sejarah perkembangan bahasa melayu, perkamusan dan terjemahan

35

Click here to load reader

Upload: miz

Post on 21-Jul-2016

108 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

sejarah

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Terjemahan

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN

DAN TERJEMAHAN

BMM 3112

Pensyarah Pembimbing :EN ROSELY BIN MUSTAPHA

Page 2: Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Terjemahan

Masa Depan Dan Cabaran Bahasa Melayu

Bahasa Melayu dalam bidang Pendidikan Pentadbiran Kerajaan dan Ekonomi

Kedwibahasaan

Isu-isu semasa dalam Bahasa Melayu

Page 3: Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Terjemahan

Susur Galur Perkembangan BM Bahasa Ibunda Bahasa Lingua

FrancaBahasa

Kebangsaan

1956• Bahasa pengantar di sekolah rendah dan

menengah Melayu

1970• Bahasa pengantar di semua sekolah

kebangsaan

1983• Bahasa pengantar di peringkat universiti

IPTA

Page 4: Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Terjemahan

BM sebagai bahasa pengantar ilmu mula disarankan dalam Laporan Razak 1956 dan diperkukuhkan dalam Laporan Abdul Rahman Talib 1960.

BM menjadi alat terpenting dalam proses pembinaan bangsa dalam rangka perpaduan dan integrasi kebangsaan.

Kini, BM menghadapi pelbagai cabaran sama ada dalam konteks nasional atau antarabangsa.

Page 5: Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Terjemahan

BM dalam PENDIDIKAN

• Kerajaan telah merancang pembinaan bahasa Melayu dengan tujuan supaya BM berkembang dan maju peranannya yang utama sebagai asas kebudayaan masyarakat.

• Bahasa Melayu digunakan secara rasmi dalam sistem pelajaran Negara. Dalam Laporan Razak telah memberikan penegasan dalam mengutamakan bahasa Melayu sebagai pengantar ilmu pengetahuan.

• Sistem persekolahan aliran kebangsaan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sekolah dalam aliran jenis Kebangsaan wajib dalam pengajaran bahasa Melayu.

• Dasar Pelajaran Kebangsaan, mencadangkan agar tulisan Rumi digunakan dengan syarat persediaan dibuat untuk pelajaran tulisan Jawi dalam kalangan murid-murid.

• Maka kepentingan bahasa Melayu secara umumnya adalah sebagai bahasa kebangsaan, sebagai bahasa rasmi, sebagai bahasa perpaduan, sebagai bahasa pengantar sebagai bahasa ilmu dan sebagai bahasa komunikasi

Page 6: Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Terjemahan

Akta Pelajaran 1961 : • Menetapkan bahasa Melayu sebagai pengantar

utama di sekolah rendah dan menengah kebangsaan.

• Sementara itu, bahasa Inggeris diajar sebagai mata pelajaran wajib.

• Hasrat ini adalah selaras dengan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara seperti yang termaktub dalam perkara 152(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967.

Page 7: Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Terjemahan

• Pada akhir 60-an dan awal 70-an, telah berlaku perkembangan pesat dalam bidang sosial, ekonomi dan politik di Malaysia.

• Peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, perisytiharan Rukun Negara pada 1970, dan pelancaran Dasar Ekonomi Baru pada1973 telah mendorong kerajaan untuk mengkaji semula pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan.

• Justeru pada 1974 sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dan laporannya diterbitkan pada 1979.

• Tujuan Jawatankuasa ini ialah untuk mengkaji sama ada Sistem Pendidikan Kebangsaan dan kurikulum pada masa itu dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat yang diperlukan oleh negara dalam tempoh jangka pendek dan jangka panjang, serta sama ada sistem pendidikan kebangsaan dapat melahirkan rakyat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih. (Kementerian Pelajaran Malaysia 1979:1).

