sejarah bola tampar

1
2.0 SEJARAH BOLA TAMPAR Permainan bola tampar telah diperkenalkan pada tahun 1985 oleh William G. Morgan di Gimnasium Y.M.C.A., Springfields, Massachusettes Amerika Syarikat sebagai suatu permainan rekreasi. Morgan sebagai seorang pengarah fizikal telah dipertanggungjawabkan untuk mencipta suatu permainan rekreasi untuk sekumpulan lelaki yang enggan bermain bola keranjang. Ketika itu, beliau mendapati permainan bola keranjang agak lasak dan bercadang untuk memperkenalkan permainan yang lebih kurang sama tetapi kurang lasak. Pada peringkat mula, permainan ini telah menggunakan bola keranjang, bola ini di pukul dengan tangan supaya ia sentiasa di udara seperti menimbang bola takraw. Kemudian jaring diletakkan di tengah dan beberapa peraturan diwujudkan. Jaring ditinggikan kepada tujuh kaki namun bermain dengan bola keranjang telah menyebabkan tangan pemain menjadi sakit kerana menahan beratnya. Morgan seterusnya telah meminta pertolongan syarikat Spalding untuk mencipta bola baharu yang dihasilkan dengan menggunakan kulit anak lembu. Sejak itu, permainan ini terus diminati dan diterima oleh masyarakat. Pada mulanya, bola tampar dikenali dengan nama Mintonette dan diubah kepada Volleyball oleh Prof H. T. Halstead pada tahun 1896. Permainan ini mula popular di luar Amerika Syarikat pada tahun 1900 di Kanada, 1905 di Cuba, 1909 di Puerto Rico, 1910 di Filipina, 1912 di Uruguay, 1913 di China dan 1917 di Jepun. Permainan ini terus berkembang selepas Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua, khususnya oleh tentera-tentera Amerika Syarikat. Pertubuhan Bola Tampar Antarabangsa ditubuhkan di Paris pada tahun 1947. Kejohanan Antarabangsa Pertama diadakan pada tahun 1949 tetapi untuk kaum lelaki sahaja. Hanya pada tahun 1952 kejohan tersebut membuka penyertaan pada kaum wanita. Permainan ini kemudian berkembang lagi apabila diterima dan seterusnya dipertandingkan di Sukan Olimpik pada tahun 1964. Permainan bola tampar mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1927. Persatuan Bola Tampar Amatur Malaysia (MAVA) ditubuhkan pada 1959.

Upload: nur-hanis-ahmad

Post on 10-Sep-2015

234 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bola tampar (sejaraH)

TRANSCRIPT

2.0 SEJARAH BOLA TAMPARPermainan bola tampar telah diperkenalkan pada tahun 1985 oleh William G. Morgan di Gimnasium Y.M.C.A., Springfields, Massachusettes Amerika Syarikat sebagai suatu permainan rekreasi. Morgan sebagai seorang pengarah fizikal telah dipertanggungjawabkan untuk mencipta suatu permainan rekreasi untuk sekumpulan lelaki yang enggan bermain bola keranjang. Ketika itu, beliau mendapati permainan bola keranjang agak lasak dan bercadang untuk memperkenalkan permainan yang lebih kurang sama tetapi kurang lasak. Pada peringkat mula, permainan ini telah menggunakan bola keranjang, bola ini di pukul dengan tangan supaya ia sentiasa di udara seperti menimbang bola takraw. Kemudian jaring diletakkan di tengah dan beberapa peraturan diwujudkan. Jaring ditinggikan kepada tujuh kaki namun bermain dengan bola keranjang telah menyebabkan tangan pemain menjadi sakit kerana menahan beratnya. Morgan seterusnya telah meminta pertolongan syarikat Spalding untuk mencipta bola baharu yang dihasilkan dengan menggunakan kulit anak lembu. Sejak itu, permainan ini terus diminati dan diterima oleh masyarakat.Pada mulanya, bola tampar dikenali dengan nama Mintonette dan diubah kepada Volleyball oleh Prof H. T. Halstead pada tahun 1896. Permainan ini mula popular di luar Amerika Syarikat pada tahun 1900 di Kanada, 1905 di Cuba, 1909 di Puerto Rico, 1910 di Filipina, 1912 di Uruguay, 1913 di China dan 1917 di Jepun. Permainan ini terus berkembang selepas Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua, khususnya oleh tentera-tentera Amerika Syarikat. Pertubuhan Bola Tampar Antarabangsa ditubuhkan di Paris pada tahun 1947. Kejohanan Antarabangsa Pertama diadakan pada tahun 1949 tetapi untuk kaum lelaki sahaja. Hanya pada tahun 1952 kejohan tersebut membuka penyertaan pada kaum wanita. Permainan ini kemudian berkembang lagi apabila diterima dan seterusnya dipertandingkan di Sukan Olimpik pada tahun 1964. Permainan bola tampar mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1927. Persatuan Bola Tampar Amatur Malaysia (MAVA) ditubuhkan pada 1959.