikat-syarikat lebuhraya ini, ‘tidak semua syarikat dapat menjana keuntungan berlandaskan kepada perancangan

pendapatan yang dibuat ketika permulaan pembinaan lebuhraya…ini menyebabkan syarikat-syarikat ini yang membuat pinjaman daripada bank tidak mampu membuat bayaran mengikut perjanjian pinjaman’ Di sini bank-bank yang membuat pinjaman kepada syarikat-syarikat lebuhraya juga bergerak dalam sistem pasaran bebas untuk menjanakan keuntungan dengan mengenakan bunga kepada peminjam. Kebanyakan bank tempatan juga mempunyai hubungan dengan GLC, dan juga dengan kerajaan.Ini bermakna kerajaan Malaysia berpihak kepada syarikat-syarikat pengoperasi tol, syarikat-syarikat pemegang saham dan bank-bank peminjam daripada mempergunakan autoriti politik untuk memenuhi kemahuan rakyat. Ini menujukkan ‘Kerajaan Rakyat, Oleh Rakyat, Untuk Rakyat’ adalah satu pembohongan dalam sistem kapitalisme yang dipelopori oleh kerajaan Malaysia, kerana

‘demokrasi’ dipergunakan untuk memperkayakan segelintir, dan menindas hak-hak dan keperluan majoriti rakyat iaitu kelas pekerja dan rakyat biasa.Seharusnya, sebuah kerajaan yang berpihak kepada keperluan rakyat akan menghapuskan kawalan syarikat-syarikat lebuhraya yang berlandaskan keuntungan maksimum dan kediktatoran sistem pasaran bebas, dan lebuhraya-lebuhraya tersebut akan dimiliknegarakan dan diurus berlandaskan keperluan rakyat di bawah kawalan demokratik pengguna lebuhraya dan pekerja-pekerja di syarikat-syarikat lebuhraya. Untuk merealisasikan kerajaan sebegini, organisasi yang berlandaskan kepada hak-hak dan keperluan warga pekerja dan rakyat biasa perlu dibina dan dikembangkan sebagai landasan untuk membina alternatif kepada sistem kapitalisme.

Kadar Tol Meningkat Lagi ! Ravi

Seperti yang dibentangkan dalam Bajet 2016, kadar gaji minimum di Sabah, Sarawak dan Labuan telah dinaikkan kepada RM920 daripada RM800 sebulan. Sementara di Semenanjung Malaysia, ia

dinaikkan daripada RM900 kepada RM1000 sebulan.

Kenaikan ini menyebabkan pihak majikan tidak berpuas hati kerana ia akan mengakibatkan mereka rugi.

Ini sebetulnya retorik lama. Bahkan, para majikan harus sedar yang gaji minimum ini adalah tuntutan 10 tahun lepas. Ia adalah tidak relevan dengan kos sara hidup sekarang dan hanya sesuai dipakai 10 tahun lalu. Menaikkan gaji adalah malapetaka bagi mereka kerana gaji rendah adalah elemen penting yang harus dipertahankan untuk meraih keuntungan yang tinggi.

Kenaikan gaji tidak harus menyebabkan kenaikan harga barang. Sebaliknya, kenaikan harga barang yang mengharuskan kenaikan gaji minimum. Permintaan tinggi terhadap barang keperluan membuatkan harganya naik. Para kapitalis yang mengeluarkan barang keperluan tidak akan rugi kerana kenaikan gaji

diimbangi dengan kenaikan harga barang. Walau bagaimanapun, para kapitalis yang mengeluarkan barang mewah lah yang akan rugi kerana tidak ada permintaan terhadap barang mewah. Rakyat biasa lebih terdorong untuk membeli barang keperluan yang semakin mahal.

Pada masa sama, elemen nasionalis disebut-sebut oleh beberapa pihak di Sabah dan Sarawak, menyatakan mereka masih dianaktirikan kerana perbezaan gaji minimum antara kedua negeri. Ini juga sebetulnya retorik lama. Pihak seperti ini harus sedar bahawa ia adalah taktik dalam dunia kapitalisme.

Pekerja yang mendapat gaji lebih tinggi akan bimbang ancaman kehilangan pekerjaan melihat situasi

pekerja di tempat lain yang bersedia dibayar lebih murah. Mereka ini tidak akan menentang kapitalis, bahkan melihat pekerja yang mahu dibayar murah itu sebagai saingan. Keadaan ini memberikan kedudukan yang baik buat kapitalis; dapat menekan mereka yang dibayar rendah dan dapat membuatkan mereka yang dibayar tinggi masuk dalam peperangan antara buruh.

Justeru, salah satu alat untuk menghentikan ini adalah dengan para buruh bersatu daripada seluruh penjuru dan memperjuangkan keperluan mereka yang selama ini dinafikan. Kalau ada untung banyak, jangan sampai dinikmati kapitalisnya saja!

Perjuangan Gaji dan Kapitalisme Sharifah

Page 4: kapitalis ada dua parti… pekerja dan anak muda perlu parti sendiri!

4 ANALISA EKONOMI SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -14 JAN - FEB 2016

Amerika dan 11 buah negara lain termasuk Malaysia yang terlibat dalam sebuah rundingan untuk perjanjian dagangan pasaran bebas TPPA selama hampir 1 tahun sudah sampai ke penyudahannya. Pelbagai negara dari 3 buah benua yang merangkumi 40% ekonomi dunia sudahpun menandatangani perjanjian ini.Kemerosotan ekonomi Amerika merupakan punca utama kepada usaha membuat perjanjian ini. Ekonomi Amerika yang mengalami krisis kewangan pada tahun 2008 belum dapat pulih sepenuhnya. Tambahan pula, perjanjian TPPA ini adalah selaras dengan cita-cita Obama yang ingin meluaskan pengaruh ekonomi Amerika Syarikat di rantau Asia Tenggara yang kini didominasi oleh negara China. Butiran perjanjian dan hasil rundingan TPPA adalah berbentuk rahsia dan tidak didedahkan

kepada rakyat. Beberapa laporan mengatakan bahawa para perunding tidak dibenarkan mengambil sebarang nota bagi mengelakkan daripada maklumat perjanjian itu bocor ke media.Disebabkan oleh kesangsian yang wujud disebabkan oleh sifat berahsia oleh golongan pemerintah, rakyat biasa di pelbagai negara bangkit menentang proses perjanjian ini. Di beberapa negara seperti New Zealand, Malaysia termasuk di Amerika Syarikat sendiri, rakyat biasa telah melancarkan aksi protes bagi membantah langkah-langkah kerajaan. Walau bagaimanapun, hasil beberapa pendedahan yang terhad oleh pihak berkuasa, adalah didapati bahawa TPPA merupakan sebuah perjanjian pasaran bebas antara negara-negara yang terlibat dan perjanjian ini akan memberikan kesan yang mendalam

bagi ekonomi negara tersebut.Beberapa pakar ekonomis sendiri telah mengaku bahawa TPPA merupakan agenda neo-liberal yang ingin menswastakan segala pemilikan awam dan memudahkan peralihan modal bagi keuntungan golongan pemodal. Dengan perjanjian TPPA, Malaysia akan tertakluk kepada undang-undang hak cipta yang akan menghalang segala salinan buku atau dokumen yang hanya boleh dibeli dengan harga yang ditetapkan. Anak muda terutamanya golongan mahasiswa akan menghadapi kesukaran disebabkan oleh kenaikan harga buku dan kos pendidikan.Sebarang perubatan generik juga akan menjadi larangan yang akan mengakibatkan peningkatan dalam kos perubatan. Pada masa ini sistem perubatan di Malaysia menggunakan hampir 80% perubatan generik yang mempunyai kos yang lebih murah walaupun fungsinya sama dengan perubatan tidak generik atau asli. Dengan perjanjian ini, rakyat biasa akan terus dibebankan dengan peningkatan kos perubatan yang sudahpun meningkat akibat pengenalan cukai GST dan kenaikan harga barangan.Perjanjian TPPA seperti perjanjian pasaran bebas lain akan mendedahkan tenaga kerja tempatan untuk dieksploitasi dan ditindas oleh kapitalis-kapitalis antarabangsa. Ia akan menjurus kepada serangan ke atas hak-hak

pekerja dan organisasi-organisasi yang melindungi hak pekerja seperti kesatuan dan sebagainya. Selain itu, ramai juga yang menyatakan kerisauan mereka terhadap kesihatan alam semula jadi dan sumber alam yang akan menjadi sasaran utama pemodal dan pengusaha antarabangsa.Perjanjian TPPA oleh kelas pemerintah kita merupakan sebuah serangan ekonomi bagi jutaan kelas pekerja dan rakyat miskin Malaysia. Kerajaan Malaysia bertanggungjawab untuk mendedahkan kelas pekerja Malaysia untuk dieksploitasi oleh kapitalis-kapitalis antarabangsa. Walaupun kerajaan Malaysia yang telah menandatangani perjanjian ini, pihak pembangkang juga tidak membantah TPPA dengan sepenuh tenaga.Walaupun isu transparensi atau sifat rahsia rundingan TPPA dipersoalkan, pembangkang tidak mengambil sebuah posisi yang jelas untuk membantah perjanjian ini. Pihak pembangkang yang juga merupakan pendokong agenda neo-liberal seharusnya menyokong perjanjian seumpama TPPA ini secara senyap-senyap. Segala kritikan mereka hanya merujuk kepada pihak BN dan tidak mendedahkan agenda sebenar disebalik perjanjian TPPA yang bertujuan untuk menindas rakyat biasa.Akhirnya rakyat biasa akan menjadi mangsa percaturan kapitalis dan hegemoni neo-

liberalis.Segala perjanjian ekonomi antara negara-negara lain harus mendapat persetujuan daripada rakyat daripada negara tersebut. Butiran rundingan harus didedahkan kepada rakyat biasa untuk diteliti dan sebuah persetujuan harus dicapai. Kelas pekerja dan rakyat biasa yang akan menjadi mangsa akibat perjanjian-perjanjian yang cuma akan menguntungkan segelintir pihak kapitalis. Maka, rakyat biasa juga perlu membuat usaha untuk mencabar kekuasaan politik oleh kelas kapitalis yang mengambil segala keputusan. Hanya dengan memahami dan menguasai arena politik, kelas pekerja dan rakyat biasa akan dapat melaksanakan dasar-dasar yang memihak kepada mereka.Polisi-polisi yang menindas seperti TPPA hanya boleh dikalahkan dengan sebuah gerakan massa yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat tidak kira kaum dan agama. Untuk memobilasi sebuah gerakan sebegitu, anak muda dan kelas pekerja harus mencari jalan untuk membina kepimpinan yang mampu membawa program yang dapat menyatukan dan menggerakkan rakyat kearah kemenangan. Kepimpinan yang sedia ada tidak berjaya membawa aspirasi rakyat ke hadapan dan kita harus mencari atau membina sebuah organisasi alternatif yang dapat membawa program dan hala tuju yang jelas.

