sastera islam

20
LSI 3023 Sejarah Islam di Asia Tenggara Pendahuluan Menurut R.O. Winstedt, pengertian kepada istilah sastera hanya menjadi matang dan sempurna setelah wujudnya kedua-dua bentuk itu -lisan dan tulisan- dalam jaringan makna kesusasteraan yang dimaksudkan disini . 1 Istilah kesusasteraan ini digunakan dengan pendekatan yang luas iaitu meliputi segala hasil penciptaan yang menggunakan alat pertuturan atau bahasa dan tulisan sebagai alat penyampaiannya. 2 Umumnya, kesusasteraan adalah kerja-kerja yang terlibat secara langsung dengan bentuk penulisan yakni dalam bentuk novel, cerpen, puisi dan drama. Kesusasteraan merupakan karya-karya yang tertulis yang dihasilkan dari peradaban sesuatu masyarakat yang boleh dipanggil sebagai persuratan. Ia mempunyai nilai-nilai kehalusan, perasaan, intuisi, harapan dan emosi. 3 Perkembangan Kesusasteraan dan Penulisan Islam di Malaysia Perkembangan kesusasteraan di Malaysia dipengaruhi oleh perkembangan Islam di Semenanjung Arab iaitu sejak zaman Nabi Muhammad menampakkan bentuk kesusasteraan Islam yang berasaskan Al-Quran. Pengaruh Islam mula berkembang di Kepulauan Nusantara khususnya kedatangan Islam ke Melaka pada akhir abad ke- 14 atau awal abad ke-15 yang telah mengubah 4 sistem kehidupan 1 Harun Mat Piah. et.all., Kesusasteraan Melayu Tradisional, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000, hlm. 26-27. 2 Siti Hawa Hj. Salleh. Kesusasteraan Melayu Abad Kesembilan Belas, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997, hlm. 15. 3 Nurazmi Kuntum. Teori dan Pemikiran Sastera Islam di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, hlm. 166. 4 R.O. Winstedt membuat satu kesimpulan yakni daerah Nusantara telah berada di bawah dominasi Hindu hingga kira-kira sembilan abad lamanya. Profesor Syed Muhammad Naquib Al-Attas menjelaskan bahawa di samping pangaruh Hindu, 1

Upload: muhamad-hashir-mat-zain

Post on 17-Feb-2016

43 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

sastera islam

TRANSCRIPT

Page 1: Sastera Islam

LSI 3023 Sejarah Islam di Asia Tenggara

Pendahuluan

Menurut R.O. Winstedt, “pengertian kepada istilah ‘sastera’ hanya menjadi matang dan

sempurna setelah wujudnya kedua-dua bentuk itu -lisan dan tulisan- dalam jaringan

makna ‘kesusasteraan’ yang dimaksudkan disini”.1 Istilah kesusasteraan ini digunakan

dengan pendekatan yang luas iaitu meliputi segala hasil penciptaan yang menggunakan

alat pertuturan atau bahasa dan tulisan sebagai alat penyampaiannya.2 Umumnya,

kesusasteraan adalah kerja-kerja yang terlibat secara langsung dengan bentuk penulisan

yakni dalam bentuk novel, cerpen, puisi dan drama. Kesusasteraan merupakan karya-

karya yang tertulis yang dihasilkan dari peradaban sesuatu masyarakat yang boleh

dipanggil sebagai persuratan. Ia mempunyai nilai-nilai kehalusan, perasaan, intuisi,

harapan dan emosi.3

Perkembangan Kesusasteraan dan Penulisan Islam di Malaysia

Perkembangan kesusasteraan di Malaysia dipengaruhi oleh perkembangan Islam

di Semenanjung Arab iaitu sejak zaman Nabi Muhammad menampakkan bentuk

kesusasteraan Islam yang berasaskan Al-Quran. Pengaruh Islam mula berkembang di

Kepulauan Nusantara khususnya kedatangan Islam ke Melaka pada akhir abad ke-14 atau

awal abad ke-15 yang telah mengubah4 sistem kehidupan masyarakat termasuklah bidang

