hbml 4103 - sejarah perkembangan bahasa melayu

21
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU PENGENALAN Setiap bangsa di dunia ini mempunyai bahasa pertuturan yang tersendiri. Perkembangan bahasa Melayu memiliki sejarah yang panjang untuk menjadi bahasa Melayu seperti yang wujud sekarang.Melayu.Bahasa Melayu merupakan bahasa perantaraan yang dituturkan oleh masyarakat Melayu bukan sahaja di Malaysia malah diseluruh Kepulauan Nusantara dalam perbualan, perbincangan dan dibahaskan sehingga kearah pembentukannya. Sejarah perkembangan Bahasa Melayu perlu dilihat dari sudut etimologi kata “Melayu”. Walaupun asal usul perkataan ini masih belum disahkan oleh ahli sejarah tetapi apa yang dapat dilakukan ialah meneliti beberapa bukti yang dapat dikaitkan dengan kata Melayu, iaitu catatan Cina yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada Maharaja Cina sekitar tahun 644-645 Masihi di mana kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera ( di beri nama berdasarkan sebatang sungai bernama Sungai Melayu ). Asal-usul Bahasa Melayu perlu dilihat pada bangsanya, iaitu bangsa Melayu. Menurut para pengkaji seperti J.H.C. Kern, dari Belanda mengatakan bahawa bangsa Melayu itu berasal

Upload: hazmir-a-hamid

Post on 04-Dec-2015

108 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

sejarah

TRANSCRIPT

Page 1: Hbml 4103 - Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

PENGENALAN

Setiap bangsa di dunia ini mempunyai bahasa pertuturan yang tersendiri.

Perkembangan bahasa Melayu memiliki sejarah yang panjang untuk menjadi bahasa Melayu

seperti yang wujud sekarang.Melayu.Bahasa Melayu merupakan bahasa perantaraan yang

dituturkan oleh masyarakat Melayu bukan sahaja di Malaysia malah diseluruh Kepulauan

Nusantara dalam perbualan, perbincangan dan dibahaskan sehingga kearah pembentukannya.

Sejarah perkembangan Bahasa Melayu perlu dilihat dari sudut etimologi

kata “Melayu”. Walaupun asal usul perkataan ini masih belum disahkan oleh ahli sejarah

tetapi apa yang dapat dilakukan ialah meneliti beberapa bukti  yang dapat dikaitkan dengan

kata Melayu, iaitu catatan Cina yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu

mempersembahkan hasil bumi kepada Maharaja Cina sekitar tahun 644-645 Masihi di mana

kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera ( di beri nama berdasarkan sebatang

sungai bernama Sungai Melayu ).

Asal-usul Bahasa Melayu perlu dilihat pada bangsanya, iaitu bangsa Melayu. Menurut

para pengkaji seperti J.H.C. Kern, dari Belanda mengatakan bahawa bangsa Melayu itu

berasal dari Asia Tengah berdasarkan persamaan beberapa perkataan yang terdapat di

kepulauan Nusantara itu terdapat juga di Madagaskar, Taiwan, di kepulauan Pasifik dan

Filipina. Beliau juga mendapati bahawa perkataan yang digunakan berasal daripada induk

yang sama, iaitu Asia.

Menurut Milliam Marsden, beliau mengkaji bahawa bahasa Melayu dan Polinesia

adalah serumpun dan bangsa Melayu berasal dari Nusantara . Dalam kajiannya istilah

“ filum ” digunakan untuk menggambarkan kelompok bahasa yang menjangkau lebih 5000

tahun.

Carta 1.1.Pembahagian Filum Austris

Page 2: Hbml 4103 - Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu

Bahasa Melayu tergolong dalam keluarga bahasa Melayu-Polinesia di bawah rumpun

Austronesia.   Bahasa Melayu berkembang seiring dengn perkembangan bahasa dunia.

Rumpun bahasa Austronesia terbahagi kepada empat iaitu bahasa di kepulauan Melayu

Nusantara, bahasa Polinesia ( bahasa Tonga,Hawaii ,New Zealand ), Melanesia ( bahasa di

Fiji,Irian Jaya,New Caledonia ) dan Mikronesia ( bahasa dikepulauan Gilbert, Carolina ,

Marianna ) .Lihat carta 1.2.