• Jawatankuasa ini telah dipengerusi oleh Tun Dr Mahathir yang memperakui pengajaran BM sebagai mata pelajaran wajib pada semua peringkat, jenis sekolah dan kelulusan dalam mata pelajaran itu dijadikan syarat untuk mendapat kelulusan dalam peperiksaan awam (Kementerian Pelajaran Malaysia 1979: 84).

Page 8: Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Terjemahan

Akta Pendidikan 1996

• Diperuntukkan bahawa Sistem Pendidikan Kebangsaan terdiri daripada pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah dan pendidikan tinggi.

• Sistem ini meliputi tiga kategori institusi pendidikan, iaitu institusi pendidikan kerajaan, institusi pendidikan bantuan kerajaan dan institusi pendidikan swasta.

• Bahasa Kebangsaan adalah bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali di sekolah Jenis Kebangsaan ataupun mana-mana institusi pendidikan yang diberi pengecualian oleh Menteri Pendidikan (Lembaga Penyelidikan Undang-undang 1998a: 25).

• Institusi pendidikan yang diberi pengecualian oleh Menteri Pendidikan perlu mengajarkan bahasa kebangsaan sebagai mata pelajaran wajib.

Page 9: Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Terjemahan

• Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996 memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai pengantar utama di institusi pendidikan tinggi swasta.

• Walaupun demikian, Akta itu juga memberi kuasa kepada Menteri Pendidikan untuk memberi pengecualian kepada institusi pendidikan tinggi swasta tertentu dalam pelaksanaan Dasar Bahasa Kebangsaan sebagai pengantar utama.

• Akta Pendidikan 1996 dan Akta Pendidikan Tinggi Swasta (1996) hangat dibincangkan oleh ahli-ahli bahasa dan cendekiawan Melayu pada akhir abad ke-20.

• Mereka berpendapat pelaksanaan Akta itu akan menjejaskan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam sistem pendidikan (Zainal Abidin 1996; Shahrir 1996; Abdullah 1996; Hassan 1996; Nik Safiah 1996; Abdul Rahim 2000; Abdul Ghani 2000).

Page 10: Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Terjemahan

• Bahasa Melayu berkepentingan sebagai bahasa perpaduan kerana ianya menjadi lambang penyatuan suara yang digunakan sebagai alat perhubungan.

• Jadi pihak kerajaan menyedari bahasa Melayu merupakan agen penyatuan rakyat Malaysia, maka beberapa perubahan terhadap sistem pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu telah diadakan sebagai usaha mewujudkan perpaduan kaum di negara ini.

• Cendekiawan negara, Profesor Diraja Ungku Aziz berkata, keunikan bahasa Melayu boleh menjadi alat komunikasi bagi memantapkan lagi perpaduan kaum yang telah lama wujud.

• Ungku Aziz menegaskan, sistem pembelajaran amat penting untuk mewujudkan perpaduan negara agar lebih mantap dan ampuh. "Kalau kita ada sistem pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu yang mudah tidak mustahil kita dapat lahirkan pelajar berwawasan bagi mewujudkan perpaduan kaum," katanya.

• Pandangan yang diberikan ini adalah seiring dengan Laporan Abdul Razak 1956 juga menekankan kepada matlamat pendidikan adalah untuk menyatukan dan menekankan kepada perpaduan.

Page 11: Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Terjemahan

BM dalam PENTADBIRAN KERAJAAN • Selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan

pada tahun 1957, keperluan untuk mempunyai satu bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan serta lambang identiti dan citra negara amat mendesak. Perkara 152(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia (Malaysia 1970: 222) memperuntukkan:

Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang- undang Parlimen.• Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 yang disemak pada

1971 pula memperuntukkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan perlu digunakan bagi semua maksud-maksud rasmi.

Page 12: Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Terjemahan

• Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67: memperuntukkan bahawa Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan dan hendaklah digunakan sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran negara.

• Dalam usaha untuk memastikan penggunaan Bahasa Kebangsaan yang baik dan betul serta menyeluruh dalam Perkhidmatan Awam, Kerajaan telah mengeluarkan Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2006 bertajuk Langkah-langkah Memperkasakan BM.