TPPA : Kapitalis di Junjung Rakyat di Tekan Yuva

Setiap kali Jerebu menyusuk masuk ke Malaysia daripada Indonesia, satu sandiwara akan dipersembahkan kepada rakyat Malaysia seolah-olah untuk menunjukkan kerajaan Malaysia amat prihatin dengan kesihatan rakyat Malaysia. Menteri daripada Malaysia akan berjumpa dengan Menteri di Indonesia, dan seterusnya akan membuat sidang media untuk mengumumkan satu perjanjian sudah dipersetui kononnya untuk meyakinkan kedua-dua kerajaan akan memastikan masalah pencemaran Jerebu tidak muncul lagi. Sandiwara ini sudah berlangsung lebih satu dekad, dan rakyat Malaysia sudah tepu dengan permainan politik dalam sandiwara ini. Yang jelas, permainan politik ini semata-mata untuk menyelematkan pelaku (syarikat-syarikat gergasi perladangan) dan mengkaburi mangsa (rakyat biasa di Malaysia dan Indonesia).

Kerajaan Malaysia dan Indonesia sedar bahawa pembakaran hutan

yang tidak bertanggungjawab ini ada kaitan dengan syarikat-syarikat perladangan termasuk beberapa syarikat daripada Malaysia. Tetapi, setakat ini tiada sebarang tindakan diambil terhadap syarikat-syarikat tersebut oleh kerajaan Indonesia mahupun kerajaan Malaysia semata-mata untuk melindungi ‘keuntungan maksimum’ syarikat-syarikat gergasi ini walaupun kesan pencemaran jerebu boleh memberikan impak kesihatan yang besar kepada rakyat biasa.

Dengan teknologi satelit dan pengesan kebakaran, lokasi pembakaran boleh dikenalpasti dengan mudah, tetapi tindakan hanya akan menyusul selepas situasi pencemaran jerebu dalam keadaan ‘bahaya’ atau ‘tidak sihat’ menunjukkan aktiviti ‘memaksimumkan keuntungan’ syarikat-syarikat gergasi lebih diutamakan daripada kesihatan dan kebajikan berjuta-juta rakyat miskin dan biasa di Malaysia dan Indonesia.

Kerajaan BN yang mampu mendapat derma daripada kapitalis Arab untuk menang dalam PRU yang lalu, semestinya mampu untuk memastikan setiap rakyat Malaysia terutama pekerja dan rakyat biasa diberikan alat perlindungan pernafasan (penutup muka dan hidung) untuk melindungi daripada kesan terhadap kesihatan. Begitu juga dengan kerajaan Indonesia yang menang dengan undi rakyat miskin, tetapi kebajikan dan kesihatan rakyat miskin diabaikan untuk menuriti kehendak sistem ekonomi pasaran bebas yang berpihak kepada majikan dan golongan kapitalis. Tetapi, ternyata cita-cita untuk mengekalkan kuasa elit politik lebih penting daripada melindungi keperluan dan kesihatan rakyat untuk kedua-dua kerajaan ini. Begitu juga kerajaan kapitalis ini tidak akan prihatin terhadap pekerja pembinaan, perladangan, pembuatan dan lain-lain yang akan lebih terdedah kepada kesan jerebu, malahan mereka akan terus dipaksa berkerja oleh majikan. Kerajaan pro-kapitalis

di Malaysia dan Indonesia tidak akan memaksa majikan untuk menutup kilang ketika jerebu ‘bahaya’ atau ‘tidak sihat’, dan mewajibkan majikan menyediakan alat perlindungan pernafasan.

Rakyat di Indonesia terutama di Kalimantan yang rata-rata hidup dalam kemiskinan sering dimangsakan dengan gejala jerebu. Begitu juga rakyat di Malaysia tanpa mengira latarbelakang agama, bangsa, jantina akan terjebak dalam jerebu yang boleh mengakibatkan berbagai-bagai penyakit. Sepertimana isu-isu persekitaran dan pencemaran seperti Lynas, nuclear dan lain-lain, rakyat biasa memerlukan satu penyelesaian yang akan memastikan kita dan generasi akan datang dapat hidup dalam persekitaran

yang sihat. Parti-parti kapitalis di Malaysia dan Indonesia akan terus dengan berbagai-bagai sandiwara untuk melindungi pelaku dan mengaburi rakyat biasa. Rakyat biasa di Malaysia dan Indonesia mempunyai hasrat dan matlamat yang sama iaitu satu kehidupan yang sihat dan keperluan asas yang memuaskan. Untuk mencapai matlamat tersebut solidariti dan perjuangan daripada bawah perlu di bina, di Malaysia dan Indonesia. Sosialis alternatif bergerak dan berkembang atas perspektif tersebut.

Sandiwara Jerebu: Permainan Politik untuk Mengaburi Mata Rakyat Ravi

Page 5: kapitalis ada dua parti… pekerja dan anak muda perlu parti sendiri!

SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -14 JAN - FEB 2016 ANALISA SOSIAL 5

Sempena Hari Merdeka dan berikutan krisis pasaran saham di China dan kejatuhan nilai matawang tempatan, masyarakat Malaysia dan dunia telah menyaksikan sebuah perhimpunan massa di jalan raya Kuala Lumpur yang berlangsung selama 2 hari. Ini adalah ansuran keempat protes ‘Bersih’ yang bermula pada tahun 2007 sebagai sebuah gerakan demokrasi untuk reformasi sistem pilihan raya parlimen yang berpihak kepada pemerintahan BN. Pada tahun 2007, hanya terdapat kira-kira 30,000 peserta pada perhimpunan tersebut tetapi bilangan ini telah berkembang pada setiap bantahan, dan tahun ini kira-kira 200,000 orang hadir memakai t-shirt kuning (warna rasmi Bersih).

Pertambahan bilangan peserta jelas menunjukkan rasa tidak puas hati yang semakin meningkat di kalangan lapisan masyarakat yang berbeza yang sedang mencari

penyelesaian kepada masalah harian mereka. Sepanjang dekad yang lalu, kualiti kehidupan rakyat biasa Malaysia telah menurun secara drastik, bersama-sama dengan peningkatan dalam kos perumahan, inflasi dan penswastaan segala jenis perkhidmatan dan industri. Semakin ramai rakyat biasa terdesak menyertai perjuangan disebabkan oleh langkah-langkah penjimatan oleh kerajaan seperti pemotongan subsidi petrol dan gula, pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan GST dan pemotongan perbelanjaan awam.

Pendedahan skandal rahsuah PM Najib baru-baru ini di media tempatan dan antarabangsa telah menyumbang untuk menambahkan huru-hara dalam iklim politik BN. Beberapa faksi telah mula muncul di kalangan golongan pemerintah dan beberapa pihak mula menggunakan skandal rasuah itu untuk menjatuhkan penguasaan

Najib dan merebut kuasa politik. Pembangkang yang sedang berhadapan dengan perpecahan dari PAS pula ingin menutup segala kelemahan dalam koalisi mereka dengan mengalihkan perhatian terhadap PM Najib sambil menyuap slogan ‘Tangkap Najib’ keatas rakyat di perhimpunan Bersih 4.0.

Walau bagaimanapun, ini bukan

sebuah penyelesaian bagi mana-mana masalah yang lebih besar yang dihadapi rakyat seperti hutang isi rumah yang semakin berkembang, kos sara hidup yang tinggi, peluang pekerjaan yang berkurangan, pembekuan kenaikan gaji, kenaikan inflasi dan banyak lagi. Walaupun pakatan pembangkang cuba memberi imej bahawa mereka lebih beramanah berbanding BN, mereka juga tidak dapat mengelakkan kemunculan beberapa skandal di kalangan mereka sendiri. Lihatlah skandal MB Selangor dan skandal syarikat DEIG baru-baru ini. Sifat korup kapitalisme neo-liberal telah agak terdedah pada masa-masa krisis dan kedua-dua pemerintah dan pembangkang telah kehilangan sejumlah besar sokongan di kalangan rakyat biasa.

NGO Bersih secara konsisten berhujah bahawa sistem parlimen yang berprestasi tinggi akan

memastikan kemakmuran untuk rakyat Malaysia dan dengan itu mengemukakan tuntutan seperti pilihan raya yang bebas dan adil dan mengukuhkan demokrasi berparlimen. Walaupun begitu, kegagalan demokrasi-demokrasi model negara dunia pertama untuk mengelakkan krisis kewangan dan menyelesaikan masalah-masalah sosial seperti rasisme dan jenayah mewujudkan kesangsian dalam jalan penyelesaian yang dicadangkan oleh pihak penganjur dan pembangkang.

Kepimpinan Bersih, yang juga kebanyakannya terdiri daripada penyokong pihak pembangkang, sebenarnya telah mengehadkan tuntutan rakyat bagi memastikan kesinambungan kapitalisme di Malaysia walaupun kemerosotan yang berlaku akibat sistem ini dapat dilihat dengan jelas. Usaha penganjur untuk tidak menangani apa-apa isu ekonomi boleh dilihat dalam tuntutan yang samar-samar, ‘selamatkan ekonomi kami. Kelas pekerja, golongan miskin dan orang-orang biasa yang sedang mengalami kesulitan ekonomi tidak akan tertarik semata-mata dengan tuntutan-tuntutan demokratik sahaja. Tuntutan ekonomi yang tepat yang boleh menyentuh masalah sebenar orang ramai akan dapat menarik lebih banyak peserta yang mampu mengalahkan propaganda perkauman dari pihak UMNO. Kelemahan tuntutan pihak penganjur dapat dilihat dengan jelas apabila sebahagian besar masyarakat Melayu terutamanya dari kawasan pedalaman tidak turun bersama ke protes ini.

