sastera penggerak bahasa bicara karya sastera s · pdf filesama ada melalui pengamatan,...

1
Oleh Rusdi Abd. Rahman “N OVEL satira yang menggarap aspek kece- merlangan kepimpinan dan perpaduan ini merupakan sebuah karya unggul yang boleh diangkat sebagai bahan rujukan, khususnya kepada para pemim- pin agar memimpin organisasi dengan cemerlang. Kepimpinan yang dijelmakan dalam novel ini bukan sekadar suatu mani- festasi pengarang semata-mata tetapi mampu menjadi petunjuk kepada pemimpin untuk menjana ketamadunan dan kesejahteraan masyarakat yang berbilang bang- sa. Keupayaan pengarang mene- rapkan idea dan etika kepimpi- nan yang berfalsafah tinggi ini mampu membina suatu pemikiran baharu dan anjakan paradig- ma kepada pemimpin negara.” Demikianlah antara kekuatan novel Lang Budi karya Mohd. Khairy Hj. Halimi, terbitan DBP pada tahun 2006 sehingga dipilih untuk dibicarakan oleh Munsyi Dewan, Azhar Salleh dalam Majlis Bicara Karya Sastera Negeri Johor. Majlis anjuran bersama DBP Wilayah Selatan dengan ker- jasama Perkumpulan Penulis dan Peminat Bahasa Muar (PPPBM) diadakan pada 25 Februari lalu di Muar, Johor. Selain itu, buku yang turut dibicarakan dalam majlis ini ialah antologi cerpen abad ke-20 karya penulis mapan yang prolifik, Zaharah Nawawi yang berjudul Orang Perjuangan. Dalam majlis ini, Siti Aishah Murad membica- rakan aspek Wanita di Tangan Pengarang Wanita dalam Orang Perjuangan. Rata-rata cerpen yang terkandung di dalam antologi ini digarap berdasarkan psikologi, biologi, bahasa dan budaya wani- ta kerana hanya wanita sahaja yang memahami pergolakan jiwa wanita. Sikap wanita yang berani berjuang di tengah-tengah kaum lelaki diketengahkan dalam cer- pen Gegak Membakar manakala ketabahan wanita yang menjadi pendidik anak bangsa pula men- jadi fokus cerita Cikgu Murni. Melalui cerpen Emak Tak Marah Lagi, pengarang mengangkat pera- nan ibu sebagai pendidik yang membentuk akhlak anak-anak, khususnya anak perempuan. Sementara itu, sikap wanita yang angkuh dan suka menun- juk-nunjuk apabila melakukan kebaikan digambarkan melalui watak Hajah Khairiah dalam cer- pen Al-Kibriah. Sementara itu, Mohamad Shahidan pula membicarakan antologi puisi Semoga Cepat Sembuh karya Aminah Mokhtar menggunakan pendekatan semio- tik, iaitu kajian tentang tanda dan lambang terutamanya hubungan antara tanda dan lambang dengan benda atau idea yang dimaksud- kan. Kajian mendapati pengha- yatan penyair dalam bidang Sains dan Agama Islam begitu men- dalam dan berpendirian kedua- duanya saling melengkapi dalam kehidupan. Program ini diadakan dengan tujuan untuk mengetengahkan karya sastera anak negeri Johor serta meningkatkan apresiasi sastera merentasi pelbagai genre. Selain itu, program ini juga ber- tujuan meningkatkan kefahaman pembaca tentang teori sastera mutakhir dan proses penghasilan sesebuah karya sastera. Majlis yang dirasmikan oleh Pengarah DBP Wilayah Selatan, Encik Abdul Nasir Mohd Razali berjaya mengajak ratusan masyarakat setempat yang terdiri daripada guru bahasa dan sastera seluruh daerah Muar, Persatuan Penulis Johor, penulis dan penggiat sas- tera negeri Johor, AJK IPM dan PENAMA Melaka turut serta dalam majlis tersebut. Halaman Sepuluh BERITA HARIAN Isnin, 20 Mac 2006 PEDOMAN SASTERA SASTERA PENGGERAK BAHASA KUIZ SASTERA SIRI 10 JAWAPAN KUIZ SASTERA SIRI 9 Bicara Karya Sastera Negeri Johor S ILA lengkapkan maksud pan- tun klasik di bawah ini dan nyatakan jenisnya. Pemenang akan menerima wang tunai RM50.00 daripada KLIK DBP . Ambil kapak belah ke kundur, Baik terbelah si ibu kaki; .................................................., ................................................... Jenis : ……………………………… Dua puluh lima nabi terbilang, Nabi Muhammad Rasul pilihan; .................................................., ................................................... Jenis : …………………………….. Bandar baru Seberang Perai, Gunung Daik bercabang tiga; .................................................., ................................................... Jenis : …………………………….. Syarat Penyertaan: Penyertaan terbuka kepada semua pembaca Klik DBP . Tarikh tutup penyertaan 10 April 2006. Keputusan muktamad. Hantarkan jawapan berserta nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan alamat kepada : Ketua Editor Klik DBP , Kuiz Sastera Siri 10, Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Tingkat 25, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Faksimile: 03-2142 2029 E- mel: [email protected] Bagaimanakah Menulis Karya Kreatif? Oleh Siti Aisah Murad B AGAIMANAKAH hendak menghasilkan penulisan kreatif seperti cerpen, sebenarnya tidak dapat diajar. Walau bagaimanapun, antara kriteria penting yang harus ada pada penulis ialah bakat, minat, iltizam yang tinggi serta tidak mudah berputus asa. Bakat merupakan anugerah Allah yang sukar dilihat. Ada percanggahan pendapat oleh para pengarang mengenai hal ini. Sasterawan Negara (SN) Keris Mas, misalnya menyebutkan bakat sangat penting tetapi SN A. Samad Said menyatakan bakat kurang penting tetapi usaha dan minat itu lebih penting. Apabila ada minat, maka ada keinginan atau cita-cita untuk menulis. Cita-cita akan menjadi pendo- rong. Pergaulan dengan teman- teman yang meminati bidang penulisan juga merupakan satu dorongan untuk terus berkarya dan menimba pengalaman. Selain itu, seseorang itu juga harus rajin membaca karya-karya pengarang yang terkenal. Hal ini diakui oleh Anwar Ridhwan dan Khadijah Hashim. Pembacaan akan mencetuskan idea untuk menulis persoalan yang lain. Pembacaan juga akan melibatkan pengamatan dan akan menimbul- kan idea pertama. Individu yang berhasrat untuk menjadi penulis juga harus rajin berlatih menulis. Dengan rajin menulis, seseorang itu dengan sendirinya belajar untuk meningkatkan kebolehan berkar- ya. Melaluinya juga akan terser- lah potensinya dalam menyalur- kan perasaannya melalui bahasa yang indah. Ia juga merupakan jalan permulaan untuk menyam- paikan mesej kepada pembaca dan sebagai satu proses komuni- kasi yang menggunakan proses kreatif. Apakah pula yang dikatakan proses kreatif itu? Proses krea- tif merupakan perjalanan penciptaan sesebuah karya. Pertamanya, penulis harus ada idea pertama, iaitu apa yang mahu ditulis. Ia diperoleh sama ada melalui pengamatan, pendengaran, pengalaman atau pengetahuan. Ia boleh sahaja bersumberkan bacaan, kajian, penyelidikan dan yang seumpa- manya. Idea pertama ini biasanya tidak terus ditulis, sebaliknya terlebih dahulu melalui proses “pengeraman”, penjernihan, dan penapisan sehingga idea itu dira- sakan sudah mantap barulah ditulis dalam bentuk karya. Karya yang ditulis ini pula disemak dan disunting beberapa kali sehingga seseorang penga- rang itu berasa puas dengan hasil ciptaan kreatifnya itu. Tidur malam hamba mengigau, Rasanya emas dilarikan orang. Masa ini kita bertunang, Sabar-sabarlah sebelum menikah. Walau nasi sudah terhidang, Tidak disuap masakan makan. Sauhnya putus kapal tenggelam, Harapan kami jangan diputus. Hajat hati nak peluk gunung, Apakan daya tangan tak sampai. PEMENANG Encik Mohd Fairuz b. Shamsuddin, Kg. Pasir Hulu Kelang, Ampang, Selangor. No. K. P.: 830817-10-5353 Encik Ahmad Zainoor b. Ismail, Bukit Beruntung 3, Rawang, Selangor. No. K. P.: 720319-01-6107 Puan Mas Hasifah bt. Hamin, Chaah, Segamat, Johor. No. K. P.: 680512-01-5356

