seni dan perkembangan kanak-kanak

16
PENGENALAN Perkembangan sosio emosi merujuk kepada 2 perkembangan iaitu perkembangan emosi dan perkembangan sosial. Perkembangan emosi ialah perkembangan perasaan kanak-kanak manakala perkembangan sosial ialah perkembangan persekitaran kanak-kanak. Banyak kemahiran bersosial yang perlu dipelajari oleh kanak-kanak untuk melibatkan diri dalam aktiviti sehari-harian mereka. Kanak-kanak haruslah belajar bersosial dengan kanak-kanak lain dan masyarakat sekeliling. Sewaktu zaman kanak-kanak adalah pengalaman pertama kanak-kanak bersosial dengan rakan-rakan dan masyarakat. Perbincangan dalam satu kumpulan adalah salah satu kemahiran bersosial dimana kanak-kanak belajar berkongsi bahan, berkomunikasi dengan kanak-kanak lain dan menumpukan perhatian semasa orang lain tengah menerangkan sesuatu perkara. Perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak terjadi pada zaman kanak-kanak lagi. Perkembangan sosio-emosi terjadi serentak dengan perkembangan fizikal dan mental mereka. Perkembangan sosio-emosi kanak-kanak terbahagi kepada 4 iaitu: 1) Konsep kendiri dan penerimaan diri

Upload: linda-zain

Post on 16-Jan-2015

4.170 views

Category:

Education


2 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Seni dan perkembangan kanak-kanak

PENGENALAN

Perkembangan sosio emosi merujuk kepada 2 perkembangan iaitu perkembangan emosi

dan perkembangan sosial. Perkembangan emosi ialah perkembangan perasaan kanak-kanak

manakala perkembangan sosial ialah perkembangan persekitaran kanak-kanak. Banyak

kemahiran bersosial yang perlu dipelajari oleh kanak-kanak untuk melibatkan diri dalam aktiviti

sehari-harian mereka. Kanak-kanak haruslah belajar bersosial dengan kanak-kanak lain dan

masyarakat sekeliling. Sewaktu zaman kanak-kanak adalah pengalaman pertama kanak-kanak

bersosial dengan rakan-rakan dan masyarakat. Perbincangan dalam satu kumpulan adalah salah

satu kemahiran bersosial dimana kanak-kanak belajar berkongsi bahan, berkomunikasi dengan

kanak-kanak lain dan menumpukan perhatian semasa orang lain tengah menerangkan sesuatu

perkara.

Perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak terjadi pada zaman kanak-kanak lagi.

Perkembangan sosio-emosi terjadi serentak dengan perkembangan fizikal dan mental mereka.

Perkembangan sosio-emosi kanak-kanak terbahagi kepada 4 iaitu:

1) Konsep kendiri dan penerimaan diri

2) Perhubungan antara kanak-kanak dengan kanak-kanak lain

3) Perhubungan antara kanak-kanak dengan guru

4) Perhubungan kanak-kanak di dalam kumpulan.

Page 2: Seni dan perkembangan kanak-kanak

KONSEP KENDIRI DAN PENERIMAAN DIRI

Konsep kendiri dapat ditakrifkan sebagai timbulnya kesedaran terhadap diri sendiri dan

ciri-ciri yang terdapat dalam diri (penampilan fizikal, kemahiran dan kemampuan). Konsep ini

adalah perbezaan pada setiap individu.

Semua kanak-kanak akan merasa bahawa mereka adalah orang yang paling

baik. Perasaan ini disebut penerimaan diri atau harga diri dimana kanak-kanak yang merasa diri

mereka baik dan percaya mereka boleh melakukan perkara-perkara yang baik mempunyai

konsep penerimaan diri yang baik. 

Kanak-kanak yang memiliki konsep kendiri yang positif boleh menerima kekuatan dan

kelemahan mereka sendiri. Pada zaman globalisasi ini, banyak program kanak-kanak yang

disediakan untuk memelihara kesedaran diri dan konsep kendiri yang positif dapat di terapkan di

dalam diri kanak-kanak. Kanak-kanak telah belajar konsep kendiri denga cara sentuhan yang

dilakukan sejak bayi lagi.

Apabila ibu bapa memegang erat bayi mereka, bayi tersebut membesar dan menjadi

seorang kanak-kanak, mereka akan terus belajar untuk meneraima diri mereka. Apabila kanak-

kanak tersebut dipuji oleh orang sekelillingnya kanak-kanak akan gembira dan akn menerima

pujian itu dengan suka hati. Dari sini, kanak-kanak dapat belajar untuk menerimadiri mereka

sendiri walaupun apa yang mereka lakukan tidak di sukai oleh orang lain.

