1.2 kanak-kanak dan seni

25
Kanak-kanak dan Seni Pn. Nor Azizah Atan Jabatan Pendidikan Seni Visual

Upload: nelly

Post on 13-Dec-2015

305 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

sdp

TRANSCRIPT

Page 1: 1.2 Kanak-kanak Dan Seni

Kanak-kanak dan Seni

Pn. Nor Azizah Atan

Jabatan Pendidikan Seni Visual

Page 2: 1.2 Kanak-kanak Dan Seni

PENGENALAN

Seni dalam konteks seni visual,muzik dan pergerakan merupakan asas kepada perkembangan individu dan pembelajaran berhalatuju artistik bagi kanak-kanak. Jika diajar dengan baik, maka dapat merangsang kepekaan deria kerana semua deria merupakan ruang bagi pembelajaran.

Kanak-kanak mesti diberi peluang untuk menyatakan pendapat dan pengetahuan yang mereka temui. Suara keriangan kanak-kanak yang jelas kedengaran dalam bilik darjah patut digalakkan semasa pembelajaran. Justeru itu seni membolehkan kanak-kanak menyertai proses pendidikan sepenuhnya tanpa merasa sebarang perbezaan,juga mampu membangunkan potensi mereka untuk menjadi insan yang kreatif dan imaginatif.

Page 3: 1.2 Kanak-kanak Dan Seni

Melalui aktiviti seni, daya estetik kanak-kanak dapat dipertingkatkan. Contohnya, menggunakan lagu untuk memperkenalkan tajuk “Lebah”. Semasa kanak-kanak menyanyikan lagu, mereka akan bergerak mengikut irama seperti lebah sedang terbang. Seterusnya kanak-kanak menghasilkan gambar lebah. Ini membantu pembelajaran terhadap tajuk tersebut (hubungkait). Semasa belajar bersama-sama, mereka membina konsep kendiri dalam kumpulan rakan sebaya dan masyarakat umum.

Page 4: 1.2 Kanak-kanak Dan Seni

TEORI PEMBELAJARAN MASLOW

-

2.1 Keperluan dan keinginan asas

kanak-kanak

KESEMPURNAAN

KENDIRI

PENGHARGAAN

KASIH SAYANG

KESELAMATAN

FISIOLOGI

Page 5: 1.2 Kanak-kanak Dan Seni

Keperluan dan keinginan asas

kanak-kanak

1. Keinginan untuk bergerak (Jasmani).- Kanak-kanak suka mengambil peluang

untuk bermain dan melibatkan diri

dalam sebarang kegiatan fizikal

JASMANI:

•SEMAKIN KANAK-KANAK MENINGKAT USIANYA KOORDINASI OTOT KASAR

DAN HALUS & PERKEMBANGAN FIZIKAL TURUT MENINGKAT MENGIKUT

USIANYA.

•KANAK-KANAK 6-12 THN ADALAH KANAK-KANAK AKTIF

•PERKEMBANGAN MOTOR DIBAHAGIAN TANGAN LEBIH PENTING.

•MATANGKAN PERGERAKAN OTOT DGN LATIHTUBI YANG KERAP SPT

MEMEGANG PENSIL DGN BAIK SUPAYA TULISAN LEBIH CANTIK.

Page 6: 1.2 Kanak-kanak Dan Seni

2. Keinginan untuk berjaya dan diiktiraf

(emosi)- Kanak-kanak bukan sekadar ingin berjaya tetapi inginkan kejayaan itu dihargai

EMOSI:

Pada peringkat kanak-kanak,perkembangan emosi agak cepat dan

sekata berbanding peringkat prasekolah. Emosi peringkat kanak-

kanak lebih terkawal.

Dalam Pend. Seni, jika emosinya stabil, lukisannya akan lebih

cantik dan kreativiti menyerlah. Dalam Pend. Muzik, cara kanak-

kanak bermain alat perkusi dapat dipantau. Jika kuat pukulan alat

muzik, mungkin terdapat gangguan emosi.

Page 7: 1.2 Kanak-kanak Dan Seni

3. Keinginan untuk diterima oleh kumpulan

sebaya dan sebagai ahli dalam masyarakat (sosial)

- Kanak-kanak inginkan diri mereka diterima,

disanjung, dihargai dan dihormati oleh orang

lain.