Carta 1.2. Pecahan Rumpun Bahasa Austronesia

R.H. Geldern , seorang ahli prasejarah menyebut bahawa bangsa Melayu berasal dari

Asia Tengah berdasarkan kajian dan penemuan kapak tua ( beliung batu ) yang dijumpai di

Hulu Sungai Brahmaputra , Irrawady, Hwang. Salween dan Yangtze adalah serupa dengn

kapak tua yang ada di kawasan Nusantara.Beliau membuat kesimpulan bahawa kapak tua di

Nusantara di bawa oleh masyarakat dari Asia Tengah bersama-sama dengan bahasanya

sekali.

Selain itu terdapat teori yang menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari Tanah

Besar Asia Tenggara dan disokong oleh pengkaji barat. H Kern dan disokong oleh J.R.Logan

dan Henry Yule menyatakan bahawa penduduk di kepulauan Asia Tenggara berasal dari

Assam di bahagian timur India ( suku Naga ) yang mempunyai persamaan adat resam dengan

penduduk di Sumatera dan Borneo.

Page 3: Hbml 4103 - Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu

Sebagai kesimpulannya hasil daripada kajian dan penemuan artifak-artifak yang

merupakan bukti bahawa kewujudan bahasa melayu di kepulauan Asia Tengah atau nusantara

yang menjadikan rumpun bahasa melayu dituturkan oleh lebih 70 jura orang di dunia.

Selain itu, perkembangan bahasa Melayu bermula dari bahasa Melayu Kuno, Klasik

dan bahasa Melayu Moden setelah berakhirnya zaman penjajahan barat di bumi Melayu

sehingga Bahasa Melayu menerima penambahbaikan serta persaingan dengan bahasa lain

disekelilingnya dan berjaya menjadi bahasa rasmi,bahasa kebangsaan, dan bahasa pengantar

dalam sistem pendidikan negara dan pentadbiran negara.

2.0.BAHAGIAN 1

2.1. Era Perkembangan Bahasa Melayu

Bahasa Melayu merupakan satu daripada lebih kurang 200 – 300 pecahan bahasa

dalam kepulauan Melayu. Penyebaran bahasa ini di Kepulauan Melayu dan Lautan Pasifik

menyebabkan Bahasa Melayu telah berkembang dan membentuk bahasa daerah masing-

masing. Oleh sebab bentuknya yang amat sederhana dan kemungkinan menerima unsur asing

dan sifatnya yang mudah dilentur bagi memenuhi keperluan semasa, maka jadilah Bahasa

Melayu sebagai satu bahasa yang terpenting dalam sejarah bahasa-bahasa di kepulauan

Melayu.

Kajian Osman Omar ( 1961 ), menyatakan bahawa percabangan bahasa Indonesia

begitu tersebar luas kerana dikembangkan oleh suku bangsa yang seketurunan dengan bangsa

Melayu.Penyebaran bahasa ini terjadi disebabkan sifaat semula jadi bangsa Melayu yang

menjadi ahli pelayaran dan perantau yang terkenal sama ada untuk berdagang atau bekerja

dengan majikan.

Asmah ( 1985 ), pula menyatakan bahawa penyebaran bahasa Indonesia amat luas

apatah lagi daripada keluarga bahasa ini terdapat bahasa Melayu yang pesat

perkembangannya sehingga dijadikan bahasa kebangsaan di Malaysia, Indonesia dan Brunei

Pada zaman kedatangan Islam, bahawa bahasa Melayu telah berkembang dalam

pelbagai bidang walaupun sebelum ini ditulis dalam bahasa Jawa. Melalui peminjaman

daripada bahasa Arab, banyak istilah bidang teologi, falsafah dan tasawuf dikembangkan

menggunakan bahasa Melayu dan seterusnya menjadi bahasa rasmi kerajaan. Ia dibuktikan

Page 4: Hbml 4103 - Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu

melalui surat-surat raja Melayu pada abad ke-16 ditulis dalam bahasa Melayu kepada Raja

Portugis.

