faktor terapeutik dalam kaunseling kelompok

8
ISDC ISDC 2014 ISDC2014 CONFERENCE PROCEEDINGS Paper presented at the International Social Development Conference (ISDC2014), on August 12 - 13, 2014 at The Bayview Hotel, Langkawi Island, Malaysia. The conference was organized by the School of Social Development (SSD), UUM College of Arts and Sciences, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darulaman, MALAYSIA. * Corresponding author. ISBN: 978-967-0474-74-8 FAKTOR TERAPEUTIK DALAM KAUNSELING KELOMPOK DAN KAITANNYA DENGAN PERKEMBANGAN DIRI Ruhani Mat Min* & Mohd Yusuf Abu Bakar *[email protected] Universiti Malaysia Terengganu Abstract Kajian kualitatif ini bertujuan mengenalpasti faktor terapeutik dalam kaunseling kelompok yang mendorong perkembangan diri ahli. Perkembangan diri bermaksud perubahan yang dialami oleh ahli kesan daripada kaunseling kelompok yang dilaluinya. Seramai lima orang pelajar kaunseling telah melibatkan dalam kajian ini secara sukarela. Peserta kajian berkenaan telah melibatkan diri dalam sekurang-kurangnya sepuluh sesi kaunseling kelompok, yang juga merupakan sebahagian daripada aktiviti pembelajaran yang perlu diikuti oleh mereka. Data dikumpulkan melalui temubual dan penulisan diari. Temubual berkenaan adalah secara semi struktur, iaitu penyelidik menyediakan soalan sebagai panduan sebelum memulakan temubual. Walaupun begitu, temubual berkenaan tidak tertakluk semata-mata kepada soalan yang telah disediakan. Penulisan diari bertujuan untuk membantu peserta kajian menyatakan pandangan, pengalaman atau sebarang perkara yang berkaitan dengan kaunseling kelompok yang dilaluinya. Setiap peserta kajian akan melibatkan diri dalam tiga kali temubual dan tiga kali penulisan diari sepanjang tempoh pengumpulan data. Penulisan diari dilakukan selepas setiap kali temubual diadakan dan ianya mengikut kesesuaian masa setiap peserta kajian. Tempoh masa mengumpul data, temubual dan penulisan diari, selama lapan minggu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penerimaan tanpa syarat dan mematuhi kerahsiaan oleh fasilitator dan ahli kelompok merupakan faktor teraputik utama yang menyumbang kepada perkembangan diri ahli. Faktor teraputik yang lain adalah gaya kepimpinan serta penggunaan kemahiran dan pengetahuan kaunseling fasilitator, dan komitmen ahli kelompok. Kewujudan faktor-faktor teraputik berkenaan mendorong perkembangan diri iaitu keyakinan, celik akal, kelegaan dan rasa dihargai dalam kalangan ahli kelompok. Implikasinya, penerimaan tanpa syarat dan kerahsiaan perlu difahami dengan mendalam, seterusnya diamalkan oleh kaunselor atau fasilitator agar ahli kelompok dapat mengambil contoh yang ditunjukkan. Keywords: kaunseling kelompok, faktor terapeutik, perkembangan diri, kajian kualitatif, dan pelajar kaunseling PENGENALAN Kaunseling kelompok merupakan proses perhubungan antara kaunselor dengan beberapa orang ahli kelompok. Perhubungan berkenaan membolehkan ahli kelompok yang menghadapi kesukaran menyelesaikannya isu-isu yang berkaitan peribadi, sosial ataupun kerjaya (Gladding, 1999). Ahli kelompok juga boleh menilai diri dan situasi dalam usaha menukar sikap dan tingkahlaku (Hansen, Warner & Smith, 1980). Kaunseling kelompok yang berkesan bergantung kepada banyak faktor, walau bagaimanapun, persediaan ketua kelompok atau fasilitator serta kebolehannya merancang dan mengendalikan kelompok amat penting

Upload: mazfa-murat

Post on 15-Jan-2016

359 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

Faktor Terapeutik Dalam Kaunseling Kelompok

TRANSCRIPT

ISDCISDC2014

ISDC2014 CONFERENCE PROCEEDINGS

Paper presented at the International Social Development Conference (ISDC2014), on August 12 - 13, 2014 at The Bayview Hotel, Langkawi Island, Malaysia. The conference was organized by the School of Social Development (SSD), UUM College of Arts and Sciences, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darulaman, MALAYSIA. * Corresponding author.

