175739140 teori dan kritikan sastera

Upload: cqot92

Post on 02-Mar-2016

150 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Teori teori sastera

TRANSCRIPT

TOPIK 5

TOPIK5

TEORI DAN KRITIKANSASTERADEFINISI TEORI KESUSASTERAANKerlinger, teori ialah suatu himpunan konsep, de finisi dan saranan yang berkaitan antara satu sama lain.Sohaimi Abdul Aziz - satu set dakwaan atau prinsip tentang sesuatu fenomena kesusasteraan.Teori kesusasteraan bermaksud prinsip asas yang mendasari pengetahuan dan perkembangan sesuatu fenomena (ciptaan seni) melalui penggunaan bahasa untuk mengutarakan sesuatu yang berguna kepada khalayakTeori Klasik Kesusasteraan

Teori PeniruanProses peniruan terhadap benda yang benarPlato di dalam Republicnya - karya sastera sebagai suatu peniruan.Teori MimesisTanggapan Plato disanggah oleh anak muridnya AristotleBagi Aristotle, mimesis yang membawa maksud penyalinan yang lebih positif.Pengkarya bertindak mengubah atau mencipta semula kehidupan. Pemikiran Aristotle berhubung mimesis ini termuat dalam karyanya yang berjudul Poetic.Teori MoralKarya sastera ditanggap sebagai alat yang meninggalkan kesan pengajaran dan pendidikan.Moral dalam karya-karya kesusasteraan ada kaitan dengan ideologi, keagamaan. Umpamanya ideologi Marx tentang kelas. Unsur humanisme, ideologi dan agama menjadi premis penting kritikan moral.TEORI MODEN KESUSASTERAANTeori yang muncul di dalam era pembaharuan atau selepasnya sehingga tahun akhir abad ke-20. Rene Descartes (1596-1650), dianggap sebagai pelopor pemikiran moden dengan dua ciri asas yang mendominasi modenisme iaitu rasionalisme dan empirisisme.Wujud pengaruh mempengaruhi antara sebuah karya dengan karya yang lainMenghasilkan teori kepengaruhan.A. Teori KepengaruhanPendekatan IntertektualitiBakhtin diteruskan olehTodorovDiteruskan oleh Julia Kristeva di dalam kajian doktor falsafahnya pada tahun 1974Di dalam sesebuah teks terdapat beberapa buah teks lain.Setiap teks terbina hasil daripada kutipan, peresapan dan transformasi teks lainMelibatkan unsur dalaman dan luaran teksB. Teori ResepsiPelopor teori - Leo Lowenthal meneliti karya-karya Rostoyerski tahun 1880 hingga 1920.Bertujuan untuk mengetahui tahap penerimaan masyarakat terhadap karya.Difokuskan kepada dua horizon,iaitu sastera dan sosiobudaya. Prinsip teori resepsi:-- Melihat fungsi dan hubungan antara karya dengan pembaca- Penemuan makna teks - Teks dan pembaca mempunyai skemaFaktor-faktor Penerimaan:-- Faktor intelektual- Faktor emosi- Faktor jantina- Faktor kolektif

