secara individu, anda dikehendaki menghasilkan sebuah esei akdamik berdasarkan teori perkembangan...

Upload: ngu-sze-yien

Post on 14-Apr-2018

3.877 views

Category:

Documents


254 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Secara individu, anda dikehendaki menghasilkan sebuah esei akdamik berdasarkan Teori Perkembangan Guru Tr

    1/27

    1.0 Pengenalan

    Salah satu matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah

    menyediakan sumber tenaga manusia bagi memenuhi keperluan kemajuan

    negara pada masa depan. Maka, bagi merealisasikan hasrat KPM, sebahagian

    besar usaha terletak di bahu guru. Oleh yang demikian, guru perlu

    melengkapkan diri dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran, menunjukkan

    kesungguhan dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam melaksanakan daya

    usaha bagi meningkatkan kualiti pelajar yang bakal dihasilkan.

    Profesion keguruan semakin mencabar. Berdasarkan kajian yang

    dijalankan oleh Lemaire (2009), mendapati bahawa guru-guru terlalu dibebankan

    dengan tugas-tugas yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran

    seperti, aktiviti ko-kurikulum, menghadiri mesyuarat, mengendalikan program-

    program pelajar, mengurus karenah dan kebajikan pelajar serta, tugas-tugas

    pengurusan.

    Seterusnya, Tajulashikin Jumahat, Fazura Mohd Noor dan Mohd Burhan

    Ibrahim (2013) berpendapat bahawa tuntutan yang tinggi dalam dunia

    pendidikan telah menyebabkan guru-guru semakin berasa tertekan dalam

    menghadapi pelaksanaan pelbagai reformasi dan transformasi dalam sistem

    pendidikan negara.

    Natijahnya, adalah amat penting bagi seseorang guru supaya

    melengkapkan diri untuk menghadapi situasi yang kritikal, iaitu kejutan realiti.

    Hal ini kerana pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari tidak mencukupi

    untuk seseorang guru baru menangani realiti pekerjaan sebagai seorang guru

    (Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon, 2013).

    Kesannya, satu kerja kursus berpandukan kepada aplikasi teori, Teori

    Perkembangan Guru, peningkatan profesionalisme guru, cabaran dan

    transformasi pendidikan telah dijalankan. Hal ini adalah untuk membantu semua

    siswa-siswi guru supaya didedahkan kepada situasi sebenar yang mungkin akan

    dihadapi agar dapat menyediakan dan memperlengkapkan diri sendiri bagi

    menghadapi situasi yang kian mencabar ini.

  • 7/29/2019 Secara individu, anda dikehendaki menghasilkan sebuah esei akdamik berdasarkan Teori Perkembangan Guru Tr

    2/27

    2.0 Teori Perkembangan Guru

    Menurut Toh Wah Seng (2005), profesion keguruan semakin mencabar.

    Perubahan sistem pendidikan yang sentiasa berlaku dan pelbagai cabaran perlu

    dihadapi oleh guru, contohnya, guru perlu melaksanakan kurikulum yang telah

    disemak semula untuk menangani isu kerelevansinya dengan globalisasi dan

    kemajuan dalam teknologi maklumat dan komunikasi.

    Seterusnya, penguasaan kemahiran teknologi maklumat supaya dapat

    menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran serta perubahan bahasa

    penghantar daripada Bahasa Kebangsaan kepada Bahasa Inggeris dalam

    pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik juga

    merupakan perubahan-perubahan yang menyumbang kepada profesion

    keguruan kian mencabar.

    Justeru, Teori Perkembangan Guru yang dibincangkan adalah amat

    penting untuk memberikan satu gambaran yang jelas tentang perjalanan hidup

    seorang guru untuk mencapai kejayaan. Terdapat dua Teori Perkembangan

    Guru yang boleh dijadikan rujukan utama bagi seseorang guru untuk memahami

    perjalanan hidup seorang guru untuk mencapai kejayaan, iaitu Teori

    Keprihatinan (Fuller, 1969) dan juga Lima Peringkat Perkembangan Guru

    (Trotter, 1986).

    2.1 Teori Keprihatinan (Fuller, 1969)

    Fuller (1969) berpendapat bahawa keprihatinan bermaksud

    sebagai tanggapan guru atau sesuatu yang dianggap sebagai

    masalah atau sesuatu yang selalu difikirkan oleh difikirkan oleh

    guru dan ingin membuat sesuatu terhadapnya.

    Berdasarkan Teori Keprihatinan, seseorang guru akan

    menghadapi pelbagai kebimbangan atas fokus yang berbeza di

    setiap peringkat. Pada peringkat permulaan, keprihatinan guru

    adalah lebih fokus terhadap kemampuan diri. Kesannya, guru

    akan berasa bimbang dan prihatin terhadap kemampuan diri.

    (Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying dan Wong Kiet Wah, 2010).

  • 7/29/2019 Secara individu, anda dikehendaki menghasilkan sebuah esei akdamik berdasarkan Teori Perkembangan Guru Tr

    3/27

    Seterusnya, guru lebih bertumpu dan prihatin kepada tugas

    mereka, iaitu Peringkat Keprihatinan Terhadap Tugas. Pada

    peringkat ini, guru akan lebih memberikan perhatian kepada cara-

    cara untuk beliau mengendalikan tugas pengajarannya dengan

    lebih baik. Peringkat ketiga pula adalah Peringkat Impak yang

    lebih berfokus kepada impak pengajarannya kepada muridnya.

    Namun, jangka masa yang diambil oleh seseorang guru untuk

    mengatasi keadaan ini adalah tidak sama.

    Jadi, masa untuk beranjak dari satu peringkat ke peringkat

    yang lain bagi kali kedua biasanya mengambil jangka masa yang

    lebih singkat berbanding dengan kali pertama. Akan tetapi, jangka

    masa yang diperlukan oleh setiap guru yang berbeza juga

    berbeza. Fuller (1969) berpendapat bahawa peringkat

    perkembangan guru bermula dari peringkat praperkhidmatan atau

    guru permulaan sebagai suatu proses semula jadi.

    Sokongan emosi, sosial dan fizikal yang diterima oleh

    seseorang guru pada setiap peringkat perkembangan memainkan

    peranan yang penting agar membolehkan seseorang guru mampu

    memasuki peringkat yang seterusnya sehingga ke Peringkat

    Impak. Konklusinya, keprihatinan guru bukan sahaja ditentukanmengikut peringkat, tetapi juga dipengaruhi oleh faktor kontekstual,

    iaitu persekitaran di mana guru itu berada.

    2.2 Teori Lima Peringkat Perkembangan Guru (Trotter, 1986)

    Trotter (1986) telah mengemukakan Teori Lima Peringkat

    Perkembangan Guru. Teori ini menjelaskan tentang lima

    peringkat yang akan dilalui oleh seseorang guru untuk menjadi

    pakar dalam bidang yang diceburinya.

    Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying dan Wong Kiet Wah

    (2010) mengemukakan lima peringkat perkembangan tersebut

  • 7/29/2019 Secara individu, anda dikehendaki menghasilkan sebuah esei akdamik berdasarkan Teori Perkembangan Guru Tr

    4/27

    iaitu Peringkat Novis, Peringkat Novis Lanjutan, Peringkat Cekap,

    Peringkat Mahir dan Akhir Sekali Peringkat Pakar. David Berliner

    (1988) telah memperluaskan pengajian beliau yang berkaitan

    dengan teori tersebut.

    Peringkat Novis merupakan peringkat pertama yang lebih

    berfokus kepada guru permulaan mempelajari dan menguasai

    fakta-fakta yang spesifik secara objektif serta menguasai konsep

    asas dan peraturan asas untuk bertindak (Noriati A. Rashid, Boon

    Pong Ying dan Wong Kiet Wah, 2010). Peringkat kedua adalah

    peringkat novis lanjutan. Pada peringkat ini, guru akan menambah

    dan memantapkan kefahaman fakta, konsep, prinsip yang

    berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran (PdP).