ISBN: 978-967-0474-74-8

FAKTOR TERAPEUTIK DALAM KAUNSELING KELOMPOK DAN KAITANNYA DENGAN

PERKEMBANGAN DIRI

Ruhani Mat Min* & Mohd Yusuf Abu Bakar

*[email protected] Malaysia Terengganu

Abstract

Kajian kualitatif ini bertujuan mengenalpasti faktor terapeutik dalam kaunseling kelompok yang mendorong perkembangan diri ahli. Perkembangan diri bermaksud perubahan yang dialami oleh ahli kesan daripada kaunseling kelompok yang dilaluinya. Seramai lima orang pelajar kaunseling telah melibatkan dalam kajian ini secara sukarela. Peserta kajian berkenaan telah melibatkan diri dalam sekurang-kurangnya sepuluh sesi kaunseling kelompok, yang juga merupakan sebahagian daripada aktiviti pembelajaran yang perlu diikuti oleh mereka. Data dikumpulkan melalui temubual dan penulisan diari. Temubual berkenaan adalah secara semi struktur, iaitu penyelidik menyediakan soalan sebagai panduan sebelum memulakan temubual. Walaupun begitu, temubual berkenaan tidak tertakluk semata-mata kepada soalan yang telah disediakan. Penulisan diari bertujuan untuk membantu peserta kajian menyatakan pandangan, pengalaman atau sebarang perkara yang berkaitan dengan kaunseling kelompok yang dilaluinya. Setiap peserta kajian akan melibatkan diri dalam tiga kali temubual dan tiga kali penulisan diari sepanjang tempoh pengumpulan data. Penulisan diari dilakukan selepas setiap kali temubual diadakan dan ianya mengikut kesesuaian masa setiap peserta kajian. Tempoh masa mengumpul data, temubual dan penulisan diari, selama lapan minggu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penerimaan tanpa syarat dan mematuhi kerahsiaan oleh fasilitator dan ahli kelompok merupakan faktor teraputik utama yang menyumbang kepada perkembangan diri ahli. Faktor teraputik yang lain adalah gaya kepimpinan serta penggunaan kemahiran dan pengetahuan kaunseling fasilitator, dan komitmen ahli kelompok. Kewujudan faktor-faktor teraputik berkenaan mendorong perkembangan diri iaitu keyakinan, celik akal, kelegaan dan rasa dihargai dalam kalangan ahli kelompok. Implikasinya, penerimaan tanpa syarat dan kerahsiaan perlu difahami dengan mendalam, seterusnya diamalkan oleh kaunselor atau fasilitator agar ahli kelompok dapat mengambil contoh yang ditunjukkan.

Keywords: kaunseling kelompok, faktor terapeutik, perkembangan diri, kajian kualitatif, dan pelajar kaunseling

PENGENALAN

Kaunseling kelompok merupakan proses perhubungan antara kaunselor dengan beberapa orang ahli kelompok. Perhubungan berkenaan membolehkan ahli kelompok yang menghadapi kesukaran menyelesaikannya isu-isu yang berkaitan peribadi, sosial ataupun kerjaya (Gladding, 1999). Ahli kelompok juga boleh menilai diri dan situasi dalam usaha menukar sikap dan tingkahlaku (Hansen, Warner & Smith, 1980). Kaunseling kelompok yang berkesan bergantung kepada banyak faktor, walau bagaimanapun, persediaan ketua kelompok atau fasilitator serta kebolehannya merancang dan mengendalikan kelompok amat penting

© ISDC2014 • Conference Proceedings 600

(Gladding, 1999). Kaunseling kelompok secara profesional didapati meninggalkan kesan positif terhadap perubahan jangka pendek dan jangka panjang (Zainudin, Zuria, dan Salleh, 2008). Berman & Zimper (1980) menyatakan bahawa perubahan interpersonal dalam kalangan ahli berlaku melalui pengalaman kaunseling kelompok yang melibatkan pertemuan lebih daripada 10 jam.

Corey & Corey (2002) membincangkan beberapa faktor yang mendorong dinamik dalam kelompok, iaitu rasa diterima oleh kelompok, mengetahui perkara yang diharapkan kepada ahli kelompok, serta rasa selamat. Mengikut penulis, sekiranya faktor berkenaan tidak wujud dalam kelompok, kemungkinan ahli tidak bekerjasama, bersikap bermusuhan serta saling tidak memperduli antara satu sama lain. Yalom (1995) membincangkan kuasa terapeutik atau faktor penyembuh dalam kaunseling kelompok. Beliau mengatakan terdapat sebelas faktor yang perlu wujud bagi membolehkan kelompok berkenaan berkesan, diantaranya adalah, menaruh harapan, kesamaan, menyampaikan maklumat, mencontohi tingkahlaku positif daripada orang lain, kejelekitan antara ahli dan beberapa faktor lagi.

Rogers (1961) menyatakan bahawa hubungan bersama orang lain membantu individu memahami dirinya, seterusnya menyumbangkan kepada keyakinan diri. Setiap manusia memerlukan perhatian positif iaitu keperluan untuk disayangi, disukai, dihormati, disanjung dan diterima oleh orang lain, termasuklah ahli keluarganya. Dalam kehidupan sebenar, manusia tidak sentiasa mendapat perhatian positif yang diperlukannya, malah mereka juga menerima perhatian negatif yang boleh menyebabkan berlakunya ketegangan dan tekanan dalam diri. Walaupun mengalami perhatian negatif, individu berupaya menguruskan ketegangan dan tekanan dalam diri, apabila pada masa yang sama beliau menerima perhatian positif. Perhatian positif yang dialami oleh individu menyumbangkan kepada pembentukkan konsep kendiri. Keperluan manusia adalah kasih sayang dan penerimaan. Keperluan kepada kasih sayang dan kemesraan ini adalah semulajadi. Sekiranya keperluan berkenaan tidak dapat dipenuhi, maka cara individu berkenaan melihat dirinya atau konsep kendirinya juga akan terganggu. Oleh itu, hubungan dengan orang lain termasuk ahli keluarga dan ahli masyarakat amat penting bagi membentuk perasaan kasih sayang dan kemesraan (Rogers, 1951).

Maslow (1968) menyatakan bahawa setiap manusia mempunyai keperluan yang sedia ada dalam dirinya. Keperluan ini wujud dalam hirarki dan mempunyai keutamaan tertentu. Mengikut Hierarki Keperluan Maslow, hanya wujud satu keperluan pada sesuatu masa, dan keperluan berkenaan perlu dipenuhi sebelum wujudnya keperluan yang lain. Keperluan disayangi dan menyayangi serta mempunyai dan dipunyai adalah penting. Berupaya memenuhi keperluan berkenaan membantu mereka meningkat kepada keperluan seterusnya, iaitu rasa berkebolehan serta yakin dengan diri.