Bina Alternatif

Walaupun ‘Bersih 4.0’ adalah salah satu perhimpunan massa terbesar yang pernah dilihat

dalam sejarah moden Malaysia, dan dilihat sebagai kejayaan bagi pihak penganjur, realitinya, ia tidak mencapai apa-apa perubahan sebenar untuk kelas pekerja dan golongan miskin. Penyertaan yang amat menggalakkan dari kalangan anak muda dan mahasiswa tidak mendapat sebuah perspektif yang jelas dari pihak penganjur. Pihak penganjur juga tidak menyediakan sebuah struktur yang demokratik dimana peserta protes ini dapat menyuarakan pendapat dan terlibat dalam proses-proses yang akan menentukan hala tuju gerakan ini.

Banyak lagi organisasi ‘berhaluan kiri’ juga menyokong kepimpinan Bersih dan tidak membawa tuntutan yang boleh mencapai lebih ramai rakyat. Kebanyakan badan bukan kerajaan, parti-parti politik pembangkang, aktivis sosial dan golongan intelektual telah menyatakan penghargaan mereka terhadap kejayaan perhimpunan ini tanpa menghargai kemungkinan bahawa gerakan-gerakan seperti ini boleh mencetuskan perubahan sebenar jika tuntutan dan perspektif yang tepat dapat disampaikan.

Kami telah turun ke protes Bersih ini dengan membawa slogan-slogan yang menentang sistem kapitalisme dan mencadangkan alternatif sosialisme sebagai penggantinya. Kami menyeru kepada kelas pekerja dan rakyat biasa daripada semua latar belakang untuk bersatu dalam pembinaan sebuah penentangan yang berkesan terhadap sistem kapitalisme yang menindas. Gerakan seumpama ini harus melepaskan diri daripada limitasi yang diwujudkan oleh pihak penganjur dan pembangkang dan bergerak membawa perubahan yang sebenar.

Bersih 4.0 : Perlu Pembinaan Sebuah Alternatif ! Yuva

Secara ringkas, pemerdagangan manusia berlaku apabila manusia didagangkan, dijual atau diseludup untuk tujuan eksploitasi seksual, buruh paksa, atau apa sahaja jenis perhambaan moden. International Labor Organization (ILO) juga telah mengenal pasti kaitan pemerdagangan manusia dengan kategori buruh paksa; antaranya perhambaan, penderaan pekerja domestik, individu yang diperdaya untuk ke sesuatu tempat lain oleh seseorang yang akan mendapat keuntungan dengan menjualnya, dan lain-lain lagi.

Aktiviti pemerdagangan manusia juga dapat disebut sebagai suatu industri global yang besar. Ini kerana pasaran telah wujud apabila ada individu yang membayar tenaga kerja manusia yang diperhambakan.

Terdapat juga pihak yang sengaja mengawal manusia lain untuk memperoleh keuntungan dengan memaksa mereka menjadi pekerja seks. Malah, kebanyakan mangsa terdiri daripada golongan perempuan dan kanak-kanak. Oleh sebab itu, pemerdagangan manusia atau penghambaan moden ini jauh lebih teruk berbanding penghambaan pada masa lalu kerana ia berlaku dalam skop yang lebih luas dan lebih ramai manusia telah menjadi mangsa.

Sebahagian mangsa juga terperangkap kerana tertipu dengan janji manis daripada individu lain, agensi pekerjaan atau ‘bakal majikan’. Mereka berharap diberikan gaji yang lumayan, tapi akhirnya datang sebagai ‘pendatang’ yang tidak mempunyai perlindungan.

Mereka kemudiannya terus dimanipulasi. Bahkan, selalu terjadi kes apabila mereka ditangkap atas kesalahan menyeludup dadah dari satu negara ke negara lain, satu bentuk eksploitasi yang dinamakan sebagai ‘keldai dadah’, padahal mereka tidak tahu langsung akan kehadiran dadah tersebut.

Pemerdagangan manusia berakar daripada idea bahawa manusia ialah komoditi yang boleh dijual beli. Ini mempunyai hubungannya dengan kapitalisme; yang

cuma ingin mendapatkan sebanyak keuntungan, dan mengawal cara-cara produksi. Dalam sistem kapitalisme ini, manusia disamakan seperti barang dagangan, tidak ada maruah untuk dihormati atau dilindungi. Manusia hanya

dilihat bernilai dalam sudut ekonomi sahaja; iaitu bagaimana dapat memanfaatkannya untuk memberikan keuntungan kepada pihak yang mempergunakannya.

Perhambaan Moden Sharifah

Page 6: kapitalis ada dua parti… pekerja dan anak muda perlu parti sendiri!

6 BERITA PEKERJA SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -14 JAN - FEB 2016

GST bukan sahaja telah menaikkan kos hidup pekerja dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, malahan majikan pula telah menjadikannya alasan untuk memberhentikan pekerja.Seramai 300 pekerja telah kehilangan punca pendapatan mereka di syarikat pengeluaran kereta, NAZA Automotive di Kedah. Ini merupakan satu lagi kesan pengenalan cukai GST yang menurut laporan MTUC sudah memakan lebih daripada 10 ribu pekerjaan di Malaysia setakat ini. Majikan mengambil langkah-langkah seperti mengurangkankan tenaga kerja atau menutup bahagian-bahagian tertentu dalam kilang, dengan tujuan mengurangkan kos akibat GST bagi mengekalkan keuntungan syarikat. Walaupun para pemilik dan pemodal untuk sekian lama telah menikmati keuntungan bernilai berjuta-juta ringgit hasil titik peluh

kelas pekerja, bila keuntungan mereka tergugat, mereka langsung tidak menghiraukan nasib pekerja biasa. Mereka juga tidak akan teragak-agak untuk menutup kilang atau perniagaan jika keuntungan mereka semakin merosot.Tambahan pula, warga pekerja di Malaysia dijangka akan terus menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran dalam masa-masa yang akan datang dengan keadaan ekonomi negara yang tidak stabil.Kesatuan-kesatuan sekerja harus menyedarkan pekerja tentang hak-hak mereka, dan menggandakan usaha untuk membela dan melindungi hak pekerja serta membina solidariti. Situasi ekonomi global dan tempatan yang ketika ini semakin merosot akan mewujudkan cabaran-cabaran baru bagi kelas pekerja secara keseluruhan, dan hak dan kebajikan akan terus dikikis.Bagi menyediakan perjuangan yang berkesan untuk kelas pekerja,

kesatuan sekerja harus membina organisasi mereka dengan berjuang demi kepentingan pekerja. Jika kepimpinan lama didapati sudah sebati dengan golongan birokrasi kapitalis, majikan atau pemodal, maka pimpinan baru dari kalangan ahli biasa dan anak muda harus dicari.Pada masa yang sama, kelas pekerja juga harus sedar akan kepentingan suara politik yang mampu membawa aspirasi dan hasrat mereka ke hadapan. Berserta dengan perjuangan untuk membela hak pekerja, sebuah usaha

untuk mewujudkan parti politik yang berlandaskan kelas pekerja dan anak muda untuk mewakili

kepentingan mereka juga harus dimulakan.

GST Memberhentikan Pekerja ! Yuva

Menurut sumber daripada Jabatan Statistik Malaysia, kadar pengangguran di Malaysia yang di catatkan pada Ogos tahun ini meningkat sebanyak 0.2 % kepada 3.2 % berbanding 3.0 % pada April lalu. Ini menjadikan jumlah rakyat Malaysia yang tidak bekerja adalah sebanyak 454 ribu orang. Menurut laporan Perangkaan Utama Tenaga Buruh pada Mei lalu, kadar pengangguran pada setiap tahun mencatatkan peningkatan sebanyak 0.2 %. Ini adalah berikutan daripada pengurangan kadar penyertaan tenaga buruh sebanyak 0.1 % daripada 67.5 % tenaga buruh aktif yang berumur di dalam lingkungan 15 sehingga 64 tahun.Bagi golongan anak muda atau graduan universiti, kadar pengangguran di catatkan sebanyak 11.1 % daripada keseluruhan jumlah tenaga buruh berumur di antara 15 sehingga 24 tahun. Statistik ini adalah yang terakhir direkodkan pada penggal kedua tahun 2013. Jika dibandingkan dengan 3 tahun sebelum itu iaitu pada 2010, kadar pengangguran anak muda mengalami peningkatan sebanyak 1.1 %. Pada 2014, Jabatan Perangkaan Malaysia mendedahkan sebanyak 31 % daripada jumlah penganggur di negara ini adalah graduan universiti, yang mewakili jumlah sebanyak 130 000 orang.

Bagi kerajaan, langkah yang diperlukan untuk menangani atau mengawal permasalahan pengangguran di kalangan anak muda dan graduan universiti adalah dengan mewujudkan skim bantuan latihan pekerjaan untuk lepasan SPM, STPM dan graduan universtiti, seperti Skim Latihan 1

Malaysia (SL1M). Hujah dari pihak pemerintah, skim ini bertujuan untuk memberi latihan kepada golongan tersebut untuk menguasai kemahiran komunikasi dan bahasa, terutamanya di dalam bahasa Inggeris, serta memperkasakan kemahiran kerja individu berdasarkan keperluan syarikat-syarikat swasta dan GLC (separuh kerajaan) yang menyertai program itu.

Daripada melabur ke dalam ekonomi untuk mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih banyak di dalam sektor awam, pemerintah menggunakan skim SL1M tersebut hanya untuk manfaat yang sementara dan memberikan ilusi bahawa kononnya program sebegini mampu untuk menyelesaikan masalah pengangguran ini dari akarnya. Hakikatnya, sistem ekonomi yang di guna pakai di negara ini dan di seluruh dunia hari ini hanya meletakkan tenaga buruh sebagai komoditi yang dijual beli oleh syarikat-syarikat kapitalis ini dengan harga yang murah mengikut keperluan sistem pasaran bebas Kapitalisme. Ini bermaksud, bermula dari alam persekolahan atau pengajian tinggi, seseorang individu perlu memilih bidang yang bersesuaian mengikut kehendak pasaran bebas yang tentu sekali berada di luar kawalan mereka. Malah bidang-bidang yang paling banyak mendapat tempat di dalam pasaran adalah bidang yang memerlukan kos pendidikan yang tinggi dan di luar kemampuan kebanyakan rakyat biasa. Tidak sekadar itu, kebanyakan graduan dari bidang ini juga terhimpit

dengan hutang pinjaman pembiayaan pelajaran yang lebih mahal setelah dikenakan caj faedah pinjaman.

