sasaran 3 dalam tgfu

9
1.0 TAJUK Permainan Kanak-Kanak Kategori Sasaran ; " BOLING KUTIP TIN " Posted by PJM 3102 at 12:10 AM Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest 2.0 MATLAMAT Permainan kanak-kanak kategori sasaran iaitu permainan “ BOLING KUTIP TIN “ ini disediakan adalah bertujuan untuk meningkatkan semangat kerjasama diantara ahli pasukan. Disamping itu, ia turut memberikan keseronokan dan kegembiraan kepada pelajar. Posted by PJM 3102 at 12:01 AM Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest 3.0 OBJEKTIF Terdapat beberapa objektif yang telah dilihat dalam permainan kanak-kanak ini . Antaranya ialah :

Upload: yahoobijak

Post on 02-Dec-2015

16 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

kategori sasaran dalam TGFU

TRANSCRIPT

1.0 TAJUKPermainan Kanak-Kanak Kategori Sasaran ;

" BOLING KUTIP TIN "

Posted by PJM 3102 at 12:10 AM Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

2.0 MATLAMATPermainan kanak-kanak kategori sasaran  iaitu permainan “ BOLING KUTIP TIN “ ini disediakan adalah bertujuan untuk meningkatkan semangat kerjasama diantara ahli pasukan. Disamping itu, ia turut memberikan keseronokan dan kegembiraan kepada pelajar.Posted by PJM 3102 at 12:01 AM Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

3.0 OBJEKTIFTerdapat beberapa objektif yang telah dilihat dalam permainan kanak-kanak ini . Antaranya ialah :

a)      Murid dapat meningkatkan tahap kemahiran psikomotor, kognitif serta tahap kecekapan dan ketangkasan individu murid itu sendiri.

b)      Dapat meningkatkan kecerdasan tubuh badan kerana permainan ini melibatkan koordinasi seluruh anggota badan.

c)       Murid dapat menggunakan pemikiran untuk mengatur strategi bagi membenarkan pasukan mereka menang.

d)      Murid dapat menjalinkan dan merapatkan hubungan diantara ahli pasukan.Posted by PJM 3102 at 12:00 AM Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, September 25, 2011

4.0 PANDUAN PELAKSANAAN PERMAINAN4.1 Senarai Jenis Alatan

Permainan kanak-kanak kategori sasaran iaitu tuju tin ini hanya melibatkan 4 jenis alatan sahaja. Alatan yang kami gunakan ialah :

1. Bola Getah 

 

atau Kertas

3. Gelung Rotan

4. Sketal  

4.2 Prosedur Pelaksanaan Permainan Mengikut Kategori Sasaran

a )  Sebelum memulakan sesuatu permainan boling tin ini, dua kumpulan perlu dibentuk. Setiap kumpulan terdiri daripada sekurang-kurangnya tiga pelontar. Jumlah pemain bagi satu pasukan adalah di antara 6-10 orang.

b ) Setelah itu, dua kumpulan tersebut akan diundi sama ada menjadi penyerangatau pelontar. Kumpulan pelontar akan bertindak sebagai pembaling, manakala kumpulan penyerang pula adalah pasukan yang akan menyerang setelah tin berjaya dijatuhkan oleh pasukan pelontar.

c ) Undian boleh dilakukan dengan pelbagai cara, sama ada menggunakan duit syiling atau wan tu zom. Undian ini akan dilakukan dengan adil supaya mendapat persetujuan daripada kedua-dua kumpulan.

d ) Setelah itu, satu dua garisan yang lurus akan dibentuk secara bertentangan. Garisan pertama digunakan untuk garisan permulaan, manakala garisan kedua pula digunakan untuk meletakkan tin-tin yang disusun dengan kemas.

e ) Pihak pelontar akan memulakan permainan dengan berdiri di belakang garisan permulaan. Kemudian wakil daripada pelontar akan menggolek bola dengan berhati-hati untuk mengenai tin-tin yang telah disusun. Pihak penyerang pula akan bersedia di belakang susunan tin. Ini adalah penting supaya pihak penyerang dapat menyerang kumpulan pemain sebaik sahaja wakil pelontar menjatuhkan susunan tin tersebut.

f ) Sekiranya susunan tin jatuh akibat golekan bola tersebut, pihak penyerang akan merebut bola tersebut dengan tujuan membalingkan kepada pelontar atau kumpulannya sebelum sempat melarikan diri. Sekiranya golekan pertama tidak menjatuhkan tin, cubaan sebanyak dua kali akan diberikan. Jika tidak, pihak penyerang akan menjadi pelontar dan pihak pelontar akan menjadi penyerang.

g ) Sebaik sahaja pelontar menjatuhkan tin yang disusun, kumpulan pelontar akan melarikan diri untuk mengelakkan balingan daripada pihak penyerang. Pada masa yang sama

setiap pelontar harus bertindak mengumpul tin-tin yang berselerakkan dan diletakkan di dalam gelung rotan yang disediakan. Setiap gelung rotan harus diisi dengan 2 tin kosong oleh pasukan pelontar.

h) Dalam pada mengumpulu tin kosong tersebut, pasukan pelontar harus berhati-hati dengan kumpulan penyerang kerana pasukan pelontar hanya akan diserang menggunakan bola. Sekiranya pasukan penyerang berjaya menjatuhkan tiga pemain pasukan pelontar sebelum berjaya tin dikumpul, pasukan penyerang akan dikira sebagai pemenang  dan mendapat satu mata bagi pusingan tersebut.

i ) Jika pelontar berjaya mengumpul tin-tin itu sebelum mengenai balingan daripada kumpulan penyerang, bermakna kumpulan pelontar akan mendapat satu mata. Jika sebaliknya pula, pelontar dianggap mati tanpa sebarang mata dan pihak penyerang akan memainkan permainan tersebut.

 4.3 Pelan Kedudukan Pelaksanaan Permainan

Contoh Permainan boling tin yang telah dimainkan:

4.4 Peraturan dan syarat-syarat permainan  a ) Dua kumpulan diperlukan.

b ) Setiap kumpulan harus mempunyai pemain sekurang-kurangnya 6 hingga 10 orang dan jumlah tersebut mestilah sama dengan pihak lawan.

c ) Sekiranya pelontar terkena balingan bola sebelum sempat mengumpul semula tin-tin yang jatuh, ia akan dikira mati tanpa mendapat mata, dan pemain dari pihak lawan pula akan menggolek bola pula.

d) Tin yang dikumpul mestilah diletakkan di dalam gelung rotan yang disediakan. Setiap gelung rotan, haruslah mengandungi 2 tin.

e ) Pemain daripada kumpulan penyerang hanya boleh membaling pemain daripada pihak pelontar di bahagian kaki ke bawah sahaja untuk mengelakkan kecederaan. 

f ) Permainan hanyalah perlu dimainkan di dalam kawasan permainan sahaja. Jika keluar daripada kawasan permainan, penalti akan dikenakan.

g ) Bola yang dibawa oleh penyerang untuk tujuan membaling pelontar juga tidak boleh disembunyikan di dalam baju atau sebagainya.

h ) Penyerang juga tidak boleh menjatuhkan tin-tin yang tidak berselerakkan atau mengubah kedudukan tin-tin semasa permainan dimainkan.

i  ) Acah-mengacah boleh dilakukan untuk memastikan kejayaan sesuatu pasukan. Namun demikian, semasa pasukan pelontar hendak menggolek bola, pasukan penyerang TIDAK DIBENARKAN menganggu pasukan tersebut. Denda akan dikenakan sekiranya pasukan penyerang berbuat demikian.