sejarah bahasa melayu pengenalan.docx

42
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU 1.0 PENGENALAN Sejarah perkembangan Bahasa Melayu perlu dilihat dari sudut etimologi kata “Melayu”. Asal usul perkataan ini sebenarnya masih belum disahkan oleh ahli sejarah. Apa yang dapat dilakukan ialah meneliti beberapa bukti yang dapat dikaitkan dengan kata Melayu, iaitu catatan Cina yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada Maharaja Cina sekitar tahun 644-645 Masihi. Ada juga yang berpandangan bahawa kerajaan Mo- lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera yang diberikan namanya berdasarkan sebatang sungai bernama Sungai Melayu. Satu catatan orang Cina ialah seorang sami Buddha yang bernama I-Tsing menggunakan perkataan tersebut apabila menceritakan tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar tahun 675 Masihi. Dalam bahasa Jawa Kuno pula, perkataan “Mlayu” bermaksud berlari atau mengembara. Ini dapat dikaitkan dengan kedatangan Indo-Melayu (Austronesia) yang dikatakan bergerak dari Yunan ke Tanah Melayu. Istilah Melayu dapat dilihat dari dua segi, iaitu pengertian yang sempit dan pengertian yang luas (Asmah,1985:37). Bagi pengertian pertama, istilah ini merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di semenanjung Tanah Melayu dan kawasan tradisional yang disebut sebagai gugusan pulau-pulau Melayu, yakni pulau-pulau yang meliputi Indonesia hari ini. Pada tahun 1972, pertubuhan UNESCO telah memilih istilah Melayu bagi merujuk kepada suku bangsa yang berbahasa Melayu yang mendiami Semenanjung Tanah Melayu, pantai timur Sumatera dan beberapa tempat lagi yang berdekatan. Bahasa yang digunakan oleh penduduk di kawasan ini ialah Bahasa Melayu. Bahasa ini menjadi bahasa kebangsaan di Malaysia, manakala di Indonesia dikenal pula sebagai Bahasa Indonesia yang merupakan bahasa kebangsaan di negara itu juga. 1.1 ASAL USUL BAHASA MELAYU Beberapa orang sarjana bahasa Barat telah membuat penyelidikan tentang bahasa- bahasa yang tersebar di kepulauan Melayu dengan membandingkan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Antara pengkaji yang terkenal termasuklah R.H. Geldern, J.H.C. Kern, Wilhem Von Humboldt, Van Der Tuuk, Otto Demwolff, P.W. Schmidt, Brandstetter, William Marsden dan lain-lain. Sarjana tempatan yang

Upload: apikulatmalam-jj

Post on 18-Nov-2015

94 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

1.0 PENGENALAN

Sejarah perkembangan Bahasa Melayu perlu dilihat dari sudut etimologi kataMelayu. Asal usul perkataan ini sebenarnya masih belum disahkan oleh ahli sejarah. Apa yang dapat dilakukan ialah meneliti beberapa bukti yang dapat dikaitkan dengan kata Melayu, iaitu catatan Cina yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada Maharaja Cina sekitar tahun 644-645 Masihi. Ada juga yang berpandangan bahawa kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera yang diberikan namanya berdasarkan sebatang sungai bernama Sungai Melayu. Satu catatan orang Cina ialah seorang sami Buddha yang bernama I-Tsing menggunakan perkataan tersebut apabila menceritakan tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar tahun 675 Masihi. Dalam bahasa Jawa Kuno pula, perkataan Mlayu bermaksud berlari atau mengembara. Ini dapat dikaitkan dengan kedatangan Indo-Melayu (Austronesia) yang dikatakan bergerak dari Yunan ke Tanah Melayu.

Istilah Melayu dapat dilihat dari dua segi, iaitu pengertian yang sempit dan pengertian yang luas (Asmah,1985:37). Bagi pengertian pertama, istilah ini merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di semenanjung Tanah Melayu dan kawasan tradisional yang disebut sebagai gugusan pulau-pulau Melayu, yakni pulau-pulau yang meliputi Indonesia hari ini.

Pada tahun 1972, pertubuhan UNESCO telah memilih istilah Melayu bagi merujuk kepada suku bangsa yang berbahasa Melayu yang mendiami Semenanjung Tanah Melayu, pantai timur Sumatera dan beberapa tempat lagi yang berdekatan. Bahasa yang digunakan oleh penduduk di kawasan ini ialah Bahasa Melayu. Bahasa ini menjadi bahasa kebangsaan di Malaysia, manakala di Indonesia dikenal pula sebagai Bahasa Indonesia yang merupakan bahasa kebangsaan di negara itu juga.1.1 ASAL USUL BAHASA MELAYUBeberapa orang sarjana bahasa Barat telah membuat penyelidikan tentang bahasa-bahasa yang tersebar di kepulauan Melayu dengan membandingkan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Antara pengkaji yang terkenal termasuklah R.H. Geldern, J.H.C. Kern, Wilhem Von Humboldt, Van Der Tuuk, Otto Demwolff, P.W. Schmidt, Brandstetter, William Marsden dan lain-lain. Sarjana tempatan yang turut memberi sumbangan terhadap usaha ini ialah Asmah Haji Omar, Amat Juhari Moain, Harun Aminurrashid, Ismail Hussien dan lain-lain.

Bangsa Melayu dikatakan berasal dari Asia Tengah atau dari Nusantara (kepulauan Melayu). Ini berdasarkan dua teori yang dikemukakan oleh para pengkaji, iaitu R.H. Geldern, iaitu seorang ahli pengkaji prasejarah yang mengatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari Asia Tengah berdasarkan kajian yang dibuat terhadap kapak tua (beliung batu) yang ditemui. Kapak tua tersebut ditemui di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Hwang, Salween dan Yangtze yang didapati serupa dengan kapak tua yang ada di kawasan Nusantara. Beliau menyimpulkan bahawa kapak tua di Nusantara itu dibawa oleh masyarakat dari Asia Tengah bersama-sama dengan bahasanya sekali.

Pengkaji seterusnya ialah J.H.C. Kern, seorang ahli filologi Belanda juga mengatakan bahawa bangsa Melayu itu berasal dari Asia Tengah berdasarkan persamaan beberapa perkataan. Beliau mendapati ada beberapa perkataan yang terdapat di kepulauan Nusantara itu terdapat juga di Madagaskar, Taiwan, beberapa pulau di kepulauan Pasifik dan di Filipina. Beliau juga mendapati bahawa perkataan yang digunakan berasal daripada induk yang sama, iaitu Asia.

Selain dua tokoh tersebut, William Marsden yang membuat kajian terhadap Bahasa Melayu mendapati Bahasa Melayu dan bahasa Polinesia itu merupakan bahasa serumpun. Pendapat yang kedua mengatakan bahawa bangsa Melayu itu berasal dari Nusantara yang bermaksud Bahasa Melayu itu bermula dari Nusantara. Dalam kajian ini, istilah filum digunakan bagi menggambarkan kelompok bahasa yang menjangkau lebih 5,000 tahun.

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh para pengkaji, Bahasa Melayu didapati tergolong dalam filum bahasa-bahasa Austris yang mempunyai tiga rumpun utama: Bahasa Austroasia, Tibet-China dan Austronesia (Rajah 1.1).

Rajah 1.1: Pembahagian Filum Austris

1.1.1 Keluarga Bahasa-Bahasa AustronesiaPerkataan Austronesia merupakan gabungan dua perkataan, iaituaustrodannesos. Perkataanwberasal daripada bahasa Latin, yang bermaksud selatan; manakala perkataannesosberasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud pulau. Oleh itu, istilahaustronesiamembawa pengertianpulau-pulau selatan(Asmah,1985:35). Istilah ini diperkenalkan oleh P.W. Schmidt, manakala istilah Malayo-Polenesia digunakan oleh Wilhem von Humboldt, ahli bahasa yang telah mengkaji aspek keserumpunan bahasa antara Bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa di daerah Polinesia. Bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa yang tergolong dalam satu filum Bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan TibetChina. Istilah rumpun digunakan bagi menggambarkan sekelompok bahasa yang mempunyai tempoh masa antara 2,500 5,000 tahun.

Rumpun Bahasa Austronesia terbahagi kepada empat rumpun, iaitu bahasa-bahasa di kepulauan Melayu (Nusantara), bahasa-bahasa Polinesia (bahasa-bahasa di Hawaii, Tonga dan New Zealand iaitu di kalangan bangsa Maori), Melanesia (bahasa-bahasa di Fiji, Irian dan New Caledonia), dan Mikronesia (bahasa-bahasa di kepuluan Gilbert, Carolina, Marshall dan Marianna) (Rajah 1.2).

Rajah 1.2 :Pecahan Rumpun Bahasa Austronesia

1.1.2 Rumpun Bahasa MelayuBahasa Melayu tergolong dalam keluarga Nusantara di bawah rumpun Bahasa Austronesia. Asal-usul Bahasa Melayu adalah dari filum Austris. Filum Austris terpecah kepada tiga rumpun bahasa yang besar iaitu rumpun Austroasia dan rumpun Austronesia (dulu dikenali sebagai Malayo-Polinesia), dan rumpun Tibet-China. Rumpun Austronesia pula dipecahkan kepada empat keluarga, iaitu Indonesia (Nusantara), Melanesia, Mikronesia dan Polinesia (Rajah 1.2). Dalam keluarga bahasa Nusantara terdapat kira-kira 200 hingga 300 bahasa. Namun begitu, bahasa-bahasa tersebut dikelaskan kepada golongan tertentu seperti golongan Filipina, Sumatera, Jawa, Kalimantan, Bali-Sasak, Muna-Butung, Gorontalo, Tomini, Loinang, Bunku-Laki, Sulawesi selatan, Bima-Sumba, Ambon-Timul, Sula-Bacon, dan Halmahera selatan-Irian Jaya. Bahasa Melayu tergolong ke dalam kumpulan bahasa Sumatera.

Beberapa teori telah mengatakan bahawa penutur-penutur Bahasa Melayu berasal daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia. Mereka datang dari daerah Yunan dan telah turun dalam dua gelombang pergerakan ke wilayah Asia Tenggara. Golongan pertama disebut Melayu Proto yang datang sejak tahun 2,500 sebelum Masihi. Tidak dijelaskan mengapa mereka berpindah. Mereka tinggal di kuala-kuala sungai dan pantai untuk memudahkan kerja-kerja mencari makan. Golongan kedua disebut Melayu Deutro yang datang kira-kira dalam tahun 1,500 sebelum Masihi. Perpindahan mereka juga tidak dapat dipastikan sebab-sebabnya. Melayu Deutro ini telah berpindah mengikut jalan dan laluan yang dilalui Melayu Proto. Apabila sampai di selatan mereka mendesak golongan pertama ke daerah pinggiran, ke hulu sungai, ke kawasan gunung atau ke tempat-tempat yang terpencil, manakala Melayu Deutro tinggal di kawasan tanah pamah, tanah rendah, lembah sungai dan di tepi laut.

Selain daripada itu, terdapat teori yang menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari Tanah Besar Asia Tenggara. Pendapat ini didukung oleh pengkaji-pengkaji Barat. H. Kern menyatakan bahawa penduduk di kepulauan Asia Tenggara berasal dari Assam, di bahagian timur negara India. Beliau membuat kesimpulan demikian lantaran terdapat persamaan-persamaan adat resam beberapa suku di Sumatera dan Borneo dengan suku-suku di Assam seperti suku Naga di India. Henry Yule pula berpendapat seperti J.R. Logan iaitu tentang wujudnya persamaan adat resam antara penduduk-penduduk di daratan Asia Tenggara dengan yang terdapat di kepulauan Melayu. Persamaan-persamaan ini menunjukkan bahawa mereka adalah daripada keturunan yang sama.

Berdasarkan kajian-kajian ini boleh dikatakan bahawa penduduk-penduduk kepulauan Asia Tenggara hingga ke Lautan Teduh berasal dari tanah besar Asia Tenggara. Tetapi tidak dapat dipastikan dari mana. Ada yang mengatakan dari Yunan, di barat daya negeri China; dari Assam, India; dari Asia Tengah; dan ada juga yang mengatakan dari bahagian selatan tanah besar Asia Tenggara. Seorang lagi sarjana yang membuat kajian perbandingan bahasa ialah Mees. Beliau membuat kajian bertitik tolak daripada pembahagian oleh Schmidt dengan sedikit perubahan dan data yang lebih perinci. Menurut Mees lagi, bahasa dan dialek di Tanah Melayu tidak dapat tidak, mempunyai hubungan dengan bahasa yang digunakan di pantai Timur Sumatera, iaitu Bahasa Melayu. Malah, daerah Bahasa Melayu di luar Tanah Melayu merangkum kepulauan Riau, Palembang, Kampar, Jambi dan Medan. Bahasa Melayu-Sriwijaya memperlihatkan sisa-sisa tua daripada salah satu Bahasa Austronesia berdasarkan prasasti yang terdapat pada batu bersurat Talang Tuwo bertarikh 680 Masihi. Di bahagian utara pula, terdapat kelompok bahasa Aceh, bahasa Batak seperti Karo, Toba, Simalungan, dan Angkola-Mandiling, Nias, Mentawai, Minangkabau dan Lampung.

