semantik soalan 3
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Pendahuluan
Bahasa Melayu pada abad 13 hingga 19 sudah menjadi bahasa yang sangat luas penyebaran
dan penggunaannya, bukan sahaja oleh orang Melayu bahkan bangsa-bangsa lain seperti
Arab, India, China, Parsi dan Eropah. Kita tahu di Alam Melayu terdapat pelbagai kelompok
bangsa asing termasuk Eropah yang datang baik untuk tujuan penjajahan, perdagangan dan
tujuan penyebaran agama, masing-masing menggunakan Bahasa Melayu. Jadi Bahasa Melayu
sudah merentas semua bidang tamadun ketika itu, apa sahaja termasuk undang-undang, sudah
ada hukum kanun dari kurun 15 ke atas seperti Hukum Kanun Melaka yang terkenal itu, di
samping Undang-Undang 99 Perak, Undang-Undang Johor, Undang-Undang Siak dan
sebagainya. Malah ulamak besar dari Gujerat, Nuruddin al-Raniri yang datang ke Alam Melayu
sekitar abad ke-16 dan dilantik sebagai mufti oleh Sultan Acheh. Menariknya, Nuruddin al-Raniri
ini menulis kitab-kitab agama dalam Bahasa Melayu walaupun beliau bukan orang Melayu.
Ini menunjukkan kekuatan Bahasa Melayu, “Sesiapa sahaja yang datang ke Alam Melayu perlu
belajar dan menguasai Bahasa Melayu walaupun dalam apa jua bidang iaitu pentadbiran,
perdagangan, malah dalam soal-soal agama pun mesti dalam Bahasa Melayu,” kata Dr. Awang
lagi yang pernah menyandang Pengarah Jabatan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka ( 1999-
2004 ). Bahasa Melayu juga kini berfungsi sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa
perpaduan, bahasa penghantar, bahasa ilmu dan bahasa komunikasi.
PEMBENTUKAN ISTILAH DALAM PELBAGAI BIDANG
Menurut Datuk Abdul Aziz Deraman, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), bahasa
yang maju turut sama mencerminkan sebuah bangsa yang maju dalam pelbagai bidang
kehidupan. Malah, menurut beliau lagi, pembentukan istilah-istilah baru akan menjadikan
sesuatu bahasa itu lebih dinamik. Dalam bidang Pembentukan Istilah pula, pelbagai istilah telah
digubal dan dibentuk dalam pelbagai bidang. Antara tujuan dan matlamat DBP dalam
menggubal dan membentuk istilah dalam pelbagai bidang ini adalah memudahkan dan
membantu seseorang dalam proses pembelajaran untuk mempelajari sesuatu bidang selain
menjadi rujukan dalam pembelajaran. Berikut adalah contoh-contoh istilah-istilah mengikut
bidang-bidang tertentu.
Istilah Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Dalam bidang ini, bukan hanya pelajar dalam bidang ICT yang mempunyai kepentingan utama mengapa
diwujudkan istilah ini, tetapi juga kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Penting
dan perlu adanya atau wujudnya istilah dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi kerana ia dapat
membezakan penggunaan sesuatu istilah itu. Contohnya audioconferencing(Bahasa Inggeris)
manakala sidang audio (Bahasa Melayu), connection-oriented network (Bahasa Inggeris)
manakala rangkaian berorientasikan sambungan (Bahasa Melayu) dan data scrambler (Bahasa Inggeris)
manakala pengarau data (Bahasa Melayu).
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
Audioconferencing
Autosave
Broadcast
Client-server
Connection-oriented network
Data scrambler
Digital camera
Digital certificate
Digital purse
Digital signature
Sidang audio
Autosimpan
Siaran;siar
Pelanggan-pelayan
Rangkaian berorientasikan
sambungan
Pengarau data
Kamera digital
Sijil digital
Dompet digital
Tandatangan digital
Istilah Komputer
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
Access
Bench mark
Cursor
Capaian
Tanda aras
Kursor
Data base
Download
End user
Font
Hardware
Integrated circuit
Local area network
Pangkalan data
Muat turun
Pengguna akhir
Fon
Perkakasan
Litar bersepadu
Rangkaian kawasan setempat
Istilah Undang-undang.