Rumusannya, pengalaman kaunseling kelompok mempunyai kesan pada individu (Zainuddin et al., 2008). Individu memerlukan orang lain dalam mengembangkan potensi diri (Rogers, 1951). Kaunseling kelompok menyediakan peluang kepada ahli untuk merasai berkongsi pengalaman dengan orang lain (Corey & Corey, 2002). Persoalannnya, apakah pengalaman sebenarnya dilalui oleh ahli kelompok? Kajian ini ingin meneroka pengalaman sebenar yang dilalui oleh ahli kelompok yang berkaitan dengan perkembangan diri.

METODOLOGI

Kajian ini berbentuk penyelidikan kualitatif. Kaedah kualitatif membolehkan pengalaman peserta kajian ditafsir dan dihuraikan dalam konteks persekitaran yang khusus (Denzin & Lincon, 2000). Dapatan kajian kualitatif umumnya didedahkan atau ditunjukkan dalam bahasa atau perkataan yang digunakan sehari-hari dan seringkali menggabungkan perkataan atau kata-kata peserta itu sendiri untuk menghuraikan peristiwa psikologikal, pengalaman atau fenomena (Patton, 2002).

Seramai lima orang pelajar univiersiti terlibat dalam kajian ini. Kesemua peserta kajian yang dipilih ini mempunyai pengalaman sebagai ahli sekurang-kurangnya sepuluh pertemuan kaunseling kelompok dan yang paling penting, penglibatan mereka dalam kajiannya adalah secara sukarela. Data kajian kualitatif ini melibatkan temubual dan juga jurnal. Temubual merupakan interaksi bersemuka antara penemubual dan juga peserta kajian. Temubual yang dijalankan adalah temubual berstruktur. Temubual semi struktur membolehkan pengkaji mengajukan soalan temubual secara sistematik tetapi jawapan yang diberikan oleh peserta kajian tiada had dan tidak mempunyai struktur khas. Proses temubual dijalankan sebanyak tiga kali bagi setiap peserta kajian yang terlibat. Kebanyakan soalan yang ditanyakan adalah lebih berbentuk soalan terbuka yang membolehkan pengkaji untuk meneroka lebih jauh mengenai perkembangan diri peserta kajian.

Peserta kajian juga diminta untuk menulis jurnal bagi setiap kali sesi perjumpaan mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Penulisan jurnal oleh peserta kajian dapat membantu pengkaji dalam mendapatkan maklumat tambahan di samping sesi temubual yang dilakukan. Penulisan jurnal itu juga membolehkan maklumat

© ISDC2014 • Conference Proceedings 601

tambahan daripada peserta kajian ini dapat diperincikan lagi tentang apa yang berlaku semasa sesi kelompok berlangsung mengikut perspektif mereka dan seterusnya merasai kesan proses kaunseling kelompok yang dilalui terhadap diri mereka.

DAPATAN

Kajian ini menunjukkan beberapa tema yang menyumbang kepada perkembangan diri, penerimaan tanpa syarat, kerahsiaan, kemahiran ketua kelompok atau fasilitator, dan juga kemahiran kaunseling yang digunakan semasa sesi berlangsung serta juga komitmen ahli kelompok.

Dapatan kajian juga menunjukkan beberapa kesan yang telah dinyatakan oleh peserta kajian iaitu dalam aspek kelegaan, keyakinan, rasa dihargai dan celik akal setelah melalui kaunseling kelompok.

Tema 1 : Penerimaan Tanpa Syarat

Penerimaan tanpa syarat merupakan isu yang sangat dititikberatkan dalam kaunseling. Rasa diterima dalam kelompok akan mewujudkan rasa selesa. Penerimaan juga membolehkan ahli merasakan mereka mempunyai hak yang sama serta mempunyai peluang untuk turut serta dalam sesi kelompok.

Menurut Mas (bukan nama sebenar), kaunseling itu sendiri bersifat menerima tanpa syarat, iaitu tanpa adanya sebarang penilaian terhadap individu. Hal ini membolehkan setiap ahli itu rasa diterima. Mas juga menyatakan bahawa penerimaan tanpa syarat itu dapat memberi kesan terhadap keyakinan dirinya.

“.....Dalam sesi kelompok ni juga saya memang rasa diterima oleh ahli-ahli lain, saya rasa saya juga boleh menerima mereka lah walaupun ada dari sesetengah mereka saya tak kenal pun. Masing-masing dapat menerima di antara satu sama lain. Di situ saya lihat kekuatan dalam kelompok itu sendiri dalam memberi kesan dan keyakinan pada diri saya.....”

“.....Saya rasakan saya dapat belajar sesuatu melalui sesi kelompok ni dimana jika kita nak diterima oleh orang lain, kita juga mestilah terlebih dahulu boleh menerima orang lain. Selepas tu saya rasa ahli-ahli perlu sama-sama dan saling menerima diantara satu sama lain.....”

Peserta kajian seterusnya, Din (bukan nama sebenar) juga mempunyai pengalaman yang sama, iaitu kepentingan penerimaan tanpa syarat dalam kaunseling kelompok.

“.....Saya rasa diterima dalam kelompok. Kelompok sangat membantu saya membuat perluahan atau perkongsian dalam sesi. Penerimaan ini memberi keyakinan pada diri saya untuk berkongsi pendapat terhadap isu ahli lain dan ahli lain pun membantu dalam perkongsian tentang isu yang saya alami.....”