Rajah 1.3: Keluarga Bahasa Melayu

Istilah keluarga digunakan bagi menggambarkan sekelompok bahasa yang kurang daripada 2,500 tahun. Berdasar Rajah 1.3, kita dapati bahawa keluarga Bahasa Melayu juga mempunyai pecahannya tersendiri. Kumpulan Bahasa Melayu Johor mempunyai induknya yang bermula daripada Bahasa Melayu Johor kemudian Bahasa Melayu Tengah sebelum ke Bahasa Melayu induk yang dikatakan berasal daripada Bahasa Melayu Proto yang juga merupakan kumpulan Bahasa Austronesia.

Daripada keluarga Indonesia (Nusantara), Bahasa Melayu terpecah kepada 16 subkeluarga atau bahasa, iaitu Bahasa Filipina, Sumatera, Jawa, Kalimantan, Bali-Sasak, Gorontalo, Tomini, Toraja, Loinang, Bunku-Laki, Sulawesi Selatan, Muna-Butung, Bima-Sumba, Ambon-Timur, Sula-Bacon, Halmahera Selatan-Irian Jaya. Dalam subkeluarga Sumatera termasuk Bahasa Aceh, Batak, Minangkabau, Melayu, Nias, Lampung, dan orang Laut.

Osman Omar (1961:3) mengatakan bahawa percabangan Bahasa Indonesia begitu tersebar luas kerana dikembangkan oleh suku bangsa yang seketurunan dengan bangsa Melayu dan penyebaran ini terjadi disebabkan sifat semula jadi bangsa Melayu sendiri sebagai ahli pelayaran dan perantau yang masyhur. Ciri-ciri pelaut dan perantau bangsa Melayu ini mengakibatkan berlakunya dua pertembungan penting pada induk Bahasa Indonesia menjadi berbagai-bagai bahasa lain. Menurut Asmah (1985) kawasan penyebaran bahasa-bahasa Indonesia dianggap sebagai pusat keseluruhan kawasan Austronesia atas beberapa sebab. Antara lain, keluarga bahasa ini melebihi mana-mana keluarga bahasa dari segi bentuk-bentuk bahasanya. Malah daripada keluarga bahasa inilah terdapatnya Bahasa Melayu, iaitu bahasa yang pesat perkembangannya sehingga dijadikan bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam. Malah kerajaan yang memerintah alam nusantara semuanya terdapat di kawasan Indonesia, misalnya Kerajaan Sriwijaya-Melaka dan kerajaan Melayu-Johor.

Hal ini diperjelaskan oleh Ismail Hussien (1948:5) yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu hanyalah merupakan satu daripada lebih kurang 200 bahasa dalam kepulauan Melayu. Oleh sebab bentuknya yang amat sederhana dan kemungkinan menerima unsur asing dan sifatnya yang dapat dilentur buat memenuhi keperluan semasa, maka jadilah Bahasa Melayu sebagai satu bahasa yang terpenting dalam sejarah bahasa-bahasa di kepulauan Melayu. Ahli bahasa membahagikan perkembangan Bahasa Melayu kepada beberapa tahap, iaitu:i)Bahasa Melayu Kunoii)Bahasa Melayu Klasikiii)Bahasa Melayu Moden.

Bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang besar jumlahnya dibandingkan dengan bahasa lain seperti Bahasa Jawa atau Bahasa Tagalog. Bahasa Melayu Purba dikatakan wujud pada zaman prasejarah namun tidak ada bukti yang bertulis pada masa itu. Perbincangan dalam modul ini lebih tertumpu kepada perkembangan Bahasa Melayu Kuno dan Bahasa Melayu Klasik yang menjadi asas kepada perkembangan Bahasa Melayu Moden.

BAHASA MELAYU KUNO

Bahasa Melayu Kuno ialah bahasa yang dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit dikatakan banyak mempengaruhi kosa kata dalam Bahasa Melayu. Bahasa Melayu Kuno melalui zaman kegemilangannya semasa berada di bawah kerajaan Sriwijaya, kira-kira pada abad ke-7 hingga abad ke-13. Kegemilangannya terbukti apabila Bahasa Melayu mampu menjadilingua franca dan bahasa pemerintah. Kerajaan Sriwijaya berjaya menghasilkan Bahasa Melayu yang dipertuturkan oleh semua masyarakat sehingga Bahasa Melayu menjadi bahasa komunikasi di kepulauan Melayu, kepulauan Riau dan juga Sumatera. Kewujudan bahasa ini dibuktikan melalui penemuan-penemuan batu-batu bersurat seperti batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683SM); batu bersurat di Talang Tuwo, dekat Palembang (684M); batu bersurat di Kota Kapur, Pulau Bangka (686M); dan batu bersurat di Karang Brahi, Jambi (686M). Batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832M) ialah batu bersurat yang pertama ditemui menerima pengaruh tulisan Nagiri.

Rumpun ini merupakan keluarga bahasa Nusantara dan berkembang dari abad ke-7 hingga abad ke-13 sebagai bahasa pentadbiran dan bahasalingua franca. Penuturnya terdapat di semenanjung Tanah Melayu, kepulauan Riau dan Sumatera. Kepentingannya sebagai bahasalingua francakerana sifatnya yang sederhana dan mudah menerima pengaruh asing, tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat dan mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa. Bahasa ini banyak dipengaruhi oleh sistem Bahasa Sanskrit yang banyak menyumbang kepada pengayaan kosa kata Bahasa Melayu. Pengaruh Sanskrit kuat akibat kaitannya dengan agama Hindu, kedudukannya sebagai bahasa golongan bangsawan dan hirarkinya yang tinggi. Ciri-ciri Bahasa Melayu Kuno dapat dilihat berdasarkan butiran yang berikut:

CIRI-CIRI BAHASA MELAYU KUNO

1. Banyak kata-kata pinjaman Sanskrit2. Susunan ayat bersifat Melayu3. Bunyibialahwdalam Melayu Kuno (Contoh: bulan -wulan)4. Bunyiepepet tidak wujud (Contoh dengan -dnganataudangan)5. Awalanber-ialahmar-dalam Melayu Kuno (contoh: berlepas-marlapas)6. Awalandi-ialahni-dalam Bahasa Melayu Kuno (Contoh: diperbuat -niparwuat)7. Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan sepertibh, th, ph, dh, kh, h(Contoh:sukhatshitta)8. Hurufhhilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya:sahaya)

Tulisan yang digunakan merupakan tulisan yang berasal dari India seperti Devanagiri dan Pallava. Tulisan ini dikatakan pengaruh tulisan India seperti Jawa Kuno dan tulisan Kawi. Ini didapati pada prasasti dengan banyaknya pengaruh kata pinjaman Sanskrit yang berkait rapat dengan pengaruh kebudayaan India dan agama Hindu. Bahasa Melayu Kuno tidak mempunyai pengaruh Bahasa Arab baik dari segi kosa kata atau tulisan. Bahasa Melayu Kuno ternyata disebarkan pada zaman beberapa buah kerajaan lama seperti Kerajaan Campa dan Empayar Funan di Vietnam Tengah dan Selatan, Thailand Tengah dan Selatan, Kerajaan Sailendra di Pulau Jawa dan Empayar Sriwijaya yang terdapat di Sumatera Utara, Pulau Jawa dan Tanah Semenanjung hingga ke Segenting Kra.

BAHASA MELAYU KLASIK

Menurut Awang Sariyan, Bahasa Melayu Klasik merupakan tahap ketiga dalam periodisasi Bahasa Melayu, sesudah Bahasa Melayu Purba dan Bahasa Melayu Kuno. Bahasa Melayu Klasik dikatakan bermula pada abad ke-13 dan berakhir pada abad ke-19. Bahasa Melayu Klasik ini diasaskan sewaktu terdirinya kerajaan Islam pertama di sebelah timur Aceh, iaitu kerajaan Samudera-Pasai di bawah Sultan Malikul Salih. Bahasa ini merupakan kesan langsung kedatangan agama Islam dan kebudayaan Islam. Zaman permulaannya ditandai dengan kemunculan prasasti Terengganu yang bertarikh 702 Hijrah bersamaan dengan 1303 Masihi. Bahasa Melayu Klasik muncul dengan wujudnya tulisan Jawi, iaitu tulisan Arab berbahasa Melayu pada awal abad ke-14. Prasasti Bahasa Melayu Klasik banyak terdapat di semenanjung Tanah Melayu seperti di Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Kelantan, Kedah dan beberapa tempat lain. Prasasti ini juga ditemui di Sumatera Selatan, Jambi, Riau, Sumatera Barat, Sumatera Utara dan Aceh.Pada abad ke-13, peralihan bahasa berlaku ekoran daripada pengaruh yang dibawa oleh agama Islam ke Asia Tenggara. Kehadiran agama Islam ke Asia Tenggara banyak mempengaruhi perkembangan Bahasa Melayu ketika itu terutama dari aspek kosa kata, struktur kata dan juga tulisannya. Peralihan Bahasa Melayu Kuno kepada Bahasa Melayu Klasik ini dapat dibuktikan dengan penemuan batu-batu bersurat seperti batu bersurat Minye Tujuh, Aceh (1390), iaitu batu bersurat pertama yang ditemui penggunaan kata-kata Arab sepertikhalifah,nabi-nabi,Allahdanrahmat.Batu bersurat Pagar Ruyung pula mempunyai sedikit perbezaan dengan batu bersurat abad ke-7, iaitu dari segi bahasanya. Bahasa Melayu Klasik dikatakan mengalami zaman kegemilangannya semasa berada di bawah kerajaan Melaka, Aceh dan Johor Riau. Hal ini disebabkan kerajaan-kerajaan tersebut pernah menjadi kawasan yang penting untuk kegiatan perdagangan dan perkembangan Islam dan seterusnya bahasa pada ketika itu.

Kemunculan Bahasa Melayu Klasik ini juga ditemui dalam manuskrip Melayu Lama. Terdapat kira-kira 10,000 naskhah manuskrip Melayu lama ini tersimpan di beberapa buah negara terutamanya di Barat. Manuskrip Melayu lama yang tertua ialah surat kiriman Sultan Ternate, dari kepulauan Maluku kepada Raja Portugis yang bertarikh tahun 1521 dan 1522. Tulisan berbentuk buku pula ialah ialah kitabAqaidal-Nasafiyang bertarikh 1590 (988H). Terdapat juga manuskrip lama lain sepertiTutinameh(1600),Hikayat Seri Rama(1633), surat Raja Aceh kepada Harry Middleton (1602) dan surat emas Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, Aceh kepada Raja Inggeris, King James I (1615). Penemuan ini menunjukkan Bahasa Melayu telah menjadi bahasalingua francadi Asia Tenggara pada masa itu.Dari segi fonologi, sistemnya tidak dapat ditentukan kerana tiada data lisan. Kebanyakan data berbentuk tulisan dan ini menyukarkan pengesanan sebutan yang sebenar. Awang Sariyan mengatakan bahawa perlambangan bunyi vokal terbatas kepada tiga sahaja, iaitu i, a dan u (daripada vokal Arab alif, ya dan wau). Namun demikian dapat diandaikan bahawa Bahasa Melayu Klasik mempunyai enam bunyi vokal sebagaimana yang terdapat dalam Bahasa Melayu, iaitu a, e pepet, e taling, i, o, dan u. Dari segi bunyi konsonan pula, dapat diandaikan bahawa bunyi konsonan Bahasa Melayu Klasik sama dengan yang terdapat dalam Bahasa Melayu Moden. Pelambangan bunyi getaran alveolar r yang jelas menggunakan huruf ra dalam bahasa Arab. Penggunaan ini pada hujung suku kata akhir tertutup menggambarkan bahawa bunyi getaran alveolar itu hidup dan tidak senyap dalam bahasa lisan klasik. Bunyi diftong pula memperlihatkan persamaan dengan bunyi diftong dalam Bahasa Melayu Moden, iaitu ai, au dan oi.

Dari segi tatabahasa pula, imbuhan yang digunakan sama dengan yang digunakan dalam Bahasa Melayu Moden. Hal yang sama juga berlaku bagi proses morfofonemik, penggandaan dan pemajmukan. Dari segi sintaksis, ayat dalam bahasa ini memanfaatkan empat pola ayat dasar, iaitu ayat tunggal, ayat majmuk yang sama rumusannya dengan Bahasa Melayu Moden, ayat kompleks dan ayat pasif. Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik ialah:a. Ayat yang panjang dan berbelit-belitb. Banyak ayat pasifc. Menggunakan bahasa istanad. Kosa kata klasik sepertiratnamutu manikam,edan kesmaran(mabuk asmara),sahaya,masyghuldan sebagainyae. Banyak menggunakan kata pangkal ayat atau perdu perkataan sepertisebermula,alkisah,hatta,adapundan sebagainyaf. Penggunaan ayat songsang dan banyak menggunakan partikel pun dan lahKajian Asmah haji Omar tentang kitabAqaiid al-Nasafi,iaitu teks tertua Bahasa Melayu menunjukkan hampir 82% kosa katanya merupakan kosa kata Bahasa Melayu asli. Kata pinjaman yang agak menonjol ialah bahasa Arab, Parsi dan Sanskrit. Terdapat juga penggunaan penanda wacana yang tidak digunakan lagi dalam Bahasa Melayu Moden, iaitubermula,hatta,syahadan,kalakiandan seumpamanya.

