cerita jenaka

24
Si Luncai Dengan Labu-labunya Muka Surat : Kembali Si Luncai telah dijatuhkan hukuman oleh raja supaya dibuang ke tengah laut. Si Luncai dihukum kerana kesalahannya mempermain-mainkan raja serta pembesar-pembesar baginda oleh itu dia menerima hukuman itu dengan tenang. Pesuruh raja pun bersiaplah membawa Si Luncai ke dalam perahu untuk dibawa ke tengah laut kerana Si Luncai akan dibuang ke dalam laut itu nanti. Si Luncai telah dimasukkan ke dalam sebuah guni dan dipikul ke pangkalan. Apabila sekaliannya telah siap, maka perahu itu pun dikayuhlah ke tengah laut. Dari dalam guni itu Si Luncai dapat melihat beberapa biji labu air terdapat di dalam perahu. Setelah lama mereka berkayuh, maka Si Luncai berkata; “kasihan benar aku melihat kamu semua terlalu teruk berkayuh. Mahukah kamu semua jika aku ajarkan lagu untuk menghilangkan penat kamu semua itu?” Salah seorang daripada mereka berkata; “Diamlah kamu, sebentar lagi kamu akan dicampakkan ke dalam laut ini”. Mendengar kata-kata yang sedemikian itu, maka Si Luncai pun menyanyilah. “Si Luncai terjun dengan labu- labunya. Biarkan! Biarkan!” Mendengar Si Luncai menyanyi itu, pesuruh raja itu mula tertarik dan beberapa orang pekayuh mula menyanyi: “Si Luncai terjun dengan labu-labunya!” Maka beberapa orang yang lain pun menjawablah: “Biarkan! Biarkan!” Akhirnya mereka menjadi dua kumpulan menyanyikan lagu itu. “Si Luncai terjun dengan labu-labunya!” “Biarkan! Biarkan!” Demikian lagu itu dinyanyikan berulang-ulang hingga lekalah mereka semuanya. Melihatkan keadaan itu, maka Si Luncai pun keluar dari guni dan dia mengisikan beberapa biji labu ke dalam guni itu dan kemudian dia mengambil dua biji labu yang lain lalu terjun dar perahu itu. Si Luncai berenang ke tepian menggunakan pelampung labu air yang dua biji itu. Apabila sampai ke tengah laut, pesuruh raja pun mencampakkan guni itu ke dalam laut. Pada mereka, matilah Si Luncai dan merka pun baliklah memberitahu raja akan hal itu. Tiada siapa yang tahu bahawa Si Luncai sebenarnya telah berenang sampai ke pantai. Pak Pandir Membaiki Rumah Muka Surat : Kembali Pak Pandir suami Mak Andih dan mereka berdua tinggal di rumah buruk. Keadaan itu menyebabkan Mak Andih risau kerana apabila hujan air masuk melalui atap rumah mereka yang bocor. Mereka selalu 1 1

Upload: ina-zam

Post on 01-Jul-2015

385 views

Category:

Documents


21 download

TRANSCRIPT

Page 1: cerita jenaka

Si Luncai Dengan Labu-labunya

Muka Surat : Kembali

Si Luncai telah dijatuhkan hukuman oleh raja supaya dibuang ke tengah laut. Si Luncai dihukum kerana kesalahannya mempermain-mainkan raja serta pembesar-pembesar baginda oleh itu dia menerima hukuman itu dengan tenang. Pesuruh raja pun bersiaplah membawa Si Luncai ke dalam perahu untuk dibawa ke tengah laut kerana Si Luncai akan dibuang ke dalam laut itu nanti. Si Luncai telah dimasukkan ke dalam sebuah guni dan dipikul ke pangkalan. Apabila sekaliannya telah siap, maka perahu itu pun dikayuhlah ke tengah laut. Dari dalam guni itu Si Luncai dapat melihat beberapa biji labu air terdapat di dalam perahu. Setelah lama mereka berkayuh, maka Si Luncai berkata; “kasihan benar aku melihat kamu semua terlalu teruk berkayuh. Mahukah kamu semua jika aku ajarkan lagu untuk menghilangkan penat kamu semua itu?” Salah seorang daripada mereka berkata; “Diamlah kamu, sebentar lagi kamu akan dicampakkan ke dalam laut ini”. Mendengar kata-kata yang sedemikian itu, maka Si Luncai pun menyanyilah. “Si Luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan! Biarkan!” Mendengar Si Luncai menyanyi itu, pesuruh raja itu mula tertarik dan beberapa orang pekayuh mula menyanyi: “Si Luncai terjun dengan labu-labunya!” Maka beberapa orang yang lain pun menjawablah: “Biarkan! Biarkan!” Akhirnya

mereka menjadi dua kumpulan menyanyikan lagu itu. “Si Luncai terjun dengan labu-labunya!” “Biarkan! Biarkan!”

Demikian lagu itu dinyanyikan berulang-ulang hingga lekalah mereka semuanya.

Melihatkan keadaan itu, maka Si Luncai pun keluar dari guni dan dia mengisikan beberapa biji labu ke dalam guni itu dan kemudian dia mengambil dua biji labu yang lain lalu terjun dar perahu itu. Si Luncai berenang ke tepian menggunakan pelampung

labu air yang dua biji itu.

Apabila sampai ke tengah laut, pesuruh raja pun mencampakkan guni itu ke dalam laut. Pada mereka, matilah Si Luncai dan merka pun baliklah memberitahu raja akan hal itu. Tiada siapa yang tahu bahawa Si Luncai sebenarnya telah berenang sampai ke pantai.

Pak Pandir Membaiki Rumah

Muka Surat : Kembali

Pak Pandir suami Mak Andih dan mereka berdua tinggal di rumah buruk. Keadaan itu menyebabkan Mak Andih risau kerana apabila hujan air masuk melalui atap rumah mereka yang bocor. Mereka selalu basah dan kesejukan. Mak Andih cuba memujuk Pak Pandir supaya membaiki rumah mereka. “Eh, manalah saya tahu! Itu kerja tukang rumah,” kata Pak Pandir cuba berdalih. Mak Andih mendapat satu akal, dia membuat sebatang lorong yang bermula dari rumah mereka. Lorong itu berbelit-belit merentas semak dan belukar yang akhirnya lorong itu sampai semula ke rumah mereka. 

1

1

Page 2: cerita jenaka

Esoknya, Mak Andih meminta Pak Pandir mencari kerja dan katanya, ada orang di hujung kampung mencari tukang rumah. Dia hendak membaiki rumahnya yang sudah buruk dan Mak Andih pun menyuruh Pak Pandir bekerja di sana dan lama-lama Pak Pandir bersetuju. Maka, berjalanlah Pak Pandir mengikut lorong itu hingga sampai ke sebuah rumah buruk. Pak Pandir pun membaiki rumah itu dan bekerja dengan tekun. Dia menukar atap yang bocor, mengganti dinding yang kopak dan memaku semula lantai yang roboh. Sepekan dia bekerja keras, tuan rumah melayannya dengan baik dan menghidangkan Pak Pandir makanan dan minuman. Pada hari yang kelapan, rumah itu siap dibaiki dan rupanya seperti rumah baru. Pak Pandir mendapat upah yang lumayan dan dia berlari-lari pulang. Dia menunjukkan wang upahan kepada Mak Andih isterinya. Tiba-tiba Pak Pandir hairan dan dia memandang ke sekeliling. “Eh, Andih! Rumah kita sudah dibaiki? Siapa yang baiki? Siapa tukangnya?” tanya Pak Pandir. “Ya, bang. Rumah kita sudah pun dibaiki. Tukangnya tak lain tak bukan ialah Pak Pandir!” jawab isterinya ketawa terkekeh-kekeh. ‘Apa! Saya yang membaiki rumah ini?” tanya Pak Pandir sambil menggaru kepala. Dia pun akhirnya ikut tertawa terkekeh-kekeh.

Awang Perut Buncit

Muka Surat : Kembali

Di hujung negeri Intan Saujana ada sebuah kampung kecil yang diberi nama Kampung Teluk Sabuh. Seorang nelayan bernama Pak Laha tinggal bersama keluarga di Kampung Teluk Sabuh. Mak laha bercucuk tanam membantu Pak Laha mencari rezeki. Mereka ada seorang anak bernama Awang Tembam. Mereka sekeluarga hidup aman dan damai. Awang tembam tidak dapat menolong Pak Laha ke laut kerana perutnya yang sangat buncit. Konon ceritanya, perut Awang Tembam lebih besar dari perut perempuan yang mengandung sembilan bulan. Agaknya kerana itu la dia dipanggil Awang Perut Buncit oleh orang kampung. Kakak-kakak Awang Tembam yang membantu Mak Laha di kebun selalu merungut “Kami yang penat bekerja, Tembam pula yang makan lebih”, kata mereka. Pada suatu petang, negeri Intan Saujana diserang oleh raja negeri Setampuk Pinang. Dalam masa sehari saja, negeri Intan Saujana tewas. Namun rajanya tidak mengaku kalah sebaliknya raja Intan Saujana mencabar Raja Setampuk Pinang untuk beradu satu lawan satu dalam berbagai acara. Malangnya semua askar-askar Intan saujana kalah di dalam semua acara yang dipertandingkan oleh askar dari

1

Page 3: cerita jenaka

negeri Setampuk Pinang. Sekarang hanya tinggal satu acara sahaja iaitu bertanding melaga perut buncit. Maka Awang Tembam pun diperintahkan ke istana. Pak Laha dan Mak Laha menangis melepaskan Awang Tembam. Awang Tembam pun tampil ke tengah gelanggang dan mula mencabar satu persatu pahlawan Setampuk Pinang. Dalam masa yang singkat Awang Tembam berjaya mengalahkan semua pahlawan Setampuk Pinang dan Raja mereka pun berangkat pulang ke negerinya dengan penuh rasa malu. Maka selamatlah negeri Intan Saujana

Malang Pak Kadok

Muka Surat : Kembali

Pak Kadok tinggal di negeri Chempaka Sari di mana raja negeri itu bergelar Indera Sari. Baginda cukup gemar menyabung ayam. Pada suatu hari, Raja Indera Sari mahu adakan pesta menyabung ayam dan Pak Kadok hendak mengambil bahagian dalam pesta itu. Penduduk sering berkata ayam sabung Pak Kadok, Biring Si Kunani itu bertuah kerana ayam itu pasti menjadi juara. Pak Kadok membeli kertas dan menyuruh isterinya membuat baju dan seluar untuk ke pesta itu. Walaupun Pak Kadok miskin tetapi dia tetap suka bergaya. Mak Siti Segera menggunting baju dan seluar kertas itu. “Tak usahlah dijahit, pakai pelekat saja,” kata Pak Kadok.

