sejarah perkembangan dan asal usul bahasa melayu

25
Sejarah Perkembangan dan Asal Usul Bahasa Melayu 1. Untuk mengetahui asal usul Bahasa Melayu kita perlu mengetahui asal usul penutur aslinya terlebih dahulu, iaitu orang Melayu. Asal usul bangsa Melayu sehingga kini masih kabur tetapi beberapa sarjana Eropah seperti Hendrik Kern (Belanda) dan Robert von Heine Geldern (Austria) telah melakukan penyelidikan secara kasar tentang latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno. 2. Teori mereka menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal daripada kelompok Austronesia, iaitu kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunan di China yang kemudiannya berhijrah dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia dan akhirnya menduduki wilayah Asia Tenggara. 3. Gelombang pertama dikenali sebagai Melayu-Proto dan berlaku kira- kira 2500 tahun Sebelum Masehi 4. Kira-kira tahun 1500 tahun Sebelum Masehi, datang pula gelombang kedua yang dikenali sebagai Melayu-Deutro. Mereka mendiami daerah- daerah yang subur di pinggir pantai dan tanah lembah Asia Tenggara. Kehadiran mereka ini menyebabkan orang-orang Melayu-Proto seperti orang-orang Jakun, Mahmeri, Jahut, Temuan, Biduanda dan beberapa kelompok kecil yang lain berpindah ke kawasan hutan dan pedalaman. Golongan Melayu-Deutro ini dikatakan nenek moyang masyarakat Melayu yang ada pada masa kini. 5. Bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa Austronesia, manakala bahasa-bahasa Austronesia ini berasal daripada keluarga bahasa Austris. Selain daripada rumpun bahasa Austronesia, terdapat rumpun bahasa Austro-Asia dan rumpun bahasa Tibet-Cina. 6. Ahli bahasa telah membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu: a. Bahasa Melayu Kuno, b. Bahasa Melayu Klasik dan c. Bahasa Melayu Moden.

Upload: nur-azizah-dirmanto

Post on 22-Nov-2015

89 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Sejarah Perkembangan dan Asal Usul Bahasa Melayu1. Untuk mengetahui asal usul Bahasa Melayu kita perlu mengetahui asal usul penutur aslinya terlebih dahulu, iaitu orang Melayu. Asal usul bangsa Melayu sehingga kini masih kabur tetapi beberapa sarjana Eropah seperti Hendrik Kern (Belanda) dan Robert von Heine Geldern (Austria) telah melakukan penyelidikan secara kasar tentang latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno.

2. Teori mereka menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal daripada kelompok Austronesia, iaitu kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunan di China yang kemudiannya berhijrah dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia dan akhirnya menduduki wilayah Asia Tenggara.3. Gelombang pertama dikenali sebagai Melayu-Proto dan berlaku kira-kira 2500 tahun Sebelum Masehi4. Kira-kira tahun 1500 tahun Sebelum Masehi, datang pula gelombang kedua yang dikenali sebagai Melayu-Deutro. Mereka mendiami daerah-daerah yang subur di pinggir pantai dan tanah lembah Asia Tenggara. Kehadiran mereka ini menyebabkan orang-orang Melayu-Proto seperti orang-orang Jakun, Mahmeri, Jahut, Temuan, Biduanda dan beberapa kelompok kecil yang lain berpindah ke kawasan hutan dan pedalaman. Golongan Melayu-Deutro ini dikatakan nenek moyang masyarakat Melayu yang ada pada masa kini.

5. Bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa Austronesia, manakala bahasa-bahasa Austronesia ini berasal daripada keluarga bahasa Austris. Selain daripada rumpun bahasa Austronesia, terdapat rumpun bahasa Austro-Asia dan rumpun bahasa Tibet-Cina.

6. Ahli bahasa telah membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu:a. Bahasa Melayu Kuno,b. Bahasa Melayu Klasik danc. Bahasa Melayu Moden.

Bahasa Melayu Kuno1. Bahasa Melayu tergolong dalam keluarga bahasa Nusantara di bawah golongan bahasa Sumatera. Bahasa Melayu kuno digunakan pada abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya. pada waktu itu, BM kuno telah menjadi lingua franca dan bahasa pentadbiran kerana sifat bahasa Melayu yang bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar. Bahasa Melayu juga tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat dan mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.

2. Oleh sebab agama Hindu menjadi pegangan orang Melayu ketika itu, bahasa Melayu banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit yang menyumbang kepada pengayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu. Bahasa Sanskrit dianggap sebagai bahasa sarjana dan digunakan oleh bangsawan. Bahasa Melayu juga mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.

3. Bukti penggunaan Bahasa Melayu kuno boleh dilihat pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Palawa iaitu:

a. Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)b. Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M)c. Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)d. Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)4. Berpandukan isinya, penulisan di batu bersurat tersebut dibuat atas arahan raja Srivijaya, sebuah kerajaan yang mempunyai empayar meliputi Sumatera, Jawa, Semenanjung Tanah Melayu, Segenting Kra dan Sri Lanka. Oleh itu, ini menunjukkan bahawa Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa rasmi dan bahasa pentadbiran kerajaan Srivijaya, sekaligus meluaskan penyebaran Bahasa Melayu ke tanah jajahan takluknya . Walaupun bahasa pada batu bersurat itu masih berbahasa Sanskrit, akan tetapi masih terdapat pengaruh Bahasa Melayu Kuno di dalamnya.

5. Istilah Melayu timbul buat pertama kali dalam tulisan Cina pada tahun 644 dan 645 Masehi. Tulisan ini menyebut mengenai orang Mo-Lo-Yue yang mengirimkan utusan ke Negeri China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi keada Raja China. Letaknya kerajaan Mo-Lo-Yue ini tidak dapat dipastikan tetapi ada yang mencatatkan di Semenanjung Tanah Melayu dan di Jambi, Sumatera.

6. Selain bukti penggunaan bahasa Melayu kuno di atas,batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.

7. Bahasa Melayu kuno mempunyai beberapa ciri iaitu;

a. Terdapat unsur-unsur pinjaman daripada bahasa Sanskrit.b. Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan wulan)c. Tidak wujud bunyi e pepet (Contoh dengan dngan atau dangan)d. Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)e. Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat niparwuat)f. Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta)g. Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)

Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik

1. Pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13 turut memberi kesan kepada perkembangan bahasa Melayu. Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah banyak mengubah sistem bahasa Melayu terutama dari aspek kosa kata, struktur ayat dan sistem tulisan.

2. Terdapat tiga batu bersurat yang penting:a. Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)- ditulis dalam huruf India danmengandungi prosa Melayu kuno dan beberapa baris sajak Sanskrit. Bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)- masih memakai abjad India dan buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat c. batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)- ditulis dalam tulisan Jawi dan membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.

3. Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kuno kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.

Bahasa Melayu Klasik

1. Abad ke 13 merupakan waktu bermulanya zaman peralihan di Kepulauan Melayu dengan berkembangnya agama Islam ke rantau ini. Ini telah mempengaruhi bangsa dan bahasa di sini, terutamanya bangsa dan bahasa Melayu. Pengaruh India sedikit demi sedikit mula digantikan dengan pengaruh Islam dan Arab. Kegemilangannya bahasa Melayu klasik boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting iaitu zaman kerajaan Melaka, zaman kerajaan Acheh dan zaman kerajaan Johor-Riau

2. Zaman penting bagi Bahasa Melayu ialah pada zaman Kerajaan Melayu Melaka. Kerajaan Melayu Melaka yang telah menerima Islam dan berjaya membina empayar yang luas telah dapat meningkatkan kemajuan dan perkembangan Bahasa Melayu di rantau ini. Bahasa Melayu telah digunakan dalam pentadbiran dan aktiviti perdagangan serta menjadi lingua franca para pedagang. Bahasa Melayu juga telah menjadi alat penyebaran agama Islam ke seluruh Kepulauan Melayu. Bahasa Melayu telah mendapat bentuk tulisan baru iaitu tulisan Jawi. Perbendaharaan kata juga telah bertambah dengan wujudnya keperluan untuk mengungkapkan idea-idea yang dibawa oleh peradaban Islam. Keagungan Kesultanan Melaka jelas tergambar di dalam Sejarah Melayu oleh Tun Seri Lanang, sebuah karya dalam Bahasa Melayu yang sangat tinggi nilainya.

3. Kedatangan orang-orang Eropah dan kejatuhan Kesultanan Melaka ke tangan Portugis pada tahun1511 masehi tidak menamatkan pengaruh Bahasa Melayu. Ramai di antara mereka yang menjalankan penyelidikan dan menyimpan catatan mengenai bahasa dan kesusasteraan Melayu. Beberapa contoh usaha mereka ialah :

a. Pigafetta, seorang ketua kelasi berbangsa Itali dalam pelayarannya bersama Magellan, telah menyusun kamus Melayu-Itali semasa singgah di Pulau Tidore pada tahun 1521. Kamus ini merupakan daftar kata daripada bahasa yang dituturkan oleh orang-orang di pelabuhan itu dengan lebih 400 patah perkataan dan merupakan daftar kata Melayu-Eropah yang tertua. Kedudukan Pulau Tidore yang terletak jauh daripada tempat asal Bahasa Melayu menggambarkan betapa luasnya Bahasa Melayu tersebar. b. Jan Hugen Van Linschotten, seorang bangsa Belanda pernah tinggal di Indonesia antara tahun 1586 hingga 1592 dan berkhidmat sebagai pegawai kepada pemerintah Portugis. Beliau ada mencatatkan dalam bukunya bahawa Bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa negeri timur.

c. Pada awal abad ke-18, Francios Valentijn, seorang pendeta dan ahli sejarah bangsa Belanda yang banyak menulis menganai wilayah Kepulauan Melayu, telah menggambarkan kepentingan Bahasa Melayu seperti berikut :Bahasa mereka, Bahasa Melayu, bukan sahaja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi juga digunakan di seluruh Kepulauan Melayu dan di segala negeri-negeri Timur, sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana sahaja oleh setiap orang.

4. Satu bukti tentang tingginya martabat Bahasa Melayu dan luas penggunaanya di wilayah ini adalah pada surat-menyurat antara pentadbir dan raja-rja di Kepulauan Melayu. Antaranya ialah :a. Surat Sultan Acheh kepada Kapitan Inggeris, James Lancester (1601)b. Surat Sultan Alauddin Shah dari Acheh kepada Harry Middleton (1602)c. Surat Sultan Acheh kepada raja Inggeris, King James (1612)(Ketiga-tiga surat ini tersimpan di perpustakaan Bodelein, London)

5. Dalam abad ke-17, terdapat banyak usaha oleh sarjana-sarjana Eropah untuk menyusun kamus dan daftar kata, yang kemudiannya diteruskan kepada bidang morfologi, sintaksis dan fonologi.

6. Tokoh-tokoh tempatan juga tidak ketinggalan memberikan sumbangan. Kebanyakan usaha mereka berkisar tentang agama dan sastera. Palembang dan Acheh telah menggantikan Melaka sebagai pust keintelektualan Melayu. Tokoh-tokoh di Acheh antaranya ialah :a. Sheikh Nuruddin Al-Raniri (Bustanul Salatin)b. Shamsuddin Al-Sumaterani (Mirat Al-Mukmin)c. Abdul Rauf Singkel (Mirat Al-Tullab)d. Hamzah Fansuri (Syair Perahu)

7. Di Palembang pula terdapat Abdul Samad Al-Falambani dengan kitab Hikayat Al-Salakin.

8. Selain daripada Acheh dan Palembang, beberapa tokoh juga timbul di tempat-tempat lain. Di Brunei, Pengiran Syahbandar Muhammad Salleh (Pengiran Indera Muda) telah menghasilkan Syair Rakis, manakala di Banjarmasin pula terkenal dengan Arshad Al-Banjari dengan kitab Sabil Al-Muhtadin. Sheikh Mohd Ismail Daud Al-Fatani di Pattani pula menghasilkan Matlaal Badrain dan Furu Al-Masail.

Ciri-ciri bahasa Melayu klasik:

1. Ayatnya panjang, berulang, berbelit-belit dan banyak menggunakan struktur ayat pasif.2. Menggunakan bahasa istana: contoh tuanku, baginda, bersiram, mangkat dsb.3. Kosa kata arkaik dan jarang digunakan ; ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih) 4. Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun.5. Banyak menggunakan ayat songsang: pendepanan predikat6. Banyak menggunakan partikel pun dan `lah

Perkembangan Bahasa Melayu Moden

1. Bahasa Melayu moden dikatakan bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden kerana sifatnya yang dikatakan agak menyimpang dengan bentuk bahasa Melayu klasik. Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.

2. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan.

3. Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang menyebut bahawa, Bahasa Kebangsaan negara ini adalah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-undang Parlimen. 4. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa rasmi negara (bahasa yang digunakan dalam semua urusan rasmi kerajaan persekutuan, negeri, tempatan dan badan berkanun).5. Laporan Razak 1956 mencadangkan agar bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara dan menjadi alat utama perpaduan antara kaum.