Manakala bagi anak muda yang mempunyai kelulusan pendidikan lebih rendah juga tidak terlepas dari terhimpit dengan masalah pengangguran dan kos sara hidup yang tinggi pada hari ini. Sebahagian besar dari mereka yang baru memasuki alam pekerjaan ini hanya ditawarkan pekerjaan sementara dan kontrak yang tidak menjamin hidup mereka. Kebanyakan anak muda ini tidak punyai pilihan di dalam apa jua bidang yang ditawarkan di dalam pasaran. Terdapat ramai dari golongan anak muda dan graduan universiti pada hari ini yang kerap bertukar pekerjaan kerana sentiasa mencari kerja yang lebih baik dan sesuai untuk diri mereka.

Pada akhirnya, pihak pemerintah elit dan pro kapitalis ini akan tetap

juga menyalahkan rakyat biasa, khususnya anak muda dan graduan universiti kerana malas berusaha dan tidak memenuhi keperluan sistem pasaran. Walhal, masalah pengangguran, kemiskinan dan kejatuhan taraf hidup masyarakat adalah disebabkan oleh sistem kapitalisme yang diamalkan oleh segelintir golongan elit ini. Mewujudkan peluang pekerjaan bukanlah matlamat kapitalisme, tetapi matlamatnya hanyalah keuntungan maksimum semata-mata. Pertumbuhan ekonomi yang pesat bagi sesebuah negara tidak bermaksud apa-apa untuk jutaan rakyat biasa sekiranya mereka masih dihimpit oleh masalah pengangguran, kenaikan kos sara hidup, kemiskinan dan pelbagai lagi masalah sosial.

Rakyat, khsususnya dari golongan komuniti anak muda, kesatuan mahasiswa dan kelas pekerja yang di pimpin oleh Kesatuan-kesatuan Sekerja perlu bersatu

dan melakukan tindakan kolektif dengan program yang jelas untuk menentang segala polisi dan dasar yang telah mengakibatkan segala krisis sosial ini muncul. Isu pengangguran anak muda pada hari ini seharusnya di ambil serius oleh kepimpinan kelas pekerja dan kesatuan sekerja, supaya mereka tidak terasing dari perjuangan dan tuntutan yang sama oleh gerakan anak muda dan mahasiswa.

Generasi muda pada hari ini berhak untuk mendapat pekerjaan dan gaji yang sewajarnya. Mereka juga berhak untuk berkesatuan bagi memperjuangkan tuntutan mereka di dalam masyarakat. Mereka perlu berjuang untuk sebuah alternatif yang baru kepada sistem kapitalisme dan hanya dengan itu segala krisis yang menimpa mereka hari ini mampu di tamatkan. Anak muda dan pekerja, bersatulah!

.

Pengangguran di Kalangan Anak Muda Meningkat ! Zulhadzrin

Page 7: kapitalis ada dua parti… pekerja dan anak muda perlu parti sendiri!

SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -14 JAN - FEB 2016 BERITA PEKERJA 7

Pada 10 Oktober yang lalu, Mahathir telah dijemput oleh kepimpinan Kesatuan Sekerja Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) untuk membentangkan ‘kesan isu-isu ekonomi terhadap pekerja di Malaysia’ dalam satu forum anjurannya. Ketika itu, Mahathir telah mengutuk polisi-polisi Najib seperti BRIM, TPPA, GST dan lain-lain, dan juga mengatakan Najib tidak mempunyai polisi berkenaan kebajikan pekerja. Sebenarnya Mahathir langsung tidak layak berbincang tentang kebajikan pekerja memandangkan ketika 22 tahun pemerintahannya berbagai-bagai polisi dan agenda seperti penswastaan diperkenalkan yang telah menghakis hak dan kebajikan pekerja. Dengan agenda perindustrian dan pelaburan yang pesat dengan polisi seperti ‘Pandang ke Timur’, Mahathir mempergunakan polisi buruh murah untuk menarik pelabur asing. Undang-undang dan akta buruh, akta pekerjaan dan akta kesatuan diubah untuk memihak kepada kehendak syarikat-syarikat multinasional yang bermatlamat mengaut keuntungan besar. Tuntutan gaji minimum oleh kesatuan ditolak dengan alasan tidak mesra kepada ekonomi pasaran bebas kapitalisme. Mahathir juga tidak memperakui pembentukan kesatuan kebangsaan untuk pekerja-pekerja elektronik semata-mata untuk memikat hati kapitalis-kapitalis terutamanya daripada Jepun. Dengan agenda neo-liberalisme Mahathir, Malaysia manjadi padang permainan kapitalis-kapitalis antarabangsa untuk melipatgandakan keuntungan dengan mengeksploitasi tenaga buruh warga pekerja. Kini Najib pula terus menyerang saki baki hak dan kebajikan yang masih ditinggalkan oleh Mahathir dengan melonggarkan hak-hak buruh dengan mempertahankan polisi-polisi seperti ‘outsourcing’, pekerja kontrak dan lain-lain. Kini pekerja dipaksa pekerja 12 jam dengan gaji yang tidak memadai untuk menyara hidup. Kadar gaji minimum yang diperkenalkan jauh lebih rendah daripada kenaikan

kadar inflasi. Seperti Mahathir , Najib juga adalah daripada acuan yang sama yang mempelopori agenda-agenda yang menghakis hak dan kebajikan pekerja dan kesatuan dengan mempertahankan ekonomi pasaran bebas kapitalisme.Adalah tidak wajar untuk kesatuan dan kepimpinannya memberikan penghormatan kepada Mahathir dan pemimpin-pemimpin politik yang seacuan dengannya, dengan membelakangkan penindasan dan eksploitasi yang dilakukan oleh mereka. Ini seperti ‘musuh kepada musuh adalah kawan saya’, tetapi sebenarnya kedua-duanya adalah musuh kepada pekerja. Solidariti Pekerja beranggapan bahawa ini adalah satu penghinaan kepada pekerja dan kesatuan. Kesatuan adalah landasan perjuangan kepada pekerja, dan kepimpinan seharusnya melatarbelakangkan maruah, keperluan dan hak pekerja, bukannya memberikan penghormatan kepada penindas hak dan kebajikan pekerja seperti Mahathir.

Mahathir dan Kebajikan Pekerja Ravi

Pekerja Atlas Nilai Berjaya Menuntut Caruman KWSP Ravi

Seramai 55 pekerja kilang ATLAS cawangan Nilai telah berjaya menuntut majikan untuk membuat caruman KWSP untuk bayaran komisen selepas mengetahui salahlaku di pihak majikan yang selama ini telah menyembunyikan hak pekerja tersebut. Majikan kilang ais ATLAS hanya mencarum untuk gaji pokok tetapi tidak membuat caruman KWSP untuk komisen seperti yang diwajibkan oleh undang-undang. Para pekerja ATLAS yang kebanyakannya pemandu lori dan pembantu lori dibayar komisen secara bulanan berlandaskan kepada jumlah jualan beg ais, selain daripada gaji pokok. Kebanyakan mereka yang bergaji rendah, amat mengharapkan kepada komisen untuk menambah pendapatan bulanan mereka, dan tabung KWSP amat penting untuk membantu mereka di hari tua. Tetapi, dengan majikan tidak mencarum sebanyak 13 peratus selama lebih 10 tahun, majikan telah menipu ratusan ribu ringgit yang sepatutnya dibayar kepada simpanan KWSP pekerja.

Apabila para pekerja mengetahui penipuan telah berlaku selama ini, mereka melalui Jawankuasa Pekerja Atlas Nilai telah menuntut supaya majikan membayar 13 peratus caruman terhadap komisen yang tidak dimasukkan ke KWSP serta memulakan pembayaran caruman KWSP untuk komisen. Atas desakan para pekerja, majikan bersetuju untuk mencarum mulai Mei 2015, dan setelah beberapa rundingan oleh Jawankuasa Pekerja ATLAS, majikan akhirnya bersetuju untuk membayar 13 peratus daripada komisen selama 7 tahun termasuk dividen tahunan KWSP. Pada akhir bulan November, majikan telah membayar sejumlah RM200,000 untuk 55 pekerja ATLAS.Pekerja ATLAS Nilai yang tidak ada kesatuan sekerja telah menubuhkan Jawatankuasa Pekerja ATLAS Nilai untuk memperjuangkan hak dan kebajikan pekerja semenjak 2012. Jawatankuasa Pekerja dengan sokongan padu pekerja sebelum ini telah memenangi beberapa hak dan kebajikan daripada majikan. Di

antaranya, pakaian perlindungan (uniform, baju hujan dan kasut); membaikpulih lori-lori lama dan mengantikan tayar celup dengan tayar original; pemberian cuti tahunan mengikut keperluan pekerja; memberhentikan pemotongan caj perkhidmatan untuk pembayaran gaji melalui bank; menuntut pengurus menghormati pekerja dan berunding dengan jawatankuasa pekerja; dan juga dalam isu yang berkaitan dengan pembayaran gaji dan bonus. Beberapa kejayaan pekerja ATLAS Nilai mencerminkan dengan kepimpinan pekerja yang berpihak kepada keperluan pekerja, dan mendapat keyakinan majoriti, hak dan kebajikan pekerja boleh dipertingkatkan. Sebegitu juga dengan kepimpinan kesatuan sekerja yang berpihak kepada keperluan pekerja dan sanggup berjuang untuk hak dan kebajikan mereka, akan sentiasa disokong oleh pekerja.

Page 8: kapitalis ada dua parti… pekerja dan anak muda perlu parti sendiri!

8 ANAK MUDA SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -14 JAN - FEB 2016

Kos Pendidikan Semakin Mahal ! Nik Faris

Pendidikan adalah keperluan asas buat anak muda serta warga pekerja bagi mendapat pekerjaan yang mampu memberikan kehidupan yang selesa. Dengan satu sijil, mereka mengharapkan untuk meneruskan kehidupan yang selesa dan tenteram. Namun ini tidak berlaku di bawah sistem ekonomi yang asyik mementingkan keuntungan swasta dan mengabaikan kepentingan orang biasa. Di bawah sistem ini, pendidikan dijadikan komoditi yang dijual beli demi keuntungan dan bukan lagi dilihat sebagai suatu keperluan asas bagi rakyat.

Benar, pinjaman PTPTN disediakan buat para pelajar yang menuntut di semua institusi pengajian tinggi, namun dengan kenaikkan kos yuran dan pemotongan perbelanjaan dari kerajaan bagi pendidikan, golongan pelajar terpaksa menghabiskan lebih banyak wang mengakibatkan semakin kurangnya penjimatan. Ini jelas berlaku di institusi-institusi pengajian tinggi di sekitar Lembah Klang. Tambahan pula kerajaan sedang meneruskan agenda penjimatan dengan menarik balik subsidi dan memperkenalkan cukai GST yang membebankan kedua-dua anak muda dan ibu bapa yang membayar kos pendidikan tersebut.

