folio geografi 2008
DESCRIPTION
folio geografi tingkatan 2,jaringan sistem pengangkutan di smkttdi dan perbandingan dengan negara singapura.TRANSCRIPT
KEPENTINGAN JARINGAN SISTEM PENGANGKUTAN DI TAMAN TUN DR.ISMAIL DAN PERBANDINGAN DENGAN NEGARA
SINGAPURA.
SENARAI KANDUNGAN M/S
PENGHARGAAN
PENDAHULUAN
OBJEKTIF KAJIAN
KAWASAN KAJIAN
KAEDAH KAJIAN
DAPATAN KAJIAN
RUMUSAN
LAMPIRAN
RUJUKAN
PENILAIAN UMUM
PENGHARGAAN
Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Datin Hajah Hasmah Bt Abu selaku
pengetua SMK TTDI kerana memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini.
Tidak lupa juga kepada guru Geografi tingkatan 2 Einstein yang telah memberikan
nasihat,tujuk ajar serta maklumat yang amat berguna kepada saya iaitu Encik Azrani b.Mohd
Zain.
Terima kasih juga diucapkan kepada bapa serta keluarga saya yang banyak memberikan
bantuan kewangan,sokongan dan dorongan sepanjang saya menjalankan kajian ini sehingga
kajian ini dapat diselesaikan dengan baik.
Penghargaan kepada rakan-rakan saya yang telah memberikan maklumat serta kerjasama
bagi saya menyiapkan kajian ini.Akhir sekali,jutaan terima kasih dihulurkan kepada responden-
responden yang sudi menyumbangkan sedikit-sebanyak maklumat kepada saya.
PENDAHULUAN
Saya telah memilih tajuk Kepentingan Jaringan Sistem Pengangkutan di Taman Tun Dr.
Ismail dan perbandingan dengan Negara Singapura.
Saya telah memilih kawasan ini kerana ia berdekatan dengan sekolah serta kediaman
saya.Di dalam tugasan yang diberikan,saya diminta agar mengkaji aspek pengangkutan di
kawasan kajian.Masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan folio ini ialah selama 3 minggu
iaitu pada 27 Ogos 2008 hingga 18 September 2008.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian yang dijalankan adalah untuk memenuhi objektif-objektif yang berikut:
-Membuat perbandingan di antara jenis-jenis sistem pengangkutan di Taman Tun Dr. Ismail
dengan Negara Singapura.
-Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan di Taman Tun
Dr. Ismail dan Negara Singapura.
-Mengetahui kepentingan jaringan sistem pengangkutan di Taman Tun Dr. Ismail dengan Negara
Singapura.
*Saya bersyukur kerana tinggal di kawasan berdekatan TTDI serta bersekolah di TTDI .
KAWASAN KAJIAN
Taman Tun Dr. Ismail atau TTDI terletak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. TTDI
terletak di kawasan yang berhampiran dengan Selangor.Kedudukan kawasan perumahan TTDI
ialah ke arah barat dan jaraknya kira-kira 10 kilometer.
Kawasan TTDI telah dimajukan oleh TTDI Development pada tahun 1970.Kawasan ini
merupakan bekas Estet Kiara yang ditanam dengan pokok getah dan pokok kelapa sawit.TTDI
dibahagikan kepada beberapa kawasan iaitu Tun Muhammad Fuad,Burhanuddin
Helmi,Zaaba,Rahim Kajai dan Athinahapan.
Singapura didirikan sebagai koloni perdagangan Inggeris pada tahun 1819.Bergabung dengan
Federasi Melayu pada tahun 1903 namun berpisah 2 tahun kemudian dan menjadi negara
merdeka.