1 Harun Mat Piah. et.all., Kesusasteraan Melayu Tradisional, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000, hlm. 26-27.2 Siti Hawa Hj. Salleh. Kesusasteraan Melayu Abad Kesembilan Belas, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997, hlm. 15.3 Nurazmi Kuntum. Teori dan Pemikiran Sastera Islam di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, hlm. 166. 4 R.O. Winstedt membuat satu kesimpulan yakni daerah Nusantara telah berada di bawah dominasi Hindu hingga kira-kira sembilan abad lamanya. Profesor Syed Muhammad Naquib Al-Attas menjelaskan bahawa di samping pangaruh Hindu, masyarakat setempat juga menganut agama Buddha pada zaman pra-Islam itu. (lihat Nurazmi Kuntum. Teori dan Pemikiran Islam di Malaysia, 1991, hlm. 9.)

1

Page 2: Sastera Islam

LSI 3023 Sejarah Islam di Asia Tenggara

kesusasteraan. Karya-karya dari Arab dan Parsi telah disadur dan digubah oleh penulis

Islam tempatan dan bermulalah hubungan kesusasteraan Melayu-Arab-Parsi sehingga

berkembang sebagai hasil sastera tempatan. Misalnya, karya Arabian Night, Rubaiyat

Khayam dan Khalilah Wa Daminah.5

Perubahan ketara yang boleh dilihat adalah penggunaan bahasa Melayu

dahulunya digunakan secara terhad sebagai lingua franca dalam perdagangan dan apabila

kedatangan agama Islam telah menjadikan bahasa Melayu ini sebagai bahasa ilmu yang

tinggi tarafnya. Ini dapat dilihat, bentuk penulisan banyak ditulis ke dalam bahasa

Melayu. Seiring dengan perubahan ini, tulisan Jawi6 pula telah diserapkan ke dalam

penulisan masyarakat Melayu untuk menggantikan tulisan pallava, kawi dan aksara-

aksara India yang lain. Menurut Zuber Usman, “penulisan yang awal sekali dilakukan

dalam bahasa Melayu adalah berbentuk kitab-kitab agama, atau risalah-risalah agama”.7

Tema kepada penulisan ini menerangkan tentang dasar agama Islam yang menyentuh

tentang pengajaran syahadah, sembahyang, puasa, zakat dan rukun haji. Lantas telah

dijadikan sebagai ceraian bidang seperti bidang feqah, tafsir, hadis, ilmu kalam, falsafah,

tasawuf dan lain-lain.

Perkembangan pengaruh Islam menjadi bertambah pesat apabila pemerintahan

Kesultanan Melaka berada pada puncak pemerintahannya pada abad ke-15. Memang

tidak dapat dinafikan bahawa Melaka merupakan pusat penyebaran agama Islam ketika

itu tetapi jika hendak dianggap sebagai pusat perkembangan kesusasteraan Islam itu 5 Ibid. hlm. 9.6 Perkataan Jawi membawa erti “orang Jawa” atau orang yang berasal dari Tanah Jawa. Lihat, Harun Mat Piah. et.al., Kesusasteraan Melayu Tradisional, 2000, hlm. 37. 7 Ismail Hamid. Asas Kesusasteraan Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, hlm. 71.

2

Page 3: Sastera Islam

LSI 3023 Sejarah Islam di Asia Tenggara

adalah mustahil kerana kekurangan bukti. Walaupun begitu, dalam Sejarah Melayu ada

menceritakan dua buah epik Melayu iaitu Hikayat Muhammad Hanafiyah dan Hikayat

Amir Hamzah yang telah menjadi inspirasi pahlawan-pahlawan Melaka ketika menentang

Portugis.

Faktor-faktor Yang Mendorong Kepada Perkembangan Kesusasteraan Dan

Penulisan

Perkembangan percetakan penting dalam mengembangkan kesusasteraan dan

penulisan di Malaysia. Kemunculan institusi percetakan ini merupakan suatu era baru

dalam modeniti kesusasteraan Malaysia sekitar awal abad ke-19. Kemunculan percetakan

ini telah mengambil alih tradisi penceritaan lisan atau pun penulisan manuskrip tangan

yang wujud sebelum ini.8 Kepesatan dalam teknologi percetakan telah memberi kesan

yang baik kepada pertumbuhan kesusasteraan dan penulisan di Malaysia. Hal ini kerana,

buku kesusasteraan, idea dan pemikiran yang lahir daripada pena pengarang tidak lagi