Berikut adalah merupakan pernyataan yang ditulis oleh Din dalam jurnalnya,

“…..Penerimaan tanpa syarat membantu saya membuat perluahan dalam kelompok dengan selesa. Selain itu ia juga dapat memberikan keyakinan pada diri saya untuk berkongsi tentang sesuatu isu yang saya alami dan juga memberi respon kepada ahli lain. Melalui penerimaan tanpa syarat ini juga membuatkan saya bebas memberi pendapat dan cadangan pada ahli kelompok lain…..”

Berbeza dengan Iza (bukan nama sebenar), penerimaan tanpa syarat itu berkaitan dengan sejauh mana penerimaan terhadap dirinnya terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan perkongsian dalam jurnalnya,

“.....Penerimaan tanpa syarat adalah apabila kita dapat menerima diri kita dengan seadanya. Menerima dalam setiap aspek, antaranya fizikal diri seseorang itu seperti tubuh badan, warna kulit dan sebagainya. Aspek dalaman pula adalah seperti kekuatan dan kelemahan diri. Aspek-aspek ini dapat diterima oleh seseorang dengan seadanya dan mengambil kelemahan itu sebagai suatu cabaran untuk melangkah kehadapan.....”

Tema 2: Kerahsiaan Dalam Sesi

Kerahsiaan sangat penting supaya ahli dapat meluahkan perasaan, pemikiran dan maklumat dalam kelompok. Kepentingan kerahsiaan perlu dinyatakan semasa peringkat awal kaunseling kelompok. Dapatan kajian menunjukkan bahawa isu mengenai kerahsiaan memberi kesan terhadap perkembangan diri ahli. Kewujudan kerahsiaan boleh membantu seseorang ahli dalam suatu sesi kelompok untuk berkongsi tanpa sebarang keraguan dalam sesi tersebut.

Iza menyatakan bahawa faktor kerahsiaan dalam setiap sesi kaunseling sangat penting dalam memelihara hak dan juga kerahsiaan setiap perkongsian ahli-ahli kelompok sepanjang sesi tersebut.

“.....Tahap keyakinan makin bertambah la bila semakin lama bersama kelompok, ye la, mula-mula masih rasa kurang percaya, kurang yakin, kemudian bila lama kelamaan bila ahli kelompok berkongsi, ketua kelompok beri galakkan dan dorongan kepada ahli, menyebabkan saya menjadi lebih yakin sebabnya kaunselor beritahu tentang etika kerahsiaan yang perlu dijaga oleh setiap ahli.....”

© ISDC2014 • Conference Proceedings 602

Kepentingan isu kerahsiaan dalam membina kepercayaan dan konsep kendiri ahli-ahli dalam kelompok ini turut diperkatakan dalam sesi temubual bersama Din (bukan nama sebenar).

“…..Saya melihat sesuatu perkongsian dalam kalangan ahli kelompok ni bergantung kepada nilai kepercayaan diri mereka la. Kalau kepercayaan tinggi, maka komitmen ahli tersebut akan lebih la berbanding dengan ahli yang kurang sikit dari kepercayaan kepada kelompok tersebut. Sebabnya kelompok ni kan melibatkan ramai ahli, jadi ia akan memberi kesan pada kepercayaan mereka. Di sini la saya melihat kepentingan etika kerahsiaan dalam sesuatu sesi yang dijalankan…..”

Tema 3 : Kemahiran Ketua Kelompok

Kaunseling kelompok memerlukan ketua yang bijak memimpin dalam memastikan kelancaran perjalanan sesi berkenaan. Dapatan kajian menunjukkan kepentingan ketua kelompok dalam menentukan kejayaan bagi sesuatu sesi yang dijalankan. Mas merasakan bahawa peranan ketua kelompok sangat penting dalam kejayaan sesi. Ketua kelompok perlu peka terhadap setiap verbal dan non verbal ahli.

“.....Ok, saya rasa sebagai ketua kelompok, dia lah yang dapat menentukan tahap keberkesanan kelompok samada berjaya atau tidak sesi yang dilakukan. Ketua perlu lebih memberikan perhatian dan tumpuan kepada tindakbalas terhadap apa jua pergerakan non verbal dan juga perubahan pada kata-kata ahli-ahli kelompok. Jika ada yang menangis contohnya, ketua harus memberikan tindakbalas bersesuaian la dengan ahli tersebut. Dalam hal ini, ahli akan merasakan dirinya akan rasa didekati difahami dan juga mendapat sokongan moral daripada ahli lain dan juga ketua itu sendiri. Sebabnya, ahli nampak la kelompok menyelami perasaan dirinya.....”

“.....Jadi, dari situ saya rasa lebih terdorong untuk berkongsi la dengan kelompok, jadi saya rasa ketua kelompok ni harus lebih mesra la dengan ahli ataupun individu lain. Kalau saya gembira, ketua akan nampak sama-sama tersenyum, bergantung kepada perkongsian ahli-ahli la. Bagaimana intonasi suara kaunselor, seolah-olah, kaunselor menyelami isi hati ahli yang berkongsi la. Saya rasa dengan penggunaan kemahiran, gaya, dan juga intonasi suara ini akan dapat membantu ahli dalam meningkatkan keyakinan dalam diri ahli itu sendiri.....”

Iza merasakan kemahiran empati sebagai suatu aspek yang penting dalam sesuatu sesi kaunseling. Melalui kemahiran ini beliau merasakan dirinya akan lebih difahami.

