mutu industri perfileman dan drama di malaysia

14
MUTU INDUSTRI PERFILEMAN DAN DRAMA DI MALAYSIA BERBANDING LUAR NEGARA Belakangan ini kita melihat penghasilan filem-filem baru adalah begitu pesat sekali. Pengarah-pengarah dari Malaysia tidak langsung buntu dalam memikirkan idea-idea baru untuk mencipta jalan cerita bagi filem mereka. Dalam menilai setiap karya yang dihasilkan oleh pengarah filem kita, seeloknya kita tidak perlu membandingkan dengan negara barat yang sememangnya lebih hebat daripada Malaysia. Hal ini kerana, kos bagi setiap filem mereka adalah begitu tinggi. Disebabkan itulah, hasil filem kita begitu sukar menembusi pasaran luar negara. Bukan apa, biarpun Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)[1] menyediakan peruntukan dana bagi membantu para penghasil filem, ia masih belum mencukupi bagi menghasilkan filem-filem bertaraf ‘mega’ . Justeru, jika ada filem luar ditayangkan di pawagam kita, dan dalam masa yang sama kita turut menayangkan filem kita, persaingannya adalah begitu sengit. Biarpun seringkali kita memandang bahawa filem yang hebat adalah yang menggunakan kos yang tinggi, itu adalah silap sama sekali. Kualiti filem yang sebenar adalah dinilai melalui jalan ceritanya. Biarpun kos yang digunakan tinggi dan filem tersebut menggunakan banyak kesan Imej Janaan Komputer (CGI)[2], tetapi jika jalan ceritanya tidak bagus adalah tidak guna. Filem yang baik adalah yang mempunyai jalan cerita yang mampu meninggalkan kesan mendalam kepada penonton. Aspek kos pembikinan adalah nombor dua, kerana itulah apabila proses untuk membuat sesuatu filem itu dijalankan, perkara pokok yang diambil kira adalah jalan ceritanya dahulu. Kerapkali Lembaga Penapisan Filem (LPF)[3] yang berada di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri membuat suntingan terhadap filem-filem yang dihasilkan oleh kerana terdapat ketidaksesuaian jalan cerita yang ditampilkan dalam filem mereka. Apabila menyoal mengenai perbezaan jalan cerita antara filem Malaysia dan luar negara, terdapat perbezaan yang begitu ketara. Filem luar negara terutamanya negara barat seperti Amerika begitu mementingkan keseimbangan antara jalan cerita dan teknologi yang dikenakan ke atas filem mereka. Filem Spider Man umpamanya menelan belanja sebanyak USD 250 juta, memang memuaskan hati penonton dengan durasinya selama 1 jam 40 minit. Jangka masa menghasilkan filem ini yang memakan masa hampir tiga tahun juga tidak mengecewakan apabila ia sentiasa tampil dengan pembaharuan dan kemajuan yang mendadak di samping jalan ceritanya yang cukup padat dan teliti dari segi sinematografinya. Inilah yang kita

Upload: lembayung-cahya-rabbani

Post on 01-Jul-2015

654 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MUTU INDUSTRI PERFILEMAN DAN DRAMA DI MALAYSIA

MUTU INDUSTRI PERFILEMAN DAN DRAMA DI MALAYSIA BERBANDING LUAR NEGARA

Belakangan ini kita melihat penghasilan filem-filem baru adalah begitu pesat sekali. Pengarah-pengarah

dari Malaysia tidak langsung buntu dalam memikirkan idea-idea baru untuk mencipta jalan cerita bagi filem mereka. Dalam menilai setiap karya yang dihasilkan oleh pengarah filem kita, seeloknya kita tidak perlu membandingkan dengan negara barat yang sememangnya lebih hebat daripada Malaysia. Hal ini kerana, kos bagi setiap filem mereka adalah begitu tinggi. Disebabkan itulah, hasil filem kita begitu sukar menembusi pasaran luar negara. Bukan apa, biarpun Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)[1] menyediakan peruntukan dana bagi membantu para penghasil filem, ia masih belum mencukupi bagi menghasilkan filem-filem bertaraf ‘mega’ . Justeru, jika ada filem luar ditayangkan di pawagam kita, dan dalam masa yang sama kita turut menayangkan filem kita, persaingannya adalah begitu sengit.

