sdp : topik 2 - kanak-kanak & seni

Upload: akhi-muhammad-aiyas

Post on 04-Apr-2018

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 SDP : Topik 2 - Kanak-kanak & Seni

    1/12

    26OUM

    TOPIK 2KANAK-KANAK DAN SENI

    TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI

    PENGENALAN

    Kehidupan dan pembelajaran merupakan hala tuju yang artistik bagi kanak-kanak. Merekadilahirkan dengan keperluan dan keinginan untuk mengetahui dunia disekeliling mereka.Pemahaman mereka terbentuk dengan mempelajari sesuatu yang baru. Kanak-kanakbukan sahaja perlu mengetahui fakta-fakta yang tersirat tetapi juga mengetahuibagaimana idea-idea berhubungkait di antara satu dengan yang lain. Mereka bolehmencipta satu pemahaman tentang bagaimana untuk menghubunglkait seni denganperasaan, intuisi dan kreativiti manusia. Seni dalam konteks ini merujuk kepada muzik,pergerakan dan seni visual. Justeru, salah satu cara asas untuk memenuhi perasaan ingintahu dan kehendak kanak-kanak adalah melalui seni yang mampu membangunkan

    potensi mereka untuk menjadi insan yang kreatif dan imaginatif.

    OBJEKTIF

    Pada akhir topik ini anda akan dapat:

    1. mempertingkatkan kefahaman tentang fitrah kanak-kanak dalam prosesperkembangan diri mereka;

    2. menjelaskan keperluan asas kanak-kanak;

    3. memahami perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak;4. menjelaskan konsep kanak-kanak sebagai insan sosial; dan

    5. mengetahui tentang perkembangan diri kanak-kanak melalui seni.

  • 7/30/2019 SDP : Topik 2 - Kanak-kanak & Seni

    2/12

    27OUM

    TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI

    PETA MINDA

    2.1 KEPERLUAN DAN KEINGINAN ASAS KANAK-KANAK

    Seni merupakan asas perkembangan individu. Jika diajar dengan baik maka akan dapatmerangsang kepekaan deria kerana semua deria merupakan ruang bagi pembelajaran.

    Kanak-kanak akan dapat meluahkan perasaan mereka tentang isu-isu persekitaran yangmemberi kesan kepada mereka. Ini membolehkan mereka menyentuh, merasa, dan

  • 7/30/2019 SDP : Topik 2 - Kanak-kanak & Seni

    3/12

    28OUM

    TOPIK 2KANAK-KANAK DAN SENI

    meneroka sebarang kebarangkalian melalui interaksi dan pemahaman terhadappersekitaran.

    Kanak-kanak mesti diberi peluang untuk menyatakan pendapat dan pengetahuan yangmereka temui. Suara keriangan kanak-kanak yang jelas kedengaran di dalam bilik dajahpatut digalakkan semasa pembelajaran sedang berjalan. Untuk itu kanak-kanaksepatutnya menyertai proses pendidikan tanpa sebarang perbezaan.

    Pendidikan menjadi satu keperluan dan keinginan asas kepada kanak-kanak. Jika ditelitiberdasarkan teori Pembelajaran Maslow. Pendidikan boleh diumpamakan berada didalamtahap fisiologi. Iaitu tahap yang merupakan keperluan asas kepada kanak-kanak.Keperluan asas, pendidikan ini perlu dipenuhi sebelum menusia bersedia menceburi diridalam hierarki kesempurnaan kendiri, maklumat dan estettik. Ini bermakna aktivitipengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah bergantung kepada setakad manakeperluan-keperluan pelajar dapat dipenuhi. Oleh itu untuk mencapai objektif, guru

    perlulah mempertimbangkan langkah-langkah berikut:

    x Pastikan keperluan asas pelajar telah dipenuhi seperti keperluan fisiologi iaitumakanan, minuman dan pakaian.

    x Jadikan suasana bilik darjah yang kondusif.

    x Bersifat penyayang untuk memenuhi keperluan kasih saying

    x Memupuk nilai penghargaan kendiri dikalangan pelajar serta memberi motivasi danpeneguhan yang sesuai

    x Merancang aktiviti pengajaran berdasarkan kebolehan pelajar

    x

    Memupuk nilai motivasi diri melalui bimbingan supaya pelajar memahami diri,menerima diri dan emibatkan diri secara aktif.

