guru sebagai pemimpin dan pengamal profesionalisme keguruan

23
PISMP SAINS GURU SEBAGAI PEMIMPIN DAN PENGAMAL PROFESIONALISME KEGURUAN 1.0 PENGENALAN Realiti pada masa kini iaitu tugas seorang guru tidak terhad kepada mengajar menyebabkan guru turut dilabel sebagai seorang pemimpin di dalam tugas-tugas yang tertentu. Danielson (2006) melihat kepimpinan guru sebagai himpunan kemahiran pada seseorang guru yang selain daripada mengajar turut mempunyai pengaruh yang diperluaskan ke luar bilik darjahnya, sama ada di dalam atau di luar sekolahnya. Hal ini dibuktikan dengan pelbagai peranan dan tugas guru dari pelbagai aspek yang harus dijalankan dengan penuh tangggungjawab. Setiap bidang pekerjaan dibezakan dengan aras profesionalismenya. Tidak semua pekerjaan dianggap sebagai bidang profesional. Ianya memerlukan ciri-ciri yang khusus untuk diiktiraf sebagai sesuatu bidang yang profesional. Antara pekerjaan yang pada masa kini dianggap sebagai bidang profesional ialah peguam, doktor, guru dan sebagainya. 2.0 KONSEP 1

Upload: zaidy-omar

Post on 24-Jul-2015

2.617 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Guru Sebagai Pemimpin Dan Pengamal Profesionalisme Keguruan

PISMP SAINS

GURU SEBAGAI PEMIMPIN DAN PENGAMAL PROFESIONALISME KEGURUAN

1.0 PENGENALAN

Realiti pada masa kini iaitu tugas seorang guru tidak terhad kepada mengajar

menyebabkan guru turut dilabel sebagai seorang pemimpin di dalam tugas-tugas yang

tertentu. Danielson (2006) melihat kepimpinan guru sebagai himpunan kemahiran pada

seseorang guru yang selain daripada mengajar turut mempunyai pengaruh yang

diperluaskan ke luar bilik darjahnya, sama ada di dalam atau di luar sekolahnya. Hal ini

dibuktikan dengan pelbagai peranan dan tugas guru dari pelbagai aspek yang harus

dijalankan dengan penuh tangggungjawab.

Setiap bidang pekerjaan dibezakan dengan aras profesionalismenya. Tidak

semua pekerjaan dianggap sebagai bidang profesional. Ianya memerlukan ciri-ciri yang

khusus untuk diiktiraf sebagai sesuatu bidang yang profesional. Antara pekerjaan yang

pada masa kini dianggap sebagai bidang profesional ialah peguam, doktor, guru dan

sebagainya.

2.0 KONSEP

2.1 Konsep Pemimpin

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "pemimpin" bermaksud suatu gelaran

kepada pelaku kepimpinan atau memimpin sesebuah, organisasi, kumpulan atau

persatuan. Ahmad Rusli (1999) dalam kertas kerjanya Pemimpin Dalam Kepimpinan

Pendidikan menyatakan pemimpin adalah individu manusia yang diamanahkan

memimpin subordinat (pengikutnya) ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan.

1

Page 2: Guru Sebagai Pemimpin Dan Pengamal Profesionalisme Keguruan

PISMP SAINS

Katzenmeyer dan Moller (2009), mendefinisikan guru pemimpin ialah, mereka yang

memimpin di dalam dan luar kelas, mengenalpasti dan menyumbang kepada komuniti

guru dan para pemimpin, berpengaruh terhadap yang lain ke arah amalan pendidikan

yang lebih baik, dan menerima tanggungjawab untuk mencapai hasil dari kepimpinan

mereka.Dalam erti kata yang lain, istilah guru sebagai pemimpin dapat diterjemahkan

sebagai individu manusia yang memimpin murid-muridnya untuk mencapai matlamat

pembelajaran berdasarkan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).