Singapura menjadi salah satu negara makmur dunia dengan hubungan perdagangan
antarabangsa yang kuat (pelabuhannya merupakan salah satu yang tersibuk di dunia dilihat dari
sudut tonase yang dijual) dan dengan PDB per kapita yang sama dengan negara maju Eropah
Barat.Singapura merupakan negara kota pulau yang kecil,dijadikan kota di Asia Selatan,terletak
di antara Malaysia dan Indonesia.Singapura memiliki jumlah daerah daratan 6 927 km2 dan 193
km garis pantainya.Terpisah dari Indonesia oleh Selat Singapura dan oleh Malaysia oleh Selat
Johor.
KAEDAH KAJIAN
Saya memilih untuk membuat kaedah kajian seperti berikut:
(a)Pemerhatian
- Saya telah membuat pemerhatian terhadap jenis-jenis pengangkutan di kawasan
kajian,kepentingan jaringan sistem pengangkutan dan faktor yang mempengaruhi jaringan sistem
pengangkutan di kawasan kajian.
(b)Soal Selidik
- Saya telah memberikan borang selidik kepada para responden untuk diisikan.Borang boleh
dilihat di bahagian lampiran.
(c)Temu Bual
- Saya telah menemu bual 20 orang responden untuk mendapatkan maklumat.
DAPATAN KAJIAN
JENIS-JENIS LEBUHRAYA DI TTDI.
Terdapat pelbagai lebuhraya yang digunakan untuk menghubungkan Taman Tun Dr.Ismail
dengan bandar-bandar berdekatan.Antaranya ialah Penchala Link,Jalan Damansara Kuala
Lumpur,Lebuhraya NKVE,LDP-Kelana Jaya dan LDP-Kepong.
Penchala Link menghubungkan persimpangan LDP Sungai Penchala menuju ke
persimpangan lebuhraya Jalan Duta – Sungai Buloh.Manakala Jalan Damansara,Kuala Lumpur
menghubungkan TTDI dengan Bangsar,Pusat Bandar Damansara dan Kuala Lumpur.Lebuhraya
Damansara-Puchong bermula dari persimpangan Kepong-Sungai Buloh menghala ke Puchong-
Putrajaya.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI JARINGAN SISTEM PENGANGKUTAN DI TTDI:
Faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan di TTDI adalah seperti
bentuk muka bumi.Bentuk muka bumi di kawasan TTDI adalah hampir rata bentuknya.
Selain itu,faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan di TTDI ialah
dasar pembangunan Negara.Pembinaan lebuhraya dapat memudahkan penduduk TTDI untuk
pergi ke tempat kerja.Ini dapat meningkatkan dasar pembangunan negara kerana penduduk TTDI
mudah ke tempat kerja.
Tambahan lagi,faktor lain yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan di TTDI ialah
keselesaan pengguna.Ini berkaitan dengan lebuhraya yang dibina adalah untuk melancarkan lagi
perjalanan di lebuhraya.
*Saya amat bersyukur kerana menetap di kawasan yang berhampiran dengan lebuhraya
sepertimana dinyatakan kerana mendapat kemudahan perjalanan yang baik.
KEPENTINGAN JARINGAN SISTEM PENGANGKUTAN DI TTDI
DAN NEGARA BANDINGANNYA,SINGAPURA:
Antara kepentingan jaringan sistem pengangkutan di TTDI ialah ketersampaian.Penduduk di
kawasan TTDI dapat pergi ke sesuatu tempat dengan mudah dengan menggunakan lebuhraya
yang telah dibina.Berbanding dengan Singapura,negara ini mempunyai MRT.MRT telah
digunakan secara meluas di negara mereka.Tambahan lagi,sistem ini diberikan secara percuma
kepada para pelajar.Ini memudahkan pelajar untuk ke sekolah tanpa sebarang kos.
Kepentingan yang seterusnya ialah perkembangan ekonomi di mana ekonomi di kawasan
TTDI telah dimajukan serta dinaik taraf mutunya.Di Singapura,perkembangan ekonomi yang
pesat telah membuatkan negara itu dikenali di serata dunia.
