sastera bandingan

16
BAB 1 : SASTERA DALAM PENGISIAN KURIKULUM BAHASA MELAYU (SUKATAN PELAJARAN) 1. Ilmu - Ilmu merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin. - Contohnya ilmu dalam bidang sains, geografi dan lain-lain yang dapat digunakan untuk memperkembang ilmu bahasa dan kemahiran bahasa. - Pengetahuan juga termasuk perkara semasa yang boleh dipertimbangkan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran. 2. Nilai - Penyerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayu adalah untuk melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak mulia. - Selain itu, penghayatan dan amalan nilai murni bertujuan membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berperibadi mulia. - Keperihatinan dan pemahaman bahawa Malaysia ialah negara pelbagai budaya harus dipupuk secara langsung dan tidak langsung. Ini seterusnya dilanjutkan kepada pemahaman di peringkat antarabangsa selaras dengan keperluan globalisasi. 3. Peraturan Sosiobudaya - Peraturan sosiobudaya dalam pendidikan Bahasa Melayu meliputi kesantunan bahasa, laras bahasa, dan peribahasa yang diamalkan dalam masyarakat Malaysia. 4. Kemahiran Bernilai Tambah - Kemahiran bernilai tambah mengutamakan pengalaman di bilik darjah sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar murid serta senario dunia yang global. Sehubungan dengan itu, kurikulum Bahasa Melayu menyepadukan kemahiran lain agar memenuhi keperluan semasa pengajaran dan pembelajaran. a) Kemahiran Berfikir - Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. - Kemahiran berfikir , sama ada dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan.

Upload: kaloi07

Post on 30-Dec-2015

236 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Nota ringkas sastera bandingan

TRANSCRIPT

Page 1: SASTERA BANDINGAN

BAB 1 : SASTERA DALAM PENGISIAN KURIKULUM BAHASA MELAYU (SUKATAN PELAJARAN)

1. Ilmu

- Ilmu merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin.

- Contohnya ilmu dalam bidang sains, geografi dan lain-lain yang dapat digunakan untuk memperkembang ilmu bahasa dan kemahiran bahasa.

- Pengetahuan juga termasuk perkara semasa yang boleh dipertimbangkan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran.

2. Nilai

- Penyerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayu adalah untuk melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak mulia.

- Selain itu, penghayatan dan amalan nilai murni bertujuan membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berperibadi mulia.

- Keperihatinan dan pemahaman bahawa Malaysia ialah negara pelbagai budaya harus dipupuk secara langsung dan tidak langsung. Ini seterusnya dilanjutkan kepada pemahaman di peringkat antarabangsa selaras dengan keperluan globalisasi.

3. Peraturan Sosiobudaya

- Peraturan sosiobudaya dalam pendidikan Bahasa Melayu meliputi kesantunan bahasa, laras bahasa, dan peribahasa yang diamalkan dalam masyarakat Malaysia.

4. Kemahiran Bernilai Tambah

- Kemahiran bernilai tambah mengutamakan pengalaman di bilik darjah sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar murid serta senario dunia yang global. Sehubungan dengan itu, kurikulum Bahasa Melayu menyepadukan kemahiran lain agar memenuhi keperluan semasa pengajaran dan pembelajaran.

a) Kemahiran Berfikir- Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid

melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.

- Kemahiran berfikir , sama ada dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan.

Page 2: SASTERA BANDINGAN

b) Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi

- Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajarkan kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian, dan mengakses maklumat melalui internet.

c) Kemahiran Belajar Cara Belajar

- Kemahiran belajar cara belajar perlu diajarkan kepada murid supaya mereka peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan.

- Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan, cekap bertindak untuk menghadapi dunia yang sering berubah, dan mengamalkan pembelajaran seumur hidup.

d) Kajian Masa Depan

- Kajian masa depan ialah satu pendekatan pembelajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu isu atau permasalahan yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan masa depan.

- Ini bermakna, murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, sertamengendalikan perubahan supaya murid mendapat manfaat yang maksimum.

e) Kecerdasan Pelbagai- verbal-linguistik, logikmatematik, muzik,

kinestetik, visual-ruang, interpersonal, intrapersonal, dan naturalis.

- guru perlu mengembangkan potensi kecerdasan mrd dgn menyediakan gaya pembljarn yg sesuai dgn minat dan kecenderungan mereka kerana setiap individu m’punyai kecerdasan d kebolehan yg berbeza.

f) Pembelajaran Konstruktivisme

- Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.

- Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin, dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat.

g) Pembelajaran Kontekstual

- kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat, dan alam pekerjaan.

- disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit yang melibatkan latih amal dan berfikir

- Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan mereka.