Kedatangan orang-orang Eropah dan kejatuhan Kesultanan Melaka ke tangan

Portugis pada tahun1511 masehi tidak menamatkan pengaruh Bahasa Melayu.Bahasa Melayu

menjadi bahasa rasmi di dalam pentadbiran kerajaan Melayu. Surat-surat Raja Melayu pada

abad ke-16 ditulis dalam bahasa Melayu kepada Raja Portugis .

Pengaruh Inggeris awal abad ke-19 banyak mempengaruhi bahasa Melayu khususnya

dalam perkembangan ilmu bahasa Melayu dan peristilahan dalam pelbagai bidang. Bahasa

Melayu menjadi bahasa perantaraan dalam pentadbiran dan di institusi pendidikan agama,

dan perniagaann. Pgawai-pegawai Inggeris yang bertugas di negeri Melayu dikehendaki

mempelajari bahasa Melayu dan mesti lulus dalam peperiksaan bahasa Melayu sebelum

disahkan dalam jawatan. Anataranya ialah R.O.Winstedt, J.R. Wilikinson, C.C.Brown, W.

Marsdan dan J.Crawford.

Pada ketika ini muncul tokoh penulis seperti Abdullah Munsyi. Hasil tulisannya

memperlihatkan tentang keunggulan bahasa Melayu dan kepentingan nahu bahasanya. Ketika

ini juga terbit penggunaan ibu perkataan seperti istimewa, adapun, arakian,alkisah, hatta dan

lain-lain.Penggunaan bahasa masih banyak

Seorang tokoh terkenal iaitu Zainal Abidin Ahmad ( Za’ba ) yang menghasilkan buku

Pelita Bahasa Melayu bertujuan untuk menyusun kaedah buku nahu ( tatabahasa ) dengan

lebih lengkap mengikut acuan nahu bahasa Inggeris dan sedikit pengaruh nahu bahasa

Arab.Dari sini lah bermulanya era perkembangan dan kemajuan bahasa Melayu hingga

sekarang.

Bagai kesimpulannya berdasarkan kepada pernyataan , kajian dan bukti tersebut yang

ditemui membuktikan bahawa bahasa Melayu telah berkembang begitu lama sekitar abad ke

7 sehingga kini yang bermula dari bahasa Melayu kuno , klasik hingga kepada bahasa

Melayu Moden

Page 5: Hbml 4103 - Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu

Perkaitan antara dua era.

Bahasa melayu digunakan sebelum merdeka ialah bahasa pramerdeka yang

memperjuangkan taraf atau status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan mempunyai

kedudukan yang tinggi dan digunakan sebagai bahasa perantaraan bagi penduduk negara ini

dalam sistem pentadbiran , kesusasteraan , bahasa perantaraan di pusat pendidikan Islam dan

urusan perniagaan .

Semasa era kedatangan Barat ke tanah Melayu dan kejatuhan kerajaan Melaka pada

abad ke 19 dan awal abad ke-20 telah mencetuskan pelbagai penentangan oleh bangsa

Melayu kepada penjajahan berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu.

Ramai tokoh-tokoh sasterawaan yang memperjuangkan kedaulatan bahasa Melayu di

bawah persatuan ASAS 50 seperti Usman Awang, Abdullah Munsyi, Zainal Abidin Ahmad

dan lain-lain

Dalam karya dan penulisan mereka memperjuangkan politik dan cita-cita memajukan

bahasa dan sastera Melayu sebagai alat untuk menuju ke arah kemerdekaan, keadilan sosial

dan kemajuan fikiran yang selari dengan perjuangannya dalam bentuk penulisan cerpen dan

sajak yang menentang golongan atasan dan membela kaum buruh, petani dan nelayan. Asas

50 merupakan pelopor pembaharuan kepada kesusteraan Melayu moden selepas Perang

Dunia Kedua.

Kewujudan bahasa Melayu pada era itu adalah mengutamakan Bahasa Melayu dan

merancang pemodenan, perkembangan bahasa yang diperjuangkan serentak dengan

perjuangan politik dan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Mereka

menggunakan saluran akhbar dan majalah untuk menyalurkan hasrat mereka.