Mak Siti mengikut sahaja kata suaminya itu dan selepas siap Pak Kadok pun memakai baju dan seluar kertas itu. Di atas kepalanya Pak Kadok memakai tengkolok helang menyonsong angin. Pak Kadok nampak bergaya sekali dan tampak kacak seperti juara yang mahir dalam hal sabung-menyabung ayam. Pak Kadok menangkap ayamnya Biring Si Kunani dan menuju ke gelanggang raja untuk menyabng ayam dengan raja. 

Pak Kadok pun dititah mengadap sebelum bermula. Baginda bertitah, “Hai Pak Kadok, mari kita bertukar ayam. Ambillah ayam beta ini, elok, cuba lihat romannya jalak putih mata, dan ayam Pak Kadok, Biring Si Kunani sahaja tiada berapa tuahnya,” titah baginda pula. Pak Kadok terharu mendengar kata-kata baginda itu maka tanpa berfikir panjang Pak Kadok pun setuju bertukar ayam dengan baginda raja. Baginda begitu gembira kerana dapat ayam Pak Kadok kerana baginda tahu ayam itu ayam yang bertuah.

Maka titah baginda, "Hai Pak Kadok, apakah taruhnya kita menyambung ayam ini?"

Pak Kadok pun berkata, "Ampun Tuanku patik bukanya berharta yang patik ada cuma perkampungan patik saja. Maka jika tidak keberatan izinkan patik gadaikan kampung untuk taruhan kali ni."

Baginda pun bersetuju dengan taruhan Pak Kadok itu. Masing-masing pun melepaskan ayam. Bermula sabung

1

Page 4: cerita jenaka

menyabung antara Biring Si Kunani dan Jalak Putih dengan sengit sekali. Jalak Putih cuba untuk membalas serangan dari Biring Si Kunani tetapi tewas juga, Jalak Putih tersungkur di tengah gelanggang.

Melihat situasi tersebut Pak Kadok bertepuk sorak, sambil melompat-lompat. Pak Kadok terlupa yang dia telah bertukar ayam dengan baginda tuanku dan kerana melompat-lompat terlalu kuat, baju dan seluar kertas Pak Kadok habis koyak-robak.

Orang ramai menjadi riuh rendah melihat Pak Kadok bertelanjang bogel di tengah gelanggang dan kerana berasa amat malu dia terus lari pulang.

“Malang Pak Kadok, ayam menang, kampung tergadai!” baginda titah.

Mat Jenin

Muka Surat : Kembali

Pada suatu pagi Mat Jenin memanjat sepuluh batang pokok kepala. Dia sudah memetik lebih daripada lima puluh biji kelapa.          

Semasa memanjat pokok yang kesebelas, Mat Jenin sudah mula berangan-angan dengan upah memetik kelapa itu nanti akan dibelikannya dua puluh biji telur ayam kampung. Setelah memetik lima biji kelapa kering daripada pokok kelapa itu, Mat Jenin tiba-tiba terasa letih dan dia ingin berehat di atas pokok.

Mat Jenin bertenggek di atas pelepah nyiur yang separuh kering. Dia pun memejamkan kedua-dua belah matanya dan dia menyambung semula angan-angannya. Telur-telur ayam yang dibeli itu akan dieramkan dan setelah membiak, ayam-ayam itu akan dijual. Kemudian wangnya akan dibelikan beberapa ekor kambing dan setelah membiak cukup besar, kambing itu juga akan dijual. Wangnya akan dibelikan juga beberapa ekor lembu.  Mat Jenin tersenyum gembira kerana lembu-lembunya sudah membiak dan gemuk-gemuk belaka. Jika dijual tentu wangnya dapat dibelikan beberapa ekor kuda dan kuda itu berguna untuk dijadikan tunggangan menghalau lembu-lembu di kawasan padang rumput. Pada suatu hari semasa Mat Jenin bersiar-siar menunggang kuda putihnya, dia ternampak puteri raja. Memang sudah lama Mat Jenin berangan-angan hendak berjumpa dengan tuan puteri. Mat Jenin sungguh gembira kerana dia dapat membawa tuan puteri menunggang kuda bersam. Tuan Puteri gembira

1

Page 5: cerita jenaka

dan meminta Mat Jenin memacu kuda lebih pantas. Mat Jenin terasa badannya terhenjut-henjut dan barulah dia merasa bagaimana sebenarnya orang menunggang kuda. Mat Jenin tidak sedar yang dia sedang terhenjut-henjut di atas pelepah nyiur. Akibat terlalu pantas, kuda Mat Jenin telah tersalah lompat lalu ia terperosok ke dalam perigi buta.

Pada masa itulah Mat Jenin membuka matanya dan dia mat terkejut kerana dirinya sedang melayang-layang di udara. Mat Jenin tidak segera buntu fikiran dan dia cuba mengimbangi badan dan duduk diam di atas pelepah nyiur yang melayang itu. Akhirnya Mat Jenin berjaya mendarat dengan kedua-dua belah kakinya tercegat. Jiran-jirannya terlopong menyaksikan peristiwa itu dan Mat Jenin hanya tersenyum serta bersyukur kepada Tuhan kerana telah selamat.

“Usaha tetap jaya, tetapi angan-angan membawa celaka,” kata jirannya setelah mendengar cerita Mat Jenin.

Sastera Rakyat

Sastera rakyat ialah kesusasteraan yang lahir di kalangan rakyat. Pada lazimnya, sastera rakyat merujuk kepada kesusasteraan rakyat daripada masa lampau, yang telah menjadi warisan kepada sesuatu masyarakat. Sastera rakyat adalah sebahagian daripada kehidupan budaya bagi masyarakat lama. Misalnya dalam masyarakat Melayu lama cerita rakyat merupakan satu bentuk hiburan yang penting untuk orang kampung.

Jenis-jenis Sastera Rakyat

Sastera rakyat merupakan satu dunia yang luas, ia merangkumi segala pengucapan indah-indah yang lahir di kalangan, dan tidak saja merujuk kepada cerita rakyat. Secara kasarnya sastera rakyat boleh dibahagi kepada 2 kategori yang besar, iaitu sastera rakyat naratif dan sastera rakyat bukan naratif.

Sastera rakyat naratif

Sastera rakyat naratif merujuk kepada sastera rakyat yang menghuraikan suatu peristiwa. Sub-genre sastera naratif termasuklah mitos, legenda, dan juga cerita rakyat

 a) Mitos - Mitos merupakan cerita yang bersifat dogeng yang berfungsi untuk menerangkan asal usul kejadian

tertentu, termasuklah kejadian alam, manusia binatang dan penempatan. Pada mulanya, mitos merupakan satu bentuk kepercayaan yang memenuhi keinginan manusia untuk mengetahui asal usul sesuatu kejadian.

b) Lagenda - Lagenda pula ialah cerita yang mengisahkan sejarah satu-satu tempat atau peristiwa zaman zilam. Ia mungkin berkisah tentang seorang tokoh, keramat dan sebagainya. Setiap penempatan yang bersejarah lama mempunyai legendanya sendiri. Misalnya di Langkawi, kita akan menjumpai legenda Mahsuri dan di Melaka kita dapat menjumpai legenda Hang Tuah.

c)Cerita Rakyat - Cerita rakyat merupakan satu bentuk cerita yang popular di kalangan rakyat, yang menjadi hiburan penting di masyarakat berkenaan.Dalam masyarakat Melayu, terdapat pelbagi jenis cerita rakyat seperti cerita binatang, cerita jenaka, cerita penglipur lara dan cerita pengalaman

 

Sastera rakyat bukan naratif

Sastera rakyat bukan naratif merujuk kepada pengucapan yang indah-indah yang tidak mengandungi penceritaan suatu peristiwa. Bentuk sastera ini sebenarnya wujud di sekeliling kita, tetapi umumnya orang ramai tidak menyedari kewujudannya.

 a) Peribahasa Peribahasa adalah bahasa kias yang digunakan untuk mengindahkan penuturan di kehidupan

seharian. Perkara yang termasuk dalam peribahasa termasuk perumpamaan, simpulan bahasa, pepatah, perbilangan dan kiasan.

b) Teka-teki Teka-teki adalah sastera lisan yang popular di kanak-kanak. Ia adalah soalan yang disampaikan dengan berirama dan penuh kiasan. Fungsinya adalah untuk permainan.

c) Puisi rakyat Puisi rakyat adalah jenis puisi yang merangkumi pantun, jampi dan mantera.