2.2 Konsep Profesionalisme Keguruan

Mok Soon Sang (1991) mengistilahkan profesionalisme keguruan sebagai ciri-

ciri suatu pekerjaan yang memerlukan latihan ikhtisas seperti yang diperlukan di dalam

profesionalisme perguruan, profesionalisme guaman, profesionalisme perubatan dan

sebagainya. Sufean (1993) pula menjelaskan guru merupakan golongan professional

kerana profesion ini lebih mementingkan perkhidmatan daripada ganjaran kewangan

dan merasa bertanggungjawab dalam semua tindakan dan keputusan yang dibuat.

Dalam definisi yang lain pula, Fatimah (2002) menyatakan guru bukan sahaja menjadi

pendidik dan pengasas kepada pengetahuan pelajar-pelajar tetapi juga menjadi

pemimpin, penasihat dan agen perubahan dalam masyarakat.

Bersandarkan kepada ketiga-tiga definisi diatas, dapat disimpulkan

profesionalisme keguruan diertikan sebagai sesuatu bidang pekerjaan yang mempunyai

latihan ikhtisas yang cukup dan mengamalkan kod etika yang ditetapkan serta sumber

kepada ilmu dan maklumat murid dan juga agen perubahan bagi masyarakat

sekelilingnya.

2

Page 3: Guru Sebagai Pemimpin Dan Pengamal Profesionalisme Keguruan

PISMP SAINS

3.0 GURU SEBAGAI PEMIMPIN DAN PENGAMAL PROFESIONALISME

KEGURUAN

3.1 Guru sebagai Pemimpin

Berdasarkan definisi oleh Katzenmeyer dan Moller, ciri-ciri pemimpin guru

adalah:

i. Memimpin di dalam dan luar kelas

Guru yang profesional merupakan seorang yang mahir di dalam

kelas melalui pengajaran dalam pembelajaran dengan pelajar.

Kepimpinan guru akan dibenarkan oleh guru lain apabila guru tersebut

dirasakan cemerlang terhadap pelajarnya. Little (1995) menyatakan

kepercayaan yang diberikan untuk memimpin sebagai suatu pra syarat

bagi guru pemimpin dalam mempengaruhi rakan sekerja. Kepercayaan ini

hanya boleh diberikan oleh guru lain dan bukan melalui jawatan yang

dipegang.

Guru boleh menjadi pemimpin kepada perubahan di luar kelas

mereka dengan menerima lebih tanggungjawab dalam membantu rakan-

rakan untuk mencapai kejayaan bagi semua pelajar dan untuk

keseluruhan program di sekolah. Tahap penglibatan kepimpinan guru di

luar kelas adalah bergantung kepada konteks sekolah dan sistem sekolah

serta kemahuan guru. Apa yang paling penting adalah guru tidak harus

melepaskan fokus mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran untuk

menjadi pemimpin.

3

Page 4: Guru Sebagai Pemimpin Dan Pengamal Profesionalisme Keguruan

PISMP SAINS

Pada masa lalu, keyakinan masyarakat umum bahawa jika anda

seorang guru, satu-satunya cara untuk menjadi sebagai pemimpin adalah

dengan meninggalkan kelas dan mungkin juga sekolah (Barth, 1988;

Buyer, 1983) Wanda (2009), menyarankan agar guru perlu terus mengajar

disamping memberikan sumbangan di luar kelas. Ini bagi mengelakkan

mereka terputus hubungan dengan kelasnya di sekolah. Peranan guru

sebagai pemimpin memberikan semangat kepada guru untuk menyedari

tentang nilai profesional mereka, disamping itu akan tetap

mempertahankan peranan dan tumpuan mereka untuk mengajar.

ii. Mengenalpasti dan menyumbang kepada komuniti guru dan para

pemimpin .

Memimpin di luar kelas memberikan peluang bagi guru untuk

berinteraksi dengan orang dewasa di sekolah. Ackerman dan Mackenzie

(2007), mencadangkan “Hidup untuk mencapai impian bagi menjadi

sebahagian daripada kelompok, kerjasama dalam sesuatu perusahaan”.

Jika impian ini tercapai, maka para guru akan belajar atau berada di

dalam komuniti sekolah yang profesional.