Era selepas merdeka ( bermula selepas 31 Ogos 1957 – 1967 ), hasrat mereka

tercapai dengan termaktubnya Artikel 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

yang menyebut bahawa “ bahasa Kebangsaan negara ini adalah bahasa Melayu dan

hendaklah ditulis alam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-

undang Parlimen ”. yang disarankan oleh Suruhanjara Reid atas dasar bilangan penduduk

kaum Melayu lebih ramai daripada kaum Cina dan India. Atas perakuan ini maka bermulalah

era baru bagi bahasa Melayu , satu bahasa yang pernah menjadi lingua franca bagi seluruh

kepulauan Melayu.

Page 6: Hbml 4103 - Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu

Selepas merdeka, beberapa akta dan laporan telah dibuat dan ditambahbaik bagi

memertabatkan bahasa Melayu .Antaranya Akta Bahasa Kebagsaan 1963 dan Akta Bahasa

Kebagsaan 1967, Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 digubal kepada Akta

Pelajaran yang menggariskan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada semua

peringkt pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua

pelajar.

Perkembangan,Kemajuan dan Kedudukan bahasa Melayu.

Pelbagai kemajuan yang dapat dilihat pada masa kini bagi meningktkan penggunaan

bahasa Melayu Kedudukan bahasa Melayu di Malaysia melalui beberapa peringkat

perkembangan yang sentiasa sering dibicarakan dan dikemaskini bagi memertabatkan

kedudukan dan kedaulatannya walaupun telah dijelaskan dalam Perkara 152 Perlembagaan

Persekutuan Malaysia.

Bahasa yang digunakan pada masa kini telah dirancang sejak 20 hingga 30 tahun yang

lalu, oleh Dewan Bahasa dan Pustaka yang awalnya dikenali sebagai Balai Pustaka. Dewan

Bahasa Dan Pustaka telah mengeluarkan kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka. Ini

menunjukkan bahawa Bahasa Melayu telah mengalami asas dan struktur bahasa yang telah

dirancang oleh pakar yang yang berwibawa bagi meletakkan Bahasa Melayu setaraf dengan

bahasa ilmu dunia sesuai dengan zaman ketika itu.

Oleh yang demikian, sejarah dikirakan penting dalam pembentukan struktur bahasa

kerana ia menjadi asas pengamatan yang tepat terhadap unsur penulisan bahasa dan

mengangkat bahasa ke tahap yang setarap dengan bahasa antarabangsa lain..Hal demikian

dapat dilihat dalam penulisan –penulisan klasik seperti saltus salatin sejarah melayu dan

hukum kanun Melaka .Ini bermakna Bahasa Melayu itu telah digunakan di rantau Nusantara

sejak berabad-abad yang lampau. Justeru Bahasa Melayu telah diasimilasi dan diadabtasi

mengikut kesesuaian waktu dan masa. Sejarah bahasa tersebut tidak pernah diubahsuai

sewenang-wenangnya kerana ianya adalah dijaga dan sampaikan secara lisan dari satu

generasi ke satu generasi.

Page 7: Hbml 4103 - Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu

Bidang penterjemahan juga antara kemajuan bahasa Melayu.Penterjemahan

merupakan proses memindahkan sesuatu daripada bahasa sumber kepada bahasa sasaran. Ian

F. Finlay ( 1971 ) mendefinisikan terjemahan sebagai satu persembahan teks dalam bahasa

berlainan daripada tulisan asalnya. Pegawai Inggeris yang bertugas mempelajari bahasa

Melayu menggunakan buku terbitan berbentuk terjemahan sebagai panduan mereka

menguasai bahasa Melayu demi kepentingan pentadbiran.Tokoh terbabit dalam

penterjemahan istilah Inggeris-Melayu ialah R.O.Winstedt dan W.G.Shellabear .

Contohnya

a.Touching your heart – Menyentuh jiwa anda

b. I’ve to go for good. I’ve got a lerrer telling me – Saya terpaksa pulang untuk

selama-lamanya. Saya telah menerima surat yang memint saya pulang.

Kemajuan lain dilihat dalam sistem ejaan Jawi bahasa Melayu.Ia bermula apabila

kedatangan pedagang dan mubaligh Arab yang datang untuk berdagang sambil

mengembangkan agama Islam Tulisan ini diguna orang Melayu sejak orang Melayu

memeluk Islam. Kini ejaan Jawi bukanlah sistem tulisan rasmi tetapi diajar sebagai satu

subjek dalam pengajaran di sekolah. Pada tahun 1958, bermulanya penerbitan suratkhabar

Utusan Zaman yang ditulis dalan tulisan Jawi.