Upload: doandan

Post on 17-Feb-2018

233 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: SASTERA PENGGERAK BAHASA Bicara Karya Sastera S · PDF filesama ada melalui pengamatan, pendengaran, pengalaman atau pengetahuan. Ia boleh sahaja bersumberkan bacaan, kajian, penyelidikan

Oleh Rusdi Abd. Rahman

“NOVEL satira yang menggarap aspek kece­merlangan kepimpinan

dan perpaduan ini merupakan sebuah karya unggul yang boleh diangkat sebagai bahan rujukan, khususnya kepada para pemim­pin agar memimpin organisasi dengan cemerlang. Kepimpinan yang dijelmakan dalam novel ini bukan sekadar suatu mani­festasi pengarang semata­mata tetapi mampu menjadi petunjuk kepada pemimpin untuk menjana ketamadunan dan kesejahteraan masyarakat yang berbilang bang­sa. Keupayaan pengarang mene­rapkan idea dan etika kepimpi­nan yang berfalsafah tinggi ini mampu membina suatu pemikiran baharu dan anjakan paradig­ma kepada pemimpin negara.” Demikianlah antara kekuatan novel Lang Budi karya Mohd. Khairy Hj. Halimi, terbitan DBP pada tahun 2006 sehingga dipilih untuk dibicarakan oleh Munsyi Dewan, Azhar Salleh dalam Majlis Bicara Karya Sastera Negeri Johor. Majlis anjuran bersama DBP Wilayah Selatan dengan ker­jasama Perkumpulan Penulis dan Peminat Bahasa Muar (PPPBM) diadakan pada 25 Februari lalu di Muar, Johor.

Selain itu, buku yang turut dibicarakan dalam majlis ini ialah antologi cerpen abad ke­20 karya penulis mapan yang prolifik, Zaharah Nawawi yang berjudul Orang Perjuangan. Dalam majlis ini, Siti Aishah Murad membica­rakan aspek Wanita di Tangan Pengarang Wanita dalam Orang Perjuangan. Rata­rata cerpen yang terkandung di dalam antologi ini digarap berdasarkan psikologi, biologi, bahasa dan budaya wani­ta kerana hanya wanita sahaja yang memahami pergolakan jiwa

wanita. Sikap wanita yang berani berjuang di tengah­tengah kaum lelaki diketengahkan dalam cer­pen Gegak Membakar manakala ketabahan wanita yang menjadi pendidik anak bangsa pula men­jadi fokus cerita Cikgu Murni. Melalui cerpen Emak Tak Marah Lagi, pengarang mengangkat pera­nan ibu sebagai pendidik yang membentuk akhlak anak­anak, khususnya anak perempuan.

Sementara itu, sikap wanita yang angkuh dan suka menun­juk­nunjuk apabila melakukan kebaikan digambarkan melalui watak Hajah Khairiah dalam cer­pen Al-Kibriah.

Sementara itu, Mohamad Shahidan pula membicarakan antologi puisi Semoga Cepat Sembuh karya Aminah Mokhtar menggunakan pendekatan semio­tik, iaitu kajian tentang tanda dan lambang terutamanya hubungan antara tanda dan lambang dengan benda atau idea yang dimaksud­kan. Kajian mendapati pengha­yatan penyair dalam bidang Sains dan Agama Islam begitu men­dalam dan berpendirian kedua­duanya saling melengkapi dalam kehidupan.

Program ini diadakan dengan tujuan untuk mengetengahkan karya sastera anak negeri Johor

serta meningkatkan apresiasi sastera merentasi pelbagai genre. Selain itu, program ini juga ber­tujuan meningkatkan kefahaman pembaca tentang teori sastera mutakhir dan proses penghasilan sesebuah karya sastera. Majlis yang dirasmikan oleh Pengarah DBP Wilayah Selatan, Encik Abdul Nasir Mohd Razali berjaya mengajak ratusan masyarakat setempat yang terdiri daripada guru bahasa dan sastera seluruh daerah Muar, Persatuan Penulis Johor, penulis dan penggiat sas­tera negeri Johor, AJK IPM dan PENAMA Melaka turut serta dalam majlis tersebut.

Halaman Sepuluh BERITA HARIAN Isnin, 20 Mac 2006

PEDOMAN SASTERA

SASTERA PENGGERAK BAHASA KUIZ SASTERA SIRI 10

JAWAPAN KUIZ SASTERA SIRI 9

Bicara Karya SasteraNegeri Johor

SILA lengkapkan maksud pan-tun klasik di bawah ini dan nyatakan jenisnya. Pemenang

akan menerima wang tunai RM50.00 daripada KLIK DBP.