disimpan dalam manuskrip tunggal, sebaliknya hasil kerja para penulis dan karya-karya

kesusasteraan dapat dicetak dalam kuantiti yang banyak dan diedarkan kepada hampir

segenap lapisan masyarakat secara lebih tersusun, mudah dan menarik.9

Justeru, setiap orang mempunyai peluang untuk membaca dan mendalami karya-

karya kesusasteraan dan penulisan tokoh tertentu dan ini telah memperkembangkan

kesusasteraan dan penulisan di Malaysia. Syarikat-syarikat percetakan telah muncul di

beberapa buah bandar seperti di Melaka, Johor Bahru, Kota Bharu, Taiping, Pulau Pinang 8Sohaimi Abdul Aziz. Peranan Isntitusi Percetakan di Pulau Pinang dalam Perkembangan Kesusasteraan Sebelum Perang Dunia ke 2, Sohaimi Abdul Aziz, (ed.), Pulau Pinang Pusat Perkembangan Kesusasteraan: Dahulu dan Sekarang, 2003, Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia, hlm. 12.9 Ibid.

3

Page 4: Sastera Islam

LSI 3023 Sejarah Islam di Asia Tenggara

dan Singapura. Antara syarikat-syarikat percetakan yang dilihat bergerak aktif dalam

mencetak buku-buku kesusasteraan dan penulisan Islam ialah The United Press,

Persama Press, Jelutong Press dan Al-Huda Press.10 Syarikat percetakan ini berperanan

dalam mencetak akhbar, manuskrip, novel dan kitab. Jelutong Press sebagai contohnya

merupakan syarikat percetakan yang dimiliki oleh Syed Sheikh Al Hadi telah mencetak

majalah Al-Ikhwan dan majalah Al-Hikmah. Majalah dan akhbar ini memuatkan pelbagai

perkara yang menyentuh pembangunan minda dan keperibadian masyarakat Melayu. Di

halaman tertentu pengarang Al-Ikhwan turut memanfaatkan tradisi pantun dan syair

Melayu Islam.11 Kitab yang menjadi sebahagian daripada kesusasteraan tidak lagi wujud

dalam bentuk manuskrip tulisan tangan yang berbentuk ‘sakral’ sifatnya. Sebaliknya

kitab tersebut telah dicetak dan digunakan secara meluas. Malah kitab tersebut telah

digunakan sebagai bahan pengajaran di sekolah agama, pengajian pondok dan turut

menjadi sumber bacaan umum masyarakat. Antara kitab yang telah dicetak dan diedarkan

secara massa adalah Fakihat al Janiyah, 1917 (Persama Press), Ayyuha al Ikhwan, 1918

(The United Press) dan Tanwir al Basrah 1929, (Persama Press).12

Al Quran merupakan kitab pegangan bagi seluruh umat Islam dan merupakan

mukjizat Allah kepada nabi Muhammad S.AW. Dalam Al-Quran terkandung bentuk seni

sastera yang amat tinggi mutunya seperti yang digambarkan dalam gubahan bahasa yang

sangat indah dan tinggi mutu seni sasteranya sehingga orang Arab yang berkeahlian

dalam bidang kritikan mengakui tentang ketinggian mutu sastera yang terkandung dalam

10 Ibid, hlm. 13.11 Ibid, hlm. 19.12 Ibid, hlm. 25.

4

Page 5: Sastera Islam

LSI 3023 Sejarah Islam di Asia Tenggara

gubahan kitab suci Al-Quran.13 Kedatangan Islam ke Malaysia tentu sekali membawa

bersama kitab suci Al-Quran. Oleh itu, secara tidak langsung unsur-unsur kesusasteraan

yang terkandung dalam Al-Quran turut mempengaruhi perkembangan kesusasteraan dan

penulisan di Malaysia. G.E Marrison telah menyatakan bahawa hikayat tentang nabi

membelah bulan telah dibuat oleh beberapa penulis Islam berdasarkan kepada sebuah

ayat Al-Quran: 55 ayat 1 dan 2 yang maksudnya berbunyi:

