sce 3112 - 06 pengenalan

2
PENGENALAN Tujuan modul ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman anda tentang pengurusan makmal sains dan sumber pengajaran dan pembelajaran (Kursus SCE 3112).Terdapat tiga (3) tajuk dalam unit ini.Tajuk 1membincangkan ‟Pengendalian secara selamat bahan saintifik dan bahan kimia” (Topik 2 dalam Pro forma).Dalam tajuk ini, anda akan didedahkan kepada cara pengendalian bahan kimia, bahan radioaktif dan bahan biologi, penyimpanan bahan kimia, pengendalian peralatan elektrik, dan penyimpanan peralatan sains dengan betul dan selamat. Tajuk 2 iaitu ‟Peraturan dan Keselamatan Makmal” (Topik 3 dalam Pro forma) membincangkan peraturan dan keselamatan makmal sains, dan merangkumi aspek-aspek seperti peraturan dan undang-undang makmal, jenis-jenis kecederaan dan prosedur pertolongan cemas, pencegahan kecederaan dan kemalangan, jenis-jenis kebakaran, dan penggunaan pelbagai jenis alat pemadam kebakaran. Tajuk 3 ialah gabungan tiga topik dalam Pro forma, iaitu Topik 8, 9 dan 11, di mana anda akan membincangkan kriteria untuk mengubahsuai, menyedia, mengulas dan memilih bahan bantu mengajar. Anda juga akan meneroka bagaimana pengubahsuaian, penyediaan, pengulasan dan pemilihan sumber yang sesuai dapat meningkatkan pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah. 1

Upload: cgu-nick

Post on 27-Sep-2015

226 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

sce3112

TRANSCRIPT

PENGENALAN

Tujuan modul ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman anda tentang pengurusan makmal sains dan sumber pengajaran dan pembelajaran (Kursus SCE 3112).Terdapat tiga (3) tajuk dalam unit ini.Tajuk 1membincangkan Pengendalian secara selamat bahan saintifik dan bahan kimia (Topik 2 dalam Pro forma).Dalam tajuk ini, anda akan didedahkan kepada cara pengendalian bahan kimia, bahan radioaktif dan bahan biologi, penyimpanan bahan kimia, pengendalian peralatan elektrik, dan penyimpanan peralatan sains dengan betul dan selamat. Tajuk 2 iaitu Peraturan dan Keselamatan Makmal (Topik 3 dalam Pro forma) membincangkan peraturan dan keselamatan makmal sains, dan merangkumi aspek-aspek seperti peraturan dan undang-undang makmal, jenis-jenis kecederaan dan prosedur pertolongan cemas, pencegahan kecederaan dan kemalangan, jenis-jenis kebakaran, dan penggunaan pelbagai jenis alat pemadam kebakaran. Tajuk 3 ialah gabungan tiga topik dalam Pro forma, iaitu Topik 8, 9 dan 11, di mana anda akan membincangkan kriteria untuk mengubahsuai, menyedia, mengulas dan memilih bahan bantu mengajar. Anda juga akan meneroka bagaimana pengubahsuaian, penyediaan, pengulasan dan pemilihan sumber yang sesuai dapat meningkatkan pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah.

Aktiviti dan latihan yang disediakan bagi setiap tajuk dalam modul ini adalah untuk tujuan pengukuhan pembelajaran.Aktiviti dan latihan tersebut memerlukanandamengaitkankonsep-konsepyangdipelajaridalam modul inidengan amalandanpengalamansendiridalam persekitaran sekolahanda.

Anda digalak menyiapkan latihan dan tuorial dalam modul ini dalam jangkamasa yang ditetapkan.Hasil kerja anda yang telah disiapkan hendaklah dihantar kepada pensyarah secara e-mel atau bersemuka.Sebagai memantapkan lagi kefahaman setiap tajukdalam kursus ini, anda dinasihatkan membuat banyak rujukan dan pembacaan.Anda juga digalakkan kerap menghubungi pensyarah untuk mendapatkan maklumat lanjut yang berkaitan dengan topik-topik yang dipelajari.

1