perkembagan seni kanak-kanak

17
HBAE1203 SMP 740613065864001 SMP PPG JAN 2013 1.0 PENGENALAN Kanak-kanak secara semula jadi menyukai seni. Kebanyakkan mereka mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Seni adalah salah satu cara kanak-kanak meluahkan rasa dan harapan mereka terhadap orang dewasa. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan oleh kanak-kanak berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi kepada pemikiran mereka. Refleksi ini menurut Koster (2001), akan terus berkembang bersama kanak-kanak sehingga ia membesar. Pendidikan Seni Visual yang diperkenalkan di sekolah rendah bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembangkan keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nila-nila kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual berperanan untuk memperkembangkan sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Sebagai guru Pendidikan Seni Visual apa yang penting adalah memenuhi kehendak dan keperluan pembelajaran matapelajaran ini di kalangan murid sekolah rendah kerana kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan kanak-kanak menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali citarasanya sendiri. Daoed Yoesoef (1980) menyatakan bahawa seorang guru mempunyai t i g a t u g a s utama iaitu tugas profesional, tugas manusiawi dan t u g a s kemasyarakatan (sivic mission ). Secara umumnya, tugas profesional seorang guru adalah berkaitan dengan logika dan estetika, manakala tugas kedua dan ketiga pula berkaitan dengan etika. Tugas-tugas profesional seorang guru ialah menyampaikan ilmu pengetahuan dan nilai-nilai lain yang belum diketahui anak didik dan sewajarnya diketahui oleh mereka. Tugas manusiawi pula adalah tugas-tugas mendidik anak 1

Upload: harliza-nordin

Post on 02-Jul-2015

8.846 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perkembagan Seni Kanak-Kanak

HBAE1203 SMP 740613065864001 SMP PPG JAN 2013

1.0 PENGENALAN

Kanak-kanak secara semula jadi menyukai seni. Kebanyakkan mereka mempunyai sifat yang

dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Seni

adalah salah satu cara kanak-kanak meluahkan rasa dan harapan mereka terhadap orang

dewasa. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan oleh kanak-kanak berfungsi sebagai alat

komunikasi dan merupakan refleksi kepada pemikiran mereka. Refleksi ini menurut Koster

(2001), akan terus berkembang bersama kanak-kanak sehingga ia membesar.

Pendidikan Seni Visual yang diperkenalkan di sekolah rendah bertujuan memberi peluang

kepada murid memupuk minat, memperkembangkan keperibadian, memberi kesedaran dan

kepekaan terhadap nila-nila kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran

lain. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif.

Pendidikan Seni Visual berperanan untuk memperkembangkan sifat ini melalui persepsi

visual, imaginasi dan daya pemikiran. Sebagai guru Pendidikan Seni Visual apa yang penting

adalah memenuhi kehendak dan keperluan pembelajaran matapelajaran ini di kalangan murid

sekolah rendah kerana kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis

seni visual akan membolehkan kanak-kanak menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman

ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan

mengenali citarasanya sendiri.

Daoed Yoesoef (1980) menyatakan bahawa seorang guru mempunyai t i g a t u g a s

u t a m a i a i t u t u g a s p r o f e s i o n a l , t u g a s m a n u s i a w i d a n

t u g a s kemasyarakatan (sivic mission). Secara umumnya, tugas profesional seorang

guru adalah berkaitan dengan logika dan estetika, manakala tugas kedua dan ketiga pula

berkaitan dengan etika. Tugas-tugas profesional seorang guru ialah menyampaikan ilmu

pengetahuan dan nilai-nilai lain yang belum diketahui anak didik dan sewajarnya

diketahui oleh mereka. Tugas manusiawi pula adalah tugas-tugas mendidik anak 1

Page 2: Perkembagan Seni Kanak-Kanak

HBAE1203 SMP 740613065864001 SMP PPG JAN 2013

murid agar menjadi manusia yang berguna kelak.Tugas-tugas manusiawi itu termasuklah

transformasi diri dan pencarian identiti.Tugas kemasyarakatan pula merupakan konsekuensi guru

sebagai warganegara yang baik serta melaksanakan tanggungjawab yang telah

digariskan oleh bangsa dan negara. Hal ini sejajar dengan gelaran “jurutera masyarakat”

yang diberikan kepada golongan pendidik dewasa ini dan berkait rapat dengan teori pembelajaran

Laura H Chapman yang akan dibincangkan dengan lebih mendalam dalam penulisan ini.

