topik 2.penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak di malaysia

Upload: julia-yau

Post on 10-Oct-2015

103 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Moral Issues

TRANSCRIPT

  • Transformasi sosioekonomi: Cabaran famili, gender & sosiobudaya

    Bab 3

    Keganasan Keluarga: Gejala Penganiayaan dan Pengabaian Kanak-kanak di Malaysia

    Rahimah Abdul Aziz

    Pengenalan

    Keluarga sering digambarkan secara idealnya sebagai sumber kebahagiaan, keselamatan, keseronokan, sokongan, dan perlindungan di tengah-tengah perbalahan, persengketaan dan percanggahan yang terdapat dalam kehidupan harian. Oleh kerana keluarga digambarkan sedemikian maka lazimnya agak sukar untuk melihat apa yang sebenarnya

    berlaku dalam sesebuah keluarga. Bahkan, realiti dalam banyak rumah adalah berbeza daripada apa yang sering digambarkan itu. Di sebalik gambaran kebahagiaan dan

    keselamatan, rumah boleh merupakan tempat yang paling ganas dan terdapat anggotanya yang bersikap bermusuhan lagi berbahaya. Walau bagaimanapun, keganasan yang berlaku dalam sesebuah keluarga, yang cenderung menidakkan imej keharmonian yang sering dipaparkan dalam iklan televisyen dsb. adalah sukar untuk dikesani. Bukan sahaja kerana keganasan dan penganiayaan yang berlaku dalam keluarga itu jauh atau tersembunyi daripada pandangan orang ramai, tetapi mungkin kerana perlakuan itu juga tidak dianggap sebagai satu yang salah. Sebaliknya, perlakuan mengganas dan menganiaya dalam keluarga mungkin dianggap sebagai satu perlakuan rumahtangga dan

    keluarga yang normatif, sesuai dan mungkin juga perlu. Secara umum keganasan keluarga antara lain merangkumi penganiayaan kanak-

    kanak; keganasan domestik; keganasan oleh kanak-kanak; penganiayaan adik-beradik, dan penganiayaan warga tua dalam keluarga. Di antara keganasan keluarga yang paling memusnahkan ialah penganiayaan kanak-kanak dan keganasan domestik atau keganasan

    yang berlaku antara suami-isteri. Secara umum banyak kajian menunjukkan bahawa sasaran utama keganasan fizikal dalam keluarga adalah kanak-kanak, terutama kanak-

    kanak di bawah umur enam tahun. Keganasan suami terhadap isteri pula menduduki tangga kedua. Bab ini membincangkan satu bentuk keganasan keluarga, iaitu

  • Transformasi sosioekonomi: Cabaran famili, gender & sosiobudaya

    37

    penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak yang berlaku di Malaysia dan usaha yang dilakukan oleh pihak state untuk menangani masalah itu agar ungkapan rumahku syurgaku dapat direalisasikan dan hasrat membentuk sebuah masyarakat penyayang, sebagaimana hasrat Wawasan 2020, tercapai.

    Bab ini bermula dengan menghuraikan secara umum tentang keganasan keluarga

    dan sebab-sebab yang mengakibatkan keganasan itu berlaku. Kemudiannya diikuti dengan huraian mengenai penganiayaan kanak-kanak sebagai satu bentuk keganasan

    keluarga. Konsep, jenis dan faktor-faktor yang mengakibatkan berlakunya penganiayaan kanak-kanak akan juga dikemukakan. Huraian ini akan disusuli oleh perbincangan tentang senario penganiayaan kanak-kanak di Malaysia dan langkah-langkah pencegahan yang telah dan sedang dilaksanakan kini untuk menangani masalah tersebut. Bab ini berakhir dengan membincang tentang perlu adanya kerjasama antara pelbagai agensi kerajaan yang bertanggungjawab menangani dan mengurus keluarga dalam mana berlakunya keganasan itu. Selain itu, perlu juga kerjasama antara state dan masyarakat dipertingkatkan supaya masalah penganiayaan kanak-kanak itu khususnya, dapat

    ditangani dengan lebih berkesan lagi

    Keganasan Keluarga

    Keganasan mengikut Gelles dan Cornell (1990) bermaksud satu tindakan yang dilakukan dengan niat atau niat yang dipersepsikan untuk menyebabkan kesakitan atau kecederaan fizikal terhadap orang lain. Sementara sebagai satu konsep, keganasan keluarga merujuk kepada sebarang tindakan yang diambil terhadap individu yang mempunyai hubungan yang sah dengan pelaku atau terhadap mereka yang mempunyai hubungan yang rapat

    dengan pelaku bertujuan menyebabkan kecederaan fizikal. Keganasan keluarga ini secara umum tertumpu pada perlakuan ganas yang terdapat di kalangan ibu bapa,

    pasangan suami isteri, anak-anak, adik-beradik, dan juga orang tua seperti memukul seorang anak yang dianggap tidak ikut kata, merogol anak atau pasangan dan mencederakan suami atau isteri. Maka, keganasan keluarga mengambil bentuk daripada spanking sehinggalah kepada pembunuhan, termasuk tindakan yang tidak didefinisikan sebagai menganiaya dan sering dilihat atau diterima sebagai sesuai. Walau

  • Transformasi sosioekonomi: Cabaran famili, gender & sosiobudaya

    38

    bagaimanapun, Ross (1996: 590) mengatakan bahawa family violence does not include reasonable acts of self-defence utilized by one parent to protect himself or herself or a child in the family from the family violence of the other parent.

    Mengikut Levinson (1989) dan juga Eshleman (2000) keganasan keluarga ini tidak terdapat berlaku dalam masyarakat yang kehidupan berkeluarganya dicirikan oleh

    sikap kerjasama, komitmen, berkongsi dan kesamaan. Sebaliknya, keganasan keluarga adalah lebih lazim terdapat dalam masyarakat di mana golongan lelaki mengawal

    kehidupan golongan wanitanya, terdapatnya penerimaan penyelesaian secara ganas terhadap konflik dan ibu-ibu menanggung sebahagian besar tanggungjawab menjaga dan membesarkan anak-anak.

    Pelbagai Penerangan Teoritis

    Sebagaimana banyaknya jenis jenayah yang terdapat dalam sesebuah masyarakat, begitu juga terdapat pelbagai sebab yang telah diutarakan dalam usaha memahami dan menerangkan kenapa jenayah berlaku. Begitu juga halnya dengan gejala keganasan keluarga. Gejala tersebut dilihat bukan saja dari sudut individu, tetapi juga dari sudut sosiobudaya yang lebih luas. Bermakna, keganasan dilihat sebagai disebabkan oleh sistem konflik yang terdapat dalam sesebuah masyarakat dan keberadaan norma budaya yang menerima serta membolehkan keganasan keluarga itu berlaku. Banyak teori telah diutarakan guna menerangkan tentang fenomena keganasan keluarga yang dipercayai terdapat dalam hampir semua negara di dunia. Setiap teori itu pula mengandungi pemikiran dan perenungan yang amat berguna mengenai satu masalah yang begitu kompleks sekali dan yang boleh dikatakan tidak mempunyai penyelesaian yang mudah.