“telah dekat hari kiamat dan bulan berbelah ketika itu. Jika mereka melihat

tanda kekuasaan Allah, lalu mereka berpaling daripadanya seraya berkata, ini sihir yang

terus menerus”14

Seterusnya adalah sastera yang berkembang daripada Al-Quran berkaitan dengan

peristiwa Israk Mikraj. Al-Quran dalam surah 81: 19-25 dan 53: 1-11 yang menerangkan

perjalanan nabi ke langit dan hadis-hadis memberikan penerangan selanjutnya. Dalam

kesusasteraan Melayu terdapat beberapa versi tentang hikayat nabi naik ke langit dan ia

dikenali sebagai Hikayat Mikraj.15 Oleh itu, cerita yang terkandung dalam Al-Quran

menjadi modal kepada para penulis di Malaysia untuk menulis karya-karya mereka.

Perkembangan Tulisan Jawi dan Bahasa Melayu

Pengambilalihan tulisan jawi menggantikan tulisan palava turut menjadi faktor

terpenting dalam perkembangan kesusasteraan dan penulisan di Malaysia. Tidak dapat

dinafikan bahawa tulisan palava telah digunakan dalam bidang keintelektualan seperti

kesusasteraan dan penulisan, namun penggunaan tulisan ini terhad kepada golongan

13 Ismail Hamid. Asas Kesusasteraan Islam, 1990, hlm. 14.14 Ibid, hlm. 83.15 Ibid, hlm. 85.

5

Page 6: Sastera Islam

LSI 3023 Sejarah Islam di Asia Tenggara

tertentu sahaja yang menyebabkan perkembangan kesusasteraan pada zaman sebelum

Islam tidak berkembang dengan pesat. Kebenaran ini dapat dikaitkan dengan apa yang

telah ditulis oleh I-Tsing pada abad ketujuh yang menggambarkan betapa aktiviti

penulisan dan penyalinan merupakan aktiviti biara sahaja dan tidak melibatkan

masyarakat luar. Sementara itu, tulisan jawi terus diajar kepada penganut-penganut

agama baru Islam kerana perlakuan ibadah seperti sembahyang dan berdoa memerlukan

pembacaan dan penghafalan ayat-ayat suci Al Quran. Keadaan ini menyebabkan tulisan

jawi pada ketika itu telah berkembang dengan meluas dan telah diterima oleh masyarakat

melayu dan mereka hanya mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan tulisan itu pada

bunyi-bunyi yang terdapat dalam bahasa Melayu itu sendiri. Penghayatan terhadap agama

Islam dan adanya sistem tulisan jawi ini menyebabkan kitab-kitab yang asalnya tertulis

dalam bahasa Arab diterjemahkan ke bahasa Melayu dan ditulis dengan tulisan jawi.

Lanjutan dari penterjemahan ini para ulama tempatan mula menghuraikan sesuatu dalam

penulisan mereka sendiri dalam bentuk karangan asli dan bukan lagi terjemahan.16

Penterjemahan dan penulisan berdasarkan kitab-kitab arab ini menyebabkan gaya bahasa

Melayu dalam kitab-kitab agama pada peringkat ini begitu mirip kepada gaya dan

struktur bahasa Arab.17

Pengaruh teknologi penulisan dari Asia Barat telah membawa perubahan kepada

perkembangan aktiviti kesusasteraan dan penulisan di Malaysia. Penggunaan bahan-

bahan penulisan ini sebelum kedatangan Islam hanya terhad kepada golongan-golongan

tertentu seperti golongan pemerintah, istana, bangsawan dan golongan pendita sahaja.

Hal ini berlaku kerana, kesukaran untuk menghasilkan bahan-bahan penulisan seperti

16 Siti Hawa Hj. Salleh. Kesusasteraan Melayu Abad Kesembilan Belas, 1997, hlm. 10.17 Ibid, hlm. 14.

6

Page 7: Sastera Islam

LSI 3023 Sejarah Islam di Asia Tenggara

kain, kulit kayu, daun lontar dan daluang. Contohnya, hanya orang-orang tertentu sahaja

mempunyai kemahiran meyediakan kulit binatang untuk dijadikan alat tulis.18 Ini

menyebabkan bahan-bahan tulisan pada zaman sebelum kedatangan Islam adalah bersifat

eksklusif. Oleh itu, perkembangan kesusasteraan dan penulisan pada zaman sebelum

Islam ini hanya berlaku dalam ruang lingkup yang sangat kecil. Namun kedatangan Islam

telah membawa perubahan kepada perkembangan kesusasteraan ini iaitu melalui

pengenalan kepada teknologi penulisan. Oleh itu, kertas yang telah lama digunakan di