“.....Pada sesi tersebut fasilitator membincangkan masalah tentang keluarga, dan saya sebenarnya susah nak berkongsi tentang keluarga, tapi entahla mungkin fasi tersebut banyak berempati, so saya banyak la berkongsi tentang diri saya, keluarga saya dalam kelompok berkenaan. Dalam sesi tu juga fasi tu ada bertanya apa yang awak boleh sumbangkan untuk keluarga awak, waktu tu saya benar-benar tersentuh selama saya membesar, saya belum pernah menyumbang apa-apa kepada keluarga, dan masa tu saya tanamkan dalam diri saya saya akan berusaha bersungguh-sungguh dan saya akan berjaya dan membantu mereka suatu hari nanti.....”

Tema 4 : Tanggungjawab Ahli Kelompok

Ahli kelompok memainkan peranan penting dalam perjalanan sesi sesuatu kelompok. Menurut Mas peranan kedua-dua pihat amat penting dalam menentukan kejayaaan sesi kelompok.

“......Bagi saya peranan kedua-dua belah pihak penting bagi mencapai matlamat sesi kelompok yang berjaya, bukan sekadar tugas ketua kelompok sahaja, malahan ahli-ahli dalam kelompok juga sangat berperanan dalam menentukan kejayaan sesi.....”

Mas juga turut berkongsi bagaimana ahli-ahli dalam kelompok menjadi pendorong kepada perkongsiannya dalam kelompok. Komitmen ahli lain terhadap kelompok itu sendiri membuatkan dirinya juga terdorong untuk melibatkan diri bersama fasilitator dan juga ahli lain dalam kelompok tersebut. Berikut merupakan kenyataan Mas berkaitan peranan ahli lain dalam mendorong dirinya untuk turut bersama dengan kelompok,

“.....Ok, antara faktor yang mendorong bagi saya dalam perkongsian bersama ahli kelompok ni, mungkin juga disebabkan penglibatan daripada semua yang terlibat dalam sesi itu sendiri, galakkan daripada ahli lain dan ketua kelompok menjadi faktor nak berkongsi. Sebabnya macam yang saya katakan pada awal tadi sesi kelompok ni bukan sahaja melibatkan isu yang dibincangkan malahan melibatkan penerokaan terhadap emosi ahli itu sendiri yang boleh menyebabkan insight atau celik akal kepada ahli itu sendiri.....”

Iza pula mempunyai cara tersendiri sebagai salah seorang anggota dalam berhadapan rakan ahli yang agak pasif dan sukar untuk bersama dalam kelompok.

“.....Bagi saya, jika saya salah seorang anggota dalam sesi tersebut saya akan membantu dengan mendengar perkongsiannya dan cuba memahami bagi dirinya mungkin ada sebab dia berdiam dan sukar berkongsi, dan pada sesi seterusnya dia akan lebih berani dan cenderung untuk berkongsi la......”

Fadhil pula melihat kaunseling kelompok berkesan dalam meningkatkan kesan kepada peningkatan konsep kendiri dalam diri seseorang ahli.

“......Ok,macam saya katakan tadi bila kita berada dalam kelompok ni ada sahaja perkongsian jadi kita akan lebih berkongsi dan memastikan saya dapat input-input yang berguna la daripada sesuatu perkongsian ahli lain. Ia kadangkala memberi saya suatu kekutan la pada diri

© ISDC2014 • Conference Proceedings 603

saya untuk saya menggunakan dalam hidup saya. Bertukar-tukar pandangan agar kita menjadi individu yang lebih baik pada masa akan datang.....”

Melalui perkongsian Hafiz dalam jurnalnya, ia melihat tentang kepentingan rasa diterima dan penerimaan ahli lain. Ia sebagai suatu kekuatan dalam dalam kelompok tersebut.

“.....Ok, selepas menjalani sesi kelompok saya rasa diri saya diterima, dimana saya dapat berkongsi, saya boleh bercerita. Dalam sesi kelompok ni juga saya memang rasa diterima oleh ahli-ahli lain, saya rasa saya juga boleh menerima mereka la walaupun ada dari sesetengah mereka saya tak kenal pun. Masing-masing dapat menerima diantara satu sama lain. Disitu saya lihat kekuatan dalam kelompok itu sendiri dalam memberi kesan dan keyakinan pada diri saya.....”

Tema 5: Kelegaan

Dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan peserta kajian yang menjalani sesi kaunseling kelompok memperolehi kesan semasa dan juga selepas menjalani sesi. Perasaan lebih positif merupakan antara perkongsian yang dapat dinyatakan oleh peserta melalui temubual dan juga jurnal yang ditulis. Hal ini dapat mengukuhkan lagi bahawa kaunseling kelompok mampu memberi kesan kepada individu yang terlibat.

Menurut Fadhil melalui pengalamanya dalam sesi kaunseling kelompok, perasaan ketika pada peringkat permulaan sesi adalah sedikit gementar seolah-olah tidak begitu yakin untuk memberi komitmen bersama dengan ahli kelompok yang lain.

“.....Perasaan tu pada mula-mula memang saya rasa macam gugup la seolah-olah tak yakin kepada kelompok untuk berkongsi.....”

“.....Tapi bila dah lama kelamaan bila dah sampai tahap orang panggil kejelekitan la orang panggil kan dalam sesi tu, bila kita dah berkongsi, perasaan gembira tu lahir secara tiba-tiba atau semulajadi. Ye la, bila pada mula-mula benda yang kita tak terfikir untuk berkongsi kan, bercerita dan berasa macam kelegaan sekaligus secara tak langsung perasaan gembira tu ada la. Bila menjalani sesi kelompok dan berkongsi memang rasa gembira la.....”