Page 6: cerita jenaka

Kegunaan Sastera Rakyat

Secara ringkasnya, sastera rakyat mempunyai kegunaan seperti berikut:

 • Sebagai alat hiburan

• Sebagai alat pengajaran

• Membiasakan masyarakat menggunakan kata-kata yang indah.

• Menumbuhkan di kalangan masyarakat keupayaan menganal dan seterusnya mengapresiasi sastera.

• Menjadi dasar penciptaan karya sastera baru. Sumber Rujukan 

Rujukan

Hashim Awang. 1985. Sastera Rakyat Malaysia. (kertas kerja.butiran lain samar-samar). -Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

MITOS

Hikayat Merong Mahawangsa : Antara Mitos Dan Realiti

oleh: Dato' Profesor Dr. Siti Hawa bt. Haji Salleh

 

Dengan tujuan-tujuan yang tersebut itulah pengarang menulis Hikayat Merong Mahawangsa untuk menyatakan sejarah raja-raja Kedah dan keagungan negerinya.

Boleh dikatakan hampir di dalam tiap-tiap episod yang dikemukakan, pengarang telah menggembelingkan fakta-fakta sejarah dengan unsur-unsur mitos. Di antaranya ialah dalam kisah :

i. Nabi Allah Sulaiman dan burung garuda.ii. Raja Bersiung.iv. Pemberontakan menentang Raja Bersiung.iii. Perhubungan dengan Siam.v. Raja Buluh Betung dan Puteri Seluang.vi. Kedatangan Islam

Kisah Nabi Allah Sulaiman dan burung garuda dapat ditinjau sekurang kurangnya dari empat sudut :

i.Membayangkan pengetahuan pengarang tentang cerita-cerita berkenaan mukjizat nabi-nabi dan mukjizat Nabi Allah Sulaiman ialah boleh berkata-kata dengan unggas dan haiwan.

ii. Pengarang mencampur adukkan unsur Islam dengan unsur Hindu. Garuda ialah unggas kenderaan Visynu. Mungkin ini merupakan

Page 7: cerita jenaka

ingatan dibawah sedar pengarang kepada agama yang pernah dianuti oleh nenek moyangnya.

iii.

Kekalahan garuda dalam pertempuran dengan Puteri Raja Cina berlaku kerana garuda mencuba menentang kehendak Allah. Ini juga menggambarkan kemenangan bagi unsur Islam dan kekalahan bagi unsur Hindu.

iv.Ini juga merupakan pengajaran kepada pembaca bahawa makhluk tidak dapat melawan takdir.

Unsur realiti di dalam peristiwa ini ialah Nabi Allah Sulaiman sendiri serta dengan mukjizatnya. Unsur mitos pula muncul dalam bentuk burung garuda dan perkahwinan Putera Raja Rom dengan Puteri Raja Cina. Pengarang telah mencadangkan percantuman dua kuasa besar, satu dari sebelah barat dan satu dari sebelah timur. Peristiwa inilah penting kerana membawa kepada pembukaan negeri Kedah yang disebut oleh pengarang sebagai 'Langkasuka'.

Nama 'Langkasuka' yang disebutkan oleh pengarang ini juga merupakan suatu mitos kerana Langkasuka yang sebenar bukanlah Kedah. Kerana nama kerajaan itu ada di dalam pengetahuan pengarang, maka nama itu digunakan untuk menambahkan keharuman nama Kedah. Secara kebetulan nama tersebut dapat pula diterangkan sebagai 'alangkah suka' kerana raja dan rakyat begitu gembira ketika membuka negeri itu. Terbukti pengarang sendiri tidak begitu percaya mitos rekaannya sendiri kerana dalam keseluruhan hikayat nama 'Langkasuka' itu disebut hanya tiga kali.

Peristiwa yang dilukiskan berkenaan Raja Bersiung pula boleh dilihat sebagai:

i.Lambang kezaliman raja ke atas rakyatnya. Ini menentang waadah yang termaktub antara Sang Sepurba dan Demang Lebar Daun dalam Sejarah Melayu.

ii.Membayangkan pengetahuan pengarang tentang suatu mazhab dalam agama Budhha Tantrik yang bernama Bhairava. Di dalam mazhab ini mengorbankan manusia merupakan sebahagian dari upacara.

iii.Saduran dari cerita Maha Sutasoma-Jataka yang di dalamnya terdapat kisah seorang raja yang memakan manusia.

Dari suatu sudut, pengarang menggambarkan Raja Bersiung sebagai tidak berdaya mengendalikan nafsunya. Tumbuhnya siung bukanlah atas kehendak dirinya sendiri. Pengarang ingin menyelitkan pembelaan seolah-olah Raja Bersiung tidak patut dipersalahkan atas apa yang berlaku.

Dari sudut lain pula ternampak penilaian pengarang

Page 8: cerita jenaka

dalam memilih peristiwa ini untuk dilekatkan kepada Raja Bersiung, tidak memandangnya sebagai suatu kezaliman. Malah beliau menganggap perbuatan memakan manusia itu sesuatu yang ganjil dan gagah yang harus dikagumi. Dengan ini pengarang menyatakan bahawa rajanya adalah berasal daripada keturunan raja yang megah dan berani. Seluruh peristiwa ini merupakan suatu mitos untuk merakamkan keagungan asal usul raja.

Di dalam penulisan historiografi Melayu umumnya dasar perhubungan yang ditekankan antara raja dan rakyat ialah taat setia, tidak mendurhaka dan tidak zalim. Di dalam beberapa penulisan diceritakan juga bagaimana dasar perhubungan ini telah dilanggar oleh kedua-dua pihak, atas sebab-sebab tertentu.

Di dalam Sejarah Melayu Sang Rajuna Tapa belot kerana dimalukan. Hang Kasturi ikut bertindak membela rakannya yang dianiaya. Tun Beraim Bapa dalam Hikayat Raja-Raja Pasai akhirnya tumpas setelah tersepit dalam dilema antara mengorbankan adik-adiknya atau mendurhaka kepada raja/ayahnya sendiri.

Raja Bersiung di dalam Hikayat Merong Mahawangsa mula-mula ditentang oleh Kampar yang kebal dan dapat pula bertukar rupa menjadi babi hutan, ulat dan harimau. Setelah menggemparkan Raja Bersiung, Kampar sebagai harimau akhirnya lari ke hutan.

Kemudian Raja Bersiung ditentang oleh menteri-menteri keempatnya yang mendapat sokongan dari permaisuri sendiri. Setelah mendapati dirinya bersendirian, Raja Bersiung terpaksa melarikan diri dari istana.

Istilah 'durhaka' langsung tidak digunakan di dalam hikayat ini. Pemberontakan itu terpaksa dilakukan untuk menjaga ketenteraman negeri dan tindakan itu hanya diambil setelah gagal dengan cara lain. Kedaulatan raja masih dijaga dengan tidak membenarkan beliau jatuh ke tangan rakyat yang memburunya. Malah ia dikatakan hilang begitu sahaja di dalam rumpun buluh betung.

Unsur realiti dalam peristiwa ini ialah masalah-masalah yang timbul dari tabiat raja yang membawa kepada

Page 9: cerita jenaka

kezaliman. Tindakan yang diambil juga mendekati unsur realiti dari segi rasionalnya. Situasi yang timbul begitu runcing hingga mendesak permaisuri sendiri ikut melibatkan diri menentang raja adalah suatu situasi yang munasabah. Raja Bersiung sendiri dan kehilangannya di dalam buluh betung jelas bersifat mitos.

Pengarang historiografi Melayu bukanlah pengarang biasa untuk hanya mengemukkan sejarah negerinya. Tanggungjawab lebih besar kerana ia juga harus mempertahankan kedaulatan dan maruah rajanya. Hal ini amat jelas kelihatan dalam cara pengarang menerangkan tentang perhubungan Kedah dengan Siam. Walaupun di beberapa tempat beliau ingin menafikan adanya pengaruh Siam ke atas Kedah, di tempat-tempat lain seolah-olah terdapat bayang-bayang pengakuan yang tidak dapat dielakkan.

Nama Raja Merong Mahawangsa sendiri memperlihatkan percampuran antara pengaruh bahasa Thai dan bahasa Sanskrit. Di dalam nama Mahapudisat terdapat pengaruh dari Sanskrit iaitu maha + bhudisatva. Dari nama Kelahum lebih jelas kelihatan pengaruh Siam kerana 'kelahum' bermaksud kementerian pertahanan. Pengarang hikayat ini menggunakan kelahum sebagai nama atau gelaran kepada panglima yang mengetuai angkatan utusan ke Kedah.

Dalam masa menulis ternyata pengarang membiarkan karyanya berkembang dengan pengaruh-pengaruh yang sudah sedia ada. Apa yang bersifat asing yang dikemukakannya adalah yang sememangnya sudah sebati dengan masyarakat ataupun yang sudah dianggap sebagai kenyataan.

Dengan latar belakang yang demikianlah pengarang mengemukakan teorinya sendiri tentang perkaitan kekeluargaan yang wujud antara Raja Kedah dan Raja Siam. Sekaligus beliau memberi penjelasan tentang penghantaran bunga emas pada masa-masa tertentu dari Kedah ke Siam. Apa yang dipaparkan merupakan hasil pemikiran dan pertimbangan yang dibuat terlebih dahulu cara penyampaianya supaya tidak tergugat kedudukan raja yang memerintah.

Page 10: cerita jenaka

Untuk menafikan suatu keadaan yang sebenarnya, pengarang mengolah dari awal hikayat dengan mengatakan bahawa Raja Merong Mahapudisat mempunyai tiga orang putera dan seorang puteri. Putera yang sulung dilepaskan untuk membuka negeri Petani. Putera yang bongsu mewarisi takhta kerajaan Kedah apabila Raja Merong Mahapudisat mangkat. Diberikan juga keterangan bagaimana ketiga-tiga negeri baru itu mendapat namanya.