    Seterusnya, guru juga akan membina keyakinan diri melalui

    pengalaman awal terhadap amalan bilik darjah melalui bimbingan

    dan motivasi daripada guru mentor.

    Untuk guru yang berada di Peringkat Cekap, beliau

    memiliki kelayakan ikhtisas untuk menyesuaikan diri dalam

    memenuhi keperluan murid dan lebih berfokus kepada

    pembelajaran murid. Peringkat Mahir pula mahir dalam bidangnya.

    Guru-guru di peringkat ini kaya dengan pengalaman dan dapatmembuat analisis serta menyusun maklumat yang kompleks

    secara kreatif dan unik (Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying dan

    Wong Kiet Wah, 2010). Guru yang tergolong dalam Peringkat

    Pakar adalah orang berautoriti dalam profesionnya, kerana

    mereka adalah golongan yang akan mempengaruhi polisi-polisi

    yang berkenaan dengan pengendalian PdP dalam bilik darjah

    melalui idea dan kemahiran yang dikemukakan. (Noriati A. Rashid,

    Boon Pong Ying dan Wong Kiet Wah, 2010).

  • 7/29/2019 Secara individu, anda dikehendaki menghasilkan sebuah esei akdamik berdasarkan Teori Perkembangan Guru Tr

    5/27

    3.0 Laluan yang perlu dilalui oleh Cikgu Amir Berpandukan Teori Lima

    Peringkat Perkembangan Guru (Trotter, 1986)

    Seperti yang dibincangkan di atas, Teori Lima Peringkat Perkembangan Guru ini

    merangkumi lima peringkat. Berpandukan situasi Cikgu Amir, beliau berada di

    Peringkat Cekap. Ini bermaksud Cikgu Amir telah menerima tawaran lantikan ke

    jawatan guru dan cekap dalam pelbagai aspek serta dapat memenuhi keperluan

    kelayakan yang ditetapkan.

    3.1 Peringkat Cekap

    Menurut Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon (2013),

    mereka berpendapat bahawa seseorang guru yang berada di peringkat

    ini haruslah cekap dari segi aspek-aspek yang dikemukakan di bawah:-

    i. Kecekapan profesionalisme

    ii. Kecekapan melaksanakan visi dan prinsip

    iii. Keutuhan keperibadian

    iv. Kecekapan menggunakan teknologi maklumat

    v. Kecekapan dan kecerdasan mental dan keintelektualan

    vi. Kestabilan emosi dan spiritual

    vii. Kebijaksanaan dan kepemimpinan

    Elaine McDewen (2000) telah mengenal pasti bahawa guru yang

    cekap perlu mempunyai beberapa ciri, iaitu dari segi ciri peribadi, ciri

    mengajar dan ciri intelektual. Seseorang guru yang mempunyai ciri

    peribadi, beliau adalah seorang yang bermatlamat, bersikap positif, yakin

    kepada diri sendiri, sabar menerima kenyataan, membimbing dan juga

    menunjuk ajar kepada sesiapa yang perlukan bimbingan dan bantuannya

    (Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon, 2013).

    Seterusnya, Cikgu Amir juga perlu mempunyai gaya pengendalian

    PdP yang tersendiri dan sesuai dengan semua situasi serta persekitaran

    dalam aspek ciri mengajar. Selain daripada itu, beliau juga perlu

    membentuk nilai dan budaya serta menekankan patuhan kepada

    peraturan dan undang-undang. Justeru,

  • 7/29/2019 Secara individu, anda dikehendaki menghasilkan sebuah esei akdamik berdasarkan Teori Perkembangan Guru Tr

    6/27

    Manakala ciri intelektual pula, beliau haruslah mempunyai minda

    yang sihat dan terbuka, melihat alam dan kehidupan di dalam lingkup

    yang luas dan menyeluruh. Menurut Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad

    Subki Miskon (2013), seorang guru yang cekap amat dipengaruhi oleh

    tahap tinggi atau rendahnya ciri-ciri dan prestasi proefesionalismenya,

    salah satu ciri adalah intelektual.

    Cikgu Amir haruslah sentiasa bersifat terbuka apabila

    menghadapi situasi yang berbeza supaya sentiasa bersifat positif dan

    optimistik. Di samping itu, Cikgu Amir juga boleh menghadiri kursus,

    program atau aktiviti yang dijalankan oleh KPM untuk mempertingkatkan

    pengaplikasian strategi pelaksanaan PdP di dalam bilik darjah. Selepas

    mendapati input yang baru, Cikgu Amir boleh berkongsi pengalaman dan

    idea dengan rakan sejawat. Dengan itu, Cikgu Amir bukan sahaja dapat

    mengaplikasikan strategi pelaksanaan PdP di dalam bilik darjah, malahan,

    beliau juga dapat membantu rakan sejawatnya mempertingkatkan

    strategi pengendalian PdP di sekolah.

    David Beliner (1988) telah mengenalpasti jangka masa yang

    diambil oleh seseorang guru untuk menyediakan diri di Peringkat Cekap

    adalah lima tahun. Justeru, Cikgu Amir perlulah sentiasa bersiap sedia

    untuk mendapatkan pengalaman yang banyak dalam menjalankantanggungjawabnya dalam mengendallikan PdP di bilik darjah supaya

    mampu meneruskan kerjayanya ke peringkat yang seterusnya.

    3.2 Peringkat Mahir

    Selepas Cikgu Amir berjaya mencapai peringkat kekecekapan, Cikgu

    Amir perlulah menyediakan diri untuk mencapai ke Peringkat Mahir. Bagi

    membolehkan Cikgu Amir mencapai ke peringkat ini, Cikgu Amir mestilah

    mempunyai mahir dalam bidangnya agar dapat membantu beliau

    mempunyai gaya yang lancar dan spontan untuk membuat keputusan

    berdasarkan intuisi.

  • 7/29/2019 Secara individu, anda dikehendaki menghasilkan sebuah esei akdamik berdasarkan Teori Perkembangan Guru Tr

    7/27

    Berdasarkan Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying dan Wong Kiet

    Wah (2010), guru yang mahir mampu memahami situasi yang berlainan

    akibat guru mahir mempunyai pengalaman yang mencukupi.kemampuan

    kognitif yang tinggi. Hal ini bermaksud Cikgu Amir perlu mempelajari

    untuk mencerakin dan menganalisis persekitaran pembelajaran secara

    kreatif. Di samping itu, Cikgu Amir juga perlu mempelajari untuk

    mempamerkan gaya pengajaran yang tersendiri. Pada peringkat ini,

    Cikgu Amir sudah mempunyai pengalaman yang mencukupi untuk

    membimbing dan menjadi guru mentor kepada guru novis (Noriati A.

    Rashid, Boon Pong Ying dan Wong Kiet Wah, 2010).

    Untuk membolehkan Cikgu Amir mempertingkatkan

    pengalamannya dalam melaksanakan PdP dengan lebih baik dan kreatif,

    beliau boleh menggunakan bahan multimedia dalam PdP untuk

    membantu muridnya menjad pengguna yang kritis terhadap sumber

    media yang berbagai. Seterusnya, Cikgu Amir juga perlu mahir dalam

    berkomunikasi melalui penggunaan bahasa badan, penulisan,

    penggunaan alat-alat tertentu seperti komputer, telefon dan sebagainya

    (Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon, 2013).

    Untuk membolehkan Cikgu Amir mempamerkan gaya pengajaran

    yang tersendiri, beliau haruslah mementingkan pengurusan bilik darjahyang dinamis supaya dapat menggalakkan penyertaan murid yang aktif.

