sejarah perkembangan bahasa melayu semester 6.docx

23
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU 1.0 PENGENALAN Sejarah perkembangan Bahasa Melayu perlu dilihat dari sudut etimologi kata “Melayu”. Asal usul perkataan ini sebenarnya masih belum disahkan oleh ahli sejarah. Apa yang dapat dilakukan ialah meneliti beberapa bukti yang dapat dikaitkan dengan kata Melayu, iaitu catatan Cina yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada Maharaja Cina sekitar tahun 644-645 Masihi. Ada juga yang berpandangan bahawa kerajaan Mo- lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera yang diberikan namanya berdasarkan sebatang sungai bernama Sungai Melayu. Satu catatan orang Cina ialah seorang sami Buddha yang bernama I-Tsing menggunakan perkataan tersebut apabila menceritakan tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar tahun 675 Masihi. Dalam bahasa Jawa Kuno pula, perkataan Mlayu bermaksud berlari atau mengembara. Ini dapat dikaitkan dengan kedatangan Indo-Melayu (Austronesia) yang dikatakan bergerak dari Yunan ke Tanah Melayu. Istilah Melayu dapat dilihat dari dua segi, iaitu pengertian yang sempit dan pengertian yang luas (Asmah,1985:37). Bagi pengertian pertama, istilah ini merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di semenanjung Tanah Melayu dan kawasan tradisional yang disebut sebagai gugusan pulau-pulau Melayu, yakni pulau-pulau yang meliputi Indonesia hari ini. Pada tahun 1972, pertubuhan UNESCO telah memilih istilah Melayu bagi merujuk kepada suku bangsa yang berbahasa Melayu yang mendiami Semenanjung Tanah Melayu, pantai timur Sumatera dan beberapa tempat lagi yang berdekatan. Bahasa yang digunakan oleh penduduk di kawasan ini ialah Bahasa Melayu. Bahasa ini menjadi bahasa kebangsaan di Malaysia, manakala di Indonesia dikenal pula sebagai Bahasa Indonesia yang merupakan bahasa kebangsaan di negara itu juga. 1.1 ASAL USUL BAHASA MELAYU Beberapa orang sarjana bahasa Barat telah membuat penyelidikan tentang bahasa-bahasa yang tersebar di kepulauan Melayu dengan membandingkan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Antara pengkaji yang terkenal termasuklah R.H. Geldern, J.H.C. Kern, Wilhem Von Humboldt, Van Der Tuuk, Otto Demwolff, P.W. Schmidt, Brandstetter, William Marsden dan lain-lain. Sarjana tempatan yang turut memberi sumbangan terhadap usaha ini ialah

Upload: yusri-zainol-abidin

Post on 24-Dec-2015

64 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU SEMESTER 6.docx

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

1.0  PENGENALAN

Sejarah perkembangan Bahasa Melayu perlu dilihat dari sudut etimologi kata “Melayu”.

Asal usul perkataan ini sebenarnya masih belum disahkan oleh ahli sejarah. Apa yang dapat

dilakukan ialah meneliti beberapa bukti  yang dapat dikaitkan dengan kata Melayu, iaitu

catatan Cina yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan

hasil bumi kepada Maharaja Cina sekitar tahun 644-645 Masihi. Ada juga yang

berpandangan bahawa kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera yang

diberikan namanya berdasarkan sebatang sungai bernama Sungai Melayu.  Satu catatan

orang Cina ialah seorang sami Buddha yang bernama I-Tsing menggunakan perkataan

tersebut apabila menceritakan tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar tahun 675

Masihi. Dalam bahasa Jawa Kuno pula, perkataan “Mlayu” bermaksud berlari atau

mengembara. Ini dapat dikaitkan dengan kedatangan Indo-Melayu (Austronesia) yang

dikatakan bergerak dari Yunan ke Tanah Melayu.  

Istilah Melayu dapat dilihat dari dua segi, iaitu pengertian yang sempit dan pengertian

yang luas (Asmah,1985:37). Bagi pengertian pertama, istilah ini merujuk kepada bangsa-

bangsa Austronesia  yang terdapat di semenanjung Tanah Melayu dan kawasan tradisional

yang disebut sebagai gugusan pulau-pulau Melayu, yakni pulau-pulau yang meliputi

Indonesia hari ini.

Pada tahun 1972, pertubuhan UNESCO telah memilih istilah Melayu bagi merujuk

kepada suku bangsa yang berbahasa Melayu yang mendiami Semenanjung Tanah Melayu,

pantai timur Sumatera dan beberapa tempat lagi yang berdekatan. Bahasa yang digunakan

oleh penduduk di kawasan ini ialah Bahasa Melayu. Bahasa ini menjadi bahasa kebangsaan

di Malaysia, manakala di Indonesia dikenal pula sebagai Bahasa Indonesia yang merupakan

bahasa kebangsaan di negara itu juga. 

1.1 ASAL USUL BAHASA MELAYU

Beberapa orang sarjana bahasa Barat telah membuat penyelidikan tentang bahasa-

bahasa yang tersebar di kepulauan Melayu dengan membandingkan antara satu bahasa

dengan bahasa yang lain. Antara pengkaji yang terkenal termasuklah R.H. Geldern, J.H.C.

Kern, Wilhem Von Humboldt, Van Der Tuuk, Otto Demwolff, P.W. Schmidt, Brandstetter,

William Marsden dan lain-lain. Sarjana tempatan yang turut memberi sumbangan terhadap

Page 2: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU SEMESTER 6.docx

usaha ini ialah Asmah Haji Omar, Amat Juhari Moain, Harun Aminurrashid, Ismail Hussien

dan lain-lain. 