    Dari sudut individu, Gelles (1974) telah mengutarakan teori psikopatologi berkaitan keganasan keluarga ini. Teori ini menegaskan bahawa keganasan yang berlaku

    antara anggota sesebuah keluarga adalah kerana terdapatnya ciri-ciri psikologi yang tidak normal (abnormal) di kalangan mereka yang terlibat dengan keganasan itu. Sumber keganasan keluarga diandaikan terdapat dalam personaliti penganiaya itu sendiri (OLeary, 1993). Ini bermakna penganiaya menjadi ganas disebabkan gangguan personaliti (personality disorder), penyakit mental atau pun emosi, atau akibat salahguna

  • Transformasi sosioekonomi: Cabaran famili, gender & sosiobudaya

    39

    alkohol atau dadah. Andaian seperti ini diterima kerana sebagaimana dicadangkan oleh Gelles dan Cornell (1990), sekiranya terus dipercayai bahawa keganasan dan penganiayaan adalah hasil penyimpangan daripada keadaan yang lazim atau disebabkan penyakit, sedangkan dipercayai seseorang itu sebagai sihat, maka tindakan yang diambilnya itu tidaklah boleh dikatakan sebagai menyakitkan atau menganiaya. Begitu

    juga, Goode (1974) telah mengutarakan teori sumber atau kawalan sosial berkaitan keganasan keluarga ini. Secara ringkas teori ini menegaskan bahawa keganasan

    merupakan sumber yang boleh digunakan untuk mencapai sesuatu matlamat yang diinginkan, iaitu apabila sumber-sumber lain seperti wang, penghormatan, kasih sayang, dan matlamat yang dikongsi bersama dirasakan telah berkurangan, tidak mencukupi atau pun tiada. Secara umum terdapat sekurang-kurangnya dua ciri keluarga yang dikatakan boleh mengurangkan kawalan sosial dan dengan itu, berkemungkinan besar menyebabkan berlakunya keganasan. Pertama, ketaksamaan dalam erti kata, lelaki lebih kuat berbanding wanita dan golongan dewasa lebih kuat dan berkuasa berbanding kanak-kanak. Kedua, sifat peribadi keluarga itu sendiri. Dalam hal ini anggota keluarga agak

    berat untuk meminta bantuan daripada orang lain (kerana takut mendedahkan pekong di dada) sementara orang luar (misalnya polis, jiran, rakan) mungkin teragak-agak untuk campur-tangan dalam perkara yang dianggap sebagai hal peribadi (kerana tidak ingin dikatakan menjaga tepi kain orang).

    Penerangan golongan feminist berkaitan keganasan keluarga pula menekankan peranan dominasi lelaki. Pendekatan ini berasaskan andaian bahawa dari segi tradisi kebanyakan sistem sosial telah meletakkan wanita pada kedudukan yang rendah berbanding lelaki, dan dengan itu menggalak atau menyokong keganasan lelaki (Schechter and Gary 1988). Walau bagaimanapun, Yllo (1993) berpendapat teori feminist ini tidak sepenuhnya dapat menerangkan tentang keganasan keluarga kerana terdapat juga wanita yang bertindak ganas terhadap pasangan dan anak-anak mereka. Sungguhpun dari segi teorinya tidak sepatutnya terdapat isteri sebagai penganiaya, namun dari segi realiti situasi itu sebenarnya ada. Cuma, dari segi keganasan ini wanita mungkin lebih menghadapi risiko. Namun, disebabkan anggapan bahawa keganasan keluarga merujuk khusus kepada penganiayaan terhadap isteri atau keganasan terhadap wanita adalah begitu tertanam dalam pemikiran ramai, maka adalah sukar untuk anggota

  • Transformasi sosioekonomi: Cabaran famili, gender & sosiobudaya

    40

    masyarakat menerima hakikat bahawa wanita juga boleh bertindak ganas dan melakukan penganiayaan terhadap pasangannya.

    Tindakan ganas individu juga cuba diterangkan dari sudut sosial dan psikologikal, iaitu melalui teori pembelajaran sosial, yang menekankan bahawa secara umum individu belajar bertindak ganas daripada masyarakatnya dan juga daripada keluarganya (Ney 1992; Eshleman, 2000). Konsep lingkaran keganasan (cycle of violence) menunjukkan bahawa tindaklaku ganas dipelajari hasil seseorang individu itu menjadi mangsa keganasan atau menjadi saksi kepada keganasan. Dalam hal ini dikatakan bahawa individu yang dibesarkan dalam keluarga yang ganas akan cenderung untuk mengulangi pola yang telah dipelajari itu. Bahkan, dikatakan bahawa dalam keluarga di mana ibu bapa sering bertindak menggunakan hukuman berat (corporal punishment) sebagai cara mendisiplin, maka semakin besar kemungkinan untuk seseorang anak itu akan terlibat dengan pelbagai macam perlakuan anti-sosial termasuk bertindak ganas semasa dewasa (Simons, Lin & Gordon 1998; Straus, 1994) kerana perlakuan seperti itu akan dianggap sebagai sesuatu yang diterima dari segi moral. Walau bagaimanapun, teori ini tidak

    menerangkan hakikat bahawa sungguhpun ramai daripada pemangsa (perpetrators) keganasan keluarga itu sendiri pernah dianiaya semasa mereka di peringkat kanak-kanak,

    namun tidak semua yang pernah dianiaya semasa kanak-kanak itu telah menjadi ibu/isteri atau bapa/suami yang ganas pula.

    Selain itu terdapat teori budaya yang memberi tumpuan kepada penerimaan keganasan di dalam sistem nilai masyarakat dan norma sosial, yang menentukan bila dan dalam keadaan apa perilaku ganas boleh diterima (Wolfgang dan Ferracuti,1967). Satu ketika dahulu banyak masyarakat dunia memiliki norma budaya dan perundangan yang memberi hak kepada seorang suami untuk mengenakan hukuman berat terhadap isterinya bagi memperbetulkan perlakuannya yang dianggap salah. Sungguhpun kemajuan dan pembangunan yang berlaku dalam sesebuah masyarakat telah menyebabkan hak itu terhakis atau pun dinafikan sama sekali sama ada menerusi undang-undang atau pun cara-cara lain, namun tindakan ganas masih berterusan dalam norma tidak formal banyak masyarakat.

    Strain theory (Merton 1957) pula memberi tumpuan kepada keadaan yang tegang atau tekanan yang timbul apabila masyarakat mensosialisasi anggotanya untuk

  • Transformasi sosioekonomi: Cabaran famili, gender & sosiobudaya

    41

    menghendaki atau beraspirasi mencapai nilai-nilai tertentu budaya, tetapi tidak pula disediakan cara atau alat untuk mencapainya. Satu sumber utama berlakunya keadaan tegang ini ialah sumber ekonomi yang tidak mencukupi bagi membolehkan seseorang individu mencapai mobiliti ke atas sebagaimana diharapkan oleh masyarakat atau untuk menampung hidup keluarganya pada taraf yang dijangkakan oleh komuniti atau masyarakat dalam mana keluarga itu berada. Dalam hal ini keluarga yang menghadapi tekanan tertentu seperti akibat kemiskinan, pengangguran, atau penyakit dan pada masa

    yang sama tidak pula menerima sokongan komuniti seperti dalam bentuk bantuan perubatan dan penjagaan kanak-kanak akan menghadapi peningkatan risiko berlakunya keganasan itu.

    Penganiayaan Kanak-kanak sebagai Satu Bentuk Keganasan Keluarga

    Sebagaimana yang telah disebutkan, disebabkan ketidakupayaan kanak-kanak melindungi dan mempertahankan dirinya, maka penganiayaan kanak-kanak, terutamanya

    penganiayaan secara fizikal adalah satu bentuk keganasan keluarga yang boleh dikatakan paling serius berlaku dalam hampir semua masyarakat di dunia. Lazimnya, masyarakat

    menerima bahawa tidak menjadi kesalahan untuk ibu bapa memukul anaknya sekiranya tindakan itu adalah untuk tujuan memperbetulkan salah laku yang terus menerus berlaku atau untuk tujuan mengawal. Selain itu, kanak-kanak yang terdedah kepada keganasan yang berlaku antara ibu bapanya, didapati lebih kerap menjadi mangsa penganiayaan. Bahkan, banyak kajian telah menunjukkan bahawa kanak-kanak menghadapi risiko dianiaya secara fizikal dan/atau dihukum apabila berlaku keganasan dalam keluarga, terutama keganasan terhadap isteri (Ross, 1996; Schecter & Edleson, 1994; Straus & Smith, 1990). Hal ini kerana apabila pasangan lelaki (suami) semakin bertindak ganas terhadap isterinya, mereka juga berkemungkinan menjadi semakin ganas terhadap anak-anaknya (Ross, 1996: 596). Keganasan yang dilakukan oleh seseorang terhadap pasangannya boleh menyebabkan kanak-kanak juga tertakluk kepada penganiayaan lisan, hukuman fizikal dan penganiayaan fizikal (Tajima, 2000; Ross, 1996).