Badan-badan terlibat dalam perkembangan dan kemajuan Bahasa Melayu.

Pelbagai usaha meninggikan dan memertabatkan bahasa Melayu masih tetap

diteruskan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Banyak pihak yang terlibat

untuk merealisasikan cita-cita ini. Antara badan-badan yang terlibat sebelum dan selepas

merdeka ialah

1. Angkatan Sasterawan 50 ( ASAS 50 ) ditubuhkan di Singapura dan antara

pengasasnya ialah Kamaluddin Muhammad , Usman Awang , Masuri S.N, , Mohd.

Arif Ahmad , Hamzah Hussein , Jimmy Asmara.Pertubuhan ini berjuang dalam

Page 8: Hbml 4103 - Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu

bidang kesusteraan dengan konsep “ Seni untuk Masyarakat ” bertujuan untuk

a. memperluaskan dan mempertinggikan bahasa, kebudayaan dan

kesusasteraan Melayu.

b. Melindungi hak dan kepentingan para penulis dan pengarang.

c. Mengadakan pembaharuan dalam sastera.

2.Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu (KBPM) Pertubuhan ini menyokong

penggunaan tulisan Rumi sebagai tulisan bahasa Melayu moden untuk

memperkembangkan kesusasteraan Melayu.

3. Pejabat Karang-Mengarang (1924 ) ditubuhkan di Maktab Sultan Idris

diketuai O.T.Dussek.( Pengetua MPSI ) dan Zainal Abidin Ahmad ( Za’ba )

bertujuan menerbitkan dan menterjemah buku sekolah Melayu dan buku

umum antaranya Cerita-cerita Sherlock Holmes, Sang Lomeri, Aladin dengan Lampu

Ajaib, dan Cerita-cerita dari Istana Alhamra. Penterjemahan dilakukan oleh

Abdul Kudus Muhammad, Abdul Rahman Yusof, Yazid Ahmad dan Ahmad

Murad Nasaruddin.

4. Persaudaraan Sahabat Pena (Paspam) – 1934 ,Paspam berkembang di seluruh

Tanah Melayu, Sarawak dan Brunei. Jumlah ahlinya mencecah 12,000 orang dan

Za’ba menjadi penasihatnya. Tujuan penubuhannya untuk menerbitkan

kamus,mengarang buku dalam bahasa Melayu,meluaskan pengetahuan sejarah, adat

resam dan bahasa Melayu.

5.Lembaga Bahasa Melayu ( LBM ) dan Kesatuan Guru-guru Melayu Singapura

ditubuhkan di Singapura yang diketuai oleh Cikgu Mahmud Ahmad bertujuan

a. untuk mengawal , memperbaiki, memperluaskan bahasa Melayu

b.membincangkan hal-hal kesulitan bahasa Melayu dan menghebahkan kepada

orang ramai yang difikirkan munasabah.

c. menerbitkn risalah , buku, kitab , majalah dan lain-lain.

6. Dewan Bahas Dan Pustaka ( DBP ) bertanggungjawab menyusun da menerbitkan

pelbagai jenis kamus seperti Tatabahasa Dewan ,kamus Dewan, Kamus dwibahasa

Page 9: Hbml 4103 - Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu

seperti Kamus Inggeris-Melayu Dewan, Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Inggeris-

Bahasa Cina sebagai buku pegangan dan bertujuan untuk

a. mengembang, memajukan dan memperkayakan bahasa kebangsaan.

c. memajukan bakat kesusteraan terutama dalam bahasa kebangsaan.

d. mencetak dan menerbitkan buku-buku,risalah dan lain-lain dalam bentuk

persuratan dalam bahasa kebangsaan.

e. menyamakan ejaan dan bunyi sebutan dan mengubal istilah-istilah

yang sesuai dalam bahasa kebngsaan

5. Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) berperanan menggunakan bahasa Melayu

dalam urusan pengiklanan, penamaan jalan, taman-taman,pengeluaran lesen iklan

kepada mereka yang mematuhi syarat penggunaan bahasa Melayu sahaja dan

sebagainya.