Bangsa Melayu dikatakan berasal dari Asia Tengah atau dari Nusantara (kepulauan

Melayu). Ini berdasarkan dua teori yang dikemukakan oleh para pengkaji, iaitu R.H. Geldern,

iaitu seorang ahli pengkaji prasejarah yang mengatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari

Asia Tengah berdasarkan kajian yang dibuat terhadap kapak tua (beliung batu) yang

ditemui. Kapak tua tersebut ditemui di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Hwang,

Salween dan Yangtze yang didapati serupa dengan kapak tua yang ada di kawasan

Nusantara. Beliau menyimpulkan bahawa kapak tua di Nusantara itu dibawa oleh

masyarakat dari Asia Tengah bersama-sama dengan bahasanya sekali. 

Pengkaji seterusnya ialah J.H.C. Kern, seorang ahli filologi Belanda juga mengatakan

bahawa bangsa Melayu itu berasal dari Asia Tengah berdasarkan persamaan beberapa

perkataan. Beliau mendapati ada beberapa perkataan yang terdapat di kepulauan Nusantara

itu terdapat juga di Madagaskar, Taiwan, beberapa pulau di kepulauan Pasifik dan di Filipina.

Beliau juga mendapati bahawa perkataan yang digunakan berasal daripada induk yang

sama, iaitu Asia.

Selain dua tokoh tersebut, William Marsden yang membuat kajian terhadap Bahasa

Melayu mendapati Bahasa Melayu dan bahasa Polinesia itu merupakan bahasa serumpun.

Pendapat yang kedua mengatakan bahawa bangsa Melayu itu berasal dari Nusantara yang

bermaksud Bahasa Melayu itu bermula dari Nusantara. Dalam kajian ini, istilah filum

digunakan bagi menggambarkan kelompok bahasa yang menjangkau lebih 5,000 tahun.

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh para pengkaji, Bahasa Melayu didapati

tergolong dalam filum bahasa-bahasa Austris yang mempunyai tiga rumpun utama: Bahasa

Austroasia, Tibet-China dan Austronesia (Rajah 1.1).

Rajah 1.1:  Pembahagian Filum Austris

FILUM AUSTRIS

AUSTROASIA AUSTRONESIA TIBET-CINA

Page 3: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU SEMESTER 6.docx

1.1.1 Keluarga Bahasa-Bahasa Austronesia

Perkataan Austronesia merupakan gabungan dua perkataan, iaitu austro dan nesos.

Perkataan w berasal daripada bahasa Latin, yang bermaksud selatan; manakala perkataan

nesos berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud pulau. Oleh itu, istilah austronesia

membawa pengertian “pulau-pulau selatan” (Asmah,1985:35). Istilah ini diperkenalkan

oleh P.W. Schmidt, manakala istilah Malayo-Polenesia digunakan oleh Wilhem von

Humboldt, ahli bahasa yang telah mengkaji aspek keserumpunan bahasa antara Bahasa

Melayu dengan bahasa-bahasa di daerah Polinesia. Bahasa Austronesia ialah satu rumpun

bahasa yang tergolong dalam satu filum Bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun

bahasa Austroasia dan Tibet–China. Istilah rumpun digunakan bagi menggambarkan

sekelompok bahasa yang mempunyai tempoh masa antara 2,500 – 5,000 tahun.

Rumpun Bahasa Austronesia terbahagi kepada empat rumpun, iaitu bahasa-bahasa di

kepulauan Melayu (Nusantara), bahasa-bahasa Polinesia (bahasa-bahasa di Hawaii, Tonga

dan New Zealand iaitu di kalangan bangsa Maori), Melanesia (bahasa-bahasa di Fiji, Irian

dan New Caledonia), dan Mikronesia (bahasa-bahasa di kepuluan Gilbert, Carolina, Marshall

dan Marianna) (Rajah 1.2).

Rajah 1.2 : Pecahan Rumpun Bahasa Austronesia

RUMPUN BAHASA AUSTRONESIA

BAHASA NUSANTARA(KEPULAAN MELAYU

BAHASA MALANESIA

BAHASA MIKRONESIA

BAHASA POLINESIA

Page 4: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU SEMESTER 6.docx

1.1.2  Rumpun Bahasa Melayu

Bahasa Melayu tergolong dalam keluarga Nusantara di bawah rumpun Bahasa

Austronesia. Asal-usul Bahasa Melayu adalah dari filum Austris. Filum Austris terpecah

kepada tiga rumpun bahasa yang besar iaitu rumpun Austroasia dan rumpun Austronesia

(dulu dikenali sebagai Malayo-Polinesia), dan rumpun Tibet-China. Rumpun Austronesia

pula dipecahkan kepada empat keluarga, iaitu Indonesia (Nusantara), Melanesia, Mikronesia

dan Polinesia (Rajah 1.2). Dalam keluarga bahasa Nusantara terdapat kira-kira 200 hingga

300 bahasa. Namun begitu, bahasa-bahasa tersebut dikelaskan kepada golongan tertentu

seperti golongan Filipina, Sumatera, Jawa, Kalimantan, Bali-Sasak, Muna-Butung,

Gorontalo, Tomini, Loinang, Bunku-Laki, Sulawesi selatan, Bima-Sumba, Ambon-Timul,

Sula-Bacon, dan Halmahera selatan-Irian Jaya. Bahasa Melayu tergolong ke dalam

kumpulan bahasa Sumatera. 

Beberapa teori telah mengatakan bahawa penutur-penutur Bahasa Melayu berasal

daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia. Mereka datang dari daerah

Yunan dan telah turun dalam dua gelombang pergerakan ke wilayah Asia Tenggara.

Golongan pertama disebut Melayu Proto yang datang sejak tahun 2,500 sebelum Masihi.