Biarpun seringkali kita memandang bahawa filem yang hebat adalah yang menggunakan kos yang tinggi, itu adalah silap sama sekali. Kualiti filem yang sebenar adalah dinilai melalui jalan ceritanya. Biarpun kos yang digunakan tinggi dan filem tersebut menggunakan banyak kesan Imej Janaan Komputer (CGI)[2], tetapi jika jalan ceritanya tidak bagus adalah tidak guna. Filem yang baik adalah yang mempunyai jalan cerita yang mampu meninggalkan kesan mendalam kepada penonton. Aspek kos pembikinan adalah nombor dua, kerana itulah apabila proses untuk membuat sesuatu filem itu dijalankan, perkara pokok yang diambil kira adalah jalan ceritanya dahulu. Kerapkali Lembaga Penapisan Filem (LPF)[3] yang berada di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri membuat suntingan terhadap filem-filem yang dihasilkan oleh kerana terdapat ketidaksesuaian jalan cerita yang ditampilkan dalam filem mereka.

Apabila menyoal mengenai perbezaan jalan cerita antara filem Malaysia dan luar negara, terdapat perbezaan yang begitu ketara. Filem luar negara terutamanya negara barat seperti Amerika begitu mementingkan keseimbangan antara jalan cerita dan teknologi yang dikenakan ke atas filem mereka. Filem Spider Man umpamanya menelan belanja sebanyak USD 250 juta, memang memuaskan hati penonton dengan durasinya selama 1 jam 40 minit. Jangka masa menghasilkan filem ini yang memakan masa hampir tiga tahun juga tidak mengecewakan apabila ia sentiasa tampil dengan pembaharuan dan kemajuan yang mendadak di samping jalan ceritanya yang cukup padat dan teliti dari segi sinematografinya. Inilah yang kita mahukan, keseimbangan adalah perlu terhadap filem yang dihasilkan oleh pengarah di negara kita.

Tidak hanya berbicara mengenai filem, mutu drama di Malaysia juga berbeza berbanding luar negara. Sering kali kita mengetahui, jika kita mengkaji semula kemasyhuran filem dan drama di negara kita pada masa dahulu sewaktu Tan Sri P.Ramlee[4] masih hidup, sememangnya menjadi kebanggaan semua pihak. Ia mampu menarik minat ramai penonton tidak mengira bangsa sehinggalah sekarang. Tapi, kenapakah kegemilangan filem dan drama pada masa dahulu tidak boleh dikekalkan hingga sekarang? Satu persoalan yang perlu dijawab oleh penggiat seni. Jika kita memikirkan dengan terperinci, drama dan filem di Malaysia lebih banyak menarik penonton dari kalangan orang Melayu sahaja. Ini merupakan satu kegagalan yang besar, filem dan drama kita masih belum bermutu untuk menarik penonton yang berbilang bangsa ini. Kerana itulah hasil karya daripada negara kita sukar menembusi pasaran antarabangsa.

Berlandaskan gagasan ‘1Malaysia’[5] iaitu ingin mewujudkan perpaduan dan berintegriti, sewajarnya filem dan drama kita hendaklah menerapkan unsur-unsur tersebut, iaitu universal isi kandungannya dan tidak berat sebelah seperti melebihkan bilangan pelakon Melayu dan tidak langsung memasukkan pelakon dari bangsa India mahupun Cina. Jika keseimbangan berjaya dicapai, maka kita bolehlah mengatakan filem mahupun drama buatan Malaysia bermutu dan hebat. Bagaimana drama dan filem luar negara boleh menembusi pasaran antarabangsa adalah bergantung kepada jalan cerita dan ideologi yang kukuh untuk disampaikan. Cuba kita rujuk kepada drama dari Korea, sebab mengapa drama mereka boleh menembusi pasaran antarabangsa adalah kerana jalan ceritanya yang santai dan bersifat universal. Bersifat universal di sini bermaksud ia boleh diterima pakai oleh semua pihak tanpa ada sebarang aspek yang boleh menimbulkan kontroversi.

Page 2: MUTU INDUSTRI PERFILEMAN DAN DRAMA DI MALAYSIA

Sering kali kita mendengar apabila pengarah drama atau filem negara kita diminta mengulas sedikit mengenai karya mereka, pasti mereka akan mengatakan hasil karya mereka itu ada diselitkan ‘pengajaran’. Persoalannya, “berapa banyak pengajaran?”. Itulah salah satu faktor yang telah mengaburkan mutu industri perfileman dan drama di Malaysia. Jika hendak dibilang, cuma sedikit sahaja filem dan drama kita yang mempunyai pengajaran, langsung tidak sampai 50 peratus. Masalahnya di sini terletak kepada pembikin filem itu sendiri. Kebanyakannya membuat filem atau drama untuk ‘asal jadi’ sahaja, mereka tidak memandang dari pelbagai faktor secara terperinci. Itulah yang membezakannya dengan pembikin dari luar negara. Drama seperti CSI : Miami, Bones, Dexter, dan Forensic Heroes telah dihasilkan melalui kajian yang begitu mendalam sehinggakan ianya dijadikan rujukan oleh sesetengah pihak terutamanya pihak polis dan para pelajar peringkat tinggi. Ini membuktikan betapa tingginya nilai drama dari luar negara.