Kepentingan jaringan sistem pengangkutan di TTDI yang terakhir ialah sektor
pelancongan.Di kawasan TTDI tidak terdapat sektor pelancongan dan menjadikan TTDI tidak
sesak dengan para pelancong dari negara luar.Singapura mempunyai sektor pelancongan yang
maju dan ia mampu menarik minat para pelancong datang ke negara Singapura.
*Saya bersyukur dengan adanya sistem jalanraya yang baik di sekitar kawasan TTDI ia telah
memberikan banyak kemudahan kepada para pengguna.
KESAN-KESAN PERKEMBANGAN JARINGAN SISTEM
PENGANGKUTAN TERHADAP ALAM SEKITAR DI KAWASAN
KAJIAN.
KESAN POSITIF
Antara kesan positif perkembangan jaringan sistem pengangkutan di kawasan TTDI ialah
mengurangkan kesesakan.Kemajuan jalanraya dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas seperti
pembinaan lebuhraya Penchala Link dan juga Kerinchi Link.Manakala di Singapura pula
mempunyai jalan yang merangkumi 4 lorong sehala seperti Jalan Orchad.
Manakala,kesan positif yang berikutnya ialah mewujudkan lanskap yang menarik.Apabila
berlakunya pembinaan infrastruktur seperti pembinaan lebuhraya Penchala Link ia telah
menghasilkan lanskap baru meliputi struktur binaan,tiang dan lain2.Landskap yang menarik turut
wujud di Singapura kesan daripada perkembangan jaringan sistem pengangkutan yang berlaku di
negara tersebut.
Perkembangan jaringan sistem pengangkutan dapat membantu memelihara alam sekitar.Ini
dapat dilihat apabila penebangan pokok dapat dikurangkan kerana lebuhraya yang dibina
menghubungkan satu tempat ke satu tempat yang lain serta mampu menyingkatkan masa.
KESAN NEGATIF
Kesan negatif yang akan berlaku sekiranya jaringan sistem pengangkutan dijalankan ialah
pencemaran bunyi dan udara.Pencemaran udara dan bunyi di Damansara disebabkan jumlah
kenderaan yang semakin bertambah kerana jalan ini telah dijadikan sebahagian dari Lebuhraya
Damansara-Puchong dan mempunyai dua lorong sehala.Hal ini turut berlaku di Singapura
apabila MRT mengeluarkan bunyi yang bising.
Seterusnya,kepupusan flora dan fauna kerana apabila lebuhraya dibina,habitat flora dan fauna
telah dimusnahkan seterusnya akan menyebabkan berlakunya kepupusan flora dan
fauna.Singapura mengalami keadaan yang sama akibat pembinaan lebuhraya dan jalan MRT.
Kesan negatif yang berlaku di kawasan kajian ialah tanah runtuh.Kedua-dua kawasan kajian
menerima perubahan landskap kerana penebangan pokok telah mengakibatkan tanah terhakis
sekali gus menyebabkan parit atau sungai tersumbat dan boleh mengakibatkan banjir.
*Saya amat bersyukur kerana negara Malaysia mempunyai sistem jaringan pengangkutan yang
baik dan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas.
LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN
Kita boleh mengatasi masalah ini dengan satu cara iaitu menggunakan petrol tanpa
plumbum.Stesen minyak Petronas di Jalan Zaaba,TTDi menyediakan perkhidmatan petrol tanpa
plumbum di mana ia dapat mengurangkan pencemaran udara.
Kita juga boleh menggunakan Neutral Gas Vehicle(NGV).Di kawasan TTDI,terdapat
sesetengah stesen minyak yang menyediakan perkhidmatan ini.Kebanyakan teksi-teksi yang
menggunakan perkhidmatan ini sebagai bahan bakar utama.Begitu juga dengan teksi-teksi di
Singapura,mereka turut menggunakan NGV sebagai bahan bakar utama.
Selain itu,program penghijauan bandar sedang giat dijalankan di kawasan TTDI.Ia bertujuan
untuk mengurangkan pencemaran yang berlaku disebabkan oleh asap kenderaan.Penghijauan
bandar di sinonim dengan kata menanam pokok-poko hijau bagi mengurangkan masalah
pencemaran ini.Di Singapura pula,mereka sudah pun menjalankan penghijauan bandar bertujuan
untuk mengurangkan pencemaran.