    Beliau harus mampu membentuk suasana pembelajaran sosial yang

    positif supaya bilik darjah akan menjadi tempat belajar yang kondusif dan

    menyenorokkan. Dengan itu, Cikgu boleh mengaplikasikan teori

    pembelajaran seperti pembelajaran koperatif dan pembelajaran

    berpandukan sumber media. Slavin (1995) menyatakan bahawa

    pembelajaran kooperatif menggalakkan interaksi yang aktif dan positif

    dalam satu kelompok. Dengan adanya penggunaan bahan multimediaseperti teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), sesi PdP guru akan

    menjadi lebih menarik. Dengan itu, komunikasi pelbagai hala dapat

    dibentuk dan sesi PdP akan menjadi lebih seronok.Berdasarkan Berliner

    (1988), Cikgu Amir memerlukan 10 tahun untuk mencapai ke Peringkat

    Mahir dari Peringkat Cekap.

  • 7/29/2019 Secara individu, anda dikehendaki menghasilkan sebuah esei akdamik berdasarkan Teori Perkembangan Guru Tr

    8/27

    3.3 Peringkat Pakar

    Menurut Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon (2013),

    mereka berpendapat bahawa guru pakar adalah golongan guru yang

    mempunyai kemahiran, kepakaran dan cemerlang dalam mata pelajaran

    atau bidang pengkhususan masing-masing. Mereka juga dikenali sebagai

    Guru Cemerlang (GC). Untuk membolehkan Cikgu Amir mengecapi

    matlamat beliau di Peringkat Pakar, beliau haruslah mempunyai

    kemahiran ikhtisas dan menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam

    terhadap subjek yang diajar.

    Selain daripada itu, Cikgu Amir juga perlu mewujudkan interaksi

    positif pelbagai hala dan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik yang

    memudahkan murid menjalankan aktiviti pengajarannya. Antara ciri-ciriyang perlu dipupuk dalam diri Cikgu Amir termasuklah aspek peribadi,

    aspek pengetahuan dan kemahiran, aspek hasil kerja, aspek komunikasi

    serta aspek potensi. Jadual yang didapati di bawah merupakan antara

    aspek dan ciri-ciri yang harus diambil perhatian oleh Cikgu Amir untuk

    menjadi seorang guru pakar:-

    Aspek Ciri-ciri

    Peribadi Sahsiah terpuji

    Berketrampilan

    Berpegang teguh kepada etika perguruan

    dan etika perkhidmatan awam

    Peka dan prihatin terhadap keperluan murid

    Menjadi role model kepada warga pendidik

    Pengetahuan dan

    Kemahiran

    Menguasai dan menghayati kandungan

    mata pelajaran / bidang pengkhususan dan

    kepakarannya

    Menjadi pakar rujuk PdP

    Bijak menguruskan masa, bahan sumber,

    alat PdP

  • 7/29/2019 Secara individu, anda dikehendaki menghasilkan sebuah esei akdamik berdasarkan Teori Perkembangan Guru Tr

    9/27

    Mampu mengenal pasti keperluan dan

    masalah pembelajaran murid dan

    menyediakan program tindakan susulan

    Berpengetahuan dan berkemahiran dalam

    bidang ICT

    Hasil Kerja Berupaya meningkatkan hasil pembelajaran

    ke arah membangunkan potensi murid

    selaras dengan Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan (FPK).

    Komunikasi Memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi

    serta berkemampuan menyampaikan idea

    dan mesej dengan berkesan dalam pelbagaisituasi

    Potensi Berwawasan, proaktif, berinisiatif, bersifat

    responsive dan inovatif dalam rangka

    menjalankan tugas sebagai pendidik.

    Jadual 3.1: Aspek Dan Ciri-Ciri Yang Berkualiti Untuk Seseorang

    Guru Pakar

    Dengan adanya pelantikan sebagai guru pakar, Cikgu Amir dapat

    memperluaskan peluang untuk naik pangkat dan seterusnya menaik

    pangkat ke gred yang lebih tinggi Khas Untuk Peyandang (KUP) secara

    laluan laju (Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon, 2013).

    Untuk menjadi guru pakar, iaitu GC, Cikgu Amir perlu membuat

    permohonan. Antara syarat-syarat umum bagi semua gred adalah seperti

    berikut:-

    i. Telah disahkan dalam jawatan,

    ii. Telah diluluskan pengisytiharan harta,

    iii. Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

    Malaysia (SPRM),

    iv. Bersih daripada tindakan tatatertib,

  • 7/29/2019 Secara individu, anda dikehendaki menghasilkan sebuah esei akdamik berdasarkan Teori Perkembangan Guru Tr

    10/27

    v. Memperoleh LNPT yang cemerlang bagi tiga tahun

    kebelakangan,

    vi. Telah lulus PTK dalam gred sekarang (kecuali Gred DG54

    ke Gred Khas C).

    Manakala untuk syarat-syarat permohonan bagi guru pakar di

    peringkat yang lain seperti Guru Cemerlang Pegawai Perkhidmatan

    Pendidikan Lepasan Diploma (GC PPPLD), iaitu GC PPPLD DGA32

    (KUP) dan juga GC PPPLD DGA34 (KUP). Manakala untuk Guru

    Cemerlang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (GC PPPS)

    termasuklah GC PPPS DG44 (KUP), GC PPPS DG48 (KUP), GC PPPS

    DG52 (KUP), GC PPPS DG54 (KUP) dan GC PPPS Gred Khas C (KUP).

    Semua peringkat guru pakar ini mempunyai kriteria-kriteria yang berbeza.

    Untuk mencapai ke Peringkat Pakar, Cikgu Amir memerlukan 5 hingga 10

    tahun untuk beranjak dari Peringkat Cekap ke Peringkat Pakar (Berliner,

    1988). Natijahnya, Cikgu Amir perlu memahami kriteria-kriteria yang

    diperlukan untuk memohon menjadi GC di peringkat-peringkat yang lain

    untuk membantunya menjadi guru pakar yang lebih gemilang dan

    terbilang.

    4.0 Peningkatan Profesionalisme Guru

    Seperti yang didapati dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006- 2010

    (PIPP 2006-2010), pendidikan merupakan salah satu faktor utama dalam

    mencapai Misi Nasional dan guru memainkan peranan penting bagi memastikan

    kejayaan ini. Namun begitu, profesion keguruan dianggap sungguh mencabar

    memandangkan tugasnya yang amat membebankan dan tanggungjawabnya

    yang begitu berat (Kamaruzaman Kamaruddin, 2007).

    Jadi peningkatan profesionalisme guru adalah amat penting untuk

    membolehkan semua guru meningkatkan kompetensi diri untuk menghadapi

    cabaran pada masa depan. Raja Maria Diana bt. Raja Ali (2011) bersetuju

    bahawa profesion keguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang

    sungguh mencabar.

  • 7/29/2019 Secara individu, anda dikehendaki menghasilkan sebuah esei akdamik berdasarkan Teori Perkembangan Guru Tr

    11/27

    Oleh yang demikian, Cikgu Amir haruslah sentiasa mempertingkatkan

    kemampuan diri dalam melaksanakan pelbagai tanggungjawab secara holistik

    dan sempurna. Menurut Johnson (1972) dalam Syed Ismail Syed Mustapa &

    Ahmad Subki Miskon (2013), profesionalisme keguruan merujuk kepada kualiti

    pekerjaan atau sifat yang ada dalam kecekapan dan kemahiran untuk mengajar.

    Untuk mempertingkatkan profesionalisme, Cikgu Amir boleh melibatkan

    diri dalam program, kursus, latihan atau aktiviti yang diadakan oleh pihak sekolah,

    pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan juga pihak KPM untuk

    meningkatkan tahap profesionalisme.

    4.1 Peningkatan Profesionalisme Melalui Latihan Dalam

    Perkhidmatan

    Bong Pong Ying (2005), guru mampu memperkukuh kapasiti

    untuk memperbaiki pembelajaran pelajar dengan melanjutkan

    pengetahuan profesional kita dalam menguasai dan

    mengembangkan kemahiran-kemahiran serta memperjelaskan

    nilai-nilai profesional kita.