Page 3: SASTERA BANDINGAN

BAB 2 : PENDEKATAN PEMAHAMAN TEKS

KAEDAH MENGALAMI DAN MENGHAYATI

Ciri-ciri :

1. Berasaskan matlamat penghayatan dan penikmatan terhadap sastera.

2. Pelajar akan dibawa untuk menghayati karya sastera terlebih dahulu sebelum diajar aspek2 yang membentuk sesebuah karya.

3. Penghayatan akan berlaku dengan adanya pertembungan antara pengalaman sedia ada peljar dengan pengalaman baharu dalam teks.

Page 4: SASTERA BANDINGAN

4. Kajian terhadap karya sangat rapi. Pelajar diminta menyelami isi karya dengan mendalam.

5. Walaupun p dan p bersifat induktif, pelajar akan akan sentiasa dibimbing oleh guru untuk membuat kajian scr terperinci terhadap karya.

6. Memerlukan penglibatan pelajar yang sangat meluas dalam p dan p.

7. Penggunaan bbm yang boleh mewjudkan lagi penghayatan.

8. Pelajar dilatih menjalankan aktiviti sendiri iaitu analisis, kritik dan nilai karya.

P dan P pendekatan mengalami dan menghayati

Set induksi :

- Wujudkan pertembungan antara pengalaman sedia ada pelajar dengan pengalaman baharu dalam teks.

- Mslnya, karya episod kematian watak utama. Guru boleh menyoal secara terbuka mengenai kematian. Selain menyoal, boleh berdialog, lakonan dll.

- Berupaya mewujudkan deria rasa.

Penyampaian isi

Untuk mujudkan penghayatan :

- perlu memastikan pelajar menghayati terlebih dahulu seni sastera yang diperkenalkan dalam bilik darjah.

- Boleh guna teknik eksposisi iaitu menceritakan sedikit kandungan karya sebelum diikuti aktiviti lain.

- Guru boleh menghidupkan isi karya di dalam kelas bertujuan untuk penghayatan sepenuhnya oleh murid. Contoh : suasana dalam cerita dapat dihidupkan dengan memperdengar bunyi-bunyi semula jadi,.

- Nada suara, mimik muka dll sangat penting untuk tujuan penghayatan.

- Digalakkan menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai supaya p dan p lbh berkesan. Misalnya, carta plot.

Untuk menilai pelajar menghayati sepenuhnya :

- Menjalankan aktivti yang merangsang dan menggalakkan pelajar membuat perenungan (penghayatan). Memerlukan strategi penyoalan yang sistematik. Soalan tersebut haruslah mempunyai hubung kait dengan pengalaman pljr itu sendiri (apa yang dirasa, andai mereka jadi watak, adakah tindakan watak itu wajar)

- Rangsang pelajar untuk menganalisis melalui forum, perbahasan selpas penyampaian isi.

- Dalam aktivti berkumpulan, digalakkan penggunaan nama kumpulan berdasarkan nama watak dalm karya.

Penutup

- Guru buat rumusan atau pelajar.

Kelebihan

1. Penglibatan pelajar – berjaya memupuk keyakinan diri yang tinggi.

2. Berupaya membuat penghuraian, penganalisian dan penilaian.

3. Mewujudkan daya kreativiti dan pertimbangan sendiri.

4. Meningkatkan kefahaman penghayatan dan minat terhadap sastera.

5. Mampu memberikan kepuasan dan meninggalkan kesan yg mendalam dalam diri murid.

KAEDAH STRUKTURAL

- Pendekatan intrinsik yang digunakan untuk menganalisis sesebuah karya sastera berdasarkan struktur unsur-unsurnya.

- karya sastera dianggap sebagai sebuah struktur.- Karya sastera hadir dan dibangunkan oleh

sejumlah unsur yang beperanan penting.

Page 5: SASTERA BANDINGAN

- Sesuatu unsur dalam karya sastera tidak akan mampu untuk memberikan makna keseluruhan jika tiada unsur-unsur yang lain.

- Pemahaman terhadap setiap elemen struktur dan perhubungannya diberikan perhatian.

- Sesebuah karya itu berdiri sendiri dan bebas.- Tidak mengambil kira aspek penghayatan dan

pengnikmatan dalam karya.

P dan P Pendekatan Struktural

- Unsur-unsur struktur diperkenalkan terlebih dahulu sebelum pengajaran dimulakan dan kemudian setiap unsur itu dijelaskan secara terperinci.

- Kaedah ini menggunakan pendekatan induktif. Para pelajar dibimbing mencari dan menemui objektif tertentu elemen struktur. Kaedah ini memerlukan guru yang mahir dan tahu secara mendalam perhubungan elemen struktur tersebut.

- Perhubungan antara elemen dipertontonkan secara langsung dalam karya yang menunjukkan bagaimana unsur-unsur ini bekerjasama dan akhirnya terhasil karya yang padu.