Istilah ini penting kepada peguam-peguam. Mudah untuk mereka memberi penerangan tentang sesuatu
terma di dalam istilah-istilah mereka. Manakala orang awam pula boleh mengetahui dan memahami apa
yang dinyatakan oleh peguam-peguam yang menggunakan istilah undang-undang tidak kira samaada di
dalam mahkamah ataupun bilik soal-siasat. Contohnya, administrative order (Bahasa Inggeris)
manakala perintah pentadbiran (Bahasa Melayu), fugitive offender (Bahasa Inggeris) manakala pesalah
buruan (Bahasa Melayu). Dalam Bidang ICT atau Komputer pula, terdapat banyak penggunaan istilah-
istilah Bahasa Inggeris yang kompleks dan sekiranya tidak menggunakan istilah-istilah dalam Bahasa
Melayu, akan menyukarkan pengguna, apatah lagi, penggunaan teknologi dalam ICT dan komputer pada
era globalisasi ini semakin meluas. Antara contoh Istilah Komputer ialah, access(Bahasa Inggeris)
manakala capaian (Bahasa Melayu), Cursor (Bahasa Inggeris) manakala Kursor (Bahasa
Melayu), integrated circuit (Bahasa Inggeris) manakala litar bersepadu (Bahasa Melayu).
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
Administrative order
Civil disorder
Civil rights
Double jeopardy
Perintah pentadbiran
Gangguan awam
Hak sivil
Pendakwaan dua kali
Diplomatic immunity
Extradiction
Fraud
Fugitive offender
Fundamental rights
Judicial review
Legitimacy
Mala fide
Mandatory procedure
Native
Natural justice
Kekebalan diplomatik
Ekstradisi
Fraud
Pesalah buruan
Hak asasi
Kajian semula kehakiman
Kesahan
Mala fide
Tatacara mandatory
Anak negeri
Keadilan asasi
Istilah Ekonomi atau Pentadbiran
Perniagaan merupakan istilah-istilah yang dicipta bagi memudahkan bahasa bidang perniagaan
mahupun bidang Pentadbiran Perniagaan. Istilah-istilah dalam bidang ini membantu memudahkan
orang ramai dan peniaga agar memahami beberapa perkara atau kata yang berkaitan dengan ekonomi
dan bidang Pentadbiran Perniagaan. Contohnya, balance sheet (Bahasa Inggeris) manakala kunci kira-
kira (Bahasa Melayu), cash flow (Bahasa Inggeris) manakala aliran tunai (Bahasa Melayu) dan investment
climate (Bahasa Inggeris) manakala iklim pelaburan (Bahasa Melayu). Bidang Perhotelan juga tidak
ketinggalan dalam pembentukan istilahnya. Bidang Perhotelan mempunyai istilah-istilah yang biasanya
digunakan dalam surat-surat jemputan rasmi VIP atau VVIP yang menunjukkan tempat di dalam
sesebuah hotel. Antara contoh-contoh Istilah Bidang Perhotelan ialah, ballroom (Bahasa Inggeris)
manakala dewan besar (Bahasa Melayu), deluxe room (Bahasa Inggeris) manakala bilik mewah (Bahasa
Melayu), banquet (Bahasa Inggeris) manakala bankuet (Bahasa Melayu).
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
Balance sheet
Bridging loan
Buy out
Buy-back price
By-product
Capital gain
Cash flow
Certificate of authorization
Chief executive officer
Deed of trust
Investment climate
Long term debt
Short-term financing
Sole agent
Steering committee
Kunci kira-kira
Pinjaman penyambung
Beli habis
Harga beli balik
Keluaran sampingan
Laba modal / keuntungan modal
Aliran tunai
Perakuan kuasa
Ketua pegawai eksekutif
Surat ikatan amanah
Iklim pelaburan
Hutang jangka pendek
Pembiayaan jangka pendek
Ejen tunggal
Jawatankuasa pemandu
Istilah Perhotelan
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
Ballroom
Banquet
Budget hotel
Buffet
Dewan besar
Bankuet
Hotel jimat / hotel kelas ekonomi
Bufet
Business centre
Check-in
Check-out
Cocktail
Day use
Deluxe room
Double room
Function room
Luncheon
Twin bed
Waiter (L); waitress (P)
Pusat khidmat urusan
Daftar masuk
Daftar keluar
Koktel
Guna siang
Bilik mewah
Bilik kelamin
Bilik majlis
Jamuan tengah hari
Katil-kembar
Pramusaji
Istilah Fotografi
Istilah Fotografi merupakan istilah-istilah yang biasanya adalah istilah lazim dikalangan jurukamera.
