sejarah pendidikan jasmani di peringkat dunia dan malaysia

Upload: nur-balqis

Post on 17-Jul-2015

148 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

DEFINISI PENDIDIKAN JASMANI Menurut Roddick (1982), pendidikan jasmani merupakan sebahagian daripada pendidikan yang menggunakan aktiviti fizikal sebagai medium pendidikan yang menekankan pembentukan sikap, pengetahuan, kemahiran yang berhubung dengan kesihatan, kecergasan dan rekreasi. Menurut KBSM (1992), Pendidikan Jasmani bertujuan menjadikan pelajar sihat, cergas dan produktif dengan menumpukan nilai, sikap, pengerahuan dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian. Manakala Pettifor (2005) pula mengatakan bahawa pendidikan jasmani merupakan suatu proses pembelajaran secara menyeluruh yang merangkumi aspek psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi. Oleh itu, pelajar akan diberi peluang untuk mencuba semua aktiviti fizikal. Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemikiran dan pemghalusan kemahirankemahiran motor, pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik, memperolehi pengetahuan, pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal. Jenny (1961 dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya untuk mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial. SEJARAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI DI MALAYSIA Sejarah Pendidikan Jasmani Era Kolonial - Sebelum Penjajahan Inggeris Sejarah Pendidikan Jasmani di Malaysia bermula pada Era Kolonial iaitu sebelum zaman penjajahan inggeris lagi. Pada ketika itu, sistem pendidikan di Tanah Melayu mengamalkan sistem tidak formal iaitu hanya kelas-kelas agama dan Al-Quran, kelas kesenian dan kelas pertukangan sahaja diperkenalkan. Pada ketika itu, murid-murid hanya melibatkan diri secara sukarela dalam pelbagai aktiviti kebudayaan dan permainan tradisional untuk mengisi masa lapang dengan cara yang menyoronokkan. Kerja-kerja pertukangan, perkebunan serta kesenian yang mengutamakan seni mempertahankan diri dianggap sebagai pendidikan jasmani. Selain daripada itu, masyarakat melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang berbentuk rekreasi seperti bersilat, berdayung, berenang, menari, bermain congkak, laying-layang dan sepak raga yang mana aktiviti ini adalah sebahagian daripada kebudayaan rakyat pada masa itu.

Manakala latihan jasmani diperuntukkan secara tidak formal kepada kanak-kanak melalui peniruan orang dewasa. Kebanyakan penyertaan permainan pada era sebelum Penjajahan Inggeris berbeza mengikut kelas sosial masing-masing, sebagai contohnya bagi golongan biasa mereka hanya bermain sepak raga, gasing dan congkak, manakala golongan istana menjalankan aktiviti menunggang kuda, memanah dan memburu. Secara amnya pada masa ini, pendidikan jasmani boleh dibahagikan kepada tiga bentuk iaitu aktiviti-aktiviti seperti permainan masa lapang, keperwiraan dan senaman tradisional. Era Kolonial (Pemerintahan British ataupun sebelum merdeka) Pendidikan Jasmani formal masih tiada dalam jadual persekolahan walaupun sekolahsekolah telah ditubuhkan semenjak 1821. Permainan-permainan baru seperti bula sepak, hoki, ragbi dan badminton telah mula diperkenalkan oleh penjajah british dan peniaga-peniaga yang datang ke Tanah Melayu. Tujuan Penididikan Jasmani pada masa ini adalah untuk mengekalkan status qou penjajahan Inggeris dimana latihan jasmani dicampur dengan berkebun supaya rakyat kekal menjadi pesawah. Semelum mulakan pelajaran hairan, murid-murid akan disuruh berkebun dan bersenam. Pada tahun 1890an, murid-murid perempuan mula diajar olahraga, murid-murid lelaki diberi latih tubi di sekolah-sekolah. Pada tahun 1900an, pihak Inggeris mula mengawal perkembangan kehidpuan penduduk-penduduk termasuk bidang pendidikan. Tahun 1913an, maktap perguruan di Matang, Perak ditubuhkan untuk membolehkan bakal-bakal guru diberi latihan berkawad dan mereka digalakkan memasuki pasukan-pasukan sukarelawan. Tahun 1922an, MPSI dibuka di Tanjung Malim, latihan jasmani dan kebersihan dalam kurikulum diutamakan. 1920an, keutamaan diberikan kepada aktiviti senaman, latihan kawad dan permainan yang membawa pengaruh penjajahan inggeris. Tahunh 1924, seorang pengusaha Pendidikan Jasmani untuk negeri-negeri selat telah dilantik. Sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani belum tersusun dan guru-guru yang tidak pernah menerima latihan Pendidikan Jasmani ditugaskan mengajar mata pelajaran tersebut. Tahun 1930an, usaha rancangan Pendidikan Jasmani untuk sekolah-sekolah dimulakan. Sukatan yang digunakan ialah Latihan Fizikal. Rancangan latihan untuk guru Pendidikan Jasmani mula dilancarkan ke seluruh negara melalui krusus perkhidmatan. Masyarakat mula sedar kepentingan Pendidikan Jasmani. Sejarah Pendidikan Jasmani Era Selepas Merdeka - Setelah Penjajahan Inggeris

Setelah kedatangan Penjajah Inggeris ke Tanah Melayu telah banyak perubahan yang mereka lakukan terhadap sukatan pelajaran di Tanah Melayu yang mana pada sekitar tahun 1960an, sukatan pelajaran Penidikan Jasmani dikaji semua untuk penambahbaikan sukatan pelajaran tersebut yang diperkenalkan pada era penjajahan Inggeris. Pada tahun 1966, telah diwujudkan sukatan pelajaran Penididikan Jasmani untuk murid-murid lelaki dan perempuan yang bertujuan membolehkan semua sekolah menggunakan hanya satu sukatan pelajaran yang baru dan lebih sesuai untuk murid-murid di negara kita. Usaha meninggikan mutu pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah diteruskan dengan penubuhan MPIK di Cheras dimana krusus tambahan satu tahun diadakan di MPIK pada tahun 1960 dan kurikulumnya seakan sama dengan KDP PJ di Britain dan krusus tambahan untuk guru wanita pada tahun 1961 diperkenalkan. Rancangan Pendidikan Jasmani di sekolah mengutamakan aktiviti sukan dan permainan. Pertandingan permainan dan olahraga sebagai aktiviti lanjutan Penididikan Jasmani di sekolah. Pada tahun 1958, Kementerian Pelajaran menubuhkan sukan yang bertaraf MSSM iaitu Majlis Sukan-Sukan Malaysia. Pendidikan Jasmani menjadi mata pelajaran wajib dalam kurikulum sekolah rendah dan sekolah menengah. Pada tahun 1971, sukatan Pendidikan Jasmani disemak semula dan dikeluarkan dalam BM dan BI (lebih berkesan dan dinamik kerana memberi fokus kepada kesan pergerakan dan kemahiran termasuk tarian moden, tarian pendidikan dan gimnastik untuk perempuan). Tahun 1977, Universiti Malaya memasukkan Pendidikan Jasmani ke dalam kurikulim krusus diploma pendidikan yang bertujuan untuk melengkapkan bakal-bakal guru siswazah dengan kemahiran dan pengetahuan dalam Pendidikan Jasmani.

SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI DI DUNIA Perkembangan penididikan jasmani di Yunani dibahagikan kepada beberapa tahap iaitu: 1. Pendidikan Yunani Homer (zaman prasejarah hingga Olimpik 776 S.M) 2. Pendidikan jasmani Yunani Sparta (meliputi seluruh zaman sejarah Sparta) 3. Pendidikan Jasmani Yunani Athens Awal (776 S.M hingga akhir Perang Parsi pada 480 S.M)4. Pendidikan jasmani Yunani Athens Lewat (dari 480 S.M hingga penaklukan Mekadonia

338 S.M) 5. Sukan Olimpik

Perkembangan pendidikan jasmani Yunani Homer bermula untuk tujuan membentuk manusia yang boleh bertindak dengan cepat terhadap sesuatu perkara yang mungkin akan berlaku (petindak). Ia berlaku disebabkan kekerapan berlakunya peperangan pada zaman ini, maka setiap warganegara merupakan perajurit untuk melindungi negara sendiri daripada serangan musuh dan mempunyai masyarakat yang berada dalam keadaan fizikal yang sihat dan kuat adalah penting. Senaman bertujuan untuk menghasilkan kualiti seperti kekuatan, daya ketahanan, kepantasan dan keberanian yang sangat diperlukan dalam kegiatan peperangan. Sebagai contohnya, perlumbaan jalan kaki, perlumbaan kereta kuda, bertinju dan merejam lembing. Pada zaman ini, dibahagikan kepada dua kategori iaitu permainan aristokrat dan golongan askar. Pada zaman Pendidikan Yunani Sparta, pendidikan jasmani dan sukan serta semua pendidikan di Sprata merupakan latihan untuk peperangan yang bertujuan untuk membentuk rakyat sebagai manusia petindak yang mempunyai kekuatan yang ganas, daya ketahanan yang tinggi, semamgat keteguhan dan kegagahan serta kemahiran yang diperlukan. Antara contoh aktiviti yang diamalkan pada zaman ini iadalah seperti gimnastik, lari, lompatan, lawan pedang, renang, memburu, gusti, tinju, berjalan kaki serta pemmainan bole untuk kekuatan lengan. Perempuan Sparta juga mesti melengkapkan diri untuk peperangan dan dalam aktiviti kasar. Pendidikan Yunani Athens Awal, kepentingan latihan tentera kepada mereka, menyediakan warganegara di medan perang, nilai estetika dan harmoni, bagi mereka tubuh badan sama penting dengan otak. Kepentingan ditekankan kepada pertunjukan kemahiran gerak-geri yang lemah gemalai daripada kepantasan dan daya ketahanan. Diantara pendidikan Jasmani bagi kanak-kanak dalam lingkungan umur 1 hingga 12 tahun iaitu berlari, lompatan, memanjat tali, permainan bola, rejam lembing dan lempar cakera. Pelajar lebih dewasa akan melibatkan diri dengan aktiviti yang lebih memerlukan tenaga yang banyak seperti perlumbaan, merejam lembing, melempar cakera bersaiz besar, tinju, penkratium dan perlumbaan kereta kuda. Tarian untuk keagamaan. Pendidikan Yunani Athens Lewat, membentuk manusia yang bijak, antara aktiviti yang dilakukan gimnastik, olahraga, lumba berperisai, rejam lembing, memanah, equestrian, tinju dan bergomol. Walaubagaimanapun mereka lebih berminat menjadi penonton daripada menjadi peserta.

Sukan Olimpik, diadakan setiap 4 tahun mulai tahun 776 S.M yang berlangsung selama 5 hari pada bulan ogos itu bersama-sama upacara menghormati Zeus (Tuhan orang Greek). Hanya ada satu acara iaitu lumba lari kemudiannya ditambah dengan acara lain. Dalam tahun 393 Masihi, Maharaja Theodosius telah menamatkan sukan Olimpik.