Tidak dijelaskan mengapa mereka berpindah. Mereka tinggal di kuala-kuala sungai dan

pantai untuk memudahkan kerja-kerja mencari makan.  Golongan kedua disebut Melayu

Deutro yang datang kira-kira dalam tahun 1,500 sebelum Masihi. Perpindahan mereka juga

tidak dapat dipastikan sebab-sebabnya. Melayu Deutro ini telah berpindah mengikut jalan

dan laluan yang dilalui Melayu Proto. Apabila sampai di selatan mereka mendesak golongan

pertama ke daerah pinggiran, ke hulu sungai, ke kawasan gunung atau ke tempat-tempat

yang terpencil, manakala Melayu Deutro tinggal di kawasan tanah pamah, tanah rendah,

lembah sungai dan di tepi laut.  

Selain daripada itu, terdapat teori yang menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari

Tanah Besar Asia Tenggara. Pendapat ini didukung oleh pengkaji-pengkaji Barat. H. Kern

menyatakan bahawa penduduk di kepulauan Asia Tenggara berasal dari Assam, di bahagian

timur negara India. Beliau membuat kesimpulan demikian lantaran terdapat persamaan-

persamaan adat resam beberapa suku di Sumatera dan Borneo dengan suku-suku di Assam

seperti suku Naga di India. Henry Yule pula berpendapat seperti J.R. Logan iaitu tentang

wujudnya persamaan adat resam antara penduduk-penduduk di daratan Asia Tenggara

dengan yang terdapat di kepulauan Melayu. Persamaan-persamaan ini menunjukkan

bahawa mereka adalah daripada keturunan yang sama.

Page 5: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU SEMESTER 6.docx

Berdasarkan kajian-kajian ini boleh dikatakan bahawa penduduk-penduduk kepulauan

Asia Tenggara hingga ke Lautan Teduh berasal dari tanah besar Asia Tenggara. Tetapi tidak

dapat dipastikan dari mana. Ada yang mengatakan dari Yunan, di barat daya negeri China;

dari Assam, India; dari Asia Tengah; dan ada juga yang mengatakan dari bahagian selatan

tanah besar Asia Tenggara. Seorang lagi sarjana yang membuat kajian perbandingan

bahasa ialah Mees. Beliau membuat kajian bertitik tolak daripada pembahagian oleh

Schmidt dengan sedikit perubahan dan data yang lebih perinci. Menurut Mees lagi, bahasa

dan dialek di Tanah Melayu tidak dapat tidak, mempunyai hubungan dengan bahasa yang

digunakan di pantai Timur Sumatera, iaitu Bahasa Melayu. Malah, daerah Bahasa Melayu di

luar Tanah Melayu merangkum kepulauan Riau, Palembang, Kampar, Jambi dan Medan.

Bahasa Melayu-Sriwijaya memperlihatkan sisa-sisa tua daripada salah satu Bahasa

Austronesia berdasarkan prasasti yang terdapat pada batu bersurat Talang Tuwo bertarikh

680 Masihi. Di bahagian utara pula, terdapat kelompok bahasa Aceh, bahasa Batak seperti

Karo, Toba, Simalungan, dan Angkola-Mandiling, Nias, Mentawai, Minangkabau dan

Lampung.

Rajah 1.3:  Keluarga Bahasa Melayu

Page 6: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU SEMESTER 6.docx

Istilah keluarga digunakan bagi menggambarkan sekelompok bahasa yang kurang

daripada 2,500 tahun. Berdasar Rajah 1.3, kita dapati bahawa keluarga Bahasa Melayu juga

mempunyai pecahannya tersendiri. Kumpulan Bahasa Melayu Johor mempunyai induknya

yang bermula daripada Bahasa Melayu Johor kemudian Bahasa Melayu Tengah sebelum ke

Bahasa Melayu induk yang dikatakan berasal daripada Bahasa Melayu Proto yang juga

merupakan kumpulan Bahasa Austronesia.

Daripada keluarga Indonesia (Nusantara), Bahasa Melayu terpecah kepada 16

subkeluarga atau bahasa, iaitu Bahasa Filipina, Sumatera, Jawa, Kalimantan, Bali-Sasak,

Gorontalo, Tomini, Toraja, Loinang, Bunku-Laki, Sulawesi Selatan, Muna-Butung, Bima-

Sumba, Ambon-Timur, Sula-Bacon, Halmahera Selatan-Irian Jaya. Dalam subkeluarga

Sumatera termasuk Bahasa Aceh, Batak, Minangkabau, Melayu, Nias, Lampung, dan orang

Laut. 

Osman Omar (1961:3) mengatakan bahawa percabangan Bahasa Indonesia begitu

tersebar luas kerana dikembangkan oleh suku bangsa yang seketurunan dengan bangsa

Melayu dan penyebaran ini terjadi disebabkan sifat semula jadi bangsa Melayu sendiri

sebagai ahli pelayaran dan perantau yang masyhur. Ciri-ciri pelaut dan perantau bangsa

Melayu ini mengakibatkan berlakunya dua pertembungan penting pada induk Bahasa

Indonesia menjadi berbagai-bagai bahasa lain. Menurut Asmah (1985) kawasan penyebaran

bahasa-bahasa Indonesia dianggap sebagai pusat keseluruhan kawasan Austronesia atas

beberapa sebab. Antara lain, keluarga bahasa ini melebihi mana-mana keluarga bahasa dari

segi bentuk-bentuk bahasanya. Malah daripada keluarga bahasa inilah terdapatnya Bahasa

Melayu, iaitu bahasa yang pesat perkembangannya sehingga  dijadikan bahasa kebangsaan

bagi negara Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam. Malah kerajaan yang memerintah

alam nusantara semuanya terdapat di kawasan Indonesia, misalnya Kerajaan Sriwijaya-

Melaka dan kerajaan Melayu-Johor.