Hutang pelajar, harga sewa penginapan yang semakin meningkat, dan prospek bekerja dengan gaji yang rendah serta ketidakstabilan pekerjaan pasti akan bermain di dalam kebanyakan minda para pelajar tempatan. Berdasarkan satu kaji selidik yang dijalankan oleh Quacquerelli Symmonds untuk tahun pengajian 2014-2015, Malaysia berada di tempat ke-sepuluh termahal buat yuran pengajian universiti, yakni berpurata sebanyak RM79,000 setahun. Pendapatan purata bagi rakyat Malaysia pula adalah RM2052 sebulan, dan bagi kelompok ini, 55% dari gaji ibu bapa akan digunakan bagi membiayai pembiayaan anak-anak di universiti bagi mereka yang tidak memiliki biasiswa dan pinjaman pendidikan.

Dengan kos sewa rumah di luar kampus yang melambung tinggi, semakin ramai pelajar juga terpaksa bekerja separuh masa demi menampung perbelanjaan yang semakin meningkat itu.

Dalam dua tahun kebelakangan ini, golongan pelajar sudah mula menuntut hak-hak mereka seperti kelangsungan operasi

penyelenggaraan kolej-kolej penginapan serta utiliti, seperti di UM, UKM dan UIA. Walaupun jumlah mereka masih sedikit, dengan pemindaan AUKU pada Jun 2012 mahasiswa berhak menyuarakan tuntutan-tuntutan mereka dengan lebih tegas lagi. Budaya demonstrasi secara aman mestilah digalakkan di institusi-institusi pengajian tempatan, lebih-lebih lagi demi melawan polisi penjimatan RM2.4 billion bagi sektor pendidikan.

Seharusnya persatuan-persatuan pelajar di IPTA yang semakin aktif

mula berorganisasi dan berhubung dengan persatuan-persatuan pelajar di institut pengajian tinggi yang lain. Satu-satunya cara untuk mengubah nasib anak muda adalah untuk menyebarkan kesedaran mengenai kondisi pelajar tempatan kepada kelas pekerja untuk mendapatkan sokongan mereka. Organisasi anak muda juga harus menyeru untuk solidariti daripada kelas pekerja dan rakyat biasa bagi melebarkan perjuangan mereka.

Di bawah sistem kapitalisme, aspirasi anak muda atau rakyat biasa tidak mampu dipenuhi dan

gerakan anak muda harus juga membawa satu alternatif yang jelas untuk menentang sistem kapitalisme. Satu perjuangan untuk menukar sistem akan menarik pelbagai bahagian masyarakat ke dalam perjuangan massa dan akan memberikan peluang untuk mencapai sebuah masa depan dimana kemudahan asas seperti pendidikan tidak lagi dikongkong oleh segelintir orang untuk keuntungan wang duit.

Mangsa SK Tohoi: Ke manakah Arah Pendidikan Negara? Shaqirah

Akhir Ogos yang lalu, Malaysia di kejutkan dengan berita kehilangan 7 kanak kanak orang asal dari sekolah yang sama; SK Tohoi, Gua Musang, Pahang. Masing-masing dipercayai hilang ketika dibawah pengawasan sekolah. Apabila beberapa mangsa ditemui didapati bahawa mangsa telah lari dari sekolah akibat takut akan hukuman guru, setelah mandi di sungai berdekatan sekolah.

Takziah buat keluarga mangsa

Reaksi dari anak muda, ahli politik dan aktivis, meluahkan tanda tanya; apakah terlalu sukar untuk menjaga kanak-kanak ini, bagaimana pula dengan sistem peraturan sekolah, apakah terlalu ketat sehingga menakutkan mereka dan bagaimana pula keadaan prasarana sekolah.

Apakah lubang-lubang keluar masuk pelajar SK Tohoi tidak pernah ditutup sehingga memudahkan mereka lari keluar? Timbalan Menteri Zahid Hamidi pula menyifatkan kejadian dengan unsur penculikan.

Tuding pada sistem

Tatkala akhbar arus perdana memberitakan kejadian tersebut sebagai bukanlah salah guru, tetapi tidak bertemu kesimpulan yang wajar. Rakyat biasa dan anak muda pula menggunakan media alternatif untuk menulis pelbagai persoalan tentang kejadian ini. Samaada apakah salah guru, peraturan, atau

kanak-kanak yang terlalu nakal, ia akhirnya kembali kepada sistem yang sedang kita amalkan sekarang ini.

Cabaran sistem pendidikan di bawah sistem kapitalisme

Sememangnya sistem kapitalisme tidak mampu menampung segala

keperluan asas rakyat biasa. Birokrasi dan demokrasi menjadi bahan permainan politik demi keuntungan segelintir golongan kaya sahaja. Tatkala sekolah-sekolah berprofil tinggi seperti SK Bukit Damansara dan SK Seri Bintang Utara dibiayai secukupnya, sekolah sekolah seperti di Kelantan, Sabah dan Sarawak pula mundur dan diabaikan. Manakala Maktab Rendah Sains Mara pula sering menjadi perhatian kerana, dari tahun ke tahun mengekalkan jumlah pelajar yang hampir keseluruhannya cemerlang dalam peperiksaan.

Secara purata, rakyat Malaysia menempuhi pengalaman belajar di bangku sekolah selama 15 tahun. Namun ironinya, lingkungan umur yang menghidapi penyakit AIDS, ketagihan dadah dan menjadi penghuni terbesar penjara-penjara adalah dari lingkungan 18-29 tahun. Bagaimana pula dengan kes-kes juvana yang meningkat dari tahun ke tahun, pilihanraya ke pilihanraya. Begitu juga silibus pendidikan Malaysia yang berubah setiap kali Menterinya berubah. Terkini, tragedi murid SK Tohoi menjadi mangsa sistem pendidikan negara kita. Kekurangan kakitangan dan struktur prasarana adalah antara isu paling besar bagi sekolah tersebut, dan ini berlaku pada

kebanyakkan sekolah-sekolah luar bandar dan sekolah vernakular.

Kejadian ini mesti dijadikan pengajaran buat ibu bapa, guru, dan kita semua. Sistem pendidikan dibawah sistem kapitalisme yang bersifat individualistik, berasaskan persaingan, dan bermotifkan keuntungan semata-mata akan menjadikan pelajar sekolah dan guru seakan buah catur untuk kepentingan golongan pemodal dan majikan kaya.

Apa yang harus kita lakukan?

Anak muda dan aktivis, organisasi kiri dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru, harus segera aktif dan bangkit bersuara. bukan sahaja dalam sekolah masing-masing tetapi dari daerah ke daerah, negeri ke negeri, seterusnya ke seluruh negara. Pendidikan adalah hak asasi, dan semua lapisan masyarakat harus diberikan peluang untuk pendidikan yang mencukupi. Semua murid juga layak mendapat pendidikan berkualiti seperti mana sekolah-sekolah berprofil tinggi di bandar juga. Ayuh sertai perjuangan politik untuk menukar sistem, kembalikan demokrasi kepada rakyat biasa!

Page 9: kapitalis ada dua parti… pekerja dan anak muda perlu parti sendiri!

SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -14 JAN - FEB 2016 BERITA LUAR NEGARA 9

Tragedi Keganasan di Paris Yuva

Sebuah tragedi keganasan telah melanda kota Paris sekali lagi. Kali ini, lebih 120 orang terkorban dan berpuluh-puluh lagi tercedera di tempat-tempat hiburan di mana pekerja dan anak-anak muda berkumpul di hujung minggu (Stade de France, pusat muzik di Bataclan). Tragedi ini berlaku di tempat yang padat dengan kelas pekerja dan masyarakat minoriti daripada pelbagai latar belakang. Kelakuan hina ini ditimpa keatas rakyat biasa yang tidak berdosa dan tidak mempunyai sebarang pertahanan bagi diri mereka.

Peristiwa keganasan seperti ini sudah bertambah kebelakangan ini di serata dunia. Pada hari Jumaat yang sama berlaku pengeboman di Baghdad dan Nigeria, pada November 12 di sebuah pasar di Beirut, pengeboman di Turkey bulan lalu dan juga di Tunisia. Kami berdukacita dengan semua mangsa kelas pekerja, rakyat biasa, anak muda daripada pelbagai latar belakang dan warisan ini.

Kami mengutuk tindakan pengecut oleh pengganas.

Serangan ganas terhadap orang biasa yang tidak bersenjata ini merupakan sebuah tindakan pengecut walaupun pelbagai alasan telah diberikan. Pengganas ISIS yang telah mengambil tanggungjawab penuh bagi serangan terbaru ini menggunakan kaedah-kaedah yang tidak berbeza daripada pemerintahan diktator atau junta tentera. Mereka

menggunakan keganasan sebagai senjata politik untuk menakutkan rakyat dan mencegah daripada mereka untuk bersatu. Ketakutan yang timbul akan mengukuhkan elemen-elemen perkauman dan mewujudkan perpecahan antara rakyat biasa dan kelas pekerja.

Kelas pekerja dan anak muda harus bersatu menentang perkauman dan tindakan yang tidak bertamadun.

Aksi keganasan yang dilakukan oleh ISIS telah mendedahkan sifat sebenar pertubuhan ini, yang tidak lebih daripada sekumpulan perompak dan penyeludup murahan. Kewujudan ISIS itu sendiri adalah akibat daripada malapetaka perang yang dianjurkan oleh kerajaan-kerajaan Eropah dan Amerika yang telah melanda kawasan Timur Tengah untuk berdekad-dekad lamanya.

Dengan menyerang kawasan orang ramai tanpa mengira latar belakang, ISIS hanya berjaya menyebarkan lagi Islamofobia yang akan memberikan kesan negatif bagi umat Islam bukan sahaja di Perancis malah di seluruh dunia. Peristiwa ini akan dipergunakan oleh golongan-golongan tertentu untuk menyemai sentimen perkauman yang akan menambah masalah bagi

golongan minoriti dan imigran yang sudahpun menghadapi krisis pada masa ini. Peristiwa kebakaran di kem pelarian di Calais, Perancis berikutan pengeboman ini adalah

contoh baik bagaimana golongan fasis mengambil kesempatan ini untuk melakukan aksi keganasan terhadap golongan minoriti imigran yang tidak ada kena-mengena dengan kelakuan pengganas.