Gaya Bahasa Melayu Klasik pula memperlihatkan gaya yang tersendiri. Gaya Bahasa Melayu Klasik kelihatan pada ayat kompleks, ayat pasif dan ayat songsang. Hal ini disebabkan oleh pengaruh bahasa Arab dan lenggoknya yang jelas kelihatan kearab-araban. Selain daripada itu, bunga bahasanya juga menggambarkan kehalusan dan daya cipta berseni karyawan pada zaman tersebut. Bahasa Melayu Klasik bertunjangkan sistem tulisan Jawi yang berasaskan aksara Arab. Sistem tulisan ini merupakan alat yang meluaskan penyebaran dalam bahasa persuratan di Alam Melayu. Malah sistem tulisan inilah merupakan bukti yang nyata tentang kewujudan bahasa ini. Warisan Bahasa Melayu Klasik tertulis dalam karya persuratan yang meliputi pelbagai bidang, iaitu agama, undang-undang, ketatanegaraan, historiografi, sastera, perubatan dan pentadbiran serta hubungan politik. Bahasa Melayu Klasik juga mendapat pengaruh kata-kata pinjaman daripada bahasa Arab dan Parsi.

Bahasa Melayu Klasik jelas banyak digunakan dalam penulisan agama khususnya bidang tauhid atau usuluddin, syariah atau undang-undang Islam, dan tasawuf. Karya agama yang tertua dihasilkan dalam Bahasa Melayu Klasik ialahAqaiid al-Nasafi.Kitab ini membicarakan tentang hakikat kejadian benda, kemungkinan ilmu, punca ilmu, keobjektifan ilmu, teori cakerawala, hakikat Tuhan dan diri manusia. Jelasnya, kitab ini merupakan titik awal bidang ilmu yang jauh jangkauan pemikiran manusia dan diungkapkan dalam Bahasa Melayu. Ini merupakan pencapaian penting bagi membuktikan bahawa Bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu.

Tokoh-tokoh lain yang terkenal ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin Pasai atau Syamsudin al-Sumaterani dan Abdul Rauf Singkel. Di samping itu, muncul ahli ilmu dari luar Alam Melayu, iaitu Nuruddin al Raniri. Hamzah Fansuri terkenal dengan karya prosa sepertiAsrarul-Arifin fi bayan Ilm al-Suluk wal-Tawhid,al-MuntahidanSharabul-Ashiqin atauZinatul-Muwahiddin. Syairnya yang terkenal ialahSyair Dagang,Syair Jawi fasal fi bayan Ilm al-suluk wal-tawhid danSyair Perahu.

Dari segi sejarah, Bahasa Melayu Klasik mempunyai kesignifikanannya tersendiri. Bahasa ini dikatakan sebagai titik bermulanya Bahasa Melayu Moden. Bahasa Melayu Klasik juga memperkenalkan ragam bahasa persuratan dengan munculnya tulisan Jawi yang digunakan secara meluas di Alam Melayu. Peranannya juga penting sebagai asas kepada pembentukan bahasa baku, konsep kebangsaan Melayu, dan mengungkapkan pelbagai jenis laras bagi memulakan transformasi ciri budaya yang penting.

Sejarah perkembangan bahasa melayu selepas merdekaBAHASA MELAYU SELEPAS MERDEKA

Era selepas merdeka ataupascamerdekabermulaselepas 31 Ogos 1957 hinggalah tahun 1967. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu melalui peruntukan undang-undang yang terkandung dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia yang menyatakan dengan jelas bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu.

Perkara 152 Perlembagaan Malaysia1. Bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dalam undang-undang oleh Parlimen. Dengan syarat bahawa: Tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (bagi apa-apa maksud, selain daripada maksud rasmi), atau daripada mengajar atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan Tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menyentuh hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri bagi memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain dalam Persekutuan.2. Walau apa pun peruntukan Fasal (10) selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen, Bahasa Inggeris boleh digunakan dalam kedua-dua Majlis Parlimen, dalam Dewan Negeri tiap-tiap Negeri, dan bagi segala maksud rasmi yang lain.3. Walau apa pun peruntukan fasal (10), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen, naskhah yang sahih: Bagi segala Rang Undang-Undang yang hendak dikemukakan atau pindaan-pindaan mengenainya yang hendak dicadangkan dalam mana-mana Majlis Parlimen; dan Bagi segala Akta Parlimen dan segala perundangan kecil yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan, hendaklah dalam Bahasa Inggeris.4. Walau apa pun peruntukan Fasal (10), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka dan selepas daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen, segala pembicaraan dalam Mahkahmah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi hendaklah dijalankan dalam Bahasa Inggeris. Dengan syarat bahawa, jika mahkamah dan peguam bagi kedua-dua pihak bersetuju, keterangan yang diambil dalam bahasa yang digunakan oleh saksi tidak perlu diterjemahkan atau direkodkan dalam Bahasa Inggeris.

Berdasarkan peruntukan yang diberikan, jelaslah bahawa pertimbangan sewajarnyalah telah diberikan terhadap kedudukan Bahasa Melayu. Sejak tahun 1957, apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemederkaan, Bahasa Melayu telah menjadi bahasa kebangsaan yang disarankan oleh Suruhanjaya Reid. Pemilihan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan berasaskan beberapa faktor, iaitu Bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang terbesar di negara ini. Pada waktu itu, kumpulan ini membentuk 49.78 peratus, manakala kaum Cina merupakan 37.1 peratus, dan kaum India 11.0 peratus (EnsiklopediaKebudayaan Melayu, hlm. 1260). Faktor kedua, ialah Bahasa Melayu merupakan bahasa yang bersifat pribumi bagi negara ini. Oleh itu, Bahasa Melayu dapat melahirkan jati diri penduduk negara ini. Faktor ketiga ialah penggunaan Bahasa Melayu sebagai alat komunikasi sudah sekian lama berjalan dan ini tidak akan menimbulkan masalah bagi komunikasi umum. Akhirnya, keempat ialah Bahasa Melayu telah lama menjadi bahasa pentadbiran di negeri Melayu. Peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan juga alat perpaduan tidak disanggah oleh mana-mana pihak. Pengisytiharan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dalam semua urusan pentadbiran tidak menyekat penggunaan dan pembelajaran bahasa-bahasa lain dalam urusan bukan rasmi. Pada dasarnya, pengiktirafan dan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dikawal oleh dasar bahasa kebangsaan dan dari segi undang-undang, dasar ini telah dimaktubkan melalui perlembagaan dan akta.

Pada 7 Mac 1957, Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan, dengan sebulat suara meluluskan Penyata Razak. Penyata ini adalah bertujuan untuk mewujudkan suatu sistem pelajaran nasional bagi Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka yang dapat diterima oleh seluruh rakyat serta memenuhi kehendak mereka dan yang dapat menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial dan ekonomi ke arah satu bangsa dengan tujuan hendak menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara ini dan dalam pada itu memelihara pertumbuhan bahasa dan budaya orang-orang bukan Melayu yang menetap di negara ini (Undang-Undang Pelajaran 1957, 2008.). Undang-undang Pelajaran 1957 yang diluluskan setelah dibacakan bagi kali yang ketiga adalah digubal berdasarkan Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956. Laporan jawatankuasa ini telah diluluskan pada dasarnya setelah dibentangkan dalam perbahasan Majlis Perundangan Persekutuan pada 16 Mei 1956. Laporan ini dinamakan Laporan Razak 1956.

Perkara yang paling penting pada era ini ialah peranan yang dimainkan oleh Dewan bahasa dan Pustaka (DBP). Pada tahun 1959, DBP berubah tarafnya daripada jabatan kerajaan kepada badan berkanun apabila Parlimen meluluskan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka. Pemberianautonomiini membolehkannya menggubal dasar tentang matlamat yang ditetapkan dalam akta tersebut. DBP dibenarkan menggubal dasar-dasarnya yang khusus, menyusun rancangan pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera menurut kebijaksanaan pihak pengurusannya sendiri, dan menjalankan kegiatan penerbitan dan perniagaan buku secara lebih kompetitif menurut prinsip dan amalan perusahaan dan profesion penerbitan yang sentiasa berkembang dan hidup. Matlamat utamanya ialah membina dan mengembangkan bahasa kebangsaan sesuai dengan dasar negara dan hasrat rakyat yang menubuhkan DBP.

Sebagai sebuah negara yang baru merdeka dan mempunyai rakyat yang berbilang kaum, satu orientasi baru diperlukan untuk membentuk sikap rakyat menerima Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. DBP melancarkan gerakan psikologi melalui kempen-kempen bahasa yang melibatkan penyertaan rakyat daripada semua kaum dalam kegiatan bahasa secara besar-besaran. Gerakan ini dilakukan di seluruh negara tiap-tiap tahun selama tujuh tahun dari 1960-1966. Pada 30 Januari 1960, Minggu Bahasa Kebangsaan dilancarkan buat pertama kalinya di seluruh negara yang berlangsung hingga 6 Februari, 1961. (lihat Rajah 3.5).

Rajah 3.5: Pelancaran Pertama Minggu bahasa Kebangsaan pada 30 Januari 1960

Pelancaran itu dilakukan oleh pengerusi jawatankuasa pusat Minggu Bahasa Kebangsaan, Tuan Syed Nasir bin Ismail. Minggu Bahasa Kebangsaan ini merupakan rancangan kebangsaan yang bertujuan untuk menggalakkan seluruh rakyat supaya menggunakan bahasa kebangsaan dalam kehidupan mereka sehari-hari; menunjukkan kepada dunia bahawa kita sebagai bangsa yang merdeka menggunakan bahasa kebangsaan yang difahami oleh seluruh rakyat daripada segala keturunan sebagai bahasa perantaraan; untuk menyakinkan orang yang masih ragu-ragu bahawa bahasa kebangsaan kita ini adalah bahasa besar teristimewa di sebelah Timur dan menjadi bahasa ilmu pengetahuan; memberitahu kepada dunia bahawa bahasa kebangsaan kita akan menjadi bahasa yang kaya raya setelah mendapat jiwa baharu dalam pergolakan dunia sekarang; dan hendak menerangkan kepada pelajar bahawa bahasa kebangsaan kita memakai bentuk yang khas dan boleh menerima segala perkataan bahasa asing yang dapat disesuaikan dengan keadaan bahasa itu sendiri. Keadaan yang demikian telah berlaku beribu-ribu tahun yang Ialu dan terus berjalan hingga sekarang, dan hendak menerangkan kepada orang ramai bahawa Dewan bahasa dan Pustaka yang mempunyai tugas besar dalam perkembangan bahasa kebangsaan ini sentiasa berharapkan kerjasama daripada segala pihak untuk kemajuan bahasa kebangsaan dan perkembangannya dalam segala lapangan.

Acara-acara dalam Minggu Bahasa Kebangsaan ini dijalankan dalam dua bentuk: pertama, acara umum yang ditujukan untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan dalam segala lapangan; dan yang kedua, ialah melalui peraduan-peraduan untuk menimbulkan keinginan menyertai dalam penggunaan dan perkembangan bahasa itu. Dalam menjalankan acara-acara itu segala tugas dibahagi kepada peringkat-peringkat, iaitu peringkat daerah, peringkat negeri dan peringkat kebangsaan. (Mahfudz bin Abdul Hamid, 1960)

Dalam bahagian acara umum diadakan berbagai-bagai acara penerangan seperti mengadakan poster-poster, pelekat-pelekat cogan kata, kain-kain cogan kata, iklan-iklan dan filem-filem serta ucapan-ucapan oleh pembesar-pembesar dan pakar-pakar dan juga pengguna-pengguna bahasa kebangsaan dari orang-orang Melayu dan bukan Melayu. Dalam bahagian peraduan pula diadakan peraduan-peraduan syarahan yang dimulakan pada peringkat daerah dan berakhir di peringkat kebangsaan apabila pensyarah-pensyarah yang menang dalam bahagian-bahagian yang tertentu bertanding untuk mencapai gelaran johan pensyarah bahasa kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Di peringkat negeri pula diadakan peraduan-peraduan bahas, peraduan melukis poster, peraduan mengarang rencana dan sebagainya.

Pada peringkat kebangsaan rancangan Minggu Bahasa Kebangsaan ini dihadiri dan dikelolakan oleh suatu Jawatankuasa Kerja Pusat yang dilantik oleh persidangan Setiausaha-Setiausaha Kerajaan Negeri, Setiausaha-Setiausaha Kementerian dan jabatan-jabatan. Dalam tiap-tiap negeri pula diadakan satu Jawatankuasa Negeri untuk memutuskan rancangan di peringkat negeri dan juga berkuasa menubuhkan Jawatankuasa Daerah untuk melancarkan pengelolaan rancangan di tiap-tiap negeri. Pelaksanaan rancangan kebangsaan Minggu Bahasa Kebangsaan ini dirancang untuk disertai oleh seluruh pihak yang meliputi kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan mahupun separuh kerajaan, institusi-institusi pengajian tinggi dan sekolah-sekolah, akhbar-akhbar, syarikat-syarikat swasta, pertubuhan-pertubuhan yang mengenai bahasa dan persuratan secara langsung atau tidak langsung dan bahkan kepada tiap-tiap rakyat dan kumpulan rakyat dengan mengadakan rancangan-rancangan penyambutan dan perayaan yang sesuai dengan tujuan mengadakan Minggu Bahasa Kebangsaan.