6.Syarikat akhbar dan majalah juga mempengaruhi kedudukan bahasa Melayu di

Malaysia. Kewujudan akhbar dan majalah Melayu sebelum dan selepas merdeka

turut memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa penyaluran maklumat yang

berkesan di Malaysia seperti akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian, Harian

Metro dan lain-lain.

BAHAGIAN 2.

Perkembangan Bahasa Melayu Klasik

Bahasa Melayu Klasik merupakan tahap ketiga dalam perkembangan bahasa Melayu

yang menggantikan bahasa Melayu Kuno. Bahasa Melayu Klasik muncul ketika kerajaan

Islam mula berkembang semasa kerajaan Samudera-Pasai sekitar abad ke-13 hingga abad ke-

19. Menurut Asmah Hj Omar ( 1993 ) bahasa Melayu klasik ialah “ bahasa abad ketiga belas

dan ketujuh belas itu dinamakan bahasa Melayu”.

Kegemilangan bahasa Melayu Klasik berlaku antara tiga zaman iaitu zaman

pemerintahan kerajaan Melaka, Acheh, dan kerajan Johor-Riau setelah pemimpin kerajaan

Page 10: Hbml 4103 - Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu

Melayu memeluk Islam dan mempelajari bahasa Arab daripada pedagang Arab dan India.

Pengaruh ini menyebabkan bahasa Melayu melangkah setapak dengan penggunaan tulisan

jawi. Penyerapan unsur Arab dan Parsi dalam bahasa Melayu telah banyak mengubah sistem

bahasa Melayu terutama dari aspek kosa kata, struktur ayat dan sistem tulisan.Bahasa Melayu

Klasik muncul dengan wujudnya tulisan Jawi,iaitu tulisan Arab berbahasa Melayu.

Bahasa Melayu Klasik telah digunakan sebagai lingua-franca dalam urusan

pentadbiran, perdagangan, penyebaran agama Islam, perubatan, falsafah dan pengembaraan

semasa kegemilangan kerajaan Melayu Melaka.Ini dibuktikan apabila penemuan beberapa

buah prasanti tentang penyebaran agama Islam menggunakan bahasa Melayu Klasik dalam

penghasilan kitab-kitab agama seperti al- Hadith, feqah, tafsir al-quran dan tasawuf. Kosa

kata daripada bahasa Arab banyak digunakan dalam penulisan kitab tulisan jawi iaitu

Furu’Al-Masa’il ( Syed Muhammad Daud Al-Fatani ),Sabil Al-Muhtadin ( Syed Muhammad

Arsyad Al-Banjari, Hamzah Fansuri, Syamsuddin al Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri

dan Abdul Rauf al-Singkel dan karya penulisan seperti Hikayat Raja-raja Pasai, Misa

Melayu, Sejarah Melayu, Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Hang Tuah dan lain-lain.

Kemunculan bahasa Melayu Klasik juga dibuktikan apabila terdapat kira-kira

10 000 naskah manuskrip ditemui dalam manuskrip Melayu Lama yang tersimpan dibeberapa

buah negara Barat. Manuskrip Melayu Lama yang tertua ialah surat kiriman Sultan Ternate

dari kepulauan Maluku kepada Raja Portugis bertarikh 1521, kitab Aqa’id al Nasafi

1590,manuskrip Hikayat Seri Rama 1633 dan Surat Raja Aceh kepada Harry Middleton

1602.

Bukti Bahasa Melayu Sebagai Medium Bahasa Terbesar di Dunia

Antara sumber-sumber dalam penyelidikan Bahasa Melayu yang memberi kesan

terhadap pembentukan dasar bahasa di Malaysia adalah seperti sumber batu bersurat, catatan

pengembara, buku-buku karya agung, dan dokumen dari perpustakaan barat.

Sumber daripada penemuan beberapa batu bersurat seperti batu bersurat Minye Tujuh

di Aceh ( 1390 ) dengan penggunaan kata-kata Arab seperti khalifah,nabi-nabi, Allah dan

rahmat. Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356) Batu bersurat di Kuala

Berang, Terengganu (1303-1387) menjadi asas dan pegangan dalam penyelidikan dan

pengembangan Bahasa Melayu . Bahasa yang ingin diketengah mestilah berdasar bahasa asal

Page 11: Hbml 4103 - Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu

penduduk pribumi yang menutur dan menggunakan bahasa tersebut dalam lingkungan rantau

Nusantara.