- Pembelajaran lebih banyak dipandu oleh guru. Walaupun pelajar dibenarkan membincangkan sesuatu isu tentang elemen struktur, tetapi perbincangan itu tidak boleh keluar daripada acuan yang telah ditetapkan oleh guru.

- Bahan bantu mengajar (BBM) tidak dipentingkan, tetapi kefahaman elemen struktur sahaja dan ini memadai dengan penerangan dan perbincangan ringkas sahaja.

- Kaedah ini sesuai di peringkat tinggi sahaja.

Kelebihan

- Kaedah ini dianggap memudahkan pelajar mengkaji unsur estetika, artistik dan keunikan sastera dengan mengambil kira aspek intinsiknya.

KAEDAH BERFOKUS

- Fokus pd kandungan & isi pelajaran

- 2 tumpuan :Tumpuan Utama : FOKUS UTAMATumpuan Kedua : Fokus Sampingan (lbh drpd 1 & utk bantu & kuatkn fokus utama)

- FU : Pkara paling menonjol dlm karya yg mahu diberi penekanan

- FU & FS boleh bertukar ganti

KAEDAH GLOBAL

- kaedah mudah spt simulasi khasnya bdrama.- Mesti bsesuaian dgn thp keupayaan murid &

situasi murid krn meliputi kesesuaian tatacara kehidupan (permainan) kanak2.

- kaedah ini dilakukan secara bebas.

P dan P Pendekatan Global

- Murid membaca dan menghayati karya sastera yang diberikan oleh guru.

- Guru meminta murid mencari persoalan yg menarik dalam karya sastera.

- Dalam suasana informal guru meminta murid berlakon dan melakukan gaya aktiviti di atas untuk lakonkan watak.

- Guru boleh mengadakan aktiviti seperti:-

lakonan berasaskan gambarlakonan berasaskan skriplakonan guna topenglakonan guna cerita berlagu

Kriteria Menilai Karya Guna Kaedah Global

- Meneliti sesuatu aspek karya secara menyeluruh, bukannya terpisah-pisah.

- Melihat hubungan elemen atau komponen yang membina karya

- Elemen atau komponen karya dinilai secara impression, am dan spontan.

- Penilaiannya adalah bersifat subjektif- Kajian atau penilaian boleh dilakukan secara

separuh global sebelum menjurus kepada aspek khusus yang hendak dikaji.

Page 6: SASTERA BANDINGAN

BAB 4 : SASTERA BANDINGAN

Disiplin ini tercetus kesan daripada reaksi pengkaji sastera yang ekstrem terhadap perubahan semangat kebangsaan pada abad ke-18.

Kajian merangkumi pelbagai bentuk sastera sesuatu bangsa dan membandingkannya dengan sastera bangsa yang lain.

Kajian merangkumi dua aspek iaitu vertikal iaitu tentang aspek masa dan horizontal iaitu tentang aspek ruang.

Ada 2 mod kajian bandingan;

Page 7: SASTERA BANDINGAN

1. Merentas negara/bangsa 2. Merentas disiplin

Merentas negara

Tematik 1. Bandingan tema antara karya sastera.2. Contohnya; Pulang Si Tenggang

(Muhammah Haji Salleh) dengan The Bamboo Dancers (Gonzalez). Kedua-dua karya ini bertemakan pengembaraan mencari identiti.

Genetik 1. Kajian mengenai bandingan asal usul, untung

nasib, penerimaan, pengaruh, terjemahan.2. Terjemahan bertujuan untuk melihat sejauh

mana hubungan bahasa asal dan bahasa sasaran serta ketepatan dan keindahan yang digarap orang pengarangnya. Contoh; Orang Asing (Ainon Muhammad) dengan The Outsider (Albert Camus).

3. Pengaruh yang boleh melibatkan bandingan karya mengikut zaman. Contoh, novel Perlumbaan Kedua (Marwilis Haji Yusof) yang terpengaruh dengan cerita asal Perlumbaan Arnab dengan Kura-kura.

Generik1. Berkaitan dgn ciri-ciri khusus yg dimiliki

dalam sesuatu genre seperti epik, novel, cerpen, sajak, drama dll.

2. Contoh; banding ciri-ciri puisi Penerimaan (Chairil Anwar) dengan Kusangka (Amir Hamzah).

3. Dalam Penerimaan, ‘Aku’ masih boleh menerima dan menanti gadis yang dicintai walau sudah tidak suci lagi, namun dalam Kusangka, ‘Aku’ sudah tidak mahu menerima lagi gadis yang dicintainya setelah tidak suci lagi.