Hal ini diperjelaskan oleh Ismail Hussien (1948:5) yang mengatakan bahawa Bahasa

Melayu hanyalah merupakan satu daripada lebih kurang 200 bahasa dalam kepulauan

Melayu. Oleh sebab bentuknya yang amat sederhana dan kemungkinan menerima unsur

asing dan sifatnya yang dapat dilentur buat memenuhi keperluan semasa, maka jadilah

Bahasa Melayu sebagai satu bahasa yang terpenting dalam sejarah bahasa-bahasa di

kepulauan Melayu.

Page 7: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU SEMESTER 6.docx

Ahli bahasa membahagikan perkembangan Bahasa Melayu kepada beberapa tahap, iaitu

Bahasa Melayu Kuno, Bahasaa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden ;

1) Bahasa Melayu Kuno 

i. Bahasa Melayu tergolong dalam keluarga bahasa Nusantara di bawah golongan

bahasa Sumatera. Bahasa Melayu kuno digunakan pada abad ke-7 hingga abad

ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya. pada waktu itu, Bahasa Melayu kuno telah

menjadi lingua franca dan bahasa pentadbiran kerana sifat bahasa Melayu yang

bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar. Bahasa Melayu juga

tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat dan mempunyai sistem

yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.

ii. Oleh sebab agama Hindu menjadi pegangan orang Melayu ketika itu, bahasa

Melayu banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit yang menyumbang

kepada pengayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa

Melayu. Bahasa Sanskrit dianggap sebagai bahasa sarjana dan digunakan oleh

bangsawan. Bahasa Melayu juga mudah dilentur mengikut keadaan dan

keperluan.

iii. Bukti penggunaan Bahasa Melayu kuno boleh dilihat pada batu-batu bersurat

abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Palawa iaitu ;

a. Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)

b. Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M)

c. Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)

d. Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)

iv. Berpandukan isinya, penulisan di batu bersurat tersebut dibuat atas arahan Raja

Srivijaya, sebuah kerajaan yang mempunyai empayar meliputi Sumatera, Jawa,

Semenanjung Tanah Melayu, Segenting Kra dan Sri Lanka. Oleh itu, ini

menunjukkan bahawa Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa rasmi dan

bahasa pentadbiran kerajaan Srivijaya, sekaligus meluaskan penyebaran Bahasa

Melayu ke tanah jajahan takluknya . Walaupun bahasa pada batu bersurat itu

Page 8: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU SEMESTER 6.docx

masih berbahasa Sanskrit, akan tetapi masih terdapat pengaruh Bahasa Melayu

Kuno di dalamnya.

v. Istilah “Melayu” timbul buat pertama kali dalam tulisan Cina pada tahun 644 dan

645 Masehi. Tulisan ini menyebut mengenai orang “Mo-Lo-Yue” yang

mengirimkan utusan ke Negeri China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi

keada Raja China. Letaknya kerajaan “Mo-Lo-Yue” ini tidak dapat dipastikan tetapi

ada yang mencatatkan di Semenanjung Tanah Melayu dan di Jambi, Sumatera.

vi. Selain bukti penggunaan bahasa Melayu kuno di atas,batu bersurat di Gandasuli,

Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.

Bahasa Melayu kuno mempunyai beberapa ciri iaitu ;

Terdapat unsur-unsur pinjaman daripada bahasa Sanskrit.

Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan – wulan)

Tidak wujud bunyi e pepet (Contoh dengan – dngan atau dangan)

Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)

Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat – niparwuat)

Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h

(Contoh: sukhatshitta)

Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)

2) Bahasa Melayu Klasik 

Page 9: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU SEMESTER 6.docx

2.1 Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik

i. Pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13 turut

memberi kesan kepada perkembangan bahasa Melayu. Kedatangan Islam ke Tanah

Melayu telah banyak mengubah sistem bahasa Melayu terutama dari aspek kosa kata,

struktur ayat dan sistem tulisan.

ii. Terdapat tiga batu bersurat yang penting, ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan

bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kuno kerana selepas abad

ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.

iii. Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)- ditulis dalam huruf India dan

mengandungi prosa Melayu kuno dan beberapa baris sajak Sanskrit. Bahasanya

berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.

iv. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)- masih memakai abjad India dan buat

pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan

rahmat

v. Batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)- ditulis dalam tulisan Jawi

dan membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada

abad itu.

2.2 Bahasa Melayu Klasik

Abad ke –13 merupakan waktu bermulanya zaman peralihan di Kepulauan Melayu

dengan berkembangnya agama Islam ke rantau ini. Ini telah mempengaruhi bangsa dan

bahasa di sini, terutamanya bangsa dan bahasa Melayu. Pengaruh India sedikit demi sedikit

mula digantikan dengan pengaruh Islam dan Arab. Kegemilangannya bahasa Melayu klasik

boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting iaitu zaman kerajaan Melaka, zaman kerajaan

Acheh dan zaman kerajaan Johor-Riau. Zaman penting bagi Bahasa Melayu ialah pada

zaman Kerajaan Melayu Melaka. Kerajaan Melayu Melaka yang telah menerima Islam dan

berjaya membina empayar yang luas telah dapat meningkatkan kemajuan dan

perkembangan Bahasa Melayu di rantau ini. Bahasa Melayu telah digunakan dalam

pentadbiran dan aktiviti perdagangan serta menjadi “lingua franca” para pedagang. Bahasa

Page 10: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU SEMESTER 6.docx

Melayu juga telah menjadi alat penyebaran agama Islam ke seluruh Kepulauan Melayu.

Bahasa Melayu telah mendapat bentuk tulisan baru iaitu tulisan Jawi. Perbendaharaan kata

juga telah bertambah dengan wujudnya keperluan untuk mengungkapkan idea-idea yang

dibawa oleh peradaban Islam. Keagungan Kesultanan Melaka jelas tergambar di dalam

“Sejarah Melayu” oleh Tun Seri Lanang, sebuah karya dalam Bahasa Melayu yang sangat

tinggi nilainya. Kedatangan orang-orang Eropah dan kejatuhan Kesultanan Melaka ke

tangan Portugis pada tahun1511 masehi tidak menamatkan pengaruh Bahasa Melayu.