    Salah satu latihan yang boleh disertai oleh Cikgu Amir

    adalah Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) yang dianjurkan oleh

    PPD. Seperti LDP yang telah dianjurkan oleh PPD Hilir Perak

    pada tahun 2009, terdapat banyak aktiviti yang telah dijalankan

    sepanjang kursus ini untuk meningkatkan pengetahuan

    profesionalisme guru dari segi ilmu pengetahuan pendidikan dan

    mata pelajaran atau bidang pengkhususan bagi seseorang guru.

    Contoh-contoh aktiviti merangkumi Program Perkongsian Ilmu

    dalam bidang pengkhususan, Kursus Peningkatan dan Aplikasi

    Ilmu dan juga Pembelajaran Berasaskan Projek.

    Berkaitan dengan ini, Cikgu Amir akan mendapati input-

    input yang baru seperti pembelajaran bestari, pengajaran

    Matematik dan Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi,

    Bimbingan dan Kaunseling dan sebagainya melalui penyertaan

    LDP.

  • 7/29/2019 Secara individu, anda dikehendaki menghasilkan sebuah esei akdamik berdasarkan Teori Perkembangan Guru Tr

    12/27

    4.2 Amalan Refleksi Dan Penulisan Jurnal Ke Arah Peningkatan

    Profesionalisme Guru

    Amalan refleksi dapat memperkaya diri dan merangsang amalan

    professional (Boon Poh Ying, 2005). Refleksi yang dikemukakan

    oleh Dewey (1933) adalah batu asas dalam mengkaji proses

    kognitif guru semasa membuat keputusan tentang PdP.

    Justeru, Cikgu Amir boleh membuat refleksi untuk

    meningkatkan profesionalisme keguruan melalui penulisan jurnal

    atau refleksi. Refleksi dapat memberi peluang guru menganalisis

    diri serta menyedari tentang kekuatan dan kelemahan diri.

    Dengan ini, guru dapat membuat pengubahsuaian serta membaiki

    proses pembelajaran mereka dengan efektif.

    Kajian menunjukkan penulisan jurnal atau refleksi

    merupakan strategi yang terbaik untuk mendorong guru

    mengamalkan penyiasatan reflektif dan penilaian kendiri terhadap

    isu-isu pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi (Bolin, 1988;

    Richert, 1990; Zeichner & Liston, 1987).

    Natijahnya, refleksi menyediakan satu asas yang

    komprehensif mengenai PdP. Ia bukan sahaja membolehkan

    seseorang guru memperoleh pengertian berkaitan dengan

    tanggungjawabnya, tetapi juga memberi pelbagai perspektif

    terhadap pengajaran yang boleh dicontohi atau dipelajari oleh

    guru-guru lain (Boon, 2002). Justeru, Cikgu Amir juga boleh

    mengamalkan penulisan refleksi dan jurnal sebagai usaha

    meningkatkan profesionalisme guru.

    4.3 Amalan Konsep Belajar Seumur Hidup

    Amalan membaca, menulis dan melakukan penyelidikan tindakan

    memperluaskan pengalaman, pengetahuan dan pandangan guru

    terhadap bidang pengkhususan. Ia menajamkan kecekapan serta

  • 7/29/2019 Secara individu, anda dikehendaki menghasilkan sebuah esei akdamik berdasarkan Teori Perkembangan Guru Tr

    13/27

    keyakinannya dan ia akan menjadi kreatif, reflektif dan berinovasi

    dalam amalan pengajaran (Boon Poh Ying, 2005).

    Justeru, Cikgu Amir juga boleh haruslah mengambil usaha

    untuk mengamalkan Belajar Seumur Hidup agar mampu

    memperbaiki diri sebagai guru dalam paradigma belajar seumur

    hidup. Berdasarkan Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki

    Miskon (2013), pembelajaran berterusan penting untuk seseorang

    guru supaya beliau menjadi lebih profesional dan sentiasa relevan

    mengikut perubahan masa.

    Dalam era transformasi pendidikan ini, penguasaan

    pengetahuan dan penggunaan ICT adalah amat penting. Menurut

    Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon (2013), guruyang memperoleh kemahiran professional adalah guru yang

    bertauliah dan cekap mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam

    sesi PdP berlandaskan teori pendidikan.

    Lantaran itu, Cikgu Amir juga harus meningkatkan

    profesionalisme diri dengan membuat jaringan dengan guru-guru

    di negara lain sebagai mencerminkan imej pengantaranbangsaan

    dan memberikan peluang untuk Cikgu Amir berkongsi ilmu dan

    kemahiran dengan guru-guru dari negara lain.

    5.0 Cabaran dan Transformasi Pendidikan yang perlu dialami oleh Cikgu Amir

    5.1 Cabaran Pendidikan yang perlu dialami oleh Cikgu Amir

    Seperti yang dinyatakan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

    2006-2010 (PIPP 2006-2010), peredaran masa membawa perubahan

    dan cabaran terhadap profesion keguruan termasuk pengubahsuaian

    fungsi dan peranan guru. Salah satu cabaran yang akan dihadapi oleh

    Cikgu Amir adalah cabaran kepimpinan.

    Kepimpinan pada amnya didefinisikan sebagai seni atau proses

    mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas supaya

  • 7/29/2019 Secara individu, anda dikehendaki menghasilkan sebuah esei akdamik berdasarkan Teori Perkembangan Guru Tr

    14/27

    mereka rela bergiat dan berusaha ke arah pencapaian matlamat

    organisasi (Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon, 2013).

    5.1.1 Pelaksanaan Dasar-dasar Kerajaaan dengan berjaya

    Cabaran pertama adalah melibatkan diri danmelaksanakan dasar-dasar kerajaan sehingga berjaya. Sebagai

    contoh, Wawasan Pendidikan Negara yang dibentangkan pada

    tahun 1993. Anjakan paradigm yang perlu dilakukan untuk

    memastikan pengisian Wawasan Pendidikan Negara perlu

    diamalkan melalui tujuh aspek:

    i. Perpaduan dalam semua lapisan organisasi dan

    masyarakat.

    ii. Stail pengurusan dan kepimpinan yang berkualiti

    mencapai tahap tiada kecacatan.

    iii. Perkhidmatan penyayang untuk merapatkan hubungan

    dan keakraban serta melahirkan warga pendidik yang

    prihatin.

    iv. Penupayaan di mana penurunan kuasa dari pusat ke

    pinggiran, daripada kawalan kepada perkongsian kuasa

    dan juga daripada technical rationality kepada reflective

    rationality.

    v. Budaya ilmu melalui melalui budaya membaca, budaya

    belajar, budaya berfikir, budaya berwacana, budaya

    menulis dan budaya berkarya.

    vi. Sekolah penyayang yang memupuk harga diri pelajar

    supaya komitmen dan perasaan cintakan sekolah dapat

    diwujudkan.

    vii. Budaya cemerlang, mempunyai sikap berusaha ke arah

    kecemerlangan.

    Dasar ini merupakan salah satu cabaran kepimpinan Cikgu

    Amir kerana kepimpinan mesti melibatkan orang lain atau pihak

    lain (Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon, 2013).

    Menurut Mok Soon Sang (2001) dalam Mohd Azmin bin Mat

  • 7/29/2019 Secara individu, anda dikehendaki menghasilkan sebuah esei akdamik berdasarkan Teori Perkembangan Guru Tr

    15/27

    Seman (2003), perbezaan individu adalah diertikan sebagai

    ketidaksamaan dalam aspek perkembangan fizikal, mental, emosi

    dan sosial di kalangan individu.

    Jadi, perbezaan antara setiap individu mungkin

    menyebabkan Cikgu Amir menghadapi masalah untuk

    berkomunikasi dan membuat perbincangan dengan pihak-pihak

    yang lain. Seterusnya, sikap dan perangai individu yang berbeza

    juga akan menjadi satu cabaran bagi Cikgu Amir apabila beliau

    diamanahkan oleh pihak pentadbiran sekolah bagi melaksanakan

    sesuatu aktiviti.