Di dalam program seni kanak-kanak, kanak-kanak belajar lebih banyak tentang diri dan

kemampuan diri mereka sendiri. Contohnya, apabila kanak-kanak dipuji dipuji lukisan yang

dilukisnya, kanak-kanak akan berasa bangga dengan prestasi tersebut dan merasakan dirinya

Page 3: Seni dan perkembangan kanak-kanak

cukup pandai melukis. Mereka akan lebih yakin terhadap diri mereka sendiri, berkeyakinan

terhadap diri sendiri ini adalah baik untuuk kanak-kanak kerana ia bole membina pemikiraan

seni kanak-kanak dan sangat penting bagi perkembangan positif konsep kendiri.

Konsep kendiri yang baik adalah penting untuk kanak-kanak dan ianya adalah sama

penting untuk orang dewasa. Kanak-kanak juga memerlukan doronga yang sama seperti orang

dewasa.Kanak-kanak memerlukan dorongan dari segi emosional dan persekitaran yang selamat

untuk mengeksppesikan diri mereka secara kreatif. Melalui konsep ini kanak-kanak akan lebih

percaya kepada diri mereka masing-masing.

Program seni ini adalah bertujuan untuk perkembangan kanak-kanak dimana dengan cara

ini guru-guru dapat membuat pilihan bahan dan aktiviti yang sesuai mengikut peringkat kanak-

kanak melalui perkembangan yang mereka capai. Program ini juga memenuhi perkembangan

individu seseorang kanak-kanak untuk membesar dab bergaul.

Konsep Penerimaan diri melalui kegiatan seni.

Psikologi dan persekitaran adalah penting untuk pertumbuhan dan pergaulan dalam

konsep penerimaan diri kanak-kanak. Persekitaran kanak-kanak dapat dirancang agar mereka

lebih mudah untuk bergaul

a) Menerima kanak-kanak dalam peringkat perkembangan mereka.

Jika ibu bapa dan masyarakat sekeliling menerima kanak-kanak dalam cara yang positif

maka kanak-kanak dapat merasakan yang mereka akan diterima. Program seni ini dapat

membantu kanak-kanak tidak akan terlalu manja dengan ibu bapa malahan akan belajar merasa

Page 4: Seni dan perkembangan kanak-kanak

lebih yakin pada diri sendiri dan kemahiran yang mereka ada. Kepercayaan kepada diri dapat

membina hubungan di antara guru dan kanak-kanak dimana apabila guru menunjukkan

kepercayaan kepada kanak-kanak, ianya akan membantu kanak-kanak mengembangkan rasa

percaya pada diri.

b) Menyediakan persekitaran yang selesa mengikut peringkat usia.

Guru seharusnya menyediakan bilik yang selesa agar kanak-kanak dapat merasa seperti

berada di rumah. Bilik-bilik ini disediakan haruslah mengikut usia kanak-kanak. Meja dan kerusi

yang disediakan adalah menngikut saiz kanak-kanak. Apabila guru menyediakan meja dan kerusi

yang tidak sesuai, kanak-kanak akan berusaha untuk menyelesakan diri mereka dimana

timbulnya kesukaran bagi kanak-kanak. Apbila kanak-kanak mendapat kerusi dan meja yang

bersesuaian mereka akan merasa selesa dan dapat memperkuatkan keyakinan diri sekaligus

memperkuatkan penerimaan diri mereka.

c) Menyediakan bahan dan aktiviti yang sesuai.

Apabila seorang guru memberikan kanak-kanak alat yang bersesuian kepada mereka, mereka

dapat mengaplikasikan dan meningkatkan kemahiran mereka. Guru juga boleh membantu

mereka dan member tunjuk ajar. Hal ini dapat meningkatkan keyakinan dan mereka akan

berbangga terhadap diri sendiri.

Page 5: Seni dan perkembangan kanak-kanak

d) Menyediakan bahan yang lebih kreatif

Kreativiti dapat member keyakinan dan semangat terhadap kanak-kanak. Apabila seorang guru

menyediakan bahan yang kreatif, kanak-kanak akan lebih kreatif dan percaya bahawa mereka

mampu berfikiran kreatif.

HUBUNGAN KANAK-KANAK DENGAN KANAK-KANAK LAIN.

Perhubungan ini terjadi apabila setelah seorang kanak-kanak telah menerima kanak-

kanak lain dalam hidupnya. Dalam perkembangan program seni, kanak-kanak lebih berpeluang

bersama-sama kanak-kanak lain yang seusia dengannya. Kanak-kanak yang mempunyai fikiran

positif adalah seorang kanak-kanak yang jujur dan boleh menerima kemampuan diri dan kanak-

kanak lain.