Kami juga mengutuk kumpulan ‘The Angry of Calais’ (Penduduk Calais yang marah) yang sengaja menyebarkan sentimen perkauman tanpa sebarang asas. Kini, 6000 nyawa penghuni kem pelarian Calais yang digelar ‘kem pelarian hutan’ (Jungle Refugee Camp) berada dalam bahaya. Mangsa-mangsa perang yang melarikan diri ke Eropah untuk mencari hidup yang lebih baik kini diduga dengan pelbagai jenis ancaman.

Selain itu, kerajaan juga akan mempergunakan situasi ini

untuk menguatkan cengkaman mereka terhadap rakyat biasa. Dengan pengumuman ‘darurat’ di Perancis, kerajaan telah berjaya mengharamkan segala gerakan

kelas pekerja dan rakyat biasa seperti mogok atau piket. Perhimpunan solidariti seperti yang diadakan semasa peristiwa Charlie Hebdo dahulu juga tidak dibenarkan oleh kuasa kerajaan.

Propaganda perang

Pada masa ini, semua parti utama di Perancis daripada parti pemerintah PS ke parti sayap kanan Fron Nasional bersatu untuk

mendendangkan propaganda peperangan di Timur Tengah walaupun perang ini merupakan punca utama kepada kesengsaraan ribuan rakyat Timur Tengah dan Eropah. Kerajaan ini sambil menyokong peperangan negara Eropah di Syria, pada masa yang sama juga menyokong rejim Erdogan di Turkey yang diketahui umum untuk membantu ISIS. Rejim Erdogan memberikan kemudahan kepada ISIS untuk menindas masyarakat Kurdistan di Kobane walaupun rakyat Kobane berjaya untuk membendung perkembangan ISIS beberapa kali.

Kerajaan Perancis bersama dengan kerajaan Eropah lain juga memberikan sokongan dan menjual senjata api kepada kerajaan-kerajaan korup Qatar dan

Arab Saudi yang mengukuhkan kewujudan ISIS dengan menindas rakyat Yemen.

Ia adalah penting bagi organisasi di bawah gerakan pekerja, kesatuan sekerja, parti politik, aktivis hak asasi, anak muda dan sebagainya untuk bersatu dan mengisytiharkan penentangan mereka terhadap peperangan dan dasar-dasar kapitalisme yang menindas orang biasa demi keuntungan wang duit.

Kelas pekerja, anak muda dan rakyat biasa harus bersatu dan menentang polisi-polisi kerajaan Eropah terhadap Timur Tengah yang hanya mewujudkan krisis-krisis keganasan seperti yang berlaku di Paris Jumaat lalu. Walaupun banyak pihak akan cuba menggunakan propaganda perkauman untuk menambah sokongan mereka pada masa-masa krisis sebegini, organisasi pekerja dan anak muda harus memberikan kepimpinan untuk menyatukan rakyat biasa untuk menentang polisi-polisi kapitalis. Segala punca permasalahan pengganas dan kesengsaraan di Timur Tengah dan di seluruh dunia adalah sistem kapitalisme itu sendiri dan hanya boleh selesai dengan tuntutan dari gerakan massa.

Bagi membina gerakan massa yang mampu mengalahkan kuasa-kuasa kapitalis, sebuah kepimpinan yang boleh membawa alternatif yang jelas amat diperlukan bukan sahaja di Peranchis, tetapi di seluruh dunia.

150 Juta Pekerja di India Mogok Ravi

Mogok di seluruh India pada 2 September adalah yang terbesar sejak kemerdekaan daripada British.Di sebalik janji-janji besar untuk ‘mengembangkan ekonomi’, kerajaan sayap kanan BJP di bawah Perdana Menteri, Narendra Modi, dalam tempoh satu tahun pemerintahannya, telah lebih menghancurkan kehidupan warga pekerja di bandar dan juga di luar bandar India.10 kesatuan sekerja utama mengumumkan mogok untuk menuntut gaji minimum, faedah keselamatan sosial kepada semua, hak-hak kesatuan sekerja, pindaan undang-undang buruh serta isu-isu lain seperti penswastaan sektor awam dan lain-lain isu yang semakin mencengkam kehidupan rakyat biasa dengan polisi kerajaan yang memihak kepada pelabur dan peniaga besar.Ini adalah mogok umum ke-16 sejak 1991, apabila pembaharuan

ekonomi Neo-Liberal yang agresif dimulakan oleh rejim Kongres sebelumnya. Di beberapa negeri kedai-kedai dan pejabat ditutup dan segala-gala aktiviti seharian terhenti. Laporan menunjukkan bahawa pekerja dalam unit pertahanan di seluruh negara telah mengambil bahagian dalam mogok secara besar-besaran, dan pengeluaran pertahanan telah serius terjejas oleh mogok. Walaupun secara rasmi, pada minit terakhir gabungan kesatuan yang berpihak kepada kerajaan memboikot mogok, kemarahan di kalangan pekerja bawahan adalah begitu ketara sehingga pekerja akar umbi tidak bersedia untuk menarik balik notis mogok, walaupun arahan daripada kepimpinan mereka. Penyelia-penyelia kilang di Bharat Electronics Limited di Bangalore memakai lencana hitam sebagai tanda protes, kerana mereka tidak dibenarkan secara undang-undang

untuk menyertai mogok secara langsung. Sama sekali 50,000 pekerja sektor awam di Karnataka mengambil bahagian dalam mogok.Malah, penyertaan besar-besaran dalam mogok bersejarah ini dalam perbankan, perlombongan arang batu, pelabuhan dan industri keluli mengejutkan ramai dalam kerajaan. Mereka baru sahaja terhibur dengan laporan mengenai penurunan mogok dalam tempoh dua tahun lepas semenjak Februari 2013 apabila lebih daripada 100 juta pekerja di India telah mengambil bahagian dalam mogok umum dua hari! Pada tahun 2014 negara telah menyaksikan hanya 143 mogok, turun daripada hampir 447 mogok pada tahun 2012. Minggu lalu kelihatan seperti kebangkitan besar-besaran pekerja. Sudah tentu terdapat banyak sekali cubaan untuk mensabotaj mogok dari pihak pentadbiran dan kelab bos yang

bersandarkan kepada keuntungan maksimum. Mereka cuba sebaik mungkin untuk memperkenalkan kekeliruan di kalangan Kesatuan Sekerja dengan menjemput pemimpin mereka untuk terlibat dalam “pusingan rundingan” sia-sia.Melalui mogok besar-besaran, lebih daripada 150 juta pekerja di India telah dengan tegas menyatakan bahawa mereka tidak boleh tertipu

dengan jaminan yang samar-samar pada gaji minimum, bonus dan lain-lain ketika sedang dinafikan perlindungan di bawah undang-undang buruh. Melalui mogok ini, kelas pekerja telah memberi amaran kepada kerajaan bahawa ia tidak akan bertolak ansur dengan penipuan sebegitu.

Page 10: kapitalis ada dua parti… pekerja dan anak muda perlu parti sendiri!

10 PERSPEKTIF SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -14 JAN - FEB 2016

Kemenangan Politik Kelas Pekerja di Seattle, Amerika Syarikat ! Ravi

Pada pemilihan ahli Majlis Bandaraya Seattle di Amerika Syarikat pada awal bulan November lepas, Kshama Sawant, wakil Sosialis Alternatif (CWI Amerika Syarikat) telah memenangi kerusi tersebut dengan lebih 55 peratus undi. Ini adalah satu pencapaian bersejarah bagi pekerja-pekerja di Seattle dan di seluruh Amerika. Dengan sokongan lebih 600 sukarelawan kelas pekerja, anak muda, dan 30 kesatuan pekerja, mereka berjaya mengalahkan barisan gabungan korporat besar

dan politik aliran utama yang memihak kepada kepentingan kapitalis.Lawan kepada Kshama daripada parti Demokrat mendapatkan sokongan kewangan daripada jutawan syarikat-syarikat kapitalis seperti Microsoft, Amazon dan Alaska Airlines. Mereka ini adalah penentang utama gerakan gaji minimum 15 Dolar. Gerakan ini telah mencapai kejayaan bersejarah di mana Seattle merupakan bandar pertama yang berjaya melaksanakan gaji minimum 15 dolar sejam

pada tahun lepas. Gerakan 15 dolar ini dipimpin oleh Kshama dan Sosialis Alternatif kini telah merebak ke seluruh bandar-bandar utama di Amerika. Jutawan-jutawan ini juga telah melancarkan serangan anti-kesatuan melalui persatuan-persatuan majikan seperti Persatuan Restoran Washington dan Persatuan Hotel. Jutawan-jutawan ini juga adalah pemaju-pemaju perumahan yang membuat keuntungan besar dengan meningkatkan harga perumahan dan sewa rumah yang mengakibatkan rakyat biasa tidak mampu tinggal di bandar Seattle. Pendek kata, wakil parti Demokrat ini telah disokong sepenuhnya oleh parti Republik dan ‘wang besar’ daripada Demokrat.Sebaliknya, Kshama dan Sosialis Alternatif telah melancarkan kempen berlandaskan kepada kelas pekerja dan anak muda yang jelas anti-korporat. Mereka sama sekali tidak menerima sumbangan kewangan daripada para korporat, tetapi dibiayai sepenuhnya oleh ribuan pekerja, rakyat biasa dan

anak muda. Skala kempen akar umbi Sosialis Alternatif adalah bukti kepada kedahagaan kelas pekerja Amerika untuk sebuah alternatif yang berani dan jelas kepada politik bankrap kedua-dua Parti Demokratik dan Parti Republikan. Ia juga mencerminkan bagaimana Sosialis Alternatif telah berjaya memperoleh keyakinan warga pekerja di Seattle, dengan menggunakan kedudukan di Majlis Bandaraya untuk memperjuangan hak dan kepentingan kelas pekerja. Dalam tempoh dua tahun Kshama dalam Majlis Perbandaran, gerakan pekerja bukan sahaja telah memenangi gaji minimum 15 dólar sejam, malah telah berjaya memberhentikan kenaikan sewa perumahan awam, memenangi berjuta-juta dolar untuk perkhidmatan awam dalam bajet bandar, secara aktif membantu mogok guru dan baru-baru ini berjaya menggantikan Hari Columbus dengan Hari Adat Rakyat di bandar Seattle.Sosialis Alternatif telah menunjukkan bahawa pemilihan

seorang sosialis di bandar utama Amerika Syarikat bukanlah sesuatu yang jatuh dari langit, tetapi melalui kekuatan dasar-dasar politik kelas pekerja dan sosialis yang padu dan jelas. Sosialis Alternatif telah memberikan ungkapan sosialis untuk rasa tidak puas hati yang mendalam dan kemarahan warga pekerja akibat pendapatan yang rendah, ketidaksamaan kaum dan jantina. Sosialis Alternatif melakukan ini dengan berkempen untuk isu-isu kawalan sewa, melawan pemaju-pemaju, dan menuntut bahawa pemaju besar dan yang kaya dikenakan cukai tinggi untuk menampung kos perbelanjaan pembinaan perumahan yang mampu dimiliki dan pengangkutan awam. Seruannya untuk revolusi politik menentang kelas jutawan, di samping menolak sebarang sumbangan daripada korporat, telah membuka ruang baru untuk perbincangan tentang idea-idea sosialis dan politik kelas pekerja di Amerika Syarikat.

