sastera dan budaya

10
SASTERA DAN BUDAYA KESANTUNAN BERBAHASA : SEMAKIN KURANG DIPRAKTIKKAN KETIKA BERKOMUNIKASI ABSTRAK Setakat ini, kesantunan berbahasa merupakan fenomena yang menarik untuk dikaji dari berbagai perspektif. Kesantunan berbahasa yang merupakan salah satu aspek komponen sosiolinguistik dan sosiobudaya dalam pendidikan bahasa. Kesantunan bahasa ialah tatacara atau peraturan yang wujud dalam berbahasa. Kesantunan bahasa sering kali dapat dilihat dalam interaksi antara individu yang berkomunikasi. Namun pada masa kini, kesantunan bahasa semakin kurang dipraktikkan ketika berkomunikasi. Oleh itu kertas kerja ini akan turut membahaskan tentang bahasa yang tidak baik didengar atau kurang sopan di dengar oleh telinga (bahasa yang tidak berbahasa) ketika sedang berkomunikasi. PENDAHULUAN Masihkah kesantunan bahasa itu dipraktikkan ketika berkomunikasi pada zaman globalisasi ini? Apa yang dapat kita sendiri lihat adalah semakin banyak penggunaan kata- kata yang kurang sopan, yakni penggunaan bahasa yang tidak berbahasa ketika berkomunikasi, serta tidak lagi menggunakan sapaan yang bersesuaian ketika berkomunikasi. Oleh itu kertas kerja ini akan membincangkan tentang kurangnya aspek kesantunan berbahasa ketika berkomunikasi, di mana semakin kurang tatabahasa atau tatacara berbahasa dalam interaksi antara individu. Sebelum membincangkan aspek tersebut, terlebih dahulu akan diterangkan tentang kesantunan berbahasa. Turut dibincangkan di sini ialah siapakah golongan yang tidak atau kurang dalam menggunakan kesantunan bahasa ketika sedang berkomunikasi dan juga tempat atau situasinya berlaku hal yang demikian. Apabila sudah dibincangkan tentang siapa 1

Upload: momee-rain

Post on 20-Jun-2015

1.474 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

SASTERA DAN BUDAYA KESANTUNAN BERBAHASA : SEMAKIN KURANG DIPRAKTIKKAN KETIKA BERKOMUNIKASI

TRANSCRIPT

Page 1: SASTERA DAN BUDAYA

SASTERA DAN BUDAYA

KESANTUNAN BERBAHASA :SEMAKIN KURANG DIPRAKTIKKAN KETIKA BERKOMUNIKASI

ABSTRAK

Setakat ini, kesantunan berbahasa merupakan fenomena yang menarik untuk dikaji dari berbagai perspektif. Kesantunan berbahasa yang merupakan salah satu aspek komponen sosiolinguistik dan sosiobudaya dalam pendidikan bahasa. Kesantunan bahasa ialah tatacara atau peraturan yang wujud dalam berbahasa. Kesantunan bahasa sering kali dapat dilihat dalam interaksi antara individu yang berkomunikasi. Namun pada masa kini, kesantunan bahasa semakin kurang dipraktikkan ketika berkomunikasi. Oleh itu kertas kerja ini akan turut membahaskan tentang bahasa yang tidak baik didengar atau kurang sopan di dengar oleh telinga (bahasa yang tidak berbahasa) ketika sedang berkomunikasi.

PENDAHULUAN

Masihkah kesantunan bahasa itu dipraktikkan ketika berkomunikasi pada zaman globalisasi ini? Apa yang dapat kita sendiri lihat adalah semakin banyak penggunaan kata-kata yang kurang sopan, yakni penggunaan bahasa yang tidak berbahasa ketika berkomunikasi, serta tidak lagi menggunakan sapaan yang bersesuaian ketika berkomunikasi.

Oleh itu kertas kerja ini akan membincangkan tentang kurangnya aspek kesantunan berbahasa ketika berkomunikasi, di mana semakin kurang tatabahasa atau tatacara berbahasa dalam interaksi antara individu. Sebelum membincangkan aspek tersebut, terlebih dahulu akan diterangkan tentang kesantunan berbahasa.