Pengajaran merupakan aspek yang memang selalu dititikberatkan dalam penghasilan filem dan drama. Tanpa unsur ini, tiada makna disebalik pembikinannya. Kualiti jalan cerita bukan sekadar bergantung kepada skrip semata-mata, tetapi pengajarannya dan bagaimana ia disampaikan. Aspek ini begitu ditekankan dalam setiap drama serta filem dari Jepun. Jika kita menonton hasil karya dari negara matahari terbit itu, rasa kagum pasti timbul di benak kita. Setiap dialog yang dituturkan mempunyai makna yang cukup mendalam, langsung tidak terlepas walau sepatah perkataan pun yang sentiasa mempunyai kata-kata positif. Itulah kekuatan drama dan filem mereka yang menjadi aset penting untuk dipasarkan. Kekuatan skrip dapat mempengaruhi kualiti sesebuah filem atau drama. Namun, di Malaysia semakin ketandusan penulis-penulis skrip yang berkualiti. Hakikatnya, kualiti karya yang dihasilkan terutamanya drama sering kali dipersoalkan.

Dalam memperbaiki kelemahan ini, ia sebenarnya merujuk pada tanggungjawab mereka yang terbabit dalam proses penerbitan sama ada produser, pengarah dan penulis skrip. Pada peringkat awal, penyediaan skrip yang menarik perlu diberi perhatian. Presiden Persatuan Penulis Skrin Malaysia (SWAM)[6], Ismail Ahmad[7] berkata kekurangan skrip yang berkualiti sudah lama berlarutan. Malah, anggaran 100 penulis skrip yang masih aktif dan berdaftar menerusi persatuan ini tidak mencukupi. Sepatutnya, jumlah ini ditambah hingga 500 penulis skrip yang berusaha mempelbagai konsep drama dengan menggunakan idea baru.

"Tidak dinafikan, banyak skrip yang menggunakan cerita yang sama, tetapi ia tidak dijadikan cerita yang menarik. Kelemahan skrip juga dapat dilihat pada dialog yang dipertuturkan pelakon. Berbanding drama dari luar negara, kebanyakan drama tempatan dinilai cetek dan tidak lagi mementingkan aspek bahasa sastera yang indah. Mengapa penonton kita tidak jemu menonton filem lakonan Tan Sri P.Ramlee berulang kali? ini kerana dialog yang disampaikannya menghiburkan penonton,” katanya sewaktu berucap di Restoran Lemon, Sri Kembangan, Selangor, dalam Majlis Jom Mesra Bersama SWAM! .

Dialog sebenarnya memainkan peranan penting dalam mencetuskan mood penonton dan memberikan tarikan pada sesebuah drama mahupun filem. Masalah ini yang menjadi struktur pada drama turut memberikan kesan pada usaha membawa drama tempatan ke luar negara. Akhirnya, drama kita sukar dijual ke pasaran antarabangsa kerana kita tidak mempunyai struktur kuat. Bagi menyelesaikan masalah penulisan skrip dengan berkesan, persatuan turut mengguna pakai sistem ‘pitching’ yang mengajak penulis skrip berbincang dalam menghasilkan drama yang bermutu. Menariknya, sistem ini yang digunakan sejak empat tahun lalu memberi peluang pada penulis skrip untuk membentangkan sinopsis sebelum dipilih produser . Sistem ini sudah digunakan secara meluas di luar negara. Namun, ada kalangan penulis skrip kita tidak mahu mengikuti sistem ini kerana mereka berpandangan ia menyusahkan.

Menerusi sistem ‘pitching’, ia memberi kelebihan dalam mencari skrip dan cerita yang berkualiti. Ia sama seperti program realiti, On The Lot yang pernah diterbitkan Steven Allan Spielberg[8] dan Mark Burnett[9] pada tahun 2007. Bermula 12,000 penyertaan, mereka kemudian memilih 50 peserta yang terbaik sebelum hanya seorang sahaja yang bergelar juara. Dalam konsep ‘pitching’ pula, skrip dan cerita yang bagus akan dicari untuk dijual pada stesen televisyen. Dalam pada itu, SWAM berdepan masalah membabitkan kehadiran penulis skrip bebas yang tidak menganggotai persatuan ini. Apa yang berlaku, produser dan stesen televisyen lebih mudah menggunakan khidmat penulis skrip sebegini kerana mereka sanggup dibayar murah. Peranan persatuan adalah mahu membantu memperjuangkan nasib ahli. Namun, penulis skrip sebegini sebenarnya berdepan masalah kerana mereka tidak mempunyai pengalaman dalam menghasilkan skrip mengikut format yang betul