Pada 15 April 1962, satu seminar mengenai bahasa dan Sastera telah diadakan di Balai Budaya Dewan bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Seminar anjuran Dewan bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Perpustakaan Universiti Malaya ini dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Hussein. Sebanyak 50 kertas kerja dibincangkan dalam seminar yang berlangsung selama empat hari ini. Kertas-kertas kerja ini disumbangkan oleh beberapa pakar bahasa dari seluruh tanah air. Antara perkara-perkara yang dibahaskan dalam seminar tersebut termasuklah mengenai bahasa dan kesusasteraan, ilmu pengetahuan dan buku-buku sekolah. Ini mencakupi masalah sastera, perpustakaan juga perkembangan kesusasteraan dan persuratan Melayu sebagai bahan dan alat pendidikan ke arah pembangunan rakyat (Seminar Bahasa dan Sastera Ke Arah Meninggikan Mutu Bahasa dan Kesusasteraan Kebangsaan, 2008).Pada 11 April 1963, satu akta yang berkaitan khusus dengan bahasa kebangsaan, iaitu Akta Bahasa Kebangsaan 1963 telah diluluskan dan dikuatkuasakan. Selepas 10 tahun merdeka, iaitu pada tahun 1967, Akta bahasa Kebangsaan 1967 telah diluluskan dan mula dikuatkuasakan pada 1 September 1967. Akta ini kemudiannya disemak dan disatukan dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan berkuatkuasa pada 1 Julai 1971 dengan nama Akta Bahasa Kebangsaan, 1963 (Pindaan 1967).

Pada 27 Jun 1967 (lihat Rajah 3.6) satu keputusan muktamad mengenai satu sistem ejaan baru yang ilmiah, praktikal serta sesuai untuk Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia telah dicapai. Rundingan mengenai persetujuan sistem ejaan bahasa Malaysia-Indonesia ini telah dihadiri oleh Jawatankuasa Bahasa dan Ejaan Malaysia yang dipengerusikan oleh Tuan Syed Nasir bin Ismail (Pengarah Dewan bahasa dan Pustaka) dengan Team Ahli Bahasa KOTI (Komando Tertinggi Indonesia) yang diketuai oleh Nyonya S. W. Ruddjiati Muljadi.

Rajah 3.6:Pengisytiharan Sistem Ejaan Indonesia Malaysia

Rundingan antara kedua-dua belah pihak telah berjalan dengan lancar dan dalam suasana kekeluargaan serta ramah tamah. Dalam rundingan itu tanggapan masing-masing pihak telah dibahas bersama secara ilmiah dan mendalam dengan memerhatikan sepenuhnya kenyataan-kenyataan yang terdapat dalam masyarakat kedua-dua negara. Hasil pertukaran fikiran dan pendapat serta penelitian dan pengolahan bersama, kedua-dua pihak telah mencapai kesimpulan dan persefahaman bahawa perkembangan ejaan dalam kedua-dua bahasa adalah hal yang wajar dan sesuai dengan tuntutan kemampuan ilmiah dan keperluan praktikal. Pengertian bersama juga telah dicapai mengenai hubungan antara Bahasa Indonesia dan Bahasa Malaysia yang perlu ditingkatkan lagi melalui semua saluran, baik pertuturan mahupun tulisan. Kesemuanya ini adalah dalam rangka usaha mencapai cita-cita bersama antara rakyat Indonesia dan Malaysia. Dengan tercapainya keputusan muktamad yang ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak itu pada tahun 1967, maka terciptalah Ejaan Bersama Malaysia-Indonesia, dan pelaksanaannya bergantung kepada penerimaan serta pengesahannya daripada kerajaan kedua-dua buah negara. Kempen-kempen memberikan penerangan mengenai Ejaan Bersama inike seluruh negaratelah dijalankan melalui akhbar-akhbar, radio dan televisyen, serta melalui majalah-majalah, dan ceramah-ceramah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka di merata tempat di Malaysia (Sistem Ejaan Indonesia-Malaysia, 2008).

Sepuluh tahun selepas merdeka, Parlimen meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan 1967 yang mewajibkan Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa rasmi yang tunggal dalam semua urusan rasmi negara menggantikan tempat Bahasa Inggeris. Pada 1 September 1967 DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah mengisytiharkan Bahasa Melayu sebagai bahasa Rasmi Negara yang tunggal bagi Persekutuan Malaysia. Perisytiharan ini adalah ekoran daripada tindakan Parlimen yang telah meluluskan Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan dalam sidangnya yang berlangsung pada bulan Mac 1967. Dalam warkah perisytiharan melalui Titah Diraja yang disiarkan melalui radio dan televisyen, baginda mensifatkan pendaulatan bahasa Kebangsaan sebagai bahasa rasmi yang tunggal merupakan permulaan suatu zaman baru dalam sejarah kemerdekaan negara ini. Baginda telah menyeru seluruh rakyat supaya mengguna dan memajukan Bahasa Melayu dengan bersungguh-sungguh sebagai bahasa rasmi negara ini.

Rajah 3.7: Pengisytiharan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

YM Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia pertama (lihat Rajah 3.7) pula dalam satu kenyataannya telah menegaskan bahawa pendaulatan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi menjadikan kemerdekaan Malaysia lengkap apabila penggunaannya sudah dapat diterima sepenuhnya oleh rakyat. Kedaulatan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tercatat dengan jelas sebagai Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Kedaulatan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah dimuatkan dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan sebagai bahasa rasmi dan pengantar yang tunggal di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi melalui Penyata Razak 1956 dan disokong kuat oleh Penyata Rahman Talib 1960.

Usaha-usaha untuk mendaulatkan dan memperluaskan penggunaan bahasa kebangsaan ini telah dijalankan dengan lebih giat dan serius melalui minggu dan bulan bahasa kebangsaan, perjuangan politik bahasa, serta menambahkan buku-buku ilmu pengetahuan dalam Bahasa Melayu. Berikutan daripada pengisytiharan baginda itu, pada hari yang sama, Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan surat Pekeliling Am No. 12 Tahun 1967 yang mengarahkan bahawa daripada tarikh itu, bahasa kebangsaan, iaitu Bahasa Melayu sahaja hendaklah digunakan untuk maksud-maksud rasmi dalam pentadbiran sehari-hari yang dijalankan oleh kementerian-kementerian, Jabatan-Jabatan Kerajaan, Kerajaan-Kerajaan Negeri, Kerajaan-Kerajaan Tempatan dan Badan-Badan Berkanun di Negeri-Negeri Tanah Melayu kecuali di Parlimen, Dewan-Dewan Negeri dan Mahkamah di mana Bahasa Inggeris boleh digunakan setakat masa yang telah diperuntukkan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967. Jikalau bahasa kebangsaan tidak dapat digunakan sepenuhnya Surat Pekeliling itu membolehkan penggunaan Bahasa Inggeris mengikut yang diperuntukkan dalam Sek. 4 akta tersebut.

Zaman selepas ini merupakan zaman pengembangan dan pengukuhan taraf dan korpus Bahasa Melayu sebagai bahasa pentadbiran negara yang maju, bahasa kegiatan intelektual dan budaya, bahasa ilmu pengetahuan, bahasa sains dan teknologi.

AHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKAPENGENALANPada tahun 1935, O.T. Dusseck memberitahu penuntut-penuntutnya bahawa ada tiga tenaga pendorong dalam hidup ini, iaitu agama, adat resam dan bahasa. Tegas beliau,...bahasa kamu, saya percaya, diucapkan oleh lebih dari 70 juta manusia. Ia merupakan satu daripada rumpun-rumpun bahasa terbesar di dunia. Jangan lupakan hakikat itu.

Rajah 3.1: O.T.Dusseck

Pelihara bahasa kamu itu; berusahalah meninggikannya ke tarafnya yang layak di kalangan bahasa-bahasa dunia. Bila taraf bahasa kamu tinggi, akan tinggilah juga taraf bangsa kamu. (The Straits Times, 1935.)Demikianlah petikan ucapan daripada seorang bekas pegawai berbangsa Inggeris yang bertugas di Tanah Melayu sebelum merdeka. Ucapan beliau telah memberikan gambaran yang jelas tentang keyakinan beliau bahawa Bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu yang sama tarafnya dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain sekiranya kita berusaha untuk mempertahankan keluhuran dan kedaulatannya. bahasa itu sendiri menunjukkan bangsa yang menuturkannya. Tajuk ini akan membawa anda menelusuri perkembangan Bahasa Melayu dari era sebelum merdeka, iaitu dengan penubuhan ASAS 50 hinggalah kemerdekaan 1957, dan era selepas merdeka dari tahun 1957 hinggalah tahun 1967, dan seterusnya kedudukan Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan di Malaysia.BAHASA MELAYU SEBELUM MERDEKABahasa Melayu yang digunakan sebelum merdeka dikatakan Bahasa Melayupramerdeka. Era pramerdeka ialah zaman yang memperjuangkan taraf atau status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Era Bahasa Melayu pramerdekabermula dengan tertubuhnya ASAS 50 (6 Ogos 1950) hingga kepada kemerdekaan 1957. Persatuan ini terdiri daripada penulis yang dikenali sebagai Angkatan Sasterawan 50 atau ringkasnya ASAS 50 telah ditubuhkan di Singapura. Persatuan itu telah diasaskan oleh beberapa orang penulis Melayu Singapura dan sebahagian besarnya merupakan penulis-penulis dan pengarang-pengarang Tanah Melayu yang terpaksa berhijrah ke Singapura akibat tekanan penjajah Inggeris terhadap kegiatan politik dan kreativiti mereka.

Antara tokoh-tokoh penting ASAS 50 ini ialah Kamaluddin Muhammad atau Kris Mas, Usman Awang atau Tongkat Waran (Lihat Rajah 3.2), Masuri S.N., Mohd. Arif Ahmad atau MAS, Abdul Wahab Muhamad atau Awamil

Rajah 3.2: Usman Awang

Sarkam, Asraf dan Hamzah. Secara umumnya penubuhan ASAS 50 ini adalah untuk:a. Memperluas dan mempertinggikan mutu sastera Melayu;b. Melindungi hak-hak dan kepentingan para penulis dan para pengarang; danc. Mengadakan pembaharuan dalam sastera.Persatuan ini bergerak dengan cita-cita memajukan bahasa dan sastera Melayu sebagai alat untuk menuju ke arah kemerdekaan, keadilan sosial dan kemajuan fikiran, selari dengan konsep perjuangannya, 'Seni Untuk Masyarakat' atau 'Seni Untuk Rakyat'. Dengan berpegang kepada konsep ini ASAS 50 telah berjaya membawa satu bentuk dalam bidang penulisan cerpen dan sajak. Pada umumnya, tema cerpen dan sajak ASAS 50 bersifat kritik masyarakat. Oleh itu, banyak daripada cerpen atau sajak yang mereka hasilkan mengarah kepada menentang golongan atasan dan membela kaum buruh, petani dan nelayan. Meskipun terdapat kelemahan-kelemahan dan tentangan-tentangan terhadapnya, ASAS 50 telah berjaya memberi daya dan mewarnai kehidupan sastera zamannya dalam bentuk majalah dan surat khabar. Asas 50 juga merupakan pelopor pembaharuan kepada kesusasteraan Melayu moden, iaitu selepas Perang Dunia Kedua (ASAS 50 Ditubuhkan, 2002).