Turut dibincangkan di sini ialah siapakah golongan yang tidak atau kurang dalam menggunakan kesantunan bahasa ketika sedang berkomunikasi dan juga tempat atau situasinya berlaku hal yang demikian. Apabila sudah dibincangkan tentang siapa dan tempat atau waktunya, maka akan turut dikemukakan faktor-faktor penyebab mereka berbahasa yang kurang sopan dan penyebab yang menunjukkan individu tidak mempunyai kesantunan bahasa ketika berkomunikasi. Sebelum menyimpulkan perbincangan ini akan diterangkan juga saranan atau cara kesantunan berbahasa ketika berkomunikasi.

KESANTUNAN

BERBAHASA

Bahasa sebenarnya wujud kerana kata, tiada kata tiadalah bahasa. Perhubungan untuk menyampaikan dan menerima gagasan antara seorang dengan seorang dan seterusnya antara seluruh anggota masyarakat dengan anggota masyarakat yang lainnya di seluruh jagat ini adalah melalui bahasa (Keris Mas, 1988:31). Bahasa bukan setakat alat untuk

1

Page 2: SASTERA DAN BUDAYA

menyampaikan maklumat (fakta) semata-mata, tetapi turut berperanan dalam menyampaikan perasaan prejudis penggunanya.

Dalam bahasa yang kita gunakan, kata Ludwig Wittgenstein, ahli falsafah bahasa dari Austria, tersirat suatu orientasi hidup yang bukan saja merangkumi konsep yang menjadi pegangan kita mengenai sekitar, melainkan juga perasaan, nilai, fikiran, kebudayaan, hingga tahayul. Bahasa amat penting kerana ia yang menentukan hubungan dan pergaulan dalam segala segi di masyarakat .

Dengan bahasalah kita dapat menyembunyikan dan mengungkap fikiran, dengan bahasa pula kita mencipta dan mengakhiri sesuatu konflik. Kerana bahasa juga, kita menyerahkan cinta dan dengannya pula kita mengumumkan perang. Singkatnya, bahasa adalah petunjuk kehidupan dan gambaran dunia kita. Maka dengan bahasa yang kita gunakan itu boleh menggambarkan keperibadian kita, siapa kita, asal usul kita, sosiobudaya kita, pendidikan kita dan banyak hal yang berkaitan dengan kita, sama ada ia sesuatu hal yang baik mahupun sebaliknya.

Yang kurik itu kundi,

yang merah itu saga,

yang baik itu budi,

yang indah itu bahasa.

Pantun di atas menggambarkan bahawa pentingnya penggunaan bahasa bagi menggambarkan budi seseorang. Penggunaan bahasa yang betul oleh si pemakainya menggambarkan si pemakai mempunyai budi pekerti yang tinggi. Kesantunan bahasa adalah alat untuk menunjukkan kehalusan budi bahasa, beradab dan bersopan. Selain itu penggunaannya adalah untuk menjaga perasaan orang lain.

Kesantunan bahasa ialah tatacara atau peraturan yang wujud dalam berbahasa, di mana ia merujuk kepada cara dan bentuk bahasa yang digunakan oleh seseorang itu dengan penuh sopan, tidak biadab atau kurang ajar. Kesantunan bahasa merangkumi aspek-aspek seperti pemilihan kata yang digunakan ketika bertegur sapa (bahasa sapaan), nada, gerak laku dan gaya yang digunakan ketika berkomunikasi.

Kesantunan bahasa sering kali dapat dilihat dalam interaksi antara individu yang berkomunikasi. Tatabahasa atau tatacara berbahasa harus sesuai dengan norma-norma budaya sesuatu masyarakat yang menggunakan bahasa. Kesantunan bahasa sesuatu masyarakat sering kali dipengaruhi oleh norma-norma budaya masyarakat tersebut. Bahasa yang baik menunjukkan budaya yang sihat sesuatu masyarakat dan sebaliknya.

Bangsa Melayu amat terkenal dengan kesantunan bahasa mereka. Bahasa Melayu sering dikaitkan dengan bahasa yang indah, sopan dan lembut yang diperlihatkan melalui pertuturan kita. Kesantunan orang-orang Melayu akan terserlah dengan penggunaan

2

Page 3: SASTERA DAN BUDAYA

penanda-penanda sopan, iaitu beradab sebanyak mungkin kepada si pendengar. Semakin banyak penanda santun digunakan dalam sesuatu ujaran maka akan bertambahlah tingkat kesantunan si penutur. Ia sesuai dengan ciri-ciri kesopanan yang dimiliki oleh orang-orang Melayu yang dianggap pemalu, lembut dan penuh keprihatinan terhadap orang lain.