Program seni adalah platform yang baik untuk perhubungan kanak-kanak dimana mereka

akan bergaul, berkomunikasi dan bermain bersama. Jika program seni dijalankan sesuai dengan

tahap perkembangan kanak-kanak mereka akan berasa seronok dan akan mencuba alat-alat yang

baru. Ibu bapa seharusnya membiarkan kanak-kanak ini lebih banyak kesempatanuntuk

berinteraksi antara satu sama lain.

Kebebasan seni juga mengalakkan kanak-kanak berinteraksi tentang karya mereka dan

karya-karya kanak-kanak lain. Bekerjasama dalam melukis, mewarna, menampal akan

membuatkan kanak-kanak lebih akrab.

Page 6: Seni dan perkembangan kanak-kanak

Bertukar-tukar pendapat

Kegiatan seni menyediakan kesempatan kepada kanak-kanak belajar dan merasa seperti

kanak-kanak lain. Kanak-kanak juga dapat bertukar pendapat mereka contohnya apabila seorang

kanak-kanak sedang melukiskanak-kanak lain dapat member idea tentang lukisannya itu dan

mereka boleh bekerjasama menghasilkan lukisan yang lebih mantap. Kesempatan untuk

berkongsi idea tentang sesuatu karya adalh titik permulaan bagi hubungan antara kanak-kanak.

Kanak-kanak boleh mengetahui bahawa kanak-kanak lain juga memiliki idea yang berbeza

dengan mereka. Kanak-kanak dapat belajar dimana tidak semua orang harus bersetuju dengan

pendapatnya.

Ekspresi dari perasaan

Proses seni kreatif membolehkan kanak-kanak untuk menterjemah perasaan serta idea-

idea mereka (Deway,1958, Lowenfeld & Britian, 1957). Penggunaan warna dapat mencerminkan

emosi untuk mengungkapkan kata-kata. Hal ini dapat dijelaskan apabila kanak-kanak yang takut

gelap tidak suka kepada warna hitam. Warna hitam dapat menggambarkan perasaan mereka.

Warna-warna yang cerah menggambarkan wajah ceria kanak-kanak.

Kanak-kanak yang mempunyai perasaan tekanan dapat mengekspresikan perasaan

mereka melalui tindakan vindalisme. Guru yang memahami perasaan kanak-kanak dapat

membantu mengatasi masalah mereka.

Page 7: Seni dan perkembangan kanak-kanak

Bekerjasama

Bekerjasama dengan kanak-kanak lain dalam kegiatan seni memberikan kanak-kanak

kesempatan untuk belajar tentang diri kanak-kanak lain. Guru juga boleh berkongsi dan

bekerjasama dengan kanak-kanak lain. Kerjasama antara kanak-kanak juga merupakan

sebahagian program seni dimana kanak-kanak belajar erti kerjasama sambil membanyu kanak-

kanak lain menghasilkan karya mereka.

PERHUBUNGAN ANTARA KANAK-KANAK DENGAN GURU

Guru adalah seseorang yang sangat penting pada kanak-kanak dimana kanak-kanak akan

mengikut semua arahan guru. Kanak-kanak akan mempelajari sesuatu benda yang baru melalui

ajaran seorang guru. Dari sini, perhubungan antara guru dan kanak-kanak akan terjalin. Kanak-

kanak akan belajar berinteraksi selaindari keluarga mereka di sekolah dan guru-guru akan

membantu mereka berinteraksi antara satu sama lain dengan lebih berkesan.

Kanak-kanak belajar aktiviti seni dari guru dan guru akan membantu kanak-kanak

mengekspresikan idea mereka dengan cara mereka sendiri. Guru juga seharusnya mendorong

kanak-kanak untuk mengeksplotasikan idea mereka dengan pelbagai ekspesi yang melibatkan

seni. Hal ini dapat meningkatkan keyakinan dan perkembangan kanak-kanak.

Guru boleh menjadi teman yang baik kepada kanak-kanak. Oleh itu, penting bagi seorang

guru menjalinkan hubungan yang baik dalam kegiatan seni. Perasaan gembira akan timbul jika

guru bersikap baik dan ianya akan mempengaruhikehadiran kanak-kanak ke sekolah.

Page 8: Seni dan perkembangan kanak-kanak

Mengeratkan hubungan

Perhubungan antara guru dan kanak-kanak tidak akan berlaku dengan pantas dimana guru

harus mengambil hati kanak-kanak untuk menyukainya. Antara cara untuk mempertingkatkan

hubungan antara kanak-kanak dengan guru ialah:

a) Menjemput kanak-kanak setiap kali datang ke sekolah. Hal ini dapat membuatkan

kanak-kanak merasa diperlukan dan istimewa

b) Gunakan nama kanak-kanak tersebut apabila bercakap dengannya.

c) Memandang mata kanak-kanak tersebut apabila bercakap dengannya.

d) Gunakan suara yang lembut apabila bercakap dengannya.

e) Mendengar setiap luahan kanak-kanak tersebut.