    Secara umum gejala penganiayaan kanak-kanak telah wujud semenjak zaman berzaman. Namun, pengakuan gejala tersebut sebagai satu masalah sosial telah hanya

  • Transformasi sosioekonomi: Cabaran famili, gender & sosiobudaya

    42

    berlaku pada kira-kira pertengahan abad ke 20. Berkaitan hal ini boleh dikatakan bahawa pada satu ketika dahulu hampir semua institusi utama dalam banyak masyarakat mempunyai hak menggunakan kekerasan dan keganasan terhadap anggotanya. Untuk berabad-abad lamanya penganiayaan yang dikenakan terhadap kanak-kanak telah dijustifikasi melalui kepercayaan bahawa hukuman fizikal yang keras adalah perlu sama ada untuk mengekalkan disiplin, untuk mengajar sesuatu, untuk mengambil hati dewa atau tuhan tertentu atau untuk membuang kecelakaan yang dipercayai terdapat dalam

    anggota kanak-kanak mangsa itu. Untuk sekian lamanya juga guru dan ibu bapa sentiasa mempunyai prerogratif untuk merotan kanak-kanak. Kini, sungguhpun hanya polis dan ibu-bapa mempunyai mandat yang sah dari segi undang-undang untuk mengguna keganasan sebagai satu cara mengenakan kawalan sosial, namun dalam kebanyakan negara hukuman fizikal masih dianggap sebagai penting dalam proses sosialisasi dan untuk mendisiplin kanak-kanak. Begitu juga di Malaysia, terdapat kanak-kanak yang dipukul dengan kejam, dianiaya dan kadang-kala dibunuh oleh ibu, bapa atau individu yang paling rapat dengan mereka.

    Erti Penganiayaan Kanak-kanak

    Secara umum masih terdapat banyak perdebatan dan perbincangan berkaitan sama ada bentuk-bentuk ringan hukuman yang dikenakan ke atas kanak-kanak merupakan tindakan menganiaya. Walau apapun, kebanyakan orang bersetuju bahawa bentuk penganiayaan kanak-kanak yang dikatakan serius, adalah seperti tindakan fizikal yang mengakibatkan kesan-kesan luka dan abrasi, lebam-lebam, kecederaan kepala dan otak, kerosakan sistem urat saraf, melecur, terbakar, patah tulang, seliuh dan dislokasi; penganiayaan seksual,

    kecederaan dalaman dan kematian. Secara umum, Gil (1970: 6) telah mentakrifkan penganiayaan kanak-kanak sebagai the intentional, non-accidental use of physical force, or intentional non-accidental act of omission, on the part of the parent, parents or other care takers interacting with the child in his/her care, aimed at hurting, injuring or destroying that child. Bahkan, menurut Finkelhor dan Korbin (1988:4) tindakan menganiaya merujuk kepada that portion of injury to children that results from human action that is proscribed, proximate, and preventable.

  • Transformasi sosioekonomi: Cabaran famili, gender & sosiobudaya

    43

    Mendasari definisi berkaitan penganiayaan kanak-kanak itu ialah dua konsep asas, iaitu kecederaan dan tanggungjawab (Gough 1996:996). Semua jenis penganiayaan melibatkan jenis tertentu kecederaan, sama ada yang sebenarnya ataupun yang berpotensi berlaku kepada kanak-kanak. Kecederaan ini meliputi kecederaan fizikal, kesakitan emosi sehinggalah kepada kesan-kesan yang menjejaskan perkembangan kognitif fizikal atau sosio-emosi ataupun juga pelanggaran hak kanak-kanak sebagai seorang individu.

    Setiap masyarakat atau budaya lazimnya mempunyai norma yang tersendiri

    berkaitan isu mengandung, membesarkan atau mendisiplin anak, juga berkaitan struktur dan nilai keluarga. Berkaitan penjagaan dan pendisiplinan kanak-kanak, Steinmatz dan Straus (1973) berpendapat jenis keganasan fizikal yang paling sejagat yang dikenakan oleh ibu bapa terhadap anak-anak mereka ialah hukuman dera. Berkaitan hal ini hampir semua ibu bapa dikatakan ada menggunakan hukuman fizikal pada sesuatu masa dalam kehidupan anak mereka itu.

    Di Malaysia, norma dan budaya yang diamalkan mempertahankan hak ibu bapa mengawal dan mengurus anak-anak mereka dengan cara yang dia anggap sesuai. Budaya

    yang terdapat di negara ini juga secara tradisinya menerima penggunaan hukuman berat untuk tujuan mengawal dan mengurus ini, seperti yang dibayangkan oleh ungkapan sayangkan anak tangan-tangankan (pepatah Melayu), anak yang setia (filial) dihasilkan daripada belantan (terjemahan pepatah Cina) dan spare the rod and spoil the child (pepatah Inggeris). Ringkasnya, autoriti ibu-bapa ke atas anak-anak adalah dianggap mutlak dan kepatuhan dipastikan menerusi tindakan disiplin yang keras. Hukuman fizikal dikenakan tanpa banyak bicara, bahkan difikirkan perlu dan kanak-kank dianggap sebagai tidak mempunyai hak sebagai seorang individu atau juga haknya dianggap sebagai tidak penting.

    Jenis Penganiayaan Kanak-kanak

    Penganiayaan secara umumnya boleh dikategorikan kepada empat jenis utama: iaitu penganiayaan fizikal, yang bermaksud keganasan dan tindakan yang disengajakan, yang menimbulkan kesakitan kepada kanak-kanak berkenaan dan boleh menyebabkan

    kecederaan atau kerosakan yang kekal terhadap perkembangan kanak-kanak itu atau

  • Transformasi sosioekonomi: Cabaran famili, gender & sosiobudaya

    44

    keupayaannya berfungsi dengan sempurna. Jenis kedua ialah pengabaian fizikal yang merujuk kepada kegagalan menyediakan keperluan asas kepada seorang kanak-kanak untuk membolehkan ia hidup dengan sempurna termasuk makanan, pakaian, tempat kediaman, keselamatan emosi, rawatan perubatan dan pendidikan. Pengabaian fizikal termasuk ditinggalkan atau dibiarkan tanpa jagaan untuk satu tempoh yang lama. Jenis ketiga ialah penganiayaan seksual. Penganiayaan jenis ini berlaku apabila seorang yang lebih tua memaksa seseorang kanak-kanak mengambil bahagian dalam aktivi bersifat

    seksual atau mengguna kanak-kanak untuk memenuhi keperluan dan kepuasan seksualnya. Penganiayaan jenis ini termasuk perhubungan seks, meraba, marstubasi, seks oral, meliwat, atau pun mendedahkan kanak-kanak kepada bahan video, majalah dan buku lucah. Jenis keempat dirujuk sebagai penganiayaan dan pengabaian emosi (atau psikologi). Penganiayaan jenis ini berlaku apabila ibu bapa gagal menyediakan keperluan emosi secara berterusan dan gagal untuk menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak mereka sehingga menyebabkan kanak-kanak itu hilang kepercayaan, tiada keyakinan diri, menjadi takut, merasa bersalah, murung, menjadi pendiam atau menjauhkan diri.

    Pengkategorian jenis-jenis penganiayaan ini menunjukkan tingkat kesedaran masyarakat terhadap gejala tersebut. Henry Kempe (1978) telah menerangkan penganiayaan kanak-kanak sebagai meliputi daripada bayi yang dihentam kepada penganiayaan fizikal yang dikenakan terhadap kanak-kanak pelbagai umur, sehinggalah kepada kegagalan kanak-kanak untuk berkembang, pengabaian, penganiayaan psikologi dan emosi dan penganiayaan seksual.

    Sebab Berlakunya Penganiayaan Kanak-kanak

    Sebagaimana banyak sebab berlakunya keganasan keluarga, begitu juga terdapat banyak sebab yang dikatakan boleh menyebabkan kanak-kanak dianiaya. Masalah penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak ini boleh dikatakan satu masalah yang kompleks dan sebab-sebab yang menyumbang kepada gejala itu bukanlah bersifat satu dimensi dengan satu set faktor penyebabnya sahaja. Sebaliknya, penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak merupakan satu gejala yang pelbagai dimensi atau mempunyai pelbagai faktor penyebab. Maka, seperti juga jenis keganasan keluarga yang lain, saling kaitan dan pengaruh

  • Transformasi sosioekonomi: Cabaran famili, gender & sosiobudaya

    45

    pelbagai faktor penyebab itu perlu difahami dalam konteks struktur dan budaya masyarakat yang lebih luas.