Keselarian 1. Misalnya, unsur yang melahirkan karya iaitu

diri pengarang dan persekitarannya.2. Contohnya; Shahnon Ahmad dan Kamala

Markandaya dibesarkan dan dibudayai oleh kehidupan masyarakat tani. Dapat dilihat melalui persamaan novel mereka yang berlatar belakangkan masyarakat tani iaitu Ranjau Sepanjang Jalan (SA) dan Madu Dalam Saringan (KM)

3. Contoh; novel Daerah Zeni (A.Samad Said, Malaysia) dengan novel Jalan Flander (C.Simon, Perancis) merupkan karya sastera antara negara berlainan namun dikatakan C.Simon merupakan pengikut neuveau roman yang tidak begitu setia dan A.Samad Said juga terpengaruh dengan aliran neuveau roman dan juga tidak setia.

Konsentrik1. dengan perspektif serta konteks ruang-waktu

tetap diberikan2. perhatian sewajarnya. Akhirnya, suatu

kontinum (kesinambungan)3. sastera dapat diwujudkan dalam binaan

konsentnik yang jelas4. tahap-tahapnya:5. 1. Kontinum pengarang,6. 2. Kontinum tradisi,7. 3. Kontinum bahasa,8. 4. Kontinum nasional,9. 5. Kontinum wilayah; dan,10. 6. Kontinum dunia.711. 1012. PERSOALAN DI MALAYSIADAN

ASIATENGGARA13. Dari suatu zarah kecil pengarang dan

karyanya, binaan kontinum14. konsentrik terus membesan ke tahap tnadisi

sesuatu etnik,15. bahasanya, bangsanya, wilayahnya (sepenti

Nusantara dan Asia

Page 8: SASTERA BANDINGAN

16. Tenggara) hinggalah ke kontinum tentinggi di peringkat dunia.

17. Laluan yang disediakan oleh kesusasteraan bandingan

Merentas disiplin

Sastera dengan seni lain1. Bandingan sastera dengan seni tampak,

muzik dll)2. Contoh; Bandingan subplot yang serupa atau

hampir serupa yang berulang-ulang dalam sesebuah karya sastera dengan refrain atau leitmotive dalam muzik.

3. Bandingan citra (gambaran atau imej) bagi aliran romantisme dalam seni sastera (karya sastera) dan seni lukis.

Sastera dan disiplin lain- Konsep dan aspek tertentu dalam karya

sastera dengan konsep dan aspek tertentu dalam seni atau ilmu lain atau kepercayaan.

- Contoh; Perbandingan antara aspek penceraian dalam novel Di Bawah Lindungan Kaabah (Hamka) dengan sesebuah buku syariah tentang penceraian.

Sastera dan kepercayaan- mengkaji bahan-bahan itu sebab berdasarkan

latar- budaya dan agama yang seiras dan mungkin

berbeza tadi, dapat- kita fahami bagaimana keadaan itu

mencorakkan karya mereka.- Memang sudah pernah dilakukan kajian

tentang Cerita-cenita Panji- dan Cerita Sen Rama yang terdapat di negara

Asia Tenggara

Interteks

- Tiap-tiap karya wujud dalam hubungannya dengan karya-karya lain yang mendahuluinya.

- Setiap teks merupakan penyerapan (transformasi) teks-teks lain.

- Kajian intertekstual dimaksudkan sebagai kajian terhadap sejumlah teks yang diduga mempunyai bentuk-bentuk hubungan tertentu. Misalnya, untuk menemukan adanya hubungan unsur-unsur intrinsik seperti idea, gagasan, peristiwa, plot, penokohan, dan gaya bahasa di antara teks-teks yang dikaji.

- Secara lebih khusus dapat dikatakan bahwa kajian interteks berusaha menemukan aspek-aspek tertentu yang telah ada pada karya-karya sebelumnya dan pada karya yang muncul kemudian.

- Maksudnya, setiap teks, mengambil hal-hal yang baik lalu diolah kembali dalam sebuah karya baru atau karya baru itu ditulis setelah melihat, mencerapi, menyerap hal yang menarik sama ada secara sedar maupun tidak sedar.

- Teks yang menjadi latar penciptaan karya baru disebut hipogram, dan teks baru yang menyerap dan mentransformasikan hipogram disebut teks transformasi (Riffaterre, 1978).

- Contoh; Teeuw (1983) membandingkan antara sajak Berdiri Aku karya Amir Hamzah dengan Senja di Pelabuhan Kecil karya Chairil Anwar.

- Contoh; novel Layla Majnun (Nizami) dengan Romeo and Juliet (William Shakespeare).

Parodi

- Hutchinson (1983), parodi ialah satu menifestasi pengaruh yang diperlihatkan oleh pengarang dalam sesebuah karya sama ada karya sastera, lukisan ataupun teater dan, pengaruh itu dimanifestasikan secara luar biasa daripada karya asal.