Walau bagaimanapun, kesantunan berbahasa dalam sesebuah bahasa atau masyarakat itu bersifat khusus. Apa yang dianggap sebagai sopan dalam sesuatu bahasa atau masyarakat itu mungkin dianggap sebaliknya dalam bahasa atau masyarakat lain. Ini adalah kerana bukan semua bahasa atau masyarakat memberikan penekanan yang sama kepada sesuatu aspek kelakuan itu dalam menentukan atau menetapkan soal kesopanan.

KURANGNYA ASPEK KESANTUNAN

BERBAHASA

a. Dang, ka mari ko … ambil ni nombor ah.

b. Bah duduk tah dulu.

Ayat di atas sebagai contoh ujaran yang diucapkan oleh individu ketika sedang berinteraksi dengan pelanggan atau tetamu yang hadir ingin meminta perkhidmatan di jabatan atau syarikat mereka. Ayat (a) tersebut sudah dapat kita tafsirkan betapa kasarnya bahasa mereka yang mengujarkan ayat ini, begitu juga ayat (b). Cara yang lebih sopan ialah dengan mengujarkan atau mengucapkan ayat tersebut dengan:

c. Dayang, silakan ambil nombor terlebih dahulu.

d. Boleh abiskita tunggu sekajap, silakan duduk.

Ayat (c) dan ayat (d) di atas lebih menunjukkan tutur kata yang mesra dan bersopan. Begitu susahkah kita menggunakan kesantunan bahasa ketika berkomunikasi. Seperti yang kita tahu dengan berkomunikasi secara lemah lembut dan ramah mesra serta penggunaan tatacara bahasa yang sesuai, maka kita tidak akan dibenci oleh mereka atau individu dengan kita berkomunikasi.

Selain contoh ayat (a) dan ayat (b) yang menggambarkan tiadanya atau kurangnya aspek kesantunan berbahasa, kita perhatikan pula ungkapan di bawah ini.

e. Pak cik Sulaiman, awak dah makan?

f. Cikgu, kamu dah lama sampai?

Apa pula permasalahan dengan kedua-dua ayat di atas? Dalam bahasa Melayu, kedua-dua ayat di atas sememangnya betul dari segi tatabahasanya. Tetapi yang salah ialah

3

Page 4: SASTERA DAN BUDAYA

pemilihan perkataan yang tidak mengikut tatasusila masyarakat orang Melayu. Ayat-ayat tersebut tidak mempunyai kesantunan berbahasa.

Selain aspek kesalahan pemilihan kata yang bersesuaian atau pemilihan kata yang lebih bertatasusila, terdapat juga aspek lain iaitu mencarut atau menyumpah (swearing) juga turut mempunyai kesan negatif terhadap kesantunan berbahasa. Mencarut atau menyumpah ialah bentuk dan penggunaan bahasa yang dianggap kasar, keji dan lucah oleh sesebuah masyarakat. Antara kata-kata yang sering digunakan ketika mencarut atau menyumpah ialah kata-kata 'kotor' yang dikaitkan dengan seks dan najis, misalnya shit dalam masyarakat Inggeris, dan juga menggunakan kata-kata yang merujuk kepada haiwan yang disalahgunakan semasa memanggil atau merujuk kepada seseorang, misalnya babi, anjing, beruk dan sebagainya.

Kurangnya aspek kesantunan berbahasa juga disebabkan oleh nada atau intonasi yang keras, kasar dan nada suara yang meninggi mungkin membangkitkan rasa kemarahan bagi yang mendengar. Begitu juga bahasa kasar dan penggunaan gaya bahasa yang kurang sesuai juga antara kurangnya aspek kesantunan berbahasa. Penggunaan bahasa yang kasar menjejaskan imej diri penutur dan boleh membangkitkan kemarahan pendengar, oleh itu hal ini hendaklah dielakkan. Begitu juga gaya bahasa yang berunsurkan bahasa ejekan, bahasa herdik atau bahasa sindiran akan membuat berbekas dalam hati penerima dan dia akan memendam dendam.