Matlamat wawasan 2020 juga menekankan kepentingan melahirkan warga Malaysia yang

kreatif dan inovatif. Begitu juga dengan Falsafah Pendidikan Negara yang memberikan

penekanan kepada usaha melahirkan lebih ramai lagi individu yang kreatif dan inovatif

bagi membangunkan negara. Usaha yang disarankan ini dilihat sangat relevan dengan

aspirasi pendidikan seni visual kerana subjek ini dilihat sebagai satu cabang disiplin yang

membolehkan fikiran kreatif berkembang kerana sifatnya yang tidak konservatif dan tidak

jumud. Hoffa (1964) menjelaskan bahawa program dan aktiviti seni visual seharusnya

dijadikan landasan terbaik bagi proses pembelajaran di sekolah untuk mengembangkan

kreativiti di kalangan murid. Selain menggalakkan penjanaan idea, mata pelajaran ini

banyak memberi peluang dan kebebasan kepada murid untuk melakukan eksplorasi dan

percubaan bagi menghasilkan sesuatu karya yang baik. Dalam hal ini, pemupukan

pemikiran kreatif perlu disemai semenjak kanak-kanak lagi oleh insane yang bergelar guru.

Guru-guru pendidikan seni visual perlu menguasai kaedah merangsang minda ke arah

pembentukan individu kreatif.

2.0 SOROTAN MODEL LAURA H CHAPMAN.

2

Page 3: Perkembagan Seni Kanak-Kanak

HBAE1203 SMP 740613065864001 SMP PPG JAN 2013

Menurut Laura Chapman, 1978, sifat semula jadi bagi seseorang kanak-kanak ialah

memerlukan perhatian, belaian, sentuhan dan sebagainya. Tanpa kita sedari perkembangan

seni tampak minda kanak-kanak berlaku dengan begitu pesat sekali. Sebelum meningkat

remaja, kanak-kanak mengalami tiga tahap perkembangan seni tampak. Peringkat manipulatif

sekitar umur 2 hingga 5 tahun. Peringkat melakar simbol-simbol berumur 5 hingga 9 tahun

dan peringkat pra-remaja iaitu sekitar umur 10 tahun hingga 13 tahun. Berdasarkan kajian

oleh ahli-ahli psikologi barat, perkembangan seni ini berlaku pada setiap kanak-kanak.

Perbezaan mungkin timbul ialah berdasarkan factor persekitaran, bimbingan berterusan

daripada keluarga atau latar belakang pendidikan. Melalui proses membentuk kreativiti dari

diri kanak-kanak itu akan terbina dengan baik.

Pelbagai model perkembangan telah dikemukakan untuk membantu memperjelaskan tentang

perkembangan artistik kanak-kanak. Antara model-model terkemuka telah diformulasikan

oleh Calvin W. Taylor, E. Paul Torrance, June King McFee, Carl Rogers, Victor Lowenford

dan Laura Chapman. Modul OUM Perkembngan Seni Kanak-kanak (2011) menyatakan

Laura H. Chapman di dalam bukunya bertajuk Approches in Art Education (1978)

menjelaskan bahawa proses kreativiti mempunyai pertalian dan hubungan yang hampir sama

dengan proses penghasilan karya ataupun dikenali sebagai proses artistik. Proses artistik ini,

menurut beliau, digunakan oleh penggiat seni dalam penghasilan karya. Proses artistik yang

dijelaskan oleh Chapman tidak bersifat statik, bersifat boleh ubah dan berulang-ulang.

