semantik

4
1 Semantik 1. Bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan ayat dikenali sebagai bidang semantik. 2. Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunyai makna. 3. Dalam bahasa kita dapat mengungkap fikiran, perasaan, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia. 4. Perbendaharaan kata penting untuk menjalin komunikasi yang sempurna. Semakin banyak kata dikuasai oleh seseorang, semakin banyak idea atau gagasan yang mampu diungkapnya. 5. Kajian mengenai makna kata dapat dibahagikan kepada aspek -aspek berikut: a. makna denotasi dan dan makna konotasi b. Makna dalam konteks c. Hubungan makna dengan kebudayaan d. Perubahan makna e. Bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik. 6. Semantik dapat juga ditarifkan sebagai kajian makna linguistik bagi kata, frasa dan ayat . 7. Secara umumnya, makna perkataan dapat dilihat dari segi leksikal dan konteks. 8. Sebagai pengguna bahasa, kita bukan sahaja mengetahui morfemnya, tetapi juga makna perkataan. 9. Otak kita menjadi stor kepada kata -kata yang bermakna ini . 10. Storan maklumat serta morfem ini k ita panggil leksikon atau kosa kata. 11. Lihat contoh ayat berikut: Ayah saya pemandu. Kata ayah saya pemandu (i) manusia (i) ganti nama (i) manusia (ii) lelaki (ii) manusia (ii) membawa kenderaan (iii) dewasa (iii) orang yang berkata (iii mempunyai lesen Ciri-ciri (iv) bapa kepada anak 12. Ciri ialah maklumat tentang semantik perkataan. 13. Ciri semantik kata ini terdapat dalam leksikon seseorang. 14. Satu lagi ciri semantik ialah rujukan. 15. Teliti ayat berikut: Orang itu pengarah syarikat. Orang itu abang saya. 16. Sungguhpun kedua-dua ayat di atas berlainan maknanya, tetapi kedua -dua ayat membuat rujukan yang sama kepada orang yang sama. 17. Rujukan seperti ini penting kerana kerana tiada rujukan, ujaran berkenaan tidak akan difahami sungguhpun ujaran berkenaan diun gkapkan menurut peraturan tatabahasa bahasa Melayu.

Upload: madinah-hamid

Post on 02-Jul-2015

180 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Semantik

1

Semantik

1. Bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan ayat dikenali sebagai bidangsemantik.

2. Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunyai makna.3. Dalam bahasa kita dapat mengungkap fikiran, perasaan, pendapat, emosi, perlakuan dan

keperibadian manusia.4. Perbendaharaan kata penting untuk menjalin komunikasi yang sempurna. Semakin banyak

kata dikuasai oleh seseorang, semakin banyak idea atau gagasan yang mampu diungkapnya.5. Kajian mengenai makna kata dapat dibahagikan kepada aspek-aspek berikut:

a. makna denotasi dan dan makna konotasib. Makna dalam konteksc. Hubungan makna dengan kebudayaand. Perubahan maknae. Bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik.

6. Semantik dapat juga ditarifkan sebagai kajian makna linguistik bagi kata, frasa dan ayat .7. Secara umumnya, makna perkataan dapat dilihat dari segi leksikal dan konteks.8. Sebagai pengguna bahasa, kita bukan sahaja mengetahui morfemnya, tetapi juga makna

perkataan.9. Otak kita menjadi stor kepada kata-kata yang bermakna ini .10. Storan maklumat serta morfem ini k ita panggil leksikon atau kosa kata.11. Lihat contoh ayat berikut: Ayah saya pemandu.

Kata ayah saya pemandu(i) manusia (i) ganti nama (i) manusia(ii) lelaki (ii) manusia (ii) membawa kenderaan(iii) dewasa (iii) orang yang berkata (iii mempunyai lesen

Ciri-ciri

(iv) bapa kepada anak12. Ciri ialah maklumat tentang semantik perkataan.13. Ciri semantik kata ini terdapat dalam leksikon seseorang.14. Satu lagi ciri semantik ialah rujukan.15. Teliti ayat berikut: Orang itu pengarah syarikat. Orang itu abang saya.16. Sungguhpun kedua-dua ayat di atas berlainan maknanya, tetapi kedua -dua ayat membuat

rujukan yang sama kepada orang yang sama.17. Rujukan seperti ini penting kerana kerana tiada rujukan, ujaran berkenaan tidak akan

difahami sungguhpun ujaran berkenaan diun gkapkan menurut peraturan tatabahasabahasa Melayu.

Page 2: Semantik

2

Makna denotasi dan konotasi Denotasi ialah makna tersurat .Ayam tambatan: Ayam yang ditambat atau diikat dengan tali atau lain -lain alat pengikat. Konotasi pula ialah makna tambahan, atau makna tersirat.Contoh:Ayam tambatan: Orang harapan/penting di dalam satu kumpulan, pasukan. Terdapat kata-kata sinonim (seerti) yang mempunyai makna denotasi yang sama, tetapimakna konotasi yang berbeza.Contoh:Kata wafat, mati, meninggal dunia, mampus membawa maksud denotasi yang sama iaitu jasaddan roh terpisah. Akan tetapi, dari segi denotasi, wafat untuk tokoh-tokoh ulama terhormat dan disegani,meninggal dunia untuk sebutan yang sopan, mati untuk sebutan umum dan mampus untuksebutan yang lebih kasar.