Ambil kapak belah ke kundur, Baik terbelah si ibu kaki;

.................................................., ...................................................

Jenis : ……………………………… Dua puluh lima nabi terbilang,

Nabi Muhammad Rasul pilihan; ..................................................,

...................................................

Jenis : …………………………….. Bandar baru Seberang Perai,

Gunung Daik bercabang tiga; ..................................................,

................................................... Jenis : ……………………………..

Syarat Penyertaan:

Penyertaan terbuka kepada semua pembaca Klik DBP. Tarikh tutup penyertaan 10 April 2006. Keputusan muktamad. Hantarkan jawapan berserta nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan alamat kepada :

Ketua Editor Klik DBP, Kuiz Sastera Siri 10,

Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu,

Tingkat 25, Dewan Bahasa dan Pustaka,

Jalan Dewan Bahasa,50460 Kuala Lumpur.

Faksimile: 03-2142 2029E- mel: [email protected]

Bagaimanakah Menulis Karya Kreatif?Oleh Siti Aisah Murad

BAGAIMANAKAH hendak menghasilkan penulisan kreatif seperti cerpen,

sebenarnya tidak dapat diajar. Walau bagaimanapun, antara kriteria penting yang harus ada pada penulis ialah bakat, minat, iltizam yang tinggi serta tidak mudah berputus asa.

Bakat merupakan anugerah Allah yang sukar dilihat. Ada percanggahan pendapat oleh para pengarang mengenai hal ini. Sasterawan Negara (SN) Keris Mas, misalnya menyebutkan bakat sangat penting tetapi SN A. Samad Said menyatakan bakat kurang penting tetapi usaha dan

minat itu lebih penting. Apabila ada minat, maka ada keinginan atau cita­cita untuk menulis. Cita­cita akan menjadi pendo­rong.

Pergaulan dengan teman­teman yang meminati bidang penulisan juga merupakan satu dorongan untuk terus berkarya dan menimba pengalaman.

Selain itu, seseorang itu juga harus rajin membaca karya­karya pengarang yang terkenal. Hal ini diakui oleh Anwar Ridhwan dan Khadijah Hashim. Pembacaan akan mencetuskan idea untuk menulis persoalan yang lain. Pembacaan juga akan melibatkan pengamatan dan akan menimbul­kan idea pertama.

Individu yang berhasrat untuk menjadi penulis juga harus rajin berlatih menulis. Dengan rajin menulis, seseorang itu dengan sendirinya belajar untuk meningkatkan kebolehan berkar­ya. Melaluinya juga akan terser­lah potensinya dalam menyalur­kan perasaannya melalui bahasa yang indah. Ia juga merupakan jalan permulaan untuk menyam­paikan mesej kepada pembaca dan sebagai satu proses komuni­kasi yang menggunakan proses kreatif.

Apakah pula yang dikatakan proses kreatif itu? Proses krea­tif merupakan perjalanan penciptaan sesebuah karya. Pertamanya, penulis harus

ada idea pertama, iaitu apa yang mahu ditulis. Ia diperoleh sama ada melalui pengamatan, pendengaran, pengalaman atau pengetahuan. Ia boleh sahaja bersumberkan bacaan, kajian, penyelidikan dan yang seumpa­manya.

Idea pertama ini biasanya tidak terus ditulis, sebaliknya terlebih dahulu melalui proses “pengeraman”, penjernihan, dan penapisan sehingga idea itu dira­sakan sudah mantap barulah ditulis dalam bentuk karya.

Karya yang ditulis ini pula disemak dan disunting beberapa kali sehingga seseorang penga­rang itu berasa puas dengan hasil ciptaan kreatifnya itu.

Tidur malam hamba mengigau, Rasanya emas dilarikan orang.

Masa ini kita bertunang, Sabar-sabarlah sebelum menikah.

Walau nasi sudah terhidang, Tidak disuap masakan makan.

Sauhnya putus kapal tenggelam, Harapan kami jangan diputus.

Hajat hati nak peluk gunung, Apakan daya tangan tak sampai.

PEMENANG

Encik Mohd Fairuz b. Shamsuddin,Kg. Pasir Hulu Kelang, Ampang, Selangor.No. K. P.: 830817-10-5353

Encik Ahmad Zainoor b. Ismail, Bukit Beruntung 3, Rawang, Selangor. No. K. P.: 720319-01-6107

Puan Mas Hasifah bt. Hamin,Chaah, Segamat, Johor.No. K. P.: 680512-01-5356