Dalam perhubungan antara negeri Kedah dengan Siam, jelas dari peringkat awal penceritaan pengarang meletakkan landasan perhubungan itu iaitu Raja Siam ialah kekanda sulung kepada Raja Kedah. Malah Raja Kedah adalah adinda yang bongsu. Implikasi kebudayaan dalam pertalian kekeluargaan ini amat mudah difahami. Apa yang berlaku seterusnya dalam hubungan penghantaran bunga emas adalah dilakukan atas dasar pertalian kekeluargaan dan rasa hormat antara yang bongsu terhadap yang sulung. Dinyatakan apabila Raja Kedah menerima berita kekandanya Raja Siam memperolehi seorang putera, beliau mengerahkan supaya pihak Kedah menghantar bunga emas sebagai tanda ikut sama meraikan keputeraan itu. Raja Kedah dinyatakan membuat keputusan menyampaikan hadiah itu setiap kali Raja Siam mendapat putera. Ini menerangkan mengapa hantaran bunga emas itu tidak dibuat tiap-tiap tahun tetapi dua atau tiga tahun sekali.

Ketika mengemukakan keterangan ini pengarang tidak perlu memikirkan sama ada apa yang dihuraikannya benar atau tidak. Sebagai pengarang istana beliau tidak bimbang tentang soal penerimaan oleh masyarakat. Persoalan tidak akan timbul tentang kewajaran sesuatu peristiwa kerana apa yang dikemukakan adalah munasabah dan boleh diterima oleh akal.

Perhubungan erat dengan Siam ditimbulkan lagi dengan cara bersahaja apabila Kedah merujuk ke Siam dalam kebuntuan mencari pengganti Raja Bersiung. Suatu rombongan telah dihantar ke Siam meminta bantuan pendapat untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Raja Siam memerintahkan ahli nujumnya menilik cara terbaik mengatasi masalah itu.

Tidak ditimbulkan persoalan mengapa permaisuri Raja

Page 11: cerita jenaka

Bersiung dan menteri keempat membuat keputusan bertanya ke Siam kerana alasan telah termaklum. Dibayangkan juga bahawa campur tangan Siam dalam urusan Kedah adalah atas telah termaklum. Dibayangkan juga bahawa campur tangan Siam dalam urusan Kedah adalah atas permintaan dari Kedah sendiri.

   

Asal Usul Pembukaan Negeri Melaka

Muka Surat : Kembali

Raja Iskandar keluar dari Singapura apabila dikalahkan oleh Majapahit. Setelah penat berjalan baginda sampai ke Muar, baginda tinggal di satu kawasan. Pada malam hari datanglah biawak-biawak dengan bilangan yang banyak naik ke darat dan apabila siang hari penduduk di situ membunuh biawak tersebut kerana mengganggu kehidupan mereka. Setelah dibunuh biawak itu, bangkai binatang di humban ke sungai. Apabila malam kembali kejadian yang sama berlaku, biawak naik bertimbun-timbun tetapi siang hari dibunuh pulak. Begitulah siang dan malam berlaku, maka busuklah tempat itu kerana bangkai biawak yang banyak. Oleh kerana itulah tempat itu dinamakan Biawak Busuk. Raja Iskandar Syah pun berpindahlah dari tempat itu dan pergi merantau mencari penempatan baru. Setiba di satu kawasan, baginda memerintahkan orang untuk mendirikan kota di sana. Namun apabila didirikan kota tersebut, orang ramai mula berbual mengenai perihal kota tersebut sehingga timbul kata-kata demikian bunyinya; siang hari menawan, malam buruk. Akibatnya kota itu dinamai orang Kota Buruk. Sekali lagi Raja Iskandar Syah berpindah meneruskan perjalanan sehingga tiba di Sening Ujung. Baginda melihat tempat itu baik, maka baginda meninggalkan seorang menteri di sana dan kerana itu Sening Ujung bermenteri sehingga sekarang ini. Raja Iskandar Syah pun berjalan balik dari sana menuju ke tepi pantai. Pada suatu hari, di sebatang sungai yang berhampiran laut, sungai Bertam namanya, baginda beristirehat di bawah sebatang pohon kayu yang terlalu rendang. Baginda pun berburu sambil memerhatikan anjingnya memburu seekor pelanduk putih. Apa yang menghairankan baginda ialah anjing itu diterajang oleh pelanduk itu sehingga terjatuh ke dalam air sungai.Maka baginda bertitah, “Baik tempat ini, sedang pelanduknya lagi gagah; baiklah kita berbuat negeri di sini.” Maka sembah segala orang besar-besar, “Benarlah, tuanku seperti titah Duli Yang Dipertuan itu.” 

Maka disuruh baginda membuat negeri di tempat itu. Maka Raja Iskandar bertanya, “Apa nama kayu ini, tempat kita bersandar?” Maka sembah orang, “Kayu Melaka namanya, tuanku.” Baginda pun bertitah, “Jika demikian, Melakalah nama negeri ini.” Maka baginda pun menetaplah di Melaka selepas menetap selama tiga puluh dua tahun di sana kerana Majapahit telah menawan Singapura.

1

Page 12: cerita jenaka

Selama tiga tahun di Melaka baginda pun mangkat dan kerajaan Melaka mendapat pengganti baru iaitu anakanda Raja Iskandar Syah, Raja Besar Muda. Raja Besar Muda pun memerintahkan istiadat takhta kerajaan baginda. Maka bermula era baru negeri Melaka. Baginda dikurniakan tiga orang putera, seorang bernama Raden Bagus, seorang lagi bernama Raden Tengah dan yang akhir bernama Raden Anum.

Puteri Buluh Betung

Muka Surat : Kembali

Pada suatu hari Raja Muhammad pergi dengan sekalian rakyatnya menebas rimba. Di tengah rimba itu terdapat serumpun betung yang amat tebal. Maka rakyat pun menebas betung itu, tetapi bila ditebas betung itu tumbuh semula. Rakyat cuba tebas lagi betung itu tetapi masih keadaan masih sama. Apabila Raja Muhammad melihat kejadian itu, baginda sendiri cuba menebas betung itu sendiri, maka habis semua betung berjaya ditebas sehinggalah tiba ditengah betung.  Baginda terlihat sebatang betung yang ditengah seperti ada rebung seakan-akan badan manusia. Maka baginda memarang rebung itu dan keluarlah seorang kanak-kanak perempuan yang terlalu cantik paras rupa dan badannya. Didukungnya kanak-kanak itu keluar dari rebung betung tadi lalu dibawa balik ke istana baginda. Melihat baginda raja mendukung kana-kanak perempuan, isterinya gembira bertanya pada baginda dapat kanak-kanak ini dari mana dan siapa ibubapanya. Baginda pun menjelaskan pada isterinya bahawa dia menjumpai kanak-kanak ini ketika menebas betung di rimba bersama sekalian rakyat. Kanak-kanak ini baginda jumpa di dalam rebung betung itu jelas baginda. Oleh kerana kanak-kanak ini berasal dari betung maka baginda pun menamainya Puteri Betung. Baginda dan isterinya memelihara puterinya seperti anaknya sendiri lengkap dengan pengasuh dan pakaian diraja. Semakin kasih baginda terhadap puterinya itu, makin hari makin besar dan rupa paras makin jelita. Khabar berita mengenai Raja Muhammad mendapat kanak-kanak di dalam rebung betung mendapat perhatian kekandanya, Raja Ahmad. Maka baginda dan isterinya berangkatlah pergi untuk melihat kanak-kanak yang diperolehi oleh adindanya itu. Setelah seharian berjalan berangkat tiba juga baginda di rumah adindanya itu. Kedatangan baginda berdua disambut dengan hormat oleh adindanya Raja Muhammad serta isteri. Maka berbual-buallah baginda dua beradik perihal semasa sambil menjamu sirih yang dipersembahkan kepada kekandanya. Setelah itu Raja Ahmad berkata. “Hai, adinda Raja Muhammad, manakah anak tuan itu, kekanda hendak melihat.” Maka kata Raja Muhammad, “ Hai inang pengasuh, bawalah anakku itu ke mari.” Maka segeralah mak inang membawa Puteri Betung mengadap ke hadapan baginda berdua. Raja Ahmad dan isteri begitu gembira melihat rupa paras kanak-kanak itu yang cantik jelita. Setelah puas melihat dan bercerita, Raja Ahmad dan isterinya bermohon pulang ke istana baginda. Setelah sekian lama memerintah negeri, Raja Ahmad berkenan membuat sebuah lagi negeri di balik rimba tempat adindanya menjumpai Puteri Betung yang memerlukan masa seharian berjalan untuk sampai di sana. Setelah sudah negeri itu diusahakan oleh sekalian rakyat dengan kota paritnya serta dengan istana balairungnya, maka baginda pun membuat keraian menjamu hulubalang, segala menteri dan rakyat dengan makan-makan dan minuman. Kemudian baginda dan beberapa pengikutnya pergi berburu ke dalam rimba belantara tetapi tiada seekor buruan yang baginda perolehi. Setelah penat berjalan, baginda menemui sebuah surau di tengah rimba itu. Ada seorang tua dalam surau itu. Raja Ahmad pun memberi salam kepada orang tua itu, maka segera disahutnya salam Raja Ahmad itu. Baginda pun bercerita pada orang tua itu akan perihal adindanya yang menemui kanak-kanak perempuan di dalam rebung betung. Maka orang tua itu berkata, “Hai, anakku, jikalau tuan hendak akan anak, baiklah aku tunjukkan dia akan tuan. Tunggu tuan di sini sesaat dua.” Maka baginda pun menanti dengan penuh kesabaran. Tiba-tiba dating seekor gajah yang terlalu besar dan ada seoran kanak-kanak duduk di atas kepala gajah itu. Kanak-kanak itu dimandikan di dalam sungai dan setelah dimandikan dalam sungai dihantar pula ke tebing sungai itu. Lalu gajah itu pula mandi dengan sendiri di dalam sungai itu. Setelah sudah dia mandi, kanak-kanak kembali duduk atas kepala gajah tadi dan berjalan pulang ke dalam rimba. Demikianlah kejadian yang dilihat oleh Raja Ahmad. Maka orang tua itu pun berkata, “Hai orang muda hendaklah engkau muslihatkan dengan sedaya-upaya akan kanak-kanak itu, supaya engkau peroleh akan dia.” Maka ujar Raja Ahmad, “Hamba hendak mohon kepada tuan kembali dahulu ke negeri hamba, mana jalan keluar?” orang tua itu pun menunjukkan jalan keluar pada baginda. 