Menurut Chapman lagi, 3 disiplin ini tidak menjadi keutamaan asalkan objektif menghasilkan

karya seni tercapai. Dan sebagai guru Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah, model yang

diperkenalkan oleh Chapman ini sesuai diguna pakai semasa proses pengajaran dan

pembelajaran agar perkembangan artistik dan kreativiti kanak-kanak tidak terbantut dan

membantu mereka menambahkan lagi ilmu pengetahuan di dalam bidang seni visual

3

Page 4: Perkembagan Seni Kanak-Kanak

HBAE1203 SMP 740613065864001 SMP PPG JAN 2013

disamping mempertingkat penguasaan dan kemahiran guru dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

Dalam penulisan bukunya yang bertajuk Approches in Art Education (1978), Chapman

menekankan guru-guru pendidikan seni visual perlu memahami pelbagai cara dan kaedah

boleh diketengahkan dan diaplikasi dalam bilik darjah.

Terdapat tiga kaedah yang diperkenalkan oleh Chapman bagi menghasilkan karya seni iaitu

2.1 Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea)

Di dalam menjana idea, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan karya.

Terdapat juga pengkarya yang tidak dapat menetapkan haluanpenghasilan karya kerana penetapan ini

bergantung kepada ilham dan cetusan idea. Yang nyata, proses ini agak lambat dan memakan masa.

Di dalam konteks pendidikan seni visual pula, guru dimestikan untuk membimbing pelajar dalam

menetapkan hala tuju penghasilan karya selain menerangkan kaedah menjana idea. Sekiranya

diabaikan, adalah dikhuatiri murid mungkin tidak mampu menghasilkan karya.

2.2 Pengolahan dan Pemurniaan (Elaboration and RefinementProses pengolahan dan pemurnian

idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun. Proses ini

digunakan oleh pengkarya bagi memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih

bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan. Dalam penghasilan karya di peringkat kanak-kanak,

proses ini dianggap signifikan kerana proses pengolahan dan pemurnian biasanya diulang beberapa

kali bagi mendapatkan hasil terbaik. Proses ini perlu didedahkan kepada murid di sekolah supaya

mereka dilatih untuk mempunyai pengamatan

mendalam terhadap ketelitian.

2.3 Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium)

Pemilihan bahan bagi menghasilkan karya sangat bergantung kepada pemilihan yang dilakukan oleh

pengkarya. Sesetengah pengkarya akan terus menggunakan bahan yang sama bagi menghasilkan

karya dan tidak kurang juga yang gemar membuat eksperimentasi bagi melihat kesan-kesan tertentu.

4

Page 5: Perkembagan Seni Kanak-Kanak

HBAE1203 SMP 740613065864001 SMP PPG JAN 2013

Yang jelas, pemilihan bahan yang dipilih memberikan kesan terhadap masa yang diambil bagi

menyiapkan sesuatu karya dan persediaan yang perlu dilakukan sebelum menghasilkannya.

Di dalam pendidikan seni visual, guru perlu membimbing murid melalui pengenalan terhadap bahan

dan teknik penggunaan serta penghasilan. Guru perlu menjelaskan melalui demonstrasi dan tunjuk

cara supaya pemilihan bahan oleh murid mempunyai makna dan nilai tersendiri.

3.0 PERANAN GURU PENDIDIKAN SENI VISUAL DALAM MEMPERKASAKAN

MODUL LAURA H CHAPMAN.

Setiap guru Pendidikan Seni Visual yang telah melalui latihan profesional (initial training)

sewajarnya menguasai beberapa disiplin ilmu untuk disampaikannya di sekolah kelak melalui

jalur pendidikan. Seseorang itu tidak mungkin dianggap guru seni yang cemerlang sekiranya

dia tidak menguasai pengetahuan tentang seni dengan baik. Namun begitu, hal ini bukanlah

bermakna seseorang yang menguasai ilmu seni dengan baik dapat menjadi guru seni yang

cemerlang. Segalanya bergantung kepada kebolehan seseorang guru itu menguasai seni

mengajar (art of teaching). Selain mengajar, seorang guru seni juga berperanan sebagai

pengurus, pembimbing, motivator, pemudah cara (fasilitator) dan inisiator bagi meningkatkan

lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi murid untuk mencapai pembelajaran optimum,

menyeluruh dan menyeronokkan. Selain itu guru juga perlu tahu dan faham apa itu artistik

dan kreativiti kerana seni berkait rapat dengan kedua-duanya.