    Berdasarkan model sosiopsikologi sebab-sebab berlakunya penganiayaan kanak-kanak (Rajah 1), boleh dikatakan bahawa antara perkara yang menyebabkan penganiayaan berlaku dalam keluarga ialah pengangguran atau tingkat pendapatan yang

    rendah yang mengakibatkan tekanan ekonomi berlaku; rumah yang sesak, berbahaya, kotor atau tidak sihat; keluarga yang tidak mempunyai banyak hubungan dengan saudara-

    mara, jiran, rakan dan sebagainya; kejiranan yang tidak selamat; keluarga beribu tunggal yang terpaksa berkerja dan memenuhi bermacam tanggungjawab yang lain lalu menghadapi tekanan yang amat sangat; masalah kesihatan dalam keluarga dan lain-lain. Seperti keganasan suami-isteri, gejala penganiayaan kanak-kanak secara umumnya merentasi sempadan sosial dan ekonomi sesebuah masyarakat. Namun, seperti juga keganasan yang berlaku antara suami-isteri itu, penganiayaan kanak-kanak lebih sering berlaku dalam kalangan keluarga yang berkedudukan sosio-ekonomi yang relatifnya rendah.

  • Transformasi sosioekonomi: Cabaran famili, gender & sosiobudaya

    46

    Rajah 1: Model Sosiopsikologi Sebab-sebab Berlaku Penganiayaan Kanak-kanak (Disesuaikan daripada Gelles, 1974:200-201)

    Dari sudut penerangan teoritis dan sesuai dengan ungkapan keganasan

    menghasilkan keganasan (violence begets violence), teori pembelajaran sosial memberikan satu asas konseptual bagi menerangkan bagaimana pengalaman kanak-kanak

    dalam keluarga asasnya menyumbang kepada risiko beliau pula melakukan penganiayaan semasa dewasa (Tzeng, Jackson & Karlson, 1991: 94-98). Pola perlakuan yang agresif dikatakan berkembang sebahagiannya disebabkan pembelajaran secara pemerhatian (observational learning), dalam erti kata kanak-kanak akan berkelakuan seperti sebagaimana ia pernah lihat dan alami (Bandura, 1977). Ringkasnya, terdapat cadangan

    Kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa

    Kelas dan Komuniti: Nilai terhadap keganasan, sub-budaya keganasan

    Tekanan situasi:

    A. Hubungan antara ibu bapa

    B. Tekanan struktur spt. pengangguran, bilangan anak yang ramai, ancaman kepada autoriti keibu bapaan, nilai dsb.

    C. Tekanan disebabkan anak spt. anak yang tidak dikehendaki, anak bermasalah (selalu sakit, bermasalah, cacat, dsb.)

    Situasi yang mencetuskan insiden: spt. pergaduhan, kanak-kanak salah laku

    Penganiayaan kanak-kanak: Serangan fizikal yang berlaku sekali; serangan fizikal berkali-kali; keganasan psikologi (serangan secara lisan)

    Pengalaman sosialisasi: penganiayaan, role model keganasan; keagresifan.

    Keadaan Psikopatik: Sifat keperibadian, Sifat watak; kesukaran mengawal, kekacauan neurologi

  • Transformasi sosioekonomi: Cabaran famili, gender & sosiobudaya

    47

    bahawa pengalaman dianiaya oleh ibu, bapa atau kedua-duanya meningkatkan kemungkinan kanak-kanak mangsa itu melakukan tindakan yang sama semasa ia dewasa. Bahkan, pengalaman perlakuan keibubapaan yang melampau (seperti serangan secara lisan dan keganasan fizikal), kekurangan perlakuan keibubapaan yang positif (seperti kemesraan, tunjuk-ajar dan berbincang) dan menyaksi berlakunya penganiayaan pasangan boleh menyumbang kepada kejadian penganiayaan kanak-kanak itu kemudian hari. Walau bagaimanapun, harus diingat bahawa pandangan terdapatnya

    kesinambungan keganasan akibat pengalaman kanak-kanak menyaksikan keganasan keluarga sehingga kanak-kanak itu sendiri kemudiannya melakukan perbuatan tersebut pada kemudian harinya merupakan satu generalisasi yang agak simplistik sekiranya pandangan itu tidak mengambil kira faktor penyumbang yang lain, yang terdapat di peringkat peribadi dan struktur masyarakat. Faktor penyumbang yang lain harus diambil kira bagi menerangkan kenapa berlakunya keganasan keluarga amnya dan penganiayaan kanak-kanak khususnya.

    Senario Penganiayaan Kanak-kanak di Malaysia

    Timbulnya Kesedaran

    Malaysia, sebuah negara yang sedang pesat mengindustri dan membangun dengan masyarakatnya dianggap sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, juga tidak terlepas daripada menghadapi masalah keganasan keluarga amnya dan penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak khususnya. Bahkan, gejala ini kini diakui sebagai satu masalah sosial negara. Sungguhpun gejala penganiayaan kanak-kanak telah menarik banyak perhatian di negara Barat dan semenjak beberapa dekad kebelakangan ini banyak penyelidikan dilakukan mengenainya, namun di Malaysia masalah ini hanya baru mula menerima perhatian yang serius sebilangan besar anggota masyarakat. Bahkan, penerimaan penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak sebagai satu masalah sosial berlaku selepas tahun 1970 apabila didapati insiden penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak telah terjadi melebihi apa yang disangkakan dengan ada di antaranya yang berakhir dengan kematian. Dalam hal ini peristiwa kematian kanak-kanak bernama Balasundram

  • Transformasi sosioekonomi: Cabaran famili, gender & sosiobudaya

    48

    a/l Balakrishnan, yang hanya berumur dua tahun, di Hospital Kuala Lumpur pada 13 Mei 1990, akibat dianiaya telah mengejutkan masyarakat. Peristiwa ini boleh dikatakan telah memulakan peningkatan kesedaran anggota masyarakat Malaysia terhadap masalah penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak secara keseluruhannya.

    Jadual 1: Malaysia: Jumlah Kes yang Dilaporkan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (1974 - 2002)

    Tahun Bilangan Kes

    Tahun Bilangan Kes

    1974 85 1990 511 1975 76 1991 970 1976 63 1992 820 1977 70 1993 1084 1978 68 1994 836 1979 82 1995 1117 1980 96 1996 1009 1981 89 1997 1149 1982 82 1998 1161 1983 139 1999 1107 1984 97 2000 934 1985 72 2001 1036 1986 179 2002 821 1987 149 1988 191 1989 276

    Sumber: (a) 1974 1997:Bahagian Perancangan dan Sistem Maklumat, abatan Kebajikan Masyarakat, Malaysia

    (b) 1998 2002: Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.

  • Transformasi sosioekonomi: Cabaran famili, gender & sosiobudaya

    49

    0

    1000

    20003000

    4000

    5000

    6000

    1974-75 1976-80 1981-85 1986-90 1991-95 1996-2000 2001-2002

    Bilangan Kes

    Rajah 1: Malaysia: Jumlah Kes yang Dilaporkan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (1974-2002)

    Statistiks mengenai penganiayaan kanak-kanak yang dilaporkan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) semenjak 1974 menunjukkan bahawa secara umum gejala ini semakin meningkat di Malaysia. Statistiks ini juga memberi implikasi bahawa sungguhpun masyarakat Malaysia dianggap sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, namun ada di kalangan anggotanya yang sanggup melakukan perbuatan menganiaya

    kanak-kanak seperti juga yang terdapat di kalangan anggota masyarakat di negara-negara lain. Secara keseluruhan jumlah kes yang dilaporkan ke JKM telah meningkat daripada 85 kes pada tahun 1974 kepada 1161 pada tahun 1998 (Jadual 1 dan Rajah 1). Sungguhpun jumlah kes yang dilaporkan kelihatan berkurangan selepas tahun tersebut, namun apapun jumlahnya itu hanyalah merupakan a tip of the iceberg kerana terdapatnya masalah kurang laporan dibuat (under reporting). Bermakna banyak lagi insiden penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak yang tidak dilaporkan atas sebab-sebab tertentu. Lagipun, undang-undang yang mewajibkan laporan dibuat oleh golongan profesional tertentu hanya baru beberapa tahun dilaksanakan. Selain itu, terdapat tekanan dalam masyarakat supaya keluarga dilindungi daripada dimalukan. Dengan itu, mangsa

    penganiayaan dan anggota keluarganya yang lain selalunya agak keberatan untuk membuat laporan atau untuk membantu mangsa. Selain itu, berdasarkan nilai dan norma

    masyarakat berkaitan pendisiplinan kanak-kanak hukuman secara fizikal sudah lama dianggap sebagai suatu yang biasa dilakukan.