SIAPA DAN DI MANA

ATAU BILA

(SITUASI)?

Akhir-akhir ini semakin banyak orang yang mempunyai bahasa tetapi tidak berbahasa yakni tiada kesantunan bahasa, baik orang tua, baik muda, baik orang bawahan mahupun atasan. Hal ini berlaku di tempat-tempat kerja seperti di ladang, di kilang, di firma swasta dan di pejabat-pejabat awam dan juga turut berlaku di rumah, di tempat membeli-belah dan sekolah.

Masalah kurangnya aspek kesantunan berbahasa ini sering terjadi pada pihak-pihak yang berkhidmat di kaunter-kaunter barisan hadapan (costumer services). Tiada lagi kesantunan berbahasa ketika tetamu atau pelanggan yang hadir meminta bantuan atau minta perkhidmatan pada para anggota Perkhidmatan Awam yang berkhidmat di kaunter-kaunter barisan hadapan dan jabatan-jabatan yang bertanggungjawab dalam penguatkuasaan seperti polis dan imigresen. Bahkan cara pertuturan mereka pula amat atau sedikit kasar serta tiada senyuman yang terukir di wajah mereka.

Manakala mereka yang menggunakan kata carutan atau sumpahan boleh berlaku pada dua tahap iaitu secara sedar atau sengaja semasa bercakap untuk tujuan tertentu seperti ingin menyakiti hati atau menghina atau menghina sesuatu pihak, menjadi agresif serta perlihatkan sikap tertentu terhadap pihak yang dicemuhkan itu. Tahap yang kedua ialah

4

Page 5: SASTERA DAN BUDAYA

secara tidak sedar atau tidak sengaja yang mengakibatkan pengucapan kata 'kotor' secara spontan, di tahap ini berlaku semasa seseorang itu menghadapi tekanan emosi seperti dipermalukan secara tiba-tiba di khalayak, atau sewaktu melatah dalam kalangan masyarakat Melayu.

FAKTOR-FAKTOR

Setelah membincangkan tentang siapa, di mana dan bila (situasinya), maka dapatlah kita mengambil sedikit kesimpulan tentang punca atau faktor-faktor penyebab kurangnya kesantunan bahasa ketika berkomunikasi. Di sini terdapat beberapa faktor yang menyebabkan terhasilnya bahasa yang tiada kesantunannya, iaitu disebabkan oleh gangguan emosi, kurangnya ilmu pengetahuan tentang tatabahasa bahasa Melayu dan kebudayaan masyarakat Melayu dan juga diujarkan atau dituturkan secara disengajakan atau sekadar bergurau senda.

Kurangnya aspek kesantunan berbahasa dalam suatu situasi kemungkinan disebabkan oleh gangguan emosi, mungkin sedang marah atau sedang ada masalah yang menimpa si penutur maka terkeluarlah kata-kata yang tidak sopan atau kata yang agak kasar nadanya. Hal ini boleh jadi disengajakan ketika menuturkan kata-kata demikian untuk melepaskan perasaan marah atau kekusutan fikiran, dan besar kemungkinan juga tidak disengajakan kerana sedang alpa atau lalai dibuai perasaan emosi tersebut.

Selain itu kurangnya ilmu pengetahuan tentang tatabahasa atau tatasusila bahasa Melayu dan kurang pengetahuan tentang adat budaya masyarakat orang Melayu juga boleh menjadi faktor kurangnya aspek kesantunan berbahasa. Hal ini terjadi pada mereka yang bahasa ibundanya bukan bahasa Melayu atau mereka tidak di didik dalam masyarakat Melayu. Tetapi terdapat juga penutur adalah orang Melayu tetapi tetap juga kurang pengetahuan tentang tatabahasa bahasa Melayu misalnya mereka tidak bersekolah.

Walau bagaimanapun, penilaian tentang kesantunan berbahasa sebenarnya ditentukan secara mutlak oleh pihak yang mendengar atau yang diajak bercakap. Di mana sering kali terjadi apabila pihak yang mendengar atau diajak bercakap menganggap dan menuduh pihak yang bercakap itu berlaku kurang sopan terhadapnya, misalnya si penutur sengaja menuturkan sesuatu yang menyinggung perasaan si pendengar, padahal si penutur tidak pernah berniat untuk berbuat demikian.