Ramai di antara mereka yang menjalankan penyelidikan dan menyimpan catatan mengenai

bahasa dan kesusasteraan Melayu. Beberapa contoh usaha mereka ialah :

a. Pigafetta, seorang ketua kelasi berbangsa Itali dalam pelayarannya bersama

Magellan, telah menyusun kamus Melayu-Itali semasa singgah di Pulau Tidore pada

tahun 1521. Kamus ini merupakan daftar kata daripada bahasa yang dituturkan oleh

orang-orang di pelabuhan itu dengan lebih 400 patah perkataan dan merupakan

daftar kata Melayu-Eropah yang tertua. Kedudukan Pulau Tidore yang terletak jauh

daripada tempat asal Bahasa elayu menggambarkan betapa luasnya Bahasa Melayu

tersebar.

b. Jan Hugen Van Linschotten, seorang bangsa Belanda pernah tinggal di Indonesia

antara tahun 1586 hingga 1592 dan berkhidmat sebagai pegawai kepada pemerintah

Portugis. Beliau ada mencatatkan dalam bukunya bahawa Bahasa Melayu dianggap

sebagai bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa negeri timur.

c. Pada awal abad ke-18, Francios Valentijn, seorang pendeta dan ahli sejarah

bangsa Belanda yang banyak menulis menganai wilayah Kepulauan Melayu, telah

menggambarkan kepentingan Bahasa Melayu seperti berikut ;

“Bahasa mereka, Bahasa Melayu, bukan sahaja dituturkan di daerah pinggir laut,

tetapi juga digunakan di seluruh Kepulauan Melayu dan di segala negeri-negeri

Timur, sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana sahaja oleh setiap orang.”

Page 11: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU SEMESTER 6.docx

Satu bukti tentang tingginya martabat Bahasa Melayu dan luas penggunaanya di wilayah

ini adalah pada surat-menyurat antara pentadbir dan raja-raja di Kepulauan Melayu.

Antaranya ialah ;

a. Surat Sultan Acheh kepada Kapitan Inggeris, James Lancester (1601)

b. Surat Sultan Alauddin Shah dari Acheh kepada Harry Middleton (1602)

c. Surat Sultan Acheh kepada raja Inggeris, King James (1612)

Ketiga-tiga surat ini tersimpan di perpustakaan Bodelein, London.

Dalam abad ke-17, terdapat banyak usaha oleh sarjana-sarjana Eropah untuk menyusun

kamus dan daftar kata, yang kemudiannya diteruskan kepada bidang morfologi, sintaksis

dan fonologi. Tokoh-tokoh tempatan juga tidak ketinggalan memberikan sumbangan.

Kebanyakan usaha mereka berkisar tentang agama dan sastera. Palembang dan Acheh

telah menggantikan Melaka sebagai pust keintelektualan Melayu. Tokoh-tokoh di Acheh

antaranya ialah ;

a. Sheikh Nuruddin Al-Raniri (“Bustanul Salatin”)

b. Shamsuddin Al-Sumaterani (“Mirat Al-Mukmin”)

c. Abdul Rauf Singkel (“Mirat Al-Tullab”)

d. Hamzah Fansuri (“Syair Perahu”)

Di Palembang pula terdapat Abdul Samad Al-Falambani dengan kitab “Hikayat Al-

Salakin”. Selain daripada Acheh dan Palembang, beberapa tokoh juga timbul di tempat-

tempat lain. Di Brunei, Pengiran Syahbandar Muhammad Salleh (Pengiran Indera Muda)

telah menghasilkan “Syair Rakis”, manakala di Banjarmasin pula terkenal dengan Arshad Al-

Banjari dengan kitab “Sabil Al-Muhtadin”. Sheikh Mohd Ismail Daud Al-Fatani di Pattani pula

menghasilkan “Matla’al Badrain” dan “Furu’ Al-Masail”.

Page 12: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU SEMESTER 6.docx

Bahasa Melayu Klasik membawa ciri-ciri berikut ;

Ayatnya panjang, berulang, berbelit-belit dan banyak menggunakan struktur ayat

pasif.

Menggunakan bahasa istana: contoh tuanku, baginda, bersiram, mangkat dsb.

Kosa kata arkaik dan jarang digunakan ; ratna mutu manikam, edan kesmaran

(mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)

Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah,

hatta, adapun.

Banyak menggunakan ayat songsang: pendepanan predikat

Banyak menggunakan partikel “pun’ dan `lah’

3) Bahasa Melayu Moden

Bahasa Melayu moden dikatakan bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi

Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden kerana sifatnya yang

dikatakan agak menyimpang dengan bentuk bahasa Melayu klasik. Sebelum penjajahan

British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa

perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.

Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai

bahasa pengantar dalam sistem pendidikan. Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan,

Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaan yang menyebut bahawa, “Bahasa Kebangsaan negara ini adalah Bahasa

Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan

dengan undang-undang Parlimen”.

Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa

rasmi negara (bahasa yang digunakan dalam semua urusan rasmi kerajaan persekutuan,

negeri, tempatan dan badan berkanun). Laporan Razak 1956 mencadangkan agar bahasa

Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara dan menjadi

alat utama perpaduan antara kaum.

Page 13: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU SEMESTER 6.docx

2.0 Kedudukan, Isu dan Memartabatkan Bahasa Melayu

Kedudukan Bahasa Melayu di Malaysia melalui beberapa peringkat perkembangan yang

pastinya sentiasa menerima tamparan dan bual bicara daripada pelbagai pihak. Di Malaysia,

bahasa Melayu atau juga dikenali sebagai bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan

yang mengikuti piawaian yang ditetapkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Perkara ini

dapat dibuktikan lagi melalui Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, jelas

menyebut bahawa: "Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu”. Namun, Bahasa Melayu

juga telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan sejak tahun 1957 dan seterusnya

menjadi asas kepada pembentukan Persekutuan Malaysia yang merdeka.

