sastera dalam dunia perfileman

Upload: ahmad-khalilul-hameedy-nordin

Post on 04-Mar-2016

230 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Mukaddimah suatu artikel panjang. Belum siap. Masih dalam kajian.

TRANSCRIPT

Jika hari ini dibarat, bahkan dahulu juga, karya-karya sastera mereka diangkat ke layar perak, ke pentas teater. Sastera mereka cukup dianggungkan sehingga dibawa dalam misi penjelajahan mereka, buat mengenalkan budaya mereka kepada golongan yang dianggap tidak bertamadun. Tanggapan salah mereka terus menerus diresap ke dalam jiwa rakyat tanah jajahan mereka, dan sehingga kini, walaupun penjajah sudah mengangkat kaki pergi, tugas memandulkan pemikiran rakyat terus beralih kepada golongan rakyat itu sendiri. Terlebih dahulu jiwa rakyat diresapi oleh keindahan sastera asing, sehingga terlupa bahawa mereka punya sastera yang setanding dan lebih memaparkan jiwa dan budaya rakyat tempatan berbanding sastera asing yang tidak lebih sebagai cerminan masyarakatnya. Dewasa ini, industri buku dan industri kreatif tanah air terus bertelagah sesama sendiri, melemparkan tuduhan itu dan ini, sedang generasi baharu dihidangkan dengan budaya sastera asing. Pertelingkahan ini juga mengakibatkan generasi muda untuk terus muak dengan permainan seperti ini. Mereka bukan sekadar generasi baharu bahkan juga permerhati yang setia, bahkan mereka ialah cerminan generasi terdahulu. Kegagalan untuk mengangkat sastera ke media yang pelbagai menyebabkan sastera kebangsaan terus mundur dan hanya bermain dalam kelompok peminat sastera vateran. Ketiadaan peminat dari generasi muda amat membimbangkan, justeru hal ini turut menggoncang kedudukan sastera melayu. Perkembangan dunia era globalisasi turut mempengaruhi dunia sastera tempatan yang mahu suatu perubahan dan daya kemandirian sastera melayu untuk terus mengharungi era-era dunia yang pesat membangun.Sastera Melayu harus bergerak aktif dan produktif dalam pelbagai bidang kreatif, bukan sahaja dalam media cetak, bahkan seharusnya sastera melayu diangkat kelayar perak. Persatuan atau gerakan penggiat sastera tanahair juga perlu aktif berkolabrasi dengan pembikin filem dan mereka yang terlibat sama dalam dunia industri kreatif. Mereka ini disarankan untuk mengangkat karya-karya sastera-sastera Melayu menjadi filem yang berimpak tinggi. Tidak perlu pergi lebih jauh, negara jiran kita, Indonesia, telah lama bergelumang dengan aktiviti pengangkatan sesebuah karya sastera ke layar perak. Karya-karya berimpak tinggi seperti karya agung Buya Hamka, kini, sudah menembusi perfileman melayu.Jika ditelusuri perkembangan filem-filem Melayu, tiada satu filem yang dapat dibanggakan, hanya filem-filem terdahulu yang disebut-sebut seperti filem arahan P.Ramlee. Deretan filem-filem Melayu yang menghiasi industri perfileman tempatan kontang daripada pengisian intelektual yang boleh membangun minda masyarakat. Filem hantu, konflik percintaan, jenayah seperti gangster dan samseng jalanan menjadi santapan minda masyarakat. Dalam era kerencaman ideologi dan budaya, seharusnya medan perfileman menjadi suatu wadah pembentukan pemikiran masyarakat walaupun secara tidak langsung.Arena perfileman bukan sahaja menjadi cerminan norma masyarakat, namun lebih jauh dari itu, membentuk peribadi yang sebetulnya kepada masyarakat.