SOSIAL:

•Peranan guru sangat penting membantu kanak-

kanak menguasai berbagai ilmu pengetahuan dan

kemahiran yang difikirkan sesuai.

Page 8: 1.2 Kanak-kanak Dan Seni

4. Keinginan untuk bersaing (sosial)

- Kanak-kanak suka bersaing untuk

memperlihatkan kemahiran dan

kekuatan fizikal dan setara dengan

rakan-rakan sebaya.

Page 9: 1.2 Kanak-kanak Dan Seni

5. Keinginan ketangkasan fizikal dan

sebagai sumber daya penarik.

(jasmani,sosial).

- Kanak-kanak gemar kepada aktiviti fizikal

dan membentuk penampilan diri atau

harga diri untuk menyesuaikan dirinya

dalam masyarakat.

Page 10: 1.2 Kanak-kanak Dan Seni

6. Keinginan untuk meneroka (estetik)

- Kanak-kanak gemar melibatkan diri

dalam sesuatu kegiatan yang luar

biasa tetapi menyeronokkan.

ESTETIK:

Mereka telah mula cuba memahami konsep estetik,

boleh menilai konsep keindahan dan kecantikan.

Latihan perlu diperbanyakkan supaya kanak-kanak

dapat mempelajari konsep penghargaan terhadap

sesuatu yang dilihat atau dilakukan.

Page 11: 1.2 Kanak-kanak Dan Seni

7. Keinginan untuk pencapaian kreatif

(estetik,intelek).

- Kanak-kanak gemar mengalami

perkara baru melalui aktiviti kreatif

INTELEK:

Dapat berfikir tepat sebelum menghasilkan

sesuatu.

Bersemagat ingin tahu dan keinginan untuk

terus belajar

Beri peluang kepada mereka menerangkan

pemikiran mereka.

Page 12: 1.2 Kanak-kanak Dan Seni

8. Keinginan untuk meluahkan perasaan

melalui pergerakan (jasmani).

- Kanak-kanak gemar aktiviti yang

memberi peluang untuk meluahkan idea

mengenai diri dan persekitaran mereka.

Page 13: 1.2 Kanak-kanak Dan Seni

9. Keinginan untuk kefahaman (rohani).

- Kanak-kanak mempunyai keperluan dan ingin mengembangkan kefahaman dan ingin mempelajari perkara baru. Justeru itu mereka dapat meneroka dan merasai pemikiran serta interaksi mereka dengan persekitaran.

ROHANI:

Banyakkan aktiviti yang melibatkan kerohanian dan

moral seperti:

•Penggunaan senikata lagu yang mengandungi nilai-

nilai tersebut.

•Ucapan ‘terima kasih’,’tahniah’ disampaikan seberapa

kerap yang boleh.

•Membantu kanak-kanak menghargai sesuatu, bukan

mengeji.

Page 14: 1.2 Kanak-kanak Dan Seni

Semasa sekumpulan kanak-kanak sedang bermain

„Sembunyi Sembunyi (Hide and Seek), cuba

perhatikan perkara-perkara berikut :

Bagaimana mereka menguruskan

permainan ini

Bagaimana menyembunyikan diri mereka

Tindakan-tindakan yang boleh diambil

oleh orang yang mencari

Ekspresi mereka apabila mereka ditemui.

Page 15: 1.2 Kanak-kanak Dan Seni

2.2 Perkembangan dan

Pertumbuhan Kanak-kanak

Kebolehan kanak-kanak adalah selari dengan

perkembangan diri mereka. Untuk mencipta

sesuatu yang baru, kanak-kanak akan

bergantung kepada pengalaman dan kreativiti

dalam memanipulasikan alatan dan bahan yang

mereka gunakan.