Berkurun lamanya orang yang tinggal di alam Melayu ini hidup berkelompok tanpa berhubungan dengan kelompok yang lain. Mereka dipisahkan oleh gunung-ganang dan lautan yang luas. Walaupun pada mulanya mereka satu asal tetapi kerana terputusnya hubungan di antara satu kelompok dengan kelompok yang lain dalam masa yang sangat lama, maka setiap kelompok mengatur cara hidup dan menggunakan pertuturan mereka sendiri sesuai dengan keadaan alam dan keperluan hidup mereka masing-masing. Akibat keadaan inilah timbulnya suku bangsa dan bahasa yang terdapat di Indonesia dan pelbagai loghat/dialek bahasa Melayu di Tanah Semenanjung. Sebelum ditemui bukti sejarah berupa tulisan pada batu bersurat tentulah bahasa Melayu telah digunakan untuk masa yang panjang kerana didapati bahasa yang ada pada batu bersurat kemudiannya sudah agak tersusun pembinaan kata dan pembinaan ayatnya dan juga sudah kuat pengaruhnya sehingga orang India yang menulis perkataan pada batu bersurat tersebut yang menggunakan aksara Sanskrit memasukkan juga beberapa perkataan Melayu. Untuk memberi nama pada bahasa yang tidak mempunyai bukti sejarah tersebut (sebelum bahasa orang India masuk ke Nusantara), ia diberi nama bahasa Melayu Purba.

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

1.0 PENGENALAN

Sejarah perkembangan Bahasa Melayu perlu dilihat dari sudut etimologi kataMelayu. Asal usul perkataan ini sebenarnya masih belum disahkan oleh ahli sejarah. Apa yang dapat dilakukan ialah meneliti beberapa bukti yang dapat dikaitkan dengan kata Melayu, iaitu catatan Cina yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada Maharaja Cina sekitar tahun 644-645 Masihi. Ada juga yang berpandangan bahawa kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera yang diberikan namanya berdasarkan sebatang sungai bernama Sungai Melayu. Satu catatan orang Cina ialah seorang sami Buddha yang bernama I-Tsing menggunakan perkataan tersebut apabila menceritakan tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar tahun 675 Masihi. Dalam bahasa Jawa Kuno pula, perkataan Mlayu bermaksud berlari atau mengembara. Ini dapat dikaitkan dengan kedatangan Indo-Melayu (Austronesia) yang dikatakan bergerak dari Yunan ke Tanah Melayu.

Istilah Melayu dapat dilihat dari dua segi, iaitu pengertian yang sempit dan pengertian yang luas (Asmah,1985:37). Bagi pengertian pertama, istilah ini merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di semenanjung Tanah Melayu dan kawasan tradisional yang disebut sebagai gugusan pulau-pulau Melayu, yakni pulau-pulau yang meliputi Indonesia hari ini.

Pada tahun 1972, pertubuhan UNESCO telah memilih istilah Melayu bagi merujuk kepada suku bangsa yang berbahasa Melayu yang mendiami Semenanjung Tanah Melayu, pantai timur Sumatera dan beberapa tempat lagi yang berdekatan. Bahasa yang digunakan oleh penduduk di kawasan ini ialah Bahasa Melayu. Bahasa ini menjadi bahasa kebangsaan di Malaysia, manakala di Indonesia dikenal pula sebagai Bahasa Indonesia yang merupakan bahasa kebangsaan di negara itu juga.1.1 ASAL USUL BAHASA MELAYUBeberapa orang sarjana bahasa Barat telah membuat penyelidikan tentang bahasa-bahasa yang tersebar di kepulauan Melayu dengan membandingkan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Antara pengkaji yang terkenal termasuklah R.H. Geldern, J.H.C. Kern, Wilhem Von Humboldt, Van Der Tuuk, Otto Demwolff, P.W. Schmidt, Brandstetter, William Marsden dan lain-lain. Sarjana tempatan yang turut memberi sumbangan terhadap usaha ini ialah Asmah Haji Omar, Amat Juhari Moain, Harun Aminurrashid, Ismail Hussien dan lain-lain.

Bangsa Melayu dikatakan berasal dari Asia Tengah atau dari Nusantara (kepulauan Melayu). Ini berdasarkan dua teori yang dikemukakan oleh para pengkaji, iaitu R.H. Geldern, iaitu seorang ahli pengkaji prasejarah yang mengatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari Asia Tengah berdasarkan kajian yang dibuat terhadap kapak tua (beliung batu) yang ditemui. Kapak tua tersebut ditemui di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Hwang, Salween dan Yangtze yang didapati serupa dengan kapak tua yang ada di kawasan Nusantara. Beliau menyimpulkan bahawa kapak tua di Nusantara itu dibawa oleh masyarakat dari Asia Tengah bersama-sama dengan bahasanya sekali.

Pengkaji seterusnya ialah J.H.C. Kern, seorang ahli filologi Belanda juga mengatakan bahawa bangsa Melayu itu berasal dari Asia Tengah berdasarkan persamaan beberapa perkataan. Beliau mendapati ada beberapa perkataan yang terdapat di kepulauan Nusantara itu terdapat juga di Madagaskar, Taiwan, beberapa pulau di kepulauan Pasifik dan di Filipina. Beliau juga mendapati bahawa perkataan yang digunakan berasal daripada induk yang sama, iaitu Asia.

Selain dua tokoh tersebut, William Marsden yang membuat kajian terhadap Bahasa Melayu mendapati Bahasa Melayu dan bahasa Polinesia itu merupakan bahasa serumpun. Pendapat yang kedua mengatakan bahawa bangsa Melayu itu berasal dari Nusantara yang bermaksud Bahasa Melayu itu bermula dari Nusantara. Dalam kajian ini, istilah filum digunakan bagi menggambarkan kelompok bahasa yang menjangkau lebih 5,000 tahun.

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh para pengkaji, Bahasa Melayu didapati tergolong dalam filum bahasa-bahasa Austris yang mempunyai tiga rumpun utama: Bahasa Austroasia, Tibet-China dan Austronesia (Rajah 1.1).

Rajah 1.1: Pembahagian Filum Austris

1.1.1 Keluarga Bahasa-Bahasa AustronesiaPerkataan Austronesia merupakan gabungan dua perkataan, iaituaustrodannesos. Perkataanwberasal daripada bahasa Latin, yang bermaksud selatan; manakala perkataannesosberasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud pulau. Oleh itu, istilahaustronesiamembawa pengertianpulau-pulau selatan(Asmah,1985:35). Istilah ini diperkenalkan oleh P.W. Schmidt, manakala istilah Malayo-Polenesia digunakan oleh Wilhem von Humboldt, ahli bahasa yang telah mengkaji aspek keserumpunan bahasa antara Bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa di daerah Polinesia. Bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa yang tergolong dalam satu filum Bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan TibetChina. Istilah rumpun digunakan bagi menggambarkan sekelompok bahasa yang mempunyai tempoh masa antara 2,500 5,000 tahun.