    Rajah 2.1: Teori pembelajaran Maslow

  • 7/30/2019 SDP : Topik 2 - Kanak-kanak & Seni

    4/12

    29OUM

    TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI

    Selain daripada itu kanak-kanak juga memerlukan perkara-perkara berikut antaranyaialah;

    x Jasmani dan fizikal yang sihat Tubuh badan yang sihat akan membuatkan pelajar bertambah kreatif dalam

    pemikirannya. Untuk itu penyediaan pemakanannya adalah penting untukperkembangan tubuh badan dan fizikal pelajar yang sihat.

    x Emosi yang stabil

    Emosi pelajar perlulah stabil, peranan ibu bapa dan guru ketika berinteraksiperlulah menunjukkan contoh-contoh yang terbaik ketika berkomunikasi sesamamereka.

    x Kerohanian yang membanggakan

    Tahap kerohanian yang dimiliki adalah tinggi

    x Kefahaman intelek yang tinggi Pelajar perlu mempunyai tahap intelek yang tinggi dan dapat berfikir dengan

    tepat sebelum membuat sesuatu tindakan.

    x Perhubungan sosial yang menggalakkan Perhubungan sesama kanak-kanak hendalah didalam keadaan yang harmoni

    dan saling berinteraksi antara satu sama lain tanpa ada perbalahan

    x Kefahaman tentang nilai-nilai estetik

    Setiap kanak-kanak perlu mempunyai kefahaman yang kuat tentang nilai-nilaiestetik yang terdapat didalam pendidikan seni visual.

    2.1.1 Jasmani

    Peringkat perkembangan jasmani kanak-kanak amat pesat semasa bayi. Perubahanberlaku dari segi rupa, atau wajah dan fizikal. Contohnya bayi yang baru lahir sudahpandai menghisap susu ibunya. Dalam jangka masa umur satu tahun, kita bolehmenjangkakan perubahan-perubahan berikut yang mungkin akan berlaku kepada bentukfizkal atau jasmani kanak-kanak.

    x Semakin kanak-kanak meningkat usianya pergerakan kordinasi otot kasar dan halusdan perkembangan dari segi fizikal akan turut meningkat mengikut usianya.

    x Kanak-kanak pada peringkat 6-12 tahun merupakan kanak-kanak yang aktif. Kanak-

    kanak pada tahap ini perlu diberi peluang bersuara dan bergerak untuk gerak kerjamereka. Masa rehat perlu diberi dengan menumpukan pergerakan sebagaisebahagian daripada pelajaran yang dijalankan. Setiap gerak kerja yangmenggunakan tenaga harus diikuti dengan gerak kerja yang senang dan ringanmisalnya pendidikan seni visual.

    x Kanak-kanak pada peringkat di sekolah rendah ini mempunyai otot-otot yang belummatang untuk itu latihan pergerakan dan seni visual yang kerap akan dapatmematangkan pergerakan ototnya contoh memegang pensil dengan baiak supayatulisan menjadi cantik dan kemas. Ianya memerlukan latih tubi yang kerap.

    x Kebanyakan perkembang motor dibahagian tangan lebih penting dan ketara darpdaperkembanganb dibahagian kaki. Pengunaan tangan hanya menggunakan sebelah

    tangan sahaja.

  • 7/30/2019 SDP : Topik 2 - Kanak-kanak & Seni

    5/12

    30OUM

    TOPIK 2KANAK-KANAK DAN SENI

    2.1.2 Emosi

    x Emosi ialah keadaan mental yang menunjukkan reaksi seseorang terhadap sesuatu

    benda atau keadaan. Reaksi muncul secara tiba-tiba dan membayangkan perasaanseseorang ketika itu. Benda atau keadaan yang dihadapi atau yang dialami olehseseorang itu merupakan rangsangan yang ditanggap oleh orang yang berkenaan.Hasilnya akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas ini akan menghasilkanperubahan dalam badan, dan terhasillah pengalaman emosi dan pernyataan emosisetiap individu.

    x Pada peringkat kanak-kanak, perkembangan emosi agak cepat dan sekataberbanding dengan keadaan semasa diperingkat prasekolah. Jika dahulu dayapengawalan emosinya lemah kini emosinya lebih terkawal. Ini adalah disebabkansemakin usia meningkat semakin matang pengawalan emosinya.

    x Pada peringkat ini mereka mula belajar mengenai emosi dan perasaan orang lain.Melalui seni juga dia akan dapat untuk memahami dan meluahkan perasaan.Terutama ketika melukis dalam seni visual, jika emosinya stabil lukisan yangdihasilkan akan cantik dan kreativitinya akan lebih menyerlah. Bagitu juga jika dalampermainan muzik, cara kanak-kanak itu bermain alat dapat dipantau. Jika kuatpukulan alat muzik memungkinkan tedapat gangguan emosi tetapi jika pukulan stabil,besar kemungkinan emosinya baik.

    x Untuk diperingkat ini guru perlu membuat penyesuaian dengan bentuk-bentuk emosiyang diingini dengan tidak di ingini.