Page 3: MUTU INDUSTRI PERFILEMAN DAN DRAMA DI MALAYSIA

"Di SWAM, kami menyediakan latihan untuk penulisan skrip pada hujung minggu. Bagaimanapun, kami tidak paksa mereka untuk menyertai persatuan ini sebaliknya kami berusaha meminta kerjasama stesen televisyen untuk memberi galakan pada penulis skrip menyertai Swam," ucap Ismail Ahmad. Tambahnya lagi, persatuan sentiasa berusaha untuk membantu penulis skrip yang menjadi ahli. Malah, persatuan mempunyai panel untuk membantu ahli dari aspek memberi nasihat berkaitan kelemahan skrip. Untuk kebaikan ahli, Ismail juga berharap masalah bayaran pada penulis skrip dapat diatasi. Sebelum ini, bayaran standard untuk drama yang mengambil durasi 90 minit adalah RM5,000, sejam (RM2,000), setengah jam (RM1,000) manakala 15 minit (RM500).

Berhubung dengan konsep yang digunakan, para pembikin filem dan drama haruslah meneliti sama ada mereka memberi tumpuan sepenuhnya pada konsep ataupun hanya sekadar sandaran sahaja. Penelitian sebegini adalah bagi mengelakkan para penonton menjadi bosan disebabkan jalan cerita berterabur dan melalut. Banyak drama di Malaysia seperti mengabaikan fokus konsep dan kurang menonjolkan konsepnya. Contohnya apabila menggunakan konsep seram, konsep tersebut tidak ditonjolkan dengan sebaik mungkin dan apa yang dilakukan oleh pengarah ialah mereka lebih menumpukan kepada kesan khas yang ingin ditonjolkan berbanding pada konsep yang ingin ditampilkan. Kita ambil drama arahan Ahmad Idham sebagai contoh, drama Impak Maksima[10] yang diadaptasi daripada filemnya yang sangat hebat begitu lari daripada konsep sebenarnya yang patut memfokuskan pada perlumbaan kereta. Pengarahnya lebih menumpukan pada konflik percintaan daripada elemen sebenar yang patut dipersembahkan. Ini telah meninggalkan tanggapan buruk dalam diri penonton dengan menganggap bahawa pengarahnya kurang berpotensi untuk menghasilkan drama seperti itu.

Konsep adalah begitu penting bagi mengelakkan sesuatu fokus itu lari. Dalam drama mahupun filem, ia digunakan bagi mengelak jalan cerita menjadi serabut dan berterabur di samping menjadi tarikan kepada penonton. Selalunya konsep ini ditonjolkan melalui watak utama sesuatu cerita. Sebagai perbandingan dengan drama Impak Maksima arahan Ahmad Idham, saya mengambil contoh drama Absolute Boyfriend (Zettai Kareshi) arahan Hijikata Masato, dari Jepun. Drama ini berjaya menonjolkan dengan jelas konsep yang ingin ditampilkan dan memang sangat bertepatan dengan tajuknya iaitu Absolute Boyfriend / Zettai Kareshi / Kekasih Idaman (Tiga bahasa berbeza untuk lebih kejelasan). Drama ini mengisahkan seorang gadis pejabat (Izawa Riko) yang masih ‘single’ dan secara kebetulan telah dipilih senyap-senyap oleh seorang saintis dari Syarikat Kronos Heaven yang mencipta sebuah robot humanoid untuk digunakan dalam percintaan. Robot yang begitu sempurna ini dijamin akan memberikan 100% kepuasan dalam percintaan. Konsep drama ini bukan hanya ditonjolkan melalui wataknya, tetapi juga melalui dialog yang dituturkan. Ia kerap diulang melalui dialog, sehinggakan penonton berasa segar dengan cerita yang disajikan. “Sayalah kekasih idaman Riko,” dialog seperti ini kerap dituturkan oleh watak robot itu, Tenjo Night, menjadikan penonton tidak lupa akan fokus cerita yang menumpukan pada konflik berkaitan Tenjo Night.