Guru pemimpin juga boleh menjangkau di luar sekolah mereka ke

peringkat yang lebih luas dalam masyarakat.  Penyertaan dalam projek-

projek pendidikan nasional, organisasi profesional, termasuklah

menjalinkan rangkaian dengan pemimpin guru lain yang menguatkan

serta meningkatkan amalan pengajaran mereka. 

4

Page 5: Guru Sebagai Pemimpin Dan Pengamal Profesionalisme Keguruan

PISMP SAINS

Lieberman dan Wood (2003) mendokumentasi nilai guru terlibat

dalam rangkaian luaran. Para guru pemimpin mengetahui bagaimana

membina perikatan dan rangkaian bagi menyelesaikan pekerjaan mereka.

Rangkaian ini membantu mereka untuk mendapatkan tenaga kerja yang

diperlukan, dana, dan sumber lain untuk menyokong tindakan yang

dirancang.

iii. Berpengaruh terhadap yang lain ke arah amalan pendidikan yang

lebih baik.

Guru sebagai pemimpin mempengaruhi orang lain bagi

meningkatkan amalan pendidikan. Kata kunci bagi pemimpin adalah

mempengaruhi. Kerjaya sebagai pendidik merupakan suatu kerjaya yang

banyak mengamalkan kaedah mempengaruhi di dalam pengajaran ketika

bersama dengan pelajar di dalam kelas.

Silva, Gimbert, dan Nolan (2000), dalam kajian mereka para guru

pemimpin yang membina hubungan adalah seorang yang kritis dalam

pekerjaan mereka. Mooney (1994),  Guru pemimpin digambarkan sebagai

rajin, terlibat dengan inovasi, memotivasi pelajar dengan berbagai

kemampuan, dan sentiasa bersedia untuk guru lain. Kedudukan jawatan

tidak begitu mempengaruhi orang lain. Guru yang mengadakan kerjasama

dengan rakan-rakan mereka adalah sama efektif dalam mempengaruhi

orang lain sepertimana individu dengan kedudukan jawatan yang

membawa kekuatan sesuatu kedudukan.

5

Page 6: Guru Sebagai Pemimpin Dan Pengamal Profesionalisme Keguruan

PISMP SAINS

iv. Menerima tanggungjawab untuk mencapai hasil dari kepimpinan

mereka.

Kepimpinan yang berkesan dilihat berdasarkan hasil yang

diperolehi. Guru sering memasukkan peranan kepimpinan dengan

mengenalpasti bahagian yang memerlukan penambahbaikan dan

kemudian menangani masalah tersebut. Guru pemimpin akan menerima

tanggunjawab ini untuk membuat tindakan lanjut sebagai komitmen

mereka dan untuk mencapai matlamatnya.

Dalam sebuah kajian tentang keberkesanan masyarakat pendidik

profesional, dilaporkan bahawa salah satu dari jenis sokongan yang

diberikan oleh pengetua sekolah adalah membuat tindak susulan yang

konsisten terhadap sesuatu keputusan (Moller et al., 2000).  Adalah

diandaikan bahawa ini juga berlaku kepada kepimpinan guru. Dimana

kepercayaan dibina melalui pengalaman dengan berapa kekerapan

seseorang itu dapat bergantung terhadap orang lain.

3.2 Guru sebagai Pengamal Profesionalisme Keguruan

Guru dalam alaf baharu seharusnya professional dan

profesionalismenya ialah kunci kepada peningkatan kualiti (Jemaah Nazir,

2001). Kualiti yang dimaksudkan ialah kualiti proses dan kualiti produk.

Dengan ini, modal insan perlu dikembangkan secara bersepadu hingga

mencapai ke tahap yang optimum. Dengan adanya program-program

pembangunan profesional maka para guru sudah tentunya dapat

6

Page 7: Guru Sebagai Pemimpin Dan Pengamal Profesionalisme Keguruan

PISMP SAINS

mengoptimumkan keupayaan diri seterusnya meningkatkan lagi kualiti

pendidikan negara.

Antara aspek-aspek keguruan yang dikatakan sebagai ciri-ciri

profesion ialah guru mempunyai pengetahuan yang luas dari segi

pengetahuan kandungan, pengetahuan pedagogi dan pedagogi asas.