    2.1.3 Rohani

    Melalui seni dalam pendidikan aktiviti kerohanian dapat dibentuk iaitu dengan banyakmenumpukan kepada aktiviti-aktiviti yang melibatkan kerohanian dan moral. Sepertimemperbanyakkan lagu-lagu yang boleh meningkatkan amalan-amalan kerohanian danmoral. Antaranya ialah,

    x Penggunaan senikata lagu

    x Pengucapan seperti terima kasih budak baik tahniah hendaklah disampaikanseberapa kerap yang boleh.

    x Membantu kanak-kanak untuk menghargai sesuatu, bukannya mengeji.

    x Elakkan daripada mengutuk kanak-kanak sebaliknya perbanyakkan kata-kata memujidan menghoirmati kanak-kanak.

    2.1.4 Intelek

    x Pada peringkat ini kanak-kanak telah dapat menguasai konsep pengekalan tentangpaduan nombor, berat dan padatan. Penguasaan konsep ini membolehlkan merekamenguasai susunan angka dan mengelaskan benda dengan berbagai-bagai caramengikut kualiti seperti saiz dan berat. Penguasaan proses pemisahan diri pulamembolehkan mereka memahami konsep pembalikan. Ini kerana merekamempunyai semagat ingin tahu dan keinginan untuk terus belajar.

  • 7/30/2019 SDP : Topik 2 - Kanak-kanak & Seni

    6/12

    31OUM

    TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI

    x Pada peringkat ini juga mereka dapat menguasai pertuturan dan gemar membaca.Reaksi mereka akan dapat dikesan melalui penerangan tentang sesuatu hal.Pembelajaran amelalui gerak kerja atau aktiviti amat penting. Oleh itu situasi yang

    dibina dapat membantu dan interaksi bermasyarakat agar dapat saling mempelajariantara satu sama lain. Mereka seharusnya digalakkan mencari jawapan sendiri.

    x Pada peringkat 11 ke 12 tahun berlaku perubahan daripada pengolahan secarakonkrit kepada pengolahan secara formal. Pada peringkat ini kanak-kanak masihterikat dengan pengalaman yang seberanya. Wujudnya suasana yang bolehmenimbulkan pertanyaan murid serta memberi peluang kepada merekamenerangkan pemikaran mereka.

    2.1.5 Sosial

    x

    Peranan keluarga, masyarakat dan sekolah sangat penting dalam membentuk sosialdan sahsiah kanak-kanak. Kuat atau lemahnya pengaruh guru, rakan, ibu bapa akandapat menilai setakad mana pembinaan sosialisasi kanak-kanak dapatkeperkembangankan. Oleh itu peranan guru sangat penting membantu kanak-kanakuntuk menguasai berbagai-bagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang difikirkansesuai untuk menyesuaikan diri dalam perkembangan masyarakat dan kehidupanharian. Berdasarkan teori pembelajaran sosial oleh Albert Bandura beliaumenegaskan bahawa elemen sosial akan terbabit kerana pembelajaran akandiperolehi dengan berdasarkan kepada:

    melihat

    meniru

    memerhatikan tingkahlaku orang lain.

    x Teori yang dikemukakan oleh Bandura ini dikenali juga sebagai, teori pemerhatianatau teori peniruan. Mengikutnya aspek yang penting dalam teorinya ialahpemerhatian gerak balas yang ditonjolkan oleh orang lain. Beliau juga menegaskanbahawa seseorang individu akan meniru sesuatu tingkah laku jika dia memperolehikepuasan dan peneguhan yang tinggi.

    x Peniruan juga boleh dibahagikan kepada tiga bentuk iaitu;

    Meniru Secara Langsung dan Tidak Langsung(a) Proses membolehkan kanak-kanak memerhatikan tingkah laku model

    semasa mengajar.