Kepelbagaian konsep adalah sangat perlu bagi mewarnai industri perfileman dan drama di Malaysia. Pengarah perlu lebih kreatif dalam menampilkan sesuatu yang baru dan mesti sentiasa mengemaskini serta mempelbagaikan teknik penghasilan cerita agar dapat membawa penonton menyelami sesuatu yang baru. Kepelbagaian konsep cerita dalam drama mahupun filem sudah lama dipraktikkan di negara-negara luar. Drama dan filem fiksyen sains misalnya, sudah berpuluh-puluh tahun lebih maju daripada Malaysia. Drama McGyver, yang pernah mencetuskan satu fenomena fanatik dalam kalangan penonton sewaktu zaman perkembangan ilmu fizik dalam tahun 90-an merupakan satu bukti menunjukkan betapa hebatnya negara barat pada ketika itu. Malaysia masih belum mampu menghasilkan filem bertaraf antarabangsa, inikan pula mahu menghasilkan drama sehebat itu. Malaysia merupakan negara membangun, bukan negara maju. Justeru, bagi mengatasi masalah ini, kita perlu mencari pendekatan bagi memajukan industri perfileman dan drama di Malaysia dengan menggunakan teknik-teknik penghasilan yang pernah digunakan oleh pembikin dari luar. Hal ini bagi meningkatkan mutu karya dari Malaysia agar mampu dibawa bersaing dan berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan mereka.

Drama berkonsepkan fantasi masih belum berkembang sepenuhnya di Malaysia. Jika hendak dibilang, sepuluh jari pun belum sampai. Di Filipina misalnya, drama fantasi berkembang dengan cukup pesat bermula tahun 2004. Drama-drama seperti Kung Fu Kids, Mulawin, Magic Kamison, Asian Treasures, Super Inggo, dan Atlantika memberikan fantasi yang cukup hebat dengan persembahan yang ringkas dan bertenaga. Antara

Page 4: MUTU INDUSTRI PERFILEMAN DAN DRAMA DI MALAYSIA

yang pernah ditayangkan di Malaysia adalah Mulawin, Super Inggo, dan Kung Fu Kids yang terbaru. Walaupun CGI yang digunakan tidaklah sehebat mana, tetapi apa yang boleh dibanggakan adalah usaha mereka menggunakan sepenuhnya teknik yang ada. Apa yang saya ingat, sebuah telemovie yang pernah ditayangkan di TV3 pd tahun 2001 berjudul Mat Canggih adalah berkonsepkan fantasi sains fiksyen. Ia amat menarik, kerana berkisarkan seorang pemuda yang terlalu kuat rasa sayang pada kereta ciptaannya sendiri yang boleh berkata-kata. Drama fantasi yang pernah dihasilkan di Malaysia selalunya bergenre seram dan amat kurang yang mempunyai unsur-unsur magis. Drama fantasi sains fiksyen pula sedang dalam perkembangan, antaranya yang kini dan pernah ditayangkan adalah Misi XX-Ray, Kaber Hero Kaber Zero,Pepaya, dan terbaru adalah Bio-Nik. Drama fantasi yang berunsurkan magis masih belum ada, dan ini mungkin disebabkan ia kurang bersesuaian dengan adat dan kebudayaan di Malaysia. Tetapi bagi saya, jika ia digarap dengan betul, tidak menjadi kesalahan untuk ditayangkan kerana ia adalah fantasi.

Jika dibawa berbincang mengenai teknik penghasilan drama dan filem yang digunakan, negara Malaysia masih lagi berada di dalam skop yang sempit. Skop ini perlu diperluaskan agar kita dapat mempelbagaikan unsur yang mampu menarik minat para penonton dari pelbagai peringkat usia. Selalunya satu-satu drama atau filem itu hanya menarik minat satu golongan sahaja iaitu golongan dewasa, remaja, ataupun kanak-kanak. Justeru, bagi menarik minat semua golongan ini menghayati dan menonton filem atau drama, filem atau drama yang dihasilkan perlulah bertepatan serta mempunyai segala unsur yang mampu melekat dalam jiwa semua golongan ini. Sebagai contoh yang terbaik buat masa ini adalah filem animasiGeng: Pengembaraan Bermula[11] yang mendapat kutipan Pecah Panggung sebanyak RM6 juta. Dengan jangka waktu pembikinan selama dua tahun dan durasi tayangan selama 1 jam 40 minit, filem ini memang tidak mengecewakan kerana berupaya menarik minat penonton dari semua peringkat umur. Keistimewaannya adalah terletak pada kepelbagaian watak dari pelbagai bangsa di Malaysia dan penonjolan budaya masyarakat di negara ini ditampilkan dengan begitu baik sekali. Skrip yang mudah difahami mampu menarik golongan kanak-kanak untuk menonton filem ini dan keseimbangan pembawaan watak yang tidak berat sebelah menjadikan filem animasi ini turut menarik golongan dewasa untuk duduk di kerusi menonton bersama.