- Karya sastera, seni, dsb yg meniru gaya pengarang atau pencipta lain dgn cara yg melucukan atau menyindir.

- Parodi yang dihasilkan oleh seseorang pengarang boleh bensifat mengkritik, menyindir ataupun

Page 9: SASTERA BANDINGAN

melucukan ke atas model ataupun karya asal; dan ia dihasilkan dengan mempunyai mesej tertentu.

- Untuk sesebuah karya parodi itu “hidup”, ataupun dihayati oleh pembaca, maka ia terpaksa bersandar pada sebuah karya yang sudah dikenali umum, dan pertalian itu begitu jelas.

- Parodi bukan bermakna pengarang itu ketandusan idea untuk berkarya sehingga terpaksa meniru karya lain. Sebenarnya,

- untuk menghasilkan sesebuah kanya panodi memerlukan kreativiti tententu seperti yang lazim diperlukan oleh seseorang pengarang untuk benkarya.

- Contoh; Perlumbaan Kedua (Manwilis Haji Yusof) dan Wan Empuk Kakak Wan Malani (Shahnon Ahmad)

Perlumbaan Kedua (Manwilis Haji Yusof)

- mendapat kesan pengaruh daripada tipa yang terdahulu iaitu “Perlumbaan Kura-kura dengan Amab”

- menggubah sebuah cerita baru berdasarkan kisah tersebut.

- Bertujuan untuk menyindir gaya penulisan pengarang rakyat yang tidak dikenali namanya.

- mungkin suatu kritikan secara langsung atau sebaliknya.

- mungkin menyindir dan mempersenda secara bersahaja; atau mungkin bertujuan mengkritik secara bijaksana terhadap karya(cerita) asal.

- Contohnya; tiba-tiba Sang Kancil yang pada suatu ketika dahulu (cerita asal) dikenali sebagai haiwan bijaksana dan arif — pernah beberapa kali berjaya menipu, menjadi hakim, dan pernah juga tertipu, muncul mencabar Arnab yang tangkas agar berlumba lagi dengan kura-kura dalam Perlumbaan Kedua.

Wan Empuk Kakak Wan Malani (Shahnon Ahmad)

- Membaca cerpen ini akan membuatkan pembaca mengimbas kembali Sejarah Melayu. Perhubungan cerpen ni dengan Sejarah Melayu adalah suatu perhubungan yang bersifat parasitic, kerana WEKWM “hidup” bensardar pada sebuah karya yang lebih besar dan sudah dikenali umum.

- Parodi dilakukan terhadap peristiwa kemunculan ketiga-tiga anak Raja Suran yang berbeza.

- Dalam WEKWM, Shahnon Ahmad menggambarkan bahawa Raja Suran dan ketiga-tiga anaknya itu bukan berasal dari laut seperti yang dipaparkan dalam Sejarah Melayu, tetapi dari Tanah Keling.

- Kemunculan ketiga-tiga anak Raja Suran di Bukit Siguntang pula tidak mengubah keadaan tempat Wan Empuk dan Wan Malini berhuma.

Kelebihan Sastera Bandingan

1. Sastera di Malaysia akan diangkat tahap nasionalnya ke tahap internasional. Tidak lagi dianggap kelompok marginal yang ketinggalan dan berada pada tahap yang lama.

2. Karya sastera Melayu akan disegani apabila3. Pengkaji dapat menghayati dan memahami

karya sastera walaupun dari luar lingkungan atau budaya sendiri.

4. Menemukan unsur nilai atau unsur kesejagatan dalam sastera yang dapat memupuk rasa kefahaman dan kehormatan dalam kalangan manusia.

5. Membolehkan pengkaji mengatahui adanya unsur peniruan, penciplakan dan pengaruh apabila mengkaji dua atau lebih karya.

Page 10: SASTERA BANDINGAN

SASTERA KANAK-KANAK

Def : Sastera awal kanak2 ialah sastera yang dihasilkan dalam bentuk buku yg boleh dibaca oleh kanak-kanak dan mampu menimbulkan keseronokan kpd mereka.

Othman Puteh (1988) bahan bacaan sastera kreatif yg tercetus dpd pengamatan, pengalaman dan kreativiti pengarang yg releven dgn perkembagn psikologi remaja 12-20 thn.

Konsep pntng berhubung pendidikan dgn pembacaan ialah kesediaan atau persiapan sblm membaca (reading readiness)

Page 11: SASTERA BANDINGAN

Kanak2 perlu didedahkan dgn aktivti membaca buu cerita, melihat plbgai jns buku, cara jaga buku dan kumpul buku brwarna-warni.

Kanak2 sudah menguasai asas bahasa spt semantik, sintaksis dan pragmatik –usia 5 thn.