Pada zaman ini asas perjuangan badan ini ialah mengutamakan Bahasa Melayu dan merancang pemodenan serta perkembangan bahasa ini yang diperjuangkan melalui saluran politik. Kewujudan Bahasa Melayu pada era ini lebih kepada perjuangan menjadikan Bahasa Melayu bahasa kebangsaan negara melalui kuasa politik. Bentuk bahasa ini belum dipiawaikankan dan perkembangannya tidak dirancang secara sistematik. Malah dari segi tatabahasa, bahasa ini begitu dipengaruhi oleh tatabahasa Zaba dan sistem ejaan yang digunakan ialah Ejaan Zaba dan Ejaan Kongres (1956-1957). Tema Angkatan ASAS 50 pada ketika itu ialah perjuangan atau berkonsepkan perjuangan. Penulis ASAS 50 memperjuangkan konsep 'Seni Untuk Masyarakat' dan 'Seni Untuk Seni' tetapi konsep 'Seni Untuk Masyarakat' lebih menonjol kerana sebahagian besar daripada Angkatan ASAS 50 terdiri daripada wartawan dan berkhidmat diUtusan Melayu,Berita Hariandan juga beberapa majalah. Perjuangan mereka ditonjolkan melalui bahasa dalam penulisan cerpen, sajak dan kerja seni lain yang dipaparkan dalam media cetak yang mereka kendalikan. Ini memberi sumbangan yang besar terhadap masyarakat dengan mengangkat darjat orang bawahan seperti orang kampung dengan tema-tema cerita tertentu. Perjuangan pada ketika itu menuntut kemerdekaan dengan menggunakan bahasa dan sastera.Penubuhan ASAS 50 yang memperjuangkan Bahasa Melayu telah mendorong sebuah pertubuhan yang diasaskan oleh guru-guru Melayu dikenali sebagai Lembaga Bahasa Melayu (LBM) pada tahun 1951. Pertemuan guru-guru Melayu yang telah diadakan pada 1 Oktober 1950 di Kelab Kota Raja, Singapura bertujuan untuk menubuhkan perkumpulan yang akan berjuang untuk memajukan Bahasa Melayu. Pertemuan ini telah digerakkan oleh Cikgu Mahmud Ahmad dengan kerjasama Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura (KGMS). Pertubuhan ini didaftarkan dan disahkan oleh kerajaan pada 26 April 1951. Mengikut Fasal 2 dalam Perlembagaan LBM, tujuan penubuhannya adalah untuk (Ensiklopedia Kebudayaan Melayu, hlm. 1269):a. Mengawal, memperbaiki, memperluas, memperkaya, mempertinggi dan menghidupkan Bahasa Melayu supaya menjadi bahasa yang hidup;b. Membincangkan hal-hal kesulitan Bahasa Melayu dan menghebahkan kepada orang ramai apa yang difikirkan munasabah oleh Lembaga;c. Menyesuaikan penggunaan Bahasa Melayu mengikut kehendak peredaran zaman;d. Menerbitkan risalah, buku, kitab, majalah, dan seumpamanya; dane. Bekerjasama dengan badan-badan yang sama tujuannya dengan Lembaga.Penubuhan LBM sebenarnya mengukuhkan lagi perjuangan untuk mempertahankan kedudukan Bahasa Melayu.Berita Lembagamerupakan penerbitan LBM yang diedarkan kepada ahli-ahlinya sahaja dan beredar sebanyak empat keluaran. LBM tidak membawa aliran baru atau mempelopori pemodenan dalam lapangan bahasa dan kesusasteraan Melayu. Dari segi perkembangan Bahasa Melayu, tahun 1950-an menyaksikan pertumbuhan subur buku-buku tatabahasa Bahasa Melayu. Minat dalam kalangan penulis Melayu sendiri semakin tinggi. Buku-buku yang digunakan untuk pelajaran Bahasa Melayu pada tahun 1956 merupakan buku-buku yang diterbitkan oleh Biro Terjemahan Melayu, Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim. Antaranya ialahIlmu Mengarang MelayudanPelita Bahasa Melayu tulisan Zaba.Kongres bahasa dan Persuratan Melayu Pertama yang diadakan pada 12 dan 13 April 1952 diadakan di Hotel Sea View, Singapura memutuskan asas perjuangan adalah untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Butir-butir piagam berkenaan adalah seperti yang berikut (Ensiklopedia Kebudayaan Melayu, hlm. 1260):a. Kongres bahasa hendaklah diadakan seterusnya dengan tujuan untukmenyeralaraskansebarang usaha badan persuratan Melayu di Persekutuan Tanah Melayu, Singapura dan Borneo Utara; dan kerabat kongres hendaklah mengambil keputusan muktamad yang sama atas sebarang hal tentang kemajuan bahasa dan persuratan Melayu dan akan membela hak pengarang, sasterawan dan ahli Bahasa Melayu;b. Kongres seterusnya hendaklah diadakan bila-bila masa jika perlu oleh sebuah pertubuhan atau beberapa pertubuhan persuratan menjadi satu; dan pertubuhan persuratan yang mengusulkan kongres itu dengan sendirinya menjadi Panitia Kongres yang akan menyediakan tempat dan persiapan kongres serta memanggil pertubuhan-pertubuhan lain ke kongres tersebut; danc. Pertubuhan-pertubuhan persuratan yang menjadi kerabat kongres hendaklah mentaati keputusan muktamad yang diambil kongres; pertubuhan-pertubuhan kerabat kongres hendaklah berusaha melaksanakan keputusan-keputusan yang diambil kongres untuk memajukan bahasa dan persuratan Melayu; sebarang keputusan kongres hendaklah dianggap sah oleh kerabat kongres; segala keputusan kongres akan diambil mengikut undi yang terbanyak; dan tiap-tiap pertubuhan hanya mempunyai satu undi sahaja.Kongres ini juga memutuskan bahawa tulisan Rumi dan Jawi hendaklah digunakan dalam persuratan Melayu pada masa tersebut sehingga keputusan lain dibuat kemudiannya kelak.

Kongres bahasa dan Persuratan Melayu Kedua yang diadakan pada 1 dan 2 Januari 1954 di Sekolah King George, Seremban mengusulkan rapat besar bagi ahli persuratan Melayu dengan Indonesia; mendesak penggunaan Bahasa Melayu yang seimbang dalam Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan Tanah Melayu, Majlis Mesyuarat Negeri, Majlis Mesyuarat Bandaran dan pengutamaan Bahasa Melayu oleh ketua-ketua pejabat; menganjurkan satu rupa hadiah bagi karangan-karangan yang terbaik dalam bahagian-bahagiannya tiap-tiap tahun; menyusun sebuah kamus yang lengkap dalam tulisan Rumi; pengambilan juruhebah radio mestilah berkelulusan tinggi dalam Bahasa Melayu; dan melantik wakil daripada Kongres Persuratan Melayu dalam Jawatankuasa Penapis Filem.

Pada Mac 1954, ASAS 50 telah mengemukakan memorandum kepada kerajaan mengenai tulisan Rumi untuk Bahasa Melayu. Perjuangan ASAS 50 mempertahankan Bahasa Melayu diteruskan apabila mereka mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Perlembagaan yang menyentuh soal kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar umum dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah rendah hinggalah ke peringkat universiti pada 15 Disember 1954.

Kongres bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga diadakan pada 16 hingga 21 September 1956 di Johor Bahru dan Singapura dihadiri lebih kurang 500 orang perwakilan dan pemerhati dari 59 buah badan bahasa dan persuratan Melayu seluruh negara (Ensiklopedia Kebudayaan Melayu, hlm. 1261). Dalam kongres ini telah diputuskan bahawa Dewan bahasa dan Pustaka (DBP) hendaklah ditubuhkan sebagai pusat bagi menjaga hal ehwal persuratan Melayu supaya tidak cacat asal usul Bahasa Melayu serta menjadi pendorong kepada perkembangan kebudayaan rakyat Tanah Melayu kelak. DBP hendaklah menyiasat, membongkar dan mengumpulkan semula serta menghalusi hasil kesusasteraan Melayu sejak zaman purba. Kongres tersebut juga telah membincangkan cara mengembangkan bahasa kebangsaan menerusi persekolahan dan pendidikan.Pada hari 22 Jun 1956 ketika perjuangan dan semangat kemerdekaan tanah air begitu rancak dilaung-laungkan, Dewan bahasa dan Pustaka (Rajah 3.3) telah ditubuhkan dan ditempatkan di sebuah Bangunan Kerajaan di Bukit Timbalan, Johor Bahru, Johor (Penubuhan Balai Pustaka, 2008). Di situlah Dewan Bahasa dan Pustaka mengaturkan langkah pertama, iaitu mengembangkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara merdeka. Setahun setelah Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dan apabila Bahasa Melayu diisytiharkan dalam perlembagaan yang baru sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara selepas merdeka, maka Dewan Bahasa dan Pustaka pun berhijrah ke Kuala Lumpur dan ditempatkan di bangunan bekas Wad Hospital Tangling, Jalan Young, Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka kemudiannya telah bertukar taraf daripada sebuah Jabatan Kerajaan menjadi Badan Berkanun melalui Akta Parlimen (tahun 1959) yang memberikan autonomi kepada Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menggubal dasar-dasarnya yang khusus, menyusun rancangan pembinaan dan pengembangan bahasa sastera yang lebih mantap. Antara matlamat Dewan Bahasa dan Pustaka adalah seperti berikut:a. Memajukan dan memperkayakan bahasa kebangsaan.b. Memajukan bakat kesusasteraan terutama dalam bahasa kebangsaan.c. Mencetak atau menerbitkan atau membantu usaha percetakan atau penerbitan buku-buku, risalah-risalah dan lain-lain bentuk persuratan dalam bahasa kebangsaan dan bahasa lain; dand. Menyamakan ejaan dan bunyi sebutan dan menggubal istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan.

Rajah 3.3: Dewan Bahasa dan Pustaka

Pada 31 Januari 1962, Dewan Bahasa dan Pustaka telah berpindah ke bangunannya sendiri yang terletak di Jalan Wisma Putra (lihat Rajah 3.3). Sesungguhnya Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan sebuah perbadanan yang cukup penting dalam menggalakkan pembinaan ilmu pengetahuan dalam bahasa Malaysia bagi negara ini.

Bahasa Melayu memasuki dunia pendidikan apabila sekolah-sekolah Melayu menjadi sebahagian daripada organisasi Penang Free School (1819), iaitu sekolah Melayu di Gelugur dianggap sekolah Melayu yang tertua di Malaysia. Sebelum tahun 1956 kedudukan Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan tidak begitu diutamakan. Pendidikan untuk bangsa Melayu sebelum abad ke-19 lebih kepada pendidikan agama. Kanak-kanak hanya diajar peraturan dasar agama Islam dan membaca al-Quran. Gagasan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah dikemukakan dalam Laporan Razak 1956 (Rajah 3.4). Pada bulan September 1956 apabila Persekutuan Tanah Melayu diberikan taraf pemerintahan sendiri, sebuah jawatankuasa yang dinamai Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 atau dikenali sebagai Penyata Razak 1956 merupakan titik tolak penting dalam perjuangan Bahasa Melayu sebelum merdeka yang dengan jelas memperakukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Rajah 3.4:Laporan Razak 1956

Penyata Razak (lihat Rajah 3.4) merupakan hasil daripada kajian Jawatankuasa Pelajaran yang dibentuk dalam bulan September 1955 yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Pelajaran, Dato' Abdul Razak bin Hussein. Pada 14hb April, 1956 jawatankuasa ini telah menyiapkan kerja-kerjanya dan menyediakan laporannya sebagai Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956.

Laporan Razak 1956mengatakan hasrat untukmenubuhkan satu peraturan pelajaran kebangsaan dan tujuannya adalah untuk menyatukan murid-murid daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar. Laporan Razak juga telah mengemukakan perkara-perkara yang berikut:a. Bahasa Melayu mestilah dipelajari di semua sekolah dan dijadikan satu syarat pertolongan yang diberi oleh kerajaan di semua sekolah;b. Bahasa Melayu dijadikan satu pelajaran yang mustahak untuk mendapatkan sijil rendah dan sijil pelajaran kebangsaanc. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris hendaklah diwajibkan di sekolah menengah jenis kebangsaan.

BAHASA MELAYU ZAMAN KEDATANGAN INGGERISSebelum Inggeris bertapak di semenanjung Tanah Melayu, Bahasa Melayu menjadi satu-satunya bahasa perantaraan bagi penduduk negara ini. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pentadbiran di semua pusat pemerintahan dan menjadi bahasa pengantar di institusi pendidikan yang ada pada ketika itu seperti pusat pengajian Islam dan kelas agama. Perhubungan antara rakyat juga menggunakan Bahasa Melayu, termasuk di pusat-pusat perniagaan seperti Melaka, Pulau Pinang dan Singapura yang sebahagian besar penduduknya terdiri daripada orang Melayu. Sebelum penjajahan Inggeris, Bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.

Pada abad ke-19 bermula dengan karangan Munsyi Abdullah, zaman ini dianggap sebagai permulaan zaman Bahasa Melayu Moden. Beberapa karya terkenal pada zaman ini ialah hasil tulisan Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi atau lebih dikenali sebagai Abdullah Munsyi. Karya pertama beliau ialah Syair Singapura Terbakar. Abdullah Munsyi bukan sahaja memperlihatkan keunggulan Bahasa Melayu melalui karya kesusasteraan, malahan memberikan kesedaran tetantang betapa pentingnya nahu Bahasa Melayu. Bagi beliau, sekiranya nahu Bahasa Melayu ditulis oleh orang asing maka nahu Bahasa Melayu yang ditulis itu hanyalah merupakan pengubahsuaian nahu bahasa mereka sendiri yang cuba dipaksakan terhadap Bahasa Melayu. Perkembangan Bahasa Melayu yang diperjuangkan oleh Abdullah Munsyi tidaklah menghairankan kerana latar pendidikannya yang berbahasa Inggeris.

Tokoh yang terkenal pada zaman ini juga ialah Muhammad Ibrahim bin Abdullah Munsyi menulis Kitab Pemimpin Johor sejak tahun 1871 Masihi dan diterbitkan pada tahun 1878 Masihi. Beliau menggunakan banyak ibu perkataan dalam kitabnya kerana bentuk ini dikatakan dapat membanyakkan beberapa perkataan lain sehingga menjadi ayat dan juga perenggan. Yang dimaksudkan dengan ibu perkataan tersebut ialah perkataanistimewa, adapun, arakian, alkisah, bermula, bahawasanya, bahawa, hatta, dan, dewasa, sebermula, sebagai lagi, sebagai pula, sekali persetua, seyogiayanya, syahdan, kaliandanmaka.Kitab ini beracuankan Bahasa Inggeris namun penggunaan bahasanya terlihat masih lebih banyak dipengaruhi oleh struktur Bahasa Arab dan berusaha mengelakkan perkataan yang keinggerisan. Muhammad Ibrahim juga telah menubuhkan organisasi yang diberi namaPakatan Mengajar bahasa(1888 M). Tujuan penubuhan ini adalah untuk mengkaji dan mempelajari Bahasa Melayu agar pengetahuan Bahasa Melayu itu lebih mudah disebar luaskan.