Dari segi teknik lakonan, selalunya ia bergantung kepada skrip untuk kita menggayakan sesuatu watak. Justeru, para pelakon perlulah kreatif dalam menentukan gaya lakonan mereka. Mereka tidak boleh membuat alasan bahawa watak yang dibawakan adalah tidak bagus untuk mereka menampilkan yang terbaik. Biarpun seseorang pelakon itu membawa watak sampingan / tambahan yang cuma muncul untuk satu babak sahaja, ia perlulah dibawa dengan baik untuk kualiti satu-satu drama atau filem itu. Saya tertarik dengan satu drama yang saya tonton di TV3 pada 25 April 2009 yang lalu, bertajuk Intan Sayang Manja terbitan Three Line Media Sdn Bhd. Drama ini membariskan pelakon terkenal seperti Rusdi Ramli, Jue Aziz, Shaheizy Sam, Ku Faridah, Balkish Semundur Khan, dan Lokman Ghani. Drama ini merupakan hasil arahan pengarah berbakat Shahrulezad Mohamedin manakala olahan skrip oleh Sharifah Faniza Saiyed Yeop.Apa yang ingin saya perkatakan ialah mengenai satu babak kecil sewaktu Muaz (lakonan Rusdi Ramli) ingin membeli sebentuk cincin di kedai emas bagi melamar adik angkatnya Sakinah (lakonan Jue Aziz). Watak jurujual wanita di kedai emas itu berjaya ditonjolkan dengan baik sekali, dia digambarkan sebagai jurujual yang becok dan gemar mengenali para pembeli dengan lebih dekat bagi mengetahui cita rasa mereka dengan tepat untuk kepuasan hati mereka sewaktu membeli.

Mendekati teknik penceritaan sesebuah drama, plot[12] untuk setiap episod seharusnya mempunyai punca sesuatu masalah, kesan, dan penyelesaian. Ia perlulah digarap dengan baik dan tidak lari daripada plot yang dirancang. Hal ini bagi mengelakkan penonton berasa bosan dengan persembahan yang ditampilkan kerana jalan cerita yang meleret-leret dan tidak berfokus. Bagi mewujudkan kesinambungan setiap episod, plot perlulah diselitkan dengan masalah/konflik/hubungan watak atau jalan cerita yang tidak terlalu berat bagi mengelakkan penonton mengalami kejutan disebabkan penceritaan yang terlalu pantas dan mereka sukar menerimanya kerana sudah mengetahui apa yang akan berlaku pada akhir drama ini nanti. Masalah/konflik/hubungan memainkan peranan yang cukup penting dalam membangunkan struktur sebuah drama. Bertolak daripada konflik dan ketegangan inilah sesuatu peristiwa digerakkan dan dilanjutkan perkembangannya hingga kepada peleraiannya atau kesimpulan cerita. Plot bukan cerita atau naratif. Mengikut E.M. Forster[13] cerita ialah huraian tentang peristiwa yang disusun mengikut urutan waktu.

Penulis skrip perlu memahami bahawa dalam sesebuah drama atau filem, usaha menarik perhatian penonton dan menahan perhatian mereka selama mungkin ialah  tugas yang cukup penting. Sebuah plot mesti

Page 5: MUTU INDUSTRI PERFILEMAN DAN DRAMA DI MALAYSIA

berupaya menarik perhatian dan mencipta suspens  dan di sinilah kesemua binaan dramatik memberi tumpuan. Harapan atau jangkaan penonton atau pembaca mesti dibina (tetapi hanya diselesaikan pada babak adegan terakhir), aksi (adegan) mesti kelihatan hampir mencapai objektifnya tetapi ia perlu tidak tercapai sehinggalah di akhir adegan, dan yang paling penting sebuah plot mesti mempunyai kepelbagaian (variasi) rentak dan tempo. Sebuah plot yang monotonos akan hanya menghilangkan minat penonton dan akhirnya kelihatan hambar dan mendatar. Terdapat beberapa bentuk suspens atau ketegangan yang boleh dicipta dalam sesebuah skrip. Soalan-soalan asas ini boleh menjadi contoh ketika hendak memulakan tulisan skrip, “Apa yang akan berlaku selepas ini?”, atau yang sama maksudnya, “Saya tahu apa yang akan berlaku, tetapi bagaimana ia akan berlaku?” Atau, “Saya tahu apa yang akan berlaku dan saya tahu bagaimana ia akan berlaku, tetapi bagaimanakah watak X memberi reaksi atau bertindak balas kepadanya?” Soalan-soalan asas ini wajar berlaku di awal bahagian skruktur dramatik skrip supaya penonton dapat terus bersedia kepada elemen utama suspens dalam drama.