Rumpun Bahasa Austronesia terbahagi kepada empat rumpun, iaitu bahasa-bahasa di kepulauan Melayu (Nusantara), bahasa-bahasa Polinesia (bahasa-bahasa di Hawaii, Tonga dan New Zealand iaitu di kalangan bangsa Maori), Melanesia (bahasa-bahasa di Fiji, Irian dan New Caledonia), dan Mikronesia (bahasa-bahasa di kepuluan Gilbert, Carolina, Marshall dan Marianna) (Rajah 1.2).

Rajah 1.2 :Pecahan Rumpun Bahasa Austronesia

1.1.2 Rumpun Bahasa MelayuBahasa Melayu tergolong dalam keluarga Nusantara di bawah rumpun Bahasa Austronesia. Asal-usul Bahasa Melayu adalah dari filum Austris. Filum Austris terpecah kepada tiga rumpun bahasa yang besar iaitu rumpun Austroasia dan rumpun Austronesia (dulu dikenali sebagai Malayo-Polinesia), dan rumpun Tibet-China. Rumpun Austronesia pula dipecahkan kepada empat keluarga, iaitu Indonesia (Nusantara), Melanesia, Mikronesia dan Polinesia (Rajah 1.2). Dalam keluarga bahasa Nusantara terdapat kira-kira 200 hingga 300 bahasa. Namun begitu, bahasa-bahasa tersebut dikelaskan kepada golongan tertentu seperti golongan Filipina, Sumatera, Jawa, Kalimantan, Bali-Sasak, Muna-Butung, Gorontalo, Tomini, Loinang, Bunku-Laki, Sulawesi selatan, Bima-Sumba, Ambon-Timul, Sula-Bacon, dan Halmahera selatan-Irian Jaya. Bahasa Melayu tergolong ke dalam kumpulan bahasa Sumatera.

Beberapa teori telah mengatakan bahawa penutur-penutur Bahasa Melayu berasal daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia. Mereka datang dari daerah Yunan dan telah turun dalam dua gelombang pergerakan ke wilayah Asia Tenggara. Golongan pertama disebut Melayu Proto yang datang sejak tahun 2,500 sebelum Masihi. Tidak dijelaskan mengapa mereka berpindah. Mereka tinggal di kuala-kuala sungai dan pantai untuk memudahkan kerja-kerja mencari makan. Golongan kedua disebut Melayu Deutro yang datang kira-kira dalam tahun 1,500 sebelum Masihi. Perpindahan mereka juga tidak dapat dipastikan sebab-sebabnya. Melayu Deutro ini telah berpindah mengikut jalan dan laluan yang dilalui Melayu Proto. Apabila sampai di selatan mereka mendesak golongan pertama ke daerah pinggiran, ke hulu sungai, ke kawasan gunung atau ke tempat-tempat yang terpencil, manakala Melayu Deutro tinggal di kawasan tanah pamah, tanah rendah, lembah sungai dan di tepi laut.

Selain daripada itu, terdapat teori yang menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari Tanah Besar Asia Tenggara. Pendapat ini didukung oleh pengkaji-pengkaji Barat. H. Kern menyatakan bahawa penduduk di kepulauan Asia Tenggara berasal dari Assam, di bahagian timur negara India. Beliau membuat kesimpulan demikian lantaran terdapat persamaan-persamaan adat resam beberapa suku di Sumatera dan Borneo dengan suku-suku di Assam seperti suku Naga di India. Henry Yule pula berpendapat seperti J.R. Logan iaitu tentang wujudnya persamaan adat resam antara penduduk-penduduk di daratan Asia Tenggara dengan yang terdapat di kepulauan Melayu. Persamaan-persamaan ini menunjukkan bahawa mereka adalah daripada keturunan yang sama.

Berdasarkan kajian-kajian ini boleh dikatakan bahawa penduduk-penduduk kepulauan Asia Tenggara hingga ke Lautan Teduh berasal dari tanah besar Asia Tenggara. Tetapi tidak dapat dipastikan dari mana. Ada yang mengatakan dari Yunan, di barat daya negeri China; dari Assam, India; dari Asia Tengah; dan ada juga yang mengatakan dari bahagian selatan tanah besar Asia Tenggara. Seorang lagi sarjana yang membuat kajian perbandingan bahasa ialah Mees. Beliau membuat kajian bertitik tolak daripada pembahagian oleh Schmidt dengan sedikit perubahan dan data yang lebih perinci. Menurut Mees lagi, bahasa dan dialek di Tanah Melayu tidak dapat tidak, mempunyai hubungan dengan bahasa yang digunakan di pantai Timur Sumatera, iaitu Bahasa Melayu. Malah, daerah Bahasa Melayu di luar Tanah Melayu merangkum kepulauan Riau, Palembang, Kampar, Jambi dan Medan. Bahasa Melayu-Sriwijaya memperlihatkan sisa-sisa tua daripada salah satu Bahasa Austronesia berdasarkan prasasti yang terdapat pada batu bersurat Talang Tuwo bertarikh 680 Masihi. Di bahagian utara pula, terdapat kelompok bahasa Aceh, bahasa Batak seperti Karo, Toba, Simalungan, dan Angkola-Mandiling, Nias, Mentawai, Minangkabau dan Lampung.

Rajah 1.3: Keluarga Bahasa Melayu

Istilah keluarga digunakan bagi menggambarkan sekelompok bahasa yang kurang daripada 2,500 tahun. Berdasar Rajah 1.3, kita dapati bahawa keluarga Bahasa Melayu juga mempunyai pecahannya tersendiri. Kumpulan Bahasa Melayu Johor mempunyai induknya yang bermula daripada Bahasa Melayu Johor kemudian Bahasa Melayu Tengah sebelum ke Bahasa Melayu induk yang dikatakan berasal daripada Bahasa Melayu Proto yang juga merupakan kumpulan Bahasa Austronesia.

Daripada keluarga Indonesia (Nusantara), Bahasa Melayu terpecah kepada 16 subkeluarga atau bahasa, iaitu Bahasa Filipina, Sumatera, Jawa, Kalimantan, Bali-Sasak, Gorontalo, Tomini, Toraja, Loinang, Bunku-Laki, Sulawesi Selatan, Muna-Butung, Bima-Sumba, Ambon-Timur, Sula-Bacon, Halmahera Selatan-Irian Jaya. Dalam subkeluarga Sumatera termasuk Bahasa Aceh, Batak, Minangkabau, Melayu, Nias, Lampung, dan orang Laut.

Osman Omar (1961:3) mengatakan bahawa percabangan Bahasa Indonesia begitu tersebar luas kerana dikembangkan oleh suku bangsa yang seketurunan dengan bangsa Melayu dan penyebaran ini terjadi disebabkan sifat semula jadi bangsa Melayu sendiri sebagai ahli pelayaran dan perantau yang masyhur. Ciri-ciri pelaut dan perantau bangsa Melayu ini mengakibatkan berlakunya dua pertembungan penting pada induk Bahasa Indonesia menjadi berbagai-bagai bahasa lain. Menurut Asmah (1985) kawasan penyebaran bahasa-bahasa Indonesia dianggap sebagai pusat keseluruhan kawasan Austronesia atas beberapa sebab. Antara lain, keluarga bahasa ini melebihi mana-mana keluarga bahasa dari segi bentuk-bentuk bahasanya. Malah daripada keluarga bahasa inilah terdapatnya Bahasa Melayu, iaitu bahasa yang pesat perkembangannya sehingga dijadikan bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam. Malah kerajaan yang memerintah alam nusantara semuanya terdapat di kawasan Indonesia, misalnya Kerajaan Sriwijaya-Melaka dan kerajaan Melayu-Johor.

Hal ini diperjelaskan oleh Ismail Hussien (1948:5) yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu hanyalah merupakan satu daripada lebih kurang 200 bahasa dalam kepulauan Melayu. Oleh sebab bentuknya yang amat sederhana dan kemungkinan menerima unsur asing dan sifatnya yang dapat dilentur buat memenuhi keperluan semasa, maka jadilah Bahasa Melayu sebagai satu bahasa yang terpenting dalam sejarah bahasa-bahasa di kepulauan Melayu. Ahli bahasa membahagikan perkembangan Bahasa Melayu kepada beberapa tahap, iaitu:i)Bahasa Melayu Kunoii)Bahasa Melayu Klasikiii)Bahasa Melayu Moden.

Bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang besar jumlahnya dibandingkan dengan bahasa lain seperti Bahasa Jawa atau Bahasa Tagalog. Bahasa Melayu Purba dikatakan wujud pada zaman prasejarah namun tidak ada bukti yang bertulis pada masa itu. Perbincangan dalam modul ini lebih tertumpu kepada perkembangan Bahasa Melayu Kuno dan Bahasa Melayu Klasik yang menjadi asas kepada perkembangan Bahasa Melayu Moden.

AHASA MELAYU KLASIK

Menurut Awang Sariyan, Bahasa Melayu Klasik merupakan tahap ketiga dalam periodisasi Bahasa Melayu, sesudah Bahasa Melayu Purba dan Bahasa Melayu Kuno. Bahasa Melayu Klasik dikatakan bermula pada abad ke-13 dan berakhir pada abad ke-19. Bahasa Melayu Klasik ini diasaskan sewaktu terdirinya kerajaan Islam pertama di sebelah timur Aceh, iaitu kerajaan Samudera-Pasai di bawah Sultan Malikul Salih. Bahasa ini merupakan kesan langsung kedatangan agama Islam dan kebudayaan Islam. Zaman permulaannya ditandai dengan kemunculan prasasti Terengganu yang bertarikh 702 Hijrah bersamaan dengan 1303 Masihi. Bahasa Melayu Klasik muncul dengan wujudnya tulisan Jawi, iaitu tulisan Arab berbahasa Melayu pada awal abad ke-14. Prasasti Bahasa Melayu Klasik banyak terdapat di semenanjung Tanah Melayu seperti di Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Kelantan, Kedah dan beberapa tempat lain. Prasasti ini juga ditemui di Sumatera Selatan, Jambi, Riau, Sumatera Barat, Sumatera Utara dan Aceh. Pada abad ke-13, peralihan bahasa berlaku ekoran daripada pengaruh yang dibawa oleh agama Islam ke Asia Tenggara. Kehadiran agama Islam ke Asia Tenggara banyak mempengaruhi perkembangan Bahasa Melayu ketika itu terutama dari aspek kosa kata, struktur kata dan juga tulisannya. Peralihan Bahasa Melayu Kuno kepada Bahasa Melayu Klasik ini dapat dibuktikan dengan penemuan batu-batu bersurat seperti batu bersurat Minye Tujuh, Aceh (1390), iaitu batu bersurat pertama yang ditemui penggunaan kata-kata Arab seperti khalifah, nabi-nabi, Allah dan rahmat. Batu bersurat Pagar Ruyung pula mempunyai sedikit perbezaan dengan batu bersurat abad ke-7, iaitu dari segi bahasanya. Bahasa Melayu Klasik dikatakan mengalami zaman kegemilangannya semasa berada di bawah kerajaan Melaka, Aceh dan Johor Riau. Hal ini disebabkan kerajaan-kerajaan tersebut pernah menjadi kawasan yang penting untuk kegiatan perdagangan dan perkembangan Islam dan seterusnya bahasa pada ketika itu.

Kemunculan Bahasa Melayu Klasik ini juga ditemui dalam manuskrip Melayu Lama. Terdapat kira-kira 10,000 naskhah manuskrip Melayu lama ini tersimpan di beberapa buah negara terutamanya di Barat. Manuskrip Melayu lama yang tertua ialah surat kiriman Sultan Ternate, dari kepulauan Maluku kepada Raja Portugis yang bertarikh tahun 1521 dan 1522. Tulisan berbentuk buku pula ialah ialah kitab Aqaid al-Nasafi yang bertarikh 1590 (988H). Terdapat juga manuskrip lama lain seperti Tutinameh (1600), Hikayat Seri Rama (1633), surat Raja Aceh kepada Harry Middleton (1602) dan surat emas Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, Aceh kepada Raja Inggeris, King James I (1615). Penemuan ini menunjukkan Bahasa Melayu telah menjadi bahasa lingua franca di Asia Tenggara pada masa itu. Dari segi fonologi, sistemnya tidak dapat ditentukan kerana tiada data lisan. Kebanyakan data berbentuk tulisan dan ini menyukarkan pengesanan sebutan yang sebenar. Awang Sariyan mengatakan bahawa perlambangan bunyi vokal terbatas kepada tiga sahaja, iaitu i, a dan u (daripada vokal Arab alif, ya dan wau). Namun demikian dapat diandaikan bahawa Bahasa Melayu Klasik mempunyai enam bunyi vokal sebagaimana yang terdapat dalam Bahasa Melayu, iaitu a, e pepet, e taling, i, o, dan u. Dari segi bunyi konsonan pula, dapat diandaikan bahawa bunyi konsonan Bahasa Melayu Klasik sama dengan yang terdapat dalam Bahasa Melayu Moden. Pelambangan bunyi getaran alveolar r yang jelas menggunakan huruf ra dalam bahasa Arab. Penggunaan ini pada hujung suku kata akhir tertutup menggambarkan bahawa bunyi getaran alveolar itu hidup dan tidak senyap dalam bahasa lisan klasik. Bunyi diftong pula memperlihatkan persamaan dengan bunyi diftong dalam Bahasa Melayu Moden, iaitu ai, au dan oi.

Dari segi tatabahasa pula, imbuhan yang digunakan sama dengan yang digunakan dalam Bahasa Melayu Moden. Hal yang sama juga berlaku bagi proses morfofonemik, penggandaan dan pemajmukan. Dari segi sintaksis, ayat dalam bahasa ini memanfaatkan empat pola ayat dasar, iaitu ayat tunggal, ayat majmuk yang sama rumusannya dengan Bahasa Melayu Moden, ayat kompleks dan ayat pasif. Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik ialah:Ayat yang panjang dan berbelit-belitBanyak ayat pasifMenggunakan bahasa istanaKosa kata klasik seperti ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul dan sebagainyaBanyak menggunakan kata pangkal ayat atau perdu perkataan seperti sebermula, alkisah, hatta, adapun dan sebagainya Penggunaan ayat songsang dan banyak menggunakan partikel pun dan lahKajian Asmah haji Omar tentang kitab Aqaiid al-Nasafi, iaitu teks tertua Bahasa Melayu menunjukkan hampir 82% kosa katanya merupakan kosa kata Bahasa Melayu asli. Kata pinjaman yang agak menonjol ialah bahasa Arab, Parsi dan Sanskrit. Terdapat juga penggunaan penanda wacana yang tidak digunakan lagi dalam Bahasa Melayu Moden, iaitu bermula, hatta, syahadan, kalakian dan seumpamanya.

Gaya Bahasa Melayu Klasik pula memperlihatkan gaya yang tersendiri. Gaya Bahasa Melayu Klasik kelihatan pada ayat kompleks, ayat pasif dan ayat songsang. Hal ini disebabkan oleh pengaruh bahasa Arab dan lenggoknya yang jelas kelihatan kearab-araban. Selain daripada itu, bunga bahasanya juga menggambarkan kehalusan dan daya cipta berseni karyawan pada zaman tersebut. Bahasa Melayu Klasik bertunjangkan sistem tulisan Jawi yang berasaskan aksara Arab. Sistem tulisan ini merupakan alat yang meluaskan penyebaran dalam bahasa persuratan di Alam Melayu. Malah sistem tulisan inilah merupakan bukti yang nyata tentang kewujudan bahasa ini. Warisan Bahasa Melayu Klasik tertulis dalam karya persuratan yang meliputi pelbagai bidang, iaitu agama, undang-undang, ketatanegaraan, historiografi, sastera, perubatan dan pentadbiran serta hubungan politik. Bahasa Melayu Klasik juga mendapat pengaruh kata-kata pinjaman daripada bahasa Arab dan Parsi.

Bahasa Melayu Klasik jelas banyak digunakan dalam penulisan agama khususnya bidang tauhid atau usuluddin, syariah atau undang-undang Islam, dan tasawuf. Karya agama yang tertua dihasilkan dalam Bahasa Melayu Klasik ialah Aqaiid al-Nasafi. Kitab ini membicarakan tentang hakikat kejadian benda, kemungkinan ilmu, punca ilmu, keobjektifan ilmu, teori cakerawala, hakikat Tuhan dan diri manusia. Jelasnya, kitab ini merupakan titik awal bidang ilmu yang jauh jangkauan pemikiran manusia dan diungkapkan dalam Bahasa Melayu. Ini merupakan pencapaian penting bagi membuktikan bahawa Bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu.

Tokoh-tokoh lain yang terkenal ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin Pasai atau Syamsudin al-Sumaterani dan Abdul Rauf Singkel. Di samping itu, muncul ahli ilmu dari luar Alam Melayu, iaitu Nuruddin al Raniri. Hamzah Fansuri terkenal dengan karya prosa seperti Asrarul-Arifin fi bayan Ilm al-Suluk wal-Tawhid, al-Muntahi dan Sharabul-Ashiqin atau Zinatul-Muwahiddin. Syairnya yang terkenal ialah Syair Dagang, Syair Jawi fasal fi bayan Ilm al-suluk wal-tawhid dan Syair Perahu.

Dari segi sejarah, Bahasa Melayu Klasik mempunyai kesignifikanannya tersendiri. Bahasa ini dikatakan sebagai titik bermulanya Bahasa Melayu Moden. Bahasa Melayu Klasik juga memperkenalkan ragam bahasa persuratan dengan munculnya tulisan Jawi yang digunakan secara meluas di Alam Melayu. Peranannya juga penting sebagai asas kepada pembentukan bahasa baku, konsep kebangsaan Melayu, dan mengungkapkan pelbagai jenis laras bagi memulakan transformasi ciri budaya yang penting.

Zaman Bahasa Melayu KunoZaman ini bermula kira-kira dan abad ke-4 dan berakhir kira-kira pada akhir abad ke- 13 Masihi, iaitu lebih kurang 1000 tahun lamanya. Zaman ini dikira bermula dari abad ke-4 kerana prasasti berbahasa Melayu yang pertama terdapat pada abad ke-4 dan ditemui di Dong Yen Chau, Vietnam. Tarikhnya jatuh pada abad ke-4 adalah berdasarkan tulisan Drs. Abdul Rahman al-Ahmadi. Selain itu ada juga prasasti yang berbentuk Yupa yang ditemui di Kutai, Kalimantan Timur pada awal abad ke-5. Tarikh tepatnya ialah 322 Syaka atau 400 Masihi. Tetapi Yupa ini (ada tujuh batang kesemuanya) menggunakan tulisan Pallava dan bahasanya ialah bahasa Sanskrit. Dalam abad ke-5 Masihi juga wujud prasasti yang bertarikh pada 372 Syaka atau 450 Masihi di Tarumanegara, di Jawa Barat. Prasasti berbahasa Melayu yang paling banyak terdapat adalah dalam abad ke-7, ke-8 dan ke-9 Masihi, iaitu dalam zaman kerajaan-kerajaan Sriwijaya, Syailendra, Sanjaya dan Malayu.Antara tempat-tempat yang ditemui prasasti-prasasti ini ialah di Kedukan Bukit (683M.), Telaga Batu (683M), Kota Kapur (686M.), Karang Berahi, Palas Pasemah, Bungkuk, Sabuk Kingking (di Sumatera), Sajamerta, Bukateja, Manjusyrigrha, Dang Pu Hawang Gus, Sang Hyang Wintang, Kebon Kopi, Gunung Sundoro (di Jawa), Ligor, Wiengsa, Chaiya dan lain-lain di Thailand Selatan; dan Laguna di Manila.Dalam zaman ini pengaruh Hindu dan Buddha begitu kuat. Kerajaan Sriwijaya dan Syailendra dipengaruhi oleh agama Buddha. Candi Borobudur dan Candi Mendut di Pulau Jawa adalah buktinya. Sedangkan kerajaan Kedah Tua, Sanjaya dan Singosari dipengaruhi begitu kuat oleh agama Hindu. Buktinya ialah wujudnya candi-candi Hindu seperti di Prambanan dan Lembah Bujang. Bahasa Melayu dalam zaman ini dapat dikesan hanya melalui prasasti-prasasti yang ada terutama dalam bentuk batu yang dipahat atau logam yang diukir dengan tulisan. Ciri-ciri dan sifat-sifat khas bahasa Melayu kuno ialah:a. Tulisan yang dipakai adalah tulisan Pallava yang berasal dan India. Tulisan Pallava ini kemudian mengalami perubahan. Oleh itu timbul jenis-jenis tulisan seperti benikut:i. Tulisan Pallava awal.ii. Tulisan Pallava akhir.iii. Tulisan Kawi awal.iv. Tulisan Kawi akhir.v. Tulisan-tulisan lain yang lahir kemudian mengikut perkembangan zaman dan juga bahasa dan dialekb. Wujud kata-kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit seperti perkataan-perkataan dalam laras agama. Contohnya: daiva, sukhasyitta, Brahma, Syiva, Visynu, puasa, dosa, pahala, naraka, sywarga.c. Fonem-fonem pinjaman daripada bahasa Sanskrit seperti v, sy, bh, dh, kh, t gelungan, chh dan lain-lain seperti pada kata-kata paramesyvara, syiva, bhagia, bedha, sukhasyitta, chhuti, dan lain-lain.d. Wujud kata-kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit untuk laras pemerintahan dan pentadbiran seperti raja, maharaja, maharani, nagara, laksamana, bendahara, bendahari, seri rama, mahligai dan istana.e. Morfem-morfem Melayu kuno seperti:1. in- untuk di- dalam bahasa Melayu moden.11. nipar- untuk diper- dalam bahasa Melayu moden.m. luar- untuk ber- dalam bahasa Melayu moden.iv. mam- untuk mem- dalam bahasa Melayu sekarang dan lain-lain.f Fonem-fonem Melayu kuno seperti v untuk b. Contohnya:nivunuh untuk dibunuh, dan marvuat untuk berbuat.g. Tidak ada penggunaan tulisan Jawi. Sehingga ke saat ini belum ada bukti tentang adanya orang Melayu yang menggunakan tulisan Jawi dalam zaman ini.h. Tidak terdapat kata-kata pinjaman daripada bahasa Arab atau Parsi dalam zaman ini yang berakhir pada akhir abad ke-13. Prasasti-prasasti Melayu kuno hanya menggunakan kata-kata Melayu asli seperti pinam (pinang), rumviya (rumbia), wuluh (buluh), atau kata-kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit seperti prakara (perkara), pratama (pertama), sarvvasatva (sarwasatwa), dan maharddhika (merdeka).I. Tidak ada kata-kata pinjaman daripada bahasa kolonial dan Barat.J. Tidak ada tulisan rumi atau Latin dan Barat yang dipakai oleh orang Melayu ketika itu.k. Kitab-kitab agama atau falsafah Hindu dan Buddha yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu tidak kesemuanya diterjemahkan. Bahan yang diterjemahkan hanyalah yang dalam bentuk ceritanya seperti tentang kisah raja-raja dan orang-orang besar, tentang istana, mahligai dan negeri, keluarga raja, anak cucu dan keturunannya. Perkara-perkara yang berbentuk atau berkaitan dengan falsafah tidak ada yang diterjemahkan. Itu sebabnya kitab falsafah Hindu Bhaghawatgitta tidak diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu pada masa dahulu.Zaman Bahasa Melayu KlasikZaman ini saya kira bermula dan awal abad ke- 14 dan berakhir pada akhir abad ke- 18 Masihi. Tarikh itu saya pilih kerana prasasti Terengganu bertarikh pada 702 Hijrah bersamaan dengan 1303 Masihi. Prasasti ini sangat penting kerana ia berlainan daripada prasasti-prasasti yang sebelumnya. Oleh sebab itu Prasasti Terengganu saya jadikan sebagai patokan untuk pemisah antara bahasa Melayu kuno dengan bahasa Melayu klasik. Hujah pertama ialah ia menggunakan tulisan Jawi yang tidak pernah dibuat oleh orang Melayu pada masa sebelumnya. Memang benar terdapat beberapa prasasti yang menunjukkan wujudnya tulisan Arab yang digunakan oleh orang Melayu pada masasebelumnya, tetapi prasasti-prasasti itu tetap dalam bentuk bahasa Arab asli. Tulisan dan bahasanya Arab jati, seperti pada prasasti Langgar, di Kedah (290H); Pekan, Pahang (419H. ); Phan-rang, Vietnam (43 1H. ); Leran, Jawa Timur (475Hj; dan Bandar Seri Begawan, Brunei(440H.). Dengan itu tulisan Jawi tidak terbukti wujud pada abad ke-13 dan sebelumnya.Kedua, prasasti Terengganu mengandungi bentuk bahasa yang berlainan daripada bahasa Melayu kuno. Bahasanya lebih mudah dan mendekati bahasa Melayu zaman moden. Imbuhan-imbuhan yangdipakai lebih mirip ke bahasa Melayu moden; kata-kata pinjaman Arab sudah meresap ke dalamnya, kata-kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit sudah agak berkurangan; ejaan Jawinya lebih mirip kepada ejaan pengaruh Melayu. Bentuk-bentuk huruf Jawi yang dipakai lebih mirip ke huruf Jawi yang dipakai sekarang. Gaya bahasa yang digunakan sudah menyimpang daripada bahasa Melayu kuno. Mungkin akan ada orang yang mengatakan bahawa bahasa yang dipakai dalam buku Hikayat Raja Pasai dan Kitab Bahr al-Lahut, sama dengan bahasa yang terdapat pada prasasti Terengganu, sedangkan buku dan kitab tersebut terkarang pada abad ke- 12 atau ke- 13 Masihi dan dengan itu ia termasuk ke dalam zaman bahasa Melayu kuno. Tetapi malangnya hujahnya tidak kuat keranatarikh yang diberikan itu hanya andaian sahaja, tidak ada bukti yang konkrit seperti bukti yang ada pada prasasti Terengganu atau pada Kitab Aqaid al-Nasafi.Bahasa Melayu pada zaman klasik ini memakan masa selama 500 tahun, iaitu dari 1300M. hingga 1800M. Dalam zaman ini terdapat hasil-hasil karya tulis yang besar dan agung, melahirkan para penulis dan ulama yang terkenal, wujudnya pusat-pusat kerajaan Melayu yang tersebardari Aceh di barat sampai ke Maluku di timur, dan Campa di utara sampai ke Banten, di selatan, terdapat jalur-jalur perdagangan rempah ratus yang berselirat di Alam Melayu, meningkatnya penyebaran Islam melalui bahasa Melayu di pelbagai penjuru kepulauan Melayu dan lain-lain lagi.Dalam zaman ini juga lahir para ulama saya yang terkenal. Antara para ulama yang lahir dalam zaman ini ialah Hamzah Fansuri, Abdul Rauf al.-Fansuri (Singkel); Syamsuddin al-Samatrai(Pasai); Nurudin al-Raniri di Aech; Tun Sen Lanang dan Bukhari al-Jauhari (Johor); Daud Abdullah al-Fataui; Abdul SamadalFalimbani; Muhammad Arsyad al-Banjari; Syeikh Yusuf al-Maqasari, dan lain-lain lagi.Antara hasil-hasil karya tulis yang terkarang dalam zaman ini ialah Sulalatus-Salatin (Sejarah Melayu), Hukum Kanan Melaka, Undang-undang Laut Melaka, Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Muhammad All Hanafiak, Hikayat Hang Tuah, Adat Raja-raja Melayu, Syair Burung Pungguk, Syair Burung Pingai, Syair Dagang, Syair Perahu, Syarab Asyikin, Syarab Rubai Hamzah Fansuri, Tanbih al-Tullab, Sirat al-Mustaqim, Bustan al-Salatin, Ta] al-Salatin, Terjemah Tafsir atBaydawi, Syifa al-Qulub, Jawahir al-Ulum, Lataif al-Asrar, Kfayat al-Muhtajin, Mirat al-Tullab, Hujjat al-Balighah, Bidayat al-Hidayat, Hidayat alSalikin, Siyar al-SalikiR Sabil al-Muhtadin, Furu al-Masail, Safinat a?Najah, Fat al-Rahman dan beratus-ratus tulisan lagi yang ditulis sama ada di Aceh, Patani, Palembang, Banjar, Makasar, Banten, Pontianak, Berunai, Jawa, Ininangkabau, mahu pun di Makkah dan Madinah.Dalam zaman ini datanglah orang-orang Barat Portugis, Sepanyol, Belanda, dan Inggeris. Mereka telah membawa budaya dan tamadun mereka untuk diperkenalkannya di Alam Melayu selain untuk menjajah dan menguasai pusat-pusat perdagangan terutama perdagangan rempah. Beberapa kota penting telah dikuasai mereka seperti Melaka dan Anton oleh Portugis. Tetapi bangsa Barat yang paling berjaya menguasai Alam Melayu ialah Belanda. Pada abad ke- 18 mereka ini telah berjayamenguasai Melaka, Padang, Palembang, Cirebon, Batavia (Jakarta), Seluarang, Kupang, Makassar, Pontianak, Banjarmasin, Manado, Ternate, Ambon dan Banda. Orang-orang Barat ini juga menyebarkan ajaran agama mereka, iaitu agama Kristian-Katolik dan Protestant. Mereka mulamenggunakan tulisan Rumi untuk bahasa Melayu seperti yang diusahakan oleh Duarte Barbosa, Antonio Pigafetta, Leydekker, dan lain-lain. Kitab Bible juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu seperti naskhah Elkitab, ija itoe sega?a Soerat Perdjandjian lama dan baharuw yang diusahakan oleh Leydekker pada tahun 1731-1732. Selain itu orang-orang Barat juga telah menyusun daftar kata bahasa Barat-Melayu,seperti Portugis-Melayu, ltali-Melayu, Belanda-Melayu, Inggeris-Melayu atau akasnya dan juga kamus dwibahasa Barat-Melayu dan buku tatabahasa Melayu atau yang lain-lain seperti yang diusahakan oleh John Ogilby, Thomas Bowrey, de Houtmann atau yang lain-lain termasuk Valentijn.Walaupun demikian pengaruh kolonial Barat tidak meresap ke dalam budaya dan bahasa Melayu. Buktinya ialah orang Melayu tetap menggunakan tulisan Jawi untuk segala jenis tulisannya. Orang Melayu masih terus mempertahankan agamanya, iaitu Islam, orang Melayu masih mempertahankan adat istiadat Melayunya. Oleh sebab itulah orang Barat terpaksa menggunakan apa yang dipakai oleh orang Melayu. Contohnya Leydekker yang menterjemahkan Bible ke dalam bahasa Melayu dengan tulisan rumi pada tahun 1731-1732, terpaksa beralih kepada tulisan Jawi pada tahun 1748. Ini kerana tulisan ruminya tiada sambutan daripada orang Melayu. Bahkan setelah dijawikan pun tidak dibaca oleh orang Melayu. Oleh sebab itulah sehingga ke abad ke- 19 para pengembang agama Kristian terpaksa menggunakan tulisan Jawi dan bahasa Melayu untuk tulisan-tulisan mereka seperti pada majalah-majalah Bustan Arifin Cermin Mata dan Taman Pungutauan.Dari segi hasil karya tulisan memang banyak orang Barat yang menulis tentang bangsa dan bahasa Melayu, namun hanya setakat menulis itu sahaja. Pengaruhnya tidak meresap ke dalam bahasa dan budaya Melayu.Begitu juga orang Barat banyak menguasai daerah dunia Melayu sebagaimana yang telah disebutkan di atas, namun mereka hanya berkuasa dalam politik penjajahan dan perdagangan dan tidak dapatmenghunjamkan pengaruhnya ke dalam jantung bahasa dan budaya Melayu. Oleh sebab itulah saya tidak bersetuju apabila kata kolonial ditonjolkan dalam ketiga-tiga zaman bagi bahasa Melayu -zamanprakolonial, zaman kolonial dan zaman pascakolonial.Zaman bahasa Melayu klasik ini mempunyai beberapa ciri dan sifat tertentu yang berbeza dengan bahasa Melayu kuno dan bahasa Melayu pramoden. Antaranya ialah:a. Penggunaan tulisan Jawi lebih menonjol daripada tulisan-tulisan yang lain.b. Kata-kata pinjaman Arab dan Parsi mula menapak ke dalam bahasa Melayu terutama untuk istilah-istilah agama, dan pemerintahan.c. Fonem-fonem Arab mula masuk dan dipinjam oleh bahasa Melayu.d. Ungkapan-ungkapan, istilah-istilah dan bahasa Arab dan Parsi mula wujud dalam bahasa Melayu.e. Pengaruh agama Islam semakin bertambah kuat dan berjaya mengetepikan pengaruh agama-agama Hindu dan Buddha di kalangan orang Melayu.f. Wujudnya sistem pemerintahan Islam dan hukum Islam dalam pemerintahan kerajaan Melayu yang ditulis dalam bahasa Melayu.g. Belum terbukti adanya tulisan orang Melayu sendiri yang memfokus kepada ajaran agama Kristian yang dibawa oleh orang-orang kolonial Barat.Zaman Bahasa Melayu Pramoden