Page 13: Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Terjemahan

Urusan pentadbiran kerajaan : • Mesyuarat termasuk seminar, persidangan,

bengkel, makmal atau sebarang perjumpaan bagi urusan rasmi Kerajaan.

• Rasmi bermaksud semua wahana lisan dan tulisan yang diuruskan oleh agensi Kerajaan.

• Lisan termasuk taklimat, ucapan, ceramah, syarahan dan yang seumpama dengannya.

• Tulisan termasuk surat-menyurat pentadbiran, minit mesyuarat, e-mel, memo, laporan, kertas cadangan, nota pembentangan, pekeliling dan yang seumpama dengannya.

Page 14: Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Terjemahan

BM dalam urusan rasmi dalam negara

1. Surat Dalam Negara Semua surat-menyurat rasmi dalam negara oleh Agensi Kerajaan hendaklah menggunakan Bahasa Kebangsaan sepenuhnya.

2. Dokumen Perjanjian Dalam Negara Semua dokumen perjanjian dalam negara oleh Agensi Kerajaan hendaklah menggunakan Bahasa Kebangsaan sepenuhnya.

Dokumen tambahan atau lampiran, sekiranya ada, boleh disediakan dalam Bahasa Inggeris.

Page 15: Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Terjemahan

3. Urusan Mesyuarat dan Penganjuran Majlis Rasmi Melibatkan Kehadiran Warganegara Malaysia

Semua urusan berkaitan dengan mesyuarat termasuk e-mel, notis, minit, memorandum, laporan, nota pembentangan dan dokumen edaran bagi mesyuarat anjuran Agensi Kerajaan yang melibatkan kehadiran ahli mesyuarat atau peserta dari kalangan warganegara Malaysia hendaklah disediakan dalam Bahasa Kebangsaan.

Page 16: Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Terjemahan

BM dalam Urusan Rasmi Antarabangsa1. Surat Antarabangsa Semua surat rasmi oleh Agensi Kerajaan kepada pihak-pihak di luar negara digalakkan menggunakan Bahasa Kebangsaan dan disertakan terjemahan dalam Bahasa Inggeris. Sekiranya ada dokumen tambahan yang perlu disertakan bersama surat tersebut, ia bolehlah disediakan dalam Bahasa Inggeris.

2. Dokumen Perjanjian Antarabangsa Semua dokumen perjanjian oleh Agensi Kerajaan di peringkat antarabangsa hendaklah menggunakan Bahasa Inggeris. Terjemahan dalam Bahasa Kebangsaan boleh disediakan bagi tujuan rekod dan semakan. Sekiranya terdapat sebarang pertikaian di masa hadapan, dokumen asal dalam Bahasa Inggeris akan menjadi rujukan yang sahih.

Page 17: Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Terjemahan

3. Urusan Mesyuarat dan Penganjuran Majlis Rasmi Melibatkan Kehadiran Bukan Warganegara Malaysia

• Semua urusan berkaitan dengan mesyuarat termasuk e-mel, notis, minit, memorandum, laporan, nota pembentangan dan dokumen edaran di mesyuarat anjuran Agensi Kerajaan yang melibatkan kehadiran ahli mesyuarat atau peserta dari kalangan bukan warganegara Malaysia, boleh disediakan dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris.

• Semua perbincangan, taklimat, pembentangan dan persembahan dalam mesyuarat anjuran Agensi Kerajaan yang melibatkan kehadiran ahli atau peserta dari kalangan bukan warganegara Malaysia boleh dikendalikan dalam Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris.

• Terjemahan dalam Bahasa Kebangsaan hendaklah disediakan oleh pihak urus setia.

Page 18: Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Terjemahan

Pengiklanan Kekosongan Jawatan Dalam Perkhidmatan Awam • Pengiklanan kekosongan jawatan dalam Perkhidmatan Awam oleh Pihak

Berkuasa Melantik, Kementerian dan Agensi Kerajaan hendaklah disiar atau diterbitkan menggunakan Bahasa Kebangsaan.