Kefahaman yang baik tentang perkembangan

kanak-kanak dapat membantu kita mengatur

bahan-bahan pembelajaran secara berperingkat

dan juga bersepadu supaya kanak-kanak boleh

belajar mengikut pengalaman lama

Page 16: 1.2 Kanak-kanak Dan Seni

Teori Perkembangan Piaget

Fasa Umur kanak-Kanak

Deria motor 0 hingga 2 tahun

Praoperasi 2 hingga 7 tahun

Operasi konkrit 7 hingga 12 tahun

Operasi formal 12 tahun ke atas

Page 17: 1.2 Kanak-kanak Dan Seni

Tahap Deria Motor0 hingga 2 tahun

Sifat kanak-kanak pada peringkat ini lebih

berdasarkan interaksi mereka dengan alam

sekeliling melalui pancaindera masing-

masing.

Kanak-kanak sedar akan kewujudan

sesuatu benda hanya jika benda itu boleh

dikesan oleh salah satu deria pancaindera.

Page 18: 1.2 Kanak-kanak Dan Seni

Fasa Praoperasi

2 hingga 7 tahun

Kanak-kanak mula memperoleh

kebolehan pengekalan iaitu kebolehan

untuk menyimpan imej-imej mental

tentang sesuatu konsep abstrak atau

objek fizikal. Ini dapat dibuktikan melalui

kebolehan mereka berbahasa pada

peringkat ini.

Page 19: 1.2 Kanak-kanak Dan Seni

Fasa Operasi Konkrit

7 hingga 12 tahun

Kebolehan pengekalan sepenuhnya diperoleh pada peringkat ini. Contoh : kefahaman tentang seketul tanah liat dalam bentuk bola tidak akan berubah beratnya walau pun diubah bentuknya.

Kanak-kanak boleh mengcam melodi sesebuah lagu walau pun dimainkan dengan tempo atau alat muzik yang berbeza.

Page 20: 1.2 Kanak-kanak Dan Seni

Fasa Operasi Formal

12 tahun ke atas

Kanak-kanak dalam fasa ini dapat menyelesaikan masalah dengan lebih baik, iaitu mereka berkebolehan menggunakan pelbagai strategi untuk menyelesaikan masalah.

Cara kanak-kanak berinteraksi dan berfikir adalah lebih rumit kerana faktor-faktor emosi, intelek dan alam fizikal dilibatkan sekarang.

Page 21: 1.2 Kanak-kanak Dan Seni

2.2.3 Perkembangan dan Pertumbuhan Kanak-

kanak mengikut Viktor Lowenfeld(Perkembangan menyeluruh melalui aktiviti seni)

Viktor Lowenfeld dan Brittain(1986) telah meneliti

lukisan kanak-kanak mengikut peringkat-peringkat

perkembangan kanak-kanak dan menerangkan

bagaimana bahan kamdungan subjek dan

environmen belajar dapat disesuaikan mengikut

peringkat perkembangan untuk meransangkan

pengutaraan tampak kanak-kanak, perkembangan

kreatif dan mental dan seterusnya perkembangan

menyeluruh kanak-kanak.

Page 22: 1.2 Kanak-kanak Dan Seni

Perkembangan dan Pertumbuhan Kanak-kanak

mengikut Viktor Lowenfeld (2.2.3 Perkembangan menyeluruh melalui aktiviti seni

MS 34 )

Menurut Lowenfeld dan Brittain lagi, pengetahuan

sedia ada boleh dikaitkan melalui cara-cara yang

sesuai kepada tahap perkembangan kanak-

kanak. Antaranya ialah menggunakan aksi

kanak-kanak, objek yang konkrit dan isi

kandungan yang ada kaitan dengan kehidupan

seharian di peringkat itu. Apabila pengetahuan

pasif diaktifkan, persepsi, kognisi dan

pembelajaran berlaku secara semulajadinya.

Page 23: 1.2 Kanak-kanak Dan Seni

PERINGKAT PERKEMBANGAN KANAK-KANAK MELALUI

AKTIVITI SENI OLEH VIKTOR LOWENFELD

Page 24: 1.2 Kanak-kanak Dan Seni

PERKEMBANGAN DIRI KANAK-KANAK MELALUI SENI:

2.2.4 KREATIVITI

2.2.5 PEMAHAMAN

2.2.6 KESEDARAN KENDIRI

Page 25: 1.2 Kanak-kanak Dan Seni

SILA BUAT RUMUSAN