Asia Barat mengambil alih peranan yang dimainkan oleh batu, logam, daun lontar, kain,

buluh dan daluang. Dakwat dan kalam juga turut diperkenalkan.19 Oleh kerana benda-

benda ini belum pernah dikenali oleh masyarakat Melayu, maka istilah untuk benda-

benda ini dipinjam melalui Asia Barat seperti kertas, dakwat dan qalam. Istilah kalam

menunjukkkan bahawa penggunaan alat tulis di atas kertas ini dikenali secara meluas

selepas tersebarnya agama Islam di kalangan orang Melayu.20 Keadaan ini menunjukkan

bahawa terdapat penggunaan kertas dan kalam yang meluas dan tidak terhad

penggunaannya seperti yang berlaku pada zaman sebelum kedatangan Islam. Oleh itu,

setiap orang boleh berkarya dan mengabadikan hasil tulisan mereka ke dalam kertas

melalui kalam. Keadaan ini telah memperkembangkan lagi tradisi penulisan di kalangan

masyarakat Melayu pada ketika itu.

Para pelajar yang belajar di Asia Barat terutamanya di Mesir turut memainkan

peranan penting dalam proses perkembangan kesusasteraan dan penulisan di Malaysia

sekitar abad ke-19 dan ke-20. Mereka membawa pengaruh keintelektualan daripada Asia

18 Ibid, hlm. 3.19 Ibid, hlm. 6.20 Ibid.

7

Page 8: Sastera Islam

LSI 3023 Sejarah Islam di Asia Tenggara

Barat dan mengadaptasikan pengaruh keintelektualan dari Mesir ke Malaysia. Pengaruh

Asia Barat dapat diteliti melalui karya-karya yang dihasilkan oleh para pelajar yang

pernah belajar di Asia Barat. Contohnya hikayat Faridah Hanum karangan Syed Sheikh al

Hadi yang mula diterbitkan pada tahun 1926. Di dalam karya ini lokasi Asia Barat

menjadi latar belakang novel ini.21 Seterusnya, isi-isi dan unsur-unsur penulisan juga

terpengaruh dengan gerakan Islah yang berlaku di Asia Barat. Contohnya Sheikh Tahir

Jalaluddin yang pernah tinggal di Mekah dan belajar di Universiti Al Azhar selama tiga

tahun telah banyak dipengaruhi oleh pemikiran Muhammad Abduh, hasil pergaulan

beliau dengan Muhammad Rashid Rida.22 Apabila Rashid Rida menerbitkan Al-Manar

pada tahun 1898, Sheikh Tahir Jalaluddin turut menulis beberapa rencana. Majalah Al-

Manar ini telah menjadi faktor pendorong kepada Sheikh Tahir Jalaluddin untuk

menerbitkan majalah Al Imam.23 Selain Al-Imam terdapat beberapa majalah yang

diterbitkan bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat. Pembicaraan

mengenai politik ini disuarakan secara langsung di luar Malaysia melalui Al-Azhar.

Rencana yang termuat dalam Al-Azhar adalah hasil tulisan penuntut Melayu di Universiti

Al-Azhar kerana mereka lebih bebas untuk bersuara. Berdasarkan kenyataan ini, Mesir

membolehkan para pelajar Malaysia di sana mengemukakan pendapat mereka melalui

penulisan dan secara tidak langsung telah mempergiatkan proses perkembangan

penulisan di Malaysia pada abad ke-19 dan abad ke-20.

Bentuk-bentuk Karya Sastera dan Penulisan

21 Ibid, hlm. 42122 Muhammad Kamil Haji Abdul Majid. Tokoh-tokoh Pemikir Islam, Petaling Jaya: Angkatan Belia Islam Malaysia, 1990, hlm. 104. 23 Ibid, hlm. 110.