Sumber-sumber bukti lain adalah buku-buku karya agung seperti Hikayat Raja –raja

Pasai, Tuffat an Nafis, Hikayat Merong Mahawangsa, Sejarah Melayu, Syair-syair Hamzah

Fansuri, Nuruddin Al Raniri merupkan bahan-bahan karya penulisan yang dijadikan sandaran

dalam pembentukan dasar bahasa Negara.

Dokumen-dokemen perjanjian lama atau surat-surat yang dimetrai diantara kesultanan

melayu Melaka iaitu Sultan Mansur Shah kepada maharaja Jepun dengan Bahasa Melayu

telah menjadi bukti asas kepada pembentukan dasar bahasa dan perancangan bahasa kita telah

mula berkembang sebelum dijajah sehinggalah kita mencapai kemerdekaan. Malahan

dokumen ini juga penting dan disimpan di Muzium dan arkib negara sebagai rujukan.

Manakala dari segi undang-undang Malaysia, melalui Akta Bahasa Kebangsaan

1967 dan Pindaan dalam Akta Perlembagaan 1971 pula menetapkan status bahasa Melayu

sebagai bahasa kebangsaan tidak boleh dipersoalkan.Bahasa merupakan komponen penting

dalam mendefinisikan identity atau jat diri bangsa. Perancangan taraf bahasa Melayu telah

memberikan tiga aspek penting kepada bahasa Melayu iaitu sebagai bahasa rasmi, bahasa

kebangsaan dan bahasa pendidikan, Bahasa rasmi negara itu juga tidak boleh dipinda

tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

ilmu pula diwartakan dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).

Page 12: Hbml 4103 - Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu

Akta Pendidikan menetapkan kedudukan bahasa kebangsaan sebagai bahasa

pengantar utama dalam semua sistem pendidikan negara baik di peringkat sekolah mahupun

pengajian tinggi. Mereka yang meminda dan berbuat demikian boleh didakwa di bawah Akta

Hasutan 1984.

Bagi institusi pendidikan yang bahasa pengantar utamanya bukan bahasa

kebangsaan pula disebut di bawah Seksyen 17(2) pengecualian penggunaan bahasa Melayu

dibenarkan. Namun begitu, bahasa Melayu hendaklah diajar sebagai mata pelajaran wajib.

Bahasa kebangsaan juga telah menjadi bahasa rasmi dalam urusan pentadbiran

awam serta majlis-majlis rasmi kerajaan. Ia turut digunakan secara rasmi di Dewan

Rakyat, Dewan Negara dan Dewan Undangan Negeri.

Dalam Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan 1967 (Akta 32) menetapkan Penggunaan

bahasa Melayu sebagai bahasa yang terpakai dalam segala prosiding dalam Mahkamah

Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah di Malaysia

adalah dengan bersyarat, iaitu Mahkamah boleh memerintah supaya prosiding itu dijalankan

sebahagiannya dalam Bahasa Melayu dan sebahagiannya dalam bahasa Inggeris .

Penerbitan buku bacaan, rujukan kamus bahasa Melayu juga adalah bukti bahasa

Melayu sebagai medium bahasa tersebut. Menurut Asmah Haji Omar ( 1987 ) kamus Melayu

yang terawal ialah kamus Melayu-Cina yang terdiri daripada 482 kata entri yang

dikumpulkan antara 1403 – 1511.

Dalam bidang pendidikan pula, isu kedudukan bahasa Melayu paling hangat

mendapat liputan dan buah mulut oleh pelbagai pihak bermula dari dasar Pengajaran dan

Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Selepas banyak forum,

desakan demonstrasi , perbincangan dan kajian telah dibuat akhirnya kerajaan Malaysia telah

mengambil keputusan untuk memansuhkan PPSMI pada 2016 bagi sekolah rendah dan 2021

bagi sekolah menengah kerana pelaksanaannya telah terbukti gagal mencapai sasaran yang

diinginkan. Maka dasar tersebut diganti dengan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia

Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

KESIMPULAN

Page 13: Hbml 4103 - Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu

Sejarah Bahasa Melayu yang berkembang sejak awal kemunculannya sehinggalah

zaman Bahasa Melayu Moden yang menempuh pelbagai evolusi dan penambahbaikan setelah

menempuh zaman kedatangan penjajah, perkembangan bahasa Melayu sebelum dan selepas

Merdeka, dan perkembangannya dalam sistem pendidikan semuanya menjurus kepada

keputusan tentang perancangan dan penentuan dasar Bahasa Melayu terutamanya di

Malaysia.

Kekuatan sesuatu bangsa dan sesebuah tamadun bergantung kepada bahasa. Bahasa

Melayu merupakan salah satu sumber kekuatan kesatuan bangsa. Perkembangannya bukan

lagi setakat sebagai alat komunikasi semata-mata tetapi berkembang seiring dengan

meluasnya penggunaan bahasa ini dalam pelbagai arena ilmu, baik yang berasaskan sains dan

teknologi mahupun yang berteraskan manusia dan kemanusiaan. 

            Kesimpulannya, bahasa Melayu akan sentiasa relevan dengan peredaran zaman dan

seiring dengan perkembangan kemajuan teknologi dalam tamadun dan peradaban manusia,

setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Semua ini bergantung kepada kemahuan dan

usaha penutur bahasa Melayu, para penggiat bahasa, pemimpin, rakyat biasa, syarikat-

syarikat swasta dan kerajaan, ahli-ahli korporat, guru-guru dan sebagainya dalam memartabat

dan menentukan halatuju bahasa Melayu itu.

Namun begitu penguasaan bahasa Inggeris dan bahasa lain seperti bahasa Jepun,

Korea Arab dan lain-lain tidak boleh diketepikan kerana bahasa tersebut adalah medium

terbaik yang diperlukan untuk menghubungi dunia luar. Pelbagai usaha dilakukan untuk

memertabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan disamping mengukuhkan

penggunaan bahasa lain terutamanya bahasa Inggeris.

RUJUKAN 

Asmah Hj Omar. (2006). Bahasa Melayu Di Samudera Benih Yang Baik Menjadi Pulau.

Dewan Bahasa Dan Pustaka: Kuala Lumpur. 

Awang Sariyan. (1996). Warna Dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu Di Malaysia.

Dewan Bahasa Dan Pustaka: Kuala Lumpur. 

Darwis Harahap & Abdul Jalil Hj. Anuar. (2000). Kumpulan Kertas Kerja Kolokium Bahasa

Dan Pemikiran Melayu/Indonesia 1. Dewan Bahasa Dan Pustaka: Kuala Lumpur. 

Page 14: Hbml 4103 - Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu

Dr Puteri Roslina Abdul Wahid. (2011). Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu. Open

University Malaysia: Selangor Darul Ehsan. 

Jeniri Amir. (2009). Bahasa Negara Dan Bangsa. Dewan Bahasa Dan Pustaka: Kuala

Lumpur. 

Kamal Shukri Abdullah Sani. (2007). Bahasa Melayu Apa Sudah Jadi? PTS Professional

Publishing Sdn. Bhd. : Kuala Lumpur. 

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM. Bab 1:

Sukatan pelajaran bahasa Melayu KBSM dan KBSR. 

Kementerian pelajaran Malaysia. (2003). Huraian Sukatan pelajaran Bahasa Melayu KBSM.

Bab 1: Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM dan KBSR. 

Muhammad Aliatan. (2010). Perkembangan Bahasa Melayu. Penerbit Sinar Cemerlang:

Kuala Lumpur. 

Nik Safiah Karim et. al. (2009). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Dewan Bahasa dan Pustaka:

Kuala Lumpur. 

Zainal Abidin Safarwan. (1996). Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan. Utusan Publications

& Distributors Sdn. Bhd. : Petaling Jaya.

http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2010/07/sejarah-perkembangan-bahasa-melayu.html

https://zanas.wordpress.com/pembinaan-bangsa-dan-negara-malaysia-yang-berdaulat/sejarah-

perkembangan-dan-asal-usul-bahasa-melayu/

http://edubahasabyayda.blogspot.com/2009/09/sejarah-perkembangan-bahasa-melayu.html