Saat ini, para pekerja di Indonesia masih sedang berupaya melaksanakan perlawanan umum dalam bentuk Mogok Nasional selama empat hari (24-27 November) menuntut dihapuskannya Peraturan Pemerintah tentang Pengupahan no.78/2015 yang dianggap merugikan para pekerja. Lagipula, Peraturan Pemerintahan itu bertentangan dengan Undang-undang No.13/2003 tentang Tenaga Kerja yang menyatakan bahawa setiap pekerja berhak memperoleh penghasilan untuk memenuhi kehidupan layak bagi kemanusiaan dan penetapan gaji harus melindungi pekerja.Gaji minima di Indonesia selalu meningkat setiap tahun dan berapa peratus jumlah peningkatannya berbeza di setiap kota dan daerah disesuaikan dengan biaya hidup di setiap kota atau daerah tersebut. Untuk mengetahui biaya hidup di satu daerah, serikat pekerja (kesatuan sekerja) dan pemerintah masing-masing daerah akan melakukan kajian harga barangan di pasaran berdasarkan komponen asas keperluan pekerja setiap hari. Komponen tersebut terdiri daripada keperluan asas seperti harga beras, telur, minyak masak, mi segera, pakaian, sampai ke komponen yang kecil seperti harga minyak wangi, lipstik, bedak, shampoo, sabun mandi, dan lain-lain. Sedikitnya ada 60 komponen yang harganya akan dikaji setiap tahun.

Setelah itu pekerja, majikan, dan pemerintah daerah akan berunding untuk menetapkan jumlah upah minimum sesuai dengan biaya hidup yang layak. Untuk menekan pihak pemerintah dan majikan yang cenderung ingin merendahkan jumlah upah pekerja semasa perundingan dijalankan, pekerja biasanya berdemonstrasi sampai jumlah tuntutan upah yang mereka minta terpenuhi. Banyak kejayaan yang pekerja Indonesia telah capai melalui pendekatan sebegini.Undang-undang tentang pengupahan yang baru disahkan pada bulan Oktober yang lalu menunjukkan pemerintahan Jokowi masih berada di bawah arahan para kapitalis yang hanya boleh mengaut untung dengan menindas pekerja. Undang-undang ini mensyaratkan jumlah kenaikan gaji minima ditetapkan setiap tahunnya tidak lagi berdasarkan hasil kajian KHL (Komponen Hidup Layak), tetapi hanya berdasarkan jumlah gaji minima tahun sebelumnya ditambah dengan inflasi dan pertumbuhan ekonomi. Ini akan menyebabkan kenaikan gaji minima pekerja jauh lebih kecil dari yang diharapkan. Maka sudah sewajarnya para pekerja Indonesia melawan dan menyerukan untuk Mogok Nasional.Maksud mogok sebenar adalah pekerja tidak bekerja pada hari dan masa yang ditentukan, menjadikan aktiviti pengeluaran di kilang berhenti sepenuhnya. Kaedah ini

adalah senjata yang paling berkesan bagi pekerja untuk melawan majikan, sekali gus menimbulkan kesedaran bahawa pekerjalah yang sebenarnya menggerakkan ekonomi. Namun, sampai pada hari kedua (24&25 November), mogok masih belum maksimal dilakukan. Masih ada pekerja yang memilih untuk terus bekerja dan menjalankan aktiviti produksi di kilang-kilang. Berdasarkan beberapa maklumat di portal berita dan media soal, ternyata masih ada serikat pekerja yang setengah-setengah meminta para pekerjanya untuk melakukan mogok. Mereka hanya menghantar beberapa orang perwakilan ahli serikat pekerja sahaja untuk berhimpun, sedangkan pekerja kilang yang lain diminta untuk terus bekerja. Perkara ini berlaku disebabkan oleh kurangnya kesedaran pekerjanya mahupun elit birokrasi di dalam serikat pekerja itu sendiri yang melumpuhkan kesedaran pekerjanya tentang perlunya bersolidariti dengan pekerja lain yang betul-betul melakukan mogok.Di samping itu, majikan terus melakukan perkara-perkara yang jahat untuk menggagalkan rancangan mogok ini. Kaedah-kaedah yang biasa digunakan adalah memaksa pekerja untuk bekerja lebih masa beberapa hari sebelum mogok dilaksanakan untuk menutup

kos kerugian selama pekerja mogok. Ada juga syarikat yang memberi cuti kepada seluruh pekerjanya selama mogok dilakukan, tetapi meminta pekerja untuk mengganti cuti tersebut dengan bekerja di hari libur lainnya. Dan taktik yang paling jahat digunakan oleh majikan adalah membayar samseng, polis, mahupun tentera untuk menakut-nakuti pekerja melakukan mogok dan demonstrasi. Pada hari kedua demonstrasi sudah ada beberapa insiden tangkapan dan pemukulan terhadap pekerja dilakukan. Majikan dan pemerintah berada dalam satu pasukan untuk melemahkan perjuangan pekerja. Perkara sebegini boleh dilawan sekiranya seluruh serikat pekerja yang terlibat betul-betul bersatu

untuk menjayakan perlawanan umum ini supaya matlamat untuk melakukan mogok nasional betul-betul tercapai.Solidariti Pekerja bersolidariti sepenuhnya dengan perjuangan pekerja di Indonesia saat ini. Perlawanan umum dalam bentuk mogok nasional adalah langkah yang tepat untuk melawan sistem kapitalisme yang menindas golongan pekerja. Kami juga terus berusaha memperkasakan golongan pekerja di Malaysia supaya kesedaran untuk memperjuangkan hak-hak mereka terus berkembang. Apa yang dilakukan oleh pekerja di Indonesia saat ini tentunya menjadi pelajaran berharga bagi pekerja di Malaysia.

Solidariti untuk Pekerja Indonesia Menuntut Upah Layak! Ian

Page 11: kapitalis ada dua parti… pekerja dan anak muda perlu parti sendiri!

SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -14 JAN - FEB 2016 11

Pendidikan

• Hak Pendidikan yang percuma dan berkualiti untuk semua termasuk di Uni-versiti dan Kolej: Memansuhkan yuran pengajian di Universiti dan Kolej dan menghapuskan hutang pelajar termasuk PTPTN.

• Menuntut autonomi sepenuhnya kepada universiti dan kolej untuk mengeluarkan graduan kreatif untuk pembangunan keperluan rakyat biasa dan bukannya berpaksikan kepada keuntungan maksimum kapitalis.

• Tidak kepada penswastaan pendidikan termasuk pengkorporatan universiti dan kolej awam. Memiliknegarakan atau pemilikan awam segala entiti pendidikan daripada tadika hinggalah ke universiti dengan pembiayaan yang secukupnya untuk meningkatkan kemudahaan dan kualiti pendidikan.

• Menyokong hak pekerja awam di bidang pendidikan, guru dan pensyarah untuk mempertahankan hak mereka dan autonomi pendidikan.

• Untuk mentransformasikan Persatuan Pelajar kepada Kesatuan Pelajar yang bebas, demokratik dan memperjuangkan hak dan keperluan pelajar.

• Untuk membentuk pendidikan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan melalui pemilikan awam, dan ianya diuruskan secara demokratik dan percuma di semua peringkat - sistem pendidikan sosialis.

Pekerjaan dan Kebajikan

• Menyokong perjuangan anak muda dan warga pekerja untuk hak pekerjaan.

• Hapuskan pengangguran dengan hak pekerjaan yang adil untuk semua.

• Hapuskan polisi ‘buruh murah’ atau penghambaan pekerja, dengan mewujudkan gaji minimum atau gaji saraan hidup (living wage) yang setimpal dengan kenaikan inflasi.

• Hapuskan amalan ‘outsourcing’ dan buruh kontrak yang menghakis hak pekerja dan kesatuan sekerja.

• Peluang latihan yang adil untuk anak-anak muda dengan gaji saraan hidup,

termasuk pekerjaan yang terjamin selepas latihan.

• Hentikan pembuangan pekerja di sektor awam atau swasta. Miliknegarakan syarikat yang mengancam penutupan, di bawah kawalan demokratik oleh kesatuan sekerja dan warga pekerja.

• Majikan harus memperuntukkan elaun perumahan, pengangkutan, makanan dan faedah-faedah lain yang diperlukan untuk kebajikan pekerja.

• Hak penubuhan kesatuan sekerja tanpa sebarang sekatan undang-undang oleh kerajaan atau campurtangan majikan.

• Pinjaman perumahan tanpa faedah oleh kerajaan untuk memastikan keluarga miskin memiliki tempat kediaman. Pinjaman perumahan kerajaan dengan faedah yang rendah harus diperluaskan kepada warga pekerja di sektor swasta.

• Membina tempat-tempat rekreasi awam percuma dan berkualiti kepada anak muda dan pekerja.

Hak dan demokrasi

• Mempertahankan hak untuk membantah dan berdemonstrasi. Tiada penganiayaan kepada penunjuk perasaan. Hak untuk berorganisasi di setiap sekolah, kolej dan universiti.

• Hentikan keganasan polis terhadap demonstrasi dan rakyat biasa.

• Tiada rasisme, seksisme, homophobia, dan semua bentuk diskriminasi.

• Pertahankan hak dan budaya semua minoriti termasuk orang asal.

• Hak pekerjaan, perumahaan dan perkhidmatan tanpa diskriminasi kaum, agama dan jantina .

• Hentikan serangan ke atas hak-hak wanita.

• Wujudkan semula pilihanraya kerajaan tempatan di setiap daerah.