3.1 Penjanaan Idea

Guru Pendidikan Seni Visual berperanan memberikan pengetahuan baru kepada

murid mengenai seni dan proses artistik, menambah baik pengalaman sedia ada serta

mencungkil bakat dan memupuk minat murid terhadap mata pelajaran Seni Visual.

Proses bimbingan (fasilitasi) berlaku apabila ia dijalankan didalam kumpulan di mana

murid digalakkan mengambil peranan di dalam hasil pembelajarannya (Van Maurik,

1994). Menurut Van maurik juga, peranan guru adalah untuk mewujudkan kelas yang

bersifat interaksi kolaboratif dikalangan pelajar.

5

Page 6: Perkembagan Seni Kanak-Kanak

HBAE1203 SMP 740613065864001 SMP PPG JAN 2013

Guru juga berperanan untuk mengajak murid menghayati keindahan atau artistik

dalam seni disamping menerapkan kreativiti dalam penghasilan karya. Sebagai

contoh, jika seorang guru itu ingin mengajar murid-muridnya melukis bunga, guru

tersebut perlu mengetahui pengetahuan sedia ada murid-murid tentang bunga. Guru

boleh menyebut nama-nama bunga yangdi ketahui oleh murid dan sekiranya murid

tidak tahu guru perlu menayangkan gambar beberapa jenis bunga yang cantik dan

menarik kepada murid supaya murid dapat merasai dan mengahayati keindahan bunga

itu. Kemudian, guru perlu membimbing murid-murid melukis gambar bunga dengan

memberikan input-input baru mengenai perkara tersebut. Seterusnya, murid-murid

akan melaksanakan tugasan tersebut dengan bimbingan guru dengan menggunakan

daya kreativiti mereka dan oleh sebab itulah guru perlu memupuk minda pelajar ke

arah penjanaan idea melalui empat pendekatan iaitu :

3.1.1 Alam semulajadi & objek di persekitaran

3.1.2 Perasaan dalaman khayalan dan imaginasi

3.1.3 Aliran & tema sejagat

3.1.4 Keperluan dan pengalaman hidup harian

Untuk merangsang minda murid supaya dapat mengaikan elemen di atas, guru boleh

menngunakan gambar foto selain mengajak murid menghayati alam sekeling dan

memerhati persekitaran kehidupan. Gambar-gambar foto ini bolehlah digunakan

daripada imej yang pelbagai, contohnya gambar keluarga, haiwan, bangunan,

pemandangan dan pelbagai lagi objek alam yang lain. Menggunakan gambar foto di

dalam pembelajaran adalah menjimatkan kerana sumber foto boleh didapati di surat

khabar, majalah ataupun risalah, ataupun menggunakan gambar pelajar itu sendiri.

Guru perlu memahami bahawa terdapat dua objektif utama di dalam mengetengahkan

gambar-gambar foto kepada kanak-kanak. Gambar foto boleh diperkenalkan

sekiranya guru inginkan para pelajar meniru imej di dalam foto untuk

dimanifestasikan di dalam karya lukisan mereka. Mungkin ramai yang beranggapan

bahawa teknik meniru tidak akan memupuk kreativiti kanak-kanak, malah tidak ada

elemen pembelajaran yang boleh didapati daripada aktiviti seperti ini. Namun, teknik

imitasi merupakan antara teknik terbaik yang wajar diperkenalkan kepada kanak-

6

Page 7: Perkembagan Seni Kanak-Kanak

HBAE1203 SMP 740613065864001 SMP PPG JAN 2013

kanak di peringkat awal, di atas kelebihan-kelebihan tertentu. Walaupun kanak-kanak

berinteraksi dengan objek alam, namun pengamatan mereka terhadap persekitaran

adalah terbatas. Teknik imitasi gambar ini dapat menajamkan pengamatan para

pelajar di dalam proses penghasilan imej yang serupa, seterusnya melahirkan pelajar

yang lebih peka dan lebih menitikberatkan

ketelitian. Teknik ini juga menajamkan daya ingatan para pelajar terhadap objek alam

kerana mereka perlu tahu ciri yang perlu ada pada imej yang ingin ditiru.