Dengan adanya istilah-istilah dalam fotografi, maka mudah bagi jurukamera untuk melakukan tugasan
mereka. Antara contoh-contoh istilah bidang ini ialah abstract photography (Bahasa Inggeris)
manakala fotografi abstrak (Bahasa Melayu), camera angle (Bahasa Inggeris) manakala sudut
kamera (Bahasa Melayu) dan half-length potrait (Bahasa Inggeris) manakala potret separuh (Bahasa
Melayu). Manakala dalam Istilah Matematik dan Statistik pula, istilah-istilah yang terdapat dalam bidang
ini ialah istilah yang sangat berguna kepada pelajar-pelajar terutama dalam pembelajaran Matematik
dan Statistik. Antara contoh-contoh istilah dalam bidang ini ialah affine geometry (Bahasa Inggeris)
manakala geometri afin (Bahasa Melayu), affine (Bahasa Inggeris) manakala afin (Bahasa Melayu)
dan aggregative index (Bahasa Inggeris) manakala indeks pengagregatan (Bahasa Melayu).
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
Abstract photography Fotografi abstrak
Between-the-lens shutter
Camera angle
Daylight film
Effective aperture
Flash
Ground-angle view
Half-length portrait
Invisible light
Latitude of exposure
Main lighting
Out of focus
Periscopic lens
Quartz lens
Reflect camera
Pengatup antara kanta
Sudut kamera
Filem warna cahaya siang
Apertur berkesan
Dengar
Pandangan sudut bawah
Potret separuh
Cahaya halimunan
Latitude dedahan
Pencahayaan induk
Luar fokus
Periskop
Kanta kuarza
Kamera reflex
Matematik dan Sains
Matematik dan Statistik pula, istilah-istilah yang terdapat dalam bidang ini ialah istilah yang
sangat berguna kepada pelajar-pelajar terutama dalam pembelajaran Matematik dan Statistik.
Antara contoh-contoh istilah dalam bidang ini ialah affine geometry (Bahasa Inggeris)
manakala geometri afin (Bahasa Melayu), affine (Bahasa Inggeris) manakala afin (Bahasa
Melayu) dan aggregative index (Bahasa Inggeris) manakala indeks pengagregatan (Bahasa
Melayu).
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
Aerial cable
Affine
Affine geometry
Affine variety
Aggregate
Aggregation
Aggregative
Aggregative index
Aggregative model
Kabel arial
Afin
Geometri afin
Aneka afin
Agregat
Pengagregatan
Berdaya agregat; pengagregatan
Indeks pengagregatan
Model berdaya agregat
Analisis Pembentukan Istilah
Pembentukan istilah boleh diambil daripada perbendaharaan kata umum bahasa Melayu
termasuk kata dari dialek atau bahasa lama. Sesuatu kata yang dipilih untuk dijadikan istilah itu
hendaklah memenuhi syarat yang berikut;
kata berkenaan tepat memberi makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang dimaksudkan.
kata yang dipilih adalah yang paling singkat (sekiranya ada sekelompok sinonim).
Contoh:
Hospital dan rumah sakit, dipilih hospital
Fisiologi dan kaji tugas organ, dipilih fisiologi
kata berkenaan tidak mempunyai konotasi buruk atau sebutan sumbang.