• Tidak kepada parti-parti yang berlandaskan kapitalisme. Berkempen untuk pembinaan parti massa kelas pekerja dan anak muda untuk mempertahankan hak dan kepentingan rakyat biasa.

• Hentikan penswastaan perkhidmatan awam. Memiliknegarakan semula semua

kemudahaan awam dengan kawalan demokratik kesatuan sekerja dan rakyat biasa.

• Hentikan GST, TPPA, pemotongan subsidi dan mula merancang ekonomi berlandaskan keperluan rakyat, bukan keuntungan maksimum

Solidariti Antarabangsa dan Demokratik Sosialisme

• Untuk solidariti antara kelas pekerja dan anak muda di seluruh dunia.

• Solidariti dengan Perjuangan Anak Muda dan Pekerja di Timur Tengah/Afrika Utara untuk pembentukan kerajaan kelas pekerja dan petani miskin.

• Tidak kepada peperangan dan campur tangan imperialis. Untuk pengosongan segera semua tentera asing dari Afghanistan dan Iraq.

• Tamatkan kepungan Gaza di Palestin dan hormati hak pembentukan negara Palestin.

• Hentikan pembinaan peluru berpandu nuklear dan hapuskan segala senjata yang boleh memusnahkan alam.

• Menyokong kempen solidariti Tamil Sri Lanka - untuk hak semua rakyat untuk menentukan pilihan sendiri.

• Tidak kepada kemusnahan alam sekitar. Bagi pelan yang mampan berlandaskan kepada demokratik sosialisme untuk industri pengeluaran yang tidak akan memusnahkan planet ini.

• Tidak kepada kapitalisme. Bagi dunia sosialis, di mana monopoli besar dijadikan pemilikan awam, dengan ekonomi yang dirancang secara demokratik dan sumber-sumber alam dipergunakan untuk memenuhi keperluan manusia sejagat.

Pendirian Sosialis Alternatif

Sosialis Alternatif adalah sebahagian daripada pertubuhan sosialis dan kelas pekerja antarabangsa (Committee for a Workers’ International) yang beroperasi di lebih 50 buah negara. Sosialis Alternatif berkempen menentang penindasan kapitalisme ke arah membentuk masyarakat

yang berlandaskan demokratik sosialisme di Malaysia dan sedunia.

Page 12: kapitalis ada dua parti… pekerja dan anak muda perlu parti sendiri!

ISU KE - 14 JAN - FEB 2016 HARGA : RM 2 / SOLIDARITI : RM 3

Ketidaksamaan sosial dan ekonomi di Malaysia sudah mencapai kadar yang membimbangkan. Berikutan kemelesetan ekonomi global pada 2008, golongan kapitalis meneruskan kehidupan mewah mereka manakala majoriti kelas pekerja dan rakyat biasa masih bergelut dengan kemiskinan.

Laporan daripada badan kerajaan sendiri seperti Khazanah telah menunjukkan bahawa peningkatan gaji di Malaysia tidak setara dengan pertumbuhan produktiviti negara. Cuma 33.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara (KDNK) di peruntukkan bagi gaji pekerja, jumlah yang tidak berubahsemenjak tahun 1971. Sementara itu, peruntukkan bagi keuntungan korporat pula bertambah dari 51.7% pada tahun 1971 ke 64.2% pada 2013. Ini mencerminkan statistik bahawa 15 keluarga terkaya di Malaysia kini memiliki nilai hartayang bersamaan dengan 76% daripada KDNK Malaysia!

Walaupun golongan pemodal atau kapitalis dilihat membuat untung berbillion- billion

ringgit, rakyat biasa terus dibebankan dengan kenaikan harga barang dan pembekuan gaji. Secara purata, setiap isi rumah kelas pekerja terpaksa membelanjakan kira-kira 44% daripada gaji mereka untuk membayar hutang. Hutang isi rumah semakin meningkat dan kini berada pada 87%. Dengan beban hutang yang tinggi, rakyat Malaysia juga terpaksa menanggung kos pendidikan dan kesihatan yang semakin meningkat. Kos perubatan meningkat lebih 15% pada tahun ini.

Walaupun rakyat Malaysia dengan jelas sedang bergelut dengan kenaikan kos hidup, kerajaan Malaysia, pihak pembangkang dan kapitalis-kapitalis korporat langsung tidak pedulikan nasib mereka. Tidak ada pihak yang berusaha memberikan penyelesaian ataupun jalan keluar bagi permasalahan yang sedang dihadapi. Golongan korporat dilihat menimbun keuntungan manakala kelas pekerja dan rakyat biasa sedang membanting tulang membaiki kehidupan mereka.

Kami menuntut keadilan sosial dan kehidupan yang bermaruah untuk warga

pekerja dan anak muda !

Gaji minimum yang ditetapkan pada masa ini iaitu RM 900 sebulan adalah tuntutan pekerja yang sudah ketinggalan zaman. Tindakan kerajaan untuk tidak menaikkan gaji minimum yang ditetapkan pada tahun 2012 menunjukkan bahawa polisi-polisi kerajaan tidak mengambil kira nasib 13 juta orang pekerja dan juga keluarga serta anak-anak mereka yang sedang menghadapi kos hidup yang tinggi berikutan pemotongan subsidi, kenaikan harga barang dan pengenalan cukai GST.

Kerajaan telah memilih untuk mendengar hujah Persatuan Majikan Malaysiayang telah mendesak pihak berkuasa untuk tidak menaikkan kadar gaji minimum dalam tekanan ekonomi dan sosial bagi majoriti isi rumah di Malaysia. Manakala pihak pembangkang yang melihat gaji ahli parlimen mereka naik mendadak tidak merasakan keperluan untuk menuntut kenaikkan gaji minimum yang adil bagi rakyat biasa. Kelas pekerja dan rakyat biasa harus sedar bahawa wakil-wakil parlimen tak kira dari BN atau Pakatan pembangkang hanya mementingkan kuasa dan bergantungan kepada kepentingan kapitalis-kapitalis.

Perjuangan kelas untuk perubahan ekonomi dan sosial ! Gerakan untuk menuntut gaji minimum perlu mencerminkan masalah- masalah rakyat yang berpunca akibat pembekuan gaji pekerja manakala harga barang dan perkhidmatan asas semakin meningkat. Gerakan membantah GST pada Hari Pekerja dan pelbagai piket-piket pekerja menunjukkan bahawa wujud sebuah aspirasi di kalangan rakyat biasa dan anak muda untuk menuntut gaji yang lebih adil daripada pihak majikan mahupun kerajaan.

Selepas mengambilkira pandangan pekerja dan anak muda dari pelbagai sektor dan latar belakang, kami menuntut gaji minima yang dikuatkuasakan sekarang harus diganda supaya setara dengan kenaikan harga barang. Berlandaskan kepada maklum balas pekerja dan tekanan sosial dan ekonomi, gaji minimum haruslah sekurang-kurangnya RM 2000 sebulan ataupun RM 10 sejam bagi semua pekerja tanpa mengira status, sama ada pekerja tetap atau separuh masaatau pekerja migran. Kami ingin menuntut RM 10 sejam bagi semua pekerja tanpa diskriminasi kaum atau jantina supaya pekerja boleh menikmati hidup yang bermaruah. Walaubagaimanapun, tuntutan atau kempen‘RM 10 sejam @ RM 2000 sebulan’ hanya merupakan langkah pertama dalam perjuangan ke arah gaji yang lebih setara dengan kerja yang dilakukan. Kadar gaji minimum tersebut juga harus berkembang

mengikut kadar inflasi pada masa-masa tertentu.

Ke arah gaji sara hidup yang adil ! Setiap pekerja layak mendapat gaji sara hidup. Perjuangan untuk gaji minimum RM 10 sejam @ RM 2000 sebulan merupakan langkah pertama untuk mengenalpasti masalah kelas pekerja serta anak muda, dan mendorong mereka untuk membebaskan diri dari beban ekonomi. Pada masa yang sama, banyak daripada pekerjaan bergaji rendah di lakukan oleh golongan minoriti, pekerja imigran dan wanita. Maka perjuangan untuk RM 10 sejam @ RM 2000 sebulan adalah juga sebuah perjuangan bagi menuntut kesaksamaan sosial.

Sebuah gerakan pekerja dan anak muda harus dibina untuk mencapai tuntutan gaji minimum yang lebih adil. Gerakan ini adalah untuk memperkasakan kelas pekerja dan anak muda serta melibatkan mereka dalam sebuah perjuangan menuntut perubahaan. Rangkaian aktivis dan organisasi progresif yang mempunyai hasrat yang sama harus bergabung untuk melebarkan perjuangan bersama. Anak muda, mahasiswa, pekerja profesional, kelas menengah dan golongan intelektual yang juga tertindas di bawah sistem kapitalisme harus bergabung tenaga dengan kelas pekerja dalam pembinaan gerakan ini.

Kami juga Menuntut :

• Hapuskanpolisi‘buruhmurah’ataupengham¬baan pekerja, dengan mewujudkan gaji mini¬mum atau gaji saraan hidup (living wage) yang setimpal dengan kenaikan inflasi.• Hakpenubuhankesatuansekerjatanpa sebarang sekatan undang-undang oleh kerajaan atau cam¬purtangan majikan.• HakPendidikanyangpercumadanberkualiti untuk semua termasuk di Universiti dan Kolej: Memansuhkan yuran pengajian di Universiti dan Kolej dan menghapuskan hutang pelajar termasuk PTPTN• Tidakkepadaparti-partiyangberlandaskan kapitalisme. Berkempen untuk pembinaan parti massa kelas pekerja dan anak muda untuk mem-pertahankan hak dan kepentingan rakyat biasa.• Tidakkepadakemusnahanalamsekitar. Bagi pelan yang mampan berlandaskan kepada demokratik sosialisme untuk industri pengelu¬aran yang tidak akan memusnahkan planet ini.• Tidakkepadakapitalisme.Bagidunia sosialis, di mana monopoli besar dijadikan pemilikan awam, dengan ekonomi yang dirancang secara demokratik dan sumber-sumber alam diper¬gunakan untuk memenuhi keperluan manusia sejagat

Gerakan pekerja dan anak muda untuk gaji minimum RM10 sejam!

Sertai Perjuangan Kami !http://www.socialistworld.net www.asocialistmalaysia.blogspot.com

01112859623 ( yuva )/solidaritipekerja /SosialisAlternatif

KEMPEN GAJI MINIMUM