Ciri-ciri sastera kanak-kanak dan remaja

- Dilakukan dalam bentuk tulisan dan ilustrasi utk capai tahap tertinggi dlm sastera

- Menggunakan bahasa indah, baik dalam cara pengucapan atau bertulis.

- Digunakan sebagai bahan hiburan atau bahan pengajaran utk mengenal diri dan masyrakat sesuatu bangsa (Atan Long, 1997)

- Terdiri daripada cerita, puisi, drama, cerpen, novel, hikayat dll.’

- Boleh berbentuk mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

- Pada peringkat awal, bahan spt buku bgmbr yang berwarna dan bhn bacaan yang diaplikasikan dalam bntuk audio visual. Sebab kanak2 mmbca banyak bergantung kpd ketajaman deria pendengaran dan penglihatan.

Fungsi sastera kanak-kanak

- Misran Rokimin (2001), agen pembangunan yg menjurus kpd pmbangunan diri seseorang manusia dr aspek emosi, pemikiran dan kebahasaannya.

- Sebagai hasil kehidpan jiwa yg terjelma untuk gambarkan kehidupan masyrakat remaja melalui perasaan dan fikiran yg lahir dgn bantuan bahasa.

- Memperkaya pengalaman dan pengetahuan.- Merangsang minat dan menghidupkan daya

imaginasi dan mendorong daya fikir kritis dan kreatif.

- Medium utk mendekatkan dan membiasakan mereka degn bahan sastera. Misalnya, konsep cerita binatang.

- Memberi pendedahan awal kpd kanak-kanak mengenai erti sebenar khdpn. Misalnya, cerita yg ada aspek politik, falsafah, sains, agama, pdikologi dll.

BAB 6 : ELEMEN DALAM SASTERA

1. Sinopsis2. Tema dan Persoalan3. Watak dan Perwatakan4. Plot5. Latar6. Sudut Pandangan (Pilihan sahaja)7. Gaya Bahasa8. Nilai9. Pengajaran

Sinopsis

Page 12: SASTERA BANDINGAN

- Ringkasan cerita lebih kurang 100 -150 patah perkataan.

- Mengandungi huraian cerita mengikut urutan masa berdasarkan plot.

Tema dan Persoalan

- Tema ialah persoalan utama yang diungkapkan dalam sesuatu karya, sama ada secara langsung (eksplisit) atau tidak langsung (implisit).

- Persoalan bermaksud perkara-perkara sampingan atau isi yang lebih kecil yang ada hubungannya dengan tema sesuatu karya.

Watak dan Perwatakan

- Watak ialah pelaku atau tokoh dalam sesuatu karya yang menggerakkan cerita dengan cara berinteraksi sesama watak dan alam.

- Perwatakan pula ialah pelukisan tentang watak dari aspek luaran dan dalaman.

- Pelukisan watak itu boleh dilakukan secara langsung atau secara tidak langsung olen pengarang melalui aksi, tutur kata, atau watak-watak berkenaan.

- Dalam sesuatu cerita lazimnya terdapat istilah yang berkaitan dengan aspek watak, iaitu watak utama, watak sampingan, watak bundar, watak pipih, watak dinamik, watak statik, protagonis dan antagonis.

- Sifat perwatakan digambarkan melalui tindak-tanduknya, cara berfikir, cara bercakap, rupa paras, fizikalnya, kepercayaannya dan ideologi, serta gambaran perasaan seseorang atau watak itu.

- Watak yang berperanan amat penting disebut watak utama. Watak yang kurang penting dalam cerita disebut watak sampingan.

- Watak pipih lazimnya tidak kompleks, tidak berkembang, dan tidak memeranjatkan pembaca.

- Watak bulat amat menarik kerana watak jenis ini menuju ke pelbagai arah sama ada menambah pengalamannya, mengubah sikapnya, dan fizikalnya.

- Watak dinamik ialah watak yang mengalami pelbagai konflik, persoalan, dan permasalahan dari awal hingga akhir.

- Watak statik atau kaku tidak mengalami apa-apa perubahan, perkembangan, dan tidak bergerak.

- Watak protagonis ialah watak utama dalam sesebuah cereka. Watak ini tidak semestinya orang yang baik, tampan, dan berperikemanusiaan. Dia mungkin diktator, koruptor, penjenayah, dan sebagainya. Watak antagonis menjadi penentang atau lawan kepada watak protagonis.

- Walaupun begitu, untuk kajian komsas, hanya watak utama dan watak sampingan yang diberikan tumpuan.

Plot

Binaan plot

- Plot ialah sesuatu yang menghubungkan peristiwa-peristiwa dalam sesebuah cerita. Setiap penstiwa dari awal hingga akhir berdasarkan hukum sebab dan akibat.

- Plot mengemukakan perkara yang terjadi dan sebab perkara itu terjadi. Setiap perkara berhubungan berdasarkan faktor-faktor sebab dan akibat.