Tokoh lain yang sezaman dengan Abdullah Munsyi ialah Raja Ali Ibni Raja Haji Ahmad. Walaupun sezaman dengan Abdullah Munsyi tetapi Raja Ali mempunyai latar pendidikan yang berbeza. Abdullah Munsyi berpendidikan Inggeris manakala Raja Ali Haji berpendidikan Arab serta seorang pendakwah. BukunyaBustanul Katibinbertarikh 1850 Masihi didasarkan kepada nahu bahasa Arab. Walaupun nahu ini berdasarkan nahu Bahasa Arab, buku ini dianggap penting kerana inilah buku nahu berbahasa Melayu yang ditulis oleh orang Melayu.Kitab Pengetahuan bahasa pula dihasilkan pada tahun 1859 Masihi. Hasil ini merupakan sebuah kamus Melayu. Bahagian awalnya membincangkan kamus Melayu secara ringkas dan sederhana. Namun begitu tidak semua abjad dalam kamus diakhiri dengan sebahagian perkataanca.Erti perkataan disertakan dengan penjelasan walaupun berdasarkan kaedah dalam Bahasa Arab.

Raja Ali Haji dilahirkan pada tahun 1909 Masihi dan dibesarkan di Pulau Penyengat, iaitu sebuah pulau kecil yang tidak jauh dari Tanjung Pinang di Riau yang pada ketika itu menjadi pusat kebudayaan Melayu dan pusat ilmu pengetahuan. Beliau telah menghasilkan kitab tatabahasa Melayu yang dinamakanBustanil Katibina Lis Subyaniil Mutaalaminatau diterjemahkan sebagaiKitab Perkebunan Juru Tuli bagi Kanak-Kanak yang Hendak Menuntut Belajar Akan Diamerupakan buku pelajaran ejaan dan tatabahasa. Kitab ini setebal 70 halaman mengandungi bahagian pendahuluan, 31 fasal dan khatimah (penutup). Kitab ini dibahagikan kepada dua bahagian: bahagian pertama terdiri daripada penulisan tentang Bahasa Melayu dan bahagian kedua, mengenai tatabahasa Bahasa Arab. Di sini penulisnya cuba menyesuaikan dan menerapkan sistem tatabahasa Arab ke dalam struktur ayat Bahasa Melayu. Penggunaan kata-kata dan struktur ayat Bahasa Melayu dipindahkan dan diklasifikasikan secara langsung dalam bahasa Arab agar sesuai dengan kata dan tatabahasa Arab.

Pada zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu, khususnya ketika sebelum berlaku Perang Dunia Kedua, Bahasa Melayu terus digunakan untuk tujuan urusan rasmi di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Pegawai-pegawai Inggeris yang bertugas di Negeri-Negeri Melayu sebelum Perang Dunia Kedua dikehendaki mempelajari Bahasa Melayu dan mesti lulus dalam peperiksaan Bahasa Melayu sebelum disahkan dalam jawatan. Sebahagian daripada pegawai-pegawai itu terus menaruh minat yang tinggi terhadap Bahasa Melayu, sehingga dikenali sebagai sarjana Bahasa Melayu. Antaranya ialah R.O. Winstedt, J.R. Wilkinson, C.C. Brown, W.E. Maxwell, W. Marsden, W.G. Shellabear dan J. Crawford.William Marsden telah menulisA Grammar of Malayan Languagepada tahun 1812 masihi. Beliau telah mengutarakan beberapa hal penting dalam perkembangan Bahasa Melayu, iaitu Bahasa Melayu itu indah, susunan ayatnya teratur, dan nahunyasederhana. Penyebutannya juga mudah dan mudah diselaraskan dengan kata pinjaman. Bahasa Melayu dikatakan bukan berasal daripada bahasa Sanskrit tetapi bahasa Sanskritlah yang memperkayakan Bahasa Melayu. Tajuk-tajuk kecil dalam buku ini ialah abjad Jawi, konsonan dan vokal, tanda bacaan tulisan Jawi, golongan kata, bahagian ayat, nama sifat, perbandingan, bilangan, ganti nama, penunjuk, sendi, keterangan, penghubung, seruan, pengimbuhan, binaan ayat, dialek, prosodi dan praksis. Marsden mengatakan bahawa orang Melayu telah mengambil 28 huruf Arab, dan mencipta beberapa huruf lagi dengan menambah titik tertentu pada bentuk yang sudah sedia ada.

Tokoh besar dunia Melayu yang lahir pada zaman Inggeris ialah Zainal Abidin Ahmad atau lebih dikenali dengan nama Zaba. Beliau dilahirkan di Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Negeri Sembilan pada 16 September 1895 dan banyak menghabiskan hayatnya dalam bidang kebahasaan. Beliau mendapat pendidikan Inggeris dengan kelulusan Senior Cambridge di St. Pauls Institution di Seremban, di samping lulus di peringkat tertinggi di sekolah Melayu. Beliau telah menghasilkanPelita Bahasa Melayu (PBM)bertujuan untuk menyusun kaedah buku nahu (tatabahasa) Bahasa Melayu dengan lebih lengkap daripada buku-buku nahu Bahasa Melayu oleh tokoh-tokoh pengkaji Melayu sebelumnya. Buku nahu ini menghuraikan kaedah nahu Bahasa Melayu atau aturan rangkanya mengikut pengaruh atau acuan nahu Bahasa Inggeris dan sedikit pengaruh nahu Bahasa Arab yang dipadankan dengan pembawaan tabiat sejati Bahasa Melayu serta pendekatan khasnya yang tersendiri. Oleh itu, nahu Zaba ini lebih menekankan ciri-ciri makna dan struktur dalam penggolongan kata.Pelita Bahasa Melayu(1)diterbitkan pada tahun 1940 oleh Pejabat Pelajaran Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pada cetakan pertamanya, buku ini diterbitkan dalam tulisan Jawi yang membicarakan masalah huruf, tulisan, ejaan, saraf dan nahu Melayu.Pelita Bahasa Melayu(2)merupakan lanjutan terbitan yang pertama mengandungi 12 bab yang merangkumi beberapa aspek yang dimulai dengan permulaan mengarang, latihan membuat ayat, mengarang ayat-ayat tunggal, pemakaian tanda-tanda berhenti, cakap pindah sehingga kepada penghabisan karangan. Buku ini dikarang untuk murid-murid darjah 2 , 3 dan 4 sekolah Melayu pada masa itu.

Seperkara yang menarik dapat dikatakan bentuk Bahasa Melayu pada era ini ialah gaya bahasanya masih mengikut cara lama, iaitu Bahasa Melayu Klasik seperti penggunaansahaya, arakian, kemudian daripada itu, adapun, maka, sekaliandan lain-lain. Fonem-fonem Bahasa Melayu ditambah dengan fonem-fonem baharu daripada Bahasa Arab masih kekal. Kata-kata istilah baharu juga muncul buat pertama kali terutama dalam pentadbiran moden yang diamalkan sewaktu zaman pemerintahan keluarga Temenggung Ibrahim. Pada masa yang sama, beberapa istilah Inggeris juga diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu untuk urusan pentadbiran seperti jawatankuasa, setiausaha, pejabat, pesuruhjaya dan jabatan. Kata-kata bahasa asing dari Barat seperti kata Belanda di Indonesia juga meresap masuk ke dalam Bahasa Melayu seperti kompeni, gabenor dan lain-lain.

Selepas Perang Dunia Kedua, British mengubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan. Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan Bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara. Hanya selepas Perang Dunia Kedua kedudukan serta peranan Bahasa Melayu mula terancam. Pegawai-pegawai Inggeris baru yang jahil terhadap Bahasa Melayu membawa tekanan kepada kehidupan rakyat di negara ini, menerusi nilai-nilai baru yang diperkenalkan. Orang-orang Inggeris menjadi tuan dan segala yang bersangkutan dengan cara hidup mereka diberi nilaian yang tinggi termasuk bahasa mereka. Ini diperkukuhkan dengan dasar menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem persekolahan. Dalam keadaan Bahasa Melayu menerima tekanan, kesusasteraan Melayu terus dihasilkan, bukan oleh cendiakawan berpendidikan Barat tetapi cerdik pandai lulusan sekolah Melayu atau Arab.

Pada awal abad ke-20, semangat kebangsaan bergema dan orang-orang Melayu mula mengorak langkah untuk memperjuangkan bahasa ibunda mereka. Wartawan, sasterawan, budayawan, guru-guru Melayu dan ahli-ahli politik berganding bahu memperjuangkan cita-cita ini. Akhbar dan majalah menjadi saluran utama untuk menyuarakan hasrat ini. Perjuangan Bahasa Melayu digerakkan serentak dengan perjuangan politik membebaskan tanah air daripada penjajahan.

Akhirnya kejayaan tercapai dengan termaktubnya Artikel 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, yang menyebut bahawa bahasa Kebangsaan negara ini adalah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-undang Parlimen. Dengan perakuan ini, maka bermulalah era baru bagi Bahasa Melayu, satu bahasa yang pernah menjadilingua francabagi seluruh kepulauan Melayu. Perbincangan tentang perkembangan bahasa seterusnya akan dibincangkan dengan lebih perinci dalam topik-topik seterusnya.

BAHASA MELAYU ZAMAN KEDATANGAN PORTUGIS

Era kedatangan Barat ke tanah Melayu bermula dengan bertapaknya kuasa Portugis di Melaka dengan kejatuhan kesultanan Melaka pada tahun 1511. Penjajahan Barat pada abad ke-19 dan awal abad ke-20 di wilayah kebudayaan Melayu di Asia Tenggara telah mencetuskan pelbagai jenis penentangan oleh bangsa Melayu terhadap penjajahan. Namun begitu, keruntuhan kerajaan Melayu Melaka tidak meruntuhkan Bahasa Melayu. Banyak pengkaji terus menjalankan penyelidikan tentang Bahasa Melayu. Antaranya ialah Pigafetta, seorang ketua kelasi berbangsa Itali dalam pelayarannya bersama Magellan, telah menyusun kamus Melayu-Itali semasa singgah di Pulau Tidore pada tahun 1521. Dokumen ini merupakan daftar kata daripada bahasa yang dituturkan oleh orang-orang di pelabuhan itu dengan lebih 400 patah perkataan dan merupakan daftar kata Melayu-Eropah yang tertua. Kedudukan Pulau Tidore yang terletak jauh dari tempat asal Bahasa Melayu menggambarkan betapa luasnya Bahasa Melayu tersebar. Seorang lagi pengkaji ialah Jan Hugen Van Linschotten, seorang bangsa Belanda pernah tinggal di Indonesia antara tahun 1586 hingga 1592 dan berkhidmat sebagai pegawai kepada pemerintah Portugis. Beliau ada mencatatkan dalam bukunya bahawa Bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa negeri timur.

Penulisan tentang Bahasa Melayu yang penting pada zaman ini ialah daftar kata Pigafetta yang merakamkan perbualanMagellandengan lelaki Melayu beragama Kristian bernama Hendrick. Pigafetta mempelajari bahasa yang dituturkan dan menyalin beberapa perkataan dalam bahasa Itali dan dipadankan dengan perkataan Melayu. Oleh sebab beliau bukan ahli bahasa, maka pertuturan yang disalin adalah berdasarkan ejaan Itali. Beliau telah berjaya mengumpulkan 426 perkataan dan rangkai kata Bahasa Melayu. Senarai ini kemudiannya disusun semula oleh Alessandrio Bausani dan dijadikan bukuPerbendaharaan kata Itali-Melayuyang pertama.

Sarjana Barat yang berusaha mengembangkan Bahasa Melayu ialah Casper Wittens yang menyusun kamus Bahasa Melayu-Belanda dan diperbaiki oleh Sebastian Danckaerts dan diterbitkan oleh Gravenhaghe pada tahun 1623 Masihi dan diBataviapada tahun 1707 Masihi. Kamus ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin olehDavid Haexdan diterbitkan di Rom pada tahun 1631 Masihi.

Pada awal abad ke-18, Francios Valentijn, seorang pendeta dan ahli sejarah bangsa Belanda yang banyak menulis mengenai wilayah kepulauan Melayu, telah menggambarkan kepentingan Bahasa Melayu seperti berikut, bahasa mereka, Bahasa Melayu, bukan sahaja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi juga digunakan di seluruh kepulauan Melayu dan di segala negeri-negeri Timur, sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana sahaja oleh setiap orang. Selain daripada itu, penggunaan Bahasa Melayu meluas dalam warkah-warkah rasmi sebagai utusan daripada raja Melayu. Antaranya ialah surat Sultan Aceh kepada Kapitan Inggeris, James Lancester (1601), surat Sultan Alauddin Shah dari Aceh kepada Harry Middleton (1602) dan surat sultan Aceh kepada raja Inggeris, King James (1612). Ketiga-tiga surat ini tersimpan di Perpustakaan Bodelein, London.