Menurut Iza pula, perkongsian dalam sesi kelompok membantu dalam proses mencari penyelesaiannya membuatkan dirinya lebih gembira, selesa dan juga lega melalui perkongsian dan juga reaksi daripada ahli-ahli dan juga fasilitator.

“.....Selepas berkongsi tu, mungkin saya ada sesuatu masalah, kemudian saya dapat rasakan bahawa ahli-ahli lain banyak membantu la, sebab mungkin perkara yang saya kongsikan itu ada persamaan dengan ahli-ahli lain dalam kelompok. Mereka pun ada pengalaman dan mereka membantu saya la, dari situ saya rasa perasaan saya lebih gembira, selesa dan lega dengan keadaan tu, mungkin saya sendiri tak dapat cari penyelesaiannya, tapi dengan bantuan ahli lain mereka dapat membantu saya.....”

Perasaan kelegaan turut dialami oleh Hafiz (bukan nama sebenar) ketika bersama-sama dalam kaunseling kelompok. Menurutnya perkongsian dalam sesi akan mewujudkan kelegaan kepada dirinya dan seterusnya dapat melupakan suatu perkara tersebut.

“.....kemudian setelah saya berkongsi dalam kelompok, saya luahkan benda tu, jadi saya rasa kelegaan berlaku dalam diri saya. So, lepas tu saya macam dah tak hirau la masalah tu......”

Tema 6: Keyakinan

Keyakinan merupakan aspek yang penting dalam pembentukan sahsiah dan peribadi seseorang individu. Keyakinan yang tinggi terhadap diri sendiri mampu berinteraksi dengan orang lain tanpa wujud sebarang tanpa keraguan dan sebagainya.

Menurut Din melalui sesi kelompok yang dilaluinya, selepas berkongsi dan menyatakan perasaannya dalam sesi tersebut, beliau mendapat suatu kekuatan dalam dirinya di mana beliau rasa lebih berkeyakinan, dan juga berani untuk berhadapan dengan situasi sebenar.

“......Setelah selesai sesi berkenaan, saya dapat rasa suatu kelegaan sangat bila saya dapat berkongsi dan juga saya dapat menyatakan perasaan saya kepada batu tu, dengan menggantikan batu sebagai orang yang kita nak sampaikan. Maknanya saya mencari kekuatan dengan meluahkan perkara tersebut kepada batu. Daripada situ, selepas sahaja meluahkan kepada batu, saya rasa lebih berkeyakinan, dan juga lebih berani untuk berhadapan dengan situasi sebenar.....”

Din juga ada menyatakan wujudnya keyakinan melalui perkongsian dalam sesi kaunseling kelompok membuatkan dirinya turut berkeyakinan walaupun selepas sesi berakhir.

“.....Dalam perkongsian saya dalam sesi kelompok, bila sahaja selepas sesi berkenaan saya akan rasa lega di samping saya akan lebih mendapat input-input yang berguna dalam diri saya. Saya rasa diri saya selepas kaunseling kelompok lebih berkeyakinan la sebab keyakinan

© ISDC2014 • Conference Proceedings 604

diri saya semasa dalam kelompok membuatkan saya juga berkeyakinan selepas sesi tersebut. Perkongsian dalam sesi kelompok memberi peluang kepada diri saya bagi mendapat suatu kesedaran la sekaligus membina keyakinan hidup saya yang mendatang .....”

Peserta kajian seterusnya, Fadhil pula turut mengalami pengalaman yang sama apabila melalui sesi kelompok. Menurut Fadhil, melalui perkongsian dalam sesi kaunseling kelompok ini membuatkan keyakinan dalam dirinya semakin meningkat.

“.....Macam saya katakan tadi, bila kita berkongsi masalah atau perkara yang ingin kita kongsikan, secara tak langsung ia membantu meningkatkan keyakinan diri. Saya dapat rasakan peningkatan keyakinan saya selepas sesi kelompok.....”

Bagi peserta kajian seterusnya Mas menyatakan keyakinan beliau lahir di sebabkan kerana penerimaan daripada ahli-ahli kelompok walaupun ada dalam kalangan ahli kelompok yang tidak mengenali antara satu dengan yang lain. Melalui penerimaan ini Mas melihat keyakinan dirinya semakin bertambah daan beliau turut rasa berpuas hati kerana kerana dapat membuat perkongsian tentang apa yang terpendam dalam dirinya.

“.....selepas menjalani sesi kelompok saya rasa diri saya diterima, dimana saya dapat berkongsi, saya boleh bercerita. Dalam sesi kelompok ni juga saya memang rasa diterima oleh ahli-ahli lain, saya rasa saya juga boleh menerima mereka la walaupun ada dari sesetengah mereka saya tak kenal pun. Masing-masing dapat menerima diantara satu sama lain. Disitu saya lihat kekuatan dalam kelompok itu sendiri dalam memberi kesan dan keyakinan pada diri saya. Dari pandangan awal saya tengok macam sukar nak diterima, tapi bila dah menjalanai sesi barulah saya rasa diterima. Lepas tu baru saya rasa lebih puas hati, puas hati kerana boleh berkongsi dan dapat meluahkan apa yang terpendam di hati.....

Tema 7: Rasa Dihargai

Penghargaan dan pujian dapat membangkitkan semangat individu bagi memajukan diri. Menurut Hafiz melihat perkongsian dalam sesi kaunseling kelompok akan menyebabkan ahli-ahli kelompok merasakan dihargai sekaligus bertindak sebagai pendorong kepada perkongsian bagi setiap ahli itu sendiri.