    5.1.2 Terlalu banyak program menyebabkan pihak sekolah

    kurang tumpuan terhadap pengajaran dan

    pembelajaran (PdP)

    Seperti yang dinyatakan dalam Laporan Awal Pelan

    Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM

    2013-2025), satu kajian telah dijalankan untuk menilai

    prestasi KPM dari segi keberkesanan dan kecekapan serta

    faktor pengurusan organisasi yang mempengaruhi prestasi

    KPM dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan.

    Dapatan kajian menunjukkan salah satu kelemahan

    terhadap pelaksanaan dasar kerajaan yang menunjukkan

    pihak sekolah melaporkan bahawa mereka diarahkan

    untuk melaksanakan terlalu banyak program dalam

    setahun. Sekolah Berprestasi Tinggi (SPT) mungkin

    mampu menangani program-program yang diarahkan oleh

    KPM, tetapi sekolah-sekolah lain terpaksa bertungkus

    lumus menanggung beban tugas serta hilang tumpuan

    terhadap pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

  • 7/29/2019 Secara individu, anda dikehendaki menghasilkan sebuah esei akdamik berdasarkan Teori Perkembangan Guru Tr

    16/27

    Akan tetapi, semua program yang diarahkan oleh

    KPM adalah untuk kebaikan guru dan murid di sekolah.

    Hal ini bergantung kepada cara kepimpinan pihak

    pentadbiran sekolah dan juga guru-guru. Peranan guru

    yang dianggap sebagai pengamal reflektif bukan sahaja

    sesuai terhadap aspek sesi PdP di dalam bilik darjah,

    malahan, guru sebgai pengamal reflektif juga perlu

    membuat refleksi dan memikirkan cara-cara yang terbaik

    untuk mengatasi masalah ini.

    Lantaran itu, Cikgu Amir haruslah mengamalkan

    amalan reflektif apabila menghadapi cabaran ini supaya

    dapat membuat penambahbaikan terhadap aktiviti

    pengajaran yang dilaksanakan.

    5.1.3 Bebanan kerja yang berlebihan

    Bidang tugas guru pada era ini bukan sahaja merangkumi

    pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah tetapi

    juga terlibat tugas di luar bilik darjah mahupun di luar

    waktu persekolahan.

    Menurut Lemaire (2009), guru-guru pada masa kini

    terlalu dibebankan dengan tugas-tugas yang tidak

    berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran seperti

    aktiviti kokurikulum, menghadiri mesyuarat, mengendalikan

    program-program murid, menguruskan karenah dan

    kebajikan murid serta tugas-tugas pengurusan. Hal ini

    akan membebankan guru dan memberikan impak yang

    mendalam terhadap guru sehingga menyebabkan mereka

    mengalami masalah tekanan emosi, seperti stres dan

    burn-out. Nobile dan McCormick (2005) juga mendapati

    bahawa tekanan yang dihadapi oleh para guru

  • 7/29/2019 Secara individu, anda dikehendaki menghasilkan sebuah esei akdamik berdasarkan Teori Perkembangan Guru Tr

    17/27

    memberikan impak yang mendalam terhadap emosi,

    psikomatik dan fizikal guru.

    Justeru, Cikgu Amir haruslah sentiasa bersikap

    positif dan mempunyai cara berkomunikasi yang baik dan

    berkesan. Berdasarkan Syed Ismail Syed Mustapa &

    Ahmad Subki Miskon (2013), guru yang dapat mencari

    jalan untuk meluahkan buah fikiran dan emosinya

    sekiranya seseorang guru tersebut dapat berkomunikasi

    dengan baik dan berkesan.

    5.2 Transformasi Pendidikan yang perlu dialami oleh Cikgu Amir

    Dalam usaha mencapai aspirasi negara yang tinggi dalam persekitaran

    persaingan global, Malaysia perlu melaksanakan perubahan besar

    terhadap keseluruhan sistem pendidikan semasa. Justeru, proses

    transformasi pendidikan Malaysia mesti dilaksanakan.

    Berdasarkan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan

    Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025), transformasi pendidikan

    Malaysia yang akan dilaksanakan merangkumi pelbagai aspek.

    Contohnya, aspek pendekatan pembelajaran murid, latihan guru dan

    sebagainya.

    Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon (2013)

    berpendapat bahawa perubahan pendekatan pembelajaran murid

    melalui perubahan kurikulum. Sekolah Bestari merupakan sekolah yang

    lebih bertumpu kepada proses pengembangan dan pemupukanpembelajaran dengan menggunakan komputer dan penggunaan

    multimedia. Strategi untuk memartabatkan pelaksanaan Sekolah Besteri

    termasuklah Projek Sekolah Net, Projek Smart Lab dan Projek Sekolah

    Vista.

  • 7/29/2019 Secara individu, anda dikehendaki menghasilkan sebuah esei akdamik berdasarkan Teori Perkembangan Guru Tr

    18/27

    Manakala aspek latihan guru, Pelan Pembangunan Pendidikan

    Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025) menekankan pembangunan

    profesionalsime. Oleh yang demikian, KPM akan membangunkan

    portfolio program latihan bagi setiap aspek keperluan kompetensi dalam

    instrumen baharu. Sesetengah modul dalam portfolio program latihan ini

    merangkumi kecekapan asas yang diharapkan daripada semua guru,

    seperti pedagogi yang menyokong pembangunan pemikiran aras tinggi

    murid. Kompetensi teras ini diwajibkan kepada semua guru.

    Inisiatif yang pertama adalah pewujudan perpustakaan video e-

    Guru yang berpandukan teknologi ICT. Video ini dapat digunakan

    semasa latihan dan bimbingan kemahiran pedagogi. Inisiatif yang kedua

    adalah peluasan program bimbingan guru, iaitu Pembimbing Pakar

    Pembangunan Sekolah.

    Di samping itu, KPM akan bermula menyeragamkan sistem

    pengurusan dan pengumpulan data yang sedia ada untuk memudahkan

    tugas guru dan meningkatkan keberkesanan tugas utama guru, iaitu PdP.

    Selain itu, KPM juga akan mengkaji semula keperluan laporan

    pendokumentasian dan laporan yang sedia ada bagi mengurangkan

    beban tugas yang tidak diperlukan (Pelan Pembangunan Pendidikan

    Malaysia 2013-2025).

    Jika cabaran yang akan dihadapi oleh Cikgu Amir dapat diatasi

    dan transformasi pendidikan berjaya dijalankan, maka, sistem pendidikan

    negara dapat berfungsi dengan berkesan. Seterusnya, mampu

    menjayakan Model Baru Ekonomi, Program Transformasi Ekonomi dan

    Program Transformasi kerajaan yang menjadi asas perkembangan

    ekonomi negara dalam persaingan ekonomi global. Natijahnya, usaha

    negara untuk mengecapi Wawasan 2020 bukan setakat satu laungan

    yang diuar-uarkan sahaja. Tetapi, ianya merupakan satu matlamat

    negara yang mampu dicapai pada tahun 2020.

    6.0 Kesimpulan

  • 7/29/2019 Secara individu, anda dikehendaki menghasilkan sebuah esei akdamik berdasarkan Teori Perkembangan Guru Tr

    19/27

    Guru memainkan peranan yang penting untuk merealisasikan tanggungjawab

    membina modal insan yang cemerlang dan berkualiti melalui pendidikan dan

    aspirasi masyarakat dan negara. Usaha meningkatkan pengetahuan dan

    kemahiran guru adalah amat diperlukan.

    Natijahnya, guru haruslah sentiasa bersemangat tinggi untuk

    mempertingkatkan diri sendiri supaya dapat menyediakan diri bagi menghadapi

    cabaran dan transformasi pendidikan negara pada masa yang akan datang.

    Maksudnya ialah guru haruslah berani membuat perubahan terhadap

    pengurusan bilik darjah, strategi pengendalian sesi PdP di dalam bilik darjah,

    cara berkomunikasi dan lain-lain.