*Saya berasa amat berbangga dan bersyukur kerana kawasan TTDI mempunyai perkhidmatan
NGV serta membekalkan perkhidmatan petrol tanpa plumbum bagi memudahkan para pengguna
serta dapat mengurangkan pencemaran.
Jadual 1:Bilangan penduduk yang menggunakan lebuhraya Jalan Damansara,Kuala
Lumpur.
Bil
.
Tempat Bekerja Bilangan Pengguna
1. Kuala Lumpur 3
2. Putrajaya/P.Jaya 2
3. Kepong/Sungai Buloh 1
4. Lain2 1
Jumlah 7
(Sumber:borang soal selidik)
Jadual di atas menunjukkan bilangan penduduk TTDI yang menggunakan lebuhraya
Jalan Damansara untuk ke tempat kerja.Seramai 7 orang menggunakan lebuhraya ini untuk ke
tempat kerja.
Jadual 2:Bilangan penduduk yang menggunakan LDP-Kelana Jaya
Bil
.
Tempat Bekerja Bilangan Pengguna
1. Kuala Lumpur 3
2. Putrajaya/P.Jaya 2
3. Kepong/Sungai Buloh -
4. Lain2 1
Jumlah 6
(Sumber:borang soal selidik)
Berdasarkan jadual,seramai 6 orang menggunakan lebuhraya LDP-Kelana Jaya untuk
ke tempat kerja masing-masing.
KUALA LU
MPUR
PUTRAAJA
YA/P
.JAYA
KEPONG/S.
BULOH
LAIN2
0
0.5
1
1.5
2
2.5
3
3.5
GRAF MENUNJUKKAN TEMPAT BEKERJA PENDUDUK TAMAN
TUN DR ISMAIL
Berdasarkan graf bar di atas,bilangan penduduk di Taman Tun Dr Ismail (TTDI)yang
bekerja di Kuala Lumpur dan menggunakan Jalan Damansara untuk ke tempat kerja merupakan
bilangan yang tertinggi.Bilangan penduduk yang bekerja di Kuala Lumpur adalah sebanyak 3
orang,diikuti dengan 2 orang yang bekerja di Putrajaya/P.Jaya.Bilangan penduduk yang bekerja
Kuala Lumpur
Putrajaya/
P.Jaya
Kepong/
S.Buloh
Lain2
di Kepong/S.Buloh serta lain2 mempunyai jumlah yang paling sedikit iaitu hanya seorang sahaja
setiap satu.
PETA MINDA 1:FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
JARINGAN SISTEM PENGANGKUTAN DI TTDI.
RUMUSAN
Objektif Kajian:
Faktor-faktor yang
mempengaruhi sistem
pengangkutan
Bentuk muka bumi
Kegiatan ekonomi
Kemajuan teknologi
Keselesaan pengguna
Dasar pembangunan
negara
Governon
Alhamdullilah,saya dapat mengetahui kesan-kesan yang mempengaruhi jaringan sistem
pengangkutan terhadap alam sekitar serta langkah-langkah penyelesaiannya telah dapat saya
huraikan setelah membuat kajian ini.
Malah,faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan telah saya capai
objektifnya dan saya dapat menghuraikan jenis-jenis sistem pengangkutan di TTDI dan
Singapura.
*Sepanjang proses penyiapan folio Geografi ini,saya amat berasa bangga dan bertuah kerana
dikurniakan kehidupan yang harmoni serta dapat menikmati kemudahan yang disediakan.
LAMPIRAN
RUJUKAN
Chong Mui Sen,(2003),Geografi tingkatan 2,Percetakan Saufi:Kuala Lumpur.
www.scripd.com,(1 September 2008):maklumat Singapura.
Encik Azrani Mohd Zain:guru Geografi tingkatan 2