Dalam konteks pendidikan, menjadi seorang guru bukannya semudah

menjadi pemberi ilmu. Seseorang individu perlulah menjalani latihan

khusus di mana tempat latihan tersebut merupakan pusat latihan yang

diiktiraf oleh agensi yang berkenaan sebagai sebuah pusat latihan guru

yang mencapai kualiti tertentu. Contohnya ialah Institut Pendidikan Guru

Malaysia (IPGM) yang pada masa kini sedang melalui proses

pengiktirafan daripada Malaysian Qualification Agency (MQA) untuk

pengiktirafan graduan ijazahnya. Di pusat-pusat latihan sebegini, para

bakal guru dibekalkan dengan pengetahuan mendalam tentang mata

pelajaran yang akan mereka ajar, pengetahuan pedagogi yang mantap,

kaedah dan teknik pengajaran yang berkesan serta pembentukan sahsiah

diri yang unggul melalui pelbagai program yang disediakan.

Aspek yang kedua ialah pengetahuan mengenai pelajar.

Pengajaran yang berkesan memerlukan guru yang mempunyai

pengetahuan dari segi perkembangan kanak-kanak dan remaja dari

perspektif kognitif, sosial, fizikal dan emosi. Pemahaman mengenai murid

dan alam belajar iaitu berkaitan kepelbagaian kecerdasan pelajar,

perbezaan individu dari segi kognitif, budaya dan emosi dapat membantu

7

Page 8: Guru Sebagai Pemimpin Dan Pengamal Profesionalisme Keguruan

PISMP SAINS

guru memperkembang potensi pelajar ke peringkat yang optimum. Selain

itu, seseorang guru itu juga perlu berupaya mengaplikasikan pendekatan-

pendekatan pengajaran yang bersesuaian dengan muridnya serta boleh

memotivasikan murid untuk meneruskan pembelajaran. Guru juga perlu

menilai pemahaman pelajar, membuat refleksi amalan pengajaran serta

menambahbaik perancangan dan proses pengajaran.

Aspek ketiga pula ialah peningkatan profesionalisme guru. Sebagai

seorang guru yang professional, kemahiran dan pengetahuan mengenai

kaedah dan teknik pengajaran perlu diperkemas dari semasa ke semasa.

Rohani Abdul Hamid (1998) menyatakan profesion guru diharapkan dapat

membuat anjakan paradigma kepada budaya berasaskan ilmu dan

pemikiran. Justeru, guru perlu melengkapkan diri dengan pembaharuan

dan perubahan kurikulum agar tidak ketinggalan terhadap perkembangan

pesat yang berlaku dalam dunia pendidikan. Di samping itu, guru haruslah

berupaya membuat keputusan dalam hal-hal kepengurusan bilik darjah,

mewujudkan hubungan mesra dengan pihak pentadbiran sekolah,

membina kerjasama baik dengan pihak luar yang berkenaan dan

mempunyai rangkaian hubungan dengan agensi-agensi kerajaan.

Guru komited untuk menyediakan program pengajaran dan

pembelajaran (P&P) berkualiti dan berpegang teguh kepada strategi-

strategi akauntabiliti yang berkesan di samping melaksanakan program

secara adil dan mencapai keputusan yang bermakna. Seorang guru yang

profesional merupakan individu yang mengamalkan dan patuh kepada

8

Page 9: Guru Sebagai Pemimpin Dan Pengamal Profesionalisme Keguruan

PISMP SAINS

etika kerja seperti mana yang telah termaktub di dalam Kod Etika

Keguruan. Antara tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh seorang

guru termasuklah tanggungjawab terhadap pelajar, ibu bapa, masyarakat,

rakan sejawat dan negara. Manakala guru juga perlulah mempunyai

akauntabiliti keguruan yang diistilahkan sebagai bertanggubgjawab

terhadap seseorang individu atau terhadap sesuatu. Akauntabiliti

merupakan satu obligasi untuk memberi penjelasan tentang sesuatu

tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapatkan

penjelasan tersebut. Sebagai contoh, sekolah akan memastikan seorang

guru mempunyai akauntabiliti terhadap pencapaian murid melalui

pengumpulan dan penganalisisan data yang sistematik dan shih

keputusannya. Maka, akauntabiliti keguruan membawa maksud berkaitan

tanggungjawab sepenuhnya guru terhadap profesionalisme keguruannya.