    Perubahan ke atas guru boleh didefinisikan sebagai keseluruhan aktiviti

    yang dirancang dan dibentuk untuk memberi sumbangan ke arah keberkesanandan kecekapan pengajaran para guru. Hal ini untuk memastikan anak bangsa

    Malaysia mampu menyahut dan mengharungi cabaran ke tahap yang lebih tinggi.

    Jika tidak ada peruabahan yang berlaku, ini bermakna keputusan peperiksaan

    akan terus kekal seperti sebelumnya atau semakin merosot.

    Kebanyakan guru mempunyai keinginan untuk memperbaiki diri berkaitan

    dengan tanggungjawab professional yang disebut perkembangan

    profesionalisme (Saipo bin Ayub, 2012). Ini termasuklah bidang pengajaran yang

    luas dan keupayaan mentadbir dan memimpin. Seterusnya, guru juga haruslah

    peka terhadap polisi-polisi atau dasar-dasar kerajaan agar dapat mengetahui

    cara untuk mempertingkatkan kemampuan diri dalam pelbagai aspek untuk

    menyahut cabaran dan menghadapi transformasi pendidikan negara.

  • 7/29/2019 Secara individu, anda dikehendaki menghasilkan sebuah esei akdamik berdasarkan Teori Perkembangan Guru Tr

    20/27

    7.0 Refleksi Individu

    Kerja kursus ini merangkumi beberapa aspek utama yang amat penting. Aspek

    pertama adalah menjelaskan laluan yang perlu dilalui oleh seorang guru dari

    Peringkat Cekap ke Peringkat Pakar dan menunjukkan hasil dapatan yang

    didapati melalui cara penulisan esei dalam berbagai bentuk secara kreatif.

    Bahagian ini telah meningkatkan kemahiran saya dan ahli kumpulan yang lain

    untuk memilih maklumat yang relevan dengan tugasan yang diingini.

    Seterusnya, penghasilan esei akademik berdasarkan Teori

    Perkembangan Guru, iaitu Teori Lima Peringkat Perkembangan Guru (Trotter,

    1986), peningkatan profesionalisme guru, cabaran dan transformasi pendidikan

    masa kini serta ramalkan apa yang bakal berlaku sekiranya cabaran dan

    transformasi pendidikan berjaya dijalankan juga perlu disiapkan.

    Melalui proses pengumpulan maklumat, saya telah memahami proses

    perkembangan guru berpandukan Teori Lima Peringkat Perkembangan Guru

    (Trotter, 1986) dengan lebih jelas. Seterusnya, saya juga mempelajari ciri-ciri

    seorang guru dalam peringkat yang berbeza. Hal ini membolehkan saya

    didedahkan kepada asas kepimpinan dan profesionalisme seorang guru dalam

    menempuh cabaran di dunia pekerjaan yang sebenar.

    Bagi melaksanakan tugasan ini, saya membuat bacaan daripada

    pelbagai sumber yang berkaitan dengan buku, internet, jurnal dan suerat khabar.

    Bacaan tentang topik yang telah ditetapkan telah dijalankan. Sewaktu

    menjalankan proses pencarian maklumat saya berhadapan dengan pelbagai

    masalah yang sedikit sebanyak mengganggu kelancaran proses untuk

    menyempurnakan tugasan ini. Antara masalah yang dihadapi adalah kesukaran

    untuk mencari maklumat yang bersesuaian dan relevan dengan soalan tugasan

    yang diberikan serta sumber maklumat yang terhad terutamanya buku. Saya

    telah berusaha untukmengatasi masalah ini dengan mencari maklumat di laman

    dan bertukar-tukar maklumat dengan rakan-rakan.

    Melalui tugasan ini saya melihat isu berkaitan guru adalah isu yang sering dipaparkan di

    media massa sama ada bercetak ataupun elektronik. Guru adalah profesion yang mempunyai

    kedudukan tinggi dalam masyarakat dan tidak hairanlah sekiranya berlaku isu

  • 7/29/2019 Secara individu, anda dikehendaki menghasilkan sebuah esei akdamik berdasarkan Teori Perkembangan Guru Tr

    21/27

    berkaitan guru mendapat liputan yang meluas dari media massa.

    Berkemungkinan isu berkaitan guru dijadikan sebagai modal untuk melariskan

    jualan surat khabar kerana rata-rata masyarakat bermaklumat mempunyai sifat

    ingin tahu yang tinggi dan media yang senang dicapai adalah melalui surat khabar.

    Saya mengaitkan tugasan ini dengan diri saya di mana saya mendapati saya perlu

    menghayati profesion keguruan dengan bersungguh dengan mendalami ilmu melalui

    budaya membaca, menyelidik dan menulis. Dengan cara demikian, saya

    mendapat banyak pengetahuan seterusnya dapat meningkatkan asas kepimpinan

    dan profesionalisme sebagai seorang guru..

    Saya amat bersetuju dengan idea Slavin (1995) yang berpendapat

    bahawa tiga konsep utama yang akan dibentuk melalui pembelajaran kooperatif

    ialah penghargaan kelompok, mementingkan akauntabiliti individu danmempunyai peluang yang sama untuk menyumbang kepada tugasan dan

    berhasil kepada semua ahli. Hal ini kerana tugasan ini telah mengingatkan saya

    supaya menghargai dan berterima kasih terhadap jasa baik orang lain sepanjang

    masa saya sebagai seorang guru pelatih mahupun guru yang sah pada masa

    depan. Tanpa penghayatan nilai-nilai murni, iaitu nilai bertanggungjawab dan

    juga nilai bertoleransi antara satu sama lain, hasil tugasan ini tidak akan

    diselesaikan dalam masa yang ditetapkan.

    Selain daripada itu, ini ialah kali pertama bagi saya dan rakan-rakan saya

    yang lain untuk menyiapkan kerja kursus ataupun projek sementara kami

    menjalani internship di sekolah. Kali ini saya telah menunjukkan peningkatan

    dalam pengurusan masa dalam menyiapakan projek ini. Pada masa yang sama,

    saya juga mendapati bahawa komunikasi antara saya dengan ahli kumpulan

    saya semakin banyak dan semakin baik melalui penggunaan sumber yang lain

    selain daripada menggunakan panggilan dan menghantar mesej melalui telefon

    bimbit serta menghantar email, iaitu laman Facebook. Salh seorang rakan

    sekumpulan saya- Wee Shan telah berhubung semua ahli kumpulan dan cuba

    berkomunikasi antara satu sama lain dengan menggunakan laman Facebook.

    Akan tetapi, saya juga mendapati kelemahan saya semasa saya membuat projek

    ini iaitu dalam aspek kolaborasi saya masih mempunyai kelemahan, iaitu saya

    tidak berkolaborasi dengan kawan saya yang menganalisis dan mensistesiskan

  • 7/29/2019 Secara individu, anda dikehendaki menghasilkan sebuah esei akdamik berdasarkan Teori Perkembangan Guru Tr

    22/27

    maklumat tentang indeks kesukaran. Hal ini kerana kami perlu memberikan

    contoh tentang penggubalan item-item yang tidak sesuai untuk menjadi item

    yang mempunyai indeks kesukaran dan indeks diskriminasi yang lebih baik.

    Akan tetapi, dengan adanya rakan sekumpulan yang prihatin dan bekerjasama,

    saya dapat mengetahui keabaian saya dalam aspek ini dan mengadakan

    perbincangan serta mencapai kesepakatan dalam penggubalan item sebelum

    projek ini dihantar.

    Secara keseluruhan, saya telah mempelajari betapa pentingnya untuk memahami dengan

    mendalam tentang konsep etika, akauntabiliti dan integriti bagi mencapai asas

    kepimpinan dan profesionalisme yang jitu dan kukuh bagi menghadapi cabaran semasa.