Perkhidmatan Kaunter • Semua urusan bagi perkhidmatan kaunter di Agensi Kerajaan hendaklah

menggunakan Bahasa Kebangsaan. Walau bagaimanapun, bagi memudahkan komunikasi dengan pelanggan-pelanggan bukan warganegara Malaysia, petugas-petugas kaunter perkhidmatan boleh menggunakan bahasa yang difahami oleh pelanggan berkenaan.

Maklum Balas Aduan Di Akhbar Dan Isu Media Massa • Semua maklum balas berkaitan aduan dan isu di media massa mengenai

Perkhidmatan Awam oleh Agensi Kerajaan hendaklah disediakan dalam Bahasa Kebangsaan. Bagi siaran dalam media massa berbahasa Inggeris, terjemahan dalam Bahasa Inggeris boleh disertakan sebagai dokumen lampiran bagi memastikan maksud asal maklum balas tidak disalah tafsir.

Page 19: Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Terjemahan

BM dalam EKONOMI NEGARA• Sejak sekian lama, ada segelintir pihak mempertikaikan

keupayaan bahasa Melayu dalam bidang perniagaan, saham, korporat, perbankan dan penjenamaan produk.

• Penggunaan bahasa Melayu dalam bidang ekonomi dalam konteks hari ini masih tidak meluas.

• Hal ini berlaku dalam lingkungan masyarakat tempatan, bukan di peringkat antarabangsa. Isu nilai bahasa Melayu dalam bidang ekonomi yang pelbagai bidang pecahannya perlu diberi perhatian secara serius.

• Bahasa Melayu dikatakan tiada nilai ekonomi, tiada nilai komersil dan sukar digunakan dalam urusan perdagangan.

• Namun demikian, bahasa Melayu tetap dikalahkan oleh bahasa Inggeris dalam banyak situasi terutama dalam bidang ekonomi.

Page 20: Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Terjemahan

• Masih ramai orang khususnya dalam kalangan mereka yang berkecimpung dengan dunia perniagaan percaya bahawa bahasa kebangsaan negara ini iaitu bahasa Melayu tidak mempunyai sebarang nilai ekonomi.

• Justeru tidak digunakan bagi tujuan iklan dan perhubungan rasmi dan tidak rasmi dalam urusan perniagaan atau perdagangan sekalipun di peringkat dalaman syarikat sahaja termasuk urusan domestik gunakan BM teapi di peringkat antarabangsa BI digunakan.

• Sejarah kita sendiri telah membuktikan bahawa di alam Melayu atau kepulauan Melayu di nusantara ini, bahasa Melayu telah digunakan sejak berabad-abad dahulu lagi oleh semua pedagang yang berurusan di sini sama ada dari Eropah, China, Gujerat India, Portugis, Belanda dan lain-lain dalam perdagangan.

• Melaka maju sebagai pusat perdagangan dan bahasa Melayu berkembang dengan penggunaannya sebagai bahasa perdagangan di samping bahasa perhubungan diplomatik.

• Kesan penjajahan British telah menyebabkan BM terpinggir dalam urusan perniagaan yang masih berlaku hingga kini.

Page 21: Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Terjemahan

Bidang ekonomi, kewangan perlu tambahan istilah baru.• Ketua Eksekutif Institut Kajian Strategi dan

Antarabangsa (ISIS) Malaysia, Datuk Dr Mahani Zainal Abidin, berkata kumpulan pakar bahasa dan ekonomi yang menguasai dua bidang ilmu itu perlu diwujudkan untuk membina istilah baru dengan segera.

• Istilah bahasa Melayu secara langsung dan tepat perlu kerana perkembangan kegiatan ekonomi dan kewangan sangat pantas yang memerlukan konsep dan istilah baru untuk digunakan pada masa kini.