4.0 ISU-ISU ETIKA KEGURUAN DAN KESANNYA TERHADAP PROFESION

4.1 Isu Kesantunan Guru

Makna perkataan kesantunan boleh dikatakan sebagai perlakuan

atau tingkah laku yang mampu menjalinkan hubungan yang baik antara

satu sama lain yang menjadikan sesuatu pergaulan itu berada dalam

keadaan harmoni dan mesra. Kesantunan melibatkan perlakuan verbal

atau non-verbal. Za’ba (1950) menjelaskan beberapa perkara yang

menjadi peraturan ketat dalam masyarakat bagi mengawal perlakuan dan

9

Page 10: Guru Sebagai Pemimpin Dan Pengamal Profesionalisme Keguruan

PISMP SAINS

etiket. Antaranya ialah perlakuan dalam percakapan. Nada, ton dan

intonasi suara hendaklah bersesuaian dengan keadaan semasa

seseorang individu. Noriati (2004) berpendapat bahawa kesantunan

bermula daripada hati yang ikhlas dan jujur akan menzahirkan perlakuan

yang menyenangkan semua pihak.

Menurut sumber blog Laman KL-Today bertarikh 27 September

2010, pada masa kini telah berlaku beberapa kes yang berkaitan dengan

isu kesantunan guru. Di Muar, Johor pengetua Sekolah Menengah

Kebangsaan Sultan Abu Bakar telah diberikan amaran oleh pihak

Kementerian Pelajaran Malaysian kerana bertindak rasis dengan

memaksa lebih 50 pelajar bukan Islam daripada tingkatan satu hingga

lima supaya meniru cara menadah tangan serta membaca doa bersama-

sama pelajar Islam semasa perhimpunan bulanan sekolah itu.

Selain itu, pada bulan Ogos yang lepas seorang pengetua Sekolah

Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman di Kulai mengeluarkan

kata-kata bersifat perkauman terhadap pelajar Cina dan India. Kemudian

pada Julai lalu, seorang guru agama di Sekolah Menengah Perempuan

Methodist di Tengkera, Melaka didakwa memarahi pelajar sebuah kelas

sekolah dengan mengeluarkan kata-kata perkauman. Guru tersebut

menyalahkan pelajar Cina yang menyebabkan pelajar Melayu tidak

menutup aurat. Kejadian ini berlaku selepas beberapa pelajar perempuan

Melayu berpakaian tidak menutup aurat ketika memperagakan fesyen

dalam satu program di sekolah itu. Malah, guru tersebut turut menuduh

10

Page 11: Guru Sebagai Pemimpin Dan Pengamal Profesionalisme Keguruan

PISMP SAINS

pelajar Cina memakai seluar pendek kerana mahu menjual tubuh mereka.

Laporan telah dilakukan dan akhirnya guru tersebut telah ditukar ke

sekolah lain.

Berdasarkan daripada ketiga-tiga contoh nyata tindakan guru-guru

berkenaan, adalah lebih baik sekiranya mereka menilai semula nilai

kesantunan guru yang sewajarnya diamalkan. Ketika berkomunikasi, guru

harus mengikut norma-norma budaya dan bukan sekadar mengikut

tatacara sendiri. Tatacara berbahasa harus sesuai dengan unsur-unsur

budaya yang ada dalam konteks masyarakat majmuk. Sekiranya perkara

ini dipandang remeh maka pelbagai kesan yang tidak baik akan wujud.

Antaranya, tindakan tatatertib dan disiplin daripada pihak Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), kredibiliti

perkhidmatan menurun, gangguan system tangga gaji dan sebagainya.