    (b) Proses ini berlaku secara tidak langsung berlaku semasa:

    (i) melihat gambar

    (ii) melihat filem

    (iii) melihat video

    Peniruan Melalui Sekatlakuan dan Ketaksekatlakuan(a) Peniruan sekatlakuan ini berlaku dalam keadaa yang tertentu, tetapi tidak

    sesuai dilakukan dalam keadaan atau situasi yang lain.

    (b) Pada masa ini individu akan menyekat tingkahlaku yang tidak sesuai ditiru

    dalam situasi tertentu.

  • 7/30/2019 SDP : Topik 2 - Kanak-kanak & Seni

    7/12

    32OUM

    TOPIK 2KANAK-KANAK DAN SENI

    (c) Dalam proses taksekat lakuan, seseorang individu akan terusmengamalkan peniruan dalam apa jua situasi.

    Peniruan Melalui Elistasi(a) Akan terus melakukan apa yang dilakukan oleh orang lain jika dia sudah

    mengetahui cara melakukan tingkahlaku tersebut.

    (b) Keinginan untuk meniru akan timbul apabila melihat gerak balas yangdilakukan oleh orang lain.

    Latihan 2.1

    Semasa sekumpulan kanak-kanak sedang bermain, Sembunyi,Sembunyi cuba perhatikan perkara-perkara berikut:

    x Bagaimana mereka menguruskan permainan ini?

    x

    Bagaimana menyembunyikan diri mereka?x Tindakan-tindakan yang di ambil oleh orang yang mencari.

    x Ekspresi mereka apabila mereka di temui.

    2.1.6 Estetik

    Mereka telah mula dan cuba untuk memahami aspek estetik, dimana mereka telah bolehmenilai tentang konsep keindahan dan kecantikan.

    Untuk itu latihan-latihan perlu diperbanyakkan supaya kanak-kanak dapat mempelajarikonsep penghargaan terhadap sesuatu apa yang dilihat atau dilakukan. Kanak-kanakakan di didik untuk memperolehi konsep hak kita adalah hak semua. Bermakna konsepperkongsian hendaklah ditekankan. Apabila konsep ini dapat diterapkan kedalam mindakanak-kanak maka konsep estetik dapat ditanam seterusnya.

    2.2 PERKEMBANGAN DAN PERTUMBUHAN KANAK-KANAK

    Perkembangan ialah satu proses di mana individu mencapai kematangan. Ia merupakanperubahan berkualiti iaitu sifat perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantiti tetapiternyata perubahan yang telah berlaku memperlihatkan sifat yang berlainan daripada

    peringkat yang terlebih dahulu.

    Perkembangan berbeza daripada pertumbuhan kerana ia berlaku daripada peringkatpermulaan percambahan sehingga tamatnya hayat organisma itu. Ini bermakna bahawaperkembangan bukan sahaja membawa sesuatu organisma itu ke peringkat kematangantetapi perkembangan juga berlaku berterusan.

    Manakala pertumbuhan adalah suatu perubahan yang dapat diukur dari satu tahap kesatu tahap yang lain. Perubahan ini adalah dari segi kuatiti yang dapat dibuat di bauat keatas organisma dengan nyata. Peubahan kuantiti adalah seperti ukuran tinggi dan beratbadan yang dapat diukur. Pertumbuhan juga boleh didefinasikan sebagai perubahan didalam struktur dan fungsi tubuh seseorang individu dalam proses kematangan.

  • 7/30/2019 SDP : Topik 2 - Kanak-kanak & Seni

    8/12

    33OUM

    TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI

    Latihan 2.2

    1. Bagaimanakah emosi dapat mempengaruhi hasilan Seni visual

    kanak-kanak?

    Ciri-ciri Perkembangan Kanak-kanak

    x Perkembangan dan pertumbuhan mempunyai arah tertentu. Perkembangan danpertumbuhan adalah berperaturan dan dapat dianalisis, baik pada peringkat lahir,amhupun pada peringkat sudah lahir. Perkembangan berlaku dalam dua arah, iaitudari kepala ke kaki (cephalocaudal) dan dari tengah ke tepi (proximodistal).

    x Susunan perkembangan adalah serupa bagi semua ahli dalam satu-satu jenis.Kanak-kanak berkembang secara berperingkat.

    x Perkembangan berlaku daripada kedaan yang menyeluruh kepada keadaan tertentu.

    x Perubahan bersifat kualiti tidak dapat diukur secara tetap tetapi dapat dilihat daripadaperubahan sifat.

    x Proses perkembangan berterusan iaitu daripada permulaan hingga akhir hayat, iaituperingkat matang.

    x Ia timbul daripada tindakan saling berkait antara pertumbuhan fizikal danpembelajaran.

    x Perkembangan dipengaruhi oleh baka da persekitaran.