Kerapkali dilihat teknik sebegini diaplikasikan dengan begitu jelas dalam drama-drama dari negara Jepun. Kerana itulah, drama mereka mudah difahami selain daripada fantasi yang ditampilkan adalah ringan dan santai serta mudah diterima akal oleh sebab ia disertakan dengan logik yang menarik. Bagaimanapun dalam sebuah skruktur drama yang baik, ia terletak pada persoalan. Contohnya, siapakah yang melakukan pembunuhan itu, lelaki manakah yang akhirnya berjaya memiliki gadis itu, atau bagaimana bila sesorang suami mengetahui yang isterinya berlaku curang dan memiliki kekasih lain? Apabila penonton telah mengetahui tema dan persoalan dan objektif aksinya, maka jangkaan mereka akan tertumpu kepada titik akhir drama tersebut (penyelesaian) dan tahu ke mana tumpuan drama tersebut akan bergerak. Perhatian penonton tertumpu ke arah yang betul. Walaubagaimanapun perlu juga diketahui, tumpuan perhatian penonton selalunya adalah pendek. Melalui pembentukan plot, setiap watak bergerak dalam kerangka sebab dan akibat. Sesuatu peristiwa berlaku disebabkan oleh sesuatu alasan yang kukuh dan ia akan menghasilkan sesuatu akibat yang wajar. Ia merupakan  hukum yang mempunyai logikanya yang tersendiri. Oleh itu,  seseorang penulis dan pengarah perlu memastikan tindakan sesuatu watak itu wajar mengikut latar, watak, tempat dan waktu, dan peristiwanya serta akibat yang berlaku itu adalah munasabah.

Elemen suspens merupakan satu teknik bagi membuatkan penonton tidak berganjak daripada terus menonton sesuatu filem atau drama dengan mengadakan kejutan pada babak tertentu dan menimbulkan tanda tanya dalam diri mereka untuk mengetahui laluan kisah selanjutnya. Satu elemen suspens utama tidak mencukupi untuk terus mengikat perhatian penonton. Oleh itu,  sebuah struktur drama memerlukan suspens sampingan. Jadi suspens sampingan ini akan mendukung elemen suspens yang utama. Suspens sampingan ini diperlukan pada setiap adegan atau bahagian drama, yang akhirnya bergabung dengan keseluruhan momentum struktur drama tersebut. CONGKAK, sebuah lagi filem terbitan MIG yang menerima amaran dari Lembaga Penapis Filem Malaysia (LPF) yang menyatakan bahawa “Ibu-ibu mengandung dan pengidap penyakit jantung dinasihatkan agar tidak menonton filem ini”. Begitu juga dengan kanak-kanak di bawah usia 13 tahun diminta menonton bersama penjaga. Jika dilihat kepada sebab amaran tersebut dikeluarkan pastilah kerana unsur suspen dan seram yang terkandung dalam filem ini termasuk sistem bunyi Dolby Digital Surround EX yang digunakan. Berbanding dengan Hollywood, unsur suspen yang diguna pakai dalam filem kita sudah hampir menyamai taraf dengan mereka. Justeru, tidaklah kita berasa terlalu rendah diri dengan pencapaian kita dalam masa sekarang yang semakin mengecapi kemajuan dan membangun dalam industri perfileman.

Apa yang dapat disimpulkan adalah, sebagai sebuah negara yang sedang membangun dalam pelbagai aspek terutamanya industri drama dan perfileman, kita perlulah sentiasa mengemaskini pencapaian yang ada. Dengan memperbaharui teknik dan mempelbagaikan gaya penghasilan drama serta banyak merujuk daripada pakar-pakar perfileman luar negara, barulah kita dapat berdiri setapak dengan mereka yang hebat di luar sana. Kita jangan mengambil yang buruk daripada mereka, tetapi ambillah yang terbaik daripada mereka. Beginilah cara bijak untuk meningkatkan prestasi selain daripada memberi latihan profesional kepada para pembikin filem di negara kita agar mutu industri perfileman dan drama di Malaysia setanding dengan negara luar.

Nota Kaki

Page 6: MUTU INDUSTRI PERFILEMAN DAN DRAMA DI MALAYSIA

1. FINAS : Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (atau FINAS), telah ditubuhkan dalam tahun 1981 melalui Akta Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia, 1981 (Akta 244) bagi menggalak, memelihara dan memudahkan kemajuan perusahaan perfileman di Malaysia.