Dari aspek kesantunan non-verbal, perlakuan dari segi gaya

berpakaian, cara duduk, cara berhubung dengan pihak lain, salam dan

beramah-tamah adalah dititikberatkan. Para guru perlu bijak

menyesuaikan keadaan penampilan diri selari dengan nilai dan cara hidup

masyarakat Malaysia yang berkait rapat dengan budaya dan kepercayaan

beragama. Impak yang negatif akan dirasai oleh seorang guru apabila

berpakaian melawan cara yang sepatutnya. Sebagai contoh guru

berpakaian seperti seorang artis. Secara tidak langsung persepsi murid-

murid dan para rakan sejawat akan bertukar negatif dengan memandang

serong guru berkenaan dan maruah guru tersebut akan tercalar.

11

Page 12: Guru Sebagai Pemimpin Dan Pengamal Profesionalisme Keguruan

PISMP SAINS

Guru juga perlu mengawal tingkah lakunya yakni bijak mengawal

emosi. Adalah tidak wajar bagi seorang guru untuk memarahi muridnya

dihadapan khalayak umum dengan menggunakan kata-kata yang kesat.

Sekiranya berlaku perkara sebegini, guru berkenaan telah melanggar hak

asasi kanak-kanak berdasarkan Konvensyen Kanak-Kanak Kebangsaan

dan boleh dikenakan tindakan undang-undang. Susulan daripada itu,

murid tidak akan berjaya dididik dengan tingkah laku guru yang tidak

santun. Ini kerana guru merupakan model utama bagi seorang murid.

4.2 Isu Berniaga di Sekolah

Bidang perniagaan merupakan satu bidang menjanjikan

keuntungan yang lumayan dan agak cepat maka, tidak hairanlah jika

segelintir guru pada masa kini terlibat aktif dalam perniagaan seperti Multi

Level Marketing (MLM), menjual kuih raya, mengambil tempahan pakaian,

mengedar barangan kecantikan dan kesihatan serta pelbagai lagi jenis

perniagaan. Dari segi etika profesion perguruan Malaysia, guru yang

terlibat telah melanggar etika berikut iaitu;

4. Tanggungjawabterhadap rakan sejawat dan profesion

perguruan.

4.2 Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan

kecekapan kami sebagai seorang guru.

Kebanyakan guru yang terlibat dalam perniagaan sebegini

memberikan alasan yang pelbagai. Antaranya ialah, kos sara hidup yang

12

Page 13: Guru Sebagai Pemimpin Dan Pengamal Profesionalisme Keguruan

PISMP SAINS

tinggi, merasakan gaji yang diterima belum cukup lumayan dan

menambah sumber pendapatan sedia ada. Alasan sebegini seringkali

didengari walhal kerajaan pada masa kini prihatin mengenai kebajikan

guru dengan memberikan elaun-elaun serta intensif yang berkaitan

sebagai pendorong kepada perkhidmatan yang berkualiti.

Kesan daripada isu ini antaranya ialah, guru hadir ke sekolah demi

memenuhi syarat perkhidmatan dan mengajar demi mencukupkan masa

yang diperuntukkan sahaja. Jiwa dan raga guru berkenaan tidak lagi

komited terhadap tanggungjawab utama seorang guru kerana lebih

mengutamakan agenda lain yang lebih menguntungkan. Selain itu, ibu

bapa akan mempunyai tanggapan yang salah terhadap pihak pengurusan

sekolah. Lebih banyak prasangka buruk serta cemuhan akan dilemparkan

kepada guru yang tidak dedikasi dalam menjalankan tugas dan lebih

mengutamakan keuntungan sendiri.

5.0 TEORI DAN JENIS KEPIMPINAN

5.1 Teori Kepimpinan Situasi

Teori situasi beranggapan bahawa persekitaran organisasi yang

berbeza memerlukan cara kepimpinan yang berbeza untuk mendapatkan

impak yang maksimum. Kepimpinan yang berkesan dipengaruhi oleh

faktor-faktor berikut iaitu pengikut, pemimpin dan situasi yang saling

mempengaruhi. Dalam teori Kontijensi Fiedler (1967) dinyatakan bahawa

13

Page 14: Guru Sebagai Pemimpin Dan Pengamal Profesionalisme Keguruan

PISMP SAINS

tidak terdapat satu cara yang terbaik dalam memimpin sesebuah

organisasi. Keberkesanan sesuatu gaya kepimpinan bergantung kepada

situasi apa yang dihadapi. Dengan kata lain, kepimpinan optimal tertakluk

kepada orientasi psikologikal pemimpin dan tuntutan persekitaran.