Memberi motivasi untuk kanak-kanak

Seorang guru dapat membantu kanak-kanak dalam perkembangannya melalui motivasi.

Guru boleh melakukan perbincangan untuk merangsang dan mencabar tahap imaginasi kanak-

kanak. Walaupun motivasi yang berkesan adalah pujian dan dorongan tetapi terdapat beberapa

lagi cara untuk memotivasikan kanak-kanak.

a) Guru harus memastikan mereka mempunyai bahan yang mencukupi untuk kegiatan

yang akan dijalankkan.

b) Guru-guru harus mengetahui dan menggalakkan kanak-kanak melakukan aktiviti

yang dijalankan.

Page 9: Seni dan perkembangan kanak-kanak

PERHUBUNGAN KANAK-KANAK DI DALAM KUMPULAN

Dalam kegiatan seni, kanak-kanak haruslah belajar untuk bekerjasama dalam kumpulan.

Berada di dalam kumpulan di sekolah adalah tidak sama seperti berada dalam sebuah keluarga.

Dalam seni, seorang kanak-kanak belajar cara untuk menyesuaikan diri dalam kumpulan.

Mereka akan bekerja mengikut idea-idea kelompok dalam perancangan mereka sendiri. Kanak-

kanak juga belajar mematuhinperaturan dalam kumpulan.

Selain itu, kanak-kanak juga dapat belajar menjadi pemimpin yang bertanggungjawab.

Kanak-kanak juga dapat berkongsi idea dan bertukar-tukar pendapat di dalam kumpulan di

dalam kumpulan. Oleh itu, dalam kegiatan seni ini kanak-kanak mempunyai banyak kesempatan

untuk belajar menjadi pemimpin dan ahli kumpulan yang bertanggungjawab.

Tambahan pula, kanak-kanak juga dapat belajar menghormati hak-hak dan idea-idea ahli-

ahli kumpulan. Belajar untuk menghormati orang lain juga merupakan sebahagian daripada

kehidupan kanak-kanak di luar sekolah. Hal ini juga dapat menjadikan kanak-kanak mudah

bersosial di luar sekolah dengan masyarakat sekeliling. Seperti yang kita tahu, sikap egoisme di

dalam diri kanak-kanak adalah sikap semulajadi. Kanak-kanak akan menghadapi kesukaran jika

mereka terlalu mementingkan diri sendiri dalam kumpulan tetapi kanak-kanak boleh belajar cara

untuk mengetepikan egoisme mereka.

Kanak-kanak harus belajar mendisiplinkan diri agar kerjasama dalam sebuah kumpulan

dapat dibentuk. Kemahiran yang mereka ada harus dikongsi bersama agar setiap karya yang

dihasilkan adalah yang terbaik. Kegiatan seni ini memberikan kebaikan yang begitu banyak,

Page 10: Seni dan perkembangan kanak-kanak

dimana kanak-kanak dapat belajar tentang diri sendiri, rakan-rakan lain dan dapat belajar di

dalam kumpulan yang besar mahupun kumpulan kecil.

PENUTUP

Seni adalah sinonim dengan kanak-kanak dimana seni boleh menjadi satu platform bagi

perkembangan diri kanak-kkanak sama ada dari segi fizikal, konigtif mahupun sosio emosi.

Dalam perkembangan sosio emosi kanak-kanak berkembang melalui 4 bahagian iaitu konsep

kendiri dan penerimaan diri, perhubungan antara kanak-kanak dengan kanak-kanak lain,

perhubungan antara kanak-kanak dengan guru dan perhubungan kanak-kanak di dalam

kumpulan. Apabila keempat-empat elemen ini bergabung maka perkembangan sosio emosi

kanak-kanak akan menjadi lebih sempurna. Secara kesimpulannya, pendidikan dan penglibatan

kanak-kanak dalam seni akan member peluang kepada kanak-kanakuntuk berinteraksi dan

meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Aktiviti seni member

peluang kepada kanak-kanak untuk saling hormat menghormati dan menjadi landasan untuk

memupuk perasaan bertoleransi. Seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam

aktiviti berkumpulan yang dibentuk.

Page 11: Seni dan perkembangan kanak-kanak

BIBLIOGRAFI

Mayesky, M.(2002). Creative Activities for Young Children. 7th Edition. New York.

Delmar Thomson Learning

Perkembangan Seni dan Kanak-kanak (2003). Diperolehi pada 20 Febuari, 2010 daripada

http://www.docstoc.com/docs//Perkembangan-seni-dan-Kanak-kanak