C. Teori Kebahasaan -Pendekatan SemiotikFerdinand de Saussure (bapa ilmu bahasa moden dariEropah) Charles Sanders Peirce (ahli falsafah dari Amerika Syarikat).Bahasa merupakan sebuah sistem tanda yang mewakili sesuatu yang lain (disebut makna).Bahasa yang(tersurat) dan (tersirat).Ikon Topologis Deskripsi -Contohnya: pisau cukur untuk pengikis hartaIkon Diagramatik,Relasional, atau struktural- Contohnya: gotong-royong melambangkan perpaduan sebagai world view bangsa Melayu.Ikon Metaforis Penggunaan metafora - Contohnya: ungkapan kehidupan itu lautan yang bererti pancaroba.D. FeminismeAristotle -mendakwa bahawa lelaki mempunyai darjat semula jadi yang tinggi, sementara wanita mempunyai darjat yang rendah. Satu pihak (lelaki) memerintah, sementara satu pihak lagi (wanita) diperintahThomas Aquinas dan St. Augustine mengisytiharkan bahawa wanita sememangnya sebagai manusia yang tidak sempurna.Mary Wollstonecraft -buku Vindication of the rights of women pada tahun 1792, menjelaskan tentang perlunya suara wanita di dalam khalayak.Wollstonecraft menolak tanggapan bahawa wanita lebih rendah darjatnya daripada lelaki. Tokoh feminisme klasik yang lain ialah Mary Ellman, Dorathy Richardson, Virginia WoolfTeori StrukturTeori struktur melahirkan pendekatan formalistik. Pendekatan ini meneliti sesebuah karya sastera berdasarkan unsur intrinsiknya atau elemen dalamannyaMengkaji tema, persoalan, watak, latar dllF. Teori Sosiologi SasteraSosiologi sastera menghubungkan sastera dengan sosiobudayaUmar Junus - sastera ialah reaksi masyarakat dan dipengaruhi oleh unsur sejarahSenja di Jakarta oleh Mochtar LubisTeori Marxisme dapat dirumuskan seperti yang berikut:(i) Sastera ialah reaksi sosial.(ii) Keadaan sesuatu masyarakat ditanda dengan pertentangan kelas. Oleh demikian, seseorang penulis akan berusaha mengemukakan suara kelasnya.(iii) Kesan pertentangan kelas.Tahun-tahun 1960-an dan 1970-an - tumbuhnya kesedaran dua kelas lain, iaitu wanita dan remaja, yang menimbulkan gerakan pembebasan wanita dan hippies.PENDEKATAN KRITIKAN SASTERAPendekatan FormalistikPendekatan StrukturalPrinsip dan Kaedah Pendekatan Moral /AgamaPendekatan SosiologiPendekatan Formalistikas

Bermula pada tahun 1915 dan berkembang pesat pada tahun 1930-an.Pelopornya ialah Jacobson, Suklovsky, Eichenbaum, dan Tynjanor.Karya sastera dikaji berdasarkan aspek yang membinanya. Sastera tiada kaitan dengan hal-hal lain.Pendekatan Struktural

Karya sastera dibina daripada unsur yang tidak boleh berdiri sendiri tetapi saling berkaitan antara satu sama lain di dalam satu kesatuan yang kukuh. Teeuw berpendapat bahawa teks merupakan kesatuan yang bulat yang mempunyai koherensi batiniah.Stanton berpendapat bahawa unsur yang membentuk cerita ialah tema dan fakta cerita. Fakta cerita meliputi plot, setting, watak serta alat penceritaan sudut pandangan, simbol, ironi, gaya dan nadaPrinsip dan Kaedah Pendekatan Moral /AgamaPrinsip:-- Karya kesusasteraan harus disanjung dan dimuliakan.- Pendekatan moral lebih mementingkan isi daripada bentuk.- Menganalisis karya kreatif dari sudut didaktik.-Pendekatan moral ada empat dasar:-Sebagai sumbangan bagi meninggikan tamadun manusia.Karya kreatif menjadi alat untuk membangunkan aspek-aspek kemasyarakatan.Karya kreatif mencemerlangkan pensejarahan sesuatu bangsa,Karya kreatif memajukan moral atau akhlak secara universal.Pendekatan Sosiologi

De Bonald menyatakan bahawa kesusasteraan adalah ekspresi masyarakat. Wellek beranggapan bahawa kesusasteraan memperlihatkan world view dan realiti sosial sesuatu masyarakat. W.S. Hudson menjelaskan bahawa sastera tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat kerana sastera tidak akan menjadi agung sekiranya tidak menjelajah alam masyarakat serta alam kehidupan manusia sedalam-dalamnya. Meninjau diri seseorang pengarang memang merupakan kaedah yang amat membantu pendekatan ini kerana terhasilnya sesebuah karya kesusasteraan adalah kerana penulisnya. Personaliti dan kehidupan penulis menjadi kaedah tertua di dalam pengkajian kesusasteraan.