Kejayaan sesebuah kepimpinan di sekolah berdasarkan teori

kontijensi ini dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu pertama hubungan

pemimpin dan ahli-ahlinya. Sebagai seorang pemimpin di sekolah

hubungan sosial yang akrab dengan rasa hormat yang tinggi dengan ahli-

ahli kepimpinan sangat membantu dalam meningkatkan mutu kepimpinan

di sekolah. Ini disebabkan pemimpin yang boleh didekati dan mendekati

ahli kepimpinannya akan mudah mendapat kerjasama dalam melakukan

apa sahaja program yang dirancang.

Kedua ialah faktor struktur tugasan yang jelas. Setiap ahli

kepimpinan perlulah jelas akan perkara yang perlu dicapai dan

direalisasikan. Visi, misi, matlamat, dan hala tuju sekolah sebaiknya

dijelaskan secara terperinci agar semua ahli dalam kepimpinan dapat

berusaha tanpa membuta tuli dan mempunyai hala tuju yang sama.

5.2 Kepimpinan Teragih

Jenis kepimpinan teragih menekankan kepada kerja berpasukan

dan kerjasama yang tinggi. Kepimpinan jenis ini diagihkan dalam suatu

jaringan interaktif antara pemimpin dengan ahli-ahli di dalamnya.

14

Page 15: Guru Sebagai Pemimpin Dan Pengamal Profesionalisme Keguruan

PISMP SAINS

Kepimpinan sebegini dapat menimbulkan semangat kerjasama dan

keakraban di antara rakan sekerja.

Di dalam konteks kepimpinan sekolah, keputusan bersama adalah

diutamakan. Keputusan yang dibuat adalah berdasarkan maklumat yang

lebih kolektif dan situasi ini dapat membawa kepada peningkatan

keberkesanan pelaksanaan sesuatu perancangan. Hasil dan keputusan

bersama ini juga terhasil dengan pemilikan visi yang sama oleh pemimpin

atasan dan juga ahli kepimpinan.

Melalui kepimpinan teragih, suara dan pendapat semua pihak

dapat dipertimbangkan kerana kepimpinan jenis ini merupakan gabungan

jenis kepimpinan demokratik dan juga kepimpinan partisipatif. Oleh itu,

masalah keciciran terhadap perkara-perkara pengurusan yang berkaitan

dengan sekolah akan menjadi lebih kurang.

6.0 RUMUSAN

Rumusannya, sebagai seorang guru aspek kepimpinan tidak akan dapat

dipisahkan daripada tugas dan peranan guru itu sendiri. Seseorang yang telah

mengikuti latihan keguruan yang cukup sudah semestinya boleh dikatakan sebagai

seorang pemimpin. Ini kerana melalui modul-modul latihan keguruan itu sendiri, para

guru telah didedahkan dengan kaedah dan teknik yang berkesan untuk seseorang

menjadi pemimpin khususnya di dalam sebuah bilik darjah.

15

Page 16: Guru Sebagai Pemimpin Dan Pengamal Profesionalisme Keguruan

PISMP SAINS

Sungguhpun begitu, seorang guru akhirnya perlulah berbalik kepada tujuan

utama profesion perguruan itu sendiri. Ini dapat dilakukan dengan mengetahui,

memahami dan menghayati isi kandungan kod etika perguruan yang telah digariskan

sebelum ini. Perkara ini penting bagi memastikan para guru boleh menjalankan

tanggungjawabnya secara lebih berfokus dan kolektif demi memartabatkan profesion

perguruan dan membantu murid mencapai keseimbangan dalam lima aspek utama

yang termaktub di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu jasmani, emosi, rohani,

intelek dan sosial (JERIS).

16