Thomas Bowrey menyusun kamus Inggeris-Melayu pada tahun 1701 Masihi dengan mengemukakan sedikit peraturan nahu. Kamus ini mencatat semua perkataan yang diingatinya (daripada bahasa lisan) sehingga berlaku banyak kesalahan ejaan. George Werndley seorang sarjana Bahasa Melayu menulis Nahu Melayu yang diterbitkan di Amsterdam pada tahun 1736 Masihi, M. John Howison menyusun kamus Inggeris-Melayu pada tahun 1801 dan P. Farve menyusun kamus Perancis-Melayu pada tahun 1871 Masihi.

Zaman kedatangan Portugis merupakan detik permulaan pengaruh bangsa Eropah kepada bahasa dan kebudayaan Melayu. Selain daripada kuasa Portugis, pengaruh bahasa Belanda juga kelihatan dalam Bahasa Melayu khususnya perkembangan di Indonesia. Bagi Tanah Melayu pula, pengaruh Barat yang paling banyak mempengaruhi Bahasa Melayu ialah kedatangan kuasa Inggeris pada awal abad ke-19. Pengaruh ini masih lagi kelihatan khususnya dalam perkembangan ilmu Bahasa Melayu dan perkembangan peristilahan dalam pelbagai bidang.

BAHASA MELAYU ZAMAN ISLAM, PORTUGIS DAN INGGERISPENGENALANPerkembangan bahasa telah melalui tiga periodisasi, iaitu zaman purba, zaman kuno dan zaman klasik. Setiap zaman tersebut mempunyai pengaruh yang kuat terhadap bentuk Bahasa Melayu. Dalam topik ini anda telah mengimbas kembali tentang jenis bahasa yang lahir dalam periodisasi tersebut. Topik ini pula akan membicarakan pengaruh luar terhadap Bahasa Melayu khususnya pengaruh bahasa dari Eropah (Portugis dan Inggeris) dan juga kesan perkembangan agama Islam yang tersebar luas di Alam Melayu melalui perdagangan saudagar dari Tanah Arab. Agama Islam telah memberikan kesan yang penting terhadap Bahasa Melayu kerana kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu diperkukuhkan oleh faktor tersebut.BAHASA MELAYU ZAMAN KEDATANGAN ISLAMIslam telah membawa huruf Arab dalam penulisan Bahasa Melayu dan berkembang menjadi bahasa yang kaya dengan pelbagai istilah baharu yang dipinjam daripada perbendaharaan kata Bahasa Arab dan Parsi. Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar dalam penulisan yang berkaitan dengan falsafah, kesusasteraan, keagamaan dan dijadikan bahasa pengantar dalam kegiatan dakwah Islam. Magellan telah mengatakan bahawa Bahasa Melayu telah menjadi bahasalingua francadi alam Melayu dari Aceh hingga ke kepulauan Maluku. Bahasa Melayu juga telah menjadi baku melalui penggunaannya dalam kitab-kitab agama Islam yang dibaca oleh penduduk di alam Melayu.

Pada zaman kedatangan Islam juga, Bahasa Melayu telah berkembang dalam pelbagai bidang yang sebelum ini ditulis dalam bahasa Jawa. Melalui peminjaman daripada Bahasa Arab, banyak istilah bidang teologi, falsafah dan tasawuf dikembangkan dalam Bahasa Melayu. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi dalam kerajaan-kerajaan di alam Melayu. Surat-surat raja Melayu pada abad ke-16 ditulis dalam Bahasa Melayu kepada Raja Portugis. Dengan demikian raja-raja daripada kerajaan Aceh juga menggunakan Bahasa Melayu dalam urusan diplomatik untuk berhubung dengan kerajaan asing.

Kedatangan Islam pada akhir abad ke-13 telah mempengaruhi keseluruhan cara hidup masyarakat di Asia Tenggara khususnya alam Melayu. Zaman ini telah memberikan ciri baru kepada Bahasa Melayu, iaitu bentuk Bahasa Melayu Klasik. Pengaruh agama Islam bukan sahaja kelihatan dari aspek sosio budaya malah seluruh kehidupan termasuklah unsur budaya yang penting, iaitu bahasa.

Abad ke-13 hingga abad ke-14 merupakan zaman peralihan di alam Melayu. Apabila kita memperkatakan tentang pengaruh Islam terhadap Bahasa Melayu, terdapat tiga buah kerajaan Islam yang penting: kerajaan Samudera-Pasai, kerajaan kesultanan Melaka dan kerajaan Islam Aceh.Kerajaan Samudera-PasaiMenurut Amat Juhari Moain (1994), apabila kerajaan Samudera-Pasai didirikan di Sumatera Utara, pengembangan Bahasa Melayu semakin aktif. Kerajaan Samudera Pasai (Rajah 2.1) dikenali juga sebagai Samudera, Pasai dan Samudera Darussalam atau Sumatera. Kerajaan ini terletak di Aceh dan merupakan kerajaan Islam pertama di Indonesia. Perkataan "Samudera" berasal daripada perkataan Sanskrit, iaituSamundraatauSamandara, yang membawa pengertian "lautan". Menurut Hikayat Raja-raja Pasai, Merah Silu dikatakan ternampak seekor semut sebesar kucing. Baginda menangkap dan memakannya lalu menamai tempat itu sebagai "Samandara". Kesultanan Samudera Pasai adalah kerajaan Islam yang terletak di pesisir pantai utara Sumatera, kurang lebih di sekitar Kota Lhokseumawe, Aceh Utara sekarang. Kerajaan ini didirikan oleh Merah Silu, yang bergelar Malik al-Saleh, pada sekitar tahun 1267 dan berakhir dengan dikuasai oleh Portugis pada tahun 1521. Nama lainnya ialah Malik al Salih, Merah Silu, Merah Silau, Mara Silu dan Muerah Silu. Setelah mangkat, baginda digantikan oleh Sultan Mahmud Malik Az-Zahir.

Rajah 2.1: Kedudukan kerajaan Samudera Pasai.Sumber: http://images.google.com/imgres? Dipetik pada 15 Julai 2008

Rajah 2.1: Kedudukan kerajaan Samudera Pasai.Sumber: http://images.google.com/imgres? Dipetik pada 15 Julai 2008.

Ahli Pelayaran Maghribi bernama Ibnu Batuta sempat mengunjungi Pasai pada 1346 Masihi. Ketika di China, Ibnu Batuta mendapati kapal Pasai berlabuh di China untuk membayar ufti. Inskripsi Cina mencatatkan kerajaan Pasai menghantar ufti ke China setiap tahun. Sultan Pasai dikatakan pernah mengirim utusan ke Quilon, benua kecil India (Keling) pada 1282 kerana urusan diplomasi dan perdagangan.

Pada zaman kegemilangannya, kerajaan Pasai merupakan pusat perdagangan yang dikunjungi oleh pedagang daripada pelbagai negeri seperti China, India, Arab, Siam, Parsi dan lain-lain. Kerajaan ini juga menggunakan mata wang yang dinamakan dirham. Banyak karya sastera Melayu telah dilahirkan misalnya Hikayat Raja-Raja Pasai. Zaman ini diikuti pula oleh perkembangan zaman Melaka. Tokoh-tokoh tempatan juga tidak ketinggalan memberikan sumbangan. Kebanyakan usaha mereka berkisar tentang agama dan sastera.Pada zaman ini juga, banyak karya telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Golongan cendekia Pasai menjadi pakar rujuk dalam bidang keagamaan. Abad ke-13 juga merupakan permulaan Bahasa Melayu Klasik yang berkembang sewaktu zaman pemerintahan kerajaan Melayu Pasai. Bahasa Melayu Klasik merupakan kesan langsung pengaruh agama Islam yang berkembang dengan pesat bertunjangkan tulisan Jawi yangmenggunakanaksara Arab. Ragam bahasa persuratan inilah yang menjadi bukti wujudnya Bahasa Melayu Klasik. Tradisi persuratan Melayu Klasik juga merupakan asas kepada kemunculan Bahasa Melayu baku khususnya dari segi tatabahasa yang lahir dalam penulisan klasik sebagai sumber korpus data.Hikayat Raja-Raja Pasai dianggap hasil kesusasteraan Melayu, mengisahkan masyarakat Melayu dan menggunakan Bahasa Melayu (tulisan Jawi). Namun demikian, tidak dapat dipastikan tarikh awal hikayat ini ditulis kerana pada masa itu tradisi menceritakan semula cerita orang lain (seperti yang dilakukan pada cerita lisan) berlaku dan dianggap sebagai sesuatu yang wajar. Perhatikan bahagian awal petikanHikayat Raja-Raja Pasaiyang berikut ini:Alkisah peri mengatakan cerita raja yang pertama masuk agama Islam ini Pasai; maka adalah diceriterakan oleh orang yang empunya cerita ini, negeri yang di bawah angin ini, Pasailah yang pertama membawa iman akan Allah dan akan Rasulullah. Maka ada raja dua bersaudara seorang namanya Raja Ahmad dan seorang namanya Raja Muhammad. Adapun yang tua Raja Ahmad. Maka baginda kedua bersaudara itu hendak berbuat negeri di Samarlanga.

Teks ini ditulis dalam Bahasa Melayu menggunakan tulisan tangan huruf Jawi pada lembaran-lembaran berbentuk buku. Penyelidik menyatakan teks asal ditulis sekitar 1360 Masihi kerana sezaman dengan buku tasaufDurru al Mazlum /Darul Mazlumkarya Maulana Abu Ishak.Hikayat Raja-Raja Pasaiterbahagi kepada tiga bahagian: Pembukaan dan Pengislaman Pasai, Pasai di bawah pemerintahan Sultan Ahmad Perumudal Perumal dan Peluasan Kekuasaan Majapahit.Hikayat Raja-Raja Pasaitergolong dalam genre sastera sejarah. Karya sastera sejarah biasanya menceritakan pembukaan negeri, corak organisasi pentadbiran, keadaan sosial budaya dan corak politiknya. Cerita ini termasuklah kewujudan sesebuah negeri, perkembangannya, zaman keemasan, zaman kekalahan dan keruntuhan. Oleh itu,Hikayat Raja-Raja Pasaibukanlah sebuah buku teks sejarah yang murni. Sebaliknya, unsur mitos dan legenda diterapkan dalam bahan sejarah yang memerlukan interpretasi yang mendalam untuk mengetahui objektif dan tujuan pengarang istana ini.

R.O. Winstedt menjangkaHikayat Raja-Raja Pasaiselesai ditulis pada abad ke-15, Amin Sweeney berpendapat abad ke-14, dan A.H. Hill mengatakan antara tahun 1383 M hingga 1390 M manakala Hooykaas mendakwa bahawa Hikayat ini dikarang sekitar tahun 1350 M. Pada bahagian akhirHikayat Raja-Raja Pasaiyang diusahakan oleh R. Jones (1987) tercatat:Tamat Hikayat Raja Pasai. Selamat sempurna yang membaca dia dan segala yang menengarkan dia, istimewa yang menyuratkan dia, dipeliharakan Allah subhanahu wataala apalah kiranya dari dunia datang ke akhirat, berkat syafaat Nabi Muhammad mustafa, sallallahu alaihi wasaalam.Tamat hari Isnin, kepada haridua puluh sa, kepada bulanMuharam, sanat zaHijratul Nabi1230Sangking Kyai Suradimanggala, bupati sapu (pu) nagari Demak nagari Bagor, warsa 1742.Tarikh yang tercatat pada bahagian akhirHikayat Raja Pasaiini bukanlah bermakna penulisan pertama cerita tersebut, melainkan merupakan salinan daripada beberapa salinan cerita yang terdahulu. Penyalinan ini juga memperlihatkan bahawa ketika itu kesusasteraan Melayu tersebar luas di seluruh Nusantara. Karya ini merupakan bukti terbaik bagi mengkaji perkembangan Bahasa Melayu pada zaman kerajaan Aceh.Kerajaan Kesultanan MelakaZaman penting bagi Bahasa Melayu ialah pada zaman Kerajaan Melayu Melaka. Zaman ini bermula pada abad ke-13. Kesultanan Melayu Melaka (Rajah 2.2) diasaskan oleh Parameswara, seorang putera Srivijaya beragama Hindu yang berasal dari Palembang antara tahun 1400 hingga tahun 1403. Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan yang beragama Islam. Hal ini berubah pada tahun 1414 apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai. Beliau menukarkan namanya kepada Megat Iskandar Shah. Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Shah.

Pemerintahannya itu berkembang dengan pesat dan menjadi sebuah pelabuhan yang terpenting di kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16. Tambahan pula, Melaka merupakan tempat perdagangan rempah dengan berfungsi sebagai pintu kepada negeri-negeri rempah untuk memasarkan rempah mereka. Ini dapat digambarkan menerusi Duarte Barbosa yang berkata, "Sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai perdagangan dunia" (He who is lord of Malacca has his hand on the throat of Venice.) Faktor-fakor yang menyumbang kepada Melaka menjadi sebuah negeri yang maju adalah kerana pelabuhannya terlindung daripada ancaman Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut. Pedagang-pedagang dari Jawa, Arab, India, China dan lain-lain dapat berlindung di Melaka sehinggalah keadaan selamat untuk mereka ke laut semula.Semasa pemerintahan Parameswara, ramai orang Cina menetap di Melaka, berdekatan kawasan Bukit Cina yang mempunyai feng shui yang terbaik pada masa itu. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih kurang satu abad sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 24 Ogos 1511. Sultan Mahmud Shah merupakan sultan yang terakhir Kesultanan Melayu Melaka.