    2.2.1 Peringkat Perkembangan

    Mengikut ahli teori perkembangan, perkembangan dan tumbesar kanak-kanak adalahmengikut peringkat. Pada setiap peringkat ini kanak-kanak mempunyai keperluan dankeinginan asasnya dari segi fizikal, mental, sosial, emosi, intelek dan estetik.

    2.2.2 Ciri-ciri Perkembangan dan Ciri-ciri Ekspresi

    Aktiviti seni dapat direka bentuk untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak pada setiap peringkat. Bila diberi peluang untuk bekerja dengan berbagaibahan,cara dan teknik kanak-kanak dapat meneroka secara kreatif dengan variasi yang

    tidak terhad dan tidak terkongkong.

    Aktivti seni juga mudah direka bentuk untuk mendekati keperluan dan naluri ingin tahukanak-kanak. Kanak-kanak melihat sesuatu dengan caranya tersendiri. Kanak-kanaksuka menyentuh, menguling, menguli, meramas, menggosok, mendengar, mengesanbunyi, menghidu, meniru aksi untuk mengenal sesuatu. Kanak-kanak suka bermain.Seperti telah sedia maklum bahawa bermain merupakan satu aktiviti yang penting bagikanak-kanak. Apabila kanak-kanak bermain secara tidak langsung dia telahmemperkembangkan jasmani, emosi, rohani, itelek dan sosialnya. Untuk itu aktiviti senijuga mudah dilaksanakan ketika bermain dan boleh dikaitkan dengan sesuatu yangdigemari dan diminati dan dengan demikian menjadi bermakna kepadanya.

  • 7/30/2019 SDP : Topik 2 - Kanak-kanak & Seni

    9/12

    34OUM

    TOPIK 2KANAK-KANAK DAN SENI

    2.2.3 Perkembangan Menyeluruh Melalui Aktiviti Seni

    Victor Lowenfeld dan Brittain (1986) telah meneliti lukisan kanak-kanak mengikut peringkat

    perkembangan kanak-kanak dan menerangkan bagaimana bahan, kandungan subjek danenvironment pelajar dapat disesuaikan mengikut peringkat perkembangan untukmerangsangkan pengutaraan tampak kanak-kanak, perkembangan kreatif dan mental danseterusnya perkembangan menyeluruh kanak-kanak.

    Beliau juga menyarankan bahawa pengetahuan sedia ada boleh diaktifkan melalui cara-cara yang sesuai kepada tahap perkembangan kank-kanak. Antaranya ialahmenggunakan aksi kanak-kanak, objek yang konkrit dan isi kandungan yang ada kaitandengan kehidupan seharian diperingkat itu. Apabila pengetahuan pasif di aktifkan, perspsi,kognisi dan pembelajaran akan berlaku secara semu jadi.

    Aktiviti seni yang memuaskan keperluan asas kanak-kanak dari segi fizikal, mental, sosial,

    emosi, intelek dan estetik boleh direka untuk membantu dalam perkembangan danpertumbuhan yang sihat. Dengan demikian, perkembangan dan tumbesaran kanak-kanakakan berlaku dengan sihatnya dan secara tidak sedar.

    Perkembangan Diri Kanak-kanak Melalui SeniSeni visual, Muzik dan Pergerakan penting kepada perkembangan diri kanak-kanak.Aktiviti seni yang terancang membolehkan kanak-kanak mendapat pengalaman danpemahaman serta membantu memperkembangkan potensi mereka secara menyeluruh.

    Rajah 2.2: Menunjukkan perkembangan diri kanak-kanak melalui pengertian

    kesedaran, pemahaman dan kreativiti

  • 7/30/2019 SDP : Topik 2 - Kanak-kanak & Seni

    10/12

    35OUM

    TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI

    2.2.4 Kreativiti

    Pengalaman dalam melakukan aktiviti seni secara berkesan membolehkan kanak-kanak

    meluahkan keinginan dan keperluan mereka. Lazimnya mereka dapat membinapengalaman baru hasil daripada beberapa penerokaan dalam kehidupan seharian danakan berasa seronok apabila dapat mencipta sesuatu yang baru. Untuk meluahkan rasahati, mereka akan mencipta sesuatu dengan menggunakan kaedah dan cara tersendiridalam pelbagai bentuk. Cara yang unik ini mencerminkan kreativiti kanak-kanak.