Namun, selepas lebih dari 50 tahun negara menyambut kemerdekaan, penggunaan

bahasa kebangsaan masih menjadi isu dan perdebatan yang tidak berkesudahan. Paling

menyedihkan apabila ada kajian menunjukkan terdapat generasi muda dari kaum Cina yang

tidak tahu berbahasa Melayu. Malah lebih banyak jawatan yang di antaranya memerlukan

kefasihan dalam bahasa Cina dan Inggeris berbanding bahasa Melayu dalam sektor swasta.

Dari segi undang-undang Malaysia, bahasa Melayu diperkukuhkan lagi melalui Akta

Bahasa Kebangsaan 1967 yang menetapkan bahasa itu sebagai bahasa rasmi tunggal.

Pindaan dalam Akta Perlembagaan 1971 pula menetapkan status bahasa Melayu sebagai

bahasa kebangsaan tidak boleh dipersoalkan. Mereka yang berbuat demikian boleh didakwa

di bawah Akta Hasutan 1984. Bahasa rasmi negara itu juga tidak boleh dipinda tanpa

persetujuan Majlis Raja-Raja. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu

pula diwartakan dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Akta Pendidikan menetapkan

kedudukan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama dalam semua sistem

pendidikan negara baik di peringkat sekolah mahupun pengajian tinggi.

Pengecualian penggunaan bahasa Melayu di institusi pendidikan yang bahasa pengantar

utamanya bukan bahasa kebangsaan pula disebut di bawah Seksyen 17(2). Namun, bahasa

Melayu hendaklah diajar sebagai mata pelajaran wajib. Bahasa kebangsaan juga telah

menjadi bahasa rasmi dalam urusan pentadbiran awam serta majlis-majlis rasmi kerajaan. Ia

turut digunakan secara rasmi di Dewan Rakyat, Dewan Negara dan Dewan Undangan

Negeri. Hanya di peringkat mahkamah, penggunaan bahasa Melayu tidak dimartabatkan

sepenuhnya lagi. Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan 1967 (Akta 32) menetapkan bahasa

Melayu sebagai bahasa yang terpakai dalam segala prosiding dalam Mahkamah

Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah di Malaysia

Page 14: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU SEMESTER 6.docx

adalah dengan bersyarat, iaitu Mahkamah boleh memerintah supaya prosiding itu dijalankan

sebahagiannya dalam Bahasa Melayu dan sebahagiannya dalam bahasa Inggeris.

Di Malaysia juga mempunyai badan perancangan bahasa, iaitu Dewan Bahasa dan

Pustaka (DBP). Sejak ditubuhkan pada 1956, DBP memainkan peranan penting terhadap

kemajuan dan pembangunan bahasa kebangsaan sehingga kini. Demikian juga peranan

penulis dan sasterawan Melayu. Sejak sebelum merdeka lagi pelbagai persatuan penulis

dan sastera di negara ini gigih memperjuangkan bahasa Malaysia sebagai bahasa

kebangsaan. Perkara tersebut berlanjutan sehingga kini namun caranya sedikit berbeza.

Malahan, peranan akhbar juga mempengaruhi kedudukan bahasa Melayu di Malaysia.

Memang diakui kewujudan akhbar-akhbar Melayu sebelum merdeka turut menyemarakkan

perjuangan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa penyaluran maklumat yang

berkesan di Malaysia. Walau bagaimanapun kini di Malaysia, telah munculnya pelbagai

akhbar berbahasa Melayu seperti akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian, Harian Metro dan

lain-lain lagi. Namun ia kurang mendapat sambutan daripada ahli korporat untuk

mengiklankan jawatan professional dan peluang pekerjaan serta iklan-iklan perniagaan

walaupun pembaca akhbar-akhbar tersebut di Malaysia adalah paling ramai. Berbeza

dengan akhbar bahasa asing di Malaysia seperti The Star, New Straits Times, The

Sun dan Nanyang Siang Pau, ia dilihat walaupun jumlah pembaca tidak seramai pembaca

bagi akhbar berbahasa Melayu tetapi pengiklanan jawatan professional dan peluang

pekerjaan serta iklan-iklan perniagaan dilihat lebih banyak dan jauh melimpah ruah

berbanding akhbar berbahasa Melayu.

Martabat bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di negara ini telah

direndahkan ekoran salah tanggapan penuturnya. Wujudnya 'trend' penggunaan bahasa

yang seolah-olah berasaskan 'stratifikasi sosial' di mana bahasa Melayu dianggap hanya

seolah-olah digunakan oleh kelompok berpendidikan rendah dan rakyat biasa, manakala

kelompok atasan, elit, profesional, komuniti korporat dan mereka yang berpendidikan tinggi

dari luar negara lebih mesra menggunakan bahasa Inggeris. Demikian juga kebanyakan ahli

politik Malaysia lebih gemar menggunakan bahasa Inggeris atau 'bahasa campuran'

termasuk ketika diwawancara media tempatan, majlis rapat rakyat, persidangan dan

sebagainya. Namun yang menyedihkan hati apabila rata-rata orang yang menghadiri

wawancara atau majlis tersebut adalah orang Malaysia tidak kira berbangsa apa sekalipun,

sepatutnya pemimpin Malaysia apabila berbicara bersama rakyat seharusnya menggunakan

Page 15: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU SEMESTER 6.docx

bahasa Melayu kerana ia bahasa kebangsaan yang sepatutnya semua rakyat wajar

menerimanya dengan baik.