7.6.2 Perbendaharaan Kata Bahasa Serumpun
Istilah juga boleh dibentuk daripada perbendaharaan kata bahasa serumpun dengan bahasa
Melayu sekiranya tidak terdapat istilah yang diperlukan daripada bahasa Melayu,
Contoh – contoh seperti:
gambut (daripada bahasa Banjar) – peat
nyeri (daripada bahasa Sunda) – pain
engkabang (daripada bahasa Iban) – ellipenut
dermaga (daripada bahasa klasik) – wharf
dening (daripada dialek Kelantan) – yoke
7.6.3 Perbendaharaan Kata Bahasa Asal
Sekiranya istilah yang diperlukan tidak terdapat daripada bahasa Melayu dan bahasa serumpun
dengan bahasa Melayu maka bolehlah diambil kata-kata daripada bahasa asal atau bahasa
asing. Penulisan istilah ini hendaklah mengutamakan bentuk ejaannya di dalam bahasa sumber
(perlu disesuaikan) tetapi penyebutannya hendaklah mengikut sistem bunyi bahasa Melayu.
Untuk tujuan keseragaman, bahasa Inggeris yang dianggap paling internasional dijadikan
sebagai bahasa sumber melainkan konsep yang berkenaan tidak ada istilahnya dalam bahasa
Inggeris.
Contoh – contoh seperti:
Istilah Bahasa Asal Istilah Bahasa Melayu
Atom
Electron
Professional
Psychology
Structure
Radio
Atom
Elektron
Profesional
Psikologi
Struktur
Radio
Television
Radiography
Televisyen
Radiografi
7.6.3 Penyerapan Istilah Asing
Istilah asing boleh dipinjam atas dasar;
Sesuai maknanya;
Lebih singkat daripada terjemahan bahasa Melayunya;
Istilah asing yang diserap itu mempermudahkan penyelarasan, sekiranya istilah bahasa
Melayunya mempunyai banyak sinonim.
7.6.3.1 Bentuk-Bentuk Serapan
Kata yang diambil daripada bahasa asing terdiri daripada bentuk akar atau terbitannya. Hal ini
bergantung pada:
Konteks situasi dan pemakaiannya di dalam ayat;
Kemudahan belajar bahasa; dan
Kepraktisan.
Pada prinsipnya diambil bentuk tunggal contohnya, spectrum (spektrum) kecuali kalau bentuk
jamaknya yang lebih biasa dipakai.
7.6.3.2 Istilah Asing yang sudah lazim
Istilah asing yang sudah lama digunakan boleh terus dipakai walaupun ada kalanya istilah
berkenaan tidak sesuai dengan peraturan. Hal ini dilakukan untuk menjauhkan kekacauan dan
kekeliruan.
Contoh – contoh seperti :
Istilah Asing Istilah Bahasa Melayu
Campaign Kempen
Custom
Dengue
Grant
Pension
Kastam
Denggi
Geran
Pencen
LAMPIRAN
RENCANA
ARKIB : 07/11/2011
Bahasa Melayu terbukti boleh dijadikan sebagai bahasa ilmuOleh HASHIM YAACOBPROF. DATUK DR. HASHIM YAACOB ialah bekas Naib Canselor Universiti Malaya
SAYA mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana yakin untuk memartabatkan bahasa Malaysia, di samping memperkasakan bahasa Inggeris.
Beliau mahukan supaya bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu. Saya yakin bahawa bahasa Melayu boleh dijadikan bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa kerana bahasa itu mempunyai gedung kata yang luas dan dituturkan oleh sebahagian besar penduduk Asia Tenggara.
Pernyataan ini boleh dibuat berlandaskan hujah bahawa bahasa Melayu telah berkembang dengan pesatnya sejak zaman kegemilangan Melaka dan sebelumnya.
Bahasa Melayu pada masa itu banyak digunakan bukan hanya oleh keturunan Melayu tetapi juga orang asing yang datang berurusan di negara-negara Melayu.
Sekiranya pernyataan berkenaan hendak mendapat kepercayaan orang ramai apatah lagi kepercayaan orang asing maka kita hendaklah menunjukkan bukti nyata bagi menyokong bahawa bahasa ini benar-benar mampu berbuat demikian.
Bukti-buktinya memang ada di dalam banyak bidang tetapi kita jarang menelitinya sehinggakan kita sendiri tidak menyedarinya.