    Saya juga perlu mengambil tindakan yang mana difikirkan baik bagi mencari jalan

    peningkatan profesionalisme dan membuat sempadan bagi sesuatu yang tidak

    baik seperti peribahasa menyebut buang yang keruh, ambil yangjernih.

  • 7/29/2019 Secara individu, anda dikehendaki menghasilkan sebuah esei akdamik berdasarkan Teori Perkembangan Guru Tr

    23/27

    Bibliografi

    Buku

    Dewey, J. (1933). How we think: A restatement of the relation of reflectivethinking to the

    educative process. Boston, MA: Heath.

    Noriati A. Rashid, Boon, P.Y., et.al. (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Shah Alam:

    Oxford Fajar Sdn. Bhd.

    Slavin, R. E. (1995). Cooperative learning: Theory, research, and practice (2nd ed.).

    Boston: Allyn& Bacon.

    Syed Ismail bin Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon. (2013). Guru dan Cabaran

    Semasa. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

    Jurnal

    Bolin, F. S. (1988). Helping student teachers think about, Journal of Teacher Education,

    39 (2), 48-54.

    Boon, P.Y. (2005). Amalan Reflektif Ke Arah Peningkatan Profesionalisme Dir Guru.

    Kuala Lumpur: Institut Perguruan Bahasa-bahasa Antarabangsa (IPBA).

    Fuller, F.F. (1969). Concepts of Teachers: A Developmental Conceptualization.

    American Educational Research Journal, 6 (2), 207-226.

    Lemaire, J. (2009).Addressing teacher workload. Education, pp. 6.

    Richert, A. E. (1990). Teaching teachers to reflect: A consideration of programmestructure. Journal of Curriculum Studies, 22, 509-527.

    Tajulashikin Jumahat, Fazura bt. Mohd Noor & Mohd Burhan Ibrahim. (2013). Faktor-

    faktor Penentu Stres dalam kalangan Guru: Sekolah Rendah Mubaligh di Kuala

    Lumpur. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 1(2), 1-9

  • 7/29/2019 Secara individu, anda dikehendaki menghasilkan sebuah esei akdamik berdasarkan Teori Perkembangan Guru Tr

    24/27

    Toh, W. S. (2005). Penyelidikan Tindakan: Perkembangan Profesionalisme Ke Arah

    Pengamalan Reflektif dan Penambahbaikan Sekolah.Kuching: Pejabat Pelajaran

    Gabungan Bahagian Sri Aman dan MP Batu Lintang.

    Trotter, R. (1986). The Mystery of Mastery, Psychology Today, 20 (7), 32-38.

    Zeichner, K. & Liston, D. (1987). Teaching student teachers to reflect. Harvard

    Educational Review, 57 (1), 23-48.

    Internet

    Kamaruzaman Kamaruddin. (2007). Tekanan Kerja di kalangan Guru Sekolah

    Menengah.

    https://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&cad=

    rja&ved=0CC4QFjAA&url=http%3A%2F%2Fwww.management.utm.my%2Fe-

    management%2Fdoc_download%2F47-tekanan-kerja-di-kalangan-guru-sekolah-

    menengah.html&ei=LQ8dUoGxAeSIiQe5ooCwCA&usg=AFQjCNHykdOQkvVhC

    GyBYsMilnPVB5Rgvg&sig2=Y1WUNpqW5ga3NRu2MnCNBA&bvm=bv.5115654

    2,d.aGc. Dilayari pada 15 Ogos 2013.

    Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012)

    http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-BM.pdf. Dilayari

    pada 18 Ogos 2013.

    Mohd Azmin bin Mat Seman. (2003). Penilaian Kesesuaian MPK yang Dihasilkan bagi

    Mata Pelajaran Undang-undang Binaan (C 532) bagi Topik Perubahan/ Pindaan

    Kerja Terhadap Pelajar Semster Enam Kursus Diploma Ukur Bahan Politeknik

    Kota Bahru. Batu Pahat: Universiti Tun Hussein Onn.

    http://eprints.uthm.edu.my/1108/1/24_Pages_from_PENILAIAN_KESESUAIAN_

    MPK_YANG_DIHASILKAN_BAGI_MATA_PELAJARAN_UNDANG_UNDANG_B

    INAAN_(C.pdf. Dilayari pada 23 Ogos 2013.

    https://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&cad=rja&ved=0CC4QFjAA&url=http%3A%2F%2Fwww.management.utm.my%2Fe-management%2Fdoc_download%2F47-tekanan-kerja-di-kalangan-guru-sekolah-menengah.html&ei=LQ8dUoGxAeSIiQe5ooCwCA&usg=AFQjCNHykdOQkvVhCGyBYsMilnPVB5Rgvg&sig2=Y1WUNpqW5ga3NRu2MnCNBA&bvm=bv.51156542,d.aGchttps://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&cad=rja&ved=0CC4QFjAA&url=http%3A%2F%2Fwww.management.utm.my%2Fe-management%2Fdoc_download%2F47-tekanan-kerja-di-kalangan-guru-sekolah-menengah.html&ei=LQ8dUoGxAeSIiQe5ooCwCA&usg=AFQjCNHykdOQkvVhCGyBYsMilnPVB5Rgvg&sig2=Y1WUNpqW5ga3NRu2MnCNBA&bvm=bv.51156542,d.aGchttps://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&cad=rja&ved=0CC4QFjAA&url=http%3A%2F%2Fwww.management.utm.my%2Fe-management%2Fdoc_download%2F47-tekanan-kerja-di-kalangan-guru-sekolah-menengah.html&ei=LQ8dUoGxAeSIiQe5ooCwCA&usg=AFQjCNHykdOQkvVhCGyBYsMilnPVB5Rgvg&sig2=Y1WUNpqW5ga3NRu2MnCNBA&bvm=bv.51156542,d.aGchttps://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&cad=rja&ved=0CC4QFjAA&url=http%3A%2F%2Fwww.management.utm.my%2Fe-management%2Fdoc_download%2F47-tekanan-kerja-di-kalangan-guru-sekolah-menengah.html&ei=LQ8dUoGxAeSIiQe5ooCwCA&usg=AFQjCNHykdOQkvVhCGyBYsMilnPVB5Rgvg&sig2=Y1WUNpqW5ga3NRu2MnCNBA&bvm=bv.51156542,d.aGchttps://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&cad=rja&ved=0CC4QFjAA&url=http%3A%2F%2Fwww.management.utm.my%2Fe-management%2Fdoc_download%2F47-tekanan-kerja-di-kalangan-guru-sekolah-menengah.html&ei=LQ8dUoGxAeSIiQe5ooCwCA&usg=AFQjCNHykdOQkvVhCGyBYsMilnPVB5Rgvg&sig2=Y1WUNpqW5ga3NRu2MnCNBA&bvm=bv.51156542,d.aGchttps://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&cad=rja&ved=0CC4QFjAA&url=http%3A%2F%2Fwww.management.utm.my%2Fe-management%2Fdoc_download%2F47-tekanan-kerja-di-kalangan-guru-sekolah-menengah.html&ei=LQ8dUoGxAeSIiQe5ooCwCA&usg=AFQjCNHykdOQkvVhCGyBYsMilnPVB5Rgvg&sig2=Y1WUNpqW5ga3NRu2MnCNBA&bvm=bv.51156542,d.aGchttp://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-BM.pdfhttp://eprints.uthm.edu.my/1108/1/24_Pages_from_PENILAIAN_KESESUAIAN_MPK_YANG_DIHASILKAN_BAGI_MATA_PELAJARAN_UNDANG_UNDANG_BINAAN_(C.pdfhttp://eprints.uthm.edu.my/1108/1/24_Pages_from_PENILAIAN_KESESUAIAN_MPK_YANG_DIHASILKAN_BAGI_MATA_PELAJARAN_UNDANG_UNDANG_BINAAN_(C.pdfhttp://eprints.uthm.edu.my/1108/1/24_Pages_from_PENILAIAN_KESESUAIAN_MPK_YANG_DIHASILKAN_BAGI_MATA_PELAJARAN_UNDANG_UNDANG_BINAAN_(C.pdfhttp://eprints.uthm.edu.my/1108/1/24_Pages_from_PENILAIAN_KESESUAIAN_MPK_YANG_DIHASILKAN_BAGI_MATA_PELAJARAN_UNDANG_UNDANG_BINAAN_(C.pdfhttp://eprints.uthm.edu.my/1108/1/24_Pages_from_PENILAIAN_KESESUAIAN_MPK_YANG_DIHASILKAN_BAGI_MATA_PELAJARAN_UNDANG_UNDANG_BINAAN_(C.pdfhttp://eprints.uthm.edu.my/1108/1/24_Pages_from_PENILAIAN_KESESUAIAN_MPK_YANG_DIHASILKAN_BAGI_MATA_PELAJARAN_UNDANG_UNDANG_BINAAN_(C.pdfhttp://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-BM.pdfhttps://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&cad=rja&ved=0CC4QFjAA&url=http%3A%2F%2Fwww.management.utm.my%2Fe-management%2Fdoc_download%2F47-tekanan-kerja-di-kalangan-guru-sekolah-menengah.html&ei=LQ8dUoGxAeSIiQe5ooCwCA&usg=AFQjCNHykdOQkvVhCGyBYsMilnPVB5Rgvg&sig2=Y1WUNpqW5ga3NRu2MnCNBA&bvm=bv.51156542,d.aGchttps://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&cad=rja&ved=0CC4QFjAA&url=http%3A%2F%2Fwww.management.utm.my%2Fe-management%2Fdoc_download%2F47-tekanan-kerja-di-kalangan-guru-sekolah-menengah.html&ei=LQ8dUoGxAeSIiQe5ooCwCA&usg=AFQjCNHykdOQkvVhCGyBYsMilnPVB5Rgvg&sig2=Y1WUNpqW5ga3NRu2MnCNBA&bvm=bv.51156542,d.aGchttps://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&cad=rja&ved=0CC4QFjAA&url=http%3A%2F%2Fwww.management.utm.my%2Fe-management%2Fdoc_download%2F47-tekanan-kerja-di-kalangan-guru-sekolah-menengah.html&ei=LQ8dUoGxAeSIiQe5ooCwCA&usg=AFQjCNHykdOQkvVhCGyBYsMilnPVB5Rgvg&sig2=Y1WUNpqW5ga3NRu2MnCNBA&bvm=bv.51156542,d.aGchttps://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&cad=rja&ved=0CC4QFjAA&url=http%3A%2F%2Fwww.management.utm.my%2Fe-management%2Fdoc_download%2F47-tekanan-kerja-di-kalangan-guru-sekolah-menengah.html&ei=LQ8dUoGxAeSIiQe5ooCwCA&usg=AFQjCNHykdOQkvVhCGyBYsMilnPVB5Rgvg&sig2=Y1WUNpqW5ga3NRu2MnCNBA&bvm=bv.51156542,d.aGchttps://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&cad=rja&ved=0CC4QFjAA&url=http%3A%2F%2Fwww.management.utm.my%2Fe-management%2Fdoc_download%2F47-tekanan-kerja-di-kalangan-guru-sekolah-menengah.html&ei=LQ8dUoGxAeSIiQe5ooCwCA&usg=AFQjCNHykdOQkvVhCGyBYsMilnPVB5Rgvg&sig2=Y1WUNpqW5ga3NRu2MnCNBA&bvm=bv.51156542,d.aGchttps://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&cad=rja&ved=0CC4QFjAA&url=http%3A%2F%2Fwww.management.utm.my%2Fe-management%2Fdoc_download%2F47-tekanan-kerja-di-kalangan-guru-sekolah-menengah.html&ei=LQ8dUoGxAeSIiQe5ooCwCA&usg=AFQjCNHykdOQkvVhCGyBYsMilnPVB5Rgvg&sig2=Y1WUNpqW5ga3NRu2MnCNBA&bvm=bv.51156542,d.aGc
  • 7/29/2019 Secara individu, anda dikehendaki menghasilkan sebuah esei akdamik berdasarkan Teori Perkembangan Guru Tr

    25/27

    Portal Rasmi Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak (PPD Hilir Perak).

    http://www.ppdhilirperak.edu.my/v2/index.php?option=com_jdownloads&Itemid=

    58&task=view.download&cid=46. Dilayari pada 19 Ogos 2013.

    Raja Maria Diana bt. Raja Ali. (2011). Faktor-faktor yang Mendorong Tekanan Kerja

    (Stres) di kalangan Guru-guru Sekolah Menengah di Daerah Pasir Puteh.

    http://eprints.oum.edu.my/666/1/faktor_raja_maria.pdf. Dilayari pada 26 Ogos

    2013.

    Saipo bin Ayub. (2012). Guru Menghadapi Perubahan.

    http://www.ipislam.edu.my/uploaded/file/saifo.pdf. Dilayari pada 29 Ogos 2013.

    http://www.ppdhilirperak.edu.my/v2/index.php?option=com_jdownloads&Itemid=58&task=view.download&cid=46http://www.ppdhilirperak.edu.my/v2/index.php?option=com_jdownloads&Itemid=58&task=view.download&cid=46http://eprints.oum.edu.my/666/1/faktor_raja_maria.pdfhttp://www.ipislam.edu.my/uploaded/file/saifo.pdfhttp://www.ipislam.edu.my/uploaded/file/saifo.pdfhttp://eprints.oum.edu.my/666/1/faktor_raja_maria.pdfhttp://www.ppdhilirperak.edu.my/v2/index.php?option=com_jdownloads&Itemid=58&task=view.download&cid=46http://www.ppdhilirperak.edu.my/v2/index.php?option=com_jdownloads&Itemid=58&task=view.download&cid=46
  • 7/29/2019 Secara individu, anda dikehendaki menghasilkan sebuah esei akdamik berdasarkan Teori Perkembangan Guru Tr

    26/27

    Isi KandunganIsi Kandungan Muka Surat

    1.0 PENGENALAN 1

    2.0 TEORI PERKEMBANGAN GURU

    2.1 Teori Keprihatianan (Fuler, 1969)

    2.2 Teori Lima Peringkat Perkembangan Guru (Tortter, 1986)

    2

    2-3

    3-4

    3.0 LALUAN YANG PERLU DILALUI OLEH CIKGU AMIR

    BERPANDUKAN TEORI LIMA PERINGKAT PERKEMBANGAN

    GURU (TROTTER, 1986)

    3.1 Peringkat Cekap

    3.2 Peringkat Mahir

    3.3 Peringkat Pakar

    5

    5-6

    6-7

    8-10

    4.0 PENINGKATAN PROFESIONALISME

    4.1 Peningkatan profesionalisme melalui latihan dalam

    perkhidmatan

    4.2 Amalan refleksi dan penulisan jurnal ke arah peningkatan

    profesionalisme guru

    4.3 Amalan konsep belajar seumur hidup

    10-11

    11

    12

    12-13

    5.0 CABARAN DAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN YANG PERLU

    DIALAMI OLEH CIKGU AMIR

    5.1 Cabaran Pendidikan yang perlu dialami oleh Cikgu Amir

    5.1.1 Pelaksanaan dasar-dasar kerajaan dengan berjaya

    5.1.2 Terlalu banyak program menyebabkan pihak sekolah

    kurang tumpuan terhadap pengajaran dan

    pembelajaran (PdP)

    5.1.3 Bebanan kerja yang berlebihan

    5.2 Transformasi pendidikan yang perlu dialami oleh Cikgu Amir

    13

    13-14

    14-15

    15-16

    16-17

    17-18

    6.0 KESIMPULAN 19

  • 7/29/2019 Secara individu, anda dikehendaki menghasilkan sebuah esei akdamik berdasarkan Teori Perkembangan Guru Tr

    27/27

    7.0 REFLEKSI INDIVIDU 20-22

    BIBLIOGRAFI 23-25