7

Page 8: Perkembagan Seni Kanak-Kanak

HBAE1203 SMP 740613065864001 SMP PPG JAN 2013

Gambar 1 ( Bagaimana Idea Di Jana)

3.2 Pengolahan dan Pemurniaan (Elaboration and Refinement)

Bimbingan dan dorongan guru akan membantu murid-murid memahami dengan lebih

jelas mengenai sesuatu konsep seni visual. Selain itu pembelajaran secara bimbingan

akan memupuk nilai instrumental seperti berdikari, rasional, berani dan bersemangat

semasa menghasilkan karya seni visual. Untuk mendapat hasil yang baik dan cantik

guru perlu berperanan sebagai motivator kerana motivasi guru juga

dapatmeningkatkan keyakinan diri murid dan memupuk perasaan ingin membuat

yang terbaik dalam penghasilan karya seni. Guru seni dapat memotivasikan pelajar 8

Page 9: Perkembagan Seni Kanak-Kanak

HBAE1203 SMP 740613065864001 SMP PPG JAN 2013

dalam pengajaran dan pembelajaran Seni Visual dengan cara memberi komentar yang

positif disamping mewujudkan persaingan yang positif dan kerjasama di kalangan

murid.

Guru meransang murid untuk membuat olahan kepada idea asal seperti contoh dalam

proses menggambar iaitu membuat lukisan, daripada idea yang dijana seperti

pengetahuan murid tentang bunga, nilai tambah terhadap bunga diolah kepada

beberapa idea baru menjadikan bunga itu lebih menarik dan bersifat imaginasi. Guru

perlu menjadi demonstrator semasa proses olahan ini kerana murid amat memerlukan

pemerhatian dan bimbingan daripada guru semasa melaksanakan aktiviti.

Gambar 2. (Olahan Bunga)

3.3 Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium)

Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam

mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini

akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual

berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa

berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras

9

Gambaran asal

Olahan Akhir

Page 10: Perkembagan Seni Kanak-Kanak

HBAE1203 SMP 740613065864001 SMP PPG JAN 2013

konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting

kerana ia memberi peluang kepada murid belajar secara tidak langsung. Murid juga

dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni di

masa akan datang.

Pemilihan bahan memberikan kesan terhadap masa yang diambil bagi menyiapkan

sesuatu karya dan persediaan yang perlu dilakukan sebelum menghasilkannya. Dalam

Pendidikan Seni Visual, guru perlu membimbing murid melalui pengenalan terhadap

bahan & teknik penggunaan serta penghasilan. Guru perlu menjelaskan melalui

demonstrasi dan tunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh murid mempunyai makna

dan nilai tersendiri.

Guru seni perlu berperanan sebagai Inisiator iaitu individu yang sentiasa berusaha dan

mempunyai jalan untuk berusaha. Guru seni sewajarnya mempunyai inisiatif untuk

menyampaikan ilmu seni visual kepada murid-muridnya secara berkesan. Apabila

seorang guru itu menunjukkan kesungguhan dalam melaksanakan P & P, pasti murid-

murid akan turut berusaha untuk melaksanakan yang terbaik dalam penghasilan karya

seni. Kebiasaannya bagi murid luar bandar, masalah kewangan menjadi kekangan

kepada kegiatan seni dan artistik ini, Untuk menghasilkan karya yang baik dan

menarik bahan dan alat yang sesuai perlu digunakan, Sebagai inisiator guru boleh

menggalakkan pelajar menggunakan bahan terbuang atau kitar semula untuk

melakukan kerja seni. Murid akan lebih berinisiatif untuk mecari bahan yang sesuai

dengan adanya bimbingan dan panduan dari guru.

Gambar 3 (Alat dan bahan)

10

Page 11: Perkembagan Seni Kanak-Kanak

HBAE1203 SMP 740613065864001 SMP PPG JAN 2013

4.0 SOROTAN KAJIAN HASIL KARYA SENI MURID TAHUN 4

Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni

visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi.

Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni

melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pendidikan seni

visual sekolah rendah.

Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga dipupuk

nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan

kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai

patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat

pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan. Dalam penulisan ini

penulis melampirkan hasil seni murid tahun 5 untuk di kaji. Hasil karya ini merupakan

contoh yang didapati daripada rakan sejawat di sekolah rendah dan pencarian di internet.

Karya yang kreatif dan artistik menjadi pilihan penulis untuk diketengahkan berdasarkan

pengamatan penulis sendiri.

11

Page 12: Perkembagan Seni Kanak-Kanak

HBAE1203 SMP 740613065864001 SMP PPG JAN 2013

Karya 1. (Daun)

Karya di atas dihasilkan oleh murid tahun 5. Terhasilnya lukisan daun ini adalah hasil dari

pemerhatian murid berdasarkan bahan maujud yang ada di persekitaran sekolah dengan ada

nilai tambah dimana daun tersebut di makan ulat. Kesannya dari lubang-lubang yang

diwujudkan pada sehelai daun tersebut.

12

Page 13: Perkembagan Seni Kanak-Kanak

HBAE1203 SMP 740613065864001 SMP PPG JAN 2013

Karya 2.( Kolaj)

Karya seni tampak ini menggambarkan kebolehan pelajar untuk mengintrepretasikan apa

yang pernah di lihat oleh murid melalui penghasilan kolaj.

13

Page 14: Perkembagan Seni Kanak-Kanak

HBAE1203 SMP 740613065864001 SMP PPG JAN 2013

Karya 3 (Resis)

Hidupan laut digambarkan dalam teknik resis dimana penggunaan lilin dan cat air menjadi

pilihan murid untuk berkarya. Karya yang menarik ini menonjolkan bakat murid yang

berimaginasi tinggi.

14

Page 15: Perkembagan Seni Kanak-Kanak

HBAE1203 SMP 740613065864001 SMP PPG JAN 2013

Karya 4 (Percikan)

Murid menghasilkan teknik percikan yang baik dengan menggunakan idea pokok sebagai

penegasan.

Karya 5 ( Mozek)

15

Page 16: Perkembagan Seni Kanak-Kanak

HBAE1203 SMP 740613065864001 SMP PPG JAN 2013

Karya 5 ( Mozek)

Karya ini menggambarkan kematangan murid dalam mengasilkan hasil seni yang kreatif

5.0 RUMUSAN

Proses penghasilan sesebuah karya perlu dijelaskan sebaik-baiknya kepada murid dan sebagai

guru pendidikan seni visual pengalaman dan pengetahuan sedia ada perlu digunakan secara

total disamping sentiasa menambahkah pengetahuan agar guru dapat menjadi suri teladan

kepada murid kerana pengalaman guru sendiri penting dalam memberi panduan dan

bimbingan kepada murid dan bagi penulis sendiri, murid akan lebih teruja untuk berkarya

apabila melihat sendiri hasil karya guru. Walaubagaimana pun kadang kala guru mungkin

mempunyai kecenderungan untuk menggunakan kaedah atau teknik yang sama semasa

menghasilkan karya terdahulu, namun guru perlu diingatkan bahawa pengajaran pendidikan

seni visual di sekolah tetap tertakluk kepada panduan yang telah ditetapkan oleh pihak

kementerian agar proses pendidikan tidak terkeluar daripada matlamat asal kewujudan

16

Page 17: Perkembagan Seni Kanak-Kanak

HBAE1203 SMP 740613065864001 SMP PPG JAN 2013

pendidikan seni di sekolah. Kaedah Laura H Chapman seharusnya menjadi salah satu kaedah

yang digunakan pakai oleh guru seni supaya perkembangan artistik dan kretiviti kanak tidaki

sekadar di sekolah rendah sahaja.

Kecenderungan guru yang relektif membantu murid memperolehi kemahiran berfikir kritis

dan kreatif yang tinggi dalam semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran bukat setakat

dalam masa Seni Visual sahaja, malah murid dapat mengaplikasi keistimewaan artistik

mereka dalam semua mata pelajaran yang dipelajari. Sebagai guru matlamat falsafah

pendidikan negara

Lebih Kurang 2548 patah perkataan

17