Sewaktu saya menjadi Dekan Fakulti Pergigian Universiti Malaya (UM) pada 1997, saya dan kakitangan fakulti itu membuktikan bahawa bahasa Melayu memang boleh menjadi bahasa ilmu yang diakui oleh masyarakat antarabangsa.
Kami berjaya memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu apabila kami dianugerahkan pengiktirafan oleh United Kingdom (UK) kepada ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian (SMPP) yang kami hasilkan daripada Fakulti Pergigian UM.
Fakulti pergigian ditubuhkan pada 1972 dan mula mengeluarkan doktor-doktor pergigian pada 1976 sehinggalah sekarang. Kursus ijazah SMPP ini memakan masa selama lima tahun iaitu tempoh yang sama panjangnya dengan ijazah yang serupa daripada universiti-universiti di negara Barat.
Bezanya hanya dari segi bahasa pengantara pengajaran dan pembelajaran dalam kursusnya sahaja. Kursus ijazah SMPP dari Fakulti Pergigian UM diajar sepenuhnya dalam bahasa Melayu, manakala kursus ijazah yang sama dari UK diajar dalam bahasa Inggeris.
Ijazah-ijazah pergigian dari Perancis, Jerman, Netherland, Sepanyol, Itali dan lain-lainnya di negara-negara Barat diajar dalam bahasa negara masing-masing.
UK mengiktiraf ijazah-ijazah di negara-negara Barat ini walaupun diajar dalam bahasa bukan Inggeris. UK dan dunia menganggap bahawa bahasa-bahasa Barat itu adalah bahasa ilmu.
Apabila UK memberikan pengiktirafannya kepada ijazah SMPP dari UM pada 1997, pihak berkuasa negara itu yang bertanggungjawab dalam pemberian pengiktirafan itu telah membuat kenyataan mengenai nilai taraf kursus ijazah SMPP keluaran UM sebagai mencapai satu tahap kecemerlangan setanding dengan yang terbaik di dunia.
Pengiktirafan ini juga bermakna pemegang ijazah SMPP dari UM diiktiraf oleh UK untuk bekerja di negara berkenaan.
Pengiktirafan tersebut dibuat atas sebab-sebab bahawa kursus ijazah SMPP keluaran UM itu dijalankan dengan cemerlang mengikut piawaian yang ditentukan oleh UK sendiri, termasuklah kewujudan infrastruktur dan kelengkapan moden, struktur kurikulum pengajaran yang mantap, kewibawaan kakitangan akademik dan professional, penyelidikan penerbitan yang dihasilkan, dan tatacara pengajaran yang dijalankan dalam bahasa Melayu.
Pihak pemeriksa UK sedia maklum bahawa kursus ijazah SMPP dari UM ini dijalankan sepenuhnya dalam bahasa Melayu. Mereka mengakui bahawa kursus ijazah SMPP itu dapat dijalankan dengan sempurna walaupun melalui penggunaan bahasa Melayu.
Mereka mengakui bahawa sudah terdapat cukup istilah dalam bahasa Melayu dalam bidang kedoktoran pergigian dan juga perbendaharaan kata am yang luas.
Pengiktirafan kepada ijazah SMPP dari UM yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sepenuhnya membawa makna bahawa bahasa Melayu sudahpun menjadi bahasa ilmu dalam bidang kedoktoran pergigian, sehingga membolehkannya mencapai tahap kecemerlangan dunia yang diakui oleh UK.
Kalau bahasa Melayu sudah terbukti sekurang-kurangnya boleh menjadi bahasa ilmu dalam bidang kedoktoran pergigian, maka kita boleh bina keyakinan bahawa bahasa ini boleh juga menjadi bahasa ilmu di dalam bidang-bidang lain.
Kita hanya perlu menggunakan bahasa ini dengan lebih luas dan membina istilah serta perbendaharaan kata yang bersangkutan dengan bidang-bidang ilmu yang hendak kita terokai.
Sekiranya ini kita lakukan, tentunya kita akan berjaya dan bahasa Melayu akan terbukti sepenuhnya untuk menjadi bahasa ilmu.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2011&dt=1107&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm