aspek jasmani (2)

21
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN 14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG. PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN SEMESTER 1 AMBILAN JAN 2014 Tajuk : Implikasi Fitrah Manusia Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran NAMA : CHEW MEI LING LIEW MIIN YEE TEH SEAH CHING TIEU SOUK HUI KUMPULAN : 1PISMP PM NAMA KURSUS : Perkembangan Kanak-Kanak KOD KURSUS : EDU 3102 NAMA PENSYARAH : Encik Mernan bin Talling

Upload: angeltieu

Post on 30-Sep-2015

25 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

PKK

TRANSCRIPT

Aspek Jasmani

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG. PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUANSEMESTER 1 AMBILAN JAN 2014

Tajuk : Implikasi Fitrah Manusia Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran

NAMA: CHEW MEI LING LIEW MIIN YEE TEH SEAH CHING TIEU SOUK HUIKUMPULAN: 1PISMP PMNAMA KURSUS : Perkembangan Kanak-Kanak KOD KURSUS: EDU 3102NAMA PENSYARAH: Encik Mernan bin TallingImplikasi kognitif terhadap pengajaran dan pembelajaran

Implikasi terhadap pendidikanManusia dilahirkan dengan akal yang membolehkan manusia berfikir.Manusia boleh berfikir dengan kritis dan kreatif dalam memperoleh pengetahuan.Murid mempunyai tahap kognitif dan gaya pemikiran yang berbeza.Guru menyediakan latihan dan aktiviti yang berbeza untuk kumpulan yang berbeza supaya murid-murid yang lambat tidak ketinggalan, manakala murid yang pandai tidak berasa bosan.

Kemahiran berfikir yang terpendam dalam diri murid perlu dikembangkan.Guru menyediakan pelbagai aktiviti kognitif yang dapat mengilap potensi intelek kanak-kanak. Contohnya, dalam menyelesaikan masalah Matematik Tahun 1, kemahiran mengira menggunakan objek dapat mengembangkan potensi pelajar untuk berfikir secara logik.

Pendidikan perlu lebih mengutamakan kemahiran menaakul dan berfikir aras tinggi untuk mengembangkan tahap kognitif murid ke peringkat yang lebih tinggi. Pendekatan yang berpusatkan murid, aktiviti perbincangan.Mendorong dan memotivasikan murid-murid dalam berfikir secara rasional.Implikasi kecerdasan terhadap pengajaran dan pembelajaran

Setiap murid mempunyai kecerdasan yang berbeza. Guru perlu menghormati kelebihan dan kelemahan yang dimiliki oleh muridnya.Setiap murid mempunyai bakat yang berbeza seperti menyanyi, bercerita, melukis, berlari dan sebagainya. Pendidikan perlu berkembang ke arah yang berbentuk variasi iaitu bukan hanya mengembangkan bakat murid dari segi intelek.Guru perlu mendorong dan membimbing murid mengembangkan bakat mereka. Pengajaran dan pembelajaran kecerdasan pelbagai sesuai dijalankan kerana dapat mengembangkan:potensi, minat dan kecenderungan murid kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza. Kecerdasan pelbagai merangkumi kecerdasan verbal linguistik, logik matematik, muzik, kinestetik, visual ruang, interpersonal, intrapersonal dan naturalis.

Emosi

Perasaan jiwa yang kuat, seperti sedih, gembira dan takut.

Aspek EmosiEmosi merupakan faktor dominan yang mempengaruhi tingkah laku individu, termasuk perilaku belajar. Emosi akan mempengaruhi individu untuk berkonsentrasi terhadap aktiviti pembelajaran, seperti menumpukan perhatian terhadap penjelasan guru, aktif dalam aktiviti perbincangan, dan mengerjakan tugas.

Peranan guru:Sentiasa mengambil berat terhadap emosi murid.Memperkukuhkan kekuatan dalaman murid. Mengelakkan daripada membesarkan kelemahan murid.Menghargai setiap komitmen yang diberi oleh murid.

Sosial Pergaulan dengan masyarakat dalam kehidupan seharian.

Aspek sosialPersekitaran pembelajaran akan mempengaruhi keupayaan seseorang untuk memahami dan bertindak balas dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Peranan guru:

Melaksanakan strategi pembelajaran secara berkumpulan.Mengadakan aktiviti perbahasan dan perbincangan.Sentiasa menggunakan teknik penyoalan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Aspek JasmaniTieu Souk Hui

16Impak fitrah manusia kepada P & PAspirasi sekolah yang menekankan kepada kecemerlangan sukan.Usaha ini membantu murid-murid mengembangkan potensi jasmani:Mereka berpeluang mempamerkan kemahiran psikomotor yang ada pada diri mereka.Mengembangkan kebolehan psikomotor yang telah wujud dalam diri mereka secara fitrah.

Impak fitrah manusia kepada P & PSelain itu, wujud juga sekolah-sekolah khas untuk mereka yang cacat dari segi jasmani seperti kecacatan anggota badan seperti buta, bisu dan ketidaksempurnaan tangan dan kaki.Keadaan ini adalah untuk memenuhi keperluan pendidikan bagi setiap insan, tidak kira perbezaannya dari segi fizikal atau mental.Mereka belajar tanpa dijejaskan oleh ketidaksempurnaan fitrah mereka.

Impak fitrah manusia kepada P & PSukatan pelajaran yang merangkumi semua aspek pembelajaran seperti seni dan muzik diaplikasikan kepada semua murid tanpa dibezakan mengikut keadaan fizikal mereka:Pelajar yang sempurna dan tidak sempurna mempunyai peluang yang sama untuk mengembangkan potensi mereka.RujukanAnita E. Woodfolk. (1980) Educational Psychology. United States of America: A Simon and Schuster CompanyHaliza Hamzah, Joy N. Samuel. (2010) Perkembangan Kanak-Kanak untuk PISMP. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.Wong Kiet Wah, Khairuddin Mohamad, Maridah Hj. Alias, Rashinawati Abd. Rashid dan Azlina Ahmad. (2013). Perkembangan Kanak-kanak. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.http://eprints.utm.my/10350/1/bab_3.pdf

SEKIAN, TERIMA KASIH