SARANAN BAGI CARA

KESANTUNAN

BERBAHASA

Terdapat beberapa cara menunjukkan cara kesantunan berbahasa, di antaranya ialah cara sapaan lisan atau bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa. Terdapat juga pelbagai situasi yang berbeza yang menuntut kita, yakni penutur bahasa untuk menggunakan bahasa yang

5

Page 6: SASTERA DAN BUDAYA

menepati situasi dan kehendak sosial. Maka kita harus menggunakan bahasa yang bersesuaian, nada atau intonasi yang tepat serta gaya bahasa yang sesuai dengan situasi dan sekeliling.

Hal yang perlu juga selain kebolehan menghasilkan dan menginterpretasi ayat-ayat dalam bahasa Melayu dengan tepat (ayat yang betul dari segi nahu bahasa Melayu) ialah berkebolehan menggunakan bahasa Melayu yang sesuai (yang mematuhi adat dan resam berbahasa Melayu) mengikut pelbagai situasi sosial atau budaya yang sudah tentu harus mematuhi prinsip dan laras kesantunan berbahasa Melayu.

Oleh itu, para anggota Perkhidmatan Awam yang berkhidmat di kaunter-kaunter barisan hadapan dan jabatan-jabatan yang bertanggungjawab dalam penguatkuasaan seperti polis dan imigresen akan memberikan perkhidmatan dengan penuh beradab melalui tutur kata yang mesra, bersopan dan sentiasa ingin membantu. Senyuman yang diberikan haruslah ikhlas dan anggaplah ianya sebagai hadiah atau sedekah. Ini adalah cara tidak langsung dapat meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian Perkhidmatan Awam serta menaikkan imej perkhidmatan.

Maka berucap salamlah ketika bertemu. Mulakan dengan sikap ramah dan terbuka. Rasulullah Sallalahu Wasallam bersabda yang maksudnya: "Sesungguhnya Allah menyukai sikap berlemah-lembut dalam semua perkara." Kepentingan kesantunan berbahasa bukan sahaja untuk keluarga, tetapi juga untuk guru, rakan sekerja dan para pelanggan yang memerlukan khidmat kita.

KESIMPULAN

Sebagi kesimpulan dari perbincangan di atas tadi, maka kita harus mempertahankan penggunaan aspek kesantunan bahasa ketika kita berkomunikasi. Kesantunan berbahasa ketika kita berinteraksi akan membuat hidup kita lebih aman dan tenteram kerana tiada satu pun individu yang akan sakit hati pada kita yang mempunyai kesantunan bahasa ketika berinteraksi antara satu dengan yang lain.

Oleh sebab itulah penggunaan kesantuanan bahasa itu perlu ketika berkomunikasi kerana kesantunan bahasa adalah alat untuk menunjukkan kehalusan budi bahasa, beradab dan bersopan, selain itu penggunaannya adalah untuk menjaga perasaan orang lain. Seperti yang kita tahu bahawa masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan budi pekerti dan kesantunan bahasa yang mulia. Oleh itu, kita harus mempertahankannya. Kalau boleh, marilah kita sama-sama menjadikan bahasa itu benar-benar jiwa bangsa!

RUJUKAN

Abdull Sukor Shaari, Nuraini Yusoff & Mohd Isha Awang, 2003. Bahasa Melayu Komunikasi. Pahang Darul Makmur: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Keris Mas, 1988. Perbincangan Gaya Bahasa Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

6

Page 7: SASTERA DAN BUDAYA

Jalil A. Rahman. 'Bahasa Yang Tidak Berbahasa' dlm. Pelita Bahasa, Jilid 3, Bil 8, Ogos 1991. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Riris K Toha-Sarumpaet. Merebut Makna, Belajar Bahasa Kehidupan, diambil dari website: http://www2.kompas.com/kompascetak/0305/05/opini/292386. htm

S. Nathesan. 'Kesopanan dan Kesusilaan Bahasa MAS'. dlm Pelita Bahasa, Jilid 5, Bil. 12, Disember 1993. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

7