- Susunan cerita bergantung pada fantasi dan kreativiti pengarang. Plot dirangka dengan teliti dan tidak semestinya berurutan peristiwanya dari awal hingga akhir atau kronologi.

- Plot ialah penyusunan kronologi yang diubah suai mengikut kemahuan pengarang.

- Teknik penyusunan plot yang menarik ialah penyusunan peristiwa secara tidak kronologi. Pengarang haruslah cekap, kreatif, dan bijaksana menyusunnya sehingga mencapai peleraian.

- Permulaan plot ialah peringkat permulaan (eksposisi), iaitu untuk memperkenalkan watak-watak, latar, dan suasana.

- Perkembangan plot mengakibatkan konflik.- Peristiwa berkembang kepada peringkat

pertengahan cerita, iaitu perumitan (komplikasi).

Page 13: SASTERA BANDINGAN

- Perumitan menuju kepada puncak (klimaks) apabila tercapainya konsentrasi yang maksimum.

- Kemudian urutan cerita menuju kepada peleraian. Kadang-kadang puncak dijadikan pengakhiran cerita bagi sesetengah cereka.

Teknik Plot

- Teknik plot ialah cara pengarang mengembangkan plot ceritanya supaya menarik.

- Antara teknik plot termasuklah seperti yang berikut:

(a) Imbas kembali

- Imbas kembali merupakan suatu teknik pengarang mengenang semula peristiwa yang pernah dialaminya.

- Peristiwa itu boleh diimbas kembali melalui pemerian pengarang atau khayalan, dialog, monolog, atau monolog dalaman

(b) Imbas muka

- Imbas muka merupakan cara pengarang memberikan bayangan awal atau ramalan tentang sesuatu peristiwa yang akan berlaku kesan daripada aksi-aksi watak dalam cerita berkenaan.

- Imbas muka dapat mewujudkan keyakinan dalam kalangan pembaca terhadap sesuatu yang akan berlaku.

(c) Saspens

- Saspens atau ketegangan ialah peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu di kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.

(d) Konflik

- Konflik merupakan pertentangan antara dua pihak atau dua kekuatan dalam satu urutan plot.

- Konflik boleh berlaku secara dalaman, iaitu konflik dalam diri watak dan secara luaran, iaitu

antara watak dengan watak yang lain atau antara watak dengan alam sekitar.

- Konflik dapat juga digambarkan melalui pertentangan pendapat, idea, sikap, atau pemikiran?

(e) Kejutan

- Kejutan ialah perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga oleh pembaca.

- Lazimnya, kesan yang timbul daripada kejutan tidak sama dengan yang diduga oleh pembaca.

(f) Dialog

- Dialog merupakan pertuturan antara dua watak atau lebih daripada dua watak.

- Melalui dialog antara watak-watak inilah biasanya tergambar pendapat atau fikiran yang berkaitan dengan tema.

Latar

- Latar berperanan memberikan suasana kepada peristiwa dan manusia yang terdapat dalam cerita.

- Latar penting dalam mengembangkan tema, persoalan, plot, watak, dan perwatakan. Idea, plot, dan watak akan lebih hidup jika berada dalam situasi pelbagai latar.

- Latar merangkumi pelukisan geografi, topografi, pemandangan, bangunan, peralatan, tanggungjawab watak, waktu, dan sebagainya.

- Latar terbahagi kepada empat jenis, iaitu:

(a) Latar tempat

Merupakan ruang atau tempat peristiwa berlaku yang berkaitan dengan lokasi geografi.

(b ) Latar waktu atau masa

Menunjukkan masa peristiwa berlaku seperti zaman, era, sejarahnya, atau musimnya.

Page 14: SASTERA BANDINGAN

(c) Latar masyarakat atau citra masyarakat

Menunjukkan gambaran keadaan masyarakat dalam cerita merangkumi bangsa atau etnik, status dan kehidupan sosial, ekonomi, dan sebagainya yang bersesuaian dengan watak.

(e) Latar peralatan cerita dan watak

Alatan yang digunakan oleh watak dalam sesebuah cerita.

Sudut Pandangan (Aspek pilihan sahaja)

- Sudut pandangan berperanan untuk mengisahkan sesuatu cerita dan menjelaskan pihak yang men-ceritakan sesuatu kisah. Maka sudut pandangan mempunyai hubungan yang erat dengan watak.

- Menurut Anwar Ridhwan (1985), sudut pandangan ialah cara bagaimana pembaca dihidangkan dengan bahan cerita atau bagaimana pengarang memilih cara yang terbaik untuk menyampaikan ceritanya.