8

Page 9: Sastera Islam

LSI 3023 Sejarah Islam di Asia Tenggara

Hikayat

Menurut Brakel dalam perbincangannya tentang asal usul hikayat dalam

kesusasteraan Melayu, meletakkan semua hasil kesusasteraan Melayu tradisional yang

bersifat cerita ke dalam satu kumpulan sahaja iaitu kumpulan Sastera Rakyat.24 Hikayat

telah banyak dihasilkan sebelum dan selepas kedatangan Islam. Pada awalnya, bentuk

hikayat yang dihasilkan adalah berunsurkan cerita-cerita Islam atau tentang sirah-sirah

nabi contohnya syair Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Johor

dan sebagainya.

Sebagai tambahan kepada hikayat-hikayat diatas, terdapat sebuah lagi antologi

cerita-cerita nabi yang terkenal di Malaysia. Karya ini berjudul Qisas al – Anbiya’ yang

disadurkan oleh Azhari al-Kahladi dari satu sumber yang tidak dapat dipastikan dan

diterbitkan oleh Dar al-Ma’arif, Pulau Pinang.25 Walaupun hikayat ini dikatakan telah

diterjemahkan dari versi Arab, tetapi ia telah menyimpang jauh dari versi yang asal.

Manakala pada abad ke-20, hikayat berkembang dengan pesatnya setelah pusat

percetakan telah berkembang di Malaysia, khususnya di Pulau Pinang. Hikayat tidak lagi

menggunakan nama-nama berunsurkan Islam. Ia telah menggunakan nama yang lebih

moden seperti Hikayat Anak Dara Ghassan (1928-1929), Hikayat Taman Cinta Berahi

(1928), dan Hikayat Cermin Kehidupan (1929).26 Semua hikayat moden ini telah ditulis

oleh sasterawan moden iaitu Syed Syeikh al-Hadi.

24 Siti Hawa Hj. Salleh. Kesusasteraan Melayu Abad Kesembilan Belas, 1997, hlm. 221.25 Ismail Hamid. Asas Kesusasteraan Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, hlm. 89.26 Muhammad Kamil Haji Abdul Majid. Tokoh-tokoh Pemikir Islam, 1990, hlm. 112.

9

Page 10: Sastera Islam

LSI 3023 Sejarah Islam di Asia Tenggara

Puisi

Dalam bidang kesusasteraan puisi yang bercorak keagamaan telah berkembang

dengan pesatnya dalam masyarakat dalam bentuk tulisan dan lisan. Puisi-puisi ini

disampaikan dalam bentuk nazam, syair, dikir dan juga banyak dilagukan dan

dinyanyikan bagi menarik masyarakat di Malaysia untuk menghayatinya khususnya

dalam perayaan-perayaan agama.

Di Malaysia, puisi yang terkenal ialah Kanz Ula (1931) dan Jawahir al-Saniyah

(1939) yang dikarang oleh Syed Muhammad b. Zainal Abidin ( 1795-1878 ) atau dikenali

sebagai Tuk Ku Tuan Besar yang berasal dari Terengganu. Selain itu juga, Tanbih al-

Kusla (1925) karya Ahmad bin Abdul Rauf dari Melaka.27 Ini adalah kitab nazam yang

penuh pengajaran-pengajaran agama sebagaimana yang terdapat dalam Kanz Ula yang

mengandungi riwayat hidup Rasulullah, Jawahir pula penuh dengan pengajaran akidah

dan Tanbih al-Kusla mengandungi pengajaran akidah.

Penulisan Kitab

Menurut Jelani Harun, kitab adalah sebahagian daripada khazanah kesusasteraan

tidak lagi hanya wujud dalam bentuk manuskrip tulisan tangan yang sakral sifatnya

sebaliknya telah dicetak dan disebarkan secara meluas.28 Penulisan kitab pada abad ke-19,

banyak dihasilkan oleh guru-guru agama khususnya di sekolah pondok dan juga para

ulama yang menyampaikan dakwah mereka melalui penulisan.

27 Harun Mat Piah. et.all., Kesusasteraan Melayu Tradisional, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000, hlm. 440.28 Jelani Harun. Peranan Isntitusi Percetakan di Pulau Pinang dalam Perkembangan Kesusasteraan Sebelum Perang Dunia ke 2, Sohaimi Abdul Aziz, (ed.), Pulau Pinang Pusat Perkembangan Kesusasteraan: Dahulu dan Sekarang, 2003, Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia, hlm. 25.