    Proses kreativiti boleh melibatkan:

    x Perasaan dalaman kanak-kanak, imaginasi dan kreativiti

    x Pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang diambil

    x Kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaannya secara lahiriah.

    Matlamat guru-guru sekolah rendah dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialahuntuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran memerhati, kesedaran dan arifterhadap pergerakan, bunyi, bentuk, ekstur dan irama.

    Melalui aktiviti seni daya estetik kanak-kanak dapat dipertingkatkan. Contohnyamenggunakan lagu untuk memperkenalkan tajuk Rama-rama. Semasa kanak-kanakmenyanyikan agu, mereka akan bergerak mengikut irama seperti lebah sedang terbang.Seterusnya, kanak-kanak menghasilkan gambar lebah. Ini membantu pembelajaranterhadap tajuk ini. Semasa belajar bersama-sama, mereka membina konsep kendiridalam kumpulan rakan sebaya dan masyarakat umum.

    Kebolehan kanak-kanak adalah selari dengan perkembangan diri mereka. Untuk menciptasesuatu yang baru, akan-kanak akan bergantung kepada pengalaman dan kreativiti dalammemanipulasikan alatan dan bahan yang mereka gunakan.

    Pemahaman

    Bagaimana kanak-kanak dapat menanamkan konsep pemahaman dalam dirinya. Untukitu kekerapan mengadakan aktiviti-aktiviti di sekolah dan dirumah akan dapatmemperkukuhkan lagi pemahaman tentang sesuatu perkara. Untuk pemahaman bolehdilakukan dalam pelbagai aktiviti, seperti;

    x Aktiviti Pergerakan Ketika aktiviti pergerakan dilakukan kanak-kanak akanmendapat lebih kefahaman tentang asas-asas pergerakan seperti penggunaanruang, masa, Imbangan berat badan dan daya atau aliran.

    x Aktiviti Bermain Semasa bermain kanak-kanak akan memperkembangkan konseppembentukan kendiri, seperti meningkatkan kefahaman dari segi emosi. Sosialisasi,kebudayaan, fizikal, rohani dan nilai-nilai murni.

    x Lagu Di dalam lagu kanak-kanak akan dapat menambahkan keyakinan diri sepertimenyanyi dengan yakin, mengikut tempo dan pic yang tepat, menjadi lebih kreatifapabila dan menjadi seorang yang bertangungjawab.

    x Aktiviti Lakunan Semasa berlakun kanak-kanak akan dapat memahami sesuatu

    konsep dengan lebih jelas lagi. Dimana ketika berlakon ia akan cuba memahamisesuatu watak secara tidak langsung ini akan dapat menjadikannya sebagai seorang

  • 7/30/2019 SDP : Topik 2 - Kanak-kanak & Seni

    11/12

  • 7/30/2019 SDP : Topik 2 - Kanak-kanak & Seni

    12/12

    37OUM

    TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI

    GLOSARI

    Fisiologi Keperluan asas seperti makan, minum, pakaian dan tempat tinggal

    Kendiri Diri sendiri

    Perkembangan Perubahan yang bersifat kualitatif

    Pertumbuhan Perubahan yang bersifat kuantitatif

    UJIAN 1

    1. Apakah yang dimaksudkan dengan perkembangan dan pertumbuhan?

    2. Bagaimanakan perkembangan dan pertumbuhan dapat membantu konsep kendiriseorang kanak-kanak?

    UJIAN 2

    1. Apakah itu kreativiti?

    2. Bagaimanakah guru dapat untuk mempertingkatkan kreativiti kanak-kanak?

    RUJUKAN

    Dauer, V. P., & Prangrazi R. P. (1989). Dynamic physical education for elementary schoolchildren, New York:Macmillan Publishing Company.

    Lowenfeld, & Brittain, (1986). Creative and mental growth. New York: Macmilan

    Pica, R.(2000) experiences in movement with music, activities & theory. New York:Thomson Delmar Learning.

    Mayesky, M (2001). Creative activities for young children. New York: Thomson DelmarLearning.