1

Page 13: cerita jenaka

Raja Ahmad meneruskan perjalanan pulang ke istana dan setiba di istana isterinya menyambut kepulangan baginda dengan senyuman mesra. Raja Ahmad pun mula bercerita akan perihal kejadian yang menimpa baginda pada isterinya di rimba belantara. Isteri baginda mendengar akan cerita suaminya itu dengan khusyuknya. Maka isterinya pun berkata, “Hai kekanda, muslihat apa yang kanda ada untuk mendapatkan kanak-kanak itu?”. Raja Ahmad pun menghimpunkan segala askar-askar dan menteri-menterinya ke istana. Maka bermesyuaratlah baginda dengan mereka akan muslihat untuk mendapatkan kanak-kanak itu. Pada hari yang baik, baginda dengan segala hulubalang-hulubalang pergi ke rimba pada tempat gajah memandikan kanak-kanak itu. Setiba di sana surau dan orang tua itu tidak kelihatan lagi ghaib entah ke mana. Maka pada esok harinya kerja-kerja untuk memasang muslihat giat dilaksanakan. Tanah-tanah dikorek menjadi tempat persembunyian untuk mendapatkan kanak-kanak itu. Esok hari tiba la waktunya hari Jumaat. Keluarlah gajah itu dari dalam rimba membawa kanak-kanak itu untuk memandikannya. Setelah itu kanak-kanak itu diletakkan di tepi sungai dan gajah itu pergi ke dalam sungai untuk mandi pulak. Raja Ahmad pun segera mengambil kanak-kanak itu lalu dibawanya dengan segera dari sungai itu. Apabila melihat kanak-kanak itu diambil orang, gajah itu mengejar Raja Ahmad. Hulubalang raja cuba menyekat gajah dengan memanah dan melontar batu-batu pada gajah itu dan akhirnya berpalinglah gajah itu terus masuk ke dalam rimba. Raja Ahmad dan hulubalangnya kembali ke istana dengan kanak-kanak itu. Sampai di istana isteri baginda menunggu di pintu istana dengan rasa gembira. Dilihatnya kanak-kanak itu dengan segera daripada suaminya, rasa senang dan gembira terukir di wajahnya melihat rupa paras kanak-kanak itu yang baik amat. Kanak-kanak itu pun dinamakan Merah Gajah dan masyurlah di dalam negeri itu Raja Ahmad beroleh anak dan khabar gembira itu didengar oleh adindanya Raja Muhammad. Maka Raja Muhammad dan isterinya berangkat menuju istana kekandanya untuk melihat kanak-kanak itu. Setiba di istana kekandanya, Raja Ahmad terus menemukan adindanya dengan Merah Gajah. Sungguh gembira dan sukanya adindanya dan isteri melihat rupa paras kanak-kanak itu. Raja Ahmad pun menceritakan hal itu kepada adindanya dengan panjang lebar dan segala perihal yang berlaku dari mula hingga akhirnya. Maka Raja Muhammad memohon menyembah kakandanya untuk berangkat pulang ke negerinya. Tahun bersilih ganti Merah Gajah dan Puteri Betung membesar dengan rupa paras yang kacak dan jelita. Berkahwinlah mereka berdua dan hidup bahagis keakhirnya. 

Singapura Dilanggar Todak

Muka Surat : Kembali

Mengikut cerita orang Melayu Singapura. Pada suatu hari ada seorang pedagang dan ulama dari negeri Pasai bernama Tun Jana Khatib telah datang ke Singapura untuk melakukan kehidupan baru disamping berdagang. Ketika di Singapura dia sangat disengani oleh rakyat Singapura kerana sikapnya yang lemah lembut dan berbudi bahasa di samping melakukan kerja-kerja amal yang dilakukan oleh penduduk-penduduk tempatan. Pada suatu hari Tun Jana Khatib telah pergi ke Istana untuk berhadapan dengan Raja Singapura. tetapi bukannya menghadap raja malah pergi ke sebatang pokok pinang. Pemaisuri baginda sedang melihat Tun Jana Khatib yang sedang berdiri di sebatang pokok pinang itu. Tun Jana Khatib menerung mata lalu memegang tangan ke arah pokok pinang. Pokok pinang terbelah dua lalu tersungkur ke tanah! Pemaisuri raja terkejut melihat keajaiban pokok pinang itu! Kemudian Tun Jana Khatib telah pun beredar. Raja Singapura sendiri pula bertanya kepada pemaisuri dan terkejut melihat pokok pinang yang terbelah dua. Setelah menayakan khabar bahawa itu adalah seorang dari Pasai. Maka baginda sangat murka dan memerintahkan supaya Tun Jana Khatib ditangkap dan dihukum bunuh di Hujung Pasar. Apabila ditangkap maka dia bersumpah: "Hai kamu semua! ketahuilah kamu semua. Aku relakan kematian ini! Tetapi raja yang zalim itu tidak akan terlepas begitu sahaja. Dia hanya membayar harga ke atas kezaliman itu... Dan percayalah Singapura ini akan huru hara! Akan ditimpa malapetaka yang dahsyat!" Sepantas kilat petanda terus menikam sebilah keris ke arah Tun Jana Khatib! Akhirnya dia tersungkur lalu rebah ke bumi. Ketika hendak membawa jenazah Tun Jana Khatib ke tanah perkuburan, ada yang tidak kena pada mayat Tun Jana Khatib. Dia tiba-tiba ghaib tapi darahnya masih ada dan ke mana dia pergi? Berberapa minit kemudian ribut petir menggemparkan Singapura dan disusuli dengan dentuman kuat! Rakyat terus lari menyelamatkan diri dan pergi ke tempat kejadian semula. Orang ramai mula gempar darah Tun Jana Khatib tadi telah bertukar menjadi batu. Sementara itu penduduk di Langkawi mula gempar kerana mayatnya telah terbaring di tepi pantai tidak lain tak bukan itu Tun Jana Khatib. Jenazahnya kemudian dikebumikan di sebuah tanah perkuburan yang dipanggil Makam Purba. Dan dari peristiwa itu terciptalah sebuah pantun sebagai mengenang kesaktian Tun Jana Khatib, bunyinya:  Telur Itik di Singgora,Pandan terletak dilangkahi;Darah titik di Singapura,Badannya terlantar di Langkawi.

1

Page 14: cerita jenaka

Pada suatu pagi di Singapura. Nelayan mula pergi ke pantai untuk menangkap ikan tetapi orang di situ mula lari ke tengah daratan. Berberapa ekor ikan todak mula menyerang Singapura. Ramai orang di situ mula melarikan diri. Tetapi ada yang orang yang tersungkur kerana ditikam ikan todak. Seorang demi seorang tersungkur dan ikan todak yang banyaknya terus menyerang sana sini. Peristiwa itu turut memeranjatkan Raja Singapura kerana bilangan rakyat yang terkorban di situ. Sepantas kilat, Raja Singapura segera mengarahkan pengawalnya menyediakan seekor gajah tunggangan raja dan terus ke tempat kejadian. Di kawasan pantai yang banyak mayat di situ terdampar tiada cara lain yang baginda buat. Baginda kemudian memerintahkan rakyatnya berkubukan betis bagi menahan serangan tersebut. Namun usahanya gagal. Seorang demi seorang daripada mereka mati ditikam oleh ikan todak. Semua orang takut dan tiada harapan lagi kerana selagi gus takut dimurkai oleh Raja Singapura sebagai penderhaka kepada raja. Maka ada seorang budak yang berusia 10 tahun yang bijaksana bernama Hang Nadim. Dia terus pergi untuk menghadap raja yang berdiri di situ. Hang Nadim terus mengemukakan cadangan lain kepada Raja tersebut, "Maka

ada cadangan yang baik bahawa elok kita bariskan batang pisang untuk kita jadikan kubu." Akhirnya baginda mengarahkan orang yang ada di situ terus meninggalkan pantai untuk mencari batang pisang untuk dijadikan kubu. Orang yang ada di situ terus gembira apabila titah baginda disambut dengan penuh sorakan dan mula meninggalkan pantai. Mereka terus ke kebun pisang untuk mencari batang pisang dan lalu dibawa ke pantai. Beberapa jam kemudian, batang-batang pisang yang ada di situ terus dijadikan kubu. Kubu akhirnya siap dalam masa yang terdekat. Tidak lama kemudian kebanyakan ekor ikan todak telah menyerang semula dan akhirnya ikan todak telah tersangkut pada batang pisang. Rakyat Singapura yang melihat kejadian itu disambut dengan penuh kegembiraan dan sorakan penuh. Apabila ikan todak berhenti menyerang orang ramai yang ada di situ