Kewajaran menguasai bahasa Inggeris memang tidak boleh disangkal kerana bahasa

Inggeris adalah medium terbaik yang diperlukan untuk menghubungi dunia luar. Malah,

wajar sekali rakyat digalakkan menguasai bahasa lain seperti bahasa Jepun, Korea,

Mandarin dan Arab. Namun, elemen patriotisme terhadap bahasa kebangsaan sebagai

'Bahasa Jiwa Bangsa' dan ‘Cintailah Bahasa Kita’ perlu diterapkan dalam setiap sanubari

rakyat Malaysia.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) di Malaysia lebih cenderung menggunakan bahasa

Inggeris bagi menamakan taman perumahan, khususnya di sekitar bandar utama. Tindakan

mereka jelas tidak membantu dalam memartabatkan bahasa Melayu, sebaliknya

membuktikan minda serta tindak tanduk mereka masih terjajah walaupun negara ini sudah

lebih 55 tahun mencapai kemerdekaan. Isu ini bukan baru malah teguran dan peringatan

seumpama itu sering dibuat, malangnya mereka seolah-olah tidak langsung

mempedulikannya, jauh sekali mahu merujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

sebelum mendapatkan lesen iklan daripada PBT. Sikap mereka terhadap pengiktirafan

bahasa Melayu sebagai bahasa utama amat mendukacitakan.

Di Malaysia, penggunaan bahasa asing khususnya bahasa Inggeris dalam pengiklanan

dilihat lebih diutamakan berbanding penggunaan bahasa Melayu sebagai medium bahasa

pengiklanan utama. Walaupun undang-undang telah ada namun penguatkuasaan bahasa

kebangsaan dalam pelbagai bidang utama seperti pendidikan, perniagaan, pengiklanan dan

komunikasi masih banyak tidak diendahkan dan kurang diutamakan berbanding penggunaan

bahasa Inggeris.

Terdapat juga usaha kerajaan Malaysia untuk membudaya kembali penggunaan bahasa

Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia, antaranya pada tahun 2009, kerajaan

memperkenalkan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) dengan matlamat memantapkan,

memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia. Menurut portal rasmi

DBP, BKK adalah lanjutan kepada kempen bahasa terdahulu. Ia bermula dengan panggilan

Minggu Bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan sepanjang dekad 60-an. Ia

kemudiannya dikenali pelbagai nama seperti Gerakan Cintailah Bahasa Kita (GCBK, 1987-

1996), Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta (GBKSS,1996-2005) dan Minggu

Sastera (1987-1998). Pada 1999 ia dinamakan Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN)

dan kini dikenali sebagai BBK.

Page 16: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU SEMESTER 6.docx

Dalam bidang pendidikan pula, isu kedudukan bahasa Melayu di Malaysia paling hangat

mendapat liputan dan buah mulut oleh pelbagai pihak bermula dari dasar Pengajaran dan

Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), dimana melalui dasar

ini, kabinet Malaysia telah menetapkan bahasa Inggeris menggantikan bahasa

kebangsaan/ibunda sebagai bahasa perantara mata pelajaran Sains dan Matematik di

semua peringkat pendidikan, dengan memulakan langkah perintisnya untuk diajar kepada

pelajar Tahun 1 dan Tingkatan 1 pada tahun persekolahan 2003; namun dasar PPSMI

sering menjadi isu perdebatan yang hangat semenjak dilaksanakan oleh pentadbiran Tun

Dr Mahathir bin Mohamad pada tahun 2003. Banyak forum, desakan dan demonstrasi telah

berlangsung dengan objektif untuk memastikan dasar PPSMI dimansuhkan secepat mungkin

dan mengembalikan hak-hak istimewa bahasa Melayu yang semakin nazak di Malaysia.

Akhirnya kerajaan Malaysia telah mengambil keputusan untuk memansuhkan

sepenuhnya Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa

Inggeris (PPSMI) pada 2016 bagi sekolah rendah dan 2021 bagi sekolah menengah kerana

pelaksanaannya telah terbukti gagal mencapai sasaran yang diinginkan. Maka dasar

tersebut diganti dengan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa

Inggeris (MBMMBI).

Prof Dato’ Dr Mohd Yusof Hj Othman, Pengarah Institut Hadhari UKM menyifatkan

sebagai seorang saintis beliau amat yakin bidang sains dan teknologi perlu di ajar dalam

bahasa kebangsaan. Oleh itu menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa bagi bidang

sains dan teknologi hanya akan membawa padah dan ia akan membuat kesilapan yang

sama yang telah dibuat oleh Barat. Sains di Barat tidak mempunyai ruang untuk agama atau

kerohanian manakala Islam tidak mengekang perkembangan bidang sains malah telah

membantu dalam banyak situasi.

Menurut Prof Dr Awang Sariyan pula yang juga tokoh bahasa dan Penyandang Pertama

Kursi Pengajian Melayu Kerajaan Malaysia di China, berpangkalan di Universiti Pengajian

Asing Beijing, di Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dilihat hanya merupakan satu-

satunya IPT di Malaysia yang telus dalam menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa

perantara dan pembelajaran dalam kebanyakan kursus pengajian yang ditawarkan dalam

pelbagai bidang. Ia dapat dibuktikan sehingga tesis peringkat doktor falsafah pun

kebanyakannya ditulis dalam bahasa Melayu, sebagai bukti kemampuan bahasa Melayu

menjadi bahasa ilmu tinggi.

Manakala dalam Akta Pendidikan 1996, jelas menunjukkan institusi pengajian tinggi

swasta (IPTS) juga masih tetap tertakluk kepada penggunaan bahasa Melayu sebagai

Page 17: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU SEMESTER 6.docx

bahasa penghantar utama. Namun kini di Malaysia IPTS dilihat lebih cenderung sepenuhnya

mengajar pengajian ilmiah dalam bahasa Inggeris dan menidakkan hak bahasa Melayu

sebagai bahasa ilmiah dengan begitu jelas sekali. Ketetapan mengajarkan tiga mata kuliah

teras di IPTS, iaitu subjek Bahasa Kebangsaan, Kenegaraan Malaysia dan Pengajian Islam

atau Pendidikan Moral tampaknya menjadi dokumen tersurat sahaja kerana kebanyakan

IPTS mengabaikan ketetapan itu, kecuali sesetengah IPTS seperti Universiti Multimedia,

Universiti Tenaga Nasional dan Universiti Petronas.

Dalam pelbagai usaha yang dibangunkan untuk mengangkat bahasa Melayu supaya

kembali memainkan peranan utamanya seperti yang termaktub dalam Perlembagaan

Malaysia, masih terdapat juga pelbagai lekak lekuk dan ketandusan yang berlaku di

Malaysia kerana usaha pemartabatan bahasa Melayu tidak menyeluruh malah hanya

tertumpu pada sesuatu bidang atau landasan tertentu. Kekhuatiran terhadap bahasa Melayu

di Malaysia jelas mendapat kebimbangan besar dari pakar, pejuang dan pencinta bahasa

Melayu menerusi pelbagai ketetapan yang dimeterai sepanjang sidang Kongres Bahasa dan

Persuratan Melayu sehingga tahun 2011.

Page 18: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU SEMESTER 6.docx

3.0 Perkembangan Sistem Ejaan Jawi dan Rumi

-Bajuri, mintak tolong buatkan

bahagian ni

Page 19: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU SEMESTER 6.docx

4.0 Grafik

i. Sumber kewujudan Bahasa Melayu

Kesimpulan ;

Bahasa Melayu tergolong dalam keluarga Nusantara di bawah rumpun Bahasa Austronesia.

Asal-usul Bahasa Melayu adalah dari filum Austris. Filum Austris terpecah kepada tiga

rumpun bahasa yang besar iaitu rumpun Austroasia dan rumpun Austronesia (dulu dikenali

sebagai Malayo-Polinesia), dan rumpun Tibet-China. Rumpun Austronesia pula dipecahkan

kepada empat keluarga, iaitu Indonesia (Nusantara), Melanesia, Mikronesia dan Polinesia

(Rajah 1.2). Dalam keluarga bahasa Nusantara terdapat kira-kira 200 hingga 300 bahasa.

Namun begitu, bahasa-bahasa tersebut dikelaskan kepada golongan tertentu seperti

golongan Filipina, Sumatera, Jawa, Kalimantan, Bali-Sasak, Muna-Butung, Gorontalo,

Tomini, Loinang, Bunku-Laki, Sulawesi selatan, Bima-Sumba, Ambon-Timul, Sula-Bacon,

dan Halmahera selatan-Irian Jaya. Bahasa Melayu tergolong ke dalam kumpulan bahasa

Sumatera. 

Page 20: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU SEMESTER 6.docx

ii. Peta Pergerakan Bahasa dan Bangsa Melayu di Nusantara

Petunjuk : Pergerakan bangsa Melayu yang

Kesimpulan ;

Pergerakan adalah berdasarkan 2 teori iaitu ;

i- Penutur-penutur Bahasa Melayu berasal daripada golongan yang diberi nama

Austronesia. Mereka datang dari daerah Yunan dan telah turun dalam dua

gelombang pergerakan ke wilayah Asia Tenggara. Golongan pertama disebut

Melayu Proto yang datang sejak tahun 2,500 sebelum Masihi. Mereka tinggal di

kuala-kuala sungai dan pantai untuk memudahkan kerja-kerja mencari makan. 

Golongan kedua disebut Melayu Deutro yang datang kira-kira dalam tahun 1,500

sebelum Masihi. Melayu Deutro ini telah berpindah mengikut jalan dan laluan

yang dilalui Melayu Proto. Apabila sampai di selatan mereka mendesak golongan

pertama ke daerah pinggiran, ke hulu sungai, ke kawasan gunung atau ke

tempat-tempat yang terpencil, manakala Melayu Deutro tinggal di kawasan tanah

pamah, tanah rendah, lembah sungai dan di tepi laut.  

ii- Bangsa Melayu berasal dari Tanah Besar Asia Tenggara. Pendapat ini didukung

oleh pengkaji-pengkaji Barat. H. Kern menyatakan bahawa penduduk di

kepulauan Asia Tenggara berasal dari Assam, di bahagian timur negara India.

Page 21: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU SEMESTER 6.docx

Beliau membuat kesimpulan demikian lantaran terdapat persamaan-persamaan

adat resam beberapa suku di Sumatera dan Borneo dengan suku-suku di Assam

seperti suku Naga di India. Henry Yule pula berpendapat seperti J.R. Logan iaitu

tentang wujudnya persamaan adat resam antara penduduk-penduduk di daratan

Asia Tenggara dengan yang terdapat di kepulauan Melayu. Persamaan-

persamaan ini menunjukkan bahawa mereka adalah daripada keturunan yang

sama.

Page 22: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU SEMESTER 6.docx

iii- Memartabatkan Bahasa Melayu

Page 23: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU SEMESTER 6.docx

BIBLIOGRAFI

1. Abdul Rashid Daing Melebek dan Amat Juhari Moain [2006], Sejarah Bahasa Melayu,

Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

2. Abdul Rashid Daing Melebek [2010], Sejarah Penyelidikan Barat Tentang Bahasa dan

Bangsa Melayu, Shah Alam,Selangor: Maya Press Sdn. Bhd

3. Ismail Jusoh dan Mat Nor Hussin [2008], Perancangan Bahasa, FBMK ; UPM

4. Abdul Chaer [2007], Kajian Bahasa: Struktur Internal, Pemakaian dan

Pemelajaran,Jakarta: PT Rineka Cipta

5. Asmah Haji Omar. (1985). Susur galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

6. Abdul Rashid Melebek, Amat Juhari Moain. (2006). Sejarah Bahasa

Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Malaysia Pub. & Distributors.