    Jadual yang sama juga menunjukkan bahawa jumlah tertinggi kes yang dilaporkan terdapat pada tahun 1998, iaitu sebanyak 1161 kes. Pada tahun tersebut negara sedang

  • Transformasi sosioekonomi: Cabaran famili, gender & sosiobudaya

    50

    mengalami kesan kegawatan ekonomi dan kewangan. Banyaknya kes yang dilaporkan atau yang dapat dikesan pada tahun itu berkemungkinan besar disebabkan oleh tekanan hidup yang dihadapi oleh keluarga pada ketika itu. Masalah kewangan, kemiskinan, kekurangan kemudahan dan sebagainya yang timbul akibat krisis ekonomi ini boleh menyebabkan seseorang individu berasa tertekan lalu bertindak di luar batasan. Dalam

    keadaan yang tertekan ini terdapat ibu bapa yang telah melahirkan perasaan tertekan mereka itu terhadap anak-anak dan seterusnya menyebabkan berlakunya penganiayaan.

    Penganiayaan dan Pengabaian Kanak-Kanak Mengikut Negeri

    Sementara itu jumlah kes yang dilaporkan antara 1990-2002 mengikut pecahan negeri pula menunjukkan bahawa negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mempunyai bilangan yang tertinggi, iaitu masing-masing 3304 dan 3260 kes (Jadual 2). Kemudian diikuti oleh negeri Johor (1369 kes). Negeri-negeri ini didapati mengalami kadar pembangunan yang pesat dan kadar perbandaran yang tinggi selain mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi juga. Hal-hal ini boleh menyumbang kepada keadaan tekanan hidup yang tinggi juga. Berdasarkan Jadual 2 dapat dilihat bahawa dari tahun 1990 hingga 1999 pula, kes penganiayaan telah bertambah sebanyak 596 kes. Iaitu dari 511 kepada tahun 1990 menjadi 1107 kes pada tahun 1999. Peningkatan ini mungkin disebabkan oleh bilangan anggota masyarakat yang tampil untuk membuat laporan telah bertambah. Selain itu dan sebagaimana yang telah disebutkan Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991 mewajibkan para doktor melapor kepada pihak berkuasa jika mereka mensyaki kanak-kanak yang sedang dirawat itu telah dianiaya.

    Penganiayaan dan Pengabaian Kanak-Kanak Mengikut Etnik dan Jantina

    Dari segi gender pula, Jadual 3 menunjukkan bahawa antara 1985 dan 1998 kebanyakan mangsa penganiayaan yang diperiksa di Hospital Kuala Lumpur (HKL) adalah kanak-kanak perempuan (1323) berbanding kanak-kanak lelaki (943). Hal ini lebih-lebih lagi

  • Transformasi sosioekonomi: Cabaran famili, gender & sosiobudaya

    51

    dalam kes penganiayaan seksual di mana 465 kanak-kanak perempuan telah menjadi mangsa berbanding 35 kanak-kanak lelaki.

    Perangkaan dalam Jadual 3 juga menunjukkan bahawa gejala penganiayaan kanak-kanak lebih banyak berlaku di kalangan orang Melayu. Dari jumlah keseluruhan kes pada tahun 1985 hingga 1998, 1201 kes berlaku di kalangan kaum Melayu. Ini diikuti oleh etnik India sebanyak 621 kes dan Cina 323 kes, manakala yang selebihnya melibatkan etnik yang lain. Dari segi jantina pula kanak-kanak perempuan lebih banyak menjadi mangsa penganiayaan kanak-kanak. Statistik dalam Jadual 2 di bawah menunjukkan dari tahun 1985 hingga 1998 seramai 1323 kanak-kanak perempuan menjadi mangsa penganiayaan. Angka ini jauh lebih besar jika dibandingkan dengan mangsa kanak-kanak lelaki, iaitu hanya seramai 943 orang. Dari sudut pandangan psikologi, keadaan sedemikian mungkin disebabkan oleh sifat perempuan yang lebih lemah dan dengan itu, lebih mudah untuk dianiaya.

  • Transformasi sosioekonomi: Cabaran famili, gender & sosiobudaya

    52

    Jadual 2: Malaysia: Jumlah Kes Penganiayaan Kanak-kanak yang Dilaporkan Mengikut Negeri, 1990-2002

    NEGERI

    1990a 1991a 1992a 1993a 1994b 1995b 1996b 1997b 1998c 1999c 2000c 2001c 2002c Jumlah

    Johor 25 75 115 134 127 134 94 109 111 119 116 126 84 1369 Kedah 11 10 14 15 15 21 45 25 14 21 33 33 28 285 Kelantan 3 5 7 1 6 7 10 46 54 20 24 24 10 217 Melaka 33 29 6 73 47 73 56 57 41 35 51 36 20 557 N.Sembilan 21 24 31 16 54 74 83 118 80 46 24 39 7 617 Pahang 6 12 7 24 29 24 32 20 23 17 5 25 0 224 Perak 52 62 57 77 86 131 92 61 118 105 79 85 54 1059 Perlis 2 4 2 3 6 8 14 9 29 17 16 26 14 150 Penang 29 33 30 62 57 72 117 106 130 125 75 85 118 1039 Selangor 120 356 245 269 250 246 189 212 201 300 349 327 240 3304 Trengganu 1 12 13 24 17 21 30 33 17 21 17 24 11 241 WP: KL 208 348 293 386 140 306 244 352 343 191 112 127 210 3260 WP: Labuan 0 0 0 0 2 0 3 1 na 3 2 0 1 12 Sabah na na na na na na 24 31 14 5 74 Sarawak

    na na na na na na 63 na 65 19 147

    JUMLAH 511 970 820 1084 836 1117 1009 1149 1091 1107 934

    1036 821 12555

    Sumber: a: Bahagian Perancangan dan Sistem Maklumat, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Malaysia, Jan. 1998 b: Bahagian Perancangan dan Sistem Maklumat, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Malaysia April 1999 c: Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, 2004

  • Transformasi sosioekonomi: Cabaran famili, gender & sosiobudaya

    Jadual 3: Malaysia: Kaitan antara Agihan Jantina dan Etnik Kanak-kanak yang Didera dan Terabai Sebagaimana Dirawat di Hospital Kuala Lumpur 1985 - 1998

    Jenis Salahlayanan (Maltreatment) Kump. Etnik

    Melayu Jumlah 1201

    lelaki wanita

    Cina Jumlah 323

    lelaki wanita

    India Jumlah 621

    lelaki wanita

    Lain-lain Jumlah 121

    lelaki wanita

    JUMLAH 2266

    lelaki wanita Penganiayaan Fizikal Jumlah 1156

    318 271

    85 86

    160 190

    20 26

    583 573

    Penganiayaan Seksual Jumlah 500

    24 296

    5 61

    3 82

    3 26

    35 465

    Pengabaian/ Ditinggalkan Jumlah 610

    164 128

    34 52

    103 83

    24 22

    325 285

    JUMLAH 2266

    506 695

    124 199

    266 355

    47 74

    943 1323

    Sumber: SCAN Team Hospital Kuala Lumpur, Malaysia. Oktober, 1999

  • Transformasi sosioekonomi: Cabaran famili, gender & sosiobudaya

    54

    Jenis Penganiayaan dan Pengabaian Kanak-Kanak

    Jadual 4: Malaysia: Jenis Penganiayaan yang Diperiksa di Hospital Kuala Lumpur (1985-1996)

    Tahun Penganiayaan Fizikal

    Penganiayaan Seksual

    Pengabaian / Ditinggalkan

    (Abandonment)

    Jumlah

    1985 20 1 4 25 1986 44 6 13 63 1987 38 11 21 70 1988 49 23 8 80 1989 71 37 32 140 1990 93 25 59 177 1991 110 38 63 211 1992 72 31 66 169 1993 104 75 91 270 1994 135 37 64 236 1995 141 44 62 247 1996 93 54 37 184

    JUMLAH 970 382 520

    1872

    Sumber: SCAN Team Hospital Kuala Lumpur, 1996.

    0

    50

    100

    150

    200

    250

    300

    1985 1986 1987 1988 1989 1990 1991 1992 1993 1994 1995 1996

    Penganiyaan Fizikal

    Penganiyaan Seksual

    Pengabaian/ Ditinggalkan(Abandonment)Jumlah

    Rajah 2: Malaysia: Jenis Penganiyaan yang Diperiksa di Hospital Kuala Lumpur (1985-1996)

    Sementara itu jumlah kes yang telah diperiksa di Hospital Kuala Lumpur (HKL) antara tahun 1985-1996 juga menunjukkan peningkatan daripada 25 kes pada tahun 1985

  • Transformasi sosioekonomi: Cabaran famili, gender & sosiobudaya

    55

    kepada 247 kes pada tahun 1995 (Jadual 4 dan Rajah 2). Jenis penganiayaan yang diperiksa tidak terbatas kepada yang berbentuk fizikal. Bahkan, merangkumi

    penganiayaan seksual, pengabaian dan yang ditinggalkan atau dibuang (abandon). Dari segi jenis penganiayaan yang diperiksa di HKL pada tahun-tahun yang sama, pada tahun 1995 bilangan kanak-kanak yang didapati telah dianiaya secara fizikal ialah seramai 141 berbanding 20 orang pada tahun 1985. Mangsa penganiayaan seksual pula ialah seramai 44 orang. Ini merupakan satu peningkatan bilangan yang besar memandangkan hanya terdapat seorang mangsa yang telah dilaporkan pada tahun 1985. Seramai 62 orang kanak-kanak pula telah dilaporkan sebagai telah diabai atau ditinggalkan pada tahun 1995, iaitu peningkatan seramai 58 kes berbanding angka tahun 1985. Jadual 3 juga menunjukkan bahawa sehingga tahun 1998 lebih ramai kanak-kanak menderitai penganiayaan fizikal (1156) berbanding penganiayaan seksual (500) atau pun pengabaian dan ditinggal (610).

    Jadual 4 menunjukkan bahawa dari tahun 1990 hingga 1996 penganiayaan fizikal mencatatkan angka yang paling tinggi, iaitu 748 kes dan diikuti dengan 442 kes pengabaian. Jumlah penganiayaan fizikal adalah lebih tinggi kerana ibu bapa mungkin lebih banyak menggunakan hukuman fizikal sebagai cara mendisiplinkan anak. Manakala kes penganiayaan seksual pula menunjukkan angka yang paling sedikit iaitu hanya 304 kes berbanding dengan jenis penganiayaan yang lain. Ini mungkin disebabkan jenis penganiayaan ini sukar dikesan. Tambahan pula, jika jenayah ini dilakukan oleh ahli keluarga sendiri, maka mereka tidak akan membuat laporan kerana perbuatan tersebut dianggap akan mencemarkan maruah keluarga.

    Perubahan Hubungan Keluarga

    Hubungan Mangsa kepada Penganiaya

    Secara keseluruhan terdapat satu julat yang luas berkaitan individu yang mungkin bertanggungjawab melakukan penganiayaan, iaitu daripada anggota keluarga itu sendiri sehingga kepada orang luar keluarga yang sama ada dikenali atau pun tidak dikenali. Di Malaysia, laporan menunjukkan bahawa kebanyakan mangsa telah dianiaya, sama ada secara fizikal atau pun seksual, oleh orang yang mereka kenali (Jadual 5) termasuk ibu

  • Transformasi sosioekonomi: Cabaran famili, gender & sosiobudaya

    56

    bapa, adik-beradik, saudara-mara dan jiran. Antara tahun 1985 dan 1998 dari segi jenis penganiayaan fizikal yang telah dilaporkan kepada dan diperiksa oleh kumpulan Society

    for the Prevention of Child Abuse and Neglect (SCAN), didapati ibu bapa kandung merupakan penganiaya utama, iaitu seramai 642 kes dan bilangan ini telah meningkat kepada 2191 antara tahun 1999-2002. Bahkan, pada tahun-tahun 1999-2002 itu kira-kira 66 peratus daripada pemangsa penganiayaan adalah ibu bapa sendiri dan saudara-mara yang lain.

    Daripada 1156 kes yang diperiksa antara tahun 1985-1998, 642 kes atau 55.5 peratus kanak-kanak didapati telah dianiaya oleh salah seorang atau kedua-dua ibu bapa kandung mereka. Secara umum antara sebab berlakunya penganiayaan ialah ketidakupayaan salah seorang atau kedua-dua ibu bapa mangsa untuk menangani masalah dan tekanan domestik atau juga bukan-domestik yang mereka hadapi. Keadaan ini merupakan suatu yang membimbangkan kerana ibu bapa seharusnya merupakan pelindung dan pemberi nafkah hidup utama anak-anak mereka. Kegagalan ibu bapa

    untuk memenuhi tanggungjawab dan amanah ini dan sekiranya sesuatu tidak dilakukan untuk membanteras keadaan tersebut boleh menggalak orang lain untuk juga menganiaya kanak-kanak itu.

  • Transformasi sosioekonomi: Cabaran famili, gender & sosiobudaya

    57

    Jadual 5: Malaysia: Hubungan Peganiaya kepada Mangsa, 1985-2002

    1985 1998a 1999 2002b

    Pertalian Penderaan

    Fizikal Penderaan

    Seksual Penderaan Fizikal & Seksual

    Ibu 196 2 1177 Bapa 278 45 1014 Kedua-dua ibu-bapa 168 - - Ibu/ bapa tiri 97 26 274 Ibu/ bapa angkat 28 - - Saudara-mara 95 69 317 Adik-beradik 50 20 74 Penjaga/Pengasuh 150 50 158 Guru 15 - 16 Teman atau kekasih ibu/ bapa - 31 29 Jiran - 69 109 Kenalan keluarga - - 133 Teman lelaki - 4 - Orang asing - 21 - Majikan - - 30 Lain-lain 42 97 567

    Tidak diketahui

    37

    66

    -

    JUMLAH

    1156

    500

    3898

    Sumber: (a) SCAN Team KLH, Okt. 1999 (b) Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, 2004

    Perlindungan dan Pencegahan

    Kesedaran mengenai keganasan keluarga dan penganiayaan kanak-kanak telah

    menyebabkan negara bertindak menggubal dan melaksanakan pelbagai dasar, program dan undang-undang. Secara umum langkah-langkah ini bertujuan menangani satu masalah yang amat membimbangkan itu. Secara khusunya pula langkah-langkah tersebut bertujuan melindungi mangsa dan membantu memperkukuhkan keluarga. Kini negara telahpun menyediakan banyak dasar, rancangan, strategi dan program untuk kepentingan

  • Transformasi sosioekonomi: Cabaran famili, gender & sosiobudaya

    58

    kanak-kanak. Program berkaitan kelangsungan hidup kanak-kanak dalam konteks penjagaan kesihatan, pemakanan yang lebih baik, pendidikan, sistem perundangan dan kebajikan telah disediakan semenjak tahun 1957 lagi dan sentiasa ditegas dan diperkuatkan menerusi Rancangan-rancangan Pembangunan Lima Tahun negara.

    Antara langkah yang telah dan sedang dilaksanakan ialah peranan yang dimainkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam usaha menangani dan membendung masalah penganiayaan kanak-kanak ini selain memainkan peranannya yang lebih umum, iaitu menjaga dan melindungi kanak-kanak, khususnya golongan yang socially disadvantaged. Antara usaha yang telah diambil oleh Jabatan ini adalah termasuk penubuhan Pasukan Pelindung Kanak-kanak (Child Protection Team) di peringkat negeri dan tempatan. Pusat-pusat perlindungan telah juga ditubuhkan seperti Child Abuse Protection Team di Hospital Universiti Malaya dan SCAN Team di HKL-UKM.

    Undang-undang juga telah digubal dan dilaksanakan bagi memperkukuhkan usaha-usaha melindungi kanak-kanak. Undang-undang ini secara umum meliputi

    kepentingan kanak-kanak berkaitan pencegahan, perlindungan, rehablitasi dan penjagaan (Lihat Rajah 3). Langkah mewajibkan golongan profesional tertentu seperti doktor, guru dan kaunselor melaporkan kanak-kanak yang disyaki telah dianiaya telah memudahkan lagi usaha mengenalpasti insiden tersebut.

  • Transformasi sosioekonomi: Cabaran famili, gender & sosiobudaya

    59

    RAJAH 3

    MALAYSIA: BEBERAPA PERUNDANGAN BERKAITAN KANAK-KANAK

    Adoption Act 1952 (Revised 1981), (Act 257) Age of Majority Act 1971 (Act 21)

    Birth and Death Registration Act 1957 (Revised 1983), (Act 299) Birth and Death Registration (Amendment) Act 1975 (Act A296)

    Child Act 2001 (Act 611) Care Centres Act 1993 (Act 506) Child Care Centres Act 1984 (Act 308) Children and Young Persons Act 1947 (Revised 1980) (Act 232) Children and Young Persons (Employment) Act 1966 (Revised 1988) (Act 350) Children and Young Persons (Amendment) Act 1981 (Act A519) Children Protection Act 1991 (Act 468)

    Domestic Violence Act 1994 (Act 521) Education (Amendment) Act 1971 (ActA48) Education (Amendment) Act 1974 (ActA260)

    Guardianship of Infants Act 1961 (Revised 1988) (Act 351) Inheritance (Family Provision) Act 1971 (Act 39)

    Juvenile Courts Act 1974 (Revised 1972) (Act 90) Juvenile Court (Amendment) Act 1975 (Act A297)

    Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976 (Act 164) Legitimacy Act 1961 (Revised 1971) (Act 60)

    Maintenance Orders (Facilities for Enforcement) Act 1949 (Revised 1971) (Act 34) Married Women and Children (Maintenance) Act 1950 (Revised 1981) (Act 263) Married Women and Children (Enforcement of Maintenance) Act 1968 (Revised 1988) (Act 263)

    National Registration Act 1959 (Revised 1972) (Act 78) Passport Act 1960 (Revised 1974) (Act 150)

    Registration of Births and Deaths (Special Provision) Act 1975 (Act 152) Registration of Adoption Act 1952 (Revised 1981) (Act 253)

    Workers Minimum Standards of Housing and Amenities Act 1990 (Act 446) Widows and Orphans Pensions (Amendment) Act 1969 (Act A24) Widows and Orphans Pensions (Amendment) Act 1972 (Act A96) Widows and Orphans Pensions (Sabah) (Amendment) Act 1973 (Act A177) Widows and Orphans Pensions (Sarawak) (Amendment) Act 1973 (Act A178) Women and Girls Protection (Amendment) Act 1987 (Act A664)

  • Transformasi sosioekonomi: Cabaran famili, gender & sosiobudaya

    60

    Langkah kerajaan yang paling baru adalah meluluskan Akta Kanak-kanak 2001 oleh Parlimen. Akta ini bertujuan memastikan adanya kesejahteraan kanak-kanak dengan menyusun semula undang-undang yang berkaitan penjagaan, perlindungan dan pemulihan kanak-kanak. Akta ini menggantikan Akta Mahkamah Juvana 1947, Akta Perlindungan Wanita dan Kanak-kanak 1973 dan Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991. Akta ini juga memungkinkan sebuah mahkamah khas kanak-kanak ditubuhkan. Selain itu, hukuman yang lebih berat juga dikenakan, iaitu denda sebanyak RM20,000 atau hukuman penjara selama sepuluh tahun atau kedua-duanya sekali (Rahimah Abdul Aziz 1999).

    Malaysia juga telah bersetuju menerima Convention on the Rights of the Child (CRC) pada tahun 1985, sungguhpun dengan beberapa reservations. Tindakan kerajaan menerima CRC ini adalah selaras dengan aspirasi Wawasan 2020nya yang bertujuan membina sebuah masyarakat penyayang. Sungguhpun tanggungjawab utama memberi perlindungan dan melaksanakan CRC terletak pada sesebuah negara berkenaan, tetapi itu

    tidak menghalang pihak-pihak perihatin yang lain daripada turut serta. Bahkan, terdapat banyak usaha dilakukan oleh kedua-dua kerajaan dan pihak organisasi bukan kerajaan (NGO) khususnya, untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai CRC ini dan perlunya mencegah penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak.

    Selain itu, pada tahun 1990 Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat ketika itu telah membuka talian Perkhidmatan TELEDERA bertujuan membolehkan anggota masyarakat membuat laporan mengenai penganiayaan kanak-kanak.

    Pihak media massa (kedua-dua elektronik dan cetakan) juga memainkan peranan mereka meningkatkan kepekaan dan kesedaran, mendidik anggota masyarakat dengan

    melaksanakan pelbagai kempen, penyaluran maklumat melalui rancangan-rancangan dokumentasi dan iklan-iklan mengenai penganiayaan kanak-kanak. Selain itu dalam usahanya mendidik dan meningkatkan kesedaran awam itu juga kejadian-kejadian penganiayaan telah juga dipaparkan.

    Kempen-kempen kesedaran juga dilancarkan oleh pihak-pihak tertentu dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) turut memainkan peranan dalam usaha menangani gejala penganiayaan kanak-kanak ini. Untuk terus mendidik, merangsang dan

  • Transformasi sosioekonomi: Cabaran famili, gender & sosiobudaya

    61

    meningkatkan aras kesedaran awam selain untuk memberi penekanan bahawa mencegah penganiayaan kanak-kanak dan bentuk-bentuk lain penzaliman terhadap kanak-kanak

    adalah tanggungjawab semua, maka seminar, persidangan, bengkel, forum dan sebagainya diadakan dari semasa ke semasa untuk membincang isu ini. Sasaran aktiviti-

    aktiviti ini adalah kedua-dua golongan profesional dan orang perseorangan yang berminat.

    Secara keseluruhan sungguhpun pelbagai langkah dan strategi pencegahan telah dilaksanakan namun, kadar kejayaannya masih kurang memuaskan. Hal ini kerana sungguhpun pelbagai langkah telah dijalankan tetapi masalah ini terus wujud dan bilangannya meningkat. Keadaan ini menunjukkan bahawa masih banyak lagi yang perlu dilakukan untuk mengawal dan mengurangkan masalah ini. Antara lain perlu ditingkatkan lagi kesedaran dan pengetahuan tentang penganiayaan dan pengabaian

    kanak-kanak di kalangan (i) kanak-kanak sendiri (ii) ibu bapa dan juga (iii) orang ramai. Kanak-kanak juga perlu diperkasakan dalam erti kata mereka perlu dididik supaya dapat mengenali apabila penganiayaan telah berlaku dan berani melaporkan insiden tersebut. Dalam hal ini saluran yang lebih bersifat mesra kanak-kanak harus diperkenalkan.

    Selain itu perlu wujud dan tingkatkan kerjasama antara agensi yang berkaitan supaya lebih mudah untuk berkerjasama dan menyelaras tugas-tugas yang harus dilakukan. Meningkatkan kesejahteraan kanak-kanak dan melindungi mereka daripada sengaja disakiti akan bergantung kepada adanya satu proses perkongsian maklumat yang berkesan, kerjasama dan persefahaman antara agensi yang berkaitan dan golongan profesional. Dalam hal ini kurang kesefahaman dan kerjasaman antara agensi yang berkaitan akan mudah diatasi sekiranya terdapat saluran komunikasi yang berkesan. Agensi dan golongan profesional perlu berkerja secara perkongsian antara satu sama lain dan juga dengan pelanggan perkhidmatan mereka, untuk merancang dan menghasilkan satu rancangan perkhidmatan kanak-kanak yang komprehensif. Sehubungan itu perlu adanya satu mekanisme yang jelas dan mudah difahami bagi membolehkan maklumbalas disampaikan kepada pembuat dasar dalam usaha menghasilkan satu garispanduan yang boleh diterima pakai oleh semua.