Page 22: Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Terjemahan

KEDWIBAHASAAN • Kedwibahasaan atau bilingualisme ialah penguasaan

dua bahasa seperti penutur bahasa asli. • Penutur akan menggunakan bahasa rasmi untuk

berkomunikasi dalam masyarakat tetapi semasa di rumah penutur akan menggunakan bahasa Ibunda untuk komunikasi.

• Kedwibahasaan yang sempurna ialah penguasaan sepenuhnya dua bahasa oleh penutur.

• Terdapat dua negara yang mempunyai dua bahasa atau lebih sebagai bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan.

Page 23: Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Terjemahan

• Mario Pei pula, kedwibahasaan ialah kualiti atau kebolehan seseorang bertutur dalam dua bahasa.

• Kedwibahasaan majmuk ialah individu yangmemperoleh dua bahasa semasa kecil.

• Kedwibahasaan kordinat pula berlaku apabila individu tersebut memperoleh salah satu bahasa tersebut sebagai bahasa pertama dan bahasa kedua pula diperoleh kemudian.

• Kedua-dua sistem tersebut disepadukan dan disimpan secara berasingan.

Page 24: Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Terjemahan

• Kedwibahasaan lahir dalam masyarakat majmuk yang pelbagai budaya, etnik, agama, bangsa, kaum dan lain-lain.

• Hubungan budaya dengan budaya asing biasanya berlaku di bandar-bandar besar dan pusat perdagangan yang mempunyai pelbagai ragam manusia dan budaya.

• Hartmann (1976) mengatakan bahawa kedwibahasaan melibatkan penggunaan dua bahasa oleh penutur atau masyarakat pengguna bahasa.

Page 25: Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Terjemahan

• Kedwibahasaan wujud di negara-negara yang menjadikan dialek sebagai bahasa rasmi contohnya Perancis.

• Kedwibahasaan berlaku akibat bahasa tempatan dijadikan bahasa rasmi tetapi bahasa lain digunakan sebagai bahasa penyatuan misalnya di Rusia.

• Bahasa Rusia dijadikan bahasa penyatuan tetapi rakyat tempatan boleh menggunakan bahasa tempatan sebagai bahasa rasmi seperti bahasa Ukraine dan Estonia.

Page 26: Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Terjemahan

Kepentingan mempelajari Dwibahasa POPULASI BAHASA

Page 27: Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Terjemahan

• Kedwibahasaan juga berlaku akibat berpegang kepada idea bahawa penggunaan satu bahasa asing yang dipupuk di samping bahasa ibunda terus digalakkan dalam pembelajaran untuk tujuan mendapat pengiktirafan setaraf dengan bangsa lain.

• Mengikut ideologi ini, pembelajaran satu bahasa asing dalam keadaan tertentu akan membentuk individu yang mempunyai cara pemikiran baru untuk menghapuskan permusuhan dalam kalangan rakyat misalnya di Singapura.

Page 28: Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Terjemahan

• Perdagangan memainkan peranan utama apabila bahasa merupakan wahana untuk berkomunikasi dan berinteraksi untuk urusan jual-beli.

• Penerokaan dunia baru juga memerlukan individu memahami dunia yang dilawati untukmemahami budaya bangsa merentasi pelbagai negara.

• Pengembangan agama oleh mubaligh Kristian dan Islam membawa masuk bahasa asing ke alam Melayu, iaiatu bahasa Inggeris, Belanda, Portugis, dan Arab.

Page 29: Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Terjemahan

• Kesan yang paling ketara akibat kedwibahasaan ini ialah berlakunya penukaran kod atau pertukaran kod yang dikenali sebagai code switching.

• Berlakunya penukaran daripada satu bahasa kepada satu bahasa yang lain disebabkan oleh perubahan tajuk atau pertukaran siapa yang disapa.

• Kesan yang selanjutnya ialah percampuran kod atau code mixing.

• Ini berlaku apabila seseorang menukarkan kod apabila berbicara secara berganti-ganti untuk satu tajuk yang sama dalam ujaran mereka..