10

Page 11: Sastera Islam

LSI 3023 Sejarah Islam di Asia Tenggara

Selain itu, penulisan kitab yang dihasilkan oleh golongan agama ini juga adalah

terjemahan kitab-kitab agama atau menyadurkannya ke dalam bahasa Melayu. Ia

sebagaimana yang telah dilakukan oleh Haji Abdul Samad bin Muahammad Salleh al-

Kelantani atau Tuan Tabal, guru sekolah pondok di Kota Baru, Kelantan.29 Ia meliputi

ilmu Usuluddin, Feqah, dan Tasawuf dan pernah dicetak di Mekah. Penterjemahannya

adalah mengikut pemahaman sendiri bagi memudahkan pemahaman oleh pembaca dan

murid-muridnya. Antara kitabnya yang dihasilkan adalah Minhatul Qarib yang telah

mengambil petikan beberapa kitab karangan Imam al-Ghazali dan Sayyidi al-Shaik Abd

Wahab al-Sha’rani.30

Penulisan kitab ini juga bukan sahaja tertumpu pada sekolah pondok atau

pengajian semata-mata. Tetapi untuk bahan bacaan masyarakat secara umumnya. Pada

abad ke-20, perkembangan percetakan telah melahirkan kitab-kitab Islam dan buku-buku

yang serius dalam pelbagai bidang walaupun tak sehebat perkembangan penghasilan

yang dilakukan oleh ulama-ulama besar pada zaman lampau. Antaranya Syeikh Idris al

Marbawi yang menghasilkan Kamus al- Marbawi Arab-Melayu.

Penerbitan Akhbar dan Majalah

Pulau Pinang adalah merupakan pusat media yang penting bagi perkembangan

kesusasteraan. Antara tahun 1894-1940, terdapat puluhan judul akhbar dan majalah yang

telah diterbitkan antaranya, akhbar Tanjung Penegeri, Pemimpin Warta, Lingkungan

29 Abdul Halim Ahmad. PendidikanIislam di Kelantan, , Khoo Kay Kim (ed.), Sejarah Masyarakat Melayu Moden, 1985, Kuala Lumpur: Jabatan Penulisan Universiti Malaya, hlm. 46.30 Ibid, hlm. 47.

11

Page 12: Sastera Islam

LSI 3023 Sejarah Islam di Asia Tenggara

Bulan, Bintang Timur dan banyak lagi. Manakala majalah pula ialah, Rajaa’ Malaya,

Ikhwan, Warta Penang dan sebagainya.

Akhbar dan majalah ini, tertumpu pelbagai golongan dan peringkat sama ada

bersifat umum, keagamaan, pendidikan dan memuatkan pelbagai mesej untuk

pembacanya. Majalah ar-Rajaa’ misalnya mengandungi pelbagai maklumat tentang

sosioekonomi masyarakat orang Melayu pada ketika itu, dengan menggunakan syair.

Sebagai contoh al-Rajaa’ keluaran 11 Mac 192531, telah menceritakan tentang

masyarakat Melayu pada ketika itu dalam bentuk syair,

Ketinggalan nama suatu bangsa,Harum tersebut beberapa masa,Apakala berperangai yang baik rasa,Jikalau terjatuh bersama binasa.

Cerpen

Perkembangan penulisan juga boleh dilihat pada penghasilan cerpen yang

dihasilkan pada tahun 1920 – 1930-an. Sekurang-kurangnya sebanyak 48 buah cerpen

telah dihasilkan di Pulau Pinang yang telah sebagai pusat perkembangan kesusasteraan

dan penulisan pada awal abad 20. Jumlah tersebut adalah agak besar bagi tahap awal

perkembangan penulisan cerpen di Malaysia. Antara penulis-penulis cerpen yang

terkenal adalah Mohd Ariffin Ishak, Muhammad Nur Ahmad dan Gustam Negara.

Penulisan-penulisan cerpen ini telah diselitkan dalam akhbar dan majalah yang

31 Jelani Harun. Peranan Isntitusi Percetakan di Pulau Pinang dalam Perkembangan Kesusasteraan Sebelum Perang Dunia ke 2, Sohaimi Abdul Aziz, (ed.), Pulau Pinang Pusat Perkembangan Kesusasteraan: Dahulu dan Sekarang, 2003, hlm. 19.