    Kerjasama antara agensi adalah faktor penting supaya usaha melindungi kanak-kanak dapat dilakukan secara holistik. Tanggungjawab asas mungkin diletakkan pada

  • Transformasi sosioekonomi: Cabaran famili, gender & sosiobudaya

    62

    sebuah agensi tertentu di peringkat yang strategik dan yang dikenalpasti oleh pihak kerajaan, namun bimbingan terperinci untuk setiap agensi lain pendidikan, perkhidmatan kesihatan, polis, pihak perundangan, kebajikan dan lain-lain seperti NGO yang ada kaitan dengan perlindungan kanak-kanak -akan mempastikan setiap agensi itu

    memahami peranan mereka, membolehkan adanya persefahaman antara agensi-agensi tersebut dan akan membolehkan agensi-agensi itu melihat di manakah letaknya sumbangan dan peranan mereka dalam gambaran melindungi kanak-kanak yang lebih luas.

    Penutup

    Keganasan keluarga merupakan satu gejala yang kompleks, yang terhasil akibat penjalinan antara ciri-ciri individu dan faktor-faktor sosio-ekonomi. Sungguhpun tidak semua rumahtangga menderitai keganasan keluarga, namun keganasan merupakan satu

    kitaran yang tidak berkesudahan dan terdapat banyak bukti yang menunjukkan berlakunya pewarisan gejala keganasan keluarga ini di antara generasi. Individu yang telah terlalu banyak didedahkan kepada keganasan dan penganiayaan adalah lebih berkemungkinan untuk mengambil tindakan yang sama apabila mereka dewasa. Kanak-kanak yang dibesarkan dalam suasana atau sekitaran yang penuh dengan keganasan akan juga berkemungkinan menggunakan keganasan dan kekerasan terhadap anak-anak dan pasangan mereka sendiri. Mereka kemudiannya akan mendapati diri mereka pula terdedah kepada keganasan yang dikenakan oleh anak-anak mereka. Sungguhpun di

    negara ini penganiayaan terhadap datuk dan nenek (granny bashing/abuse) dan keganasan oleh kanak-kanak belum muncul sebagai satu masalah sosial yang serius yang sekaligus

    menimbulkan kebimbangan di kalangan anggota masyarakat, namun kedua-dua gejala ini mungkin akan terdapat satu hari nanti sekiranya langkah-langkah berkesan tidak diambil daripada sekarang untuk menangani dan mencegah masalah keganasan keluarga ini. Keadaan yang sedemikian akan tentu sekali menggagalkan hasrat negara membentuk sebuah masyarakat penyayang setelah ia capai taraf negara maju industri kelak.

    Rujukan

  • Transformasi sosioekonomi: Cabaran famili, gender & sosiobudaya

    63

    Alvy, K.T. 1975. Preventing Child Abuse. American Psychologist. September: 921-927. Ann Wan Seng & Khadijah Alavi. 1997. Penderaan Kanak-kanak di Malaysia. Fajar

    Bakti: Shah Alam. Bandura, A. 1977. Social Learning Theory. Prentice-Hall: Englewood Cliffs, N.J. Coser, L.A. 1970. Violence and the Social Structure. Dalam Endleman, S. (ed.). Violence

    in the Street. Quadrangle Paperbacks: Chicago. Eshleman, J.R. 2000. The Family. Allyn & Bacon: Massachusettes. Finkelhor, D. & Korbin, J. 1988. Child Abuse as an International Issue. Child Abuse and

    Neglect. 12: 3-23. Freeman, M. D. A. 1979. Violence in the Home. Gower: Westmead, Hampshire. Gelles, R.J. 1974. Child Abuse as Psychopathology: A sociological critique and

    reformation. Dalam Steinmetz, S.K. & Straus, M.A. (Pnyt.). Violence in the Family. Harper & Row: New York.

    Gelles, R. & Cornell, C. 1990. Intimate Violence in Keluargaes. Ed. 2. Sage: Newbury Park, CA.

    Gil, D. 1970. Violence Against Children. Harvard University Press: Harvard. Goode, J.W. 1974. Force and Violence in the Family. Dalam Steinmetz,S.K. & Straus,

    M.A. (Pnyt.). Violence in the Family. Harper & Row: New York Gough, D. 1996. Defining the Problem. Child Abuse and Neglect. 20 (1): 993-1002. Kemp, C.H. 1978. Recent Developments in the Field of Child Abuse. Child Abuse and

    Neglect. 20(7): 599-612. Levinson, D. 1989. Family Violence in Cross Cultural Perspective. Sage: Newbury Park,

    CA. Merton, R.K. 1957. Social Theory and Social Structure. The Free Press: Glencoe, IL. Ney, P.G. 1992. Transgenerational Abuse. Dlm. Viano, E.C. (ed). Intimate Violence:

    Interdisciplinary Perspective. Hemisphere: Washington D.C. OLeary, K.D. 1993. Through a Psychological Lens: Personality Traits, Personality

    Disorders and Levels of Violence. Dlm. Gelles, R. & Loseke, D. Current Controversies in Family Violence. Sage: Newbury Park, CA.

    Rahimah Abdul Aziz dan Fatimah Abdullah. 1996. Socio-cultural Issues and Approaches on Child Abuse Research; Malaysian Situation. Prosiding Workshop on Perspectives of Research on Child Abuse and Neglect. Bangi: November 19-21.

    Rahimah Abdul Aziz. 1999. Government Strategies for Prevention of Child Abuse in Malaysia: Achievements, problems, and challenges. Kertas kerja 5th ISPCAN Asian Conference on Child Protection. Hong Kong, November 25 27.

    Rahimah Abdul Aziz. 2000. Cultural Beliefs and Awareness of Child Rights in Malaysia. Kertas dibentangkan di 13th International Congress on Child Abuse and Neglect. Durban, South Africa, 3-6 Sept.

    Reuben, H. 1970. Modern Systems Theory and the Family: A confrontation. Social Science Information. 10(Oct.): 7-26.

    Ross, S.M. 1996. Risk of Physical Abuse to Children of Spouse Abusing Parents. Child Abuse and Neglect. 20(7): 589 - 598.

    Schechter, S. & Gary, L. 1988. A Framework for Understanding and Empowering Battered Women. Dlm. Straus, M.B. (ed). Abuse and Victimization Across the Life Span.). John Hopkins University Press: Baltimore.

  • Transformasi sosioekonomi: Cabaran famili, gender & sosiobudaya

    64

    Simons, R.L., Lin, K. & Gordon, L.C. 1998. Socialization in the Family of Origin and Male Dating Violence: A prospective Study. Journal of Marriage and the Family. 60: 467-478.

    Steinmatz, S.K. & Straus, M.A. 1973. The Family as Cradle for Violence. Society. 10: 50-56.

    Steinmetz, S.K. & Straus, M.A. (Pnyt.). 1974. Violence in the Family. Harper & Row: New York.

    Straus, M.A. 1973. A General Systems Theory Approach to the Theory of Violence Between Family Members. Social Science Information. 12.

    __________. 1994. Beating the Devil Out of Them: Corporal Punishment by Parents and Its Effects on Children. Lexington Books:New York

    Straus, M.A. & Smith, C. 1990. Family Patterns and Child Abuse. Dlm. Straus, M.A. & Gelles, R.J. (ed). Physical Vilolence in American Keluargaes: Risk Factors and Adaptations to Violence in 8,145 Keluargaes. Transaction Publishers: New Brunswick, N.J.

    Tajima, E.A. 2000. The Relative Importance of Wife Abuse as a Risk Factor for Violence Against Children. Child Abuse and Neglect. 24(11): 1383 1398.

    Tzeng, O.K.S., Jackson, J.W. & Karlson, H.C. 1991. Theories of Child Abuse and Neglect: Differential Perspectives, Summaries and Evaluations. Praeger: New York.

    Wolfgang, M.E. & Ferracuti, F. 1967. The Subculture of Violence: Toward an Intergrated Theory of Criminology. Tavistock: London.

    Yllo, K. 1993. Through a Feminist Lens: Gender, Power and Violence. Dlm. Gelles, R. & Loseke, D. Current Controversies in Family Violence. Sage: Newbury Park, CA.