“.....Saya rasa bila selesai sesi tu saya rasa tahap keyakinan saya makin bertambah la, bila diri saya rasa dihargai, saya rasa lega bila difahami, dan didengari. Masa saya berkongsi tu, ahli-ahli lain mendengar setiap apa yang saya cuba kongsikan, memang nampak la dari wajah ahli lain. Sebab tu saya rasa sangat dihargai dalam sesi kelompok.....”

Perasaan yang sama turut dirasakan oleh peserta kajian seterusnya iaitu Din,

“......Tak sama seperti kaunseling individu, kaunseling kelompok lebih menitikberatkan perkongsian daripada semua ahli. Dari situ la kita dapat lihat dan ahli akan perkembangan ahli rasa lebih di hargai. Contohnya bila kita bercakap dengan klien di sebelah kanan, secara tak langsung kita kena lihat juga klien di sebelah kiri kita. Selain tu, peranan ketua untuk melihat gerak tubuh klien, mimik muka klien serta setiap perubahan klien perlu di pastikan, bila ramai klien ni, perhatian tu penting kerana bagi seorang klien itu memerlukan perhatian daripada ketua kelompok supaya menghindarkan rasa disisihkan dan sebagainya.....”

Tema 8: Celik Akal

Celik akal adalah satu langkah menuju perubahan. Melalui pembinaaan celik akal, klien dapat memahami gaya hidupnya dan sedar akan matlamatnya yang salah serta tingkah laku yang tidak bersesuaian. Menurut Iza, proses kaunseling kelompok yang dilaluinya mempositifkan pemikirannya dalam berhadapan dengan sesuatu perkara.

“.....Saya juga pernah menjalani suatau sesi ni, dimana fasi ni ada menggunakan satu teknik dalam kelompok ni, saya pun secara tak sedar saya menitiskan air mata semasa kelompok tu. Saya kemudian tahu apa yang sepatutnya saya buat dan kadangkala saya tak sedar ianya suatu masalah bagi saya. Bila fasi tu ambil peranan dan buat satu teknik iaitu kerusi kosong masa tu, barulah saya sedar saya ada masalah. Saya rasa dari kelompok membuatkan saya dapat mempositifkan pemikiran dan diri saya kearah berfikir lebih positif tentang sesuatu perkara.....”

Mas pula melihat bahawa perkongsian ahli dalam kaunseling kelompok itu sendiri akan dapat memberi suatu kesedaran dalam diri ahli lain sebagai suatu pembelajaran bagi dirinya. Berikut merupakan petikan daripada temubual bersama Mas :

“.....Kadang-kadang saya tak tahu apa yang ada dalam diri saya, tapi melalui sesi kelompok saya sedar saya pun sama macam ni dulu. Dari situ kita dapat tahu apa yang kita pelu lakukan, perlu berubah atau sebagainya. Pengalaman ahli kelompok lain contohnya sebagai satu pembelajaran tentang kehidupan la bagi diri......”

© ISDC2014 • Conference Proceedings 605

PERBINCANGAN

Menerima tanpa syarat bermaksud penerimaan terhadap orang lain tanpa membuat penilaian atau sebarang tanggapan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penerimaan tanpa syarat oleh ketua kelompok atau fasilitator dan ahli amat penting. Pengalaman diterima oleh fasilitator dan ahli kelompok mendorong peserta kajian untuk mengalami keselesaan berada dalam kelompok. Rasa selesa berada dalam kelompok menjadikan peserta kajian yakin dengan diriya. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa rasa diterima oleh kelompok member kekuatan kepada peserta kajian untuk berkongsi pengalamannya dalam kelompok berkenaan. Dapatan kajian ini menghuraikan perkara yang telah dinyatakan oleh Rogers (1951) mengenai keperluan untuk dihormati, disukai dan diterima oleh orang lain, seterusnya menyumbang kepada keyakinan diri.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa kerahsiaan merupakan salah satu daripada perkara penting dalam pengalaman ahli kelompok. Pengalaman peserta kajian menunjukkan bahawa kerahsiaan dibina secara perlahan-lahan. Peserta kajian juga sedar bahawa kerahsiaan dalam kelompok adalah melibatkan tanggungjawab ramai individu. Berkaitan dengan ini, Corey & Corey (2002) menyatakan bahawa kerahsiaan merupakan perkara utama dalam membentuk kelompok yang efektif. Implikasi daripada dapatan ini ialah ketua kelompok atau fasilitator perlu membina kerahsiaan dalam kalangan ahli. Juga, kerahsiaan bukannya boleh berlaku tanpa usaha oleh fasilitator. Dengan kata lain, kaunselor ataupun fasilitator bertanggungjawab bertanggungwab terhadap kerahsiaan. Namun begitu, terdapat pengecualian dalam kerahsiaan berkenaan. Kaunselor atau fasilitator perlu menghubungi pihak tertentu apabila klien cuba mencederakan dirinya atau orang lain. Menurut Corey & Corey (2002), kaunselor atau fasilitator yang membocorkan rahsia klien tanpa alasan yang tepat, akan merosakkan kepercayaan klien terhadap dirinya dan sekaligus merosakkan hubungan terapeutik yang dibina dalam kaunseling kelompok. Persekitaran kelompok yang selamat membolehkan ahlinya mendapat sokongan untuk berhadapan dengan emosi yang muncul, cabaran serta interaksi antara ahli (Corey & Corey, 2002).

Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa kemahiran kepimpinan ketua kelompok atau fasilitator merupakan faktor penyumbang pengalaman ahli dalam kaunseling kelompok. Pengalaman peserta kajian menunjukkan bahawa kemahiran yang digunakan oleh fasilitator yang mendorong perkongsian mereka dalam kelompok. Kajian ini menunjukkan bahawa ketua kelompok memerlukan kemahiran mendengar yang tinggi kerana ini adalah kemahiran paling asas dan paling penting. Mendengar dengan berkesan memerlukan daya pendengaran dan penumpuan yang tinggi. Dalam konteks kaunseling, terdapat beberapa perkara yang perlu di dengar iaitu isi kandungan yang diperkatakan, perasaan yang dilahirkan melalui tingkahlaku tanpa lisan dan juga mendengar perasaan yang ingin dinyatakan. Kemahiran yang digunakan oleh ketua kelompok mempunyai kesan terhadap perkembangan kelompok berkenaan. Pengalaman peserta kajian juga menunjukkan bahawa empati yang ditunjukkan oleh fasilitator yang mendorongkan berkongsi dalam kelompok. Berkaitan dengan ini, Yalom & Leszcz (2005) menekankan kepada kepentingan peranan ketua kelompok dalam membentuk pengalaman terapeutik dalam kalangan ahli kelompok. Penulis berkenaan juga menyatakan bahawa perhubungan antara ketua kelompok dan ahlinya perlu dibina dan dikembangkan. Merujuk semula kepada dapatan kajian ini, perhubungan berkenaan dapat dibina dan dikembangkan melalui kemahiran yang digunakan oleh ketua kelompok atau fasilitator.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa tanggungjawab setiap ahli adalah sangat penting dan memberi kesan kepada pencapaian matlamat kelompok. Ahli-ahli juga akan bertindak dan juga mendorong kepada perkongsian dalam sesi kaunseling kelompok. Kaunseling kelompok membolehkan penyesuaian atau perkembangan pengalaman ahli-ahlinya yang membantu mereka berdaya tindak ke atas masalah penyesuaian yang dihadapi seharian. Kaunseling kelompok juga bertujuan untuk membantu ahli-ahli meningkatkan perkembangan diri. Penyesuaian dan perkembangan diri ahli-ahli kelompok boleh dilihat dalam modifikasi tingkah laku, kemahiran membentuk hubungan peribadi, isu seksualiti, nilai atau sikap atau membuat keputusan kerjaya. Disamping itu juga, kaunseling kelompok membolehkan ahli saling berinteraksi. Proses interaksi yang berlaku membolehkan individu memahami diri dan situasinya. Seterusnya, membolehkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup individu itu hingga dia dapat menentukan tindakan yang sewajarnya demi masa depan. Berkaitan dengan ini, Gladding (1999) menyifatkan kaunseling kelompok yang bersifat pencegahan, perkembangan dan penyembuhan serta mempunyai kesan rawatan yang efektif. Kaunseling kelompok bukan sahaja mempunyai kuasa, perkembangan dan pencegahan tetapi juga berupaya meningkatkan sokongan berbentuk interpersonal dan penyelesaian masalah secara berkelompok.

Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat banyak kesan positif bagi pelajar yang menjalani sesi kaunseling kelompok. Kebanyakan daripada peserta kajian yang menjalani sesi kaunseling kelompok melihat bahawa terdapatnya kesan semasa dan juga selepas menjalani sesi. Perasaan kelegaan merupakan aspek yang seringkali diulang bagi setiap peserta kajian. Dapatan kajian juga menunjukkan perkongsian dalam kaunseling kelompok menyumbang kepada keyakinan, rasa dihargai, celik akal dalam diri ahli.

© ISDC2014 • Conference Proceedings 606

KESIMPULAN

Kaunseling kelompok menyediakan pengalaman pengalaman terapeutik kepada ahlinya. Pengalaman terapeutik berkenaan berkaitan dengan penerimaan tanpa syarat, kerahsiaan, kepimpinan ketua kelompok dan komitmen ahli. Pengalaman terapeutik berkenaan menyumbang kepada keyakinan diri, celik akal terhadap pengalaman yang dilalui, rasa dihargai serta kelegaan.

RUJUKAN

Berman, J. & Zimper, D. (1980). Growth groups: Do the outcomes really last? Review of Educational Research, 50, 505-524.

Corey, M. S. & Corey, G. (2002). Groups: Process & Practice (6th ed.). California: Brooks/Cole. Denzin, N. K. and Lincoln, Y. S. (2000). (Eds.) Handbook of Qualitative Research (2nd edition). Thousand Oaks,

California: Sage Publications. Gladding, S. (1999). Group work: A Counseling Speciality (3rd ed.). New Jersey: Prentice Hall.Hansen, J., Warner, R. & Smith, E. J. (1980). Group Counseling: Theory and Practice. Chicago: Rand McNallyMcLeod, J. (2001). Qualitative Research Method in Counselling and Psychotherapy. London: Sage Publications. Maslow, A. (1968). Toward a Psychology of Being. London: Van Nostrand Reinhold.Rogers, C. (1951). Client-Centered Therapy: Its Current Practice, Implications and Theory. London: Constable.Rogers, C. (1961). On Becoming a Person: A Therapist’s view of psychotherapy. London: Constable. Patton, M. Q. (2002). Qualitative Evaluation and Research Methods. (3nd ed.). Thousand Oaks, California: Sage

Publications.Zainuddin Abu, Zuria Mahmud & Salleh Amat (2008). Pendekatan kaunseling, menangani masalah kebebasan

dalam kalangan pelajar institusi tinggi: dua kajian kes. Jurnal Pendidikan, 33, 107-128.Yalom, I. D. (1995). The theory and practice of group psychotherapy. New York: Basic Books.Yalom, I. D., & Leszcz, M. (2005). The theory and practice of group psychotherapy (5th ed.). New York: Basic

Books.