mula ke pantai lalu membersihkan ikan todak yang durjana itu. Singapura akhirnya bebas dari serangan ikan todak. Baginda telah memuji kejayaan Hang Nadim menumpaskan ikan todak lalu baginda menjemput Hang Nadim ke istana untuk penerimaan anugerah kepadanya. Sementara itu di istana, akibat cemburu kebanyakkan pembesar tidak suka dengan Hang Nadim kerana menyangka apabila dah besar nanti dia akan merampas kuasa baginda dan akan memerintah Singapura pada suatu hari nanti. Raja Singapura telah termakan hasutan pembesarnya itu lalu mengarahkan pembesar supaya membatalkan istiadat penganugerahan dan diganti dengan perlaksanaan hukuman bunuh. Dengan mengucap salam ke atas ibunya, Hang Nadim mula pergi ke istana untuk menghadiri istiadat penganugerahan tetapi ada yang tidak kena apabila pengawal istana terus menangkap Hang Nadim. Keadaan menjadi tegang apabila dia bukannya ke balai penghadapan tetapi diseret ke tengah halaman. Tanpa berlengah masa lagi baginda mengarahkan petanda supaya melaksanakan hukuman bunuh ke atas budak itu. Anak kecil mula menjerit kesakitan apabila ditikam oleh sebilah keris lalu mati. Sebagai “pembelaanya” Singapura dikalahkan oleh Majapahit sewaktu pemerintahan putra Paduka Seri Maharaja, iaitu Raja Iskandar Syah. 

CERITA LEGENDA

Lagenda adalah cerita rakyat yang di ambil daripada peristiwa tokoh atau tempat yang benar-benar wujud tetapi diberikan nilai tambah (tokok tambah) untuk mengukuhkan tokoh atau tempat sehingga ianya menjadi keramat ataupun misteri. Contohnya; Puteri Gunung Ledang, Mahsuri, Tasik Cini, dan lain-lain lagi

Asal Usul Batu Punggul

Muka Surat : Kembali

Pada suatu masa dahulu terdapat dua buah rumah panjang di Hulu Sungai Sepulut. Kedua-dua buah rumah ini dipisahkan oleh sebatang sungai yang bernama Sungai Sepulut. Sungai ini merupakan perantaraan kedua-dua buah rumah panjang berkenaan. Penduduk yang menghuni rumah panjang berkenaan terdiri daripada suku kaum murut dan kaum ini merupakan penduduk yang terawal sekali menetap di pedalaman Sepulut.

Penduduk yang menghuni rumah panjang berkenaan terdiri daripada suku kaum murut dan kaum ini merupakan penduduk yang terawal sekali menetap di pedalaman Sepulut. Penduduk atau penghuni di kampung ini mengamalkan kepercayaan animisme. Mereka mempercayai kepercayaan tahyul, roh, sihir dan sebagainya. Mereka juga mempunyai agama yang tersendiri iaitu agama ciptaan manusia seperti menyembah berhala. mereka

1

Page 15: cerita jenaka

percaya bahawa berhala-berhala ini mempunyai kuasa dan malapetaka akan terjadi sekiranya tidak mematuhi pantang larang yang telah dibuat oleh nenek moyang mereka terhadap batu berhala tersebut. Contohnya jika seorang itu disumpah akan dimakan oleh buaya, maka dia pasti akan menjadi mangsa buaya apabila turun ke sungai. Penduduk di kampung berkenaan mengamalkan pelbagai upacara yang besar-besaran seperti upacara perkahwinan, pengkebumian mayat dan tinauh.

Upacara ini amat dikenali dalam masyarakat murut dan ia merupakan satu bentuk penghantaran berian secara besar-besaran yang terakhir daripada pihak lelaki kepada pihak perempuan. Pada suatu hari, salah seorang penghuni di rumah panjang berkenaan telah mengadakan majlis tinauh di tempat kediamannya. Semasa mereka sedang bersuka ria, tiba-tiba sahaja mereka telah kehabisan kayu api dan menyebabkan apa mereka padam. Hal berkenaan telah diadukan oleh penghuni berkenaan kepada ketua rumah panjang dan selepas bermesyuarat, mereka pun bersetuju untuk mendapatkan bantuan api dari rumah panjang di seberang sungai berkenaan. Tetapi malangnya penghuni rumah panjang di seberang tidak dapat menghantar api berkenaan kerana pada masa itu Sungai Sepulut sedang banjir besar dan tidak boleh diseberangi kerana alirannya terlalu deras dan merbahaya.

Ketua rumah panjang berkenaan terus memanggil-memanggil dengan penuh harapan dan mereka mulai merasa takut kerana hari semakin gelap. Keadaan mula menjadi sunyi sepi dan penghuni di rumah panjang yang sedang bersuka-ria itu mula merasa cemas. Jiran mereka di seberang sungai masih dapat melihat keadaan mereka dan ini menyebabkan mereka merasa sedih dan bersimpati. Ketua rumah panjang berkenaan kemudian memanggil semua anak-anak buahnya dan mereka telah mengadakan satu mesyuarat bagi membincangkan apa tindakan yang boleh diambil bagi membantu kawan-kawan mereka di seberang."Apa kata kalau kita mengikat sebatang kayu yang bernyala di kepala seekor anjing dan menyuruhnya berenang ke seberang.." Tiba-tiba seorang pemuda yang agak segak dan gagah memberikan cadangannya. Semua penduduk dirumah panjang berkenaan bersetuju sebulat suara dan mereka kemudian mendapatkan seekor anjing dan mengikat sebatang kayu yang bernyala ke kepalanya. Anjing itu kemudiannya diarahkan oleh mereka untuk berenang, bagaimanapun anjing berkenaan tidak sempat sampai ke seberang kerana telah hanyut dibawa arus deras, tetapi mujurlah ia dapat menyelamatkan dirinya. Hal yang berlaku itu diangap lucu oleh para penghuni rumah panjang tersebut lalu mereka ketawa terbahak-bahak hingga lupa masalah yang sedang mereka hadapi kelak...!! Lain pula halnya dengan jiran mereka yang sedang menanti dengan penuh harapan diseberang sungai, mereka hanya memperhatikan dengan tenang peristiwa berkenaan dan tidak mentertawakan anjing yang malang itu kerana takut peristiwa buruk akan menimpa mereka kelak. Setelah kegagalan anjing berkenaan, mereka telah mencari ikhtiar lain. Kali ini mereka telah menggunakan seekor ayam jantan. Mereka telah mengikat kayu yang bernyala ke seekor ayam jantan berkenaan dan mengharapkan ayam berkenaan dapat terbang ke seberang sungai dan seterusnya memberikan bantuan api berkenaan. Ayam jantan berkenaan telah diterbangkan ke seberang, bagaimanapun ayam jantan berkenaan telah jatuh ke dalam sungai sebaik sahaja sampai di tengah-tengah sungai. Sekali lagi para penghuni rumah panjang berkenaan tertawa terbahak-bahak melihat peristiwa lucu berkenaan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling mereka yang semakin gelap. Setelah kehabisan ikhtiar dan usaha maka penghuni dirumah panjang sedang menantikan bantuan berkenaan pun balik ke bilik kediaman masing-masing kerana sudah tidak sanggup lagi melihat telatah jiran mereka di seberang sungai. Bagaimanapun sebahagian daripada mereka masih meneruskan aktiviti masing-masing. Mereka telah mengambil seekor pacat yang kebetulan berada di ruang minum tapai. Mereka meneruskan aktiviti dengan mempermainkan pacat berkenaan iaitu memberi minum tapai, tetapi pacat berkenaan tidak mengerti perilaku manusia kerana pacat berkenaan merupakan seekor haiwan. Aktiviti untuk memaksa pacat berkenaan minum tapai diteruskan. Keadaan ketika itu melucukan kumpulan berkenaan sehingga meeka tidak menyedari bahawa perbuatan tersebut boleh membawa malapetaka.  Tiba-tiba angin ribut muncul, hujan lebat, petir dan solah-olah peperangan dunia kedua. Keadaan menjadi huru hara dan petanda malapetaka akan menimpa kampung sebelah.  Semua penghuni rumah seberang merasa takut dan mula mendiamkan diri. didalam hati mereka telah timbul rasa kesal yang amat sangat kerana telah melanggar adat dan pantang larang nenek moyang mereka. Dalam suasana rasa tidak tenang, tiba-tiba mereka ternampak sesuatu berwarna hitam gelap telah jatuh dari langit dan secara kebetulan benda tersebut jatuh tepat mengenai bumbung rumah panjang mereka.Dengan serta merta rumah panjang mereka menjadi batu berserta dengan penghuninya sekali dan batu itu amat tinggi sekali pada masa itu.Manakala anjing dan ayam jantan yang digunakan untuk menghantar bantuan api ke rumah panjang yang telah bertukar menjadi batu juga telah berubah menjadi batu yang menyerupai bentuk kedua-dua jenis binatang berkenaan. Kedua-dua batu berkenaan tersadai di tebing Sungai Sepulut. 