Makna dalam konteks Makna sesuatu perkataan yang diujarkan boleh diketahui dengan melihat kontekspenggunaannya.Contoh:1. Awak betul-betul hati batu ( hati membawa maksud degil, tetap pendirian)2. Sedap betul makan hati dengan nasi beriyani. (Hati memb awa maksud organ haiwan yang

menjadi hidangan yang menyelerakan)3. Berhati-hati di jalan raya. (Hati bermaksud berwaspada di jalan raya bagi mengelakkan

kemalangan).

Hubungan makna dengan kebudayaan Penggunaan dan pemilihan perkataan juga berhubung dengan kebudayaan sesuatumasyarakat. Contoh:

a. Engkau/kau: digunakan dalam hubungan yang rapat yang tidak formal dan untukmenimbulkan kemesraan.

b. Awak/anda: Digunakan dalam hubungan biasa (anda lebih rasmi).c. Tuanku: Digunakan oleh orang biasa untuk merendah di ri apabila berhubung dengan

golongan raja.

Page 3: Semantik

3

Perubahan makna Makna sesuatu perkataan itu akan berubah mengikut perubahan masa, teknologi danhubunan sosial masyarakat. Contoh:rawat: Makna umum menjaga dan mengubati orang sakit, tetapi makna baru me liputimerawat sisa kumbahan, pokok (nurseri). Bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik Bentuk-bentuk makna kata yang timbul daripada hubungan semantik ialah sinonim,antonim, hiponim, meronim, polisemi, homonim, homofon dan homograf. Sinonim - kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama.Contoh:

sang suria = matahari hangat = panas

Antonim - merujuk kepada perkataan-perkataan yang mempunyai makna yangberlawanan.Contoh:

Pandai lawannya bodoh Putih lawannya hitam.

Hiponim - kata yang mempunyai lingkungan dalam struktur makna.Contoh:- kenderaan (kereta, motorsikal, basikal, beca, kapal terbang)- Perabot ( katil, meja, almari, meja kopi, meja makan)

Meronim - Meronim ialah perkataan-perkataan yang menunjukkan sebahagian daripada.Contoh: stereng, engin, karburator, kusyen, cermin, menjadi meronim kepada perkataankereta.

Polisemi - satu perkataan yang mempunyai makna yang banyak.Contoh: Kata mentah mempunyai set makna yang berikut:

I. Belum masak atau masih muda/putik ( buah-buahan)II. Tidak masak betul (barang yang dimasak)III. Tidak atau belum dimasak (barang makanan)IV. Belum diproses (bahan galian dan sebagainya)V. Belum matang pemikiran.

Page 4: Semantik

4

Homonim - Dua kata atau lebih yang memiliki bentuk yang sama, sama ada dari segisebutan, ejaan, atau kedua-duanya, dan mempunyai makna yang berbeza.Contoh:pasang I - jodoh atau kelaminpasang II - naik atau bertambah (air laut)

pasang III - tembak (meriam)pasang IV - berhias (badan)

Homonim terbahagi kepada tiga jenis iaitu:I. homofon - kata-kata yang sama sebutannya tetapi berbeza dari segi ejaan dan makna.contoh: massa denan masa

II. homograf - kata-kata yang sama ejaannya, tetapi sebutannya berbeza.Gejala ini timbul kerana huruf e mewakili dua bunyi, iaitu e-taling atau e-pepet.Contoh:semak (belukar) dengan semak (meneliti atau memeriksa semula).bela-memelihara bela-menuntut bela/balaspelekat-kain sarung pelekat-gam

Homonim - mempunyai sebutan dan ejaan yang serupa.contoh:

daki I - kotoran daki II - panjat

Perubahan MaknaMakna perkataan mungkin menjadi lebih luas atau lebih sempit.Berlaku juga pemindahan makna seperti yang berlaku bagi simpulan bahasa dan peribahasa.Oleh itu makna mengalami peluasan makna, penyempitan makna, atau pemindahan makna.

i. Peluasan maknaPerubahan pengalaman dan budaya, konteks dan pengetahuan mempengaruhi makna sesuatukata.Contoh: saudara, anda, kapal

ii. Penyempitan maknaSeperti peluasan makna, perubahan pengalaman dan budaya, konte ks dan pengetahuan bolehmenyempitkan makna sesuatu kata seh ingga menjadi khusus.Contoh: madrasah, khalwat, tuan

iii. Pemindahan maknaPemindahan makna berlaku dalam bahasa kiasan.Bahasa kiasan dapat dibahagikan kepada peribahasa dan bukan peribahasa.