Islam mulai bertapak melalui kerajaan Melayu Melaka dan berjaya membina empayar yang luas; dan meningkatkan kemajuan dan perkembangan Bahasa Melayu di rantau ini. Bahasa Melayu telah digunakan dalam pentadbiran dan aktiviti perdagangan serta menjadilingua francapara pedagang. Bahasa Melayu juga telah menjadi alat penyebaran agama Islam ke seluruh kepulauan Melayu. Bahasa Melayu juga telah mendapat bentuk tulisan baru, iaitu tulisan Jawi. Perbendaharaan kata juga telah bertambah dengan wujudnya keperluan untuk mengungkapkan idea-idea yang dibawa oleh peradaban Islam.

Iskandar Shah mangkat pada tahun 1424 dan diwarisi oleh anaknya, Sri Maharaja, yang mengambil gelaran "Sultan Muhammad Shah" (1424-1444). Pada kemangkatannya dalam tahun 1444, beliau diganti oleh putera bongsunya, Raja Ibrahim. Raja Ibrahim kemudian dibunuh dan dimakamkan dengan gelaran "Sultan Abu Syahid". Raja Kassim menaiki tahta pada tahun 1445 dan memakai gelaran "Sultan Muzaffar Shah" (1445-1459) menaiki takhta dan mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri. Pendakwah-pendakwah Islam dihantar oleh Sultan ke seluruh Kepulauan Melayu seperti Jawa, Borneo dan Filipina. Sebahagian besar penduduk Asia Tenggara pada ketika itu beragama Hindu. Semasa pemerintahannya, pihak Siam membuat serangan pertama ke atas Melaka pada tahun 1447 tetapi ditewas tidak jauh dari Muar. Pada tahun 1456, Tun Perak menjadi bendahara dengan gelaran "Bendahara Paduka Raja". Beliau berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan tulang belakang kepada perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di kepulauan Melayu.

Pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459 - 1477) menaiki takhta. Disebabkan kedudukannya yang strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal. Bagi mengeratkan hubungan diplomatik dengan Melaka, Maharaja China telah menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po dengan tujuan untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah. Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan Mansur Shah juga menghantar Tun Perpateh Puteh dengan segolongan pengiring ke negeri China untuk mengiringnya. Hang Li Po tiba di Melaka pada tahun 1458 bersama-sama 500 orang pengiring. Salah satu kesan kebudayaan yang berpunca daripada peristiwa ini ialah wujudnya kelompok kaum Peranakan, iaitu hasil daripada perkahwinan campur di antara pendatang Cina dengan penduduk tempatan. Kaum Peranakan ini juga dikenali sebagai orang Baba dan Nyonya pada hari ini.

Semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya dan terdiri daripada Semenanjung Tanah Melayu, Singapura dan sebahagian besar Sumatera. Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan. Majapahit kemudiannya tumbang pada kurun ke-15. Siam pula telah menyerang Melaka sebanyak tiga kali tetapi kesemua cubaan serangan tersebut telah gagal.

Prosa dalam Bahasa Melayu yang terkenal ialahSulalatus SalatinatauSejarah Melayu.Keagungan Kesultanan Melaka jelas tergambar di dalamSejarah Melayuoleh Tun Seri Lanang, sebuah karya dalam Bahasa Melayu yang sangat tinggi nilainya disusun pada tahun 1612. Prosa ini mengungkapkan beberapa genre Melayu, iaitu pantun, syair puisi, gurindam dan seloka. Terdapat sekurang-kurangnya 29 versi tetapi versi yang paling mashyur adalah versi Shellabear. Menurut pengenalanSejarah Melayunaskah Shellabear, Yang diPertuan Raja di Hilir Sultan Abdullah Mu'ayat Syah ibni'l Sultan Abdul Jalil Syah telah mengutuskan Seri Nara Wangsa Tun Bambang untuk memerintah Bendahara Paduka Raja Tun Muhammad@Mahmud (Tun Sri Lanang) pada hari Khamis, 12 Rabiul Awal 1021 bersamaan 13 Mei 1612 agar menyunting salinan Sejarah Melayu yang dibawa oleh Orang Kaya Sogoh dari Goa/Gowa, India.Sejarah Melayu Sulalatus Salatindianggap penting kerana karya ini memberikan perincian tentang adat istiadat kerajaan, susunan raja Melayu dan sejarah kerajaan Melayu dan boleh dikatakan menyerupai konsep Sejarah Sahih China. Dikatakan bahawa pada setiap pertukaran dinasti di China, sejarah Dinasti sebelumnya akan ditulis dan disimpan di arkib negara tersebut.Sulalatus Salatin(Sejarah Melayu) merupakan satu karya sejarah mengenai kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan zaman Kesultanan Melayu Melaka yang ditulis oleh beberapa orang pengarang Melayu. Ketika Feringgi (Portugis) menakluk Melaka, salinan Sejarah Melayu telah dibawa ke Goa.

Rajah 2.3: Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) Penulis: A. Samad AhmadPenerbit: DBP.

Rajah 2.4: Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) Sejarah Melayu, versi buku yang disusun oleh Cheah Boon Kheng, dengan teks Rumi oleh Abdul Rahman Haji Ismail.

Pada kemuncak kerajaan Melayu Melaka, terdapat beberapa karya kesusasteraan yang dipengaruhi oleh tulisan Arab sepertiHikayat Muhamad Ali Hanafiah, Hikayat Amir Hamzah,danHikayat Nabi Bercukur.Hikayat Amir HamzahdanHikayat Ali Hanafiahtelah memberi semangat serta kekuatan kepada orang Islam untuk menentang musuh di medan peperangan.Kerajaan Melayu-Melayutelah menggunakan Bahasa Melayu dalam sistem pentadbirannya. Kejatuhan Melaka menyebabkan era kerajaan Melayu berakhir di Tanah Melayu Melaka.

Namun begitu kegemilangan Bahasa Melayu diteruskan oleh kerajaan Aceh dan seterusnya kerajan Johor-Riau. Kerajaan Johor-Riau merupakan warisan kerajaan Melayu-Melaka telah berusaha untuk mengembalikan kegemilangan kerajaan Melaka. Walaupun kerajaan Melayu-Melaka tewas ditangan Portugis pada tahun 1511, hal ini tidak bermakna hilangnya pengaruh Bahasa Melayu. Malah, Bahasa Melayu semakin berkembang ke persisiran Sumatera, khususnya di Palembang dan Aceh yang menggantikan Melaka sebagai pusat kebudayaan dan keintelektualan Melayu.Hikayat Muhammad Hanafiah merupakan antara teks Melayu terawal. Hikayat ini mengisahkan kisah percintaan dan mengandungi kandungan mengenai aspek emosi, nilai kebudayaan dan nilai sosio politik. Hikayat ini sudah dikenali sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-16. Hikayat ini juga dikenali sebagai 'hikayat perang' kerana hampir keseluruhan isi hikayat penuh dengan kisah peperangan. Hikayat ini mengisahkan peristiwa yang berlaku sewaktu Sayidina Ali dipilih menjadi khalifah dan pemberontakan dilancarkan oleh Muawiyah terhadapnya. Setelah Ali dibunuh oleh seorang pengikut Khawarij, Muawiyah dilantik sebagai Khalifah. Sebelum meninggal dunia, Muawiyah melantik puteranya bernama Yazid sebagai raja. Dalam masa pemerintahannya, Yazid merancang pembunuhan terhadap dua putera Ali, iaitu Hasan dan Husin. Sebelum itu, berlaku beberapa peristiwa yang menyebabkan Yazid iri hati dan berdendam dengan kedua-dua mereka. Dengan menggunakan tipu helah, dia akhirnya berjaya membunuh kedua-dua putera Sayidina Ali itu.

Apabila Muhammad Hanafiyyah, saudara Hasan dan Husin yang menjadi Amir di negeri Baniar mendapat berita kematian saudaranya dan putera Husin bernama Ali Asghar atau kemudiannya dipanggil Zain al-Abidin dan ahli keluarga Rasulullah s.a.w ditawan, dia menyiapkan satu angkatan tentera dan menyerang Yazid. Yazid berjaya dikalahkan oleh Muhammad Hanafiyyah dan Yazid terbunuh apabila dia terjatuh ke dalam telaga api. Zain al-Abidin kemudiannya dilantik sebagai raja. Pada suatu hari, apabila Muhammad Hanafiyah mendapat tahu terdapat pengikut Yazid sedang berhimpun di dalam sebuah gua, dia menyerang mereka. Tanpa menghiraukan suara ghaib yang melarangnya beberapa kali supaya jangan keterlaluan, dia terus membunuh musuhnya, sehinggalah akhirnya pintu gua tertutup dan dia terkurung.

Hikayat Amir Hamzah daripadaNaskah A - DBP MSS 4, Dewan bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Hikayat Amir Hamzah menceritakan perihal kegagahan dan keperwiraan seorang pejuang Islam, iaitu Amir Hamzah, pada zaman sebelum dan awal kebangkitan Islam. Ia ditulis kemungkinannya dari awal abad ke-16. Menurut pendapat orang-orang yang ahli dalam lapangan kesusasteraan, Hikayat Amir Hamzah ialah salinan daripada bahasa Parsi sungguh pun dalam bahasa 'Arab ada juga hikayat yang demikian. Hikayat Amir Hamzah adalah merupai sebuah buku yang tebal mengandungi 90 bab; di dalamnya meriwayatkan kisah keberanian dan kegagahan Sayyidina Hamzah mengepalai tentera Islam dalam peperangan menentang tentera-tentera kafir. Seperti yang tersebut di dalam riwayatnya bahawa Amir Hamzah ialah bapa saudara kapada Nabi Muhammad s.a.w iaitu putera kepada Abdul Mutalib. Amir Hamzah di-katakan mulai menerima agama Islam sesudah dua tahun Rasulullah menerima walinya yang pertama dan telah bersama-sama mengikut Nabi Muhammad berhijrah (berpindah) ke Madinah. Amir Hamzah adalah terkenal sebagai pahlawan Islam yang terbilang; keberanian dan jasa-jasanya di medan-medan perang terutama sekali dalam peperangan Badar amatlah besar ertinya di sisi sejarah perkembangan agama Islam. Sayyidina Hamzah telah tewas tatkala melawan orang-orang kafir Makkah yang banyak bilangannya di kaki bukit Uhud, dekat Madinah. Maka kerana itulah riwayat Amir Hamzah sentiasa di-kenang oleh umat Islam; dan di dalam hikayatnya banyak pula diadakan tokok tambah oleh pengarangnya.

Kesimpulannya, kerajaan Kesultanan Melaka telah memainkan peranan penting dalam mengembangkan Bahasa Melayu melalui pentadbiran, perkahwinan, ekonomi, perdagangan dan ruang lingkup kehidupan masyarakat di Melaka dan kawasan jajahannya. Kejatuhan Melaka tidak bermakna pupusnya Bahasa Melayu di rantau ini kerana kemunculan Aceh sebagai kuasa yang menggantikan kerajaan Melaka telah memberikan kesan yang besar terhadap pengembangan Bahasa Melayu di rantau ini.Kerajaan AcehKejatuhan kerajaan Melayu Melaka kepada Portugis membawa kebangkitan Aceh di bawah kepimpinan Sultan Ali Mukayat Syah (1514-1528), Sultan Salehuddin (1528-1537), Sultan Alauddin Riayat Syahal Kahar (1537-1568), Sultan Ali Riayat Syah (1568-1573), Sultan Seri Alam (1576), Sultan Muda (1604-1607) dan Sultan Mahkota Alam (1604-1607). Semua serangan Portugis dapat ditangkis oleh sultan-sultan Aceh ini. Zaman keemasan kerajaan Aceh telah menjadikan Bahasa Melayu semakin berkembang luas dan menjadi bahasa rasmi negara. Aceh menjadi pusat perkembangan ilmu khususnya perbincangan ilmiah tentang ilmu tasauf dan akidah Islam dan wadahnya ialah Bahasa Melayu.

Rajah 2.5: Kerajaan Aceh

Rajah 2.5: Kerajaan Aceh

Kerajaan Aceh memberi perlindungan kepada pedagang yang berniaga di bawah kekuasaan Aceh. Surat raja Aceh (Sultan Alauddin Shah) kepada Harry Middleton ditulis dalam Bahasa Melayu pada tahun 1601 semasa kapal tersebut berlabuh di pelabuhan Aceh. Perkataan-perkataan telah ditransliterasikan daripada huruf Jawi kepada huruf Rumi memperlihatkan sebahagian besar Bahasa Melayu yang digunakan dalam surat ini dikatakan serupa dengan Bahasa Melayu sekarang. Terdapat beberapa perkataan yang mengalami perubahan, misalnyasarwa=segala;sekalian=seluruh;pertuha=pertua/ketua;takluk=takluk;Inglitir=Inggeris;kapitan=kapten;memeli=membeli;suhbat=sahabat;meli berjual=berjual-beli dan lain-lain.

Bahasa yang hampir sama juga kelih