Page 16: cerita jenaka

Malapetaka yang menimpa rumah panjang di seberang sungai berkenaan menyebabkan rumah panjang yang berdekatan dengan peristiwa tersebut terlibat dari pancaran sinar matahari dimana penghuninya merasa bosan kerana batu yang menghalang pancaran matahari di sebelah rumah panjang berkenaan tidak dapat menembusi batu berkenaan dan keadaan persekitaran rumah panjang yang tidak terlibat dengan malapetaka berkenaan dalam keadaan gelap.  Setelah sepakat, keluarga rumah panjang berkenaan telah bersetuju agar tujuh orang adik beradik berkenaan pergi ke batu berkenaan untuk menebang puncak yang menutupi pancaran matahari ke rumah panjang mereka. Abg sulung gagal dan seterusnya, sehingga kepada yang bongsu, maka sebahagian puncak batu berkenaan dapat di tebang dan pancaran mataharipun dapat menyinari persekitaran rumah panjang mereka. Adik yang bongsu tadi digelar sebagai wira. Sungguhpun batu berkenaan dapat ditebang sebahagiannya, ianya masih meninggal punggul yang masih tinggi dan sehingga kini batu berkenaan kelihatan yang masyarakat pada dahulu kala memanggilnya "Batu Punggul"  

Batu Belah Batu Bertangkup

Muka Surat : Kembali

Sepasang suami isteri miskin, Si Kantan dan Si Tanjung tinggal dekat Bukit Berapit Sebatu dari Pangkalan Kampar. Mereka menyara hidup dengan mengambil upah menganyam atap nipah, bersawah, menganyam tikar, menangkap ikan sungai dan sebagainya sehingga berjaya memiliki sebidang tanah dan sebuah rumah. Pada suatu hari, mereka pergi ke pinggir hutan untuk mencari sayur. Tatkala sedang memetik daun cemperai, mereka terdengar suara kuat yang amat menyeramkan. Si Kantan memeritahu isterinya bahawa itulah gua Batu Belah Batu Bertangkup sebagaimana pernah diceritakan oleh datuknya. Beberapa tahun kemudian mereka memperolehi dua orang anak, seorang Si Bunga Melur dan seorang lagi Si Pekan. Malang menimpa, Si Kantan mati sewaktu anak-anaknya masih kecil menjadikan Si Tanjung hidup tidak keruan, dan hilang tempat bergantung. Pada suatu hari, Si Tanjung dapat mengail seekor ikan tembakul. Disuruhnya Melur merebus telur ikan itu sementara dia pergi mandi. Apabila telur itu masak, sebahagiannya diberikan kepada Si Pekan dan sebahagian lagi disimpan untuk ibunya. Si Pekan menangis kerana dia ingin makan lagi telur ikan bahagian ibunya sehingga memaksa kakaknya memberikan telur itu kepadanya. Melur mendapat sebiji telur ayam untuk mengantikan telur ikan sebagai lauk ibunya. Perbuatan Si Pekan membuatkan Si Tanjung merajuk, terkilan dan marah.

Akhirnya ia mengambil keputusan menyerahkan diri kepada Batu Belah Batu Bertangkup walaupun dirayu belas kasihan oleh Si Bunga Melur yang terus mengekorinya sambil mendukung Si Pekan. Sebagai kanak-kanak, langkahnya tidak secepat ibunya. Sampai di pintu gua batu itu, ibunya sudah ditelan oleh batu itu, Melur pun jatuh pengsan. Sewaktu pengsan, Si Bunga Melur bermimpi didatangi seorang tua menasihatinya supaya tidak pulang lagi ke rumahnya. Sebaliknya disuruh mengambil tujuh helai rambut ibunya yang terjulur itu serta membawa telur ayam yang mahu dibuat lauk ibunya itu. Dia hendaklah berjalan mengikut arah kakinya dan membakar sehelai daripada rambut ibunya setiap kali hendak tidur. Melur mendukung Si Pekan meredah hutan belukar dan semak samun sehingga sampai ke rumah Dato’ Penghulu. Orang tua itu bersimpati dan ingin memelihara mereka. Sewaktu tidur, Si Bunga Melur bermimpi

didatangi orang tua yang sama menyuruh dia meneruskan perjalanan ke kampung yang ketiga. Si Bunga Melur dan adiknya Si Pekan meneruskan perjalanan sehingga tiba di Kampung Bukit Perah Lantan, mereka menemui Tok Batin yang melayani mereka dengan baik. Malam itu Si Pekan menangis tanpa henti walaupun dijampi Tok Batin sehinggalah dikalungkan dengan sekeping besi kuning di lehernya. Besoknya Si Bunga Melur meneruskan perjalanan ke Kampung Bukit Kapar dan menumpang bermalam di rumah keluarga seorang petani dan tinggal di situ beberapa malam. Petani itu menceritakan kepada Si Bunga Melur tentang kegemaran Ratu Jayang Sakti menyabung ayam. Tinggal satu kampung lagi untuk dituju. Si Bunga Melur dan adinkya meneruskan perjalanan dan tiba di Kampung Kerayung Tamarulan, di sini mereka bertemu dengan Nenek Kebayan yang tertarik dan bersimpati dengan penderitaan mereka berdua. Pada malam itu, Si Bunga Melur sekali lagi bermimpi didatangi orang tua yang sama. Kali ini menyuruh Melur meletakkan telur yang dibawa itu ke dalam sangkar ayam di belakang rumah. Tujuh hari lagi telur itu akan menetas dan peliharakanlah anak ayam itu sebaik mungkin. Orang tua itu meramalkan Si Pekan kelak akan menjadi juara ayam tersohor dan meminta Si Bunga Melur meletakkan besi kuning kalung Si Pekan ditaji ayam apabila hendak bersabung kelak.

1

Page 17: cerita jenaka

 Beberapa tahun berlalu kedua mereka telah meningkat remaja. Si Bunga Melur cantik dan pandai mengubah bunga serta anyaman lain untuk dijual oleh Nenek Kebayan sementara Si Pekan sentiasa menang di gelanggang sabung ayam. Kemasyurannya sampai kepada pengetahuan Ratu Jayeng Indera Sakti, raja negeri tersebut. Akhirnya Si Pekan diundang bersabung dengan ayam raja di istana. Bertemu ayam Jalak Bukit Berapit kepunyaan Si Pekan

dengan ayam raja. Pertaruhannya, Si Pekan akan menjadi hamba raja sekiranya kalah dan berkehendakkan makanan serta pakaian dari istana jika menang. Seperti biasa, ayam Si Pekan dapat membunuh ayam raja. Hulubalang dan bentara diperintahkan membawakan makanan dan pakaian ke rumah Nenek Kebayan. Di sana mereka terpandang akan kecantikan dan budi pekerti Si Bunga Melur, kakak Si Pekan lantas apabila pulang mereka pun menyembah maklum kepada Sang Ratu. Si Bunga Melur diperintahkan ke istana dan raja akhirnya tertawan dengan kejelitaan dan kesantunan Si Bunga Melur. Si Bunga Melur dikahwinkan dengan raja lalu diangkat sebagai permaisuri. Pada suatu hari Si Bunga Melur dilihat raja bermuram durja dan sentiasa termenung. Raja ingin tahu apa yang difikirkan oleh permaisuri baginda apabila melihat isterinya sedemikian rupa. Akhirnya Si Bunga Melur pun menceritakan tentang Batu Belah Batu Bertangkup yang telah menelan ibunya itu. Rombongan raja hadir ke hadapan gua batu tersebut dan raja sendiri memanah ke dalam gua yang menyeramkan itu. Sejak dari itu tiada terdengar

lagi suara seram dan sebarang pergerakan dari batu tersebut.

Puteri Santubong Puteri Sejinjang

Muka Surat : Kembali

Cerita legenda ini berasal dari Sarawak. Boleh juga dikatakan cerita asal usul gunung Santubong dan gunung Sejinjang yang terdapat di Sarawak sehingga hari ini. Konon ceritanya pada zaman dahulu kala di sebuah negeri Sarawak terdapat dua buah kampung yang berjiran tetapi sentiasa bermusuhan; Kampung Pasir Kuning dan Kampung Pasir Putih.

Bagi menamatkan permusuhan tersebut, Dewata Mulia Raja mengutuskan dua orang puteri kayangan bersaudara pupu turun ke bumi dan memimpin penduduk kampung berusaha menuju kearah

kemakmuran. Puteri Santubong memimpin Pasir Kuning, Puteri Sejinjang pula Kampung Pasir Putih. Mereka sendiri telah bersumpah tidak akan bermusuhan sesama sendiri dengan terikut-ikut dengan perangai penduduk yang dipimpin. Kedua-dua kampung mulai mengecap kemakmuran. Kain tenunan Puteri Santubong begitu unik dan dapat dijual dengan harga yang mahal. Sementara tanaman padi di Kampung jiran begitu subur dan menjadi.

Kemasyuran Kampung Pasir Kuning memikat kehadiran orang dagang, termasuklah Putera Serapi dari Matang yang segak itu, akhirnya bercinta dengan Puteri Santubong sementara Panglima Putih sakit hati kerana pinangannya ditolak. Kampung Pasir Putih dibakar oleh Sang Bualang kerana kecewa cinta ditolak Puteri Sejinjang. Puteri itu lari ke istana Puteri Santubong, bersua Putera Serapi lalu jatuh cinta. Bibik permusuhan lantaran cemburu telah membawa kepada perkelahiran kedua mereka. Akhirnya, kerana langgar sumpah mereka bertukar menjadi gunung.

Mahsuri

oleh: Prof. Dr. Mohd. Isa Othman Kisah Mahsuri

1

Page 18: cerita jenaka

Zaman Perawan Mahsuri Tragedi Mahsuri Kesan Tragedi Mahsuri

Tidak banyak cerita tentang rakyat ditulis apatah lagi tentang sejarah seorang wanita. Oleh itu jika muncul seorang tokoh daripada golongan rakyat, maka ceritanya hanya diturunkan melalui tradisi lisan. Ini menjadikan banyak versi dan ada tokok tambah. Demikian juga halnya dengan cerita Mahsuri yang mempunyai tidak kurang daripada 14 versi. Bagaimanapun asas cerita, tema dan tokoh-tokoh yang terlibat tidak banyak berbeda.