Page 30: Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Terjemahan

Isu-isu semasa dalam BM 1. PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik

dalam Bahasa Inggeris)

• Pada tahun 2003 PPSMI telah dilaksanakan bagi murid tahun satu dan tingkatan 1.

• Alasan yang diberikan ialah pelajar masih tidak menguasai bahasa Inggeris dengan baik, walaupun telah diberikan peluang pemelajaran selama lebih kurang 11 tahun dalam alam persekolahan rendah dan menengah.

• Sekiranya bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah, maka ini dikira bercanggah dengan apa yang termaktub dalam Dasar Pendidikan Negara.

Page 31: Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Terjemahan

2. Kepesatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. • Perkembangan pesat dalam teknologi maklumat dan

komunikasi (TMK) melahirkan unsur baru yang dikenali sebagai bahasa rojak.

• Bahasa SMS yang digunakan telah mencemarkan keasliaan BM.

• Fenomena ini merupakan unsur perubahan yang dikhuatiri akan mencemarkan nilai-nilai asli dalam bahasa Melayu.

• Ayat-ayat yang terbentuk juga tidak mematuhi hukum tatabahasa bahasa Melayu dan kelihatan janggal.

Page 32: Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Terjemahan

3. Penubuhan IPTS

• Hashim Musa (1996) mengatakan bahawa cabaran yang paling serius terhadap bahasa Melayu ialah penubuhan IPTS yang gunakan BI sebagai bahasa pengantar.

• Walaupun Akta Pendidikan Tinggi Swasta (1996) mengatakan bahawa semua IPTS di negara ini hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar tetapi ini bukan jaminan utuh bagi pemerkasaan bahasa Melayu.

• Lebih mencabar lagi apabila perbadanan gergasi seperti PETRONAS, TM, dan Tenaga Nasional masing-masing menubuhkan Universiti PETRONAS, Universiti Multimedia Malaysia (MMU) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

• Kesemua universiti ini menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utama.

Page 33: Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Terjemahan

4. Sikap Masyarakat

• Sikap penutur yang tiada kesungguhan untuk menggunakan BM.

• Di samping itu, wujud golongan Inggerisofili yang muncul dengan nostalgia mereka yang amat tebal terhadap bahasa Inggeris menggugat bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia dan sebagai bahasa penghantar pendidikan.

• Faktor lain yang tidak kurang pentingnya ialah kini dalam kalangan golongan elit Malaysia timbul satu perasaan kecurigaan tentang kemampuan bahasa Melayu untuk menjadi bahasa penghantar ilmu sains dan teknologi.(Hashim Musa: 1996)

Page 34: Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Terjemahan

5. Ahli Politik

• Pegawai-pegawai tinggi kerajaan , ahli-ahli koporat bercakap bahasa Inggeris dalam siaran-siaran televisyen , dan mesyuarat.

• Semasa kepimpinan mantan Perdana Menteri Dr. Mahathir, Hussain Onn apa lagi Tun Abdul Razak dan Tunku Abdul Rahman, bahasa Melayu begitu disanjung tinggi.

• Dahulu, Para cendikiawan Melayu (lebih 50 orang Profesor dan Doktor persuratan Melayu) mengadakan beberapa kali kongres iaitu Kongres Bahasa dan pendidikan Melayu dan Kongres Agenda Melayu untuk membincangkan isu berkaitan BM.

Page 35: Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan Dan Terjemahan

6. Masalah Penciptaan Istilah Saintifik

• DBP telah mencipta beratus ribu istilah sains dan matematik.

• Proses penterjemahan bukanlah mudah kerana istilah yang dicipta perlulah sesuai dan relevan mengikut maksud yang sebenarnya.

• Usaha penciptaan istilah hanya menjadi makna dan sempurna apabila istilah tersebut dapat dipakai atau digunakan dalam terjemahan.

• Terdapat empat jenis masalah penerbitan istilah baru iaitu imbuhan, rentetan, jamak dan penjodoh bilangan.