12

Page 13: Sastera Islam

LSI 3023 Sejarah Islam di Asia Tenggara

diterbitkan pada masa itu. Contohnya Majalah Panduan Guru telah menghasilkan 7

cerpen pada tahun 1920-an. Manakala Bumiputra pula sebanyak 17 keluaran pada tahun

1930-an.32

Penulisan Novel

Perkembangan penulisan novel adalah bermula pada abad ke-20 yang telah

dipelopori sasterawan Melayu antaranya Syeikh al-Hadi dan Rashid Talu. Penulisan

novel wujud di Malaysia selaras dengan perkembangan percetakan di Pulau Pinang . Dua

orang tokoh ini cukup terkenal dikalangan masyarakat Melayu dan juga sasterawan

kerana tema dan watak yang disampaikan melalui novel tersebut. Ia dikatakan sebagai

pertarungan antara tradisi dan moden.

Misalnya dalam novel Faridah Hanum yang dihasilkan oleh Syeikh al-Hadi pada

1925-1926. Ia dikatakan sebagai novel yang mempunyai persamaan dengan novel Zainab

yang ditulis oleh Husein al-Haikal dari Mesir. Manasikana berpendapat bahawa,

persamaan telah wujud antara kedua-duanya dari segi tema iaitu emansipasi wanita dan

modenisme. 33 Wataknya juga tidak banyak beza dalam cara menghadapi modenisme dan

struktur dalam perlonjakan peristiwa demi peristiwa.

Manakala novel Iakah Salmah? tulisan Ahmad bin. Haji Muhammad Rasyid Talu

pada tahun 1928 merupakan novel pertama mengandungi ciri tempatan. Tema dan watak

yang dipersembahkan adalah persoalan masyarakat di Malaysia.34 Penulisannya adalah 32 Ibid, hlm. 21.33 Mustafa Haji Daud. Kesusasteraan Dalam Tamadun Islam, Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors, 1994, hlm. 117.34 Ibid, hlm. 118.

13

Page 14: Sastera Islam

LSI 3023 Sejarah Islam di Asia Tenggara

sealiran dengan Faridah Hanum kerana tidak mengandungi unsur Islam dan menentang

tradisi.

Secara kesimpulannya, perkembangan sastera Melayu moden cuba

memperkenalkan suatu aliran yang sudah dilupakan, iaitu pendekatan kesusasteraan

Islam yang telah berkembang sejak zaman Nabi Muhammad. Bidang penulisan sastera

Islam berbentuk kitab falsafah dan tasawuf mengalami kemerosotan di sekitar akhir abad

ke-19 kerana pertembungan masyarakat Melayu dengan penjajah Barat.35 Pelajar Melayu

mula mempelajari karangan-karangan dari Barat dan membentuk satu fahaman iaitu

sekularisme (pemisahan agama dalam kehidupan). Dalam perkembangan aliran sastera

jenis ini mengalami pasang surutnya.

BIBLIOGRAFI

Abdul Halim Ahmad. 1985. PendidikanIislam di Kelantan, Khoo Kay Kim (ed.), Sejarah Masyarakat Melayu Moden. Kuala Lumpur: Jabatan Penulisan Universiti Malaya.

Harun Mat Piah, et.all. 2000. Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail Hamid. 1990. Asas Kesusasteraan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jelani Harun. 2003. Peranan Isntitusi Percetakan di Pulau Pinang dalam Perkembangan Kesusasteraan Sebelum Perang Dunia ke 2, Sohaimi Abdul Aziz, (Ed), Pulau Pinang Pusat Perkembangan Kesusasteraan: Dahulu dan Sekarang. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

35 Nurazmi Kuntum. Teori dan Pemikiran Islam di Malaysia, 1991, hlm. 15.

14

Page 15: Sastera Islam

LSI 3023 Sejarah Islam di Asia Tenggara

Muhammad Kamil Haji Abdul Majid. 1990. Tokoh-tokoh Pemikir Islam. Petaling Jaya: Angkatan Belia Islam Malaysia.

Mustafa Haji Daud. 1994. Kesusasteraan Dalam Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors.

Nurazmi Kuntum. 1991. Teori dan Pemikiran Sastera Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Hawa Hj. Salleh. 1997. Kesusasteraan Melayu Abad Kesembilan Belas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

15