2. Lembaga Penapisan Filem (LPF) : Ditubuhkan di bawah Seksyen 3 Akta Filem (Penapisan) 1952 (disemak tahun 1971). Bertujuan bagi menjaga keselamatan negara dan keharmonian kaum serta melindungi kepentingan negara dan rakyat daipada pengaruh buruk dan unsur-unsur negatif yang mungkin dipaparkan dalam sesetengah filem, sejajar dengan tuntutan prinsip-prinsip Rukun Negara. Anggota-anggota LPF terdiri dari seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan 63 orang Ahli. Mereka dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong di bawah Akta yang sama. Penapisan filem diuruskan oleh beberapa Jawatankuasa yang dikenali sebagai Panel Tapisan. Panel Tapisan akan memberi salah satu keputusan berikut :

Lulus bersih (LB)

Lulus dengan potongan (LDP)

Haram

Ditolak

3. Imej Janaan Komputer (CGI) : Imej janaan komputer (CGI) merupakan aplikasi grafik komputer ke kesan khas dalam filem, rancangan televisyen, iklan televisyen, pensimulasi dan simulasi umumnya, dan media cetak. CGI digunakan untuk kesan visual kerana kesan lebih terkawal berbanding proses fizikal yang lain, seperti membina miniatur untuk kesan rakam atau orang ramai, dan kerana ia membenarkan pembuatan imej yang tidak mampu dilakukan oleh teknologi lain. Ia juga boleh membenarkan seorang artis menerbit kandungan tanpa penggunaan pelakon, hiasan, atau barang lakonan.

4. Tan Sri P.Ramlee : Tan Sri Dr. P. Ramlee (1929 - 1973) atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemain muzik dan penulis lagu terkenal di Malaysia dan Singapura.

5. Gagasan 1Malaysia : '1Malaysia' adalah satu gagasan peribadi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April 2009. Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya. Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara evolusi.

6. Persatuan Penulis Skrin Malaysia (SWAM) : SWAM ialah singkatan bagi PERSATUAN PENULIS SKRIN MALAYSIA (Screenwriters Guild of Malaysia) iaitu sebuah persatuan penulis skrip (atau penulis skrin) yang didaftarkan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada tahun 1996 dengan Nombor Pendaftaran 2401/96 (Wilayah Persekutuan).

7. Ismail Ahmad : Presiden SWAM bagi sesi 2009-2010 yang berkuatkuasa pada 15 Februari 2009.

Page 7: MUTU INDUSTRI PERFILEMAN DAN DRAMA DI MALAYSIA

8. Steven Allan Spielberg : Steven Allan Spielberg (lahir 18 Disember 1946) ialah seorang pengarah dan penerbit filem berbangsa Amerika Syarikat. Spielberg ialah seorang pemenang Anugerah Academy tiga kali dan juga pembikin filem yang paling banyak memperoleh hasil jualan, iaitu hampir $8 bilion dari seluruh dunia.

9. Mark Burnett : Mark Burnett (lahir 17 Julai 1960) merupakan Produser Televisyen Britian. Dia dikenali apabila telah memperkenalkan pertandingan berdasarkan genre rancangan realiti TV kepada United States.

10. Impak Maksima : sebuah filem buatan Malaysia yang bertemakan aksi lumba kereta haram yang melibatkan teknik drifting. Filem arahan Ahmad Idham yang membariskan bintang muda termasuk Awal Ashaari dan Cat Farish serta pelakon terkenal Eizlan Yusof ini ditayangkan di pawagam Malaysia pada 23 Ogos 2007.

11. Geng : Pengembaraan Bermula : Geng: Pengembaraan Bermula (juga Geng: The Adventure Begins untuk pasaran luar negara, asalnya Geng: Misteri Hantu Durian) dilaungkan sebagai filem cetera animasi 3D CGI pertama yang dihasilkan di Malaysia. Filem yang telah dibangunkan oleh syarikat Les' Copaque Production ini menemui penonton di pawagam-pawagam seluruh Malaysia pada 12 Februari 2009.

12. Plot : Plot ialah susunan peristiwa dalam sesuatu cerita. Bersama dengan watak, latar, tema dan gaya, plot dianggap salah satu komponen asas cereka. Plot terdiri daripada permulaan, perkembangan, perumitan, puncak dan peleraian.

13. E.M Forster : (lahir 1 Januari 1879 – 7 Jun 1970), merupakan novelis Inggeris, penulis cerpen, esei, dan juga karyawan seni serba boleh.

Page 8: MUTU INDUSTRI PERFILEMAN DAN DRAMA DI MALAYSIA

Rujukan

1. http://torrent.jiwang.cc

2. http://www.finas.gov.my/

3. http://prpm.dbp.gov.my

4. Akhbar Berita Harian sisipan Bintang Popular

5. http://www.filemkita.com

6. http://ms.wikipedia.org

Page 9: MUTU INDUSTRI PERFILEMAN DAN DRAMA DI MALAYSIA

Lampiran

Page 10: MUTU INDUSTRI PERFILEMAN DAN DRAMA DI MALAYSIA