- Teknik sudut pandangan:

(a) Sudut pandangan orang pertama

- Pengarang bercerita sendiri atau terlibat dalam cerita sebagai watak utama atau watak sampingan. Sudut pandangan ini disebut sebagai gaya aku, iaitu cerita itu dibawakan seluruhnya oleh watak aku, orang pertama, secara subjektif. Maknanya pengarang terlibat secara aktif. Teknik ini digunakan untuk menjadikan cerita lebih realistik.

(b) Sudut pandangan orang ketiga tidak terbatas (serba tahu)

- Kerap digunakan oleh pengarang yang mengisahkan ceritanya melalui watak lain menggunakan kata ganti nama diri ketiga, iaitu dia dan mereka atau lengkap dengan nama. Pengarang bersikap serba tahu dan bebas

bercerita untuk mengemukakan emosi, fikiran, dan pergolakan jiwa watak-watak.

(c) Sudut pandangan orang ketiga terbatas

- Pengarang tidak menceritakan semua peristiwa atau watak tetapi hanya akan memilih watak-watak tertentu dan penceritaannya tertumpu kepada mereka. Watak-watak lain diceritakan serba sedikit sahaja.

(d) Sudut pandangan objektif

- Pengarang hanya menceritakan segala sesuatu yang dilihat dan didengarnya (melapor) dan masih menggunakan kata ganti nama diri ketiga. Bezanya pengarang tidak terlibat dalam cerita. Maka pembaca berpeluang membuat penilaian sendiri terhadap cerita tersebut.

Gaya Bahasa

Jenis Gaya Bahasa

(a) Diksi

Bermaksud pemilihan dan penyusunan kata-kata oleh pengarang daiam karyanya.

Harus memperlihatkan kesesuaian kata yang dipilih dengan tema dan persoalan, latar, watak, dan mesej

(b) Ayat

Merujuk kepada cara pengarang membina dan menyusun ayat daiam karyanya, misalnya ayat pendek dan ayat panjang

(c) Personifikasi

Dikenal juga sebagai perorangan atau penginsanan

Membawa maksud tindakan pengarang memberikan sifat manusia, sama ada dari

Page 15: SASTERA BANDINGAN

segi perasaan, perwatakan, atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati, binatang, idea, atau hal-hal yang abstrak.

Contohnya: ...matahari pagi bangkit daripada selimut gunung, benaknya mendandan sejuta persoalan

(d) Simile

Merupakan perbandingan yang menggunakan kata konkrit (boleh dihitung) dengan kata abstrak (tidak boleh dihitung)Contohnya: perahu duka, ladang kesabaran

(e) Metafora

Merupakan perbandingan secara terus atau langsung tanpa menggunakan kata-kata seperti, bak, umpama, ibarat, dan sebagainyaContohnya: samudera hampa, lautan fikiran

(f) Hiperbola

Merupakan sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud yang sebenarnyaContohnya: serihu lautan sanggup diharungi

(g) Sinkof

Bermaksud penyingkatan perkataan

Contohnya: "Apa dah jadi ni?"

(h) Rima

Bermaksud bunyi akhir suku kata pada tempat yang bersetentang antara dua baris atau lebih daripada dua baris daiam puisi.

Terdiri daripada rima awal, rima dalam, dan rima akhir

(i) Asonansi

Merupakan pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris-baris sajak

Contohnya: pengulangan vokal “u” dalam baris Kerana aku penyair kupenuhi hidupku.

(j) Aliterasi

Bermaksud pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris sajak

Contohnya: pengulangan konsonan m dalam baris Memacu menghimpun kekuatan

(k) Pengulangan

Berlaku pada kata, ungkapan, baris, atau rangkap yang diulang dalam sajak

Anafora - pengulangan kata pada awal baris secara berurutan. Contohnya: Tambah mengimbau sorotan kitab MUHAMMAD ! Tambah mengimbau sorotan kitab ESA !

Epifora - pengulangan kata pada akhir baris. Contohnya: ...di pundakku ...had sepiku

Repitisi - pengulangan kata dalam baris yang sama. Contohnya, orang berbunga dia berbunga

(l) Perlambangan

merupakan kata-kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu benda, keadaan, atau peristiwa yang membawa maksud yang lain atau maknanya lebih mendalam

contohnya: senja melambangkan usia tua, pagi melambangkan usia muda.

Nilai

Page 16: SASTERA BANDINGAN

Antara contoh nilai ialah:

Baik hatiBerdikariHemah tinggiHormat-menghormatiKasih sayangKeadilanKebebasanKeberanianKebersihan mental dan fizikalKejujuran

Pengajaran

Pengajaran ialah peringatan/pedoman/perutusan/amanat/mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam karyanya kepada pembaca/penonton.

Dalam karya tradisional, ia disampaikan secara tersurat/secara langsung tetapi dalam karya moden, ia disampaikan secara tersirat/tidak langsung.