Mahsuri menjadi lagenda kerana nasib yang menimpa Langkawi selepas peristiwa pembunuhan ke atasnya. Langkawi menjadi pulau yang tidak aman dan tidak makmur selama tujuh keturunan. Inilah kesan penganiayaan , cemburu dan kemarahan yang tidak terbatas. Inilah juga kesan menghukum puteri simbol kesucian. Nampaknya sejarah lisan mempunyai mekanisme tersendiri untuk merasionalkan sesuatu peristiwa atau kejadian sejarah.

Tidak dapat dipastikan bilakah peristiwa Mahsuri berlaku kerana tidak ada rekod-rekod bertulis ditemui hingga setakat ini. Kisahnya hanya bergantung kepada sumber lisan. Ada sumber yang menyebut peristiwa ini berlaku pada zaman Sultan Abdullah Mukarram Shah (1778-1798). Satu lagi sumber menyatakan ianya berlaku semasaa pemerintahan Sultan Tajuddin Halim Shah II ( 1804-45 ). Jadi peristiwa ini berlaku sekitar dua abad yang lalu.

Kisah Mahsuri

Di Kampung Mawat, Mukim Ulu Melaka tinggal sekeluarga tiga beranak. Si bapa bernama Pandak Mayah, isterinya Mak Andak Along dan seorang anak perempuan bernama Mek Yah. Keluarga miskin ini menjalankan kegiatan pertanian sebagai sumber rezeki iaitu berhuma, bercucuk tanam, penternakan sara diri dan mencari barang-barang hutan. Nasib keluarga ini mula berubah selepas Pandak Mayah mencari kerbaunya yang hilang. Semasa hujan lebat, dia singgah berlindung di bangsal yang ditinggalkan orang. Di situ Pandak Maya berjumpa kerak nasi yang dikatakan Maya Padi (semangat Padi). Dalam masyarakat Melayu petani, padi adalah simbol kemakmuran dan punca rezeki yang perlu dihormati.Apabila Maya Padi yang berupa kerak nasi dibawa balik

Page 19: cerita jenaka

kepada isterinya, Mak Andak Alang telah mencampurkan dengan nasi yang ditanak. Memakan nasi bercampur Maya Padi ini menjadi titik peralihan yang mengubah nasib keluarga Pandak Maya. Rezekinya mula bertambah dan seterusnya isterinya hamil lagi.

Rezeki Pandak Maya mula melimpah selepas menjumpai burung layang-layang di gua, di Belanga Pecah. Dia telah menjual sarang-sarang burung tersebut kepada taukeh Cina di Pengkalan (Padang Mat Sirat) untuk pasaran Pulau Pinang. Sarang burung layang-layang menjadikan keluarga Pandak Maya kaya. Bagaimanapun apabila diminta rakan-rakannya menunjukkan tempat sarang burung tersebut, tidak dijumpai lagi. Sekali lagi cerita ini mengambarkan kepercayaan masyarakat yang rezeki tersebut hanya dianugerahkan untuk seseorang dan bukan untuk perkongsian bersama. Apatah lagi kegiatan persendirian Pandak Maya semakin meningkat penghasilannya. Ternakan dan tanaman semakin menjadi dan pengeluaran bertambah banyak.

Cerita tentang tuah anak yang dikandung isterinya bertambah hebat apabila suatu malam , Pandak Maya terdengar suara ular itek (ular cinta Mani) berdekatan rumahnya. Pandak Maya berjaya menangkap dua ekor lalu dimasak untuk hidangan keluarga. Mengikut kepercayaan orang tua, siapa yang memakan daging itek ini akan beroleh rezeki yang melimpah. Jelaslah dari cerita di sekitar kehamilan Mak Andak Alang, keluarganya sudah berlimpah rezeki. Ini suatu petanda bayi bakal lahir membawa tuah.

Apabila tiba masa, Mak Andek Alang melahirkan bayi perempuan yang comel, dan dinamakan Mahsuri. Rezeki keluarga ini semakin bertambah apabila Pandak Maya menjumpai batu kemian yang kemudiannya dijual kepada taukeh Cina di Padang Mat Sirat.

Zaman Perawan Mahsuri

Mahsuri membesar seperti gadis-gadis yang lain tetapi kecantikannyalah yang membezakan. Kecantikannya menjadi buah mulut orang di Langkawi. Cerita kecantikan ini menarik minat pembesar Langkawi bergelar Dato Seri Kama Jaya untuk melihat sendiri wajah Mahsuri. Apabila datang melawat Kampung Mawat, ternyata Dato Seri Kama Jaya pun turut terpikat dengan kecantikan Mahsuri dan ingin menyunting sebagai isteri kedua. Bagaimanapun hasratnya ditentang isteri bernama Mahura. Mahura dikatakan seorang wanita yang pintar dan banyak membantu suaminya mentadbir Langkawi. Hal ini menyebabkan Dato Seri Kama Jaya sukar untuk mengenepikan begitu sahaja isterinya.

Apabila Dato Seri Kama Jaya menyuarakan hasrat hati kepada isterinya, Mahura telah menolak dan Dato Seri Kama Jaya terpaksa akur. Ini menunjukkan pengaruh Mahura sangat penting dalam masyarakat tradisional. Bagi penyelesaian masalah , Mahura mencadangkan supaya Mahsuri dipinang untuk anak lelaki mereka yang bernama Wan Mat Deris. Wan Mat Deris dikatakan seorang anakmuda yang gagah dn pintar dalam ilmu persilatan. Beliau dikatakan pernah terlibat dalam beberapa peperangan. Selain itu Wan Mat Deris juga

Page 20: cerita jenaka

seorang pedagang muda yang berjaya dan menjalankan urus niaga dengan Siam, Pulau Pinang serta dataran Kedah.

Tragedi Mahsuri

Perkahwinan yang diatur Mahura tidak menyelesaikan masalah kebimbangan kemerosotan pengaruhnya ke atas suami dan penduduk Langkawi. Mahura memastikan Mahsuri tidak menetap sebumbung tetapi terus tinggal di rumah Pandak Maya. Keluarga Pandak Maya tidak menolak malah bersyukur kerana menantunya akan menetap bersamanya, dan dia tidak terpisah dengan Mahsuri. Perkongsian hidup Wan Mat Deris dengan Mahsuri cukup bahagia, dan mereka dikurniakan cahaya mata bernama Wan Mat Arus.

Tragedi ke atas Mahsuri bermula dengan kedatangan seorang pemuda miskin bernama Deramang yang dikatakan berasal dari Melaka. Sesetengah sumber mengatakan asalnya dari Sumatera. Deramang telah merantau ke Pulau Pinang, Perlis dan kemudian ke Langkawi. Sebagai seorang celik huruf, Deramang gemar dan ahli membaca hikayat dan syaer. Pandak Maya meminta Deramang membacakan hikayat dan syaer pada waktu malam di rumahnya. Acara ini telah menjadikan rumah Pandak Maya sebagai tempat tumpuan ramai. Mahsuri juga seorang peminat setia Deramang.

Sekali lagi peningkatan kepopularan Mahsuri membimbangkan pengaruh Mahura. Dia juga bimbang populariti suaminya merosot, dan khuatir suaminya masih menyimpan hasrat ke atas Mahsuri. Semasa Wan Mat Deris berdagang ke Siam, Mahura telah membuat tuduhan yang Mahsuri dengan Deramang mempunyai hubungan sulit. Buktinya cincin yang dipakai Deramang adalah hadiah pemberian Mahsuri.Sejauh mana hubungan intim Mahsuri dengan Deramang tidak dapat dibuktikan dengan jelas. Dato Seri Kama Jaya tidak menyiasat dengan mendalam dan menolak semua alasan Mahsuri. Beliau telah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Mahsuri tanpa merujuk terlebih dahulu kepada Sultan Kedah.

Apabila Mahsuri ditangkap, dibawa ke Padang Hangus dan diikatkan di pokok asam jawa. Dia diperintah dibunuh dengan rejaman tombak tetapi anehnya tombak-tombak tersebut tidak lut ke tubuh Mahsuri. Anehnya, Mahsuri sendiri memberitahu rahsia kekebalannya iaitu tombaknya sendiri. Apabila menggunakan tombak tersebut, darah terpancut berwarna putih. Demikian tragedi Mahsuri yang diceritakan dalam tradisi yang dibumbui dengan metos bagi mengambarkan protes terhadap ketidakadilan.Kesan Tragedi Mahsuri

Kesan Tragedi Mahsuri

Sebelum menghembus nafas terakhir, Mahsuri bersumpah-Langkawi tidak akan aman dan makmur selama tujuh keturunan. Aneh kerana yang bersalah ibu mertuanya Mahura dan bapa mertuanya Dato Seri Kama Jaya sahaja dan bukan seluruh Langkawi. Aneh lagi kerana selepas itu sememangnya Langkawi diserang askar Siam. Mahura dan Dato Seri Kama Jaya terbunuh. Ramai orang Langkawi ditawan dan dijadikan hamba. Bagaimanapun orang Langkawi terus berjuang menentang penjajahan di bawah pimpinan seorang lagi anak Dato Seri Kama Jaya iaitu Wan Mohd Ali.

Page 21: cerita jenaka

Lagenda Mahsuri terus dikenang dalam pengertian pengajarannya. Kini Makam Mahsuri telah dibina begitu rupa sebagai kompleks sejarah dan budaya. Langkawi kembali makmur sebagai bandaraya pelancongan.